kekuasaan raja kechil

4
Kekuasaan Raja Kechil (orang Minangkabau) dan Opu Berlima (Bugis) di Johor. Pada tahun 1717, seorang bernama Raja Kechil telah muncul di Siak dan mengaku bahawa dia ialah putera Sultan Mahmud yang dibunuh pada tahun 1699. 1 pada tahun 1718, Raja Kechil berjaya menaiki takhta kerajaan Johor dengan bantuan Orang Laut. Raja Kechil telah menaiki takhta dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. 2 Semasa Raja Kechil menduduki takhta kerajaan Johor, Sultan Abdul Jalil telah diturunkan pangkatnya semula sebagai bendahara. Pada waktu ini, rakyat Johor terbahagi kepada dua pengaruh. Sebahagiannya tetap menyatakan taat setia kepada Sultan Abdul Jalil IV dan sebahagian lagi menyokong pemerintahan Raja Kechil. 3 Pada tahun 1719, telah berlaku perang antara Raja Kechil dan Sultan Abdul Jalil Shah tetapi tentera Raja Kechil berjaya mematahkannya. 4 Kedatangan Bugis di Tanah Melayu telah memberikan kesempatan kepada Raja Sulaiman, anak bendahara untuk membuat komplot menjatuhkan Raja Kechil. Raja Sulaiman telah membuat satu perjanjian dengan Lima Bugis Bersaudara sebelum menyerang Raja Kechil. Kemudian berkata Opu-opu Berlima itu kepada Raja Sulaiman, adapun yang seperti permintaan Raja Sulaiman kepada sahaya semua itu sahaya terimalah. Akan tetapi hendaklah kita semua ini berjanji dahulu betul-betul. Maka 1 Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya, 1983, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd. hlmn 4. 2 Zul Fadzli Mat Rawi, 2006, Pahlawan Johor, Selangor: Pustaka Cahaya Intelek. hlmn 8 3 (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman (penyusun), 2002, Institusi Perbendaharaan-Permata Melayu Yang Hilang, Kuala Lumpur: Pustaka BSM Enterprise, hlmn 33. 4 Institusi Perbendaharaan- Permata Melayu Yang Hilang. hlmn. 32.

Upload: farahhaniey

Post on 12-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEKUASAAN RAJA KECHIL

Kekuasaan Raja Kechil (orang Minangkabau) dan Opu Berlima (Bugis) di Johor.

Pada tahun 1717, seorang bernama Raja Kechil telah muncul di Siak dan mengaku

bahawa dia ialah putera Sultan Mahmud yang dibunuh pada tahun 1699.1 pada tahun 1718, Raja

Kechil berjaya menaiki takhta kerajaan Johor dengan bantuan Orang Laut. Raja Kechil telah

menaiki takhta dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.2 Semasa Raja Kechil menduduki

takhta kerajaan Johor, Sultan Abdul Jalil telah diturunkan pangkatnya semula sebagai bendahara.

Pada waktu ini, rakyat Johor terbahagi kepada dua pengaruh. Sebahagiannya tetap menyatakan

taat setia kepada Sultan Abdul Jalil IV dan sebahagian lagi menyokong pemerintahan Raja

Kechil.3 Pada tahun 1719, telah berlaku perang antara Raja Kechil dan Sultan Abdul Jalil Shah

tetapi tentera Raja Kechil berjaya mematahkannya.4

Kedatangan Bugis di Tanah Melayu telah memberikan kesempatan kepada Raja

Sulaiman, anak bendahara untuk membuat komplot menjatuhkan Raja Kechil. Raja Sulaiman

telah membuat satu perjanjian dengan Lima Bugis Bersaudara sebelum menyerang Raja Kechil.

Kemudian berkata Opu-opu Berlima itu kepada Raja Sulaiman, ‘adapun yang seperti permintaan Raja Sulaiman kepada sahaya semua itu sahaya terimalah. Akan tetapi hendaklah kita semua ini berjanji dahulu betul-betul.’ Maka jawab Raja Sulaiman,’Baiklah dan khabarkanlah oleh Opu-opu boleh sahaya dengar.’5

Dalam perjanjian tersebut Bugis akan mendapat kepentingannya dalam pemerintahan dan

pentadbiran di Tanah Melayu.

1 Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya, 1983, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd. hlmn 4.2 Zul Fadzli Mat Rawi, 2006, Pahlawan Johor, Selangor: Pustaka Cahaya Intelek. hlmn 83 (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman (penyusun), 2002, Institusi Perbendaharaan-Permata Melayu Yang Hilang, Kuala Lumpur: Pustaka BSM Enterprise, hlmn 33.4 Institusi Perbendaharaan- Permata Melayu Yang Hilang. hlmn. 32.5 Mohd Yusof Md. Nor, 1997, Salasilah Melayu dan Bugis, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlmn, 65.

