keindahan bentuk dan makna pantun

12
PENGENALAN Pantun ialah ragam puisi yang hidup di kalangan rakyat dan bersifat kemelayuan. Pantun telah sedia hidup dalam masyarakat Melayu lama sebelum orang-orang Melayu tahu menulis dan membaca. Orang-orang Melayu menciptakan pantun untuk melahirkan berbagai-bagai bentuk perasaan dalam bentuk satu seni yang indah. Mereka menggunakan pantun untuk berkasih- kasihan, memberi nasihat, bersuka-suka dan berjenaka, menyindir, dan untuk menyatakan rasa kesedihan. Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain. Pantun adalah hak masyarakat umum, tidak sesiapa yang memilikinya, tetapi semua ahli masyarakat tahu yang manakah pantun yang baik dan yang mana tidak. Keindahan pantun hanya dapat dirasakan bila didengar dan diucapkan. Kata pantun asalnya dari bahasa Sanskrit yang membawa erti: bicara, aturan yang sah; manakala dalam bahasa Jawa dengan erti yang lebih umum, pantun merupakan sebahagian dari peribahasa. Dalam buku-buku sastera lama Melayu pantun

Upload: ariezanari

Post on 23-Oct-2015

118 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: keindahan bentuk dan makna pantun

PENGENALAN

Pantun ialah ragam puisi yang hidup di kalangan rakyat dan bersifat kemelayuan.

Pantun telah sedia hidup dalam masyarakat Melayu lama sebelum orang-orang Melayu tahu

menulis dan membaca. Orang-orang Melayu menciptakan pantun untuk melahirkan berbagai-

bagai bentuk perasaan dalam bentuk satu seni yang indah. Mereka menggunakan pantun

untuk berkasih-kasihan, memberi nasihat, bersuka-suka dan berjenaka, menyindir, dan untuk

menyatakan rasa kesedihan.

Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar

dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden,

pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.

Pantun adalah hak masyarakat umum, tidak sesiapa yang memilikinya, tetapi semua ahli

masyarakat tahu yang manakah pantun yang baik dan yang mana tidak. Keindahan pantun

hanya dapat dirasakan bila didengar dan diucapkan.

Kata pantun asalnya dari bahasa Sanskrit yang membawa erti: bicara, aturan yang sah;

manakala dalam bahasa Jawa dengan erti yang lebih umum, pantun merupakan sebahagian

dari peribahasa. Dalam buku-buku sastera lama Melayu pantun diertikan dengan

seperti. umpama, mithalnya dalam Hikayat Hang Tuah disebut “Tuan sepantun kilat cermin”.

KEINDAHAN BENTUK DAN ISI PANTUN

Bahasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu hasrat dan bahasa

yang baik akan dapat difahami maksud  sama ada bahasa yang tersurat dan tersirat. Pantun

sangat kaya dengan nilai-nilai keindahan bahasa jika dikaji dan dihayati. Bahasa dalam

pantun juga terdapat dua maksud antaranya maksud tersurat dan juga tersirat. Kebiasaannya

Page 2: keindahan bentuk dan makna pantun

pada pembayang pantun banyak menggunakan bahasa tersurat manakala dalam maksud atau

makna ia menggunakan bahasa yang tersirat.

Makan sirih berpinang tidak,

Pinang ada di bawah tangga;

Makan sirih mengenyang tidak,

Tapi tanda budi dan bahasa.

 (Warisan Puisi Melayu, KL. DBP 1978).

Tanpa bahasa yang baik, sesebuah pantun tidak dapat berfungsi dengan lancar serta

tidak dapat menyampaikan sesuatu maksud. Pemantun atau pengarang pantun biasanya

mengambil imej alam, kehidupan dan persekitaran semasa bagi pembayang. Manakala isinya

atau maksudnya juga mempunyai kaitan dengan pembayang tersebut. Bahasa dalam pantun

juga meliputi tumbuhan, binatang, alam fizikal dan cakerawala, manusia, peristiwa, agama,

objek konkrit, warna dan seluruh kehidupan masa lalu dan masa kini. Hal ini terdapat dalam

pembayang pantun yang mengambil simbol untuk menyampaikan mesej dan nilai-nilai

tertentu.                   

