kelab pencinta alam
DESCRIPTION
Pencinta AlamTRANSCRIPT
KELAB PENCINTA ALAM & GREEN RANGER
MOVEMENTSKSB 2012
Logo MNS dan KPA Alam : Animalia Berat : 250 – 300 kgFilum : Chordata Panjang : 1.8 – 2.4 mKelas : Mammalia Tinggi : 90 – 107 cmOrder : Perissodactyla Umur ke dewasa : 2.5 – 3.5 tahunFamili : Tapiridae Tempoh kehamilan : 400 hariGenus : Tapirus Umur maksimum : 30 tahunSpesies : Tapirus indicus Makanan : Rumput, Rumpair, Daun, Ranting, Pucuk, Buah-buahan Dikenali sebagai Malayan Tapir ataupun Asian Tapir. Ia merupakan tapir terbesar di antara empat spesies tapir yang lain dan berasal dari Asia. Malayan Tapir boleh dijumpai di kawasan tanah rendah dan berpaya Hutan Hujan Tropika. Tapir betina biasanya bersaiz lebih besar daripada tapir jantan. Anak tapir pula berbulu coklat,berbelang dan bertompok putih. Mereka mempunyai ekor yang pendek. Selain itu, mereka mempunyai 4 jari kaki di kedua-dua belah kaki hadapan dan 3 jari kaki di kedua-dua belah kaki belakang. Malayan Tapir juga memiliki deria bau dan pendengaran yang baik. Namun, jarak penglihatan Tapir adalah lemah. Walau bagaimanapun, tapir di golongan dalam senarai haiwan-haiwan terlindung kerana populasi tapir semakin berkurangan.
Perlembagaan
MatlamatMelahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian dalam semula jadi.
Membolehkan pelajar belajar menghargai hidupan dan alam semula jadi melalui aktiviti yang diadakan.
Menyebarkan maklumat mengenai kepentingan memelihara sumber alam bagi mengelakkan kepupusan sumber alam.
Objektif
Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan ahli-ahli.
Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna supaya para pelajar dapat melihat ekosistem semula jadi dalam konteks yang berbeza.
Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi.
Melahirkan minat belajar di kalangan pelajar.
Mewujudkan sikap bekerjasama di kalangan para pelajar.
Mengeratkan hubungan para pelajar tanpa mengira bangsa, umur dan jantina.
Menyokong aktiviti anjuran MNS (Malaysian Nature Society).
Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar.
Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar.
Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi
Aktiviti
Objektif kelab akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman, lawatan sambil belajar dan penyelesaian masalah secara praktikal.
Tumpuan aktiviti adalah ke atas projek-projek tempatan di mana ahli-ahli :a) mengenal pasti masalah di persekitaran merekab) mendapatkan maklumat yang perluc) memikir dan membina tindakan-tindakan alternatif yang sesuai d) melaksanakan penyelesaian
Lain-lain
Kelab adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran,
Sekolah dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society)Perlembagaan mula berkuatkuasa dari tarikh kelab berdaftar dengan
Persatuan Pencinta Alam Malaysia
‘LOVE THE NATURE’
Anak Tapir & Tapir Dewasa (Endangered Animals)
Jadual Pelaksanan Aktiviti KPA/GRM 2012
BIL PROGRAM OBJEKTIF STRATEGI SASARAN JANGKAMASA
1 Pendaftaran Ahli Mendapatkan ahli yang berdaftar
Memberi peluang kepada para pelajar menjadi ahli KPA
Memastikan setiap pelajar menyertai pendaftaran kokurikulum
Membuat pengumuman & menulis peringatan di papan kenyataan kokurikulum
AJK membuka meja untuk pendaftaran
Semua pelajar Jan - Feb’ 2012
2 Mesyuarat Agung Pembubaran AJK lama
Melantik AJK baru untuk mengetuai KPA
Ahli-ahli memperkenalkan diri & menjelaskan pengalaman lalu
Pencalonan nama ahli
Perlantikan berdasarkan undian terbanyak dengan persetujuan Guru Penasihat
Semua ahli Mac 2012
3 Mesyuarat AJK AJK yang dilantik mampu memahami & menjalankan tugas masing-masing dengan baik
Merancang aktiviti tahunan
Guru Penasihat menerangkan setiap bidang tugas yang perlu dijalankan mengikut jawatan yang disandang
Pertukaran pendapat antara AJK
Semua AJK Mac ’ 2011
4 Perjumpaan ahli Mendapatkan persetujuan dengan aktiviti yang dirancangkan & memperoleh penglibatan ahli yang baik
Memastikan aktiviti yang dicadangkan dapat dijalankan.
