kefahaman dan amalan ajaran islam kalangan saudara baru masyarakat siam di kelantan

13
KEFAHAMAN DAN AMALAN AJARAN ISLAM KALANGAN SAUDARA BARU MASYARAKAT SIAM DI KELANTAN Oleh Razaleigh Muhamat @ Kawangit Abstrak Kajian ini adalah bertujuan melihat sejauhmana pemahaman saudara baru tentang agama Islam dan amalan-amalan mereka setelah menganut agama Islam. Penulis memfokuskan kepada saudara baru masyarakat Siam yang memeluk agama Islam di lokasi negeri Kelantan. Oleh kerana kajian adalah lebih berbentuk tahap pengetahuan individu, penulis telah menggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan kepada responden. Selain itu, temubual dan observasi juga dilaksanakan untuk lebih memantapkan hasil kajian ini. Hasil kajian mendapati sebilangan besar responden telah memahami agama Islam dengan baik dan melaksanakan amalan-amalan wajib Islam. Mereka telah menjadikan Islam sebagai jalan untuk mencapai keredhaan Ilahi. Pengenalan Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum seperti Cina, India, dan tidak terkecuali juga daripada lain-lain bangsa seperti masyarakat Thailand yang dikenali sebagai bangsa Siam. Kajian dilakukan terhadap saudara baru bangsa Siam yang tinggal menetap di negeri Kelantan. Masyarakat Siam adalah salah satu golongan minoroti yang menduduki negeri Kelantan. Mereka berasal daripada Thailand dan telah datang berhijrah ke Kelantan atas sebab-sebab tertentu seperti mencari pekerjaan dan menuntut ilmu. Ada juga sebahagian daripada mereka datang ke Kelantan kerana ikatan perkahwinan. Masyarakat Siam ramai tinggal menetap di Kelantan berkemungkinan kerana kedudukan geografi negeri itu yang bersepadanan dengan Thailand. Agama asal nenek moyang mereka adalah agama Buddha. Namun kini semakin ramai yang memeluk agama Islam. Penulis mengkaji sejauhmana kefahaman mereka terhadap agama Islam dan amalan-amalan mereka sama ada bersesuaian dengan syariat Islam atau tidak. Asal-Usul Orang Thai Asal-usul orang Thai sukar dikenal pasti kerana sesetengah pakar berpendapat mereka berasal dari Sichuan di China. Terdapat juga pendapat yang mengatakan mereka berasal dari tenggara China, di utara Vietnam. Kira-kira 2,000 tahun dahulu orang-orang ini menggelarkan diri mereka Tai ( Dai, mengikut ejaannya di China) dan berhijrah ke selatan, ke arah Yunnan dan Guizhou. Mereka berpindah untuk mencari tanah yang subur bagi tujuan pertanian. Menjelang kurun ke-13, wujud perbezaan yang jelas di antara orang Thai di lima buah negara. Kini, mereka terdiri daripada orang Thai Hitam dan orang Thai Loa di Vietnam. Thai

Upload: razaleigh-muhamat

Post on 01-Jan-2016

142 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Article

TRANSCRIPT

Page 1: Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam Kalangan Saudara Baru Masyarakat Siam di Kelantan

KEFAHAMAN DAN AMALAN AJARAN ISLAM KALANGAN SAUDARA BARU

MASYARAKAT SIAM DI KELANTAN

Oleh

Razaleigh Muhamat @ Kawangit

Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan melihat sejauhmana pemahaman saudara baru tentang agama Islam

dan amalan-amalan mereka setelah menganut agama Islam. Penulis memfokuskan kepada

saudara baru masyarakat Siam yang memeluk agama Islam di lokasi negeri Kelantan. Oleh

kerana kajian adalah lebih berbentuk tahap pengetahuan individu, penulis telah menggunakan

kaedah pengedaran borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan

kepada responden. Selain itu, temubual dan observasi juga dilaksanakan untuk lebih

memantapkan hasil kajian ini. Hasil kajian mendapati sebilangan besar responden telah

memahami agama Islam dengan baik dan melaksanakan amalan-amalan wajib Islam. Mereka

telah menjadikan Islam sebagai jalan untuk mencapai keredhaan Ilahi.

Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum seperti Cina,

India, dan tidak terkecuali juga daripada lain-lain bangsa seperti masyarakat Thailand yang

dikenali sebagai bangsa Siam. Kajian dilakukan terhadap saudara baru bangsa Siam yang tinggal

menetap di negeri Kelantan.

Masyarakat Siam adalah salah satu golongan minoroti yang menduduki negeri Kelantan.

Mereka berasal daripada Thailand dan telah datang berhijrah ke Kelantan atas sebab-sebab

tertentu seperti mencari pekerjaan dan menuntut ilmu. Ada juga sebahagian daripada mereka

datang ke Kelantan kerana ikatan perkahwinan.

Masyarakat Siam ramai tinggal menetap di Kelantan berkemungkinan kerana kedudukan

geografi negeri itu yang bersepadanan dengan Thailand. Agama asal nenek moyang mereka

adalah agama Buddha. Namun kini semakin ramai yang memeluk agama Islam. Penulis

mengkaji sejauhmana kefahaman mereka terhadap agama Islam dan amalan-amalan mereka

sama ada bersesuaian dengan syariat Islam atau tidak.

Asal-Usul Orang Thai

Asal-usul orang Thai sukar dikenal pasti kerana sesetengah pakar berpendapat mereka berasal

dari Sichuan di China. Terdapat juga pendapat yang mengatakan mereka berasal dari tenggara

China, di utara Vietnam. Kira-kira 2,000 tahun dahulu orang-orang ini menggelarkan diri mereka

Tai ( Dai, mengikut ejaannya di China) dan berhijrah ke selatan, ke arah Yunnan dan Guizhou.

Mereka berpindah untuk mencari tanah yang subur bagi tujuan pertanian.

Menjelang kurun ke-13, wujud perbezaan yang jelas di antara orang Thai di lima buah

negara. Kini, mereka terdiri daripada orang Thai Hitam dan orang Thai Loa di Vietnam. Thai

Page 2: Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam Kalangan Saudara Baru Masyarakat Siam di Kelantan

2

Nuen dan Thai Phuan di Laos. Orang Thai Luen, Thai Yuan dan Thai di Thailand. Orang Thai

Yai atau Shan di Myanmar dan orang Ahom di barat laut India. Terdapat banyak lagi kumpulan

Tai lain di selatan China terutamanya di Xiashuangbanna, wilayah Yunnan paling selatan.

Mereka berkongsi budaya, malah corak dan teknik tekstil mereka juga serupa. Walaupun loghat

mereka berbeza, mereka adalah dari satu rumpun yang sama ( Sherley Hew. 1994: 42).

Agama Orang Thai

Majoriti orang Thai beragama Buddha. Selain negara dan raja, agama Buddha adalah salah satu

tunggak negara. Raja dianggap pelindung semua agama. Oleh itu, kebebasan beragama wujud di

Thailand sejak awal kurun ke-17 apabila raja Ayutthaya yang memerintah Thailand ketika itu

membenarkan orang Kristian membina gereja. Agama Buddha menjadi agama rasmi pemerintah

kerajaan Sukhothai. Ketika itu penduduk Thailand terpengaruh dengan ajaran agama yang

dibawa oleh orang-orang Mon dan Khmer. Kesan daripada pengaruh inilah orang Thai

mengamalkan konsep agama Hindu dalam pemerintahan beraja, sistem kasta Brahmin dan

menyembah Erawan iaitu tuhan gajah. Pengaruh Hindu juga kelihatan dalam kesusasteraan

klasik seperti cerita Rama dan Sita dalam epik Ramakien versi Thai bagi Hikayat Ramayana.

