kelab doktor muda

14
KELAB DOKTOR MUDA KANDUNGAN MODUL kata aluan 2 ketua pengarah kesihatan kementerian kesihatan malaysia kata aluan 3 ketua pengarah pelajaran kementerian pelajaran malaysia pengenalan 4 panduan menggunakan 7 modul ikrar dan lagu 9 doktor muda SKOP 1 10 doktor muda SKOP 2 26 amalan kebersihan diri dan penjagaan kesihatan mata SKOP 3 40 amalan kebersihan persekitaran SKOP 4 48 amalan kesihatan pergigian SKOP 5 54 minda sihat SKOP 6 72 mencegah penyakit semasa SKOP 7 86 rawatan pertolongan cemas dan rawatan ringan SKOP 8 106 amalan makan yang sihat dan selamat SKOP 9 124 cara hidup yang sihat SKOP 10 140 persediaan ke alam remaja SKOP 11 146 kenali ubat anda SKOP 12 156 nilai-nilai murni OBJEKTIF Objektif program ini adalah untuk memperkasa murid-murid sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri dan rakan-rakan mereka serta untuk : Membolehkan murid membantu diri sendiri, rakan dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat. Membolehkan murid menjadi pembimbing dan contoh (role model) ke arah

Upload: najil

Post on 29-Dec-2015

667 views

Category:

Documents


40 download

DESCRIPTION

doktor muda

TRANSCRIPT

Page 1: Kelab Doktor Muda

KELAB DOKTOR MUDA

KANDUNGAN MODULkata aluan 2ketua pengarah kesihatankementerian kesihatan malaysiakata aluan 3ketua pengarah pelajarankementerian pelajaran malaysiapengenalan 4panduan menggunakan 7modulikrar dan lagu 9doktor mudaSKOP 1 10doktor mudaSKOP 2 26amalan kebersihan diri danpenjagaan kesihatan mataSKOP 3 40amalan kebersihanpersekitaranSKOP 4 48amalan kesihatanpergigianSKOP 5 54minda sihatSKOP 6 72mencegah penyakit semasaSKOP 7 86rawatan pertolongan cemasdan rawatan ringanSKOP 8 106amalan makan yang sihatdan selamatSKOP 9 124cara hidup yang sihatSKOP 10 140persediaan ke alam remajaSKOP 11 146kenali ubat andaSKOP 12 156nilai-nilai murni

Page 2: Kelab Doktor Muda

OBJEKTIFObjektif program ini adalah untuk memperkasa murid-murid sekolah rendahdengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka dapat meningkatkantaraf kesihatan diri dan rakan-rakan mereka serta untuk :• Membolehkan murid membantu diri sendiri, rakan dan anggota keluarga ke arahmengamalkan cara hidup sihat.• Membolehkan murid menjadi pembimbing dan contoh (role model) ke arahamalan hidup sihat.• Membolehkan murid membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalammenjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.• Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usahameningkatkan kesihatan murid.• Menggalakkan ibu bapa / penjaga supaya memberi perhatian wajar kepadakesihatan murid.• Meningkatkan usahasama antara Jabatan Kesihatan dengan JabatanPelajaran dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik dalam kalanganmurid.STRATEGISehubungan itu bagi mencapai objektif yang telah ditentukan, beberapa strategiprogram telah digariskan iaitu :• Menggunakan konsep perkongsian bijak antara Jabatan Kesihatan, JabatanPelajaran dengan sokongan pihak sekolah, ibu bapa / penjaga, agensi kerajaanlain, sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan.• Membentuk jawatankuasa di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan Sekolahuntuk tujuan penyelarasan aktiviti.• Memilih murid berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.• Meningkatkan pengetahuan dan membina kemahiran kesihatan murid yang dipilihmelalui latihan yang fleksibel menggunakan modul yang disediakan.• Melaksanakan program secara berpusat di sekolah (school-based) secaraberperingkat berdasarkan sumber sedia ada.• Menggunakan pendekatan Pembimbing Rakan Sebaya dalam aktiviti pendidikanyang dilaksanakan oleh murid terpilih.

