tinjauan terhadap keberkesanan ......tinjauan terhadap keberkesanan perlaksanaan pengurusan bengkel...

58

Upload: others

Post on 22-Feb-2020

62 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TINJAUAN TERHADAP KEBERKESANAN PERLAKSANAAN PENGURUSAN

BENGKEL OLEH GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP

DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH BATU PAHAT,

JOHOR

AZMI BIN BUNAWAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2007

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja sya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………..

Nama Penulis : AZMI BIN BUNAWAN

Tarikh : 17 APRIL 2007

iii

DEDIKASI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T tuhan

sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….

Ayahanda dan Ibundaku yang tercinta.....

Sesungguhnya doa dan jasa kalian adalah sumber kejayaanku. Semoga kehidupan mu

senantiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya selalu.

Buat Isteri Yang Dikasihi,

Terima kasih atas pengorbanan dan ketabahanmu

Segala sokongan dan doronganmu adalah sumber kekuatanku.

Semoga cabaran kehidupan masa mendatang ditempuhi dengan segala kekuatan yang ada

disamping lembaran rahmat dan kasih-Nya dari yang Maha Pencipta.

Buat Anak Yang Disayangi,

Kehadiranmu menyerikan lagi hidupku.

Jadikan jalan yang bapamu rintis ini, panduan, teladan, pedoman serta asas

kejayaanmu.

Buat Pensyarah-pensyarah yang Disanjungi,

Ilmu yang kalian curahkan, akan anak didikmu ini manfaatkan ke jalan yang diredhai-Nya.

Semoga Allah memberkati, meredhai dan merahmati perjuangan murni kalian dalam

mendidik anak bangsa. Terima kasih untuk segalanya....

Buat Teman Seperjuangan yang Dikasihi,

Kenangan bersama tak mungkin hilang diluput zaman,

Suka duka perjalanan hidup telah direntasi bersama,

Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua.

Sekian, Wassalam.

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala

pujian untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah

s.a.w. Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya telah memberi semangat dan

ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini bagi memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran

Hidup.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada

penyelia saya, Tn. Hj. Mohd Mohsin Bin Uzir yang telah banyak memberi

bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk

menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya

jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.

Sekalung ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan

Universiti Teknologi Malaysia, bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor,

Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat, Pengetua, Penolong Kanan dan guru-guru

kemahiran hidup Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Batu Pahat di atas

kerjasama dan perhatian yang diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini.

Penghargaan juga ditujukan khas buat ibu, bapa serta keluarga yang tanpa

jemu mendoakan kejayaan saya dan memberi dorongan dan sokongan yang tidak

mampu dibalas. Akhir sekali untuk isteri yang tercinta Norashikin Bt Md Redzuan

serta anak tersayang Muhammad Afiq yang sentiasa memahami perjuangan saya

walaupun sering ditinggalkan jauh. Terima kasih atas doa, kasih sayang, sokongan

dan pengorbanan kalian semua. Biarlah semua ini menjadi tanda dan kenangan buat

keluarga yang tercinta. Semoga kejayaan ini membawa rahmat kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan perlaksanaan pengurusan bengkel

oleh guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Batu

Pahat, Johor. Aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah melibatkan halangan beban

tugas, sikap, kemahiran menyenggara alatan dan keberkesanan pengurusan stok dan

inventori dalam mengurus bengkel Kemahiran Hidup. Responden kajian melibatkan

108 orang guru Kemahiran Hidup Bersepadu dari 24 buah Sekolah Menengah sekitar

Daerah Batu Pahat. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian.

Kebolehpercayaan instrumen ialah α = 0.8434. Data yang diperolehi dianalisis

dengan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) Windows versi 11.5.

Data dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min bagi empat

persoalan kajian yang dikaji. Dapatan menunjukkan perlaksanaan pengurusan

bengkel berada pada tahap tinggi dari segi sikap, kemahiran dan keberkesanan

pengurusan stok dan inventori. Walau bagaimanapun beban tugas guru telah

membataskan mereka untuk mengurus bengkel berada pada tahap sederhana.

Implikasi dan cadangan kajian serta cadangan kajian lanjutan turut dinyatakan di

bahagian akhir laporan penulisan ini.

vi

ABSTRACT

The main purpose of this research is to examine the effectivenes of the

implementation in workshop management by the living skills teachers at secondry

schools in Batu Pahat Johor. The aspects of the study involves the work load,

attitude, skill and stock and inventory effective management to manage living skill

workshop.The respondents involved in this study were 108 living skills teachers of

24 secondary schools in Batu Pahat. The instrument used was a set of questionares.

The Alpha reliability index of the pilot study was 0.8434. The collected data were

analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version

11.5. The data is presented in the form of frequency, percentage and mean. The

finding shows that workshop management implementation in terms of all attitude,

skill and stock and inventory management were high. How ever, teachers work load

has limited them to manage the workshop properly. The implication and suggestion

for further research were stated at the end of this report.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Penutup 16

viii

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II 2.1 Pengenalan 17

2.2 Pengurusan 18

2.3 Penyenggaraan Bengkel 20

2.4 Stor 23

2.5 Beban Tugas 25

2.6 Kekangan Masa 26

2.7 Sikap 28

2.8 Pengetahuan dan Kemahiran 30

2.9 Stok dan Inventori 32

2.10 Penutup 33

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III 3.1 Pengenalan 34

3.2 Rekabentuk Kajian 35

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 35

3.4 Instrumen Kajian 36

3.5 Prosedur Kajian 38

3.6 Keesahan Soal Selidik 39

3.7 Kajian Rintis 39

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 40

3.9 Analisis Data 41

3.10 Penutup 43

ix

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV 4.1 Pengenalan 44

4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 45

4.2.1 Jantina 45

4.2.2 Kelulusan Ikhtisass 46

4.2.3 Pengkhususan 46

4.2.4 Pengalaman Mengajar KHB 47

4.2.5 Waktu Mengajar Seminggu 48

4.2.6 Tugas Selain Dari Mengajar 48

4.3 Bahagian B : Persoalan Kajian 49

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 51

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 54

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 57

4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4 60

4.4 Rumusan Dapatan Kajian 63

4.5 Kesimpulan 65

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V 5.1 Pengenalan 66

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian B 67

5.2.1 Perbincangan Dapatan Kajian

Persoalan Kajian 1: Adakah beban

tugas guru membataskan aktiviti

pengurusan bengkel KH? 67

5.2.2 Perbincangan Dapatan Kajian

Persoalan 2: Adakah guru-guru

x

mempunyai sikap yang positif untuk

mengurus bengkel KH? 69

5.2.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Persoalan Kajian 3: Adakah guru-guru

berkemahiran dalam penyenggaraan

alatan bengkel KH? 70

5.2.4 Perbincangan Dapatan Kajian

Persoalan Kajian 4: Adakah guru-guru

melaksanakan sistem pengurusan stok

dan inventori dengan berkesan? 72

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 73

5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden 73

5.3.2 Rumusan Persoalan Kajian 75

5.4 Cadangan 76

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan . 78

5.6 Penutup 79

BAHAGIAN ENAM

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 80

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A – F 86

xi

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Taburan Item Berdasarkan Persoalan Kajian 37

3.2 Skala Likert Lima Mata 38

33 Nilai Alpha Cronbach 40

3.4 Skala Likert Lima Mata Kepada Tiga Mata 42

3.5 Tahap Pertimbangan Peratusan 42

3.6 Markat Skala Likert 3 Mata 43

4.1 Taburan Jantina 45

4.2 Kelulusan Ikhtisas 46

4.3 Bidang Pengkhususan 47

4.4 Pengalaman Mengajar 47

4.5 Waktu Mengajar Matapelajaran KHB Dalam Seminggu 48

4.6 Taburan Responden Berdasarkan Tugas 49

4.7 Taburan Persoalan Kajian Dan Bilangan Item 50

4.8 Analisis Beban Tugas Telah Membataskan Guru

Mengurus Bengkel KH.

51

4.9 Analisis Sikap Guru Terhadap Aktiviti Pengurusan

Bengkel KH

54

4.10 Analisis Tahap Kemahiran Guru Dalam Menyenggara

Alatan Berngkel KH.

57

4.11 Analisis Keberkesanan Guru-Guru Melaksanakan

Sistem Pengurusan Stok Dan Inventori.

60

4.12 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 63

xii

SENARAI SINGKATAN

KH - Kemahiran Hidup

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KM - Kemahiran Manipulaf

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

% - Peratus

ƒ - Frekuensi

BPPP/EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan.

SPSS - Statistical Package For Social Science

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Pelajar 86

B Keesahan Soal selidik 92

C Surat Kebenaran EPRD 94

D Surat Kebenaran JPN 96

E Data Guru Kemahiran Hidup Besepadu Daerah Batu Pahat 97

F Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970) 103

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kerajaan Malaysia telah meletakkan satu hala tuju ke arah pembangunan dan

kemajuan negara melalui wawasan 2020. Untuk mencapai matlamat tersebut, negara

memerlukan ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam pelbagai bidang

terutamanya yang berteraskan perindustrian. Ia boleh dicapai melalui sistem pendidikan

negara yang berfungsi sebagai agen perubahan masyarakat. Melalui sistem pendidikan,

generasi baru dapat digembleng, dijana dan digerakkan agar menjadi tenaga mahir atau

separuh mahir. Sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik

di Asia Tenggara (Sulaiman, 1996), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal

Dasar Pendidikan Negara yang bersesuaian dengan Dasar Perindustrian Negara bagi

memastikan sistem pendidikan negara berganjak mengikut keperluan dan perubahan

zaman. Oleh itu, kurikulum pendidikan telah diubahsuai supaya mampu menyediakan

rakyat yang cenderung ke arah kemahiran dan vokasional melalui pengenalan mata

pelajaran Kemahiran Hidup (KH) sejak tahun 1989, juga dikenali dengan mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) mulai tahun 1991.

