kedah€¦ · kedah 1. peperiksaan sijil pelajaran malaysia (spm) semakin hampir. anda berazam...

60
KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Jelaskan perancangan-perancangan anda untuk mencapai matlamat tersebut. Memulakan kalimah bicara ini, saya ingin meminjam kata-kata hikmat daripada mantan Presiden Indonesia, Seokarno iaitu, “Gantunglah cita-citamu di langit yang tinggi walaupun kakimu menjejaki perlimbahan”. Demikianlah betapa besarnya cita-cita dan wawasan kepada kehidupan seseorang insan yang normal. Hidup tanpa cita-cita, ibarat subur sepohon yang rendang tetapi tidak berbuah. Justeru, cita-cita besar yang sedang saya impikan sekarang adalah untuk menjadi pelajar cemerlang dalam SPM 2014. Demikianlah hasrat yang turut dikongsi bersama oleh ibu bapa serta guru-guru saya juga. Sungguhpun begitu, cita-cita amatlah ideal untuk diucapkan, sebaliknya terlalu perit untuk diterjemahkan menjadi realiti. Oleh itu, demi memenuhi hasrat murni tersebut, saya hendaklah bersedia dari sekarang dan banyak prakarsa yang harus saya lakukan. Langkah pertama ialah saya perlulah menghargai nikmat kesihatan yang dianugerahi Allah SWT kepada saya. Nikmat kesihatan merupakan aset peribadi yang tidak boleh dijual beli. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan sempurna dengan wajah dan paras rupa yang baik. Allah mentakdirkan kepada saya kesihatan yang baik, pemikiran yang waras, dan emosi yang stabil. Alangkah bernilainya anugerah tersebut. Benarlah bak kata orang tua-tua, “Nikmat sihat itu hanya berada pada seseorang yang sakit” . Dalam usia remaja ini, saya perlu peka terhadap pemilihan makanan dengan memilih makanan yang baik lagi halal dan menjauhi diri daripada mendekati makanan yang berbahaya. Saya amat serius tentang bahaya dadah, arak, dan rokok yang dengan jelas membawa mudarat kepada fizikal dan minda. Pertumbuhan fizikal pun hendaklah saya kawal dengan memastikan rutin harian dan latihan jasmani serta riadah dijalankan mengikut jadual. Dalam hal ini, saya amat tertarik dengan pesan Nabi SAW dalam sebahagian daripada Hadithnya, “Jagalah nikmat sihat sebelum datang sakit”. Sebagai anak muda yang sedang meniti arus perubahan milenium, saya perlu memiliki visi dan hala tuju yang jelas. Hidup tanpa visi ibarat bahtera di tengah-tengah samudera tanpa nakhoda. Hidup akan terumbang-ambing dan tiada masa depan. Visi saya adalah menjadi insan cemerlang merangkumi dunia dan akhirat. Resipinya, saya perlu belajar ketika usia remaja dan mengenal pasti bidang kemahiran yang cocok dengan jiwa saya. Andai dimakbulkan Tuhan, saya berazam untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya dan

Upload: others

Post on 13-Jul-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

KEDAH

1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk

memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Jelaskan perancangan-perancangan anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Memulakan kalimah bicara ini, saya ingin meminjam kata-kata hikmat daripada mantan

Presiden Indonesia, Seokarno iaitu, “Gantunglah cita-citamu di langit yang tinggi walaupun

kakimu menjejaki perlimbahan”. Demikianlah betapa besarnya cita-cita dan wawasan kepada

kehidupan seseorang insan yang normal. Hidup tanpa cita-cita, ibarat subur sepohon yang

rendang tetapi tidak berbuah. Justeru, cita-cita besar yang sedang saya impikan sekarang

adalah untuk menjadi pelajar cemerlang dalam SPM 2014. Demikianlah hasrat yang turut

dikongsi bersama oleh ibu bapa serta guru-guru saya juga. Sungguhpun begitu, cita-cita

amatlah ideal untuk diucapkan, sebaliknya terlalu perit untuk diterjemahkan menjadi realiti.

Oleh itu, demi memenuhi hasrat murni tersebut, saya hendaklah bersedia dari sekarang dan

banyak prakarsa yang harus saya lakukan.

Langkah pertama ialah saya perlulah menghargai nikmat kesihatan yang dianugerahi

Allah SWT kepada saya. Nikmat kesihatan merupakan aset peribadi yang tidak boleh dijual

beli. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan sempurna dengan wajah dan paras rupa yang

baik. Allah mentakdirkan kepada saya kesihatan yang baik, pemikiran yang waras, dan emosi

yang stabil. Alangkah bernilainya anugerah tersebut. Benarlah bak kata orang tua-tua,

“Nikmat sihat itu hanya berada pada seseorang yang sakit”. Dalam usia remaja ini, saya

perlu peka terhadap pemilihan makanan dengan memilih makanan yang baik lagi halal dan

menjauhi diri daripada mendekati makanan yang berbahaya. Saya amat serius tentang bahaya

dadah, arak, dan rokok yang dengan jelas membawa mudarat kepada fizikal dan minda.

Pertumbuhan fizikal pun hendaklah saya kawal dengan memastikan rutin harian dan latihan

jasmani serta riadah dijalankan mengikut jadual. Dalam hal ini, saya amat tertarik dengan

pesan Nabi SAW dalam sebahagian daripada Hadithnya, “Jagalah nikmat sihat sebelum datang

sakit”.

Sebagai anak muda yang sedang meniti arus perubahan milenium, saya perlu memiliki

visi dan hala tuju yang jelas. Hidup tanpa visi ibarat bahtera di tengah-tengah samudera

tanpa nakhoda. Hidup akan terumbang-ambing dan tiada masa depan. Visi saya adalah

menjadi insan cemerlang merangkumi dunia dan akhirat. Resipinya, saya perlu belajar ketika

usia remaja dan mengenal pasti bidang kemahiran yang cocok dengan jiwa saya. Andai

dimakbulkan Tuhan, saya berazam untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya dan

Page 2: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

kompeten dan mampu menggenggam ijazah sihingga ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D).

Walaupun impian itu masih jauh ibarat di seberang lautan, namun kejayaan cemerlang pada

peringkat SPM amatlah penting. Sememangnya, semua pihak sudah maklum bahawa SPM

menjadi pananda aras untuk seseorang itu menentukan hala tujunya. Insya-Allah sekiranya

saya gigih dan digarapi semangat juang, sesungguhnya di mana-mana ada kemahuan di situ

ada jalan.

Asas utama yang tidak kurang pentingnya untuk mencapai kejayaan ialah strategi

belajar yang berkesan. Dalam masa yang sangat suntuk ini, saya perlu lebih bijak merancang

strategi pembelajaran agar dapat mengimpakkan hasil. Oleh itu, saya perlu melipatgandakan

latihan daripada koleksi soalan tahun-tahun sebelum. Saya perlu memperkukuh daya ingatan

yang kadang-kadang memerlukan saya menghafal atau membuat latih tubi. Prakarsa yang

efektif yang mampu saya lakukan adalah dengan membuat beberapa nota kecil yang bersaiz

poket dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Konsep belajar secara berkumpulan

juga hendaklah saya amalkan sebagai salah satu daripada strategi belajar secara berkesan.

Percambahan idea dan sikap saling memberi dan menerima dengan rakan-rakan hendaklah

saya utamakan. Pendapat rakan harus diraikan dan tidak pula lokek untuk menyumbangkan

idea. Sesungguhnya, inilah sikap saling membantu bak aur dengan tebing.

Meminjamkan sepotong firman dalam al Quran yang bermaksud, “Bertanyalah kepada

yang bijak seandainya kamu tidak tahu” jelas menuntut supaya saya sentiasa berdampingan

dengan tokoh-tokoh ilmuwan. Mereka itu pastilah para guru, ikon-ikon yang berjaya dan

golongan profesional dalam bidang yang ingin saya ceburi. Sekiranya ingin menjadi tokoh

korporat maka golongan peniaga yang harus didekati atau jikalau mahu menjadi pemimpin

nescaya tokoh-tokoh politik, pemimpin masyarakat, dan NGO yang wajar saya dekati.

Daripada merekalah akan terbina motivasi untuk saya merancang masa depan. Sikap malas

belajar dan malu bertanya harus dikikis daripada jiwa dan sanubari, bak kata peribahasa

minta pada yang ada, mengaji pada yang tahu dan sentiasa berwaspada sikap malu bertanya

sesat jalan, malas berkayuh perahu hanyut.

Kendatipun, sebagai hamba-Nya, sebanyak manapun perancangan yang disusun, Allah

SWT tidak boleh saya lupakan sama sekali dalam segala urusan. Allah tahu akan apa-apa

yang tersurat dan tersirat di dalam benak sanubari kita. Saya yakin kepada qada dan qadar

yang telah ditentukan oleh Allah. Namun, atas sifat pemurah-Nya, doa dan kegigihan tidak

pernah menghalang untuk kita berjaya. Saya cukup yakin, hasil ramuan usaha yang gigih dan

doa yang tidak putus-putus kepada Allah pasti segala yang dihajati akan menjadi kenyataan.

Ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain akan saya implementasikan dengan istiqamah. Saya

sangat pasti selangkah kita ke hadapan mahupun selangkah surut ke belakang, Allah pasti

Page 3: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

bersama-sama kita. Oleh itu, dalam menggapai impian dan wawasan, Allah jangan sama sekali

dijauhi.

Berburu ke padang datar

Dapat rusa berbelang kaki

Berguru kepalang ajar

Bagai bunga kembang tak jadi

Serangkap pantun di atas mengajari saya bahawa dalam melengkapkan cita-cita,

justeru usaha, ilmu, dan keiltizaman hendaklah diolah dengan sebaik-baik mungkin. Adat

muda memikul tugas dan muda juga tidak berulang datang, justeru untuk memastikan segala

hajat dan impian terlaksana maka usia muda hendaklah saya manfaatkan dengan sebaik

mungkin. Sesungguhnya, saya amat yakin apabila segala persediaan diri berada di atas

landasan yang betul, insya-Allah segala impian pasti menjadi kenyataan.

2. Anak-anak boleh membantu ibu bapa dalam usaha mengurangkan bebanan ekonomi

dalam rumah tangga. Selaku pengerusi kelab pengguna di sekolah, anda diminta

menyampaikan ucapan tentang langkah-langkah hemat berbelanja dalam usaha

mengurangkan bebanan ekonomi dalam rumah tangga.

Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari ini kos sara

hidup keluarga adalah terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi

dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana

alam, dan krisis bahan makanan cukup menakutkan banyak pihak. Hingga ke hari ini

suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda

negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat menakutkan kita.

Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun bahangnya mula dirasakan terutama

sekali kepada keluarga yang berada pada garis kemiskinan dengan pendapatan isi rumah di

bawah RM2500. Beban kewangan adalah antara fenomena yang teruk dirasai oleh golongan

berkenaan. Sehubungan dengan itu, anak-anak hendaklah memahami akan susah payah ibu

bapa dengan cara melakukan pelbagai prakarsa agar dapat mengurangkan bebanan kewangan

yang ditanggung.

Page 4: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Budaya berjimat cermat ialah senjata yang paling ampuh digunakan apabila berada

dalam situasi begini. Langkah tersebut amatlah pragmatik dalam menghadapi suasana darurat

dalam rumah tangga. Anak-anak diharap dapat memahami keadaan berat ringan yang

ditanggung oleh ibu dan ayah. Prakarsa berjimat yang perlu dilakukan hendaklah bermula

dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti mengawal penggunaan keperluan

asas terutama elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa merungut tentang sikap anak-anak

mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan

lampu dan kipas terpasang ketika tidak diperlukan. Memang benar budaya berjimat cermat

itu lunak dibicarakan sebaliknya tidak mudah untuk dipraktikkan, namun segala-galanya

adalah berpunca daripada sikap. Contoh yang paling mudah, jikalau kuasa elektrik dijimatkan

dan utilitinya di bawah daripada paras RM20 justeru penggunaan domestik tersebut adalah

percuma. Inilah sebenarnya hakikat amalan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Anak-anak yang baik adalah yang prihatin terhadap ibu bapa mereka. Setiap anak

tentulah maklum akan kedudukan kewangan keluarga. Oleh itu, anak-anak perlulah

menunjukkan rasa simpati terhadap jerih payah ibu bapa bekerja mencari rezeki. Fahamilah

akan beratnya tanggungan bak kata peribahasa, seberapa berat mata memandang beratlah

lagi bahu yang memikul. Anak-anak seperti ini sudah pasti akan mengamalkan sikap

bersederhana dalam hal makan minum, pakaian dan berbelanja sekadar yang perlu sahaja.

Amatlah malang sekali apabila ada anak-anak pada era sekarang seakan-seakan tidak

mempunyai sikap belas kasihan kepada ibu bapa. Mereka mudah terdorong untuk menuruti

gaya hidup rakan-rakan yang lebih mewah. Mereka mendesak dan meminta-meminta sesuatu

yang di luar upaya ibu bapa seperti inginkan pakaian yang berjenama dan berselera untuk

makan di tempat-tempat yang eksklusif. Sepatutnya, anak-anak hendaklah mengelak daripada

sebarang pengaruh dan budaya bermewah-mewah kerana resam hidup, pipit sama pipit dan

enggang sesama enggang masakan dapat terbang bersama.

Walaupun bebanan kos hidup semakin meningkat, tetapi dalam sebuah negara seperti

Malaysia, peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan sentiasa terbuka. Peluang-peluang

kerja sambilan seperti pembantu kedai dan berniaga secara kecil-kecilan mudah diperoleh di

mana-mana jua. Anak-anak yang baik sudah tentu dapat menghidu peluang tersebut dengan

cara melakukan kerja sambilan sewaktu lepas sekolah dan lebih-lebih lagi dalam musim cuti

sekolah. Perkara yang penting ialah ketepikan perasaan malu dan malas. Sebenarnya telah

banyak teladan yang dapat diikuti daripada ikon-ikon tersohor seperti Tan Seri Syed Mokhtar

Al Bukhary, Tan Seri Loh Boon Siew dan Dato Seri Tony Fernandez yang berjaya menjadi

konglomerat dengan memulakan perniagaan dari bawah. Oleh itu, langkah yang terpenting

setiap anak perlulah mempunyai wawasan dan jiwa yang cekal untuk berjaya ibarat kata

Page 5: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

tokoh tersohor Sukarno, “Gantunglah cita-citamu di bintang yang tinggi sekalipun kakimu

masih mencecahi perlimbahan”.

Bak kata peribahasa, daun boleh melayang jauh getah tetap mengalir ke perdu ialah

peribahasa yang menerangkan bahawa, anak-anak yang baik sentiasa kembali kepada

induknya. Hal demikian amatlah mustahak dijadikan pedoman oleh anak-anak yang telah

menginjak usia dewasa. Mereka ini hendaklah memperlihatkan sikap membalas budi dan

bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Setelah bertahun-tahun ibu bapa mendidik dan

menjaga, apabila sayap sudah penuh kembalilah kepada induk untuk melihat susah payah

mereka. Bantulah ibu bapa atas kadar yang terdaya. Janganlah apabila telah besar panjang,

ibu bapa langsung tidak dijengah. Adik-adik yang masih kecil perlu dibantu. Malanglah sangat

apabila kedapatan anak-anak yang sudah besar remaja tetapi masih bergantung kepada ibu

bapa. Oleh itu, berpada-padalah dan sedarlah bahawa setiap kita mempunyai tanggungjawab

untuk dilaksanakan. Janganlah bersikap kacang lupakan kulit, ibarat gemuk membuang lemak,

cerdik membuang saudara.

Kaya atau miskin, susah mahupun senang adalah menjadi sunnatullah. Semuanya adalah

sebahagian daripada ujian Tuhan terhadap hamba-Nya agar tidak mengenal putus asa. Demi

berhadapan dengan cabaran kesusahan dan beban hidup, semua orang digalakkan berusaha

dengan lebih gigih. Hidup ibarat roda, hari ini di bawah mungkin esok ke atas. Prakarsa

yang paling penting ialah keinginan untuk berusaha dan tidak berputus asa. Peribahasa

menyatakan, di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sebagai anak yang sudah besar

panjang perlulah mengorak langkah untuk memikirkan sebarang kerja yang dapat

meringankan beban ibu bapa. Dalam pada itu, sebagai insan yang tidak putus daripada

khaliq-Nya, kita perlu berdoa, bermuhasabah dan bermunajat agar diberikan taufik dan

hidayah oleh Allah sehingga terbuka jalan dan ikhtiar. Yakinlah akan firman Allah dengan

mafhumnya, “Tuhanmu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itulah

yang mengubah nasib mereka sendiri”. Insya-Allah jikalau kita gigih dan tidak putus

memohon petunjuk-Nya, nescaya limpah kurnia dan restu Allah akan tetap bersama-sama

kita.

Kesimpulannya, ketika berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai kesan daripada krisis

kewangan, setiap keluarga tidak boleh mati akal. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak

dengan penuh tanggungjawab, manakala anak-anak perlu faham akan tanggungjawab mereka

terhadap ibu bapa. Sikap saling menyokong dan saling memerlukan boleh menjadi jambatan

untuk menzahirkan impian, “Rumahku Syurgaku”. Semoga dengan sikap yang sentiasa positif

segala masalah akan usai juga akhirnya, ibarat sepanjang-panjang jalan berliku ada

penghujungnya.

Page 6: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

3. Pengetahuan tentang sejarah dikatakan teras kepada pembentukan tamadun sesuatu

bangsa. Malangnya sejak akhir-akhir ini sindrom buta sejarah telah melanda generasi

muda.

