kebangkitan semangat seorang pejuang...b. lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah...

15
Healthy Way (Malaysia) Sdn. Bhd. 198501007358 (139801-V)(Licence No.AJL93189) C-11-G to C-11-5, Jalil Link 2, No 5, Jalan Jalil Perkasa 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur. T +603 8656 9999 E [email protected] www.healthyway2u.com FS 725923 FS 725923 ISO 9001 Quality Management CERTIFIED FS 725924 2020 Vol. 3 & 4 Million Dollar Crown Director (MDCD) Pertama Healthy Way Malaysia - MDCD Josliana Binti Palilu & MDCD Nasrulhadi Bin Ja'afar "Tanamkan azam, bulatkan tekad, jadikan impian anda satu kenyataan!" Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang

Upload: others

Post on 29-Dec-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

Healthy Way (Malaysia) Sdn. Bhd. 198501007358 (139801-V)(Licence No.AJL93189)

C-11-G to C-11-5, Jalil Link 2, No 5, Jalan Jalil Perkasa 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur. T +603 8656 9999 E [email protected] www.healthyway2u.com

FS 725923 FS 725923

ISO 9001 Quality Management CERTIFIED

FS 725924

2020 Vol. 3 & 4

Million Dollar Crown Director(MDCD) Pertama Healthy Way Malaysia - MDCD JoslianaBinti Palilu &MDCD NasrulhadiBin Ja'afar"Tanamkan azam, bulatkan tekad, jadikan impian anda satu kenyataan!"

Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang

Page 2: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

02 HW NEWS 2020

Coronavirus (COVID-19)

‘Tidak Akan Pergi’Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar bagi kita semua. Sebaran wabak COVID-19 telah mengubah hidup kita secara drastik dan banyak negara termasuk Malaysia telah berjaya mengurangkan jumlah pesakit yang berjangkit dengan virus ini dengan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi apabila negara sudah mula selesa dengan mereka, kini kita dikhabarkan pula dengan kemunculan semula infeksi ini di seluruh Malaysia dan keadaan ini semakin teruk.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sir Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di kawasan-kawasan tertentu dalam zon merah. Walaupun gelombang ketiga COVID-19 Malaysia masih dalam kawalan tetapi kita masih perlu berjaga dan berhati-hati kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G adalah 10 kali berbahaya, lebih mudah tersebar dan kini sudah dikenalpasti di Malaysia.

Bagaimana kita ingin menangani masalah virus ini? Pilihan yang tepat sudah semestinya dengan vaksin tetapi untuk mendapatkan vaksin yang terbaik mengambil masa dan ia harus melalui beberapa ujian klinikal untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya terhadap kegunaan manusia.

Oleh itu, cara yang terbaik untuk melindungi diri kita buat masa ini adalah dengan mengikuti S.O.P yang telah ditetapkan dan sentiasa berwaspada dengan wabak COVID-19.

Highly-infectious D614G Covid-19 Mutation Detected in MalaysiaBy New Straits Times - August 16, 2020 @ 10:33am

Nation

Be prepared to live with Covid-19 for the next Two years, says Dr JemilahBy Zakiah Koya - 02 May, 2020 @ 5:33pm

Nation

Page 3: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

Adakah “S.O.P” cukup untuk Melindungi Kita?

Anda mungkin pernah terfikir adakah dengan S.O.P sahaja cukup untuk melindungi kita daripada COVID-19? Jawapannya TIDAK. Kita masih boleh dijangkiti dengan COVID-19 dan oleh itu kita harus kekal sihat dan fit untuk melawan virus ini.

Kami juga tahu bahawa kanak-kanak, warga emas dan mereka yang menghidapi penyakit seperti kencing manis, kolesterol tinggi dan kanser adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti dengan COVID-19. Dalam kata lain, golongan yang berisiko tinggi dengan sistem imun yang rendah harus berjaga-jaga dan waspada dalam keadaan hari ini.

Untuk memastikan kita berada dalam kumpulan orang sihat, satu-satunya cara adalah untuk memastikan tubuh dan sistem imun kita sihat dan kuat.

Dengan menguatkan sistem imun kita, kita dapat melindungi diri kita kerana hanya dengan sistem imun yang kuat kita dapat berlindung daripada semua jenis virus dan bakteria. Tanpanya, kita akan sentiasa jatuh sakit dan tidak dapat melawan tubuh daripada infeksi.

