kebijaksanaan rasulullah sebagai pemimpin

4
Berikan 5 perkara yang menunjukkan sifat bijaksana Rasulullah. Berikan kesan kebijaksanaan itu kepada pemimpin ummah. DEMI sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)(al-Ahzab: 21) Contoh-contoh kebijaksanaan Rasulullah; 1) Baginda Berjaya meyakinkan orang Mekah bahawa bagindalah orang yang paling amanah. Abu Jahal dan Abu Lahab pun mengiktiraf keamanahan Nabi walaupun mereka menentang nabi. 2) Baginda mempersaudarakan bani Aus dan Khazraj yang menjadi permulaan kepada permuafakatan dan persefahaman dalam pentadbirannya. Faktor kebijaksanaan ini jika diaplikasi dalam kepimpinan ummah masa kini mampu mewujudkan kesepakatan yang baik dikalangan rakyat. Pemimpin yang bijaksana seperti Rasulullah s.a.w mampu mendapatkan bai’ah dari orang-orang dibawah pimpinannya. Sebagai ketua dalam pentadbiran pemimpin ummah masa kini perlu mendapatkan kepercayaan penuh dan sokongan daripada orang-orang yang ditadbir bagi nmelicinkan perlaksanaan dan pentadbiran dibawah kepemimpinannya. 3) Membina masjid apabila sampai di Madinah, kerana baginda membina pusat Islam yang menjalankan pelbagai fungsi bermasyarakat.

Upload: noraizan-mohsin-nur

Post on 01-Jul-2015

704 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kebijaksanaan Rasulullah sebagai pemimpin

Berikan 5 perkara yang menunjukkan sifat bijaksana Rasulullah. Berikan kesan

kebijaksanaan itu kepada pemimpin ummah.

“DEMI sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik

iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari

Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah

dan senang)” (al-Ahzab: 21)

Contoh-contoh kebijaksanaan Rasulullah;

1) Baginda Berjaya meyakinkan orang Mekah bahawa bagindalah orang yang

paling amanah. Abu Jahal dan Abu Lahab pun mengiktiraf keamanahan Nabi

walaupun mereka menentang nabi.

2) Baginda mempersaudarakan bani Aus dan Khazraj yang menjadi permulaan

kepada permuafakatan dan persefahaman dalam pentadbirannya.

Faktor kebijaksanaan ini jika diaplikasi dalam kepimpinan ummah masa kini mampu

mewujudkan kesepakatan yang baik dikalangan rakyat. Pemimpin yang bijaksana seperti

Rasulullah s.a.w mampu mendapatkan bai’ah dari orang-orang dibawah pimpinannya.

Sebagai ketua dalam pentadbiran pemimpin ummah masa kini perlu mendapatkan

kepercayaan penuh dan sokongan daripada orang-orang yang ditadbir bagi nmelicinkan

perlaksanaan dan pentadbiran dibawah kepemimpinannya.

3) Membina masjid apabila sampai di Madinah, kerana baginda membina pusat

Islam yang menjalankan pelbagai fungsi bermasyarakat.

Perkara pertama yang Rasulullah lakukan selepas hijrah, baginda terlebih dahulu

mewujudkan pusat di mana rakyat dapat berkumpul dan berkomunikasi. Masjid dijadikan

pusat perkembangan sosial pada zaman itu. Bukti kebijaksanaan Rasululullah ini jika

diaplikasi dalam kepemimpinan ummah masa kini mampu membina satu komuniti yang

sentiasa berinteraksi dan menjalankan aktiviti-aktiviti berpusat. Maka akan wujudlah

perancangan-perancangan aktiviti-aktiviti komuniti yang baik kerana perlaksanaannya

diadakan di masjid. Perpaduan dan kesatuan ummah dapat dilihat daripada pembinaan masjid

sebagai tempat perkembangan sosial masyarakat.

Page 2: Kebijaksanaan Rasulullah sebagai pemimpin

4) Baginda berjaya memperluaskan dakwah dan menambah bilangan orang

memeluk islam dengan dakwah bil hal. Sifat dan akhlak yang ditunjukkan oleh

baginda.

Watak Rasulullah dibentuk oleh Allah melalui al-Quran. Sifat-sifat Nabi terserlah

daripada peribadinya yang mulia, kebijaksanaan Baginda dalam memimpin negara,

berlemah-lembut dan berhikmah dalam berdakwah serta berwasatiah (bersederhana)

dalam soal kehidupan harian. Malah Rasulullah sentiasa mempamerkan budi pekerti

yang baik dan terpuji kepada umatnya.

Inilah contoh teladan terbaik yang harus dijadikan panduan dan ikutan kepada

pemimpin ummah masa kini. Sikap dan akhlak ini mampu menjadikan pemimpin

tersebut dihormati dan ditaati. Pemimpin dengan rekod yang bersih akan

mendatangkan rasa cinta dan kasih oleh orang yang ditadbirnya. Tidak akan timbul

persengketaan, rasa tidak puas hati mahupun niat jahat dikalangan rakyat, seterusnya

akan mewujudkan masyarakat harmoni berkasih sayang.

5) Pembinaan semula Kaabah dan isu tahkim antara kabilah

Semasa Baginda berusia 35 tahun telah berlaku banjir yang besar di Mekah, air deras

mengalir ke arah Kaabah dan hampir-hampir meruntuhkan seluruh struktur binaan

Kaabah. Pihak Quraisy bersetuju membina semula Kaabah dan mereka

membahagikan tugas binaan Kaabah mengikut kabilah. Setelah selesai pembinaan

semula Kaabah, timbul perbalahan yang hampir membawa kepada peperangan antara

kabilah tentang siapa yang sepatutnya meletakkan hajarul aswad pada tempatnya

sehinggalah Abu Umaiyah bin al Mughirah memberi cadangan untuk menerima

penyelesaian dari orang yang pertama masuk ke dalam masjid melalui pintu besar

dialah yang akan menjadi hakim.

Dengan izin Allah, Rasulullah lah orang yang pertama masuk ke dalam masjid

melalui pintunya, lalu mereka melaungkan itu pun al Amin, kami semua setuju

dengan penyelesaian Muhammad. Baginda membentang sehelai kain dan meletakkan

hajarul aswad di atas kain, lalu baginda memanggil ketua-ketua kabilah memegang

Page 3: Kebijaksanaan Rasulullah sebagai pemimpin

hujung kain seterusnya meminta mereka mengangkatnya sehingga sampai tempatnya,

seterusnya baginda sendiri mengangkat hajarul aswad dan meletaknya di tempat

kedudukan asal hajarul aswd. Semua kabilah redha dengan cara penyelesaiannya.

Dalam kepimpinan, Rasulullah saw lengkap dengan sifat siddiq (bercakap benar),

amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (kebijaksanaan). Jika setiap pemimpin

memiliki keempat-empat sifat ini, bermakna mereka memiliki ciri yang seharusnya

dipunyai seseorang pemimpin. Namun, ada masanya, seseorang yang diberi amanah

sebagai pemimpin terpedaya dengan godaan hawa nafsu hingga gagal melaksanakan

tanggungjawab sepatutnya sebagai pemimpin. Oleh sebab itu, seseorang yang

bergelar pemimpin perlu sentiasa merujuk kepada empat sifat mulia ini. Apakah

mereka sebagai pemimpin, memiliki dan melaksanakan keempat-empat sifat ini?