kata kunci bagi soalan bahagian b sains

3
KATA KUNCI BAGI SOALAN BAHAGIAN B SAINS Apakah kesimpulan bagi soalan berikut? Semakin ____________ W2C, semakin _____________ W2M (corak / pola) (corak / pola) Corak / pola: bertambah / berkurang Terdapat beberapa tajuk di mana soalan kesimpulan tidak boleh menggunakan kata kunci di atas seperti: Tajuk: Cahaya Kesimpulan: Cahaya bergerak lurus dalam satu garisan. Tajuk: Geseran Kesimpulan: Semakin bertambah kasar jenis permukaan, semakin bertambah geseran. Tajuk: Kekuatan Kesimpulan: Semakin bertambah kuat objek yang digunakan, semakin bertambah kukuh struktur yang dibina. Tajuk: Persaingan Kesimpulan: Tumbuhan bersaing dengan sengit untuk mendapatkan cahaya matahari / ruang / air untuk hidup dengan subur. Haiwan bersaing untuk dengan sengit untuk mendapatkan ruang / makanan / air untuk terus hidup.

Upload: mohd-hardy

Post on 22-Dec-2015

49 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Sains UPSR

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Kunci Bagi Soalan Bahagian b Sains

KATA KUNCI BAGI SOALAN BAHAGIAN B SAINS

Apakah kesimpulan bagi soalan berikut?

Semakin ____________ W2C, semakin _____________ W2M (corak / pola) (corak / pola)

Corak / pola: bertambah / berkurang

Terdapat beberapa tajuk di mana soalan kesimpulan tidak boleh menggunakan kata kunci di atas seperti:

Tajuk: Cahaya

Kesimpulan: Cahaya bergerak lurus dalam satu garisan.

Tajuk: Geseran

Kesimpulan: Semakin bertambah kasar jenis permukaan, semakin bertambah geseran.

Tajuk: Kekuatan

Kesimpulan: Semakin bertambah kuat objek yang digunakan, semakin bertambah kukuh struktur

yang dibina.

Tajuk: Persaingan

Kesimpulan: Tumbuhan bersaing dengan sengit untuk mendapatkan cahaya matahari / ruang /

air untuk hidup dengan subur.

Haiwan bersaing untuk dengan sengit untuk mendapatkan ruang / makanan / air

untuk terus hidup.

Tajuk: Gerhana

Kesimpulan: Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara bulan dan Matahari dan

ketiga – tiganya berada dalam satu garisan lurus.

Page 2: Kata Kunci Bagi Soalan Bahagian b Sains

Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari dan

ketiga – tiganya berada dalam satu garisan lurus.

***** salah satu berdasarkan soalan

Tajuk: Pengawetan Makanan

Kesimpulan: Makanan akan menjadi lebih tahan lama sekiranya diawet dengan kaedah

penyejukbekuan / pengetinan / pengeringan / pelilinan / pengasinan.

Tajuk: Mesin Kompleks

Kesimpulan: Penggunaan teknologi membolehkan sesuatu pekerjaan dilakukan dengan mudah

dan cepat.

Tajuk: Pengaratan

Kesimpulan: Pengaratan berlaku sekiranya bahan logam terdedah kepada air dan udara.

Tajuk: Bumi, Bulan dan Matahari

Kesimpulan: Bumi berputar pada paksinya dari Barat ke Timur dan menyebabkan kejadian siang

dan malam.

Tajuk: Tindakbalas terhadap Rangsangan

Kesimpulan: Pucuk tumbuhan bertindakbalas dengan cahaya matahari manakala akar bertindak

balas dengan air.

Tajuk: Elektrik (Litar sesiri dan selari)

Kesimpulan: Mentol lebih cerah pada litar selari berbanding litar sesiri.

Page 3: Kata Kunci Bagi Soalan Bahagian b Sains

Tajuk: Mikroorganisma

Kesimpulan:* Mikroorganisma boleh bernafas / Mikroorganisma boleh bertumbuh

Tajuk: Keadaan Bahan

Kesimpulan: ** Gas / cecair / pepejal akan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut

apabila disejukkan.

Tajuk: Asid dan alkali

Kesimpulan: Bahan berasid menukarkan kertas litmus biru ke merah manakala bahan beralkali

menukarkan kertas litmus merah ke biru.

Bahan neutral tidak menukarkan warna kertas litmus biru dan merah. Bahan berasid berasa masam manakala bahan berasid berasa pahit. Bahan neutral berasa manis, masin dan tawar. Salah satu bergantung kepada soalan.