SentiasaCuci Tangan

Gunakan pelitup mukadi tempat awam

Kurangkan sentuhan tangan dengan orang ramai

Amalkan Penjarakan Sosial

1 meter

HW NEWS 2020 03

Page 4: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

Dr Richard Cheng, MD, PhDDoktor anti-penuaan yang diperakui oleh AS oleh American Academy of Anti-Aging Medicine (A4M) Pengarah Lembaga Penasihat Perubatan dan Saintifik kepada Pasukan Penyokong Perubatan Epidemik Vitamin C China Intravena Antarabangsa

“Vitamin C adalah pilihan yang menyakinkan untuk mengelak dan merawat pesakit tenat terutamanya yang tidak mempunyai rawatan lain” Dr Richard Cheng

Kerajaan Shanghai mengesyorkan Vitamin C untuk Covid-19 secara rasmi Andrew W. Saul

Dr. Cheng dan Dr. Yanagisawa menyarankan pengambilan Vitamin C secara oral untuk melindungi daripada COVID-19

Disini terdapat beberapa Tips untuk Menggalakkan Sistem Imun:

Pakar: Vitamin C Berkesan Melawan Covid-19

Kekal gaya hidup sihat: Amalkan tiduryang mencukupi, sekurang-kurangnya 6 sehingga 8 jam satu hari, berhenti merokok, kurangkan minuman beralkohol dan selalu lakukan senaman. Gaya hidup yang sihat boleh meningkat keupayaan tubuh anda untuk membanteras penyakit dan memberikan anda lebih tenaga.

Ambil nutrisi yang baik: Kajian menunjukkan bahawa 95% penyakit kronik bermula daripada pemakanan yang tidak sihat. Tubuh kita memerlukan nutrisi yang baik untuk menggalakkan sistem imun dengan efektif. Berikan diri anda dengan makanan tambahan yang mengandungi Akylglycerols (AKG) dan Vitamin C, ia boleh membantu untuk menjaga kesihatan sistem imun anda yang merangkumi pelbagai organ, sel dan tisu untuk melawan virus dan bakteria.

04 HW NEWS 2020

Page 5: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

02

AKG (Ecomer) Ester-C Complex

Vitamin C dengan Formulasi Unik Bersama Bioflavanoid a. Menguatkan sel darah putih b. Kandungan sifat antivirus yang tinggi c. Kesan antioksidan yang tinggi, mengurangkan respon keradangan dan membaiki fungsi pernafasan

Selamat untuk dimakan dengan dos yang tinggiPenyulingan Molekular Bebas daripada Vitamin A & D

01Satu-satunya produk Minyak Hati Ikan Yu dalam industri jualan langsunga. Menstimulasi tubuh untuk menghasilkan sel darah putih (tentera) untuk membanteras infeksi b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan tahap jangkitand. Mempercepatkan proses pemulihan daripada jangkitan virus dan bakteria

2 x lebih cepat diserap2 x lebih lama dalam tubuh 4 x lebih berkesanTidak berasid (Mesra Perut)

Cadangan Dos:Pagi : 8 AKG (Ecomer) + 3 Ester-C ComplexSetiap : 1 Ester-C Complex 2 Jam Malam : 8 AKG (Ecomer) + 3 Ester-C Complex

KEBALKEMBAR

Immuniti

Immuniti

HW NEWS 2020 05

Page 6: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

Vitamin D Ketersediaan Bio yang Tinggi - VITAMIN D3

a. Menguatkan kesihatan sistem imunb. Mengurangkan risiko mendapat jangkitan terutamanya jangkitan pernafasan

Bentuk Aktif Secara Semulajadi Sedia untuk digunakanCepat menyerap

1 biji = 200IU Vitamin D33 biji = Memenuhi keperluan harian anda (400-600IU)

Sumber: National Coordinating Committee on Food and Nutrition (NCCFN), Ministry of Health Malaysia (2005, p.129)

Semakin banyak keputusan penyelidikkan yang mengatakan bahawa tahap Vitamin D yang stabil dalam darah boleh mengurang-kan peluang untuk jangkitan COVID-19 hampir 54% dan juga mengurangkan kemu-daratan (mengelak unit rawatan rapi dan kematian). Lebih 80% orang yang telah dijangkiti COVID-19 tidak mempunyai Vitamin D yang mencukupi di dalam darah mereka.

