kecemasan 02 · tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan...

128
2018 PELAN TINDAKAN INSIDEN PELAN TINDAKAN INSIDEN

Upload: others

Post on 13-Jan-2020

13 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

2018

Patient Safety Unit

2018

PELANTINDAKAN INSIDENPELAN

TINDAKAN INSIDEN

Page 2: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara
Page 3: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PANDUAN Pelan Tindakan Insiden Kecemasan Dan Bencana

Dalaman Bagi Hospital-Hospital KKM

Page 4: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

Hak Cipta Tepelihara © Kementerian Kesihatan Malaysia

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan

isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada

secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

pengarang.

Edisi Pertama 2018

Terbitan & Edaran Oleh :

Bahagian Perkembangan Perubatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

ISBN

Page 5: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

KANDUNGAN

LATARBELAKANG ................................................................................................... 2

SKOP PANDUAN ................................................................................................... 2

KEPENTINGAN PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL ............ 3

PENGGUNA SASARAN ........................................................................................ 3

OBJEKTIF PELAN TINDAKAN ............................................................................. 3

BAB 1 – PENGENALAN KEPADA INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN ................................................................................................................. 5

1.0 TAKRIF INSIDEN KECEMASAN ..................................................................... 5

1.1 JENIS-JENIS INSIDEN KECEMASAN ............................................................ 5

1.2 INSIDEN BENCANA ........................................................................................ 6

BAB 2 – FASA-FASA PENGURUSAN BENCANA................................................... 9

2.0 PENDAHULUAN .............................................................................................. 9

2.1 FASA 1- PENCEGAHAN & MITIGASI (PREVENTION & MITIGATION) ........ 9

2.2 FASA 2- KESIAPSIAGAAN (PREPAREDNESS) .......................................... 10

2.3 FASA 3- RESPONS (RESPONSE) ................................................................ 10

2.4 FASA 4- PEMULIHAN (RECOVERY) ............................................................ 11

2.5 AMALAN KUALITI ......................................................................................... 11

BAB 3 – STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL ........................................ 13

3.0 ORGANISASI PENGURUSAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL ........................................................................................ 13

3.1 PENGARAH HOSPITAL ................................................................................ 14

3.2 JAWATANKUASA KESELAMATAN HOSPITAL .......................................... 15

3.3 PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN DALAMAN ....................................... 15

Page 6: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

BAB 4 – PERANCANGAN PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL ......................................................................... 23

4.0 PERANCANGAN KONTINGENSI .................................................................. 23

4.1 ELEMEN-ELEMEN PERANCANGAN KONTINGENSI .................................. 23

BAB 6 - AKTIVITI FASA KESIAPSIAGAAN (PREPAREDNESS) ......................... 33

BAB 7 – AKTIVITI FASA RESPON ......................................................................... 39

7.1 KAWALAN INSIDEN ...................................................................................... 39

7.2 NOTIFIKASI & RESPONS AWAL INSIDEN KECEMASAN .......................... 40

7.3 KRITERIA PENGAKTIFAN PTIKBDH BAGI INSIDEN MAJOR .................... 42

7.4 MEKANISME HEBAHAN ............................................................................... 42

7.5 EVAKUASI ..................................................................................................... 43

7.6 PROSES ESKALASI ...................................................................................... 45

7.7 PUSAT MAKLUMAT PESAKIT ..................................................................... 46

7.8 PUSAT MEDIA ............................................................................................... 46

7.9 PUSAT PENDAFTARAN PASUKAN SUKARELAWAN ............................... 47

BAB 8 – AKTIVITI FASA PEMULIHAN ................................................................. 48

BAB 9- INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN SPESIFIK .............. 52

9.0 PENGENALAN ............................................................................................... 52

9.1 KEBAKARAN ................................................................................................. 53

9.2 BANJIR .......................................................................................................... 58

9.3 GEMPA BUMI ................................................................................................ 63

9.4 BEKALAN TENAGA ELEKTRIK TERPUTUS ............................................... 65

9.6 ANCAMAN KIMIA .......................................................................................... 67

9.7 INSIDEN RADIASI ......................................................................................... 74

9.8 INSIDEN BIOLOGI ........................................................................................ 82

Page 7: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

BAB 10. SITUASI ANCAMAN KESELAMATAN..................................................... 89

10.1 PENGENALAN ............................................................................................. 89

10.2 ANCAMAN BOM ATAU PAKEJ YANG MENCURIGAI ............................... 90

10.3 INSIDEN SERANGAN PENGGANAS DI HOSPITAL .................................. 95

10.4 SITUASI ANCAMAN KESELAMATAN YANG EKSTREM .......................... 97

LAMPIRAN 1 ......................................................................................................... 100

TEKNIK-TEKNIK EVAKUASI PESAKIT YANG TIDAK BERUPAYA UNTUK BERJALAN SENDIRI (NON-AMBULATORY PATIENTS) ................................ 100

LAMPIRAN 2 ......................................................................................................... 107

SISTEM PEMADAMAN KEBAKARAN .............................................................. 107

RUJUKAN .............................................................................................................. 113

Page 8: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

KATA PENGANTAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sihat Sejahtera

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan syabas

di atas usaha keras dalam penghasilan dokumen Panduan

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana

Dalaman sebagai panduan bagi hospital-hospital di

Malaysia.

Hospital adalah keperluan bagi setiap masyarakat di seluruh dunia. Sebagai tempat

setiap komuniti bertumpu untuk mendapatkan rawatan kesihatan ia harus menjadi

sebuah tempat yang selamat untuk semua pesakit, petugas dan pelawat.

Malangnya, setiap hospital mempunyai risiko-risiko tertentu sama seperti setiap

premis yang didirikan. Risiko-risiko ini ada yang boleh dikawal dan terdapat juga

yang hanya dapat dibendung dengan tindakan mitigasi.

Dengan berlakunya insiden-insiden kecemasan dan bencana yang melibatkan

premis hospital, garispanduan ini menjadi satu dokumen rujukan yang berharga bagi

memastikan premis hospital selamat untuk semua pesakit dan petugas.

Semua usaha haruslah diambil dalam setiap fasa pengurusan bencana iaitu fasa

pencegahan & mitigasi, fasa kesiapsiagaan, fasa respons dan fasa pemulihan.

Bermula dari usaha pencegahan, persediaan bagi semua kemungkinan dengan

merangka pelan dan strategi respons harus dibuat dan disusuli dengan latihan

simulasi dan dril bagi membiasakan semua petugas dengan tindakan apabila berlaku

insiden kecemasan dan bencana.

Pihak kementerian sentiasa menyasarkan semua hospital supaya mengambil

langkah-langkah proaktif dalam memastikan setiap hospital dalam keadaan yang

selamat disamping menyediakan perkhidmatan bermutu yang setaraf dengan

piawaian antarabangsa.

Page 9: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

Saya percaya garispanduan ini akan menjadi panduan yang bernilai tinggi sebagai

dokumen rujukan untuk semua hospital mengambil tindakan yang holistik dan efektif

bagi menyediakan premis masing-masing di dalam menghadapi semua

kemungkinan.

Usaha kementerian untuk menjadikan setiap hospital sebagai tempat yang selamat

untuk semua pesakit, petugas dan pelawat adalah berterusan.

Adalah menjadi harapan saya agar garispanduan ini dapat dimanfaatkan untuk

menjadikan setiap hospital di Malaysia bukan hanya sebagai tempat pesakit-pesakit

mendapatkan khidmat kesihatan bertaraf dunia, tetapi setiap satunya mempunyai

pelan tindakan serta strategi keselamatan, pencegahan dan kesiapsiagaan yang

bermutu tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

[Tarikh]

Page 10: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia YBhg Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) YBhg Dato' Hj. Azman bin Hj. Abu Bakar

Mantan Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Dr. Kalsom Maskon

Editor YBhg Datuk Dr Alzamani Bin Mohammad Idrose

Dr. Nor’Aishah Abu Bakar

Dr Ahmad Muzammil Bin Abu Bakar

PENYUMBANG

YBhg. Prof Dato’ Dr Abu Hassan Asaari Abdullah

Dr Sabariah Faizah bt Jamaluddin

Dr Rosidah bt Ibrahim

Dr Ahmad Tajuddin Mohamad Nor

Dr Sarah Abdul Karim

Dr Ridzuan bin Mohd Isa

YBhg. Datuk Dr.Mohamed Alwi Hj. Abdul Rahman

YBhg Datuk Dr Alzamani Bin Mohammad Idrose

Dr Nor’Aishah Abu Bakar

Dr Hjh Siti Zaleha Mohd Salleh

Dr Kasuadi Husin

Dr Devan Kurup

Dr Zainal Abidin bin Mohamed@Ismail

Timbalan Pengarah Kanan Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan Dr. PAA Mohamed Nazir bin Abdul Rahman

Dr Sarah Abdul Karim

Pengarah Perkembangan PerubatanYBhg Dato' Dr. Hj. Bahari bin Dato' Tok Muda Hj. Awang Ngah

Page 11: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

Dr Fatahul Laham bin Mohamed

Dr Kamalul Haphidz bin Abdul Karim

Dr Khairi Kasim @ Hashim

Dr. Rozlan bin Ishak

Dr. Mohammad Fadhly Yahya

Dr. Bahari Bin Dato’ Tok Muda Hj. Awang

Ngah

Dr. Hj Anwar Hau Abdullah

Dr. Jenny Tong May Geok

Dr. Sharifah Mastura Syed Abu Bakar Dr.

Teo Gim Sian

Dr. Nurliza Abdullah

Dr. Hj Rahimi Goon

Dr. Aehtoosham Suleman

Dr. Hazliza Bt Abdul Shukor

Dr Ana Fizalinda Abdullah Sani

Dr Tan Hee Ting

Dr Amran Japar

En Zulkafli bin Zainuddin

En Kamarulzaman bin Malek

Dr Ahmad Muzammil Abu Bakar

Norhizan Othman

En Ahmad Zafri Abdul Rahman

En Ahmad Fauzi bin Md Shah

En. Zabarni bin Chik

En. Suhaimi Rashid

Hj. Mohd Hamdan Hj Ismail

Hjh Mariyana Hj. Abu Bakar

En. Rusli Hassan

En. Ahmad Radzi Mahamood

Ham Fin Lan

Foo May Lan

Thu Soo Yee

En Renu A/L Poonarangam

En Mohd Sarbani Abd. Halim

Azean Anuar

En Khalid Abdulr Rani

Puan Azizah Murid

Pn Shazleen Zakariya

En Suffian Mohamad Nor

En Mohd Fazil Ahmad

Page 12: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 1

HURUF RINGKAS

Huruf Ringkas yang digunakan di dalam garispanduan ini adalah seperti berikut :

AELB : Pihak Lembaga Pelesenan Atom

CPRC : Crisis Preparedness and Response Center

ERT : Pasukan Respons Kecemasan (Emergency Response Team )

FEMS : Facility Engineering Medical Service

HEPA : High Efficiency Particulate Air

KKM : Kementerian Kesihatan Malaysia

PKP : Plan Kesinambungan Perkhidmatan

PTKD : Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman

PPE : Peralatan Perlindungan Diri

PTIKBDH : Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital

UPS : Uninterrupted Power Supply

MSDS : Multiple Safety Data Sheet

Page 13: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara
Page 14: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 2

LATARBELAKANG

SKOP PANDUAN

Skop Panduan ini merangkumi pengurusan situasi kecemasan atau bencana yang

melibatkan fasiliti hospital itu sendiri (internal). Ia tidak merangkumi situasi kecemasan

atau bencana yang dialami di luar hospital (external) yang mana hospital bertindak

untuk membantu memberi respons dan perawatan kepada mangsa-mangsa insiden

kecemasan atau bencana di luar hospital.

Buku Panduan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan Dan Bencana Dalaman Bagi

Hospital ini bertujuan memberi panduan kepada hospital-hospital untuk:

1. Melakukan perancangan bagi kesiapsiagaan hospital menghadapi situasi

kecemasan dan bencana yang melibatkan premis hospital.

2. Sebagai panduan bagi mewujudkan Pelan Tindakan Kecemasan Bencana

Dalaman masing-masing bagi hospital mengikut kesesuaian fasiliti hospital,

struktur dan sumber sendiri.

3. Melakukan tindakan pemulihan selepas kecemasan

4. Menghadapi situasi kecemasan yang spesifik seperti kebakaran, banjir, gempa

bumi, bekalan tenaga elektrik terputus, ancaman bom, kimia, biologi, radiasi

dan nuklear.

Kejayaan hospital untuk berdepan dengan situasi kecemasan amat bergantung

kepada keupayaan anggota-anggota hospital untuk memberi respons yang segera

dengan pantas dan efektif.

Page 15: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 3

KEPENTINGAN PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL

Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, adalah menjadi

tanggungjawab pihak majikan untuk memastikan pekerja berada dalam persekitaran

kerja yang selamat. Majikan juga turut bertanggungjawab dalam memastikan

keselamatan orang-orang lain yang turut berada di kawasan tempat kerja. Ini

termasuklah keupayaan mengawal kejadian kecemasan yang boleh mengancam

nyawa pekerja, pesakit, pelawat atau sesiapa yang berada di hospital.

PENGGUNA SASARAN

Garis Panduan ini sesuai digunakan oleh:

1. Pihak pengurusan di peringkat hospital, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan

Kesihatan Negeri dan ibu pejabat Kementerian Kesihatan.

2. Semua Ketua Jabatan Klinikal dan Unit Sokongan Hospital.

3. Pasukan Tindakan Kecemasan Hospital.

4. Semua warga kerja hospital dan kementerian.

5. Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

OBJEKTIF PELAN TINDAKAN

1. OBJEKTIF UMUM

Untuk memastikan tindakan yang berkesan dapat diambil untuk mengawal

insiden kecemasan dan bencana yang berlaku di dalam premis hospital.

2. OBJEKTIF SPESIFIK

Objektif spesifik panduan ini adalah seperti berikut :

1. Untuk melindungi nyawa pesakit, petugas dan orang awam dengan membuat

langkah-langkah kesiapsiagaan bagi mengurangkan bilangan mangsa terlibat

serta memberi rawatan awal kepada mangsa.

Page 16: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 4

2. Untuk melindungi harta benda dan peralatan dengan membuat persediaan

dan tindakan bagi menghadkan kemusnahan.

3. Sebagai panduan bagi menangani insiden-insiden kecemasan spesifik seperti

kebakaran, banjir, gangguan bekalan elektrik, gangguan sistem teknologi

maklumat, gangguan bekalan air, gangguan bekalan oksigen, insiden

kecemasan kimia, biologi, radiasi dan ancaman keselamatan serta terrorisme.

4. Untuk mengurangkan impak kecemasan dengan mengembalikan operasi

kerja seperti sedia kala dengan seberapa segera.

Page 17: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 5

BAB 1 – PENGENALAN KEPADA INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN

1.0 TAKRIF INSIDEN KECEMASAN

Insiden kecemasan adalah kejadian yang berlaku secara tiba-tiba dan berpotensi

mengganggu keselamatan atau perkhidmatan yang diberikan oleh sesuatu hospital.

1.1 JENIS-JENIS INSIDEN KECEMASAN

1. Secara am insiden kecemasan yang berlaku di dalam hospital boleh dibahagikan

berdasarkan kepada magnitud dan impak terhadap perkhidmatan hospital.

Gangguan perkhidmatan boleh bersifat separa atau sepenuhnya dan boleh

berlaku secara sementara atau kekal.

2. Insiden Kecemasan Minor adalah kejadian kecil dan boleh ditangani oleh

anggota hospital. Jika diperlukan, agensi Kerajaan Tempatan atau Agensi

Kecemasan yang berkaitan boleh dilibatkan. Perkhidmatan hospital tidak terjejas

sepenuhnya. Contohnya kebakaran kecil yang boleh dipadamkan oleh anggota

hospital.

3. Insiden Kecemasan Major adalah kejadian di luar kemampuan kawalan anggota

hospital dan mempunyai impak yang signifikan kepada perkhidmatan hospital.

Bantuan agensi seperti Jabatan Kesihatan Negeri atau Kementerian diperlukan

dalam insiden sedemikian (Rujuk jadual 1).

Page 18: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 6

ELEMEN INSIDEN MINOR INSIDEN MAJOR

Ancaman keselamatan

nyawa dan harta

Terhad kepada kawasan

yang kecil

Berpotensi merebak dan

melibatkan kawasan yang

besar

Perkhidmatan hospital Perkhidmatan tidak

terganggu

Satu atau lebih

perkhidmatan hospital

terganggu

Penglibatan hospital lain Tidak perlu Perlu

Penglibatan agensi luar Agensi Kecemasan

Tempatan

Agensi Tempatan

Agensi Kecemasan, Agensi

Tempatan, Jabatan Kesihatan

Negeri, Kementerian, Majlis

Keselamatan Negara

Pengurusan insiden Boleh ditangani di

peringkat fasiliti

Sukar ditangani di

peringkat fasiliti

Contoh Kebakaran kecil yang

tidak menyebabkan

penutupan mana-mana

perkhidmatan hospital

Kebakaran di Dewan

Bedah yang menyebabkan

penutupan khidmat

pembedahan dan potensi

untuk merebak

Jadual 1 Perbandingan Antara Insiden Kecemasan Minor dan Insiden Kecemasan Major

1.2 INSIDEN BENCANA

Menurut Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara, kejadian ‘bencana’ ditakrifkan

sebagai sebarang insiden samada semulajadi atau kerana faktor manusia, yang

berlaku secara tiba-tiba. Ia menyebabkan kecederaan atau kematian serta kerosakan

terhadap harta benda atau pesekitaran dan menyebabkan gangguan terhadap aktiviti

kehidupan seharian. Sesebuah hospital tidak terkecuali dari mengalami bencana.

Page 19: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 7

Hospital ditakrifkan mengalami bencana apabila berlaku kecederaan , kematian serta

kerosakan terhadap harta benda atau persekitaran sehingga menjejaskan

perkhidmatan hospital sepenuhnya.

1.2.1 Tahap-Tahap Bencana

Menurut Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara, bencana boleh dibahagikan kepada

tiga tahap iaitu Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3 seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2

dibawah.

TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3

Berlaku di kawasan

setempat dan tidak

berpotensi untuk

merebak

Berpotensi untuk merebak

ke luar kawasan dan

berpotensi untuk memberi

ancaman

Merebak ke luar

kawasan

Melibatkan daerah Melibatkan negeri Melibatkan kerajaan

pusat

Tidak kompleks Bersifat kompleks Sangat kompleks

Kehilangan nyawa dan

harta benda yang minima

Kehilangan nyawa yang

banyak serta kerosakan

harta benda dan

infrastruktur yang teruk

Kehilangan nyawa yang

banyak serta kerosakan

hartabenda dan

infrastruktur yang tidak

dapat dipulihkan.

Tidak mengganggu

pekerja harian penduduk

setempat

Mengganggu pekerjaan

atau aktiviti harian

kawasan terlibat.

Mengganggu pekerjaan

atau aktiviti harian

kawasan terlibat.

Page 20: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 8

Boleh dikendalikan oleh

pihak berkuasa tempatan

Pihak berkuasa tempatan

tidak mampu

mengendalikannnya dan

kepakaran luar mungkin

diperlukan.

Kepakaran luar

diperlukan.

Jadual 2 : Klasifikasi Tahap-tahap Bencana Majlis Keselamatan Negara.

“BUKAN SEMUA KECEMASAN ADALAH BENCANA, NAMUN SEMUA BENCANA ADALAH KECEMASAN.”

Page 21: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 9

BAB 2 – FASA-FASA PENGURUSAN BENCANA

2.0 PENDAHULUAN Pengurusan bencana terbahagi kepada empat fasa seperti dalam Rajah 1 di bawah.

Rajah 1 : Fasa-Fasa Pengurusan Bencana

2.1 FASA 1- PENCEGAHAN & MITIGASI (PREVENTION & MITIGATION)

1. Langkah-langkah perlu diambil bagi mengelakkan kejadian bencana atau

mengurangkan kesan bencana sekiranya dapat dielakkan.

