kawalan penyakit.docx

13
PENJAGAAN TANAMAN MAKSUD PENYAKIT Bila pokok anda kelihatan berlainan dari keadaan biasa atau dari yang sepatutnya berkemungkinan besar ianya diserang penyakit. KAWALAN PENYAKIT Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Manakala penyakit pula biasanya di sebabkan oleh kulat dan bakteria. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu tinggi. Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan daunnya bertompok-tompok kehitaman. Tanda diserang perosak pula ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan bari- bari. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran

Upload: fuiyee-yap

Post on 19-Nov-2015

50 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

PENJAGAAN TANAMANMAKSUD PENYAKIT

Bila pokok anda kelihatan berlainan dari keadaan biasa atau dari yang sepatutnya berkemungkinan besar ianya diserang penyakit.

KAWALAN PENYAKIT

Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Manakala penyakit pula biasanya di sebabkan oleh kulat dan bakteria. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu tinggi. Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan daunnya bertompok-tompok kehitaman. Tanda diserang perosak pula ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan bari-bari.

Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran

1. Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih, bintik daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran diMalaysia.2. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuranPenyakitAgenSimptom

Melecur anak benihKulatAnak benih layu dan mati

Reput akarKulat atau bakteriaPokok layu dan mati

Bintik daunKulatDaun dengan bintik perang atau hitam

Layu bakteriaBakteriaUrat daun menjadi hitam.Pokok akan layu dan mati

KulapokBakteriaDaun yang diserang layu dan mati.

Karat batang/ daun atau lengaiKulatTompok kuning/perang daun yang dijangkiti akan jatuh.

3. Memungut hasil Penyakit-penyakit Penyakit yang agak popular untuk tanaman ialah penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan kulat seperti penyakit Bintik, Layu, Reput dan mati rosot adalah di sebabkan oleh bakteria. Penyakit yang disebabkan oleh kulat pula ialah seperti penyakit bintik berpusar, Kulapok berdebu, Karat Kulapok Downy dan lain-lain.

Tanda-tanda Penyakit Warna kekuningan boleh dilihat di antara urat daun.Tanda ini bermula dari satu dahan dan merebak ke dahan lain. Tompok-pokok hijau pada daun. Pertumbuhan tunas menjadi rapat dan tegak. Tunas dan ranting layu dan mati. Buah-buah muda menjadi kuning oren atau merah bertompok.Bentuk buah tidak seimbang bulat dan akhirnya gugur.Langkah-langkah Pengawalan:Program kawalan yang disyorkan adalah berbentuk kawalan bersepadu yang merangkumi tiga aspek penting: iaitu penggunaan bahan tanaman yang bebas daripada penyakit, kawalan punca penyakit dan kawalan serangga pembawa penyakit. Langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut:-4. Gunakan bahan-bahan tanaman yang bebas daripada penyakit5. Pemeriksaan tanda-tanda penyakit

PENYAKIT POKOK & CARA PENGAWALAN PENYAKIT

Jenis Penyakita. Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kulat, virus atau bakteria atau oleh ketiga mikroorganisma ini secara sekaligus / berkumpulan.

b. Penyakit tidak berjangkit yang disebabkan oleh cuaca, kurang zat makanan , kurang air atau tanah masam dan lain lain sebab.

Kulat / FungusKulat tidak ada klorofil. Oleh itu ia tak dapat buat makanan sendiri. Makanan didapati dari tumbuhan lain. Ini disebut sebagai parasit. Yang mendapat makanan dari pokok mati dipanggil safrofait.

VirusVirus ialah makhluk yang amat seni / halus. Semua virus merupakan parasit. Virus tak boleh bergerak secara sendiri. Ia memerlukan pembawa dipanggil VEKTOR terdiri dari pelbagai serangga . Antaranya ialah aphid, thrips, lalat putih dan kutu hamama. Virus ini hidup pada bahagian mulut serangga.

BakteriaBakteria juga merupakan makhluk sangat halus tetapi lebih besar dari virus. Ianya juga sejenis parasit dan ada juga yang safrofait. Bakteria kurang menyebabkan penyakit pokok berbanding virus.

Kurang Zat Makanan

Pokok yang kurang zat makanan atau kurang zat makanan tertentu akan jadi tidak sehat dan mudah diserang penyakit. Padi yang kurang zat kalium, nitogen dan magnesium mudah diserang penyakit rintik perang.

Tanda Tanda Penyakit / Symptoms Pada Pokok

1. Perubahan Warna- warna terutama daun bertukar dari warna biasa- ini disebabkan samada oleh kulat, virus, bakteria atau kurang zat makanan

2. Shot Holes / Daun berlubang- terdapat lubang-lubang kecil pada daun , keliling lubang tisu tisu matiterdapat bintik-bintik yang tidak menentu bentuknya pada daun- ini disebabkan oleh kulat- contoh penyakit virus tomato pada cilipenyakit bintik perang pada padi

3. Layu- tiba tiba pokok jadi layu ada yang sementara penyebab kulatada yang kekal penyebab bakteria- contoh layu tomato disbbkan bacteria

4. Kering / Hawar / Necrosis- sekumpulan sel sel pada pokok mati bewarna perang- semua bahagian pokok boleh kena penyakit ini- penyebab parasitkurang zat makanan- contoh penyakit leaf blight pada padi

