dq bil...hak cipta terpelihara. tidak dibenarkan mengeluar ulang cetak mana-mana bahagian artikel,...

241
JURNAL DARUL QURAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA www.islam.gov.my

Upload: others

Post on 08-Feb-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • JURNAL DARUL QURAN

    JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA www.islam.gov.my

    JURNAL DARUL QURAN

    JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA www.islam.gov.my

  • Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

    62519 Putrajaya. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti dan honorarium.

    Diterbitkan oleh: DARUL QURAN

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jalan Hamzah Ampang Pecah

    44000 Kuala Kubu Baharu Selangor

    Tel: 03-60635333 Faks: 03-60645497 www.darulquran.gov.my

    ISSN 2229-9130

    JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

  • iii

    AHLI JAWATANKUASA PENERBITAN JURNAL DARUL QURAN

    Pengarah Darul Quran merangkap Ketua Editor En. Mohamad Kori bin Jusoh Timbalan Pengarah (Kualiti) Penolong Ketua Editor En. Abdul Halem Hapiz bin Salihin Timbalan Pengarah (Akademik) En. Salahuddin bin Haji Ghozali Pendaftar En. Azizuddin bin Mohd Hashim Pakar Bidang En. Mohd Nazri bin Abdullah (al-Quran dan Qiraat) Pn. Yusida binti Yusof (Syariah) En. Safuan bin Hassan (Usuluddin) En. Mohd Asri bin Ibrahim (Bahasa) Pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PHD) Dr. Abdul Jalal bin Abdul Manaf Dr. Yusri bin Chek Ketua Penolong Pengarah (Kualiti) Pn. Rosliza binti Abdul Latif Unit Penerbitan sebagai Setiausaha En. Mohd Zainudin bin Wan Yusoff

  • iv

    Editor 1. En. Mohamad Rahim bin Mohammed Abdul Rahman 2. Pn. Rosliza binti Abdul Latif 3. Pn. Yusida binti Yusof 4. Dr. Amru Alhaz bin Adnan 5. Dr. Mohd Zuhdi bin Ismail 6. Dr. Yusri bin Chek 7. En. Muhammad Haafizuddin bin Abirerah 8. En. Mohd Noor Syukrie bin Mohd Ridzuan 9. En. Mohd Fazli bin Mohd Azali 10. En. Muhammad Toriq bin Yaacob 11. En. Ahmad Dasuki bin Hashim 12. En. Safuan bin Hassan 13. En. Ameer Ikhwan bin Zaini 14. Pn. Syarifah Nurolazan binti Syaikh Ahmad 15. Pn. Nur Hallyda binti Mohd Syam Pembaca Pruff 1. Pn. Rosliza binti Abdul Latif 2. Pn. Zamzarina binti Sood 3. En. Mohd Hanafi bin Yusof 4. En. Mohd Zainudin bin Wan Yusoff 5. En. Azizan bin Othman 6. En. Mohammad Ashraf bin Ibrahim 7. Pn. Nur Hallyda binti Mohd Sham 8. En. Muhammad Nur Aizad bin Azahari 9. En. Ahmad Azrul bin Mohamad Tahir

  • v

    KANDUNGAN MUKA SURAT Ahli Jawatankuasa Penerbitan Jurnal Darul Quran iii Kata Alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM vi Kata Pengantar Ketua Editor viii Biodata Penulis x Bacaan Intertekstual Terhadap Tafsir Nur Al-Ihsan: Kajian Menurut Kaedah Konversi 1 Analisis Pemikiran Tajdid: Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin 24 Cabaran Dalam Membentuk Remaja Ke Arah Kecemerlangan Seiring Perkembangan Teknologi Semasa Menurut Perspektif Al-Quran 64 Keberkesanan Intervensi Kelompok Bimbingan Terhadap Resiliensi Pelajar Tahfiz Dengan Menggunakan Modul Kelompok Bimbingan Tazkiyah An-Nafs 90 Pengaruh Konteks Dalam Pemaknaan Hadis Rasulullah SAW 112 Metodologi Pusat Pengajian At-Toyyibah Dalam Hafalan Al-Quran 131 Sejarah Dan Kaedah Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab, Kementerian Pendidikan Malaysia: Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur 145 The Misinterpretations Of The Qur’an By Islamic Liberal In Malay Archipelago 170 A Comparative Analysis Of Abduldaem Al-Kaheel And Zaghloul El-Naggar On Geological Phenomena 200

  • KATA ALU-ALUAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JAKIM

    Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur setulusnya disembahkan ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam diucapkan kepada Nabi Muhammad SAW semulia-mulia nabi dan rasul, seterusnya kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat sekaliannya.

    Setinggi tahniah saya ucapkan kepada Darul Quran atas kejayaan menerbitkan Jurnal Darul Quran terbaharu Bil. 24 bagi tahun 2020. Pada hemat saya, penerbitan jurnal ini amat bertepatan dalam menjalankan antara fungsi utama JAKIM iaitu sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam di negara ini. Kelahiran Jurnal ini juga merupakan sebahagian daripada usaha memantapkan kefahaman masyarakat terhadap bidang-bidang teras di bawah seliaan JAKIM. Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl 16 : 125,

    ِدۡلھُم ٱۡلَحَسنَةِۖ َوٱۡلَمۡوِعظَةِ بِٱۡلِحۡكَمةِ َربِّكَ َسبِیلِ إِلَىٰ ٱۡدعُ أَۡحَسنُۚ ِھيَ بِٱلَّتِي َوَجٰ Terjemahan: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. (al-Nahl 16: 125) Penulisan dan hasil kajian yang diterbitkan ini secara tidak langsung menjadi medium dakwah kepada masyarakat yang amat mengharapkan adanya bahan bacaan yang bersesuaian untuk mereka di samping input-input baharu yang diperolehi melalui jurnal ini.

    Diharapkan melalui penerbitan jurnal seumpama ini akan dapat menyemarakkan budaya penyebaran ilmu di kalangan

    KATA PENGANTAR KETUA EDITOR

    Segala puji bagi Allah SWT Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda. Saya bersyukur kepada Allah SWT di atas kejayaan penerbitan Jurnal Darul Quran, JAKIM bilangan ke-24 ini.

    Adalah menjadi satu kebanggaan bagi Darul Quran berkembang dan membangun sebagai sebuah institusi tahfiz al-Quran yang unggul. Nama Darul Quran sejak dari dahulu hingga kini kian menjadi sebutan. Dengan peranan sebagai institusi pendidikan al-Quran induk di negara ini, maka Darul Quran harus terus gagah mendepani cabaran yang semakin mencabar.

    Sebagai sebuah institusi pendidikan, penerbitan jurnal tahunan

    ini adalah amat penting. Kandungannya yang memuatkan hasil pengkajian dan penyelidikan oleh para penulis dari dalam dan luar Darul Quran pasti memberikan impak besar kepada nama Darul Quran sendiri.

    Melihat kepada kandungan tajuk artikel yang dikemukakan,

    Jurnal Darul Quran kali ini amat bersesuaian dengan perkembangan pendidikan tahfiz secara khususnya dan perkembangan semasa negara amnya. Jurnal kali ini dimuatkan dengan Sembilan (9) artikel iaitu tujuh (7) artikel adalah Bahasa Melayu dan dua (2) artikel Bahasa Inggeris. Kesemua artikel ini mendapat sentuhan para pengkaji dan penulis terbaik yang dilakukan dengan penuh teliti serta disemak oleh sidang editor berwibawa diharapkan dapat memberi keyakinan kepada pembaca untuk meneroka kandungan artikel-artikel di dalam jurnal ini.

    KATA ALU-ALUAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JAKIM

    Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur setulusnya disembahkan ke hadrat Allah SWT, selawat

    dan salam diucapkan kepada Nabi Muhammad SAW semulia-mulia nabi dan rasul,

    seterusnya kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat sekaliannya.

    Terima kasih kepada Darul Quran kerana memberi kesempatan kepada saya untuk memberi

    sepatah dua kata dalam Jurnal Darul Quran Bil. 24 bagi tahun 2020. Pada hemat saya,

    dokumen ini amat bertepatan dalam mencapai fungsi dan objektif JAKIM yang bertindak

    sebagai pengumpul, penyebar, pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam dan

    memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada masyarakat. Kelahiran Jurnal ini merupakan

    sebahagian daripada usaha memantapkan fahaman masyarakat terhadap bidang-bidang teras

    di bawah seliaan JAKIM. Firman Allah SWT,

    ِدۡلُھم بِٱلَّتِي ِھَي أَۡحَسُنۚ ٱۡدُع إِلَٰى َسبِیِل َربَِّك بِٱۡلِحۡكَمِة َوٱۡلَمۡوِعظَِة ٱۡلَحَسنَِةۖ َوَجٰ

    Terjemahan : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan

    dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)

    dengan cara yang lebih baik.

    Penulisan dan hasil kajian yang diterbitkan ini secara tidak langsung menjadi medium

    dakwah kepada masyarakat yang amat mengharapkan adanya bahan bacaan yang bersesuaian

    untuk mereka di samping input-input baru yang diperolehi melalui jurnal ini.

    Diharapkan melalui penerbitan jurnal seumpama ini akan dapat menyemarakkan budaya

    penyebaran ilmu di kalangan masyarakat, di samping meneruskan usaha ulama’ silam yang

    begitu gigih menulis dan mengarang kitab-kitab muktabar yang menjadi rujukan dalam

    pengajian Islam dari dahulu hingga kini. Semoga usaha ini dapat menambah koleksi ilmu

    Islam serta menjadi warisan yang berharga kepada umat Islam.

    Akhirnya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Darul Quran di atas penerbitan

    Jurnal Darul Quran, Jakim Bil. 24 bagi tahun 2020. Semoga Darul Quran terus berusaha dan

    beriltizam dalam menerbitkan bahan-bahan penerbitan yang berkualiti tinggi seperti ini.

    Sekian, terima kasih.

    DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH

    Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM

    vi

  • vii

    masyarakat, di samping meneruskan usaha ulama’ silam yang begitu gigih menulis dan mengarang kitab-kitab muktabar yang menjadi rujukan dalam pengajian Islam. Semoga usaha ini dapat menambah koleksi ilmu Islam serta menjadi warisan yang berharga kepada umat Islam.

    Akhir kata semoga Darul Quran terus berusaha dan beriltizam dalam menerbitkan bahan-bahan penerbitan yang berkualiti tinggi seperti ini pada masa akan datang. Mudah-mudahan melalui usaha-usaha seumpama ini akan terus mengangkat kedudukan Darul Quran sebagai antara pusat pengajian ilmu-ilmu Islami yang unggul di negara ini. Sekian, terima kasih. DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

  • viii

    KATA PENGANTAR KETUA EDITOR

    Segala puji bagi Allah SWT Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda. Saya bersyukur kepada Allah SWT di atas kejayaan penerbitan Jurnal Darul Quran, JAKIM bilangan ke-24 ini.

    Adalah menjadi satu kebanggaan bagi Darul Quran berkembang dan membangun sebagai sebuah institusi tahfiz al-Quran yang unggul. Nama Darul Quran sejak dari dahulu hingga kini kian menjadi sebutan. Dengan peranan sebagai institusi pendidikan al-Quran induk di negara ini, maka Darul Quran harus terus gagah mendepani cabaran yang semakin mencabar.

    Sebagai sebuah institusi pendidikan, penerbitan jurnal tahunan

    ini adalah amat penting. Kandungannya yang memuatkan hasil pengkajian dan penyelidikan oleh para penulis dari dalam dan luar Darul Quran pasti memberikan impak besar kepada nama Darul Quran sendiri.

    Melihat kepada kandungan tajuk artikel yang dikemukakan,

    Jurnal Darul Quran kali ini amat bersesuaian dengan perkembangan pendidikan tahfiz secara khususnya dan perkembangan semasa negara amnya. Jurnal kali ini dimuatkan dengan Sembilan (9) artikel iaitu tujuh (7) artikel adalah Bahasa Melayu dan dua (2) artikel Bahasa Inggeris. Kesemua artikel ini mendapat sentuhan para pengkaji dan penulis terbaik yang dilakukan dengan penuh teliti serta disemak oleh sidang editor berwibawa diharapkan dapat memberi keyakinan kepada pembaca untuk meneroka kandungan artikel-artikel di dalam jurnal ini.