2. Langkah-langkah tersebut boleh dibahagikan kepada dua:

a. Perancangan struktur

b. Polisi pengoperasian

3. Langkah-langkah ini dibincangkan lebih lanjut dalam Bab 5.

Page 22: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 10

2.2 FASA 2- KESIAPSIAGAAN (PREPAREDNESS)

1. Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital (PTIKBDH) perlu diwujudkan bagi hospital masing-masing sebagai panduan

menghadapi insiden kecemasan dan bencana.

2. Semua pihak yang terlibat perlu memainkan peranan masing-masing dan sentiasa

bersedia menghadapi sebarang insiden kecemasan atau bencana.

3. Latihan simulasi menghadapi bencana seperti “tabletop exercise” dan latih amal

perlu diadakan bagi memastikan anggota hospital mengetahui Pelan Tindakan

Kecemasan Hospital masing-masing.

4. Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) atau “Business Continuity Plan” perlu

diwujudkan bagi perkhidmatan-perkhidmatan utama.

2.3 FASA 3- RESPONS (RESPONSE)

1. Anggota hospital bertindak menangani situasi kecemasan yang berlaku secara

berkesan dan sistematik mengikut Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan

Bencana Dalaman Hospital (PTIKBDH).

2. Setiap hospital perlu ada “Pelan Eskalasi” (Escalation Plan) dalam menghadapi

Insiden Kecemasan Major bagi mendapatkan bantuan tambahan efektif.

3. Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) atau “Business Continuity Plan”

diaktifkan serentak untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan hospital tidak

lama tergendala.

Page 23: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 11

2.4 FASA 4- PEMULIHAN (RECOVERY)

1. Usaha untuk mengembalikan semula operasi seperti sedia kala dan membaik pulih

kerosakan kepada keadaan asal dijalankan.

2. Aspek kesihatan fizikal dan mental pesakit, waris dan anggota perlu diberi

perhatian.

3. Post-mortem dibuat bagi mengenalpasti langkah pencegahan yang lebih baik dan

pengemaskinian PTIKBDH.

4. Dokumentasi dan pengumpulan data meliputi impak kewangan, infrastruktur,

logistik dan impak perkhidmatan secara keseluruhan perlu dikemaskini.

5. Setelah selesai fasa ini, kitaran akan kembali ke fasa pencegahan dan mitigasi (Rajah 1). Langkah-langkah penambahbaikan dikenalpasti bagi memastikan

pencegahan dan mitigasi yang lebih berkesan pada masa hadapan.

2.5 AMALAN KUALITI

Rajah 2 : Carta PDCA Kualiti (Plan-Do-Check-Act).

Tindakan proaktif diperlukan bagi memastikan persekitaran fasiliti kesihatan sentiasa

dalam keadaan bersedia menghadapi bencana dan langkah penambahbaikan perlu

dambil bagi mengatasi isu yang dikesan semasa berlakunya bencana atau insiden.

(RANCANG) (LAKSANAKAN)

(PERIKSA) (AMBIL TINDAKAN)

Page 24: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 12

Bagi setiap fasa, rancangan berupa strategi harus dibuat. Ini diikuti oleh pelaksanaan

perancangan tersebut. Seterusnya, semua pelaksanaan harus diperiksa dan semua

kelemahan diperbetulkan melalui tindakan yang bersesuaian. Setelah itu, rancangan

dengan strategi penambahbaikan dibuat dan kitaran ini diteruskan. Amalan kualiti ini

diringkaskan dalam Rajah 2.

Page 25: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 13

BAB 3 – STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL

3.0 ORGANISASI PENGURUSAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL

Organisasi ini diketuai oleh Pengarah Hospital. Tujuan organisasi ini adalah untuk

merancang dan menjalankan aktiviti mengikut fasa pengurusan bencana. Organisasi

ini perlu disesuaikan mengikut keperluan dan kapasiti sumber setiap hospital.

Rajah 2 memberikan contoh organisasi ini.

Rajah 2 : Organisasi Pengurusan Bencana Dalaman Secara Am Mengikut Fasa-fasa Bencana.

Page 26: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 14

3.1 PENGARAH HOSPITAL Pengarah Hospital bertanggungjawab dalam memastikan perlaksanaan pelan ini

serta pemantauan evolusi bencana. Pengarah Hospital juga bertanggungjawab

dalam menjalankan respons eskalasi termasuk perolehan bantuan tambahan

semasa menghadapi Insiden Kecemasan Major atau Bencana (rujuk Rajah 3).

Semasa insiden kecemasan atau bencana dalaman, pengarah hospital akan

bertindak sebagai Ketua Operasi bagi Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman.

Rajah 3 : Pelan Eskalasi Pengurusan Sumber Bagi Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital

Page 27: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 15

3.2 JAWATANKUASA KESELAMATAN HOSPITAL

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, memantau dan

menilai pengurusan insiden kecemasan dan bencana dalaman secara keseluruhan

di hospital.

Semasa fasa mitigasi dan persediaan, jawatankuasa ini memainkan peranan utama

dalam mengadakan program kesedaran, pencegahan dan audit bagi proses dan

operasi. Dokumentasi aktiviti jawatankuasa ini perlu meliputi elemen berikut:

Takwim aktiviti

Laporan program yang dijalankan

Tindakan pembetulan dan pembaikan.

Dalam fasa respons , jawatankuasa ini memainkan peranan pemantuan bagi aktiviti

pengurusan insiden kecemasan dalaman mengikut PTIKBDH yang telah dirancang.

3.3 PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN DALAMAN

Rajah 4 : Organisasi Respon Bencana Dalaman Hospital

Page 28: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 16

Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman (PTKD) adalah pasukan yang diaktifkan

apabila berlaku kecemasan dalaman (rujuk Rajah 4).

3.3.1 Ketua Operasi Tindakan Kecemasan Dalaman

Pengarah Hospital adalah Ketua operasi tindakan kecemasan dalaman. Timbalan

Pengarah (Klinikal) akan mengambil alih sebagai Ketua Operasi dalam situasi

ketiadaan Pengarah Hospital.

3.3.2 Fungsi Ketua Operasi Tindakan Kecemasan Dalaman:

1. Mengetuai keseluruhan respons terhadap insiden kecemasan dalaman yang

berlaku.

2. Memastikan segala keperluan bagi operasi disediakan.

3. Memastikan pelan kesinabungan perkhidmatan (PKP) hospital berjalan dengan

sebaik mungkin.

4. Memastikan semua komunikasi dalaman dan luaran insiden kecemasan

berjalan lancar.

3.3.3 Penyelaras Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman (PTKD)

1. Pegawai yang dilantik oleh Pengarah Hospital boleh terdiri dari Timbalan

Pengarah, Ketua Jabatan dan Pakar yang bersesuaian (contoh : Pakar Perubatan

Kecemasan) atau pegawai lain yang berkelayakan.

2. Tugas dan tanggungjawab pegawai ini:

a. Menasihati dan membantu Pengarah Hospital dalam pemantauan semua

aktiviti semasa insiden kecemasan dan bencana.

b. Menyelaras dan memantau aktiviti respons kecemasan, perkhidmatan

klinikal dan pentadbiran berjalan dengan lancar.

Page 29: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 17

3.3.4 Ko-ordinator Klinikal

1. Memberikan fokus bagi perawatan pesakit bagi insiden major. Biasanya tugas ini

digalas oleh Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma atau wakil.

2. Biasanya beroperasi di Bilik Gerakan Hospital bagi menyokong respons Pasukan

Respons Kecemasan.

3.3.5 Ko-ordinator Pentadbiran

1. Memberikan fokus bagi sokongan pentadbiran bagi insiden major. Biasanya tugas

ini digalas oleh Timbalan Pengarah bahagian pentadbiran.

2. Biasanya beroperasi di Bilik Gerakan Hospital bagi menyokong respons Pasukan

Respons Kecemasan.

Nota : Peranan Ko-ordinator Klinikal dan Ko-ordinator Pentadbiran tidak perlu

diaktifkan jika insiden minor dan dapat ditangani oleh Pasukan Respons Kecemasan.

Dalam situasi sebegini, Pasukan Respons Kecemasan akan melapor terus kepada

Penyelaras PTKD.

3.3.6 Pasukan Respons Kecemasan

Pasukan Respons Kecemasan (Emergency Response Team) berperanan untuk

menjalankan operasi respons kecemasan, evakuasi, kawalan keselamatan dan

perawatan pesakit dalam kawasan insiden kecemasan dan tempat berkumpul.

Pasukan Respons Kecemasan diketuai oleh Ketua Jabatan atau wakil beliau atau unit

di mana insiden berlaku.

Page 30: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 18

3.3.7 Pasukan Respons Kecemasan

1. Pasukan Respons Kecemasan adalah pasukan yang menangani setiap insiden di

jabatan atau unit di mana insiden berlaku. Pasukan Respons Kecemasan

beroperasi di Pusat Kawalan Insiden.

2. Pusat Kawalan Insiden boleh dibuka di tempat yang selamat dari tempat insiden

berhampiran jabatan atau unit terlibat supaya Ketua Pasukan Respons

Kecemasan, Pegawai Kawalan Insiden, Pegawai Evakuasi, Pegawai Perawatan

dan Pegawai Kawalan Keselamatan dapat menyelaras semua aktiviti. Seorang

pemantau boleh mendokumenkan semua aktiviti dan perkembangan. Sekiranya

keadaan tidak selamat untuk membuka Pusat Kawalan Insiden di dalam unit atau

jabatan masing-masing, pusat berkenaan boleh beroperasi di Tempat Berkumpul

untuk sementara sehingga tempat alternatif yang sesuai boleh dikenalpasti.

3. Sekiranya skala insiden adalah kecil, Pasukan Respons Kecemasan akan

beroperasi tanpa perlunya pengaktifan sokongan ko-ordinator klinikal dan

pentadbiran.

4. Dalam insiden berskala besar, pasukan ini disokong oleh Ko-ordinator Klinikal dan

Ko-ordinator Pentadbiran yang mana bantuan respons dari jabatan/unit lain

diperlukan. Bilik Gerakan Bencana hospital akan diaktifkan sekiranya situasi ini

berlaku.

3.3.7.1 Komponen Pasukan Respons Kecemasan

Pasukan Respons Kecemasan adalah terdiri daripada:

1. Ketua Pasukan Respons Kecemasan (Emergency Manager).

2. Pegawai Kawalan Insiden.

3. Pegawai Evakuasi.

4. Pegawai Perawatan.

5. Pegawai Kawalan Keselamatan.

Page 31: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 19

3.3.7.2 Ketua Pasukan Respons Kecemasan

Peranan digalas oleh Ketua Jabatan/Ketua Unit bagi jabatan/unit yang terbabit.

Tugas-tugas Ketua Pasukan Respons Kecemasan adalah seperti berikut:

1. Menyelaras dan mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa

bertindak keselamatan dari masa ke semasa.

2. Mengetuai operasi latihan/kecemasan bagi keseluruhan bangunan.

3. Semasa insiden bersedia di Pusat Kawalan Insiden untuk menerima laporan

dan membuat perhubungan dengan Pegawai Insiden, Pegawai Tingkat dan

Pegawai Keselamatan semasa berlakunya apa-apa insiden major.

3.3.7.3 Pegawai Evakuasi

1. Selalunya dipegang oleh anggota penyeliaan kanan atau kejururawatan yang

terlatih dan diberi kuasa dan tanggungjawab untuk keselamatan bahagian atau

tingkat tertentu hospital.

2. Bertanggungjawab ke atas keselamatan penghuni atau anggota bangunan

secara menyeluruh.

3. Menyelaras semua prosedur yang berkaitan dengan evakuasi bangunan.

4. Dibantu oleh ketua tingkat dan pasukan perubatan.

5. Menyelaras semua aktiviti evakuasi dan komunikasi dengan ketua tingkat dan

bilik operasi.

Page 32: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 20

3.3.7.4 Pegawai Kawalan Insiden

1. Selalunya dipegang oleh anggota penyeliaan atau kejururawatan yang terlatih

dan diberi kuasa dan tanggungjawab untuk keselamatan hospital. Pegawai lain

yang bersesuaian boleh memainkan peranan berdasarkan unit yang terlibat

dan petugas yang ada.

2. Bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal kejadian kecemasan

supaya tidak merebak.

3. Mengarahkan pasukan mencari dan menyelamat menjalankan tugas,

mengawal kerosakan akibat hazad dan menyelamat mangsa pada peringkat

awal insiden.

4. Membantu dan mendapatkan maklumat mengenai insiden daripada responder

dan skuad mencari dan menyelamat dari masa ke semasa.

3.3.7.5 Pegawai Keselamatan

1. Selalunya dipegang oleh Ketua Unit Keselamatan Hospital atau wakil. Ia boleh

terdiri daripada pasukan polis bantuan, anggota keselamatan swasta atau

pemegang konsesi yang dilantik berdasarkan hospital masing-masing.

2. Bertanggungjawab ke atas kawalan keselamatan trafik dan keselamatan orang

ramai di sekitar bangunan.

3.3.7.6 Pegawai Perawatan

1. Selalunya dipegang oleh anggota klinikal kanan di unit atau jabatan terbabit.

2. Bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti klinikal yang melibatkan pesakit di

lokasi terlibat semasa respons kecemasan.

Page 33: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 21

3. Bertanggungjawab memastikan kesinambungan perkhidmatan klinikal di

tempat berkumpul sekiranya evakuasi perlu dilaksanakan.

3.3.7.7 Ketua Tingkat /Kawasan (Floor/Area Marshall)

1. Selalunya dipegang oleh anggota kejururawatan wad atau pegawai yang paling

senior di unit terbabit.

2. Bertanggungjawab terhadap evakuasi penghuni daripada tingkat apabila

penggera amaran berbunyi atau arahan dikeluarkan.

3. Berhubung dengan Pegawai Evakuasi bagi laporan situasi evakuasi.

4. Bertanggungjawab mengemaskini dan menyediakan senarai nama pesakit dan

petugas.

5. Membuat pemeriksaan terakhir di tingkat sebelum meninggalkan lokasi

kejadian.

6. Memaklumkan kepada Bilik Kawalan sebelum meninggalkan tingkat atau

lokasi.

7. Membuat panggilan nama di tempat berkumpul (head count).

8. Melaporkan kepada Pegawai Evakuasi selepas membuat panggilan nama.

3.3.7.8 Pegawai Perawatan (Clinical Controller)

1. Dipegang oleh anggota klinikal kanan dari jabatan/unit yang terlibat dengan

insiden.

2. Bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti klinikal semasa insiden. Misalnya,

memastikan semua keperluan perubatan pesakit dipenuhi semasa evakuasi.

Page 34: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 22

3. Pesakit yang mempunyai peluang kualiti hidup paling baik diberikan keutamaan

untuk dievakuasi dahulu. (Lihat 6.2 dan 6.3)

4. Arahan diberikan kepada petugas wad untuk menggunakan ventilator mudah

alih atau bag oksigen (bag-valve-mask) yang dipam sepanjang masa

sementara dipindahkan ke wad alternatif.

5. Memastikan rekod pesakit (case note) dibawa bersama ke tempat berkumpul.

6. Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan klinikal di tempat berkumpul

sehinggalah semua pesakit dipindahkan ke tempat rawatan definitif.

3.3.7.9 Skuad Mencari dan Menyelamat

1. Skuad ini terdiri daripada mereka yang terlatih dalam kursus kebombaan.

2. Mereka ini mahir dan terlatih dalam mengendalikan peralatan.

3. Apabila insiden berlaku, skuad ini berkumpul di Bilik Kawalan dan menerima

arahan terus dari pegawai insiden.

4. Peralatan perlindungan diri (PPE) yang bersesuaian harus dipakai dengan

lengkap sekiranya skuad ini memasuki kawasan insiden.

5. Skuad ini membantu mengawal kejadian dari merebak mengikut kemahiran

yang diperolehi semasa latihan.

Page 35: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 23

BAB 4 – PERANCANGAN PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL

4.0 PERANCANGAN KONTINGENSI

Setiap hospital harus membuat perancangan kontingensi bagi mengenalpasti risikio-

risiko yang ada. Risiko-risiko yang dikenalpasti haruslah dipanjangkan kepada pihak

pengurusan. Ini supaya usaha dan tindakan bersepadu dapat dibuat dengan pihak

pengurusan untuk memastikan presmis adalah selamat dari risiko-risiko tersebut.

Dalam perancangan kontingensi, kapasiti hospital juga dikenalpasti dan

diperkukuhkan untuk menangani kemungkinan berlakunya risiko-risiko yang

dikenalpasti.

Dalam perancangan kontingensi, pelan insiden kecemasan dan bencana dalaman

haruslah dihasilkan sebagai strategi tindakan hospital apabila berlaku insiden-insiden

atau bencana berdasarkan risiko yang dikenalpasti.

4.1 ELEMEN-ELEMEN PERANCANGAN KONTINGENSI Elemen-elemen dalam perancangan kontingensi adalah seperti berikut:

1. Analisa situasi dan ancaman.

2. Penilaian Risiko.

3. Komunikasi risiko.

4. Mengenalpasti kapasiti respon.

4.1.1 ANALISA SITUASI Hospital perlu mengenalpasti ancaman (hazad) yang ada di dalam dan persekitaran

hospital. ‘Ancaman’ atau ‘hazad’ merujuk kepada sesuatu faktor atau kejadian yang

boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia, harta benda atau persekitaran.

4.1.2 PENILAIAN RISIKO Penilaian risiko perlu dilaksanakan bagi setiap ancaman yang telah dikenalpasti.

Terma ‘risiko’ merujuk kepada kebarangkalian sesuatu insiden berlaku.

Page 36: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 24

JENIS ANCAMAN CONTOH-CONTOH ANCAMAN

Fizikal Gangguan bekalan tenaga elektrik

Kegagalan sistem komunikasi dalaman atau luaran

Gangguan bekalan air bersih

Kerosakan sistem maklumat elektronik hospital

Keruntuhan atau ketidakstabilan bangunan

Gempa bumi

Kerosakan mesin dan alat perubatan

Banjir

Taufan

Kebakaran

Radiologi/Nuklear Bahan radioaktif.

Bahan nuklear.

Biologi Penyakit berjangkit (SARS, avian flu).

Nosocomial infection (MRSA).

Kimia Asid, alkali, pelarut, pengawet, gas anestetik, agen pencuci.

Ancaman bom

Psikososial Tingkah laku pesakit yang ganas

Persekitaran sosial hospital yang berisiko misalnya kewujudan kumpulan kongsi gelap,penagih dadah pengganas, penceroboh dan sebagainya di sekitar kawasan hospital

Jadual 3: Klasifikasi Jenis Ancaman

Page 37: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 25

4.2.1 KEKERAPAN PENDEDAHAN Kebarangkalian insiden kecemasan berlaku akibat ancaman perlu dikenalpasti.

Setiap ancaman yang dikenalpasti perlu dinilai bagi menentukan tahap pendedahan.

Jadual 4 menunjukkan klasifikasi tahap pendedahan (exposure).

PENDEDAHAN KEKERAPAN

Sangat kerap Pendedahan berterusan

Kerap Pendedahan lebih dari sekali seminggu

Biasa Pendedahan lebih dari sekali sebulan

Jarang Pendedahan lebih dari sekali setahun

Sangat jarang Pendedahan kurang dari sekali setahun

Jadual 4 : Klasifikasi Tahap Pendedahan Terhadap Ancaman Insiden Kecemasan di Hospital

4.2.2 MAGNITUD KESAN ANCAMAN Magnitud sesuatu ancaman menggambarkan impak sesuatu insiden kecemasan dari

aspek kecederaan dan kerosakan struktur, aset dan juga perkhidmatan sesebuah

hospital. Jadual 5 menerangkan klasifikasi magnitud ancaman.