IKRAR DOKTOR MUDA

Kami Doktor Muda berikrarBahawasanya kami akan sentiasaMelaksanakan peranan dengan efektifBerdisiplin dan berakhlak muliaBerusaha menimba ilmuMenjaga kesihatan diriMembina hubungan secara positifMenjauhkan diri dari sikap negatifMenghormati insan lain danMengamalkan prinsip rukun negara

LAGU DOKTOR MUDA

Kamilah Doktor MudaMemberi khidmat menabur jasaBantu rakan semuaJaga kesihatan hidup bermaknaMari rakan semua

Page 3: Kelab Doktor Muda

Berkongsi ilmu menjana mindaOtak cergas kesihatan terjagaSejahtera hidup selamanyaKorusUsah buang masa lagiBersamalah kita berpadu usahaKesihatan diri fokus utamaHubungan mesra hidup ceriaHarga diri terpeliharaMaju bangsa maju negaraJangan leka, berubah segeraCergas ke arah jaya(Ulang Korus)Baris Akhir :Diri cemerlang hidup sempurna

SKOP 1 Doktor Muda

Unit 1 : Saya Doktor MudaUnit 2 : Mengenali Kemudahan KesihatanUnit 3 : Menyampaikan Mesej Kepada Rakan dan Keluarga

UNIT 1 : SAYA DOKTOR MUDAPENGENALANUnit ini mendedahkan Doktor Muda kepada definisi, peranan, aktiviti dan merekodaktiviti Doktor Muda. Penglibatan guru dan Doktor Muda secara aktif sangatpenting bagi menentukan kejayaan program ini.OBJEKTIFPada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :1. Menerangkan definisi Doktor Muda.2. Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab Doktor Muda.3. Menyenaraikan aktiviti Doktor Muda.4. Mengetahui cara mencatat aktiviti dalam Buku Catatan Aktiviti Harian danBuku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah

ISI PENTING1. Definisi Doktor Muda.2. Peranan dan tanggungjawab Doktor Muda.3. Aktiviti Doktor Muda.4. Keperluan dan kepentingan mencatat aktiviti dalam buku catatan.

KANDUNGAN1. Definisi Doktor MudaDoktor Muda adalah murid yang dipilih oleh guru berdasarkan ciri-ciri tertentudan kemudiannya diberi latihan dari segi pengetahuan dan kemahiranberdasarkan Modul Latihan Kelab Doktor Muda. Mereka bertindak sebagaiagen perubahan pengetahuan, sikap dan tingkah laku kesihatan untuk dirisendiri, rakan, keluarga dan masyarakat dalam usaha meningkatkan tarafkesihatan.

2. Peranan dan Tanggungjawab Doktor Muda• Mempromosikan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan rakan,anggota keluarga dan masyarakat.• Mendorong rakan supaya menjaga kebersihan diri, bersikap positif danbertingkahlaku sihat.• Menjalankan pemeriksaan kebersihan diri dalam kalangan semua murid.• Bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran sekolah.

Page 4: Kelab Doktor Muda

• Membantu anggota kesihatan menjalankan aktiviti kesihatan.

3. Aktiviti Doktor Muda

3.1 Di Sekolah• Pemeriksaan kebersihan rambut dan telinga.• Pemeriksaan kuku jari dan kaki.• Pengukuran tinggi.• Penimbangan berat badan.• Pemeriksaan ketajaman penglihatan (Carta Snellen).• Pemeriksaan gigi.• Pemeriksaan kebersihan pakaian sekolah.• Memeriksa dan memastikan kotak pertolongan cemas sentiasa lengkap.• Menyampaikan mesej kesihatan kepada rakan (Contoh: memberi ceramah,nasihat individu, kerja berkumpulan, demonstrasi, pameran).• Melaporkan kejadian demam, muntah, cirit-birit, luka dan masalah kesihatanmurid kepada guru kesihatan.• Menjaga kebersihan sekolah dan kawasan sekitar bersama murid lain(contohnya: kantin, tandas, bilik darjah dan padang).• Mengesan dan memberi bantuan awal masalah kesihatan atau kecederaanringan seperti luka atau calar.• Menghadiri sesi perjumpaan bersama anggota kesihatan dan ibu bapa.

3.2 Di Rumah dan Komuniti• Menyampaikan mesej kesihatan kepada rakan (Contoh: memberi nasihatindividu, bercerita, kerja berkumpulan, demonstrasi dan pameran).• Membantu ahli keluarga dan masyarakat menjalankan aktiviti gotongroyong.• Menggalakkan ahli keluarga dan masyarakat menjaga kebersihan diri danpersekitaran.• Memaklumkan / melaporkan kejadian demam, muntah, cirit-birit danmasalah kesihatan ahli keluarga dan masyarakat kepada anggota kesihatan

4. Keperluan dan Kepentingan Mencatat Aktiviti dalam Buku Catatan.

4.1 Keperluan :• Buku Catatan Aktiviti Harian perlu dibekalkan oleh Jabatan Kesihatan Negerikepada setiap Doktor Muda.• Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah dibekalkan oleh Jabatan KesihatanNegeri kepada setiap Sekolah Doktor Muda dan perlu ditempatkan di BilikDoktor Muda atau disimpan oleh guru penasihat.

