kandungan · kandungan jawapan-jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan yang tidak dijawab di...

162
KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB LISAN YANG TIDAK DIJAWAB DI DALAM DEWAN (SOALAN NO. 10 HINGGA 69 ) NOTA: JAWAPAN-JAWAPAN BAGI SOALAN NO. 1 HINGGA 9 [RUJUK PENYATA RASMIHARIAN (HANSARD)] Nuraishah Abdullah CAWANGAN PERUNDANGAN PARLIMEN MALAYSIA

Upload: others

Post on 02-Feb-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KANDUNGAN

    JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB

    LISAN YANG TIDAK DIJAWAB DI DALAM DEWAN (SOALAN NO. 10

    HINGGA 69 )

    NOTA: JAWAPAN-JAWAPAN BAGI SOALAN NO. 1 HINGGA 9

    [RUJUK PENYATA RASMIHARIAN (HANSARD)]

    Nuraishah Abdullah CAWANGAN PERUNDANGAN PARLIMEN MALAYSIA

  • SOALAN NO: 10

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN: LiSAN

    DARIPADA: Y.B. DATO’ SERI MOHAMMAD NIZAR BIN

    JAMALUDDIN

    TARIKH: 26 MAC 2012

    SOALAN:

    Data’ Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan senarai jumlah terkini kilang yang telah berhenti operasi atau ditutup di negeri Perak serta jumlah pengangguran atau hilang pekerjaan dan tindakan diambil setakat ini, di setiap Kawasan Parlimen di Perak di

    sepanjang tahun 2011.

    PR-1251-L47535

    JAWAPAN:

    Tuan Yang di-Pertua,

    1. Sebanyak 11 majikan di negeri Perak telah melakukan

    pemberhentian kerja melibatkan sebanyak 1,318 orang pekerja

    pada tahun 2011. Daripada jumlah itu, 1,289 merupakan pekerja

    tempatan manakala 29 merupakan pekerja asing. Dari 7 Pejabat

    Tenaga Kerja

    l

    (PTK) di Perak, PTK Ipoh mencatatkan pemberhentian tertinggi

  • 3

    dengan jumlah 1,135 pemberhentian. Tiada pemberhentian

    dicatatkan oleh PTK Sitiawan, Teluk Intan dan Grik seperti di Jadual

    1 di bawah.

    2. Daripada 11 majikan tersebut, sebanyak 7 kilang (majikan)

    telah berhenti operasi atau ditutup dan melaksanakan

    pemberhentian terhadap 1,043 pekerja terdiri daripada 1,016

    pekerja tempatan dan 27 pekerja asing seperti di jadual 2 di bawah.

    JADUAL 1: STATISTIK PEMBERHENTIAN BAGI NEGERI PERAK PADA TAHUN 2011 MENGIKUT PEJABAT TENAGA KERJA

    PEJABAT TENAGA KERJA

    Majikan Pekerja Tempatan

    Pekerja Asing

    Jumlah Pemberhentian

    IPOH 2 1,108 27 1,135

    ■ ■

    n

    88SSI1 l i- 129 . 0. . 4% W -v

    KUALA KANGSAR 1 11 2 13

    TAPAH , '* < 41 0 4,

    SITIAWAN 0 0 0 0

    TELUK INTAN 0 ■ ® 0

    1 in

    GRIK 0 0 0 0

    1,289 ■ ■ ■■■ -

    •'

    29

    Sumber: Bilik Gerakan JTKSM

  • 4

    Tuan Yang Di Pertua,

    3. Kerajaan sentiasa memantau aktiviti majikan untuk memastikan

    pemberhentian kerja adaiah langkah terakhir diambil majikan. Untuk

    itu, Jabatan Tenaga Kerja telah menerbitkan “Garis Panduan

    Pengurusan Pemberhentian Pekerja” yang menggariskan langkah-

    langkah yang perlu diambil oleh majikan untuk mengelakkan

    pemberhentian pekerja mereka dilakukan.

    Tuan Yang Di Pertua,

    4. Jabatan Tenaga Kerja negeri Perak telah mengambil langkah-

    langkah untuk membantu mereka yang diberhentikan dan

    penganggur untuk mendapat pekerjaan. Sepanjang tahun 2011, seramai

    14,130 orang pencari kerja di Perak telah berjaya ditempatkan dalam

    JADUAL 2: STATISTIK KILANG YANG TELAH BERHENTI OPERASI/DITUTUP DAN MELAKSANAKAN PEMBERHENTIAN PEKERJA BAGI NEGERI PERAK PADA TAHUN 2011 MENGIKUT PEJABAT TENAGA KERJA

    PEJABAT TENAGA KERJA

    Majikan Pekerja Tempatan

    Pekerja Asing

    Jumlah Pemberhentian

    IPOH 2 875 27 902 '} ' .*• i! ; 110 o :* 110,- •

    ' KUALA KANGSAR 0 0 0 0

    ' 31 . • . .

    o

    & ^Mi , ,

    SITIAWAN 0 0 0 0

    TECUK INTAN i : o t I 0 ‘p'.CU - 0

    GRIK 0 0 0 0 K t ,016

    >*: i ' : v-* 'rii.

    * yc- f ̂ , W '5 Sumber: Bilik Gerakan JTKSM

  • 5

    alam pekerjaan. Maklumat lengkap seperti di rajah 3.

    Sumber: JobsMalaysia Centre (JMC) Negeri Perak

    Tuan Yang Di Pertua,

    5. Antara langkah lain yang diambil oleh JTK Perak dalam membantu

    mereka yang diberhentikan kerja dan penganggur untuk mendapat

    pekerjaan ialah melalui program Homeworking. Pada tahun 2011,

    sebanyak 24 syarikat di Perak menyertai program

    Homeworking ini dan telah melibatkan 226 orang peserta. Maklumat

    lengkap adalah seperti di rajah 4:

    Rajah 3 : Jumlah Penempatan Pencari Kerja Melalui Program Yang

    Dilaksanakan Pada Tahun 2011 di Negeri Perak Bil

    Program Jumlah Penempatan

    Peratusan (%)

    1 Portal JobsMalaysia 1,319 Tiada sasaran

    2 3P/Karnival Pekerjaan 2,696 134.08 3 Penempatan Dengan Kerjasama APS 61 Tiada

    sasaran 4 Temuduga Terbuka 2,509 125.45 5 Penempatan Melalui Client Account 5,407 270.35 6 Penempatan Melalui Kerjasama Agensi

    Luar 1,007 100.7

    7 Emplobility Programme 0 0 8 Penempatan Melalui Separa Masa 1,115 111.5 9 Program Khas 16 Tiada

    sasaran 10 Integrasi JobsMalaysia Sektor Awam

    SPA/SPP 0 0

    Jumlah 14,130 741.45

  • 6

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN

    DARIPADA TAN SRI DATO’ SERI ONG KA TING [ KULAI ]