MAGNITUD ANCAMAN PENERANGAN

Tidak signifikan

Tiada kecederaan/penyakit, tiada impak kerosakan

harta benda dan persekitaran serta perkhidmatan

hospital tidak terjejas.

Kecil (minor)

Mangsa memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.

Impak terhadap harta benda boleh dipulihkan serta-

merta dan perkhidmatan teras hospital tidak terjejas.

Sederhana (moderate)

Mangsa memerlukan rawatan pesakit dalam wad.

Berpotensi mendapat kecederaan kekal/penyakit

serius. Impak kepada harta benda tidak boleh

dipulihkan serta-merta. Sebahagian perkhidmatan

teras hospital terjejas dan bantuan luar diperlukan.

Page 38: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 26

MAGNITUD ANCAMAN PENERANGAN

Besar (major)

Potensi maut adalah tinggi. Terdapat risiko

kecederaan kekal dan rawatan pesakit dalam wad

diperlukan. Impak terhadap harta benda tidak boleh

dipulihkan dengan serta merta. Sebahagian besar

perkhidmatan teras hospital terjejas dan bantuan

luar diperlukan.

Sangat besar (catastrophic)

Potensi maut adalah tinggi. Kemusnahan

menyeluruh menyebabkan seluruh perkhidmatan

hospital terhenti.

Jadual 5 : Klasifikasi Magnitud Ancaman Insiden Kecemasan di Hospital

Page 39: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 27

4.2.3 MATRIKS RISIKO Matriks risiko merupakan gabungan kekerapan pendedahan dan magnitud sesuatu

ancaman. Penilaian risiko sesuatu ancaman mestilah realistik dan tidak bergantung

semata-mata kepada senario paling buruk. Rujukan terhadap pengalaman lalu,

statistik mortaliti dan morbiditi, laporan metereologi dan situasi semasa boleh

digunakan. Ia boleh dirumuskan sebagai ”Matriks Risiko” seperti dalam Jadual 6.

Matriks ini boleh digunakan bagi setiap ancaman yang dikenalpasti.

MATRIKS RISIKO

KATEGORI

PENDEDAHAN

MAGNITUD ANCAMAN

Tidak Signifikan

Kecil Sederhana Besar Sangat Besar

(Sangat kerap) T T E E E

(Kerap) S T T E E

(Biasa) R S T E E

(Jarang) R R S T E

(Sangat jarang) R R S T T

E=Ekstrim T=Tinggi S=Sederhana R= Rendah

Jadual 6 : Matriks Risiko Ancaman Insiden Kecemasan dalam Hospital

Berdasarkan penilaian risiko menggunakan matriks ini, pihak pengurusan boleh

memberikan penekanan bagi persediaan hospital terutamanya terhadap ancaman dalam kategori ekstrim atau tinggi.

Page 40: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 28

4.3 KOMUNIKASI RISIKO

1. Pengarah Hospital bertanggungjawab melantik seorang ahli dari Jawatankuasa Keselamatan Hospital untuk melaksanakan komunikasi risiko berdasarkan

analisa risiko yang dijalankan.

2. Tujuan komunikasi ini adalah untuk mendapatkan perhatian dan kesedaran semua

pihak dalam mengambil langkah-langkah persediaan yang bersesuaian bagi

menghadapi setiap risiko dan ancaman tersebut.

3. Jenis komunikasi risiko adalah seperti berikut:

a. Komunikasi Ke Peringkat Atasan (Dalaman). Ia melibatkan pemakluman

risiko kepada Jabatan Kesihatan Negeri atau Ibu Pejabat Kementerian

mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, risiko yang ada berdasarkan matriks

risiko boleh dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan. Berdasarkan

kepentingan menangani risiko berkenaan, maklumat berkenaan boleh

dipanjangkan kepada pengarah hospital dan dimajukan kepada Pengarah

Kesihatan Negeri, Pengarah Perkembangan dan seterusnya kepada Ketua

Pengarah Kesihatan. Maklumat berkenaan boleh dipanjangkan menurut

turutan ini jika tidak dapat diselesaikan pada setiap peringkat.

b. Komunikasi ke Peringkat Luaran. Ia melibatkan pemakluman risiko

kepada pihak lain yang berkaitan termasuklah agensi KKM di luar

organisasi atau agensi luar seperti bomba, polis dan sebagainya.

Komunikasi ini boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian jika penglibatan

bersama agensi luar dapat membantu mengurangkan risiko berkenaan.

Dalam keadaan tertentu, mesyuarat khas Ketua Pengarah Kesihatan boleh

digerakkan bersama cadangan penyelesaian yang melibatkan agensi luar.

c. Komunikasi Ke Peringkat Bawahan. Ia melibatkan program kesedaran

atau latihan seperti kursus, “tabletop exercise” dan latihan praktikal yang

dijalankan dari semasa ke semasa di peringkat jabatan dan hospital.

Page 41: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 29

4.4 KAPASITI RESPON Kapasiti respons merujuk kepada keupayaan menangani insiden kecemasan dalaman

yang berlaku meliputi perkara-perkara berikut:

1. Matriks sumber.

2. Kaedah komunikasi

3. Kapasiti waktu puncak (surge capacity) dikenal pasti iaitu jumlah pesakit

maksimum yang boleh ditangani oleh hospital. Ini membolehkan langkah diambil

bagi mendapatkan sumber luar jika kapasiti melebihi had maksimum yang boleh

ditangani.

4.4.1 Matriks Sumber (Resources Matrix)

Matriks sumber mengambilkira lokasi dan kuantiti sumber dalaman yang sedia ada

dan sumber luaran yang boleh digerakkan. Sumber meliputi tenaga manusia, fasiliti

hospital (jabatan dan unit), peralatan perubatan (aset, inventori dan alat pakai buang),

peralatan bukan perubatan (komunikasi), ubat-ubatan, pengangkutan dan kewangan.

Aktiviti pengurusan matriks sumber dalaman meliputi aspek:

1. Bantuan klinikal, pengurusan dan perkhidmatan sokongan..

2. Pengagihan semula sumber.

3. Penjadualan semula tugasan.

Matriks sumber bantuan luaran melibatkan Agensi Kesihatan, Agensi Kecemasan,

Pihak Berkuasa Tempatan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan lain-

lain yang berkaitan. Senarai perhubungan talian sumber ini perlu sentiasa

dikemaskini. Jadual 7 memberikan contoh bantuan-bantuan yang boleh diperolehi

dari organisasi atau agensi-agensi luaran.

Page 42: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 30

AGENSI JENIS BANTUAN

Hospital Rawatan, kepakaran, katil, aset peralatan (perubatan

dan bukan perubatan).

Jabatan Kesihatan Negeri & Pejabat

Kesihatan Daerah

Tenaga manusia, ambulan, aktiviti epidemiologi

Pejabat Daerah Bantuan logistik

Bomba dan Penyelamat Malaysia Tenaga manusia, operasi menyelamat,

pengangkutan, bot, helikopter

Angkatan Tentera Malaysia Proses pemindahan, hospital bergerak, bot,

helikopter, pembinaan jalan/ jambatan

Polis Diraja Malaysia Unit pemusnah bom, kawalan keselamatan

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Tenaga manusia, ambulan , bot

Bulan Sabit Merah Malaysia, St John’s

Ambulance

Tenaga manusia, ambulan, logistik,

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bekalan makanan, pakaian, kaunseling

Agensi bekalan Air Bekalan air bersih, tangki bergerak

Tenaga Nasional Berhad Janakuasa elektrik

Telekom Malaysia Unit Komunikasi Bergerak

Majlis Perbandaran/ Majlis Kerajaan

Tempatan

Khemah, tandas bergerak, sanitasi

SAPURA Pengukuhan komunikasi radio

Jabatan Kerja Raya Bantuan logistik dan kejuruteraan

Jadual 7 Contoh Matriks Sumber Luaran dari Agensi Kesihatan, Agensi Kecemasan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Syarikat Konsesi Perkhidmatan Khas Negara.

Page 43: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 31

BAB 5 – AKTIVITI FASA PENCEGAHAN & MITIGASI

Fasa pencegahan dan mitigasi menggariskan aktiviti-aktiviti yang perlu diambil

bagi mengelakkan kejadian bencana atau setidak-tidaknya mengurangkan kesan

bencana sekiranya dapat dielakkan.

Aktiviti ini terbahagi kepada dua:

1. Perancangan struktur (structural)

2. Polisi Operasi (non-structural)

Analisa Situasi Perancangan Struktur Polisi Operasi

Banjir Pembinaan hospital di

kawasan tanah tinggi

Pemindahan aset kritikal

ke kawasan yang tidak

dinaiki air apabila amaran

banjir diterima.

Kebakaran Perancangan penetapan

peralatan cegah

kebakaran.

Memastikan laluan

kecemasan tidak

terhalang

Memastikan pemeriksaan

Parts Preventive

Maintenance (PPM)

berkala

Mendapatkan Sijil

Keselamatan Premis

Jabtan Bomba dan

Penyelamat

Insiden Biologikal Menyediakan

kemudahan

dekontaminasi

Menyediakan bilik isolasi

yang bersesuaian.

Penyediaan Personal

Protective Equipment

(PPE)

Amalan membasuh

tangan dan kawalan

jangkitan

Jadual 7 : Contoh Aktiviti Pencegahan dan Mitigasi

Setiap hospital harus mengambil segala langkah bagi mencegah insiden atau

bencana dalaman. Langkah-langkah yang bersesuaian boleh diambil bagi mitigasi

sebarang kejadian yang tidak diingini.

Page 44: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 32

5.1 PERANAN JAWATANKUASA KESELAMATAN HOSPITAL

Jawatankuasa Keselamatan Hospital terdiri daripada wakil-wakil pelbagai unit dan

jawatankuasa spesifik dan menjadi platform bagi pertukaran maklumat dan

menyepadukan semua tindakan dari entiti berbeza bagi memastikan keselamatan

hospital.

Jawatankuasa ini boleh memainkan peranan bagi langkah-langkah pencegahan

daripada berlakunya sebarang insiden kecemasan dan bencana di dalam hospital

berdasarkan maklumat yang diterima dalam mesyuarat yang diadakan.

Sebarang risiko yang dikenalpasti boleh dikemukakan dalam mesyuarat

jawatankuasa ini dan disalurkan kepada pengurusan hospital supaya langkah-langkah

bersesuaian diambil.

5.2 AHLI-AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN HOSPITAL

Ahli-ahli dalam jawatankuasa ini adalah seperti berikut :

1. Jawatankuasa Bencana

2. Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerja

3. Jawatankuasa Kebakaran

4. Jawatankuasa Keselamatan Pesakit

5. Jawatankuasa Kawalan Infeksi

6. Jawatankuasa Perlindungan Sinaran

7. Jawatankuasa Keselamatan Makanan

8. Jawatankuasa Keselamatan dan Trafik

9. Unit-unit lain atau jawatankuasa yang bersesuaian

Rujuk Rajah 2 Bab 3 bagi Organisasi Bencana Dalaman Secara Am Mengikut Fasa-fasa Bencana

Page 45: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 33

BAB 6 - AKTIVITI FASA KESIAPSIAGAAN (PREPAREDNESS)

6.0 PENGENALAN Fasa ini melibatkan segala aktiviti yang diambil dalam membuat persediaan bagi

menghadapi semua kemungkinan kejadian insiden atau bencana dalaman. Ini

termasuklah membuat strategi perancangan, menghasilkan pelan respon, latihan

simulasi dan sebagainya.

6.1 PENGHASILAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN DALAMAN HOSPITAL

Setiap hospital perlu menghasilkan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana

Dalaman Hospital (PTIKBDH) berdasarkan kepada analisa risiko yang telah

dijalankan. Komponen berikut perlu dinyatakan:

1. Tempat Berkumpul apabila berlaku proses evakuasi dalam insiden kecemasan.

2. Talian pengaktifan respons kecemasan hospital apabila berlaku kejadian insiden

kecemasan dalaman.

3. Mekanisme pengaktifan Pasukan Respons Kecemasan (Emergency Response

Team)

4. Pusat Kawalan Insiden

5. Bilik Gerakan Bencana Hospital sekiranya kejadian besar.

6. Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) bagi memastikan kesinambungan

perkhidmatan hospital. Setiap hospital harus mempunyai pelan kesinambungan

bagi memastikan operasi hospital berterusan.

Pelan tindakan yang spesifik seperti Pelan Tindakan Kebakaran, Pelan Evakuasi,

dan sebagainya perlu disertakan mengikut analisa risiko setiap hospital.

Page 46: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 34

6.2 Tempat Berkumpul (Assembly Point)

1. Tempat berkumpul perlu dikenalpasti di kawasan selamat di luar bangunan

hospital untuk anggota serta pesakit berkumpul sekiranya proses evuakasi perlu

dilakukan.

2. Kawasan lapang seperti tempat letak kereta, taman atau masjid boleh dijadikan

tempat berkumpul mengikut kesesuaian. Seelok-eloknya kawasan ini mempunyai

akses bagi laluan ambulans supaya pesakit dapat dipindahkan dengan mudah.

3. Kawasan yang dikenalpasti perlu mempunyai papan tanda yang jelas. Peta pelan

laluan ke tempat berkumpul perlu dipamerkan di lokasi yang strategik dalam

jabatan, unit atau wad sesebuah hospital.

6.4 Talian Kecemasan Hospital

1. Satu nombor talian kecemasan hospital yang khusus perlu diwujudkan bagi

memudahkan proses melaporkan insiden kecemasan.

2. Talian ini hendaklah sentiasa aktif secara berterusan selama 24 jam.

3. Nombor talian ini perlu dihebahkan kepada semua anggota hospital dan

dipamerkan di lokasi-lokasi strategik dalam jabatan, unit atau wad bagi makluman

orang awam.

6.5 Mekanisme Pengaktifan Pasukan Respons Kecemasan

1. Sistem pengaktifan pasukan respons kecemasan yang mudah dan berkesan perlu

dikenalpasti.

2. Kaedah komunikasi yang digunakan hendaklah dalam pelbagai bentuk bagi

menangani situasi sistem komunikasi tergendala. Contoh kaedah yang boleh

digunakan adalah sistem siar raya hospital, infoblast, mySMS, radio komunikasi,

applikasi internet seperti Whats Apps, Telegram atau telefon bimbit. Penggunaan

aplikasi internet seperti Whats Apps dan Telegram boleh dimanfaatkan bagi

penyebaran maklumat yang relevan secara berkesan di kalangan kumpulan

pengurusan dan responder.

Page 47: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 35

6.6 Pusat Kawalan Insiden Kecemasan

1. Pusat kawalan ini diwujudkan oleh Jabatan atau Unit yang terlibat secara langsung

dalam insiden kecemasan.

2. Ketua Pasukan Respons Kecemasan mengetuai aktiviti Pusat Operasi ini di bantu

oleh Pegawai Kawalan Insiden, Pegawai Evakuasi, Pegawai Perawatan dan

Pegawai Kawalan Keselamatan.

3. Lokasi Pusat Kawalan ini perlu dikenalpasti selamat dan tidak terlalu dekat dengan

kawasan insiden kecemasan.

4. Laporan insiden dan keperluan sumber bagi menangani insiden kecemasan

dikenalpasti dan diselaraskan di sini. Maklumat ini perlu disalurkan ke Bilik

Gerakan Bencana peringkat hospital ( Bilik Gerakan ini diaktifkan hanya jika

insiden besar dan memerlukan penyelarasan peringkat hospital).

5. Pusat Kawalan ini tidak mengeluarkan sebarang maklumat media.

6.7 Bilik Gerakan Bencana Dalaman Hospital

1. Bilik Gerakan Bencana perlu diwujudkan dalam insiden besar bagi penyelarasan

aktiviti koordinasi respon, komunikasi maklumat terkini, aktiviti pentadbiran dan

pengumpulan data-data survelans insiden kecemasan.

2. Bilik Gerakan ini diketuai oleh Pengarah Hospital. Beliau bertanggungjawab

melantik ahli jawatankuasa bagi membantu pengurusan laporan, pengendalian

media dan pengurusan waris.

3. Semua komunikasi dalaman atau luaran berkaitan insiden kecemasan hendaklah

melalui pusat ini. Skop komunikasi termasuk penyediaan nota makluman atau

sebaran media kepada Pengarah Kesihatan Negeri sehinggalah kepada Ketua

Pengarah Kesihatan Malaysia.

4. Lokasi Bilik Gerakan ini perlu dikenalpasti jauh dari lokasi-lokasi berisiko mengikut

analisa risiko yang dijalankan.

5. Bilik Gerakan ini perlu dilengkapkan dengan peralatan telekomunikasi dan

teknologi maklumat yang bersesuaian.

Page 48: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 36

6.8 Pelan Kesinambungan Perkhidmatan “Business Continuity Plan” (PKP)

1. Satu strategi khusus bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan sesebuah

hospital dalam insiden kecemasan atau krisis perlu dibuat. PKP perlu merangkumi

aspek perolehan sumber manusia, aset, pengurusan perawatan dan rekod pesakit

semasa krisis berlangsung.

2. Jenis insiden kecemasan yang boleh mengganggu perkhidmatan tersebut perlu

diambil kira. Setiap pelan tindakan insiden spesifik perlu mempunyai PKP

tersendiri.

3. Langkah-langkah hebahan gangguan perkhidmatan kepada anggota, pesakit,

waris dan masyarakat yang melanggani hospital tersebut perlu ditetapkan.

4. Penetapan pelan tindakan alternatif bagi memastikan perkhidmatan hospital tidak

terjejas secara berterusan adalah seperti berikut:

a. Secara Internal (fasiliti dalam jaringan kesihatan dan organisasi yang

sama).

i. Pengurangan skop perkhidmatan yang bukan teras (downscaling).

ii. Menghantar atau menyalurkan pesakit ke fasiliti alternatif dalam

hospital yang sama.

iii. Membawa masuk sumber baru ke dalam fasiliti untuk sementara

(aset, sumber manusia termasuk kepakaran).

iv. Diversi Ambulans (Ambulance Diversion) ke hospital lain KKM.

b. Secara eksternal (fasiliti di luar jaringan kesihatan dan organisasi).

i. Perolehan perkhidmatan luaran semasa krisis perlu diperolehi dari

fasiliti KKM yang berdekatan terlebih dahulu.

ii. Perolehan perkhidmatan luaran (pembelian perkhidmatan) dari

fasiliti swasta yang memenuhi spesifikasi boleh dilaksanakan

dengan mendapat kelulusan kewangan dari Ketua Setiausaha

Kementerian Kesihatan Malaysia.

iii. Penggunaan fasiliti luar yang boleh dipertimbangkan sebagai tempat

rawatan alternatif termasuklah wad, khidmat pengimejan diagnostik,

dewan bedah, dan unit rawatan rapi.

Page 49: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 37

5. Pengarah Hospital dengan bantuan Pasukan Pengurusan Insiden Kecemasan dan

Bencana Dalaman Hospital boleh menentukan tempoh perlaksanaan PKP.

6.9 PROGRAM KESEDARAN

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital yang disediakan

perlu dijelaskan kepada semua anggota. Kaedah hebahan boleh dijalankan melalui

garis panduan, risalah, poster dan kursus-kursus latih amal teori, simulasi, “table top

exercise” atau latih amal. Setiap anggota hospital perlu mengetahui fungsi dan

tanggungjawab masing-masing apabila berlaku insiden kecemasan dalam.

6.10 PEMBANGUNAN KAPASITI (CAPACITY BUILDING)

Pembangunan kapasiti melibatkan aktiviti perolehan, penggantian, peminjaman,

penyewaan perkhidmatan dan modifikasi sumber yang telah dikenalpasti.

