karangan peranan ibu bapa dalam menentukan kejayaan anak

Upload: faizal-ismail

Post on 04-Jun-2018

354 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam Menentukan Kejayaan Anak

    1/2

    Huraikan peranan ibu bapa dalam menentukan kejayaan anak-anak. (Soalan PMR 2011)

    Pada zaman pasca modenisasi ini, kecemerlangan pelajar sudah menjadi impian dan harapan

    bagi setiap ibu bapa. Ibu bapa mana yang tidak berbangga, sekiranya nama anak mereka tersenarai

    sebagai pelajar cemerlang di sesebuah sekolah. Kejayaan mereka merupakan tonggak kemajuan

    negara. Pelajar yang cemerlang merupakan aset negara yang bernilai. Jika tiada mereka, pastinya

    akan mencetuskan kemunduran negara. Kecemerlangan seseorang acap kali dikaitkan dengan

    peranan ibu bapa. Pastinya pepatah anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang perlu

    mencorakkannya tidak menjadi sesuatu yang asing bagi kita. Sememangnya kajian membuktikan

    peranan ibu bapa amat penting dalam menentukan kejayaan anak-anak.

    Tidak dapat dinafikan, didikan yang asuhan yang berterusan sejak buaian merupakan

    langkah yang berkesan untuk membentuk peribadi mulia seseorang anak. Asuhan yang ditakrifkan

    sebagai belaian dan kasih sayang haruslah diterapkan sejak usia bayi lagi. Pepatah Melayu ada

    menyatakan, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Pepatah ini amat sesuai untuk diamalkan

    oleh ibu bapa dalam mencorak kehidupan anak-anak. Penerapan nilai-nilai murni pula dapatmelahirkan anak-anak yang terpuji tingkah lakunya.

    Selain itu, ibu bapa sewajarnya menjadi pendorong untuk anak-anak mencapai kejayaan.

    Seandainya mereka mengalami kegagalan dalam pelajaran, ibu bapa tidak boleh cepat melatah

    dengan memarahi anak-anak mereka. Sebaliknya, ibu bapa wajar membisikkan kata-kata semangat

    untuk mereka. Seorang cendekiawan ulung pernah mengatakan, jika seseorang itu dilahirkan untuk

    gagal, dia tidak akan keluar daripada buaiannya untuk melihat dunia, justeru ibu bapa mestilah

    berusaha memberi keyakinan diri kepada anak-anak. Tambahan pula, gagal sekali bukan bererti

    gagal selamanya.

    Di samping itu, ibu bapa perlulah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak. Lebih-lebih lagi

    doa seseorang ibu bapa itu doa yang dimakbulkan.Dengan berbekalkan doa ibu bapa, anak-ana akan

    lebih kuat menghadapi cabaran hidup. Mereka tidak akan mudah berputus asa apabila mengetahui

    adanya sikap ambil berat yang tidak putus-putus daripada ibu bapa. Semestinya anak-anak akan

    dapat melakar kejayaan ke puncak menara gading dengan keazaman yang diserapkan oleh ibu bapa.

    Di samping itu, Ibu bapa perlulah memberikan sedikit kebebasan kepada anak-anak. Ibu

    bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong hidup anak-anak mereka. Ibu bapa perlu sedar bahawa

    anak-anak yang hidup pada zaman serba moden ini berbeza dengan anak-anak zaman dahulu.

    Mungkin mereka kerap didedahkan dengan keseronokan hidup tanpa kongkongan memandangkan

    teknologi kini sudah semakin meningkat. Namun begitu, kebebasan yang diberikan bukan

    bermaksud ibu bapa boleh mengambil sikap lepas tangan sahaja. Anak-anak tetap perlu diawasi.

    Sebagai contoh, ibu bapa mestilah mengetahui teman rapat anak-anak agar jika sesuatu terjadi

    kelak, akan ada sesiapa untuk dirujuk.

    Seterusnya, Ibu bapa haruslah mengambil tahu tentang prestasi anak-anak di sekolah. Setiap

    kali selepas peperiksaan, Ibu bapa sepatutnya bertanyakan keputusan peperiksaan mereka. Ibu bapa

    juga haruslah mengetahui sikap anak-anak terhadap guru. Jangan sampai mereka bersikap kurang

    ajar terhadap guru. Hal ini berlaku demikian kerana, sekali hati guru tercalar, segala ilmu yangdicurahkannya mungkin tidak dihalalkan. Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang pernah

  • 8/13/2019 Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam Menentukan Kejayaan Anak

    2/2

    mencoretkan serangkap pantun yang mengisahkan pelajar yang gagal kerana tidak menghormati

    guru.

    Memburu di padang datar,

    Dapat rusa berbelang di kaki,

    Berguru kepalang ajar,

    Bagai bunga kembang tak jadi.

    Intihanya, peranan ibu bapa dalam menentukan kecemerlangan anak-anak amat penting.

    Berkat asuhan dan didikan ibu bapa, pasti akan lahir pelajar cemerlang berakhlak terpuji. Aset

    negara seperti Datuk Nicole Ann David, Datuk Lee Chong Wei yang kini pemain nombor satu negara

    pastinya berkat pengasuhan dan didikan ibu bapa. Ibu bapa sememangnya insan yang paling banyak

    mengerah keringat demi membesarkan anak-anak. Tanpa ibu bapa, pastinya Datuk Seri Mohd Najib

    Tun Abdul Razak tidak akan cekap mentadbirkan negara. Cendekiawan ulung seperti Tan Sri Zetty

    Aziz juga tidak akan berjaya tanpa peranan cemerlang ibu bapanya. Konklusinya, terbuktilah bahawaibu bapa sememangnya memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan anak-anak.