Sebelum berlakunya pertembungan budaya, orang Thai mengamalkan animisme atau

amalan menyembah alam semulajadi. Mereka berpendapat bahawa dunia ini dipenuhi makhluk

halus phi yang perlu dilayan. Jika tidak dilayan kesejahteraan hidup akan terjejas ( Shirley Hew.

1994: 67).

Komuniti Thai di Kelantan

Orang Thai di Kelantan adalah seramai kira-kira 1 peratus daripada jumlah penduduk tempatan

yang sebahagian besarnya adalah orang Melayu. Kehadiran mereka di Kelantan mempunyai

sejarah yang berbeza daripada kumpulan etnik lain yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Orang Thai telah lama berhijrah ke Kelantan dalam satu zaman yang mendahului penghijrahan

besar-besaran imigran lain, terutama sekali imigran Cina dan India yang datang secara besar-

besaran ke Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu) pada penghujung abad ke-19 dan permulaan

abad ke-20. Selain itu, penempatan orang Thai terletak dalam perkampungan orang Melayu. Ini

berbeza dengan penempatan imigran lain yang sebahagian besarnya tertumpu di kawasan bandar

atau kawasan perladangan.

Perbezaan yang amat ketara yang terdapat antara orang Melayu dan orang Thai adalah

dari segi anutan agama masing-masing. Jika orang Melayu beragama Islam, orang Thai pula

hampir kesemuanya beragama Buddha Theravada. Walaupun demikian, masih terdapat

persamaan dari segi budaya terutamanya dari segi perkongsian elemen budaya yang dipengaruhi

oleh tradisi India seperti dalam kepercayaan bomoh dan magis serta kepercayaan animisme.

Dari segi fizikal pula, struktur binaan penting yang membezakan perkampungan Thai

dengan perkampungan Melayu ialah biara atau wat, iaitu sebuah kawasan khas yang

menempatkan kawasan suci dan rumah ibadat agama Buddha serta tempat tinggal golongan

agamawan yang dikenali sebagai bikhu. Kebanyakan perkampungan Thai yang dihuni oleh

jumlah penduduk yang ramai akan mempunyai biara masing-masing. Manakala bagi penempatan

Page 3: Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam Kalangan Saudara Baru Masyarakat Siam di Kelantan

3

Thai yang mempunyai jumlah penduduknya sedikit tidak akan dibina biara. Walau

bagaimanapun, kebiasaannya dalam kampung berkenaan didirikan bangunan khas yang

dinamakan samnaksong, iaitu tempat persinggahan bikhu yang datang melawat tempat tersebut

dari semasa ke semasa. Di rumah kecil inilah golongan bikhu yang datang dari kampung lain itu

akan mengadakan ritus khas keagamaan yang disertai oleh penduduk kampung berkenaan (

Mohamed Yusoff Ismail 2000 :116).

Buddhisme Thai di Kelantan

Agama Buddha di Kelantan mempunyai dua ciri utama. Pertama, agama Buddha adalah satu

fenomena luar bandar kerana hampir semua biara di Kelantan terletak di luar bandar. Agama

Buddha mempunyai sifat yang lebih mirip kepada tradisi Thai Therevada, terutama sekali dari

segi bentuk seni bina bangunan, selain ritus dan keupacaraan yang lebih mementingkan kegiatan

membuat pahala ( tham bun) seperti yang lazim berlaku dalam tradisi Buddhisme Thai.

Salah satu daripada realiti yang dihadapi oleh agama Buddha Theravada di Kelantan ialah

hakikat bahawa agama tersebut terpaksa bergerak dalam satu suasana yang didominasikan oleh

masyarakat Melayu beragama Islam. Oleh yang demikian, agama Buddha sebagai agama

golongan minoriti terpaksa memainkan peranan khusus dalam konteks sosial dan budaya yang

berbeza jika dibandingkan dengan di Thailand.

