kata banyak makna
DESCRIPTION
ulangkaji untuk murid sekolah rendahTRANSCRIPT
KATA BANYAK MAKNAKata Banyak Makna
· Sesuatu perkataan itu mempunyai beberapa makna yang berlainan mengikut konteks ayat.· Juga dikenali sebagai polisim.
Contoh :
· alamat – tanda keterangan tentang tempat tinggal seseorang.· ahli – anggota / pakar · ada _ boleh didapati di sesuatu tempat / mempunyai / hidup
Contoh ayat :
· Langgit mendung alamat hendak hujan.· Saya datang ke sini berpandukan alamat ini.
· Semua buku rujukan saya ada di atas meja.· Nenek saya masih ada. Dia tinggal di kampung.· Kasman ada seorang adik lelaki.
· Suhailah ialah ahli Persatuan Bahasa Malaysia.· Cita-cita adik ialah menjadi seorang ahli muzik.
Latihan
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang tepat.
akal bunga cerah kepala ganjil lanjut
1. (a) Doktor memeriksa _____________ adik yang luka kerana terhantuk. (b) Polis Berjaya menangkap ___________penjenayah yang dikehendaki.
2. (a) Nombor lima dan tujuh merupakan nombor ______________. (b) Kelakuan Halimah agak __________ sejak kebelakangan ini.
3. (a) Nenek masih kuat walaupun umurnya sudah __________. (b) Cikgu Salmah menerangkan proses fotosentesis dengan lebih ________kepada murid-muridnya.
4. (a) Sang Kancil mencari ________ untuk memperdaya Sang Buaya. (b) Manusia boleh berfikir dengan baik kerana mempunyai ___________.
5. (a) Cuaca pada hari ini diramalkan ___________. (b) Belajarlah bersungguh-sungguh supaya ___________masa hadapan.
6. (a) Ayah menghadiahi ibu sejambak ___________mawar. (b) Ceti mengenakan ___________yang tinggi kepada pemimjam duit.
LATIHAN KATA MAKNA
I Cahaya hari ini hangat sekali.
II Tidak lama lagi, abang akan mendapat seorang cahaya mata.
III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
IV Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
I Tayar basikal Kok Seng sudah hal.
II Lisa tidak suka mencampuri hal orang lain.
III Pak Mat melaporkan hal itu kepada penghulu
IV Hal apakah yang menyebabkan budak itu ditangkap polis?
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D II, III dan IV
I Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir.
II Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.
III Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.
IV Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains.
A II dan III
B III dan IV
C I,II dan IV
D I,III dan IV
I Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.
II Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.
III Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini.
IV Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
I Kami sampai sejambak bunga kepada guru.
II Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai ke aras bahaya.
III Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam.
IV Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.
A I dan III
B III dan IV
C I, II dan IV
D II,III dan IV
I Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.
II Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.
III Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.
IV Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.
A I,II dan III
B I, II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV
I Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
II Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan itu.
III Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu.
IV Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan dapat diselesaikan sahaja.
A I dan III
B II dan III
C I, II dan III
D II,III dan IV
I Liong baru sahaja baik daripada selesema.
II Hubungan Aida dengan Nurul memang baik.
III Almari buruk itu masih boleh baik dan dapat dijual.
IV Kesihatannya masih baik walaupun usianya telah lanjut.
A I dan IV
B II dan III
C I, II dan IV
D II,III dan IV
I Bunga tayar kereta itu melintang.
II Ailin suka memakai baju yang bunga.
III Syarifah menghadiahkan sejambak bunga kepada gurunya.
IV Emak memperoleh banyak bunga daripada wang simpanannya.
A I dan III
B I dan IV
C III dan IV
D I,II, dan III
I Jambatan itu sudah siap bina.
II Yoong ambil bina terhadap nasihat gurunya.
III Lena mengikuti kursus seni bina di universiti.
IV Bangunan baru itu akan kami bina tidak lama lagi.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
I Usianya baru lima tahun..
II Adik masuk ke bilik baru tidur.
III Ayah Kamariah baru balik dari pejabat.
IV Kevin merupakan pelajar baru di sekolah ini.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV
I Akal yang diberikan oleh murid kelas itu kurang memuaskan.
II Mereka sedang membincangkan tentang akal untuk masa depan.
III Mereka mencari akal untuk melepaskan diri daripada penjahat itu.
IV Kita harus menggunakan akal yang waras apabila membuat keputusan.
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D II, III dan IV
I Bala pelajar yang berhimpun telah bersurai.
II Bala yang melanda negara itu sungguh dahsyat.
III Banyak bala yang diperoleh daripada perniagaannnya itu.
IV Malaysia telah mengundurkan bala tenteranya dari Bosnia.
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
I Karangan bunga itu telah digubah oleh Puan Noraini.
II Pakaian itu digubah oleh pereka fesyen yang terkenal.
III Kedudukan perabot di rumahnya itu telah digubah oleh Puan Rosnah.
IV Lagu yang merdu itu telah digubah semula oleh Dato’ Ahmad Nawab.
A I dan IV
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
I Tingginya sama paras dengan saya.
II Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan.
III Paras wajahnya yang jelita membuatkan banyak jejaka yang terpaut hati.
IV Hujan lebat selama dua hari menyebabkan paras air sungai itu meningkat.
A I dan IV
B II dan IV
C I, II dan III
D I, III dan IV