pengenalan kepada industri rumpai laut

16
0 Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

Upload: home-sauna

Post on 25-Jul-2015

208 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

0

Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

Page 2: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 1

Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut Negeri Sabah

1.0 Latar Belakang

1.1 Sejarah Rumpai Laut § Rumpai laut (seaweed) spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus

alvarezii, nama tempatan Agar-Agar § Tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air laut

§ Pengkulturan rumpai laut dimulakan di Sabah pada tahun 1978 oleh Aquatic

Resource Limited, Hawaii dari Amerika Syarikat § Tahun 1980 diserahkan kepada Jabatan Perikanan Sabah

§ Jabatan menerusi Projek Pemeliharaan Agar-Agar memulakan kerja-kerja

penyelidikan;

§ Mengenalpasti tapak pengkulturan dan spesis rumpai laut yang bernilai komersial

§ Kaedah pengkulturan yang mudah dan murah § Proses pengeringan, dan § Menarik minat nelayan untuk mengusahakan projek pengkulturan rumpai laut

ini § Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh jabatan ini mencapai kejayaan pada tahun

1989 § Syarikat Food Manufacturing Corporation (FMC) dari Denmark merupakan

agen tunggal pembeli rumpai laut kering telah didaftarkan pada tahun 1988. Syarikat ini berhenti beroperasi pada tahun 1998.

§ Pada masa ini terdapat 8 buah syarikat tempatan bergiat aktif memasarkan

rumpai laut keluar negeri dan sebuah syarikat OMN-GEL Sdn. Bhd. mengusahakan kilang mengekstrak rumpai laut menjadi tepung.

1.2 Status Industri Rumpai Laut

1.2.1 Kawasan/ladang pengkulturan

Kreteria tapak pengkulturan rumpai laut adalah:

a. Perairan laut terlindung b. Ketinggian ombak 1-2 kaki

Page 3: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 2

c. Saliniti 30-35 ppm d. Kualiti air laut yang baik e. Dasar laut berpasir dan berbatu karang

Pada masa ini tapak pengkulturan rumpai laut adalah;

1. Daerah Semporna: 800 ekar (Kerindingan, Pulau Bum-

Bum (bahagian timur laut), Sebangkat, Pulau Selakan, Pulau Sibuan, Pulau Pababag dan Pulau Omadal (utara dan barat)

2. Daerah Kunak: 100 ekar (Pulau Pababag dan Kunak

Jaya)

3. Daerah Lahad Datu: 50 ekar (Bakapit dan Kg. Silam)

4. Daerah Kudat: 50 ekar (Pulau Balambangan dan Banggi)

5. Daerah Kota Belud: 2 ekar (Kg. Baru-Baru)

1.2.2 Jenis Rumpai Laut

Spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii (berwarna hijau, coklat dan puteh)

Page 4: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 3

1.2.3 Kaedah Pengkulturan

Tiga kaedah pengkulturan rumpai laut, iaitu;

a. Pancang (kayu belian dan tali nylon) ukuran 35’x35’/unit pada kedalaman antara 0.3 – 1.5 m. Jumlah tanaman 14,500 pokok/ekar

b. Rakit (pelampung stryfoam dan tangsi dengan strength:150-200 ibs) 15’x85’/unit pada kedalaman 3 – 10 m. Jumlah tanaman 7,700 – 11,500 pokok/ekar.

c. Rawai (tangsi dan pelampung) 300’/unit (paling popular digunakan) pada kedalaman 2 – 5 m. Jumlah tanaman 6,500 – 9,500 pokok/ekar.

Jadual 4. Perbandingan Kos Operasi Kaedah Pengkulturan Rumpai Laut, daerah Semporna

KAEDAH PENGKULTURAN KEDALAMAN KOS/EKAR (RM)

KADAR PERTUMBUHAN

1. Pancang (Stake)

2. Rawai (Long Line) 3. Rakit MK II.

(Raft Methode)

1. (0.3 - 1.5) m 2. (2.0 – 5.0) m 3. (3.0 – 15) m

1. RM(600–1,000) 2. RM(600–1,000) 3. RM 1,300 (untuk 15 buah rakit/ ekar)

1. (2.0 - 4.0) % 2. (3.5 - 8.0) % 3. (3.5 - 8.0) %

1.2.4 Kos pengeluaran

Pengkultur memerlukan peralatan seperti kayu belian dengan ukuran 2”x2”x15’, tali nyalon, tie-tie, pelampung botol plastik, dan benih rumpai laut (200-400kg). Dalam masa 1 bulan rumpai laut mengalami pertumbuhan dan para-pengkultur memotong tunas dan mengkulturnya sehingga mencapai keluasan ½ - 1 ekar.

