kekuatan dan kelemahan sumber

5
8/7/2019 KEKUATAN DAN KELEMAHAN SUMBER http://slidepdf.com/reader/full/kekuatan-dan-kelemahan-sumber 1/5

Upload: nash-ra-one

Post on 08-Apr-2018

657 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEKUATAN DAN KELEMAHAN SUMBER

8/7/2019 KEKUATAN DAN KELEMAHAN SUMBER

http://slidepdf.com/reader/full/kekuatan-dan-kelemahan-sumber 1/5

Page 2: KEKUATAN DAN KELEMAHAN SUMBER

8/7/2019 KEKUATAN DAN KELEMAHAN SUMBER

http://slidepdf.com/reader/full/kekuatan-dan-kelemahan-sumber 2/5

Selain itu, kepelbagaian maklumat yang terdapat dalam internet yang terlalu

banyak memudaratkan dan melambatkan proses mentafsir maklumat. Menurut  ³Use

of Electronic Resources among Undergraduates and Graduates´

(http://www.epic.columbia.edu/eval/find03.html ) , maklumat yang tidak relevan

menyebabkan para pelajar mudah terpesong daripada tajuk yang dicari.

Seterusnya, media elektronik seperti televisyen memaparkan unsur -unsur 

negatif seperti keganasan atau budaya kuning dan merosakkan minda golongan

belia.

Menurut cikguyatieishere.blogspot.com[2009], sumber komputer ialah satu

daripada contoh media elektronik yang canggih pada masa kini. Satu daripada

kekuatannya ialah sumber ini amat fleksibel. Sumber ini boleh didapatkan dimana -

mana laman web dan kita hanya perlu menekan saahaja laman web yang

dikehendaki. Selain itu, sumber ini juga mudfah dikemaskiniseperti maklumat yang

diperolehi boleh terus disimpan ke dalam folder yang telah  dibuat. Jaringannya juga

tidak terhadkepada satu sumber sahaja dan canggih seperti data atau maklumat

yang diperolehi dapat dimuat turun dengan cepat dan menjimatkan masa.

Kelemahannya pula, sumber ini amat mahal, sebagai contoh kita perlu mengakses

internet bagi memperolehi maklumat dan dan kita perlu membayar untuk

perkhidmatan tersebut. Sumber tersebut juga terlalu bergantung kepada sumber 

elektrik dan memerlukan seseorang yang mahir untuk mengoperasikan komputer 

bagi mendapatkan maklumat.

Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun,Phd.(2005), sumber manusia

adalah sumber rujukan yang dibuat kepada orang -orang yang kepakaran tertentu.

Contoh-contoh sumber ini ialah guru, pakar motivasi, penguatkuasa, wakil rakyat

dan sebagainya turut mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.

Mereka benar-benar arif dan juga berpengetahuan dan berpengalaman dalam

sesuatu bidang. Mereka boleh membuat keputusan dengan cepat berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman yang mereka ada. Menurut

cikguyatieishere.blogspot.com[2009], sumber ini amat fleksibel, interaktif yang mana

melibatkan interaksi yang aktif antara beberapa individu dan sumber ini tidak

terjamin kualitinya. Perkara ini kerana maklumat ini diperolehi tidak terbukti

kesahihannya dan sukar mendapatkan pakar yang berwibawa. Pendapat ini juga

Page 3: KEKUATAN DAN KELEMAHAN SUMBER

8/7/2019 KEKUATAN DAN KELEMAHAN SUMBER

http://slidepdf.com/reader/full/kekuatan-dan-kelemahan-sumber 3/5

disokong dalam laman web mahirkb.tripod.com yang mana mengatakan hujah yang

sama.

Menurut mahirkb.tripod.com, sumber bercetak seperti buku, surat khabar, majalah,

jurnal, ensiklopedia dan atlas. Sumber ini amat murah da n banyak dijual di kedai-

kedai buku seumpamanya. Maklumat yang terdapat dalam sumber ini juga kekal dan

tidak akan berubah. Selain itu, sumber ini senang dirujuk dengan cara melihat

kepada isi kandungan bahan tersebut dan   muka surat dimana maklumat boleh

diperolehi. Sumber ini juga mudah alih atau senang untuk membawa kemana -mana

sahaja kita mahu. Sumber ini masih lagai menjadi sumber rujukan pada masa kini.

Sumber ini juga kadang-kala terlalu tebal seperti ensiklopedia dan berat dibawa ke

mana-mana. Isi-isi di dalamnya tidak boleh disunting dan maklumat yang diperolehi

juga tidak terkini. Di sini, maklumat  yang terdapat dalam buku tersebut bergantung

kepada tahun buku itu diterbitkan. Sebagai contoh, jikalau sumber ini dikeluarkan

pada 1999, maklumat-maklumat yang terdapat dalam sumber itu hanya mempunyai

data sampai tahun tersebut sahaja.