5. Katek / Dwarfing- pokok terbantut- penyebab kurang zat makananparasit

6. Pertambahan Saiz- organ organ pokok besar dari segi saiz & bentuk dari biasa- penyebab parasit- contoh penyakit common smut jagung di sbbksn kulat

7. Melepuh / Blister- pembesaran dan penambahan bahagian daun daun dan bewarna keputihan- penyebab kulat- contoh penyakit blister blight pokok teh

8. Mosaic / Bintik Daun- daun bertukar warna dimana terdapat warna hijau tua, hijau mudadan kuning bercampur-campur- penyebab kulat yang dibawa oleh serangga / vektor- contoh penyakit tomato mosaic pada cili

9. Gugur daun / pucuk / bunga & buah gugur- keadaan ini menunjukkan penyakit sudah teruk- penyebab parasit & kekurangan zat- contoh penyakit reput pangkal limau di sbbkan kulat

10. Karah- terdapat bintik2 seperti gabus pada daun, ranting dan buah. Apabila gabus dibuang ia meninggalkan kesan luka.- penyebab parasit- contoh penyakit karah limau di sbbkan bakteria

11. Rosettes- satu kumpulan daun berkumpul rapat rapat disebabkan ruasnya tidak mampu memanjang- penyebab parasitkurang zat makanan- contoh kurang unsur zink pada jagung & teh

12. Daun bergulung & kerekot- daun & pucuk bergulung dan kerekot- penyebab parasit- contoh kerekot daun cili disebabkan kulat

13. Permukaan kasar yang ganjil- permukaan daun dan lain lain bahagian pokok kasar & kelihatan ganjil- penyebab kulat & kesan kimia- contoh penyakit scab pokok limau disebabkan kulat

14. Kecacatan buah & akar- buah cacat / berkudis / busuk- penyebab parasitkurang zat makanan- contoh antraknos buah cili disebabkan kulat

15. Tisu Reput / Rotting of tissues- tisu disetengah organ pokok jadi reput dan busuk- penyebab parasitkurang unsur zat makanan- contoh reput buah nenas disebabkan bacteria

CARA CARA MENGAWAL PENYAKIT

1. Gilirkan tanaman. Ini boleh mengurangkan mikroorgnisma perosak2 . Hapuskan rumpai yang menjadi perumah parasit3. Gunakan baja yang baik pada waktu dan jumlah yang teratur. Lebih atau kurang baja memberi kesan buruk pada pokok.4. Saliran sempurna5. Membajak baki tanaman yang terdahulu6. Guna biji benih yang baik dan sehat. Rendam biji benih dalam racun kulat & serangga sebelum disemai atau ditanam.7. Guna klon yang tahan penyakit8. Kawal serangga. Serangga bertindak sebagai PEMBAWA / VEKTOR virus, kulat & bakteria kepada pokok.9. Cabut dan bakar mana mana pokok yang sakit. Jika tidak ia akan merebak dengan cepat.10. Asingkan segera mana mana pokok yang sakit. Musnahkan selepas itu tak usah simpan.11 Sekiranya berpunca dari serangan kulat, boleh diatasi dengan menggunakan racun kulat seperti Captan atau Benlate.12. Penyemburan juga sesuai dilakukan dua minggu sekali. Lain-lain13. kaedah kawalan ialah dengan lebih kepada amalan pengurusan yang baik seperti tidak menyiram berlebihan, Jangan menyiram lewat petang, cabut dan bakar yang diserang dan lain-lain.

KAWALAN KIMIA

1 Menyembur racun Kulat + Racun Serangga pada keseluruhan pokok dalam jarak jangka tertentu dan terancangRacun kulat yang biasa digunakan : mankozeb / benlate / thiram / captan

2 Celup / dipping- bahan tanaman / anak benih dicelup kedalam campuran racun kulat dan racun serangga sebelum ditanam- contoh sulur nenas dicelup ke dalam campuran bordeauxuntuk elak penyakit reput hati / heart rot

3 Mendebu / dusting- racun kulat debu ditabur pada bahagian yang terkena penyakit- contoh debu sulphur pada daun getah utk rawat powderyMildew

4 Mengecat- bahagian yang kena serang dan kelilingnya disapu dengan bahan kimia untuk elak penykit merebak- contoh racun Fylomax 90 untuk kawal penyakit merah / pink pd getah

5 Mengasap / Fumigating- ini menggunakan gas methyl bromide spt yang diguna ditapak semaian tembakau

Laporan Bergambar Penjagaan Tanaman Mengawal Penyakit

Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran dan tanda- tanda penyakit / symptoms pada pokok.

Racun kulat yang biasa digunakan : mankozeb / benlate / thiram / captan

Urat daun menjadi hitam.Pokok akan layu dan mati. Kawal serangga. Serangga bertindak sebagai PEMBAWA / VEKTOR virus, kulat & bakteria kepada pokok.

Racun kulat debu ditabur pada bahagian yang terkena penyakit, contoh: debu sulphur pada daun getah utk rawat powdery

Menyembur racun Kulat + Racun Serangga pada keseluruhan pokok dalam jarak jangka tertentu dan terancang