kefahaman yang salah mengenai nabi dan rasul yang tersebar di kalangan penganut kristian yng...
TRANSCRIPT
1
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian
1) Pendahuluan
Nabi dan rasul adalah utusan yang dikirimkan oleh Allah di muka bumi ini untuk menyampaikan
syiar Islam dan tauhid kepada Allah. Telah ramai Nabi dan juga rasul yang diutuskan.
Akan tetapi, setelah berzaman-zaman berlalu, penyelewengan terhadap nabi dan rasul telah
dibuat untuk menyesatkan orang-orang ramai dan memesongkan akidah orang-orang Islam. Bagi
yang kurang mendalami ilmu ugama, akan mempercayainya tetapi sebaliknya bagi orang yang
beriman dan mendalami ugama.
Seperti yang telah kita ketahui, di dunia ini terdapat berbagai-bagai jenis ugama antaranya Islam,
Kristian, Yahudi, Buddha dan sebagainya dan sememangnya setiap daripada ugama-ugama ini
mempunyai pegangan dan prinsip mereka masing-masing. Walaubagaimanapun, ada di antara
ugama-ugama ini sebenarnya pada awalnya membawa ajaran yang serupa dengan Islam kerana
pada awalnya, ia adalah ajaran yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul yang terdahulu. Seperti
yang telah dikatakan di atas, setelah kewafatan para nabi dan rasul yang membawa ajaran yang
benar tadi, banyak berlaku penyelewengan sehingga kitab-kitab yang telah diturunkan juga turut
diselewengkan.
Salah satu isu yang sering menjadi persoalan di dalam perihal ugama ini adalah mengenai Nabi
dan Rasul yang semakin lama, dewasa ini telah diselewengkan dengan penyelewengan yang
boleh dikatakan melampau. Oleh itu, di dalam kertas kerja ini, akan dibincangkan mengenai
kepercayaan yang salah mengenai nabi dan Rasul yang tersebar di dalam ugama Kritstian yang
bercanggahan dengan ajaran Islam dengan menghuraikan definisi Nabi dan Rasul menurut Ahli
Sunnah Wal Jama’ah, kepercayaan yang salah dan kepercayaan yang betul mengenai Nabi dan
Rasul yang di dalam ugama Kristian yang serupa dengan ajaran Islam.
2
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian
2) Konsep Nabi dan Rasul
Makna nabi menurut kebiasaan orang-orang Arab terdapat dalam dua bentuk. Pertama, perkataan
nabi yang berakhir dengan huruf hamzah dan kedua, perkataan nabi yang berakhir tanpa huruf
hamzah. Perkataan nabi yang berakhir dengan hamzah dikatakan berasal daripada perkataan “an-
naba’” yang bermaksud khabar atau berita. Berdasarkan kepada akna ini, nabi dimaksudkan
sebagai seseorang yang membawa dan menyampaikan berita berdasarkan keterangan Al-Quran,
surah An-Naba’, ayat 1 dan 2,
Tentang apakah mereka bertanya-tanya? Tentang berita Yang besar, (berita kebangkitan
manusia hidup semula menerima balasannya).1
Nabi yang tidak berakhir dengan huruf hamzah pula berasal daripada perkataan an-nabwah atau
an-nabawah yang membawa maksud kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Tuhan sekalian
alam. Terdapat sebahagian ulama termasuk di kalangan mazhab Al-Asya’irah daripada Ahli
Sunnah Wal Jama’ah mengatakan bahawa perkataan An-nubuwwah adalah asas kepada
perkataan nabi berdasarkan kemuliaan kedudukan mereka dibandingkan dengan hamba-hamba
Tuhan yang lain.2
Dari segi istilah syara’ pula, ia bermaksud pemilihan Allah kepada hambaNya dengan
menyampaikan wahyu kepadanya.3 Ia juga adalah seseorang yang diberitahu oleh Tuhan
mengenai berita-berita langit untuk dirinya secara khusus dan tidak diperintahkan supaya
menyampaikannya kepada orang lain.4
Secara kesimpulannya, Nabi adalah seseorang yang diberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan
tidak perlu menyampaikannya kepada orang lain.