Page 5: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 4

Dalam masa 45-55 hari rumpai laut di tuai, dikeringkan pada cahaya Matahari selama 3 hari, di bungkus (packing) dan dijual kepada orang tengah yang datang ke ladang pengkultur.

1.2.5 Penglibatan Nelayan

Pada mulanya nelayan menjalankan usaha pengkulturan rumpai laut sebagai pendapatan sampingan, tetapi setelah menyedari pengkulturan rumpai laut dapat dioperasikan dengan lebih mudah dan memerlukan kos yang rendah dan tingginya permintaan, banyak dari nelayan di daerah Semporna mengusahakan pengkulturan rumpai laut sepenuh masa atau pengkultur tetap.

Nelayan mendirikan pondok di ladang rumpai laut milik mereka secara berkelompok.

Jumlah nelayan yang mengkultur rumpai laut adalah seperti berikut;

i.Semporna : 2,048 orang ii. Kunak : 60 orang iii.Lahad Datu: 100 orang iv.Kota Belud : 13 orang

v.Kudat: 17 orang

1.2.6 Pendapatan Pengkultur

Pendapatan nelayan (pengkultur rumpai laut) adalah diantara RM450-RM1,500/bulan dengan keluasan ladang 1 ekar.

1.2.7 Penglibatan Sektor Swasta

Syarikat-syarikat tempatan terlibat dalam industri ini adalah seperti jadual 1.

Page 6: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 5

Jadual 1. Eksporter Rumpai Laut, 2000

No. Nama Syarikat Alamat Catatan

01. Juta Fish Sdn. Bhd. Kota Kinabalu Beroperasi di daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu

02. Seng-Seng Lee Semporna Daerah Semporna 03. Takara Sdn. Bhd. Tawau Daerah Semporna 04. Syarikat Merimaju Tawau Daerah Semporna 05. Mutira Bayu Sdn.Bhd Semporna Daerah Semporna 06. Pua Brothers Sdn.Bhd. Semporna Daerah Semporna 07. Prompt Acces Sdn.Bhd. Semporna Daerah Semporna 08. Sabah Fish Marketing

(FAMA) Kota Kinabalu Daerah Semporna

1.2.8 Pengeluaran Rumpai Laut

Jadual 2. Jumlah Pengkultur, Keluasan dan Produksi Rumpai Laut Negeri Sabah (1989-2000)

Tahun Jumlah

Pengkultur Keluasan

(ekar) Produksi

Basah (mt) Produksi

Kering (mt)

1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000

176 376 480 540 560 800 920

1,200 1,600 1,800 2,200 2,720

4 32 88 89

105 1,817 408 608 682 595 877

1,344

100 950

2,650 2,670 3,130 9,080

12,230 18,230 20,450 17,850 26,290 40,320

10 95

265 267 313 908

1,223 1,823 2,045 1,785 2,629 4,032

Sumber: DOF Sabah, 1989-2000

Page 7: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 6

1.2.9 Produktiviti

Purata produktiviti ladang rumpai laut di Semporna sebanyak 14,500 kg/ekar (rumpai laut basah)

1.2.10 Harga

Berfluktuasi, pada mulanya RM0.80, RM1.00, RM1.20, sehingga kini mulai RM2.20, RM1.80, RM2.20 dan RM2.50/kg rumpai laut kering.

1.2.11 Sumbangan Rumpai Laut Terhadap Eksport

Sub-sektor akuakultur menyumbang 10,705 tan metrik bernilai RM114 juta. Dianggarkan 60% dari nilai eksport tersebut dari akuakultur laut (ternakan udang: 48%, rumpai laut: 33%, ternakan ikan hidup: 14% dan moluska: 4%).

Jadual 3: Eksport Rumpai Laut Sabah, 1989-2000

Tahun Pengeluaran Rumpai Laut Kering ( m.t ) Nilai Borong (RM)

1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000

10 95 265 267 313 908

1,223 1,823 2,045 1,785 2,629 4,032

9.32 85.09

238.06 264.84

513.544 656.75 110.58

2,006.32 1,861.89 3,570.00 5,358.96 6,853.04

Sumber: Annual Fisheries Statistic, DOF Sabah

Page 8: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 7

1.1.12 Kegunaan Ekstrak Rumpai Laut

Rumpai laut diekstrak untuk menghasilkan Carrageenan.

