kbat.docx

2
Mengikut Bloom (1956), KBAT melambangkan pemikiran yang kritikal, logikal, reflektif, serta metakognitif dan pemikiran kreatif yang dirangsangkan apabila berdepan dengan masalah dan soalan yang bukan menjadi kebiasaan.Dengan berpegang kepada konsep kemahiran berfikir aras rendah yang dikaitkan dengan pengetahuan dan strategi kognitif sedia ada; KBAT adalah lebih canggih dan kaya ilmu daripada kemahiran berfikir aras rendah kerana ia memerlukan seseorang pelajar itu memanipulasi maklumat dan idea yang mentransformasikan maksud dan implikasi maklumat dan idea asal tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia (2013) mendefinisikan KBAT sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Kejayaan era maklumat kini banyak bergantung kepada kemahiran berfikir aras tinggi seperti, kemahiran penyelesian masalah, kemahiran membuat penilaian secara kritis serta kemahiran berfikir secara kreatif. Oleh itu, pelajar perlu dilibatkan dengan aktiviti yang menjurus kepada tahap pemikiran yang lebih tinggi mengikut taksonomi bloom (menganalisis, menilai, mencipta). Keadaan dunia yang sentiasa berubah dan mencabar ini, menuntut para pelajar kita bukan hanya membina kapasiti dari aspek

Upload: nor-aini-tuan-hasan

Post on 23-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KBAT.docx

Mengikut Bloom (1956), KBAT melambangkan pemikiran yang kritikal, logikal, reflektif, serta metakognitif dan pemikiran kreatif yang dirangsangkan apabila berdepan dengan masalah dan soalan yang bukan menjadi kebiasaan.Dengan berpegang kepada konsep kemahiran berfikir aras rendah yang dikaitkan dengan pengetahuan dan strategi kognitif sedia ada; KBAT adalah lebih canggih dan kaya ilmu daripada kemahiran berfikir aras rendah kerana ia memerlukan seseorang pelajar itu memanipulasi maklumat dan idea yang mentransformasikan maksud dan implikasi maklumat dan idea asal tersebut.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013) mendefinisikan KBAT sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Kejayaan era maklumat kini banyak bergantung kepada kemahiran berfikir aras tinggi seperti, kemahiran penyelesian masalah, kemahiran membuat penilaian secara kritis serta kemahiran berfikir secara kreatif. Oleh itu, pelajar perlu dilibatkan dengan aktiviti yang menjurus kepada tahap pemikiran yang lebih tinggi mengikut taksonomi bloom (menganalisis, menilai, mencipta).

Keadaan dunia yang sentiasa berubah dan mencabar ini, menuntut para pelajar kita bukan hanya membina kapasiti dari aspek pengetahuan semata-mata tetapi juga membina pemikiran aras tinggi seperti pemikiran sistematik, penyelesaian masalah dan membuat keputusan berdasarkan analisis  situasi secara kritis. Pembangunan KBAT adalah amat penting untuk membolehkan pelajar membuat anjakan dari pengetahuan serta kemahiran kepada tindakan sebagai rakyat yang bertanggungjawab tanpa mengira peranan dalam masyarakat. 

KPM (2013) pula mendefinisikan KBAT sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi

Page 2: KBAT.docx

menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

http://ipik.edu.my/KBAT_WEBv2/alat_berfikir.html