Aktiviti modal insan seperti kursus dan latih amal pula akan membina kapasiti respons

anggota semasa berlaku insiden kecemasan dalaman. Contoh-contoh program

pembelajaran berterusan dalam pembinaan modal insan adalah:

1. Sikap penghuni kepada faktor keselamatan.

2. Penyelenggaraan yang sempurna bagi mengelakkan hazad dari alatan berisiko.

3. Kaedah pemadaman api.

4. Prosedur evakuasi bangunan.

5. Prosedur melaporkan diri semasa kecemasan (reporting procedure).

6. Prosedur membunyikan dan menghentikan loceng kecemasan (alarm and warning

procedure).

7. Bahaya-bahaya kimia, biologi dan radioaktif yang ada serta prosedur respons

kecemasan.

6.11 SIMULASI DAN LATIHAN AMAL Simulasi dan latihan amal hendaklah dilaksanakan secara berkala di setiap hospital.

Ia penting bagi kesiapsiagaan anggota hospital tentang peranan masing-masing

Page 50: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 38

apabila berlaku insiden kecemasan dalaman. Melalui aktiviti ini juga, penambahbaikan

berterusan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital dapat

dijalankan. Jadual 8 menerangkan klasifikasi jenis latihan kecemasan yang boleh

dijalankan.

Kawasan-kawasan berisiko tinggi haruslah diberikan keutamaan dalam menjalankan

latihan simulasi dan dril. Ini termasuklah wad, dewan bedah dan unit rawatan rapi.

Jenis latihan amal Kaedah Butiran

Latihan amal Teori

(Discussion Based)

Orientasi Penerangan mengenai peralatan, pelan

tindakan kecemasan dalaman hospital

berkenaan, kad tindakan anggota.

Table Top Simulasi lisan dan respons secara

lakonan.

Latihan amal Operasi

(Operational Based)

Simulasi

Respons

(Response

Simulation)

Simulasi respons sebenar atau

sebahagian komponen pelan tindakan

kecemasan dalaman hospital.

Simulasi

Fungsi

(Functional)

Simulasi aspek khusus dalam skala masa

sebenar dalam pelan tindakan kecemasan

dalaman hospital.

Simulasi

Penuh

(Full Scale)

Respons sebenar keseluruhan pelan

tindakan kecemasan dalaman hospital.

Jadual 8 : Klasifikasi Jenis Latihan Kecemasan

Page 51: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 39

BAB 7 – AKTIVITI FASA RESPON

Secara am, pengurusan insiden kecemasan dan bencana dalaman hospital boleh

dirumuskan seperti dalam Rajah 5 di bawah. Respons awal dimulakan oleh petugas

di wad atau unit yang terbabit.

Rajah 5 : Pelan Tindakan Am Pengurusan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital.

7.1 KAWALAN INSIDEN

Apabila insiden berlaku, petugas yang sedang bekerja harus mengambil langkah

segera bagi mengawal insiden sekiranya situasi selamat dan mengizinkan.

Contohnya, jika kebakaran ditemui, petugas boleh cuba memadamkan api dengan

alat pemadam api. Jika keadaan tidak terkawal, loceng penggera boleh dibunyikan

dan talian kecemasan dihubungi.

Page 52: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 40

7.2 NOTIFIKASI & RESPONS AWAL INSIDEN KECEMASAN

1. Aktiviti fasa respons bermula apabila mana-mana anggota hospital berhadapan

dengan insiden kecemasan.

2. Anggota tersebut perlu membuat notifikasi insiden tersebut kepada talian

kecemasan hospital yang khusus. Selepas notifikasi dibuat, anggota hospital

tersebut harus menjalankan aktiviti kawalan yang bersesuaian contohnya

memadamkan api apabila berlaku kebakaran.

3. Anggota yang mengendalikan Talian Kecemasan Hospital perlu mendapatkan

maklumat kritikal sesebuah insiden kecemasan serta membuat pemakluman

kepada pihak yang relevan misalnya Jabatan Penyelamat dan Bomba bagi situasi

kebakaran dan skuad mencari dan menyelamat hospital.

4. Petugas Talian Kecemasan Hospital bertanggungjawab memaklumkan anggota

Pasukan Respons Kecemasan (Emergency Response Team) ke lokasi

kecemasan. Ketua Jabatan atau wakil unit yang berkenaan apabila dimaklumkan

harus memainkan peranan mengaktifkan pasukan ini dengan mengarahkan

petugas-petugas kanan untuk memainkan peranan sebagai Pegawai Kawalan

Insiden, Pegawai Kawalan Evakuasi, Pegawai Perawatan dan Pegawai

Keselamatan.

5. Skuad mencari dan menyelamat dari jabatan boleh diaktifkan untuk mengawal

insiden dan menyelamat. Skuad mencari dan menyelamat dari luar jabatan juga

boleh diaktifkan jika terdapat petugas yang terlatih.

6. Anggota Pasukan Respons Kecemasan bertanggungjawab menjalankan analisa

situasi setempat yang meliputi aspek berikut:

a. Risiko keselamatan anggota, pesakit dan harta benda.

b. Risiko insiden kecemasan merebak.

c. Keperluan bantuan tambahan dalaman atau luar bagi menangani insiden.

Page 53: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 41

7. Berdasarkan analisa situasi setempat, Anggota Pasukan Respons Kecemasan

akan menentukan jenis insiden sama ada Insiden Kecemasan Minor atau

berpotensi menjadi Insiden Kecemasan Major. Insiden Kecemasan Minor boleh

diuruskan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan sahaja.

8. Insiden Kecemasan Minor merupakan insiden kecil yang boleh ditangani di

peringkat unit atau jabatan di mana insiden berlaku. Insiden Kecemasan Major melibatkan kesan yang lebih besar terhadap hospital dan memerlukan respons

yang lebih besar dengan sokongan pengurusan peringkat hospital yang lebih

besar. Contohnya kebakaran kecil yang dapat ditangani dan diselesaikan oleh

Pasukan Respons Kecemasan adalah Insiden Kecemasan Minor manakala

kebakaran yang merebak dan tidak dapat dikawal adalah Insiden Kecemasan

Major.

9. Bagi Insiden Kecemasan Minor, tindakan diuruskan oleh Pasukan Respons

Kecemasan tanpa perlu mengaktifkan Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman.

Operasi memadai diselaraskan di Pusat Kawalan di Jabatan atau unit terbabit

sahaja.

10. Semua Insiden Kecemasan Major memerlukan pengaktifan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital sepenuhnya dan Bilik

Gerakan Hospital perlu dibuka. Ko-ordinator Klinikal dan Ko-ordinator Pengurusan

akan beroperasi dengan melapor kepada Penyelaras Pasukan Tindakan

Kecemasan Dalaman. Pengarah hospital akan memainkan peranan sebagai

Ketua Operasi dalam situasi ini.

(Rujuk Rajah 4 Bab 3 : Organisasi Respson Bencana Dalaman Hospital).

Page 54: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 42

7.3 KRITERIA PENGAKTIFAN PTIKBDH BAGI INSIDEN MAJOR

Antara kriteria yang boleh digunapakai bagi pengaktifan pelan adalah seperti berikut:

1. Risiko keselamatan anggota, pesakit dan harta benda adalah jelas.

2. Insiden kecemasan berpotensi merebak.

3. Insiden berpotensi untuk menjadi tidak terkawal.

4. Evakuasi difikirkan perlu.

Apabila keadaan menjadi besar dan tidak terkawal, operasi Pasukan Respons

Kecemasan boleh diserahkan kepada pihak berkuasa misalnya, bagi insiden

kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

7.4 MEKANISME HEBAHAN

1. Dalam zaman kini, penggunaan komunikasi berasaskan internet seperti WhatsApp

dan Telegram digunakan secara meluas. Banyak hospital dan jabatan mempunyai

kumpulan petugas sedia ada dalam aplikasi ini yang terdiri dari Ketua Jabatan,

petugas pengurusan, kumpulan pegawai perubatan, kumpulan jururawat,

kumpulan pembantu pegawai perubatan dan sebagainya. Penggunaan medium ini

untuk hebahan boleh dibuat dengan berkesan. Namun berhati-hati dengan mesej

dan gambar yang dihantar untuk menjaga kerahsiaan bagi maklumat tertentu yang

melibatkan pesakit dan sebagainya supaya tidak disebar kepada media bagi

mengelakkan spekulasi.

2. Dalam situasi di mana Insiden Kecemasan Major berlaku dan terdapat risiko

terhadap pesakit, petugas dan pelawat, hebahan melalui mekanisme sistem siar

raya dan loceng keselamatan boleh dibuat.

3. Dalam menjaga kerahsiaan, sesetengah hospital juga boleh mengamalkan

penggunaan sistem kod bagi mengelakkan suasana panik. Hospital boleh

Page 55: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 43

menentukan kod tertentu yang diputuskan oleh pengurusan. Contohnya ‘Kod

Merah’ sebagai melambangkan berlakunya kebakaran.

4. Maklumat dan arahan bersesuaian boleh diberikan dan ini termasuklah jenis

insiden, lokasi kejadian, pemberhentian perkhidmatan serta arahan untuk

evakuasi ke tempat berkumpul dengan selamat.

7.5 EVAKUASI

1. Evakuasi adalah proses pemindahan pesakit, anggota, orang ramai atau peralatan

khusus dari insiden kecemasan ke tempat yang lebih selamat (tempat berkumpul).

2. Proses evakuasi boleh dimulakan oleh anggota senior yang bertugas yang berada

berhampiran insiden kecemasan sekiranya insiden amat berbahaya dan tidak ada

banyak masa untuk menyelamatkan pesakit dan petugas. Ia sebaiknya

diselaraskan bersama Pegawai Kawalan Evakuasi. Dalam situasi insiden masih

selamat, petugas harus memaklumkan tentang insiden kepada Ketua Jabatan bagi

membuat keputusan evakuasi.

3. Proses evakuasi perlu dijalankan secara teratur dan berkesan dengan

mengutamakan keselamatan nyawa.

4. Wad, unit atau ruang alternatif yang selamat perlu dikenalpasti sebagai ruang

perawatan pesakit sementara.

5. Bantuan anggota tambahan boleh diminta dari jabatan/unit lain bagi membantu

proses evakuasi. Sukarelawan dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, St.

John’s Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, RELA dan sebagainya

boleh dipinta. Jika perlu, waris pesakit juga boleh membantu pesakit semasa

proses evakuasi.

Page 56: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 44

7.5.1 PROSES EVAKUASI

1. Proses evakuasi harus diselia oleh Ketua Tingkat atau Kawasan (Floor or Area

Marshall). Tanggungjawab Ketua Tingkat / Kawasan adalah memastikan semua

pesakit dan petugas dievakuasi dengan selamat.

2. Evakuasi menggunakan prinsip mengutamakan mereka yang mempunyai

‘peluang dan kualiti hidup yang paling baik’. Setiap wad atau jabatan perlu

mempunyai kriteria klinikal pesakit yang perlu evakuasi terlebih dahulu.

3. Berdasarkan prinsip ini, mereka yang boleh berjalan sendiri diarahkan keluar

terlebih dahulu ke tempat berkumpul.

4. Bagi pesakit yang tidak boleh berjalan sendiri (non-ambulatory), proses saringan

(triage) hendaklah dibuat. Sekali lagi keutamaan diberikan kepada pesakit yang

mempunyai peluang kualiti hidup yang paling baik untuk dievakuasi lebih awal.

5. Pesakit yang bersambung dengan mesin ventilator dikeluarkan paling

terkemudian. Ventilator mudah alih (transport ventilator) atau teknik “bag-valve-

mask ventilation” secara manual digunakan semasa evakuasi ke tempat

berkumpul dijalankan. Keutamaan juga diberikan kepada pesakit yang mempunyai

peluang kualiti hidup yang paling baik di kalangan pesakit-pesakit ventilator.

6. Contoh kaedah pengangkutan pesakit semasa evakuasi boleh dirujuk seperti

Lampiran 1.

7. Sekiranya keadaan selamat, Ketua Tingkat / Kawasan boleh memastikan semua

suis, injap oksigen dan tingkap ditutup. Semua rekod pesakit dibawa bersama

pesakit.

8. Kiraan kepala (head count) dibuat di tempat berkumpul supaya tiada anggota dan

pesakit yang tertinggal.

9. Lokasi alternatif perawatan pesakit semasa insiden kecemasan atau bencana

perlu dikenalpasti oleh Pegawai Evakuasi bersama Pengurus Kecemasan.

10. Petugas dan pesakit boleh pulang ke wad masing-masing sekiranya keadaan

disahkan selamat. Jika tidak pesakit-pesakit akan ditempatkan di tempat rawatan

alternatif samada di dalam atau luar hospital. Arahan ini hanya boleh dibuat oleh

Pengarah Hospital.

Page 57: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 45

11. Semua Ketua Tingkat/Kawasan akan melaporkan situasi kepada Pegawai

Evakuasi di tempat berkumpul.

12. Semasa proses evakuasi berjalan, Pasukan Respons Kecemasan dari unit atau

jabatan terbabit akan digerakkan untuk mengawal insiden. Pasukan Respons

Kecemasan ini adalah seperti yang dijelaskan dalam Bab 3. (Rujuk Rajah 4 :

Organisasi Respons Bencana Dalaman Hospital)

7.6 PROSES ESKALASI

1. Sekiranya insiden yang berlaku bersifat minor dan dapat ditangani oleh Pasukan

Respons Kecemasan dari Unit/Jabatan masing-masing, laporan boleh dibuat

kepada Pengarah dan operasi unit atau jabatan dapat diteruskan sekiranya semua

situasi dipastikan selamat dan tidak menjejaskan perkhidmatan.

2. Walaubagaimanapun, sekiranya insiden yang berlaku bersifat major, pengaktifan

penuh Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman (PTKD) seperti yang dijelaskan

dalam Bab 3 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 boleh dilakukan.

3. Dalam insiden major, Pusat Panggilan Kecemasan hospital harus dimaklumkan.

Pasukan ambulans akan diaktifkan ke tempat berkumpul dan berdasarkan triaj,

mangsa-mangsa tertentu yang memerlukan resusitasi akan dibawa ke Jabatan

Kecemasan untuk rawatan. Walaubagaimanapun, pesakit-pesakit yang tidak

memerlukan resusitasi akan dibawa ke wad atau unit alternatif yang dikenalpasti.

4. Dalam insiden major, pasukan dari pihak Ketua Penyelia Jururuwat hospital yang

terdiri daripada penyelia-penyelia jururawat akan berkumpul di bilik gerakan untuk

menentukan lokasi rawatan alternatif dan menasihatkan Pegawai Evakuasi di

tempat berkumpul untuk penempatan setiap pesakit di tempat rawatan alternatif

yang ditentukan. Ambulans akan digerakkan untuk membantu pemindahan

pesakit ke tempat rawatan alternatif tersebut.

Page 58: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 46

7.7 PUSAT MAKLUMAT PESAKIT

1. Dalam insiden kecemasan major, pusat maklumat pesakit boleh dibuka bagi ahli

keluarga mendapatkan maklumat mengenai pesakit

2. Ketua Pusat Maklumat Pesakit boleh dilantik dari kalangan pegawai perhubungan

awam hospital. Petugas dari Jabatan Kerja Sosial perubatan dan kaunselor boleh

digerakkan ke sini bagi membantu waris pesakit mendapatkan maklumat tentang

pesakit.

3. Makanan ringan atau minuman juga boleh disediakan di sini dengan bantuan

Jabatan Dietetik hospital

7.8 PUSAT MEDIA

1. Dalam insiden kecemasan major, pegawai perhubungan awam harus memainkan

peranan bagi mengawal media dari awal.

2. Sidang akhbar boleh diuruskan dengan menetapkan masa dan tempat bagi

pengarah hospital sebagai ketua operasi dapat memberikan maklumat yang tepat.

Ini penting supaya wartawan dapat dikawal dan maklumat yang tepat dapat

disalurkan.

3. Pihak hospital juga perlu memberi perhatian terhadap maklumat yang dikongsi di

media dari awal. Petugas hospital perlu diberikan arahan supaya tidak sewenang-

wenangnya berkongsi gambar atau maklumat tentang insiden hospital bagi

mengelakkan spekulasi.

4. Walaubagaimanapun, pihak perhubungan awam hospital harus memainkan

peranan memberikan maklumat yang tepat dan tidak menimbulkan spekulasi salah

dengan saluran melalui akaun sosial media hospital seperti Facebook.

Page 59: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 47

7.9 PUSAT PENDAFTARAN PASUKAN SUKARELAWAN

1. Dalam insiden kecemasan major, akan ada sukarelawan yang datang mahu

membantu. Mereka mungkin terdiri dari badan kerajaan, badan bukan kerajaan

dan orang perseorangan.

2. Pusat pendaftaran pasukan sukarelawan boleh ditubuhkan di kawasan yang

dikenalpasti di hospital.

3. Ketua pusat ini boleh dilantik di kalangan pegawai perhubungan awam ataupun

petugas profesional yang dilantik oleh pihak pengurusan.

4. Semua sukarelawan didaftar dan bentuk sumbangan boleh dikenalpasti.

Sumbangan mereka sama ada dari segi kebendaan, perkhidmatan atau tenaga

boleh disesuaikan berdasarkan keperluan insiden.

Page 60: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 48

BAB 8 – AKTIVITI FASA PEMULIHAN

Fasa Pemulihan adalah penting bagi membolehkan hospital kembali beroperasi

dengan seberapa segera. Pengarah Hospital bertanggungjawab memastikan operasi

pemulihan hospital berjalan lancar. Fasa ini berlaku secara berperingkat. Pelan

Kesinabungan Perkhidmatan (PKP) digerakkan bagi memastikan kelangsungan

perkhidmatan. Ia melibatkan perkara berikut:

1. Keputusan untuk kembali ke fasiliti atau kawasan yang terlibat :

a. Arahan untuk kembali selepas evakuasi akan dilaksanakan selepas

penilaian pihak teknikal (Jabatan Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia dan

Jabatan Bomba dan Penyelamat).

2. Pemulihan sistem dan perkhidmatan dengan mengambil kira perkara berikut :

a. Memastikan perkhidmatan kecemasan dan kritikal tidak terganggu.

b. Memastikan perkhidmatan rutin hospital dapat dikembalikan secepat

mungkin.

c. Mengembalikan semula imej hospital melalui sidang akhbar dan hebahan

media.

3. Pengumpulan data dan maklumat mengenai inventori aset dan sistem. Semakan

inventori meliputi:

a. Semakan bekalan atau alatan yang digunakan semasa insiden.

b. Audit peralatan yang telah rosak atau hilang serta perancangan bagi

mendapatkan gantian.

c. Perancangan penstoran peralatan sebagai persediaan menghadapi insiden

kecemasan atau bencana pada masa hadapan.

Page 61: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 49

4. Analisa post mortem insiden dengan mengambilkira perkara berikut:

a. Analisa situasi dan audit.

b. Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma.

c. Perkhidmatan Klinikal.

d. Perkhidmatan Bukan Klinikal.

e. Maklumbalas agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat,

Polis Di-Raja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.

5. Audit klinikal bagi morbiditi dan mortaliti akibat insiden kecemasan harus

dilaksanakan.

6. Pelaporan insiden, kerosakan dan impak perlu dilaksanakan dan dihantar oleh

Pengarah Hospital ke ‘Crisis Preparedness and Response Center’ (CPRC)

peringkat negeri. Laporan tersebut mengandungi perkara-perkara berikut :

a. Laporan keseluruhan insiden kecemasan dan bencana.

b. Analisa komprehensif ke atas integriti struktur dan keselamatan.

c. Laporan perbelanjaan kewangan bagi sumber manusia, aset dan inventori

perubatan dan bukan perubatan.

d. Langkah pemulihan bagi mengatasi kekurangan dalam perkhidmatan,

anggota, alatan, kewangan dan lain-lain.