Antara lain kegunaannya sebagai bahan campuran dalam;

i. Industri pembuatan cat ii. Pembuatan shampoo,

dakwat, tekstail, spray serangga,

iii. Agen pembersih, iv. Sebagai bahan

pengikat dalam industri pembuatan bahan letupan,

v. Sebagai bahan pengembang dalam industri permakanan vi. Industri farmasi (pengikat ubat-ubatan) vii. Bahan kosmetik dan lain-lain kegunaan.

2.0 Peranan Jabatan Perikanan Dalam Pembangunan Industri Rumpai Laut

2.1 Program pemindahan teknologi

2.1.1 Mengujudkan projek demonstrasi di kawasan pengkulturan nelayan

2.1.2 Kursus/Latihan

2.1.3 Pengembangan (lawatan ke

ladang nelayan setiap 2 minggu atau sebulan sekali dengan mengadakan dailog bagi mengatsi masalah yang dihadapi oleh pengkultur)

Page 9: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 8

2.1.4 Lawatan Sambil Belajar (nelayan (8-10 orang) dari daerah lain seperti Kudat dan Kota Belud dibawa melawat ke Semporna untuk pendedahan dan secara langsung dapat berbincang sesama rakan mereka yang telah berjaya mengkultur rumpai laut)

2.2 Program pakej insentif (bantuan/subsidi) untuk memulakan usaha pengkulturan

Peralatan yang diberikan terdiri dari tali rafia, tali nylon, tangsi, bakul rotan, kayu belian, pelampung, karung plastik, sampan dan pondok penjemuran (7-10 orang/pondok). Benih rumpai laut antara 150-400 kg/orang. (note: Pemberian bantuan dilaksanakan mengikut prosedur yang ketat, pemohon dan kawasan pengkulturan diperiksa terlebih dahulu dan diputuskan oleh AJK Pakej Insentif peringkat cawangan)

Kos pelaksanaan program diperolehi dari Projek Pembangunan Persekutuan (P19 248000).

Jadual 5. Jumlah Perbelanjaan Program Pakej Insentif Rumpai Laut, 1990-2000

Tahun Jumlah ( RM )

1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2000

40 360 10 903 56 899 44 047 58 028 54 597 41 000 54 700 46 000 55 000

165 000 132 000

Page 10: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 9

2.3 Melaksanakan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)

Jabatan melaksanakan kerja (bagi membantu Kementerian Pembangunan Luar Bandar) seperti pemberian kursus, penghantaran bantuan peralatan dan benih, dan kerja-kerja susulan (pengembangan) bagi menjayakan program ini.

2.4 Pengeluaran benih rumpai laut

Jabatan menjalankan usaha mengkultur benih rumpai laut di Pulau Selakan, Semporna seluas 3 ekar bagi menampung permintaan jumlah benih yang semakin meningkat dari nelayan. Sebanyak 10,000 – 20,000 kg dikeluarkan setiap tahun.

Bagi mengatasi masalah ini jabatan membimbing beberapa pengkultur yang rajin berusaha untuk mengeluarkan benih dan menjualnya kepada pengkultur baru dengan harga RM0.50/pokok.

2.5 Pemeriksaan kesesuaian tapak pengkulturan

Bagi membantu Jabatan Tanah & Ukur meluluskan permohonan tapak pengkulturan kepada nelayan dan syarikat, jabatan membuat pemeriksaan kesesuaian tapak pengkulturan rumpai laut. Sebanyak 30 – 50 permohonan diterima setiap tahun bagi tujuan tersebut.

3.0 Masalah Industri Rumpai Laut

3.1 Keselamatan

3.1.1 Gangguan ilanun/permopak mengakibatkan pengkultur rumpailaut menghentikan usaha mereka kerana sering terjadi rompakan hartabenda.

3.1.2 Keselamatan yang tidak terjamin akan mempengaruhi

bakal pengkultur yang ingin menceburi industri ini

Page 11: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 10

3.2 Sikap

Ada beberapa nelayan yang mempunyai sikap negatif terhadap usaha yang dijalankan, di antaranya;

3.2.1 Tunggu dan Lihat

3.2.2 Tidak Berkeyakinan

3.2.3 Dengki/iri hati (tidak ingin melihat orang lain maju)

3.2.4 Sikap terlalu bergantung kepada bantuan/subsidi

3.2.5 Tidak rajin dan komited terhadap kerja

3.3 Tenaga Kerja

Kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh para pengkultur rumpailaut menyebabkan kemajuan perusahaan menjadi lambat. Masalah ini diatasi dengan menggunaka tenaga kerja dari kalangan anggota keluarga.