2

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (1992), mata pelajaran ini dirancang

untuk meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat secara

produktif, inovatif dan kreatif serta pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja yang

mengenali dan memahami teknologi dan ekonomi sejajar dengan dasar dan keperluan

negara. Mata pelajaran ini juga merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah

mempertingkatkan kemahiran praktis dan menyemai semangat keusahawanan dan daya

mereka cipta di kalangan pelajar. Mata pelajaran KHB bertujuan untuk membekalkan

pelajar dengan kemahiran asas bagi membolehkan pelajar bertindak dan mengendalikan

hidup secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan

sentiasa berubah (Yahya Emat, 1993). Di samping itu mata pelajaran ini bertujuan untuk

memupuk sikap positif terhadap kerja, bersikap inovatif dan berdikari supaya dapat

melaksanakan urusan harian dengan penuh yakin. Peningkatan kemahiran ini tertumpu

khas kepada kemahiran asas menjalankan kerja buat sendiri yang mudah dan yang boleh

digunakan dalam berbagai situasi. Nilai-nilai murni diterapkan semasa pelajar

menjalankan aktiviti bagi menggalakkan perkembangan semangat bertimbang rasa dan

sedia membantu serta menggalakkan persefahaman dan semangat bersatu padu di

kalangan masyarakat. Tumpuan diberi kepada peningkatan kendiri, kesejahteraan hidup

berkeluarga, kerja amal masyarakat dan alam pekerjaan.

Mata pelajaran KHB terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan

bahagian elektif. Bahagian teras mengandungi tiga komponen iaitu Kemahiran

Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan serta Kekeluargaan. Bahagian ini

diwajibkan kepada semua pelajar. Bahagian elektif pula mengandungi tiga komponen

iaitu Kemahiran Manipulatif Tambahan, Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian.

Pelajar diwajibkan mengambil hanya satu komponen sahaja dan ia akan dikekalkan dari

tingkatan satu sehingga tingkatan tiga

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran KHB yang berbentuk

amali, penggunaan bengkel dan bilik-bilik khas amat diperlukan. Bengkel KH terbahagi

3

kepada tiga jenis bengkel iaitu bengkel Kemahiran Manipulatif (KM), bengkel

Pertanian dan bengkel Ekonomi Rumah Tangga. Di antara ketiga-tiga bengkel ini,

bengkel KM yang paling banyak komponen dan yang paling sukar penyenggaraannya

kerana ia mempunyai berbagai-bagai alat, bahan dan mesin. Bengkel KM juga

dipecahkan kepada 4 jenis bengkel iaitu bengkel Kerja Kayu dan Logam, bengkel Paip

Asas, bengkel Elektrik dan Elektronik dan bengkel Enjin.

Untuk melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projek-

projek tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan

tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Kemudahan peralatan yang lengkap dan teratur

untuk digunakan atau keadaan persekitaran tempat tersebut seharusnya menjadi

penyumbang kepada penghasilan projek yang baik serta iklim pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan. Bagi mencapai matlamat tersebut pengurusan

bengkel yang baik dan berkesan adalah menjadi faktor utama. Pengurusan bengkel yang

sistematik amat diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan proses pengajaran

dan pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran KH merupakan mata pelajaran yang telah diperkenalkan di

semua sekolah menengah seluruh Malaysia pada tahun 1989. Ia dijalankan secara

peralihan bagi menggantikan mata pelajaran elektif iaitu Seni Perusahaan, Ekonomi

Rumah Tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan. Mata pelajaran ini dikenali sebagai

KHB dan dijalankan secara sepenuhnya pada tahun 1991 (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 1991). Mata pelajaran KHB menurut Kementerian Pelajaran Malaysia

(1990), adalah dirancang untuk meningkatkan daya pengeluaran negara melalui

4

penglibatan masyarakat secara produktif, inovatif dan kreatif serta pembentukan

pelbagai jenis tenaga kerja yang mengenali dan memahami teknologi dan ekonomi

sejajar dengan dasar dan keperluan negara. Mata pelajaran KHB yang merupakan mata

pelajaran pra vokasional ini dijalankan secara teori dan amali.

Menurut Nasaruddin (1997), kemahiran asas ini hanya boleh diperoleh melalui

kerja amali yang dijalankan di dalam ruang khas yang dikenali sebagai bengkel atau

makmal. Bengkel adalah penting kerana segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran

kerja-kerja amali dijalankan di dalamnya. Oleh itu bengkel perlulah diurus dan di

senggara dengan sempurna untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat

berjalan dengan sempurna. Bengkel yang berada di dalam keadaan baik secara tidak

langsung akan dapat menarik minat pelajar dan selamat untuk digunakan sewaktu proses

pengajaran dan pembelajaran.

Setiap bengkel perlu dilengkapi dengan peralatan khusus dan bahan pengajaran

mengikut bahagian masing-masing bagi melicinkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran. Di samping itu, setiap bahagian bengkel juga perlu mempunyai stornya

yang tersendiri bagi menyimpan alatan tangan dan bahan-bahan seperti thinner, spirit,

cat, minyak dan sebagainya. Papan panel alatan serta almari pameran juga diperlukan

bagi menempatkan peralatan yang sering digunakan untuk kerja-kerja semasa dan

mempamerkan hasil kerja pelajar yang terpilih sebagai model.

Di antara persoalan berkaitan bengkel yang sering dibangkitkan ialah bagaimana

ruang dan peralatan dapat diselaraskan penyusunannya serta berapa ramai pelajar boleh

menggunakan kemudahan dan peralatan yang ada (Pruitt, P. Dan Lamb, W., 1982). Oleh

itu, bengkel yang kemas dan ceria perlu diwujudkan. Bengkel yang ceria, kemas dan

selesa sudah pasti akan dapat menyeronokkan dan memudahkan proses pengajaran dan

5

pembelajaran dijalankan sama ada secara teori mahupun amali. Secara tidak langsung ia

dapat meningkatkan prestasi pelajar-pelajar ke arah kecemerlangan akademik.

Syarat fizikal bengkel mestilah melibatkan kemudahan susunan peralatan,

penggunaan dan pengendalian ruang kerja, kepanasan, lampu, peredaran udara serta

pemeliharaan makmal. Ini adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan (Nicholas C.W. dan Gorman C.V.,

1977). Untuk mewujudkan suasana bengkel sebagaimana yang dikehendaki, bengkel

perlu diurus dengan bijak dan bersistematik. Ia melibatkan kerja-kerja menyusun dan

menyelenggarakan alatan, menjaga stok, membuat pembelian stok, memastikan

keselamatan pengguna, menentukan belanjawan yang sesuai dan banyak lagi. Menurut

Yahya (1989), proses pengurusan bengkel memerlukan seseorang yang mahir dalam

bidang tersebut kerana selenggaraan adalah segala aktiviti yang dibentuk bagi tujuan

untuk memastikan peralatan, mesin, bahan dan bangunan sentiasa dalam keadaan baik

dan berkesan serta selamat digunakan.

Secara lazimnya tugas mengurus dan menyenggara bengkel KH diserahkan

kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran KHB. Guru-guru tersebut merupakan

guru teknikal dari pelbagai pengkhususan seperti pengkhususan Seni Perusahaan, Sains

Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga dan Kemahiran Hidup. Namun begitu terdapat juga

guru-guru bukan teknikal yang mengajar mata pelajaran KHB. Keadaan ini mungkin

menyebabkan pengurusan dan penyenggaraan bengkel KH kurang berkesan kerana

mereka melakukan tugas di luar bidang pengkhususan. Aspek pengetahuan dan

kemahiran adalah penting untuk mengurus dan menyenggara bengkel dengan berkesan.

Walaupun guru-guru mempunyai minat terhadap kerja penyenggaraan, mereka tidak

mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya. Kegagalan mengurus

bengkel seperti mana yang dikehendaki akan mengakibatkan berlakunya pelbagai

masalah yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel. Ini

dibuktikan dengan laporan Pengesanan Kemahiran Hidup Sekolah Menengah 1991 yang

6

menyatakan bahawa terdapat beberapa buah sekolah yang kurang mengambil berat

dalam hal-hal pengurusan alatan dan bahan serta kebersihan dan kekemasan di dalam

bengkel. Keadaan ini akan mendatangkan masalah kepada pengguna yang berikutnya

(Pusat Perkembangan Kurikulum, Ogos 1991)

Selain daripada itu, aspek beban tugas lain juga mempengaruhi keberkesanan

pengurusan bengkel. Menurut Damanhuri (1997) dalam Khairul Azman (2003),pada

keseluruhannya guru-guru KH mempunyai beban tugas yang agak berat di mana

kebanyakan daripada mereka terpaksa mengajar pelbagai komponen mata pelajaran,

mempunyai jadual waktu yang banyak dan terpaksa menyediakan sendiri bahan dan

peralatan sebelum memulakan sesuatu kelas amali. Tanggungjawab yang terlalu banyak

ini mungkin boleh menyebabkan tugas guru untuk mengurus dan menyenggara bengkel

akan terganggu. Kesinambungan daripada itu, kajian ini dijalankan adalah untuk

meninjau sejauh manakah keberkesanan perlaksanaan pengurusan bengkel oleh guru-

guru KHB di sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Kerja-kerja amali dalam mata pelajaran KHB dijalankan di dalam bengkel yang

telah dikhaskan. Kerja amali atau aktiviti ini dilakukan sama ada di makmal, bilik khas

atau ruang dan tempat kerja yang ditentukan oleh sekolah dan menggunakan banyak

alatan, bahan dan perkakas. Segala peralatan dan kelengkapan mestilah diurus dan

disenggarakan dengan baik dan bersistematik supaya proses pengajaran dan

pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Pengurusan bengkel dan

kelengkapannya yang licin dan berkesan akan melahirkan pelajar yang mencintai ilmu

dan bertanggungjawab. Justeru itu, keperluan penyediaan suasana bengkel yang sesuai

7

bagi membolehkan pelajar mendapat asuhan dan suasana pendidikan yang lengkap dan

bermanfaat serta selamat patut diadakan.

