ke arah memperkasa pe~gajian tinggi - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/20549/1/scan0088.pdf ·...

1
Kearah memperkasa pe~gajian tinggi Profesor Oatuk Dr. Rujh'an Bin Must~fa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi. elan StrategikPengajian Tinggi Negara (PSPTN) bertujuan menyediakan ekosistem pengajian tinggi kondusif ke arah menghasilkan pusat pengajian tinggi unggul dan melahirkan modal insan bagi memenuhi keperluan negara dan antarabangsa .. Ikuti ulasan lanjut mengenai PSPTN daripada Ketua PengarahJabatan Pengajian Tinggi, ProfDatuk Dr. Rujhan Mustafa dalam temubual yang diadakan baru-baru ini. PSPTN dilancarkan Perdana Menteri pada 27 Ogos 2007.la menggariskan tujuh teras strategik merangkumi peluasan akses dan meningkatkan ekuiti, menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasa institusi pengajian tinggi, mempergiatkan pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan memperkukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).. Bagi meny~diakan ekosistem pengajian tinggi dan menghasilkan modal insan holistik, KPT menggariskan 23 bidang kritikal di laksanakan pelbagai agensi di bawah KPT. Antara 23 bidang kritikal tersebut, lima merupakan tonggak utama bagi . melonjakkan kualiti institusi pengajian tinggi, iaitu tadbir urus, kepemimpinan, akademia, pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan dan pembangunan. Pelaksanaan PSPTN meliputi empat fasa sehingga melangkaui tahun 2020 iaitu Fasa 1: 2007 hingga 2010 Peletakan Asas, Fasa2: 2011 hingga 2015 Peningkatan dan Pemerkasaan, Fasa 3: 2016 hingga 2020 (Kecemerlangan) dan Fasa4: Melangkaui 2020 (Kegemilangan dan Kelestarian). Selaras dengan pelan tindakan yang digariskan dalam PSPTN,KPTmelaksanakan tindakan mengikut setiap teras strategik ditetapkan. Keberhasilan dicapai sehingga kini mengikut teras strategik berikut: Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti Akses kepada pengajian tinggi melalui penawaran tempat di 589 buah institusi pengajian tinggi negara. Bagi IPTA enrolmen pelajar di 20 buah IPTA meningkat 32.7 peratus iaitu dari 382,997 pad a 2007 kepada 508,256 pada 2011. Begitu juga di IPTS iaitu sebanyak 44 peratus, dari 365,800 pada tahun 2007 kepada 526,648 pada tahun 2011. Usaha lain memudahkan akses pelajar kepada pengajian tinggi, dilaksanakan melalui peranan PTPTN sebagai penyumbang terbesar selain agensi lain. Pada 2011, peminjam PTPTN seramai 1.9 juta berbanding 1.7juta pada 2010. Menambal} Baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ditubuhkan pada 1 November 2007. Agensi ini melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). MQF merupakan satu mekanisme penentuan, kawalan, pemantauan dan jaminan kualiti kelayakan seragam mengklasifikasikan dan menyatupadukan semua kelayakan di institusi pembelajaran .• Kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan student- centred learning (SCL) diterapkan dalam proses pembelajaran supaya pelajar mempertingkatkan daya pemikiran dan keupayaan untuk lebih inovatif. Kebolehpasaran siswazah adalah satu indikator kepada kualiti pembelajaran dan pengajaran. Pada 2011, secara purata, peratus siswazah bergraduat dan bekerja dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian meningkat 1 peratus kepada 76 peratus berbanding 2010. Memperteguhkan Penyelidikan dan Inovasi Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 11 Oktober 2006 bersetuju empat universiti iaitu UM, USM, UKM dan UPM diiktiraf sebagai universiti penyelidikan. Aktiviti R&D dapat disemarakkan melalui program MyBrain15 dalam pembentukan critical mass penyelidik dan graduan berpengetahuan tinggi dan berinovatif. Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi Usaha terus dilaksanakan supaya IPT be~daya saing untuk berada dalam kelompok universib terbaik dunia. APEX (Accel~rated Programme for Excellence) merupakan program membantu institusi melonjakkannya ke arah kecemerlangan. Padb 2011, lima universiti penyelidikan diberi autonomi dalam 'em pat bidang iaitu: Institusi Governan, Kewangan dan p~njanaan Pendapatan, Sum~er Manusia dan Pengurusan Akademik. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) juga dari masa ke semasa dipinda untuk memantapkan tadbir urus IPTA. Usaha memp~rkasakan IPT adalah melalui pewujudan pusat kecemerlangan pengajian tinggi (HICoE). Selain itu, \'::lemerkasaan Top Business School dan p usat Pengajian Siswazah memainkan . peranan memperkasakan IPT dan merangsang taraf ekonomi negara. Mempergiatkan Pengantarabangsaan Sehingga akhir 2011, 90,850 pelajar antarabangsa daripada lebih 150 negara, menuntut di IPT berbanding 86,919 pada 2010. Kedatangan pelajar antarabangsa ini menjana anggaran pendapatan negara melebihi RM2.7 bilion setahun. Bagi menyuntik elemen pengantara- bangsaan di IPTA, pihak JPA dan Perbendaharaan bersetuju menurunkan kuasanya kepada KPTmelantik pensyarah dari kalangan warga tempatan dan luar negara secara contract for service. Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) PSH dilaksanakan IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja dan penawaran kursus pendek. Mod pembelajaran secara online diperluaskan bagi membolehkan penyertaan menyeluruh. Memperkukuh Sistem Penyampaian KPT KPTmelalui PSPTN,berperanan sebagai pemudah cara ke arah kecemerlangan pengajian tinggi. Usaha strategik terus digembleng bagi memastikan peranan pemudahcaraan KPT berterusan dan meningkatkan ketertampakan serta imej korporat KPT.