Calcium K2 Plus06 HW NEWS 2020

Cadangan Dos:Dewasa: 2-3 tablet selepas makan, satu hari sekaliKanak-Kanak (12-18 tahun): 1 tablet selepas makan, satu hari sekali

Sabtu, 17 Oktober 2020 | 10:30am

‘Kuasa’ Vitamin DKajian sekumpulan penyelidik Universiti Boston di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan vitamin D memainkan peranan sangat penting bagi meningkatkan sistem imun, sekali gus berupaya mengatasi keradangan.Ketua kumpulan penyelidik, Dr Michael Holick, berkata ciri khusus vitamin D adalah meningkatkan imun tubuh bagi melawan penyakit coronavirus.

Vitamin D atau lebih dikenali sebagai ‘vitamin sinaran matahari’ sangat mudah untuk didapati hanya dengan ‘berjemur’ seketika di bawah cahaya matahari. Walau bagaimanapun secara lazim kekurangan Vitamin D (vitamin D ≤ 50 nmol/L) dikira tinggi di antara 47% hingga 75%, kerana secara fakta Malaysia adalah negara tropikal yang mempunyai banyak sinaran matahari sepanjang tahun. Ini mungkin terjadi kerana masyarakat kita sering kali ingin mengelak kulit menjadi lebih gelap dan penuaan kulit dengan memakai krim pelindung sinaran matahari dan kekal di dalam bangunan kebanyakkan masa.

Kurang Vitamin D, Peluang untuk COVID-19 Parah Lebih Tinggi

Page 7: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

HW NEWS 2020 07

Perkongsian PengalamanRambut tak gugur bila buat kemoterapi!Mdm Hii, SibuDidiagnos kanser hidung tahun 2015, melalui kemoterapi dan radioterapi. Lepas mengamalkan 12 biji AKG (Ecomer), 8 biji Ester-C Complex, Serbuk Wheat Grass dan Probio-5 bila menerima rawatan kanser, saya kurang rasa kesan sampingan seperti rambut gugur dan boleh menerima rawatan bersendirian di Kuching selama 1 bulan lebih.

Asma sembuh!Mdm Chung, KuchingMengalami masalah asma selama 3 tahun, selepas ambil 4 biji AKG (Ecomer), asma sembuh dan tiada lagi batuk. Selepas itu, saya cuba produk lain seperti Wheat Grass, AKG (Ecomer), Ester-C Complex, Borage Plus dll tanpa berhenti lebih daripada 20 tahun. Sekarang, umur saya sudah mencecah 80, masih sihat lagi, bacaan kolesterol, gula darah, asid urik semuanya berada dalam tahap sihat.

Tak Payah Buat Pembedahan!Mdm Ngu, SibuSaya ingat lagi suami saya didiagnos jangkitan tekak pada tahun 1997 dan doktor sarankan buat pembedahan. Jika tidak, dia hanya boleh hidup lagi 10 hari. Tapi, saya pilih bagi dia makan 20 biji AKG (Ecomer), 20 biji Ester-C dan 30 biji Wheat Grass setiap hari selama 3 bulan. Selepas 3 bulan, doktor kata bakteria itu sudah hilang. Sekarang dia sudah berumur 75 tahun dan masih sihat lagi.

Bacaan darah semua bertambah baik!Adik Atirah, 11 TahunDisahkan kanser darah, melalui rawatan kemoterapi 2 kali, rambut gugur dan 3 jenis bacaan ujian darah di bawah julat normal termasuk antibodi dalam badan.

Setelah mengamalkan produk sel terapi (AKG Ecomer, Ester-C Complex, HW Wheat Grass dan Probio-5), bacaan darah semua naik atas semula.

Resdung Kronik SembuhMuhammad Aqif 11 tahun, MelakaMengalami resdung kronik sejak berumur 7 tahun, hidung sentiasabasah, berair atau sumbat sampai tidak boleh tidur waktu malam. Selepas makan Ester-C Chewies dan AKG (Ecomer) selama sebulan, masalah ini sudah sembuh. Hari pertama cuba produk, hingus keluar tanpa henti sehingga kuning/hijau pekat. Lepas 3 hari, sudah ok, tiada lagi hingus keluar.

Tak Selalu Jatuh Sakit Lagi!Mrs Tho, KuchingSuami saya selalu jatuh sakit dan susah nak sembuh. Berat badannya hanya 56kg walaupun ketinggiannya melebihi 170cm.

Selepas mengamalkan AKG (Ecomer) dan Ester-C Complex, dia tak jatuh sakit lagi dan mengembalikan kesihatan dan berat badan normal.