Rasul pula dari sudut Bahasa bermaksud seseorang yang ditugaskan membawa berita ataupun
melakukan tugas penting.5 Ia juga bermaksud seseorang yang mengikuti perkhabaran-
1 An-Naba’ : 1-22 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 13 Dr. Fauzi Hamat (tahun 2, semester 1), Nota Perkuliahan Aqidah Islamiyyah 3,, hlm 24 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 25 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 2
3
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian
perkhabaran yang dibangkitkannya, mengambil ungkapan ‘unta datang berturu-turut’ (rusul ba’d
rusul).6
Menurut istilah, Rasul adalah seseorang yang menerima berita daripada Tuhan dan dia
diperintahkan menyampaikannya kepada orang lain. Ia juga membawa maksud seseorang yang
diutus oleh Tuhan dan diberikan kitab, undang-undang baru, serta diizinkan membatalkan
sebahagian hukum dalam undang-undang yang terdahulu, bertanggungjawab menyampaikannya
kepada manusia dan menyeru mereka mematuhinya.7
Secara kesimpulannya, Nabi adalah seseorang yang menerima wahyu daripada Allah untuk
dirinya sendiri, dan dia tidak perlu menyampaikannya kepada umat manusia. Manakala Rasul
pula adalah seseorang yang diberikan wahyu oleh Allah dan ditugasan untuk menyampaikan
wahyu yang diturunkan kepadanya.
2.1) Dalil diutuskan Nabi dan Rasul
Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah ia memberi
hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum ia menerangkan kepada mereka apa Yang
mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya; Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.8
Ibnu Kathir berkata : Jelas sekali dalam ayat di atas bahawa Alla Ta’ala telah memberitahukan
kepada seluruh umat manusia tentang keadaan DiriNya sendiri yang Maha Mulia, Pengasih dan
Penyayang serta betapa keadilan hukumNya, Dia tidak akan menyatakan sesat sesuatu kaum itu
kecuali setelahdiutusnya Rasul untuk mereka itu yang menyampaikan apa-apa yang wajib
disampaikan sehingga dengan demikian itu, lalu tidak ada lagi alasan yang dapat mereka
kemukakan, jikalau sekiranya ada anggapan mereka yang salah seolah-olah Allah Ta’ala tidak
memberikan penerangan apa-apa kepada mereka itu.9
6 Dr. Fauzi Hamat (tahun 2, semester 1), Nota Perkuliahan Aqidah Islamiyyah 3, hlm 37 Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala Lumpur, hlm 38 At-Taubah : 1159 Tafsir Ibnu Kathir
4
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian
Secara keseluruhannya, jelas bahawa Allah ada mengutus Rasul kepada umat manusia untuk
menyampaikan apa yang Allah mahu mereka sampaikan kepada umat manusia.
3) Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam ugama
Kristian
Dewasa ini, banyak cerita-cerita dan isu-isu yang berbangkit yang menggambarkan keadaan
Nabi dan Rasul yang jauh menyeleweng daripada ajaran Islam. Berikut akan dibincangkan
kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian yang
membuatkan cerita dan isu yang menyeleweng timbul.
3.1) Nabi dan Rasul secara umum
Di dalam perjanjian lama, telah disebutkan sesuatu yang aneh dibaca mengenai para Rasul
Allah :10
Nuh menjadi petani, dialah yang mula-mula membuat kebun anggur. Setelah ia minum
anggur mabuklah ia, dan ia telanjang dalam khemahnya. Dan kerana Kanaan, anak
bungsunya itu melihat aurat ayahnya dan menceritakannya kepada saudara-saudaranya,
maka Nuh berdoa mengutuk anak bungsunya itu. “Terkutuklah Kanaan, hendaklah ia
menjadi hamba yang paling hina bagi saudara-maranya.”11
Menurut petikan di atas, menggambarkan bahawa Nabi Nuh itu adalah seorang yang malas, tidak
bersemangat dan seorang yang ringan mulut untuk mengutuk walaupun kepada anak baginda
sendiri.
Adapun Nabi Luth (a.s) digambarkan oleh perjanjian lama sebagai seorang lelaki yang mabuk
akibat minuman khamar yang diberikan oleh kedua puterinya. Dalam keadaan mabuk, dia pun
menggauli kedua puterinya itu, sehingga membuahkan keturunan.12
Pada malam itu, mereka memberi ayahnya minum anggur, lalu masuklah yang lebih tua
untuk tidur dengan ayahnya ; dan ayahnya tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan
10 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 3211 Kejadian, 9:20-2512 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur
5
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian
ketika ia bangun. Hal demikian berulang pada malam berikutnya bersama puterinya
yang kecil13
Dilihat kepada petikan dari Al-Kitab di atas, menggambarkan bahawa Nabi Luth itu seorang
Nabi yang rendah martabatnya sehingga sanggup menggauli anak baginda. Mereka menyamakan
Nabi Luth serendah martabat kaum baginda yang bersifat songsang tersebut.
