kaunselor

Upload: anba-ranggi

Post on 14-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Kaunselor

    1/20

    Kaunselor : Selamat pagi Acher.- membina hubungan

    Klien : Selamat pagi.

    Kaunselor : Cikgu akan memperkenalkan diri, nama cikgu ialah Cikgu Othman.

    Klien : Nama saya Acher

    Kaunselor : Ok, sekarang kita akan berada dalam sesi kaunseling individu yang

    pertama untuk Acher. Cikgu akan terangkan apakah peraturansemasa sesi kaunseling. Pertama, apa peranan Acher dan apa

    peranan Cikgu? Cikgu berperanan akan banyak bertanya soalan

    dan Acher akan banyak menjawab soalan dan bercerita kepada

    cikgu. Kedua, didalam sesi kaunseling kita ada kerahsiaan, apa

    sahaja perbualan kita disini perlu dirahsiakan. Kecuali apa yuang

    Acher ceritakan melibatkan orang ketiga. Contohnya Acher

    bercerita kepada cikgu mahu mencederakan seseorang didalam

    kelas, maka cikgu boleh melanggar etika kerahsiaan kita, Acher

    boleh faham? Untuk sesi ini cikgu minta kebenaran Acher untuk

    membuat rakaman suara sepanjang sesi, pertama cikgu mahuAcher perkenalkan diri kepada cikgu. -Penstrukturan

    Klien : Nama saya Aher, hobi saya bermain basikal, saya suka membaca

    buku. Saya tinggl 4 orang didalam keluarga iaitu saya, adik, bapa

    dan emak. Saya saying dengan keluarga saya. Bapa saya berniaga

    dan emak saya tinggal di rumah.

    Kaunselor : Sepanjang cuti sekolah selama seminggu, apa yang Acher buat di

    rumah?-kemahiran menyoal

    Klien : ada membaca, menulis, tengok tv dan pergi kerumah kawan. Ada

    juga pergi tengok adik memancing.

    Kaunselor : Ahaaaaa tengok sahaja adik memancing? doronganminima

    Klien : ya. Tengok sahaja.

    Kaunselor : selalunya Acher pergi tengok adik memancing dengan siapa?

    kemahiran menyoal

    Klien : dengan pak cik dan bapa.

    Kaunselor : jadi kebiasaannya ada orang dewasalah. Kalau dirumah

    Acher rapat dengan siapa?

    Klien : rapat dengan adik.

    Kaunselor : jadi. Untuk sesi kita yang pertama ini Acer ada apa-apa mahu

    cerita dengan cikgu? Cikgu mahu Acher faham bahawa sesikaunseling bukan untuk orang yang menghadapi masalah sahaja,

    orang yang tidak menghadap masalah juga boleh datang.-

    membuat interpretasi

    Klien : tiada cikgu.

    Kaunselor : sepanjang cuti sekolah Acher ada keluar dari Malangang?

    Contohnya pergi makan angin atau berjalan-jalan.

  • 7/30/2019 Kaunselor

    2/20

    Klien : ada. Pergi ke Kampung Tombong.

    Kaunselor : apa yang ada disana?

    Klien : kerbau

    Kaunselor : maksud cikgu, apa yang menarik ada disana.

    Klien : emmm. Menarik dapat bermain dengan kawan.

    Kaunselor : emmm dapat bermain dengan kawan. Siapa kawan-kawanAcher yang ada disana? - parafrasa

    Klien : Dody, Malory, Sheldon, Leo, Banny dan Kenneth..

    Kaunselor : Emmmm.. ok. Sekali lagi cikgu mahu Tanya Acher, ada apa-

    apa mahu dikongsi hari ini?

    Klien : aaaa.aaaaaaa..

    Kaunselor : apa-apa sahaja yang acher mahu cerita.. macam mana di kelas

    Acher?- kemahiran menyoal

    Klien : Dikelas semua okey cikgu.

    Kaunselor : di kelas, dengan siapa Acher paling rapat?

    Klien : emmm.. Banny dan Saufi.Kaunselor : Ooooo.. itu kalu di kelas, kalau di sekolah ini?

    Klien : Doti, Dell, Nell, Banny dan Saufi.

    Kaunselor : semua tu tahun 3, betul? Kamu semua satu kampung ke?

    Klien : Saya, Doti dan Saufi sama kampung. Dell dan nell kampung lain.

    Kaunselor : Ooooo.. Acher anak keberapa dalam keluarga?

    Klien : anak pertama.

    Kaunselor : Ahaaa. Anak pertama. Jadi adik?

    Klien : anak kedua, umur tujuh tahun.

    Kaunselor : tahun 1 la.. siapa adik Acher?

    Klien : Easter, tahun satu.Kaunselor : Ooooo Acher hanya ada 2 orang adi beradik, maknanya

    dan bapa Acher masih muda lagi betul? kemahiran mendengar

    Klien : Masih muda

    Kaunselor : Oooo.. Emak bekerja?

    Klien : Emak jururawat di KK

    Kaunselor : Jadi, kalau Acher pulang dari sekolah, siapa yang ada dirumah?

    Klien : Datuk, nenek dan pak cik.

    Kaunselor : Datuk, nenek dan pakcik tinggal sekali bersama Acher?

    Klien : haah

    Kaunselor : bermakna di rumah Acher ada ramai la?Klien : Aaa.

    Kaunselor : kalau waktu lapang, Acher suka buat apa?

    Klien : Bermain game.

    Kaunselor : Game apa tu?

    Klien : PSP.

    Kaunselor : PSP.. game apa tu?

  • 7/30/2019 Kaunselor

    3/20

    Klien : Play Station

    Kaunselor : Ooooo.. Play Station. Pakai CD ke game tu?

    Klien : tidak, yang kecil tu cikgu.

    Kaunselor : emmm. Mini PSP la tu.. siapa yang belikan game tu?

    Klien : Pak cik.

    Kaunselor : Pak cik mahal ke game tu?Klien : tak tahu. Pak cik cakap RM1,000.