Page 8: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

08 HW NEWS 2020

Perkongsian PengalamanSelesema Sembuh CepatMs Phua, PenangPengamalan AKG (Ecomer) dan Ester-C Complex bila selesema memang cepat nampak kesan. Bila saya mengalami gejala hidung berair, saya akan ambil 2 biji AKG (Ecomer) dan 2 biji Ester-C Complex setiap 2 jam, selepas ambil beberapa kali, gejala selsema dan hidung berair akan sembuh, sangat berkesan.

Flu, sakit tekak & batuk cepat sembuh!Jack, KuchingDulu, saya senang selesema dan batuk bila mengalami perubahan cuaca. Setiap kali jatuh sakit akan mengambil masa lama (lebih kurang 1 ½ bulan) untuk pulih. Selepas amalkan AKG(Ecomer), Ester-C Complex dan Wheat Grass, saya tak jatuh sakit begitu kerap dan sembuh lagi cepat.

Lelah padakanak-kanak sembuh!Anak Azra, JohorPesakit asma dan perlu bergantung kepada alat sedut. Dia sedut gas asma itu setiap 3 jam sekali selama 3 hari berturut-turut, masih tak sembuh lagi. Selepas makan AKG (Ecomer) 3 biji sekali jer dah sembuh dan doktor terus berhenti gas sedut itu.

Resdung sembuhdalam semingguSazilan, SandakanSebelum ini mengalami Resdung yang teruk, muka penuh jerawat yang bernanah, bersin setiap pagi. Seminggu mengamalkan Borage Plus & AKG (Ecomer), Resdung dah sembuh, jerawat beransur pulih. Thank you Healthy Way!

Tiada lagi demam,selsema & batuk!Adik SyamilLima hari demam on off > 38.4 Celsius, selsema, batuk, mengadu sakit kepala dan klinik suspek influenza. Selepas gigit AKG (Ecomer) 2 hari 2 biji pagi dan 2 biji petang, hari ke 2 selsema kering, batuk hilang, dah pergi sekolah dengan ceria.

Jangkitan virus, sembuh dalam 5 hariMdm Wong, KuchingDijangkiti virus, ubat yang digunakan bertindak balas negatif, kulit berbintik hitam, mulut dan tekak diselaputi lapisan mucus putih; dan makan atau minum air jadi susah dan sakit. Sistem imun terjejas teruk.

Selepas makan Wheat Grass, Probio-5, Ester-C Complex, AKG dan sapukan minyak Vitamin E, sembuh dan boleh keluar dari hospital dalam 5 hari sahaja.

Page 9: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

Kursus

Selari dengan trend pada masa kini, Healthy Way telah mengambil keputusan untuk maju selangkah lagi dengan mengadakan bengkel sosial media untuk semua pemimpin Healthy Way di mana mereka boleh belajar tentang selok-belok penggunaan sosial media terutamanya Facebook dengan lebih mudah.

Kursus yang dinamakan Facebook Training (Module 1) ini telah mendapat sambutan baik pada majlis pertamanya di mana lebih daripada 60 orang peserta daripada seluruh negara telah “turun padang” dan menyertai walaupun pada ketika itu negara kita masih berada dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerak Pemulihan (PKPP).

Terdapat empat topik yang dibincangkan pada bengkel ini dan speaker utama kita sudah pasti Million Dollar Crown Director (MDCD) Josliana Palilu di mana beliau telah menceritakan bagaimana untuk menggunakan Facebook dengan lebih efektif berdasarkan struktur sosial media yang sedia ada dan juga pengalaman beliau sendiri sebagai seorang pemimpin yang sangat aktif dalam industri jualan langsung ini.

Selain itu, penceramah juga memberikan beberapa pencerahan tentang Pantang Larang di Sosial Media untuk memudahkan lagi pengalaman mereka yang ingin melakukan perniagaan mereka secara virtual.

Majlis ini bukan sahaja diadakan buat pertama kali tetapi ia juga adalah majlis yang pertama diadakan oleh Healthy Way sejak wabak COVID-19 melanda negara kita. Walaubagaimanapun demi kesejahteraan semua, pemakaian pelitup muka dan penjagaan jarak sosial diwajibkan bagi semua dan dengan kerjasama yang luar biasa, majlis sulung bagi Facebook Training (Module 1) telah berjalan dengan sangat lancar!