  • ixix

    Akhir kata saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Darul Quran kerana telah berjaya menerbitkan Jurnal Darul Quran bilangan ke-24 ini. Semoga segala usaha dan kegigihan semua pihak yang menjayakan penerbitan jurnal ini akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Sekian, wassalam. MOHAMAD KORI BIN JUSOH Pengarah Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

  • x

    BIODATA PENULIS

    MOHD ZUHDI BIN ISMAIL kini bertugas sebagai pensyarah kanan di Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Kelantan. Beliau memulakan pengajian di peringkat ijazah pertama di Universiti al-Azhar, Mesir di dalam bidang Bahasa arab dan Kesusasteraan dan meneruskan pengajian di peringkat ijazah Sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris di dalam bidang Kesusateraan Islam dan Doktor Falsafah (UM). Beliau telah menghasilkan beberapa penulisan di dalam jurnal, buku dan lain-lain yang berkaitan dengan bidang kepakaran beliau.

    YUSRI BIN CHEK merupakan Penolong Pengarah Kanan dan Pensyarah di Darul Quran Jakim. Beliau memulakan pengajian di peringkat ijazah pertama di Universiti Malaya di dalam bidang al-Quran dan al-Hadith dan meneruskan pengajian di peringkat ijazah Sarjana di Universiti yang sama serta Doktor Falsafah (UKM). Beliau telah menghasilkan beberapa penulisan di dalam jurnal, bab dalam buku, dan lain-lain yang berkaitan dengan bidang kepakaran beliau.

    NIK MD SAIFUL AZIZI BIN NIK ABDULLAH dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan pada 27 Julai 1979. Mendapat pendidikan al-Quran di Maahad Tahfiz Al-Quran, Pulai Chondong, Kelantan dan 1998 memperolehi Diploma Tahfiz al-Quran, JAKIM. Pada tahun 1999 mendapat ijazah sanad Al-Quran (30 juzuk) (riwayat Hafs ‘an Asim dan Warsh ‘an Nafi’) di Maahad Qiraat Shoubra, Cairo, Egypt. Graduan dari Islamic University Madinah, Arab Saudi dalam bidang Tafsir al-Quran tahun 2004 dan Pengajian Islam (Tafsir& Qiraat) dan Ijazah Sarjana UKM dalam bidang al-Quran & Sunnah tahun 2009, kemudian menamatkan pengajian di peringkat PhD di IIUM dalam bidang Pendidikan Islam dan al-Quran pada tahun 2014. Sekarang sedang berkhidmat di Fakulti Pendidikan Universiti Islam

  • xi

    Antarabangsa Malaysia sebagai pensyarah kanan dan penolong profesor.

    WAN MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN WAN ABD HALIM merupakan lepasan Diploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat, Darul Quran Jakim. (2007-2010). Meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan Qiraat di Maahad Qiraat al-Azhar, Shoubra (2010-2013) dan seterusnya Ijazah Sarjana dalam bidang al-Quran dan al-Qiraat di Universiti Malaya (2016). Kini merupakan calon Phd al-Quran (Qiraat) di Universiti Malaya dan sedang bertugas sebagai pensyarah jemputan di Darul Quran JAKIM.

    MOHAMMAD HAZIQ BIN MOHD ISNIN mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tinggi Arab Mahaad Pontian dan Mahaad Johor, Johor Bahru. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Teknologi Malaysia dan sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Falsafah (Generik) dalam bidang Tafsir al-Quran (UTM). Kini bertugas sebagai guru di Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKNJ)

    LUKMAN BIN AFANDI mendapat pendidikan di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Singapura. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Universiti Al-Azhar, Mesir dan Ijazah Sarjana Pendidikan (MA) Universiti Malaya, Malaysia. Calon PhD, Jabatan Al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia. Sekarang bertugas sebagai Ketua Unit Pendaftaran dan Sekretariat, Pejabat ARS, Lembaga Pengiktirafan Asatizah, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

    DR. MOHD SHOLEH BIN SHEH YUSUFF mendapat pendidikan awal di Institut Pendidikan Islam dan Tahfiz al-Quran (ABADA),

  • Baling Kedah. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda di IAIN Medan, Ijazah Sarjana Pengajian Islam (UKM), dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ulum al-Qur’an (USM). Kini bertugas sebagai pensyarah kanan di Kulliyyah Usuluddin dan Sains al-Quran, UniSHAMS.

    MOHD PUAAD BIN ABDUL MALIK mendapat pendidikan awal di SMA Dong, Raub Pahang. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir. Dip. Pendidikan (IPG Perlis) Ijazah Sarjana Syariah (UM), dan calon Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Tamdun Islam (UM). Kini bertugas sebagai pensyarah kanan di Institiut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, KPM.

    MOHD ZAHAREN BIN MD ZAHIR mendapat pendidikan Diploma Kesihatan di Institut Kesihatan Umum, KKM tahun 1999. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran Dengan Kepujian dari UKM, Ijazah Sarjana Kaunseling (UNISHAM), dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Bimbangan dan Kaunseling (UPSI). Kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Psikologi (Kaunselor Berdaftar), Darul Quran, JAKIM.

  • 1

    1

    BACAAN INTERTEKSTUAL TERHADAP TAFSIR NUR AL-IHSAN: KAJIAN MENURUT KAEDAH KONVERSI

    (Intertextual Reading On Tafsir Nur Al-Ihsan: A Study of the Conversion Method)

    Oleh:

    Mohd Sholeh Sheh, Yusuf Haji-Othman & Mohd Nizam Sahad

    Abstrak

    Tafsir Nur al-Ihsan merupakan tafsir kedua selepas Tarjuman al-Mustafid yang ditulis dalam bahasa Melayu pada abad ke-19 Masihi oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan dan memperlihatkan pengaruh sumber teks luar yang terdapat di dalam teks Tafsir Nur al-Ihsan. Proses menganalisis Tafsir Nur al-Ihsan akan menggunakan bacaan intertekstual dengan memberi tumpuan kepada kaedah konversi. Dari sudut metodologi penyelidikan, kajian ini berbentuk kajian kepustakaan dan juga lapangan yang menggunakan pendekatan subjektif bagi melihat data secara deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat enam buah karya yang telah mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan, iaitu Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Jamal, Tafsir al-Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi dan Tafsir al-Qurtubi. Dapatan analisis juga membuktikan bahawa karya yang mendominasi Teks Tafsir Nur al-Ihsan ialah Tafsir al-Jamal.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    2

    2

    Kata kunci: dialogisme; sejarah; Tafsir Nur al-Ihsan; bacaan intertekstual; kaedah konversi

    Abstract

    Tafsir Nur al-Ihsan is the second interpretation after Tarjuman al-Mustafid written in the Malay language in the 19th century AD by Sheikh Muhammad Sa’id ibn Umar. The main objective of this study is to identify the influence of the external source in the text of Tafsir Nur al-Ihsan. Intertextual reading is used in the process of analyzing Tafsir Nur al-Ihsan based on conversion method. From the research methodology, this study is a literature review and field work using the subjective approach which are descriptive and qualitative data. The study found six works which have influenced the essence of Tafsir Nur al-Ihsan, they are Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Jamal, Tafsir al-Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi and Tafsir al-Qurtubi. The finding analysis also shows that Tafsir Nur al-Ihsan is mostly influenced by Tafsir al-Jamal. Key words: dialogism; history; Tafsir Nur al-Ihsan; intertextual reading; conversion method

    1. PENDAHULUAN Penulisan karya Islam dan terjemahan ke dalam bahasa Melayu berkembang seawal kedatangan Islam lagi ke Nusantara ini. Ia melibatkan pelbagai bidang dan cabang ilmu seperti fiqah, akidah, tafsir, hadis, tasawuf dan sebagainya. Karya-karya ulama silam ini

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    3

    3

    tetap dirujuk dan digunakan oleh para sarjana semasa untuk tujuan ilmiah. Hal ini membuktikan kejayaan ulama terdahulu yang menghasilkan penulisan yang menarik minat dan memberi manfaat kepada masyarakat umum. Salah seorang daripada ulama tersebut ialah Haji Muhammad Sa’id bin Omar Qadi Jitra al-Qadhi yang merupakan salah seorang tokoh ulama yang telah menghasilkan karya dalam bidang tafsir berbahasa Melayu tulisan jawi yang berjudul Tafsir Nur al-Ihsan.

    Tafsir Nur al-Ihsan menjadi rujukan dalam memahami ayat-ayat al-Qur’an bukan sahaja oleh orang awam bahkan juga para ilmuan semasa yang turut menggunakannya sebagai bahan pengajaran kepada masyarakat. Karya yang bernilai tinggi ini telah banyak memberi sumbangan keilmuan kepada orang ramai sehingga menyebabkan para sarjana tertarik untuk mengkaji dan membuat penelitian terhadapnya dari pelbagai aspek seperti sejarah, bahasa, pengaruh dan ketokohan pengarang.

    2. PERNYATAAN MASALAH Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah tafsir al-Quran yang masih digunakan sebagai bahan pengajaran dan rujukan sehingga sekarang terutamanya di institusi-institusi pengajian pondok, di masjid-masjid dan di surau-surau. Contohnya, pengajian mingguan di Pondok Tuan Guru Haji Bakar Parit Panjang, Baling Kedah dan Pondok Tuan Guru Haji Soleh Musa di Sik Kedah. Walaupun begitu, terdapat banyak kritikan terhadap kandungan Tafsir Nur al-Ihsan diperkatakan dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, Mohd Nazimi Zaim yang merupakan salah seorang pengkaji kandungan Tafsir Nur al-Ihsan berpendapat bahawa penulisan karya ini mempunyai kekurangan kerana di sana terdapat kekurangan gaya penulisan yang tidak

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    4

    4

    dinyatakan sumber ambilan fakta dan kekurangan yang disebabkan pengarang banyak menggunakan pendapat yang tidak berasas di dalam pentafsirannya1. Begitu juga dengan Muhammad Ismi yang menyatakan keraguannya terhadap kisah-kisah yang terdapat di dalam Tafsir Nur al-Ihsan kerana pengarang tidak menerangkan sumber ambilannya secara jelas. Justeru, masyarakat perlu berhati-hati ketika membaca dan merujuk karya ini2.

    Oleh kerana, Tafsir Nur al-Ihsan digunakan sebagai bahan pengajaran dalam tafsiran al-Qur’an dan rujukan masyarakat dalam memahami ayat-ayat suci al-Qur’an, maka usaha pemurnian karya ini wajar dilakukan. Salah satu bentuk usaha tersebut adalah melalui kajian yang menggunakan pendekatan intertekstual yang akan merungkai dan mengenalpasti sumber ambilan teks yang telah dirujuk oleh pengarang dalam membina teksnya sendiri. Selain itu, pendekatan intertekstual juga boleh membantu kajian mencari signifikasi teks yang kadang-kadang tersembunyi dan tidak diucapkan oleh pengarang3. Dalam pada itu, pemilihan pendekatan intertekstual dalam menjalankan kajian ini adalah disebabkan ia memberi penekanan seimbang kepada unsur-unsur dalaman dan luaran dalam membina karya. Pengaruh dalaman seperti idea dan corak penyusunan karya pengarang berserta pengaruh luaran seperti teks daripada karya lain yang wujud di dalam Tafsir Nur al-Ihsan turut menjadi aspek dalam kajian. Inilah yang menjadi matlamat penelitian terhadap karya ini iaitu bagi membuktikan sama ada wujud pengaruh teks lain kepada teks Tafsir Nur al-Ihsan melalui pendekatan intertekstual. 1 Mohd Nazimi Zaim, 2010, “Kajian Takhrij Hadith Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan”, Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, hlm. 4. 2 Muhammad Ismi bin Mat Taib, 2003. “Israiliyyat Dalam Tafsir: Kajian Terhadap Kitab Nur al-Ihsan, Karya Haji Muhammad Sa’id bin ‘Umar” Disertasi Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, hlm. 23. 3 Mana Sikana, 1999, Teori dan Pendekatan Kususasteraan 1, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 82.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    5

    5

    Sugguhpun sepatutnya kajian hubungan dan rantaian teks perlu

    dikaji secara menyeluruh, namun untuk artikel ini tumpuan hanya diberikan kepada pengaplikasian kaedah konversi sebagai satu usaha awal ke arah pemurnian Tafsir Nur al-Ihsan mengenai sumber ambilan pengarang dan juga sebagai contoh kebolehan mengaplikasikan pendekatan intertekstual kepada karya ini, yang seterusnya boleh dikembangkan kepada aspek-aspek lain, yang pastinya menyumbang ke arah kesempurnaan karya tersebut. Oleh sebab pengarang Tafsir Nur al-Ihsan menyatakan bahawa beliau hanya merujuk karya dalam bidang tafsir ketika proses penulisan4, artikel ini menumpukan kajian kepada karya tafsir sahaja. Dari sudut metodologi pula, kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan juga lapangan yang menggunakan pendekatan subjektif bagi melihat data secara deskriptif dan kualitatif.