    TARIKH 26 MAC 2012

    SOALAN 11

    Tan Sri Dato’ Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta MENTERI

    PENGANGKUTAN menyatakan apakah pelan strategik yang telah

    dirancang untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS)

    sebagai satu pintu masuk dan keluar ke destinasi rantau Asia yang aktif dan

    membawa impak kepada pembangunan ekonomi negeri Johor. JAWAPAN

    Tuan Yang Di Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lapangan Terbang Antarabangsa

    Senai telah dikendalikan oleh Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd.,

    sebuah syarikat swasta mulai pada tahun 2003 untuk memberi fokus

    Rajah 4 : Program Homeworking di Perak sehingga Disember 2011 Negeri Bilangan

    Syarikat Purata

    Gaji

    yang

    Diterima

    Bilangan Peserta

    OKU Suri

    Rumah

    Ibu

    Tunggal

    Keluarga

    Miskin

    Jumlah

    PERAK 24 RM 300

    RM 600

    41 171 12 2 226

  • 2

    kepada pembangunan lapangan terbang tersebut sebagai pintu masuk

    dan keluar di selatan Semenanjung Malaysia dan membangunkan

    ekonomi negeri Johor khususnya Iskandar Malaysia. Dalam mencapai

    objektif tersebut, strategi-strategi yang telah dirancang dan dilaksanakan

    adalah seperti berikut:

    (i) Mengadakan rundingan udara dua hala dengan negara-negara asing

    pada setiap tahun bagi mewujudkan/meningkatkan hak-hak trafik

    penerbangan di antara lapangan-lapangan terbang negara

    termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan lapangan-

    lapangan terbang negara asing;

    (ii) Senai dimasukkan sebagai salah satu destinasi yang diliberalisasikan

    di bawah Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)

    Multilateral Agreement on the Full Liberalisation of Passenger

    Services. Di bawah Perjanjian ini, yang telah ditandatangani dan

    diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 2011, syarikat-syarikat

    penerbangan negara-negara ASEAN dibenarkan untuk mengadakan

    penerbangan di antara mana-mana destinasi ASEAN, tanpa had

    kekerapan, kapasiti dan jenis pesawat;

    (iii) Penaiktarafan kemudahan-kemudahan dan infrastruktur-

    infrastruktur yang bertaraf dunia di Lapangan Terbang

    Antarabangsa Senai seperti berikut:

    (a) Pembaikpulihan bangunan terminal;

    (b) Pembinaan kompleks kargo dan blok agen kargo;

    (c) Pemanjangan runway dan aerodrome;

  • 3

    (d) Pembinaan aviation park dan free zone area; dan

    (e) Pembinaan aeromall.

    (iv) Pemberian pelbagai insentif kepada syarikat-syarikat penerbangan

    yang ingin mengadakan operasi ke Lapangan Terbang

    Antarabangsa Senai.

    Ho- p.

    MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KEDUA

    BELAS TAHUN 2012 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN

    RAKYAT

    MALAYSIA

    PERTANYAAN : LISAN

    DARIPADA : YB DATO' ZULKIFLI BIN

    NOORDIN

    (KULIM BANDAR BARU)

    TARIKH : 26 MAC 2012

    SOALAN

    Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN

    WILAYAH menyatakan:-

  • (a) Apakah tindakan dan langkah yang telah, sedang

    dan akan diambil untuk memperkasa kegiatan

    perniagaan dan ekonomi Bumiputera di aked, kedai

    dan bangunan MARA yang kebanyakannya kelihatanuzur dan lesu termasuk di kawasan

    Parlimen Kulim Bandar Baru; dan

  • (b) Apakah langkah dan rancangan yang diambil untuk

    meningkatkan program usahawan Bumiputera, (termasuk

    usahawan graduan) yang lebih efektif.Tuan Yang di Pertua;

    MARA amat berterima kasih dan menghargai keperihatinan

    Ahli Yang Berhormat terhadap aktiviti- aktiviti yang

    dijalankan oleh MARA dalam pembangunan ekonomi

    Bumiputera khususnya di premis perniagaan MARA. Sehingga

    kini MARA mempunyai 476 premis perniagaan yang

    mengandungi 7,250 ruangsewa premis perniagaan di seluruh

    negara. Premis tersebut terdiri dari lot komersil, kompleks,

    arked, rumah kedai, bengkel, bazar, bistro, medan selera

    dan kompleks industri makanan. 90% dari ruangsewa premis

    perniagaan tersebut; iaitu 6,544 dari 7,250 telah disewa

    setakat 29 Februari 2012. Baki 10% dari premis tersebut

    sedang dalam kerja-kerja pengubahsuaian dan

    penyelenggaraan. Ini membuktikan prestasi pengisian

    ruangsewa premis perniagaan MARA adalah tinggi.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MARA sentiasa

    berusaha untuk memperkasakan kegiatan perniagaan dan

    ekonomi di premis MARA di seluruh Malaysia. Antara

    program-program yang dianjurkan adalah program

  • Jawapan (a):

    promosi seperti karnival jualan mega dan promosi satu

    produk. MARA juga sentiasa mengadakan aktiviti

    pembangunan penyewa melalui pengendalian

    kursus/seminar seperti kursus susunatur barangan dan

    produk dan khidmat runding cara kepada penyewa-

    penyewa sedia ada.

    Tuan Yang Di Pertua,

    Terdapat 788 ruangsewa premis perniagaan MARA di

    negeri Kedah dan sebanyak 659 telah disewakan. Bagi

    memperkasakan perniagaan di premis MARA di kawasan

    Parlimen Kulim Bandar Baru pula, MARA Negeri Kedah

    sedang menjalankan kerja-kerja menambah baik dan

    menyelenggara Arked MARA Kulim Mall, Medan Selera

    MARA (Bistro) dan Rumah Kedai Dataran UMNO di Bandar

    Baru Kulim. Usaha yang sama akan diteruskan dari semasa

    ke semasa di seluruh negara demi untuk meningkatkan

    perniagaan di premis MARA.

  • Jawapan (b):

    5

    Tuan Yang di Pertua;

    Dalam merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah

    negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020,

    program pembangunan usahawan telah dijadikan antara

    agenda terpenting. Sehubungan itu, Program

    Pembangunan Usahawan MARA akan diperkasa dan

    dilipatgandakan melalui pendekatan dari pelbagai dimensi

    yang berani dan terkini.

    Transformasi Sektor Keusahawanan MARA adalah

    pemacu ke arah melahirkan usahawan baru, memperkasakan

    usahawan sedia ada dan membangun enterprise. Program

    Pewujudan & Peningkatan

    adalah untuk kumpulan sasar yang terdiri dari bakal

    usahawan, usahawan kecil, serta graduan institusi

    pendidikan tinggi yang ingin menceburi bidang perniagaan.

    Program ini adalah program sedia ada yang telah dijalankan

    sekian lama dan telah menampakkan keberkesanannya

    dalam mewujudkan usahawan

    Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing di pasaran

    dalam dan luar negara. Pada tahun 2011, seramai 3,341

    bakal usahawan termasuk graduan lepasan institusi tinggi

    telah mengikuti Latihan

  • 6

    Pembentukan Usahawan (LPU) yang memberi

    pendedahan asas kepada bidang perniagaan. Disamping itu,

    seramai 4,007 usahawan sedia ada telah dimantapkan

    meialui program-program peningkatan, pembiayaan,

    pemasaran, penjenamaan, latihan perindustrian dan

    penyediaan peluang perniagaan.