Sumber pandang dengar atau lebih dikenali sebagai seperti televisyen dan radio

juga amat murah. Sumber ini tergolong kepada sumber media elektronik. Tambahan

pula, sumber ini sangat menarik seperti siaran televisyen yang menggunakan

pelbagai pancaindera. Sumber ini mudah diakses dan dimasukkan dalam minda

secara langsung. Di samping itu, sumber ini juga boleh digunakan dimana -mana dan

pda bila-bila masa sahaja. Kelemahanya ialah sumber ini tidak tahan lasak,

maklumat yang diperolehi kadang-kala dimanipulasikan untuk hiburan para

penonton dan maklumat ini juga sukar untuk disunting. Jikalau maklumat itu

disamp[aikan dalam salura televisyen secara langsung, maklumat itu tida k dapat

melihat secara berterusan. Perkara akan berlainan jika maklumat itu disampaikan

dalam video yang terdapat dalam CD, VCD, atau DVD, kita boleh melihat maklumat

itu sepuas-puas hati kita. Pandangan ini juga dinyatakan dalam laman web

cikguyatieishere.blogspot.com[2009).

Di samping itu, sumber persekitaran juga merupakan antara kaedah dan strategi

untuk mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan. Sumber tersebut juga

menceriakan kehidupan seharian manusia .Sumber ini terbahagi kepada beberapa

kumpulan iaitu bunyi, warna, cahaya, bau dan tenaga. Kekuatan sumber ialah

Page 4: KEKUATAN DAN KELEMAHAN SUMBER

8/7/2019 KEKUATAN DAN KELEMAHAN SUMBER

http://slidepdf.com/reader/full/kekuatan-dan-kelemahan-sumber 4/5

menarik dan melibatkan kelima-lima pancaidera. Pelbagai bunyi yang

menyenangkan, kecerahan warna,dan keunikan pancaran cahaya telah menjadikan

sumber ini semakin menarik. Selain itu, sumber persekitaran juga murah kosnya.

Setiap hari, kita berpeluang mendengar bunyi yang berlainan, melihat warna dan

cahaya yang berbeza serta menghidu pelbagai jenis bau tanpa membayar kos yang

banyak.di samping itu, sumber ini juga boleh didapati secara langs ung.

Namun, terdapat juga kelemahan sumber persekitaran dalam mendapatkan

pelbagai maklumat. Sumber ini dapat disunting. Hal ini kerana sumber ini berlaku

dengan semula jadinya. Di  samping itu, sumber persekitaran juga susah dialihkan

dan susah dikemaskinikan. Sumber tersebut   juga susah untuk diulangi

tanyangannya. Walaupun kedengaran bunyi percikan air sungai yang kelihatan

sama, namun tahap kekuatan bunyi tersebut memang berbeza setaip masa.selain

itu, sumber ini juga susah didapati. Sebagai cont oh, bunyi deruan ombak laut hanya

dapat didengari di tepi pantai sahaja.

Bahan bercetak sukar dikemaskini dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan

pembelajaran dan pengajaran mengambil masa yang lama. Bahan berasaskan

komputer atau teknologi maklumat boleh dikemaskini pada bila-bila masa mengikut

keperluan. Oleh yang demikian kebanyakan pengguna disyorkan untuk lebih

menggunakan bahan berasaskan komputer. Namun bukan senang untuk

mengemaskini maklumat di sumber berkomputer khususnya laman web. Kita perlu

ada kemahiran tertentu dalam mengakses dan memproses maklumat serta

mempunyai kuasa untuk mengemaskini.

Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam internet dan intranet.

Bahan-bahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Oleh s ebab

itu, penggunaan sumber pengajaran dan pengajaran berkomputer boleh

meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru.

Sumber pembelajaran berasaskan komputer selalu terdedah kepada kerosakan harddisk, cakera padat, disket, atau diserang virus.

Terdapat pelbagai implikasi kekuatan dan kelemahan sumber persekitaran

.sumber ini sukar dikemaskinikan dan penyediaan bahan pembelajaran sera

pengajaran mengambil tempoh masa yang panjang. Namun, kekuatan sumber ini

membolehkan peningkatan daya ingatan ,kemahiran berfikir, motivasi, kreativiti,

Page 5: KEKUATAN DAN KELEMAHAN SUMBER

8/7/2019 KEKUATAN DAN KELEMAHAN SUMBER

http://slidepdf.com/reader/full/kekuatan-dan-kelemahan-sumber 5/5

keseronokan dalam pembelajaran dan kemahiran interpersonal serta intrapersonal.

Sumber  ini juga dapat merangsang pelajar untuk memberi perhatian kepada pr oses

pengajaran tersebut. Oleh yang demikian, pengunaan sumber persekitaran

membolehkan proses pembelajaran menjadi lebih efektif dan berkesan.

Konklusinya, setiap sumber ada kekuatan dan kelemahan yang tersendiri

yang tidak dapat diubah. Tambahan pula, hal -hal ini menimbulkan implikasi yang

sukar dibaiki dan dikemaskini. Oleh itu, kita harus memelihara dan memulihara

sumber-sumber tersebut khususnya sumber alm sekitar.