kecekapan kendiri self efficacy
TRANSCRIPT
1
1.0 Pengenalan.
1.1 Definisi Self-efficacy (kecekapan kendiri)
Kecekapan kendiri (Self Efficacy) adalah merujuk secara saintifik kepada
sejauhmana individu memilih keyakinan terhadap kemampuan dirinya dalam mencapai
satu-satu matlamat. Ianya merupakan penilaian terhadap kebolehan untuk mengorganisasi
dan menyempurnakan urutan persembahan tinghkah laku yang diperlukan untuk
memperolehi matlamat yang dituju (Bandura 1982; Bandura dalam Lent & Hackett
1987). Teori kongnitif sosial Albert bandura bersetuju dengan pandangan bahawa
personaliti adalah jumlah keseluruhan tingkah laku yang dipelajari. Antara idea utama
Bandura berkaitan dengan personaliti adalah kecekapan kendiri. Kecekapan kendiri
adalah persepsi yang dipunyai oleh manusia mengenai keupayaan untuk melakukan
sesuatu dengan cekap dan Berjaya dalam sahaja tingkah laku yang dicubanya (Ma’arof
Redzuan & haslinda Abdullah,2004). Tegasnya, ia merujuk sejauh mana seseorang
percaya bahawa beliau boleh bertingkahlaku yang diperlukan secara cekap untuk
menghasilkan hasil yang diingini.
Kecekapan kendiri menentukan pilihan kita keatas aktiviti, kesungguhan usaha
kita, dan kecekalan kita dalam menghadapi rintangan dan pengalaman yang pahit,
sebahagiannya dengan mengurangkan kebimbangan yang boleh menganggu apabila
terlibat dalam aktiviti. Manusia yang tinggi kecekapan kendirinya akan bertindak dalam
situasi yang baru dengan cara yang lebih yakin, meletakkan matlamat yang tinggi, dan
2
berterusan dalam usaha kerana percaya bahawa kejayaan akan diperolehi. Mereka kurang
kecekapan kendiri pula akan cenderung mengalami tekanan dan kemurungan kerana
mereka percaya mereka boleh menangani ancaman atau situasi yang menyukarkan. Bagi
mereka yang kurang atau rendah kecekapan kendiri pula, akan merasakan atau
menjangkakan kegagalan dan mengelakkan cabaran, mudah putus asa apabila
menghadapi kesukaran, lambat pulih daripada masalah, dan mudah menjadi mangsa
kepada tekanan dan kemurungan.
Ramey-Gassert & Enoch (1990), berpendapat bahawa efikasi kendiri boleh
didefinisikan sebagai keyakinan seseorang terhadap kebolehan yang ada pada dirinya.
Menurutnya lagi, kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan yang ada pada
dirinya boleh menyebabkan seseorang itu bertindak dengan lebih baik dan tepat.
Ahli-ahli psikologi juga menyedari bahawa persepsi individu terhadap kemahiran
dan penguasaannya. Penilaian kendiri sedemikian membawa kepada generalisasi
jangkaan tentang sama ada manusia meguasai peristiwa-peristiwa, atau sebaliknya
peristiwa-peristiwa pula yang ,mengenakan penguasaan pada mereka. Terdapat 2 jenis
orientasi kecekapan kendiri iaitu:-
1.1.1 Orientasi penguasaan dalaman.
Manusia dengan orientasi penguasaan dalaman membuat artribusi bahawa hasil-
hasil yang mereka perolehi adalah kesan-kesan daripada tingkah laku mereka
3
sendiri. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang berorientasi penguasaan
dalaman lebih berorientasikan pencampaian iaitu membentuk cita-cita yang lebih
realistik berdasarkan kepada kejayaan-kejayaan dan kegagalan masa lalu. Selain
daripada itu mereka juga dikatakan lebih aktif mencari maklumat untuk menolong
mereka menyelesaikan masalah dan lebih berupaya menahan diri daripada
memuaskan kehendak untuk tujuan kepentingan masa hadapan berbanding yang
berorientasikan penguasaan luaran. Akibatnya mereka yang mempunyai orientasi
penguasaan dalaman menunjukkan kejayaan yang lebih besar dalam
mengetepikan kepuasaan jangja pendek demi faedah-faedah jangka masa panjang.