HW NEWS 2020 09

Page 10: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

10 HW NEWS 2020

FS 725923 FS 725923

ISO 9001 Quality Management CERTIFIED

FS 725924

Tahun 2020, walaupun ia mempunyai cabaran tersendiri tetapi tidak dilupakan peluang dan pencapaian yang ia telah buahkan kepada kami di Healthy Way Malaysia kerana setelah berusaha lebih daripada setahun, kini kami dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa syarikat Healthy Way Malaysia adalah sebuah syarikat yang telah diiktiraf oleh International Organization of Standardization (ISO) iaitu sebuah organisasi yang ternama di seluruh dunia.

Dengan adanya pengiktirafan ini, setiap langkah dan prosedur yang syarikat kami lakukan telah melalui sebuah sistem yang sangat teliti demi memastikan setiap pengguna dan pengedar Healthy Way Malaysia mendapat kualiti produk dan perkhidmatan yang terbaik.

Sejak produk VitaSprings Air Berfungsi dilancarkan, permintaan terhadap produk ini sangat memberangsangkan!

Oleh itu, jangan lupa untuk mendaftarkan ‘e-Jaminan’ supaya mesin penapis VitaSprings anda boleh mendapatkan perlindungan selama 1 tahun daripada

pihak Healthy Way. Langkah ini untuk memastikan kualiti produk keluaran syarikat kami sentiasa terjaga kerana kepuasan anda adalah keutamaan kami di Healthy Way.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.healthyway2u.com dan klik pada pautan ‘VitaSprings’

SEKALUNG

Tahniahkepada HEALTHY WAY (M) SDN. BHD. ataspencapaian terbaru sabagai syarikat yang telah

DIIKTIRAF ISO 9001-2015

Warranty

Atau

Layari www.healthyway2u.com dan klik pada pautan ‘VitaSprings’

Isi borang dan hantar untukmendapatkan jaminan selama 1 tahun

Imbas kod QR di atas VitaSprings

2Langkah

Imbas

VitaSpringsWebsite

1Langkah

Page 11: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

Pada 11 Ogos 2020 yang lalu, buat pertama kali dalam sejarah Healthy Way Malaysia telah disiarkan secara langsung dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di mana pasangan Million Dollar Crown Director (MDCD) Josliana Palilu dan Nasrulhadi Jaafar telah berkesempatan untuk berkongsi rasa dan rahsia mereka tentang perjalanan mereka bersama Healthy Way Malaysia.

Walaupun ianya adalah pengalaman pertama bagi MDCD Josliana dan Nasrulhadi tetapi gelagat mereka sangat natural dan bersahaja. Setiap bait motivasi yang dilontarkan berjaya menangkap perhatian penonton dengan baik dan sejak itu, nama pasangan ini dan Healthy Way Malaysia telah melonjak naik, bukan sahaja di kalangan pengedar dan pengguna setia kami tetapi di seluruh negara juga!

Langkah ini tidak terhenti disini sahaja, pihak Healthy Way Malaysia akan terus berusaha untuk memantapkan lagi perjalanan semua warga Healthy Way demi merealisasikan semua impian mereka menuju kejayaan.

Selamat Pagi MalaysiaNadi Seri Pagi

MDCD

NasrulhadiBin Ja'afar

MDCD

JoslianaBinti Palilu

HW NEWS 2020 11

Page 12: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

MDCDJosliana Binti Palilu &Nasrulhadi Bin Ja'afar

12 HW NEWS 2020

udah berkecimpung dalam industri jualan langsung lebih daripada 15 tahun, Josliana Palilu atau lebih mesra disapa JoC mempunyai impian yang lebih besar dalam perjalanan kerjayanya sebagai seorang idola dalam industri jualan langsung di mana dia mahu membantu lebih ramai orang terutamanya wanita dari semua peringkat hidup untuk berjaya.

Tidak dinafikan, industri jualan langsung bukan pilihan utama bagi ramai orang tetapi tahukah anda perniagaan ini lebih daripada sekadar menjual produk. Ia boleh menguak lebih banyak ruang dan peluang yang tidak ramai tahu, terutamanya pada waktu mencabar seperti keadaan pandemik terkini. Hari ini pihak Healthy Way Malaysia berpeluang untuk meluangkan sedikit masa bersama wanita hebat ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang perjalanannya daripada seorang pekerja swasta sehingga menjadi seorang ahli perniagaan jualan langsung dengan pendapatan tahunan mencecah 7 angka! Saban tahun, dia telah mencapai pelbagai pencapaian yang sangat mengagumkan seperti menjadi ahli Healthy Way yang pertama untuk mencapai penjualan peribadi RM1,000,000 dan mempunyai beberapa orang 5 ★ Crown Director. Bukan itu sahaja, wanita kelahiran negeri di bawah bayu ini juga mempunyai hampir 50 orang Crown Director (CD) dan Diamond Director (DD), 80 orang Gold Director (GD) dan Ruby Director (RD) dan ada diantara mereka yang mempunyai pendapatan mencecah RM60,000 sebulan.