7. Pemulihan dan pengurusan kebajikan anggota serta pesakit.

a. Gejala Acute Stress Disorders dan Post Traumatic Stress Disoders di

kalangan anggota dan pesakit harus dikenalpasti dan dirujuk untuk rawatan.

Bantuan khidmat psikososial boleh diberikan sekiranya ini berlaku.

b. Pampasan atau saguhati yang bersesuaian boleh dipertimbangkan bagi

pembelian keperluan tertentu oleh petugas hospital.

c. Elaun lebih masa kepada petugas terlibat mengikut kesesuaian.

8. Surat penghargaan bagi sumbangan setiap anggota dan agensi luaran sebaiknya

dikeluarkan oleh pihak pengurusan hospital.

Page 62: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 50

9. Di hujung fasa pemulihan, pihak pengurusan harus mengenalpasti bagaimana

hendak mencegah insiden berkenaan dari berulang lagi. Langkah-langkah

pembaikan harus diambil berdasarkan ‘pengajaran’ dari insiden yang berlaku.

Page 63: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 51

BAB 9

INSIDEN KECEMASAN

DAN BENCANA

DALAMAN SPESIFIK

Page 64: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 52

BAB 9- INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN SPESIFIK

9.0 PENGENALAN

Setiap hospital perlu mempunyai Pelan Tindakan Kecemasan Dalaman spesifik bagi

institusi masing-masing.

Anggota hospital harus didedahkan dan dilatih melalui program latihan bagi

kesiapsiagaan untuk bertindak sekiranya berlaku insiden-insiden spesifik seperti di

bawah. Prinsip evakuasi bagi setiap insiden spesifik adalah serupa seperti yang telah

diterangkan dalam Bab 7.

Dalam segmen ini, insiden kecemasan atau bencana dalaman spesifik yang akan

dirangkumkan adalah seperti berikut :

1. Kebakaran

2. Banjir

3. Gempa bumi

4. Gangguan bekalan elektrik

5. Ancaman bom

6. Ancaman kimia

7. Insiden radiasi

8. Insiden biologi

9. Situasi ancaman keselamatan

Page 65: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 53

9.1 KEBAKARAN

Setiap hospital perlu mewujudkan satu Pelan Tindakan Kebakaran yang khusus untuk

hospital masing-masing.

9.1.1 AKTIVITI FASA PENCEGAHAN DAN MITIGASI

1. Pengarah Hospital perlu melantik satu Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran.

Jawatankuasa ini berada di bawah Jawatankuasa Keselamatan Hospital.

2. Fungsi Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran adalah:

a. Mengenalpasti kawasan di hospital yang berisiko kebakaran.

b. Memastikan keperluan pencegahan kebakaran kawasan berisiko adalah

bersesuaian dan berada di dalam keadaan baik. Jenis peralatan

pencegahan kebakaran boleh dirujuk di Lampiran 2.

c. Memastikan peralatan kebombaan yang sesuai, mencukupi dan tidak

terhalang.

d. Mengenalpasti pegawai-pegawai yang terlatih dan bertindak sebagai Skuad

Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran dan dapat berfungsi sebagai

Pasukan Respons Kecemasan.

9.1.2 AKTIVITI FASA PERSEDIAAN

1. Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran bertanggungjawab menyelaras dan

menjalankan latihan Skuad Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran bersama

Jabatan Bomba dan Penyelamat.

2. Tempat berkumpul perlu dikenalpasti bagi setiap zon.

3. Pelan laluan evakuasi perlu dipamerkan di lokasi strategik.

Page 66: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 54

4. Peralatan pencegahan kebakaran dan kebombaan perlu diselenggarakan secara

berkala.

5. Setiap unit atau wad perlu mewujudkan Pelan Tindakan Kebakaran yang

tersendiri. Pelan ini perlu mengenalpasti anggota Pasukan Respons Kecemasan

Kebakaran seperti berikut:

a. Pegawai Kawalan Insiden.

b. Pegawai Kawalan Evakuasi.

c. Pegawai Kawalan Perawatan.

d. Pegawai Kawalan Keselamatan.

6. Setiap hospital perlu memastikan anggota mengetahui pelan kebakaran hospital

yang terkini.

7. Latih amal kebakaran perlu dilaksanakan secara berkala.

9.1.3 AKTIVITI FASA RESPON

9.1.3.1 Pelan Tindakan Apabila Api Kelihatan

1. Notifikasi Insiden :

a. Anggota yang melihat kejadian api hendaklah dengan segera mengaktifkan

talian kecemasan hospital dan sistem penggera kebakaran.

b. Jika keadaan selamat, anggota berkenaan hendaklah cuba memadamkan

api di samping mengawal laluan orang ramai ke kawasan berkenaan.

2. Pengaktifan Pasukan Respons Kecemasan :

a. Anggota di Talian Kecemasan Hospital perlu mengaktifkan Pasukan

Respons Kecemasan berpandukan Proses Kerja yang telah ditetapkan.

Skuad Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran lokasi kecemasan

hendaklah diaktifkan cepat untuk memberikan respons yang pantas.

Page 67: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 55

b. Skuad Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran di lokasi kecemasan akan

menjalankan analisa insiden.

c. Skuad ini juga akan memberi maklumbalas kepada Pegawai Kawalan

Insiden dalam Pasukan Respons Kecemasan.

d. Pegawai Kawalan Evakuasi akan menyelaras aktiviti evakuasi ke tempat berkumpul mengikut analisa situasi.

e. Aktiviti respons akan mengikut garispanduan seperti dalam Bab 7.

3. Peranan anggota di tempat insiden:

a. Aktifkan sistem amaran seperti jeritan “API! API” dan pecahkan kaca

penggera.

b. Cuba padamkan api jika masih kecil dengan pemadam api.

c. Telefon bilik kawalan kebakaran hospital yang dikenalpasti oleh pihak

pengurusan. Jika bilik kawalan tidak dapat dihubungi, telefon Jabatan

Bomba dan Penyelamat di talian 999.

d. Evakuasi harus dilaksanakan jika perlu atau diarahkan. Prinsip evakuasi

adalah yang seperti yang telah diterangkan dalam Bab 7.

Apabila keadaan kebakaran menjadi besar dan tidak terkawal, operasi Pasukan

Respons Kecemasan boleh diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi

kawalan dan arahan ( command and control ) yang lebih berkesan.

Page 68: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 56

Page 69: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 57

9.1.4 TINDAKAN SELEPAS KEBAKARAN

Tindakan selepas kebakaran adalah sama seperti insiden-insiden kecemasan yang

lain. Aktiviti perlu dikhususkan kepada kesan kebakaran dan kecederaan. Aktiviti

lokasi yang terlibat perlu dipulihkan agar perkhidmatan yang diberikan dapat

diteruskan dengan segera.

Page 70: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 58

9.2 BANJIR

9.2.1 PENDAHULUAN

Pelan tindakan khusus untuk banjir wajar diwujudkan bagi setiap hospital yang

mempunyai risiko banjir yang tinggi. Insiden banjir dalaman hospital boleh melibatkan

sebahagian atau seluruh hospital. Dalam situasi ini , akses keluar masuk hospital juga

boleh terganggu. Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai Pelan Tindakan Banjir

yang lebih menyeluruh dan rujukan boleh dibuat terhadap pelan ini bagi situasi banjir.

Walaubagaimanapun, bab ini akan membentangkan garispanduan ringkas bagi

situasi yang mana banjir melibatkan hospital atau fasiliti KKM.

9.2.2 SISTEM AMARAN AWAL BANJIR

Setiap hospital perlu membuat penilaian risiko tentang kemungkinan terjadinya situasi

banjir yang melibatkan hospital. Bagi banjir yang melibatkan daerah atau negeri,

Hospital-hospital perlulah mendapatkan maklumat terkini daripada Bilik Gerakan

Daerah masing-masing tentang perkembangan terkini terutama semasa musim

tengkujuh.

Paras air sungai utama serta amaran sama ada bersedia untuk dipindahkan atau

kecemasan boleh diperolehi dari Jabatan Pengairan dan Saliran atau Majlis

Keselamatan Negeri.

9.2.3 JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN BANJIR HOSPITAL

Jawatankuasa ini boleh ditubuhkan bagi menangani banjir. Fungsi Jawatankuasa ini

adalah untuk:

1. Merangka, mengemaskini dan melaksanakan Pelan Tindakan Banjir.

2. Memaklum dan memberi panduan kepada anggota hospital akan tanggungjawab

dan carakerja yang perlu dilaksanakan bagi menghadapi banjir.

3. Mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan bahawa pihak hospital adalah

sentiasa bersiapsedia menghadapi kemungkinan banjir.

Page 71: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 59

9.2.4 FUNGSI BILIK GERAKAN BANJIR

Bilik gerakan perlu dibuka apabila diarahkan oleh Pengarah Hospital / Pegawai yang

bertanggungjawab.

1. Memastikan semua anggota yang terlibat melaksanakan tindakan seperti

mana yang dirancang.

2. Menyelaras, menerima dan menyalurkan maklumat.

3. Menyelaras aktiviti banjir peringkat hospital.

9.2.5 PENUBUHKAN AHLI JAWATANKUASA BANJIR HOSPITAL

Setiap hospital harus menubuhkan ahli jawatankuasa (AJK) masing-masing bagi

menghadapi bencana ini. Fungsi AJK adalah seperti berikut :

1. Bersedia dan bertanggungjawab dalam pengurusan banjir di dalam kawasan

hospital yang terlibat.

2. Bertanggungjawab menjaga harta dan memindahkan barang-barang,

peralatan, dan pesakit ke tempat atau ruang yang selamat jika keadaan

memerlukannya.

3. Bertindak untuk menghubungi Bilik Operasi Banjir Hospital bagi mendapatkan

apa-apa bantuan kecemasan.

4. Menyimpan lengkap semua nombor telefon dan alamat lengkap petugas di

Jabatan, Unit, atau Wad berkenaan sekiranya keadaan memerlukannya.

5. Berbincang mengenai keberkesanan dan kegagalan serta cara untuk

menangani sesuatu masalah akibat banjir.

6. Mengenalpasti segala kerosakan semasa banjir dan membuat laporan kepada

Pengarah Hospital.

7. Mengadakan aktiviti gotong-royong bagi pembersihan dan pencemaran akibat

banjir.

Page 72: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 60

9.2.6 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

1. Sebelum banjir berlaku, pihak hospital perlu mengenalpasti senarai anggota-

anggota yang boleh bertugas jika banjir berlaku dan anggota-anggota yang

tinggal di kawasan yang mungkin dilanda banjir dan tidak dapat hadir kerja

kerana lalulintas terputus.

2. Semasa banjir, semua ketua jabatan atau unit perlu menyelaras jadual kerja

petugas di jabatan masing-masing. Sekira berlaku kekurangan, Pengarah

Hospital perlu dimaklumkan.

3. Jika perlu, agihan semula anggota di antara jabatan dan wad dalam hospital

perlu dilakukan.

4. Sekiranya ada keperluan kerana kekurangan anggota yang akut, pihak hospital

perlu mendapatkan bantuan anggota daripada hospital lain yang tidak terlibat

dengan banjir melalui Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.

5. Senarai anggota-anggota hospital yang rumah mereka dilanda banjir perlu

dipantau di Bilik Gerakan.

9.2.7 PENGURUSAN BANJIR DI HOSPITAL

1. Ketua jabatan bagi unit atau kawasan terlibat harus membuat penilaian segera

dari segi kenaikan paras air.

2. Sekiranya banjir melibatkan jabatan atau unit di hospital, PTIKBDH boleh

diaktifkan dan Bilik Gerakan Hospital dibuka bagi menyelaras insiden.

3. Berdasarkan penilaian yang dilaksanakan, evakuasi pesakit dan pemindahan

aset boleh dipertimbangkan.

4. Sekiranya paras air naik cepat, evakuasi ke kawasan yang selamat harus

dilaksanakan.

5. Pasukan Respons Kecemasan boleh digerakkan bagi menyelaras kawalan

situasi seperti yang dihuraikan dalam Bab 7.

6. Kawasan alternatif untuk penyimpanan aset dan zon/wad klinikal perlu

dikenalpasti oleh Jawatankuasa Bencana. Pegawai Kawalan Insiden boleh

memainkan peranan bagi tujuan ini.

Page 73: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 61

7. Komunikasi Risiko:

a. Pengumuman harus dibuat tentang situasi semasa. Perkhidmatan

tidak kritikal boleh dihentikan dan pesakit luar dan waris

dinasihatkan pulang ke rumah supaya tidak keselamatan tidak

terjejas.

b. Pengumuman boleh dibuat melalui sistem siar raya dan hebahan

media bagi khidmat yang dihentikan atau tempat rawatan alternatif

bagi khidmat kritikal.

c. Tempat rawatan alternatif boleh ditentukan bagi memastikan

perkhidmatan rawatan kritikal seperti Jabatan Kecemasan dan Unit

Rawatan Rapi dapat diteruskan.

8. Pihak pengurusan harus membuat penilaian tentang bekalan tenaga elektrik,

air dan kemudahan yang lain semasa banjir. Penjana elektrik harus dipastikan

beroperasi bagi kawasan perkhidmatan kritikal yang memerlukan bekalan

elektrik seperti ICU, PICU, NICU dan unit hemodialisis. Sekiranya penjana

elektrik berisiko ditenggelami air, pelan alternatif seperti evakuasi hospital perlu

dipertimbangkan dengan lebih awal.

9.2.8 EVAKUASI KE HOSPITAL ALTERNATIF

Pihak hospital harus berhubung dengan Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengarah

Jabatan Kesihatan Negeri bagi mengenal pasti hospital alternatif untuk evakuasi

pesakit sekiranya situasi memerlukan.Proses evakuasi perlulah dilaksanakan seperti

mana di dalam Bab 7 (evakuasi).

Page 74: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 62

9.2.9 PENGURUSAN ASET DAN PEMINDAHAN PESAKIT

1. Pergerakan aset dan pesakit perlulah direkodkan dan dibuat pemantauan.

2. Pergerakan pesakit harus didokumenkan.

3. Setiap pergerakan pesakit harus diiringi oleh anggota yang terlatih dan

dikoordinasi oleh Bilik Gerakan.

4. Bantuan pengangkutan seperti trak (jika ambulans tidak dapat meredah air yang

tinggi) boleh diperolehi dari agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat.

5. Di mana perlu, penggunaan helikopter juga boleh dipertimbangkan. Bantuan

helikopter boleh dipohon dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tentera

Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

9.2.10 TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS PENGISYTIHARAN TAMAT BANJIR OLEH PENGARAH

1. Penyelaras Bilik Gerakan mestilah menyediakan Laporan Inventori dan

menyerahkannya ke Bilik Gerakan Banjir.

2. Ketua-ketua Jabatan atau Unit mestilah menghantar laporan terkini mengenai

kedudukan/ kerosakan di Jabatan/ Unit serta anggaran kos yang diperlukan bagi

tujuan baikpulih.

3. Semua Jabatan mestilah membuat post-mortem untuk Jabatan atau Unit masing-

masing bagi mencari dan memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan.

4. Segala harta modal yang rosak atau terjejas akibat banjir hendaklah disenaraikan

dan mesti diserahkan kepada pihak pengurusan dalam tempoh seminggu selepas

banjir.

5. Kawasan yang terjejas perlu dibersihkan dan dilakukan dekontaminasi jika perlu.

Page 75: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 63

9.3 GEMPA BUMI

Malaysia terletak di luar kawasan lingkaran gempa bumi dan gunung berapi.

Walaubagaimanapun, gegaran gempa bumi masih boleh dirasai di hospital-hospital

apabila gempa bumi melanda negara- negara jiran.

9.3.1 KEPUTUSAN EVAKUASI APABILA BERLAKU GEMPA BUMI Keputusan evakuasi boleh dipertimbangkan sekiranya keadaan tidak selamat. Faktor-

faktor yang dipertimbangkan adalah :

1. Gegaran yang kuat boleh dirasai.

2. Amaran dari Jabatan Metereologi bagi gempa bumi & tahap, gegaran selepas

gempa atau amaran Tsunami.

3. Saranan dan pendapat keselamatan oleh jurutera hospital - FEMS (facility

engineering medical service) boleh dipanggil untuk memeriksa struktur bangunan

terutamanya bagi mereka memastikan keselamatan selepas gempabumi.

4. Analisa oleh jurutera Jabatan Kerja Raya juga boleh dipohon bagi keselamatan

bangunan.

5. Analisa oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat dari segi keselamatan struktur

bangunan juga boleh dipohon.

6. Maklumkan situasi kepada:

a. Jabatan Kesihatan Negeri.

b. Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian

Kesihatan Malaysia.

7. Keputusan sama ada evakuasi diperlukan dibuat berdasarkan faktor-faktor di atas

bagi memastikan keselamatan pesakit dan petugas.

8. Ikut prosedur evakuasi seperti dalam Bab 7 sekiranya evakuasi diperlukan.

Page 76: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 64

9.3.2 LANGKAH SEMASA GEGARAN DIRASAI DI DALAM BANGUNAN HOSPITAL

Semua petugas tidak harus cemas dan elakkan dari bergerak semasa gegaran

dirasai.

1. Jangan lari atau panik.

2. Jangan meninggalkan bangunan sehinggalah gegaran berhenti dan keadaan

selamat. Jika berada di dalam bangunan, tunggu di dalam bangunan. Kebanyakan

kecederaan berlaku ketika orang ramai meninggalkan bangunan dalam keadaan

panik.

3. Semasa gegaran berterusan, berlindung di bawah meja, meja tulis (cardiac table),

kerusi atau di tepi bahagian dalam dinding atau di sudut bilik. Jangan berada

berdekatan dengan tingkap kaca atau di depan pintu. Perhatikan alatan atau apa-

apa objek yang mungkin jatuh dari atas. Jangan menggunakan lilin, mancis api

atau menyalakan rokok semasa gegaran.

4. Selepas gegaran berlaku, keluar dari tempat berlindung dan perhatikan kawasan

sekeliling. Jika perlu evakuasi, sila ikuti proses evakuasi seperti dalam Bab 7.

Lapor diri di Tempat Berkumpul (Assembly Area).

5. Semasa meninggalkan bangunan perhatikan objek-objek yang mungkin jatuh dari

atas. Jangan gunakan lif.

6. Jangan panik jika alat penggera atau air pemadam api beroperasi. Sistem ini

biasanya diaktivasikan dalam situasi gegaran. Bunyi-bunyi kaca pecah, rekahan

atau objek jatuh adalah situasi yang dijangka semasa gempa bumi.

7. Bantulah orang lain untuk pergi ke tempat selamat. Pastikan rakan sekerja

selamat.

8. Berikan rawatan kecemasan atau ‘first aid’ di mana perlu.

Page 77: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 65

9. Bersedialah untuk menerima gegaran susulan yang mungkin berlarutan hingga

berhari-hari lamanya selepas gegaran pertama.

9.4 BEKALAN TENAGA ELEKTRIK TERPUTUS Bekalan elektrik ke hospital adalah utiliti penting kerana hospital beroperasi dengan

menggunakan tenaga elektrik bukan sahaja untuk lampu dalam premis tetapi bagi

alatan perubatan yang kritikal.

9.4.1 PENGGUNAAN KRITIKAL

Kebanyakan peralatan di hospital menggunakan tenaga elektrik untuk berfungsi. Ini

termasuklah peralatan yang penting untuk memastikan rawatan yang diberikan

kepada pesakit dapat diteruskan dengan berkesan. Sebagai contoh:

1. Ventilator.

2. Peti sejuk untuk vaksin, ubat, darah dan peralatan.

3. Dewan Bedah, zon resusitasi dan lain-lain.

Adalah penting untuk memastikan kaedah kontingensi untuk memastikan sumber

tenaga elektrik ini dapat disambung semula dalam masa yang sesingkat mungkin.

