keburukan penggunaan telefon bimbit

5

Click here to load reader

Upload: salleh

Post on 02-Oct-2015

322 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

telefon bimbit

TRANSCRIPT

Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit? Telefon bimbit telah menjadi keperluan utama bagi kebanyakan masyarakat. Telefon bimbit telah menjadi satu daripada medium komunikasi yang terpenting untuk seluruh masyarakat di dunia masa kini. Telefon bimbit bukan sahaja digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi malah turut memiliki pelbagai ciri dan fungsi lain antaranya kegunaan-kegunaan seperti melayari internet, mendengar muzik, bermain games, aplikasi kamera, memuat turun video dan sebagainya. Dengan kelebihan berikut telah menjadikan masyarakat di seluruh dunia tidak hanya terbatas untuk berinteraksi dalam dan luar negara malah telefon bimbit boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain.

Memiliki handphone (telefon bimbit) kini bukan lagi satu keperluan tetapi sudah menjadi trend semasa. Dari pegawai berpangkat tinggi, ahli perniagaan, pelajar kolej hinggalah ke pelajar sekolah menengah dan rendah, sudah ramai yang telah memiliki telefon bimbit sendiri. Namun begitu, dalam mengejar arus kemodenan, kecanggihan fungsi telefon bimbit telah disalahgunakan oleh ramai pihak sehingga membawa kepada keburukan dan kesan negatif terhadap penggunaannya. Antara keburukan penggunaan telefon bimbit termasuklah :Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit Alat penyebaran bahan lucahTelefon bimbit telah disalahgunakan sebagai alat penyebaran bahan lucah. Penyebaran video-video lucah mahupun gambar berunsur lucah sangat berleluasa terutamanya dalam kalangan remaja. Kemampuan telefon bimbit dalam menghantar SMS, MMS, merakam, memuat turun gambar dan video menjadikan kegiatan dan aktiviti anak-anak sekarang menjadi tidak terkawal dan membimbangkan banyak pihak. Selain itu, kita bimbang sekiranya remaja sudah pandai untuk menghantar mesej-mesej yang berunsur lucah dengan rakan-rakan di sekolah kerana bimbang ia akan menjatuhkan maruah individu yang terbabit. Mereka yang masih muda sememangnya mempunyai keinginan untuk mencuba dan melihat sesuatu yang baru. Malangnya, kebanyakan remaja zaman kini menjadi ketagih dengan aktiviti penyebaran gambar dan video berunsur lucah melalui telefon bimbit. Sekiranya keadaan ini dibiarkan akan mendatangkan impak yang teruk terutamanya kepada remaja kerana dikhuatiri situasi ini menular kepada masalah lain seperti kes rogol, berzina, menjalinkan hubungan seks bebas dan mangandung anak luar nikah. Hubungan kekeluargaan yang semakin renggangKeburukan penggunaan telefon bimbit juga dilihat menerusi hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Jika diperhatikan dengan jelas, kebanyakan masyarakat kita seolah-olah tidak mempedulikan perihal keluarga masing-masing. Mereka seakan-akan tidak mahu mewujudkan komunikasi yang harmoni bersama-sama keluarga. Contoh yang dapat dilihat apabila sebuah keluarga yang keluar makan bersama-sama, mereka sibuk dengan telefon bimbit masing-masing sehinggakan komunikasi antara keluarga amat terbatas. Keadaan ini tidak seharusnya terjadi kerana keluarga tergolong dalam kalangan orang terpenting dalam kehidupan kita. Perbualan yang terlampau kurang akan menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi sangat renggang dan menjauhkan jarak hubungan masing-masing. Situasi atau masalah ini akan menular kepada anak-anak sekiranya ibu bapa tidak tahu memainkan peranan masing-masing. Anak-anak berkemungkinan besar akan menjadi sangat tersisih dan menjadikan mereka individu yang pasif dewasa kelak. Hal ini tidak seharusnya berlaku kepada masyarakat kita kerana bimbang masa depan anak-anak bakal terjejas. Penggunaan telefon bimbit tidak salah tetapi haruslah bijak menggunakannya dan tidak terlalu lalai dengan kemajuan dunia sehingga melupakan perkara terpenting dalam hidup. Penyebaran fitnah atau khabar anginSeterusnya, penggunaan telefon bimbit boleh membawa kepada masalah penyebaran fitnah atau khabar angin. Manusia tidak lari daripada menyuarakan sesuatu tidak kira sama ada perkara tersebut dianggap benar mahupun tidak benar. Berita mengenai khabar angin yang disebarkan kadang kala boleh menjatuhkan seseorang dan ini bukanlah satu perkara yang baik malah harus dielakkan. Penggunaan SMS sememangnya telah menjadi kaedah utama dalam menyebarkan khabar angin tidak benar atau fitnah terhadap seseorang. Cara ini dilakukan apabila seseorang menghantar kiriman SMS tentang khabar angin palsu mengenai seorang individu kepada individu yang lain. Kepada pihak yang mempercayai secara terbuka tanpa usul periksa akan menyebarkan kepada pihak lain sebagai bahan cerita tanpa bukti yang sahih. Ini akan memberi kesan negatif kepada individu terlibat atau pihak-pihak tertentu. Pembaziran masaSesetengah pihak menganggap penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja membazirkan waktu. Ramai pihak yang bersetuju dengan kenyataan ini terutamanya golongan ibu bapa. Telefon bimbit yang canggih mempunyai banyak kelebihan fungsi yang boleh melalaikan para pelajar. Masa mereka akan banyak dihabiskan dengan bermain games, melayari internet terutamanya