kelajuan pemotongan

4
Kelajuan Pemotongan - kadar keluaran muka lilitan bahan yang diukur dalam ukuran meter apabila pemotongan dibuat dalam 1 minit. - Contoh, 30 meter untuk 1 minit bermakna kelajuan spindal diset pada 1 kelajuan yang tertentu dengan panjang muka lilitan yang dikeluarkan dalam masa seminit ialah 30 meter. (oleh itu, kelajuan pemotongan dinyatakan dalam meter per minit) - Kelajuan spindal disebut putaran per minit (PPM), iaitu jumlah putaran yang perlu dibuat oleh mata alat dalam masa satu minit. - Bagi setiap bahan yang berbeza, kelajuan pemotongannya juga berlainan. - Kelajuan pemotongan (KP) tidak sama dengan putaran per minit (PPM). Bahan yang dilarik Melarik kasar Melarik halus Membenang Keluli karbon rendah 27 30 11 Besi tuang 18 24 8 Aluminium 61 93 18 Gangsa 27 30 8 Loyang 58 80 16 Kuprum 48 65 12 KELAJUAN PEMOTONGAN (METER/MINIT) BAGI MATA ALAT KELULI TAHAN LASAK

Upload: bagan-pola

Post on 18-Jan-2016

53 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelajuan Pemotongan

Kelajuan Pemotongan 

-         kadar keluaran muka lilitan bahan yang diukur dalam ukuran meter apabila pemotongan dibuat dalam 1 minit.

-         Contoh, 30 meter untuk 1 minit bermakna kelajuan spindal diset pada 1 kelajuan yang tertentu dengan panjang muka lilitan yang dikeluarkan dalam masa seminit ialah 30 meter. (oleh itu, kelajuan pemotongan dinyatakan dalam meter per minit)

-         Kelajuan spindal disebut putaran per minit (PPM), iaitu jumlah putaran yang perlu dibuat oleh mata alat dalam masa satu minit.

-         Bagi setiap bahan yang berbeza, kelajuan pemotongannya juga berlainan.

-         Kelajuan pemotongan (KP) tidak sama dengan putaran per minit (PPM).

        

 Bahan yang dilarik

Melarik kasar Melarik halus Membenang

Keluli karbon rendah

27 30 11

Besi tuang 18 24 8Aluminium 61 93 18Gangsa 27 30 8Loyang 58 80 16Kuprum 48 65 12

KELAJUAN PEMOTONGAN (METER/MINIT) BAGI MATA ALAT KELULI TAHAN LASAK

 -         Jika kelajuan kederasan pemotongan terlalu tinggi, mata alat

akan cepat haus dan perlu diasah semula.-         Jika kelajuan pemotongan terlalu rendah, ini akan membazir

masa dan merugikan dari segi kos keseluruhan.-         Pada amnya, untuk mata alat yang kecil garis pusatnya

memerlukan PPM yang tinggi berbanding dengan mata alat yang lebih besar garis pusatnya.

-         Untuk menghitung kelajuan pemotongan :

Page 2: Kelajuan Pemotongan

            πDN         π  x  D  x  PPMKP  =              =                               

1000                              1000            

KP = Kelajuan pemotonganπ    = 3.142 atau 22/7D   = Garis pusatN   = Jumlah putaran per minit    

Faktor yang menentukan PPM :          bahan yang hendak dilarik 

-         PPM yang tinggi digunakan untuk melarik bahan lembut seperti loyang, aluminium dan kuprum.

-         PPM yang rendah digunakan untuk melarik bahan keras seperti besi tuang dan keluli karbon tinggi.

   

         jenis bahan mata alat yang digunakan 

-         PPM yang tinggi digunakan untuk bahan mata alat yang lebih keras seperti karbida yang mempunyai kederasan pemotongan 3 atau 4 kali ganda keluli tahan lasak.

           kadar hantaran dan dalam pemotongan

-         jika kadar hantaran dan dalam pemotongan banyak, PPM mesti dikurangkan supaya beban dikurangkan di atas mata alat dan mesin.

  

         jenis operasi yang dilakukan-         ½ atau 1/3 PPM yang biasa digunakan harus digunakan untuk

operasi-operasi seperti mengulir, membunga dan melarik sipi.           keadaan mesin yang digunakan

-         mesin-mesin lama tidak begitu tegap lagi dan oleh sebab itu PPM yang digunakan harus dikurangkan sedikit.

Page 3: Kelajuan Pemotongan

-         Faktor yang menentukan pemilihan kelajuan pemotongan          jenis benda kerja ( benda kerja yang keras dan teguh memerlukan

kelajuan yang lebih rendah daripada keluli lembut dan mulur).         Bahan mata alat yang digunakan ( mata alat yang diperbuat

daripada karbida terikat memerlukan kelajuan yang lebih tinggi).         Garis pusat yang dikehendaki.         Dalam pemotongan.         Ketegapan mesin dan pemasangan benda kerja.    Pemotongan Dan Kadar Hantaran hantaran :          perubahan jarak yang dihasilkan oleh mata alat apabila benda kerja

berputar sekali.          Kadar hantaran bergantung pada jenis larikan.          Hantaran cepat dicadangkan untuk larikan kasar dan hantaran

perlahan untuk larikan penyudah.         Jika kadar hantaran yang dipilih ialah 0.5 mm untuk melarik benda

kerja yang panjangnya 50 mm, maka benda kerja akan berputar 500 kali untuk mata alat mara keseluruhan panjang benda kerja.

         Jarak yang dimara oleh mata alat menuju ke paksi benda kerja.         Untuk melarik sebuah silinder bergaris pusat 50 mm, jika dalam

pemotongannya ialah 2mm, hasil dari larikan tersebut akan mengurangkan garis pusat tersebut sebanyak 4 mm menjadi 4.6mm.

         Pelarikan kasar dalam pemotongan adalah lebih jika dibandingkan dengan pelarikan penyudahan.

         Berapa banyak dala pemotongan bergantung pada faktor-faktor :a.      keadaan mesinb.      jenis dan bentuk mata alatc.      kaedah benda kerja dipegangd.      kadar hantaran