Bagi orang Thai di Kelantan, agama Buddha menjadi simbol yang sangat penting dari

segi memenuhi tuntutan primordial sentiments yang berkait rapat dengan etnisiti dan identiti

etnik Thai. Untuk itu mereka mengambil pelbagai cara untuk memastikan bahawa lambang-

lambang penting agama Buddha seperti biara dan bikhu, dipelihara dan dipertahankan sebaik

mungkin biarpun terdapat beberapa kekurangan dan masalah.

Fungsi tradisional biara dan bikhu mungkin telah banyak berubah jika dibandingkan

dengan fungsinya di Thailand. Biar pun demikian, fungi asas dari segi sosial dan keagamaan

tidak semestinya terhapus. Bahkan, institusi bikhu dan biara mungkin memainkan peranan baru

dalam suasana yang agak khusus kepada golongan minoriti dalam konteks sebuah negara

berbilang kaum. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa peranan tambahan itu terhasil daripada

proses akomodasi yng berterusan oleh biara dan bikhu dalam memenuhi beberapa tuntutan sosial

dan politik daripada golongan dominan yang mengelilingi mereka.

Usaha untuk mempertahankan agama Buddha sebagai simbol penting Thai dapat dilihat

pada langkah-langkah yang diambil untuk memastikan bahawa biara dipelihara dan dijaga

dengan sempurna. Biarpun biara tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada pihak

kerajaan, namun kebanyakan biara dijaga dengan baik dengan menggunakan dana kewangan

yang disumbangkan oleh penduduk Thai tempatan dan sumbangan penganut agama Buddha

daripada kalangan orang Cina. Bahkan, sumber kewangan daripada orang Cinalah yang telah

banyak membantu mengatasi keperluan kewangan menjaga biara.

Kedudukan agama Buddha sebagai agama minoriti juga bermakna bahawa tiada sebarang

pengiktirafan rasmi diberikan kepada agama tersebut. Jika di Thailand agama Buddha adalah

agama rasmi negara, di Malaysia amnya dan Kelantan khususnya, hanya agama Islam yang

Page 4: Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam Kalangan Saudara Baru Masyarakat Siam di Kelantan

4

diberikan pengiktirafan sebagai agama rasmi negara. Sehubungan itu, di Kelantan beberapa

penyesuaian terpaksa dibuat dalam pengurusan biara dan perjalanan ritus dan upacara agama

Buddha. Misalnya, tarikh beberapa ritus dan upacara kebiaraan kadangkala disesuaikan supaya

jatuh pada hari kelepasan rasmi negeri, kecuali tarikh khas yang tidak boleh diubah langsung

mengikut kelendar Buddhis seperti Hari Thaipusam ( Mohamed Yusoff Ismail 2000: 120).

Statistik Saudara Baru Masyarakat Siam di Kelantan

Sebagai bukti pemelukan Islam di kalangan masyarakat Siam di Kelantan, penulis akan

membawakan statistik saudara baru di kalangan masyarakat Thai (Siam) Kelantan. Bilangan

masyarakat Siam yang memeluk Islam akan dijelaskan melalui jadual di bawah daripada tahun

2000 hingga Januari 2006.

JADUAL 1 : STATISTIK SAUDARA BARU SIAM DARI TAHUN

2000-JAN 2006

STATISTIK SAUDARA BARU SIAM DARI TAHUN

2000-JAN 2006

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006

L P L P L P L P L P L P L P

6 5 5 10 7 14 2 8 9 9 8 9 - 1

11 15 21 10 18 17 1

L : Lelaki P : Perempuan

Sumber : Laporan Pengislaman Saudara Baru Mengikut Bangsa Dan Jantina Bagi Tahun 2000-

2006

Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam Saudara Baru Masyarakat Siam

Penulis menganalisis tahap kefahaman mereka tentang Islam dan amalan-amalan mereka setelah

memeluk agama Islam. Mungkinkah mereka masih mengamalkan amalan masyarakat Siam iaitu

ajaran Buddha atau ajaran nenek moyang mereka. Sehubungan itu, analisis ini adalah

berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada

saudara baru masyarakat Siam (40 orang responden telah menjawab soalan dalam borang soal

selidik tersebut).

