karangan berdasarkan bahan rangsangan

1
Langkah 3: Karangan Lengkap Setiap orang pasti mempunyai hobi yang mendatangkan pelbagai kebaikan. Seseorang yang tidak mempunyai hobi akan merasakan hidupnya kosong dan membosankan. Salah satu kebaikan hobi adalah dapat mengisi masa lapang. Dengan adanya hobi, seseorang itu dapat mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, merempit dan seagainya. Hobi juga boleh menjimatkan perbelanjaan. Jika kita berkebun, hasilnya boleh dijual sekiranya berlebihan. Kita juga tidak perlu membeli sayur-sayuran, sekali gus boleh menjimatkan perbelanjaan seharian. Hobi turut menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan minda. Contohnya, dengan bersukan, seseorang itu dapat merehatkan fikiran dan menjamin kesihatan. Seterusnya membina otak yang cerdas. Hobi membaca pula dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang. Jadi, pengetahuan seseorang itu akan bertambah. Kesimpulannya, setiap orang mestilah bersikap bijak dalam memilih hobi yang berfaedah dan menguntungkan (120 patah perkataan)

Upload: azmahothman66

Post on 30-Jul-2015

722 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan berdasarkan bahan rangsangan

Langkah 3: Karangan Lengkap

Setiap orang pasti mempunyai hobi yang mendatangkan pelbagai kebaikan. Seseorang yang tidak mempunyai hobi akan merasakan hidupnya kosong dan membosankan.

Salah satu kebaikan hobi adalah dapat mengisi masa lapang. Dengan adanya hobi, seseorang itu dapat mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, merempit dan seagainya. Hobi juga boleh menjimatkan perbelanjaan. Jika kita berkebun, hasilnya boleh dijual sekiranya berlebihan. Kita juga tidak perlu membeli sayur-sayuran, sekali gus boleh menjimatkan perbelanjaan seharian. Hobi turut menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan minda. Contohnya, dengan bersukan, seseorang itu dapat merehatkan fikiran dan menjamin kesihatan. Seterusnya membina otak yang cerdas. Hobi membaca pula dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang. Jadi, pengetahuan seseorang itu akan bertambah.

Kesimpulannya, setiap orang mestilah bersikap bijak dalam memilih hobi yang berfaedah dan menguntungkan

(120 patah perkataan)