Selain daripada itu, Nabi Yahuza digambarkan dalam Al-Kitab sebagai melaksanakan kejahatan
yang keji dengan kedua-dua menanunya berturut-turut dengan menutup muka keduanya,
sehingga dia tidak tahu siapa pelaku kejahatan itu. Dari perbutan keji tersebut, lahirlah anak
kembar.14 Salah seorang daripada bernama Faris iaitu nenek Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan
Yusuf An-Najar, suami Maria, ibu kepada Al-Masih.15
Perkara di atas adalah tidak berasas, kerana seorang Nabi bersifat ma’sum16, mana mungkin
seorang Nabi itu melakukan seseuatu yang tidak bermoral, apatah lagi terhadap mahramnya
sendiri.
Hikmat kelahiran Al-Masih disebutkan dalam Injil Yohanes, umpamanya :17
Kerana begitu besarkasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengurniakan
anakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepadaNya tidak binasa,
kecuali beroleh hidup yang kekal. Sebab Allah mengutus anakNua ke dunia bukan untuk
menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkan oleh Dia. Sesiapa yang percaya
kepadaNya tidak akan dihukum, bagi sesiapa yang tidak percaya ia telah berada di
bawah hukuman, sebab ia percaya dalam nama anak tunggal Allah”18
Menurut petikan di atas, orang Kristian berpegang bahawa Isa Al-Masih itu bersifat mendua,
separuh Tuhan dan separuh manusia. Tetapi sifat ketuhanan pada diri Al-Masih itu merujuk
kepada yang dia itu adalah anak tuhan dan kalimatnya terjadi sejak zaman azali lagi.19
13 Kejadian, 19:30-38 14 Ibid, 38 : 12-3015 Matius, 1 : 1-1616 Terpelihara daripada perbuatan dosa17 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 1518 Yohanes, 3:16-1819 Ibid, 1:1
6
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian
Ini jelas telah jauh terseleweng. Nabi Isa sendiri dilahirkan tanpa bapa dan Allah itu tidak ada
anak seperti firman Allah Ta’ala,
Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan20
Jadi, mana mungkin Nabi Isa itu adalah anak kepada Allah sedang jelas bahawa Allah Ta’ala
tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Melalui dari kenyataan di atas, tidak hairanlah Nabi dan Rasul itu dilakonkan di kaca-kaca
televisyen melalui cerita-cerita terbitan orang Barat bahawa Nabi-Nabi dan Rasul mereka
bermabuk-mabukan dan mempunyai sikap yang kurang senonoh.
3.2) Nabi Muhammad
Pada tahun 1291, dua puluh tahun sebelum Dante menulis bukunya yang berjudul Divine
Comedy, kubu terakhir Perang Salib, iaitu Acre di Palestin, ditawan semula oleh umat Islam dan
tentera Perang Salib diusir dari wilayah itu. Imej mengenai peperangan itu amat jelas dalam
fikiran Dante apabila beliau menggambarkan sesuatu yang buruk mengenai Nabi Muhammad
dalam nerakanya. Dante mengumpamakan Nabi Muhammad dan Ali, yang tubuh mereka
terpisah dari kepala hingga pinggang dengan lapan lingkaran neraka. Puisinya menggambarkan
Nabi Muhammad sebagai orang berdosa, yang mencarik-carik dadanya yang luka parah dengan
tangannya sendiri iaitu tanda simbolik yang menunjukkan beliau ialah ketua pelaknat yang
membawa perpecahan dalam agama. Bagi Dante, kejahatan Nabi Muhammad adalah
meyebarkan ‘agama palsu’ dengan menyampaikan wahyu suci dan mendakwa ia sebagai
menggantikan agama Kristian yang merupakan penipuan jahat hanya boleh menabur
pertelingkahan dalam dunia.21
Menurut perkara di atas, Nabi Muhammad itu digambarkan sebagai seorang yang menyebarkan
agama palsu. Bagi Dante tadi, agama Kristian adalah agama yang benar, dan agama yang dibawa
oleh Nabi Muhammad adalah agama palsu yang dibuat-buat untuk tujuan membuat
20 Al-Ikhlas : 321 A.G Noorani (2007), Islam dan Jihad : Prasangka atau Kenyataan, ITBM : Malaysia. hlm 30
7
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian
pertelingkahan di muka bumi. Kepercayaan ini tersebar di kalangan penganut Kristian sehingga
mereka menjauhi dari mendalami Islam da nisi yang ada di dalamnya.