Borang soal selidik ini memfokuskan kepada maklumat yang berkaitan latarbelakang

responden ( masyarakat Siam), tahap kefahaman Islam dan sikap atau amalan mereka setelah

memeluk Islam. Daripada hasil soal selidik ini, dapatlah dijelaskan nanti tahap kefahaman

mereka tentang Islam dan amalan-amalan seharian mereka.

Page 5: Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam Kalangan Saudara Baru Masyarakat Siam di Kelantan

5

Latar Belakang Responden

Latarbelakang responden adalah penting dalam melengkapkan lagi kajian ini. Latarbelakang

responden adalah seperti yang dinyatakan berikut:

i. Jantina

JADUAL 2 : Jantina

JANTINA Kekerapan Peratus

Lelaki 10 25.0

Perempuan 30 75.0

Total 40 100.0

Sumber : Borang soal selidik

Responden terdiri daripada 30 orang perempuan dan 10 orang lelaki. Hal ini kerana,

jumlah kaum lelaki adalah terhad dan lebih mudah untuk mendapatkan responden perempuan

kerana jumlah mereka yang memeluk Islam adalah lebih ramai daripada kaum lelaki (rujuk

statistic dalam jadual 1).

ii. Umur

JADUAL 3 : Umur

Sumber : Borang soal selidik

UMUR Kekerapan Peratus

10-20 5 12.5

21-30 7 17.5

31-40 8 20.0

41 keatas 20 50.0

Total 40 100.0

Page 6: Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam Kalangan Saudara Baru Masyarakat Siam di Kelantan

6

Jadual menunjukkan bilangan dan peratus responden dari segi umur. Melihat kepada jadual

tersebut, jelaslah di sini bahawa bilangan mereka yang tertinggi memeluk Islam adalah golongan

yang berumur 40 tahun ke atas iaitu 50 peratus. Manakala golongan ke dua tertinggi adalah

dalam lingkungan umur 31 hingga 40 tahun yang telah mencatat peratus sebanyak 20 peratus. Ke

dua-dua peringkat umur ini merupakan golongan dewasa yang mana mereka telah mempunyai

pengalaman hidup masing-masing dan dapat menilai sesuatu dengan baik. Kerana itulah, pilihan

jalan agama mereka adalah agama Islam.

iii. Status Perkahwinan

JADUAL 4 : Status Perkahwinan

STATUS Kekerapan Peratus

Bujang 12 30.0

Berkahwin 28 70.0

Total 40 100.0

Sumber : Borang Soal selidik

Jadual menunjukkan status responden. Peratus yang tertinggi adalah yang telah berkahwin iaitu

mencatat peratus sebanyak 70 peratus manakala yang masih bujang atau belum berkahwin adalah

30 peratus . Jelaslah di sini, kebanyakan responden yang datang atau sedang belajar di JHEAIK

terdiri daripada mereka yang telah mendirikan rumahtangga sama ada dari kalangan lelaki

mahupun perempuan.

iv. Pekerjaan

JADUAL 5 : Pekerjaan

PEKERJAAN Kekerapan Peratus

Bekerja Sendiri 22 55.0

Makan Gaji Kerajaan 5 12.5

Makan Gaji Swasta 3 7.5

Lain-Lain.Nyatakan 10 25.0

Page 7: Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam Kalangan Saudara Baru Masyarakat Siam di Kelantan

7

Total 40 100.0

Sumber : Borang soal selidik

Jadual di atas menunjukkan bidang pekerjaan responden. Pekerjaan yang mencatatkan bilangan

peratus tertinggi adalah bekerja sendiri iaitu 55 peratus. Ke dua tertinggi diwakili oleh lain-lain

iaitu 25 peratus. Penulis mendapati bahawa lain-lain ini adalah mereka yang tidak bekerja dan

sebagai suri rumahtangga sepenuh masa. Bekerja di sektor awam adalah 12.5 peratus manakala

di sektor swasta pula adalah 7.5 peratus.

