karangan kenangan bersama sahabat baik

3
Kenangan bersama sahabat baik Saya mempunyai seorang sahabat baik. Nama sahabat baik saya ialah Ahmad. Umurnya sebaya dengan saya iaitu 12 tahun. Dia seorang budak lelaki. Pada suatu hari, kami bercadang untuk berkelah di tepi pantai pada hari minggu. Kami berbasikal ke pantai dan membawa pakaian mandi serta makanan. Kami tiba di sana pada pukul pukul 9.00 pagi. Setibanya di sana, kami mencari tempat berteduh untuk meletakkan barang-barang yang kami bawa. Selepas menukar pakaian mandi, kami terus bermandi-manda di laut. Kami berasa sungguh seronok dan gembira. Sedang kami leka bermandi-manda, tiba-tiba kami terdengar jeritan kanak-kanak tidak jauh dari tempat kami berada. Kami tidak membuang masa lantas pergi ke situ untuk melihat kejadian yang terjadi. Rupa-rupanya ada seorang kanak-kanak yang lemas. Tanpa membuang masa, saya segera terjun ke laut untuk menyelamatkan budak itu. Kawan saya pula segera meminta pertolongan daripada orang dewasa yang berada berdekatan di situ. Saya berjaya menarik budak itu ke tepi pantai. Kami segera memberikan pertolongan cemas kepada budak yang lemas itu. Banyak air yang keluar dari mulutnya dan dia

Upload: jeef10

Post on 06-Dec-2015

425 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Kenangan Bersama Sahabat Baik

Kenangan bersama sahabat baik

Saya mempunyai seorang sahabat baik. Nama sahabat baik saya ialah Ahmad. Umurnya sebaya dengan saya iaitu 12 tahun. Dia seorang budak lelaki.

Pada suatu hari, kami bercadang untuk berkelah di tepi pantai pada hari minggu. Kami berbasikal ke pantai dan membawa pakaian mandi serta makanan. Kami tiba di sana pada pukul pukul 9.00 pagi.

Setibanya di sana, kami mencari tempat berteduh untuk meletakkan barang-barang yang kami bawa. Selepas menukar pakaian mandi, kami terus bermandi-manda di laut. Kami berasa sungguh seronok dan gembira.

Sedang kami leka bermandi-manda, tiba-tiba kami terdengar jeritan kanak-kanak tidak jauh dari tempat kami berada. Kami tidak membuang masa lantas pergi ke situ untuk melihat kejadian yang terjadi. Rupa-rupanya ada seorang kanak-kanak yang lemas.

Tanpa membuang masa, saya segera terjun ke laut untuk menyelamatkan budak itu. Kawan saya pula segera meminta pertolongan daripada orang dewasa yang berada berdekatan di situ. Saya berjaya menarik budak itu ke tepi pantai.

Kami segera memberikan pertolongan cemas kepada budak yang lemas itu. Banyak air yang keluar dari mulutnya dan dia tersedar daripada pengsannya. Dia mengucapkan terima kasih kepada kami.

Tidak lama kemudian, ibu bapanya tiba di tempat kejadian. Mereka bersyukur kerana anaknya selamat daripada mati lemas. Mereka mengucapkan terima kasih kepada kami.

Kejadian itu adalah suatu kenangan yang tidak dapat saya lupakan semasa berkelah bersama sahabat baik saya. Sejak kejadian itu, kami sentiasa beringat bahawa ‘malang tak berbau’.

Page 2: Karangan Kenangan Bersama Sahabat Baik