karangan kebaikan buah buahan tempatan

2
KARANGAN KEBAIKAN BUAH BUAHAN TEMPATAN Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi. Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita. Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah- buahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah- buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya. Selain itu, harganya yang murah berbanding dengan buah-buahan import seperti anggur, epal dan strawberi dapat membantu kita menjimatkan wang. Buah-buahan tempatan juga mudah didapati di mana-mana sahaja, baik di gerai-gerai tepi jalan, pasar tani mahupun pasaraya. Secara tidak langsung hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara kerana kurang membeli buah-buahan yang diimport. Kerajaan juga boleh menjalankan kempen kesedaran mengutamakan buah- buahan tempatan. Kempen ini menjelaskan kebaikan-kebaikan membeli buah-buahan tempatan menerusi penggunaan media massa. Iklan dan ceramah mengenai buah-buah tempatan dijalanakan secara giat terutama di kawasan urban. Sesungguhnya, kempen ini menimbulkan kesedaran kepada pengguna untuk memilih buah-buahan tempatan daripada import. Selain itu, peladang buah-buah tempatan seharusnya meningkatkan kualiti buah mereka. Penanaman buah-buah tempatan seharusnya

Upload: elia-lya

Post on 15-Dec-2015

574 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

karangan SPM

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Kebaikan Buah Buahan Tempatan

KARANGAN KEBAIKAN BUAH BUAHAN TEMPATAN

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.

Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya.

Selain itu, harganya yang murah berbanding dengan buah-buahan import seperti anggur, epal dan strawberi dapat membantu kita menjimatkan wang. Buah-buahan tempatan juga mudah didapati di mana-mana sahaja, baik di gerai-gerai tepi jalan, pasar tani mahupun pasaraya. Secara tidak langsung hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara kerana kurang membeli buah-buahan yang diimport.

Kerajaan juga boleh menjalankan kempen kesedaran mengutamakan buah-buahan tempatan. Kempen ini menjelaskan kebaikan-kebaikan membeli buah-buahan tempatan menerusi penggunaan media massa. Iklan dan ceramah mengenai buah-buah tempatan dijalanakan secara giat terutama di kawasan urban. Sesungguhnya, kempen ini menimbulkan kesedaran kepada pengguna untuk memilih buah-buahan tempatan daripada import.

Selain itu, peladang buah-buah tempatan seharusnya meningkatkan kualiti buah mereka. Penanaman buah-buah tempatan seharusnya menggunakan teknik moden untuk menghasilkan buah yang lebih baik, menarik, dan sesuai dengan cita rasa pengguna. Keunikan buah-buahan tempatan akan menarik lebih banyak pengguna untuk membelinya. Jelaslah, peladang harus mencari benih dan buah yang terbaik.

Malahan, pengguna juga harus berubah paradigma mereka apabila membeli buah-buahan tempatan. Kita seharusnta membuang sikap menganggap buah import lebih baik daripada tempatan. Persepsi yang negatif ini harus dikikis dengan segera melalui pembelian buah tempatan. Maka, pengguna harus bijak dengan membeli buah-buahan tempatan sahaja.

Page 2: Karangan Kebaikan Buah Buahan Tempatan

Kesimpulannya, buah tempatan sememangnya sama taraf dengan import. Semua pihak terutama pengguna harus memberi peluang kepada buah-buahan tempatan kerana tanpa pengguna industri buah-buahan tempatan akan musnah. Hargailah produk tempatan dan bukannya keluaran negara asing.