    Kaunselor : Pak cik bagi hadiah pada Acher ke apa game tu?-kemahiran

    menyoal

    Klien : Dia bagi pinjam sahaja..

    Kaunselor : Ehemm bagi pinjam sahaja. Game apa yang Acher suka

    main?- parafrasa

    Klien : Game lawan padang.

    Kaunselor : macam mana game tu? Boleh cerita dengan cikgu?

    Klien : Olympus nama game tu.

    Kaunselor : macam mana peraturan main game tu?Klien : kalu padang tekan tiga segi, kalau mahu lompat tekan S.

    Kaunselor : ehemmmm.- dorongan minima

    Klien : tekan l dan R kalau mahu naik tinggi

    Kaunselor : ehemmmmm.. sewaktu awal-awal td Acher ada cakap sayang

    sangat dengat emak dan bapa kn?- refleksi perasaan

    Klien : Betul.

    Kaunselor : Apa yang membuatkan Acher sayang sangat dengan mereka?

    Klien : bapa saya belikan basikal dan emak saya belikan mainan.

    Kaunselor : sebab itu sahaja?

    Klien : mereka tolong saya dan bagi duit dengan saya.Kaunselor : ehemmm kalau Acher ambil duit dari bapa dan emak. Acher

    kena buat apa?- menyemak persepsi

    Klien : tolong bapa cuci kereta di sungai.

    Kaunselor : bapa bagi berapa selalunya?

    Klien : RM 1

    Kaunselor : RM 1.. lagi.

    Klien : tolong emak masak juga ada. Dapat lagi RM 1 dan saya simpan di

    dalam tabung.

    Kaunselor : tabung besar tabung Acher?

    Klien : besar sikit.Kaunselor : Besar sikit? Buat atau beli tabung tu?

    Klien : beli..

    Kaunselor : Acher pernah kira ada berapa duit dalam tabung tu?

    Klien : sudah banyak sekarang. Saya tidak tahu ada berapa.

    Kaunselor : kalau tabung tu sudah penuh, dimana Acher simpan duit?

    Klien : Sembunyi dalam almari.

  • 7/30/2019 Kaunselor

    4/20

    Kaunselor : tidak hilang ke simpan dalam almari? Mana tahu adik ambil ke..

    Klien : tidaklah..saya kunci.

    Kaunselor : jadi. Acher sayang dengan emak dan bapa sebab mereka bagi

    duit dengan Acher.. dan beli mainan. Acher biasanya main

    dengan siapa?- konfrantasi

    Klien : dengan Adik.Kaunselor : adik Acher lelaki atau perempuan?

    Klien : perempuan

    Kaunselor : Oooo. Jadi dalam keluarga Acher siapa yang paling Acher

    sayang?

    Klien : semua..

    Kaunselor : memang la sayang semua, tapi mesti ada yang paling acher

    sayang.. contohnya Acher suka cerita masalah kepada orang

    tu.. -konfrantasi

    Klien : emmm.. emak, datuk, nenek dan bapa.

    Kaunselor : bermakna orang yang paling Acher sayang emak la.Emak Acherpergi kerja pukul berapa?-refleksi makna

    Klien : pukul 6

    Kaunselor : maknanya emak Acher pergi kerja. Acher masih belum pergi

    sekolah.

    Klien : belum

    Kaunselor : Siapa yang hantar Acher pergi sekolah?-kemahiran menyoal

    Klien : jalan kaki sahaja.

    Kaunselor : rumah Acher dekat dengan sekolah?

    Klien : jauh.

    Kaunselor : Acher jalan kaki sorang-sorang?Klien : Tidak.. adik dan kawan-kawan.

    Kaunselor : Emak Acher balik kerja pukul berapa?

    Klien : pukul 4 atau pukul 6 petang. Ada juga kadang-kadang pulang awal

    macam pukul 2.

    Kaunselor : kebiasaannya emak Acher pulang awal atau lewat?

    Klien : Awal sikit

    Kaunselor : Awal sikit tu macam mana?-meminta penjelasan

    Klien : Awal yang terlampau, tapi bukan terlampau.

    Kaunselor : ehaaa bermakna kalau makan tengahari emak akan masak di

    rumah kalau pulang awalKlien : Haah. Saya selalu minta emak nasi kuning tu.

    Kaunselor : selalunya makan sama-sama atau sendiri-sendiri?

    Klien : kami makan ramai-ramai saya, adik, bapa dan emak.

    Kaunselor : ehemmmm. Jadi datuk, nenek dan pak cik?

    Klien : mereka makan diluar.

    Kaunselor : macam mana pula dengan makan malam?

  • 7/30/2019 Kaunselor

    5/20

    Klien : makan sama-sama juga.

    Kaunselor : maknanya datuk, nenek dan pak cik pun ada sekali?-refleksi

    makna

    Klien : Aaa.

    Kaunselor : kebiasaannya berdoa dulu sebelum makan?

    Klien : Aaa. Datuk yang selalu baca doa.Kaunselor : Datuk baca doa macam mana?

    Klien : macam biasa la

    Kaunselor : cikgu mana biasa tu.. boleh Acher baca doa macam datuk acher

    baca?

    Klien : boleh. Tuhan berkatilah makanan ini kerana makanan ini akan

    buat kami sihal. Amen..

    Kaunselor : kenapa bukan Acher yang baca doa sebelum makan?

    Klien : saya belum tahu cikgu-pendedahan kendiri

    Kaunselor : tadi tu yang Acher baca?

    Klien : tadi tu pendek saja cikgu.Kaunselor : disebabkan Acher anak lelaki dalam keluarga, selepas ini Acher

    yang baca doa. Boleh?

    Klien : emmm. Boleh.

    Kaunselor : ok. Sekarang cikgu ada satu tugasan mahu Acher buat. Cikgu

    akan bagi Acher satu kertas kosong, kemudian Acher lukis gambar

    keluarga Acher. Siapa yang tinggal di rumah Acher.. Acher

    pandai melukis?

    Klien : pandai.

    Kaunselor : Cikgu bagi sedikit masa dengan Acher untuk melukis. Acher ada

    bawa pensil?Klien : ada.