Untuk mewujudkan pengurusan bengkel KH yang berkesan dan sempurna, guru-

guru perlulah mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan mempunyai sikap yang

positif terhadap tugasnya. Berdasarkan data pada Oktober 2006 yang diperoleh daripada

Jabatan Pelajaran Negeri Johor, terdapat guru-guru KHB yang mengajar di sekolah-

sekolah menengah daerah Batu Pahat mempunyai pengkhususan di luar bidang teknikal

seperti Matematik, Muzik, Pendidikan Jasmani dan sebagainya. Keadaan ini mungkin

menyebabkan pengurusan dan penyenggaraan bengkel KH kurang berkesan kerana

mereka melakukan tugas di luar bidang pengkhususan. Justeru itu kajian ini dijalankan

bagi mengenalpasti keberkesanan perlaksanaan pengurusan bengkel oleh guru-guru yang

mengajar mata pelajaran KHB di sekolah menengah di daerah Batu Pahat dari aspek

halangan beban tugas, sikap, kemahiran dan pengurusan stok dan inventori.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk:

1.4.1 Mengetahui sejauh manakah beban tugas telah menghalang guru mengurus

bengkel KH.

1.4.2 Mengetahui sikap guru terhadap pengurusan bengkel KH

1.4.3 Mengetahui keupayaan guru dari segi kemahiran dalam menyenggara

alatan bengkel KH.

8

1.4.4 Mengetahui keberkesanan dalam melaksana sistem pengurusan Stok dan

Inventori yang dilakukan oleh guru-guru di dalam bengkel KH.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah:

1.5.1 Adakah beban tugas telah membataskan guru mengurus bengkel KH?

1.5.2 Adakah guru-guru mempunyai sikap yang positif untuk mengurus bengkel KH?

1.5.3 Adakah guru-guru berkemahiran dalam menyenggara alatan bengkel KH?

1.5.4 Adakah guru-guru telah melaksanakan sistem pengurusan Stok dan Inventori

bengkel KH dengan berkesan?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk memberi gambaran dan maklumat yang jelas

tentang keberkesanan perlaksanaan pengurusan bengkel oleh guru-guru KH di daerah

Batu Pahat. Pengkaji berharap agar kajian ini dapat memberikan maklumat kepada pihak

sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengenal pasti keberkesanan dalam

mengurus dan menyenggara bengkel KH dari aspek beban tugas, kemahiran, sikap guru

dan pengurusan stok dan inventori. Maklum balas yang diperoleh diharapkan dapat

9

mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada seterusnya penambahbaikan dapat dilakukan

untuk memastikan amalan pengurusan bengkel KH di sekolah dilaksanakan dengan

berkesan.

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini hanya melibatkan guru-guru yang

mengajar mata pelajaran KHB di sekolah-sekolah menengah kebangsaan dalam daerah

Batu Pahat, Johor sahaja. Ia hanya meninjau dan mengenal pasti permasalahan tentang

keberkesanan pelaksanaan pengurusan bengkel oleh guru-guru tersebut. Sampel yang

dipilih ialah guru-guru dari 24 buah sekolah menengah kerajaan harian biasa di daerah

Batu Pahat yang mengajar mata pelajaran KHB dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

1.8 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini, di mana

definisi yang diberikan adalah berpandu kepada kesesuaiannya dalam konteks kajian ini.

10

1.8.1 Guru

Kamus Dewan (2000) mendefinisikan, guru adalah pendidik, pengajar dan

pengasuh. Dalam kajian ini, guru yang dimaksudkan ialah individu yang dilantik oleh

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan atau Jabatan Pelajaran Negeri sama ada terlatih

atau tidak terlatih untuk mengajar mata pelajaran KHB di sekolah-sekolah menengah di

daerah Batu Pahat, Johor.

1.8.2 Bengkel

Kementerian Pelajaran Malaysia (1989), mendefinisikan bengkel sebagai satu

tempat, ruang atau bilik yang digunakan untuk melakukan uji kaji atau aktiviti kerja

amali. Di dalamnya terdapat peralatan dan bahan-bahan yang digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Ruang-ruang khas untuk pengajaran dan pembelajaran ini

hendaklah dilengkapi dengan keperluan minimum pengajaran dan pembelajaran.

Bengkel yang dimaksudkan di dalam kajian ini ialah bengkel KH.

1.8.3 Kemahiran Hidup Bersepadu

KHB ialah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah bagi

menggantikan mata pelajaran elektif (Seni Perusahaan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains

Pertanian, Perdagangan dan Keusahawanan). Kemahiran Hidup adalah kemahiran-

11

kemahiran asas yang perlu dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkan mereka

bertindak mengendalikan hidup secara produktif di dalam dunia teknologi dan

perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Mata pelajaran ini bertujuan untuk

mendedahkan seberapa banyak yang boleh kepada bidang kemahiran agar kemahiran

yang dipelajari itu dapat digunakan oleh pelajar untuk kehidupan seharian seperti

membaik pulih perkara yang mudah di rumah mereka (Pusat Perkembangan Kurikulum,

1989).

1.8.4 Kemahiran Manipulatif

Kemahiran Manipulatif membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan

kemahiran praktis dalam bidang teknologi. Tujuannya ialah untuk membolehkan pelajar

berfungsi secara berkesan dalam masyarakat yang berorientasikan teknologi khususnya

di tempat tinggal dan tempat kerja kelak. Komponen ini merangkumi teknik operasi, alat

peralatan elektronik, mekanikal yang mudah dan teknologi bahan. Antara aktiviti yang

dijalankan oleh pelajar ialah kerja buat sendiri yang mudah berkaitan dengan binaan,

pemasangan, penyenggaraan, baik pulih, unsur-unsur pengurusan (Pusat Perkembangan

Kurikulum,1990)

1.8.5 Mengurus

Mengurus merupakan apa jua bentuk aktiviti yang boleh memberi kepuasan

kepada pengguna terhadap barangan atau servis yang mereka nikmati dan ini dilakukan

12

dengan cara yang ekonomik dan berkesan. Aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam

bidang pengurusan merangkumi aktiviti merancang, menyusun, mengarah,

mengkoordinasi dan mengawal (Yahya, 1989).

1.8.6 Penyenggaraan

Menurut istilah yang dikeluarkan oleh Kamus Dewan (2000), penyenggaraan

ialah perbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan. Dalam kajian ini

penyenggaraan yang dimaksudkan ialah perbuatan menyenggarakan, mengendalikan dan

mengurus alatan, bahan dan ruang di bengkel KH.

1.8.7 Bahan

Bahan dalam konteks kajian ini boleh didefinisikan sebagai barang mentah atau

separa siap yang digunakan dalam kerja amali di bengkel KH. Bahan ini terdiri daripada

bahan habis guna dan bahan yang boleh digunakan semula.

13

1.8.8 Alatan

Dalam bengkel KH alatan bermaksud sebarang alat, perkakas dan mesin yang

diperlukan atau digunakan untuk membuat, mengerjakan atau menghasilkan sesuatu

kerja amali di bengkel.

1.8.9 Ruang

Menurut istilah yang dikeluarkan oleh Kamus Dewan (2000), ruang merupakan

bahagian yang kosong atau terbuka dalam sesebuah bangunan. Untuk kajian ini ruang

yang dimaksudkan ialah ruang kerja pelajar dan ruang susunan mesin, alatan dan bahan.

1.8.10 Sikap

Definisi sikap dari sudut kognitif bermaksud kepercayaan atau pendapat

mengenai benda atau objek, perasaan, iaitu perasaan terhadap benda yang sukar diubah

atau dipengaruhi dan kecenderungan untuk bertindak dan bertingkah laku terhadap

sesuatu (Kamus Dewan, 2000). Dalam konteks kajian ini, sikap guru menunjukkan tahap

kepercayaan terhadap diri sendiri, tahap perasaan dan tingkah laku untuk mengurus

bengkel KH.

14

1.8.11 Pengetahuan

Pengetahuan adalah ilmu yang dipelajari sama ada melalui buku atau di pusat-

pusat pengajian (Kamus Dewan, 2000). Dalam kajian ini pengetahuan bermaksud

mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan pengurusan bengkel KH.

