karan gan

8
NADIA ATHIRAH BINTI ZAHARI D20122062126 “ Anda mengadakan perkhemahan di luar kawasan sekolah (hutan) dan tersesat semasa membuat aktiviti jalan malam. Apakah tindakan yang anda lakukan untuk menyakinkan pelajar yang seramai 80 orang itu selamat dan cara – cara untuk anda kembali keluar” Pada minggu lepas, saya telah mendapat tugasan untuk mengetuai satu aktiviti perkhemahan sekolah yang diadakan di pinggir hutan lipur Sekayu. Seramai 80 orang pelajar tingkatan 5 yang terdiri daripada 50 orang murid perempuan dan 30 orang murid lelaki menyertai aktiviti perkhemahan ini. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut antaranya aktiviti kawad, malam kebudayaan dan juga aktiviti jalan malam ataupun night walking yang dijalankan pada malam kedua perkhemahan. Pada malam tersebut, kesemua pelajar telah berkumpul untuk menyertai aktiviti tersebut dan saya telah bertindak sebaga ketua dan melantik seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan selaku wakil pelajar. Aktiviti ini turut melibatkan 8 orang guru pembantu yang lain untuk mengiringi para pelajar. Sebelum aktiviti bermula, saya telah mengira kesemua kehadiran pelajar dan memberi sedikit taklimat sebelum memulakan aktiviti dan kesemua pelajar telah dipecahkan mengikut kumpulan sebanyak 3 kumpulan. Selaku ketua, saya juga membawa sedikit peralatan seperti lampu picit, visel dan juga

Upload: nadya-dieey

Post on 13-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

NADIA ATHIRAH BINTI ZAHARI D20122062126

Anda mengadakan perkhemahan di luar kawasan sekolah (hutan) dan tersesat semasa membuat aktiviti jalan malam. Apakah tindakan yang anda lakukan untuk menyakinkan pelajar yang seramai 80 orang itu selamat dan cara cara untuk anda kembali keluar