    Kaunselor : cikgu bagi masa dalam 10 minit, kalu tidak cukup nanti cikgu

    tambah masa.

    Klien : (Klient melukis seperti yang disuruh oleh kaunselor)

    Kaunselor : boleh Acher terangkan apa yang Acher lukis?

    Klien : Ini emak, ini bapa, ini adik, ini saya, ini rumah saya dan kereta

    bapa saya.

    Kaunselor : eh. Dimana datuk, nenek dan pakcik?

    Klien : Di dalam rumah.-meminta penjelasan

    Kaunselor : Oooo. Didalam rumah di rumah Acer ada 7 orangsemuanya, betul?

    Klien : Aaa..

    Kaunselor : Acher ingat siapa jiran-jiran Acher?

    Klien : satu sahaja.

    Kaunselor : satu sahaja??? Daripada gambar ini rumah Acher besar ke?

    Klien : kecil sahaja, ada 4 bilik. Saya ada bilik sendiri. Nenek dan datuk

  • 7/30/2019 Kaunselor

    6/20

    kadang-kadang tidur di bilik saya.-meminta penjelasan

    kaunselor : ini gambar apa?

    Klien : matahari

    Kaunselor : maknanya ini waktu siang la.

    Klien : iya pak cik tu adik beradik dengan emak saya.

    Kaunselor : sudah ada uban ke rambut datuk dan nenek?Klien : ada banyak. Tapi nenek ada sikit sahaja.

    Kaunselor : cikgu suruh Acher lukis gambar keluarga supaya cikgu dapat

    tengok Acher tinggal dengan siapa dengan lebih jelas. Jadi lukisan

    ini cikgu simpan boleh?-merumus

    Klien : boleh..

    Kaunselor : jadi kalau Acher tiada apa-apa mahu di cakapkan lagi, cikgu

    ingatkan sekali lagi peraturan kita iaitu berkaitan kerahsiaan dan

    apa peranan cikgu dan apa peranan Acher. Acher cerita sahaja

    kalau ada apa-apa. Cikgu tidak akan cerita pada orang lain. Ada

    apa-apa lagi?-penstrukturan.Klien : tiada..

    Kaunselor : kalau tiada apa-apa. Acher boleh balik ke kelas

    Kaunselor : ok Acher. Boleh kita mulakan sekarang?

    Klien : boleh.

    Kaunselor : selamat pagi Acher.-membina hubungan

    Klien : selamat pagi cikgu.

    Kaunselor : sekarang kita masuk sesi kaunseling individu yang keberapa?

    Klien : kedua.

    Kaunselor : ok. Sesi kedua, cikgu nak ingatkan balik apa peraturan danperanan dalam sesi kaunseling. Acher masih ingat lagi?-meminta

    penjelasan

    Klien : tidak.

    Kaunselor : ok. Yang pertama berkaitan apa peranan cikgu dan apa peranan

    Acher. Cikgu akan banyak bertanya soalan dan Acher akan banyak

    menjawab soalan atau bercerita kepada cikgu. Kedua adalah

    berkaitan kerahsiaan, apa sahaja yang kita bualkan disini Acher

    tidak boleh cerita dengan orang lain. Termasuk kawan-kawan

    Acher di kelas. Boleh?-penstrukturan

    Klien : boleh.Kaunselor : Acher masih ingat apa yang kita sudah buat semasa sesi 1 dulu?

    Klien : tidak cikgu..

    Kaunselor : ok hari ini ada apa-apa yang Acher mahu berkongsi dengan

    cikgu?

    Klien : tak tahu

    Kaunselor : kelas Acher hari ini macam mana?

    Klien : okey-okeylah.

  • 7/30/2019 Kaunselor

    7/20

    Kaunselor : okey macam mana tu?-kemahiran menyoal

    Klien : banyak kawan seronok dan boleh bermain.

    Kaunselor : bermain??? Maksudnya Acher di kelas bermain la..

    Klien : tidaklah belajar.

    Kaunselor : sebelum ni Acher ada kelas apa?

    Klien : Pendidikan moral.Kaunselor : siapa yang ajar Pendidikan Moral?

    Klien : Cikgu Muhini.

    Kaunselor : Apa yang cikgu Muhini ajar dalam Pendidikan Moral?

    Klien : emmmm.. orang yang tidak menerima upah.

    Kaunselor : macam mana tu?-meminta penjelasan

    Klien : contohnya nenek minta tolong angkat barang, tidak perlu minta

    upah la.

    Kaunselor : apa yang cikgu muhini ajar Acher ada buat?

    Klien : ada..

    Kaunselor : ada??? Buat apa?Klien : emmmm. Tulis ayat di papan putih.

    Kaunselor : jadi apa yang cikgu Muhini ajar. Kalau kita buat sesuatu tidak

    perlu minta upah, betul?

    Klien : iya.

    Kaunselor : Acher pernah buat sesuatu di rumah kemudian minta upah?

    Klien : ada. Tapi kadang-kadang tidak.

    Kaunselor : yang ada tu Acher minta upah macam mana?-kemahiran menyoal

    Klien : saya tidak minta. Tapi diberi.

    Kaunselor : tidak minta.. habis siapa yang bagi?

    Klien : nenek dan emak.Kaunselor : nenek dan emak jadi kalau di kelas siapa yang paling rapat

    dengan Acher?

    Klien : emmmm.. Angel, Saufi dan Benny

    Kaunselor : Anggel anak cikgu Dalita ya.. kawan yang paling tidak rapat

    dengan Acher siapa?-meminta penjelasan

    Klien : Dell.

    Kaunselor : Dell???

    Klien : Dell, Dodi dan Angelina

    Kaunselor : kenapa tidak rapat dengan mereka?

    Klien : habis mereka menipu. Saya tidak suka orang yang menipu-pendedahan kendiri.

    Kaunselor : Oooo.. Acher tidak suka orang yang menipu.

    Klien : iya. Mereka juga suka membuli cikgu..

    Kaunselor : siapa yang mereka buli?

