kejohanan olahraga tahunan

16
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 (KOT-22) SIVANASWARI A/P KARUPPIAH – RBT 3 SJKT LAPORAN LENGKAP Institut Perguruan Tun Hussein Onn,Batu Pahat Johor telah menjayakan satu temasya kesukanan yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada hari Isnin,Selasa dan Rabu bersamaan dengan tarikh 2, 3 dan 4 Mac 2015.Temasya sukan yang dinamakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali Ke-22 yang bertema GEGAK GEMPITA telah disempurnakan dengan jayanya. Nama rumah sukan bagi setiap rumah sukan pada tahun ini adalah Slytherin (Hijau), Ravenclow (Biru), Hufflepuff (Kuning) Dan Gryffinder (Merah). Nama-nama tersebut diambil daripada cerita ‘HARRY POTTER’. Mengikut Proforma Sem 5, Kejohanan Olahraga tahunan kali ke-22 akan dikelolakan oleh bakal pendidik Sem 5 kerana mereka diharuskan untuk mengelolakan temasya sukan kerana ia adalah salah satu bahagian dalam Proforma Sem 5.Oleh itu,kami bakal pendidik Sem 5 bagi memudahkan perjalanan KOT kami memilih jawatan induk terlebih dahulu.Jawatan yang disyorkan dan orang yang dilantik dalam jawatan induk KOT ialah:

Upload: sivanaswari-karuppiah

Post on 17-Nov-2015

237 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

கொட்

TRANSCRIPT

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNANKALI KE-22 (KOT-22)SIVANASWARI A/P KARUPPIAH RBT 3 SJKTLAPORAN LENGKAP

Institut Perguruan Tun Hussein Onn,Batu Pahat Johor telah menjayakan satu temasya kesukanan yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada hari Isnin,Selasa dan Rabu bersamaan dengan tarikh 2, 3 dan 4 Mac 2015.Temasya sukan yang dinamakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali Ke-22 yang bertema GEGAK GEMPITA telah disempurnakan dengan jayanya. Nama rumah sukan bagi setiap rumah sukan pada tahun ini adalah Slytherin (Hijau), Ravenclow (Biru), Hufflepuff (Kuning) Dan Gryffinder (Merah). Nama-nama tersebut diambil daripada cerita HARRY POTTER.Mengikut Proforma Sem 5, Kejohanan Olahraga tahunan kali ke-22 akan dikelolakan oleh bakal pendidik Sem 5 kerana mereka diharuskan untuk mengelolakan temasya sukan kerana ia adalah salah satu bahagian dalam Proforma Sem 5.Oleh itu,kami bakal pendidik Sem 5 bagi memudahkan perjalanan KOT kami memilih jawatan induk terlebih dahulu.Jawatan yang disyorkan dan orang yang dilantik dalam jawatan induk KOT ialah:

AHLI JAWATANKUASA KERJA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) SESI 2015 IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONNPENGERUSIMOHAMAD IFFAT FAISHAL BIN MOHD NASIR

NAIB PENGERUSI1. MOHD AQIL BIN MAHROP1. NUR QHAIRIEL QAYYIM BINTI SHAHARIM

SETIAUSAHA 1CHIN JIA YI

SETIAUSAHA 2RUBEENY A/P SELLAPAN

NAIB SETIAUSAHAYEE JIA HUI

BENDAHARIKEV YI BENG

NAIB BENDAHARITHANEPAKIAM A/P LACHIMANAN

PENGERUSI TEKNIK1. TAN MENG SEAN1. NUR IZZAH ATIKAH BINTI MD HANIZAN

Dalam kejohanan olahraga tahunan kali ke-22,saya memegang jawatan sebagai:

HAKIM MERENTAS DESA - AJK KECILAJK GERAI DAN PERKHEMAHAN - AJK KECILPEGAWAI - LOMPAT TINGGI

HAKIM MERENTAS DESA AJK KECILHARI 2 MAC 2015Saya memegang jawatan sebagai hakim merentas desa di bawah Lidya A/P Tamil chelvan.Saya diberi tugasan untuk memberikan kad bernombor kepada pelari-pelari sehingga nombor 50.Setelah habisnya pemberian kad kepada pelari, pelari yang memegang kad bernombor tidak memberikan identiti mereka di pondok hakim merentas desa.Disebabkan itu,kami terpaksa mengambil masa dalam memberikan borang identiti pelari kepada bilik statistik.Namun,kami tetap dapat menyelesaikan tugasan kami dengan jaya dan sempurna.