4.2 Kepentingan :• Guru dapat mengenal pasti masalah kesihatan dan menilai tahap kebersihandiri murid.• Merupakan salah satu instrumen pemarkahan Penilaian Kompetensi DoktorMuda.• Rasional pemilihan Tokoh Doktor Muda.• Memudahkan guru penasihat membuat pemantauan aktiviti Kelab DoktorMuda.• Memastikan agihan tugas adil dan sama-rata dalam kalangan DoktorMuda.• Boleh menilai sekolah yang aktif dan tidak aktif dalam aktiviti Doktor Muda.• Boleh mencatat rumusan tahap kebersihan persekitaran sekolah.• Boleh menjelaskan peranan ahli Kelab Doktor Muda di sekolah.• Sebagai platform / ruang Doktor Muda memberi cadangan untukmeningkatkan lagi kesihatan murid, kebersihan bilik darjah dan sekolah.

Page 5: Kelab Doktor Muda

4.3 Kandungan :

a. Buku Catatan Aktiviti Harian- Jenis aktiviti- Tarikh- Tempat aktiviti dilaksanakan- Bilangan rakan sebaya terlibat- Cadangan / Tindakan daripada aktiviti- Pengesahan guru penasihat dan tandatangan ibubaapa / penjaga

b. Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah- Jenis aktiviti- Tarikh- Tempat aktiviti dilaksanakan- Bilangan rakan sebaya terlibat- Cadangan / Tindakan daripada aktiviti- Pengesahan guru penasihat

c. Cara Mencatat:i. Buku Catatan Aktiviti HarianDoktor Muda perlu mencatat setiap aktiviti yang dilaksanakan (termasukaktiviti di bilik darjah) mengikut jenis aktiviti setiap kali dijalankan. DoktorMuda perlu mendapatkan pengesahan daripada guru penasihat bagisetiap aktiviti yang dijalankan pada penghujung bulan.Doktor Muda boleh menggunakan buku catatan aktiviti harian yang samabagi mencatat tingkah laku sihat dan tidak sihat yang diamalkan oleh ahlikeluarga dan masyarakat.

ii. Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda SekolahDoktor Muda perlu mencatat setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolahmengikut jenis aktiviti setiap kali selepas aktiviti dijalankan. Doktor Mudaperlu mendapatkan pengesahan daripada guru yang berada di kawasandi mana aktiviti dijalankan atau mendapatkan pengesahan dari guruPenasihat Kelab Doktor Muda.1310

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : TAYANGAN VIDEO ‘SAYA DOKTOR MUDA’

A. Cara Pelaksanaan1. Guru akan menayangkan video Saya Doktor Muda.2. Guru memilih beberapa orang pelajar untuk menerangkan semulakandungan video yang ditayangkan.3. Guru menerangkan kembali maksud, peranan dan tugas Doktor Muda.

B. Sumber• Video Saya Doktor Muda

C. Masa• 30 Minit

D. Penilaian• Soal Jawab

Page 6: Kelab Doktor Muda

AKTIVITI 2 : BUKU CATATAN DOKTOR MUDA

A. Cara Pelaksanaan1. Guru mengedarkan Buku Catatan Aktiviti Harian dan Buku CatatanAktiviti Doktor Muda Sekolah kepada semua Doktor Muda.2. Guru menerangkan cara mengisi kedua-dua buku tersebut dengan betul.3. Doktor Muda menulis satu contoh aktiviti dalam Buku Catatan Aktiviti Hariandan Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah.

B. Sumber• Buku Catatan Aktiviti Harian• Buku Catatan Aktiviti Doktor Muda Sekolah.

C. Masa• 20 Minit

D. Penilaian• Soal Jawab

UNIT 2 : MENGENALI KEMUDAHAN KESIHATAN

PENGENALANUnit ini memberi pendedahan kepada Doktor Muda tentang kemudahan dan fungsiperkhidmatan perubatan, kesihatan, pergigian dan farmasi.