Page 2: KEKUASAAN RAJA KECHIL

Syahadan berkata Opu Daeng Parani, ‘Adapun jika jaya pekerjaan sahaya semua ini sekali lagi pergi melanggar Siak itu maka sebelah Raja Sulaiman menjadi Yamtuan Besar sampailah kepada turun-temurun dan sebelah sahaya semua menjadi Yamtuan Muda sampailah kepada turun-temurunnya juga, tiada boleh yang lain. Maka boleh dipilih sahaja sahaya yang lima beradik ini mana-mana jua yanh disukai orang banyak maka dianya itulah yang jadi Yamtuan Muda, tiada boleh tiada. Dan lagi pula Yamtuan Besar jadi seperti perempuan sahaja, jika diberinya makan maka baharu makan ia. Dan Yamtuan Muda jadi seperti laki-laki; dan jika datang satu-satu hal atau apa-apa juga bicara melainkan apa kata Yamtuan Muda. Syahadan sekalian perjanjian kita mana-mana yang tersebut itu tiada boleh diubah lagi; maka boleh kita semua pakai.’ Maka jawab Raja Sulaiman, ‘Baiklah.’6

Persetujuan Raja Sulaiman perjanjian ini menunjukkan Raja Sulaiman rela menjadi boneka

orang Bugis daripada menjadi bendahara yang mungkin akan diwarisi daripada ayahandanya,

Sultan Abdul Jalil.

Pada tahun 1721, Raja kechil berjaya dikalahkan oleh Bugis Bersaudara dan Raja

Sulaiman dan menghalaunya balik ke Siak.7 Kekalahan Raja Kechil ini membawa kepada

kenaikan Raja Sulaiman dengan gelaran Sultan Badrul Alam Shah sebagai Sultan Johor yang ke-

13 di takhta kerajaan Johor pada tahun 1722.8 Kenaikan Raja Sulaiman ke takhta kerajaan Johor

telah mengembalikan tampuk pemerintahan Johor di bawah keturunan Bendahara.9 Sebagaimana

yang telah dijanjikan kepada Bugis Bersaudara, maka salah seorang daripada Bugis Bersaudara

telah dilantik sebagai Yamtuan Muda iaitu, Daeng Marewah dengan gelaran Kelana Jaya

Putera.10 Jawatan ini bukannya warisan tradisi tempatan tetapi jawatan ciptaan baru oleh keluarga

Bugis yang merupakan orang asing dan sememangnya dahagakan kuasa politik.

6 Salasilah Melayu dan Bugis, hlmn 65 & 66.7 Joginder Singh Jessy, 1979, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959,. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn, 98Zul Fadzli Mat Rawi, 2006, Pahlawan Johor, Selangor: Pustaka Cahaya Intelek, hlmn 9. 9 Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Hlmn 9.10 Muhammad Yusoff Hashim, 1992, Penserajahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Tempatan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlmn 455

Page 3: KEKUASAAN RAJA KECHIL

Kuasa memerintah kerajaan Johor sebenarnya telah dipegang oleh Yamtuan Muda.11 Oleh

itu, Sultan Sulaiman hanya umpama ‘boneka’.12 Seorang Gabenor Belanda menyifatkan Sultan

Sulaiman itu sebagai ‘sebuah boneka yang mesti bermain menurut rentak lagu Yamtuan Muda

dan pengikut-pengikutnya orang Bugis itu’.13 Bermula 1722, apabila Sultan Sulaiman menaiki

takhta, bermulalah tradisi dan pengaruh politik Bugis di Empayar Johor kerana jawatan Yamtuan

ini hanya dikhaskan untuk suku-sakat Bugis. Penguasaan Bugis terhadap pemerintahan empayar

Melayu ini merupakan kesan daripada tindakan Sultan Sulaiman yang meminta bantuan Bugis

Bersaudara.

Selepas kemangkatan Sultan Sulaiman pada Ogos 1760M, baginda telah digantikan oleh

puteranya Tengku Abdul Jalil dengan gelaran Sultan Mu’azham Shah Raja di Baruh.14 Kira-kira

pada bulan Januari 1761, baginda dan puteranya yang sulung Tengku Ahmad yang masih

berumur sembilan tahun telah mangkat secara mengejut. Kematian baginda dan anakandanya

disyakki angkara orang Bugis.15 Kemudiannya, Daeng Kemboja telah melantik Tengku Mahmud

putera sultan kedua yang masih berumur setahun. Tengku Mahmud merupakan cucunda Sultan

Sulaiman dan ibundanya ialah puteri Daeng Chellak. Oleh yang demikian, Daeng Kemboja yang

merupakan Yamtuan Muda Johor yang ke-3 dan Pemangku Raja telah mengambil peluang untuk

memerintah dan mentadbir Johor atas nama sultan yang memerintah pada masa itu. Deang

11 “Di negeri-negeri Melayu, gelaran ini adalah hampir sama kedudukannya dengan Raja Muda yang bakal takhta kerajaan”. Khoo Kay Kim, 1975, Sejarah Malaysia dan Singapura, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd., hlmn 95.12 “Sultan Sulaiman sebagai pemimpin yang tidak berkuasa dan sangat ingin melepaskan diri daripada cengkeman orang Bugis dengan apa cara sekalipun”. Lihat Leonard Y. Andaya, (Shamsuddi Jaafar: Penterjemah), 1987, Kerajaan Johor 1641 – 1728, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlmn. 398, 403,404.13 Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya, 1983, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd. Hlmn 95.14 Khoo Kay Kim, 1975, Sejarah Malaysia dan Singapura, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd., hlmn 7115 Khoo Kay Kim, 1975, Sejarah Malaysia dan Singapura, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlmn 32.

Page 4: KEKUASAAN RAJA KECHIL

Kemboja yang sememangnya ingin menguasai politik Empayar Melayu telah berjaya menduduki

takhta Johor dan Pahang serta semua jajahan takluk.