kata pendahuluan -...

3
MUKA SURAT v KATA PENDAHULUAN RANCANGAN MALA YSIA KESEMBILAN 2006-2010 Kata Pendahuluan Negara kini berada di pertengahan jalan dalam perjuangan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti. Pengalaman telah mengajar kita bahawa pendakian seterusnya nanti akan lebih curam, berliku dan pastinya mencabar. Dalam fasa 15 tahun seterusnya menjelang tahun 2020, Malaysia perlu menangani pelbagai perubahan besar dalam dunia global, di samping menambahbaik dan meningkatkan persekitaran domestik negara. Menyedari hakikat ini, Kerajaan memperkenal Misi Nasional, satu rangka kerja dasar dan pelaksanaan yang menggariskan keutamaan negara untuk tempoh 15 tahun yang akan datang, seiring dengan Rancangan Malaysia Kesembilan. Misi Nasional memberikan penekanan terhadap pelaksanaan program yang meningkatkan keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global, memperkukuh perpaduan negara dan mewujudkan pengagihan pendapatan dan kekayaan serta kualiti hidup yang lebih baik di kalangan rakyat. Misi ini telah menggariskan lima teras utama yang mesti dilaksanakan demi mencapai matlamat dan cita- cita negara. Rancangan Malaysia Kesembilan akan menggerakkan agenda pembangunan negara untuk tempoh lima tahun pertama dalam Misi Nasional ini, dengan matlamat untuk menterjemahkan teras tersebut kepada program yang membuahkan hasil. Sejajar dengan itu, Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka untuk mencapai tahap ekonomi negara yang lebih kukuh dengan nilai ditambah yang lebih tinggi, di samping memberikan tumpuan kepada isu sosioekonomi dan meningkatkan mutu hidup rakyat keseluruhannya. Inisiatif pembangunan yang PERDANA MENTERI MALAYSIA

Upload: hoangnga

Post on 28-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Pendahuluan - ww1.utusan.com.myww1.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/bahasa/kata_pen… · meningkatkan persekitaran domestik negara. Menyedari hakikat ini, Kerajaan

MUKASURAT

v

KA

TA

PE

ND

AH

UL

UA

NR

AN

CA

NG

AN

MA

LA

YS

IA K

ES

EM

BIL

AN

20

06

-20

10

Kata Pendahuluan

Negara kini berada di pertengahan jalan dalam perjuangan menjadi sebuah

negara maju pada tahun 2020 nanti. Pengalaman telah mengajar kita bahawa

pendakian seterusnya nanti akan lebih curam, berliku dan pastinya mencabar.

Dalam fasa 15 tahun seterusnya menjelang tahun 2020, Malaysia perlu menangani

pelbagai perubahan besar dalam dunia global, di samping menambahbaik dan

meningkatkan persekitaran domestik negara. Menyedari hakikat ini, Kerajaan

memperkenal Misi Nasional, satu rangka kerja dasar dan pelaksanaan yang

menggariskan keutamaan negara untuk tempoh 15 tahun yang akan datang,

seiring dengan Rancangan Malaysia Kesembilan.

Misi Nasional memberikan penekanan terhadap pelaksanaan program yang

meningkatkan keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global, memperkukuh

perpaduan negara dan mewujudkan pengagihan pendapatan dan kekayaan

serta kualiti hidup yang lebih baik di kalangan rakyat. Misi ini telah menggariskan

lima teras utama yang mesti dilaksanakan demi mencapai matlamat dan cita-

cita negara.

Rancangan Malaysia Kesembilan akan menggerakkan agenda pembangunan

negara untuk tempoh lima tahun pertama dalam Misi Nasional ini, dengan

matlamat untuk menterjemahkan teras tersebut kepada program yang membuahkan

hasil. Sejajar dengan itu, Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka untuk mencapai

tahap ekonomi negara yang lebih kukuh dengan nilai ditambah yang lebih

tinggi, di samping memberikan tumpuan kepada isu sosioekonomi dan

meningkatkan mutu hidup rakyat keseluruhannya. Inisiatif pembangunan yang

PERDANA MENTERI

MALAYSIA

Page 2: Kata Pendahuluan - ww1.utusan.com.myww1.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/bahasa/kata_pen… · meningkatkan persekitaran domestik negara. Menyedari hakikat ini, Kerajaan

vi

MUKASURAT

akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan ini juga akan berpandukan kepada

prinsip Islam Hadhari.