Ulaskan pendapat anda tentang kewajaran kerajaan mewajibkan lulus mata pelajaran

sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perbuatan mengoyak-ngoyak Jalur Gemilang, mempersendakan kalimat dalam lagu

Negaraku, merosakkan sumber alam semula jadi, bersekongkol dengan musuh negara, rasuah,

dan tidak menghormati undang-undang adalah antara anasir kerendahan budi bahasa dan

lunturnya jiwa patriotik seseorang. Namun demikian, fenomena seumpama itu seolah-olah

menjadi kepuasan kepada sesetengah individu untuk menunjukkan diri mereka hebat. Mereka

berbangga apabila dikatakan berjaya merobek-robek sistem perundangan, peradaban, dan

budaya masyarakat. Tingkah laku keji seperti ini sudah pasti boleh meruntuhkan nilai

patriotisme dalam kalangan rakyat seandainya tiada sebarang tindakan proaktif diambil.

Menyedarinya, kerajaan telah mengambil pendekatan mewajibkan subjek sejarah kepada semua

pelajar, malahan subjek tersebut diwajibkan lulus pada peringkat SPM. Walaupun terdapat

reaksi pro dan kontra, saya berpendapat langkah tersebut sebagai kena pada masa dan

situasi untuk mengembalikan hak dan maruah negara agar tidak dicacatcelakan oleh individu

yang tidak bertanggungjawab.

Sejak ribuan tahun dahulu sejarah telah dijadikan sumber rujukan untuk melahirkan

negara bangsa yang sedar akan asal usul dan akar umbi tamadun. Hal demikian amatlah

penting kerana kejahilan terhadap asal usul boleh melahirkan individu yang mudah

menderhaka dan tidak mempunyai jati diri untuk berasa megah terhadap tanah tumpah

darah. Oleh itu, sejarahlah yang munjadi murabbi dan mujadid untuk memberikan segala

maklumat tentang keadaan sebenar tanah air dan bangsa sendiri. Sama ada dalam bentuk

bertulis, monumen, prasasti mahupun serpihan, segala-galanya menjadi penting apabila boleh

dirujuk sebagai bahan sejarah. Itulah sahaja wadah yang dapat membezakan kewujudan

sesebuah negara dengan negara yang lain. Apabila rakyat telah sedar dan faham hakikat

sejarah, justeru fahamlah mereka akan tamadun tanah air sendiri. Sekiranya prakarsa ini

dapat diterjamahkan, nescaya amat relevanlah syarat wajib lulus sejarah dalam kalangan

pelajar diperkasakan semula.

Page 7: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Rakyat dari satu generasi ke satu generasi akan berlalu pergi, sebaliknya negara akan

terus kekal berdaulat. Demi mempertahankan kedaulatan, maka sejarahlah yang dapat

menjelaskan tentang kedudukan sebenar masyarakat dan sistem politik di sesebuah

negara. Tanpa pengetahuan yang terdidik tentang sejarah, sudah pasti akan lahir manusia

badut yang hanya layak untuk menjadi pelakon di pelbagai pentas. Mereka gagal

menghayati akan harga sebuah kedaulatan dan tidak teragak-agak untuk merosakkan tanah

air sendiri. Segala imej tentang tamadun, budaya, sosio politik dan ekonomi yang telah

bertapak ribuan tahun akan menjadi catatan di atas kanvas sejarah sahaja. Oleh sebab

itu, rakyat harus faham dan sedia bertolak ansur dalam kalangan masyarakat yang

menganut pelbagai ideologi, budaya dan adat resam. Rakyat perlu menghormati antara satu

sama lain dan bersatu untuk membentuk bangsa Malaysia yang berasaskan permuafakatan

dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui. Dengan hal yang demikian, langkah kerajaan itu

adalah tepat sebagai strategi mendidik rakyat agar faham dan tahu akan sejarah

terbentuknya negara Malaysia di dalam acuan masyarakat majmuk.

Tokoh-tokoh silam dan masa kini tidak pernah berbalah pendapat tentang pernyataan

yang menyebut, “Sejarah ialah guru yang paling benar dan sejarah tidak pernah

berbohong”. Atas kebenaran tersebutlah, sejarah menjadi elemen paling penting untuk

mendidik rakyat memahami sistem bernegara. Sejarah merujuk kepada peristiwa yang pernah

terjadi dan peristiwa yang perlu diteladani. Oleh itu, pengalaman landskap sejarah hendaklah

dijadikan sumber untuk mengubah tingkah laku masyarakat agar faham tentang sistem

pemerintahan dan sistem bernegara. Sejarah mengajar rakyat menghargai negara,

menghormati pemimpin yang telah banyak berjasa dan menghargai betapa bahagianya hidup

dalam sebuah negara yang damai dan aman serta makmur. Sebagai rakyat Malaysia, kita

perlu mengambil iktibar daripada catatan sejarah tentang betapa sulitnya untuk menatijahkan

negara ini seperti yang wujud pada hari ini. Pengalaman-pengalaman pahit yang telah

diharungi generasi terdahulu seperti dalam peristiwa penjajahan kuasa Barat, Perang Dunia

Kedua, Darurat dan beberapa episod pertelagahan kaum sudah cukup untuk pemimpin dan

rakyat menjadi lebih matang.

Sejarah juga telah dikenal pasti sebagai elemen penting membantu mempercepat

pembangunan sesebuah negara. Sesebuah negara akan terus jumud sekiranya tidak mahu

belajar daripada sejarah silam. Sesungguhnya, pengalaman inilah yang telah menjadikan

beberapa negara seperti Jepun, Korea, Vietnam dan beberapa negara Komanwel di Asia

Tengah untuk bangkit menjadi kuasa ekonomi yang gagah. Semua negara berkenaan pada

awalnya pernah hancur akibat bahana peperangan yang melanda. Namun, dengan kekuatan

rakyatnya menilai semula sejarah, justeru mereka bangkit untuk membajai semangat

Page 8: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

patriotisme menjadi bangsa yang berjaya. Hal yang sama turut dikongsi oleh Malaysia yang

mampu bangkit dalam tempoh 57 tahun sahaja selepas ratusan tahun kita dibelenggu dalam

rahang penjajahan. Pada hari ini, lihatlah sahaja di mana-mana pelosok bumi Malaysia,

harapan kejayaan sudah terhidang di hadapan mata. Benarlah hakikat bahawa, rakyat yang

kenal sejarah asal usul dan jatuh bangun bangsa mereka sahaja yang mampu bangun untuk

mengorak langkah semula.

Selain itu, sejarah pasti terus menjadi agenda untuk melahirkan rakyat

yang sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara. Perasaan sayang dan terhutang

budi kepada negara akan membentuk peribadi rakyat yang berjiwa patriotik, berintegriti dan

berwawasan. Mereka akan bersedia pada bila-bila masa untuk menjadi tulang belakang

pertahanan negara. Panggilan keramat dalam lirik,

inilah barisan kita

yang ikhlas berjuang

akan terus terpahat dalam jiwa dan sanubari anak muda demi menggalas amanah keamanan

sejagat. Pada hari ini, walaupun negara sudah aman, panggilan jihad terus terpahat dalam

jiwa warganegara apabila ramai yang rela menyahut panggilan untuk menjalankan misi

keamanan di seluruh pelosok rantau. Sikap patriotik seperti itu sudah pasti memberi jaminan

bahawa ketenteraman dan keselamatan sosial bakal terjamin. Oleh yang demikian itu,

janganlah ada pihak yang ingin menangguk di air keruh dengan menyatakan langkah

mewajibkan lulus sejarah sebagai tindakan selangkah ke belakang kerana kononnya sejarah

tidak mempeunyai nilai komersial.

Ratusan tahun kita berjuang untuk mengembalikan maruah dan kemerdekaan tanah

air. Kini setelah 57 tahun negara mengecapi kemerdekaan setiap rakyat harus merasai sendiri

denyut nadi mengecapi nikmat kemerdekaan. Kita perlu ingat bahawa, mempertahankan

kemerdekaan dan kemakmuran yang telah lama dikecapi adalah lebih susah. Oleh itu,

seandainya wujud sikap talam dua muka akibat buta sejarah maka amat wajarlah kerajaan

mengambil langkah segera untuk mewajibkan syarat lulus sejarah dalam peperiksaan

seandainya langkah tersebut boleh menyelamatkan masa depan negara.

4. Pelaburan asing memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan

sesebuah negara.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan asing di sesebuah

negara.

Page 9: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Pelaburan asing merupakan strategi lautan biru dalam memperkasakan sektor ekonomi

kepada sesebuah negara. Dalam konteks pasaran, pelaburan asing bermaksud sesebuah

kerajaan atau konglomerat cuba menjualkan teknologi, kepakaran dan produk menjangkau ke

pasaran global. Dalam era globalisasi kini, pelaburan asing menjadi sebahagian daripada

insentif ekonomi berimpak besar untuk melonjakkan pendapatan syarikat mahupun negara.

Sama seperti negara-negara di dunia yang lain, Malaysia turut tidak ketinggalan sebagai

pemain ekonomi industri yang sedang berkembang dengan membuka dasar pelaburan luar di

samping turut menggalakkan pelabur-pelabur tempatan untuk mengembangkan sayap

perniagaan di lapangan antarabngsa. Hal demikian telah menunjukkan bahawa pelaburan

asing sebagai suatu kemestian jikalau sesebuah negara mahu bersaing di pentas ekonomi

antarabnagsa. Pelaburan asing yang bersifat rentas negara yang sedang berkembang pesat

pada hari ini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor sama ada faktor dalaman mahupun

luaran.

Keamanan dan keharmonian dalam sesebuah negara menjadi bonus untuk negara

tersebut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kini dalam suatu nada untuk

mewujudkan kesamarataan sejagat, kestabilan politik dan keamanan di sesebuah negara

menjadi agenda penting. Hal tersebut akan mendorong syarikat-syarikat besar di peringkat

antarabangsa untuk memperkembangkan polisi pelaburan mereka di rantau lain. Dengan hal

yang demikian, setiap negara mula menggerakkan inisiatif agar iklim politik dan keamanan

domestik sentiasa terkawal. Dengan keyakinan tersebutlah, syarikat-syarikat ternama

antarabangsa seperti Apple, Pansonic, IBM, SAMSUNG dan sebagainya sudah wujud dalam

lingkungan geopolitik antarabangsa. Hampir tidak mustahil apabila masyarakat hari ini tidak

mengetahui tentang asal usul sesebuah syarikat itu mula diasaskan adalah semata-mata atas

kewujudannya yang melampaui garis sempadan geografi antarabangsa.

Polisi yang telus dan mesra pelabur yang diamalkan oleh sesebuah kerajaan turut

menyokong pelaburan asing. Kebanyakan negara Dunia Ketiga khususnya mula membuka mata

kepada pelaburan asing sebagai suatu strategi untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada

rakyat mereka. Hal demikian telah membuka laluan kepada berkembangnya pasaran luar oleh

negara-negara industri seperti Jepun, Amerika Syarikat dan negara-negara EU. Di Asia

Tenggara sendiri, polisi yang dilaksanakan oleh negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan

Thailand telah membuka peluang pekerjaan yang banyak di samping berjaya memacukan

ekonomi domestik. Pada hari ini, industri seperti automobil yang dikuasai oleh Jepun telah

mula membuka pelaburan mereka terutama di Indonesia dan Thailand. Syarikat-syarikat

automotif ternama Jepun seperti Toyota, Honda, Isuzu dan Nissan pada hari ini telah mula

memindahkan teknologi mereka terutama ke Indonesia dan Thailand atas dasar ketelusan

negara terbabit dalam polisi pelaburan asing mereka ibarat sambil menyelam minum air.

Page 10: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Pasaran tempatan di sesebuah negara turut menjadi insentif utama kemasukan

pelaburan asing. Matlamat utama pelaburan adalah untuk memperluas pasaran produk. Oleh

itu, peluang terbaik kepada pelabur adalah dengan terus menanam modal di negara terbabit.

Selain memperoleh bekalan buruh tempatan yang murah, antara 20 hingga 30 peratus

produk dapat dipasarkan untuk kegunaan domestik. Sementara itu, bagi kebanyakan negara

dunia Ketiga, pertumbuhan kadar kelahiran tidak pernah disekat. Sebagai contoh, negara-

negara seperti Indonesia 280 juta, Thailand 80 juta, Pakistan 196 juta sudah tentu

mempunyai potensi pasaran yang terlalu besar. Fenemona tersebut telah memberi insentif

besar kepada kemajuan pasaran domestik bak kata peribahasa banyak air ikan tidak mati.

Pada hari ini dasar buruh di peringkat global menjadi semakin komplek dengan

fenomena pergerakan migrasi dan pendatang. Gelombang perpindahan dari negara miskin ke

negara-negara maju dan negara Dunia Ketiga menyebabkan peningkatan buruh asing di

kebanyakan negara semakin sukar dikawal. Fenomena yang sama jelas terjadi kepada

Malaysia apabila limpahan buruh asing telah mencecah 4 juta orang. Limpahan tersebut

telah memaksa kerajaan lebih berlembut atas dasar kemanusiaan untuk membuka peluang

pekerjaan kepada pekerja asing untuk berkhidmat dalam sektor swasta dan syarikat

multinasional. Lama-kelamaan dasar tersebut sudah menjadi suatu polisi pula apabila lebih

banyak pelabur asing yang berminat untuk melabur. Hal demikian samalah seperti kata

peribahasa, di mana-mana ada air bertakung di situlah ikan bernaung.

Selain itu, kemasukan pelabur asing turut disokong oleh dasar pelaburan kebangsaan

yang diamalkan oleh kebanyakan negara. Apabila dirujuk kepada Malaysia, kerajaan melalui

MITI sentiasa menghantar misi kempen pelaburan luar ke negara-negara maju. Langkah

tersebut yang merupakan strategi serampang dua mata yang memberikan fokus kepada

penyediaan peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi menyebabkan pelabur luar bagai

pucuk dicita ulam mendatang, orang mengantuk disorongkan bantal. Kemasukan pelabur asing

juga turut menerima pelbagai insentif daripada pihak kerajaan seperti zon perindustrian

bebas, kemudahan prasarana, jaminan pinjaman bank dan keselamatan operasi yang terjamin.

Di samping itu, negara turut menerima tempias positif apabila berlaku pemindahan teknologi

kepada anak-anak tempatan yang menjadi sebahagian daripada dasar melahirkan lebih ramai

tenaga profesional tempatan.

Tuntasnya, dalam dalam era yang dikawal oleh polisi global kini, sesuatu polisi

hendaklah dirancang dalam situasi menang menang kepada semua pihak yang

berkepentingan. Dasar perlindungan dan dasar monopoli sudah tidak relevan lagi. Hal yang

sama sudah tentu berlaku dalam dasar pelaburan antara negara kerana ekonomi adalah

menjadi tangan ghaib yang menentukan kedudukan politik dan sosial di sesebuah negara.

Page 11: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Sesungguhnya, polisi pelaburan asing yang diamalkan oleh Malaysia pada masa ini adalah

tepat juga.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,

Perkara susah menjadi senang

5. Petikan gurindam di atas menjelaskan perlunya bersifat sabar dalam diri seseorang.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan bersabar dalam

melakasanakan sesuatu tugas.

TERENGGANU

1. Kes salah laku seperti vandalisme, buli dan tidak menghormati guru kerap berlaku di

sekolah belakangan ini. Situasi ini menggambarkan amalan budaya penyayang semakin

luntur dalam kalangan pelajar.

Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab jelaskan peranan anda dalam memupuk

budaya penyayang di sekolah.

Sejak tiga dekad belakangan, sering didengari kenyataan yang menyebut, bahawa orang

Melayu sebagai bangsa Asia yang sangat tinggi nilai hormat dan bersopan santun. Malah nilai

itulah yang telah mengangkat imej Malaysia untuk dikenali di seantero alam. Namun, selepas

dilanda pelbagai arus perubahan dan ancaman globalisasi yang semakin pantas, nilai-nilai

murni itu semakin memupus dalam budaya dan tradisi masyarakat Melayu. Kini dalam pola

masyarakat majmuk, masyarakat Malaysia kelihatan komplek. Tiada lagi nilai sopan santun

dan hilang budaya hormat dan berkasih sayang. Hukum sesiapa yang kuat dia menang, yang

cepat dia dapat, dan yang megah dia gagah sedikit demi secara sedikit membentuk pola

baru imej bangsa Malaysia pada abad milenium ini. Oleh itu, sebagai anak muda saya perlu

menghayati semula nilai-nilai murni masyarakat agar budaya hormat dapat dinobatkan

semula.

Isi-isi penting :

Isi 1 : saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak yang terpuji–

mempamerkan sikap dan tingkah laku yang baik – disenangi rakan dan para guru

Page 12: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Isi 2 : menjadi pelajar yang mudah didekati – senang berkawan, cepat mesra, peramah

dan menghormati rakan – menjadi pelajar yang luhur budi bahasa serta patuh

kerpada perintah Tuhan

Isi 3 : mengamalkan prinsip dan identiti diri/jati diri – tidak mudah terikut-ikut dengan

perangai buruk rakan – tegas dan berani kerana benar

Isi 4 : belajar secara istiqamah – menjadi pelajar yang cemerlang akademik – ikhlas

membantu rakan untuk berjaya dalam akademik

Isi 5 : penglibatan dalam aktiviti kokurikulum – proses bergaul dengan rakan-rakan secara

sihat – menyumbang kejayaan kepada sekolah – mengangkat imej sekolah agar

tersohor di persada negara

Kesimpulan : Hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa ialah ungkapan peribahasa yang

mendorong seseorang itu agar beriltizam untuk menyumbangkan khidmat dan jasa. Budaya

penyayang seandainya dipupuk dan dibaja boleh memberi natijah kepada lahirnya masyarakat

yang bertanggungjawab dan prihatin. Oleh hal yang demikian, saya sangat teruja untuk

berada di tengah-tengah khalayak bagi menguar-uarkan idea yang baik ini agar terbentuk

juga masyarakat yang berbudaya, beretika serta penyayang. Sesungguhnya, inilah Malaysia

yang menjadi harapan kita menjelang dekad yang akan datang.

2. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolah . Tajuk pidato

anda ialah, “Ibu Bapa Pendorong Anak-anak Dalam Merealisasikan Budaya Membaca”.

Sediakan teks pidato itu selengkapnya.

Pendahuluan 1

Apabila kita menoleh semula kepada sejarah kemajuan manusia, perihal membaca

merupakan suatu wahana yang menjadi enjin utama untuk sesuatu bangsa itu maju. Dalam

sejarah Islam juga, permulaan madani bermula dengan membaca apabila Nabi Muhammad

SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira dengan asas membaca. Seterusnya membaca terus

menjadi nadi kejayaan Zaman Renaisance apabila banyak sumber bacaan dalam tamadun

Page 13: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Islam berpindah tangan kepada masyarakat Barat selepas berakhirnya Perang Salib. Revolusi

ciptaan mesin cetak yang bermula di Jerman telah membuka dimensi pembacaan sebagai

sangat penting yang menganjak manusia menemukan pelbagai ciptaan moden hasil

pembacaan. Oleh itu, tradisi warisan turun-temurun ini hendaklah diteruskan khususnya dalam

kalangan keluarga untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.

Pendahuluan 2

Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat mahupun

tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah amalan membaca

adalah merupakan suatu kewajipan. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi pelengkap

kepada sesuatu peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab untuk melahirkan umat yang

berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun demikian, saranan membaca

menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk

membaca. Sama ada di peringkat masyarakat umum hinggalah ke pusat-pusat pengajian,

amalan membaca gagal dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberi untuk

menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh itu,

sejajar dengan sesuatu kejayaan itu bermula dari rumah, nescaya keluarga haruslah

memainkan peranan aktif untuk memupuk semula amalan membaca.

Isi 1 : Ibu bapa perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai agenda wajib dalam rumah

tangga – membaca hendaklah menjadi amalan penting setaraf dengan keperluan

asasi yang lain seperti makan, minum, riadah dan semua aktiviti keluarga

Isi 2 : Ibu bapa hendaklah menunjukkan karisme sebagai golongan terpelajar dan berfikir –

mencetuskan idea-idea baru, bernas dan matang melalui pengalaman membaca –

melahirkan rasa bangga kepada anak-anak atas kebolehan ibu bapa

Isi 3 : Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membentuk tabiat membaca –

melengkapkan semua sudut di dalam rumah dengan prasarana membaca dan bahan-

bahan bacaan yang pelbagai bidang

Isi 4 : Cuba memahami watak dan kecenderungan anak-anak – menyediakan bahan bacaan

yang sesuai dengan minat mereka

Page 14: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Isi 5 : Mencuri peluang untuk menanamkan sikap suka berfikir secara intelektual –

pemikiran kelas pertama melalui kegiatan membaca – sesi sumbang saran dan

pendapat dalam kalangan ahli keluarga

Kesimpulan : Dalam semua kecenderungan dan kejayaan anak-anak, sudah pasti ibu bapa

adalah sebagai penjana utama. Walaupun tidak dinafikan aspek minat, kecerdasan dan bakat

menjadi penentu jalan hidup anak-anak, namun ibu bapa berperanan penting untuk

mewarnakan mereka dengan betul. Oleh itu, budaya membaca dalam keluarga akan menjadi

mangkin kepada kejayaan anak-anak dalam apa-apa bidang yang mereka minati.

3. Gagasan 1Malaysia antara lainnya bertujuan untuk mengeratkan perpapaduan kaum ke

arah melahirkan negara yang aman, stabil, makmur dan dihormati oleh orang lain.

Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak bagi mewujudkan dan

mengekalkan perpaduan di negeri ini.

Tanggal 3 April 2009, tarikh tersebut akan terus terlakar dalam sejarah negara apabila

Perdana Menteri Malaysia yang keenam dengan rasminya mengangkat sumpah sebagai

Perdana Menteri. Beliau ialah Dato Seri Mohamed Najib Tun Razak yang meneruskan legasi

kepimpinan ayahandanya Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Bukan sekadar itu sahaja, malah

tarikh tersebut telah menjadi mercu tanda baru satu lagi gagasan Malaysia moden

dilancarkan. Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kini menjadi

landasan penting untuk pemimpin dan rakyat Malaysia menentukan arah tuju kejayaan

Malaysia dalam pelbagai bidang menjelang hari-hari yang mendatang. Oleh hal yang demikian,

dalam merealisasikan matlamat keramat itu, para pemimpin dan rakyat Malaysia hendaklah

menyumbangkan peranan yang aktif mengikut kemampuan dan kedudukan masing-masing.

Tanggungjawab paling utama ialah para pemimpin hendaklah melaksanakan

tanggangungjawab yang telah diamanahkan demi kebaikan rakyat. Tanggungjawab merupakan

amanah yang amat penting untuk ditunaikan sejajar dengan sepotong Hadith Rasulullah yang

bermaksud, “Setiap daripada kamu mempunyai tanggungjawab dan setiap yang

dipertanggungjawabkan akan disoal ke atas diri mereka”. Inilah doktrin yang perlu dipegang

dengan kukuh oleh para pemimpin di setiap peringkat. Dalam hal ini, para pemimpin

hendaklah mempunyai komitmen yang tinggi agar janji dan manifesto ditunaikan dengan

sebaik mungkin. Imej seseorang pemimpin akan terserlah melalui kebijaksanaan mentadbir,

Page 15: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

pekerti yang mulia, adil lagi berpandangan jauh. Dalam konteks satu Malaysia, keadilan

hendaklah disamaratakan dalam kalangan semua kaum agar setiap juzuk kaum tidak terasa

diri mereka terpinggir daripada arus perdana. Sesungguhnya, dengan kebijaksanaan dan

keadilan pemimpin, rakyat akan bersatu padu dan menumpahkan taat setia yang tidak

berbelah bahagi kepada negara.

Kredibiliti seseorang pemimpin tidak mungkin terserlah andainya tidak

mendapat sokongan dan kerjasama daripada rakyat jelata. Dengan yang demikian, Imej

1Malaysia hendaklah dijelrnakan daripada kerjasama yang terjalin kukuh antara pemimpin dan

rakyat. Antara pemimpin dan rakyat bagaikan irama dan lagu, andai salah satunya pincang

nescaya musnahlah kedua-duanya. Oleh itu, amatlah wajar diwujudkan jalinan persefahaman

yang kukuh dan harmoni antara kedua-dua pihak. Sikap saling hormat dan saling

menyokong boleh menjadi jambatan yang memperkukuh hubungan. Sebagai pemimpin

serlahkan nilai kepemimpinan yang berwibawa agar sentiasa dikagumi rakyat. Manakala

sebagai rakyat berilah taat setia yang tidak berbelah bahagi kerana kedua-duanya

memerlukan kerjasama erat ibarat ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah

sama dilapah dan hati kuman sama dicecah.

Menjelang era milenium dan dalam perubahan arus perdana global, masyarakat

hendaklah memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang paling tuntas.

Rakyat seharusnya mempunyai kemahuan yang tinggi untuk meletakkan diri mereka sebagai

masyarakat kelas pertama. Mereka wajar berganjak dan bersedia keluar daripada pemikiran

jumud dalam kepompong katak di bawah tempurung. Kemampuan berfikir secara global dan

berfikir di luar kotak mampu menjanakan transformasi rakyat yang memiliki ciri-ciri

kebijaksanaan, produktif, dan gigih berdaya saing. Langkah strategik untuk mencapai

matlamat tersebut adalah dengan membangunkan pelbagai institusi pendidikan dan

kemahiran. Langkah terbaik seperti yang sedang berlaku kini adalah dengan wujudnya

kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta yang menyediakan pelbagai peluang pendidikan

yang bertaraf dunia. Seandainya inisiatif ini terus diperkasakan, nescaya gagasan 1Malaysia

pasti menjadi realiti.

Memetik kata-kata filosof agung Confucious, “Apalah guna kita tidur sebantal jikalau

mimpi berbeza-beza, lebih baik berlainan bantal namun mimpi kita masih sama”. Kata-kata

yang telah diucapkan sejak lebih 3000 tahun itu benar-benar memberikan impak kepada

negara berbilang kaum seperti Malayisia. Demi merealisasikan hasrat 1Malaysia, langkah paling

utama ialah masyarakat menjalinkan perpaduan yang sejati dalam kalangan rakyat pelbagai

kaum. Pemahaman konservatif yang menyatakan, perbezaan dalam aspek agama, budaya dan

ragam hidup menjadi perintang perpaduan perlulah diubah segera. Sepatutnya, perihal

kepelbagaian daripada pemajmukan itu hendaklah dijadikan aset untuk membentuk suatu

Page 16: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

negara bangsa yang unik. Sebagai rakyat Malaysia jauhilah fahaman perkauman yang masih

menebal, sebaliknya jadilah masyarakat yang berfikiran terbuka dengan mempertingkatkan

nilai hormat terhadap kepercayaan agama, adat resam, dan kaum. Insya-Allah, sekiranya nilai

taboo ini berjaya disingkirkan pastilah suatu fasa baru 1Malaysia, Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan boleh menjadi landasan baru rakyat Malaysia.

Atas rasa cinta kepada tanah air tercinta, seyogialah seluruh rakyat membuktikan

semangat patriotisme mereka. Keharmonian dan kesejahteraan negara perlulah diisi dengan

agenda pembangunan. Pembangunan yang meliputi aspek material dan spiritual harus berarak

serentak. Amatlah malang sekiranya, bumi bertuah yang sangat kaya dengan pelbagai

potensi ini tidak dimanfaatkan untuk kesejahteraan insan. Kita harus bersama-sama

berganding bahu untuk membangunkan dan mempelbagaikan potensi ekonomi negara. Oleh

itu, setiap warga dituntut untuk memaksimumkan daya usaha melalui cara berfikir, cara

bekerja, dan mematangkan kreativiti. Seluruh rakyat tidak perlu berfikir tentang siapakah

dirinya di bumi bertuah ini? Sebaliknya dalam suatu suara 1Malaysia mereka perlu bangkit

untuk memaksimumkan daya pengeluaran negara. Oleh itu, sudah tiba masanya kita menjadi

negara yang mengeksport produk dan kepakaran daripada sekian lama menjadi masyarakat

pengguna semata-mata.

Memetik lirik-lirik dalam lagu patriotik “Malaysia Berjaya” yang berbunyi “Dari Perlis

hinggalah ke Sabah, kita sudah berjaya” memaparkan betapa pentingnya kita bersatu dan

berusaha untuk membentuk sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Kini kejayaan

tersebut hendaklah direalisasikan oleh generasi baru Malaysia agar segala agenda yang telah

dirancang oleh pemimpin yang terdahulu dapat mengimpakkan manfaat yang berganda

kepada seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan harus diteruskan dengan pengisian dan keterlibatan menyeluruh oleh rakyat

Malaysia.

4. Masalah pencemaran dan isu kemusnahan alam sekitar semakin membimbangkan

masyarakat dunia akhir-akhir ini.

Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh negara-negara serantau bagi

mengatasi masalah ini.

Pendahuluan : Apabila memperkatakan negara serantau tentulah merujuk kepada kumpulan

negara-negara yang berada dalam sesuatu wilayah yang mendominasi suatu ekosistem dan

perairan yang sama. Pada mutakhir ini, boleh dikatakan setiap rantau di dunia mengalami

Page 17: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

masalah pencemaran dan kemusnahan alam sekitar yang sangat serius. Keadaan yang sama

tidak terkecuali bagi rantau ASEAN yang Malaysia ialah satu daripada entitinya. Justeru,

perihal alam sekitar sudah menjadi masalah global terutama dalam anasir perubahan cuaca

yang tidak menentu seperti ribut taufan, banjir kilat fenomena El Nino dan kemarau panjang.

Sekalipun fenomena alam yang terjadi secara azali mungkin tidak dapat disekat oleh kuasa

tangan manusia, namun perbuatan mencemar dan memusnahkan sumber alam adalah menjadi

suatu dosa yang patut disedari oleh semua pihak. Oleh itu, ancaman fenomena seperti itu

perlu ditangani secara kolektif oleh negara-negara serantau.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Adakan muafakat serantau tentang tahap penerokaan alam yang seimbang dalam

kalangan semua negara – sebagai rasa tanggungjawab menjaga kelesteraian alam sekitar –

setiap negara perlu peka terhadap keperluan alam semula jadi yang diseimbangkan dengan

pembangunan.

Isi 2 : Mewujudkan undang-undang pengawalan alam sekitar yang seragam bagi semua

negara – atas dasar alam sekitar bersifat universal dan hanya dibezakan oleh kuasa

pentadbiran politik sahaja

Isi 3 : Mewujudkan komitmen bersama terhadap sebarang ancaman daripada fenomena alam

sekitar - negara lain tidak boleh berlepas tangan terhadap kerosakan alam sekitar negara

mereka hingga mengancam negara lain (kes jerebu di Indonesia)

Isi 4 : Mewujudkan dana tetap antara negara untuk membasmi/menangani pencemaran alam

sekitar – suatu dasar muafakat untuk menyelamatkan perairan dan udara serantau

Isi 5 : Menjalinkan kerjasama kepakaran antara negara untuk menggembleng usaha

menangani gejala alam sekitar – persidangan/tindakan bersama apabila berlaku sesuatu

ancaman fenomena alam – menyalurkan maklumat antara negara dan menjalankan usaha

bersepadu

Kesimpulan : Alam sekitar ialah anugerah Allah kepada umat manusia yang amat tidak

ternilai harganya. Alam sekitar juga sebagai warisan kepada generasi hadapan yang layak

hidup dalam persikataran yang sihat dan lestari. Sebarang tindakan yang boleh mencemarkan

Page 18: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

alam sekitar hendaklah ditangani dengan penuh beijak sana, bertoleransi dan

profesional. Sesungguhnya alam tidak pernah melakukan apa-apa dosa terhadap

kesejahteraan hidup manusia, sebaliknya manusialah yang sentiasa mungkir terhadap

komitmen saling memerlukan antara alam dan manusia.

KELANTAN

1. Murid hari ini diharap menjadi remaja berwawasan untuk kemajuan negara.

Jelaskan ciri-ciri yang perlu anda miliki untuk menjadi remaja berwawasan.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang kerjayanya

sebagai pemimpin utama negara telah mencetuskan pelbagai idea yang pragmatik. Idea-idea

seperti Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penswastaan dan Persyarikatan Malaysia, Slogan

Bersih, Cekap, dan Amanah dan yang paling menarik ialah Wawasan 2020 (WW 2020). Kini,

WW 2020 telah diadikan garis panduan dan hala tuju untuk kerajaan dan rakyat Malaysia

menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, segala dasar yang

dibentangkan bukan sekadar muluk dalam kata-kata sahaja, tetapi hendaklah direalisasikan

dengan kegigihan dan strategi yang betul dan tepat. Insya-Allah, matlamat dan wawasan

tersebut akan menjadi kenyataan, justeru inilah jaminan saya untuk hasrat murni negara itu

tercapai. Dengan hal yang demikian, sebagai remaja pencetus inovasi madani, saya perlulah

memperlengkap diri sebagai remaja trampil demi menggalas amanah negara yang cukup

mencabar itu.

2. Ibu bapa, kaunselor dan pihak berwajib memainkan peranan yang penting dalam

menangani masalah remaja.

Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

3. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia mengadakan majlis rumah terbuka setiap kali

menyambut perayaan kerana amalan ini mendatangkan pelbagai manfaat.

Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.

Page 19: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Isi-isi penting :

Isi 1 : Membuktikan Malaysia sebuah negara yang memiliki pelbagai budaya, adat resam

dan upacara sambutan yang boleh dilakukan secara besar-besaran – lambang

kepada keunikan dan kepelbagaian rakyat Malaysia pelbagai kaum

Isi 2 : Sebagai produk pelancongan dan imej yang unik negera Malaysia – sukar ditemui di

mana-mana negara di dunia

Isi 3 : Melahirkan sikap rakyat yang sentiasa bersyukur – mengadakan majlis dan keraian

untuk rakan taulan dan tetamu pelbagai kaum

Isi 4 : Membina jambatan perpaduan masyarakat – mengeratkan hubungan – saling ziarah

dan menghargai kehidupan yang aman dan toleran

Isi 5 : Menzahirkan warna-warni budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai – keindahan

alam semula jadi yang turut diserikan dengan pelbagai corak kehidupan rakyat yang

harmoni.

4. Mutakhir bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan ribut taufan telah melanda

beberapa buah negara di dunia. Kerjasama sejagat amat diperlukan bagi membantu

negara-negara terlibat.

Sarankan bentuk sumbangan yang boleh dihulurkan untuk membantu negara yang

dilanda bencana alam seperti itu.

Malapetaka alam sering menarik simpati warga dunia. Malaysia turut tidak ketinggalan

menghulurkan pelbagai bantuan kepada mangsa yang ditimpa malapetaka di seluruh

dunia.

Bincangkan sumbangan Malaysia terhadap mangsa-mangsa malapetaka alam.

