kata bantu aspek

Upload: gekchieng-yeo

Post on 13-Jan-2016

459 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Kata Bantu AspekPerbezaan masa perbuatan dilakukan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu / ragam.

Kata Bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bentuk ragam.

i) Kata Bantu AspekBerdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu aspek memberitahu sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dibuat. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada lampau, kini atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, baru, pernah, sedang, masih, akan dan belum.

ii) Kata Bantu Ragam.Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan edisi Baharu, kata bantu ragam menerangkan perasaan dan pendapat orang yang melakukan perbuatan ini.