1.1.2 Orientasi penguasaan luaran.
Manusia yang berorientasi penguasaan luaran membuat atrubisi bahawa hasil-
hasil yang mereka perolehi adalah kesan-kesan daripada sesuatu diluar dripada
hasil mereka sendiri. Mereka ini boleh menyatakan bahawa kejayaan atau
kegagalannya disebabkan kerana pertolongan orang lain (Ma’arof Redzuan,2001)
1.2 Definisi personaliti
Perkataan personaliti berasal daripada perkataan latin, iaitu “persona” atau
personalitas. Persona adalah perkataan bermaksud topeng yang merujuk kepada rupa
luaran yang ada pada seseorang. Walaupun begitu maksud ini adalah tidak kekal kerana
4
perkataan persona telah diberikan beberapa maksud antaranya ialah ciri-ciri dan kualiti
dalaman seseorang dan juga rupa luaran
Antara definisi awal mengenai personaliti adalah seperti yang telah dikemukakan
oleh Menninger (1930). Menurut beliau personaliti ialah “apa yang sebenarnya yang
menghuraikan tentang seseorang” definisi ini mengandaikan tentang keadaan biologi dan
fisiologi seseorang dan ia juga sebagai terlalu ringkas. Menurut definisi yang telah
diberikan oleh Warren dan Carmichael (1930). Definisi ini boleh dikatakan lebih
menyeluruh. Menurut mereka, personaliti ialah “organisasi dinamik dalam diri individu
yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuainnya
kepada persekitarannya” (Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaacub dalam buku
Psikologi personaliti. 2002).
Definisi menurut Gordon Allport (1961) dalam buku Pengantar psikologi terbitan
Fajar Bakti mendefinisikan personaliti sebagai penyusunan sistem-sistem psikofizikal
yang dinamik di dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri tingkahlaku, pemikiran,
dan penyesuaian di alam sekelilingnya. Definisi ini bermaksud personaliti manusia
sentiasa berubah dan berkembang.
5
2.0 Teori Efikasi kendiri (self efficacy).
2.1 Teori kognitif sosial (Albert Bandura).
Mengikut teori kognitif sosial mencadangkan bahawa efikasi kendiri mempunyai
pengaruh yang signifikan terhadap keputusan yang dibuat oleh seseorang, daya usaha dan
kesungguhannya apabila menghadapi cabaran (Pajares & Miller 1994). Menurut Bandura
(1992), efikasi kendiri dilihat sebagai nilaian kendiri seseorang tentang sebaik mana
dirinya akan bertindak dalam menghadapi sesuatu situasi.
Teori sosial kognitif juga mengatakan bahawa pengalaman yang menguasakan,
mempengaruhi perubahan dalam personaliti seseorang. mengawal penguasaan ini
merupakan sesatu yang sangat kuat dalam mempengaruhi ketegapan perasaan seseorang
menempuhi kecekapan dalam diri seseorang.
Walaupun konsep efikasi kendiri ini mula dikemukakan dalam konteks psikologi
sosial, tetapi keupayaan ahli psikologi mendefinisikan konsep ini adalah mengikut
definisi awal Bandura (1977). Beliau telah mendefinisikan efikasi kendiri dengan
merujuk kepada darjah kepayahan sesuatu tugas yang mana individu itu berpendapat
bahawa kebolehannya adalah memadai untuk membolehkannya membuat sesuatu
perubahan.
Dalam formulasi asal Bandura (1997), efikasi kendiri telah dihipotesiskan sebagai
satu pembantu dalam menentukan sama ada suatu tingkah laku akan dilakukan oleh
6
individu. Betapa gigihnya individu akan berusaha untuk mencapai tingkah laku itu dan
berapa lama tingkah laku itu akan kekal sekiranya berhadapan dengan cabaran dan
pengalaman yang negatif. Beliau telah mengandaikan ekspektasi spesifik seseorang
terhadap keupayaannya untuk menjayakan sesuatu tindakan tertentu akan mempengaruhi
tingkahlakunya dan kesungguhannya melakukan tindakan atau cabaran tersebut. Bandura
percaya bahawa kita boleh mengawal perbuatan dengan menilai labih awal atau
membayangkan akibat dan kesannya walaupun kita balum mengalaminya. Sebagai
contoh, seorang pelajar terpaksa belajar dengan lebih tekun untuk memperolahi kejayaan
dalam peperiksaan. Hal ini kerana, sekiranya pelajar tersebut tidak belajar dia akan
memperolehi kegagalan.