    Klien : saya dan orang lain. Kalau sudah siap kerja mereka akan

    mengacau.

  • 7/30/2019 Kaunselor

    8/20

    Kaunselor : mereka buli macam mana?

    Klien : kadang-kadang ada tumbuk ada tendang

    Kaunselor : itu buli la. Kacau macam mana?

    Klien : ada. Mereka kacau lagi kawan yang belum siap kerja.

    Kaunselor : ahaaaaa. Apa Acher buat kalau di buli dan di kacau?

    Klien : bagitahu cikgu.. guru besar.Kaunselor : bagitahu cikgu.. siapa yang Acher bagi tahu?

    Klien : kadang-kadang bagitahu. Kadang-kadang tidak.

    Kaunselor : itulah sebabnya Acher tidak rapat dengan tiga orang tu.

    Klien : Aaa.

    Kaunselor : jadi, selain dari 3 orang di kelas.. siapa lagi yang Acher tidk rapat di sekolah

    ni?

    Klien : Jason..

    Kaunselor : Jeson tahun berapa?

    Klien : emmm td dia kacau saya..

    Kaunselor : kacau???Klien : dia tumbuk saya..

    Kaunselor : tumbuk??? Tumbuk dimana?

    Klien : disini (menunjukkan bahunya)

    Kaunselor : lepas itu?

    Klien : dia tendang kayu, papan di sekolah yang sudah rosak. Nasib baik

    tidak berlubang.

    Kaunselor : Acher tahu kenapa dia menumbuk?

    Klien : tidak.

    Kaunselor : tidak? Acher tidak Tanya dengan Jason?

    Klien : malas mahu kawan dia.Kaunselor : tapi Acher kena Tanya la dia kenapa buat macam itu.. untuk

    yang akan datang Acher Tanya dia boleh? Macam mana Acher

    mahu Tanya?

    Klien : emmm.. Jason kenapa kau tumbuk saya???

    Kaunselor : boleh ke macam tu?

    Klien : boleh..

    Kaunselor : ok.. sekarang Acher bayangkan cikgu adalah Jason. Cuba

    Tanya kenapa Jason tumbuk Acher?

    Klien : Jason pukul dan cubit saya.

    Kaunselor : ahaaa jadi apa Acher buat? Acher ada ganggu orang lain?Klien : tidak. Kadang-kadang sahaja.

    Kaunselor : kadang-kadang sahaja kadang-kadang tu gangu siapa?

    Klien : Crystal dan kris

    Kaunselor : Apa yang Acher kacau?

    Klien : saya pegi tarik rambut dan tutup telinga mereka.

    Kaunselor : jadi apa yang mereka buat?

  • 7/30/2019 Kaunselor

    9/20

    Klien : mereka pukul saya balik..

    Kaunselor : kenapa Acher suka sangat berkawan dengan Banny dan Saufi?

    Klien : mereka suka bagi pinjam basikal kepada saya.

    Kaunselor : Acher ada basikal?

    Klien : tiada belum beli lagi

    Kaunselor : dimana selalunya Acher main basikal?Klien : di padang Kg Ramadan.

    Kaunselor : ok Acher ada apa-apa mahu deceritakan?

    Klien : tiada.

    Kaunselor : kalau tiada cikgu ada tugasan untuk Acher, lukis gambar kawan

    baik Acher. Bolehkan

    klien : (melukis gambar Saufi dan Benny)

    Kaunselor : tulis nama pada gambar tu sekali.

    Klien : Aaa..

    Kaunselor : selamat pagi Acher.-membinsa hubunganKlien : selamat pagi cikgu.

    Kaunselor : sekarang kita masuk sesi kaunseling individu yang ketiga

    Klien : ok.

    Kaunselor : ok. Sesi ketiga cikgu akan membuat penamatan sesi., cikgu nak

    ingatkan balik apa peraturan dan peranan dalam sesi kaunseling.

    Yang pertama berkaitan apa peranan cikgu dan apa peranan

    Acher. Cikgu akan banyak bertanya soalan dan Acher akan banyak

    menjawab soalan atau bercerita kepada cikgu. Kedua adalah

    berkaitan kerahsiaan, apa sahaja yang kita bualkan disini Acher

    tidak boleh cerita dengan orang lain. Sebelum cikgu menanatkansesi cikgu mahu tahu apa perasaan Acher sepanjang mengikuti

    sesi bersama cikgu.-penstrukturan

    Klien : gembira..

    Kaunselor : lagi selain gembira?

    Klien : rasa semangat.

    Kaunselor : apa yang membuatkan Acher rasa bersemangat?

    Klien : kerana saya dapat belajar.

    Kaunselor : apa yang Acher belajar?

    Klien : Bahasa melayu, muzik dan matematik

    Kaunselor : sekali lagi cikgu beri peluang kepada Acher untuk apa yang Achermahu cakap?

    Klien : tiada..

    Kaunselor : ok cik mahu mengucapka terima kasih kerana mengikuti sesi

    kaunseling dan menepati masa. Cikgu harap Acher akan belajar

    bersungguh-sungguh kerana pendidikan akan mengubah hidup

    kita, sekali lagi cikgu Tanya, ada apa-apa yang mahu Acher

    cakap?-merumus

  • 7/30/2019 Kaunselor

    10/20

    Klien : tiada

    Kaunselor : kalau tiada Acher boleh balik ke kelas dan kita tamatkan sesi disini.

    Ingat semua pesan cikgu dan belajar bersungguh-sungguh.

    Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai

    serta menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling/membantu.

    Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan

    dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi.

    Prof Datin Dr Aizan(2002) menyatakan antara kemahiran yang asas dalam membantu

    adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan klien bercakap,kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa,

    kemahiran mendengar, kemahiran memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi,

    kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran

    membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran meneroka, kemahiran

    pemfokusan, kemahiran mencabar, kemahiran berempati, kemahiran menghadapi

    kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi

    maklumat, kemahiran merumus, kemahiran meninjau klien, kemahiran konfrontasi dan

    kemahiran menyemak persepsi.

    Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klienuntuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak

    diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan

    proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor juga hendaklah

    menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.

    Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah cuba menjadikan

    klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil

    menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan

    bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan berasa terancam dan menjadi defensif

    (a) Membina hubungan

    Merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk

    membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara

    kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. . Kaunselor mesti membina suasana

    sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan dengan klien.

    Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana

    alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi

  • 7/30/2019 Kaunselor

    11/20

    muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali

    cara cara duduk dalam kaunseling. Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk

    membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah

    laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat

    membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan.

    Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajahyang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada

    sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada

    muka semasa berinteraksi. Antara aspek yang ditekankan ialah

    1. Pembentukan suasana yang kondusif.

    Pembentukan suasana yang kondusif merujuk kepada keselesaan bagi klien dan

    kaunselor. Keselesaan ini di khusukan kepada bebas dari gangguan seperti bau, bising,

    dan kedudukan perabut, susun ataur kerusi, dan pandangan yang tidak menghalang klien

    dari melihat kaunselor.

    2. Pembentukan suasana yang teraputik.

    Bagi pembentukan suasana yang teraputik pula, setelah suasana yang kondusif dipenuhi,

    suasana yang aman dan tenang tampa ganguan akan wujud dengan sendirinya, suasana

    aman dan tenang ini membolehkan perbincangan, penghayatan perasaan dan penglahiran

    idea tampa rasa terancam, suasana ini adalah suasana yang teraputik.

    3. Jarak(Ruang untuk komunikasi).

    Jarak dalam konteks ini merujuk kepada kedudukan klien dan kaunselor, jarak tidaklah

    harus jauh dan terlalu dekat, jarak yang ideal ialah1-1.5 meter, pada jarak ini segala bentu

    komunikasi dapat diperhatikan oleh kedua-dua pihak, dengan itu proses interpretasi dapatdilakukan dengan jayanya.

    4. Penerimaan tampa syarat.

    Merujuk kepada penerimaan tampa syarat oleh kaunselor terhadap klien.

    5. Personaliti dan gesture kaunselor.

    Kaunselor haruslah menampilkan imej yang kemas bagi mencipta keyakinan klient, gesture

    badan kaunselor juga amat penting bagi membina interpretasi yang baik dimata klien.

    Contoh :Kaunselor : Apa khabar hari ini?

    Klien : Baik

    Kaunselor : Terima kasih kerana sudi datang untuk sesi kaunseling

    Klien : Sama-sama

    (b) Mendengar dengan aktif

  • 7/30/2019 Kaunselor

    12/20

    Merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal

    ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk

    percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien,

    kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk

    mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri (body

    language) klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Segala tingkah lakuklien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu

    pengucapannya itu. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya

    pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang

    perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui

    tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.

    Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Brammer (1973) merumuskan

    : tampa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kepada kefahaman, maka

    komunikasi tidak wujud. Mendengar dengan aktif amat penting dalam setiap tahap

    kaunseling, pentingnya mendengar secara aktif kereana ianya melibatkan tiga kompenen

    iaitu kontak mata, gaya mendengar, dan respon, ketiga kompenen ini menunjukkantindakan memberi perhatian dengan aktif ataupun mendengar dengan aktif.

    Contoh:

    Kaunselor : tadi kamu ada menyatakan saying dengan emak kamu? Betul..

    Klien : iya.. saya ada cakap begitu tadi.

    (c) Dorongan minima

    Dorongan minima adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor bagi menggalakkan

    klien meluahkan isi hati mereka. Ia membolehkan klien rasa bahawa kaunselor sedang

    mendengar dan menumpukan perhatian terhadapnya apa yang diceritakan oleh klien.Contoh dorongan minima menganggukkan kepala, senyuman, wajah yang tenang atau

    menggunakan separa bahasa seperti Mmm! Mmm!, Hmm! Hmm!.

    Klien : saya merasakan diri saya sudah tidak suci lagi.

    Kaunselor : hmmm. (sambil mengangguk kepala)

    (d) Pendedahan Kendiri

    Kaunselor menggunakan kemahiran ini apabila dia berhajat untuk mendapat klien

    berkongsi sesuatu maklumat dengannya. Matlamat yang didedahkan hendaklah

    bersesuaian dan berfungsi. Maklumat yang boleh menyebabkan klien berasa rendah diri

    atau kurang cekap hendaklah dielakkan. Pendedahan kendiri disini merujuk kepadamendedahkan perihal peribadi kepada oaring lain, dalam erti kata lain menceritakan kisah

    peribadi bagi tujuan untuk difahami dan dibantu atau hanya satu bentuk perkongsian.

    Pendedahan kendiri boleh juga melibatkan kaunselor, dimana menceritakan kisah

    kaunselor dari segi pengalaman.

    Contoh :

  • 7/30/2019 Kaunselor

    13/20

    Klien : Cikgu, saya selalu bergaduh dengan rakan sampai muka saya jadi

    lebam

    Kaunselor : Kawan cikgu dulu pun bertumbuk sampai lebam dan ada lagi yang

    sampai masuk hospital sebab luka

    (e) Kemahiran MenyoalDalam peringkat penerokaan, soalan terbuka amat digalakkan iaitu soalan yang tidak

    memerlukan jawapan yang khusus. Manakala, soalan tertutup hanya digunakan pada

    situasi yang sesuai tetapi harus dielakkan supaya klien aktif meluahkan masalahnya.

    Namun begitu, ada kalanya pertanyaan atau pun soalan langsung tidak mendapat

    sebarang jawapan. Oleh yang demikian, soalan yang hendak ditanyakan biarlah sesuai,

    mudah difahami dan menyenangkan klien menjawab dengan rela.

    Soalan tertutup:

    Soalan tertutup merujuk kepada menghadkan jawapan kepada satu atau beberapa

    perkataan sahaja, dan jawapan ini memberikan jawapan yang khusus. Soalan tertutup

    bertujuan untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta.

    Soalan terbuka:

    Soalan terbuka ini bertujuan untuk menjemput perbincangan, perjelasan, dan huraian yang

    panjang lebar, ia tidak memerlukan jawapan yang khusus.