    Justeru, sebagai satu organisasi yang berfokuskan

    keusahawanan, Program Pembudayaan

    Keusahawanan yang mengandungi Latihan

    Pembentukan Usahawan, Program Inkubator, Program

    Usahawan Muda dan Program Teknousahawan dijadikan

    modul wajib dalam pembentukan budaya keusahawanan di

    peringkat Institusi Pendidikan MARA (IPMa) seperti MRSM,

    IKM, KKTM, KPM, UniKL dan GIATMARA semasa dan selepas

    pengajian mereka.

  • Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MARA

    menganjurkan program-program pemiawaian yang

    membolehkan usahawan-usahawan mengembangkan dan

    meningkatkan perniagaan mereka ke peringkat

    antarabangsa seperti Hazard Analysis Critical Control Point

    (HACCP), Good Manufacturing Practice (GMP) dan

    Pensijilan Halal. MARA juga mengadakan insentif karnival

    jualan dan ekspo perdagangan di peringkat negeri dan

    kebangsaan bagi memberi peluang kepada usahawan

    memperluaskan barangan dan membuat jualan.

    Kesemua usaha-usaha ini bertujuan untuk mencapai

    matlamat MARA mewujudkan usahawan korporat,

    teknousahawan, usahawan peruncitan, usahawan

    pembuatan dan kontraktor wibawa.

  • NO. SOALAN: 13

    I

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah] minta PERDANA MENTERI

    menyatakan langkah untuk mengimbang pembangunan Kota Iskandar

    dan kawasan luar Bandar khasnya Kampung Simpang Arang.

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam perancangan

    pembangunan di Iskandar Malaysia, pendekatan yang diamalkan adalah

    secara holistik yang mana setiap lapisan masyarakat akan dilibatkan

    dalam pembangunan melalui pelbagai program yang telah direncanakan

    dalam pelan pembangunan modal insan Iskandar Malaysia, la bertujuan

    supaya tiada ahli masyarakat yang terpinggir dan memastikan seramai

    mungkin rakyat mendapat manfaat berikutan program pembangunan

    tersebut.

    Di antara program yang telah dijalankan adalah Belia Tempatan

    Mahir (BERTAM) yang mana ianya merupakan satu program latihan

    kemahiran dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM). Program

    ini antaranya telah dijalankan di kawasan Kg. Simpang Arang dengan

    melatih belia-belia orang asli dalam kemahiran pembinaan. Hasilnya

    seramai 20 orang peserta telah mendapat sijil daripada ABM. Selain itu,

    terdapat juga program-program lain seperti pembangunan

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    TARIKH

    LISAN

    PUAN TAN AH ENG[GELANG PATAH] 26

    MAC 2012 (ISNIN)

  • 2

    usahawan, kemahiran bahasa dan penganjuran karnival kerjaya,

    perniagaan dan kemahiran atau KEPAK bersama kerajaan negeri.

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, Pihak Berkuasa

    Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) bekerjasama rapat dengan

    kerajaan negeri dalam menyampaikan maklumat terkini pembangunan di

    Iskandar Malaysia melalui inisiatif memaklumatkan barisan pimpinan akar

    umbi iaitu ketua kampung dan penghulu.

  • NO SOALAN :^2

    DARIPADA

    LISAN

    TARIKH

    PEMBERITAHUAN

    PERTANYAAN DEWAN

    RAKYAT, MALAYSIA

    Y.B. TUAN SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL

    (MACHANG)

    PERTANYAAN

    26.03.2012

    Y.B. TUAN SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL [ MACHANG ] minta MENTERI

    KEWANGAN menyatakan darihal Skim Pinjaman Rumah Pertamaku merujuk

    perkara berikut jumlah kes yang dipohon dan diluluskan, pecahan umur

    penerima dan nilai pinjaman bagi negeri-negeri Kelantan, Kedah, Terengganu,

    Perlis, Sabah dan Sarawak.

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah melancarkan Skim

    Rumah Pertamaku pada bulan Mac 2011. Skim ini diperkenalkan bertujuan

    membantu golongan muda yang baru bekerja untuk memiliki rumah sendiri. Di

    bawah skim ini, Cagamas akan memberi jaminan sebanyak 10% daripada

    jumlah pembiayaan kepada institusi kewangan yang terlibat atas pembiayaan

    yang lebih dari 90%. Skim ini membolehkan mereka mendapat pembiayaan

    sepenuhnya (100%) daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah

    pertama mereka.

    2. Sehingga 31 Januari 2012, sejumlah 1,623 permohonan yang bernilai

    RM238.9 juta telah diterima untuk mendapatkan pembiayaan di bawah skim ini.

    Daripada jumlah tersebut, 280 permohonan telah berjaya diberikan jaminan

    dengan nilai pinjaman RM41.1 juta. Sebahagian besar peminjam adalah terdiri

  • daripada kaum Cina iaitu seramai 152 peminjam atau 55%, diikuti kaum Melayu

    seramai 93 peminjam (33%) dan kaum India seramai 29 peminjam (10%).

    3. Jika dikategorikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan jumlah

    tertinggi iaitu 96 permohonan bernilai RM14.4juta, diikuti oleh Kuala Lumpur

    (57 permohonan; RM8.5 juta), Johor (32 permohonan; RM4.8 juta), Pulau

    Pinang (21 permohonan; RM2.9 juta), Perak (20 permohonan; RM2.8 juta),

    Melaka (17 permohonan; RM2.4 juta), Sabah (13 permohonan; RM1.9 juta),

    Kedah (8 permohonan; RM1.1 juta), Negeri Sembilan (7 permohonan; RM916.5

    ribu), Pahang (6 permohonan; RM966.9 ribu), Terengganu (2 permohonan;

    RM265 ribu) dan Sarawak (1 permohonan; RM192 ribu). Bagi negeri Perlis,

    Kelantan serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya, masih tiada

    permohonan diterima sehingga 31 Januari 2012.

    4. Pecahan mengikut bank dan umur pemohon, sebahagian besar

    permohonan diterima daripada Public Bank Berhad (65 permohonan), Alliance

    Bank Berhad (62 permohonan), Malayan Banking Berhad (36 permohonan) dan

    Alliance Islamic Bank (35 permohonan). Manakala mengikut umur, sebahagian

    besar penerima jaminan adalah dalam lingkungan umur antara 24 dan 29 tahun

    iaitu seramai 187 orang.