1.8.12 Kemahiran

Dalam Kamus Dewan (2000), kemahiran ditakrifkan sebagai kecekapan dan

kepandaian melakukan sesuatu. Kemahiran yang dimaksudkan dalam kajian ini meliputi

kemampuan melakukan aktiviti penyenggaraan bengkel KH.

1.8.13 Beban tugas

Beban tugas adalah merujuk kepada tanggungjawab kerja yang tidak

menyenangkan tetapi mesti dijalankan oleh seseorang guru KH berkaitan dengan

tugasnya. Beban tugas yang dimaksudkan di sini adalah meliputi aktiviti yang tidak

menekankan kepada aktiviti di bilik darjah tetapi mempunyai perkaitan yang

bermatlamatkan sekolah. Tugas guru dikategorikan kepada dua iaitu tugas akademik dan

tugas bukan akademik.Tugas akademik adalah tugas-tugas berkaitan dengan pengajaran

dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Tugas bukan akademik

15

pula adalah tugas yang bukan melibatkan pengajaran di dalam kelas. Mohd. Salleh

(1998), menyenaraikan bebanan seseorang guru seperti berikut

Aspek Pengajaran

1. Mengajar

2. Membimbing

3. Membuat ujian

4. Menilai dan memeriksa

5. Memulihkan

Aspek Kokurikulum

1. Jurulatih pasukan sekolah

2. Penasihat persatuan

3. Pembimbing rakan sebaya

4. Mengurus perjalanan

5. Memastikan keselamatan

6. Berhubung dengan agensi luar

Aspek Pengurusan

1. Disiplin

2. Membantu Guru Besar

3. Menyimpan rekod pelajar

4. Mengambil kedatangan

5. Mengutip wang

6. Mengawasi asrama

7. Edaran pekeliling

8. Mengawasi keceriaan sekolah

9. Pembelian buku teks

10. Panitia pelajaran

16

Aspek Perhubungan Awam

1. Agen perubahan sosial

2. Berhubungan dengan agensi luar

3. Penasihat dan pembangunan masyarakat

4. Berhubung dengan ibu bapa/masyarakat

1.9 Penutup

Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia memasukkan mata pelajaran KHB ke

dalam sistem pendidikan merupakan satu langkah yang tepat. Penguasaan kemahiran

asas yang diperoleh melalui kerja amali yang dijalankan di dalam bengkel adalah

matlamat utama mata pelajaran tersebut. Oleh itu bengkel merupakan keperluan yang

penting dalam perlaksanaan mata pelajaran ini. Maka dengan ini, guru-guru KH perlulah

memastikan bengkel sentiasa berada di dalam keadaan yang baik supaya segala

keperluan pengajaran dan pembelajaran terdapat di dalam bengkel dan dalam keadaan

boleh digunakan. Kelemahan dalam menguruskan bengkel KH perlu diatasi dengan cara

yang terbaik.

17

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini penyelidik akan membuat sorotan beberapa petikan dan

kajian-kajian yang telah dibuat berkaitan dengan pengurusan bengkel KH di sekolah

menengah. Tumpuan perbincangan adalah berkisar tentang pengurusan bengkel KH

yang berkesan dari beberapa aspek iaitu aspek beban tugas guru, sikap guru, kemahiran

guru dan stok dan inventori.

18

2.2 Pengurusan

Pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu aktiviti perancangan dan pergerakan

atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-

kaedah, peraturan-peraturan, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangan (Wan

Mohd Azmi Ramli, 1990). Pengurusan dalam aspek pendidikan adalah bertujuan untuk

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat dijalankan

dengan teratur dan sempurna tanpa sebarang gangguan. Pengurusan juga sebagai satu

proses membahagi-bahagikan tugas-tugas di kalangan anggota-anggota organisasi itu,

mengatur sumber-sumber seperti alat-alat dan wang serta mengurus semuanya supaya

berkaitan antara satu sama lain. Mereka itu menjadi satu kesatuan yang teguh.

Menurut Yahya Abd Hamid (1989), pengurusan adalah apa jua bentuk aktiviti

yang boleh memberi kepuasan kepada pengguna terhadap barangan atau servis yang

mereka nikmati dan ini dilakukan dengan cara yang ekonomik dan berkesan. Aktiviti-

aktiviti yang terkandung di dalam bidang pengurusan merangkumi aktiviti-aktiviti

seperti merancang, menyusun, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Pengurusan

ialah satu proses mengagihkan semua input organisasi (termasuk sumber ekonomi dan

sumber kakitangan) dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan

pengawalan bertujuan untuk mengeluarkan output (segala barang dan perkhidmatan)

yang diperlukan oleh pengguna supaya objektif organisasi tercapai (Jaafar, 1988).

Menurut Ahmad Atory Hussain (1991), pengurusan adalah merujuk kepada satu

aktiviti atau kegiatan yang direka bentuk untuk meninggikan dan mengarahkan kerja-

kerja yang ditentukan. Pengurusan dan kepimpinan yang berwibawa dan berkualiti

adalah mustahak untuk menggerakkan satu organisasi atau kumpulan bagi mencapai

objektif atau matlamat (Idris Jauzi, 1993).

19

Menurut Yusuf Ismail (1994), pengurusan adalah kegiatan yang diamalkan oleh

setiap orang sama ada untuk dirinya, keluarganya, organisasi pekerjaan dan organisasi

sosial. Yaakob Ibrahim (1989) pula menegaskan bahawa pengurusan adalah proses

merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota

organisasi dan menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat organisasi

yang ditetapkan. Terdapat empat perkara penting yang perlu dilakukan dalam

pengurusan iaitu mengatur dan merancang, menyelaras, mendorong dan mengawal

(Brech E. F. L, 1957). Justeru itu, pengurusan merupakan satu proses sosial bagi

menentukan tanggungjawab untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan

perancangan dan perjalanan perusahaan.

Menurut Wan Zahid (1994), pengurusan bererti menentukan matlamat. Tindakan

menentukan matlamat adalah agenda pertama kepada pengurusan kerana matlamat

memberi arah dan haluan kepada organisasi dan anggota di dalamnya. Pengurusan

adalah perancangan iaitu merancang bagaimana matlamat yang telah dilaksanakan dapat

dicapai. Pengurusan juga bererti menyelenggarakan sumber-sumber yang ada dengan

cara yang berkesan. Sumber-sumber yang ada ialah tenaga manusia, masa dan barangan.

Sumber ini hendaklah diselenggarakan dengan baik bagi mengelakkan pembaziran.

Dalam konteks pengurusan yang hendak dijelaskan, pengurus mestilah

mempunyai ilmu mengurus yang baik dan luas, mempunyai kredibiliti diri yang tinggi,

dihormati, bijak dan cekap. Pengurus bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-

tugas yang dirancang dijalankan dengan betul, tepat dan berkesan dengan menggunakan

peraturan, sistem dan struktur yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran. Instrumen

yang perlu digunakan dalam proses pengurusan ialah senarai semak, prosedur kerja dan

fail meja.

20

Aktiviti-aktiviti pengurusan bengkel KH yang perlu dilakukan ialah meliputi

penjagaan seperti berikut :

a) Pembelian bahan serta alatan pengajaran dan pembelajaran

b) Mengurus keadaan makmal.

c) Mengemas kini buku stok dan inventori

d) Memproses bahan-bahan atau komponen untuk tujuan kerja amali pelajar.

Dari kenyataan, penerangan dan pendapat-pendapat di atas dapatlah disimpulkan

bahawa pengurusan dan penyelenggaraan bengkel kemahiran hidup merupakan bidang

tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru kemahiran hidup dalam

proses merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal sumber bagi mencapai

objektif dan matlamat yang telah ditetapkan selain daripada membekalkan kemahiran

kepada pelajar-pelajar agar menjadi tenaga kerja yang berwawasan tinggi.

2.3 Penyenggaraan Bengkel

Penyenggaraan bengkel merupakan satu proses penjagaan peralatan, mesin dan

bangunan bagi menentukan jangka hayatnya selain daripada selamat digunakan.

Menurut Yahya (1989), senggara adalah segala bentuk aktiviti-aktiviti yang dilakukan

bertujuan untuk memastikan sesebuah peralatan, mesin dan bangunan itu sentiasa berada

dalam keadaan yang membolehkan ia digunakan dengan baik dan berkesan. Aktiviti-

aktiviti yang dimaksudkan di sini adalah aktiviti-aktiviti penjagaan seperti melaraskan,

membersihkan, melincirkan, mengecat dan sebagainya.

21

Yuslin dalam (Yusaini,1998), menyatakan penyenggaraan bermaksud aktiviti

yang dilakukan untuk memastikan kelengkapan berada dalam keadaan boleh beroperasi

dengan baik. Penyenggaraan dan pembaikan dapat menambah jangka hayat sesuatu

kelengkapan kerana kerosakan yang berat dapat dihindarkan. Penyenggaraan bengkel

amat penting kepada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran KHB. Guru-guru mata

pelajaran adalah bertanggungjawab untuk menguruskan semua kelengkapan dan bahan-

bahan kerja amali termasuk penyelenggaraan peralatan.

Aktiviti-aktiviti penyenggaraan bengkel KH yang perlu dilakukan ialah meliputi

penjagaan seperti berikut :

a) Melaraskan, menajamkan dan mengasah mata alat pemotong.

b) Membersihkan, melincirkan mesin-mesin dan alatan tangan dari masa ke

semasa.

c) Membaiki kerosakan kecil pada mesin dan alatan tangan.

d) Mengemas atau mengecat.

