ke simp ulan

3
KESIMPULAN Seperti yang kita semua tahu, kepelbagaian murid banyak member impak terhadap kurikulum kebangsaan. Pembentukkan dan perancangan strategi pengajaran yang mantap dan efektif mampu menghasilkan kepelbagaian murid yang dikehendaki. Dengan kepelbagaian kebolehan dan perkembangan kognitif, murid mampu mempunyai menghasilkan pencapaian kejayaan yang maksima selaras dengan kehendak sistem pembelajaran Malaysia. Guru berperanan dalam menangani cabaran kepelbagaian jenis murid-murid yang terdapat di Malaysia dan oleh itu, terhasil pelbagai cara dan kaedah yang telah diilhamkan oleh para-para guru Malaysia bagi menangani cabaran tersebut. Antara kaedah- kaedahnya adalah seperti menyediakan rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan jenis murid sasaran yang bakal di ajar. Dengan berpandukan prinsip perguruan, seseorang guru tersebut mampu mengawal dan menyampaikan sesuatu ilmu tersebut dengan maksima. Selelah Berjaya dalam mengawal dan memenangi hati murid- murid yang diajar, maka seseorang guru tersebut mampu menghasilkan murid-murid yang berprestasi tinggi selaras dengan objektif sistem pembelajaran seseorang guru tersebut. Justeru itu seseorang guru tersebut mampu menyumbang dalam pelaksanaan transformasi kurikulum pendidikan. Murid-murid yang telah dihasilkan tersebut akan mengubah taraf pembangunan Negara dengan tahap kepelbagaian kebolehan murid tersebut.

Upload: iqmal-hizazi

Post on 18-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ads

TRANSCRIPT

Page 1: Ke Simp Ulan

KESIMPULAN

Seperti yang kita semua tahu, kepelbagaian murid banyak member impak

terhadap kurikulum kebangsaan. Pembentukkan dan perancangan strategi pengajaran

yang mantap dan efektif mampu menghasilkan kepelbagaian murid yang dikehendaki.

Dengan kepelbagaian kebolehan dan perkembangan kognitif, murid mampu

mempunyai menghasilkan pencapaian kejayaan yang maksima selaras dengan

kehendak sistem pembelajaran Malaysia.

Guru berperanan dalam menangani cabaran kepelbagaian jenis murid-murid

yang terdapat di Malaysia dan oleh itu, terhasil pelbagai cara dan kaedah yang telah

diilhamkan oleh para-para guru Malaysia bagi menangani cabaran tersebut. Antara

kaedah-kaedahnya adalah seperti menyediakan rancangan pengajaran yang

bersesuaian dengan jenis murid sasaran yang bakal di ajar. Dengan berpandukan

prinsip perguruan, seseorang guru tersebut mampu mengawal dan menyampaikan

sesuatu ilmu tersebut dengan maksima.

Selelah Berjaya dalam mengawal dan memenangi hati murid-murid yang diajar,

maka seseorang guru tersebut mampu menghasilkan murid-murid yang berprestasi

tinggi selaras dengan objektif sistem pembelajaran seseorang guru tersebut. Justeru itu

seseorang guru tersebut mampu menyumbang dalam pelaksanaan transformasi

kurikulum pendidikan. Murid-murid yang telah dihasilkan tersebut akan mengubah taraf

pembangunan Negara dengan tahap kepelbagaian kebolehan murid tersebut.

Akhir kata, kepelbagaian murid membawa impak kepada pembentukan

kurikulum kebangsaan, akan tetapi guru yang memainkan peranan yang paling penting

dalam membentuk murid-murid agar mempunyai modal insan kelas pertama demi

memupuk semangat setia akan Negara dan perasaan kenegaraan yang tinggi agar kita

mampu berdiri sama tinggi dengan Negara-negara serantau. Sekian.

Page 2: Ke Simp Ulan

REFLEKSI

Syukur kehadrat Illahi saya Muhamad Iskandar Bin Samat beserta ahli kumpulan

saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan kepada kami.

Tidak lupa juga kepada pensyarah matapelajaran kami iaitu Tuan Haji Suberi bin salleh

kerana telah membimbing dan membantu kami sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.

Soalan esei kami iaitu “Jelaskan bagaimana seoragn guru berperanan dalam

menangani cabaran kepelbagaian murid dan implikasi terhadap pelaksanaan

transformasi kurikulum pendidikan?” Disepanjang kami menyiapkan kerja kursus

tersebut kami telah membuat rujukan dari pelbagai sumber seperti buku rujukan,

bahan-bahan bacaan, sumber internet dan sebagainya demi memenuhi kehendak

soalan yang telah diberi. Kami juga telah membuat “brainstorming” diantara ahli

kumpulan kami bagi mendapatkan isi-isi yang lebih mantap dan tepat sejajar dengan

kehendak soalan.

Disamping itu, kami juga telah mempelajari beberapa unsur-unsur penting dalam

pendidikan dan cara-cara menyampaikan ilmu dengan murid sasaran dengan cara yang

lebih ifektif. Diantaranya seperti menyediakan perancangan pengajaran harian,bulanan,

mahupun tahunan bersesuaian dengan jenis kepelbagaian murid sasaran. Seperti kita

semua tahu, tidak semua murid mempunyai pemikiran dan kelakuan yang sama, oleh

itu kita sebagai guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu dengan

memvariasikan cara dan kaedah penyampaian ilmu tersebut agar boleh diterima oleh

semua.

Akhir kata, biarpun kami menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam

menyiapkan kerja kursus ini, namun dengan bantuan ahli-ahli kumpulan kami, kami

mampu menghasilkan satu hasil kerja kursus yang mantap dan efisien. Insyaalah.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

(MUHAMAD ISKANDAR BIN SAMAT)