4) Kepercayaan yang betul mengenai Nabi dan Rasul di ajaran Islam.
Berdasarkan kepada petikan-petikan daripada Al-Kitab tadi, tersebar kepercayaan yang salah
mengenai Nabi dan Rasul di kalangan orang-orang Kristian. Perkara ini perlu dibetulkan supaya
masyarakat tidak terus mempercayai cerita-cerita yang mereka lihat di kaca televisyen mengenai
kepercayaan yang salah ini. Oleh itu, berikut adalah kepercayaan yang betul mengenai Nabi dan
Rasul sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran.
4.1) Nabi dan Rasul secara umum
Apabila kita bandingkan antara kisah Nabi Nuh dalam Al-Quran dan dalam Al-Kitab, maka kita
akan mendapati bahawa Al-Quran mengungkapkan kisah Nabi Nuh dan kaumnya dengan
ungkapan seperti dinyatakan dalam firman Allah,22
"Wahai kaumku! sekiranya kedudukan Aku Dalam kalangan kamu, dan peringatan Yang
Aku berikan kepada kamu Dengan ayat-ayat keterangan Allah itu, menjadi keberatan
kepada kamu, maka (buatlah apa Yang kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah
Aku berserah diri. oleh itu, Tetapkanlah keazaman kamu serta sekutu-sekutu kamu untuk
melakukan rancangan jahat kamu terhadapku; kemudian janganlah hendaknya
rancangan jahat kamu itu, kamu jalankan secara tersembunyi (tetapi biarlah terbuka);
sesudah itu bertindaklah terus terhadapku dan janganlah kamu tunggu-tunggu lagi.23
Ayat di atas menunjukkan bahawa betapa Nabi Nuh (AS) mempunyai azam yang kuat dan
keperibadian yang kukuh. Bersedia menanggung risiko apa pun dalam menjalankan perintah
Allah. Di samping itu, banginda bersegera beristighfar walaupun kesalahan yang baginda
22 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 3423 Yunus : 71
8
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian
lakukan itu berupa ungkapan doa yang keliru kerana didorong oleh perasaan ayah kepada anak.
Ini berbeza sekali dengan gambaran yang disebutkan di dalam Al-Kitab yang telah
diselewengkan tersebut.
Berbalik kepada kepercayaan mengenai Nabi Luth di dalam Al-Kitab pula, adapun Nabi Luth
mendapat julukan di dalam Al-Quran sebagai seorang Rasul yan mempunyai darjat utama atas
umat pada masanya.24 Firman Allah,
Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, dan Alyasak dan Yunus, dan Lut;
dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada
zamannya).25
Juga dijuluki sebagai seorang hamba yang soleh26 seperti firman Allah Ta’ala,
Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami
selamatkan Dia dari bandar Yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara Yang
keji; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, Yang fasik, derhaka.27
Baginda juga disifatkan dengan seorang yang bersyukur28 seperti yang disebutkan di dalam Al-
Quran,
Sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang
bersyukur.29
24 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 3525 Al-An’am : 8626 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 3527 Al-Anbiyaa’ : 7428 Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur, hlm 3529 Al-Qamar : 35
9
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian
Berdasarkan daripada ayat-ayat Al-Quran di atas, jelas bahawa dakwaan di dalam Al-Kitab
mengenai Nabi Luth adalah tidak releven sama sekali. Bagaimana mungkin seorang Nabi dan
Rasul yang mempunyai darjat yang tinggi di kalangan umat sezamannya, soleh dengan
mengerjakan semua suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya dan seorang yang selalu
bersyukur, membuat sesuatu yang dilarang oleh Islam.