Menurut Yahaya (1989), terdapat tiga jenis penyenggaraan yang biasa dilakukan

iaitu penyenggaraan kawalan, penyenggaraan pembetulan dan penyenggaraan ramalan.

Penyenggaraan ramalan ialah menjalankan kerja-kerja senggara mengikut jangkaan

kerosakan sesuatu alatan. Biasanya ramalan-ramalan tentang kemungkinan berlakunya

kerosakan pada peralatan dibuat dengan menggunakan alatan-alatan sensitif seperti alat

penganalisisan gegaran dan amplitud, tolok audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu,

tolok rintangan dan sebagainya. Menurutnya lagi, penyenggaraan perlu dilakukan oleh

orang yang mahir kerana aktiviti itu bertujuan untuk memastikan peralatan, mesin,

bahan dan bangunan sentiasa berada dalam keadaan yang membolehkan proses tersebut

dijalankan dengan baik dan berkesan. Mesin dan peralatan mestilah diperiksa setiap kali

sebelum digunakan dan dibersihkan setiap kali siap digunakan kerana kebersihan adalah

penting dalam aktiviti penyenggaraan. Penyenggaraan yang baik lagi berkesan amatlah

perlu untuk memastikan setiap peralatan, mesin atau bangunan boleh digunakan dalam

satu jangka masa yang dianggap menguntungkan. Penyenggaraan yang kurang baik

22

boleh menyebabkan peralatan, mesin dan bangunan cepat menjadi rosak dan merugikan.

Berkesan atau tidaknya sesebuah sistem penyenggaraan yang dijalankan bergantung

kepada sebaik mana kerja-kerja merekodkan aktiviti-aktiviti penyenggaraan dilakukan.

Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja penyenggaraan yang lebih berkesan.

Razali M.A (1981), menegaskan peralatan tangan dan mesin-mesin yang terdapat

dalam bengkel atau makmal mempunyai jangka hayat tertentu. Sesuatu mesin yang lama

memerlukan pengurusan dan penyenggaraan yang lebih teliti. Penggunaan, pembaikan,

penyimpanan dan sebagainya hendaklah mengikut sistem yang sesuai dan mematuhi

arahan buku panduan peralatan tersebut. Penggunaan makmal, pelajar-pelajar dan guru

harus mengambil perhatian dalam perkara ini supaya kelengkapan peralatan yang ada

boleh digunakan lebih dari jangka masa hayatnya.

Kelemahan dalam menguasai pengendalian dan penyenggaraan mesin akan

mengundang bahaya apabila melakukan kerja-kerja yang melibatkan penggunaan

mesin.Ini adalah kerana amat penting pengetahuan dan kemahiran dalam menguasai

ilmu pengendalian mesin ini bagi melindungi keselamatan diri dan mengelakkan

kemalangan. Menurut Mohd. Nasir (1987), kemalangan tidak dapat dielakkan, tetapi

penyenggaraan yang rapi dapat mengurangkan tahap kemungkinan berlakunya

kemalangan di dalam sesebuah bengkel.

Suhaimi (1994), di dalam kajiannya menyatakan aktiviti penyenggaraan bengkel

KM ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, maka guru KH sebagai

orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan mata pelajaran ini perlu berusaha

mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka yang berkaitan dengan

bidang mata pelajaran ini. Manakala hasil kajian yang dijalankan oleh Yusaini (1998),

mendapati tahap pengetahuan dan kemahiran guru adalah pada tahap sederhana.

23

Hasil kajian Zawawi (1998) dalam Khairul Azman (2003), mendapati kursus yang

dijalankan selama ini tidak banyak memberikan pengetahuan dan kemahiran tentang

aspek pengurusan dan penyelenggaraan bengkel.

Aktiviti pengurusan dan penyelenggaraan makmal bukan sahaja memerlukan

pengetahuan dan kemahiran, tetapi peruntukan masa yang sesuai dan mencukupi adalah

perlu. Peruntukan masa yang mencukupi dan sesuai adalah perlu kerana aktiviti ini perlu

dijalankan secara berterusan.(Muhamad Fuzi,1999).

Berdasarkan semua kenyataan di atas, guru-guru KH perlu melakukan

penyenggaraan terhadap alat,mesin dan sebagainya dengan baik untuk memanjangkan

tempoh hayatnya. Di samping itu, guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang

tertentu untuk menyenggarakan bengkel.

2.4 Stor

Stor merupakan satu bahagian tambahan yang sangat penting untuk menyimpan

berbagai-bagai benda termasuk bahan kimia, peranti, alat radas, mesin dan bahan sama

ada yang telah digunakan mahupun yang belum digunakan (Halimaton Hamdan dan

Zaiton Abdul Majid, 1997). Di dalam stor mestilah diletakkan almari, rak dan tetingkat

bagi menempatkan peralatan dan bahan tersebut. Peralatan dan bahan yang ditempatkan

di dalam stor mestilah disusun dan disimpan mengikut jenis dan kegunaannya. Sistem

pengurusan stor mestilah bersistematik agar kelihatan kemas, mudah di selenggara dan

mudah dicari apabila diperlukan.

24

Menurut Linberk (1972), merancang dan mengurus bengkel bukan dikhususkan

kepada bengkel latihan dan pembelajaran sahaja malah ia merangkumi stor dan

penyimpanan bahan dan kelengkapannya. Mengikut Panduan Perbendaharaan Tatacara

Pengurusan Stor (Mei 1996) mengenai penggunaan maksimum ruang dalam panduan

T126 menyatakan bahawa usaha hendaklah dibuat supaya setiap ruang stor digunakan

sepenuhnya tertakluk kepada faktor-faktor keselamatan, kemudahan pengeluaran

verifikasi dan kekemasan stor.

Proses pengurusan stor mestilah dimulakan dengan pelan penyediaan stor. Dalam

penyediaan pelan stor, dua perkara penting perlu diambil perhatian iaitu menyediakan

ruang penyimpanan atau bilik Stor dan juga menyediakan tempat menyimpan bahan dan

peralatan seperti rak, tetingkat dan kabinet (Nair N.K, 1986). Menurut Linberk (1972)

pula, dalam membuat pelan bengkel pembinaan stor perlu diambil kira. Peruntukan

ruang menyimpan adalah antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan. Keperluan ini

disertakan dengan ruang yang cukup bagi keselamatan, pengaliran dan penggunaan

bahan. Ruang bagi menyimpan bahan-bahan mentah dan bahan maujud, projek dan hasil

kerja pelajar, alatan tangan dan kelengkapan juga mesti diambil kira.

Kelemahan rancangan penstoran biasanya akan mengakibatkan keadaan bahan

yang bercampur-campur dan bercampur aduk, kesukaran mendapatkan sesuatu bahan,

kehilangan peralatan, tersalah tempat ataupun kecurian peralatan. Pengurusan bengkel

secara berkesan dan rasional dapat dipertingkatkan melalui sistem ruang menyimpan

yang terancang. Justeru itu, pengurusan stor dan tempat penyimpanan peralatan serta

bahan memerlukan kepada satu sistem pengurusan yang cekap, profesional dan

bersistematik.

25

2.5 Beban Tugas

Di sekolah guru KH sering kali di bebankan dengan tugas-tugas lain sama ada

guru disiplin, guru penasihat persatuan, guru sukan dan permainan, guru buku teks, guru

perabot dan bangunan, guru keceriaan serta terlibat dengan badan tertentu di sekolah

atau luar sekolah. Menurut Damanhuri (1997) dalam Khairul Azman (2003), pada

keseluruhannya guru-guru KH mempunyai beban tugas yang agak berat di mana

kebanyakan daripada mereka terpaksa mengajar pelbagai komponen mata pelajaran,

mempunyai jadual waktu yang banyak dan terpaksa menyediakan sendiri bahan dan

peralatan sebelum memulakan sesuatu kelas amali

Menurut Arumugam dalam (Salwa,1996), mendapati pada hakikatnya guru-guru

keberatan menjalankan tugas perkeranian tetapi terpaksa menerima dan

melaksanakannya. Menurut beliau lagi, guru-guru mengharapkan pengiktirafan dalam

profesion mereka, namun hakikatnya tugas mereka masih banyak melibatkan tugas

perkeranian. Daripada kajian Che Wa (1998), selain dari mengajar guru-guru

dibebankan dengan tugas bukan mengajar seperti kerja-kerja perkeranian dan

pengurusan. Perlaksanaan mata pelajaran KHB menyebabkan 64.5% guru-guru terpaksa

melakukan kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang pesanan, menerima dan

memeriksa bahan dan peralatan yang dihantar.

Menurut Mohd. Salleh (1998), beban tugas guru pada masa sekarang begitu

banyak iaitu bukan setakat mengajar sahaja tetapi terpaksa merangkumi perkara-perkara

yang lain seperti membantu guru besar, berhubung dengan masyarakat, mengambil

kedatangan murid, memeriksa buku, berkaitan kelengkapan buku teks, memungut yuran

dan juga melibatkan diri dalam kegiatan persatuan dan gerak kerja Kokurikulum.

Pelbagaian dalam tanggungjawab tersebut menyebabkan tumpuan seseorang guru dalam

26

profesionnya khasnya dalam menyampaikan ilmu pengajaran agak terbatas. Masa yang

ditumpukan terhadap persediaan pengajaran juga tidak mencukupi.

