karangan2 perkhemahan

11
KARANGAN: CERITA Soalan: Anda menyertai suatu perkhemahan pengakap . Tuliskan pengalaman anda. Pada cuti penggal sekolah yang lalu, pasukan pengakap sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di Hutan Bandar. Perkhemahan ini diadakan selama tiga hari dua malam. Perkhemahan ini disertai oleh empat puluh orang murid dan lapan orang guru penasihat. Kami ke sana dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.Kami membawa khemah, barang-barang untuk memasak, lampu suluh dan sebagainya. Setelah tiba di tapak perkhemahan, guru penasihat membahagikan tugas. Pengakap lelaki mendirikan lima buah khemah.Pengakap perempuan pula ditugaskan untuk mencari kayu api dan memasak. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan memasak, kawad kaki, pertolongan cemas, dan mencari harta karun diadakan. Pada waktu petang pula, diadakan permainan sukaneka

Upload: aishsha-ismail

Post on 13-Dec-2015

850 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

JENIS KARANGAN UNTUK PERKHEMAHAN

TRANSCRIPT

Page 1: KARANGAN2 PERKHEMAHAN

KARANGAN: CERITA

Soalan:

Anda menyertai suatu perkhemahan pengakap. Tuliskan pengalaman anda.

Pada cuti penggal sekolah yang lalu, pasukan pengakap sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di Hutan Bandar. Perkhemahan ini diadakan selama tiga hari dua malam.

Perkhemahan ini disertai oleh empat puluh orang murid dan lapan orang guru penasihat. Kami ke sana dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.Kami membawa khemah, barang-barang untuk memasak, lampu suluh dan sebagainya.

Setelah tiba di tapak perkhemahan, guru penasihat membahagikan tugas. Pengakap lelaki mendirikan lima buah khemah.Pengakap perempuan pula ditugaskan untuk mencari kayu api dan memasak. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan memasak, kawad kaki, pertolongan cemas, dan mencari harta karun diadakan.

Pada waktu petang pula, diadakan permainan sukaneka dan aktiviti mendaki gunung. Pada waktu malam pula, diadakan unggun api. Peserta perkhemahan membuat persembahan seperti

Page 2: KARANGAN2 PERKHEMAHAN

nyanyian, lakonan, tarian dan sebagainya.

Pada hari terakhir perkhemahan, peserta diberi sijil dan cenderamata. Sebelum pulang, kami bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan. Setelah tamat, kami menaiki bas untuk pulang ke rumah masing-masing.

Perkhemahan ini banyak memberi pengetahuan dan pengalaman kepada kami.Walaupun penat, kami berasa sungguh seronok. Perkhemahan seumpama ini dapat mengeratkan perhubungan antara satu sama lain.

KARANGAN : CATATAN

Soalan : Kamu dan rakan-rakan telah menyertai perkhemahan unit beruniform anjuran pihak sekolah.

Page 3: KARANGAN2 PERKHEMAHAN

Tuliskan catatan tentang perkhemahan tersebut.

Jumaat, 10 Jun 2015

          Saya tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan pengakap yang diadakan di Bukit Ayer. Setelah mendengar taklimat daripada Cikgu Kamal Ahmad, kami pun bertolak ke sana. Ahli pengakap yang terlibat ialah seramai tiga puluh orang dan disertai oleh lima orang guru penasihat.

Setelah tiba, kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Kami diarah membersihkan kawasan. Setelah itu, kami mendirikan khemah. Saya dan beberapa orang rakan diarah untuk mencari kayu api untuk digunakan semasa memasak dan untuk dijadikan unggun api. Pada waktu malam, kami hanya berehat sahaja.

Sabtu, 11 Jun 2015

Page 4: KARANGAN2 PERKHEMAHAN

          Selepas sembahyang subuh, kami bersarapan. Selepas itu, kami mengadakan aktiviti senaman. Kemudian aktiviti berkawad diadakan. Banyak yang saya pelajari semasa aktiviti ini.

          Pada waktu petang, kami menjalankan aktiviti meredah hutan. Melalui aktiviti ini, kami dapat mengetahui tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan ini. Kami juga bermandi-manda di air terjun yang berdekatan.

          Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti unggun api. Melalui aktiviti ini, setiap kumpulan perlu mengadakan persembahan. Kumpulan saya mengadakan persembahan dikir barat.Kami sungguh seronok ketika membuat persembahan.

Ahad, 12 Jun 2015

          Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti pertolongan cemas dan ikatan. Selepas makan tengah hari, kami bersiap-siap untuk pulang. Kami meruntuhkan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan.

Page 5: KARANGAN2 PERKHEMAHAN

          Pada pukul 2.00 petang, kami bertolak pulang. Saya berasa gembira dapat mengikuti perkhemahan ini kerana banyak pengetahuan dan pengalaman yang saya peroleh.

Soalan :

Page 6: KARANGAN2 PERKHEMAHAN

Unit beruniform di sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan.Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis laporan tentang perkhemahan tersebut.Tulis laporan itu selengkapnya.

KARANGAN: LAPORAN

Laporan Perkhemahan Pengakap

  Pada 25 hingga 26 April 2015, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Kerteh telah mengadakan perkhemahan di Air Terjun Sekayu. Perkhemahan selama dua hari ini telah disertai oleh 35 orang pengakap dan 5 orang guru pengiring. 

  Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina

ketahanan fizikal dan mental, membentuk keyakinan diri

dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan

peserta. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk

menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.