Nasib malang dan ajal maut tiada sesiapapun yang mampu menduganya. Geruh tidak

berbunyi, malang tidak berbau menggambarkan betapa setiap malapetaka yang berlaku tidak

pernah dijangkakan. Semuanya sudah ditakdirkan oleh Tuhan yang berkuasa dan berlaku

secara natural. Fenomena alam seperti perubahan suhu, pergerakan tektonik, dan ombak laut

Page 20: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

amat sukar dijangkakan walaupun dengan bantuan sistem teknologi canggih. Segala-galanya

berlaku dengan begitu pantas. Mangsa yang terlibat langsung tidak berpeluang untuk

menyelamatkan diri. Menurut pakar-pakar fenomena alam, abad ke-21 merupakan tempoh

matang terhadap perubahan sistem alam yang berlaku dalam tempoh 2000 tahun. Dengan

hal yang demikian, malapetaka alam berkemungkinan berlaku pada bila-bila masa dan di

mana-mana tempat jua. Memandangkan kita tidak mempunyai kudrat untuk menghalang

tragedi besar malapetaka alam, kita hanya boleh menghulurkan bantuan kepada mangsa yang

dilanda pelbagai malapetaka.

Dalam mendepani episod sedih daripada pelbagai kejadian, Malaysia tidak ketinggalan

menghulurkan pelbagai sumbangan. Simpati Malaysia itu dilakukan atas dasar

perikemanusiaan. Pemimpin dan rakyat Malaysia sentiasa insaf, jikalau hari ini kita bebas

daripada malapetaka, namun esok atau lusa bencana mungkin menimpa. Kita mengambil

pendekatan sedikit tanda ingat, banyak tanda ada untuk membantu mereka yang dilanda

musibah. Langkah tersebut diambil juga atas dasar setia kawan dan jalinan mesra antara

pemimpin yang sentiasa dirintis oleh Malaysia.

Penglibatan Malaysia dalam menangani kemelut kemanusiaan itu termasuklah

menghantar pasukan mencari dan menyelamat mangsa. Pasukan yang terdiri daripada

Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk

turut sama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. Pasukan tersebut pernah

dihantar membantu dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Indonesia, dan tragedi Taufan

Durian dan yang terkini Taufan Hayyan di Filipina. Selain itu, pasukan bomba dihantar juga

dalam kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran di Sumatera dan kepulauan Riau

di Indonesia.

Pasukan perubatan yang diketuai oleh Mercy Malaysia tidak ketinggalan menyalurkan

khidmat merawat mangsa. Selain merawat mereka juga memberikan khidmat kaunseling

kepada mangsa yang mengalami trauma. Kini Mercy Malaysia yang dipimpin oleh Dato Dr

Jamilah semakin mendapat tempat di hati masyarakat setempat kerana perkhidmatan

cemerlang mereka. Ketika mengadakan operasi menyelamat mangsa dalam tragedi gempa

bumi di Pakistan, Mercy Malaysia telah menerima pujian hasil kepakaran dan disiplin yang

tinggi para pengamal perubatan dari Malaysia. Selain khidmat sosial yang berkualiti, pasukan

tersebut telah menjadi duta kebajikan untuk menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak sempat dan tidak berkemampuan untuk

sampai ke tempat tragedi, huluran simpati tidak pernah berhenti. Pelbagai usaha dijalankan

seperti mewujudkan tabung derma mangsa bencana alam. Oleh itu, setiap agensi dan

organisasi telah mengambil iniisiatif mengumpul derma dalam bentuk wang ringgit. Agensi-

agensi terkemuka sama ada media cetak atau media elektronik telah membuka akaun khas

Page 21: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

di bank-bank tempatan bagi membolehkan orang ramai menderma kepada mangsa

tragedi. Bukan sekadar usaha tersebut, terdapat juga orang perseorangan atau organisasi

bukan kerajaan yang sanggup mengumpul pakaian baru dan terpakai untuk dihantar ke

lokasi dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia. Semua usaha tersebut terhasil daripada

penghayatan nilai murni dan falsafah kemanusiaan yang sentiasa dianuti oleh rakyat Malaysia.

Di pihak kerajaan, bantuan pascabencana terus dihulurkan. Antara bantuan yang

diberikan seperti sumbangan modal dan kepakaran untuk membangunkan semula kawasan

yang telah tejejas teruk. Sebagai negara berjiran yang dapat merasakan rintihan dan suara

hati saudara serantau, Malaysia telah membantu kerajaan Indonesia dalam usaha

membangunkan semula sistem pendidikan di wilayah Acheh dan Jogjakarta di Indonesia yang

terjejas teruk dalam peristiwa gempa bumi dan Tsunami. Dengan sokongan yang diberikan itu

telah dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa. Anak-anak

dapat meneruskan semula pelajaran, sementara hidup baru dapat dimulakan sedikit demi

sedikit.

Kini malapetaka sudah berlalu dan kemungkinan peristiwa-peristiwa ngeri itu bakal

berulang tiada sesiapapun yang dapat menduga. Walau bagaimanapun, atas sifat

perikemanusiaan, rakyat Malaysia tetap berazam untuk terus membantu mangsa selagi

terdaya. Segala bantuan yang telah dihulurkan terbit daripada perasaan yang ikhlas demi

kesejahteraan dunia sejagat.

MPSM KUANTAN, PAHANG

1. Sambutan Hari Ibu diadakan pada setiap tahun demi menghargai jasa dan pengorbanan

mereka.

Sebagai anak yang penyayang, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan untuk

menzahirkan rasa kasih sayang tersebut.

Setiap anak menjadi permata hati dan harapan kepada ibu bapa.

Bincangkan sikap yang patut diamalkan oleh anak-anak agar hasrat tersebut menjadi

kenyataan.

Tanggal ..... haribulan ...... tahun 1995 (*masukkan tarikh lahir anda sendiri) dengan

izin Allah SWT, lahirlah seorang insan di mayapada ini. Kelahiran yang memberikan sinar dan

Page 22: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

cahaya kepada kedua-dua ibu dan ayah. Doa dan harapan yang tidak putus-putus ditadahkan

ke petala langit memohon restu dan makbul Allah SWT supaya anak tersebut menjadi cahaya

mata, buah hati pengarang jantung. Demikianlah suatu hakikat yang sering melingkari

kehidupan insan supaya anak-anak yang lahir ke dunia ini menjadi permata hati yang

membahagiakan kehidupan ibu dan ayah. Alangkah bahagianya kedua-dua insan mulia

tersebut sekiranya anak yang bertuah itu benar-benar menuruti acuan yang telah disepoh dan

dicanai sejak awal. Dengan hal demikian, betapa besar harapan ibu bapa, seyogia besar

lagilah azam anak-anak untuk menzahirkan impian tersebut menjadi kenyataan.

Setiap anak hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya telah melahirkan kita ke dunia ini. Sementelahan itu berterima kasihlah kepada

kedua-dua ibu bapa yang telah bersusah payah melahirkan kita. Langkah yang terpenting

ialah anak-anak hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar memberi barakah kesihatan

dan kesejahteraan kepada ibu bapa. Sementara itu, anak-anak juga perlu membentuk jati diri

mereka agar mudah berjinak-jinak dengan amalan yang diredai. Binalah kekuatan peribadi

sebagai insan yang mulia di dunia dan memperoleh ganjaran pahala. Tiada yang lebih

berguna selepas ibu bapa pergi melainkan menadah harapan agar anak-anak mengirimi

mereka doa seperti dalam Hadith Rasulullah yang bermaksud, “Apabila mati seseorang anak

Adam itu, maka terputuslah segala amal baik dan buruknya, melainkan tiga yang masih

ditinggalkan iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfat, dan anak-anak yang soleh yang

sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa”.

Kalangan bijaksana pernah menukilkan, “Budi pekerti pakaian peribadi, akal fikiran

pakaian insani”. Keluhuran budi dan kebijaksanaan insani merupakan modal besar untuk

seseorang itu berjaya dalam kerjaya dan dipandang mulia oleh masyarakat. Oleh itu, jadilah

anak-anak yang hebat di tengah-tengah masyarakat dengan pancaran budi bahasa yang

terserlah serta minda yang kreatif dan inovatif. Belakangan ini, pelbagai kecelaruan dalam

masyarakat tercetus akibat kemuflisan pekerti anak-anak remaja. Akhirnya, sikap keji tersebut

membawa kesengsaraan kepada ibu bapa. Ibu bapa terpaksa menelan malu akibat anak-anak

yang bankrup akhlak. Pelbagai angkara songsang seperti pergaulan bebas, berzina, menipu

dan seribu satu angkara lagi seyogia dijauhi jikalau ada perasaan sayang terhadap ibu bapa.

Anak yang baik sentiasa beriltizam untuk mengubah kehidupan ibu bapa agar menjadi

lebih baik. Oleh yang demikian, berusahalah dengan gigih demi jaminan hidup yang lebih

sempurna. Dunia yang diwarnai dengan pelbagai budaya ilmu harus dikuasai dengan

membudayakan ilmu dalam kehidupan. Amatlah jengkel seseorang yang tidak berilmu apabila

berada di tengah-tengah masyarakat. Sejajar dengan perkembangan teknologi, tuntutlah ilmu

setinggi yang mungkin dan lengkapi diri dengan pelbagai kemahiran. Kedua-dua pakej

tersebut menjadi jaminan untuk bersaing dalam pasaran global. Sesungguhnya, ilmulah yang

Page 23: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

dapat membezakan antara yang dungu dan yang cemerlang. Sesuai dengan wasiat Rasulullah

SAW dalam Hadith baginda tentang kepentingan menuntut ilmu yang bermaksud, “Tuntutlah

ilmu walau sampai ke negara Cina sekalipun”, membuktikan bahawa ilmulah yang menjadi

jaminan untuk hidup bahagia.

Ikram dan kasih sayang menjadi penambat hati ibu bapa terhadap anak-anak. Tamsil

orang tua-tua, ketika telapak kaki sebesar dua jari, anak-anak sudah ditimang bagai

menatang minyak yang penuh. Malang sekali apabila anak-anak sudah meningkat dewasa ada

yang tergamak memutuskan hubungan dengan ibu bapa. Sebenarnya, celakalah anak-anak

yang seumpama ini. Anak-anak seperti ini tidak akan bahagia di dunia malah di akhirat

akan menerima bala daripada sifat sombong tersebut. Selagi kudrat, ibu bapa tidak akan

menagih apa-apa kepada anak-anak melainkan berharap kepada sifat mawaddah anak-anak

sahaja. Patuhilah seperti Firman Allah dalam Surah Israk, ayat 23 yang bermaksud, “Dan

Tuhanmu memerintahkan kamu agar jangan menyembah selain-Nya. dan hendaklah berbuat

baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika salah seorang atau kedua-duanya telah lanjut usia

dalam peliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu meninggikan suara walaupun dengan

perkataan, oh!”. Oleh yang demikian, sebaik-baik anak ialah mereka yang tidak pernah

memutuskan hubungan silaturahim dengan ibu bapa.

Hidup ini sandar-menyandar ibarat aur dengan tebing. Sebagai anak yang baik,

jalinkan kehidupan dengan rangkaian sahabat handai dan rakan taulan. Hidup menjadi

harmoni dalam masyarakat yang saling menghormati antara satu dengan yang lain. Jiran

tetangga umpama keluarga sendiri kerana segala mudarat dan musibah jiranlah yang lebih

dahulu mendatangi kita. Rakan taulan dan jiran ibu bapa hendaklah dihormati, dengan yang

tua dijunjung taat manakala yang muda bergaullah secara berhemat. Tingkah laku yang baik

akan menyerlahkan imej sebenar ibu bapa kerana kenal batang pada daunnya. Sesungguhnya,

inilah imej anak-anak yang menjadi permata hati dan harapan kepada ibu bapa.

Akhir kata, jadilah sebaik-baik anak yang boleh membahagiakan ibu bapa sejadi

mereka di dunia mahu pun sesudah mati. Jauhi diri daripada terjebak dengan perkara-

perkara mungkar yang boleh mencontengi ibu bapa dengan arang. Sebenarnya, inilah imej

anak-anak yang didambakan oleh ibu bapa lebih-lebih lagi ketika menjelang usia emas

mereka. Ingatlah bahawa, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Bersempena dengan hari ibu, anda telah dijemput mewakili generasi remaja bagi

menyampaikan ucapan bersempena dengan hari Anugerah Ibu Cemerlang.

Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.

Page 24: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Yang saya hormati, Puan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Ketua Pengarah Jabatan

Pembangunan Wanita dan Masyarakat Malaysia, Yang Berbahagia Pengarah Pusat Komuniti

Malaysia Zon Utara, Yang Mulia guru-guru dan seterusnya raka-rakan pelajar yang dikasihi

sekalian.

Hadirin sekalian,

Pada pagi yang mulia ini saya mengambil kesempatan istimewa ini untuk mengucapkan

terima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang telah memilih saya untuk melafazkan

sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna kepada golongan Hawa. Tahniah untuk

seluruh wanita yang bergelar ibu kerana telah diberi penghargaan khas pada hari yang

istimewa yang dinamakan „Hari Ibu‟. Semoga pemilihan hari ini menjadi lakaran sejarah

untuk semua pihak merenung sejenak akan sumbangan besar yang telah diberikan oleh para

ibu. Oleh itu, pada kesempatan ini saya mengucapkan, „Selamat hari Ibu‟.

Hari istimewa ini sudah sewajarnya diadakan bagi mengembalikan ingatan tentang

pengorbanan besar seseorang wanita yang bergelar ibu. Ibu yang juga sebagai pengemudi

rumah tangga merupakan nukleus kepada perkembangan tamadun manusia. Ibu juga sebagai

penyeri dan penghias rumah tangga. Sesuai dengan sifat mereka yang lemah lembut, teliti,

penyabar, dan sensitif kehadiran seorang wanita yang bergelar ibu mampu membahagiakan

sesebuah rumah tangga. Seseorang bayi akan berasa selamat apabila berada dalam pangkuan

ibu. Anak-anak akan berasa tenteram dan riang apabila berada di samping ibu. Manakala

suami pula berasa dirinya terjaga apabila berada di sisi isteri yang tersayang. Demikianlah

hebatnya seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu , bak kata peribahasa tangan yang

menghayun buaian itu memerintah dunia.

Dalam menegakkan sebuah institusi masyarakat yang dinamik, peranan keluarga

amatlah penting. Apabila dikaitkan dengan keluarga, justeru ibulah insan yang menjadi

penentu hala tuju mendidik dan menguruskan rumah tangga agar anak-anak membesar

dengan sempurna. Dalam masyarakat tradisi, ibu menjadi penunggu setia di dalam rumah,

sementara si suami keluar mencari rezeki. Kegagalan ibu melaksanakan tanggungjawab

menjaga anak-anak nescaya pincanglah keluarga tersebut. Kepincangan dalam keluarga pasti

membawa musibah besar terhadap masyarakat dan negara. Atas sokongan padu isteri,

biasanya suami dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Tanpa isteri

sebagai sumber inspirasi seseorang suami menghadapi pelbagai kesulitan untuk melaksanakan

tanggungjawab mencari rezeki apabila dalam masa yang sama terpaksa melihat kebajikan

anak-anak. Kejayaan sesebuah rumah tangga sama ada dalam aspek ekonomi dan pendidikan

anak-anak mesti terjana daripada gemblengan sinergi suami dan isteri. Dengan komitmen

Page 25: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

kuat itulah, para cendekiawan pernah menyatakan “Kejayaan seseorang lelaki itu berdiri di

belakangnya seorang wanita”.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dalam dunia serba moden ini segala fungsi manusia mula mengalami proses mobiliti.

Mobilasasi tersebut seperti wanita turut bersama-sama suami keluar mencari rezeki. Hal

tersebut adalah kerana wanita hari ini memiliki ilmu pengetahuan dan lebih berdaya saing

dengan kehendak semasa. Ramai wanita yang berjaya menjadi profesional seperti guru,

doktor, jurutera, akauntan, dan peniaga. Situasi ini membangkitkan cabaran yang lebih besar

terhadap para ibu untuk menyeimbangkan tanggungjawab mereka antara keluarga dan

kerjaya. Namun demikian, atas kecekalan hati mereka, ramai wanita yang berjaya dalam

kedua-dua fungsi iaitu menjadi ibu yang baik dan menjadi pekerja yang profesional. Ramai

wanita profesional yang telah bergelar ibu dapat menguruskan rumah tangga dengan baik

dan melahirkan anak-anak yang pintar untuk meneruskan tradisi kecemerlangan keluarga.

Atas prihatin kerajaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat

telah diwujudkan. Fungsi kementerian yang diterajui oleh Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil itu

adalah sebagai induk yang menjaga hal ehwal kebajikan wanita dan keluarga. Selain itu,

kementerian tersebut menjadi ikon kepada kejayaan kaum wanita apabila semua kegiatan

wanita telah diselaraskan agar peranannya lebih menyeluruh. Langkah mewujudkan

kementerian tersebut juga sebagai pengiktirafan besar kerajaan terhadap komitmern tinggi

gender tersebut dalam masyarakat.

Rakan-rakan sekalian,

Kita yakin, selagi wujud bulan dan matahari, tradisi dan kehendak asasi manusia tidak

akan berubah. Keinginan kepada jantina yang berbeza dan keinginan untuk membentuk

sebuah keluarga yang bahagia akan terus menjadi fokus masyarkat. Walaupun dunia berubah

dalam pelbagai bentuk atas permintaan dan aspirasi manusia, fungsi lelaki dan wannita

sebagai suami dan isteri tetap tidak berubah. Oleh hal yang demikian, sanjungilah peranan

ibu anda kerana komitmennya terhadap masa depan anda. Hormatilah wanita sebagai

penggerak tamadun bangsa. Selamat Hari Ibu

Sekian terima kasih.