OBJEKTIFPada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :1. Menerangkan perbezaan di antara kemudahan dan perkhidmatan perubatan(Hospital), kesihatan, pergigian dan farmasi.2. Menyenaraikan perkhidmatan yang disediakan :• Hospital• Kesihatano Pejabat Kesihatan Daeraho Klinik Kesihatano Klinik Desao Klinik 1 Malaysiao Klinik Bergerako Klinik Bergerak 1 Malaysia• Pergigian• Farmasi

ISI PENTING1. Peranan dan perkhidmatan :a. Hospitalb. Kesihatano Pejabat Kesihatan Daeraho Klinik Kesihatano Klinik Desao Klinik 1 Malaysiao Klinik Bergerako Klinik Bergerak 1 Malaysiac. Pergigiand. Farmasi

Page 7: Kelab Doktor Muda

KANDUNGAN1. Peranan dan Perkhidmatan Perubatan (Hospital)Perkhidmatan perubatan menyediakan rawatan dan pemulihan kepada pesakitmengikut skop rawatan. Hospital diketuai oleh seorang Pengarah.

Antara perkhidmatan yang disediakan di hospital ialah:a. Rawatan Pesakit Luar :• Kecemasan dan Trauma (Emergency Department).• Klinik Pakar (Antaranya: Perubatan, Pediatrik, Pembedahan, OrtopedikPergigian, Perbidanan & Sakit Puan, Mata, Telinga, Hidung serta Tekak, danPsikiatri)b. Rawatan Pesakit Dalam Wad• Perubatan• Pembedahan• Kanak-kanak (12 tahun ke bawah)• Perbidanan dan Sakit Puan (O&G @ Obstetric and Gyneacology)• Ortopedik (Tulang)• Telinga, Hidung dan Tekak (Otorinolaringology).• Mata (Ophthalmology)• Psikiatrik dan Kesihatan Mental.• Rawatan Rapi (ICU @ Intensive Care Unit)• Rawatan Jantung (CCU @ Cardiac Care Unit)• Rawatan Rapi Neonatal (NICU @ Neonatal Intensive Care Unit)c. Dewan Bedahd. Pendidikan Pesakite. Farmasif. Patologi (Makmal Perubatan)g. Radiologi (x-ray)h. Tabung Darahi. Fisioterapi dan Rawatan Cara Kerjaj. Kerja Sosial Perubatank. Dietetikl. Hemodialisism. Pengurusan

2. Peranan dan Perkhidmatan Kesihatan2.1 Pejabat Kesihatan DaerahPejabat Kesihatan Daerah (PKD) diketuai oleh Pegawai Kesihatan Daerah danberperanan untuk melaksanakan program kesihatan seperti berikut:a. Menyediakan perkhidmatan perubatan, pergigian dan farmasi.b. Menjalankan perkhidmatan promosi kesihatan.c. Mencegah dan mengawal penyakit.d. Menjaga kesihatan masyarakat.Perkhidmatan yang terdapat di PKD ialah:o Pembangunan Kesihatan Keluargao Kesihatan Primer (Pesakit Luar)o Pemakanan

Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC @ Communicable Disease Control)o Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)o Keselamatan dan Kualiti Makanan (KMM)o Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)o Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)o Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (KPBV)o Promosi Kesihatano Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekitar (BAKAS)o Inspektorat dan Perundangan (UIP)o Farmasio Pengurusan

Page 8: Kelab Doktor Muda

2.2 Klinik KesihatanKlinik Kesihatan ialah salah satu fasiliti kesihatan di bawah Kementerian KesihatanMalaysia yang menjadi titik permulaan (first point of contact) masyarakat untukmemperolehi perkhidmatan penjagaan kesihatan asas. Di bawah Klinik Kesihatanterdapat beberapa Klinik Desa. Klinik Kesihatan diketuai oleh Pegawai PentadbirPerubatan.Perkhidmatan Dan Aktiviti Klinik KesihatanMenyediakan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif meliputi aspek promosi,pencegahan, rawatan dan pemulihan (rehabilitasi) bagi semua peringkat umur daridalam kandungan hingga akhir hayat .