Shahbudin (1998), menyatakan seseorang guru sekurang-kurangnya terpaksa

menjalankan 2 tugas bukan pengajaran di samping mengajar. Beliau juga menyatakan

guru terpaksa mengorbankan 44.23% jam seminggu bagi menyelesaikan tugas-tugas

mereka. Sebahagian besar dari tugas-tugas berkenaan terpaksa dijalankan di luar waktu

rasmi sekolah. Menurut Zulkifly (1995), dapatan kajian beliau mendapati beban tugas

guru KH yang mengajar mata pelajaran lain juga boleh mengurangkan tumpuan terhadap

aktiviti pengurusan dan penyenggaraan Bengkel.

Pembahagian tugas yang tidak seimbang akan menyebabkan beban tugas yang

berlebihan. Beban tugas yang berlebihan akan membawa kepada kemerosotan prestasi

pekerja-pekerja dan ketidakpuasan di kalangan pekerja. Mengikut kajian Shahbudin

(1998) mengenai tugas guru ke atas 112 orang guru sekolah menengah di Johor, didapati

secara amnya setiap guru menjalankan sekurang-kurangnya 2 jenis tugas lain selain

daripada tugas utama mereka iaitu tugas pengajaran. Ini menyebabkan tugas guru

mengajar dan mendidik terjejas, menyebabkan dia tidak dapat memajukan diri dan

profesionnya.

2.6 Kekangan masa

Dalam organisasi sekolah, masa untuk aktiviti atau kegiatan sekolah telah

ditetapkan oleh pentadbir sekolah melalui takwim yang disediakan selain aktiviti atau

kegiatan yang ditetapkan melalui takwim sekolah, guru-guru juga sentiasa mendapat

27

tugas-tugas tambahan lain yang diberi dari masa ke semasa dan perlu disiapkan

mengikut apa yang diarahkan.

Che Wa (1987) menyatakan penyediaan bahan amali pelajar adalah memakan

masa dan dapatan kajian beliau menunjukkan 84.6 peratus guru bersetuju bahawa

mereka menggunakan waktu lapang dan waktu rehat mereka untuk menyediakan bahan

amali pelajar. Menurut Salwa (1996), kajian yang dijalankan oleh Baker pada 1987

terhadap guru-guru sering kali menghadapi masalah kekurangan masa serta agihan masa

yang tidak memuaskan hati mereka kerana terpaksa menjalankan tugas-tugas bukan

akademik.

Di United Kingdom, Rudd dan Wieenan (1962) dalam Salwa (1996), yang

menjalankan kajian terhadap 590 orang guru mendapati beban tugas mengajar yang

tinggi, bilangan pelajar yang ramai dalam sesuatu kelas dan kekurangan masa untuk

tugas akademik adalah punca ketidakpuasan di kalangan mereka.

Beech dan rakan-rakan (1982) di petik dari Shafie Idris (1996), mendapati beban

tugas akan berlaku apabila seseorang itu menghadapi terlalu banyak kerja dalam sesuatu

masa dan situasi kerja yang suram. Menurutnya lagi, tekanan kerja juga akan berlaku

apabila sesuatu kerja ditetapkan tempoh tertentu untuk disiapkan. Ketetapan ini akan

menyebabkan rangsangan individu dan seterusnya boleh mewujudkan ketegangan .

28

2.7 Sikap

Sikap ialah fikiran, perasaan atau kecenderungan seseorang untuk bertindak sama

ada melalui tingkah laku atau pertuturan bagi memenuhi kepuasan diri. Sikap juga

memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tingkah laku tertentu dan adalah

berkait rapat dengan tindak balas emosi. Sesuatu keputusan atau gangguan yang

menyertai sebarang pengalaman tertentu ialah nada perasaan pengalaman itu

melazimkan sikap individu. Perbezaan sikap hanya dilihat dari segi kehebatan mengikut

kekuatan rangsang dan keadaan fizikal, mental dan emosi manusia. Selain daripada itu,

sikap juga menunjukkan kecenderungan seseorang atau sekumpulan orang untuk

bertindak dengan menggunakan cara tertentu (Ensiklopedia Malaysiana, 1996).

Menurut Lee (1989), sikap merupakan pembawaan seseorang yang dipengaruhi

oleh pemikiran, perasaan dan haluan tingkah lakunya. Bagaimana sikap seseorang

bergantung kepada keinginan peribadi dan rangsangan daripada alam sekitar. Bahkan

sikap ialah sebahagian daripada personaliti individu itu sendiri tetapi dipengaruhi oleh

tingkah laku sesuatu kumpulan, isu dan situasi. Sikap mengawal tingkah laku seseorang,

iaitu bagaimana ia berfikir, bergaul dengan orang lain, bertindak terhadap persekitaran,

menonjolkan sahsiah dan kecenderungan.

Sikap positif lahir dari kesedaran tentang peri mustahaknya memilih sesuatu

keinginan peribadi dan sosial, sementara sikap negatif lahir apabila individu memandang

rendah atau enteng tentang kemahuan peribadi dan sosial. Sikap adalah manifestasi nilai

seseorang tentang sesuatu keadaan, fenomena dan objek (Sufean, 1995). Guru KH

mestilah mempunyai sikap dan kerjasama yang baik bagi memastikan bengkel KH

disenggarakan dengan berkesan kerana menurut Atan (1980), seseorang guru yang

berkesan, di samping mempunyai sahsiah yang sesuai sebagai seorang guru, perlu juga

mempunyai sikap yang sesuai, ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang

29

bidang yang hendak diajar. Sikap guru terhadap tugas dan kerjayanya, sikap yang positif

akan memajukan dirinya tetapi sikap yang negatif akan merosakkan prestasi

kejayaannya.

Atan (1988), menyatakan bahawa seseorang guru itu akan menghadapi kesukaran

untuk menyesuaikan diri kepada peranan yang dipegangnya sekiranya terdapat

pertentangan di antara kehendak yang diharapkan daripadanya dan kesukaran untuk

menyesuaikan diri, ini akan menimbulkan ketegangan di dalam diri guru itu.

Menurutnya lagi, pertelingkahan di kalangan guru juga akan menimbulkan satu suasana

yang tidak aman dan tenang di dalam sekolah dan akan melibatkan kurangnya kerjasama

di antara guru.

Daripada kajian yang telah dilakukan oleh Suhaimi (1995), menunjukkan bahawa

guru-guru KH mempunyai sikap yang positif terhadap aktiviti penyenggaraan bengkel

KM. Manakala dari kajian Shahbudin (1998), menunjukkan hanya 27% sahaja

responden yang mempunyai sikap ingin mencuba dan meyakinkan diri di dalam

melakukan penyenggaraan kerosakan. Hasil kajian tersebut selari dengan hasil kajian

oleh Shafiee (1997) iaitu beliau mendapati salah satu masalah dalam penyenggaraan

ialah sikap rakan setugas yang lepas tangan.

Sehubungan dengan itu J.S. Farrant (1981), berpendapat bahawa jika semua guru

di sebuah sekolah dikehendaki bekerja dengan baik, patut terdapat persefahaman dan

peruntukan tugas tambahan yang hendak dijalankan oleh guru biarlah adil. Oleh itu,

menurut Todd (1981), guru dan pihak pentadbiran sekolah hendaklah bekerjasama bukan

hanya setakat pada pembelian peralatan, malah ia meliputi keselamatan makmal,

penyediaan peralatan dan lain-lain.

30

2.8 Pengetahuan dan Kemahiran

Yahya (1989), menyatakan bahawa mesin dan peralatan mestilah diperiksa setiap

kali sebelum menggunakannya. Seorang operator mesin dan peralatan tadi harus

mengetahui :-

2.3.1 Tempat-tempat tertentu yang memerlukan pelinciran.

2.3.2 Jenis dan kuantiti pelinciran yang sesuai digunakan.

2.3.3 Alat-alat yang sesuai digunakan untuk menambah kadar pelinciran pada

mesin/peralatan.

Di samping itu, operator yang bakal mengendalikan mana-mana peralatan

haruslah diberikan sedikit tunjuk ajar cara-cara membaik pulih kerosakan-kerosakan

yang kecil pada peralatan tersebut. Ini untuk mengelakkan operator tadi dari bahaya

akibat menggunakan peralatan yang rosak.

Sehubungan dengan itu, aktiviti penyenggaraan bengkel KH ini memerlukan

pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Maka guru KH sebagai orang yang

dipertanggungjawabkan untuk menjayakan mata pelajaran ini perlu berusaha untuk

mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka berkaitan dengan

bidang mata pelajaran ini. Mereka harus sedar bahawa latihan yang diterima di maktab

perguruan adalah merupakan asas sahaja.

Menurut Prof. Atan (1988), menerangkan bahawa ahli profesion perguruan yang

telah lama berkecimpung di dalam tugas mereka, sepatutnya bersedia memahami

pengetahuan dan kaedah pengajaran mereka dan hendaklah lebih toleran dengan

berbagai pembaharuan yang dibawa. Menurut Dr. Wan Zahid (1980) dalam Mohd.

31

Salleh, pengembangan profesion memerlukan kemas kini yang berterusan yang tidak

putus-putus. Ini adalah kerana pengetahuan adalah sentiasa berkembang. Sebagai

seorang profesional, guru itu hendaklah sentiasa berdampingan dengan perkembangan-

perkembangan dalam lapangannya dan bukan menanti dalam jangka masa yang lama

untuk memperoleh pendedahan dan orientasi yang akan datang.