    Tuan Yang Di-pertua,

    5. Sambutan rakyat di Sabah terhadap Skim Rumah Pertamaku adalah

    menggalakkan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, seramai 13 peminjam

    adalah dari negeri Sabah dengan jumlah pinjaman bernilai RM1.9 juta. Selain

    daripada skim ini, Kerajaan juga menyediakan pelbagai inisiatif lain bagi

    membantu rakyat memiliki rumah yang selesa dan mampu milik termasuk

    Program Perumahan Rakyat dan Program Rumah Mesra Rakyat. Adalah

    diharapkan rakyat dapat mengambil peluang ini dengan sebaiknya bagi

    membaiki taraf hidup mereka. Soalan No:

    MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN

    KEDUA BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN PEWAN

  • RAKYAT MALAYSIA

    PERTANYAAN LISAN

    DARIPADA YB DATUK ALEXANDER NANTA

    LINGGI (KAPIT)

    TARIKH 26 MAC 2012

    SOALAN

    Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

    menyatakan setakat masa kini apakah sudah dibuat atau

    dilaksanakan untuk memulakan penanaman getah sebagai

    strategi dan langkah-langkah tertentu yang bertujuan untuk

    membasmikan kemiskinan di kawasan Kapit yang merangkumi

    Daerah Kapit dan Daerah Song. JAWAPAN:

    Tuan Yang Di-Pertua,

    Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan operasi RISDA

    setakat ini adalah meliputi keseluruhan Negeri Sarawak.

    Kawasan Kapit yang merangkumi Daerah Kapit dan Song

    terletak di bawah pengurusan Pejabat RISDA Bahagian Sibu.

    Kempen Tanam Semula di Bahagian Kapit telah dipergiatkan

    di kampung-kampung dan rumah panjang dalam usaha untuk

    memastikan penyaluran maklumat mengenai bantuan RISDA

  • kepada kumpulan sasar. Sejak RISDA meluaskan operasinya

    di Sarawak, sehingga kini seluas 340 hektar permohonan

    tanam semula telah diterima dan seluas 67 hektar telah

    dibayar bantuan pertama sebanyak RM5,300 sehektar di

    daerah Kapit. Manakala bagi Daerah Song pula, seluas 32

    hektar permohonan telah diterima dan seluas 9 hektar

    telah dibayar bantuan pertama sebanyak RM5,300

    sehektar.

    Melalui kempen tanam semula ini juga, RISDA telah menerima

    permohonan baru untuk Program Tanam Semula Tahun 2012

    bagi Daerah Kapit seluas 639 hektar melibatkan 120 orang

    peserta dan Daerah Song seluas 132 hektar yang melibatkan 51

    orang peserta. Selain dari itu, RISDA juga menerima 2

    permohonan untuk program Aktiviti Ekonomi Tambahan iaitu

    bagi aktiviti pengeluaran makanan ringan dan ikan air tawar.

    Aktiviti Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil juga dalam proses

    untuk diwujudkan yang melibatkan penyertaan pertama seramai

    27 orang

    DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN LISAN

    PERTANYAAN : LISAN

    DARIPADA : TUAN NGA KOR MING [ TAIPING ]

    TARIKH : 26 MAC 2012

  • JAWAPAN:

    2

    SOALAN

    TUAN NGAR KO MING [ TAIPING ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN

    ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk

    menyelesaikan kelewatan mengeluarkan hak milik strata kepada pemilik

    rumah pangsa dan bangunan bertingkat yang semakin hari semakin

    bertambah bilangannya di tanah air kita. Tuan Yang Dipertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perundangan yang mengawal

    rumah-rumah pangsa dan jenis apartmen serta jenis-jenis pembangunan

    skim strata bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah Akta

    Hakmilik Strata 1985 (AHS 1985). Akta ini merupakan akta yang

    mewajibkan pemilik tanah untuk memohon hakmilik strata apabila

    berlakunya penjualan atau perjanjian jualan petak yang melibatkan

    perjanjian jual beli, dan syarat-syarat asas bagi permohonan hakmilik

    strata telah dipenuhi. Isu kelewatan pengeluaran hakmilik strata yang

    dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tersebut bukan disebabkan

    kelewatan oleh pentadbiran tanah. Sebaliknya sebahagian besar kes

    disebabkan oleh kegagalan tuan tanah atau pemaju mengemukakan

    permohonan hakmilik strata kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri.

    Sekiranya permohonan yang dikemukakan teratur dan memenuhi syarat,

    proses pengeluaran hakmilik strata akan memakan masa 170 hari.

    Dalam usaha mempercepatkan proses pengeluaran hakmilik strata,

  • 3

    Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah

    mencadangkan konsep baru pengeluaran hakmilik strata secara serentak

    bersama vacant possession. Draf Rang Undang-Undang bagi pindaan

    kepada Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS 1985) telahpun disediakan oleh

    pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan dijangka

    untuk dibentangkan di Parlimen dalam sesi yang akan datang.

    Pindaan kepada Akta ini dijangka akan dapat mengatasi masalah

    kelewatan pengeluaran hakmilik strata dengan memendekkan masa

    pengeluaran hak milik strata daripada 170 hari bekerja kepada kurang

    daripada 100 hari bekerja. lanya akan memberi impak yang besar kepada

    industri pembangunan dan pemajuan hartanah.

    Melalui cadangan pindaan ini juga, bagi pemilik tanah yang gagal untuk

    mengemukakan permohonan hakmilik strata dalam tempoh yang

    ditetapkan, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan dengan hukuman

    yang lebih berat berbanding hukuman yang diperuntukkan melalui Akta

    Hakmilik Strata 1985 yang berkuatkuasa pada masa kini.

    Sekian, terima kasih.

    MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN

    KEDUA BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN

    RAKYAT MALAYSIA

    PERTANYAAN LISAN

    DARIPADA YB DATUK HA3AH NORAH BINTI

    ABD RAHMAN (TANJONG

  • MANIS)

    TARIKH 26.03.2012

    SOALAN :

    Minta PeixlHn-a-Meittert-'menyatakan:

    (a) adakah Kerajaan akan mewujudkan satu mekanisme

    supaya Kerajaan dapat memastikan kualiti rumah-

    rumah PPRT dan PBR adalah baik dan sempurna

    kerana banyak rumah-rumah PPRT dan PBR yang

    dibina di kawasan Tanjung Manis adalah tidak

    sempurna apabila diserahkan kepada pemilik; dan

    (b) kenapa sebilangan rumah-rumah tersebut tidak

    dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air. JAWAPAN :

    Tuan Yang Dipertua,

    (a) Kementerian ini sememangnya memantau dan

    mengambil tindakan bagi menangani permasalahan

    kualiti dan mutu kerja pembinaan rumah yang rendah

    ekoran kenaikan kos bahan pembinaan khasnya di

    kawasan-kawasan pedaiaman. Justeru itu,

  • SOALAN NO.

    Kementerian telah melaksanakan Kajian Semula

    Kadar Bantuan Rumah dan telah mendapat kelulusan

    Jemaah Menteri pada 21 Disember 2011 untuk

    menaikkan kadar bantuan Rumah 3 Bilik daripada

    RM40,000 kepada RM50,000 bagi Negeri Sabah dan

    Sarawak. Selain itu, Kerajaan juga telah meluluskan

    kadar kos ekstrem sehingga RM 12,000 bagi

    menampung peningkatan kos pengangkutan bahan

    binaan di kawasan-kawasan yang terpencil.