Pada minggu lepas, saya telah mendapat tugasan untuk mengetuai satu aktiviti perkhemahan sekolah yang diadakan di pinggir hutan lipur Sekayu. Seramai 80 orang pelajar tingkatan 5 yang terdiri daripada 50 orang murid perempuan dan 30 orang murid lelaki menyertai aktiviti perkhemahan ini. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut antaranya aktiviti kawad, malam kebudayaan dan juga aktiviti jalan malam ataupun night walking yang dijalankan pada malam kedua perkhemahan. Pada malam tersebut, kesemua pelajar telah berkumpul untuk menyertai aktiviti tersebut dan saya telah bertindak sebaga ketua dan melantik seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan selaku wakil pelajar. Aktiviti ini turut melibatkan 8 orang guru pembantu yang lain untuk mengiringi para pelajar. Sebelum aktiviti bermula, saya telah mengira kesemua kehadiran pelajar dan memberi sedikit taklimat sebelum memulakan aktiviti dan kesemua pelajar telah dipecahkan mengikut kumpulan sebanyak 3 kumpulan. Selaku ketua, saya juga membawa sedikit peralatan seperti lampu picit, visel dan juga parang sebagai persediaan dan langkah berjaga jaga kepada segala kemungkinan yang berlaku.Kami memulakan perjalanan pada pukul 9 malam dan semuanya berjalan dengan lancar. Namun begitu, selepas satu jam perjalanan, kami telah tersesat dan tidak menjumpai denai yang sepatutnya kami lalui. Saya sebagai guru menenangkan diri, tidak panik dan memanggil kesemua guru pengiring dan wakil pelajar dan meminta mereka untuk mengumpulkan kesemua pelajar di satu tempat dan meminta mereka untuk berehat sebentar. Sementara itu, saya cuba untuk mengigati semula jalan yang dilalui dan cuba untuk bersabar dan yakin bahawa kesemua pelajar akan selamat keluar. Langkah pertama yang saya lakukan adalah ialah menyuruh kesemua pelajar berjalan secara berkumpulan dan berpatah balik ke trek atau denai asal yang telah dilalui dengan perlahan. Saya mengetuai kumpulan tersebut di hadapan dan menggunakan lampu suluh yang dibawa untuk melihat denai yang telah dilalui. Kami juga meninggalkan jejak seperti menorah sedikit pada pokok menggunakan pisau bagi meninggalkan petanda kepada pihak penyelamat. Oleh kerana suasana waktu malam yang gelap di dalam hutan, kami tidak dapat melihat dengan jelas trek asal yang telah dilalui dan kelihatan beberapa orang pelajar di belakang telah berhenti berjalan kerana keletihan dan kepenatan. Saya telah berbincang dengan kesemua guru pengiring dan membuat keputusan untuk mencari tempat perlindungan yang sesuai untuk bermalam bagi kesemua pelajar. Langkah pertama yang saya lakukan adalah mencari tapak yang sesuai dengan memerhatikan sekeliling tapak itu tidak mempunyai kesan-kesan binatang buas contohnya kesan tapak kaki, najis ,peninggalan sisa makanan atau dikawasan sumber makanannya. Saya juga mengarahkan 4 guru pengiring supaya memastikan kawasan dipilih bukan dilaluan binatan,air,laluan angin dan bukan dibawah dahan atau pokok yang mati. Ini bgai memastikan tiada ranting yang telah reput jatuh keatas tempat pelindungan kami tersebut. Jika atas batu, pastikan bukan dikawasan batu longgar dan licin, jika dalam gua, pastikan tiada binatang berbisa dan dahan dahan pokok yang tajam dan berkemungkinan berduri dipangkas menggunakan parang yang dibawa. Ranting ranting kayu yang terdapat di kawasan sekitar juga dikutip dan dikumpulkan oleh 4 orang guru lagi untuk dibuat unggun api bagi mengelakkan gigitan unggas, memanaskan badan dan juga bagi menenangkan pelajar yang ketakutan akibat kegelapan hutan. Asap yang terhasil daripada unggun api itu juga diharap supaya menarik perhatian sesiapa untuk meminta pertolongan. Sementara itu, saya mengarahkan kesemua pelajar perempuan untuk berkumpul dalam satu kumpulan manakala pelajar lelaki dalam satu kumpulan mengelilingi dua unggun api yang dibina dan meminta mereka bertenang dan berdoa supaya semuanya berjalan dengan lancar dan menemui jalan keluar pada keesokkan harinya. Selesai membina unggun api, saya telah membahagikan tugas kepada guru pengiring dimana 4 orang daripada mereka ditugaskan untuk membina dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan dan binatang buas. Dangau ini dibina dengan mengumpul bahan binaan seperti kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran. Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu panjang dipacak diatas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai dan daun daun daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung.Manakala dua orang guru pengiring lagi termasuk saya sendiri berjalan di kawasan sekitar tempat perlindungan tersebut untuk mencari sedikit bekalan air minuman dan juga makanan sementara dua orang guru pengiring lagi berada bersama pelajar bagi melakukan aktiviti seperti nyanyian lagu semangat dan juga permainan ringkas bagi menenangkan dan mengurangkan rasa takut pelajar berada di dalam hutan. Nyanyian lagu semangat dan permainan ringkas ini dilakukan secara berkumpulan dan dilakukan di sekeliling unggun api yang dibina. Sementara itu, saya dan dua lagi guru pengiring berjalan di sekitar kawasan tersebut untuk mencari bekalan makanan dan yang paling penting adalah minuman. Sumber bekalan air boleh diperolehi melalui sungai sungai kecil sungai, tasik, lopak air (yang bersih) atau mata air yang terdapat di dalam hutan. Jika tidak terdapat sumber air daripada sungai, tasik atau mata air