AJK GERAI DAN PERKHEMAHAN AJK KECILHARI 2/3/4 MAC 2015Saya memegang jawatan ajk kecil dalam ajk gerai dan perkhemahan di bawah Praveendran A/L R.Buallua.Saya diberikan tugasan untuk mencari peniaga yang ingin berniaga pada hari KOT. Saya berasa tercabar kerana perlu berkomunikasi dengan pelbagai pihak yang kurang berkenalan.Namun,ia memberikan satu pengalaman yang bermakna dan dapat berkenalan dengan ramai sehingga mereka memberi salam apabila terjumpa di luar kawasan IPG.Saya berjaya mengumpul 6 orang peniaga dan salah satu daripada peniaga itu ingin membuka 2 gerai maka terdapat 7 gerai.

Di sini terdapat butirannya:BILNAMA PENIAGAJUALAN

1EN.BAKAR (1 GERAI)JUAL SATE

2EN.SHAWAL (1 GERAI)JUAL KEBAB AYAM

3EN.PAK O (1 GERAI)JUAL AIS KACANG

4PN.MUZALIFAH (1 GERAI)JUAL ROTI,NASI AYAM

5PN.DILLA (1 GERAI)JUAL MINUMAN,SOSEJ

6EN.SHAMSUL (2 GERAI)JUAL MINUMAN,SOSEJ

PELAN TAPAK GERAI: (SILA RUJUK LAMPIRAN)Bukan itu sahaja,saya juga membantu ketua ajk saya dengan menaip surat-surat yang berkenaan dengan gerai dan perkhemahan.Contohnya;permohonan perabot dari JABATAN KEMAHIRAN HIDUP dan Permohonan untuk menggunakan elektrik dari UNIT KOKURIKULUM.Selain itu,saya juga dapat tahu bagaimana cara untuk memasang khemah dan ini merupakan satu pengalaman yang tidak terhingga kata.SURAT PERMOHONAN ELEKTRIK DAN PERABOT:(SILA RUJUK LAMPIRAN)Pada hari 2 MAC 2015, saya dan rakan ajk saya,menyediakan tapak gerai dan acara padang dengan memasang khemah supaya tidak berlaku kelam kabut apabila bermulanya acara padang.Selepas itu,saya dan rakan ajk yang lain membawa meja dan kerusi dari JABATAN KEMAHIRAN HIDUP sebanyak:BILPERALATANKUANTITI

1MEJA30

2KERUSI12

3WAYAR EXTENSION10

Kami menghadapi masalah dari segi wayar extension kerana ia sukar untuk mendapat.Oleh sebab itu,atas arahan ketua iaitu Praveendran A/L R.Buallua,saya meminjam dari rakan sekelas saya iaitu RBT (SJKT) sebanyak 15 wayar extension.Selepas membawa semua perabot,kami menyusun kerusi dan meja bagi setiap gerai.Disebabkan peniaga sebanyak 6 orang maka kami menyediakan secukup yang boleh.Selepas itu,saya dan rakan ajk saya sentiasa turun dan naikkan khemah yang diguna dan perlu beralihkan khemah secepat yang mungkin sekiranya khemah itu tidak lagi diguna.Setelah habisnya KOT,saya dan rakan ajk lain membersihkan kawasan seperti mana yang ada sebelumnya.Seterusnya,memulangkan perabot dan tutup khemah yang dipasang dengan rapi dan letakkan semula di stor kokurikulum.Pada keesokan hari,ketua saya iaitu Praveendran A/L R.Buallua mengarahkan saya dan rakan ajk lain untuk berkumpul di stor bagi melipat kain khemah dengan teratur dan kemas lalu kami juga mengikut arahan dan dapat melakukan tugasan dengan sempurna.PEGAWAI LOMPAT TINGGIHARI 3 MAC 2015Saya memegang jawatan sebagai pegawai bagi acara lompat tinggi. Saya menjadi pegawai penjaga bendera buat sementara waktu dan kemudian saya menjadi penjaga tiang dalam acara lompat tinggi.Acara padang lompat tinggi bermula pukul 8.00 pagi hingga 9.45 pagi (WANITA AKHIR) manakala 10.15 pagi hingga 12.00 pagi (LELAKI AKHIR).

