keberkesanan sekolah dari aspek teknikal.doc

Upload: anasflyaway

Post on 29-Feb-2016

71 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Keberkesanan sekolah dari aspek teknikalMortimor (1991) telah merumuskan bahawa sekolah berkesan ialah sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar belakang mereka. Schreens (1992) menjelaskan konsep keberkesanan mengikut perspektif tertentu. Dari segi ekonomi sekolah dianggap berkesan jika outcome; atau hasil yang diingini dapat dicapai dengan kos yang rendah sementara perspektif hubungan kemanusiaan dalam organisasi, organisasi yang berkesan ialah organisasi yang dapat mewujudkan perasaan kepuasan dalam kalangan pekerjanya dan melibatkan mereka dalam organisasi. Hasil tinjauan rambang Sharifah (2000) mendapati sekolah-sekolah di Malaysia mengaitkan sekolah berkesan dengan kecemerlangan akademik yang telah dicapai.

Keberkesanan sekolah dari aspek teknikal pula merujuk kepada teknik teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk pencapaian objektif sepenuhnya. Jika dilihat sekolah dari perspektif fungsi pengeluaran, Keberkesanan teknikal terletak di bahagian proses. Keberkesanan teknikal dalam pengajaranStrategi yang dipilih perlu berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, dan harus mampu dan berupaya menarik hati pelajar bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Dalam ertikata lain, sesi PdP perlu menggarapkan tiga domain utama iaitu kognitif, psikomotor serta afektif. Guru sentiasa memberi fokus terhadap penglibatan pelajar secara aktif. Taksonomi BloomHierarki ini telah diperkenalkan pada tahun 1956 oleh ahli psikologi pendidikan Dr Benjamin Bloom untuk menggalakkan bentuk pemikiran yang tinggi dalam pendidikan, seperti menganalisis dan menilai, dan bukannya hanya mengingati fakta (pembelajaran hafalan). Bloom (1956) telah memperkenalkan tiga domain dalam aktiviti pengajaran atau pembelajaran seperti domain Kognitif yang menguji dan mengukur kemahiran mental (Pengetahuan). Domain Afektif pula untuk mengukur perkembangan perasaan atau emosi (Sikap) dan domain Psikomotor pula lebih kepada kemahiran berbentuk fizikal (Kemahiran). Domain boleh dianggap sebagai kategori. Guru sering merujuk kepada ketiga-tiga kategori ini iaitu Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap. Domain ini adalah taksonomi tingkah laku pembelajaran yang boleh dianggap sebagai "matlamat proses pembelajaran." Iaitu, selepas episod pembelajaran, murid seharusnya telah memperoleh kemahiran baru, pengetahuan, dan atau sikap.Keberkesanan pengajaran dan pembelajaranKeberkesanan yang merujuk kepada total knowledge transfer dimana semua objektif pengajaran guru terpindah kepada semua pelajar yang melibatkan proses komunikasi dua hala dan teknik, teori, kaedah, aktiviti semasa komunikasi berlaku dan pembelajaran diterima oleh murid. Ini dipanggil knowlegde acquisition Objektif pengajaran guru menjadi objektif pembelajaran pelajar.

Rajah 1.0Aspek aspek keberkesanan teknikalProses pengajaranGuru mengubah suai pendekatan pengajaran. Moores (1987) Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan aspek penting untuk memotivasikan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya. Guru mengajar subjeknya dengan baik, bertenaga dan menarik. Guru bersikap profesional, utamakan pencapaian dan pengembangan murid daripada hal hal lain.Proses pembelajaranGuru mestilah mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan pelajarnya seperti menetapkan matlamat yang boleh dicapai dan diukur. Penekanan terhadap penguasaan kemahiran asas seperti menetapkan band pencapaian pelajar. Mempunyai disiplin kerja dan pengurusan masa yang baik dan teratur. Merancang jadual mengikut keutamaan agar segala kegiatan harian tersusun dengan baikPenentuan kurikulumSuatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan pembelajaran yang dihasratkan. Guru perlu memberi penekanan terhadap keperluan pelajar yang lemah dan pengayaan terhadap pelajar yang cemerlang dengan mewujudkan program program yang melibatkan aktiviti membaca, memahami dan menyelesaikan masalah. Penggunaan alat bantuan mengajar seperti yang ditetapkan oleh kurikulum. Melibatkan ibu bapa seperti program sarana ibubapa dapat membantu murid dalam pembelajaran dan penyelarasan antara kurikulum, pengajaran dan ujian untuk mencapai objektif.Proses membacaPenekanan yang tinggi terhadap kebolehan bacaan pelajar seperti linus. Program bacaan individu seperti NILAM yang berterusan sepanjang tahun yang melibatkan penilaian program bacaan dengan merekod tahap pembacaan murid seperti lancar, lambat atau gagap. Kurikulum bacaan untuk menguasai kemahiran membaca. Proses membaca ini melibatkan beberapa peringkat yang perlu ditekankan seperti peringkat melatih murid membaca dan memahami perkara yang dibaca. Peringkat melatih murid membaca dan mencari maklumat (pengetahuan) dan peringkat melatih murid membina dan memperkukuh sikap gemar membaca.Suasana pembelajaranLebih dikenali sebagai Iklim bilik darjah. Iklim yang mempunyai suasana tertib, bertujuan dan suka belajar. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan selamat disamping dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Persekitaran pembelajaran yang sihat pula merujuk kepada hubungan antara pelajar dan guru yang mesra dan saling hormat menghormati. Persekitaran pembelajaran yang sihat akan mempengaruhi tingkahlaku orang di dalamnya. Oleh itu guru memainkan peranan yang penting kerana guru merupakan entiti sosial yang penting di dalam menentukan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Pembinaan sahsiahKetertiban bilik darjah yang berterusan. Peraturan dan jadual bertugas yang berfungsi dan ada penguatkuasaan. Pengurusan bilik darjah yang menyebabkan pelajar terlibat secara akticf dengan aktiviti pembelajaran. Susunan meja yang berkumpulan berbanding dengan susunan secara tradisional. Semua ini diterapkan untuk kawalan disiplin yang baik.Bimbingan dan kaunselingLayanan hendaklah diberikan kepada pelajar yang dikatakan akan memberi jaminan kejayaan dan potensi kejayaan. Layanan yang lebih baik agar mereka rasa dihargai dan meneruskan kecemerlangan mereka. Hubungan yang akrab guru pelajar dalam bilik darjah. Program seperti mentor dan mentee adalah satu program yang diterapkan disekolah dengan meletakkan seorang guru untuk menjaga kumpulan murid yang kecil.