S

KEBANGKITANSEMANGAT

SEORANGPEJUANG

Page 13: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

Mengapa anda memilih Healthy Way dikalangan semua syarikat jualan langsung yang lain?Bagi JoC dan Hadi, Healthy Way adalah satu-satunya pilihan yang mereka mahu untuk meneruskan kerjaya mereka dalam industri jualan langsung ini kerana budaya dan kesungguhan yang dapat dilihat pada pengasasnya – Encik Ho yang sangat luar biasa telah meyakinkan kami untuk meneruskan perjalanan kerjaya kami sebagai usahawan jualan langsung. Saya juga ingin berterima kasih kepada Encik Ho kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar dan sokongan kepada kami suami isteri untuk terus berjaya dalam industri jualan langsung ini. Di sini kami mempunyai sistem pembelajaran yang unik untuk membantu pengedar kami mencapai semua impian mereka tidak mengira tahap pembelajaran, latar belakang sosial atau kapital. Semua orang boleh menjadi pemimpin tertinggi di Healthy Way asalkan anda percaya dan mengikuti sistem pembelajaran Syarikat. Kerjasama di antara setiap pengedar juga adalah salah satu budaya unik yang tidak dapat dilihat di tempat lain kerana mereka semua sentiasa berganding bahu demi memastikan semua orang mencapai semua cita-cita mereka

“Dalam Healthy Way Pendapatan anda adalah tidak terhad, dan ini adalahmotivasi yang terbaik!”

HW NEWS 2020 13

Bagaimana anda tahu tentang perniagaan jualan langsung?JoC mengakui dia bukan daripada keluarga yang berada dan pekerjaannya yang pertama setelah menamatkan pengajian di Kolej ada sebagai seorang eksekutif pemasaran di salah sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka negara. Sama seperti kebanyakkan orang, dia juga sangat skeptikal apabila diajak untuk menceburi bidang jualan langsung ini kerana bagi JoC bidang ini hanya sesuai untuk surirumah yang ingin mencari pendapatan lebih (bukan untuk seseo-rang yang berkelulusan tinggi).Walaubagaimanapun, setelah mendirikan rumah tangga bersama suaminya Nasrulhadi Jaafar (Hadi) mereka mula merasakan getir untuk mengekalkan perbelanjaan harian mereka yang semakin meningkat dan pernah suatu ketika mereka harus meminjam wang hanya untuk melakukan persiapan Hari Raya Aidilfitri.Tetapi walaupun dalam keadaan yang sesak ketika itu, JoC tetap berkeras untuk tidak menyertai perniagaan jualan langsung sehingga pada suatu hari Hadi telah membelikan makanan tambahan (supple-ment) untuk membantu JoC memulihkan masalah sembelit yang sering dihadapi sejak remaja. Tanpa dia sedari, keberkesanan produk tersebut sangat memberangsangkan dan setelah itu JoC mula untuk mengesyorkan kepada sahabat dan kaum kerabatnya yang mengha-dapi masalah yang sama. JoC berasa sangat gembira apabila orang yang tersayang mendapat kebaikkan yang sama seperti apa yang dia alami dan perlahan-lahan dia mula mendapat pendapatan yang lebih dan ini semua kerana dia mula untuk berkongsi kebaikkan produk yang dibelikan oleh suamin-ya itu. Hari berganti hari, JoC dapat merasakan nikmat melakukan perniagaan jualan langsung dan setelah diberi pertimbangan kali kedua, dia dan Hadi telah memutuskan untuk melakukan perniagaan ini secara sepenuh masa. Begitulah kisah bagaimana pasangan hebat ini mula menceburi bidang jualan langsung ini.

