kelebihan & kekurangan e dagang.docx

Upload: huey-ling-ng

Post on 02-Jun-2018

886 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 KELEBIHAN & KEKURANGAN E DAGANG.docx

    1/4

    KELEBIHAN E-DAGANG

    Terdapat beberapa kelebihan e-dagang yang dapat dikupas secara ringkas. e-dagang

    sememangnya dapat membantu peniaga dan usahawan-usahawan tempatan meningkatkan

    pendedahan bisnes mereka dan secara tidak langsungnya menigkatkan hasil jualan produk dan

    perkhidmatan.

    Menggantikan konsep manual

    Konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi boranguntuk membeli barang, boleh diminimumkan dengan hanya sekali klik di internet tanpa membuang

    masa dan tenaga.

    Pemasaran yang luas

    Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya untuk mencapai

    jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat. Hanya dengan menggunakan

    komputer dan internet akses sahaja peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa

    sempadan.

    Cepat dan mudah

    Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi

    pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan di internet adalah

    24jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.

    Mengurangkan kos

    Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual

    atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak perlu

    bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut.

    Keuntungan yang optimum

    Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh menghapuskan golongan

    pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan sebagainya.

    Modal yang rendah

    Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa yang

    penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah rendah.

    Waktu bekerja yang flaksibel

    Jika sudah bekerja, tetapi inginkan pendapatan sampingan, maka perniagaan e-

    dagang adalah cara yang terbaik. Ini kerana, melalui perniagaan secara online peniaga tidak

    memerlukan 8 jam sehari dan 5 hari seminggu untuk ke tempat kerja. Tambahan, ia bolehdilakukan pada bila-bila masa yang disukai dan selesa.

    Merupakan organisasi jualan bebas yang menjual produk pelengkap

    Berbeza dengan pengedar industri , wakil jualan bebas tidak mempunyai gudang

    tertentu untuk menyimpan barang.

    Ganjaran diberikan dalam bentuk komisen atas produk yang dijual.

    Kelebihan menggunakan wakil jualan bebas ini antaranya :

    O keupayaan jualan secara profesional yang tinggi

    O lebih luas wilayah yang dapat ditumpukan

    O mempunyai hubungan yang telah tersedia terjalin dengan pelanggan

    KELEMAHAN E-DAGANG

  • 8/10/2019 KELEBIHAN & KEKURANGAN E DAGANG.docx

    2/4

    Dalam setiap kebaikan yang telah dinyatakan, perniagaan e-dagang juga tidak dapat terlepas

    daripada keburukan yang tersendiri. Oleh itu, terdapat beberapa keburukan yang telah dapat

    dikenalpasti daripada hasil pembacaan mengenai perniagaan e-dagang. Antaranya adalah

    berkenaan dengan kebolehpercayaan. Penyebab utama mengapa pengguna tidak mahu

    berurusniaga secara atas talian adalah kerana kurangnya faktor kebolehpercayaan di antara

    peniaga dan pengguna (Hoffman, Novak dan Peralta, 1999, p. 80). Keen (1997) berpendapat

    bahawa kurangnya elemen kebolehpecayaan dalam kalangan pengguna merupakan

    penghalang jangka panjang terhadap aktiviti-aktiviti e-dagang.

    (a) Kekurangan kepada organisasi perniagaan atau usahawan.

    1. Tidak berupaya mempamerkan barang yang sebenar.Pengeluar tidak dapat

    mempamerkan barangan yang sebenar kepada pengguna atau pembeli terutama bahagian

    atau perkara yang sukar digambarkan secara terperinci dalam laman web. Keadaan akan

    menyebabkan kelebihan yang sepatutnya dapat dipamerkan melaluipenglihatan dan

    sentuhan akan tersembunyi dan pembeli hanya mampu menggunakan mata sahaja untuk

    menilai keseluruhan barangan yang hendak dibeli. Barangan atau perkhidmatan yang

    sepatutnya dapat memenuhi kehendak pengguna akan terpinggir dan ditolak oleh pengguna

    disebabkan pengguna merasakan kurang yakin dan maklumat yang diperloleh tidak begitu

    jelas.