2.3 Klinik DesaKlinik Desa diwujudkan untuk menyedia perkhidmatan kesihatan kepada pendudukberkaitan penjagaan kesihatan ibu dan anak, rawatan pesakit luar dan lawatan kerumah. Klinik Desa menempatkan jururawat masyarakat (JM) dan juga PenolongPegawai Perubatan.Perkhidmatan dan Aktiviti :o Perkhidmatan rawatan ringano Perkhidmatan penjagaan ibu mengandung (Ante natal)o Perkhidmatan penjagaan selepas bersalin (Post natal)o Perkhidmatan imunisasi

2.4 Klinik Bergerak / Klinik Bergerak 1 Malaysia (KB1M)Klinik Bergerak 1 Malaysia diwujudkan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatankepada penduduk di kawasan luar bandar yang jauh daripada kemudahankesihatan statik sedia ada seperti di kawasan ladang, kampung tradisional danpenempatan orang asli.Perkhidmatan dan Aktiviti :o Rawatan pesakit luar termasuk rawatan kecemasano Penjagaan kesihatan ibu dan anak (antenatal, postnatal, imunisasi, perancangkeluarga)o Saringan dan intervensi risiko kesihatano Rawatan susulan kes penyakit akut (jika perlu) dan penyakit kroniko Rujukan kes (jika perlu)o Melakukan prosedur rawatan ringano Notifikasi (makluman) penyakit berjangkito Ujian makmal asaso Farmasi

2.5 Klinik 1 MalaysiaKlinik 1 Malaysia merupakan satu premis kesihatan yang ditempatkan berdekatandengan kawasan perumahan di bandar yang terpilih dan mudah dikunjungi olehpenduduk setempat. Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menyediakanperkhidmatan rawatan perubatan ringan dan membantu meningkatkan tahapkesihatan rakyat. Klinik 1 Malaysia diwujudkan di kawasan bandar bertujuan untukmeringankan beban masyarakat bandar mendapat rawatan, khususnya merekayang berpendapatan rendah

Perkhidmatan dan Aktiviti :

Page 9: Kelab Doktor Muda

• Perkhidmatan rawatan ringan (contoh: demam, selsema, batuk dan penyakitpenyakitringan yang lain).• Rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal (contoh: diabetes,darah tinggi dan asma).• Melakukan prosedur rawatan ringan (mencuci luka dan membuka jahitan).• Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit (contoh: denggi, kolera, keracunanmakanan dan sebagainya).• Menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital berdekatan bagi keskecemasan.• Memberi khidmat nasihat dan pendidikan kepada pesakit.

2.6 Peranan dan Perkhidmatan PergigianPerkhidmatan pergigian bertujuan meningkatkan tahap kesihatan oral melaluiperkhidmatan pencegahan, promosi, kuratif dan rehabilitatif. Perkhidmatan ini bolehdiperolehi di Klinik Pergigian Besar, Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan, Klinik PergigianSekolah, Klinik Pergigian Bergerak, Pasukan Pra-sekolah dan Klinik Pergigian Pakar.Perkhidmatan dan Aktiviti :

a. Perkhidmatan kesihatan pergigian asas :• Pemfluoridan bekalan air• Promosi kesihatan pergigian• Program-program untuk murid sekolah, murid prasekolah dan ibumengandung• Perkhidmatan pesakit luar

b. Penjagaan kesihatan pergigian pakar :• Ortodontik• Periodontik• Pembedahan mulut• Pediatrik Pergigian• Perubatan / patologi mulut

c. Perkhidmatan rawatan pergigian yang disediakan di klinik pergigian:• Tampalan gigi• Cabutan gigi• Penskaleran dan penggilapan• Rawatan endodontik (salur akar gigi)• Sealan fisur• Pembuatan dentur (gigi palsu)• Rujukan untuk rawatan pakar seperti rawatan ortodontik, periodontik danpembedahan mulut

2.7 Fungsi, Peranan dan Perkhidmatan FarmasiPerkhidmatan farmasi terdapat di hospital dan klinik kesihatan. Peranan utamaperkhidmatan farmasi ialah memberikan perkhidmatan pembekalan / pengagihanubat-ubatan serta kaunseling kepada pesakit dan pelanggan. Pegawai yangmemberi perkhidmatan farmasi dikenali sebagai Pegawai Farmasi.Perkhidmatan dan aktiviti:

a. Farmasi Pesakit Luar• Pegawai Farmasi akan memeriksa kesesuaian ubat pesakit sebelumdibekalkan kepada pesakit.

b. Kaunseling Ubat-ubatan

Page 10: Kelab Doktor Muda

• Pegawai Farmasi akan memberitahu pesakit berkenaan fungsi ubat, carapengambilan dan cara penyimpanan ubat yang betul.

c. Stor Ubat• Pegawai Farmasi akan menguruskan perolehan dan pembekalan ubatubatan di hospital dan klinik kesihatan.

d. Bekalan Wad Farmasi• Pegawai Farmasi akan membekalkan ubat yang bersesuaian kepadapesakit yang berada di dalam wad.

e. Farmasi Klinikal• Pegawai Farmasi akan memberi cadangan / maklumat ubat kepadadoktor semasa doktor merawat pesakit di dalam wad.

f. Pendidikan Pengguna• Pegawai Farmasi akan memberi pendidikan penggunaan ubat-ubatansecara berkualiti kepada orang awam.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAKTIVITI 1 : KENALI KEMUDAHAN KESIHATAN

A. Cara Pelaksanaan1. Guru akan menayangkan Video ‘Kenali Kemudahan Kesihatan’.2. Sesi soal jawab antara guru dan murid.3. Doktor Muda membuat rumusan mengenai perkhidmatan kesihatan yangdisediakan.