    Berdasarkan kadar bantuan yang baru ini,

    Kementerian yakin dan percaya ianya dapat

    menangani isu-isu kenaikan harga bahan binaan

  • yang boleh menjejaskan kualiti dan mutu kerja binaan

    rumah-rumah PBR khasnya di kawasan pedalaman.

    Dalam konteks mewujudkan mekanisme penyelarasan

    dan pemantauan yang rapi, Kementerian ini telah

    mewujudkan rangkaian kerjasama dengan Kementerian

    Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sarawak dan Pejabat-

    pejabat Daerah bagi menangani dan menyelesaikan isu

    dan permasalahan membabit pelaksanaan PBR di Negeri

    Sarawak. Selain itu, dalam usaha memastikan kualiti

    dan mutu kerja binaan rumah PBR yang baik,

    Kementerian ini juga telah menyediakan Pelan

    Standard Rumah PBR dan ianya diperincikan lagi

    melalui Garis Panduan Pelaksanaan PBRTahun 2012.

    (b) Bagi kes rumah-rumah PBR tidak dilengkapi dengan

    kemudahan bekaian air retikulasi dan bekalan elektrik

    talian grid, ianya adalah disebabkan masalah jarak

    capaian kemudahan berkenaan yang berada terlalu jauh

    dan memerlukan kos yang tinggi. Namun demikian,

    dalam konteks pembinaan rumah PBR, Kementerian

    tetap berusaha menyediakan

  • 4

    kemudahan bekalan alternatif seperti kemudahan

    tangki air untuk tadahan air hujan dan pembekalan

    genarator elektrik (genset) bagi bekalan elektrik

    alternatif.

  • NO SOALAN :17 y

    DARIPADA

    TARIKH

    PEMBERITAHUAN

    PERTANYAAN DEWAN

    RAKYAT, MALAYSIA

    : Y.B. DR. HAJI DZULKEFLY AHMAD

    (KUALA SELANGOR)

    PERTANYAAN : LISAN

    : 26.03.2012

    Y.B. DR. HAJI DZULKEFLY AHMAD [ KUALA SELANGOR ] minta MENTERI

    KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang Kerajaan Pusat nisbah

    KDNK yang terkini dan berapakah jumlah hutang yang telah ditanggung oleh

    Kerajaan Pusat setelah 'contingent liabilities' benar-benar menjadi liabiliti ketika

    GLC yang membuat pinjaman yang dijamin Kerajaan, tidak membayar hutang

    atau 'defaulted payment'.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2011, jumlah hutang

    Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 peratus

    kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Daripada jumlah tersebut,

    sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam

    negeri yang berjumlah RM438.0 bilion atau 96.0 peratus daripada jumlah

    keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilion atau 4.0 peratus merupakan

    hutang luar negeri. Jumlah hutang luar negeri yang rendah adalah selaras

    dengan dasar Kerajaan yang mengutamakan pinjaman dalam negeri yang

    mempunyai kecairan yang tinggi, kos pinjaman yang lebih rendah serta dapat

    meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing. 2. Kerajaan dari semasa ke semasa memberikan jaminan kepada badan

  • berkanun dan syarikat Kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. Jaminan ini diberikan di bawah Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965.

    3. Sehingga 31 Disember 2011, jumlah contingent liability Kerajaan

    Persekutuan iaitu baki pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan adalah sebanyak

    RM116.76 bilion terdiri daripada pinjaman domestik RM109.14 bilion (93.5%)

    dan pinjaman luar RM7.62 bilion (6.5%). Jaminan berkenaan melibatkan 2

    badan berkanun dan 26 syarikat berkaitan Kerajaan.

    4. Pinjaman berkenaan digunakan untuk membiayai projek strategik negara

    yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara, mewujudkan peluang

    pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk projek pembangunan

    modal insan, bekalan air dan elektrik serta pengangkutan awam.

    5. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat 31 Disember 2011, semua

    syarikat yang dijamin oleh Kerajaan telah membayar hutang mereka dengan

    baik dan teratur.

  • SOALAN NO

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    KAWASAN

    TARIKH

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    LISAN

    YB. TUAN DING KUONG HUNG SARIKEI

    26 MAC 2012 (ISNIN)

    SOALAN:

    YB. TUAN DING KUONG HUNG (SARIKEI) minta MENTERI

    KER]A RAYA menyatakan status terkini penaiktarafan ]alan Bukit Huang-

    Sekumang ke Tanjung Manis. Nyatakan juga status kelulusan dari Unit

    Perancang Ekonomi (EPU), jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian.

  • JAWAPAN:

    Tuan Yang Di-Pertua;

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya

    sememangnya memberikan keutamaan untuk melaksanakan projek Jalan

    Bukit Huang - Sekumang, Tg. Manis, Sarawak dalam tempoh RMKe-10 ini.

    Projek dengan anggaran kos sebanyak RM75 juta itu melibatkan skop

    menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 15 kilometer dengan reka bentuk

    piawaian JKR R3. Cadangan projek berkenaan telah dikemukakan kepada

    Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, ]PM) untuk

    pertimbangan dalam Rolling Plan ke-2, RMKe-10. Walau bagaimanapun

    projek ini tidak tersenarai sebagai antara projek baru yang diluluskan dalam

    tempoh tersebut. Sehubungan itu, kementerian akan berbincang dan

    memohon semula dengan UPE, jPM untuk kelulusan, sekurang- kurangnya

    bagi tujuan mereka bentuk projek berkenaan dalam Rolling Plan ke-3,

    RMKe-10.

    Sekian. Terima kasih.

    PERTANYAAN : LISAN

  • PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

    NO. SOALAN: 20

    II

    DARIPADA TUAN MANICKAVASAGAM A/L SUNDARAM

    [KAPAR]

    TARIKH 26 MAC 2012

    SOALAN

    Tuan Manickavasagam a/l Sundaram [Kapar] minta MENTERI KESIHATAN

    menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk melanjutkan waktu

    operasi Klinik Kesihatan Kapar memandangkan jumlah penduduk yang kian

    meningkat dan keperluan waktu lanjutan sekurang- kurangnya sehingga

    pukul sepuluh. Sekiranya ya, bilakah ianya akan dilaksanakan dan sekiranya

    tidak, nyatakan sebab-sebab dan apakah polisi Kerajaan untuk membina

    hospital baru.

    Tuan Yang DiPertua

    Di negeri Selangor, sebanyak sembilan (9) buah klinik kesihatan ada

    menyediakan perkhidmatan klinik selepas waktu pejabat di mana klinik

    melanjutkan waktu operasi mulai jam 5.00 petang hingga 9.30 malam

  • 2

    setiap hari, manakala, pada hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 12

    tengahari. Untuk daerah Klang, dua (2) buah klinik telah pun memulakan

    perkhidmatan ini iaitu Klinik Kesihatan Anika Klang dan Klinik Kesihatan

    Pandamaran untuk membantu mengurangkan kesesakan di unit kecemasan

    hospital di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR). Klinik Kesihatan

    Anika Klang yang terletak kira-kira 25 km dari Klinik Kapar telah memulakan

    perkhidmatan selepas waktu pejabat sejak tahun 2008, manakala, Klinik

    Kesihatan Pandamaran yang terletak 30 km dari Klinik Kesihatan Kapar

    memulakannya pada tahun 2009.