    3. KAEDAH BACAAN INTERTEKSTUAL Kaedah bacaan intertekstual pada awalnya dikenali sebagai dialogik yang mula diasaskan oleh Bakhtin pada tahun 1926 kerana terdapat banyak karya sastera Rusia yang sukar difahami pada ketika itu. Justeru, teori ini diperkenalkan olehnya bertujuan untuk memudahkan pembaca memahami karya-karya yang sukar itu. Teori ini menggambarkan bahawa semua karya yang telah dihasilkan adalah berdasarkan dialog di antara sesuatu teks dengan teks yang lain. Maksud teori ini dengan bahasa yang lebih mudah ialah suatu teks itu tidak dapat tidak dipengaruhi oleh teks-teks yang lain. Josue V. Harari menyatakan; “Every text, being itself the intertext of another

    4 Muhammad Sa’id, 1391H/1970M, Tafsir Nur al-Ihsan, Fatani: Matba’ah Bin Halabi, jld. 1, hlm. 2.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    6

    6

    text, belong to the intertextual, which must not be confused with a text’s origins”5.

    Asas teori dialogik ini digunakan bagi memahami karya-karya Dostoevsky seperti The Gambler, The Idiot dan The Brother’s Karamazov yang dikatakan sukar difahami oleh masyarakat melalui teori-teori sastera seperti formalisme yang berkembang ketika itu6. Pendekatan formalisme Rusia yang berkembang pada waktu itu ternyata tidak membantu masyarakat memahami karya Dostoevsky ini. Dialogisme Bakhtin ini menekankan aspek luaran yang mempengaruhi pembacaan atau bagaimana pengarang mendekati sesebuah karya sastera dan selepas itu secara naluriah pula akan mengalir ke dalam karya yang dihasilkan. Namun begitu, beliau juga tidak menafikan tentang pentingnya unsur-unsur dalaman seperti tema, pemikiran, plot, perwatakan dan lain-lain.

    Dalam teori dialogisme ini pengarang akan berdialog dengan teks itu sendiri, dirinya dan pembaca. Ini akan menimbulkan dialog antara teks dengan teks dan mengakibatkan berlakunya perubahan, penentangan dan perluasan dalam karya yang sedang diolah oleh pengarang sama ada dari segi tema dan persoalan, plot atau watak dan perwatakan. Dalam kata lain, teks yang sedang dihasilkan terpengaruh dengan teks yang pernah dihasilkan. Walaupun begitu, teks yang telah dihasilkan itu tidak semestinya dipengaruhi pula oleh teks yang sedang atau akan dihasilkan. Justeru, maksud pendekatan ini ialah wujud hubungan satu hala di antara teks baharu dengan teks sedia ada dan bukan sebaliknya. Oleh itu, hubungan antara struktur luaran dan dalaman dalam sesebuah karya amat penting dalam pendekatan ini. Menurut Thomas A. Schmitz ayat-ayat yang digunakan oleh 5 Josue V. Harari, 1979, Textual Strategies, New York: Cornell University Press, hlm. 77. 6 Dostoyevsky, Fyodor, 1975, The Idiot. David Magarshack (terj.). England: Peguin Books, hlm.1.

    7

    seseorang dalam pengucapan atau tulisan berhubung kait dengan ucapan atau tulisan sebelumnya sama ada daripada orang lain atau dirinya sendiri dan jika tiada pergantungan tersebut menyebabkan sesuatu ayat atau pengucapan itu menjadi suram dan tidak dapat dikembangkan. Thomas A. Schmitz menyatakan;

    “Language always works within certain situations, and utterances produce their significance within thin context. The linguistic material alone is not enough to determine whether a word or a sound is enthusiastic, gloomy, ironical, threatening, or deferential; rather, this depends on a number of factors such as intonation, volume, the interlocutor, and prior utterances in the dialogue”7.

    Teori ini kemudiannya dibincangkan oleh Julia Kristeva menerusi sebuah tesis yang bertajuk La revolution du Langage Poetique (Revolusi Bahasa Puisi) untuk ijazah Doktor Falsafahnya di L’Ecole Pratique des Hautes Etudes, Paris, tahun 1970. Namun begitu, Kristeva tidak menamakan teori ini sebagai dialogik. Sebaliknya, beliau mengistilahkannya kepada intertekstualiti. Jeremy Hawthorn8 memberitahu bahawa setiap teks yang dihasilkan terpengaruh dengan teks-teks yang lain dan pengaruh inilah dibahaskan dalam teori intertekstual. Oleh itu, pembaca tidak seharusnya menjadi keliru dengan teks asal yang menjadi hipogram terhadap teks tersebut. Jeremy Hawthorn menjelaskan; “Kristeva defines the text as a permutation of texs, an intertext in the space of a given text...”9.

    Perkembangan teori ini bukan sahaja berlaku di Eropah, bahkan meluas di seluruh dunia. Di Asia Tenggara, ia turut dibincangkan sebagai salah satu teori kesusasteraan moden oleh seorang sarjana 7 Thomas A. Schmitz, 2007, Modern Literary Theory and Ancient Texts an Introduction.Voctoria: Blackwell Publishing, hlm. 66-67. 8 Jeremy Hawthorn, 2000, A Concise Glossary of Contemporary Literary Theory, London: Arnold, hlm. 117. 9 Ibid.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    7

    7

    seseorang dalam pengucapan atau tulisan berhubung kait dengan ucapan atau tulisan sebelumnya sama ada daripada orang lain atau dirinya sendiri dan jika tiada pergantungan tersebut menyebabkan sesuatu ayat atau pengucapan itu menjadi suram dan tidak dapat dikembangkan. Thomas A. Schmitz menyatakan;

    “Language always works within certain situations, and utterances produce their significance within thin context. The linguistic material alone is not enough to determine whether a word or a sound is enthusiastic, gloomy, ironical, threatening, or deferential; rather, this depends on a number of factors such as intonation, volume, the interlocutor, and prior utterances in the dialogue”7.

    Teori ini kemudiannya dibincangkan oleh Julia Kristeva menerusi sebuah tesis yang bertajuk La revolution du Langage Poetique (Revolusi Bahasa Puisi) untuk ijazah Doktor Falsafahnya di L’Ecole Pratique des Hautes Etudes, Paris, tahun 1970. Namun begitu, Kristeva tidak menamakan teori ini sebagai dialogik. Sebaliknya, beliau mengistilahkannya kepada intertekstualiti. Jeremy Hawthorn8 memberitahu bahawa setiap teks yang dihasilkan terpengaruh dengan teks-teks yang lain dan pengaruh inilah dibahaskan dalam teori intertekstual. Oleh itu, pembaca tidak seharusnya menjadi keliru dengan teks asal yang menjadi hipogram terhadap teks tersebut. Jeremy Hawthorn menjelaskan; “Kristeva defines the text as a permutation of texs, an intertext in the space of a given text...”9.

    Perkembangan teori ini bukan sahaja berlaku di Eropah, bahkan meluas di seluruh dunia. Di Asia Tenggara, ia turut dibincangkan sebagai salah satu teori kesusasteraan moden oleh seorang sarjana 7 Thomas A. Schmitz, 2007, Modern Literary Theory and Ancient Texts an Introduction.Voctoria: Blackwell Publishing, hlm. 66-67. 8 Jeremy Hawthorn, 2000, A Concise Glossary of Contemporary Literary Theory, London: Arnold, hlm. 117. 9 Ibid.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    8

    8

    dalam bidang kesusasteraan bernama Partini Sardjono telah mengembangkan teori ini. Beliau bukan sahaja berdiri di atas prinsip-prinsip Kristeva, malah telah memperkenalkan satu lagi bentuk kaedah yang diistilahkan sebagai ekserp. Kaedah ini berlaku apabila sesebuah teks dijelmakan di dalam teks lain dalam bentuk abstrak. Setelah itu, lahir pula nama-nama baru di Indonesia seperti Teeuw, dan Umar Junus. Manakala di Malaysia dan Singapura, ia mula dikenali setelah Mana Sikana membincangkannya menerusi beberapa buah buku, khususnya tesis Doktor Falsafah beliau yang bertajuk: Tuah Jebat Dalam Drama Melayu: Satu Kajian Intertekstualiti. Di dalam tesis ini, beliau bukan sahaja membincangkan pendekatan ini secara panjang lebar, bahkan mengaplikasikannya dalam Hikayat Hang Tuah10. 3. 1 Bentuk-Bentuk Kaedah Dalam Pendekatan Intertekstual Berdasarkan penelitian terhadap buku yang berjudul Desire in Language: A Simeotic Approach to Literature and Art (1980) oleh Julia Kristeva dan Kakawin Gajah Mada (1986) oleh Partini Sardjono, terdapat 10 bentuk kaedah intertekstual yang kerap berlaku dalam sastera dan manifestasi yang terbayang dalam cara penulisan seseorang, iaitu:

    a. a. Transformasi ialah pemindahan, penjelmaan atau penukaran sesuatu teks kepada teks yang lain sama ada secara formal atau abstrak11.

    b. b. Modifikasi berlaku apabila pengarang membuat penyesuaian, perubahan atau pindaan terhadap sesuatu teks dalam sesebuah teks. Prinsip ini berlaku disebabkan timbulnya keinginan pengarang untuk 10 Wan Nasyrudin, 2008, “Tafsir Tarjuman al-Mustafid: Kajian Intertekstual”, Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Akademi Pengajian Islam, hlm. 12. 11 Kristeva, 1980, Desire in Language: A Simeotik Approach to Literature and Art, Oxford: Basil Blackwell, hlm. 80.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    9

    9

    mengambil atau meniru sesebuah teks ke dalam teksnya serta menyesuaikannya mengikut kehendak masyarakat, budaya, politik dan pemikiran pembaca12.

    c. c. Ekspansi berlaku apabila pengarang membuat perluasan atau pengembangan terhadap sesuatu teks. Contohnya, sebuah cerpen diolah dan dikembangkan oleh pengarang sehingga ia menjadi sebuah novel yang lengkap13.

    d. d. Demitefikasi bermaksud penentangan terhadap pengertian dalam teks sesebuah karya yang mundur yang muncul lebih awal. Pengarang mempersoalkan teks tersebut sebelum melakukan penentangan14.

    e. e. Haplologi terjadi apabila berlaku pengguguran ketika kehadiran teks-teks ke dalam sesebuah teks. Proses ini berlaku ketika pemilihan dan penyuntingan yang bertujuan untuk menyesuaikan sesebuah teks demi keharmonian sesebuah karya15.

    f. f. Ekserp berlaku apabila teks yang digunakan adalah sama atau mungkin sama dengan intisari sebahagian, suatu petikan, suatu episod atau aspek dari hipogram atau tipa induknya16.

    g. g. Parallel terjadi apabila berlaku persamaan atau kesejajaran antara satu teks dengan teks yang lain dari segi tema, pemikiran atau bentuk teks itu sendiri. Prinsip Parallel memperlihatkan unsur-unsur keselarian dan kesejajaran teks dalam sesebuah teks. Walaupun

    12 Ibid, hlm. 90. 13 Kristeva, 1980, hlm. 90. 14 Ibid, hlm. 103. 15 Kristeva, 1980, hlm. 25. 16 Partini Sardjono, 1986, Kakawin Gajah Mada, Bandung: Penerbit Binacipta, hlm. 63.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    10

    10

    begitu, pengarang perlu menyatakan sumber ambilannya supaya teks yang diambil itu tidak dianggap plagiat17.

    h. h. Konversi terjadi apabila berlaku pemutarbalikan tipa induk atau hipogram atau pun penentangan terhadap teks yang diambil guna. Unsur penentangan ini tidak sama seperti yang terjadi dalam prinsip demitefikasi. Malah ia tidak begitu radikal dan tidak mengalami perubahan yang agresif atau drastik18.

    i. i. Eksistensi berlaku apabila unsur-unsur yang diwujudkan atau diadakan dalam sesebuah karya berbeza dengan teks hipogramnya. Proses ini berlaku apabila pengarang melakukan sesuatu pembaharuan terhadap karya utama yang menjadi landasan dalam penulisannya19.

    j. j. Defamilirasi ialah unsur luar biasa dalam karya. Ia bermaksud usaha pengarang untuk melahirkan unsur-unsur luar biasa dengan melakukan beberapa perubahan terhadap teks yang telah dibaca seperti penyimpangan dari segi makna atau perubahan peranan watak dalam sesebuah karya20. Setiap bentuk kaedah ini tidak semestinya hadir secara berasingan dalam sesebuah karya, tetapi ia boleh hadir secara bersama. Contohnya, apabila sesuatu teks karya itu mengalami proses transformasi, maka ia juga mungkin mengalami proses modifikasi, ekspansi atau apa sahaja bentuk kaedah intertekstual dalam masa yang sama. 17 Kristeva, 1980, hlm. 91. 18 Ibid, hlm. 107. 19 Kristeva, 1980, hlm. 106-107. 20 Ibid, hlm. 131.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    11

    11

    4. TAFSIR NUR AL-IHSAN: SATU PENGENALAN Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah karya besar yang telah dihasilkan oleh Syeikh Muhammad Sa‘id. Beliau mula menghasilkan karya tersebut pada bulan Zulhijjah, 1344 Hijrah bersamaan Januari 1925 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibn al-Marhun Sultan Ahmad Taj al-Din Mukarram Shah (1881-1943), Sultan Kedah yang ke-25. Penulisan karya ini memakan masa selama dua tahun sembilan bulan untuk disiapkan, dan ia telah berjaya diselesaikan pada hari Rabu, 1 Rabiul Akhir 1346 Hijrah bersamaan 1 Oktober 1927 Masihi21.