Semua hospital mempunyai generator yang seharusnya berfungsi sebaik sahaja

bekalan elektrik terputus.

9.4.2 OBJEKTIF PELAN PERSEDIAAN Pelan strategi dibuat dengan tujuan berikut :

1. Untuk memastikan sumber tenaga elektrik dapat disambungkan seberapa segera.

2. Untuk memastikan sumber tenaga elektrik yang lain diperolehi sekiranya penjana

elektrik di hospital tidak berfungsi.

3. Untuk memastikan kaedah alternatif dapat digunakan dengan segera.

Page 78: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 66

9.4.3 LANGKAH PERSEDIAAN BAGI MENGHADAPI BEKALAN TENAGA ELEKTRIK TERPUTUS

1. Menyediakan penjana elektrik sokongan yang diselenggara.

2. Mengenalpasti soket elektrik kecemasan (soket merah UPS).

3. Menyediakan peralatan yang menggunakan bateri yang berfungsi.

4. Menyediakan peralatan manual dan mekanikal.

5. Mengenal pasti dan menyenaraikan ubatan, peralatan dan unit yang memerlukan

sumber tenaga elektrik yang berterusan dan tempoh maksimum boleh bertahan.

6. Mengenalpasti sumber tenaga elektrik alternatif.

7. Sistem amaran dan pengumuman.

8. Keperluan evakuasi.

9. Menyediakan satu sistem kontingensi sokongan data pesakit (bagi hospital yang

menggunakan Teknologi Maklumat).

10. Meningkatkan kawalan keselamatan.

9.4.4 TINDAKAN SEMASA BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS.

1. Pengumuman kepada pelanggan dii tempat rawatan dengan menggunakan alat

pembesar suara (hailer).

2. Anggota di kawasan yang terlibat perlu menghubungi khidmat sokongan hospital

sekiranya penjana elektrik sokongan tidak berfungsi.

3. Pengendali khidmat sokongan hospital perlu membuat siasatan punca gangguan

dan bertindak untuk mengembalikan sumber bekalan elektrik.

4. Memeriksa dan memastikan peralatan yang menggunakan elektrik dapat

digunakan dengan sumber tenaga alternatif seperti soket elektrik sokongan dan

bateri atau secara manual.

5. Memastikan ubat-ubatan, vaksin dan darah yang memerlukan “cold chain” tidak

rosak.

Page 79: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 67

9.6 ANCAMAN KIMIA

9.6.1 PENGENALAN Risiko ancaman kimia di dalam hospital adalah rendah tetapi langkah perlu diambil

memandangkan kejadian insiden serangan pengganas semakin menular dan

penggunaan bahan kimia berbahaya seperti serangan gas saraf di Jepun pada Mac

1995. Pihak hospital perlu mengambil langkah-langkah persediaan bagi menangani

ancaman kimia bagi keselamatan anggota hospital dan pesakit.

Kategori bahan-bahan kimia berbahaya:

AGEN NAMA

Agen Saraf (Nerve agent) Tabun, Sarin, Soman, Cyclosarin, VX

Agen Lepuh (Vesicant / Blistering Agent) Mustard, Lewisite

Agen Darah (Blood Agents) Cyanide, Hydrogen Cyanide, Cyanogen

Agen Pernafasan (Pulmonary Intoxicants) Phosgene, Chlorine, Ammonia

Agen kawalan rusuhan (Riot control agents) Mace7, Pepper Spray

Agen Pelumpuh (Incapacitating Agents) BZ , Kolokol-1,Sleeping gas

Agen Saraf merupakan antara yang paling toksik di antara semua ejen tentera yang

digunakan. Ejen-ejen ini boleh menyebabkan pengsan, sawan , pernafasan terhenti

dan kematian. Sarin GB ialah salah satu agen saraf yang biasa digunakan. Ia boleh

digunakan dalam bentuk wap atau cecair. VX mudah diserap melalui kulit, mata, dan

paru-paru. Diagnosis mangsa diracun ejen saraf hendaklah dibuat secara klinikal atas

dasar tanda-tanda dan gejala seperti pengsan, sawan, sesak nafas dan kematian.

Agen saraf menghalang kolinesterase, enzim yang hadir dalam tisu saraf dan dalam

darah. Terdapat ujian darah makmal untuk menentukan aktiviti kolinesterase , namun

pengukuran aktiviti kolinesterase tidak praktikal semasa diagnosis dan pengurusan

keracunan agen saraf.

Page 80: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 68

Agen Lepuh (Vesicants) menyebabkan melepuh berlaku pada kulit. Sulfur mustard

boleh mempunyai bentuk wap atau cecair. Mustard menyebabkan kecederaan

kepada mata, kulit, saluran pernafasan, dan beberapa organ dalaman. Sebagai ejen

peperangan kimia ia mempunyai tindakan lambat, dan pendedahan kepadanya boleh

menyebabkan lepuh pada kulit, buta sementara, dan masalah pernafasan.

Kecederaan yang lebih luas boleh menyebabkan kematian akibat kegagalan

pernafasan daripada kecederaan saluran pernafasan dan sepsis akibat kerosakan

sum-sum tulang, penurunan sel-sel darah putih, dan kemerosotan sistem imun.

Agen Darah seperti cyanide adalah bahan kimia yang digunakan secara meluas. Ia

digunakan dalam percetakan, pertanian, fotografi, dan dalam pembuatan kertas dan

plastik. Jumlah besar cyanide diperlukan untuk menyebabkan kematian di medan

perang, oleh itu, ia bukan senjata tentera yang sangat baik. Penggunaan cyanide

boleh disasarkan di ruang terkurung seperti tempat letak kereta bawah tanah, pusat

membeli-belah, pusat konvensyen atau bangunan bertingkat tinggi. Cyanide terikat

dengan cytochrome A3 dan menghalang kesan oksidasi yang bertanggungjawab

untuk penggunaan oksigen dalam sel. Akibatnya, sel-sel terpaksa menggunakan

metabolisme anaerobik, dan menyebabkan asidosis laktik yang teruk.

Agen Pernafasan menyebabkan kecederaan yang mengancam nyawa paru-paru

yang teruk selepas bahan tersebut dihidu. Kesan-kesan ini biasanya tidak dilihat serta

merta. Ia boleh menyebabkan ramai mangsa yang boleh di cemari agen tersebut.

Phosphogen digunakan secara meluas dalam pembuatan pewarna, tar arang batu,

racun perosak, serta dalam bidang farmaseutikal. Bencana Bhopal, India pada tahun

1984, di sebuah kilang Union Carbide, melibatkan pembebasan sebanyak 50,000

methylisocyanate. Kimia ini adalah terdiri daripada fosgen dan methylamine. Terdapat

150,000 orang terjejas, 10,000 cedera teruk, dan 3,300 dibunuh. Kesan dari

pelepasan itu telah dianggap disebabkan oleh gabungan isocyanide dan phosphogen.

Page 81: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 69

Agen Kawalan Rusuhan adalah bahan kimia yang merangsang kelenjar lakrimal

untuk menghasilkan air mata dan merengsa mata, hidung, mulut, kulit, dan salur

pernafasan. Ia digunakan secara meluas oleh pihak berkuasa untuk mengawal

rusuhan, dan untuk melumpuhkan penjahat semasa situasi tebusan. Kesan agen

kawalan rusuhan adalah bersifat sementara. Kesannya hilang dalam tempoh

setengah jam.

Agen Pelumpuh menyebabkan mangsa dalam keadaan tidak sedar tentang apa

yang berlaku di sekeliling mereka. Agen ini dikaitkan dengan "gas penyebab pengsan"

(knock out gas) atau "gas KO" yang ideal untuk menyebabkan seseorang tidak dapat

membahayakan diri mereka sendiri atau orang lain.

9.6.2 PRINSIP TINDAKAN

9.6.2.1 EVAKUASI SEMASA KEJADIAN ANCAMAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Jika ancaman bahan kimia berbahaya berlaku di peringkat hospital, penilaian risiko

perlu dibuat. Proses evakuasi dilaksanakan seperti dalam Bab 7.

9.6.2.2 PAKAIAN PERLINDUNGAN SEMASA BENCANA KIMIA Pakaian perlindungan personal (PPE) adalah penting dalam pengendalian situasi

ancaman bahan kimia. Walaubagaimanapun, jenis-jenis PPE tertentu tidak terdapat

di hospital. Dalam situasi sebegini, pakaian perlindungan paling asas menggunakan

apron/gown , ‘mask’ N95, dan penutup kepada adalah pakaian perlindungan yang

paling asas untuk dipakai oleh petugas.

Page 82: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 70

9.6.2.3 JENIS-JENIS PAKAIAN PERLINDUNGAN Terdapat 4 tahap pakaian perlindungan mengikut piawaian antarabangsa dan

diringkaskan seperti dalam Jadual di bawah.

TAHAP PERLINDUNGAN PEGGUNAAN

Perlindungan Tahap A 1. Sut kalis kimia tertutup penuh, dengan radas pernafasan sendiri (Self-contained Breathing Apparatus- SCBA)

2. Ia menyediakan pernafasan maksimum dan perlindungan kulit.

3. Ia digunakan apabila terdapat risiko tinggi percikan cecair, udara toksik dan bahaya wap kulit, atau di mana bahan kimia itu tidak dikenali.

Tahap perlindungan B 1. Sut kalis kimia tidak tertutup penuh dengan radas pernafasan sendiri (SCBA) dan hud 2. Ia memberikan perlindungan pernafasan maksimum dengan kurang perlindungan kulit, kerana ia tidak tertutup sepenuhnya. Tangki udara di luar sut. 3. Ia memberi perlindungan terhadap ejen yang tidak mempunyai risiko wap kimia pada kulit dan apabila terdapat potensi percikan cecair yang rendah.

Tahap perlindungan C 1. Pakaian kalis bahan kimia berpenutup kepala dengan alat pernafasan yang menulenkan udara (air purifier).

2. Hanya boleh digunakan apabila:

Bahan kimia tidak mendatangkan bahaya percikan

Respirator yang sesuai.

Kriteria air purifier dipenuhi

Kepekatan bahan terlibat di bawah tahap berbahaya kepada kehidupan dan kesihatan

3. Menyediakan perlindungan yang mencukupi terhadap agen biologi bawaan udara dan bahan-bahan radiologi.

Perlindungan Tahap D 1. Digunakan semasa tiada risiko penafasan atau kulit yang

berbahaya.

2. Pakaian perlindungan asas hospital (Universal precaution): Apron/Gown , Mask N95 , sarung tangan.

Page 83: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 71

Tahap perlindungan yang disarankan :

Agen Perlindungan

Agen Saraf Tahap A di peringkat awal semasa

gas saraf disyaki.

Tahap B jika telah di pastikan tiada

risiko wap.

Agen Lepuh (Vesicant / Blistering

Agent)

Tahap A

Agen Darah Tahap B

Agen Pernafasan Tahap B

Agen Radiasi Penapis High Efficiency Particulate

Air (HEPA) bersama tahap C

Agen Biologi Penapis High Efficiency Particulate

Air (HEPA) bersama tahap C

Agen tidak dapat dipastikan Tahap A jika agen tidak dapat

dipastikan

Pakaian perlindungan di atas biasanya terdapat di kalangan petugas HAZMAT

(Hazardous Material). Bagi petugas hospital, sekiranya tahap ancaman tidak

memudaratkan, apa yang penting adalah untuk bergerak ke kawasan yang selamat.

Pakaian perlindungan asas seperti mask, sarung tangan dan apron boleh digunakan.

Page 84: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 72

9.6.2.3 DEKONTAMINASI MANGSA

1. Dekontaminasi adalah proses di mana pakaian yang tercemar ditanggalkan dari

badan. Penanggalan pakaian dengan sendirinya membuang 90% dari bahan

cemar (conteminant). Lagi 10% disingkirkan dengan mandian air dan sabun.

2. Mangsa bencana kimia perlu menjalani protokol dekontaminasi. Proses

dekontaminasi boleh dilaksanakan oleh :

a. Perkhidmatan Bomba (HAZMAT) –bagi mangsa yang ramai

b. Anggota perubatan di ruang dekontaminasi hospital – jika melibatkan bilangan

mangsa yang kecil

9.6.2.4 RAWATAN (KHUSUS) Rawatan seelok-eloknya dilakukan selepas proses dekontaminasi. Rawatan

bergantung kepada jenis bahan kimia dan antidot atau ubat-ubatan sesuai boleh

diberikan seperti biasa.

Antidot atau ubatan yang sedia ada boleh dikenal pasti di farmasi hospital atau

didapati daripada sumber luar. Senarai bahan kimia , kesan dan pengurusan pesakit

yang tercemar diringkaskan seperti di bawah

.

AGEN SIMPTOM KLINIKAL MASA ONSET

DEKONTAMINASI RAWATAN / ANTIDOT

AGEN SARAF Tabun, Sarin, Soman, VX

Wap :

Anak mata mengecil (miosis)

Hidung berair

Sesak Nafas

Wap : Saat

Wap : Aliran udara bersih, Membersihkan rambut dan anggota badan terlibat.

1. Protokol Airway, Breathing & Circulation (ABC) 2. Atropine : 0.05mg/kg IV, IM (min 0.1mg , max 5mg) ulang setiap 2-5min jika perlu untuk bronchospasm, rembesan cecair yang banyak, bradikardia, dan lain-lain 3. Pralidoxime : 25mg/kg IV. IM ( max 1g IV ; 2g IM), Dos boleh diulang 30-60min prn bagi keperluan atropine yang tinggi dan lemah badan yang berlanjutan. Pendedahan teruk atau sawan : Diazepam : 0.3mg/kg ( max 10mg) IV; Lorazepam : 0.1mg/kg (max 4mg) IV; Midazolam : 0.2mg/kg (max 10mg)IM PRN

Cecair : Mata Berair , Muntah Cecair dan Wap: Koma, lumpuh, sawan, Pernafasan terhenti

Cecair: Saat ke minit

Cecair: menanggalkan pakaian, Membersihkan anggota badan dengan sabun, pengairan mata (ocular irrigation)

Page 85: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 73

AGEN LEPUH ( VESICANTS )

Mustard

Kulit : lecur , keradangan Mata : keradangan Salur pernafasan : Sesak nafas, Sindrom masalah pernafasan akut (ARDS)

Berjam

Kulit : sabun dan air Mata : irrigasi mata Memberi kesan besar jika dilakukan serta-merta

Rawatan simptomatik mengikut keperluan ( Protokol ABCs, oksigen, nebulizer, anagelsik dan sebagainya)

Lewisite

Segera

British anti lewisite (BAL)

AGEN PERNAFASAN ATAU PULMONARI

Chlorine, Phosgene

Radang hidung , mata , tekak

Minit

Aliran udara bersih Kulit : Pengaliran Air

Rawatan simptomatik mengikut keperluan ( Protokol ABCs, oksigen, nebulizer, anagelsik dan sebagainya)

Edema Paru-paru, Bronkospasme

Bronkospasme: Minit Edema :Jam

Cyanide

Sakit Kepala, Muntah, Koma , sawan, Gangguan pernafasan atau Pulmonari edema

Saat

Aliran udara bersih Kulit : sabun dan air

1st line : IV Cyanokit(Hydroxocobalamin) 70mg/kg diberi berjangka 15min dan IV Sodium thiosulphate (12.5g diberi berjangka 10min) 2nd line : IV Sodium Thiosulphate sahaja. *Elakkan penggunaan IV Sodium Nitrate jika ada keracunan berserta carbon monoxide.

Agen Kawalan Rusuhan

CS,CN (Mace) Capsaicin (Pepper spray)

Mata : kesakitan, berair, radang Radang hidung dan tekak Kegagalan pernafasan adalah jarang Kegatalan kulit

Saat

Aliran Udara Bersih Mata: Pengaliran Air.

Rawatan simptomatik mengikut keperluan ( Protokol ABCs) *Kesan akan reda dengan masa

Page 86: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 74

9.7 INSIDEN RADIASI

9.7.1 PENGENALAN:

Menurut Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara, agensi teknikal utama untuk

sebarang kecemasan radiasi ialah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

Kementerian Kesihatan akan bertanggungjawab untuk menyediakan rawatan

perubatan kepada mangsa-mangsa manakala kawalan penyebaran alam sekitar

bahan-bahan radioaktif, penilaian kesan kepada alam sekitar, makanan dan bekalan

air, hartanah serta langkah-langkah perlindungan akan menjadi tanggungjawab

AELB.

Risiko Sinaran terdapat di hospital yang mempunyai unit :

1. Jabatan Pengimejan dan Radiografi

2. Jabatan Perubatan Nuklear

3. Jabatan Onkologi dan Radioterapi

Antara isotop utama yang digunakan di Jabatan Perubatan Nuklear termasuklah 99mTechnetium, 131Iodine , 67Gallium , 51Chromium 137Caesium , 32Phosphorus, 90Yttrium), Isotop yang digunakan dalam radioterapi Jabatan Onkologi termasuklah 60Cobalt ,192Iridium dan 125Iodin.

Sinar Radiasi boleh di katagorikan kepada 3 jenis:

Page 87: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 75

a. Sinar Alfa – Sinar ini bergerak pada jarak yang singkat dalam beberapa milimeter

seperti atom helium. Ia dapat dihalang dengan sekeping kertas.

b. Sinar Beta – Sinar ini bergerak pada jarak beberapa sentimeter. Ia dihalang oleh

sekeping kertas aluminium.

c. Sinar Gama – Sinar Gama dapat bergerak pada jarak beberapa meter. Ia hanya

dapat dihalang (tidak sepenuhnya) oleh lapisan plumbum yang tebal.

Nota: Sinar X-ray dan Sinar Gama adalah serupa tetapi berbeza dari segi sumber.

Sinar X-ray dapat dihentikan apabila suis dipadamkan.

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan

Sinaran Keselamatan Asas) 2010 [P.U.(A) 46/2010]2 yang dikeluarkan oleh

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), untuk pekerja sinaran, had

dedahan ditetapkan pada 20mSv setahun. Bagi orang awam (bukan pekerja sinaran)

atau pekerja sinaran yang hamil, had yang ditetapkan adalah pada kadar 1mSv

setahun.

9.7.2 PRINSIP RESPONS

1. Setiap respons haruslah melibatkan Pegawai Perlindungan Radiasi ‘Radiation

Protection Officer’ (RPO). Mereka ini dilantik daripada Pegawai Fizik

Perubatan. Setiap hospital yang mempunyai bahan radioaktif, mempunyai

seorang RPO. Dibawah RPO terdapat pegawai penilai radiasi ‘Radiation

Protection Surveyor’ (RPS) yang membantu peranan RPO. Kerjasama dengan

pihak RPO dan RPS adalah penting dalam menangani insiden radiasi .

2. Kadar radiasi akan dinilai dan risiko pencemaran akan ditentukan oleh pihak

RPO

a. Kawasan yang beradiasi tinggi akan disita. Petugas atau orang awam tidak

dibenarkan masuk ke kawasan yang disita melainkan dengan kebenaran

daripada pihak RPO

Page 88: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 76

b. Pihak Lembaga Pelesenan Atom (AELB) - boleh dihubungi bagi membantu

proses dekontaminasi / pembersihan kawasan daripada radiasi

3. Pengendalian mangsa

a. Mangsa yang kritikal perlu diberikan rawatan segera. Penilaian kadar

radiasi oleh RPO boleh dibuat selepas pesakit distabilkan.

b. Sekiranya tidak kritikal, RPO akan membuat penilaian radiasi.