Sehubungan dengan itu, J.S Farrant (1981), menyatakan pembelajaran kemahiran

adalah berdasarkan prinsip iaitu jika kamu berlatih sesuatu yang cukup, kamu dapat

baiki perlakuan kamu sehingga ia menjadi mudah, cekap dan automatik. J.S Farrant

(1981) menambah apabila kita sudah mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan dan

kemahiran, kehendak kita yang terdekat sekali ialah menggunakannya. Menurutnya lagi,

apa yang berlaku ialah pengetahuan dan kemahiran baru yang membuka jalan untuk

percubaan, dan percubaan ini akan berterusan sehingga pengetahuan yang baru ini

disepadukan sepenuhnya dengan pengetahuan lalu.

Menurut Woods (1976), penggunaan semua jenis peralatan dan mesin dilakukan

dengan cermat dan kecuaian atau penggunaan tanpa kebenaran bukan sahaja

membahayakan diri tetapi juga orang lain. Adalah membahayakan untuk mengendalikan

sesuatu mesin atau peralatan jika kurang pengetahuan dan kemahiran menggunakannya,

serta memilih peralatan atau mesin yang salah untuk operasi. Beliau juga menyatakan

terdapat empat faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan iaitu kecuaian, kurang

pengetahuan, penyalahgunaan alat atau mesin dan ketidakkemasan tempat kerja seperti

minyak, grid dan peralatan di atas lantai.

Hasil kajian Zawawi (1998), mendapati kursus yang dijalankan selama ini tidak

banyak memberikan pengetahuan dan kemahiran tentang aspek pengurusan dan

penyenggaraan bengkel. Manakala hasil kajian yang dijalankan oleh Yusaini (1998),

mendapati tahap pengetahuan dan kemahiran guru adalah pada tahap sederhana.

32

Oleh itu, menurut Sharifah (1983) menyatakan bahawa guru harus sentiasa belajar,

berfikir, merancang, membuat dan menilai semua perkara yang berhubung dengan

pekerjaannya.

2.9 Stok dan Inventori

Dalam pengurusan bengkel KH di sekolah, pengurusan stok dan inventori juga

memainkan peranan penting. Ini kerana inventori merupakan harta atau aset kepada

bengkel tersebut. Menurut Yahya (1989), inventori merupakan apa sahaja bentuk harta

kepada sesebuah industri yang dicatat sebagai nilai ringgit di dalam buku simpanan

kiranya. Dari sudut kewangan pula inventori merupakan pelaburan kapital dan

seharusnya dikawal demi menjaga kos pelaburan industri supaya berada di tahap yang

memuaskan.

Pengurusan stok dan inventori hendaklah dititikberatkan bagi memastikan segala

bahan dan peralatan diurus dan diselenggarakan dengan baik. Pengurusan stok dan

inventori juga merupakan satu kaedah untuk mengawal kualiti, kuantiti bahan dan

peralatan berada pada tahap yang diperlukan dan dikehendaki. Selain daripada itu, ia

juga digunakan bagi mengawal pergerakan harta modal di dalam bengkel. Kerja-kerja

mengurus stok dan inventori ini lazimnya dilakukan oleh guru-guru. Menurut Nair N.K

(1986), merekod stok ialah kerja yang dilakukan oleh pegawai yang menguruskan stor

untuk memastikan jumlah baki yang pelbagai item sama ada dengan cara membilang,

menimbang ataupun dengan cara menganggarkan jumlahnya.

33

Pengurusan stok dan inventori ini amat penting bagi membuat pesanan alatan

atau bahan baru berdasarkan baki semasa yang terdapat di dalam bengkel. Baki alatan

dan bahan ini dapat diketahui melalui sistem catatan stok dan inventori yang digunakan.

Setiap alatan dan bahan yang diterima atau dibawa masuk untuk kegunaan di dalam

bengkel dan dibawa keluar sama ada rosak, hilang atau berpindah balik perlu

direkodkan. Menurut Gupta dan rakan-rakan (1982), rekod terkini tentang sebarang

penerimaan dan pengeluaran barang dari stor mestilah dibuat sama ada dalam bentuk

lejar atau kad. Pemeriksaan baki perlu sentiasa dilakukan. Pemeriksaan baki alatan dan

bahan yang kerap akan memastikan segala alatan dan bahan sentiasa mencukupi bagi

membantu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan licin dan berkesan.

2.10 Penutup

Berdasarkan kepada sorotan di atas diharapkan permasalahan berkaitan dengan

aktiviti pengurusan bengkel kemahiran hidup akan diberi perhatian yang lebih

menyeluruh. Semua faktor-faktor yang dinyatakan boleh dijadikan sebagai pemboleh

ubah dan panduan untuk pengurusan bengkel yang berkesan yang terdapat di sekolah-

sekolah. Penyelidik dapat memahami dengan lebih jelas masalah yang dikaji dan lebih

berkeyakinan untuk melakukan kajian tersebut dengan sebaik mungkin.

34

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Perkara utama yang diberikan tumpuan dan perhatian dalam bab ini adalah

kaedah yang digunakan dan prosedur menjalankan kajian. Kaedah yang sesuai dengan

bentuk dan objektif kajian adalah penting agar sumber dan data yang diperoleh teruji

kesahannya. Aspek metodologi yang dibincangkan ini melibatkan reka bentuk kajian,

populasi dan pemilihan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur kajian

dan analisis data. Metodologi yang bertepatan dengan kehendak dan bentuk kajian

sangat penting bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan sumber, data dan

seterusnya analisis dapatan kajian yang akan diperoleh.

35

3.2 Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan ini adalah berbentuk kajian tinjauan

deskriptif menggunakan soal selidik. Menurut Van Dalen (1979), dalam Mohamad

Majid Konting (1994), kajian tinjauan deskriptif menerangkan fenomena dengan

menganalisis data deskriptif yang diperoleh daripada pembentukan soalan-soalan dalam

set soal selidik. Merujuk kepada Mohd Najib (1999) pula, penyelidikan dekriptif

merupakan penyelidikan bermatlamat untuk menerangkan sesuatu gejala, peristiwa atau

fenomena yang sedang berlaku pada masa kini.

Istilah ‘tinjauan’ dari segi makna membawa maksud melakukan kutipan data

secara sepintas lalu yang menyamai kaedah mengambil gambar. Keputusan yang

diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang agak tinggi kerana pola

perlakuan masyarakat sukar berubah dengan mendadak (Mohd. Najib, 2003). Kajian

tinjauan ini sesuai digunakan dalam penyelidikan yang dijalankan kerana kajian ini

bermatlamat untuk mengumpulkan maklumat mengenai pemboleh ubah.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan di sekolah menengah kerajaan harian biasa dalam Daerah

Batu Pahat, Johor. Terdapat 24 buah sekolah menengah kebangsaan dalam daerah

kajian. Populasi kajian ini adalah seramai 149 orang guru KHB yang mengajar di daerah

Batu Pahat yang terdiri daripada guru lelaki seramai 77 orang dan guru wanita ialah 72

orang.

36

Persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah. Ia dilakukan

dengan menggunakan kaedah memilih sampel dari populasi dari senarai yang banyak

dengan menggunakan jadual nombor rawak. Bagi populasi yang bilangan ahlinya besar,

penggunaan jadual nombor rawak adalah lebih sesuai (Izham,2000). Oleh itu setiap ahli

dalam populasi mempunyai peluang untuk dipilih (Mohd Najib,1999).

Menurut Zulkarnain (1999), penentuan sampel adalah bergantung kepada

kemampuan penyelidik dan tujuan kajian dijalankan. Secara umumnya saiz sampel yang

semakin besar akan menghasilkan data yang lebih menyeluruh bagi mewakili populasi.

Dalam pemilihan saiz sampel bagi kajian ini, penyelidik telah berpandukan kepada

jadual penentuan saiz sampel berdasarkan populasi Krejcie dan Morgan (1970). Bagi

bilangan populasi seramai 149 orang iaitu hampir kepada 150 orang, maka sampel yang

diperlukan ialah seramai 108 orang. Oleh itu, penyelidik telah mematuhi jadual tersebut

dengan mengambil 108 orang guru sebagai responden yang dipilih secara rawak mudah.

3.4 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen

kajian untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki berhubung dengan keberkesanan

perlaksanaan pengurusan bengkel oleh guru-guru KH di daerah Batu Pahat. Ia

merupakan alat pengukuran yang sering digunakan di dalam penyelidikan pendidikan

(Mohd Najib, 2003).

Pengkaji menggunakan soal selidik ini kerana ianya lebih sesuai dan praktikal,

berkesan dan menjimatkan perbelanjaan. Soal selidik ini juga boleh mengelakkan

37

daripada “bias” berlaku kepada pihak temu bual serta memberi peluang kepada

responden untuk berfikir. Soal selidik dibentuk berpandukan kajian-kajian yang lepas

dan ditambah sendiri oleh penyelidik untuk memantapkan hasil kajian. Borang soal

selidik ini mengandungi dua bahagian, iaitu bahagian A mengandungi maklumat diri

guru dan bahagian B mengandungi item soal selidik berhubung dengan 4 soalan kajian

yang dikaji. Bahagian B ini mengandungi 32 item yang dibahagikan kepada empat

bahagian berdasarkan kepada persoalan kajian. Persoalan-persoalan kajian tersebut

dijelaskan dalam jadual 3.1.