    Tafsir Nur al-Ihsan mula dicetak dengan cetakan pertamanya pada tahun 1934 Masihi di Mekah oleh Maktabah wa Matba’ah Muhammad al-Nahdi wa Awladih dan cetakan kedua pada tahun 1936 Masihi di Pulau Pinang. Cetakan ketiga karya ini adalah pada tahun 1391 Hijrah bersamaan tahun 1970 Masihi oleh Percetakan al-Muarif Sdn. Bhd, Matba’ah bin Halabi di Fathani dan Maktabah wa Matba’ah Muhammad al-Nahdi wa Awladih di Bangkok Thailand. Sementara itu, terdapat juga cetakan yang diterbitkan oleh Dar al-Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah, Mesir pada tahun 1349 Hijrah22. Setiap cetakan Tafsir Nur al-Ihsan perlu terlebih dahulu mendapat keizinan daripada waris Syeikh Muhammad Sa’id dan tanda keizinan tersebut dapat dilihat di setiap halaman (i) setiap jilid23.

    Tafsir Nur al-Ihsan dihasilkan oleh Syeikh Muhammad Sa’id dalam empat jilid dan setiap jilid disusun mengikut surah-surah al-

    21 Mohd Nazimi Zaim, 2010, hlm. 68 dan Abdul Razak Abdul Rahman, 2010, “Mengenali Tuan Haji Saaid Mufti Ulama Tersohor di Alam Melayu”. Kertas kerja di Seminar Ulama Melayu, Shah Alam, 23 Mei, hlm. 3. 22 Abdul Razak Hj. Othman, 2012, “Riwayat Hidup Syeikh Muhammad Sa’id”, Alor Setar, temu bual, 07 Julai. 23 Abdul Razak Abdul Rahman, 2010, hlm. 2.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    12

    12

    Qur’an. Jilid pertama merangkumi Surah al-Fatihah hingga Surah al-Ma’idah, jilid kedua merangkumi Surah al-An’am hingga Surah Hud, jilid ketiga merangkumi Surah al-Kahf hingga Surah al-Zumar, dan jilid keempat merangkumi Surah al-Mu’min hingga Surah al-Nas. Tafsir Nur al-Ihsan agak sukar untuk diperolehi di pasaran dan ia hanya dijual di kedai-kedai buku yang tertentu sahaja. Kebanyakan karya yang beredar di pasaran Malaysia pada hari ini ialah yang dicetak oleh syarikat dari Pulau Pinang berukuran 26.5 cm x 20 cm dan cetakan yang terbaharu diterbitkan oleh Akademi Jawi Malaysia dalam versi tahkik dan taqlik, tahun 2020.

    Tafsir ini bukan sahaja tersebar di bumi Melayu khususnya di negeri Kedah, bahkan di Perak Utara, Seberang Prai Pulau Pinang dan juga di Selatan Thailand24. Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah karya tafsir berbahasa Melayu yang dikarang menggunakan tulisan Jawi ini telah memberi banyak manfaat kepada umat Islam khususnya di Malaysia, di samping ia juga merupakan satu usaha murni Syeikh Muhammad Sa‘id yang telah mewariskannya kepada masyarakat sehingga ke hari ini. Kandungan karya ini adalah lengkap dan menyeluruh mencakupi penerangan seperti asbab nuzul ayat, fadilat-fadilat, permasalahan fiqah, ayat al-Mutashabihat, al-Nasikh dan al-Mansukh serta kisah-kisah umat terdahulu.

    Tafsir Nur al-Ihsan dimulai dengan pendahuluan yang disebut sebagai Muqaddimah seperti kebanyakan karya. Walaubagaimanapun pengarang tidak menyatakan metodologi yang digunakan dalam pentafsirannya di dalam pendahuluan ini. Setiap surah dimulai dengan nama surah, status surah sama ada Makkiyyah atau Madaniyyah di samping disertai dengan bilangan ayat dan sebab dinamakan surah itu jika ada. 24 Ibid.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    13

    13

    Bahasa yang digunakan dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran ialah bahasa Melayu dialek Melayu Kedah. Istilah yang digunakan oleh pengarang dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran di dalam karya ini antaranya adalah yang berhubung kait dengan pekerjaan dan aktiviti masyarakat setempat. Pengarang menggunakan perkataan bendang, perhumaan, pokok padi, tanam padi kerana beliau terkesan dengan salah satu pekerjaannya iaitu pesawah25. Negeri Kedah yang mendapat jolokan “Negeri Jelapang Padi” sudah termaklum bahawa rata-rata pekerjaan utama masyarakatnya adalah penanam padi lebih-lebih lagi di dataran Kedah-Perlis26 dan teks sosial ini menurut pendekatan intertekstual dikenali sebagai pengaruh luaran yang mempengaruhi penghasilan teks Tafsir Nur al-Ihsan.

    Selain itu, penggunaan bahasa Arab juga meluas digunakan dalam karya ini. Perkataan-perkataan Arab terlihat di setiap helaian karya bermula jilid yang pertama sehingga jilid yang keempat. Tulisan jawi yang digunakan pula diselangi perkataan-perkataan Arab yang disusuli dengan terjemahannya di dalam bahasa Melayu, tetapi kebanyakan perkataan Arab itu tiada sebarang tanda ataupun kurungan yang dibuat bagi membezakan antara perkataan Melayu dan Arab. Walau bagaimanapun, terdapat juga terjemahan-terjemahan yang diletakkan di dalam kurungan dan kalimah-kalimah yang langsung tidak diterjemah.

    Dalam pada itu, terjemahan ayat yang dibuat adalah dengan gaya bahasa Melayu klasik yang terikat dengan kaedah bahasa Arab. Terjemahan banyak menggunakan struktur ayat songsang iaitu struktur ayat yang tidak terikat dengan kaedah subjek-predikat. Ia juga banyak menggunakan struktur ayat pasif yang diwakili oleh imbuhan 25 Abdul Razak Hj. Othman, 2012, “Riwayat Hidup Syeikh Muhammad Sa’id”, Alor Setar, temu bual, 07 Julai. 26 Asmad. 1987. Kedah. Melaka: Associated Educational Distributor (M) Sdn. Bhd, hlm. 30.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    14

    14

    di dan oleh, di samping banyak menggunakan perkataan al-Ma’na, erti, sebab, maka, kerana, iaitu, dengan, daripada, supaya, seperti, yakni, makna, pada, seumpama, ertinya dan tatkala bertujuan untuk menghurai dan menjelaskan tafsiran-tafsiran yang agak mengelirukan, mengemukakan contoh-contoh atau membawa sesuatu perbincangan yang berkaitan dengan sesuatu tafsiran. Corak-corak penulisan seperti ini dilakukan oleh pengarang secara konsisten pada semua jilid karyanya.

    5. PENGAPLIKASIAN KAEDAH KONVERSI DALAM TAFSIR NUR AL-IHSAN Artikel ini melihat satu sudut sahaja daripada aspek pengaplikasian bentuk kaedah intertekstual, iaitu pengaplikasian kaedah konversi. Di dalam Tafsir Nur al-Ihsan, terdapat lima perbahasan yang dibincangkan oleh Syeikh Muhammad Sa’id merangkumi sebab nuzul ayat, hadis-hadis, kisah-kisah isra’iliyyat, ayat nasikh mansukh dan fadilat-fadilat. Namun, perbincangan tersebut tidak disertakan sumber ambilannya. Hal yang demikian itu menyebabkan pentafsiran pengarang dipertikai oleh sebahagian sarjana lebih-lebih lagi mengenai penjelasan-penjelasan yang pada zahirnya bertentangan dengan akal dan syarak. Walau bagaimanapun, hasil penelitian yang telah dibuat didapati bahawa perbincangan tersebut adalah bersumberkan karya-karya muktabar seperti Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Baydawi dan Tafsir al-Qurtubi yang sememangnya diperakui nilai pentafsirannya27.

    Konversi merupakan salah satu kaedah yang tersenarai di dalam pendekatan intertekstual yang digunakan bagi mengenalpasti sumber 27 al-Dhahabi, Muhammad Husayn, 1425H/2005M, al-Tafsir wa al-Mufassirun, t.tp: Avand Danesh LTD, jld. 3, hlm. 222.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    15

    15

    dan teks asal yang digunakan sebelum pengarang membuat penentangan terhadap sebahagian teks tersebut. Kaedah ini terjadi apabila pengarang sesebuah karya memutarbalikkan huraian atau maksud sesebuah teks dari karya asal yang dirujuk lalu beliau menjadikan teks berkenaan sebagai teksnya sendiri. Hal ini berlaku disebabkan pengarang telah terpengaruh dengan bahan bacaan yang pernah dibaca, di tambah pula dengan pengalaman yang pernah dilalui lalu ditransformasikan pula ke dalam teksnya dengan membuat beberapa pembaikan. Menurut Siti Hajar Che Man28 bahawa bentuk kaedah intertekstual yang agak kerap mempengaruhi penulisan sesebuah karya adalah konversi. Ia digambarkan sebagai sebuah kaedah yang akan teraplikasi apabila pengarang tidak bersetuju dengan sesuatu pernyataan dalam teks yang telah dibaca lalu beliau membuat pembaikan menerusi teksnya. Sebuah tesis yang dihasilkan dipengaruhi oleh kajian-kajian terdahulu, begitu juga dengan artikel, akhbar, buku-buku dan juga novel-novel yang tidak dapat dielak daripada dipengaruhi oleh penulisan-penulisan yang sedia ada. Namun tidak semua teks yang telah dihasilkan itu dipersetujui oleh semua pembaca, dan dengan sebab itu kaedah konversi akan terjadi apabila pembaca membuat pembetulan terhadap teks berkenaan.

    Selain itu, Kaedah ini juga sememangnya memberi kesan kepada teks asal. Ketika pengarang mentransformasi sesebuah teks ke dalam teksnya memungkinkan berlaku perubahan dari segi susunan teks dan bahasa, berlaku penambahan makna atau pengguguran teks. Kaedah ini juga dapat memberi manfaat kepada pembaca di mana ia berupaya memberi kefahaman kepada pembaca mengenai fakta sebenar yang telah diperbetulkan oleh pengarang baharu. Contoh pengaplikasian kaedah ini dapat dilihat menerusi tulisan Syeikh Muhammad Sa’id di dalam Tafsir Nur al-Ihsan, iaitu; 28 Prof. Madya Dr. Siti Hajar Che Man. (2013) “Bacaan Intertekstual”. Temu bual. 18 Mac.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    16

    16

    “Maka raja Yahudi suruh seorang masuk bunuhnya nama Istiyanus29”.