    Bagi meningkatkan kemudahan kesihatan untuk masyarakat setempat,

    sebuah Klinik 1 Malaysia juga telah beroperasi di Klang iaitu Klinik 1 Malaysia

    Kampung Delek yang terletak kira-kira 25 km dari Klinik Kesihatan Kapar.

    Klinik 1 Malaysia ini menyediakan perkhidmatan mulai jam 10.00 pagi hingga

    10.00 malam setiap hari dan anggaran kedatangan pesakit ke klinik ini ialah

    75 pesakit sehari.

    Klinik Kesihatan Kapar menerima purata kedatangan 400 pesakit sehari dan

    mempunyai kemudahan untuk perkhidmatan atas panggilan (on call) bagi

    kes-kes kecemasan di luar waktu pejabat. Purata 8-10 kes sehari

    mendapatkan rawatan di luar waktu pejabat di mana; 2 hingga 3 kes

    kecemasan ini memerlukan rujukan ke hospital berhampiran iaitu HTAR.

    Dengan kedatangan pesakit yang sedia ada, waktu operasi Klinik Kesihatan

    Kapar yang sedia ada dengan kemudahan perkhidmatan atas panggilan 24

    jam sehari adalah memadai.

    Kementerian Kesihatan sentiasa prihatin dan memahami keperluan

    masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan hampir dengan

  • 3

    mereka (close to homes) sejajar dengan hasrat “People First Performance

    Now”. KKM akan terus berusaha menambahbaik perkhidmatan kesihatan

    dari semasa ke semasa.

    Tuan Yang di-Pertua

    Dalam usaha untuk memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan rakyat

    di negara ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan

    pelbagai pendekatan termasuk mewujudkan lebih banyak klinik-klinik

    kesihatan di dalam komuniti, meningkatkan serta menambahbaik

    perkhidmatan di hospital-hospital sedia ada, serta membina hospital baru

    sekiranya perlu.

    Pembinaan sesebuah hospital baru dirancang berdasarkan beberapa

    kriteria, antaranya termasuklah faktor kepadatan dan jumlah penduduk,

    kemudahan-kemudahan kesihatan serta hospital sedia ada, kemudahan

    jalan raya dan pengangkutan serta taraf kesihatan penduduk. Tumpuan

    diberikan kepada kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang

    tinggi seperti di bandar-bandar utama seluruh negara, di samping daerah

    serta kawasan yang terletak agak jauh dari bandar bagi memastikan

    rakyat negara ini mendapat akses kepada perkhidmatan perubatan yang

    disediakan.PERTANYAAN : LISAN

    DARIPADA DATO' SERI HAJI AZMI BIN KHALID

    [PADANG BESAR]

    TARIKH 26 MAC 2012

    SOALAN

  • NO. SOALAN: 21

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

    ii

    Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [Padang Besar] minta MENTERI

    KESIHATAN menyatakan hospital baru di negeri Peril's berkemungkinan

    dibina tidak berapa jauh dari Hospital Besar yang sedia ada di Kangar;

    sekiranya soal tanah menjadi masalah, adakah Kerajaan sanggup

    mengiklankan keperluan ini, bagi membolehkan seberapa ramai rakyat

    yang memiliki tanah membuat tawaran, demi memperkotakan dasar

    keterbukaan dalam perlaksanaan projek-projek Kerajaan.

  • Tuan Yang di-Pertua

    Kerajaan sememangnya bercadang untuk membina sebuah hospital baru di

    Kangar bagi menampung keperluan semasa yang semakin meningkat serta

    keperluan di masa hadapan. Tapak hospital baru Kangar sedia ada terlalu

    sempit bagi menampung keperluan pembangunan disamping kerap

    mengalami masalah banjir.

    Kementerian kini sedang mengkaji cadangan membina hospital baru di

    sebuah tapak yang terletak di Utan Aji tidak jauh daripada hospital sedia

    ada. Sekiranya tapak tersebut didapati sesuai, perolehan tanah akan

    dilaksanakan. Manakala peruntukan bagi pelaksanaan projek ini akan

    dipohon bersama senarai permohonan projek bagi Rolling Plan 3 RMKe-10.

    PERTANYAAN : LISAN

    DARIPADA DATUK CHUA SOON BUI [TAWAU]

    TARIKH 26 MAC 2012

    SOALAN

  • PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

    SOALAN NO: 22

    II

    Datuk Chua Soon Bui [Tawau] minta MENTERI KESIHATAN

    menyatakan:

    (a) Apakah keputusan penyiasatan terhadap kematian seorang budak

    lelaki berumur 7 tahun dan seorang lelaki berumur 21 tahun di

    Hospital Tawau pada bulan Januari 2012; dan

    (b) Memandangkan Pengarah Kesihatan Sabah telah menyatakan

    bahawa kekurangan doktor-doktor kanan adalah faktor yang

    menyumbang kepada kematian-kematian itu terutama sekali dalam

    kes kematian budak lelaki, apakah tindakan yang diambil

    Kementerian dan adakah sebarang pampasan yang diberikan kepada

    keluarga-keluarga yang terlibat itu.

  • Tuan Yang di-Pertua

    2

    Bagi kedua-dua kes tersebut,Jawatankuasa Penyiasatan Bebas (JKPB)

    telahpun ditubuhkan dan telah bersidang. Untuk kes pesakit yang berumur

    21 tahun,mesyuarat JKPB telah bersidang di Hospital Tawau pada 17

    Januari 2012 dan di Hospital Queen Elizabeth pada 14 Februari 2012.

    Untuk kes pesakit berumur 7 tahun pula, mesyuarat JKPB telah bersidang

    di Hospital Tawau pada 5 Mac 2012.

    Penjelasan tentang hasil siasatan telah diberi kepada keluarga mendiang

    bagi kedua-dua kes dan mereka berpuashati dengan hasil siasatan

    tersebut.

    Memandangkan kedua-dua kes ini adalah berpotensi medikolegal dan

    pihak keluarga mendiang bagi kedua-dua kes ini membuat tuntutan ganti-

    rugi.maka, kedua-dua kes tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Ex Gratia

    KKM bagi mempertimbangkan tuntutan yang dibuat berdasarkan kepada

    laporan JKPB yang telah dijalankan.

  • DARIPADA

    KAWASAN

    TARIKH

    NO. SOALAN

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

    DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    YB. Tuan Chua Tian Chang Batu

    26.03.2012 (Isnin)

    23

    YB. Tuan Chua Tian Chang minta MENTERI

    PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

    menyatakan:

    (a) apakah pendirian Kerajaan Malaysia dalam

    perdagangan antara Malaysia-lsrael yang semakin

    meningkat termasuk berpangkalan di Malaysia

    seperti ZIM Integrated Shipping Service; dan

    (b) berapakah jumlah nilai dagangan Malaysia-lsrael

    sejak tahun 1990-2011

  • 2

    JAWAPAN

    Tuan Yang DiPertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga ke hari

    ini, dasar luar negara adalah tidak mempunyai sebarang

    hubungan diplomatik dengan negara Israel.