v. Taraf Pendididkan

JADUAL 6 : Taraf Pendidikan

TARAF PENDIDIKAN Kekerapan Peratus

Tidak Pernah Sekolah 5 12.5

Bersekolah Rendah 11 27.5

Sekolah Menengah 20 50.0

Kolej/Universiti 4 10.0

Total 40 100.0

Sumber : Borang soal selidik

Melihat kepada taraf pendidikan pula, peringkat yang tertinggi adalah peringkat sekolah

menengah iaitu 50 peratus manakala ke dua tertinggi adalah peringkat sekolah rendah iaitu 27

peratus. Terdapat juga di kalangan mereka yang belajar di peringkat pengajian tinggi iaitu

universiti atau kolej, peratusan mereka adalah 10 peratus. Responden yang tidak bersekolah

sebanyak 12.5 peratus.

vi. Tempoh Peluk Islam

JADUAL 7 : Tarikh/Tempoh Peluk Islam

TAHUN

MEMELUK

ISLAM

Kekerapan Peratus

1970-1980 3 7.5

1981-1990 12 30.0

Page 8: Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam Kalangan Saudara Baru Masyarakat Siam di Kelantan

8

1991-2000 18 45.0

2001 ke atas 7 17.5

Total 40 100.0

Sumber : Borang soal selidik

Jadual di atas menunjukkan tahun responden memeluk agama Islam. Didapati bahawa majoriti

mereka memeluk Islam pada tahun 1991-2000 iaitu pada peratusan yang tertinggi sebanyak 45

peratus. Jika dilihat pada tahun 1981-1990, bilangan mereka adalah menggalakkan pada

peratusan 37.5 peratus. Keadaan ini membawa kesan positif apabila berlakunya peningkatan

yang mendadak pada sepuluh tahun kemudiannya. Jelaslah bahawa agama Islam telah mendapat

tempat di kalangan masyarakat Siam.

vii. Faktor Memeluk Islam

JADUAL 8 : Faktor Memeluk Islam

Sumber : Borang soal selidik

Jadual menunjukkan faktor-faktor penyebab mereka memeluk Islam. Faktor atas kerelaan sendiri

merupakan faktor utama kebanyakan mereka memeluk agama Islam iaitu peratusannya adalah

57.5 peratus. Manakala faktor ke dua adalah kerana ikatan perkahwinan yang mendorong mereka

untuk memeluk Islam. Buktinya apabila peratusan mereka 30 peratus. Faktor yang lain lagi

seperti pengaruh rakan mencatatkan 7.5 peratus manakala lain-lain faktor mencatatkan 5.0

peratus. Namun, majoriti mereka memeluk Islam atas dasar kehendak hati mereka sendiri.

FAKTOR PELUK

ISLAM

Kekerapan Peratus

Berkahwin 12 30.0

Kerelaan Sendiri 23 57.5

Pengaruh Rakan 3 7.5

Lain-Lain 2 5.0

Total 40 100.0

Page 9: Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam Kalangan Saudara Baru Masyarakat Siam di Kelantan

9

Tahap Kefahaman Islam Di Kalangan Saudara Baru Masyarakat Siam

JADUAL 9 : Tahap Kefahaman Islam di Kalangan Saudara Baru Siam

Sts : sangat tidak setuju ts : tidak setuju ks : kurang setuju

S : Setuju as : amat setuju

BIL.