  Melalui karya sastera, simbol merupakan salah satu unsur bahasa yang penting. 

Pantun Melayu dapat dikesan banyak menggunakan simbol yang dipakai bagi menyampaikan

mesej dan nilai-nilai tertentu. Bahasa dalam pantun Melayu dapat dikesan simbolnya melalui

Pantun Adat dan Resam, Pantun Agama dan Kepercayaan. Pantun Budi, Pantun Jenaka,

Pantun Teka-Teki, Pantun Kepahlawanan, Pantun Nasihat dan Pendidikan, Pantun Peribahasa

dan Perbilangan, Pantun Kiasan dan Ibarat, Pantun Perantauan dan Pantun Percintaan.

Za’ba (1965:218) ada menyatakan tentang puisi khususnya pantun yang menekankan kepada

kecantikan, keindahan bahasa, metafora, pemikiran, pendidikan, pengajaran dan sebagainya.

Pantun sebagai puisi yang diungkap akan mengindahkan lagi bahasa ucapan yang digunakan

Page 3: keindahan bentuk dan makna pantun

untuk berbagai-bagai-bagai situasi; daripada memberi ucapan secara berseloroh hingga

kepada majlis yang lebih serius seperti pertunangan dan perkahwinan dalam masyarakat

Melayu.

Menurut pengkaji pantun Francois –Rene Daillie (2002) menyimpulkan bahawa

pantun Melayu itu suatu intisari kehidupan dan alam yang diibaratkan sebagai sebutiran pasir.

Di dalamnya tersirat  segala elemen kehidupan manusia Melayu termasuklah tentang tanah,

rumah, kebun, sawah padi, sungai, laut, hutan, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, binatang,

burung, ikan, dan pelbagai perkara kecil yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, ia menyatakan juga tentang adat resam, kebijaksanaan, pelbagai bentuk

kepercayaan dan perasaan, cinta kepada jejaka idaman, wanita dan Tuhan. Walau

bagaimanapun, pantun bukanlah hak milik mutlak bangsa Melayu sahaja tetapi dikongsi

bersama oleh hampir setiap etnik di alam Melayu ini.

Jelaslah, bahasa dalam pantun Melayu mempunyai keistimewaan yang dipilih oleh

pengarangnya dengan teliti, melalui pemerhatian yang lama dan rapi. Garapan bahasa yang

digunakan juga membabitkan simbol tertentu bagi menjelaskan bahasa yang ingin

disampaikan kepada pendengar.

Bagi kepentingan budi dalam kehidupan masyarakat Melayu sangat jelas

digambarkan melalui pantun di bawah:

Di sana padi di sini padi,

Itulah nama sawah dan bendang;

Di sana budi di sini budi,

Barulah sempurna bernama orang.

(Abdul Samad Ahmad (penyusun) Pantun Bunga Rampai, t. th :59).

Page 4: keindahan bentuk dan makna pantun

Pandangan tokoh Budayawan Tenas Effendy (2007:3) mengatakan pembayang pantun

di Indonesia lazim disebut “sampiran”. Pantun pada hakikatnya menjadi bahagian yang tidak

dipisahkan dari isi pantun. Sebahagian orang mengatakan bahawa kata “pembayang” dapat

diertikan sebagai “bayang-bayang” atau “bayangan” pantun, yang menunjukkan persebatian

yang kekal antara pembayang dan isi pantun. Demikian juga dengan kata sampiran yang

dapat ditafsirkan sebagai sarung atau tempat menyimpan isi sebagai cerminan perpaduan isi

dan sampirannya.

