karangan persiapan sukan

1
Karangan: Persediaan Menghadapi Pesta Sukan Soalan: Sekolah kamu akan mengadakan sukan tahunan. Ceritakan persediaan- persediaan yang dilakukan untuk menghadapi pesta sukan tersebut. Pendahuluan - akan menyambut sukan tahunan Isi-isi Penting - banyak persediaan dilakukan - mengadakan latihan - pelbagai acara - menyertai ujian kelayakan - menghias kawasan padang, dirikan khemah Penutup - mengadakan raptai Jawapan Lengkap Sekolah saya akan menyambut sukan tahunan pada bulan Jun yang akan datang. Banyakpersediaan yang dilakukan sebelum sukan tahunan itu diadakan. Rumah sukan yang akan bertanding dalam sukan tahunan itu ialah Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Semua ketua rumah sukan telah mengadakan mesyuarat bersama-sama guru-guru dan ahli-ahli rumah sukan untuk merancang latihan yang perlu diadakan. Murid-murid akan mengadakan latihan sukan mengikut rumah masing-masing. Mereka berlatih dalam pelbagai acara seperti acara larian 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, merejam lembing dan lain-lain lagi. Setiap murid dalam rumah sukan masing-masing akan mengertai ujian kelayakan bagibeberapa acara yang dipertandingkan. Ahli-ahli yang melepasi ujian kelayakan akan menyumbangmarkah kepada rumah sukan mereka. Beberapa orang atlet daripada setiap rumah akan dipilih untuk bertanding dalam sukan tahunan nanti. Sebelum sukan tahunan diadakan, pihak jawatankuasa sukan tahunan akan membuatpersediaan untuk menghias kawasan padang. Khemah-khemah didirikan dalam kawasan padangdihias dengan bendera rumah dan bendera sekolah. Pihak sekolah juga mengadakan raptai untuk sambutan sukan tersebut supaya sukan tahunan tersebut berjalan dengan lancar. Saya berharap sukan tahunan tersebut dapat berlangsung dalam suasana yang meriah.

Upload: aex3602

Post on 02-Dec-2015

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan persiapan sukan

Karangan: Persediaan Menghadapi Pesta SukanSoalan: Sekolah kamu akan mengadakan sukan tahunan. Ceritakan persediaan-persediaan yang dilakukan untuk menghadapi pesta sukan tersebut.

Pendahuluan-          akan menyambut sukan tahunan

Isi-isi Penting-          banyak persediaan dilakukan-          mengadakan latihan-          pelbagai acara-          menyertai ujian kelayakan-          menghias kawasan padang, dirikan khemah

Penutup     -      mengadakan raptai

Jawapan Lengkap

Sekolah saya akan menyambut sukan tahunan pada bulan Jun yang akan datang. Banyakpersediaan yang dilakukan sebelum sukan tahunan itu diadakan.

Rumah sukan yang akan bertanding dalam sukan tahunan itu ialah Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Semua ketua rumah sukan telah mengadakan mesyuarat bersama-sama guru-guru dan ahli-ahli rumah sukan untuk merancang latihan yang perlu diadakan.

Murid-murid akan mengadakan latihan sukan mengikut rumah masing-masing. Mereka berlatih dalam pelbagai acara seperti acara larian 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, merejam lembing dan lain-lain lagi.

Setiap murid dalam rumah sukan masing-masing akan mengertai ujian kelayakan bagibeberapa acara yang dipertandingkan. Ahli-ahli yang melepasi ujian kelayakan akan menyumbangmarkah kepada rumah sukan mereka. Beberapa orang atlet daripada setiap rumah akan dipilih untuk bertanding dalam sukan tahunan nanti.

Sebelum sukan tahunan diadakan, pihak jawatankuasa sukan tahunan akan membuatpersediaan untuk menghias kawasan padang. Khemah-khemah didirikan dalam kawasan padangdihias dengan bendera rumah dan bendera sekolah.

Pihak sekolah juga mengadakan raptai untuk sambutan sukan tersebut supaya sukan tahunan tersebut berjalan dengan lancar. Saya berharap sukan tahunan tersebut dapat berlangsung dalam suasana yang meriah.