PERKARA

STS

%

TS

%

KS

%

S

%

AS

%

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Solat adalah wajib

terhadap setiap

orang Islam

Ibadat puasa adalah

perkara yang wajib

dilaksanakan

Zakat adalah rukun

Islam yang ke empat

Agama Islam adalah

agama fitrah manusia

Saya hanya

mentauhidkan Allah dan

tidak pernah

mempersekutukan-Nya

dengan sesuatu

Saya melaksanakan

suruhan Tuhan dengan

kerelaan hati

bukannya paksaan

Saya menyakini setiap

sesuatu perbuatan akan

dibalas dengan balasan

dosa dan pahala

Saya yakin wujudnya

hari akhirat dan hari

pembalasan

-

-

5

3

-

-

-

-

-

-

12.5

7.5

-

-

-

-

-

-

3

2

-

-

-

-

-

-

7.5

5

-

-

-

-

-

-

11

-

-

-

-

-

-

-

27.5

-

-

-

-

-

-

1

5

4

3

3

1

1

-

2.5

12.5

10

7.5

7.5

2.5

2.5

40

39

16

31

37

37

39

39

100

97.5

40

77.5

92.5

92.5

97.5

97.5

Page 10: Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam Kalangan Saudara Baru Masyarakat Siam di Kelantan

10

Sumber : Borang soal selidik

Hasil dan dapatan daripada jadual di atas, didapati kebanyakan responden memahami tentang

konsep kefahaman Islam dengan baik sekali. Mereka mengetahui tentang ketauhidan kepada

Allah dan menyedari tentang amalan-amalan ibadat yang wajib bagi seseorang Muslim. Namun,

terdapat segelintir daripada mereka yang agak keliru ketika menjawab soalan menguji minda

iaitu soalan nombor tiga di mana penulis ingin menguji tahap kefahaman mereka dan keyakinan

mereka dengan mengatakan zakat rukun Islam yang ke empat. Padahal zakat adalah rukun Islam

yang ke tiga. Tetapi jika diperhatikan dari segi kefahaman yang lain adalah positif. Respon yang

diberikan oleh mereka adalah memuaskan memandangkan mereka adalah saudara baru.

Amalan Masyarakat Siam Setelah Memeluk Islam

JADUAL 10 : Amalan Masyarakat Siam Setelah Memeluk Islam

BIL.

PERKARA

STS

%

TS

%

KS

%

S

%

AS

%

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Anda menunaikan

solat lima waktu

Anda berpuasa

sebulan dalam

bulan Ramadhan.

Corak berpakaian

anda mengalami

perubahan

Anda bergaul

hanya dalam

kelompok

masyarakat Siam

sahaja

Anda masih

mengamalkan

amalan Siam

Anda suka

mendengar

ceramah agama

Anda menitik

berat tentang

-

-

-

14

19

-

-

-

-

-

35

47.5

-

-

-

-

2

11

12

-

-

-

-

5

27.5

30

-

-

-

1

-

10

4

-

-

-

2.5

-

25

10

-

-

3

6

8

4

4

7

7

7.5

15

20

10

10

17.5

17.5

37

33

30

1

1

33

33

92.5

82.5

75

2.5

2.5

82.5

82.5

Page 11: Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam Kalangan Saudara Baru Masyarakat Siam di Kelantan

11

8.

halal dan haram

Anda baca al-

Quran tiap hari

-

-

-

-

4

10

8

20

28

70

Sts : sangat tidak setuju ts: tidak setuju ks: kurang setuju

S : setuju as: amat setuju

Sumber : Borang soal selidik

Jadual di atas menunjukkan responden memberikan respon yang positif setelah memeluk agama

Islam. Berdasarkan jawapan yang diterima, responden telah mengamalkan amalan Islam dengan

sempurna. Terutama sekali dalam ibadat-ibadat wajib seperti puasa dan sembahyang. Di samping

itu, mereka juga melaksanakan amalan-amalan yang boleh mendatangkan pahala seperti

membaca al-Quran, manghadiri ceramah-ceramah keagamaan, berpakaian yang menutup aurat,

dan juga mereka amat menitik beratkan soal halal dan haram dalam kehidupan mereka. Mereka

juga tidak bersifat perkauman apabila disoal tentang pergaulan. Mereka bergaul dalam kelompok

masyarakat majmuk bukannya dalam kaum masyarakat Siam sahaja.