Infrastruktur berkualiti dan kemudahan yang perlu akan terus dibina di seluruh

negara bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat. Namun,

memperkukuhkan modal insan dan membawa perubahan budaya dan sikap

pastinya merupakan satu cabaran utama dalam tempoh Rancangan ini. Faktor

yang paling utama bagi menjadi sebuah negara maju ialah keupayaan dan

keperibadian masyarakat negara tersebut. Malaysia tidak boleh lagi dilihat sebagai

sebuah negara yang memiliki ‘infrastruktur kelas pertama’ tetapi ‘mentaliti kelas

ketiga’. Kita perlu menerapkan pendekatan yang menyeluruh terhadap

pembangunan modal insan, yang menekankan bukan sahaja ilmu pengetahuan

dan kemahiran tetapi juga nilai etika, minda yang progresif dan kesedaran

budaya yang tinggi.

Rancangan Malaysia Kesembilan bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan

bersama dengan pengagihan yang lebih luas dan saksama. Kita telah menetapkan

sasaran untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar

kemiskinan keseluruhan kepada separuh, iaitu 2.8 peratus pada tahun 2010.

Selain itu, Kerajaan juga terus komited untuk merapatkan jurang pendapatan,

guna tenaga dan pemilikan aset di kalangan rakyat melalui langkah-langkah

yang adil dan bersesuaian.

Untuk merapatkan jurang antara bandar dengan luar bandar serta antara wilayah

yang membangun dengan kurang membangun, Kerajaan akan meningkatkan

peruntukan pembangunan untuk kawasan luar bandar dan wilayah kurang

membangun. Bagi tujuan ini, Kerajaan akan memberikan penekanan kepada

pembangunan wilayah di kawasan sempadan antara negeri termasuk

membangunkan Koridor Utara yang merangkumi beberapa kawasan di negeri

Perlis, Kedah, Perak Utara dan Pulau Pinang; Koridor Timur yang merangkumi

beberapa kawasan di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang; Koridor Selatan

yang memfokuskan kepada Johor Selatan; serta negeri Sabah dan Sarawak.

Kualiti hidup masyarakat akan terus diberikan sepenuh perhatian. Pada masa

yang sama, kita harus menguruskan sumber asli negara dengan bijak dan

berhemat, demi masa depan negara dan generasi seterusnya.

Kita akan memberikan tumpuan khusus terhadap usaha penambahbaikan

mekanisme pelaksanaan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian, agar program

yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat yang disasarkan dengan berkesan.

Kita akan terus meningkatkan usaha bagi menutup ruang untuk rasuah, amalan

tidak sihat serta penyalahgunaan kuasa daripada berlaku, baik di sektor awam

mahupun swasta. Inisiatif juga akan diperkenalkan untuk terus meningkatkan

ketelusan serta mengurangkan pembaziran. Bagi memperbaik mutu penyampaian

perkhidmatan awam, Kerajaan akan terus mengurangkan kerenah birokrasi dan

menambah baik perkhidmatan agensi barisan hadapan.

Page 3: Kata Pendahuluan - ww1.utusan.com.myww1.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/bahasa/kata_pen… · meningkatkan persekitaran domestik negara. Menyedari hakikat ini, Kerajaan

MUKASURAT

vii

KA

TA

PE

ND

AH

UL

UA

NR

AN

CA

NG

AN

MA

LA

YS

IA K

ES

EM

BIL

AN

20

06

-20

10

Untuk kita mencapai semua objektif dalam Rancangan Malaysia Kesembilan

dan Misi Nasional ini, semua pihak – sektor awam, sektor swasta, badan bukan

kerajaan dan masyarakat umumnya – perlu turut sama mengambil bahagian

dan memainkan peranan masing-masing. Rakyat Malaysia perlu terus bersatu

dan menyokong usaha Kerajaan untuk membina sebuah negara yang makmur

dan mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua. Menyedari akan

pentingnya kerjasama dan usaha bersepadu semua pihak, kita telah memilih

Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai tema Rancangan

Malaysia Kesembilan.

Rancangan Malaysia Kesembilan ini dirangka setelah mendapat pandangan

dan input segenap lapisan masyarakat di seluruh pelusuk negara. Rancangan

ini telah mengkaji dan mengambil kira semua pandangan dan cadangan yang

dikemukakan dengan adil dan seimbang. Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya

ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak

yang telah memberikan kerjasama dan sokongan. Harapan saya, semangat

kerjasama seumpama ini akan terus diperkukuh untuk tahun-tahun akan datang.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bekerja bersama-sama saya dalam

menjayakan Rancangan Malaysia Kesembilan dan Misi Nasional ini.

DATO’ SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI

Perdana Menteri Malaysia

Putrajaya

31 Mac 2006