3.4 Penyakit Rumpai Laut 3.4.1 Ais-Ais (reput batang)

Penyakit ini terjadi apabila tapak pengkulturan tidak mempunyai aliran arus air yang kuat dan pengawasan oleh pengkultur kurang memberikan perhatian kepada tanamannya.

3.4.2 Epiphytes (nama tempatan ‘sereng’)

Menurut sumber warna putih pada batang rumpai laut disebabkan kandungan nuterien yang terlalu tinggi. Bagaimanapun kajian lanjut adalah perlu dijalankan penyebab penyakit ini

3.4.3 Penyu

Gangguan penyu yang memakan tanaman rumpai laut akan menyebabkan ladang pengkultur rosak. Bagaimanapun jika ladang diusahakan secara berkelompok dalam jumlah yang luas

Page 12: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 11

gangguan ini tidak memberikan masalah besar kepada pengkultur.

3.5 Harga rumpai laut

Harga benih berfluktuasi antara RM0.35 – RM1.20 sepokok, demikian juga harga rumpai laut kering diantara RM0.80 – RM2.20

4.0 Pelan Pembangunan Industri Rumpai Laut

4.1 Sasaran pengeluaran

10,500 mt dengan anggaran bernilai RM52 juta tahun 2010

4.2 Teknologi Kaedah rawai dimajukan dengan menggunakan pelampung yang tahan, peralatan mekanisasi dalam penuaian dan menambah jumlah pokok rumpai laut setiap ekar sehingga produktivitinya meningkat.

4.3 Meningkatkan jumlah peserta dan keluasan pengkulturan

Jumlah pengkultur ditambah sehingga 5,000 orang dan syarikat kepada 20 buah

Keluasan tapak pengkulturan ditingkatkan kepada 10,000 ekar di perairan yang berpotensi melalui pengwartaan kawasan pembangunan rumpailaut. Dengan pembahagian tapak kepada nelayan: 2-5 ekar dan syarikat:100-200 ekar.

Skim mesra pengkultur dengan menumpukan perhatian beberapa kelaurga nelayan yang berminat di kawasan tertentu terlebih dahulu dengan menjalankan kursus setempat diikuti dengan pemberian pakej insentif (peralatan, benih dan kemudahan sokongan)

Jadual 6. Unjuran Jumlah nelayan dan Sektor Swasta yang terlibat

dalam Industri Rumpai Laut, 2010

Bil. Daerah Nelayan Sektor Swasta

01. Semporna Nelayan:6,000 orang Syarikat: 11 buah 02. Kunak Nelayan:500 orang Syarikat: 1 buah 03. Lahad Datu Nelayan:500 orang Syarikat: 1 buah 04. Pitas Nelayan: 50 orang - 05. Kudat Nelayan: 200 orang Syarikat: 1 buah 06. Kota Belud Nelayan: 25 orang 07. Kota Kinabalu - Syarikat: 10 buah

Page 13: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 12

Jadual 7. Kawasan Berpotensi Pengkulturan Rumpai Laut di Sabah

Bil Daerah Lokasi Keluasan (ekar)

01. Semporna Kerindingan Pulau Bum-Bum (timurlaut) Pulau Selakan Sebangkat Sibuan Pulau Pababag Pulau Omadal

15,000 3,500 1,000 7,000 5,000 2,500 10,000

02. Kunak Pulau Timbun Mata Pulau Pababag

3,000 ekar 2,500 ekar

03. Lahad Datu Silam Membatu Lok Giong

1,000 ekar 500 ekar 500 ekar

04. Pitas Malubang Tanjung Piring

250 ekar 500 ekar

05. Kudat Sibogo Laksian Teluk Long

1,000 ekar 1,000 ekar 1,000 ekar

06. Kota Belud Kg. Baru-Baru Buah Pandai Pulau Mantani

200 ekar 100 ekar 500 ekar

07. Kota Kinabalu Perairan Pulau Karang-Karangan, Pulau Mengalum

50,000 ekar

4.4 Pembangunan Industri Hiliran

Menggalakkan pembangunan kilang ‘ekstrak carraganen’ oleh sektor swasta

4.5 Tenaga kerja

Kursus-kursus dilaksanakan di IPT, Institut Kemaharian MARA, dan lain-lain agensi.

4.6 Pembangunan dan Penyelidikan

Kajian pencegahan penyakit rumpailaut dan automasi dalam pengkulturan dan pengeringan yang akan dijalankan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau sektor swasta.