Upload: dangtuyen

Post on 11-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ke arah memperkasa pe~gajian tinggi - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/20549/1/scan0088.pdf · melonjakkan kualiti institusi pengajian tinggi, iaitu tadbir urus, kepemimpinan,

Kearah memperkasa pe~gajian tinggi

Profesor Oatuk Dr.

Rujh'an Bin Must~fa,Ketua Pengarah Jabatan

Pengajian Tinggi.

elan StrategikPengajian Tinggi Negara

(PSPTN) bertujuan menyediakanekosistem pengajian tinggi kondusif

ke arah menghasilkan pusat pengajiantinggi unggul dan melahirkan modal

insan bagi memenuhi keperluan negaradan antarabangsa ..

Ikuti ulasan lanjut mengenai PSPTNdaripada KetuaPengarahJabatan PengajianTinggi, ProfDatuk Dr.Rujhan Mustafa dalamtemubual yang diadakan baru-baru ini.

PSPTN dilancarkan Perdana Menteri

pada 27 Ogos 2007.la menggariskan tujuhteras strategik merangkumi peluasan aksesdan meningkatkan ekuiti, menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran,memperteguh penyelidikan dan inovasi,memperkasa institusi pengajian tinggi,mempergiatkan pengantarabangsaan,membudayakan pembelajaran sepanjanghayat dan memperkukuh sistempenyampaian Kementerian PengajianTinggi (KPT)..

Bagi meny~diakan ekosistem pengajiantinggi dan menghasilkan modal insanholistik, KPT menggariskan 23 bidangkritikal di laksanakan pelbagai agensi dibawah KPT.

Antara 23 bidang kritikal tersebut,lima merupakan tonggak utama bagi .melonjakkan kualiti institusi pengajiantinggi, iaitu tadbir urus, kepemimpinan,akademia, pengajaran dan pembelajaranserta penyelidikan dan pembangunan.

Pelaksanaan PSPTN meliputi empatfasa sehingga melangkaui tahun 2020 iaituFasa 1: 2007 hingga 2010 Peletakan Asas,Fasa2: 2011 hingga 2015 Peningkatan danPemerkasaan, Fasa 3: 2016 hingga 2020(Kecemerlangan) dan Fasa4: Melangkaui2020 (Kegemilangan dan Kelestarian).

Selaras dengan pelan tindakan yangdigariskan dalam PSPTN,KPTmelaksanakantindakan mengikut setiap teras strategikditetapkan. Keberhasilan dicapai sehinggakini mengikut teras strategik berikut:

Meluaskan Akses dan MeningkatkanEkuiti

Akses kepada pengajian tinggimelalui penawaran tempat di 589 buahinstitusi pengajian tinggi negara. BagiIPTA enrolmen pelajar di 20 buah IPTAmeningkat 32.7 peratus iaitu dari 382,997pad a 2007 kepada 508,256 pada 2011.Begitu juga di IPTS iaitu sebanyak 44peratus, dari 365,800 pada tahun 2007kepada 526,648 pada tahun 2011.