RPO akan mengkategorikan pesakit ke dalam dua kategori:

9.7.2.1 Terdedah Sahaja (Exposed)

a. Pesakit ini tidak akan menyebabkan kemudaratan kepada anggota perubatan.

b. Mereka TIDAK mempunyai bahan-bahan radioaktif pada badan mereka.

c. Mereka mungkin mendapat kesan radiasi tetapi mereka tidak mengeluarkan

sinaran radioaktif dari badan.

d. Meter pengesan ke atas pesakit-pesakit ini tidak akan menghasilkan apa-apa

bacaan radioaktif yang ketara.

e. Pesakit TIDAK memerlukan pengasingan atau pemisahan daripada anggota

atau pesakit lain kerana mereka tidak menimbulkan apa-apa bahaya kepada

orang lain.

9.7.2.2 Tercemar (Contaminated)

a. Pesakit ini mempunyai bahan radioaktif pada badan mereka.

b. Pesakit yang tercemar masih boleh memberi kesan kemudaratan kepada orang

di sekeliling mereka kerana terdapat pancaran sinaran radioaktif dari tubuh

mereka.

c. Meter pengesan ke atas pesakit-pesakit ini akan menghasilkan bacaan

radioaktif yang ketara.

Hotline AELB : 1800887999

Page 89: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 77

d. Pesakit ini perlu diasingkan dan anggota yang merawat pesakit-pesakit ini perlu

diberi perlindungan radiasi dan mendapatkan nasihat daripada RPO atau ahli

fizik perubatan.

9.7.3 PRINSIP PERLINDUNGAN SINAR RADIASI

Perlindungan sinar radiasi adalah berdasarkan prinsip ‘DTS’ yang bermaksud

(distance, time, shield) yang merujuk kepada jarak sumber, masa pendedahan dan

perisai perlindungan.

DISTANCE ( JARAK ) D - RPO akan menilai menggunakan alat meter pengukur (Survey meter) untuk

mengenalpasti jarak selamat dari sumber

TIME ( MASA ) T – RPO akan membuat kiraan bagi kadar sinaran dan dos radiasi terkumpul yang

boleh diterima oleh petugas. Menurut garispanduan MOSTI seorang pekerja sinaran

boleh menerima sehingga 20mSv setahun. Bagi bukan pekerja sinaran hanya 1 mSv

boleh diterima setahun

SHIELD ( PERLINDUNGAN ) S - Perisai plumbum dapat mengurangkan sinaran gama tetapi bukan 100%.

Page 90: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 78

9.7.4 SIMPTOM-SIMPTOM AKIBAT TERDEDAH KEPADA RADIASI

Simptom-simptom boleh dibahagikan kepada dua ketegori:

1. Kesan awal :

a. Sistem gastrointestinal : loya, muntah - Simptom ini adalah yang paling kerap

dialami oleh mangsa radiasi . Tanda muntah menunjukkan bahawa pesakit

telah menerima dos radiasi yang tinggi

b. Sistem kardiovaskular : kadar nadi lebih laju, tekanan darah rendah.

c. Kulit : Kesan terbakar atau melepuh.

d. Sistem hemopoitik ( penghasilan darah ) : pengurangan paras sel darah

limfosit.

2. Kesan lewat :

a. ‘Deterministic effects’ :Kesan di mana kadar radiasi mencukupi untuk

membunuh sel atau menghalang sel daripada berfungsi atau membiak. Contoh

kesan adalah seperti:

Katarak radiasi

Dermatitis radiasi

b. ‘Stochastic effects’ : Kesan selepas pendedahan radiasi pada jangka masa

panjang yang menyebabkan penyakit genetik atau kanser. Contohnya

leukemia.

9.7.5 DEKONTAMINASI

Sekiranya terdapat pegawai terlatih dan kemudahan dalam proses dekontaminasi,

proses dekontaminasi boleh dilaksanakan tetapi sekiranya tiada, bantuan pihak

AELB boleh didapati melalui talian 24jam. Pihak HAZMAT dari Jabatan

Penyelamat BOMBA juga boleh dihubungi sekiranya proses dekontaminasi yang

melibatkan mangsa yang ramai diperlukan.

Page 91: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 79

9.7.6 PERAWATAN PESAKIT

Rawatan boleh dilaksanakan mengikut simptom dan dengan bantuan pakar yang

mempunyai latihan berkenaan pengendalian pesakit yang terdedah kepada

radiasi. Bagi kebanyakan kes, rawatan yang diberikan adalah rehidrasi, ubat anti-

emetik, antibiotik ( bagi jangkitan kuman sekunder) dan rawatan simtomatik yang

relevan. Bagi kesan lepuh atau terbakar, rawatan adalah serupa dengan rawatan

mangsa terbakar seperti di Unit Rawatan Pesakit Terbakar (Burn Unit). Bagi kes-

kes tertentu, rawatan khusus bahan radioaktif boleh digunakan seperti : Growth

Factor Stimulator , transplant sum-sum tulang dan transfusi darah.

Memandangkan kebanyakan rawatan adalah simtomatik, tidak semua pesakit

perlu dipindahkan ke hospital yang mempunyai kepakaran rawatan radiasi.

Konsultasi boleh dibuat dengan pakar yang telah mendapat latihan rawatan

radiasi. Rujukan boleh dibuat ke Bahagian Perkembangan Perubatan ,KKM , bagi

pakar-pakar yang boleh dirujuk.

Penghantaran sampel darah adalah seperti berikut : Full Blood Count

(FBC), Renal Profile (RP) , Liver Function Test (LFT) , Thyroid Function Test (TFT)

, Ujian darah untuk biodosimetri , Absolute lymphocyte count dan ‘whole body

count’. Mesin ‘Whole Body Count’ terdapat di Pusat Perubatan Universiti Malaya,

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) serta Agensi Nuklear Malaysia dan pesakit

boleh dirujuk ke sana.

9.7.7 PENYEDIAAN TEMPAT RAWATAN RADIASI

Zon dekontaminasi di Jabatan Kecemasan boleh dijadikan tempat rawatan radiasi.

Zon boleh disediakan dengan cara berikut :

a. Lantai dialas sama ada dengan ‘chinese paper’ atau ‘plastik tebal’.

b. Pesakit boleh diletakkan ke atas troli dekontaminasi .

c. Dekontaminasi setempat boleh dilakukan yakin dengan membuat irigasi air

pada kawasan yang mengeluarkan radiasi sahaja. (Dikenalpasti dari penilaian

oleh RPS atau RPO).

Page 92: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 80

d. Air yang digunakan untuk irigasi dikumpulkan dalam bekas.

e. Selepas proses dekontaminasi, pesakit akan dinilai semula oleh RPS atau RPO

menggunakan alat Geiger-Muller.

f. Jika tiada lagi radiasi, pesakit tidak memerlukan pengasingan.

g. Jika masih ada radiasi, pesakit akan dimasukkan ke dalam wad isolasi.

RPO akan membuat penilaian bagi :

a. Jarak yang selamat dari pesakit.

b. Had masa untuk perawat berdekatan dengan pesakit.

c. Pakaian perlindungan yang bersesuaian.

Page 93: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 81

9.7.8 RAWATAN KHUSUS BAHAN RADIOAKTIF Senarai Bahan Radioaktif, sifat dan perawatan adalah seperti berikut :

UNSUR PENYERAPAN PADA SISTEM PERNAFASAN

PENYERAPAN SISTEM

PENGHADAMAN

PENYERAPAN KULIT

KESAN TOKSIK UTAMA

RAWATAN KHUSUS

Americium 75% Sedikit Segera

Skeletal deposition, marrow suppression, hepatic deposition

Chelation with DTPA or EDTA

Cesium Penuh Penuh Penuh Whole body irradiation Prussian blue

Cobalt Tinggi <5% Tidak diketahui Whole body irradiation Supportive

Iodine Tinggi Tinggi Tinggi Thyroid ablation, carcinoma

Potassium iodide

Phosphorus Tinggi Tinggi Tinggi Bone, rapidly replicating cells

Aluminum hydroxide

Plutonium Tinggi Sedikit Terhad Lung, bone, liver Chelation with DTPA or EDTA

Radium Tidak Diketahui 30% Tidak diketahui Bone marrow suppression, sarcoma

Magnesium sulfate lavage

Strontium Terhad Sederhana Tidak diketahui Bone Supportive

Tritium Sedikit Sedikit Penuh Panmyelocytopenia

Dilution with controlled water intake, diuresis

Tritiated

Water Penuh Penuh Penuh Panmyelocytopenia

Dilution with controlled water intake, diuresis

Uranium Tinggi Sederhana -> Tinggi Tinggi

Pulmonary, nephrotoxic

Chelation with DTPA or EDTA, NaHC03 to alkalinize urine

Page 94: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 82

9.8 INSIDEN BIOLOGI

Ancaman biologi kepada hospital boleh di bahagikan kepada dua jenis, iaitu ancaman

disebabkan penularan virus atau bakteria baru yang menyebabkan penyakit serius

seperti MERS-CoV, SARS dan H1N1 serta ancaman disebabkan serangan agen

biologi bagi tujuan melumpuhkan sosioekonomi atau membunuh.

Akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988 (Akta 342) memerlukan

pegawai perubatan bertugas untuk melaporkan kejadian penyakit berjangkit kepada

jabatan kesihatan negeri. Ini adalah kerana perlunya pengawalan dan pencegahan

awal jika terdapat penularan penyakit yang baru.

Penyakit yang mempunyai implikasi bioterorisme yang berpotensi hendaklah

dilaporkan serta merta (termasuk malam, hujung minggu dan cuti) melalui telefon

kepada Jabatan Kesihatan Negeri bagi semua kes-kes yang disyaki atau kes yang

disahkan. Ancaman bioterorisme boleh juga disasarkan kepada hospital. Oleh yang

demikian, pengetahuan berkenaan ancaman yang ada dapat membantu dalam

memahami risiko terhadap petugas dan pesakit.

9.8.1 KATEGORI A

Agen biologi kategori A mempunyai keutamaan tertinggi. Agen ini bersifat:

a. Mudah disebar atau mudah berjangkit.

b. Penyebab kematian yang tinggi.

c. Boleh menyebabkan panik kepada orang awam dan gangguan sosial

d. Memerlukan tindakan khas untuk persediaan dari pasukan kesihatan awam.

Agen Kategori A termasuk:

a. Anthrax (Bacillus anthracis).

b. Botulism (Clostridium botulinum toksin).

c. Plague (Yersinia pestis).

d. Small pox (variola major).

e. Tularemia (Francisella tularensis).

Page 95: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 83

9.8.2 KATEGORI B

Agen biologi ini bersifat:

a. Sederhana mudah untuk disebarkan.

b. Kadar morbiditi dan kematian sederhana rendah.

c. Memerlukan makmal diagnostik untuk merawat dan tujuan pengawasan.

Agen Kategori B termasuk:

a. Brucellosis (spesies Brucella).

b. Epsilon toksin daripada Clostridium perfringens.

c. Ancaman Keselamatan makanan (contohnya, spesies Salmonella, Escherichia

coli O157: H7, Shigella).

d. Glanders (Burkholderia mallei).

e. Melioidosis (Burkholderia pseudomallei).

f. Psittacosis (Chlamydia psittaci).

g. Q Fever(Coxiella burnetii).

h. Ricin toksin dari Ricinus communis (kacang kastor).

i. Staphylococcal enterotoxin B.

j. Typhoid Fever (Rickettsia prowazekii).

k. Viral Encephalitis(alphaviruses contohnya, Venezuelan equine encephalitis,

eastern equine encephalitis, western equine encephalitis).

l. Ancaman keselamatan air (contohnya, Vibrio cholerae, Cryptosporidium

parvum).

9.8.3 KATEGORI C

Agen biologi yang bersifat patogen baru muncul yang boleh dihasilkan untuk

penyebaran secara besar-besaran kerana:

a. Mudah didapati

b. Pengeluaran dan penyebaran adalah mudah.

c. Potensi untuk kadar morbiditi dan kematian yang tinggi.

Agen Kategori C termasuk:

a. Virus Nipah.

b. Hantavirus.

Page 96: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 84

9.9 PRINSIP TINDAKAN BENCANA BIOLOGI 1. Alatan Perlindungan Diri (PPE)

Pakaian perlindungan bergantung kepada organisma yang terlibat. sekurang-

kurangnya pakaian perlindungan asas seperti N95, sarung tangan , head cover , mask

, apron boleh dipakai di dalam situasi begini Jangkitan boleh merebak secara udara

(airborne) atau titisan cecair (droplet). Pakaian perlindungan harus dipakai di semua

peringkat yang melibatkan pertembungan dengan pesakit.

2. Pesakit akan dirawat oleh pakar perubatan dalaman atau penyakit berjangkit di

dalam wad. Di Jabatan Kecemasan, pesakit akan diberikan rawatan awal oleh

petugas Jabatan Kecemasan di zon isolasi.

3. Aliran Pesakit dari Jabatan Kecemasan ke wad isolasi. Aliran pesakit adalah

seperti yang di tunjukkan dalam gambar rajah di bawah :

Page 97: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 85

Anggota di Ruangan Triaj Suspek jangkitan penyakit berjangkit

Pesakit diberi mask Pesakit diiringi pada jarak 3 kaki

ke ruang dekontaminasi

Pesakit diserahkan pada anggota di ruangan dekontaminasi

Pesakit diperiksa oleh doktor

Gambar ihsan Jabatan Kecemasan Dan Trauma Hospital Kuala Lumpur

Page 98: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 86

4. Dalam situasi di mana terdapat terlalu ramai pesakit / mangsa , khemah rawatan

boleh di buka. Semua petugas akan memakai pakaian PPE pada sepanjang masa.

5. Semua kes hendaklah dibuat notifikasi ke Jabatan Kesihatan Negeri bagi tujuan

pemantauan.

9.9.1 DUA FASA JANGKITAN

FASA PEMBENDUNGAN (CONTAINMENT) :

Semua pesakit yang mempunyai tanda-tanda atau suspek kes akan dimasukkan ke

dalam bilik pengasingan bagi mencegah penyakit merebak. Pesakit akan diperiksa

setelah diasingkan ke bilik pengasingan. Sampel daripada pesakit akan diambil dan

dihantar ke makmal berkenaan bagi pengesahan penyakit berjangkit.Dalam fasa ini,

pesakit yang terlibat tidak ramai. Pesakit atau kes suspek/contact case boleh di

masukkan ke dalam wad pengasingan sementara menunggu keputusan makmal dan

diberi rawatan tertentu seperti ubat antiviral.

FASA MITIGASI :

Dalam fasa ini, terdapat sejumlah pesakit yang terlalu ramai untuk ditempatkan di wad

isolasi, yang mana kapasiti katil sudah tidak dapat menampung jumlah pesakit. Kes-

kes yang di masukkan ke wad adalah kes-kes yang memerlukan kemasukan atas

sebab yang lain seperti masalah pernafasan yang akut dan sebagainya. Dalam Fasa

ini pesakit biasanya akan dirawat dengan pemberian ubat ubatan mengikut polisi

sedia ada dari Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan pemberian nasihat dan

Page 99: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 87

kertas makluman bila perlu mendapatkan rawatan selanjutnya berserta arahan

supaya di kuarantin di rumah supaya jangkitan tersebut tidak merebak. Pegawai

perubatan dan petugas dari jabatan kesihatan awam berperanan untuk membuat

susulan rawatan kes dan pengesanan kes-kes kontak.

9.10 ANCAMAN ANTRAKS Terdapat beberapa insiden sebelum ini yang mana sesetengah Jabatan Kerajaan

menerima surat yang mengandungi serbuk putih dan menimbulkan kegusaran akan

kemungkinan ancaman antraks. Anthrax Bacillus adalah sejenis bakteria Gram positif

yang digunakan oleh pengganas.

Terdapat kes-kes di mana surat yang berisi serbuk putih diposkan dengan tujuan

menakutkan penerima kerana serbuk putih kerapkalinya dikaitkan dengan ancaman

antraks. Jangkitan antraks boleh merebak melalui sentuhan kulit (cutaneous) atau

pernafasan (inhalational). Antraks juga boleh menyebabkan pendarahan hemorrhagic

mediastinitis serta ‘meningitis’.

9.10.1 SARANAN RESPONS DALAM SITUASI ANCAMAN ANTRAKS

1. Tinggalkan surat atau objek yang disyaki mengandungi antraks. Elakkan dari

bernafas secara berdekatan dengan serbuk putih. Basuh tangan jika

bersentuh. Maklumkan kepada Penyelia/Ketua Jururawat/petugas atasan.

2. Tempat berhampiran sampul disita supaya tiada anggota atau pesakit yang

menghampiri objek yang diragui.

3. Hubungi pihak HAZMAT dari Jabatan Bomba & Penyelamat. Pihak HAZMAT

mempunyai alatan untuk mengesan samada serbuk terbabit adalah benar-

benar antraks atau tidak. Serbuk tersebut juga akan dihantar ke Jabatan Kimia

bagi ujian analisa. Pihak HAZMAT dapat membantu untuk melaksanakan

dekontaminasi bagi mangsa atau persekitaran berdekatan objek yang diragui

tersebut. Pihak HAZMAT juga boleh membantu bagi proses dekontaminasi

mangsa sekiranya pihak hospital mempunyai masalah melaksanakan

dekontaminasi.

Page 100: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 88

4. Bagi petugas yang terdedah kepada ancaman antraks, rawatan yang boleh

diberikan adalah seperti berikut :

a. Rawatan (diberi selama 60 hari)

i. Bagi dewasa : Oral Ciprofloxacin 500mg

ii. Bagi pediatrik : IV Ciprofloxacin 20-30 mg/kg 12 jam sekali

b. Profilaksis (diambil sehingga pengesahan ancaman atau tiada lagi

ancaman)

i. Ciprofloxacin 1. Oral Ciprofloxacin 500 bid (dewasa)

2. Oral 20-30 mg/kg bid (pediatrik)

atau

ii. Doxycycline 1. Oral Doxycycline100mg bid (dewasa)

2. Oral Docycycline 2.5 mg/kg (pediatrik)

Vaksin untuk mangsa yang terdedah juga boleh digunakan sekiranya dapat diperolehi

dan diberi secara subcutaneous sebanyak 3 dos berselang 2 minggu bagi setiap

minggu (0,2 dan 4 minggu).

Page 101: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 89

BAB 10. SITUASI ANCAMAN KESELAMATAN

10.1 PENGENALAN

Situasi ancaman ketenteraman awam ditakrifkan sebagai sesuatu kejadian atau

ancaman rusuhan sama ada berlaku secara spontan atau dicetuskan oleh kumpulan

yang berkepentingan, sama ada bermotifkan agama, politik, perkauman, ekonomi,

sosial dan lain-lain. Tindakan sedemikian boleh mengakibatkan kehilangan nyawa

dan kerosakan harta benda serta membawa implikasi terhadap keselamatan negara.

"Keganasan" ditakrifkan sebagai penggunaan kekerasan atau keganasan tanpa

kuasa undang-undang atau ancaman untuk menggunakan kekerasan atau

keganasan atau apa-apa bentuk serangan lain oleh mana-mana orang, kumpulan

atau negara, walau apa pun tujuan atau niat atau justifikasinya, yang ditujukan

terhadap sesuatu negara atau orang awamnya atau terhadap harta, sama ada harta

awam atau harta persendirian, atau terhadap perkhidmatan penting, yang dengan

apa-apa cara memudaratkan keselamatan awam atau ketenteraman awam atau

kepentingan asas lain sesuatu Negara dan yang diniatkan atau dirancang untuk

menimbulkan rasa gentar di kalangan orang tertentu atau sesuatu kumpulan orang

atau orang awam dengan tujuan untuk menakutkan orang awam atau sebahagiannya

atau untuk memaksa Kerajaan atau sesuatu pertubuhan antarabangsa melakukan,

atau tidak melakukan, sesuatu perbuatan, dan termasuklah sokongan bagi tindakan

sedemikian dengan apa jua cara pun, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Mengikut Konvensyen Geneva Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, hospital dan

petugas hospital adalah dilindungi dalam peperangan dan tindakan boleh diambil bagi

pihak yang mengancam keselamatan hospital di bawah mahkamah jenayah

antarabangsa.

