keibubapaan

20
KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG KEIBUBAPAAN Disediakan oleh: Ngoh Pey Peng Khor Shwu Mei

Upload: kylemichaelis

Post on 02-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Keibubapaan

TRANSCRIPT

KOMUNIKASI BERKESAN

KEMAHIRAN BIMBINGANBIDANG KEIBUBAPAANDisediakan oleh:

Ngoh Pey PengKhor Shwu Mei

KOMUNIKASI BERKESANMenggunakan bahasa yang lebih tepat dan selesaMendengar dengan aktifElak menyampaikan mesej yang menunjukkan/ mengajar merekaMenghulurkan bantuan dengan ikhlas2Gaya Keibubapaan

Gaya Keibubapaan dalambahasa inggeris dikenali sebagaiparenting style.

Kemahiran gaya keibubapaan yang dipraktikkan oleh ibu bapa terhadap anak mereka secaratidak langsung mempengaruhi perkembangan anak-anak tersebut.

Berdasarkan kajian olehDiana Baumrind, beliau telah mengenalpasti tiga jenis gaya keibubapaan yang utama danbentuk-bentuk tingkah laku yang terhasil berdasarkan kepada setiap gaya keibubapaan ini(Baumrind 1971; Baumrind & Black, 1967). Gaya keibubapaan autoritatif

Ibu bapa autoritatif bersifat tegas namun sedia mendengar pandangan anak-anak mereka.

Ibu bapa juga sedia bertolak ansur mengikut keadaan dananak-anak pula dididik dengan penuh kemesraan.

Kesannya anak-anak dapat menikmatikehidupan dan mempunyai motivasi yang tinggi.

Ini adalah gaya keibubapaan yang terbaik.

Gaya keibubapaan permisifIbu bapa memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka tanpa ada kawalan.

Ibu bapa lebih kepada memenuhi keperluan anak-anakmereka.

Mereka juga tidak membentuk peraturan keluarga yang jelas dan tidak menerangkan antara tingkah laku yang baik dan sebaliknya.

Ibu bapa yang menggunakan cara gayakeibubapaan ini akan membentuk sifat kurang matang, kurang kawalan diri, kurang tanggungjawab sosial dan kurang keyakinan diri pada anak-anak mereka. Gaya keibubapaan autoritarianIbu bapa sedemikian bersifat tidak bertolak ansur,

mengenakan kawalan yang ketat, menentukan peraturan keluarga yang perlu dipatuhi tanpamembenarkan mereka mempersoalkannya,

menggunakan kaedah disiplin yang bersifathukuman dan setiap keputusan yang dibuat oleh para ibu bapa tidak boleh dibantah.

Kesannya hubungan akan lebih renggang di antara ibu bapa dan anak-anak serta lebih untuktidak mempercayai dan berpuas hati.

Selain itu, kanak-kanak perempuan lebih bergantungkepada ibu bapa manakala kanak-kanak lelaki cenderung bersikap agresif.Kajian: Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan Jabatan Bahasa dan Komunikasi Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) Jenis-jenis gaya keibubapaan Gaya keibubapaan yang diamalkan merujuk kepada persepsi anak-anak terhadap ibubapa mereka. Tahap gaya keibubapaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu rendah (markah dari 10 hingga 30), dan tinggi (markah dari 31 hingga 50). Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan majoriti ibu bapa mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif di mana sebanyak 85.9% berada pada tahap tinggi. Untuk gaya keibubapaan permisif pula, sebanyak 70.3% berada pada tahap rendah manakala untuk gaya keibubapaan autoritarian peratusan untuk kedua-dua tahap hampir sama iaitu 48.4% untuk tahap rendah dan 51.6% untuk tahap tinggi. Keputusan tersebut juga selari dengan nilai min markah gaya keibubapaan yang menunjukkan ia berada di tahap tinggi untuk gaya keibubapaan jenis autoritatif (36.41) dan autoritarian (30.74) dan tahap rendah untuk gaya keibubapaan permisif (28.19). Intrapersonal dan InterpersonalHoward Gardner (1983) memberikan definisi kemahiran interpersonal di dalam bukunya Frames of Mind sebagai kebolehan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi. Kemahiran interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, tabiat serta hasrat orang lain.Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah dan dapat memberi motivasi kepada orang lain.Mempengaruhi ahliKemahiran yg tinggi seperti mempunyai karisma, kepakaran, kebolehan memberi arahan dan adanya suasana hormat menghormati antara ahli. kebolehan bekerjasamaMenerima idea org lainBertanggungjawabBerusahaMatlamat bersamamencari, mengenal pasti dan membina hubungan yang berkesan dengan orang lainmengekalkan hubunganMembantu meningkatkan kemahiran interpersonalMemberi peluang berkomunikasiMengalakkan aktiviti luaranMengalakkan aktiviti permainan, beruniform dan persatuan di sekolahTidak menyekat keinginan bercakap anak-anakTidak menghalang autonomi anak-anakMenjadi pendengar yang baik kepada anak-anak

Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.

Kemahiran ini membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya, apakah perasaannya, apa yang ingin dilakukannya, apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu.

Mereka sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri.

Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Keadaan ini menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri.

Mereka boleh menentukan hala tuju kehidupan dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk memperbaiki kemahiran intrapersonal

(a) Menyimpan jurnal atau diari; (b) Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu perkara berlaku; (c) Menilai kerja sendiri; (d) Mengisi borang; (e) Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami; (f) Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri; (h) Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri; (i) Membuat refleksi secara senyap; (j) Menggunakan teknik metakognitif (menyedari teknik pembelajaran sendiri dan dapat menjelaskannya); (k) Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan (l) Menggunakan kemahiran menaakul.

Apa Yang Ibu Bapa Boleh LakukanIbu Bapa Sebagai Role ModelKenali Rakan AnakSentiasa Berhubung Dengan Guru Anak AndaKualiti Masa. Sara Gable (2000) berpendapat bahawa ibu bapa dan anak-anak yang sejahtera sering berkomunikasi mengenai pelbagai perkara dan bukan hanya apabila wujudnya konflik.Kebebasan TerkawalBersikap RealistikPengurusan DisiplinBeri Penghargaan/PujianPendidikan SeksSEKIANTERIMA KASIH