    Manakala teks dari Tafsir al-Jamal yang merupakan karya asal yang ditransformasi pula;

    . 30وأمر ملك اليهود رجال منهم يقال له ططيانوس

    Kedua-dua teks tersebut menyatakan tentang perancangan bunuh yang hendak dilakukan oleh pemerintah Yahudi di zaman Nabi Isa a.s di mana pemerintah berkenaan telah menyuruh seorang lelaki daripada kalangan rakyatnya menjalankan perancangan tersebut. Apabila diteliti, Tafsir al-Jamal yang merupakan karya asal yang dirujuk menamakan lelaki tersebut sebagai Tityanus, namun berbeza pula dengan apa yang dinyatakan di dalam Tafsir Nur al-Ihsan. Syeikh Muhammad Sa’id menamakan lelaki berkenaan sebagai Istiyanus dan dengan sebab itulah kaedah konversi teraplikasi. Sementara itu, di antara contoh lain, pengarang menyatakan;

    “Antara Ibrahim dengan Musa 1000 tahun dan

    antara Musa dengan Isa 1975 tahun31” Manakala teks dari Tafsir al-Jamal yang merupakan

    karya asal yang ditransformasi pula;

    32 فكان بني إبراهيم وموسى ألف سنة وبني موسى وعيسى ألفا سنة

    29 Muhammad Sa’id, 1970, jld. 1, hlm. 116. 30 Maksudnya: dan telah menyuruh oleh raja Yahudi seorang lelaki dari kalangan mereka dikatakan dia bernama Tityanus. Lihat: al-Jamal, Sulayman bin Umar al-Ujjayli, t.th, Tafsir al-Jamal, Mesir: Isa al-Babi al-Halabi, jld. 1, hlm. 278. 31 Muhammad Sa’id, 1970, hlm. 119.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    17

    17

    Menerusi teks Tafsir Nur al-Ihsan di atas, Syeikh Muhammad

    Sa’id juga telah mengaplikasi kaedah konversi di mana beliau menyatakan jarak di antara Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s ialah selama 1975 tahun, berbeza dengan Tafsir al-Jamal yang membahaskan bahawa jarak antara keduanya adalah dua ribu tahun. Pemutarbalikkan fakta yang dilakukan oleh pengarang ketika membina teks karyanya mungkin disebabkan beliau telah terpengaruh dengan bacaan karya lain yang dirasakan lebih sahih berbanding pernyataan teks Tafsir al-Jamal yang sedang dirujuk. Oleh yang demikian, pengaplikasian kaedah konversi dalam menjalankan penelitian ini adalah penting bagi mengenalpasti fakta yang lebih tepat menurut pandangan pengarang yang telah dimuatkan di dalam Tafsir Nur al-Ihsan. 5.1 Karya-Karya Yang Mempengaruhi Intipati Teks Tafsir Nur Al-Ihsan Di bawah ini merupakan hasil kajian yang diperolehi berdasarkan penelitian terhadap teks Tafsir Nur al-Ihsan secara keseluruhannya mengenai sebab nuzul ayat, Hadis Nabawi dan kisah-kisah al-Isra’iliyyat. Hasil analisis mendapati bahawa karya-karya yang telah mempengaruhi intipati teks mengenai aspek-aspek tersebut berpandukan kaedah konversi ialah Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Jamal, Tafsir al-Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi, dan Tafsir al-Qurtubi.

    32 Maksudnya: maka (tempoh) di antara Ibrahim dan Musa adalah seribu tahun dan di antara Musa dan Isa (pula) dua ribu tahun. Lihat: al-Jamal, Sulayman bin Umar al-Ujjayli, t.th, Tafsir al-Jamal, Mesir: Isa al-Babi al-Halabi, jld. 1, hlm. 284.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    18

    18

    JADUAL 1: Senarai karya yang mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan berdasarkan kaedah konversi

    Bil Karya Sbb. Nuzul Hadis Israiliyat Juml. % 01 Tafsir al-Jalalyn 2 2 - 4 24 02 Tafsir al-Jamal 1 7 8 47 03 Tafsir al-Baydawi - 1 1 6 04 Tafsir al-Khazin 1 - 1 2 12 05 Tafsir al-Baghawi - - 1 1 6 06 Tafsir al-Qurtubi - 1 - 1 6 Jumlah 4 3 10 17 100

    Jadual 1 di atas memperlihatkan data-data yang telah dianalisis

    dan telah mendapati bahawa teks Tafsir al-Jalalyn mempengaruhi intipati teks sebab nuzul ayat, Hadis Nabawi, kisah-kisah al-Isra’iliyyat bagi karya Tafsir Nur al-Ihsan empat kali (24%), Tafsir al-Jamal lapan kali (47%), Tafsir al-Baydawi sekali (6%), Tafsir al-Khazin dua kali (12%), Tafsir al-Baghawi sekali (6%), dan Tafsir al-Qurtubi sekali (6%). Oleh yang demikian karya yang paling banyak dan dominan mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan berkenaan aspek-aspek tersebut adalah Tafsir al-Jamal iaitu sebanyak 47%. Justeru, dapat difahami bahawa karya utama yang dirujuk oleh Syeikh Muhammad Sa’id ketika membahaskan sebab nuzul ayat, Hadis Nabawi dan kisah-kisah al-Isra’iliyyat dalam Tafsir Nur al-Ihsan berpandukan kaedah konversi ialah Tafsir al-Jamal.

    6. KESIMPULAN Berdasarkan kajian yang telah dijalankan artikel ini menyimpulkan bahawa Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah karya tafsir yang telah dihasilkan oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Karya ini

    18

    JADUAL 1: Senarai karya yang mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan berdasarkan kaedah konversi

    Bil Karya Sbb. Nuzul Hadis Israiliyat Juml. % 01 Tafsir al-Jalalyn 2 2 - 4 24 02 Tafsir al-Jamal 1 7 8 47 03 Tafsir al-Baydawi - 1 1 6 04 Tafsir al-Khazin 1 - 1 2 12 05 Tafsir al-Baghawi - - 1 1 6 06 Tafsir al-Qurtubi - 1 - 1 6 Jumlah 4 3 10 17 100

    Jadual 1 di atas memperlihatkan data-data yang telah dianalisis

    dan telah mendapati bahawa teks Tafsir al-Jalalyn mempengaruhi intipati teks sebab nuzul ayat, Hadis Nabawi, kisah-kisah al-Isra’iliyyat bagi karya Tafsir Nur al-Ihsan empat kali (24%), Tafsir al-Jamal lapan kali (47%), Tafsir al-Baydawi sekali (6%), Tafsir al-Khazin dua kali (12%), Tafsir al-Baghawi sekali (6%), dan Tafsir al-Qurtubi sekali (6%). Oleh yang demikian karya yang paling banyak dan dominan mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan berkenaan aspek-aspek tersebut adalah Tafsir al-Jamal iaitu sebanyak 47%. Justeru, dapat difahami bahawa karya utama yang dirujuk oleh Syeikh Muhammad Sa’id ketika membahaskan sebab nuzul ayat, Hadis Nabawi dan kisah-kisah al-Isra’iliyyat dalam Tafsir Nur al-Ihsan berpandukan kaedah konversi ialah Tafsir al-Jamal.

    6. KESIMPULAN Berdasarkan kajian yang telah dijalankan artikel ini menyimpulkan bahawa Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah karya tafsir yang telah dihasilkan oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Karya ini

    18

    JADUAL 1: Senarai karya yang mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan berdasarkan kaedah konversi

    Bil Karya Sbb. Nuzul Hadis Israiliyat Juml. % 01 Tafsir al-Jalalyn 2 2 - 4 24 02 Tafsir al-Jamal 1 7 8 47 03 Tafsir al-Baydawi - 1 1 6 04 Tafsir al-Khazin 1 - 1 2 12 05 Tafsir al-Baghawi - - 1 1 6 06 Tafsir al-Qurtubi - 1 - 1 6 Jumlah 4 3 10 17 100

    Jadual 1 di atas memperlihatkan data-data yang telah dianalisis

    dan telah mendapati bahawa teks Tafsir al-Jalalyn mempengaruhi intipati teks sebab nuzul ayat, Hadis Nabawi, kisah-kisah al-Isra’iliyyat bagi karya Tafsir Nur al-Ihsan empat kali (24%), Tafsir al-Jamal lapan kali (47%), Tafsir al-Baydawi sekali (6%), Tafsir al-Khazin dua kali (12%), Tafsir al-Baghawi sekali (6%), dan Tafsir al-Qurtubi sekali (6%). Oleh yang demikian karya yang paling banyak dan dominan mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan berkenaan aspek-aspek tersebut adalah Tafsir al-Jamal iaitu sebanyak 47%. Justeru, dapat difahami bahawa karya utama yang dirujuk oleh Syeikh Muhammad Sa’id ketika membahaskan sebab nuzul ayat, Hadis Nabawi dan kisah-kisah al-Isra’iliyyat dalam Tafsir Nur al-Ihsan berpandukan kaedah konversi ialah Tafsir al-Jamal.

    6. KESIMPULAN Berdasarkan kajian yang telah dijalankan artikel ini menyimpulkan bahawa Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah karya tafsir yang telah dihasilkan oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Karya ini

    19

    mendapat sambutan meluas bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di Malaysia, Mesir dan Thailand setanding dengan tafsir kontemporari yang lain. Apa yang menarik tentang karya ini ialah gaya penyampaiannya yang ringkas bahkan mudah difahami oleh masyarakat dan juga sarat dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Gaya bahasanya yang mudah dapat menepati kehendak semua peringkat masyarakat dan sesuai digunakan oleh masyarakat madani moden seperti Malaysia.

    Pendekatan intertekstual mempunyai kaedah yang tersendiri. Kaedah ini menggabungkan proses pengolahan, pembinaan dan pencernaan daripada dua aspek iaitu aspek dalaman dan luaran yang membina sesebuah karya. Aspek dalaman terlihat ketika pengarang menetapkan gaya pentafsiran mengikut aspirasinya sendiri, manakala aspek luaran pula ialah apabila wujud karya-karya luar yang memberi kesan kepada teks yang ditulis. Pengaruh dalaman dapat dilihat dalam bentuk berikut;

    Pertama, aspek bahasa dan struktur susunan teks. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu dialek Kedah yang bercampur dengan bahasa Arab. Walaupun istilah yang digunakan terkadang berbeza dengan bahasa Melayu Moden, namun ia adalah istilah yang digunakan di zaman Syeikh Muhammad Sa’id33.

    Kedua, Syeikh Muhammad Sa’id membentuk gaya penulisannya yang tersendiri ketika berkarya. Beliau memulakan setiap jilid Tafsir Nur al-Ihsan dengan Bismillah, ucapan puji-pujian kehadrat Allah SWT, dan berselawat ke atas Baginda SAW, di samping memperkenalkan status sesuatu surah sama ada Makki atau Madani sebelum memulakan tafsiran. Beliau juga menyelitkan asbab nuzul ayat, fadilat-fadilat, permasalahan fiqah, ayat al-Mutashabihat, al- 33 Abdul Razak Abdul Rahman, 2010, hlm. 2.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    19

    19

    mendapat sambutan meluas bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di Malaysia, Mesir dan Thailand setanding dengan tafsir kontemporari yang lain. Apa yang menarik tentang karya ini ialah gaya penyampaiannya yang ringkas bahkan mudah difahami oleh masyarakat dan juga sarat dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Gaya bahasanya yang mudah dapat menepati kehendak semua peringkat masyarakat dan sesuai digunakan oleh masyarakat madani moden seperti Malaysia.

    Pendekatan intertekstual mempunyai kaedah yang tersendiri. Kaedah ini menggabungkan proses pengolahan, pembinaan dan pencernaan daripada dua aspek iaitu aspek dalaman dan luaran yang membina sesebuah karya. Aspek dalaman terlihat ketika pengarang menetapkan gaya pentafsiran mengikut aspirasinya sendiri, manakala aspek luaran pula ialah apabila wujud karya-karya luar yang memberi kesan kepada teks yang ditulis. Pengaruh dalaman dapat dilihat dalam bentuk berikut;

    Pertama, aspek bahasa dan struktur susunan teks. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu dialek Kedah yang bercampur dengan bahasa Arab. Walaupun istilah yang digunakan terkadang berbeza dengan bahasa Melayu Moden, namun ia adalah istilah yang digunakan di zaman Syeikh Muhammad Sa’id33.