Menurut Bandura lagi, keberkesanan personal bukanlah satu trait personaliti yang
pasif tetapi merupakan satu aspek dinamik dalam sistem individu yang berinteraksi
secara kompleknya dengan persekitaran. Contoh mekanisma kawalan kendiri yang lain
seperti jangkaan hasil (outcome expectation) dengan kebolehan serta pencapaian
persembahan individu (performance accomplishments) (Bandura, Let & Hackett 1987).
Efikasi kendiri adalah berbeza dengan mekanisma kawalan diri yang lain seperti
jangkaan hasil (Rajah 1).
7
Efikasi Kendiri Jangkaan Hasil
Rajah 1 : Pengaruh jangkaan efikasi ke atas tingkah laku dan hasil
Sumber : Bandura, A. (1977). Self-efficacy : Toward a Unifying Thoery Of Behavioral
Change. Psychological Review.
Jangkaan hasil merujuk kepada jangkaan individu terhadap pembelajarannya.
Kedua-dua konstruk ini boleh difahami daripada pernyataan berikut ;
a) Efikasi Kendiri : ‘ Boleh saya lakukan ? ‘
b) Jangkaan Hasil : ‘ Jika saya lakukan, apakah yang akan berlaku? ’
Dengan lain perkataan, efikasi kendiri merujuk kepada keyakinan yang ada pada diri
individu untuk memotivasikannya melalui perlakuan tingkah laku (Zimmerman 1992).
Efikasi kendiri merupakan satu penilaian personal keatas kebolehan individu dan
seterusnya akan mempengaruhi persembahannya (Pajares 1994). Menurut Mager (1992),
“No Self-Efficacy, No Performance” iaitu efikasi kendiri merupakan faktor penentu
kepada pencapaian yang cemerlang. Bagi Cheong Lai Kun (1991), efikasi kendiri yang
lemah berkemungkinan akan menghalang seseorang dari mencuba sesuatu tugas
Individu Tingkahlaku Hasil
8
walaupun individu tersebut mengetahui bahawa pelaksanaan tugas itu akan
mendatangkan perolehan yang dikehendaki. Dengan itu jangkaan efikasi kendiri
dianggap sebagai penentu kognitif kepada percubaan individu untuk melakukan sesuatu
tugas.
3.0 Kajian terhadap Self efficacy seseorang
Satu kajian telah dijalankan di Hong Kong yang mana menunjukan bahawa kesan
daripada sokongan sosial, kedua-dua “functional dan structural” adalah biasanya
disatukan melalui kecekapan kendiri. Ini kerana kecekapan kendiri menjadi antara faktor
utama yang mempunyai fungsi penting dalam diri seseorang. Kecekapan kendiri adalah
konsep penting dalam teori kognitif sosial. Melalui kajian ini, pengkaji telah mendapati
bahawa mereka yang mempunyai kecekapan kendiri yang menurun menunjukkan
kemerosotan dalam kesihatan mental. ini kerana ia menyediakan peluang untuk seseorang
itu menerima konsep kendirinya. Mereka yang menderita akibat simptom- simptom
depresi dan anxiety adalah biasanya antara mereka yang telah kehilangan harapan dan
kawalan diri.
Ini menunjukkan bahawa self efficacy mempengaruhi kesihatan mental seseorang.
Akan tetapi kajian semasa telah menunjukkan bahawa peningkatan dalam self efficacy
telah meningkatkan kesihatan mental seseorang. mereka yang mempunyai self efficacy
yang tinggi mempunyi peluang dalam merasai kejayaan, memerhati pengalaman kejayaan
9
orang lain, menerima galakan dan mempunyai kebolehan dalam mengurus keadaan
fisiologi dan emosi mereka.
4.0 Faktor-faktor pebentukkan self efficacy
4.1Pengalaman Sosial.
Pengalaman yang menguasakan distruktur dalam diri seseorang dan dibentuk
untuk membina kemahiran untuk seseorang menempuhi sesuatu dan mempengaruhi
kepercayaan seseorang bahawa dirinya boleh mengawal gerakan yang berpotensi untuk
berlaku.ketakutan, seperti cenderung untuk seorang itu mengalami fobia. Disebabkan
oleh pengalaman lepas yang positif menyebabkan terhasilnya sifat efikasi dalam diri
seseorang itu untuk lebih berdaya tindak yang lebih positif.