4.2) Nabi Muhammad
Di dalam Al-Quran menjelaskan bahawa akan datang ke dunia, seorang Nabi dan Rasul yang
menjadi penutup sekalian Nabi, iaitu Nabi Muhammad. Di dalam surah As-Saf, ayat 6,
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil,
Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang
diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan
kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad".
maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan Yang jelas
nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!"30
Menurut ayat di atas, Nabi Isa yang diturunkan kepada Injil yang menjadi pegangan penganut
Kristian sendiri mengakui kebenaran kitab Taurat bahawa akan ada seorang Rasul selepas Nabi
Isa yang bernama Muhammad atau Ahmad.
Di dalam kitab Yesaya, bab 29 ayat 12 ada menyebutkan,
“Dan buku itu diserahkan kepadanya yang tidak belajar dengan berkata, “Baca ini, saya
berdoa kepadamu,” : dan dia berkata, “Saya tidak tahu,”31
30 As-Saf : 631 Dr. Zakir abdul Karim Naik (2007), 10 Most Common Questions Asked by Christians About Islam, Saba Islamic Media : Kuala Lumpur, hlm 29
10
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian
Kisah ini bertepatan dengan kisah Nabi Muhammad SAW ketika pertama kali wahyu diturunkan
di Gua Hira, malaikat Jibril mendatangi baginda dan memerintahkan baginda untuk membaca,
seperti di dalam firman Allah di dalam surah Al-‘Alaq, ayat 1,
Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian
makhluk),32
Dengan perintah daripada malaikat Jibril itu, Nabi Muhammad menjawab, “Saya tidak tahu
membaca,”33
Dari perkara di atas, menunjukkan, ada terdapat di dalam Al-Kitab orang Kristian yang masih
menepati ajaran Islam, cuma mereka tidak mahu mengakuinya kerana menurut mereka, jika
mereka mengakui kerasulan Nabi Muhammad, mereka perlu mengikut semua yang dibawakan
oleh Nabi Muhammad. Mereka tidak mahu meninggalkan kehidupan mereka dalam keadaan
ajaran Kristian yang menyeleweng tersebut.
Allah Ta’ala memuliakan Nabi Muhammad dengan menjadikan bagina penutup segala Nabi dan
Rasul, menjadikan dakwah baginda sebagai risalah terakhir setelah syirik dan kufur merosakkan
akidah kaum-kaum Nabi yang terdahulu. Risalah baginda adalah penutup dan penghapus syari’at
yang sebelumnya.34
32 Al-‘Alaq : 133 Dr. Zakir abdul Karim Naik (2007), 10 Most Common Questions Asked by Christians About Islam, Saba Islamic Media : Kuala Lumpur, hlm 2934 Sami bin Abdullah Al-Maghluts (2014), Atlas Rasulullah SAW : Menelusuri Sejarah Hidup Manusia Paling Agung, PTS Islamkika : Malaysia, hlm 402
11
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian
5) Penutup
Secara kesimpulannya, jelas di sini bahawa terdapat kepercayaan-kepercayaan yang salah di
dalam agama Kristian yang tersebar di kalangan penganutnya. Namun begitu, semua
kepercayaan tersebut telah dijawab dan dibidas oleh Islam dengan mendatangkan dalil-dalil Al-
Quran.
Oleh itu, adalah kewajipan kita untuk membetulkan kepercayaan yang salah tersebut semampu
kita, dan mestilah kita menguatkan keimanan dan ketaqwaan kita supaya kita sendiri tidak
termakan dan terhasut untuk mempercayai kepercayaan yang dibawa dalam agama Kristian yang
menyeleweng daripada ajaran Islam.
12
Kepercayaan yang salah mengenai Nabi dan Rasul yang tersebar di dalam agama Kristian
Bibliografi
- Al-Quran
- A.G Noorani (2007), Islam dan Jihad : Prasangka atau Kenyataan, ITBM : Malaysia
- Dr. Fauzi Hamat (tahun 2, semester 1), Nota Perkuliahan Aqidah Islamiyyah 3
- Sami bin Abdullah Al-Maghluts (2014), Atlas Rasulullah SAW : Menelusuri Sejarah Hidup
Manusia Paling Agung, PTS Islamkika : Malaysia
- Ustaz Sayid Ismail (1989), Akidah Islam dan Kristian, Pustaka Al-Mizan : Kuala Lumpur
- Tafsir Ibnu Kathir
- Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali (2004), Siapa itu Nabi-Nabi?, PTS Litera Utama : Kuala
Lumpur
- Dr. Zakir abdul Karim Naik (2007), 10 Most Common Questions Asked by Christians About
Islam, Saba Islamic Media : Kuala Lumpur