kecuaian guru dan undang

Upload: nur-rules

Post on 05-Apr-2018

460 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Kecuaian Guru Dan Undang

    1/6

    Kecuaian guru dan undang-undang tortKamus undang-undang Blackstone mendefinisikan undang-undang tort sebagaisebahagian daripada bidang undang-undang yang melindungi seseorang individu daripadakesalaahan sivil, persendirian ataupun kecederaan. Undang-undang tort melibatkan aspekecuaian. Kamus Random House mentakrifkan kecuaian sebagai kegagalan mengambil

    tindakan berjaga-jaga untuk melindungi individu lain sepertimana yang dikehendaki olehundang-undang.

    Dalam konteks pendidikan, aspek kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawabberjaga-jaga dari segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Dalampada itu, kecuaian guru selalunya dikaitkan dengan kemalangan atau kecederaan yangmenimpa pelajar dan mengakibatkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pelajar,seperti mata buta, patah tangan dan retak tengkorak kepala atau pun kematian. Apabilamahkamah memutuskan bahawa wujud liabiliti guru dalam sesuatu kejadian, guru terpaksamembayar denda dalam bentuk ganti rugi, khususnya kepada ibu bapa pelajar itu. Olehkerana pelajar adalah merupakan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 18 tahunyang belum mencapai usia dewasa untuk hadir ke mahkamah, maka tindakan mahkamah

    akan diwakili untuk dikemukakan oleh ibu bapa atau penjaga yang paling rapat.

    Terdapat empat elemen yang perlu dibuktikan oleh plaintif iaitu pelajar sebelum seseorangdefendan yang merupakan guru dianggap cuai melaksanakan tugasnya dan bolehdisabitkan kesalahan kerana menyebabkan kecederaan fizikal plaintif. Empat elementersebut adalah:

    1. Kewajipan berjaga-jaga2. Kewajipan berjaga-jaga dimungkiri3. plaintif mengalami kerugian4. terdapat hubungan rapat antara tingkah laku defendan dengan kecederaan fizikal plantif.

    kewajipan berjaga-jaga - elemen ini mudah dibuktikan. Ini adalah kerana guru dan sekolahmempunyai tanggungjawab in loco parentis, di mana ibu bapa yang menghantar anakmereka ke sekolah telah menyerahkan peranan dan tanggungjawab sebagai ibu bapamenjaga anak-anak mereka ssewaktu berada si sekolah. Ibu bapa menghantar anak-anakmereka ke sekolah untuk mendapat pendidikan daripada guru-guru di sekolah. Sebagai ibubapa yang baik dan munasabah, guru dan sekolah berkewajipan untuk menyediakanpenyeliaan yang munasabah terhadap pelajar mereka sebelum, semasa dan selepas waktupersekolahan. Kaitkan kes Mohamed Raihan Ibrahim dan Kes Titus Vs Lindberg. Darjahpenyeliaan bergantung kepada umur, bilangan murid, aktiviti merbahaya atau tidak,peralatan yang digunakan merbahaya atau tidak dan kualiti pelajar sama ada telahmempunyai rekod disiplin atau pun tidak.

    Kewajipan berjaga-jaga itu dimungkiri - apabila guru:i. mendedahkan pelajar kepada situasi yang berbahaya dan guru mengabaikan.ii. apabila guru tidak melakukan sebarang tindakan untuk mencegah dan mengelakkankecederaaniii. apabila guru cuai memberikan arahan yang tidak jelas dan mencukupi ketika membuatpersediaan untuk melakukan aktiviti yang merbahaya ( kes Mohamed Raihan )

  • 8/2/2019 Kecuaian Guru Dan Undang

    2/6

    mahkamah menganggap guru adalah merupakan seorang yang lebih berpengalaman,bijak, berpengetahuan, terlatih dan peka terhadap risiko sesuatu perbuatan. oleh itu gurubertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah awal untuk mencegah kecederaanyang boleh diramalkan secara munasabah.