    Sehubungan itu, pada masa ini, bentuk perhubungan

    Malaysia dan Israel adalah melalui rangkaian bekalan

    antarabangsa (international supply chain) yang

    kebanyakannya terdiri dari bahan mentah dan

    komponen elektronik. la dikendalikan oleh syarikat-

    syarikat multinasional (MNC) yang beroperasi di Rantau

    Teluk termasuk Israel. Ini adalah sebahagian dari

    amalan perniagaan antarabangsa yang di bawah

    kawalan syarikat- syarikat MNC itu sendiri. Dalam masa

    yang sama produk- produk yang ingin dieksport ke

    negara Palestin hanya boleh dibawa melalui pelabuhan

    Ashdod di Israel.

    Berdasarkan semakan Kementerian, syarikat Zim

    Integrated Shipping Services tidak berpengkalan di

    Malaysia sebaliknya di Singapura dengan nama Zim

  • 3

    Integrated Shipping Services Ltd.

    PEMBERITAHUAN

    PERTANYAAN DEWAN

    RAKYAT, MALAYSIA

    DARI PADA : Y.B. DR. LEE BOON CHYE

    (GOPENG)

    PERTANYAAN : LISAN

    TARIKH : 26.03.2012

    Y.B. DR. LEE BOON CHYE [ GOPENG ] minta MENTERI KEWANGAN

    menyatakan senarai tapak tanah miliki Kerajaan Persekutuan yang dijual

    kepada pihak swasta, serta harga jualan dan pembeli sejak tahun 2009.

    JAWAPAN

    Tuan Yang Dipertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini hanya satu (1) lot tanah

    sahaja yang telah dijual iaitu kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera

    dengan harga RM538,078,167.00. Sebanyak 12 lagi lot tanah telah dipersetujui

    untuk dijual. Daripada jumlah ini, (8) lot tanah adalah dalam peringkat akhir

    penyediaan perjanjian jual beli, (1) lot dalam peringkat tawaran manakala (3)

    lot lagi dalam peringkat penyediaan Memorandum Jemaah Menteri. Penjualan

    tanah-tanah ini akan memberi pendapatan tambahan sebanyak RM1.555 bilion.

  • NO. SOALAN:-?:?

    l

    DEWAN RAKYAT PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT PERTAMA,

    PENGGAL KELIMA PARLIMEN KEDUA BELAS (2012)

    PERTANYAAN : LISAN

    DARIPADA TAN SRI DATUK SERI SYED HAMID BIN SYED

    JAAFAR ALBAR (KOTA TINGGI)

    TARIKH 26 MAC 2012 (ISNIN)

    SOALAN :

    TAN SRI DATUK SERI SYED HAMID BIN SYED JAAFAR ALBAR (KOTA TINGGI)

    minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang diambil Kerajaan

    untuk memastikan integriti dan urus tadbir baik diamalkan dalam pengurusan

    zakat di Malaysia supaya dana terkumpul digunakan mengikut Asnaf dalam

    hukum syarak dan akaunnya diaudit untuk tatapan umat Islam.

    JAWAPAN: (YB SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI

    BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI)

    Tuan Yang di-Pertua,

    Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, di bawah Butiran (1),

    Senarai Kedua, Jadual kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, hal ehwal Agama

    Islam termasuklah kutipan dan agihan zakat adalah terletak di bawah bidang

    kuasa Kerajaan Negeri yang dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam

    Negeri (MAIN) masing-masing.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan zakat yang dikendalikan oleh

    MAIN adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dan arahan yang dikeluarkan

  • 2

    oleh negeri masing-masing dari masa ke semasa. Pengurusan zakat bagi setiap

    negeri adalah tertakluk kepada auditan sama ada diaudit secara dalaman,

    luaran dan juga oleh Jabatan Audit Negara. Sebagai contoh bagi Majlis Agama

    Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pengurusan zakat diaudit oleh tiga pihak

    iaitu oleh audit dalaman Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan MAIWP, audit luaran dan

    Jabatan Audit Negara. ..

    Pada setiap tahun, laporan kewangan zakat yang telah diaudit akan diedarkan

    untuk makluman orang ramai. Di samping itu, laporan-laporan kutipan dan agihan

    secara berkala dikeluarkan untuk meningkatkan lagi tahap keyakinan orang ramai

    terhadap pengurusan institusi zakat ini.

    Disamping itu JAWHAR selaku penyelaras bagi pelaksanaan dasar serta program

    pembangunan institusi zakat, telah berfungsi sebagai pemangkin bagi menghasil

    dan menerbitkan manual-manual pengurusan berkaitan zakat sebagai panduan

    dan rujukan yang seragam kepada pusat zakat Majlis-Majlis Agama Islam Negeri.

    Antara manual berkaitan zakat yang telah diterbitkan sehingga kini ialah:

  • i) Manual Pengurusan Pengiraan Zakat;

    ii) Manual Pengurusan Zakat Perbankan;

    iii) Manual Pengurusan Agihan Zakat; dan

    iv) Manual Pengurusan Model Perundangan Zakat.

    Usaha-usaha yang dijalankan itu telah dapat sedikit sebanyak meningkatkan

    prestasi pengurusan zakat di negeri-negeri.

    Selain itu, usaha promosi dan publisiti turut dijalankan dengan membuat liputan

    melalui televisyen, radio dan surat khabar bagi program-program agihan zakat

    seperti program kembara asnaf, bantuan bencana, bantuan perkahwinan,

    bantuan persekolahan, bantuan hari raya, bantuan mualaf dan Iain-lain bantuan

    yang berkaitan untuk meyakinkan orang ramai bahawa agihan zakat ini dibuat

    secara telus daripada wang zakat yang telah ditunaikan.

    Sekian, terima kasih.

    NO. SOALAN : 26

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : LISAN

    DARIPADA DR. MUJAHID BIN HAJI YUSOF RAWA

    [PARIT BUNTAR]

    TARIKH 26 MAC 2012

    SOALAN

  • Minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan pembangunan yang

    diluluskan kepada Parlimen Parit Buntar dari tahun 2008 hingga kini. Sila

    senaraikan perbelanjaan peruntukan tersebut.

    JAWAPAN :

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan

    sebanyak 39 program/ projek di bawah RMK-9 (2006-2010) dengan peruntukan

    sebanyak RM 31.3 juta bagi Parlimen Parit Buntar. Daripada peruntukan tersebut

    sebanyak RM28.8 juta telah dibelanjakan. Manakala bagi Rolling Plan 1, RMK-10

    (2011) Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak 7 program/ projek

    dengan peruntukan sebanyak RM 2.8 juta dan daripada jumlah tersebut sebanyak

    RM 1.7 juta telah dibelanjakan.