ini, bekalan sumber air juga boleh diperolehi daripada sumber tumbuhan seperti akar kayu, pokok periuk kera dan pokok buluh. Akar buluh hendaklah dipotong secara meruncing dan akan mengeluarkan titisan titisan air manakala batang buluh diketuk pada katamnya untuk mengetahui samaada ia mengadungi air ataupun tidak. Apabila sudah mengenalpasti katam buluh yang mengandungi air, katam tersebut ahendaklah ditebuk, dibuat lubang kecik untuk mengeluarkan air didalam nya. Sumber air yang lain juga boleh diperolehi melalui pokok periuk kera yang berfungsi secara semula jadi untuk mengumpulkan air hujan dan airnya boleh diminum di dalam keadaan darurat. Bagi sumber makanan pula, kami mencari tumbuhan dan juga buah buahan hutan yang boleh dimakan. Sebelum itu, saya memberi sedikit tunjuk ajar kepada kedua guru pengiring dimana terdapat tiga langkah yang perlu dilakukan bagi mengenalpasti tumbuhan atau buah buahan itu selamat dimakan atau tidak. Tiga langkah tersebut adalah hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah .Hidulah pucuk daun yang hendak dimakan, jika berbau busuk atau keras jangan makan. Jika tidak berbau, hancurkan pucuk daun tadi dan sapukan di lengan tangan, tunggu dalam tempoh 10 minit, jika terasa gatal atau panas jangan makan. cara kunyah lebih berkesan,tunggu sekejap. jika terasa panas atau gatal atau loya jangan makan. Langkah tersebut juga digunakan untuk mengenalpasti buah buahan hutan yang dijumpai selamat dimakan atau tidak disamping melihat kesan dimakan haiwan. Jika terdapat kesan tersebut, makan sedikit buat tersebut dan tunggu dalam 30 minit, jika tidak meninggalkan kesan seperti kegatalan dan sebagainya, buah tersebut adalah selamat untuk dimakan. Bagi cendawan pula, pilih cendawan yang tidak mempunyai warna yang terang, berkilat dan mempunyai tekstur yang rapuh dan keras kerana kebiasaannya cendawan tersebut adalah beracun dan tidak selamat untuk dimakan. Tumbuhan yang mempunyai umbut seperti pokok bertam, lengkuas liar dan sebagainya juga boleh dimakan untuk mengalas perut didalam hutan. Selepas mengisi perut, saya bersama sama guru pengiring lain bersama sama pelajar duduk secara berkumpulan dan membaca sedikit doa selamat dan pendinding sebelum tidur bagi mengelakkan segala gangguan makhluk halus dan juga binatang buas di dalam hutan. Saya selaku ketua mengarahkan guru pengiring untuk berjaga secara bergilir- gilir setiap 2 jam bagi memantau kawasan tempat perlindungan agar tiada ancaman daripada binatang buas dan sebagainya. Keesokkan harinya, kami bangun seawal pukul 6 pagi dan meneruskan usaha untuk mencari jalan keluar daripada hutan tersebut. Saya telah mengarahkan pelajar untuk berpecah kepada 4 kumpulan bersama guru pengiring masing masing bagi memudahkan perjalanan dan juga bagi mengelakkan terdapatnya pelajar yang sesat. Sebelum memulakan perjalanan, saya telah mengira kesemua jumlah pelajar agar tiada yang tertinggal dan membaca sedikit doa selamat bagi memudahkan perjalanan. Saya mencari jalan keluar menggunakan petunjuk arah matahari. Oleh kerana suasana pada pagi itu agak gelap dan keadaan hutan yang agak tebal, saya tidak dapat melihat arah matahari terbit dan mengetahui melalui lumut yang terdapat di pokok. Pohon tengah hutan bahagian bawahnya biasanya berlumut. Lihat saja, lumut yang paling tebal dan hijau, itu pasti bagian timur. Sedangkan lumut yang tidak terlalu tebal, dipastikan berada di bagian terbenamnya matahari Hujung pohon juga kebiasaannya akan condong dan kecondongan itu pasti mengarah ke matahari terbit Semasa perjalanan, kami telah terjumpa dengan satu anak sungai dan bersetuju untuk menyusuri anak sungai tersebut ke hilir. Sepanjang perjalanan juga, kami telah meninggalkan jejak seperti anak panah yang diperbuat daripada ranting ranting kayu dan juga tapak kaki bagi memudahkan anggota penyelamat mengesan lokasi dan seterusnya menyelamatkan kami. Setelah dua jam perjalanan, akhirnya kami tiba dihilir sungai dimana tedapat sebuah kampung kecil. Kesemua pelajar kelihatan kepenatan dan saya bersama guru pengiring meminta pertolongan daripada penduduk kampung untuk menghubungi polis dan sebagainya. Penduduk kampung juga turut memberi bantuan seperti memberikan air minuman, makanan dan juga tempat berteduh untuk berehat sementara menunggu pihak polis. Setengah jam kemudian, pihak polis datang bersama sama ambulans dan membuat pemeriksaan kesihatan kepada semua pelajar untuk merawat sebarang kecederaan dan juga mengelakkan sebarang trauma berlaku kepada pelajar. Pihak polis turut mengambil keterangan terperinci daripada pihak saya dan guru pengiring yang lain dan menghantar kami kembali ke tapak perkhemahan kami di Hutan Lipur Sekayu dengan selamat. Kesimpulannya, pengalaman sesat di dalam hutan ini memberikan impak yang besar kepada pihak sekolah khususnya dan para guru hendaklah mempunyai pengalaman, ilmu dan bijaksana dalam menghadapi situasi yang genting itu. Guru juga mestilah tidak mengikut emosi dan bertenang agar tidak menimbulkan rasa panik di kalangan pelajar dan menyakinkan pelajar bahawa mereka dapat keluar daripada hutan dengan selamat. Pujian juga turut harus diberikan kepada para pelajar kerana berjaya mengatasi rasa takut dan berani untuk berusaha keluar dari hutan dengan selamat.

Rujukan http://www.slideshare.net/lisa206/pengenalan-ikhtiar-hiduphttp://kelanakulim.blogspot.com/p/panduan-untuk-ahli.htmlbuku log gkrs