HARI PERTAMA : ACARA MERENTAS DESATARIKH: 2 MAC 2015 (ISNIN)

Pada hari 2 Mac 2015, berlangsungnya acara merentas desa.Seperti biasa kami berkumpul sebelum pukul 7.00 pagi untuk melakukan senaman pagi (senamrobik).Setelah berkumpul,kami telah diberi taklimat daripada ketua pengadil. Selepas taklimat diberi, kami semua telah berkumpul di padang untuk menyertai dalam aktiviti senamrobik. Pada masa yang sama, Tuan Pengarah, Dr.Hamzan bin Ihsan telah turut bersama dengan kami. Aktiviti senamrobik telah pun bermula. Aktiviti senamrobik telah dikelolakan oleh guru pelatih semester 5. Setelah senamrobik selesai, Tuan Pengarah telah pun memberi ucapan perasmian bagi acara merentas desa. Setelah ucapan beliau tamat, acara merentas desa telah bermula. Para ahli jawatankuasa yang bertugas telah mengambil tempat tugas masing-masing. Saya dengan kawan-kawan yang bertugas telah ke kawasan bertugas kami iaitu garis penamat merentas desa untuk menjalankan tugas kami. Acara merentas desa bagi wanita diadakan dahulu dan diikuti dengan acara merentas desa bagi lelaki. Saya sebagai hakim merentas desa bersedia dengan tugasan saya iaitu pemberian kad bernombor kepada pelajar perempuan bermula dengan nombor 1 hingga 50. Setelah,habisnya acara merentas desa,kami diminta untuk berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing lalu hadiah diberikan kepada pemenang bermula dari nombor 1 hingga 20 oleh Tuan Pengarah IPG Tun Hussein Onn,Batu Pahat.Setelah itu,kami diberikan masa untuk berehat dan perlu berkumpul semula pada pukul 3.00 petang untuk menjalankan raptai KOT.Semasa berlakunya raptai KOT,saya dan rakan ajk gerai dan perkhemahan menyediakan tapak gerai dan tugasan-tugasan lain.Pada masa yang sama,raptai KOT diuruskan oleh En.Raof bin Ibrahim dan En. Zahidi bin Khamis bagi memastikan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-22 mengikut dengan protokol yang betul.

PELAN MERENTAS DESA LELAKI/PEREMPUAN

PELAN PEREMPUANPELAN LELAKI

HARI KEDUA: ACARA PADANG DAN BALAPAN TARIKH: 3 MAC 2015 (SELASA )TEMPAT : PADANG IPGKTHO

Pada keesokan harinya,iaitu 3 Mac 2015,kami berkumpul tepat pada pukul 7.00 pagi. Setelah berkumpul di padang, ajk bertugas telah mengambil kehadiran para guru pelatih. Setelah mengambil kehadiran pelajar, para pegawai yang bertugas telah bergerak ke kawasan masing-masing untuk memulakan tugas mereka.Tepat pada pukul 8.00 pagi, acara padang dan balapan telah bermula. Oleh itu,saya sebagai pegawai lompat tinggi menghadirkan diri dan menjalankan tugasan saya sehingga pukul 12.00 pagi.Pada masa yang sama,acara lain juga turut diadakan antaranya ialah: MASANO.ACARAACARAPERINGKAT

8.00 pagi101102103104105106Lompat TinggiLempar CakeraLontar PeluruLompat Jauh100m100mWanita AkhirWanita AkhirLelaki AkhirWanita AkhirLelaki Saringan 1Lelaki Saringan 2

8.45 pagi1071081500 m1500 mWanita AkhirLelaki Akhir

9.45 pagi109110Tarik TaliTarik TaliSeparuh akhirSeparuh akhir

10.15 pagi111112113114115116117Lompat KijangLompat TinggiLontar Peluru200 m200 m200 m200 m

Lelaki AkhirLelaki AkhirWanita AkhirWanita Saringan 1Wanita Saringan 2Lelaki Saringan 1Lelaki Saringan 2

11.45 pagi1181191201214x100 m4x100mLompat Jauh(S)Lompat Peluru(S)Lelaki AkhirWanita AkhirWanita AkhirLelaki Akhir

3.00 petang122123124800 m800mLompat Jauh (S)Wanita AkhirLelaki AkhirLelaki Akhir

4.00 petang125126127128129130131400 m400 m400 m400 mLompat KijangLontar PeluruRejam LembingWanita Saringan 1Wanita Saringan 2Lelaki Saringan 1Lelaki Saringan 2Wanita AkhirWanita AkhirLelaki Akhir

Sekitar pukul 12.00 pagi, kami diberi rehat sehingga pukul 3.00 petang.Setelah selesai sahaja,kami diarahkan untuk berkumpul di padang dan pegawai kehadiran memastikan kehadiran bagi setiap kelas. Seterusnya, acara padang bermula sehingga pukul 4.00 petang.Setelah selesai sahaja acara padang,maka mulalah raptai KOT kali ke-2 sekali lagi bagi memastikan semua dalam keadaan yang baik, sempurna dan juga mengelakkan sebarang kecacatan kerana Majlis Perasmian akan dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor.