Usaha lain memudahkan akses pelajarkepada pengajian tinggi, dilaksanakanmelalui peranan PTPTN sebagaipenyumbang terbesar selain agensi lain.Pada 2011, peminjam PTPTN seramai 1.9juta berbanding 1.7juta pada 2010.

Menambal} Baik Kualiti Pengajarandan Pembelajaran

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

ditubuhkan pada 1 November 2007.Agensi ini melaksanakan KerangkaKelayakan Malaysia (MQF). MQF

merupakan satu mekanisme penentuan,kawalan, pemantauan dan jaminan kualitikelayakan seragam mengklasifikasikandan menyatupadukan semua kelayakandi institusi pembelajaran .•

Kaedah pembelajaran dan pengajaranmenggunakan pendekatan student­centred learning (SCL)diterapkan dalam proses

pembelajaran supayapelajar mempertingkatkandaya pemikiran dankeupayaan untuk lebihinovatif.

Kebolehpasaransiswazah adalah satu

indikator kepada kualitipembelajaran danpengajaran. Pada 2011,secara purata, peratus

siswazah bergraduatdan bekerja dalam tempoh enam bulansetelah tamat pengajian meningkat 1peratus kepada 76 peratus berbanding2010.

Memperteguhkan Penyelidikan danInovasi

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnyapada 11 Oktober 2006 bersetuju empatuniversiti iaitu UM, USM, UKM dan UPM

diiktiraf sebagai universiti penyelidikan.Aktiviti R&D dapat disemarakkan

melalui program MyBrain15 dalampembentukan critical mass penyelidikdan graduan berpengetahuan tinggi danberinovatif.

Memperkasa Institusi PengajianTinggi

Usaha terus dilaksanakan supayaIPT be~daya saing untukberada dalam kelompokuniversib terbaik dunia. APEX

(Accel~rated Programmefor Excellence) merupakanprogram membantu institusimelonjakkannya ke arahkecemerlangan.

Padb 2011, lima universiti

penyelidikan diberi autonomidalam 'em pat bidang iaitu:Institusi Governan, Kewangan

dan p~njanaan Pendapatan,Sum~er Manusia dan

Pengurusan Akademik.Akta Universiti dan Kolej Universiti

(AUKU) juga dari masa ke semasa dipinda

untuk memantapkan tadbir urus IPTA.Usaha memp~rkasakan IPT adalah

melalui pewujudan pusat kecemerlanganpengajian tinggi (HICoE). Selain itu,

\'::lemerkasaan Top Business School danp usat Pengajian Siswazah memainkan

. peranan memperkasakan IPT dan

merangsang taraf ekonomi negara.Mempergiatkan Pengantarabangsaan

Sehingga akhir 2011, 90,850 pelajarantarabangsa daripada lebih 150 negara,menuntut di IPT berbanding 86,919 pada2010. Kedatangan pelajar antarabangsaini menjana anggaran pendapatan negaramelebihi RM2.7 bilion setahun.

Bagi menyuntik elemen pengantara­bangsaan di IPTA, pihak JPA danPerbendaharaan bersetuju menurunkankuasanya kepada KPTmelantik pensyarahdari kalangan warga tempatan dan luarnegara secara contract for service.

Membudayakan PembelajaranSepanjang Hayat (PSH)

PSH dilaksanakan IPT menggunakanpendekatan pendidikan jarak jauh,

pendidikan fleksibel, pengiktirafanpengalaman bekerja dan penawarankursus pendek. Mod pembelajaran secaraonline diperluaskan bagi membolehkanpenyertaan menyeluruh.

Memperkukuh Sistem PenyampaianKPT

KPTmelalui PSPTN,berperanan sebagaipemudah cara ke arah kecemerlanganpengajian tinggi. Usaha strategik terusdigembleng bagi memastikan perananpemudahcaraan KPT berterusan danmeningkatkan ketertampakan serta imejkorporat KPT.