Facebook dan Twitter, memuat turun lagu-lagu kegemaran, video, dan memuat naik gambar profil, berchatting dan berSkyppe. Waktu mereka yang terluang sepatutnya diisi dengan aktiviti beriadah, belajar dan meluang masa bersama keluarga namun kesan penggunaan telefon bimbit telah menyebabkan mereka membuang masa begitu sahaja. Kesan yang mendatang dapat dilihat menerusi kemerosotan prestasi pelajaran di sekolah anak-anak, ketidakhadiran di sekolah dan sukar memeberi tumpuan di kelas. Pembaziran wangPenggunaan telefon bimbit bukan sahaja membazirkan masa tetapi turut menyebabkan pembaziran wang ringgit. Kebanyakan kita menggunakan kad pra bayar atau pasca bayar untuk membuat isian semula kredit bagi memudahkan kita membuat panggilan, kiriman SMS, MMS atau melayari internet. Malah individu yang menggunakan kad pra bayar ini tidak memperuntukkan jumlah tertentu dan hanya bergantung kepada kadar penggunaannya. Ada ketikanya kad pra bayar bernilai RM 50 boleh dihabiskan dalam masa seminggu. Semakin banyak kadar penggunaan semakin banyak kos yang dikeluarkan untuk menambah nilai kredit. Selain itu, terdapat juga kalangan individu yang gemar bertukar-tukar telefon bimbit. Mereka terlalu ghairah untuk memiliki pelbagai jenis telefon bimbit kerana kepelbagaian fungsi yang terdapat di dalamnya. Dalam pada itu, individu yang menukar telefon bimbit kerana ingin bergerak seiring dengan trend semasa. Mereka tidak mahu dikatakan ketinggalan di belakang. Sesetengah pelajar sanggup menggunakan duit belanja untuk membeli telefon bimbit dan ada pula yang menggunakan biasiswa atau pinjaman yang diberikan. Keadaan ini akan merugikan mereka. Tambahan pula, individu yang gemar bertukar telefon bimbit mungkin ingin menunjukkan kepada rakan mereka. Walau apa pun yang kita lakukan perlulah diselaraskan dengan bajet dan kemampuan masing-masing kerana ianya boleh mendatangkan kesan negatif kepada seseorang individu. Menjejaskan PelajaranBagi kalangan pelajar sekolah, penggunaan telefon bimbit selalunya mendatangkan keburukan di mana pelajaran mereka boleh terjejas sekiranya masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran telah diganti dengan masa melayan telefon bimbit. Ibu bapa yang tidak memantau aktiviti anak-anak mungkin tidak menyedari anak mereka terlalu leka berbual dan barbalas SMS. Ianya sekaligus malalaikan mereka terutamanya apabila telefon bimbit dibawa ke sekolah. Pelajar-pelajar sukar memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas kerana terlalu asyik bermain dengan telefon bimbit daripada mendengar guru mengajar. Tanpa disedari, keadaan ini telah menjadikan pelajar ketagih sehingga tidak mahu menyiapkan kerja sekolah. Kebenaran membawa telefon bimbit di sekolah menggalakkan lagi para pelajar untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik misalnya meniru sewaktu peperiksaan. Dengan adanya telefon bimbit para pelajar beranggapan bahawa mereka tidak perlu bersusah payah untuk menelaah buku selama berjam-jam dan bersusah payah untuk belajar sehingga lewat malam. Hal ini kerana dengan penggunaan telefon bimbit sahaja mereka dengan mudah untuk meniru sewaktu peperiksaan berlangsung. Kebenaran untuk membawa telefon bimbit harus dipertimbangkan oleh banyak pihak kerana ianya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.Menjejaskan kesihatan Di sebalik semua perkembangan teknologi, ramai yang tidak mengambil serius terhadap kesan sampingan yang bakal dihadapi. Ramai yang menolak kebenaran berkenaan khabar angin yang mengatakan bermacam jenis teknologi mungkin mengancam ksihatan atau keselesaan hidup. Terdapat pula individu yang membuat pelbagai andaian dan bertindak melulu tanpa maklumat yang sahih. Bagaimanapun, dengan kurangnya kesedaran mengenai kesihatan diri maka kebanyakan individu menggunakan telefon bimbit secara tidak terhad. Para pengkaji telah membuat beberapa kajian yang melibatkan kesan penggunaan telefon bimbit terhadap kesihatan manusia misalnyapenggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menjejaskan kesihatan. Mata terpaksa bekerja kuat dan akan menjadi cepat letih kerana memberi fokus yang terlampau lama pada creen?yang kecil. Bahu dan tengkuk juga akan terasa sakit akibat lama menunduk mengadap telefon bimbit. Jari juga boleh sakit sekiranya terlampau lama membalas SMS. Di samping itu juga, sinaran radiasi juga dikhuatiri mampu untuk mengganggu kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Masyarakat zaman moden lebih banyak bergantung dengan pelbagai jenis teknologi kerana setiap pekerjaan menjadi mudah tanpa perlu bersusah payah. Kebergantungan terhadap teknologi seperti telefon bimbit mempunyai kebaikan dan keburukan. Selain itu, penggunaan telefon bimbit turut merisikokan nyawa seseorang daripada diserang tumor telinga akibat penggunaan telefon bimbit yang melebihi jangkaan sepuluh tahun.Setiap daripada kita haruslah diingatkan supaya tidak terlalu obses dengan telefon bimbit kerana secara tidak langsung boleh memudaratkan diri sendiri. Mungkin ini adalah sebahagian daripada gaya hidup masyarakat kita yang mahu kelihatan tampak bergaya dan mengikut trend namun hendaklah dilakukan secara berpada-pada supaya tidak mengabaikan keperluan lain dalam kehidupan seharian.