    Kedua, Syeikh Muhammad Sa’id membentuk gaya penulisannya yang tersendiri ketika berkarya. Beliau memulakan setiap jilid Tafsir Nur al-Ihsan dengan Bismillah, ucapan puji-pujian kehadrat Allah SWT, dan berselawat ke atas Baginda SAW, di samping memperkenalkan status sesuatu surah sama ada Makki atau Madani sebelum memulakan tafsiran. Beliau juga menyelitkan asbab nuzul ayat, fadilat-fadilat, permasalahan fiqah, ayat al-Mutashabihat, al- 33 Abdul Razak Abdul Rahman, 2010, hlm. 2.

    19

    mendapat sambutan meluas bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di Malaysia, Mesir dan Thailand setanding dengan tafsir kontemporari yang lain. Apa yang menarik tentang karya ini ialah gaya penyampaiannya yang ringkas bahkan mudah difahami oleh masyarakat dan juga sarat dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Gaya bahasanya yang mudah dapat menepati kehendak semua peringkat masyarakat dan sesuai digunakan oleh masyarakat madani moden seperti Malaysia.

    Pendekatan intertekstual mempunyai kaedah yang tersendiri. Kaedah ini menggabungkan proses pengolahan, pembinaan dan pencernaan daripada dua aspek iaitu aspek dalaman dan luaran yang membina sesebuah karya. Aspek dalaman terlihat ketika pengarang menetapkan gaya pentafsiran mengikut aspirasinya sendiri, manakala aspek luaran pula ialah apabila wujud karya-karya luar yang memberi kesan kepada teks yang ditulis. Pengaruh dalaman dapat dilihat dalam bentuk berikut;

    Pertama, aspek bahasa dan struktur susunan teks. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu dialek Kedah yang bercampur dengan bahasa Arab. Walaupun istilah yang digunakan terkadang berbeza dengan bahasa Melayu Moden, namun ia adalah istilah yang digunakan di zaman Syeikh Muhammad Sa’id33.

    Kedua, Syeikh Muhammad Sa’id membentuk gaya penulisannya yang tersendiri ketika berkarya. Beliau memulakan setiap jilid Tafsir Nur al-Ihsan dengan Bismillah, ucapan puji-pujian kehadrat Allah SWT, dan berselawat ke atas Baginda SAW, di samping memperkenalkan status sesuatu surah sama ada Makki atau Madani sebelum memulakan tafsiran. Beliau juga menyelitkan asbab nuzul ayat, fadilat-fadilat, permasalahan fiqah, ayat al-Mutashabihat, al- 33 Abdul Razak Abdul Rahman, 2010, hlm. 2.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    20

    20

    Nasikh dan al-Mansukh serta kisah-kisah umat terdahulu di tempat yang sesuai dan beliau konsisten dengan cara ini hingga ke akhir surah.

    Ketiga, Walaupun Syeikh Muhammad Sa’id merujuk kepada karya besar seperti Tafsir al-Jamal dan Tafsir al-Khazin yang menjelaskan tafsirannya dengan panjang lebar, namun beliau kekal dengan metodologinya yang telah mentransformasi isi-isi penting sahaja ke dalam karyanya itu.

    Selain itu, pendekatan kaedah bacaan intertekstualiti menyatakan bahawa sesebuah teks tercipta berdasarkan teks-teks yang lain. Justeru itu, melalui analisis yang telah dibuat mendedahkan pengaruh teks karya lain yang terkesan dalam penulisan Tafsir Nur al-Ihsan. Syeikh Muhammad Sa’id telah merujuk enam buah karya muktabar iaitu Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Jamal, Tafsir al-Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Baghawi dan Tafsir al-Qurtubi dalam membahaskan empat sebab nuzul ayat, tiga Hadis Nabawi dan 10 kisah-kisah al-Isra’iliyyat yang terkandung di dalam Tafsir Nur al-Ihsan. Walaupun begitu, karya yang paling dominan mempengaruhi intipati teks Tafsir Nur al-Ihsan tersebut berpandukan kaedah konversi ialah Tafsir al-Jamal. Melalui kajian ini fakta yang lebih tepat menurut pandangan pengarang berserta sumber ambilan bagi ke semua aspek tersebut telah dikenalpasti. Sekalipun pengarang tidak menyatakan sumber rujukan di dalam teksnya namun ia tidak membuktikan bahawa ia adalah semata-mata berdasarkan idea pengarang, ia merupakan sebuah karya yang sejajar dengan karya-karya muktabar. Oleh yang demikian, artikel ini membuktikan bahawa Syeikh Muhammad Sa’id dalam menghasilkan karya berjudul Tafsir Nur al-Ihsan ini tidak menggunakan fakta-fakta yang tidak berasas atau menggunakan pendapat sendiri.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    21

    21

    Secara kesimpulannya dapatlah dibuat ketetapan bahawa karya yang menjadi teks induk atau pun dalam kata lain yang menjadi rujukan utama pengarang dalam membahaskan sebab nuzul ayat, Hadis Nabawi dan kisah-kisah al-Isra’iliyyat di dalam Tafsir Nur al-Ihsan berpandukan kaedah konversi ialah Tafsir al-Jamal berdasarkan peratus kekerapan Syeikh Muhammad Sa’id merujuknya melebihi karya yang lain. Manakala Tafsir al-Jalalyn, Tafsir al-Baydawi, Tafsir al-Khazin, Tafsir al-Qurtubi, dan Tafsir al-Baghawi adalah hipogram atau karya sampingan yang dirujuk pengarang.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    22

    22

    RUJUKAN Mufti Ulama Tersohor di Alam Melayu”, Kertas kerja di

    Seminar Ulama Melayu, Shah Alam, 23 Mei. Abdul Razak Hj. Othman (2012). “Tafsir Nur al-Ihsan: Satu

    Pengenalan”. Temu bual. 07 Julai. al-Baghawi, Muhy al-Sunnah Abu Muhammad al-Husayn bin Mas’ud

    (1409H/1988M). Tafsir al-Baghawi. al-Riyad: Dar Tayyibah. al-Baydawi, Nasir al-Din Abu Sa’id Abd Allah Ibn Muhammad al-

    Shayrazi (1416H/1996M). Tafsir al-Baydawi. Beirut: Dar al-Fikr.

    al-Dhahabi, Muhammad Husayn (1425H/2005M). al-Tafsir wa al-

    Mufassirun, t.tp: Avand Danesh LTD. al-Jamal, Sulayman bin Umar al-Ujjayli (t.th). Tafsir al-Jamal, Mesir:

    Isa al-Babi al-Halabi. al-Khazin, Ala al-Din Ali Ibn Muhammad Ibn Ibrahim al-Baghdadi

    (1339H/1979M). Tafsir al-Khazin, Beirut: Dar al-Fikr. al-Suyuti dan al-Mahalli, Jalal al-Din (1337H/1919M). Tafsir al-

    Jalalyn. Dimashq: Dar al-Ulum al-Insaniyyah. al-Qurtubi, Abu Abdillah Muhamad bin Ahmad al-Ansari

    (1423H/2003M). al-Jami’ al-Ahkam al-Quran. al-Riyad: Dar Alim al-Kutub.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    23

    23

    Asmad (1987). Kedah. Melaka: Associated Educational Distributor (M) Sdn. Bhd.

    Dostoyevsky, Fyodor (1975). The Idiot. David Magarshack (terj.).

    England: Peguin Books. Jeremy Hawthorn (2000). A Concise Glossary of Contemporary

    Literary Theory. London: Arnold. Josue V. Harari (1979). Textual Strategies. New York: Cornell

    University Press. Kristeva, Julia (1980). Desire in Language: A Simeotik Approach to

    Literature and Art. Oxford: Basil Blackwell. Mana Sikana (1999). Teori dan Pendekatan Kususasteraan 1, Bangi:

    Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Nazimi Zaim (2010). “Kajian Takhrij Hadith Dalam Tafsir Nur

    Al-Ihsan”. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Sains Malaysia.

    Muhammad Ismi bin Mat Taib (2003). “Israiliyyat Dalam Tafsir:

    Kajian Terhadap Kitab Nur al-Ihsan, Karya Haji Muhammad Sa’id bin ‘Umar”. Disertasi Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya.

    Muhammad Sa’id (1391H/1970M). Tafsir Nur al-Ihsan, Fatani:

    Matba’ah Bin Halabi. Partini Sardjono (1986). Kakawin Gadjah Mada. Bandung: Penerbit

    Binacipta.

  • 24

    16

    ANALISIS PEMIKIRAN TAJDID: SYEIKH MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN

    Oleh:

    Mohd Puaad Bin Abdul Malik1 PM. Dr. Rahimin Affandi Bin Abdul Rahim2

    Abstrak Artikel ini bakal menumpukan perhatian terhadap pemikiran tajdid Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin. Beliau merupakan tokoh islah yang terkenal serta tokoh ulama yang tidak asing di kalangan masyarakat Islam di Tanah Melayu. Ketokohan beliau dilihat dalam mencorakkan perkembangan dakwah Islam dan mencetuskan pemikiran tajdid hukum. Pola pemikiran tajdid beliau sangat maju kehadapan dan relevan mengikut konteks zamannya. Dengan menggunakan instrumen kajian dokumen dan pemerhatian, kajian mendapati konsep tajdid Syeikh Tahir jelas terserlah dengan pendekatan corak fiqh ciri baru merangkumi kaedah istinbat hukum Islam. Impak besar, daripada pemikiran tajdid yang dipelopori oleh Syeikh Tahir telah mempengaruhi karakter Islam dalam masyarakat serta menjadi inspirasi berterusan kepada reformis dan pengkaji Melayu Islam semasa.

    1 Calon Phd, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2 Profesor Madya, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    25

    17

    Kata kunci: Pemikiran, Tajdid, Islah, Islam Dan Tanah Melayu

    Abstract

    This article will concentrate on tajdid thinking of Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin. He is a well known figure in Malaya. Sheikh Tahir was a well-known scholar in the Muslim community in Malaya and was well-versed in the development of Islam and the Malay-speaking tajdid. His patterns and patterns of tajdid thinking are very forward and uplifting of his time and releven in the context of his time. Using the instrument of document study and observation, the concept of tajdid Syeikh Tahir is clearly illustrated by the approach of the new feature fiqh pattern including the Islamic legal method. The great impact derived from the tajdid thinking pioneered by Sheikh Tahir has influenced the character of Islam in society as well as the ongoing inspiration to current Islamic studies and reformers. Key words: Thinking, Tajdid, Reformation, Islam And Malaya

    1. PENGENALAN Pemahaman konsep pemikiran tajdid yang diamalkan pada sesuatu masa dan zaman amat penting untuk dikaji dan diteliti. Ia sebagai suatu usaha untuk mencari idea terbaik ke arah pelaksanaan hukum Islam yang bertepatan dengan kehendak Maqasid al-Syari’ah. Kerangka pemikiran tajdid ini melihat bagaimana Islam mendepani

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    26

    18

    arus pemodenan,3 persoalan dan isu baru yang mempunyai kaitan dengan objek, manusia, masyarakat, institusi, idea dan kefahaman. Ini kerana, dalam persoalan fiqh sesetengah fuqaha mempunyai pendekatan berbeza terhadap sesuatu hukum berasaskan kepada kemampuan intelektual dan karakter realiti masyarakat pada zamannya.4 Premis kajian ini untuk melihat amalan pemikiran tajdid Syeikh Tahir yang sentiasa berkonflik dan berpolemik dengan golongan yang mempunyai status quo dalam hal pentadbiran agama. Beliau berani menunjukkan perbezaan dan kelainan daripada norma yang dipegang oleh masyarakat setempat.5 Idea tajdid reformism ala Mesir yang dibawa oleh Syeikh Tahir kemudiannya disesuaikan dengan ciri-ciri tempatan dengan pendekatan yang lebih dinamik. Dalam meneliti konsep awal pemikiran tajdid Syeikh Tahir, beliau menjadikan kitab-kitab mu’tabar sebagai sandaran dalam memahami setiap persoalan khilafiyyah dan perbincangan fiqh. Namun begitu, Syeikh Tahir tidak juga menafikan sumber rujukan daripada kitab-kitab klasik dengan menghargai sumbangan ulama silam dalam arus perkembangan intelektual dunia Islam. Ini dapat dilihat, beliau merujuk fatwa ulama silam sebagai medium menghasilkan fatwa.6 Oleh itu, beliau beranggapan penghormatan yang diberikan kepada ulama silam yang menghasilkan karya fiqh klasik bukanlah bermakna