Hospital yang berada di kawasan berisiko tinggi perlu mengambil langkah berjaga-

jaga.

Page 102: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 90

10.2 ANCAMAN BOM ATAU PAKEJ YANG MENCURIGAI

10.2.1 Pengenalan

Letupan atau ancaman bom boleh menghasilkan malapetaka yang besar dan

menyebabkan banyak mangsa dengan kecederaan kompleks. Mangsa mengalami

kecederaan yang berlainan dengan bencana seperti banjir atau gempa bumi.

Kecederaan-kecederaan yang boleh dialami adalah seperti berikut :

KATEGORI CIRI-CIRI BAHAGIAN BADAN TERLIBAT JENIS KECEDERAAN

Primary

Terhasil akibat kesan gelombang tekanan udara terhadap permukaan badan berpunca dari letupan dengan tenaga yang tinggi.

Anggota berisi udara adalah yang paling mudah terjejas seperti paru-paru, saluran usus dan telinga tengah.

•Kecederaan paru-paru - pulmonary barotrauma •Pecah gegendang telinga dan kerosakan telinga tengah. • Pendarahan perut dan kebocoran perut. • Bola mata pecah. • Gegaran otak (Traumatic Brain Injury) tanpa tanda-tanda fizikal kecederaan kepala

Secondary Hasil daripada serpihan bom berterbangan.

Mana-mana bahagian badan mungkin terjejas.

• Penembusan balistik

(fragmentasi) atau

kecederaan tumpul.

• Kecederaan mata yang tidak dapat dikesan.

Page 103: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 91

KATEGORI CIRI-CIRI BAHAGIAN BADAN TERLIBAT JENIS KECEDERAAN

Tertiary Hasil daripada individu yang terlanggar objek akibat letupan.

Mana-mana bahagian badan mungkin terjejas.

• Patah dan amputasi anggota badan. • Kecederaan otak tertutup dan terbuka.

Quaternary

Semua kecederaan atau keadaan yang disebabkan oleh letupan yang tidak memenuhi kriteria pada kategori yang lain (termasuk komplikasi penyakit yang sedia ada pada mangsa).

Mana-mana bahagian badan mungkin terjejas.

• Kebakaran anggota

badan (Separa, dan

penuh).

• Crush injury.

• Kecederaan otak

tertutup dan terbuka.

• Asma, penyakit paru-

paru kronik (COPD)

atau masalah

pernafasan yang lain

daripada habuk, asap

atau asap toksik.

• Angina, hiperglisemia dan tekanan darah tinggi.

10.2.2 Ancaman Bom

Ancaman bom adalah penemuan atau pemakluman bahawa terdapatnya bahan atau

objek yang disyaki boleh meletup di suatu lokasi.

Letupan dalam ruang terkurung (hospital, bangunan, kenderaan besar, lombong) dan/

atau keruntuhan struktur dikaitkan dengan morbiditi dan mortaliti yang lebih besar.

Page 104: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 92

10.2.3 PENEMUAN OBJEK YANG DISYAKI SEBAGAI BOM

1. Aspek keselamatan merupakan tanggungjawab setiap petugas.

2. Semua petugas perlu melaporkan ancaman atau kehadiran objek yang disyaki

kepada penyelia jururawat atau ketua jururawat terbabit. Penyelia jururawat

bertanggungjawab memaklumkan situasi kepada Ketua Jabatan dan Pengarah

Hospital.

3. Pegawai keselamatan atau petugas di kawasan berkenaan di mana objek

berkenaan ditemui harus memaklumkan supaya langkah keselamatan dapat

diambil. Misalnya wad atau zon terbabit ditutup dari laulan orang ramai.Petugas

harus sentiasa menjauhkan diri dari bom tersebut.

10.2.4 PENERIMAAN PANGILAN ANCAMAN BOM

1. Maklumat tentang pemanggil yang membuat ancaman bom sebaiknya dicatat

supaya maklumat dapat diserahkan kepada pihak polis. Contoh maklumat :

a. Masa panggilan dibuat.

b. Kumpulan atau organisasi yang mengaku bertanggungjawab (jika ada).

c. Deskripsi pemanggil : jantina, bangsa, nada serius /jenaka.

d. Bunyi bunyi kawasan sekeliling pemanggil, seperti loceng, bunyi

ambulan atau orang ramai.

2. Asingkan kawasan berisiko dengan mengadakan perimeter

keselamatan.Elakkan dari menghampiri objek berkenaan. Buat panggilan

kepada pihak polis melalui talian 999.

3. Pihak Polis akan melakukan penilaian terhadap ancaman tersebut dengan

Skuad Bom.

Page 105: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 93

4. Bahan atau objek yang disyaki tidak boleh dialihkan oleh sesiapa kecuali polis.

5. Pertimbangan untuk evakuasi boleh dibuat dengan mengambil kira kesahihan

situasi. Nasihat polis boleh diperolehi dalam situasi sebegini.

6. Menentukan kesahihan ancaman adalah amat sukar. Dalam hal ini,

pertimbangan harus dibuat berdasarkan semua sumber maklumat yang ada.

Penglibatan polis atau skuad bom dari awal adalah amat penting.

7. Sekiranya ancaman adalah sahih dan risikonya besar, evakuasi boleh

dilaksanakan.

8. Sekiranya proses evakuasi diperlukan, evakuasi boleh dilaksanakan seperti

dalam Bab 7.

Page 106: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 94

TINGGI

Page 107: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 95

10.3 INSIDEN SERANGAN PENGGANAS DI HOSPITAL Semasa serangan atau ancaman pengganas di dalam hospital, kerjasama

dengan pihak polis adalah penting. Pihak pengurusan hospital perlu berkomunikasi

dengan pihak polis bagi menilai situasi di kawasan hospital. Langkah-langkah

keselamatan perlu diambil bersama pihak berkuasa dan pegawai keselamatan

hospital boleh digunakan untuk mengawal hospital daripada diambil alih atau

diserang.

10.3.1 SITUASI TEMBAK MENEMBAK

Dalam keadaan ini, prinsip yang penting adalah untuk mendapatkan perlindungan

dan mencegah daripada keadaan ini merebak. Tindakan yang boleh diambil adalah

seperti :

1. Mendapatkan perlindungan - meniarap di atas lantai

2. Penyelia atau Ketua Jururawat setiap wad boleh mengambil tindakan

mengunci wad bagi mengelakkan dari situasi ini merebak dengan lebih

melarat.

3. Berikan maklumat kepada pihak berkuasa, keselamatan dan polis jika situasi

mengizinkan melalui panggilan talian 999.

10.3.2 SITUASI TAHANAN (HOSTAGE SITUATION)

1. Dalam situasi tahanan, pegawai atau petugas yang terlibat harus bertenang

dan tidak mencetuskan situasi cemas serta tidak bertindak melawan tanpa

bantuan pihak berkuasa.

2. Keselamatan petugas dan pesakit akan menjadi keutamaan.

3. Rundingan akan di buat oleh pihak polis dan sekiranya perlu daripada

perunding dari Jabatan Psikiatrik atau mereka yang diknalpasti terlatih atau

mempunyai pengalaman.

4. Pegawai yang terlibat dalam keadaan tahanan boleh membantu dengan

mengumpul maklumat seperti rupa paras, ketinggian, warna kulit dan

pakaian pengganas yang menyerang. Maklumat ini boleh diberikan kepada

pihak berkuasa semasa keadaan telah diselesaikan.

5. Evakuasi hospital boleh diambil kira sekiranya terdapat unsur-unsur

berbahaya seperti bom, gas beracun dan sebagainya.

Page 108: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 96

6. Sekiranya berlaku ancaman - boleh berhubung dengan pihak berkuasa

seperti Jabatan Kesihatan , Pengarah Kesihatan , Pengurusan Tertinggi (

Menteri). Arahan 18 Majlis Keselamatan Negara boleh diaktifkan jika perlu.

7. Selepas situasi - kerjasama bahagian kaunseling dan psikiatrik untuk

menilai post traumatic stress disorder (PTSD) , Acute Stress Disorder (ASD)

dan Chronic post traumatic stress disorder PTSD

10.3.3 SITUASI PENCEROBOHAN ATAU TAHANAN DI FARMASI HOSPITAL

Kawasan farmasi hospital boleh menjadi tempat berisiko bagi serangan pengganas

kerana terdapat dadah terkawal. Dalam situasi serangan, petugas boleh menyatakan

tiada dadah yang diminta atau tiada akses bagi kawasan dadah terkawal. Jika situasi

berbahaya, petugas perlu mengikut arahan dan mengelakkan diri daripada bahaya.

Semua ubatan atau alatan yang diambil perlu dicatit setelah insiden selesai.

10.3.4 KONSEP SILVER ALERT

‘Silver alert’ adalah sistem yang digunakan bagi komunikasi berkenaan serangan

pengganas. Pihak pengurusan hospital boleh menetapkan nombor telefon ‘hotline’

bagi mengaktifkan silver alert. Pusat panggilan hospital juga boleh digunakan bagi

mengaktifkan silver alert yang mana pusat ini boleh membantu menghubungi pihak

berkenaan semasa situasi sebegini berlaku. Contohnya, jika berlaku situasi tembak

menembak dlaam permis hospital, ‘silver alert’ boleh diaktifkan.

10.3.5 PIHAK YANG PERLU DIHUBUNGI SEMASA SILVER ALERT :

Pengarah Hospital

Ketua Polis

Ketua Jabatan

Pegawai keselamatan hospital

Penyelia atau Ketua Jururawat setiap wad atau unit

Pengarah Kesihatan Negeri

Page 109: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 97

10.3.6 TINDAKAN APABILA SILVER ALERT DIAKTIFKAN

Apabila ‘silver alert’ diaktifkan, tindakan-tindakan yang diambil adalah seperti berikut:

1. Jururawat untuk mengunci wad-wad untuk mengelak pengganas masuk.

2. Pegawai keselamatan hospital menghalang pesakit, anggota atau waris

daripada memasuki kawasan kejadian.

3. Polis dihubungi dan hanya membuka pintu selepas arahan diberi oleh pihak

polis atau keadaan benar-benar selamat.

4. Pengarah hospital perlu bertenang dan mengambil langkah dan membuat

keputusan bagi keselamatan petugas yang lain seperti :

a. Menetapkan zon selamat.

b. Mengkoordinasikan petugas keselamatan untuk menghalang orang luar dari

masuk ke kawasan bahaya.

c. Memberikan maklumat dan ‘update’ berkenaan perkembangan situasi.

d. Membuat keputusan bagi evakuasi berperingkat.

e. Memastikan kebajikan petugas semasa dan selepas insiden terjaga.

10.4 SITUASI ANCAMAN KESELAMATAN YANG EKSTREM Situasi ancaman keselamatan yang ekstrem merupakan keadaan di mana terdapat

risiko kemudaratan yang amat tinggi terhadap hospital atau kawasan tertentu hospital.

Contoh situasi sebegini adalah seperti situasi tebusan, penculikan atau serangan

pengganas. Dalam situasi seperti ini, tindakan ‘lock-down’ sama ada bagi kawasan

terbabit atau keseluruhan hospital boleh dipertimbangkan oleh pengurusan.

10.4.1 DEFINISI TINDAKAN ‘LOCK-DOWN’ ‘Lock-down’ adalah satu tindakan yang mana sama ada satu bahagian hospital

atau keseluruhan hospital disita. Dalam situasi ‘lock-down’, kawasan terbabit

ditutup dari laluan keluar atau masuk. Ia adalah satu terma yang diterimapakai

oleh Polis dan Angkatan Tentera.

Pengarah boleh membuat keputusan berdasarkan situasi. Pandangan dan

nasihat boleh diperolehi dari pasukan keselamatan seperti Polis dan pihak

angkatan tentera. Bagi melaksanakan ‘lock-down’ pihak Polis atau angkatan

tentera akan memainkan peranan bagi penyitaan dan kawalan keluar-masuk

kawasan yang telah dikenalpasti.

Page 110: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 98

10.4.2 TUJUAN ‘LOCK-DOWN’

1. Bagi mengehadkan kawasan berisiko tinggi.

2. Mengehadkan pergerakan keluar-masuk yang boleh mendedahkan risiko

terhadap kawasan yang dikenalpasti.

3. Memudahkan kawalan keselamatan.

4. Membolehkan kawasan pergerakan ancaman dikecilkan dan strategi dapat

difokuskan untuk meneutralkan ancaman di kawasan ‘lock-down’.

10.4.3 JENIS-JENIS ‘LOCK-DOWN’

‘Lock-down’ sebahagian kawasan Hospital

1. ‘Lock-down’ dilaksanakan bagi kawasan dengan ancaman tinggi yang

dikenalpasti.

2. Contohnya, bagi situasi tahanan tebusan di dalam wad, wad terbabit boleh

dikenakan tindakan ‘lock-down’. Pihak keselamatan akan menyita dan mengawal

lalan keluar masuk wad berkenaan sementara strategi disusun dengan pihak

pengurusan bagi membebaskan tebusan.

‘Lock-down’ keseluruhan Hospital

1. Dalam situasi ini, keseluruhan hospital berada dalam ancaman keselamatan yang

tinggi.

2. Contohnya, apabila berlaku ancaman serangan terhadap hospital, tindakan ‘lock-

down’ dapat mengelakkan hospital dari dicerobohi oleh penyerang yang mungkin

membawa masuk bom dan sebagainya ke kawasan hospital.

Penglibatan pihak polis diperlukan dalam situasi ‘Lock-down’ ini. Pihak angkatan

tentera juga akan memainkan peranan sekiranya diperlukan. Dalam situasi ini, Arahan

18 Majlis Keselamatan Negara boleh diaktifkan supaya pelbagai agensi kerajaan

dapat berganding sumber untuk menangani situasi sehingga selesai.

Page 111: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 99

LAMPIRAN

Page 112: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 100

LAMPIRAN 1

TEKNIK-TEKNIK EVAKUASI PESAKIT YANG TIDAK BERUPAYA UNTUK BERJALAN SENDIRI (NON-AMBULATORY PATIENTS)

Pesakit yang tidak berupaya untuk berjalan sendiri boleh dikeluarkan menggunakan

pengusung (stretcher), selimut, cadar dan tilam. atau evacuation sheets. Pesakit

boleh diangkat menggunakan teknik berikut:

Teknik

mengangkat Lampiran

Angkatan berdua

Depan Belakang

Page 113: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 101

Memapah

Depan Belakang

Menggunakan

Kerusi

1.

2.

Page 114: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 102

Heretan

Cadar/selimut

Mengangkat

depan dan

belakang (Fore

and Aft Carry)

Menjadikan

selimut sebagai

stretcher

Page 115: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 103

Page 116: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 104

Cara

mengangkat

bomba (Fireman

carry)

1.

2.

3.

Page 117: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 105

Menuruni tangga

(Mengunakan

kerusi)

Menuruni tangga

(Angkatan

Berdua)

Page 118: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 106

Menuruni tangga

(Angkatan depan

dan Belakang)

Page 119: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 107

LAMPIRAN 2

Sistem Pemadaman Kebakaran

a. SISTEM HYDRANT Sistem ini menggunakan air bertekanan tinggi seperti yang terdapat pada sistem

pancur basah. Lokasi Alat : Sistem ini biasanya terdapat di tepi bangunan atau

laluan utama (jalan).

b. SISTEM PANCUR BASAH (WET RISER) Sistem ini menggunakan air bertekanan sebagai bahan pemadam. Air yang

bertekanan tinggi ini dipancut melalui hos dan ’nozzle’ kearah kebakaran. Ia Hanya

boleh digunakan oleh anggota BOMBA dan anggota-anggota lain yang dilatih khas.

Sistem Hydrant

Sistem Pancuran Basah

Page 120: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 108

c. SISTEM GEGELUNG HOS (HOSE REEL) Sistem pemadaman kebakaran untuk digunakan oleh penghuni di peringkat awal

kebakaran.

d. SISTEM SPRINKLER Sistem ini juga menggunakan air bertekanan tinggi. Air bertekanan disalurkan melalui

paip yang dipasang siap dengan ’nozzle’. Jumlah ’nozzle’ yang dipasang mengikut

luas kawasan. Biasanya jarak antara satu ’nozzle’ dengan yang lain ialah 8 kaki.

Tatacara Guna : Alat ini berfungsi secara otomatik. Sekiranya berlaku kebakaran,

bahang panas kebakaran akan menyebabkan kaca yang terdapat pada ’nozzle’ akan

pecah, lalu pancutan air akan keluar dalam bentuk semburan (’spray’). Sistem ini

dipasang pada kebanyakan bangunan tinggi dan ianya terletak di siling-siling

bangunan.

Sistem Gegelung Hos

Sistem Sprinkler

Page 121: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 109

e. SISTEM CO2 (KARBON DIOKSIDA) Sistem ini menggunakan gas CO2 dalam balang bertekanan. Tatacara Penggunaan :

Semasa berlaku kebakaran, ’signal’ akan dihantar ke Unit kawalan melalui alat

pengesan asap dan haba bagi membolehkan ’plunger’ menghentak kepala pada

balang gas. Semburan gas akan keluar dan menutupi kawasan atau bilik yang

terbakar. Sistem ini kebanyakannya terdapat pada bilik-bilik terhad yang

menggunakan bahan api atau punca bekalan eletrik. Misalnya dapur, loji dandang

(boiler) dan Bilik Suis.

Sistem CO2

Page 122: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 110

f. ALAT PEMADAM API (Fire Extinguisher) Terdapat beberapa jenis alat mudah alih dalam pasaran. Bagi kegunaan hospital,

debu kering (dry powder) dan karbon dioksida (CO2) adalah yang paling popular.

Selain daripada itu terdapat jenis air dan buih. Dari segi kegunaan, sila rujuk jadual di

bawah.

Page 123: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 111

JADUAL ALAT PEMADAM API MUDAH ALIH, KELAS DAN JENIS API

KELAS API JENIS API ALAT YANG SESUAI

A

Api Pepejal

***TYPING SETTING

Api kertas

Api kain

Api kayu

1. Jenis air

2. Debu kering

3. Karbon dioksida

B

Api Cecair

Api minyak

Api lemak

Api petrol

Api cat

Api varnish

1. Jenis buih

2. Debu kering

C

Api Gas

L.P.G

Acetylene

Methane

Butane

Propane

Alcohol

1. Karbon dioksida

2. Debu kering

D

Api Logam Tidak sesuai

E

Elektrik Peralatan elektrik

Karbon dioksida

Debu Kering

F Api dari minyak masak Tidak sesuai

Page 124: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 112

Page 125: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN & BENCANA DALAMAN HOSPITAL I 2017 113

RUJUKAN

1. Arahan 18 ( Semakan Semula ), Majlis Keselamatan Negara; 2012

2. Arahan 20 ( Semakan Semula ), Majlis Keselamatan Negara; 2012

3. Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran

Keselamatan Asas) 2010 [P.U.(A) 46/2010]

4. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

5. Hospitals safe from disasters: reduce risk, protect health facilities, save lives.

Geneva, United Nations International Strategy for Disaster Reduction, 2008

6. National incident management system. Washington, D.C., U.S. Department of

Homeland Security, 2008

7. World Health Organization outbreak communication planning guide. Geneva,

World Health Organization, 2008

8. Effective media communication during public health emergencies: a WHO

handbook. Geneva, World Health Organization, 2005

Page 126: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara
Page 127: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara
Page 128: KECEMASAN 02 · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara

Patient Safety Unit

2018

2018