Page 26: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

2. Kemalangan jalan raya masih menunjukkan statistik yang membimbangkan. Selaku

pegawai di Jabatan Pengangkutan Jalan, anda diminta menyampaikan sebuah ceramah

kepada golongan belia di tempat anda anda. Tajuk ceramah tersebut ialah,

“Kemalangan Jalan raya Berpunca Daripada Sikap Pemandu Itu Sendiri”.

Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

3. Dalam usaha meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di seluruh negara,

aspek keselamatan murid sekolah diutamakan melalui pelaksanaan Program Sekolah

Selamat.

Pada pendapat anda, nyatakan kebaikan-kebaikan pelaksanaan program tersebut.

4. Dalam usaha memburu kemewahan hidup, segelintir remaja didapati terjebak dalam

kegiatan keldai dadah di peringkat antarabangsa.

Pada pendapat anda, mengapakah fenomena tersebut berlaku?

„Keldai dadah‟, suatu frasa yang menggambarkan tahap kebodohan berdarjah tinggi

manakala dadah ialah najis yang amat kotor dan membinasakan. Alangkah hinanya barang

siapa yang terlibat dengan pekerjaan tersebut kerana kebodohan diri yang boleh

memerangkap sehingga membawa kepada kemusnahan. Walau bagaimanapun, fenomena

tersebut bukan lagi asing di negara seperti Malaysia. Hingga kini sudah ratusan anak muda

yang telah memasuki perangkap sebagai keldai dadah yang telah diformasikan oleh rangkaian

penyeludup dadah antarabangsa yang berpangkalan di Asia, Afrika dan Eropah Timur. Bukan

sedikit pula dalam kalangan mereka yang sedang meringkuk di dalam penjara di beberapa

buah negara seperti di China, Amerika Latin dan di beberapa buah negara Eropah. Inilah

suatu musibah daripada tempelak peribahasa, niat di hati nak peluk gunung, malang terpeluk

biawak celaka. Sesungguhnya, banyak sekali umpan sama ada dalam bentuk material

mahupun keinginan nafsu yang memerangkap anak-anak muda untuk dijadikan keldai dadah.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Sifat darah muda yang mudah terpengaruh untuk mencuba sesuatu yang baru –

tawaran pendapatan yang lumayan dan dapat melancong ke luar negara

Page 27: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Isi 2 : Kejahilan untuk menilai benar atau salah sesuatu tawaran – mudah termakan janji

manis

Isi 3 : Keterujaan/obses remaja malah ibu bapa supaya anak-anak dapat bekerja di luar

negara – menerima tawaran daripada sindiket tanpa banyak soal – masuk

perangkap sindiket untuk dijadikan keldai dadah

Isi 4 : Dasar pelancongan negara yang sangat berhemah kepada pelancong asing – ejen-

ejen pengedar dadah mudah bolos – mudah berkomunikasi dan merekrut anak-anak

muda tempatan untuk menjadi perantara mengedar dadah dalam rangkaian

antarabangsa

Isi 5 : Kedudukan Malaysia sendiri yang menjadi pintu masuk bekalan dadah

antarabangsa – peluang untuk memperoleh bekalan dadah – urusan pengedaran

dapat dilakukan dengan cepat

Isi 6 : Kebanyakan anak muda negara yang jahil tentang undang pengawalan dan

pencegahan dadah di luar negara – kawalan ketat di pintu masuk di lapangan

terbang – mudah mengambil risiko untuk membawa dadah apabila mendapat

tawaran yang lumayan

5. Membaca karya-karya sastera boleh membentuk jati diri seseorang.

Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh daripada pembacaan karya-karya tersebut.

Karya kreatif merupakan cetusan idea yang bersandarkan minda yang kreatif dan tajam serta

diasosiasikan dengan emosi yang sentimental. Wadah yang ingin disampaikan adalah

berdasarkan kepekaan terhadap segala isu dan konflik dalam kehidupan. Gabungan antara

minda dan emosi itu diketengahkan kepada masyarakat pembaca melalui medium bahasa

yang indah, berseni dan tinggi kreativitinya. Oleh hal yang demikian, karya-karya kreatif

berupaya menggerakkan daya berfikir pembaca melalui pemikiran yang kritis dan analitikal.

Berbeza daripada sumber-sumber maklumat deskriptif, genre sastera memuatkan pelbagai

sumber seperti persoalan, gaya bahasa, teknik penyampaian, dan nilai-nilai estetika yang

Page 28: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

tinggi. Oleh itu, tidak syak lagi kita bakal memperoleh pelbagai faedah apabila mengkaji

pelbagai genre sastera.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Dapat menyelami daya berfikir orang-orang yang bijaksana - menggali segala

khazanah ilmu melalui perkongsian pemikiran kreatif - mengenali gaya berfikir dan

cetusan ilmu yang diketengahkan melalui isu, persoalan, dan tema yang digarapkan -

mewujudkan interaksi tidak langsung dengan para ilmuwan, seniman, dan budayawan

Isi 2 : Memperoleh idea-idea dan pemikiran besar melalui tema dan persoalan yang telah

digarapkan - menggerakkan minda untuk berfikir berdasarkan gagasan idea penulis -

berfikir secara realistik dan pragmatik melalui buah fikiran dan persoalan yang

dikemukakan - menjana minda agar mampu menjadi insan bijaksana melalui

perkongsian dan percambahan idea yang kreatif dan inovatif

Isi 3 : Menggali khazanah budaya dan cara berfikir masyarakat - penerapan melalui latar

tempat dan latar masyarakat - secara tidak langsung dapat meninjau tentang

sesuatu lokasi walaupun tidak pernah menjejakkan kaki - mendalami corak hidup,

corak pemikiran, dan pelbagai aktiviti sosioekonomi

Isi 4 : Memperkaya perbendaharaan ilmu dan kosa kata - teks kreatif memang kaya

dengan variasi bahasa - mempelajari pelbagai bentuk bahasa - menikmati

pengucapan seni yang indah seperti dalam pengucapan falsafah, bahasa tinggi, puisi,

bidalan, dan peribahasa

Isi 5 : Menganjak paradigma minda, sikap, dan gaya bertindak - penerapan unsur nilai

yang amat kaya dalam setiap karya kreatif - menajamkan minda melalui

penghayatan dan berfikir secara hikmah daripada pelbagai konflik dan episod yang

dipaparkan - mendidik diri untuk lebih positif berpandukan amanat yang

disampaikan sama ada secara langsung atau tidak langsung

Kesimpulan : Sesungguhnya, ilmu itu luas bak lautan yang tidak bertepian seperti yang

diungkapkan dalam serangkap syair,

Ilmu alat yang sangat berguna

Idaman orang yang bijaksana

Hamparnya luas amat saujana

Page 29: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Tepinya ajal sempadannya fana

Apabila mengkaji sesebuah karya kreatif sudah pasti pelbagai limpahan ilmu yang bakal

diperoleh. Yakinlah bahawa, dengan mengkaji genre sastera adalah amat menguntungkan

selain sangat menghiburkan.

SOALAN-SOALAN TAMBAHAN – TERMASUK DARIPADA PPD SABAK BERNAM

DIMENSI DIRI

Belakangan ini jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun H.S.

Lee, dan Tun Sambanthan semakin dilupakan.

Bincangkan cara-cara anda menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.

PERHATIAN : (Soalan ini pada asasnya hampir sama dengan soalan Bahagian A SPM 2012)

Pendahuluan : Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang dan

manusia mati meninggalkan nama ialah peribahasa yang merujuk kepada sumbangan

seseorang itu akan terus diingati walaupun dia sudah tiada lagi. Sumbangan dan jasa bakti

akan tetap menjadi kenangan terutama sekali jasa yang ditaburkan kepada negara. Tokoh-

tokoh seperti negarawan yang telah banyak menaburkan jasa kepada masyarakat dan negara

adalah wajar sekali nama mereka disanjung dan terus kekal terpahat dalam tinta sejarah.

Justeru, jasa tokoh-tokoh terkemuka seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Za‟aba,

Tun H S Lee, Tun Sambantan dan ramai lagi wajar diberi penghormatan atas jasa yang telah

mereka sumbangkan. Oleh itu, sebagai generasi muda yang dapat menghirup udara keamanan

dan kesejahteraan, saya akan terus mengingati jasa mereka dengan pelbagai cara yang boleh

dilakukan.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Saya hendaklah menanamkan perasaan bangga lagi bermaruah menjadi rakyat

Malaysia – dapat menyuntik perasaan sayang dan menghargai perjuangan tokoh-

tokoh terdahulu

Isi 2 : Saya hendaklah menjadi anak muda yang bersifat patriotik yang sentiasa memahami

dan menghayati sejarah negara – sentiasa menyimpan perasaan bangga dan

Page 30: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

berterima kasih kepada tokoh-tokoh yang telah bersusah payah memerdekakan dan

memajukan negara

Isi 3 : Menjadikan tokoh-tokoh sebagai idola sanjungan saya – berasa bangga, teruja dan

terhutang budi atas kebijaksanaan, hemah peribadi dan keberanian mereka

memperjuangkan keamanan negara – menyimpan cita-cita untuk menuruti tauladan

mereka

Isi 4 : Mengambil bahagian yang aktif dalam koakademik yang berkaitan dengan sejarah,

tamadun dan budaya – menyertai pertandingan seperti kuiz, melukis poster,

mengarang dan mengadakan sambutan ulang tahun mengingati jasa mereka yang

telah pergi

Isi 5 : Mencadangkan kepada semua pihak agar mengabadikan nama tokoh-tokoh negara

pada setiap tempat penting – sebagai suatu langkah untuk menghidupkan

perjuangan mereka – mendidik masyarakat muda mengenali secara lebih dekat diri

dan sumbangan mereka

Kesimpulan : Kata-kata hikmat yang menyebutkan, tiada yang dahulu tiada yang sekarang

dan tiada yang lama maka tiadalah yang baharu menunjukkan bahawa hubung kait antara

yang lama dan yang baru sentiasa saling memerlukan. Seandainya, generasi terdahulu sebagai

pelakar sejarah, nescaya generasi kini perlulah meneladani sejarah dan bijak pula

menghargainya. Apa-apa yang telah dilakarkan oleh mereka hendaklah dijadikan wasilah

untuk membentuk sebuah masyarakat madani. Mana-mana yang salah jadikanlah panduan

untuk membuka lembaran sejarah yang baru, kerana yang baik jadikan tauladan, manakala

yang buruk jadikan sempadan.

Penguasaan pelbagai bahasa penting dalam kehidupan seseorang.

Bincangkan kepentingan menguasai pelbagai bahasa dalam kehidupan remaja kini.

Pendahuluan : Mafhum daripada sepotong ayat al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya

aku jadikan manusia dalam berbagai-bagai bangsa dan bahasa agar mereka saling berkenal-

kenalan dan bertolong bantu. Perbezaan bangsa dan bahasa bukanlah alasan untuk

memisahkan antara manusia. Sepatutnya manusia memanfaatkan peluang untuk mendalami

ilmu dengan menguasai pelbagai bahasa. Pelbagai bahasa wujud di dunia ini seperti bahasa

Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Mandarin, bahasa Jepun, bahasa

Korea dan bahasa-bahasa yang berasaskan etnik wujud di seantero pelosok alam. Dengan hal

yang demikian, amatlah wajar rakyat Malaysia menyambut baik gesaan kerajaan untuk

mempelajari pelbagai bahasa.

Page 31: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Isi 1 : Bahasa merupakan unsur yang global dan universal

- untuk melihat kebesaran Yang Maha Pencipta – (Maksud ayat al-Quran, “Aku

jadikan manusia daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku-suku dengan

pelbagai bahasa agar mereka dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain)

- membentuk umat yang sentiasa bersyukur

- pandai menghormati hak dan kedaulatan manusia sejagat

Isi 2 : Sebagai medium mencari dan menggali khazanah ilmu yang dimiliki oleh pelbagai

bangsa

- setiap bangsa memiliki keistimewaan tersendiri (bangsa Eropah dengan kemajuan

teknologi, bangsa Cina dengan tamadun perubatan herba/tradisional, bangsa

Jepun dengan kecanggihan ilmu dan teknologi dan bangsa Arab dengan

pembinaan budaya, kesenian, seni bina dan falsafah.

- sebagai medium untuk memudahkan kita mencari ilmu tanpa memerlukan

medium perterjemahan yang panjang/lama

Isi 3 : Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga dunia

- mengeratkan hubungan diplomatik antara negara

- mengelak salah faham dan wujud hubungan saling menghormati

- dapat bertukar-tukar ilmu, teknologi, kebudayaan dan falsafah

Isi 4 : Mudah untuk berhijrah dan berkomunikasi dengan seluruh bangsa di dunia

- dapat meneroka alam sejagat yang wujud di seluruh dunia

- memperoleh ramai rakan dan kenalan di seluruh dunia

- medium terbaik dalam usaha menuntut ilmu dan mengenali budaya masyarakat

global

Isi 5 : Strategi keselamatan

- dapat mencungkil maklumat rahsia dan niat jahat orang lain terhadap diri kita

- langkah awal untuk pertahanan diri daripada sebarang anasir yang tidak baik

- memperkemas logistik pertahanan negara dalam bentuk peralatan dan perang

saraf

Kesimpulan : Berpandukan kata-kata peribahasa, air banyak ikan tidak mati membuktikan

bahawa, apabila banyak khazanah yang kita peroleh banyak pula perkara yang boleh kita

lakukan. Demikianlah dengan pengayaan pelbagai bahasa sudah pasti menolong kita untuk

Page 32: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

menggali segala khazanah ilmu. Dengan yang demikian, jadikanlah usaha memperluas

pengetahuan tentang pelbagai bahasa sebagai langkah untuk kita bangun bersaing di

peringkat global.

Sikap pengguna jalan raya yang tidak berhemah telah mengakibatkan peningkatan kes

kemalangan di jalan raya.

Tulis sebuah rencana tentang peranan remaja sebagai pengguna jalan raya yang berhemah.

Pendahuluan : Pelbagai OPS untuk mengatasi kemalangan di jalan raya telah dilancarkan

oleh pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia. Malang sekali dalam setiap operasi yang

dilancarkan bukan sahaja sasaran untuk mengurangkan kemalangan jalan raya tidak tercapai,

malah mangsa yang paling ramai terlibat ialah golongan remaja. Golongan remaja sebagai

pihak yang terbanyak menggunakan jalan raya turut dikenal pasti sebagai pihak

yang kurang beretika semasa memandu mahupun menunggang motosikal. Aksi-aksi seperti

memandu laju, berlumba, merempit dan tidak menghormati undang-undang dilakukan dengan

sewenang-wenangnya. Hal demikian telah membawa musibah apabila statistik kemalangan di

Malaysia semakin meningkat tahun demi tahun. Melihatkan keadaan yang semakin parah itu

dan boleh menyebabkan bunga bangsa taruhan negara menjadi korban di jalan raya, saya

berpendapat banyak prakarsa yang harus direalisasikan oleh remaja untuk menjadi pengguna

jalan raya yang berhemah.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Melengkapi diri dengan syarat pemanduan yang menepati piawai undang-undang

trafik – syarat seperti lesen memandu, cukai jalan dan insurans serta pengetahuan

tentang undang-undang jalan raya

Isi 2 : Tahu perkara-perkara asas tentang ciri-ciri keselamatan pada kenderaan –

kebanyakan remaja hanya tahu memandu/menunggang kenderaan sahaja – perlu

tingkatkan kepekaan terhadap ciri-ciri mekanikal kenderaan

Isi 3 : Mampu menguasai emosi dan mengawal nafsu sewaktu di jalan raya – tidak

bersikap terburu-buru dan melayani kehendak darah muda remaja – tidak mudah

tersirna dengan cabaran berlumba atau dicabar

Isi 4 : Mengasuh peribadi luhur untuk menghormati pemandu lain – tidak angkuh dan

menganggap jalan raya sebagai kemudahan bersama – boleh bertolak ansur dalam

Page 33: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

situasi sukar seperti kesesakan jalan raya, waktu puncak atau kerosakan kenderaan

pemandu lain

Isi 5 : Mengelak diri daripada aktiviti memandu/menunggang secara berkumpulan dan

berkonvoi dengan rakan sebaya – sebagai sebab utama berlaku perlumbaan haram

dan merempit – mengelak diri dipengaruhi kegiatan tidak sopan semasa di jalan

raya.

Kesimpulan : Walaupun pelbagai nasihat dan slogan tentang keselamatan jalan raya terpapar

di merata-rata tempat strategik, namun hakikatnya belum mampu untuk mendidik

masyarakat agar lebih berhemah di jalan raya. Fenomena inilah yang mendedahkan rakyat

negara ini menjadi mangsa di jalan raya. Walaupun kecil dalam peta dunia, namun Malaysia

cukup besar dalam statistik kemalangan di jalan raya. Oleh itu, remaja sebagai golongan

sasar terpenting hendaklah lebih prihatin semasa di jalan raya kerana geruh tidak berbunyi

malang tidak berbau.

Remaja sering menjadikan individu tertentu sebagai idola dalam kehidupan mereka.

Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada diri anda supaya boleh menjadi idola kepada orang

lain.

Pendahuluan : Apabila ditanyakan kepada mana-mana remaja tentang idola mereka, nescaya

pelbagai watak individu akan dipilih sebagai ikon mereka. Antara yang paling popular

tentulah pemimpin negara, golongan artis, ahli sukan atau tokoh-tokoh agama. Walau sesiapa

jua yang menjadi pilihan, seyogia keterampilan, kebijaksanaan dan hemah adalah menjadi

kayu ukur untuk menentukan individu berkenaan menjadi idola. Hakikat peribahasa, kerbau

dipegang talinya, manusia dipegang pada identitinya menunjukkan bahawa ciri yang terbaik

haruslah dimiliki oleh setiap individu jikalau mahu menjadi tokoh ikutan dan pimpinan yang

boleh diteladani. Oleh itu, sebagai pemimpin masa depan, saya amat teruja untuk

memperkasakan diri dengan pakej peribadi yang sempurna agar mampu menjadi ikon yang

boleh memberi impak terbaik kepada orang lain.