    Guru juga bertanggungjawab untuk memberikan amaran kepada pelajar tentang sesuaturisiko kecederaan semasa pelajar mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti yangmerbahaya (kes chen soon lee). Sekiranya setelah amaran diberikan dan pelajar telahmengengkari arahan tersebut, perbuatan pelajar telah dianggap sebagai kecuaian sertaan(kes headmistress), Kecuaian sertaan merujuk kepada suatu keadaan di mana pelajarsendiri dikatakan telah bertindak cuai dan bertanggungjawab terhadap kemalangan yangmenimpa diri dan seterusnya mengakibatkan kecederaan atau kematian.

    Aspek kecuaian guru juga melihat kualiti arahan yang diberikan kepada pelajar dalamusaha mencegah kecedederaan yang boleh diramalkan secara munasabah. (kes zazlinzahira kamaruzzaman). Sesuatu arahan dikatakan berkualiti apabila jelas, khusus, tepat,dan menggunakan bahasa yang mudah difahami.

    Apabila telah dibuktikan defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif,langkah seterusnya adalah untuk meneliti sama ada defendan telah mengabaikankewajipan tersebut. Pengabaian kewajipan berjaga-jaga berlaku apabila defendanmelakukan sesuatu perbuatan yang dianggap berada di bawah paras minimum tahappenjagaan (standard of care) yang dikehendaki oleh defendan (kes mohamed Raihan -guru duduk bawah pokok dan kes jumat mahmud) dan juga kes chen soon lee, camkin vsBishop cth tidak mungkiri ). Guru juga perlu bertindak dengan cermat untuk menjagakeselamatan pelajar ( kes zazlin ).

    Dalam kes kecuaian guru, mahkamah juga akan membuktikan bahawa terdapat hubunganyang rapat antara tingkahlaku defendan dengan kecederaan plaintif (spt tindakan pn hau

    dalam kes mohamed raihan).http://collegecottage.blogspot.com/2009/04/kecuaian-guru-dan-undang-undang-tort.html

    http://collegecottage.blogspot.com/2009/04/kecuaian-guru-dan-undang-undang-tort.htmlhttp://collegecottage.blogspot.com/2009/04/kecuaian-guru-dan-undang-undang-tort.htmlhttp://collegecottage.blogspot.com/2009/04/kecuaian-guru-dan-undang-undang-tort.html
  • 8/2/2019 Kecuaian Guru Dan Undang

    3/6

    Undang-Undang Tort Di Malaysia

    Pemakaian undang-undang tort di Malaysia adalah suatu

    perkara yang amat menarik untuk dilihat dan dikaji. Tidak seperti kebanyakkan undang-

    undang lain di Malaysia yang menggunakan peruntukan statut sebagai sumber utama,

    prinsip undang-undang tort boleh dilihat padacommon lawInggeris dan keputusan-

    keputusan mahkamah atau judicial precedent. Cabang-cabang pada undang-undang ini

    terus berkembang dengan mahkamah-mahkamah di negara ini telah cuba menyesuaikan

    pemakaiancommon lawpada situasi di negara kita yang sedikit berbeza dari negara

    asal common lawini berkembang.

    Undang-undang tortpada asasnya bertujuan bagi memberikan remedi kepada mereka

    yang tercedera atau kerugian akibat perbuatan orang lain. Dalam banyak hal, udang-

    undang tortini adalahbertindihan dengan undang-undang jenayah. Misalnya dalam kes

    perlanggaran kereta, pesalah akan dikenakan hukuman di bawah Akta yang berkaitan

    berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan. Pesalah boleh dikenakan hukuman denda,

    penjara atau gantung sehingga mati jika mangsa mati dan pendakwa dapat membuktikan

    bahawa pesalah bersalah mengikut seksyen yang tertentu. Namun, hukuman-hukuman

    initidak dapat membantu mangsa dari segi memulihkan diri dari kerugian yang dialami.

    Dalam kata lain, undang-undang jenayah tidak dapat membantu mangsa pulih kembali dari

    kerugian yang dialami.

    http://myblog.salwa.my/2010/12/undang-undang-tort-di-malaysia/http://myblog.salwa.my/2010/12/undang-undang-tort-di-malaysia/http://passionateaboutblogging.com/bm-new/blog/undang-undang/prinsip-umum/doctrine-of-stare-decisishttp://passionateaboutblogging.com/bm-new/blog/undang-undang/prinsip-umum/doctrine-of-stare-decisishttp://passionateaboutblogging.com/bm-new/blog/undang-undang/prinsip-umum/doctrine-of-stare-decisishttp://passionateaboutblogging.com/bm-new/blog/undang-undang/prinsip-umum/doctrine-of-stare-decisishttp://myblog.salwa.my/2010/12/undang-undang-tort-di-malaysia/tort-law/http://myblog.salwa.my/2010/12/undang-undang-tort-di-malaysia/
  • 8/2/2019 Kecuaian Guru Dan Undang

