karangan syarahan

Upload: adeqchantek

Post on 14-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Syarahan integriti

TRANSCRIPT

Terima kasih saudari pengerusi majlis, yang berusaha panel hakim yang arif lagi bijaksana serta rakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Presiden Sukarno pernah berkata suatu ketika dahulu bahawa masa depan sesebuah negara itu dapat diramal hanya dengan melihat golongan muda yang di negara tersebut. Jika lemah golongan mudanya, maka hancurlah negara tersebut, Namun jika baik golongan mudanya nescaya majulah negara tersebut. Oleh itu, teguhnya saya berdiri di pentas ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, Remaja Pemangkin Negara.Hadirin sekalian, Terungkapnya pembuka bicara daripada bibir saya sebentar sahaja tadi bukan hanya sekadar kiasan, tidak pula sebagai hiasan namun ia merupakan sebuah hipotesis yang dibuat berdasarkan penyelidikan yang rapi serta pemerhatian yang teliti. Jelas terbukti bahawa remaja pada masa kini mencerminkan masa depan sesebuah negara. Hal ini demikian kerana, golongan separa matang ini merupakan benih-benih yang bakal bercambah dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Jika mereka dijaga dan dibesarkan dengan baik, maka cerahlah masa depan negara tersebut. Namun, jika mereka diabaikan dan tidak mendapat pendidikan yang optimum maka hancur berkecailah masa depan negara tersebut. Seterusnya, kita amati dan perhalusi keadaan terkini di negara kita, boleh dikatakan bahawa masa depan negara kita belum lagi terjamin malah umpama, telur di hujung tanduk kerana majoriti daripada golongan remaja di negara kita banyak terlibat dengan gejala sosial. Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila hampir sahaja setiap hari berita tentang remaja yang terjerumus dengan gejala negatif seperti pergaulan bebas, vandalisme, gangsterisme, serta mencuri terpampang di dada-dada akhbar tempatan.Jika hal ini berterusan dan dibiarkan begitu sahaja, maka negara kita akan mengalami kemunduran yang drastik serta konsisten. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kemajuan negara malah tidak mustahil usaha para prajurit yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara akan terbuang begitu sahaja jika tanah air yang tercinta ini kembali berada dalam cengkaman penjajah durjana.Warga dewan yang dihormati sekalian, Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara. Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.Warga dewan sekalian, Oleh yang demikian, perancangan yang pragmatik serta inisiatif yang efektif haruslah dirancang dan diimplimentasikan dengan kadar segera agar permasalahan ini dapat dicegah sesuai dengan pepatah Melayu yang mengatakan, mencegah lebih baik daripada merawat.Antara usaha yang wajar diambil oleh pihak seperti Kementerian Pelajaran Negara adalah dengan memberikan pendedahan serta pendidikan kepada remaja tentang kepentingan diri mereka terhadap masa depan negara sejak di bangku sekolah lagi.Pada tempoh ini, remaja lebih mudah untuk dibentuk dan diasuh bagi menjadi modal insan yang berkualiti kerana mereka masih belum pandai untuk melawan dan hanya akan mengiyakan setiap butir kata yang disemai dalam diri mereka. Hal ini sesuai dengan pepatah yang mengatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka membesar untuk menjadi orang yang berguna terhadap negara. Dalam konteks tumbesaran anak-anak, bukan sahaja tumbesaran fizikal yang harus difokuskan, malah tumbesaran emosi serta kematangan minda mereka juga harus dititikberatkan. Ibu bapa haruslah memberikan lebih perhatian terhadap perkembangan emosi dan minda cahaya mata mereka untuk memastikan anak mereka dapat membezakan antara kaca dan permata sekaligus mencegah diri mereka daripada hanyut dibawa badai kemusnahan gejala sosial yang kian meruncing. Teknik-teknik seperti pendedahan secara berperingkat hendaklah diamalkan agar nilai murni dapat disemai secara progresif serta dapat meninggalkan impak yang positif dalam diri anak-anak. Demikian saja syarahan saya pada hari ini Diharap input daripada penyampaian syarahan tadi memberi manfaat kepada semua. Sebelum saya mengakhiri syarahan saya pada hari ini, izinkan saya untuk mendeklamasikan sebuah pantun yang berbunyi,

Bunga mawar bunga melati,Bunga dipetik untuk sang puteri,Remaja bestari modal insan yang terpuji,Menjamin masa depan negara yang hakiki.Sekian, terima kasih.