    2. Kesulitan dalam memberi penerangan dan maklumbalas.

    Intraksi secara lintas langsung dalam hubungan antara peniaga dan pembeli terus sukar

    diwujudkan. Pengguna hanya bergantung kepada barangan yang dipaparkan sahaja tanpa

    wujudnya komunikasi secara lisan mengenai barangan tersebut. Berdasarkan komunikasi

    lisan ini, jelas akan memudahkan pembeli untuk mendapatkan lebih banyak lagi maklumat

    mengenai sesuatu barangan yang diperlukan. Selain itu, tidak ramai sasaran akan

    memberikan maklumbalas kepada pengeluar mengenai produk yang dijual kecuali mereka

    yang telah membeli danmembuat aduan kerosakan. Mereka yang belum mencuba akan

    beralih kebarang penganti lain yang bersamaan jika penerangan tidak jelas kepada

    pengguna. Ini akan menyebabkan pembeli kehilangan kepercayaan kepada peniaga dan

    beralih pula kepada peniaga yang lain untuk mendapatkan barang yang diperlukan.

    3. Terikat dengan cukai jualan.

    Peniaga tetap terikat dengan cukai jualan hasil daripada jualan yang mereka lakukan. Kita

    mengetahui bahawa perniagaan elektronik ini merupakan perniagaan kecil-kecilan yang

    mana modal yang dikenakan adalah kecil dan keuntungan yang diperoleh juga dalam skala

    yang kecil. Cukai jualan yang dikenakan oleh kerajaan ini sedikit sebanyak akan

    mengurangkan lagi peratus keuntungan peniaga disebabkan perlunya melakukanpembayaran cukai jualan kepada kerajaan. Jadi, cukai ini menjadi penghalang kepada

    peniaga untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda hasil daripada perniagaan yang

    dilakukan. Jika cukai ini dimansuhkan oleh kerajaan khususnya kepada perniagaan elektronik,

    maka peniaga akan lebih giat lagi untuk memperluaskan perniagaan mereka ke pasaran

    global. Hasil daripada keuntungan yang diperoleh, peniaga boleh jadikan keuntungan

    tersebut sebagai dana untuk memperluaskan perniagaan mereka di seluruh dunia ataupun

    peniaga dapat mempelbagaikan lagi prokduk-produk yang dapat dihasilkan untuk dijual

    kepada pengguna.

    b) Kekurangan kepada konsumer.1. Maklumat yang kurang jelas mengenai produk.

    Setiap barangan yang dipamerkan oleh peniaga hanyalah dalam bentuk gambar dan

    disertakan dengan beberapa butir maklumat. Namun begitu, maklumat yang diperoleh

    pembeli masih belum jelas dan membuatkan pembeli berasa kurang yakin untuk membeli

    barangan berkenaan. Kelebihan dan kekurangan yang ada pada barangan tersebut mungkin

  • 8/10/2019 KELEBIHAN & KEKURANGAN E DAGANG.docx

    3/4

    tidak dinyatakan dengan lebih jelas seperti yang dikehendaki oleh pembeli. Tidak semua

    pembeli dapat memahami dan menginterpretasi dengan setepatnya barangan yang

    diiklankan. Terdapat juga pengiklanan yang mengelirukan, akibatnya barangan atau

    perkhidmatan yang dipesan tidak memenuhi maksud fahaman oleh pembeli.Pembeli akan

    menanggung risiko berdasarkan barangan yang dibeli seperti berasa tidak berpuas hati

    dengan barangan tersebut disebabkan tidak menepati citarasa yang sebenar.