Bagi mereka yang mempunyai kecekapan kendiri yang rendah pula menyebabkan
sesorang itu gagal dalam mengorganisasikan pengalaman sosial yang ada. Individu ini
akan menjadi seorang yang bersifat “menjauhi” dan sentiasa depresi dengan hidupnya,
atau tidak mempunyai daya tindak.
4.2 Proses Penyesuaian
Peralihan kepada zaman remaja melibatkan proses penyesuaian diri dengan
cabaran dan tekanan baru. Daripada perubahan biologi hinggalah kepada pemilihan kolej
dan kerier. Dalam keadaan yang memerlukan penyesuaian, seseorang (remaja) itu perlu
10
mempunyai daya saing dan penilaian baru terhadap kebolehan meraka. Bandura
menyatakan bahawa kejayaan proses peralihan antara zaman kanak-kanak dan alam
dewasa bergantung kepada tahap kecekapan kendiri yang dibina semasa zaman kanak-
kanak lagi.
4.3 Gaya, corak atau cara pembesaran.
Cara pembesaran bersifat autoritatif adalah ibu bapa mengenakan peraturan
ataupun had-had batasan tingkah laku tertentu tetapi membenarkan komunikasi yang
bersifat terbuka. Anak-anak diberi kebebasan membuat keputusan sendiri dalam perkara-
perkara tertentu, keputusan dibuat bersama antara ibu bapa dan anak mereka (Azizi
Yahaya & Jaafar Sidek Latif,2005). Abu bapa yang Autoritatif cenderung akan
melahirkan anak-anak yang berdikari, bantu-kendiri, pandai menyesuaikan diri, kreatif
serta mempunyai nilai diri yang tinggi. Ibu bapa yang autoritatif sangat responsif dan
membuat tuntutan yang tinggi, mereka menghormati anak-anak mereka serta
menggalakkan perkembangan tingkah laku berdikari serta menekankan soal
tanggungjawab.
Banyak kajian lepas telah menunjukkan bahawa ibu bapa autoritatif berupaya
meninggikan kecekapan sosial, intelektual dan akademik di kalangan kanak-kanak dan
remja (Baumrind,1991a,1991b;Maccoby dan martin,1983). Kajian lepas juga
menunjukkan bahawa remaja yang datang dari keluarga autoritatif memperolehi skor
tinggi dalam kecekapan kendiri dan penyesuaian. Mereka lebih cekap, lebih boleh
11
diharap dan kurang cenderung untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti delinkuen, kurang
cemas dan murung (Lamborn et al,1991;Steinberg et al,1992).
keadaan yang sebaliknya pula berbeza dengan ibu bapa yang bersifat
Autoritarian, ibu bapa jenis ini sangat “demanding tetapi tidak responsif terhadap
keperluan-keperluan anak dan juga kurang mesra (baumrid,1989). Oleh itu, kanan-kanak
yang dibesarkan sedemikian menghadapi masalah perkembangan pada zaman
pertengahan khasnya kanak-kanak lelaki. Mereka tidak menunjukkan minat yang tinggi
dalam soal pencapaian dan menarik diri daripada perhubungan sosial. Pada masa yang
sama, mereka cenderung mempunyai persepsi diri yang negatif tentang kecekapan sosial
serta kurangnya efikasi diri dan akademik mereka.
5.0 Cara meningkatkan kecekapan kendiri (self-efficacy) oleh (Albert
Bandura,1977).
Dalam sisitem Bandura, beliau telah mengenalpasti akan cara dalam
meningkatkan kecekapan kendiri (self efficacy) dalam diri seseorang antaranya ialah
dengan cera memberi pendedahan kepada standard yang boleh dicapai (Realistik) dan
meningkatkan usaha. Kecekapan kendiri merujuk kepada perasaan sama ada kita
mempunyai kecekapan, daya saing dan boleh menyesuaikan diri dalam kehidupan. Ia
merupakan persepsi kita terhadap kebolehan diri kita. Jika kita berapa pada tahap
standard tadi, ia akan meningkatkan kecekapan kendiri, menakala jika kita gaga, ia kaan
12
menjejaskan kecekapan kendiri tadi. Manakala orang yang meletakkan standard yang
terlalu tinggi tetapi tidak realistiuk iaitu (bersifat tidak logik), menyebabkan seseorang itu
kan mempunyai sifat yang lemah seperti meraka akan merasakan bahawa apa sahaja yang
diusahakan adalah sia-sia sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan mereka sering putus asa
dan hilang semanagt diri.