B. Sumber• Video Kenali Kemudahan Kesihatan

C. Masa• 30 minit

D. Penilaian

• Soal Jawab

AKTIVITI 2 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR

A. Cara Pelaksanaan1. Guru menganjurkan lawatan ke Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia, Klinik Bergerak,Klinik Desa, Klinik Pergigian dan Hospital.2. Doktor Muda perlu menyediakan catatan / laporan ringkas mengenai lawatandi atas.B. Masa• 3 jamC. Penilaian• Soal Jawab

UNIT 3 : MENYAMPAIKAN MESEJ KEPADA RAKAN DAN KELUARGAPENGENALAN

Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kebolehan dan kemahiran menyampaikan mesej kepada orang lain. Kemahiran ini perlu ada pada Doktor

Page 11: Kelab Doktor Muda

Muda. Dengan kebolehan dan kemahiran tersebut, Doktor Muda akan mempunyai keyakinan untuk menyampaikan mesej secara berkesan. Secara tidak langsung mereka yang menerima maklumat tersebut akan memberi tumpuan untuk mendengar dan cuba memahami serta mengikuti apa yang disampaikan. Kebolehan dan kemahiran ini akan meningkatkan lagi kredibiliti Doktor Muda dalam menjalankan aktiviti. Terdapat pelbagai cara menyampaikan mesej kepada rakan dan keluarga antaranya ceramah, nasihat individu, demonstrasi, perbincangan kumpulan kecil, bercerita, sketsa dan madah berhemah (Choral Speaking).

OBJEKTIFPada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :1. Menjelaskan cara berceramah yang berkesan.2. Memahami petua komunikasi yang berkesan.3. Menyenaraikan cara meningkatkan kredibiliti semasa menyampaikan ceramahkepada rakan dan keluarga.4. Mengenal pasti ruang dan peluang untuk mendidik rakan sebaya.

ISI PENTING1. Cara penyampaian ceramah yang berkesan :• Membuat persiapan tajuk• Membuat persediaan diri• Adab semasa berucap2. Petua komunikasi berkesan.3. Cara meningkatkan kredibiliti penceramah semasa berceramah.4. Ruang dan peluang untuk mendidik rakan sebaya.

KANDUNGAN1. Cara penyampaian ceramah yang berkesana. Sebelum Berucap• Membuat persiapan tajuk- Memahami tajuk atau topik yang akan disampaikan.- Mencari bahan rujukan ceramah.- Menyediakan rangka ucapan.- Menyediakan beberapa contoh yang berkaitan bagi menjelaskanmesej.

- Menghubung kaitkan pertalian antara isi penting.- Menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai seperti gambar, carta selakatau poster.

• Membuat persiapan diri- Pakai pakaian seragam Doktor Muda atau berpakaian kemas danbersih.- Senyum dan kelihatan bersedia.- Sentiasa tenang.- Berlatih berucap beberapa kali sebelum memberi ceramah sebenar.- Berlatih menggunakan alat bantu.- Meneliti cara berucap yang dilakukan oleh orang lain yang mahirberucap.b. Adab Semasa Berucap- Wujudkan kemesraan dengan audien.- Mulakan dengan bertanya soalan berkait dengan tajuk ceramah atau ceritapendek.- Terangkan kaitan tajuk ceramah dengan kesihatan kita.- Beri pujian kepada audien kerana sudi mendengar ceramah.- Bercakap dengan sopan santun.- Suara mestilah jelas dan terang.- Berdiri dengan yakin.- Memandang kepada audien.