    Soalan terbuka juga penting dalam menggalakkan penerokaan serta memberikan ruang

    kepada klien meluahkan perasaan mengikut arah yang dipilihnya sendiri tanpa dikhususkan

    oleh kaunselor, dimana klien yang mengawal rundingan.

    Kaunselor : Apakah perasaan kamu apabila diejek oleh rakan?

    Klien : Saya tidak suka kawan mengejek saya sebab sama seperti

    menghinaKaunselor : Boleh jelaskan dengan cikgu, kenapa kamu rasa dihina bila diejek

    oleh rakan?

    (f) Konfrontasi

    Konfrontasi adalah kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah

    laku tanpa lisan mereka. Konfrontasi teknik yang digunakan oleh kaunselor bagi

    mengetahui dengan lebih mendalam ruang dalaman klien. Teknik ini perlu digunakan dalam

    situasi yang sesuai supaya tidak menyebabkan klien berdiam diri. Kemahiran ini hanya

    dilaksanakan selepas terbentuknya hubungan yang baik antar klien dengan kaunselor.

    Kaunselor perlu menggunakan nada suara yang lembut, yang mengambil unsur-unsur

    mengambil berat supaya mesej yang disampaikan tidak disalahtafsirkan.Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya

    atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan

    apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari

    suatu sudut yang berlainan

    Contoh:

  • 7/30/2019 Kaunselor

    14/20

    Klien : Bilakah rombongan ke Melaka itu akan bertolak?

    Kaunselor : Saudara telah menyatakan beberapa kali saudara tidak

    meminati rombongan tersebut, tetapi saudara kerap

    bertanya .Konfrontasi menimbulkan suatu risiko tetapi jika Berjaya akan dapat mempercepatkan

    proses kaunseling. Sekiranya perhubungan di antara kaunselor dengan klien belum mesra

    atau kukuh, konfrotasi hendaklah dielakkan.

    Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya

    atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan

    apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari

    suatu sudut yang berlainan.

    g) kemahiran menyemak persepsi

    Ia merupakan kemahiran dimana klien dirasionalkan oleh kaunselor berkaitan dengansesuatu perkara. Contohnya menyatakan tingkahlaku yang negatif klient tidak dapat

    membezakannya.

    Contoh:

    Klien : saya sering bergaul dengan gangster dan suka bergaduh

    Kaunselor : pada kamu perbuatan tersebut baik ataupun tidak?

    h) Parafrasa

    Merupakan kemahiran mengulang ayat klient tanpa mengubah makna asal. Ia bertujuan

    untuk mendapatkan kepastian dan menyatakan bahawa kaunselor faham dengan apa yangdinyatakn oleh klient. Selain itu ia juga adalah respon kaunselor setelah mendengar isi dan

    memerhati tingkahlaku klien, pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam ayat yang agak

    pendek, kebiasaannya, prafrasa melibatkan penggunaan kembali maksud atau ayat klien

    dalam bentuk yang lain tampa mengubah makna

    Contoh:

    Klien : saya berasa tidak selesa berada disini.

    Kaunselor : oooo. Kamu tidak selesa disini

    i) Kemahiran Refleksi Perasaan / EmosiRefleksi emosi juga merujuk kepada refleksi perasaan iaitu respon kaunselor untuk

    menggambarkan emosi klien bagi menunjukkan empati kaunselor.

    Contoh ;

    Klien : Bila dapat buktikan pada makcik bukan saya yang ambil duit

    simpananya, barulah saya rasa lega kerana ayah masih

  • 7/30/2019 Kaunselor

    15/20

    mempercayai saya.

    Kaunselor : Jadi, sekarang kamu merasa lebih selamat dan tenang?

    Kaunselor merefleksi keadaan emosi klien pada ketika itu dan dengan itu

    mengkomunikasikan penerimaannya terhadap klien. Dengan itu, klien akan merasa dirinya

    difahami dan seterusnya menjadi lebih terbuka dalam mempersepsikan masalahnya.

    j) Kemahiran Refleksi Makna / Isi

    Refleksi isi merupakan respon kaunselor untuk menggambarkan isi perbualan dengan klien

    yang menunjukkan kefahaman kaunselor. Isi perbincangan mungkin dibuat berdasarkan

    kepada beberapa sesi pertemuan yang telah berlangsung. Tujuannya adalah untuk

    membuat semakan. Disamping itu juga, memberi keyakinan kepada klien bahawa

    masalahnya diberi sepenuh perhatian oleh kaunselor.

    Refleksi isi biasanya dibuat dalam situasi-situasi seperti ;

    - Kaunselor menstruktur permulaan sesi kaunseling dengan mengimbas kembali perkarayang telah dibincangkan dalam temubual yang lalu

    - Klien mula membuat kenyataan yang mengelirukan dan tiada kaitan dengan masalahnya

    - Apabila hendak mengambil sesuatu tindakan akan datang, kaunselor dan klien membuat

    penilaian apa yang telah dipelajari dari perbincangan sebelumnya

    - Pada peghujung sesi, kaunselor memberitahu klien apa yang didapati dan telah dipelajari

    daripada sesi tersebut.

    Contoh:

    Klien : kadang-kadang saya akan mimpi yang bukan-bukan

    membuatkan saya terganggu.Kaunselor : bermakna kamu tidak dapat tidur dan ia member kesan

    kepada hidup kamu, betul?

    k) Kemahiran meminta penjelasan.

    Merupakan kemahiran yang perlu ada kepada kaunselor dalam menjalankan sesi. Ia adalah

    keadaan dimana kenyataan dari klient untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang

    apa yang telah dibincangkan.

    Contoh:

    Kaunselor : tadi kamu cakap nenek dan datuk tinggal bersama

    kamu, tetapi tidak dilukis disini.Klien : oooo.. datuk dan nenek berada didalam rumah.