Selain daripada itu, teknik yang seterusnya ialah dengan memberi pendedahan
kepada model yang sesuai dan berjaya. Kebolehan dalam menganalisis model yang
dilihat mempunyai potensi untuk ditiru iaitu bersesuaian menyebabkan seseorang
individu itu terdorong untuk membentuk serta meningkatkan efikasi kendiri yang lebih
baik. Keadaan ini sebaliknya jika prosese peniruan (model) yang dilihat sukar untuk
dicapai atau tidak padan dengan keupayaan diri sendiri (tak bersifat Realistik) akan
menyebabkan berakhirnya dengan tekanan dan kekecewaan.
Albert Bandura juga berpendapat antara cara lain dalam meningkatkan kecekapan
kendiri seseorang ialah dengan menyediakan pemujukan verbal yang memberi galakan
bahawa mereka mempunyai kebolehan. Galakkan amat penting dalam meningkatkan
kebolehan seseorang itu. Sebagai contoh guru, memainkan peranan yang bersar dalam
mempengaruhi pertimbangan kecekapan kendiri, kesannya keatas perkembangan
kebolehan kongnitif dan kemahiran menyelesaikan masalah. Memberi kata-kata positif
dan kata-kata semangat yang boleh meningkatkan kecekapan kendiri seseorang.
13
Selain dari itu, beliau juga menyatakan bahawa, dengan menekankan pada
penguatan perasaan dalaman seperti tahap ketakutan, kebimbangan dan tekanan serta
program senaman dalam meningkatkan stamina dan kebolehan seseorang, oleh itu,
dengan menguatkan perasaan dalaman seseorang dapat meningkatkan kecekapan kendiri
atau self efficacy dalam diri seseorang individu (Bandura,1977).
Daripada cara yang dikemukan oleh Albert Bandura, 1977, beliau telah
menggunakan teknik ini dalam meningkatkan kecekapan kendiri dalam pelbagai situasi,
sebagai contoh beliau telah membantu subjek dlam menguasai computer, belajar alat
muzik, berhenti merokok serta mengatasi masalah fobia.
6.0 Kepentingan self efficacy.
6.1 Membentuk dari segi kesihatan
Kepercayaan orang bahawa kebolehannya dalam menempuhi sesuatu, mempengaruhi
bertanpa banyak seseorang boleh menghadapi tekanan dan depresi dalam keadaan susah
dan mengancam serta tahap motivasi mereka. Cara seseorang itu melihat dirinya dan
kecekapan kendirinya memainkan peranan penting dalam membantu seseorang itu
mengawal perkara yang boleh menyebabkan tekanan (stressor) yang memainkan peranan
yang penting dalam kebangkitan anxiety seseorang. Mereka akan membesarkan sesuatu
kemungkinan ancaman dan bimbang terhadap perkara yang jarang berlaku akan sering
mengalami anxiety, depresi dan tekanan. Mereka ini akan sentiasa berfikir, yang akan
menyebabkan pertambahan tekanan dan melemahkan tahap kefungsian mereka. Mereka
14
juga akan sentiasa berfikir tentang kesusahan mereka dalam menempuhi sesuatu dan
melihat kebanyakan perkara dalam persekitaran sebagai berbahaya.
Kebangkitan anxiety adalah disebabkan oleh bukan sahaja kefahaman seseorang
bahawa dirinya boleh menempuhi sesuatu tetapi juga kebolehan seseorang dalam
mengawal pemikirannya yang terganggu. Apabila seseorang itu melihat bahawa dirinya
tidak boleh melakukan sesuatu, ketidakbolehan individu tersebut untuk menghilangkan
idea tersebut merupakan sesuatu kesusahan yang besar. Kedua-dua pengertian terhadap
menempuhi kecekapan kendiri dan pemikiran yang boleh mengawal kecekapan, yang
bersatu dalam mengurangkan anxiety dan membina tingkah laku mengelak.
Teori sosial kognitif mengatakan bahawa pengalaman yang menguasai,
mempengaruhi perubahan dalam personaliti seseorang. Mengawal penguasaan ini
merupakan sesuatu yang sangat kuat dalam mempengaruhi ketegapan perasaan seseorang
menempuhi kecekapan dalam dirinya yang mana kefungsiannya adalah sangat
melemahkan oleh reaksi kebimbangan dan fobia perlindungan kendiri.