Keindahan bahasa dalam pantun sejak dahulu sangat menitikberatkan unsur pemilihan

kata dan bahasa yang disampaikan. Terdapat juga sejumlah kecil pantun menggunakan citra

dan simbol alam sebagai pembayang dan juga maksud yang membayangkan  perlambangan

atau kiasan sebagai membuktikan khazanah keindahan pemikiran Melayu yang luas itu.

Dalam hal ini, R.J. Wilkinson dan R.O.Winstedt (1957) pernah menyarankan bahawa

untuk memahami perasaan orang Melayu, seharusnya difahami pantunnya. Mereka

berpendapat, bahawa satu daripada perkara yang penting yang boleh membawa seseorang itu

berjaya memahami dan menyelami pengetahuan, perasaan, bahasa dan aliran fikiran orang

Melayu sendiri ialah melalui pantun-pantunnya. Malahan seseorang itu tidak dapat menduga

aliran fikiran orang-orang Melayu kalau tidak memahami pantunnya.

Hakikatnya, keindahan bahasa amat penting dalam serangkap pantun untuk

menyampaikan fikiran, hasrat dan rasa hati. Bahasa yang tidak indah dan tidak tepat yang

digunakan dalam pembayang dan isi pantun akan menyebabkan sesebuah pantun itu tidak

seimbang keindahan bahasanya. Perhatikan pantun berikutnya:

Page 5: keindahan bentuk dan makna pantun

 Tenang-tenang air di laut,

                                        Sampan kolek mudik ke tanjung;

                            Hati terkenang mulut menyebut,

                                         Budi sedikit rasa nak junjung.

                            Pulau Pandan jauh ke tengah,

                                         Gunung Daik bercabang tiga;

                            Hancur badan dikandung tanah,

                                         Budi yang baik dikenang juga.

                            (Petikan Teks Sehijau Warna Daun, “Pantun Budi” 2000:4, DBP.)

Budi dan bahasa sangat berkait rapat dalam setiap tindakan dan perlakuan. Bahasa

yang baik akan memancarkan budi bahasa yang baik. Justeru, dikatakan hutang emas boleh di

bayar; hutang budi dibawa mati. Begitulah juga dengan orang berbudi disanjung mulia; ke

mana pergi tiada terbuang.

Begitulah rapatnya kaitan antara budi dan bahasa. Budi yang baik akan sentiasa

diiringi dengan bahasa yang baik juga, yang melambangkan perasaan dan fikiran orang

Melayu tentang budi dan bahasa. Orang Melayu sentiasa bersifat budiman, mengenang budi,

berbudi bahasa, menabur budi dan sentiasa ingin berbudi. Hal ini sangat jelas dalam

kebanyakan pantun-pantun Melayu dahulu.

Hakikatnya, bahasa yang indah sangat penting dalam penciptaan pantun-pantun

Melayu. Tanpa bahasa yang indah, pantun yang dikarang atau dibacakan tidak terasa

keindahannya. Oleh itu, para pencipta pantun dan pemantun zaman lampau sangat bijaksana

memilih kata-kata tentang penggunaan bahasa yang berkaitan dengan alam, kehidupan, adat

istiadatdan budaya masyarakat Melayu. Melalui pemerhatian yang teliti, penelitian yang rapi

serta pengalaman baharullah sesebuah pantun itu dicipta dengan fikiran yang bijaksana.

Page 6: keindahan bentuk dan makna pantun

Kajian dan penyelidikan para sarjana mendapati, salah satu cara menyampaikan buah

fikiran, teguran dan sindiran adalah melalui pantun. Orang Melayu dahulu gemar

menyampaikan sesuatu persoalan secara tidak langsung, melalui bahasa kiasan bagi menjaga

hati orang lain agar tidak tersinggung dan terasa dengan kata-kata secara langsung.