Jadual 3.1 : Taburan item berdasarkan pesoalan kajian

Bil Persoalan kajian Nombor Item Jumlah

Item

1 Adakah beban tugas telah membataskan

guru mengurus bengkel KH?

1, 2, 3, 18, 19, 20, 21, 22 8

2 Adakah guru-guru mempunyai sikap yang positif untuk mengurus bengkel KH?

4, 5, 6, 7, 23, 24, 25, 26 8

3 Adakah guru-guru berkemahiran dalam

menyenggara alatan bengkel KH?

8, 9, 10, 11, 27, 28, 29, 30 8

4 Adakah guru-guru melaksanakan sistem

pengurusan stok dan inventori bengkel

KH dengan berkesan?

12, 13, 14, 15, 16, 17, 31, 32 8

Jumlah 32

38

Jawapan kepada soal selidik bahagian B menggunakan Skala Likert yang mengandungi

lima peringkat pilihan jawapan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Skala Likert lima mata

Bil Pernyataan Singkatan Skor

01 Sangat Tidak Setuju STS 1

02 Tidak Setuju TS 2

03 Tidak Pasti TP 3

04 Setuju S 4

05 Sangat Setuju SS 5

3.5 Prosedur Kajian

Sebelum kajian ini dapat dijalankan beberapa prosedur haruslah dipatuhi oleh

penyelidik. Antaranya ialah :

Mendapatkan kelulusan daripada penyelia projek setelah kertas cadangan disemak.

3.5.1 Mendapatkan kelulusan daripada pihak Fakulti Pendidikan.

3.5.2 Mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia (EPRD).

3.5.3 Mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

3.5.4 Mendapatkan kebenaran daripada pengetua sekolah di mana kajian dijalankan.

3.5.5 Penyelidik mengedarkan naskhah soal selidik untuk diisi oleh sampel kajian.

Tujuan kajian dibuat dan tatacara menjawab item soal selidik diterangkan kepada

responden agar mereka faham kehendak soalan.

3.5.6 Penyelidik telah mengumpul soal selidik dari sampel pada masa yang

dijanjikan dengan cara memungut sendiri.

39

3.6 Keesahan Soal selidik

Maklumat kesahan adalah merujuk kepada keupayaan instrumen kajian iaitu

mencapai tujuan penyelidikan. Menurut Mohd Najib (1999), kesahan membawa maksud

data yang diperolehi melambangkan apa yang ingin diukur. Menurut beliau lagi, kesahan

soal selidik boleh ditentukan dengan merujuk kepada pakar dalam bidang yang dikaji

untuk mendapatkan maklum balas mereka.

Untuk tujuan ini, penyelidik telah mendapatkan kesahan daripada dua orang

pakar (rujuk Lampiran B) yang berpengalaman luas berkenaan kajian yamg dijalankan

ini untuk menyemak dan memastikan kesahan isi kandungan instrumen kajian ini. Pakar

tersebut merupakan seorang pensyarah di Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan dan seorang lagi Pensyarah dari Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

3.7 Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis telah dilaksanakan oleh

penyelidik. Tujuan utama kajian rintis ini adalah untuk menentukan kesahan,

kebolehpercayaan dan kefahaman pelajar dari segi penggunaan bahasa dan isi

kandungan item-item dalam set soalan soal selidik. Kajian rintis adalah satu aktiviti yang

penting. Selain daripada menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, ia juga

digunakan untuk menguji kaedah yang terbaik bagi mentadbir instrumen, mengenal pasti

sampel dan kesesuaian kaedah analisis (Mohd Najib, 2003). Kajian rintis ini juga

40

digunakan untuk mendapatkan darjah kebolehpercayaan dan mengukur ketepatan dan

ketekalan (konsisten) instrumen (Best dan Kahn, 1998).

Saiz sampel untuk kajian rintis tidak perlu besar tetapi memadai 10 hingga 15

orang sahaja (Mohd Najib, 2003). Justeru itu, kajian rintis ini telah dilakukan terhadap

10 orang guru-guru KH yang sedang mengikuti kursus Program Khas Pensiswazahan

Guru (PKPG) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik

Set borang soal selidik yang diedarkan dalam kajian rintis ini digunakan oleh

penyelidik untuk melihat kebolehpercayaan soal selidik sebelum kajian sebenar

dijalankan. Jika pekali Alpha Cronbach berada di antara 0.6 hingga 1.0, nilai ini

menunjukkan item kajian diterima dan instrumen serta item-item pernyataan tidak perlu

ditukar (Mohd. Salleh dan Zaidatun, 2001). Jadual 3.3 menunjukkan nilai-nilai bagi

pekali Alpha Cronbach yang mesti dipatuhi (Mohd Najib, 1999).

Jadual 3.3 : Nilai Alpha Cronbach bagi item dalam kajian rintis

JULAT (Positif/Negatif) KEKUATAN

0.0- 0.2 Sangat Lemah

0.2 – 0.4 Lemah, Rendah

0.4 – 0.7 Sederhana

0.7 – 0.9 Tinggi, Kuat

0.9 – 1.0 Sangat Kuat, Sangat Tinggi

Sumber: Mohd Najib (1999)

41

Di dalam kajian ini, kebolehpercayaan item-item soal selidik ditentukan dengan

menggunakan ujian statistik Alpha Cronbach. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah

diproses dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Social Science

version 11.5’ (SPSS). Alpha yang diperolehi ialah 0.8434. Sekiranya kajian yang

dijalankan mencapai nilai alpha 0.7 ke atas, ini bermakna tahap kebolehpercayaan bagi

item soal selidik adalah tinggi dan kuat (Mohd Najib, 1999).

Sehubungan dengan itu, memandangkan nilai alpha yang diperoleh berada di

dalam lingkungan skala nilai alpha antara 0.7 – 0.9, maka item dalam soal selidik ini

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan kuat. Justeru itu, penyelidik berkeyakinan

bahawa item-item yang dibina adalah bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

3.9 Analisis Data

Pemprosesan data melibatkan teknik pengumpulan, pengolahan, penganalisisan,

penyampaian dan pengeluaran data ke dalam komputer (Mohd Majid, 1993). Maklumat

yang diperoleh melalui soal selidik akan diproses dan dianalisis.Dalam pemprosesan

data, pengkaji menggunakan perisian ‘Statistical Packages For The Social sciences

(SPSS)’ versi 11.5. dengan menggunakan Perisian ini, pemprosesan data adalah lebih

mudah, cepat dan cekap untuk membuat interpretasi dan perbandingan di samping ia

sesuai dengan objektif kajian. Data dipersembahkan dalam bentuk frekuensi (f), nilai

peratus (%) dan nilai min.

Analisis dan pemprosesan data dijalankan terhadap bahagian B dengan cara

mengelaskan setiap item daripada pemeringkatan 5 (lima) mata kepada 3 (tiga) mata

42

adalah untuk memudahkan data dianalisis (Best dan Kahn, 1998). Contohnya ‘sangat

tidak setuju’ dan ‘tidak setuju’ diklasifikasikan sebagai ‘tidak setuju’. Manakala respons

‘sangat setuju’ dan ‘setuju’ diklasifikasikan sebagai bersetuju. Respons guru terhadap

pernyataan item tidak pasti’ diklasifikasikan sebagai tidak pasti.

Jadual 3.4: Perubahan skala Likert lima mata kepada tiga mata

Skala Likert

5 mata

Sangat

Setuju

Setuju Tidak

Pasti

Tidak

Setuju

Sangat Tidak

Setuju

Skala

3 mata

Setuju

(S)

Tidak

Pasti

(TP)

Tidak Setuju

(TS)

Best dan Khan (1998), juga menyatakan bahawa bagi semua item soalan, kaedah

mencari peratusan dilakukan dan nilainya bergantung kepada perbandingan antara

jumlah peratus ‘bersetuju’ dengan jumlah peratus tidak ‘setuju’.

Sebahagian pengelasan terhadap tahap yang dipecahkan kepada tiga iaitu rendah,

sederhana dan tinggi dilihat dalam jadual 3.5 peratusan (Mohd Majid, 1998) dan jadual

3.6 markat skala 3 likert (Jawatan Kuasa Pembangunan Diri Pelajar UTM, 1999/2000).

Bagi bab IV pengkaji mempersembahkan data kajian dalam bentuk peratusan dan

markat. Manakala bab V pengkaji mempersembahkan dalam bentuk markat.

Jadual 3.5: Tahap pertimbangan peratusan

Tahap Penilaian Peratus (%)

Lemah 0-49.9

Sederhana 50-74.9

Tinggi 75-100

Sumber : Mohd Majid Konting (1998)

43

Jadual 3.6: Markat skala likert 3 mata

Tahap Penilaian Markat

Rendah/kurang baik 1.00 – 2.33

Sederhana 2.34-3.66

Tinggi/Baik 3.67-5

Sumber: Jawatan Kuasa Pembangunan Diri Pelajar UTM (1999/2000)

3.10 Penutup

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan maklumat yang jelas tentang apa yang

dikaji oleh pengkaji. Melalui penjelasan ini, gambaran nyata dapat dibuat terhadap

kaedah yang digunakan untuk mengetahui keberkesanan perlaksanaan pengurusan

bengkel oleh guru-guru KH. Data daripada dapatan responden dianalisis dan

dipersembahkan dalam bab IV.