Page 12: Kelab Doktor Muda

- Tidak terlalu kerap melihat nota.- Tidak mengkritik audien.- Layan semua pertanyaan dengan adil.- Jawab semua soalan dengan memuaskan.- Ringkaskan idea sebelum berhenti.- Tegaskan tindakan yang perlu diambil.2. Petua Komunikasi Berkesan- A - Accurate (Tepat)Maklumat atau mesej mestilah betul, tepat dan boleh dipercayai.- B - Brief (Ringkas)Maklumat yang hendak disampaikan mestilah ringkas, padat dan difahami olehaudien.- C - Clear (Jelas)Gunakan suara, perkataan, alat, gambar dan contoh yang jelas.- D - Direct (Secara Langsung)Maklumat yang ingin disampaikan mestilah mempunyai ciri berterus terang(direct to the point) dan tidak berbelit-belit.23- E - Easy (Mudah)Kaedah penyampaian maklumat mestilah mudah dan tidak mengelirukan.- F - Fast (Lancar)Penyampaian maklumat mestilah lancar, tidak tersekat-sekat dari segi tuturkata dan bahasa.- G - Good Taste (Sedap Didengar)Penyampaian maklumat mestilah menggunakan bahasa yang bagus,bersopan dan sedap didengar. Elakkan mengutuk dan memperbodohkanaudien.

3. Cara-cara Meningkatkan Kredibiliti Semasa Menyampaikan Ucapan atauCeramah

• Mempunyai sikap dinamik iaitu bertenaga, aktif dan penuh minat semasamenyampaikan ucapan atau ceramah.• Konsisten - mengambil pendirian yang sama sepanjang ucapan.• Keramahan - lemah-lembut dan menekankan persamaan beliau denganaudien; tidak bongkak.• Kejujuran - bercakap benar.• Keikhlasan - tidak berpura-pura.• Memberi penekanan kepada mesej - memberi penekanan pentingnyamesej atau maklumat tersebut.• Mengambil berat terhadap audien - layan dan jawab setiap soalan denganmemuaskan.• Kredibiliti mesej yang dipercayai dan tidak menimbulkan keraguan.• Berpengetahuan dalam topik yang diperkatakan.• Daya tarikan peribadi - menarik, berpakaian kemas dan mampumempamerkan keramahan.

4. Ruang dan Peluang Untuk Mendidik Rakan Sebaya• Perhimpunan awal pagi• Program kelas angkat• Radio sekolah• Di kantin• Di tandas• Perjumpaan kokurikulum• Perkhemahan / lawatan / riadah• Semasa melihat rakan sebaya mengamalkan tingkah laku negatif24AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 13: Kelab Doktor Muda

AKTIVITI 1 : PENGUCAPAN AWAMA. Cara Pelaksanaan1. Guru menerangkan cara menyampaikan ceramah atau syarahan secaraberkesan.2. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan.3. Guru memberi tajuk ceramah yang berkaitan dengan Modul Doktor Mudakepada setiap kumpulan.4. Guru meminta setiap kumpulan berbincang mengenai tajuk tersebut danmembuat persediaan untuk menyampaikan ceramah.5. Guru memilih seorang wakil setiap kumpulan untuk menyampaikanceramah berpandukan kepada tajuk yang diberikan.6. Guru akan memberikan markah kepada Doktor Muda berdasarkan isi,bahasa, kelancaran, gaya, intonasi dan susunan ceramah menggunakanBorang Penilaian dan Ulasan Pengucapan Awam seperti Lampiran 1.3.7. Doktor Muda diberi peluang memberi maklum balas berkaitan ceramahyang diberikan.8. Guru membuat ulasan terhadap pencapaian penceramah dan kumpulanmasing-masing berpandukan Borang Penilaian dan Ulasan PengucapanAwam (Lampiran 1.3).B. Sumber• Borang Penilaian dan Ulasan Pengucapan Awam (Lampiran 1.3)C. Masa• 1 jamD. Penilaian• Soal Jawab

SKOP 2 AMALAN KEBERSIHAN DIRI DAN

PENJAGAAN KESIHATAN MATA

Unit 1 : Menjamin Kebersihan TanganUnit 2 : Menjaga Kebersihan Badan Dan RambutUnit 3 : Menjaga Kebersihan KukuUnit 4 : Menjaga Kesihatan Mata

UNIT 1 : MENJAMIN KEBERSIHAN TANGANPENGENALANUnit ini mendedahkan Doktor Muda kepada amalan mencuci tangan sebelumdan selepas makan, sebelum menyedia atau menghidang makanan dan selepaske tandas bagi mencegah penyakit dan masalah kesihatan seperti kolera, demamkepialu, hepatitis A, disentri, cirit-birit, keracunan makanan, jangkitan cacing danselesema daripada merebak.OBJEKTIFPada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :1. Menerangkan bila perlu mencuci tangan.2. Menunjukkan 7 langkah mencuci tangan dengan betul.3. Menyenaraikan penyakit-penyakit bawaan makanan dan air.ISI PENTING1. Masa-masa yang perlu untuk mencuci tangan.2. 7 langkah mencuci tangan.3. Kepentingan menjaga kebersihan tangan.KANDUNGANMencuci tangan merupakan amalan yang mudah tetapi sangat penting untukkebersihan dan kesihatan. Amalan ini boleh membantu mencegah pelbagaijenis penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan. Ini kerana tangan yang kotor