    Sebab itu saya tidak melukis gambar mereka.

    l) Membuat interpretasi

    Keadaan dimana kaunselor menjelaskan makna apa yang telah dibincangkan dan apa isu

    tersirat yang klient tidak Nampak semasa berbincang. Ia merupakan suatu proses aktif

  • 7/30/2019 Kaunselor

    16/20

    dimana kaunselor menjelaskan makna perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut

    kefahaman kaunselor dari perspektif yang baru, kemahiran ini bererti memberi penghuraian

    kepada klien supaya klien dapat melihat perkara dari sudut perspektif yang berbeza.

    Contoh:

    Klien : tekanan yang saya alami ini hanya tuhan yang tahuKaunselor : saya faham. Tekanan kamu bukan sahaja disebabkan

    masalah tersebut sahaja. Tetapi juga msalah yang lain.

    m)Kemahiran merumus

    Kemahiran merumus adalah satu proses untuk merangkum beberapa idea yang telah

    dibincang dan perasaan-perasaan yang diluahkan oleh klient. Kaunselor memberi tumpuan

    kepada perkara-perkara seperti;

    - apa yang telah klient ucapkan (isi)

    - bagaimana ia menyatakan perasaannya (emosi ketika itu)- maksud, masa dan kesan kenyataannya (proses).

    Tujuan membuat rumusan ialah untuk menimbulkan kefahaman yang mendalam dan

    kesedaran diri klient dalam proses tolong bantu, bimbingan dan penyelesaian kepada

    sesuatu masalah.

    Kemahiran membuat rumusan terbahagi kepada dua iaitu rumusan kecil dan rumusan

    besar. Rumusan kecil ialah penerangan terhadap susuatu isu yang telah dibingcangkan,

    manakala rumusan besar pula ialah ringkasan keseluruhan bagi member gambaran

    tentenag apa yang telah dibincangkan.

    Contoh:

    Klien : itu sahaja yang dapat saya kongsikan setakat ini.

    Kaunselor : berdasarkan apa yang telah kamu ceritakan, saya dapat

    merumuskan bahawa keluarga kamu sangat sayangkan kamu,

    tetapi mungkin ada sesuatu yang menyebabkan kamu berasa

    tersisih atau tidak diberi perhatian

    Rumusan kecil

    Rumusan ini dibuat bebrapa kali dalam satu sesi dan bertujuan untuk membantu klienmengingat kembali apa yang sedang dibincangkan.

    Contoh:

    Kaunselor: Jadi imran pada minggu lalu kita telah membincangkan

    tentang................dan.........

  • 7/30/2019 Kaunselor

    17/20

    Rumusan besar

    Rumusan besar ini merujuk kepada rumusan penamat atas segala sesi yang pernah

    dilakukan dan di bincangkan.

    Contoh:

    Kaunselor: sebelum saya menutup sesi bagi permasalahan kamu ini maka, saya akanmerumuskan apa yang telah kita lalui sepanjang sesi berlangsung

    Proses kaunseling bermula dengan pra-sesi membina hubungan dan membuat

    penstrukturan antara kaunselor dengan klien. Hubunganboleh terbina apabila persediaan

    kaunselor memadai, layanan yang baik diberikan dan perbualan antara kaunselor dengan

    klien berlaku dalam keadaan yang selesa dan terpeutik.

    (a) Prasesi

    Persediaan bagi kaunselor untuk peringkat ini bergantung kepada situasi di mana khidmatkaunseling itu diberikan sama ada klien dirujuk atau datang sendiri. Pada peringkat ini,

    kaunselor perlu menyediakan diri dengan mengetahui serba sedikit tentang profil klien

    menurut Abdul Ghani Sulaiman (2003). Ini boleh dilakukan dengan meminta klien mengisi

    borang biodata yang berkaitan tentang peribadi, peralatan fizikal, dan maklumat atau rekod-

    rekod mengenai klien. Antara kemahiran yang diperlukan adalah seperti berikut:

    Perancangan prasesi

    Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien

    untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak

    diskripsi tugas klien, ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan

    proses membina matlamat kemudian nanti. Tingkah laku dan prestasi yang ditunjukkanoleh bakal klien hendaklah disenaraikan manakala tingkah laku standard dan prestasi yang

    dijangka juga perlu disediakan..Kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa

    yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.

    Keselesaan klien

    Di awal sesi, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien lebih selesa, tetapi jangan

    bercakap berbelit-belit sehingga boleh mengelirukan klien. Nyatakan sebab pertemuan

    dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang

    dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Kaedah yang dijalankan tidak

    mengancam klien agar klein tidak berasa terancam agar matlamat kaunseling tercapai.

    (b) Kemahiran Membina Hubungan

    Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan

    memberikan tanggapan pertama yang positif.Kaunselor mesti membina suasana sekeliling

    dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Berikut adalah beberapa

    kemahiran asas yang diperlukan:

  • 7/30/2019 Kaunselor

    18/20

    Membina suasana sekeliling.

    Oleh kerana sesi perbincangan kaunseling selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit

    atau lebih serta tajuk perbincangan adalah serius, tempat yang sesuai diperlukan. Kerusi

    meja yang sesuai perlu disediakan seperti kerusi idak menyakitkan pinggang, atau

    bergoyang-goyang sehingga mengganggu tumpuan atau pemikitan. Keadaan bilik tidak

    terlalu panas, terlalu sempit atau terlalu bising. Jangan gunakan tempat lalu-lalangsehingga mengganggu pemerhatian klien atau kaunselor. Tidak ada bau yang tidak

    menyenangkan seperti bau dari tandas yang berdekatan atau fail atau buku yang bertimbun

    di atas meja sehingga menyusahkan penglihatan klien atau kaunselor.

    Kaunselor perlu membina hubungan yang baik dengan klien bagi menggalakkan klien

    bercerita atau meluahkan perasan secara tidak langsung tanpa dipaksa. Hubungan yang

    baik dapat membantu kaunselor memahami masalah klien dengan lebih mendalam lagi.

