karangan.docx

10
Karangan: Seorang rakan tercedera. Apa tindakan kamu Ketika sedang berlatih di padang, seorang rakan kamu tercedera. Apakah tindakan- tindakan yang kamu lakukan. Mata pelajaran yang pertama pada pagi itu ialah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Semua murid kelas 6 Cerdik bergerak ke padang untuk bersukan selepas aktiviti pagi yang berlangsung sebentar tadi. Apabila guru sukan kami, Encik Bakhri memberi arahan untuk bermain hoki, kami pun mengambil

Upload: syed-yahya-mahathir

Post on 19-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan.docx

Karangan: Seorang rakan tercedera. Apa tindakan kamu

Ketika sedang berlatih di padang, seorang rakan kamu tercedera. Apakah tindakan-tindakan yang kamu lakukan.

                Mata pelajaran yang pertama pada pagi itu ialah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Semua murid kelas 6 Cerdik bergerak ke padang untuk bersukan selepas aktiviti pagi yang berlangsung sebentar tadi. Apabila guru sukan kami, Encik Bakhri memberi arahan untuk bermain hoki, kami pun mengambil kayu dan bola hoki untuk bermain di padang. Kami diagihkan kepada dua kumpulan oleh Encik Bakhri untuk berlawan di padang.

Page 2: Karangan.docx

                Aktiviti sukan pada pagi itu akan berlangsung selama satu jam. Setelah beberapa minit kami bermain, seperti rutin hariannya, Encik Bakhri telah pergi ke kantin sekolah untuk bersarapan pagi. Jadi, kami akan bersukan berdasarkan pelajaran yang telah kami belajar sebelum ini. Sedang kami bermain, tiba-tiba salah seorang daripada rakan kami terjatuh kerana tidak dapat mengawal kayu hoki dan kayu tersebut menghempap kaki kirinya.                Aku dan kawanku yang lain segera berlari ke arah murid perempuan itu untuk menghulurkan bantuan. Setelah melihat wajah budak perempuan itu, barulah aku tahu bahawa murid itu ialah rakan karibku sendiri iaitu Fatimah. Fatimah kelihatan sangat sakit dan dia meraung meminta tolong. Aku segera

Page 3: Karangan.docx

mengarahkan rakanku yang lain untuk mengambil peti pertolongan cemas yang berada berdekatan dengan padang. Fatimah memberitahuku bahawa kakinya berasa sakit pada bahagian betis kirinya.                Tanpa membuang masa, aku segera memicit betis kirinya dengan perlahan-lahan untuk mengurangkan kesakitan yang dirasainya. Walaupun tidak berpengalaman memicit bahagian badan sesiapa, namun aku cuba untuk membantunya yang berada dalam kesakitan. Fatimah mengadu kesakitan apabila aku memicit betisnya lalu aku cuba memperlahankan picitanku. Setelah rakanku yang membawa peti pertolongan cemas itu datang, aku mencari ubat-ubatan yang terdapat di dalam peti pertolongan cemas untuk

Page 4: Karangan.docx

memeriksa ubat yang sesuai yang akan aku gunakan untuk merawatnya.                Aku dan kawanku yang lain memapah Fatimah ke tepi padang untuk memberi bantuan segera kepadanya. Aku menggunakan ubat-ubatan yang terdapat dalam peti pertolongan seperti minyak gamat, pembalut luka kecil dan sebagainya. Setelah melihat keadaan betis Fatimah, aku berasa sangat terkejut kerana betisnya lebam dan berdarah. Aku cuba untuk menghentikan darah itu daripada terus mengalir. Fatimah hanya membiarkan air matanya gugur bak manik putus tali dek rasa sakit yang teramat.                Aku berasa sangat kasihan melihat keadaan Fatimah yang cuba untuk menahan sakit tetapi tidak mampu. Selepas merawat betisnya dengan  ubat

Page 5: Karangan.docx

tersebut, akupun menyuruhnya untuk cuba berdiri tegak. Namun cubaannya hanya sia-sia kerana kakinya masih tidak boleh berdiri seperti biasa. Aku memicit betisnya perlahan-lahan agar dapat mengurangkan bebenannya untuk berdiri. Setelah mendapati kakinya tidak dapat bergerak lagi, aku dan kawan-kawanku bercadang untuk mengusungnya.                Kami akan mengusungnya sehingga sampai ke bilik manakala salah seorang daripada kami akan mencari guru untuk meminta bantuan. Setelah sampai di bilik rawatan, Fatimah kelihatan seperti tidak berdaya lagi dan memerlukan rehat. Sementara Fatimah sedang rehat, aku dan kawan-kawanku cuba merawat luka yang kelihatan agak teruk. Kami cuba membalut betis yang luka itu menggunakan pembalut. Beberapa minit

Page 6: Karangan.docx

kemudian, Encik Bakhri pun sampai bersama beberapa guru yang lain.                Mereka melihat keadaan Fatimah yang kelihatan sangat letih itu. Mereka juga cuba merawat betis kirinya dan bercadang untuk pergi ke klinik. Aku dan kawan-kawanku diarah untuk mengusung Fatimah ke dalam kereta Encik Bakhri untuk menghantarnya ke klinik berdekatan. Aku berasa sangat terkejut apabila Encik Bakhri menyuruhku turut pergi ke klinik kerana mahu menemani Fatimah. Selepas itu, aku segera ke arah kereta Encik Bakhri lalu membuka pintu keretanya di tempat duduk belakang. Sepanjang perjalanan, aku sentiasa membantu Fatimah untuk mengurangkan kesakitannya kerana bimbang dia akan berasa tidak selesa.

Page 7: Karangan.docx

                Beberapa minit kemudian, kami pun sampai di klinik berdekatan yang dinamakan Klinik Citra. Encik Bakhri segera mengarahkanku untuk mengusung Fatimah masuk ke dalam klinik. Walaupun klinik tersebut sarat dengan orang ramai, Fatimah telah didahulukan oleh para jururawat kerana kecederaannya terlalu parah. Sementara menunggu Encik Bakhri dan Fatimah yang berada dalam bilik rawatan, aku sempat berdoa agar keadaan Fatiamh tidak teruk. Sebaik sahaja pintu bilik itu terbuka, aku berasa sangat bersyukur kerana Fatimah berada dalam keadaan yang baik. Setelah dirawat oleh doktor dan membeli ubat, kami pun pulang ke sekolah semula.