kecek

6

Upload: adibah-huda

Post on 18-Jul-2015

542 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kecek
Page 2: Kecek

Rangkap 1: mengisahkan orang kaya yang berjawatan pengarah

membuka akaun di sebuah bank terkenal. Dengan menggunakan

wang hasil titik peluh dan penindasan terhadap orang miskin, dia

menyimpan wang itu atas sikap tidak jujurnya dalam pekerjaan.

Rangkap 2: mengisahkan seorang petani yang hidup di kampung. Si

petani yang miskin hidup dalam serba kedaifan. Dia hidup bersama-

sama anaknya yang ramai dalam kesengsaraan. Namun dia tidak

pernah mengambil kesempatan terhadap orang lain untuk hidup

kaya walaupun dia telah lama hidup susah.

Rangkap 3: mengisahkan seorang nelayan yang hidup sengsara dan

menggadaikan nyawanya ditengah-tengah lautan bergelora. Dia

menyerahkan nasib anak-anaknya yang ramai kepada Tuhan.

Namun demikian dia tidak pernah mengumpul kekayaan orang lain

walaupun telah sekian lama hidup susah.

Rangkap 4: Tuhan sentiasa menepati janji untuk menghitung setiap

perbuatan manusia walau sekecil mana pun pada hari pembalasan

nanti.

Page 3: Kecek

Menegur sikap orang berada yang tidak jujur dalam mengumpul hartauntuk diri dan keluarganya

Sikap tamak orang kaya.Kemiskinan hidup petani dannelayan.Keadilan Tuhan terhadap perbuatanmanusia.

Page 4: Kecek

Bentuk Terdiri daripada empat rangkap

Jumlah baris pada setiap rangkap tidak sekata iaitu: R1-8

baris, R2-11 baris, R3-12 baris dan R4-5 baris.

Jumlah perkataan dalam satu baris: satu hingga lima

patah perkataan

Jumlah suku kata dalam satu baris: tiga hingga dua belas

suku kata

Pola rima akhir:

R1-abbcddba

R2-abcdccedccf

R3-abcccdebcfgc

R4-abcbd

Page 5: Kecek

GAYA BAHASA & UNSUR BUNYIGAYA

BAHASACONTOH

HiperbolaDan mengunci sedozen anak-anaknya;dan mengurung sederet anak-anaknya

metaforaakaun kemiskinan; pagar sengsara; akaunsengsara; pusaran nasib

Personifikasi di rahang laut ternganga

Sinkope tapi

Asonansi dan nilai hitungan paling kecil ( pengulangan vokal i )

Aliterasi Dia mencantum kemiskinan ( pengulangankonsonan m )

Page 6: Kecek

--Janganlah kita menindasorang lain semata-mata untukhidup mewah

--Kita hendaklah bersabardalam menempuh cabaranhidup

--Kita perlulah jujur dalammemikul amanah yang telahdipertanggungjawabkan.

Pengajaran

Kejujuran

Kegigihan

Keadilan

Kesabaran

Nilai

Bernadasinis

Nada