    4/6

    Gambar kredit kepada CafePress

    Oleh itu, mangsa perlu melihat pada cabang-cabang yang ada dalamundang-undang

    sivilbagi mendapatkan ganti rugi. Dalam kes perlanggaran kereta seperti di atas, undang-

    undang tortadalah berkaitan. Apa yang perlu dibuat oleh mangsa adalah menyaman

    pesalah dan membuktikan di mahkamah bahawa kemalangan adalah berlaku akibat dari

    kecuaian (undang-undang tort kecuaian terpakai) pesalah. Oleh itu kerugian yang di alami

    oleh mangsa hendaklah di tanggung oleh pesalah.

    Tanggungan (liability) tortboleh wujud dengan penguatkuasaan undang-undang semata-

    mata. Terdapat undang-undang yang melarang seseorang dari memfitnah, cuai dijalanraya,

    menceroboh harta benda dan sebagainya. Akibat dari perlanggaran undang-undang ini,

    maka mereka yang melanggarnya bukan sahaja boleh dikenakan hukuman di bawah

    undang-undang jenayah, mereka juga boleh dituntut di bawah undang-undang sivil juga

    iaini di bawah undang-undang tort. Bezakan pula dengan undang-undang kontrak yang

    http://myblog.salwa.my/2010/12/undang-undang-tort-di-malaysia/law-school/http://myblog.salwa.my/2010/12/undang-undang-tort-di-malaysia/law-school/
  • 8/2/2019 Kecuaian Guru Dan Undang

    5/6

    merupakan satu lagi cabang undang-undang sivil. Tanggungan di bawah undang-undang

    kontrak ditentukan di bawah kontrak yang diikat oleh pihak-pihak di dalam kontrak itu.

    Remedi dalam tort adalah bertujuan mengurangkan kerosakkan atau kerugian yang

    dialami. Ianya dicapai dalam dua cara iaitu, pertamanya menerusi

    injunksi. Injunksi membolehkan pihak-pihak yang tertentu menghalang pihak yang satu

    lagi meneruskan tindakan mereka yang mendatangkan kerugian atau kerosakkan pada

    mereka. Apabila satu perintah injunksi dikeluarkan oleh mahkamah, maka pihak yang

    dikenakan injunksi wajib memberhentikan tindakan mereka sehingga perintah tersebut

    dibatalkan menerusi satu prosiding mahkamah yang lain. Perintah injunksi adalah satu

    remedi yang sering dipohon dalamkes-kes kacau ganggu (nuisance).

    Cara kedua adalah menerusi pampasan atau relief spesifik yang bertujuan membuatkanpihak yang bertanggungjawab menukar sikap mereka agar tidak terus membuat perbuatan

    yang menyakitkan atau merugikan orang lain. Kos ekonomiyang dialami seperti membayar

    kerugian am dan spesifik serta kos guaman diharap dapat member kesan kepada pihak

    terbabit agar berhati-hati dan tidak membuat sesuatu yang memudaratkan kepada

    masyarakat.

    - Undang-Undang Tort Di Malaysia

    http://myblog.salwa.my/2010/12/undang-undang-tort-di-malaysia/

    http://pts.com.my/index.php/berita/pentadbiran-undang-undang-dalam-pendidikan/

    http://myblog.salwa.my/2010/12/undang-undang-tort-di-malaysia/http://myblog.salwa.my/2010/12/undang-undang-tort-di-malaysia/http://pts.com.my/index.php/berita/pentadbiran-undang-undang-dalam-pendidikan/http://pts.com.my/index.php/berita/pentadbiran-undang-undang-dalam-pendidikan/http://pts.com.my/index.php/berita/pentadbiran-undang-undang-dalam-pendidikan/http://myblog.salwa.my/2010/12/undang-undang-tort-di-malaysia/
  • 8/2/2019 Kecuaian Guru Dan Undang

    6/6