  Sepanjang perkhemahan itu, para peserta

dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan

mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab

memimpin ahli kumpulannya. Sebarang masalah yang

timbul dalam kalangan ahli, akan dibincang dengan ketua

kumpulan.

Page 7: KARANGAN2 PERKHEMAHAN

  Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang

perkhemahan itu. Antaranya ialah merentas hutan, kawad

kaki, lakonan dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan lancar

dengan kerjasama daripada semua peserta.

  Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamatnya.

Para peserta dapat mengutip pengalaman berharga dan

pelbagai pengetahuan baharu. Malah hubungan antara

pengakap bertambah erat.

Disediakan oleh ,                                         27 April 2015.

(IKHWAN HADI)

Setiausaha Persatuan Pengakap,

SK Kerteh.

PENGALAMAN PERKHEMAHANAnda telah mengikuti satu perkhemahan yang menyeronokkan. Rakan anda

ingin mengetahui pengalaman yang anda lalui. Tulis sepucuk surat kepada

kawan anda dengan menceritakan pengalaman tersebut.

TARIKH: 23/3/2012

MARKAH: 15/20

Page 8: KARANGAN2 PERKHEMAHAN

                                                                                                                  No.7,

Jalan KMP 2B/1,

                                                                                                           Kota

Malim Prima,

35900, Tanjung Malim,

                                                                                                                     

Perak

 

23 Mac 2012

 

Menemui sahabat tersayang, saudari Maryam yang kini berada di Bukit

Lanchong,  Shah Alam dengan selamat serta sihat wal afial.

 

Sahabatku Maryam,

Apa khabar saudari sekarang? Saya berharap saudari sekeluarga dalam

keadaan sihat,damai,gembira dan diberkati Allah S.W.T. sentiasa. Bagi diri

saya sekeluarga, Alhamdulillah, sihat seperti biasa. Sebelum terlupa, saya

ingin menyampaikan salam kedua ibu bapa saya kepada saudari sekeluarga

di Shah Alam.

Kehadiran warkah ini adalah sekadar hendak menceritakan sedikit

pengalaman yang saya peroleh ketika perkhemahan di Hutan Lipur anjuran

sekolah unit beruniform Puteri Islam minggu lalu. Perkhemahan itu

diadakan pada selasa iaitu selama tiga hari dua malam. Sewaktu berada di

sana, kami mendirikan khemah dengan sendiri. Satu khemah didirikan oleg

dua orang.

Page 9: KARANGAN2 PERKHEMAHAN

Pada malam pertama, saya dan rakan sekumpulan pergi mencari kayu api

untuk membuat api. Bukan kami sahaja, malah ramai lagi. Masing-masing

membawa lampu suluh, kerana keadaan di dalam hutan itu sungguh gelap.

Selepas mencari kayu api, kami pulang ke tapak perkhemahan. Kami terus

membuat unggun api dengan dibantu oleh cikgu. Selesai membuat unggun

api, kami menikmati teh panas bersama roti. Semasa menikmat jamuan

tersebut, kami diberi tugasan mengikut kumpulan untuk malam kesua yang

terdiri satu kumpulan empat orang ahli. Tugasannya adalah seperti

menyanyi, menari, bercerita serta berlakon dan banyak lagi. Terdapat enam

kumpulan. Saya tergolong di dalam kumpulan enam yang diberi tugasan

bercerita dan berlakon.

Pada waktu siang, kami diberi peluang untuk berlatih. Saya dan kumpulan

telah bercerita mengenai seorang anak yang derhaka terhadap ibunya.

Menjelang waktu malam, saya tidak berasa gementar dan takut untuk

melaksanakan tugasan kerana pada waktu siang kami diberi peluang untuk

berlatih dan kami telah berlatih dengan bersungguh-sungguh. Selesainya

majlis tersebut, saya terus masuk ke dalam khemah dan berharap agar saya

tidak terlepas untuk mengikuti program seperti ini lagi.

Nampaknya setakat ini sahaja warkah saya untuk saudari buat kali ini.

Moga-moga suatu hari nanti saudari berpeluang untuk mengikuti program

seperti ini. Akhir kata, sambutlah salam kasih daripada saya untuk saudari.

Sahabatmu,

ZUBAIDA

Surat Kiriman Rasmi (Permohonan) Soalan : Persatuan Pengakap sekolah kamu akan mengadakan Perkhemahan Tahunan. Sebagai setiausaha, kamu perlu menulis surat kepada Guru Besar sekolah kamu untuk memohon mengadakan perkhemahan tersebut. Tulis surat tersebut selengkap. Persatuan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Taman Tambun, 14000 Simpang Empat,Pulau Pinang.

Page 10: KARANGAN2 PERKHEMAHAN

__________________________________________________________ Tuan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Taman Tambun, 14000 Simpang Empat, Pulau Pinang. 05 MAC 2012 Tuan, Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan Pengakap Berhubung perkara di atas, Saya Ali bin Abu, setiausaha Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Tambun ingin memohon untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap. 2. Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengakap sekolah telah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Butir-butir perkhemahan adalah seperti ketetapan berikut ; Tarikh : 6 Mac 2012 hingga 8 Mac 2012 Tempat : Padang Sekolah Peserta : 40 orang ahli pengakap 3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya. 5. Kami berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini. Kami juga berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal. Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah mencadangkan tarikh yang lain. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, Aiman Hakim ………………………………… (AIMAN HAKIM BIN ILHAM) Setiausaha Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Tambun.