    3 Abdul Kadir Muhammad, Sejarah Penulisan Hukum Islam di Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996), hlm. 32. 4 lihat Idris Awang dan Rahimin Affandi, “Sorotan Kajian Lepas: Teori dan Amalan dalam Penyelidikan Islam,” Jurnal Fiqh, no. 3, (2006), hlm. 134. 5 Mohd Sarim Mustajab, Sheikh Tahir Jalaludin al-Falaki: Pelopor Gerakan Pembaharuan Agama dan Perubahan Masyarakat, dalam Syeikh Tahir Jalaluddin Pemikir Islam ed. Sohaimi Abdul Aziz (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2003), hlm. 25. 6 Rahimin Affandi Abdul Rahim, “Fiqh Malaysia: Suatu Tinjauan Sejarah,” dalam Fiqh Malaysia: Kearah Pembinaan Fiqh Tempatan Yang Terkini ed. Paizah Ismail et.al., (Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2000), hlm. 32.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    27

    19

    mereka maksum. Karya mereka perlu di nilai secara kritikal dan kritis untuk melihat kesesuaiannya pada zaman ini.7 2. SYEIKH TAHIR ULAMA MELAYU MODENIS Syeikh Tahir merupakan ulama yang terkenal di Nusantara. Beliau banyak menghasilkan karya perundangan8 dan memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan ilmu dalam pelbagai disiplin ilmu termasuk fiqh9, falak10, dakwah11 dan pendidikan.12 Beliau juga pelopor gerakan Islah dan dianggap tokoh terkemuka dalam membentuk gagasan islah di Semenanjung Tanah Melayu.13 Beliau dikenali sebagai Muhammad Tahir bin Sheikh Muhammad atau Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki (1869-1956M). Beliau dilahirkan pada hari selasa, 7 November 1869M di Kota Tua Empat Angkat sebuah Daerah di Bukit Tinggi Sumatera Barat.14

    Syeikh Tahir adalah antara cendekiawan Melayu Islam yang berperanan besar dalam usaha membangkitkan kesedaran umat Islam

    7 Ibid., 32-3. 8 Abdul Kadir Muhammad, “Sejarah Penulisan,” hlm. 78. 9 Mohamad Amin Abu Bakar, Sumbangan Syeikh Tahir Jalaluddin (1869-1956M) terhadap Perkembangan, Fiqh di Nusantara’ Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (Nun) Iv, Ulama Pemacu Transformasi Negara, (Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011), hlm. 272. 10 Mohammad Ilyas, Syeikh Tahir Jalaluddin sebagai Model Contoh Integrasi Bidang Syariah dan Sains, ed., Sohaimi Abdul Aziz, Syeikh Tahir Jalaluddin Pemikir Islam, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia 2003), hlm. 66. 11 Mafri Amir, “Reformasi Islam Dunia Melayu Indonesia: Studi Pemikiran, Gerakan Dan Pengaruh Syeikh Muhammad Thahir Jalal-Din” ( tesis kedoktoran, UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta, 2004), hlm. 161-164. 12 Ibid. 13 Mohd Sarim Mustajab, “Sheikh Tahir Jalaludin,” hlm. 10. 14 Hafiz Zakariya,“Islamic Reform in Malaya: The Contribution of Shaykh Tahir Jalaluddin,” Intellectual Discourse, vol. 13, no 1 (2005), hlm. 49.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    28

    20

    bagi menerima pembaharuan15 dan membawa gagasan pemikiran Islam Modenis di Tanah Melayu. 3. PEMIKIRAN TAJDID SYEIKH TAHIR Syeikh Tahir mempunyai pendirian dalam mempertahankan ajaran Islam daripada terpengaruh dengan pandangan agama yang bertentangan dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.16 Konsep pemikiran ini berdasarkan firman Allah Taala yang merujuk kepada kewajipan berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.17 Dalam merujuk kepada kitab al-Quran, beliau menjadikan al-Quran sumber utama dalam menyokong hujah-hujah yang menyentuh persoalan kehidupan dan kemasyarakatan. Ini dapat dilihat dalam beberapa penulisan karya, risalah dan artikel penulisan beliau. Beliau dilihat kekal konsisten berhujah dengan ayat-ayat al-Quran18 dan mengutamakan nas dalam mana-mana situasi. Menurut Syeikh Tahir sumber nas iaitu al-Quran dan al-Sunnah mestilah diutamakan dalam menerbitkan hukum kerana ianya asas menanggapi persoalan hukum. Menurut Syeikh Tahir:

    Sesungguhnya hendaklah kita berpegang kepada sumber yang asal (al-Quran dan al-Sunnah) melalui Agama yang di Syari’atkan oleh Allah melalui lisan Rasulnya, tidak

    15 Nik Mohd Rosdi, “Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin” dalam Ilmuan Nusantara (Kuala Lumpur, Percetakan Zafar Sdn Bhd, 2011), hlm. 91. 16 Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995), hlm. 1113. 17 al-Quran, Surah al-Ahzab 33: 36 18 Abdul Kadir Muhammad, “Sejarah Penulisan,” 88. al-Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki al-Azhari, Risalah Penebas Bid’ah-bid’ah di Kepala Batas (Pulau Pinang: Lembaga Persediaan Majlis Muzakarah Kampung Baharu, t.t),hlm. 5.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    29

    21

    ada sesuatu itu melainkan padanya ada hukum Allah yang terdiri dari shahih atau fasid atau haram atau halal atau sunnah atau bida’ah, kesemuanya ini tidak dapat dibezakan melainkan dengan Nas yang menerangkan hukum Allah.19

    Dalam memahami perbincangan pemikiran tajdid Syeikh Tahir, beliau banyak melihat sumber hukum Islam secara komprehensif. Apa yang dimaksudkan dengan sumber hukum itu adalah dalil, tempat mengambil hukum dan kaedah menganalisis hukum.20 Ini kerana, persoalan sumber dan kaedah untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang betul amat dititik beratkan dalam disiplin ajaran Islam.21 Beliau meletakkan dua asas utama berkaitan dalil, pertama masalah penggunaan dalil dan kedua status sesuatu dalil.22 Ini termasuklah, bagaimana dalil itu diaplikasikan dalam hukum Islam. Status dalil juga perlu dinilai dari sudut tingkatan keabsahan dalil. Jika dalil sumbernya adalah dari hadis nabi maka status hadis tersebut perlu dinilai sebelum dijadikan dalil. Beliau dilihat konsisten mementingkan al-Istidlal atau al-Asl kerana ianya asas kepada pembinaan hukum fiqh.23 Contoh kefahaman fiqh beliau bersandarkan kepada al-Istidlal:

    19 Muhammad Tahir Jalaluddin, Ta’yid Tadhkirah Muttabi‘ al-Sunnah fi al-Rad ‘Ala al-Qa’il bi Sunniyyah Rak‘atain Qabl al-Jum‘ah (Pulang Pinang: Zi United Press, 1953), 40, kitab ini boleh dirujuk dalam Surat Persendirian Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, No Ruj: 2006/0036134 (1953), Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur. 20 Abdul Halim el-Muhammady, Sumber Undang-Undang Islam dan Pandangan Orientalis (Selangor: Budaya Ilmu Sdn. Bhd, 1994), hlm. 1. 21 Hassan Langgulung, Asas-asas Pendidikan Islam (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991), 112-114. 22 lihat Muhammad Tahir Jalaluddin, “Ta’yid Tadhkirah,” 3. 23 Basri Ibrahim et al., Kaedah-kaedah Penting Usul Fiqh Berdasarkan Manhaj Ahli Hadis (Selangor: al-Hidayah Publications, 2011), 14.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    30

    22

    Maka memadailah dalil-dalil (sebagai sumber dan rujukan) sesungguhnya bahawa Nabi dan orang-orang Islam selepasnya tidak melakukannya jika ianya dilakukan, pasti terdapat sumber atau dalil yang khusus dan benar yang menyatakannya.24

    Menurut Syeikh Tahir :

    Jika tidak terdapat dalil (pada sesuatu persoalan itu) dan mereka tidak mendatangkan dalil yang khusus bagi persoalan tersebut...bahkan itu menjadikan dalil yang kuat ianya bukan mengikut kehendak syara’25

    Melalui teks tersebut, dalil mestilah didahulukan dan dirujuk sebagai satu instrumen hukum Islam. Jika dalil tidak dirujuk sebagai piawaian utama dalam pengambilan hukum ianya bersalahan dengan prinsip syarak. Penekanan beliau terhadap persoalan al-Istidlal bertujuan memberi nasihat kepada masyarakat supaya kembali mengamalkan ajaran Islam sebenar dan menjauhkan dari amalan yang tidak bersandarkan dari dalil. Apabila dalil itu salah atau tidak tepat maka keseluruhan perbincangan hukum tidak tepat dan salah.26 Tidak dinafikan pemikiran tajdid Syeikh Tahir masih terikat dengan disiplin, kaedah dan usul mazhab Syafi’e. Namun begitu, pendapat beliau yang berbeza dalam memahami isu-isu fiqh telah mencetuskan pemikiran baru yang bertentang arus dengan pemikiran ulama tradisional.27 Pendekatan pemikiran tajdid beliau yang dinamik dapat membuktikan beberapa perkara, antaranya hukum syarak mesti berpaksikan kepada dalil dan sumber yang paling kuat. Beliau melihat kepentingan untuk

    24 Muhammad Tahir Jalaluddin, “Ta’yid Tadhkirah,” hlm. 17. 25 Ibid., 26. 26 Ibid., 28. 27 Mohamad Amin Abu Bakar, “Sumbangan Syeikh,” hlm. 277.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    31

    23

    memahami sesuatu persoalan fiqh dan menyelesaikannya dengan sumber dan dalil yang tepat. Beliau banyak menganalisis dan menilai dalil atau sumber sesuatu rujukan dengan teliti bersesuaian dengan realiti semasa serta konsisten menolak taklid buta. Syeikh Tahir juga peka dan banyak membuat penilaian terhadap dalil-dalil yang digunakan oleh para ulama dalam menguatkan hujah mereka.28 Seruan beliau kepada usaha-usaha untuk melakukan ijtihad dari bertaklid kepada sesuatu pendapat dalam memahami hukum fiqh.29 Dalam bicara soal bertaklid beliau menekankan perlunya peranan akal dalam kehidupan beragama dan sosiologi kemasyarakatan. Syeikh Tahir mencela pola berfikir umat Islam Melayu yang cenderung menyerah kepada nasib atau takdir. Pola berfikir seperti ini tidak berupaya merubah nasib seseorang. Umat Islam lebih bersikap pasif tidak wujud dinamis pemikiran dan anjakan paradigma keilmuan dalam persoalan agama. Kefahaman dan ajaran Islam yang dianuti bercirikan taklid hanya mengikut pendapat ulama yang terdahulu dan tidak berani merubah pemikiran yang telah sedia ada.30 Ini bertepatan dengan konsep yang didokong oleh Syeikh Tahir melalui pembaharuan tajdid bahawa Islam menyeru kepada berfikir kerana banyak ayat-ayat al-Quran yang menyeru ke arah menggunakan akal lebih-lebih lagi dalam soal memahami kandungan al-Quran dan al-Sunnah. Penekanan kepada penggunaan paradigma rasional ini berasaskan semangat ijtihad kepada usaha percambahan kreativiti

    28 Ibid. 29 lihat Muhammad Tahir Jalaluddin, “Ta’yid Tadhkirah,” hlm. 42. 30 Mafri Amir, “Reformasi Islam,” hlm.39.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    32

    24

    umat Islam.31 Kesemua ini membuktikan sikap dan sifat prihatin Syeikh Tahir terhadap konsep epistemologi intelektual Melayu.32 4. TIDAK FANATIK KEPADA SESUATU MAZHAB Dalam istilah usul, fanatik dikenali dengan taksub.33 Perkataan taksub berasal daripada perkataan Arab yang bererti tidak menerima kebenaran tentang pandangan dan pendapat orang lain berdasarkan dalil-dalil syarak disebabkan kecenderungan seseorang kepada aliran tertentu.34 Perkataan taksub tidak terdapat dalam kamus Dewan. Apa yang terdapat di dalamnya adalah perkataan fanatik.35 Fanatik bererti keterlaluan pada sesuatu pegangan atau pendirian berkaitan dengan agama. Pengertian yang hampir sama juga terdapat pada perkataan ekstrem.36 Ekstremis pula bererti orang yang sikapnya keterlaluan dan melampau dalam sesuatu hal seperti agama, politik dan sebagainya.37 Menurut Prof Dr. Muhammad Raft ‘Uthman:

    “Taksub mazhab adalah sesuatu yang dibenci dan dilarang disisi syarak. Ini kerana maksud taksub mazhab

    31 lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim et al., “Pemikiran Pembangunan Hukum Islam di Malaysia: Satu Analisis” (Kertas kerja, Seminar Seminar Kebangsaan Fiqh Dan Pemikiran Islam Lestari, Universiti Sains Malaysia pada 29 oktober 2008). 32 Syed Muhammad Dawilah al-Edrus, Epistemologi Islam: Teori Ilmu dalam al-Quran (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999), hlm. 48. 33 Qutub Mustafa Sanu, Mu’jam Mustalahat Usul al-Fiqh ‘Arabi-Ingilizi (Dar al-Fikr: Damshiq, 2000), 137. 34 Luqman Haji Abdullah, “Bermazhab dan Fanatik Mazhab: Satu Sorotan dalam Kerangka Amalan Bermazhab Syafi’e Masyarakat Melayu,” Jurnal Fiqh, no. 4, (2007), hlm. 108. 35 Fanatik orang yang keterlaluan pada sesuatu pegangan atau pendirian biasanya berkaitan dengan keagamaan, lihat “Kamus Dewan,” hlm. 406, entri fanatik. 36 Beerti keterlaluan dan melampau, lihat “Kamus Dewan,” hlm. 383, entri ekstremis. 37 Ibid.,

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    33

    25

    ialah seseorang beriltizam dengan pendapat tertentu dalam masalah syarak dan enggan berubah, sedangkan dalam masa yang sama antara dirinya dengan Allah Azza Wajalla dia sedar pendapat tersebut tidak sahih, atau lemah, dan mazhab lain, atau ahli fekah lain telah memberikan pendapat yang sahih.38

    Hasil pemerhatian, karya penulisan Syeikh Tahir jauh dari sikap fanatik kepada mazhab. Ini dapat dilihat, terdapat pendapat imam-imam mazhab lain yang dirujuk dan dijadikan hujah dalam persoalan hukum. Menurut Syeikh Tahir:

    Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Mazhab Maliki hingga sekarang39

    Telah berkata Imam Abu Hanifah40

    Pendapat ini bersalahan dengan pendapat Imam Malik dan Abu Hanifah41

    Dalam hukum fiqh, beliau banyak membawa pendapat dari mazhab Maliki dan merujuk kepada kitab-kitab selain dari kitab fiqh mazhab Syafi’e. Syeikh Tahir merujuk pendapat Imam Malik dan kitab al-Muwatta’. Selain itu, beliau juga merujuk kitab-kitab ulama dan fuqaha Maliki seperti kitab al-‘Itisam karangan Imam al-Shatibi. 38 lihat Muhammad Raft ‘Uthman, al-Ta’asub al-Mazhabi Atharuhu ‘Ala al-Mazahib al-Islamiyyah laman sesawang http://www.al-forqan.net/ dicapai pada 20 Jun 2012. 39 Muhammad Tahir Jalaluddin, “ Ta’yid Tadhkirah,” hlm.37. وعلى هذا ذهب مذهب املالكيه اىل االن 40 Muhammad Tahir Jalaluddin, “Ta’yid Tadhkirah,” hlm.23. قال ابو حنيفه 41 Ibid., حالفا ملالك وابو حنيفه

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    34

    26

    Selain itu, beliau juga merujuk pendapat Imam Abu Hanifah dalam persoalan fiqh seperti menyatakan inilah pendapat dari mazhab imam Abu Hanifah. Dalam mengemukakan pendapat dan hujahnya beliau juga mengambil pendapat di luar lingkungan mazhab Syafi’e seperti pendapat Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad. Kesemua pendekatan ini merupakan amalan yang tidak pernah dilakukan oleh ulama Nusantara sebelumnya. Jika sebelum ini, penulisan fiqh begitu terikat dengan hanya mensyarah, memaparkan serta mengutip pendapat-pendapat ulama mazhab Syafi’e tanpa ada sebarang kritikan dan penilaian terhadap dalil-dalil yang digunakan.42 Pegangan ini tidak pernah diganggu gugat sehinggalah pada awal kurun ke-20 dengan kedatangan aliran islah dan tajdid yang mempromosikan pemikiran Salafiyyah dalam akidah dan fiqh tanpa sempadan. Kemunculan aliran ini telah mencetuskan kontroversi yang berpanjangan hingga ke hari ini. Ini dapat dilihat, di peringkat masyarakat awam atau ulama terutamanya menyentuh tentang pemikiran dan amalan baru yang dilihat berbeza, bercanggah dan bertentangan dengan amalan tradisi.43 Dalam menanggapi beberapa persoalan masyarakat, Syeikh Tahir membawa pendekatan berbeza dan berani memberi komentar terhadap pendapat-pendapat yang dirasakan kontradiksi dengan petunjuk al-Quran dan Hadis. Citra dan dimensi tidak taksub kepada sesuatu mazhab ini akan memberikan kesan baik jangka panjang melalui peredaran zaman, pendedahan kepada mazhab-mazhab lain, buku-buku rujukan, kepentingan umum dengan menunjukkan sikap sesetengah pihak yang agak terbuka dalam menerima pandangan di luar lingkungan mazhab Syafi’e.44

    42 Mohamad Amin Bin Abu Bakar, “Sumbangan Syeikh,” hlm. 135. 43Rushdi Ramli et al., Kesesuaian Pemikiran dan Amalan Mazhab Selain Shafi ì dalam Masyarakat Islam di Malaysia: Satu Analisis Awal dalam Islam and Contemporary Muslims Challenggers and Issues, ed. Siddig Ahmad et al., Bangi: Jabatan Aqidah dan Falsafah, Falkulti Pengajian Islam, UKM, 2009) hlm. 357-358. 44 Noor Naemah Abd. Rahman et. al., Keterikatan Fatwa kepada Mazhab Syafi’e: Analisis terhadap Fatwa-Fatwa Jemah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    35

    27

    5. PENGARUH MAZHAB SYAFI’E Pengaruh dan impak dominasi fiqh yang terangkum di dalam pengajian syariah boleh dilihat kepada tinggalan warisan perbendaharaan fiqh Islam yang cukup besar, sehingga mencetuskan penubuhan pelbagai mazhab dalam Islam. Salah satu daripada warisan mazhab fiqh yang cukup dominan adalah mazhab Syafi’e itu sendiri.45 Berdasarkan kepada sejarah, Islam di Malaysia telah disebar dan dianuti oleh masyarakat melalui pengajaran berdasarkan mazhab Syafi’e. Latar belakang tokoh-tokoh agama, tuan-tuan guru, karya-karya yang digunakan dalam pengajaran formal mahupun tidak formal juga telah menguatkan lagi kefahaman dan pengamalan umat Islam di Malaysia terhadap mazhab ini.46 Ini kerana sifat mazhab Syafi’e yang lebih sesuai dengan budaya tempatan Melayu. Sikap ini tidaklah menghairankan memandangkan pengaruh mazhab Syafi`e yang telah berakar umbi dalam masyarakat sejak kedatangan Islam di Alam Melayu. Masyarakat Melayu merasa selesa dan sebati dengan pendekatan yang dibawa oleh mazhab Syafi’e. Maka setiap amalan mazhab Syafi’e dianggap satu tradisi murni yang perlu dipertahankan oleh masyarakat demi menjaga keharmonian dan kesatuan ummah.47 Begitu juga, kedatangan mubaligh Syafi’e yang mengamalkan sikap mesra budaya mendapat sokongan penguasa politik. Fuqaha mazhab Syafi’e juga telah mengasaskan sistem pendidikan Islam yang lebih sistematik di rantau Alam Melayu. Hal ini merujuk kepada pengenalan sistem pondok yang mengandungi prasarana fizikal yang Istiadat Melayu Kelantan, Prosiding Seminar Kebangasaan Usul Fiqh Sufi 2004 (Kuala Lumpur: Fakulti Syariah dan Undang-Undang, KUIM, 2004), hlm. 178. 45 Mohd Anuar Ramli dan Rahimin Affandi Abdul Rahim, “Mazhab Syafi’e dalam Pengajian Syariah di Malaysia: Satu Analisis,” Jurnal Fiqh, no. 4, (2007), hlm. 39. 46 Abdul Karim Bin Ali, “Tajdid Fiqh Mazhab Syafi’e di Malaysia,” Jurnal Fiqh, no. 4, (2007), hlm. 78-9. 47 Mustaffa bin Abdullah et.al., Konflik Ikhtilaf dikalangan Aliran-Aliran Islam di Malaysia: Faktor dan Punca dalam Prosiding Seminar Antarabangsa Pemikiran Islam, (Bangi: Jabatan Akidah dan Falsafah, UKM, 2004), hlm. 722.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    36

    28

    khusus, falsafah pengajian, kaedah dan kaedah penilaian yang cukup sistematik.48 Oleh kerana kedatangan Islam ke Nusantara dan Semenanjung Tanah Melayu khususnya didokong oleh ulama-ulama mazhab Syafi’e maka segala pengajaran yang dibawa telah dikembangkan dengan berteraskan mazhab Syafi’e. Pengaruh mazhab Syafi’e menjadi amat dominan kerana tiada persaingan dari mazhab lain. Kedudukan serta pengaruh mazhab ini dalam masyarakat Melayu diperkukuhkan melalui sistem perundangan dan pendidikan. Dengan itu, mazhab Syafi’e menjadi mazhab rasmi bagi masyarakat Melayu dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa orang-orang Melayu adalah penganut mazhab Syafi’e yang fanatik.49 Kesannya, penerimaan Islam oleh masyarakat Alam Melayu secara tidak langsung telah dipengaruhi oleh mazhab Syafi’e yang menjadi ikutan para pendakwah itu sendiri. Aliran mazhab ini seterusnya dikembangkan oleh guru-guru agama di pondok-pondok yang banyak menekankan pengajaran daripada mazhab tersebut.50 Situasi ini telah berjaya mempengaruhi kerajaan dan masyarakat di Tanah Melayu. Malahan pegangan umat Islam terhadap mazhab Syafi’e bukanlah sesuatu amalan dan paradigma yang salah dalam pengamalan ajaran Islam. Namun ianya merupakan satu formula yang bersifat flexible yang memberikan garis panduan terhadap setiap persoalan yang muncul dalam kehidupan manusia. Pendakwah dan mubaligh Syafi’e telah mengamalkan sikap mesra budaya yang mendapat dukungan penguasa politik serta kemudiannya mampu menyebarkan ajaran Islam secara berkesan di

    48 Mohd Anuar Ramli dan Rahimin Affandi Abdul Rahim, “Mazhab Syafi’e,” hlm. 51-52. 49 Abdullah Ishak, Islam di Nusantara (Kuala Lumpur: BAHEIS, JPM, c. 2, 1992), hlm. 192. 50 Abdul Halim el-Muhammady, Pengaruh Mazhab Syafi’e dan Masalah Kaum Muda di Malaysia (Kajang: Sincere Press, 1982), hlm. 4.

  • Jurnal Darul Quran. Bil. 24. 2020

    37

    29

    Alam Melayu.51 Meskipun Syeikh Tahir dikatakan seorang tokoh pembaharuan yang berpegang kepada sumber al-Quran dan al-Sunnah52 namun terdapat penulisan beliau yang terikat dengan metode fiqh Syafi’e. Pendekatan penulisan dan pola pemikiran beliau dilihat tidak terkeluar dari lingkungan corak pemikiran fiqh Syafi’e. Hasil penelitian, dalam beberapa pilihan pendapat beliau lebih cenderung berbeza dari amalan mazhab Syafi’e. Ini membuktikan, betapa beliau sebenarnya tidak terikat dengan keputusan mazhab Syafi’e. Dalam mengemukakan pandangannya, beliau banyak mengutip pendapat Imam Syafi’e dan ulama Syafi’eyyah sendiri seperti Imam Abu Shamah, Imam Rafi’i (623H/1226M), Imam al-Ghazali (505H/1112M), Imam Nawawi (676H/1278M), Ibnu Solah (643H/1246M), al-‘Asqalani (852H/1449M), al-Hafiz al-Zar’i, al-Qastalani (923H/1517M). Beliau bukan m