karangan pendek tahun 3

2
Faedah Membaca Membaca adalah amalan yang mulia. Kita boleh membaca buku, suratkhabar, novel, komik, majalah dan lain-lain lagi. Membaca banyak faedahnya kepada kita. Melalui suratkhabar kita dapat mengetahui hal yang berlau di dalam dan di luar negara. Perkembangan sukan juga dapat kita ketahui jika kita rajin membaca suratkhabar. Melalui pembacaan novel, majalah dan komik, kita dapat menenangkan fikiran kita terutama kepada yang penat bekerja. Bagi murid-murid pula, meeka boleh menambahkan ilmu pengetahuan serta menambah perbendaharaan kata mereka. Oleh itu, kita perlu rajin membaca. Jika kita tidak membaca mungkin kita menjadi seperti katak di bawah tempurung. Berkelah di tepi pantai Pada hari Ahad yang lalu, saya sekeluarga telah pergi berkelah di tepi Pantai Desaru. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta ayah saya. Setelah sejam dalam perjalanan akhirnya kami tiba di Pantai Desaru. Setibanya saya di sana, saya lihat ramai orang telah datang. Ada yang mandi-manda, ada yang membuat istana pasir dan ada yang berlari-lari. Setelah dapat mencari tempat yang sesuai, saya dan adik saya tanpa berlengah-lengah lagi terus mandi dengan sepuas- puasnya. Setelah penat mandi, saya dan adik saya naik ke pantai. Kami menjamu selera makanan yang telah dibawa oleh ibu saya. Pada pukul lima kami pun pulang ke rumah. Kegunaan Pokok Kelapa Pokok kelapa digelar pokok seribu guna. Pokok kelapa banyak terdapat di kawasan kampung-kampung serta di tepi pantai. Pokok kelapa banyak gunanya kepada manusia. Buah kelapa yang mua boleh diminum airnya. Buah kelapa tua pula isinya boleh dijadikan santan untuk memasak kari. Sabut kelapa boleh dibuat berus, pengesat kaki dan bahan pembakar. Tempurungnya pula boleh dibuat tabung dan barang-barang perhiasan. Buah kelapa juga bolah dibuat minyak. Daun kelapa yang muda boleh dibuat pembungkus ketupat. Ia banyak digunakan semasa hari raya. Lidi kelapa pula boleh dibuat penyapu lidi dan penyucuk lidi sate. Selain itu, batang kelapa juga ada gunanya. Batang kelapa boleh dibuat titi dan tungku untuk memasak.

Upload: tamilselvy

Post on 24-Dec-2015

1.563 views

Category:

Documents


64 download

DESCRIPTION

Karangan Pendek Tahun 3

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Pendek Tahun 3

Faedah Membaca

            Membaca adalah amalan yang mulia. Kita boleh membaca buku, suratkhabar, novel, komik, majalah dan lain-lain lagi.       

Membaca banyak faedahnya kepada kita. Melalui suratkhabar kita dapat mengetahui hal yang berlau di dalam dan di luar negara.  Perkembangan sukan juga dapat kita ketahui jika kita rajin membaca suratkhabar.            Melalui pembacaan novel, majalah dan komik, kita dapat menenangkan fikiran kita terutama kepada yang penat bekerja. Bagi murid-murid pula, meeka boleh menambahkan ilmu pengetahuan serta menambah perbendaharaan kata mereka.            Oleh itu, kita perlu rajin membaca. Jika kita tidak membaca mungkin kita menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Berkelah di tepi pantai

Pada hari Ahad yang lalu, saya sekeluarga telah pergi berkelah di tepi Pantai Desaru. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta ayah saya. Setelah sejam dalam perjalanan akhirnya kami tiba di Pantai Desaru.

Setibanya saya di sana, saya lihat ramai orang telah datang. Ada yang mandi-manda, ada yang membuat istana pasir dan ada yang berlari-lari. Setelah dapat mencari tempat yang sesuai, saya dan adik saya tanpa berlengah-lengah lagi terus mandi dengan sepuas-puasnya.

Setelah penat mandi, saya dan adik saya naik ke pantai. Kami menjamu selera makanan yang telah dibawa oleh ibu saya. Pada pukul lima kami pun pulang ke rumah.

Kegunaan Pokok Kelapa           Pokok kelapa digelar pokok seribu guna. Pokok kelapa banyak terdapat di kawasan

kampung-kampung serta di tepi pantai.Pokok kelapa banyak gunanya kepada manusia. Buah kelapa yang mua boleh

diminum airnya. Buah kelapa tua pula isinya boleh dijadikan santan untuk memasak kari. Sabut kelapa boleh dibuat berus, pengesat kaki dan bahan pembakar. Tempurungnya pula boleh dibuat tabung dan barang-barang perhiasan. Buah kelapa juga bolah dibuat minyak.

Daun kelapa yang muda boleh dibuat pembungkus ketupat. Ia banyak digunakan semasa hari raya. Lidi kelapa pula boleh dibuat penyapu lidi dan penyucuk lidi sate. Selain itu, batang kelapa juga ada gunanya. Batang kelapa boleh dibuat titi dan tungku untuk memasak.

Kegunaan Pokok Pisang           Di negara kita banyak terdapat pokok pisang. Pokok pisang banyak terdapat di

kawasan kampung-kampung. Pokok pisang ada beberapa jenis antaranya ialah pisang Emas, Rastali, Embun, Tanduk, Awak dan lain-lain lagi.

Pokok pisang banyak gunanya kepada manusia. Buah pisang boleh dimakan begitu sahaja. Buah pisang juga boleh digoreng. Ia enak dimakan ketika panas. Buah pisang juga boleh dibuat jemput-jemput dan kuih lepat. Buah pisang muda boleh dibuat kerepek.

Daun pisang digunakan untuk membalut nasi lemak, alas ikan baker dan pembalut kuih lepat. Batang pisang pula boleh dibuat rakit. Ia berguna terutamanya pada musim banjir. Selain itu, pokok pisang juga mempunyai jantung. Jantung pisang boleh dibuatulam atau direbus.

Walaupun pokok pisang banyak gunanya kepada manusia tetapi ia hanya berbuah sekali seumur hidup.

Page 2: Karangan Pendek Tahun 3

Cita-cita saya           

Setiap manusia mesti mempunyai cita-cita. Antaranya ialah ingin menjadi guru, doktor, polis, angkasawan dan sebagainya. Seperti orang lain sata juga mempunyai cita-cita.            Cita-cita saya ialah ingi menjadi seorang guru. Saya ingin menjadi guru kerana guru merupakan satu tugas yang mulia. Melalui kerja ini saya dapat mendidik bangsa Mlaysia menjadi satu bangsa yang dihormati dan disegani oleh bangsa yang lain di dunia.            Walau bagaimanapun untuk mencapai cita-cita saya ini bukanlah mudah. Saya perlu berusaha bersungguh-sungguh hingga mendapat kejayaan yang cemerlang di universiti. Saya juga harus mempunyai sikap rajin dan sabar jika menjadi seorang guru.            Semoga cita-cita saya ini terkabul juga satu hari nanti.