    Menurut Mizan Adiliah, Halimatun Haliliah (2002), kemahiran membina hubungan bertujuan

    memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan

    pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yangmenyakinkan dan membentuk kemesraan. Menurutnya lagi antara tingkah laku yang

    ditonjolkan oleh kaunselor adalah seperti menunjukkan tingkah laku lisan yang mesra,

    menunjukkan keinginan untuk menolong, mendengar apa yang diperkatakan oleh klien.

    Selain itu juga, kaunselor perlu membina suasana alam sekeliling, suasana tereutik, jarak

    iaitu ruang bagi berkomunikasi, penampilan diri, kontak mata, kedudukan dan pergerakan

    tubuh badan, senyuman dan nada suara.

    Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran membina hubungan perlu

    diaplikasikan sepanjang sesi bagi mewujudkan kejelikitan dan suasana yang terapeutik

    antara kaunseling dan klien. Suasana terapeutik ini bukan sahaja antara kaunselor dank

    lien tetapi perlu memperhatikan suasana fizikal yang kondusif dan jarak antara ke dua-duanya.

    (c) Penerokaan masalah

    Tugas kaunselor adalah utnuk mendapatkan maklumat yang relevan untuk

    memberi makna kepada masalah dan menganalisis meklumat tersebut untuk mencari

    punca masalah. Masalah yang timbul berpunca daripada tiga keadaan samada diri sendiri,

    orang lain tetapi melibatkan diri klien dan takdir yang berlaku. Setelah punca masalah dapat

    dikenalpasti kaunselor bersama klien akan menganalisis secara terperinci.

    Kemahiran meneroka dengan mengaplikasikan segala asas kemahiran kaunseling. Ini

    bertujuan untuk membantu kaunselor membuat penerokaan secara mendalam terhadapkliennya dan menimbulkan perasaan empati terhadap permasalahan klien. Pernyataan

    klien pada peringkat awal tidak semestinya betul dan tepat, tetapi terpulang pada

    kebijaksanaan kaunselor mencungkil mempelawa dan memujuk kliennya menghuraikan

    aspek-aspek tertentu dalam masalah itu. Semua ini akan membatu kaunselor mengenal

    pasti punca dan pokok masalah awal.

    Menurut Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat penerokaan adalah proses berlakunya

  • 7/30/2019 Kaunselor

    19/20

    komunikasi yang didorong keikhlasan dan kejujuran serta berterus terang terhadap peranan

    sebenar yang hendak dibincangkan antara ke dua-dua pihak. Segala perasaan tidak logic,

    tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor atau klien perlu dihindari supaya tidak

    mengganggu pencapaian matlamat sebenar kaunseling.

    Bagi menjayakan sesi penerokaan kaunselor perlu bermatlamat untuk mendapatkan

    sebanyak yang mungkin permasalahan klien. Selain itu, kaunselor juga perlu mewujudkanperasaan terapeutik di dalam sesi.

    (d) Mengenal Pasti Masalah dan Menentukan Matlamat Kaunseling

    Peringkat ini dilakukan selepas meneroka masalah klien sepenuhnya. Tujuannya

    adalah untuk memudahkan kaunselor membantu klien menyelesaikan masalah yang di

    hadapi klien. Ianya dibentuk hasil daripada perbincangan antara klien dan kaunselor

    setelah masalah klien dikenalpasti. Kemahiran yang dilakukan pada peringkat ini adalah

    untuk membantu memperjelaskan semula punca masalah dan membentuk matlamat sesi.

    Selain itu, kemahiran yang lebih mencabar seperti konfrantasi dan membuat interpretasi

    juga memainkan peranan yang amat penting.

    (e) Memilih Alternatif Penyelesaian dan Tindakan

    Kaunselor berbincang dengan klien untuk membentuk pelan tindakan. Mereka

    akan membincangkan alternatif yang dipilih dengan mengambil kelebihan dan kekurangan

    setiap pilihan yang dipilih. Kaunselor akan menentukan jangka masa sesuatu perubahan

    harus berlaku. Selain itu, kaunselor bertanggungjawab menilai kejayaan sesuatu alternatif

    yang dipilh melalui maklumbalas yang diterima oleh klien itu sendiri.

    Dalam memilih strategi-strategi ini, Suradi (1996) berpendapat bahawa ada empat strategi

    yang harus diutamakan oleh seseorang kaunselor bagi memberi informasi kepada

    kliennya.1. Satu gambaran tentang pendekatan rawatan yang ada kaitan dengan kliennya

    2. Ada persefahaman pada tiap-tiap prosedur

    3. Kemungkinan sesuatu keadaan bagi setiap taip-taip prosedur itu termasuklah kebaikan

    dan risikonya sekali

    4. Waktu dan aktiviti-aktiviti yang terlibat pada setiap strategi itu

    Kesimpulannya, peringkat alternatif penyelesaian dan tindakan kaunselor perlu

    Prihatin terhadap kemampuan perkembangan klien supaya dapat mengambil tindakan yang

    sesuai bagi membantu klien.

    (f) Penamatan dan susulanMembuat penematan adalah peringkat akhir dalam sesi akaunseling

    Selepas klien dapat membantu dan memilih alternatif yang dianggap sesuai bagi mengatasi

    masalah yang dihadapinya.

    Pada peringkat ini, kaunselor perlu menggunakan peneguhan dengan tujuan menyakinkan

    pelajar dan memastikan pelajar benar-benar melaksanakan alternatif yang dipilih. Selain itu,

    kaunselor juga perlu memastikan objektif klien tercapai dan dia dapat mengaplikasi

  • 7/30/2019 Kaunselor

    20/20

    pembelajarn yang diperolehi semasa sesi di dalam pergaulan seharian. Kemahiran lain

    yang perlu dilakukan oleh kaunselor iaitu menstruktur sesi untuk penamatan, menyemak

    semula kemajuan dan pencapian matlamat dan pengukuhan pembelajaran yang diperolehi.

    Secara keseluruhannya, proses kaunseling diakhiri dengan penamatan iaitu kaunselor akan

    membuat rumusan besar pada peringkat ini. Kaunselor akan menyatakan semula isi

    penting yang diceritakan oleh klien pada awal sesi hingga mendapat jalan penyelesaian