Mendapatkan pelbagai idea untuk memperbaiki kelab.
Menjalankan Modul yang dicadangkan oleh KPA
Pengumuman dibuat pada awal minggu semasa Perhimpunan
Kehadiran dicatatkan
Minit mesyuarat disediakan akhir perjumpaan
Semua ahli Sekali setiap dua bulan, iaitu pada hari
Rabu, jam 1.31pm
Kebangsaan. Mengeratkan
hubungan ahli-ahli.
5 Merekabentuk Kemeja-T Mewujudkan semangat satu kelab yang kuat
Menambah kewangan kelab
Mencungkil bakat ahli
Mengumpul rekabentuk kemeja-T daripada semua ahli
Memilih rekabentuk yang terbaik atas persetujuan majoriti AJK
Semua ahli Oktober’ 2012
6 Jualan Dedikasi
Hari Guru
Menambahkan kewangan kelab.
Menjalinkan hubungan positif dengan pelajar sekolah lain
Menghargai jasa guru-guru
Membuat pengumuman semasa perhimpunan
Mengedarkan borang penyertaan
Semua pelajar Mei’ 2012
7 Jualan Makanan & Minuman
Hari Sukan
Menambahkan kewangan kelab.
Membantu sekolah menjayakan Hari Merentas Desa & Hari Sukan.
AJK merancang perjalanan jualan.
Ahli menyediakan makanan & peralatan yang diperlukan.
Semua pelajar Januari’ 2012-
Jun 2012
8 Lawatan sambil belajar
Gua Tempurung&
Sungkai Wildlife Park
Menambahkan lagi ilmu pengetahuan pelajar
Menambah kewangan kelab
Menghargai alam sekitar
Menanam sikap mencintai alam
Membuat pengumuman semasa perhimpunan
Membuat perancangan yang mendalam dengan pihak berkuasa tempat lawatan
Mengedarkan borang penyertaan
Semua pelajar Febuari’ 2012&
Dis 2012
9 Jualan Makanan & Minuman
Hari Kantin Sekolah
Menambah kewangan kelab
Melahirkan semangat bekerjasama antara ahli-ahli
Penyediaan alatan & rempah ratus yang hendak diguna
Mac’ 2012&
Julai’ 2012
10 Hari BUMI Menambah ilmu pengetahuan para pelajar
Menlahirkan para pelajar yang mencintai alam sekitar
Menyedarkan para pelajar
AJK mengemukakan kertas kerja
Mendapat bantuan daripada MNS
Mempamerkan ciptaan-ciptaan
Semua pelajar April 2012
tentang kepentingan alam sekitar
barangan cara pengunaan semula bahan terbuang
11 Kempen Kitar Semula Memberi peluang para pelajar mengambil bahagian dalam usaha kitar semula.
Memberi kerjasama kepada kerajaan dalam usaha kitar semula.
Menyedarkan para pelajar tentang kebaikan kitar semula
Mengurangkan penebangan pokok balak
Membuat pengumuman semasa perhimpunan.
Mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula.
Memberi ganjaran kepada pelajar yang mengumpul paling banyak
Semua pelajar Sepanjang tahun
Disediakan oleh:
…………………Santharasekaran.S