Namun, terdapat segelintir di kalangan mereka yang masih mengamalkan amalan adat

masyarakat tradisi Siam iaitu adat ‘ laikatong’. Laikatong adalah satu perayaan tradisi Siam yang

Page 12: Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam Kalangan Saudara Baru Masyarakat Siam di Kelantan

12

berbentuk kesenian. Ia adalah antara adat membuang sial dalam diri seseorang. Sial akan

dibuang dan dihanyutkan oleh air. Kebiasaannya akan dilaksanakan di tebing-tebing sungai.

Hanya segelintir sahaja yang masih mengamalkan amalan ini. Hal ini berkemungkinan kerana

mereka masih kuat dan terikat lagi dengan tradisi lama. Tetapi golongan yang tidak

mengamalkannya lebih dominan daripada mereka yang masih mengamalkannya.

Kesimpulan

Berdasarkan hasil kajian ini, penulis dapat membuat beberapa rumusan, antaranya ialah:

i. Masyarakat Siam merupakan golongan yang mempunyai kepercayaan yang kuat

terhadap agama mereka iaitu Buddha. Namun, apabila mereka memeluk agama Islam,

mereka telah menafikan atau menyangkal segala kepercayaan mereka sebelum ini.

Kebanyakan mereka menghambakan diri hanya pada Allah Yang Esa dan tidak akan

mempesekutukan Allah dengan suatu makhluk yang lain. Mereka memahami dengan

baik tentang rukun iman dan rukun Islam.

ii. Bagi amalan masyarakat Siam setelah memeluk Islam pula, penulis berpendapat

mereka telah dapat melaksanakan amalan-amalan tuntutan Islam dengan baik sekali.

Amalan mereka adalah berdasarkan syarak. Mereka telah meninggalkan segala

amalan kufur sebelum ini.

Kesimpulan secara keseluruhannya, saudara baru masyarakat Siam telah mencapai tahap

kefahaman dan amalan agama Islam yang agak baik. Mereka mampu mengamalkan amalan

ibadat dengan agak sempurna. Di kalangan saudara baru ini, majoriti daripada mereka telah

banyak berubah kepada yang lebih baik terutama dalam aspek pergaulan, menutup aurat, amalan,

mahupun dalam perkara halal atau haram. Mereka telah meninggalkan corak kehidupan ajaran

Buddha atau nenek moyang kepada kehidupan yang bercirikan keislaman. Oleh kerana mereka

mengetahui tentang balasan pahala dan dosa, mereka telah mengaplikasikan akhlak dan akidah

Islam dalam kehidupan seharian. Islam menggalakkan umatnya menjalinkan hubungan yang baik

sesama manusia, tidak mengira bangsa, warna kulit, adat mahupun budaya. Kerana itulah

pergaulan mesra di kalangan semua bangsa terjalin erat. Walaupun telah bergelar Muslim,

mereka masih berhubung dengan bangsa mereka yang tidak Islam dengan baik sekali. Jelas

sekali memperlihatkan mereka tidak pernah merasa tersisih dalam kelompok asal mereka.

Hubungan persaudaraan mahupun persahabatan masih boleh diteruskan walaupun telah bergelar

seorang Muslim.

RUJUKAN

Al-Wasilah JHEAIK. 1999.

Buletin. JHEAIK. 1999.

Page 13: Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam Kalangan Saudara Baru Masyarakat Siam di Kelantan

13

Mohamed Yusoff Ismail & Rahimah Abdul Aziz. 2000. Masyarakat, budaya dan perubahan.

Bangi: Penerbit UKM.

Shirley Hew. 1994. Budaya serata dunia Thailand. Singapura:Times Book International.

Che Mohd. Fahmi bin Che Omar. 2007. Pendaftaran Saudara Baru di Kelantan. Temu Bual. 6

Januari.