Isi-isi penting :

Isi 1 : saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak yang terpuji–

mempamerkan sikap dan tingkah laku yang baik – disenangi rakan dan para guru

Isi 2 : menjadi pelajar yang mudah didekati – senang berkawan, cepat mesra, peramah

dan menghormati rakan – menjadi pelajar yang luhur budi bahasa serta patuh

kerpada perintah Tuhan

Page 34: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Isi 3 : mengamalkan prinsip dan identiti diri/jati diri – tidak mudah terikut-ikut dengan

perangai buruk rakan – tegas dan berani kerana benar

Isi 4 : belajar secara istiqamah – menjadi pelajar yang cemerlang akademik – ikhlas

membantu rakan untuk berjaya dalam akademik

Isi 5 : penglibatan dalam aktiviti kokurikulum – proses bergaul dengan rakan-rakan secara

sihat – menyumbang kejayaan kepada sekolah – mengangkat imej sekolah agar

tersohor di persada negara

Kesimpulan : Pilih suatu petikan yang sesuai – gabung kepada tema –nyatakan cadangan –

lahirkan impian/harapan

DIMENSI KELUARGA

Kenaikan kos sara hidup membebankan golongan masyarakat yang berpendapatan rendah.

Huraikan peranan keluarga untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam menangani

permasalahan tersebut.

CATATAN : SAMA DENGAN CONTOH JAWAPAN SOALAN 2 NEGERI KEDAH

Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan dan

Koperasi (KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada belia-belia di tempat

anda. Tajuk ceramah tersebut ialah “Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat

Berjimat Cermat”.

Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

Pendahuluan : Dalam sejarah tamadun dunia, kita telah belajar tentang pelbagai peristiwa

pahit dan manis rakyat menjalani kehidupan. Pernah diberitakan, rakyat pernah mengecapi

kenikmatan hidup semasa pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang sangat adil lagi

telus dalam urusan pentadbiran negara. Kecemerlangan yang dicapai sehinggakan Baitul Mal

negara sentiasa penuh kerana tiada rakyat yang layak menerima zakat. Kegemilangan yang

sama turut dikecapi oleh rakyat Mesir semasa Nabi Yusuf menjadi Menteri Ekonomi. Dua

contoh yang tersebut adalah sebahagian daripada beberapa kejayaan pemerintah yang lain

Page 35: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

sejak zaman prasejarah hinggalah era milenium ini. Sesungguhnya, dalam apa-apa kapasiti

pun, kejayaan sesebuah negara adalah bermula daripada kebijaksanaan pemimpin merancang

pelan strategik negara melalui agenda berjimat cermat.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Mewara-warakan kempen penjimatan secara berterusan dan tersusun – usaha untuk

menyedarkan rakyat suoaya tidak membazir – kempen penjimatan tenaga elektrik,

air dan bahan makanan – amalan berbelanja secara berhemah

Isi 2 : Melipatgandakan kempen supaya rakyat membeli barangan buatan Malaysia –

langkah penjimatan tepat, harga murah barang bermutu) – langkah serampang dua

mata, selain berjimat dapat sokong IKS

Isi 3 : Galakan usaha menabung – mengelak daripada berbelanja yang tidak perlu –

inisiatif kerajaan melancarkan pelbagai dana dan saham amanah (ASNB, AS1M,

tabungan koperasi, pembelian insurans)

Isi 4 : Kempen penjimatan bahan-bahan makanan dan utiliti – untuk mengurangkan kos

perbelanjaan harian dan mengamalkan gaya hidup sihat (kempen kurangkan gula,

kurangkan penggunaan minyak masak dan penjimatan petrol)

Isi 5 : Melancarkan skim khidmat sokongan – membantu golongan yang berpendalatan

rendah – KR1M, BR1M, dan Restoran 1 Malaysia – langkah membantu rakyat agar

tidak tertekan dan terpaksa berhutang

Kesimpulan : Hukum ingat sementara belum kena dan jimat sementara belum habis

hendaklah dijadikan amalan dan „Hadith‟ Melayu agar dapat mendidik manusia supaya

beringat dan berwaspada dalam apa-apa situasi sekalipun. Sudah lumrah, malang tidak

berbau dan geruh tidak berbunyi yang sepatutnya kita hayati supaya sentiasa membuat

persediaan agar tidak dilanda malapetaka. Janganlah sudah terkena baharu hendak beringat-

ingat, bak sudah terhantuk baharu hendak menengadah.

Pusat penjagaan orang tua semakin bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Jelaskan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar menghargai warga emas.

Page 36: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Pendahuluan : “Warga Emas Teras Masyarakat”. Itulah suatu slogan yang memberikan

pengiktirafan atas keberadaan warga emas di tengah-tengah masyarakat. Walaupun

sebahagian mereka boleh dianggap sebagai Quran buruk, namun kewujudan mereka banyak

memberikan impak positif untuk melahirkan masyarakat yang penyayang, prihatin dan tahu

membalas budi. Malahan berdasarkan sepotong pepatah Cina yang bermaksud, “Apabila di

dalam rumah kamu tersimpan seorang tua, tahulah bahawa di dalam rumah itu sudah

menyimpan suatu barang yang berharga”. Oleh hal yang demikian, keberadaan warga emas

perlu dianggap sebagai suatu rahmat dan hendaklah diberikan penghormatan pada kedudukan

tertinggi. Dalam hal ini, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mendidik generasi muda

agar tahu menghormati warga emas.

Isi 1 : Ibu bapa perlu banyak bercerita tentang kehebatan dan sumbangan datuk dan

nenek kepada anak-anak – anak akan faham bahawa keidupan berkeluarga yang

mereka sedang alami adalah hasil daripada pengorbanan induk yang lebih tua

Isi 2 : Kerap membawa anak-anak berziarah orang tua di kampung – penting kepada

masyarakat bandar yang semakin terpisah jauh daripada warga emas – anak-anak

dapat kenal dan bermanja dengan induk mereka

Isi 3 : Mendidik anak-anak bersikap merendah diri kepada orang-orang tua – memberi

ucapan hormat dan sedia mendengar cakap golongan tua – elakkan bercerita

tentang sejarah silam orang tua terutama tentang perkara negatif

Isi 4 : Lebih kerap membawa anak-anak ke majlis-majlis kenduri-kendara dan menziarah

kematian – anak-anak akan lebih dekat dengan khalayak tua – boleh berinteraksi

dan kenal cita rasa warga emas

Isi 5 : Membawa ibu bapa bertandang atau tinggal bersama – anak berasa lebih mesra

dengan datuk dan nenek mereka – cepat tumbuh perasaan kasih sayang.

Kesimpulan : Warga emas ialah insan yang amat banyak meninggalkan jasa kepada generasi

masa kini. Segala jerih payah mereka perlu dihargai dan diberi balasan yang setimpal dengan

sumbangan mereka. Biarlah pengorbanan tersebut terus lestari dengan sikap tahu membalas

budi daripada anak-anak dan cucu-cucu. Inilah hakikat hidup dalam rangkaian generasi dan

salasilah keturunan yang tidak putus buat selama-lamanya.

Page 37: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Hampir setiap ahli keluarga mempunyai akaun laman sesawang seperti Facebook,

Twitter, dan Instagram.

Tulis sebuah rencana tentang kesan penggunaan media sosial terhadap hubungan

kekeluargaan.

Kes-kes yang berkaitan keselamatan kanak-kanak semakin meningkat dari hari ke

hari.

Bincangkan peranan ibu bapa dalam menjamin keselamatan anak-anak.

Pendahuluan : Telahan orang tua-tua yang selalu menyebut bahawa, dunia semakin tua dan

dunia sudah sampai ke akhir zaman. Ironinya, dalam ketuaan dunia bukan proses alam yang

semakin nyanyuk, sebalik isi dunia khususnya manusia yang menjadi keliru. Isu pembunuhan

kejam, haruan makan anak, peperangan yang tiada berpenghujung seolah-olah menjadi

hiburan dan permainan. Mutakhir ini, gejala malang turut menimpa kanak-kanak apabila

penculikan dan perdagangan kanak-kanak semakin berleluasa termasuk di Malaysia juga.

Sekalipun ibu bapa yang wajib memberikan perhatian serius ke atas fenomena ini, namun

masyarakat juga tidak harus berlepas tangan untuk berganding bahu membanteras gejala

haiwaniah itu.

Isi 1 : Jangan terlalu mengutamakan kerjaya dan minat

- agar anak-anak tidak terbiar tanpa belaian kasih sayang

- anak-anak hanya berpeluang bermanja dengan pengasuh

- terdapat anak-anak yang langsung terbiar

- timbul kesan protes apabila anak-anak melarikan diri

Isi 2 : Mengawasi setiap pergerakan anak-anak

- tidak membiarkan mereka terlalu bebas di tempat-tempat awam – kes Syarlinie dan

Nurin yang terlalu menyayat hati

- ibu bapa harus mempunyai perasaan cemburu akan kebebasan anak-anak

- untuk keselamatan kanak-kanak yang masih kecil ibu bapa hendaklah sentiasa bersama-

sama mereka pada setiap masa

Isi 3 : Menghantar anak-anak ke pusat jagaan yang berlesen

Page 38: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

- mengutamakan ciri-ciri keselamatan

- tidak melepaskan anak-anak pergi sendiri ke pusat jagaan ataupun tadika walaupun

jarak yang berdekatan

- kenal pasti segala maklumat pusat asuhan termasuk pengasuhnya juga

Isi 4: Sentiasa mencurigai orang-orang yang baru dikenali atau yang datang secara tidak

berjadual

- kenal pasti kelibat dan gaya berkomunikasi

- kemungkinan mereka menyimpan hasrat yang tidak baik

- segera menghubungi pihak berkuasa jikalau mengesyaki wujud individu atau kumpulan

- sentiasa bimbang akan taktik jahat orang-orang tertentu

Isi 5 : Wujudkan rangkaian kejiranan dan masyarakat prihatin

- hapuskan gaya hidup individualistik seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk

masing-masing

- amalkan gaya hidup masyarakat desa yang sentiasa mengutamakan jiran

- pihak berkuasa atau individu yang berpengaruh dalam komuniti harus memecah tembok

ego masyarakat bandar yang hidup terlalu mementingkan diri sendiri

Kesimpulan : Sesungguhnya kehidupan kita akan menjadi bahagia dan selesa apabila sentiasa

dilindungi daripada perasaan bimbang dan takut. Peristiwa-peristiwa seperti yang dinyatakan

telah meninggalkan pelbagai trauma dan keluh kesah dalam masyarakat. Oleh itu, semua

pihak hendaklah mengetepikan segala perbezaan yang wujud dalam kalangan mereka. Berilah

tumpuan dengan ihsan demi anak-anak yang bakal menjadi permata hati negara.

Kemahiran berkomunikasi, kemahiran penyelesaian masalah, dan kemahiran

kepimpinan penting dalam alam pekerjaan.

Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak

menguasai kepelbagaian kemahiran.

Pendahuluan : Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi akhir

kepada kebanyakan pelajar. Sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah mereka sudah

mencongak-congak akan peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam

Page 39: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan akademik sahaja belum tentu

menjanjikan seseorang itu boleh menjawat jawatan yang dicita-citakan. Sebaliknya, individu

yang memiliki pelbagai kemahiran di samping akademik yang baik sudah pasti dapat

memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para majikan.Justeru, seseorang pelajar itu wajarlah

memperlengkapkan dirinya dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar

sebarang pekerjaan.

Isi 1 : Memiliki kemahiran dalam berkomunikasi

- petah berbicara, matang mengeluarkan hujah dan pendapat, dan berani berhadapan

dengan pelbagai peringkat klien

- berinteraksi dalam gaya yang sopan

Isi 2 : Kemahiran menguasai pelbagai bahasa

- mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan dan peringkat

- menguasai dengan baik sama ada dalam aspek lisan mahupun tulisan - bahasa utama

di Malaysia: Bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis, Arab, Jepun, dan banyak lagi

- berpeluang meneroka pelbagai peluang dengan pendapatan lebih lumayan di seberang

laut

Isi 3 : Kemahiran teknologi

- penting selaras dengan kemajuan teknologi global

- hala tuju negara menjadi negara maju yang dipacu oleh sektor perindustrian –

teknologi pembuatan, kejuruteraan, dan penciptaan

- memiliki aset utama untuk mencari peluang dalam pelbagai sektor – (pembuatan,

pemesinan, perkakasan, dan operasi)

Isi 4 : Kemahiran dalam ICT – (katak di bawah tempurung)

- selaras dengan kemajuan teknologi langit terbuka

- mempercepat proses penyebaran dan pemerolehan maklumat melalui rangkaian internet

dan laman web.

- boleh bersaing dalam gelanggang maklumat yang menguasai gaya hidup moden

Isi 5 : Kemahiran dalam penampilan dan penyesuaian diri

- penampilan fizikal, gaya bersosial, mengawal emosi, dan matang berfikir

- meyakinkan orang lain terhadap keupayaan diri

- mudah diterima dalam kelompok

Page 40: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Isi 6 : Kemahiran-kemahiran seni istimewa

- seni suara, seni muzik, memasak, ketukangan, hiasan, dan dekorasi.

- sebagai aset tambahan untuk lebih berdaya saing

Sampel kesimpulan: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada sesiapapun yang tahu

mengajari kita agar berusaha mencipta tuah. Oleh yang demikian, penampilan diri dengan

pelbagai kemahiran merupakan tuah yang boleh dicipta demi mencapai kejayaan peribadi

seperti yang diidam-idamkan.

DIMENSI MASYARAKAT/NEGARA

Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Kelab Keusahawanan

sekolah bertajuk „Pertanian ialah Perniagaan‟.

Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.

Kerajaan perlu memperkasakan sektor pertanian.

Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila sektor pertanian diperkasakan.

Bak kata orang tua-tua, “Berbakti kepada bumi, bumi tidak pernah menipu”. Maksud

di sebalik ungkapan tersebut menjelaskan bahawa kerja-kerja bercucuk tanam sudah pasti

membawa hasil yang tidak mengecewakan. Kaitan peribahasa tersebut boleh dirujuk dengan

aktiviti pertanian di negara ini yang memerlukan pemerkasaan semula setelah kerancakannya

semakin malap akibat hambatan sektor-sektor lain terutama dalam sektor industri pembuatan.

Sebagai sebuah negara yang dianugerahi Allah dengan kesuburan tanah-tanihnya, pihak

kerajaan hendaklah meletakkan sasaran sektor pertanian dalam NKRA negara. Sebenarnya

terdapat banyak habuan positif kepada semua pihak sekiranya sektor pertanian ini

diperkasakan semula.

Faedah yang pertama tentulah kepada pihak kerajaan sendiri apabila dapat

mewujudkan suatu lagi saluran strategik untuk ekonomi negara. Pihak kerajaan dapat

mengurangkan kadar pengaliran wang keluar kerana mengimport barangan makanan

khususnya barangan pertanian. Statistik yang dikeluarkan dalam tahun 2013, sejumlah 30

bilion telah dibelanjakan untuk mengimport pelbagai jenis barangan makanan. Hal demikian

amatlah ironi kepada sebuah negara seperti Malaysia. Sementara itu, sebagai suatu daripada

maslahat tanggungjawab kepada rakyat, kerajaan dapat mengurangkan kadar pengangguran

Page 41: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

dalam kalangan rakyat terutama yang tinggal di luar bandar. Pada hari ini, sektor pertanian

terpaksa menerima penangan kuat daripada sektor-sektor lain sehingga keadaannya

diibaratkan hidup segan mati tak mahu.

Kumpulan yang kedua bakal memperoleh faedah tentulah sektor swasta yang

mempunyai hubung kait perniagaan dalam bidang pertanian. Para peniaga yang terlibat

secara langsung mengeluarkan input-input pertanian seperti pembekal jentera, pengeluar baja,

racun dan biji benih akan dapat mengembangkan sayap perniagaan mereka dengan lebih

meluas lagi. Jikalau selama ini syarikat-syarikat agro seperti BASF dan ICI, sukar untuk

mengembangkan produk mereka, namun apabila aktiviti pertanian kembali diperkasakan

sudah tentu bidang pemasaran mereka akan berkembang. Dengan perkataan yang lain, semua

syarikat yang ada hubung kait dengan produk pertanian bakal meraih untung daripada polisi

kerajaan yang bersifat menang-menang dan mesra perniagaan seperti itu. Demikianlah hakikat

yang saling menyokong bagai aur dengan tebing.

Masyarakat tani ialah golongan sasar yang mendapat durian runtuh terbesar sekiranya

dasar kerajaan yang lebih mesra pertanian benar-benar berlaku. Selama ini golongan tani

yang dilihat sebagai komuniti kelas ketiga dalam strata masyarakat di Malaysia, sebaliknya

apabila sektor pertanian kembali bernafas golongan inilah yang bakal menjadi entreprenuer

dan pedagang yang mempunyai kuasa ekonomi terkuat. Kesuraman dalam sektor ini telah

memberikan kesan yang amat negatif terhadap guna tanah selain turut terjadi penyelewengan

ke atas tanah pertanian di seluruh negara. Belakangan ini, pengubahan status tanah

pertanian kepada tanah industri dan tanah pegangan bebas semakin menjadi-jadi. Alasan

utama yang diberi kerana wujud tanah terbiar dan tanah rang yang tidak diusahakan.