Page 14: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

Bagaimana Healthy Way telah mengubah hidup anda?Saya meletakkan 200% kepercayaan kepada Syarikat dan Encik Ho dan tanpa sedikit keraguan, saya akan tetap terus mengikut tunjuk ajar Encik Ho. Semua hasil kerja keras saya telah berhasil apabila saya diumumkan sebagai ahli Healthy Way Malaysia yang pertama untuk mencapai jualan peribadi sebanyak RM1,000,000 dalam masa 12 bulan dan juga berjaya melahirkan sepasang MDCD dan 5 ★ CD.Saya sangat bersyukur kerana saya telah melakukan keputusan yang tepat untuk memulakan kerjaya saya bersama Healthy Way kerana hanya disini saya berjaya memperoleh kebebasan kewangan, kemewahan dan yang paling penting saya masih boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tercinta. Inilah kebebasan yang paling bermakna sebagai seorang usahawan jualan langsung, saya boleh mengawal waktu saya, kewangan dan juga peluang. Segala sokongan yang diberikan di Healthy Way saya boleh menikmati hidup tanpa berasa risau tentang masalah kewangan lagi. Apa yang lebih mengujakan lagi adalah saya juga boleh menjaga kesihatan saya sekeluarga dengan barisan produk keluaran Healthy Way dan pada masa yang sama, saya mendapat pendapatan yang lumayan juga!Bagi saya tiada apa lagi yang lebih bermakna disamping keluarga yang sakinah dan kesihatan yang hebat. Betul kan?

Apakah rahsia kejayaan anda? Setelah bertahun-tahun, saya masih sangat minat dengan kerjaya saya. Kenapa? Kerana industri ini adalah industri yang berasaskan manusia. Setiap hari saya membantu ramai orang untuk menaik taraf kualiti kehidupan mereka. Produk kami membantu untuk menyelesaikan masalah kesihatan ramai orang dan pada masa sama menjaga kesejahteraan mereka. Industri ini juga menawarkan pelbagai peluang bagi mereka yang ini berkecimpung dala, industri keusahawanan jualan langsung ini. Tetapkan jati diri dan percaya dengan diri anda. Letakkan 100% kepercayaan terhadap semua keputusan yang anda ingin lakukan dan percaya bahawa Syarikat akan sentiasa membantu anda untuk mencapai target anda. Setiap kepercayaan yang anda berikan untuk melakukan sesuatu, anda pasti akan mengubah hidup anda menjadi lebih baik. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Jika anda diberikan peluang untuk mula sekali lagi, apa yang anda lakukan dengan berbeza?Saya mahu mencapai jualan peribadi RM1,000,000 dalam masa 6 bulan sahaja. Saya pasti boleh mencapai RM1,000,000 yang pertama di Healthy Way dalam masa 6 bulan jika saya mengatur lebih banyak sesi perkongsian dengan prospek dan downline saya. Mungkin saya berasa terlalu selesa dengan diri saya dan berikan banyak waktu untuk berlengah pada perjalanan untuk meraih kejayaan tersebut. Setakat ini, rekod tertinggi adalah 6 perjumpaan dalam masa satu hari dan terdapat beberapa waktu yang saya pilih untuk berehat dan justeru itu saya telah mengambil masa 12 bulan untuk mencapai sasaran saya. (Tetapi setakat ini JoC masih lagi pemegang rekod untuk mencapai jualan RM1,000,000 dalam waktu yang tersingkat di Healthy Way!)

Apakah kenangan yang terindah dalam perjalanan mencapai kejayaan bersama Healthy Way?Saya rasa salah satu memori yang tidak akan saya lupakan adalah hari dimana saya bersama-sama semua downline dan rakan-rakan saya melakukan closing pertama kami di mana kami telah berseng-kang mata sehingga jam 2.00 pagi untuk mencapai target. Pada masa yang sama, semua kakitangan Healthy Way juga sangat membantu untuk terus bekerja sehingga lewat malam hanya untuk memastikan transaksi kami dihantar. Dikelilingi dengan aura dan semangat untuk berjuang yang jitu semua kerjasama yang diberikan telah lontarkan tenaga positif kepada kami untuk terus mencapai semua impian. Setelah hari itu, terbukti bahawa semua penat lelah telah digantikan dengan pendapat pertama bersama Healthy Way yang sangat lumayan! Saya sangat bersyukur dengan downline saya yang tidak putus mengucapkan kesyukuran mereka kepada saya setelah mereka juga berjaya mencapai sasaran pendapatan pertama mereka bersama Healthy Way. Semenjak itu, saya sering mengin-gatkan diri saya bahawa saya bukan sahaja melakukan perniagaan ini untuk membantu diri saya sahaja, tetapi semua orang yang memerlukan juga.