Page 14: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 13

5.0 Unjuran Pengeluaran Rumpai Laut

Dalam masa 10 tahun akan datang unjuran ran rumpailaut negeri Sabah adalah seperti jadual berikut;

Jadual 8 Unjuran Pengeluaran Rumpai Laut Sabah, 2000-2010

Tahun Kuantiti Rumpai Laut

Basah ( m.t ) Kuantiti Rumpai Laut

Kering ( m.t )

2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

47,000 56,000 68,000 80,000 87,000 96,000

108,000 117,000 125,000 135,000

4,700 5,600 6,800 8,000 8,700 9,600

10,800 11,700 12,500 13,500

6.0 Strategi Jabatan Perikanan

Dalam mencapai matlamat pembangunan industri rumpai laut, jabatan telah mengatur beberapa langkah dalam masa jangka panjang (10 tahun) seperti berikut;

6.1 Kawasan pembangunan rumpai laut

6.1.1 Membuat kajian terperinci kesesuaian tapak pengkulturan 6.1.2 Jabatan membuat kertas kerja pelan pembangunan setiap

daerah dan dikemukakan kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah di daerah berkenaan

6.1.3 Jabatan mewartakan ladang pengkulturan dengan menandakan

tapak ladang untuk dibahagi-bahagikan kepada nelayan dan syarikat yang berminat disetiap kawasan yang telah dikenalpasti sesuai

6.1.4 Kawasan pembangunan rumpai laut diterbitkan dalam bentuk

risalah

Page 15: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 14

6.1.5 Program ini dijalankan sekurang-kurangnya dalam masa 6 bulan

untuk satu daerah

6.2 Mula mengembangkan projek

6.2.1 Kenalpasti 2-5 orang nelayan berminat disetiap kawasan untuk

memulakan projek pengkulturan rumpai laut

6.2.2 Jabatan memberikan pakej insentif penuh kepada nelayan berkenaan dan anggota jabatan bersama para nelayan tersebut membuat ladang pengkulturan

6.2.3 Untuk pengkultur yang telah maju, jabatan menggalakkan

pengkultur mengusahakan pengeluaran benih dan jabatan membeli benih dari nelayan tersebut sebagai insentif

6.3 Pembangunan secara berkelompok

Jabatan menggerakkan pengkultur rumpai laut menubuhkan persatuan berdasarkan kawasan/ladang yang dinamakan mengikut kawasan. Kaedah ini untuk memudahkan jabatan membuat program pengembangan atau lawatan kerja susulan

6.4 Usahasama sektor swasta – pengkultur rumpai laut

Jabatan sebagai penggerak mempelawa eksporter rumpai laut mengurus ladang pengkultur dengan berdasarkan ‘çontract farming’

6.5 Kursus/Latihan

Dijalankan pada kawasan bakal pengkultur dengan mempastikan nelayan betul-betul berminat atau kursus setempat dalam masa 1-3 hari.

Panduan kursus dikemukan kepada institut-institut tempatan untuk dapat diajarkan kepada pelajarnya.

6.6 Pakej insentif (Bantuan peralatan dan benih rumpai laut)

Jabatan hanya memberikan pakej insnetif sebanyak 2 kali untuk setiap pengkultur.

Page 16: Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI RUMPAI LAUT NEGERI SABAH JABATAN PERIKANAN SABAH 15

6.7 Sarana dan kemudahan

Untuk setiap kawasan atau kelompok pengkultur sebanyak 2-5 orang didirikan pondok penjemuran dan kemudahan ini hanya diberikan sekali. Kerosakan dibaiki oleh kelompok pengkultur berkenaan.

6.8 Pengembangan

Kegiatan lawatan kerja susulan oleh anggota jabatan dijadualkan sekurang-kurang setiap minggu untuk kawasan yang baru memulakan usaha dan selama 2 atau 4 minggu untuk pengkultur yang telah berjaya.

6.9 Penyelidikan

Jabatan membuat penyelidikan melalui IRPA (dijalankan oleh Cawangan Penyelidikan) dan kertas kerja dikemukakan kepada IPT berkenaan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan mengenai masalah tertentu atau berfaedah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh industri rumpai laut.

7.0 Penutup

7.1 Pengenalan industri rumpai laut ini dapat dijadikan sebagai maklumat oleh pelabur-pelabur dalam dan luar negeri bagi menjalankan usaha ini secara skala besar kerana memberikan pulangan ekonomi yang lumayan.

7.2 Jabatan Perikanan akan memberikan bantuan selaras dengan

kemampuannya.