Pengalaman yang menguasakan distruktur dalam diri seseorang dan dibentuk
untuk membina kemahiran untuk seseorang menempuhi sesuatu dan mempengaruhi
kepercayaan seseorang bahawa dirinya boleh mengawal gerakan yang berpotensi untuk
berlaku.ketakutan, yang akan menyebabkan sseorang itu mengalami fobia dan dengan itu
individu tersebut akan takut untuk melakukan sesuatu sendiri. Mereka ini akan menolak
sebarang kerja yang berkaitan dengan fobia jika mereka perlu menahan tekanan dalam
satu jangka masa yang panjang.
15
Seseorang yang mempunyai kecekapan kendiri yang rendah untuk mempunyai
kawalan, akan menyebabkan seseorang itu mengalami depresi dan juga anxiety. Ia
dilakukan dalam beberapa cara yang berbeza. Seseorang yang meletakkan suatu darjah
penghargaan kendiri dirinya sendiri yang rendah akan menjadikan diri mereka lama-
kelamaan mengalami depresi. Satu lagi cara seseorang itu boleh mengalami depresi ialah
dengan sesuatu perasaan kecekapan sosial yang rendah. Apabila seseorang itu mengalami
masalah dalam kehidupan sosialnya mereka akan cenderung mengalami depresi. Mereka
yang melihat diri mereka sebagai mempunyai kecekapan sosial yang tinggi akan mencari
dan memulakan hubungan sosial yang menyediakan model-model untuk menyatakan
bagaimana seseorang itu mengurus situasi yang susah.
Mereka yang mengalami masalah dalam kecekapan sosial, akan mengalami
depresi dan seterusnya akan mengasingkan diri. Kecekapan kendiri yang rendah akan
menyebabkan seseorang itu sentiasa berfikir mengenai masalah yang di hadapi dan
percaya bahawa dia tidak dapat menyelesaikannya, ini akan menyebabkan individu
tersebut akan sering mengalami depresi. Stress juga boleh menyebabkan depresi, ia
bukan disebabkan oleh stress itu sendiri tetapi adalah disebabkan oleh keyakinan
seseorang itu bahawa dia tidak dapat mengatasi kejadian yang menyebabkan tekanan itu.
Apabila seseorang itu mempunyai self efficacy yang rendah dia akan melihat dirinya
tidak dapat mengatasi sesuatu yang boleh menyebabkan stress, jika perkara ini berulang
beberapa kali, dan inidividu tersebut ditempuhi dengan kejadian yang sama beberapa
kali tetapi masih tidak boleh mengatasinya, ia akan melemahkan sistem imun seseorang
itu. Ini akan meningkatkan kecenderungan seseorang untuk terjangkit pada penyakit
16
dengan senang yang menyebabkan seseorang itu mengalami kecelaruan fizikal dan
mempercepatkan perkembangan penyakit tersebut.
6.2 Proses kognitif
Semakin kuat seseorang itu menilai kecekapan kendirinya, semakin tinggi ia
mencabar dirinya itu untuk menetapkan matlamat yang tinggi dan mereka lebih komited
kepada matlamat yang ditetapkan.
Kebanyakan kelakuan selalunya telahpun tersusun dalam pemikiran seseorang.
Mereka yang mempercayai bahawa dirinya mempunyai kecekapan kendiri yang tinggi,
akan menbayangkan senario dimana mereka memperolehi kejayaan yang menyediakan
panduan dan sokongan positif terhadap tingkahlaku seseorang itu. Mereka yang
mempersoalkan kecekapannya, akan membayangkan suatu scenario di mana mereka
menghadapi kegagalan dan akan sentiasa memikirkan perkara yang boleh membawa
kegagalan. Ia adalah susah untuk seseorang itu berjaya jika dia selalu mempersoalkan
keupayaannya. Fungsi utama pemikiran seseorang adalah untuk membantu seseorang itu
meramal peristiwa dan untuk mencari cara untuk mengawal perkara yang memberi kesan
pada hidup mereka. Kemahiran seperti ini memerlukan proses kognitif infomasi yang
efektif yang mengandungi perkara yang tidak jelas dan kurang pasti.
Jika seseorang itu tidak mempunyai kecekapan kendiri, dia mungkin akan sentiasa
memikirkan bahawa dirinya akan gagal, dengan itu dia mungkin tidak dapat berjaya
dalam mencapai kesihatan mental kerana dia tidak akan mempunyai keyakinan untuk
menetapkan matlamat terhadap sesuatu cabaran itu kerana dia fikir bahawa dirinya tidak
mungkin dapat mencapai matlamat itu, dengan itu lebih baik dia tidak menetapkannya.
