kata kunci karangan upsr

4
KATA KUNCI/SOALAN : faedah mengikuti lawatan sambil belajar faedah kokurikulum faedah membaca faedah bersukan Contoh soalan : Sekolah kamu sering mengadakan lawatan sambil belajar. Kamu selalu menyertai lawatan yang telah diadakan di sekolah kamu. Tuliskan faedah mengikuti lawatan sambil belajar yang pernah kamu lawati. Setiap sekolah sering mengadakan aktiviti ___________________. Guru-guru dan ibu bapa menggalakkan kita mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Banyak faedah yang diperolehi apabila menyertai kegiatan ini. Apabila kita _____________________________________ , pengetahuan kita akan bertambah. Sebagai contoh, kita memperolehi pengetahuan daripada penglibatan tersebut. Pengetahuan tersebut boleh kita manfaatkan dalam pembelajaran dalam kelas. Seterusnya, apabila kita ___________________________________ , bermakna kita manfaatkan masa lapang kita dengan aktiviti berfaedah. Jika kita tidak melakukan aktiviti tersebut kemungkinan kita akan melakukan aktiviti yang tidak baik seperti berkawan dengan budak nakal. Kesannya , kita boleh

Upload: nurul-jaa

Post on 31-Jul-2015

245 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata kunci  karangan upsr

KATA KUNCI/SOALAN :

faedah mengikuti lawatan sambil belajar faedah kokurikulum faedah membaca faedah bersukan

Contoh soalan :

Sekolah kamu sering mengadakan lawatan sambil belajar. Kamu selalu menyertai lawatan yang telah diadakan di sekolah kamu. Tuliskan faedah mengikuti lawatan sambil belajar yang pernah kamu lawati.

Setiap sekolah sering mengadakan aktiviti ___________________. Guru-guru dan ibu bapa menggalakkan kita mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Banyak faedah yang diperolehi apabila menyertai kegiatan ini.

Apabila kita _____________________________________ , pengetahuan kita akan bertambah. Sebagai contoh, kita memperolehi pengetahuan daripada penglibatan tersebut. Pengetahuan tersebut boleh kita manfaatkan dalam pembelajaran dalam kelas.

Seterusnya, apabila kita ___________________________________ , bermakna kita manfaatkan masa lapang kita dengan aktiviti berfaedah. Jika kita tidak melakukan aktiviti tersebut kemungkinan kita akan melakukan aktiviti yang tidak baik seperti berkawan dengan budak nakal. Kesannya , kita boleh terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti mencuri.

Selain itu, aktiviti ____________________________________dapat memberi hiburan kepada kita. Jika hati kita terhibur, hati dan perasaan kita akan menjadi tenang.

Page 2: Kata kunci  karangan upsr

Sebagai kesimpulannya, kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Masa itu emas. Jadi gunakanlah masa itu sebaik mungkin.

LAPORAN

KATA KUNCI/SOALAN :

hari guru hari sukan hari kanak-kanak hari penyampai hadiah sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah hari kantin program gotong-royong peringkat sekolah

contoh karangan

Hari ________________________ di Sekolah Saya

Pada ______________ yang lalu, sekolah saya , Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan telah mengadakan Hari ____________________ . Majlis ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankanoleh pihak sekolah. Tujuan majlis diadakan untuk mencungkil bakat dan mengeratkan silaturrahim warga sekolah.

Setengah jam sebelum majlis bermula, ibu bapa / guru-guru telah memenuhi padang / dewan . Mereka duduk di tempat yang disediakan. Murid-murid tidak sabar menanti majlis dimulakan.

Pada jam 8.15 pagi, majlis telah dimulakan. Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Dalam ucapan Yang DIpertua PIBG telah

Page 3: Kata kunci  karangan upsr

melahirkan rasa bangga kerana majlis yang begitu meriah dapat diadakan.

Pada jam 9 pagi, majlis dimulakan dengan acara ________________. Peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memenangi pertandingan yang dijalankan. Ibu bapa dan guru-guru memberi tepukan kepada peserta.

Acara ditangguhkan pada jam 10.15 pagi untuk murid-murid menjamu selera. Acars bersambung semula jam 10.35 pagi dengan aktiviti ________________________.

Majlis berakhir pada jam 1.05 petang. Sebelum itu, telah diadakan ______________________. Keseluruhan majlis berjalan lancar dan murid berasa seronok sepanjang majlis itu berjalan.