HARI KETIGA : MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN TARIKH: 4 MAC 2015 (RABU )TEMPAT : PADANG IPGKTHO

Pada hari ketiga iaitu 4 MAC 2015, kami berkumpul tepat pada pukul 7.00 pagi. Setelah berkumpul di padang, ajk bertugas telah mengambil kehadiran para guru pelatih. Setelah mengambil kehadiran pelajar, para pegawai yang bertugas telah bergerak ke kawasan masing-masing untuk memulakan tugas mereka. Para pegawai telah dibawa oleh marsyal yang bertugas. Tepat pada pukul 8.00 pagi, acara padang dan balapan telah bermula mengikut jadual ini sehingga pukul 11.00 pagi.MASANO.ACARAACARAPERINGKAT

8.00 pagi201202203Rejam LembingLempar CakeraLompat JauhWanita AkhirLelaki AkhirLelaki Akhir

8.30 pagi204205200 m200 mWanita AkhirLelaki Akhir

9.00 pagi206Sukaneka prasekolah

10.00 pagi207208400 m400 mWanita AkhirLelaki Akhir

10.30 pagi209Tarik TaliAkhir

Setelah itu,diberi rehat sehingga pukul 2.00 petang kerana selepas itu Majlis perasmian akan berlangsung.Setelah tepat pada pukul 2.00 petang,guru guru pelatih mengambil tempat dan menjemput tuan pengarah dari kediaman beliau hingga ke tapak kesukanan dengan diiringi oleh kompang dan bunga mangga.Selepas kedatangan tuan pengarah,majlis berterus dengan perbarisan rumah sukan dan diikuti dengan badan beruniform.Seterusnya,ucapan tuan pengarah dan pengerusi KOT kali-22 dan pemeriksaan perbarisan oleh tuan pengarah berlangsung.Selepas itu,majlis perasmian berlangsung dengan menekan butang lalu keluarnya papan yang dihiasi dengan tulisan kejohanan olahraga kali ke -22 bersama dengan belonnya (GIMIK).Setelah selesai sahaja perasmian,majlis berterus dengan tarian yang bertema HARRY POTTER dan diikuti dengan Seni pertahanan Silat.Setelah habisnya majlis perasmian,maka mulalah acara padang mengikut jadual di bawah:MASANO.ACARAACARAPERINGKAT

3.30 petang210211100 m100 mWanita AkhirLelaki Akhir

4.15 petang2122132142152162174x100 m (S.K)4x100 m (S.K)4x100 m (SMK)4x100 m (SMK)4x100 m (IPG)4x100 m (IPG)Wanita AkhirLelaki AkhirWanita AkhirLelaki AkhirWanita AkhirLelaki Akhir

4.30 petang2182198x50 m (S)8X50 m (S)Wanita AkhirLelaki Akhir

4.45 petang2202214x400 m4x400 mWanita AkhirLelaki Akhir

Setelah habisnya acara padang seperti yang dinyatakan di atas,maka mulalah majlis penutupan tepat pada pukul 5.00 petang. Sebagai tanda penutupan, perbarisan dijalankan sekali lagi berserta dengan semua warga IPTHO termasuk pegawai.Setelah berkumpul, pengacara majlis mengumumkan johan bagi perbarisan, hiasan khemah, maskot, olahragawan dan olahragawati. Akhir sekali, pengacara majlis telah mengumumkan johan rumah sukan bagi KOT 2015 kali ke-22 ialah rumah Ravenclaw iaitu rumah biru. Tuan Pengarah telah menyampaikan piala pusingan kepada ketua rumah biru dan seterusnya, semua warga IPTHO bersama-sama menyanyi lagu iptho dan lagu bangsa johor. Setelah menyanyi, bendera KOT telah diturunkan dan diserahkan kepada Ketua Unit Gerko iaitu En. Mohd Nahar bin Mohd Wazir.Setelah sahaja,acara penurunan bendera KOT diturunkan,kami pelajar Sem 5 bersama-sama menikmati saat kegembiraan dan kepuasan.Akhir sekali,

Dengan kata-kata Tuan Pengarah;Sekian sahaja buat kali ini,maka berakhirlah Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-22.Maka akhirlah Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-22.