Seharusnya, perkembangan negatif itu hendaklah dilihat sebagai suatu strategi untuk

melenyapkan kuasa pemilikan tanah khususnya dalam kalangan rakyat tempatan, ibarat sudah

jatuh ditimpa tangga.

Kalangan peniaga dan pedagang juga turut memperoleh faedah daripada prakarsa yang

positif ini. Bidang perniagaan seperti eksport import akan memasuki fasa baru apabila

Malaysia mula menjadi hub utama pengeluaran hasil-hasil pertanian. Bagi merancakkan lagi

eksport, Malaysia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada eksport komoditi pertanian

seperti minyak sawit dan getah sahaja. Pada masa ini kedua-dua bidang komoditi ini mula

mendapat saingan hebat daripada negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Oleh

itu, pemerkasaan sektor pertanian akan memberi ruang kepada bidang pertanian yang lain

seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Langkah seperti yang diambil oleh

kerajaan Perlis dalam menjenamakan pengeluaran mempelam Harumanis sepatutnya menjadi

pembuka jalan kepada negeri-negeri lain. Oleh itu, motto Kementerian Pertanian dan Industri

asas Tani dalam menjenamakan semula pertanian dengan logo, “Pertanian ialah Perniagaan”

Page 42: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

boleh memberikan nafas baru kepada semua pihak yang berkepentingan dalam sektor yang

sangat dominan ini.

Kesimpulannya, anugerah Tuhan yang amat berharga ini wajar dimanfaatkan agar

faedahnya dapat dirasai oleh semua pihak. Walaupun sektor petroleum dan pembuatan

menjadi sumber kebergantungan ekonomi negara, justeru tidak salah sekiranya bidang

pertanian turut menjadi pelengkap kepada seluruh kegiatan ekonomi di negara ini. Inisiatif

yang paling penting, kita hendaklah melipatgandakan usaha dan menggemblengkan kepakaran

kerana jika tidak dipecahkan ruyung, di manakan dapat sagunya?

Semua warga sekolah terutama murid-murid bertanggungjawab untuk mengekalkan tahap

disiplin dalam kalangan murid di sekolah.

Bincangkan.

Pendahuluan : „Disiplin‟ suatu kata yang sudah cukup klise tetapi sangat berhantu dalam

kalangan pelajar. Bagi pelajar di sekolah, dalam mana-mana peringkat sekalipun sentiasa

rimas apabila dikaitkan dengan perihal disiplin. Malahan, dalam beberapa keadaan, guru-guru

yang menjadi penguasa disiplin sangat „popular‟ dengan kebencian oleh para pelajar. Kisah-

kisah panas guru disiplin dipukul, kereta guru dicalari atau disimbah cat telah menjadi

sebahgian daripada risiko yang terpaksa dihadapi. Walau bagaimanapun, dalam benci tapi

„rindu‟ tanpa peraturan dan disiplin mungkin sistem pendidkan di Malaysia tidak sampai ke

tahap yang ada seperti sekarang. Oleh itu, pelestarian sistem disiplin hendaklah diteruskan

dan sentiasa diperkasakan supaya proses kemenjadian pelajar akan berhasil.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Agar dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa, selamat, tenteram serta

dapat melahirkan modal insan yang berkualiti – tanpa suasana pembelajaran yang

kondusif matlamat mendidik akan terbantut – melahirkan generasi pelajar yang

membawa pelbagai anasir kepada mengara

Isi 2 : Dapat menjalinkan hubungan yang akrab dan mesra antara murid dan guru serta

sebaliknya – mewujudkan suasana taman ilmu yang tenteram dan berhikmah –

wujud jalinan kasih sayang dalam kalangan warga sekolah

Page 43: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Isi 3 : Berupaya melahirkan insan soleh yang berilmu, berakhlak, dan kompeten –sebagai

jaminan terhadap masa dengan lahirnya modal insan yang hebat dan cemerlang

Langkah-langkah :

Isi 4 : Semua sistem, rutin dan program sekolah hendaklah dipatuhi oleh pelajar – cuba

menghayati nilai disiplin sebagai penggerak dan penjana kejayaan

Isi 5 : Semua pelajar hendaklah menanamkan perasaan bangga terhadap alma mater –

menanamkan azam untuk berjasa kepada sekolah dan menjulang nama sekolah ke

persada pendidikan negara

Kesimpulan : Tepat sekali apabila dikatakan disiplin adalah berperanan sebagai janakuasa

yang menggerakkan ketahanan diri pelajar daripada terjerumus ke kancah bahaya. Walaupun,

disiplin bukan elemen yang popular dalam kalangan umum pelajar, namun kehadirannya

hendaklah diterima, ibarat ubat sekalipun pahit namun sangat mujarab.

Masyarakat kini kurang kesedaran tentang peranan mereka sebagai pengguna yang bijak.

Huraikan ciri-ciri pengguna bijak.

Penghidap penyakit kronik seperti kanser, dan AIDS semakin meningkat. Langkah-

langkah perlu diambil untuk menyedarkan masyarakat tentang bahayanya penyakit kronik.

Bincangkan.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Inisiatif kerajaan menyedarkan rakyat dengan pelbagai maklumat tentang penyakit

berbahaya – peranan media massa milik kerajaan perlu lebih proaktif

Isi 2 : Tindakan proaktif Kementerian Kesihatan adalah amat perlu – melancarkan perang

terhadap sebarang anasir/kegiatan membawa kepada penularan penyakit berbahaya –

menyediakan ubat-ubatan/pencegahan yang lebih efisien

Page 44: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Isi 3 : Mengawal pintu masuk negara dengan lebih ketat dan tegas – dasar menarik

pelancong asing hendaklah dikaji untuk mengehadkan kemasukan pelancong dari negara

pembawa penyakit (Ebola, H1N1, dan AIDS

Isi 4 : Masyarakat perlu beralih kepada kesedaran gaya hidup sihat – mengutamakan

kesihatan sebagai keutamaan bukan lagi keperluan – agenda kesihatan dijadikan tugas rutin

harian/mingguan – aktiviti senaman dan pengambilan makanan berskala zat kesihatan

diutamakan

Isi 5 : Tindakan tegas pihak kerajaan terhadap pesalah yang disabitkan dengan

punca/pembawa penyakit berbahaya – hukuman berat dan penjara mandatori

Isi 6 : Mendidik masyarakat terhadap gaya hidup beragama, moral dan etika yang mulia–

mengurangi gaya hidup bebas, merokok, mimuman keras, berzina – kempen, “MALAYSIA

SEJAHTERA, KESIHATAN DIUTAMAKAN, AGAMA DIDAHULUKAN,

Malaysia mempunyai tempat-tempat menarik seperti pantai-pantai, tempat-tempat bersejarah,

dan kawasan tanah tinggi.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat

setempat untuk memajukan tempat-tempat tersebut.

Industri pelancongan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis

rencana berkaitan dengan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

NOTA : Karangan ini dalam bentuk berformat rencana. Pastikan anda mematuhi arahan

format.

Pelancongan di Malaysia, Potensi dan Tanggungjawab Semua Pihak

Oleh : Dayan Asytar Bin Dayan Asyhar

Page 45: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Sudah acap kali penganjuran tarikan pelancong ke luar negara oleh pelbagai agensi

sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan. Penganjuran tersebut turut disokong

oleh pihak kerajaan dengan menganjurkan Kempen Tahun Melawat Malaysia. Kini Malaysia

mula dikenali di seantero dunia sebagai destinasi pelancongan yang menarik, murah, dan

eksotik. Malaysia telah menduduki tempat kesembilan dari sepuluh negara yang paling

popular dikunjungi pelancong. Kerajaan Malaysia telah menyasarkan, pada tahun 2012, jumlah

kemasukan pelancong kepada 24.5 juta orang dengan anggaran tukaran asing sebanyak RM58

bilion. Sejajar dengan hasrat negara untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai

penyumbang utama ekonomi negara, maka semua pihak di Malaysia patut memainkan

peranan aktif masing-masing.

Memandangkan industri pelancongan merupakan satu daripada matlamat dalam NKRA

negara, justeru gemblengannya hendaklah diterajui oleh pihak kerajaan melalui agensi-

agensinya. Agensi-agensi yang berkaitan dengan industri pelancongan seperti Kementerian

Pelancongan, Jabatan-jabatan Pelancongan negeri, Kementerian Luar Negeri, dan Kementerian

Kebudayaan dan Komunikasi hendaklah memainkan peranan yang aktif. Pihak yang terbabit

perlu mengambil tanggungjawab untuk merancangkan pelbagai program promosi dan

„menjualkan‟ nama Malaysia di persada dunia. Kementerian Pelancongan hendaklah

mempunyai KPI yang jelas untuk menentukan sasaran kemasukan pelancong. Oleh itu, usaha

yang terbaik, kementerian perlulah merancangkan pelbagai aktiviti untuk menarik minat

pelancong ke Malaysia. Sepatutnya pihak berkenaan perlu mengambil kesempatan daripada

kedudukan strategik Malaysia untuk laluan ke Singapura, Indonesia, dan Thailand.

Inisiatif seterusnya hendaklah turut digerakkan oleh sektor swasta juga. Memandangkan

kegiatan pelancongan merupakan salah satu daripada cabang „membuat duit‟, justeru pihak

swasta tidak boleh terlepas pandang dalam menyokong matlamat negara untuk menjadi

destinasi pelancongan yang paling dikunjungi. Langkah paling strategik pihak swasta

hendaklah menyokong dan mengambil bahagian dalam program galakan pelancongan di luar

negara. Pihak swasta terutama konglomerat utama seperti YTL, Kumpulan Genting, FELDA,

Perbadanan Kemajuan Negeri hendaklah lebih gigih membangunkan prasarana pelancongan

seperti kemudahan penginapan dan pengangkutan. Walaupun rangkaian hotel mewah dan

hotel bajet tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan ternyata jumlahnya adalah terlalu kecil.

Hal demikian sering terjadi di pusat-pusat pelancongan ternama seperti Pulau Langkawi yang

sering menghadapi masalah tempat penginapan apabila terdapat penganjuran bertaraf

antarabangsa seperti pameran LIMA. Selain penginapan, kemudahan pengangkutan yang lebih

cekap dan mesra pelancong perlu disediakan. Pendek kata, kemudahan infrastruktur dan

Page 46: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

prasarana hendaklah disediakan bermula dari pelancong menjejaki kaki hinggalah mereka

pulang dengan senyuman puas.

Manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar

negara hendaklah menjaga dan memperindah kawasan jagaan masing-masing. Semua pihak

sudah maklum, kunjungan pelancong asing ke sini adalah dengan matlamat untuk menghirup

udara dan persekitaran yang nyaman dan indah. Dengan hal demikian, pihak terbabit wajar

mengutamakan aspek kebersihan dan keindahan landskap alam. Semua potensi bumi seperti

sungai, laut dan gunung perlu dikekalkan lestarinya. Pihak berkenaan perlu mengambil

inisiatif mewartakan tempat-tempat tersebut seperti yang dilakukan oleh Thailand yang

mewartakan semua pulau sebagai taman luat. Pulau-pulau seperti Phuket, Koh Adang, Koh

Lanta, Koh Samui dan banyak lagi kini menjadi syurga pelancong dan lombong emas kepada

negara Thai. Malaysia juga bukan kurang dengan potensi tersebut kerana beberapa destinasi

utama seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Redang, dan gunung Kinabalu semakin

mendapat tempat di hati pelancong. Tegasnya, sudah tiba masa kita belajar daripada

kejayaan negara jiran tersebut dalam usaha memanipulasikan sumber alam sebagai dana

kekayaan negara.

Pada era milenium ini, minda masyarakat hendaklah lebih terbuka dan positif terhadap

industri pelancongan. Seandainya dalam tiga dekad yang silam orang selalu menuduh sektor

pelancongan sebagai industri yang mengumpankan gejala negatif tetapi kini tuduhan

seumpama itu adalah meleset sama sekali. Kita hendaklah lebih positif dengan menyokong

semua usaha pihak kerajaan untuk menjanakan ekonomi melalui sektor pelancongan. Semua

pihak hendaklah berganding bahu untuk memaparkan identiti rakyat Malaysia yang tinggi

tamadunnya, terbuka fikirannya dan berbudaya sopan seperti, peramah, dan berbudi bahasa.

Sebagai sebuah negara Islam, kita hendaklah lebih pragmatik kerana dalam Islam sendiri

amat menggalakkan umatnya bermujahadah dan melancong seperti dalam konteks ibadah

Haji, Umrah dan Ziarah. Seperkara lagi, apabila lebih ramai pelancong nescaya akan

berlakulah rentas komunikasi global yang boleh membentuk suatu dimensi baru rakyat

Malaysia yang berfikiran positif dan bertaraf dunia.

Langkah yang tidak kurang penting juga ialah penglibatan aktif duta-duta di luar

negara. Semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama secara rasmi atau individu

hendaklah mengambil peluang menarik minat lebih ramai pelancong. Di peringkat kerajaan,

duta-duta dan kuasa usaha di luar negara hendaklah mengadakan program menjelajah ke

merata pelosok untuk turut sama dalam program tarikan pelancong. Selain itu, kumpulan

terbesar iaitu pelajar Malaysia di seberang laut hendaklah bijak berkomunikasi dengan strategi

sambil menyelam minum air untuk menyampaikan mesej yang jelas tentang Malaysia. Sebagai

generasi muda yang mempunyai ilmu pengetahuan, mereka sewajarnya boleh menjadi misi

Page 47: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

negara untuk menerangkan pelbagai keistimewaan negara sama ada dalam aspek rumpun

bangsa rakyatnya, pola budayanya, pelbagai cita rasa makanannya dan tentang indahnya

permata yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai „Semenanjung Emas‟ dalam kalangan

pedagang dari Eropah dan Arab. Pendek kata, jikalau semua pihak dapat melaksanakan

komitmen masing-masing, agenda pelancongan negara sudah pasti berjaya.

Sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni, Malaysia amat strategik untuk

dikunjungi oleh pelancong-pelancong sama ada dari Timur atau Barat. Peluang harus

dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya pada masa ini apabila Malaysia begitu popular kepada

pelancong dari Timur Tengah dan Asia Timur jauh. Peluang yang sedia terhidang hendaklah

bijak direbut, bak kata peribahasa rezeki jangan ditolak, aral jangan diraih.

Sikap prihatin, bekerjasama, dan bertolak ansur penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Huraikan langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni.

Pendahuluan : Beberapa sumber daripada peribahasa Melayu boleh dipetik sebagai

menandakan masyarakat Melayu amat mementingkan nilai-nilai murni bekerjasama dan

bertolak ansur. Antara peribahasa yang boleh dipetik adalah seperti ke gunung sama didaki,

ke lurah sama dituruni; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; bagai aur dengan

tebing hidup serumpun bak serai sejunjung bak sirih dan hidup ibarat suatu anggota, jangan

memiat daging, sakit di orang sakitlah di awak. Demikianlah begitu banyak sarana agar

masyarakat perlu hidup secara bertoleransi dan bermasyarakat agar terbentuk kekuatan

ummah sama ada dalam aspek ekonomi, sosial dan budaya. Namun demikian, impian untuk

membentuk sebuah institusi masyarakat yang ampuh mungkin muluk dalam kata-kata, tetapi

bukan mudah untuk direalisasikan. Oleh hal yang demikian, semua entiti dalam masyarakat

perlulah beriltizam untuk membina sebuah masyarakat yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai

murni sebagai anak kunci masyarakat madani.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Zahirkan kesedaran dalam jiwa setiap anggota masyarakat akan nilai bersyukur –

bersyukur kerana ditakdirkan hidup dalam sebuah negara yang aman - mensyukuri

nikmat Allah dan menghargai sumber alam – berpada-pada dan reda (redha)

dengan nikmat yang ada

Page 48: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Isi 2 : Para pemimpin perlu menzahirkan daya kepemimpinan bertauladan, hemah dan

bijaksana – pemimpin sebagai cerminan kepada rakyat – tunjuk tauladan dan

pekerti yang mulia perlu diserlahkan untuk ikutan masyarakat

Isi 3 : Guru dan ibu bapa perlu menjadi ejen terpenting untuk membimbing anak-anak

mengamalkan pekerti mulia – anak-anak dan remaja akan tumbuh membesar dalam

persekitaran yang paling awal iaitu di rumah dan sekolah (hakikat peribahasa, air

perabung mengalir ke cucur atap dan guru kencing berdiri murid kencing berlari)

Isi 4 : Mengutamakan teras pendidikan, agama dan moral merentas ilmu pengetahuan –

anak-anak dididik menerima ilmu secara berhikmah – mengamalkan ilmu dengan

jalan yang betul – ilmu untuk kesejahteraan insan dan mensyukuri nikmat Tuhan

Isi 5 : Mendidik masyarakat yang berdisiplin, patuhi undang-undang dan menyayangi alam

sekitar – masyarakat yang bijak, dinamik dan faham akan nilai murni dalam

masyarakat – masyarakat yang menghargai alam sebagai komponen penting –

masyarakat yang bertanggungjawab

Kesimpulan : Peribahasa yang menyatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku celaka

padahnya hendaklah dijadikan panduan dan sempadan agar dalam semua tingkah laku tidak

menyalahi pertaturan dan tataetika. Justeru, perihal kehidupan dengan amalan nilai murni

hendaklah diperkasakan. Baik negara mahupun masyarakat pasti memperoleh impak yang

cukup signifikan apabila masyarakat mula mengamalkan nilai-nilai murni seperti prihatin,

bekerjasama, dan bertolak ansur. Sesungguhnya, inilah impian untuk membentuk negara maju

dalam acuan kita menjelang Wawasan 2020.