KEINDAHAN FONOLOGI PANTUN (ASPEK BUNYI)

Secara ringkas bunyi dapat dibahagikan kepada bunyi penggalan dan bunyi supra

penggalan. Bunyi penggalan melibatkan bunyi vokal dan konsonan. Dalam pantun bunyi

vakal memainkan peranan penting kerana ia mempunyai unsur gema dan kenyaringan. Bunyi

vokal dalam pantun dapat dikaitan dengan rima, sama ada di awal, di tengah atau di hujung

baris.

Kalau tidak kelapa puan,

Tidak juga kelapa bali;

Kalau tidak kerana tuan,

Tidak hamba datang kemari.

Dalam contoh pantun di atas dapat dilihat rima awal, tengah dan hujung bertingkah

dengan bunyi yang sama membentuk satu alunan yang sekata dalam sebutan.

INDAHNYA RIMA PANTUN

Keindahan pantun muncul pada rimanya yang boleh didapati pada bahagian hadapan,

tengah dan akhir baris pada setiap rangkap pantun.

Asam jawa pokok di hutan,

Dibawa orang tanam di desa;

Ada nyawa ada harapan,

Tidak kumahu berputus asa.

Page 7: keindahan bentuk dan makna pantun

Kamus Puisi terbitan DBP 2005 mencatatkan rima sebagai “Skema atau susunan bunyi dalam

baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap-

tiap baris dalam serangkap puisi. Rima disebut juga mempunyai persamaan bunyi di hujung

baris. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contohnya rima pantun

a/b/a/b. Rima akhir jugalah yang menjadi satu daripada dasar untuk menentukan ‘bentuk

terikat’ sesebuah puisi.” Rima menjadikan pantun amat sedap didengar kerana rima

membawa irama dan rentak pada pantun. Rima memberikan keindahan pada bentuk dan

bahasa pantun.

KESIMPULAN

Pantun merupakan sejenis puisi yang menjadi perlambangan hidup masyakat Melayu.

Melalui pantun diketengahkan corak kehidupan orang melayu yang kaya peraturan hidup

yang beradap dan bersopan. Perlambangan yang digunakan didalam pantun melambangkan

kehalusan dan kesenian yang indah.

Sebagaimana yang telah kita maklum bahasa dalam pantun amat indah dan menarik

disusun bertingkah dengan bunyi yang sama. Keindahan itu ditambah lagi dengan pemilihan

perkataan yang bersesuaian bagi menunjukan maksud yang hendak disampaikan. Pemilihan

suku kata tiap perkataan juga membuatkan pantun menjadi indah. Persamaan bilangan suku

kata menjadikan pantun lebih indah.

Pantun adalah satu karya yang harus dibanggakan oleh setiap lapisan masyarakan

kerana keindahan dan keunikannya yang tersendiri. Melalui pantun dapat digambarkan nilai

dan budaya yang ada dalam seauatu masyarkat.

Page 8: keindahan bentuk dan makna pantun

Rujukan

http://jusohmajid.blogspot.com/2011/07/keindahan-bahasa-dalam-pantun.html

ANNAS HAJI AHMAD ( http://amnaj.wordpress.com)

http://melayu.com/sembang2

http://amnaj.wordpress.com

DR AMINUDIN MANSOR (http://dpmp238.blogspot.com)

 Warisan Puisi Melayu, KL. DBP 1978

Kumpulan Pantun Melayu, DBP, 1983

Abdul Samad Ahmad (penyusun) Pantun Bunga Rampai, t. th :59

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) http://dpmp238.blogspot.com

Anak Waris http://resam-melayu.com

Siti Zaleha M. Hashi- Rima Pantun (Pelita Bahasa, April 2012)

Siti Zaleha M. Hashim,- Rima (Pelita Bahasa, Jun 2012)

Pantun Melayu - ANNAS HAJI AHMAD

http://www.slideshare.net/robishahdin1/bentuk-pantun