17
Apabila seseorang individu yang mempunyai kecekapan kendiri yang rendah dan gagal
dalam sesuatu, dia tidak akan mempunyai semangat untuk mencubanya sekali lagi kerana
fikir dirinya akan gagal sekali lagi. Oleh itu, susah untuk individu ini untuk mencapai
kesihatan mental contohnya mungkin tidak dapat menempuhi sesuatu keadaan yang susah
kerana fikir dirinya akan gagal atau tidak mahu untuk menetapkan hubungan dengan
orang lain kerana fikir perhubungan tersebut akan gagal kerana perhubungan sebelum ini
pernah gagal.
6.3 Proses Motivasi
Kepercayaan diri terhadap kecekapan kendiri memainkan peranan penting dalam
peraturan kendiri motivasi. Orang ramai membentuk kepercayaan tentang apa yang boleh
mereka lakukan, mereka menjangka hasilnya terhadap tindakan mereka. Terdapat 3 teori
yang boleh menjadi motivasi kognitif antaranya ialah teori atribusi, teori penghargaan
nilai dan teori matlamat. Kecekapan kendiri dipercayai bertindak dalam ketiga teori ini.
Orang ramai yang mempunyai kecekapan kendiri yang rendah biasanya akan mempunyai
kepercayaan bahawa dirinya akan gagal dan dengan itu tidak akan meletakkan usaha
yang banyak.
Oleh itu, apabila seseorang itu mempunyai kecekapan kendiri yang tinggi dia
akan mempunyai motivasi untuk melakukan sesuatu kerana percaya bahawa dirinya dapat
Berjaya. teori penghargaan nilai memberi motivasi kepada seseorang melalui sesuatu
18
tindakan akan menghasilkan sesuatu hasil dan memberi nilai pada pada hasil tersebut.
Tetapi orang ramai bertingkahlaku berdasarkan kepada kepercayaan mereka terhadap apa
yang boleh mereka lakukan dan juga apa hasil tindakan mereka. Tahap motivasi dalam
diri mereka mempengaruhi pemikiran seseorang sejauh mana mereka boleh mencapai
sesuatu. Apabila seseorang itu mempunyai kecekapan kendiri yang tinggi dia akan dapat
melakukan perkara-perkara yang mencabar kerana tahu bahawa dirinya mempunyai
kebolehan untuk melakukan sesuatu.
7.0 kesimpulan
Ada orang pernah mengatakan “ketahuilah diri anda sebelum anda mengatahui
diri orang lain”. Ungkapan ini mungkin ada benarnya, dan ada pula peribahasa
mengatakan “kuman diseberang nampak, gajah didepan mata tak nampak”. Peribahasa ini
menunjukkan bahawa kita harus melihat diri kita sendiri daripada kita sibuk untuk
memikirkan orang lain. Pengatahuan kita tentang diri kita adalah penting. Banyak
daripada kehidupan kita ditentukan oleh pengetahuan dan persepsi kita terhadap diri kita.
Kepentingan efikasi dalam diri kita amatlah penting, dugaan dan cabaran dalam
menempuh arus kehidupan memerlukan kita untuk bersiap sedia. Oleh itu dengan adanya
kecekapan kendiri yang tinggi, sudah tentu mudah untuk kita laluinya dengan baik. Kita
seharusnya mempunyai nilai dalam pegangan, kerana nilai itu dapat memandu diri kita
dalam membuat segala keputusan yang terbaik dalam diri kita, agar personaliti yang
positif dapat dibina.
19
RUJUKAN
Azizi Yahaya,Jaafar Sidek,latif Shahrin Hashim& Yusor Boon.2006.Psikologi sosial
Alam Remaja.Kuala Lumpur.Edisi Kedua:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Azlina Abu bakar.2002,Psikologi Personaliti Individu.Kuala Lumpur: Karisma
publications Sdn.Bhd.
Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub.2002,Psikologi Personaliti.Kuala Lumpur.Edisi
Kedua:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Henry c.Ellis & R.Reed Hunt,1993.Fundamentals of Cognitive Psychology.United
States:Wm.C.B Brown & benchmark publishers.
Ma’arof Redzuan.2001.Psikologi sosial.Kuala Lumpur.Edisi pertama:Universiti Putra
Malaysia.