14 HW NEWS 2020

Page 15: Kebangkitan Semangat Seorang Pejuang...b. Lebih cepat dan kuat untuk tindak balas terhadap zarah berbahaya (virus dan bakteria) dan membunuhnya c. Mengurangkan risiko jangkitan dan

Apa yang anda lakukan untuk kekal ‘jejak di bumi’ apabila anda sering dipuji?Salah satu perkara yang saya selalu lakukan adalah untuk sentiasa ingat pada hari pertama saya melakukan perniagaan ini. Jauhi pemikiran bahawa saya ini adalah seorang ‘top leader’ kerana jika saya melakukan sedemikian saya akan berasa selesa dan akan berhenti belajar untuk perbaiki diri. Saya akan sentiasa dahagakan ilmu dan tidak ‘lokek’ untuk berkongsi ilmu itu bersama downline saya. Dunia ini tidak akan berhenti berputar dan seiring dengan itu ilmu dan teknologi juga akan sering bertukar oleh itu kita harus belajar untuk kekal dalam lingkungan ‘terbaru’ ini dan tidak ketinggalan untuk sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan kita.

Anda mempunyai kata-kata semangat buat mereka yang ingin menceburi bidang ini sebagai kerjaya?Saya mahu setiap ahli baru mempunyai rasa bangga apabila telah menjadi seorang usahawan jualan langsung kerana ini adalah satu kerjaya professional yang boleh membantu anda untuk meningkatkan taraf kehidupan dan kesihatan. Percaya dengan diri anda dulu, kejayaan akan menyusuli.

Apakah satu nasihat yang anda paling tidak setuju sehingga hari ini?Ramai orang mempunyai anggapan bahawa perniagaan jualan langsung adalah satu skandal penipuan. Ada yang melontar komen bahawa syarikat jualan langsung hanya mahu “mencuri” duit daripada pengguna. Semua ini sudah semestinya tidak benar. Apa yang saya boleh katakan disini, Healthy Way adalah sebuah syarikat yang melakukan perniagaan yang telus dan benar. Ia telah berada di pasaran lebih daripada 35 tahun dan semua produk keluaran syarikat ini telah disahkan dan mempunyai rekod pencapaian yang memberangsangkan. Bukan itu sahaja, pengasasnya – Encik Ho mempunyai reputasi yang sangat baik dengan pencapaian yang luar biasa dalam industri jualan langsung. Kami hanya mahu membantu anda untuk mencapai kebebasan kewangan dan ketenangan kepada semu orang.

Apa yang anda lakukan untuk kekal ‘jejak di bumi’ apabila anda sering dipuji?Salah satu perkara yang saya selalu lakukan adalah untuk sentiasa ingat pada hari pertama saya melakukan perniagaan ini. Jauhi pemikiran bahawa saya ini adalah seorang ‘top leader’ kerana jika saya melakukan sedemikian saya akan berasa selesa dan akan berhenti belajar untuk perbaiki diri. Saya akan sentiasa dahagakan ilmu dan tidak ‘lokek’ untuk berkongsi ilmu itu bersama downline saya. Dunia ini tidak akan berhenti berputar dan seiring dengan itu ilmu dan teknologi juga akan sering bertukar oleh itu kita harus belajar untuk kekal dalam lingkungan ‘terbaru’ ini dan tidak ketinggalan untuk sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan kita.

Anda mempunyai kata-kata semangat buat mereka yang ingin menceburi bidang ini sebagai kerjaya?Saya mahu setiap ahli baru mempunyai rasa bangga apabila telah menjadi seorang usahawan jualan langsung kerana ini adalah satu kerjaya professional yang boleh membantu anda untuk meningkatkan taraf kehidupan dan kesihatan. Percaya dengan diri anda dulu, kejayaan akan menyusuli.

HW NEWS 2020 15

Mempunyai pengalaman lebih daripada sedekaddalam membina usahawan, langkah JoC yang seterusnya adalah untuk menetapkan target yang lebih tinggi untuk

dirinya sendiri dan menjadi idola dalam industri inikerana ia adalah kerjaya professional yang bolehmembantu ramai orang tidak kira umur, jantina,

kaum, status sosial mahupun latar belakang pelajaran. Inilah dia, wanita besi yang sering terbang tinggi.

Million Dollar Crown Director -Josliana aka JoC.