Page 14: Kelab Doktor Muda

membawa kuman pada kulit, celah jari dan di bawah kuku.1. Keperluan Untuk Mencuci TanganDoktor Muda dinasihatkan supaya mencuci tangan dalam situasi tertentu sepertiberikut :• Selepas ke tandas.• Sebelum dan selepas makan.• Selepas menyentuh sampah atau kotoran.• Sebelum menyedia dan menghidang makanan.262. Langkah Mencuci TanganUntuk memastikan tangan betul-betul bersih dan tidak mengandungi kuman yangberbahaya, ikutilah langkah-langkah berikut :i. Basuh tangan dengan sabun dan air secukupnya.ii. Gosok kedua-dua tapak tangan dengan menggunakan jari.iii. Gosok setiap jari dan celah jari.iv. Gosok kuku di tapak tangan.v. Gosok bahagian belakang kedua-dua tangan.vi. Basuh dengan air bersih secukupnya.vii. Keringkan tangan dengan kain bersih.

3. Kepentingan Menjaga Kebersihan TanganTangan yang kotor boleh memindahkan kuman dan telur cacing kepada makanandan minuman. Akibatnya, seseorang itu boleh menghidap penyakit seperti keracunanmakanan, kolera, disentri, demam kepialu (Tifoid) dan selesema. Selain itu, tangankotor juga boleh menyebabkan penyakit seperti penyakit kulit dan kudis buta.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : ‘ 7 LANGKAH MENCUCI TANGAN’A. Cara Pelaksanaan1. Guru akan menayangkan video 7 Langkah Mencuci Tangan mengenai kepentinganmencuci tangan dengan betul.2. Guru memilih beberapa orang murid untuk menerangkan semula kandunganvideo yang ditayangkan.3. Doktor Muda menerangkan kembali faedah mencuci tangan dengan betul.B. Sumber• Video 7 Langkah Mencuci TanganC. Masa• 20 MinitD. Penilaian• Soal Jawab27

28AKTIVITI 2 : DEMONSTRASI MENCUCI TANGANA. Cara Pelaksanaan1. Guru mendemonstrasikan 7 langkah mencuci tangan sambil diikuti oleh semua murid.2. Guru memilih beberapa orang murid untuk mendemonstrasikan semula 7 langkahmencuci tangan secara betul.3. Doktor Muda menerangkan kembali faedah mencuci tangan dengan betul.

B. Sumber• Poster 7 Langkah Mencuci Tangan

Page 15: Kelab Doktor Muda

C. Masa• 20 MinitD. Penilaian• Soal Jawab

AKTIVITI 3 : TUJUH SERANGKAI

A. Cara Pelaksanaan1. Aktiviti ini berbentuk pertandingan.2. Doktor Muda dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bilangan ahli.Setiap kumpulan terdiri daripada 20 orang Doktor Muda.3. Tujuh (7) orang dari setiap kumpulan bertanggungjawab untuk memegang kadgambar cara membasuh tangan (satu kad untuk seorang murid).4. Masa satu (1) minit diberikan kepada murid yang memegang kad gambaruntuk berdiri di hadapan kelas mengikut urutan 7 langkah mencuci tangan darikiri ke kanan (ahli kumpulan diminta untuk membuat keputusan bersama bagimembantu murid berdiri mengikut urutan kad yang betul).5. Doktor Muda juga bertanggungjawab untuk menjaga masa bagi menentukanpemenang bagi aktiviti ini.6. Kumpulan terawal yang berjaya menyusun 7 langkah mencuci tangan denganbetul dalam masa satu (1) minit dikira sebagai pemenang.7. Doktor Muda juga perlu membimbing kumpulan yang gagal menyusun kadgambar secara betul.8. Doktor Muda menerangkan semula cara-cara 7 langkah mencuci tangan.9. Di akhir sesi, Doktor Muda dikehendaki menyusun kembali kad untuk simpanan.B. SumberKad 7 Langkah Mencuci TanganC. Masa• 20 MinitD. Penilaian• Soal Jawab