    2. Pesanan tidak diterima dan berlaku penipuan.Pesanan barangan yang dilakukan oleh pembeli mungkin tidak diterima oleh pengeluar yang

    mengalami masalah. Lebih-lebih lagi pembeli membuat pembelian kepada syarikat yang

    menyamar. Pembeli akan berhadapan dengan risiko berlaku penipuan iaitu tempahan

    barangan sudah dibuat dan bayaran sudah selesai tetapi barang masih belum diterima oleh

    pembeli. Ini akan membimbangkan pembeli kerana wang tersebut akan lesap begitu sahaja

    dan akan menanggung kerugian.

    3. Pembeli tidak mendapat barangan seperti yang dikehendaki.

    Banyak rungutan daripada pembeli memperoleh barangan yang tidak seperti yang

    dimahukan. Dalam pemilihan di internet, pembeli membuat pilihan barang yang telah

    dipersetujui tetapi apabila barangan tersebut sampai kepada pembeli, tidak seperti yang

    pembeli mahukan. Barangan tersebut ada yang digantikan dengan barangan yang lain.

    Penggantian barangan tersebut dilakukan oleh peniaga atau pengeluar atas sebab barangan

    yang diinginkan oleh pembeli sudahpun habis. Disebabkan pembayaran sudah dilakukan

    oleh pembeli, peniaga terpaksa menggantikan barangan yang sudah kehabisan stok itu

    dengan barangan yang lain. Ini jelas menunjukkan bahawa, pembeli berhadapan dengan

    risiko tidak mendapat barangan yang diperlukan.

    c) Kekurangan kepada negara

    E-dagang memberikan kesan yang negatif kepada Negara apabila berlaku kekurangan

    semasa perniagaan ini dijalankan. Jika terdapat kes penipuan, maka statistik kes penipuan

    dalam negara akan meningkat terutama dalam bidang peniagaan ini. Kesannya, pembeli

    sama ada di dalam negara ataupun di luar Negara akan hilang kepercayaan kepada

    pengeluar ataupun peniaga di dalam Negara Malaysia kerana bimbang jika mereka ditipu.

    Bilangan usahawan negara juga akan berkurangan disebabkan mereka akan menanggung

    kerugian disebabkan kekurangan ataupun ketiadaan pelanggan yang ingin membeli

    barangan mereka atas sebab kes penipuan yang berleluasa dalam peniagaan seperti ini. Ini

    akan menyebabkan peniaga atau pengeluar akan menarik diri daripada bidang ini.

    CADANGAN MENGATASI KEKURANGAN E DAGANG

    1. Meningkatkan tahap kebolehpercayaan dengan cuba merancang strategi bagimenarik pembeli.

    2. Membangunkan hubungan yang amanah dan boleh dipercayai dengan

    mempersiapkan laman sesawang perniagaan elektronik dengan memberikan fokus

    kepada ruang Aboutdi lamantersebut.

    3. Menunjukkan keperibadian bisnes kepada pelanggan, di samping menunjukkan

    bisnes dalam blog atau laman sesawang tersebut masih hidup.

    4. Intipati atau maklumat yang sering diperbaharui dan sediakan ruang komentar bagimewujudkan mesra pelanggan.

    5. Sediakan sebarang maklumat tentang nombor telefon, e-mel, Live Chat atau

    beberapa metod lain kepada pelanggan bagi memudahkan urusan peniagaan antara

    peniaga dan pelanggan.

  • 8/10/2019 KELEBIHAN & KEKURANGAN E DAGANG.docx

    4/4

    6. Publikasikan kepada pelanggan testimonial pelanggan yang telah mencuba barangan

    yang telah dibeli.

    7. Tindakkan dalam menepati janji-janji dan berterima kasih atas hubungan perniagan

    yang telah dijalankan.

    8. Menggunakan software bagi membantu menilai dan mengotomasikan tugas-tugassekuriti laman sesawang perusahaan mereka.