DIMENSI ANTARABANGSA

Keamanan hanya dapat dicapai melalui perundingan bukannya melalui peperangan.

Bincangkan pernyataan di atas.

Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup

kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup

bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara

Page 49: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan maksudnya,

“Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar mereka saling

mengenali dan bertolong bantu.” Oleh hal yang demikian, demi keamanan dan kemakmuran

masyarakat sejagat, sama ada pemimpin mahupun rakyat hendaklah mengambil inisiatif untuk

menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh warga dunia tanpa memilih perbezaan

pendapat, ideologi, bangsa, dan agama.

Isi-isi penting :

Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara – menjalinkan

persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala dan

pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia – amalan saling mengiktiraf sebagai

negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam

kalangan masyarakat dunia

Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global – boleh

mewujudkan hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber

maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia

seperti UNESCO - mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat

dunia - menjalinkan persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan

kemanusiaan

Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas pasaran di

peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran antarabangsa

– menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global

Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam

pelbagai aktiviti antarabangsa – persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan

keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN),

negara-negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)

Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu padu

- menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak

bersikap mementingkan diri – memperoleh pengiktirafan oleh masyarakat dunia -

memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber

Page 50: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam

belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana

sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap

sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda

lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada

masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda

ada.

Masalah pendatang asing tanpa izin dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama

dengan negara-negara jiran.

Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk

menangani masalah tersebut.

Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup

kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup

bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara

yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan maksudnya,

“Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar mereka saling

mengenali dan bertolong bantu.” Oleh hal yang demikian, demi keamanan dan kemakmuran

masyarakat sejagat, sama ada pemimpin mahupun rakyat hendaklah mengambil inisiatif untuk

menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh warga dunia tanpa memilih perbezaan

pendapat, ideologi, bangsa, dan agama.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara – menjalinkan

persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala dan

pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia – amalan saling mengiktiraf sebagai

negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam

kalangan masyarakat dunia

Isi 2 : Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global – boleh

mewujudkan hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber

maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia

seperti UNESCO - mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat

Page 51: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

dunia - menjalinkan persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan

kemanusiaan

Isi 3 : Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas pasaran di

peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran antarabangsa

– menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global

Isi 4 : Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam

pelbagai aktiviti antarabangsa – persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan

keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN),

negara-negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)

Isi 5 : Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu padu

- menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak

bersikap mementingkan diri – memperoleh pengiktirafan oleh masyarakat dunia -

memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber

Kesimpulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam

belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana

sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap

sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda

lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada

masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda

ada.

CATATAN : SILA UBAH SUAIKAN SOALAN INI DENGAN RANGKA ISI DI BAWAH

Kerjasama Malaysia dengan negara-negara-negara jiran amat diperlukan untuk memerangi

jenayah pemerdagangan manusia yang kini telah menjadi isu global.

Bincangkan pernyataan tersebut.

Pendahuluan : Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang

pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah

landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan

sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan

Page 52: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai

tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis

kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan

dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang

menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik,

demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima,

Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan memandang sebelah mata terhadap krisis ini.

Malaysia wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang

tidak berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing –

kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga

asing dengan sewenang-wenangnya

Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara

dunia ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan

penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara

(peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)

Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah

kemasukan warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran

terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin

(hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)

Isi 5 : Komitmen diplomatik yang intim dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan

politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa

jong pecah yu yang kenyang)

Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis

kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Yang berbeza dari masa ke masa hanya modus

operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan

agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang

bersikap pepat di luar runcing di dalam.

Page 53: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Kerjasama yang erat antara negara jiran mendatangkan banyak faedah.

Jelaskan kebaikan yang diperoleh daripada kerjasama yang erat antara negara yang berjiran.

Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup

kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup

bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara

yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan maksudnya,

“Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar mereka saling

mengenali dan bertolong bantu.” Oleh hal yang demikian, sebagai kerajaan yang bebas dan

merdeka, semua negara patut mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan diplomatik

dengan seluruh negara di dunia tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan

agama. Sesungguhnya, amat besar natijah di sebalik usaha diplomatik seperti itu.

Isi 1 : Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara – menjalinkan

persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala dan

pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia - agar wujud amalan mengiktiraf

antara satu sama lain sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka -

mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam kalangan masyarakat dunia

Isi 2 : Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global - menjadikan hub

pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan ilmu

pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO -

mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia -

menjalinkan persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan

kemanusiaan

Isi 3 : Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas pasaran di

peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran antarabangsa

– menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global – mewujudkan

jaringan yang harmoni dalam situasi menang-menang

Isi 4 : Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam

pelbagai aktiviti antarabangsa – persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan

keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN),

negara-negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)

Page 54: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Isi 5 : Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu padu

- menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak

bersikap mementingkan diri dan boleh berada dalam kelompok masyarakat dunia -

memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber -

membangunkan minda dan peribadi rakyat agar setanding dengan warga dunia

Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam

belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh hidup bersendirian kerana sebarang

gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat global. Daripada kita dianggap sebagai

bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda lebih baik

kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada masyarakat dunia

sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda ada.

Negara-negara Asia Tenggara terkenal dengan kawasan pelancongan yang menarik seperti

Pulau Tioman di Malaysia, Pulau Bali di Indonesia dan Hanoi di Vietnam.

Huraikan kerjasama Malaysia dengan negara-negara Asia Tenggara dalam memajukan industri

pelancongan.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Menjalinkan kerjasama diplomatik, sosial dan budaya antara negara – menjaminkan

keamanan di rantau Asia Tenggara – mewujudkan sekretariat pelancongan dalam kalangan

negara ASEAN

Isi 2 : Menjalankan kerjasama kelestarian alam sekitar – mengekalkan keindahan alam

sekitar bersama (lautan, gunung-ganang, sungai dan rimba) – mencegah anasir cuaca buatan

manusia seperti jerebu, pembakaran hutan, dan mencemarkan laut (tumpahan minyak)

Isi 3 : Menjaminkan keamanan/keselamatan perairan bersama – kawalan daripada serangan

lanun, malapetaka dan bencana di luar jangka – mengadakan rondaan bersama

Isi 4 : Mengadakan program pertukaran duta pelancongan – berkongsi maklumat dan

bertukar pengalaman menguruskan program pelancongan – program mentor (Thailand boleh

Page 55: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

menjadi mentor kepada negara-negara jiran) – mewujudkan jalinan/jaringan pelancongan

antara negara – pengangkutan/penerbangan

Isi 5 : Menjalankan promosi tarikan pelancongan secara bersama – wujudkan situasi menang-

menang dalam usaha menarik kunjungan pelancong – pelancong luar yang datang perlu

digalakkan melawat kesemua negara dalam jiran ASEAN – tidak berebut/mencuri pelancong

Pertandingan koakademik seperti pidato, pantun, dan debat pada peringkat antarabangsa

memberikan peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dan

menambahkan ilmu pengetahuan.

Berikan pendapat anda.

CATATAN : SILA UBAH SUAI SOALAN INI DENGAN RANGKA JAWAPAN DI BAWAH

Penyertaan pelajar dalam pelbagai program dan pertandingan di peringkat antarabangsa

dapat mengharumkan nama negara di mata dunia.

Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui penyertaan dalam program dan

pertandingan itu.

Pendahuluan : Manusia pada dasarnya mempunyai impian dan matlamat yang sama iaitu

untuk hidup bebas dan berjaya. Sementara itu, setiap orang dituntut agar menghormati hak

asasi orang lain. Hak-hak tersebut seperti hak untuk kebebasan, hak memperoleh kasih

sayang dan hak untuk mencari ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, dalam beberapa

kepentingan tertentu masyarakat dunia sering bertelagah sehingga membawa kepada

peperangan. Oleh itu, dalam abad milenium ini pelbagai usaha telah dijalankan oleh

masyarakat antarabangsa untuk merapatkan semula jurang perbezaan yang wujud. Pelbagai

program dan pertandingan sama ada sukan inovasi seperti reka cipta mula mendapat

penyertaan kalangan masyarakat antarabangsa. Sebenarnya, banyak sekali faedah yang bakal

diperoleh oleh setiap negara peserta apabila terlibat secara aktif dalam program-program

seperti ini.

Page 56: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Isi 1 : Menjalinkan hubungan diplomatik antara negara – jalinan kerjasama dan keamanan

di bawah payung PBB – memupuk semangat perpaduan dan berdamai dalam

kalangan manusia sejagat

Isi 2 : Suatu usaha positif memperluas jaringan antarabangsa dalam bidang ilmu

pengetahuan – sifat ilmu yang akan berkembang apabila semakin luas jaringannya

(rujuk kata-kata hikmat Saiyidina Ali KW) – memahami hakikat bahawa setiap

bangsa memiliki keistimewaan tertentu dalam bidang ilmu (contoh : bangsa Cina

tentang ilmu perubatan, Jepun dalam bidang sains dan teknologi, bangsa Arab

tentang falsafah dan seni bina dan ilmu agama)

Isi 3 : Mempercepat transformasi kemajuan negara – transformasi amat berkait rapat

dengan penguasaan ilmu pengetahuan – anak-anak Malaysia yang pulang dengan

ilmu pengetahuan akan membantu mempercepat kemajuan negara – mereka menjadi

penyebar pengetahuan dan menjadi agen penggerak negara maju menjelang 2020.

Isi 4 : Mendedahi remaja dengan perubahan budaya dan sosial masyarakat asing – boleh

mengubah cara berfikir dan bertindak secara lebih matang – bijak bergaul dan

mempunyai jaringan komunikasi diseluruh dunia

Isi 5 : Mengadakan program pertukaran tenaga pakar dan tenaga akademik –

membolehkan peluasan ilmu pengetahuan berkembang secara global – kemajuan

dunia berkembang secara positif untuk manfaat semua warga dunia – tiada lagi

penindasan dan peperangan

Kesimpulan : Dalam abad milenium ini, umat Malaysia tidak harus terkongkong dalam

belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana

sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap

sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda

lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada

masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda

ada.

Page 57: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Program pertukaran pelajar antara negara mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar dan

negara yang terlibat.

Huraikan faedah-faedah tersebut

Pendahuluan : Secara tradisionalnya manusia dipisahkan oleh sempadan geografi dan

geopolitik. Sungguhpun demikian, pemisahan bukanlah bererti manusia tidak mempunyai

persamaan dan nilai murni yang sama. Cita rasa dan hak untuk dihormati telah wujud secara

azali sejak manusia dilahirkan lagi. Lebih-lebih lagi dalam dunia siber seperti sekarang,

pemisahan secara tradisional sudah tidak relevan lagi. Oleh itu, manusia harus bertemu dan

berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Proses tersebut boleh membuang segala syak

wasangka dan sebaliknya dapat membina tamadun alaf baru yang saling menyokong dan

melahirkan suasana menang-menang. Tahap perintis untuk mewujudkan persefahaman tersebut

adalah melalui program pertukaran pelajar antarabangsa. Tidak syak lagi banyak signifikan di

sebalik usaha yang telah dilaksanakan oleh NGO antarabangsa itu, bak kata peribahasa lama

hidup luas pengalaman, jauh berjalan banyak pengetahuan (pandangan)

Isi 1 : Dapat memperluas jalinan persefahaman politik, ekonomi, dan sosial – mewujudkan

suatu era baru dalam slogan, “Satu Dunia Satu Komuniti” – mewujudkan kedamaian

sejagat dalam alaf baru

Isi 2 : Membuka ruang minda – pendedahan tentang kepelbagaian budaya, etika, dan ilmu

pengetahuan – pertukaran maklumat antara negara maju dan negara-negara

membangun (peribahasa, jauh berjalan luas pandangan, lama hidup banyak

pengalaman)

Isi 3 : Mengurangkan persengketaan yang berpunca daripada salah faham politik dan

ideologi – para pelajar bakal menjadi duta kecil yang membawa misi damai dan

menjadi bakal pemimpin masa depan yang mesra keamanan

Isi 4 : Mewujudkan satu kesatuan budaya masyarakat majuk – saling memahami dan saling

menghormati budaya, adat resam, dan agama – mencetuskan keamanan dengan

saling menghormati hak dan piagam masyarakat lain

Isi 5 : Sebagai perintis kepada jalinan persahabatan antara negara – wujud hubungan lebih

intim antara negara-negara peserta – boleh mengelak sikap mementingkan diri serta

dendam kesumat dalam kalangan pemimpin dunia

Page 58: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

Kesimpulan : Sesungguhnya, manusia dijadikan daripada satu hubungan benih antara Adam

dan Hawa. Amatlah ironi apabila manusia sejak dari zaman pratamadun lagi terus

bersengketa hingga ke hari ini. Usaha positif hendaklah digemblengkan agar budaya „haiwan‟

yang telah sekian lama mempengaruhi minda sebahagian daripada pemimpin besar dunia

dapat dihapuskan. Alangkah indahnya, apabila manusia dapat merasai nikmat keamanan yang

sejati.

Peperangan, kezaliman, dan penindasan yang menimpa warga dunia semakin berleluasa sejak

akhir-akhir ini. Anda berpendapat terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada amalan

buruk tersebut.

Tulis pendapat anda tentang faktor-faktor yang mendorong berlaku peristiwa tersebut dan

cadangkan langkah-langkah yang boleh dijalankan oleh warga dunia.

Pendahuluan : Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah. Peribahasa

tersebut benar-benar menggambarkan nasib malang yang ditanggung oleh rakyat jelata

apabila kuasa-kuasa pemerintah bertelagah sesama sendiri. Korban rakyat Iraq yang sudah

mencecah hampir sejuta orang berpunca daripada sikap angkuh mantan Presiden Amerika

George W. Bush. Malahan dunia terus bercelaru apabila isu nuklear Iran dan Korea Utara

masih berlarutan dan tiada jalam penyelesaian. Gara-gara daripada pertelingkahan merebut

kuasa itu berakhir dengan tindakan kejam dan penindasan yang tidak pernah berkesudahan.

Malapetaka yang sudah sekian lama menimpa rakyat Palestin, Pakistan, Afghanistan, Kashmir,

Darfur, dan pembersihan etnik yang berlaku di beberapa negara di Afrika telah menyaksikan

sejarah peradaban manusia semakin ternoda. Oleh itu, selagi peluang masih ada, kita

wajarlah menelusuri akan punca gejala tersebut membara dan seterusnya bertindak atas

hemat untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan tersebut.

Faktor-faktor

Isi 1 : Bangkit perasaan tamak dan ingin menunjuk kuasa - sikap yang ditunjukkan oleh

kuasa-kuasa besar dunia (Amerika Syarikat dengan konco-konconya Perancis,

England, Jerman, Australia dan Itali) - mahukan negara-negara kecil berada di

bawah telunjuk mereka - bertindak secara kekerasan apabila order mereka tidak

Page 59: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

dipatuhi – (serangan terhadap Afghanistan, Iraq, dan Palestin, – ancaman terhadap

Iran berkaitan isu nuklear - banyak korban harta benda dan rakyat

Isi 2 : Keengganan pihak bertelingkah berunding secara jujur - hasil di meja rundingan

tidak dipraktikkan - menghasut pengikut melakukan kekejaman - sikap talam dua

muka kuasa-kuasa besar yang bertindak secara memihak - menghalalkan

pembunuhan sekiranya dasar mereka ditentang

Isi 3 : Kegiatan memperdagangkan senjata moden - kuasa-kuasa utama dunia kemaruk

untuk memperagakan senjata canggih mereka - cuba mencipta masalah untuk

menghalalkan tindakan memerangi negara-negara yang lemah - mengadu-dombakan

pemimpin yang bertelagah agar pertikaian berpanjangan - memperjudikan nasib

rakyat yang tidak berdosa

Langkah-langkah mengatasi

Isi 1 : Negara-negara kecil yang bertelingkah harus menamatkan sengketa - elakkan sikap

mementingkan diri sendiri - memulakan episod dunia moden dengan kemahuan

untuk berdamai daripada terus bersengketa - elakkan campur tangan kuasa asing

terutama kuasa besar

Isi 2 : Memperkasakan misi damai - perlu ada order baru dunia yang berani bangkit untuk

menaja keamanan dunia - gabungan negara-negara kecil dan negara Dunia Ketiga

mesti berani bangkit untuk memperjuangkan keamanan sejagat - menolak campur

tangan kuasa besar yang dilakukan secara tidak adil

Isi 3 : Memboikot kuasa besar yang menjadi paksi kekejaman dunia - negara-negara

membangun mesti beralih untuk berlindung di bawah pengaruh kuasa ekonomi yang

mementingkan kedamaian (Cina dan Jepun) - tidak memberi laluan penggunaan

kuasa tentera kepada negara-negara kuasa besar yang angkuh - masyarakat di

negara bergolak perlu memilih amalan bertolak ansur daripada berperang sesama

sendiri (bandingan peribahasa jong pecah yu yang kenyang)

Kesimpulan : Sesungguhnya setiap insan mempunyai hak untuk hidup dan hak untuk

memperoleh kebebasan. Maha kaya Tuhan telah menciptakan pelbagai bentuk muka bumi dan

Page 60: KEDAH€¦ · KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut

pelbagai bangsa dengan setiap bangsa diperuntukkan tanah air sendiri. Sudah sewajarnya

bangsa tersebut memakmurkan bumi mereka sendiri. Justeru mereka dilarang pula

mengancam peluang orang lain untuk hidup selamat dan stabil. Seyogia, angkara sombong

yang mengganggu gugat hak orang lain untuk hidup bebas perlu dibanteras sepenuhnya.