    Senarai projek yang diluluskan dari tahun 2006-2011 adalah seperti berikut:

  • SENARAI PROGRAM/ PROJEK RMK-9 (2006-2010) PARLIMEN PARIT

    BUNTAR

    BIL

    NAMA PROJEK SILING PROJEK

    1 GELANGGANG RAKYAT KBS - TITI SERONG 159,000.00

    2 GELANGGANG RAKYAT KBS - KUALA KURAU 159,000.00

    3 PUSAT GIAT PARIT BUNTAR 500,000.00

    4 JAMBATAN BARU KUALA KURAU, KERIAN 6,000,000.00

    5 PPB KERIAN 60,000.00

    6 N/T MAKMAL KP KERIAN 84,000.00

    7 N/T KLINIK PERGIGIAN KUALA KURAU, KERIAN 233,000.00

    8 N/T KP STATIK SM (C) KERIAN, PARIT BUNTAR 80,000.00

    9 N/T KP STATIK SR SIN HUA, PARIT BUNTAR 80,000.00

    10 SMK MUZAFFAR SHAH 1,612,460.00

    11 SMK Kuala Kurau 880,000.00

    12 SK KUALA KURAU 50,000.00

    13 SK SRI SIAKAP 50,000.00

    14 SK TELOK PIAL 50,000.00

    15 SK KAMPONG KEDAH 19,988.00

    16 SK SUNGAI BAHARU 17,146.00

    17 SKSUNGAI MEGATARIS 19,920.00

    18 SK SRI KERIAN 50,000.00

    19 SKSUNGAI BURONG 50,000.00

    20 SK TANJONG PIANDANG 50,000.00

    21 SK METHODIST PARIT BUNTAR 50,000.00

  • PARLIMEN PARIT BUNTAR

    BIL

    NAMA PROJEK SILING PROJEK

    22 SK KUALA KURAU 100,000.00

    23 SKTITI SERONG 35,460.00

    24 SMKSRI PERAK 30,000.00

    25 SK BARU, KERIAN 15,595.00

    26 SK PARIT TOK NGAH 151,915.00

    27 SK KAMPONG KEDAH 149,315.00

    28 SKSUNGAI BURONG 151,915.00

    29 SKTITI SERONG 134,755.00

    30 SK SUNGAI BAHARU 2,763,022.26

    31 SK KAMPONG KEDAH 1,543,476.00

    32 RG SK SUNGAI BAHARU 1,212,882.00

    33 PPD KERIAN 5,471,997.30

    34 SMK METHODIST PARIT BUNTAR 50,000.00

    35 NAIK TARAF KLINIK LPPKN PARIT BUNTAR, PERAK 255,697.00

    36 NATIONAL FOOD SECURITY: Menaiktaraf taliair dan parit tanah R4A1 dan R4A2 serta kerja-kerja berkaitan di blok G, IADA Seberang Perak

    1,818,000.00

    37 PEMBANGUNAN LANDSKAP SUNGAI KERIAN, FASA 2, PARIT BUNTAR, PERAK

    17.00

    38 KONSERVASI BURUNG LAUT DI KUALA GULA 459,331.00

    39 BINA/PASANG - LOJI/KOLAM DAN PAIP UTAMA DAERAH KERIAN

    6,700,000.00

    JUMLAH 31,297,891.56

  • SENARAI PROGRAM/ PROJEK ROLLING PLAN 1, RMK-10 (2011)

    PEMBER1TAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : LISAN

    DARI PADA : DATO' SERI TENGKU AZLAN IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR [ JERANTUT ]

    TARIKH : 26 MAC 2012

    SOALAN

    Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [Jerantut] minta

    PERDANA MENTERI menyatakan apakah projek-projek yang telah

    dirancang dan diberi keutamaan dalam beberapa tahun yang akan datang

    demi masa depan rakyat.

    JAWAPAN

    BIL

    NAMA PROJEK SILING RP1

    1 GELANGGANG FUTSAL 1 MALAYSIA PARIT BUNTAR 150,000.00

    2 PEMBINAAN BARU TANDAS DI SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA LOPE NOR RASHID DI DAERAH KERIAN, PERAK

    614,501.73

    3 PEMBINAAN BARU TANDAS DI SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI WAHAB DI DAERAH KERIAN, PERAK

    583,023.64

    4 PEMBAYARAN AKAUN MUKTAMAD SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUZAFFAR SHAH, KERIAN, PERAK

    20,000.00

    5 PEMBINAAN 1 KELAS PRASEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR, PERAK

    300,000.00

    6 PEMBINAAN 1 KELAS PRASEKOLAH DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SAINT MARY'S, PERAK

    300,000.00

    7 PEMBINAAN 1 BLOK BARU 3 TINGKAT PPD KERIAN, PARIT BUNTAR, PERAK

    839,491.99

    JUMLAH 2,807,017.36

  • Bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kerajaan telah mensasarkan agihan

    siling peruntukan mengikut sektor, iaitu 55% bagi Sektor Ekonomi, 30%

    Sektor Sosial, 10% Sektor Keselamatan dan 5% Sektor Pentadbiran.

    Siling keseluruhan bagi tempoh lima tahun Rancangan Malaysia Kesepuluh

    telah ditetapkan sebanyak RM230 bilion. Sehingga tahun 2013, siling

    peruntukan sebanyak RM147.6 bilion telah disediakan. Daripada jumlah

    tersebut, Sektor Ekonomi diberi peruntukan yang paling tinggi, iaitu

    sebanyak 61% bagi tempoh rolling plan pertama dan rolling plan kedua

    (2011-2013). Tindakan ini selaras dengan hasrat Kerajaan

    untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi

    dan maju menjelang 2020.

    Bagi rolling plan kedua, antara projek di bawah Sektor Ekonomi yang

    diberi keutamaan oleh Kerajaan ialah projek di bawah National Key

    Economic Area (NKEA) bernilai RM8 bilion dan juga projek-projek

    Strategic Reform Initiatives (SRI) bernilai RM174 juta. Bagi Sektor Sosial

    pula, Kerajaan terus memberi keutamaan kepada projek sosial seperti

    Pendidikan dan Latihan bernilai RM12.5 bilion serta projek-projek

    kesihatan RM3.7 bilion dan juga projek-projek di bawah National Key

    Result Area (NKRA) sebanyak RM10 bilion,

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

  • JAWAPAN:

    2

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA YB TUAN GWO-BURNE LOH (KELANA JAYA)

    TARIKH 26 MAC 2012 (ISNIN)

    SOALAN

    YB Tuan Gwo Burne Loh (Kelana Jaya) minta MENTERI PEMBANGUNAN

    WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

    menyatakan jumlah mereka yang tidak mempunyai rumah dan tidur di

    kaki lima dari tahun 2006-2011. Apakah langkah-langkah yang diambil

    untuk mengelakkan perkara ini terus berlaku.

  • Tuan Yang Di Pertua,

    3

    Tuan Yang Di Pertua,

    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

    melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) prihatin dan memandang

    serius akan isu golongan gelandangan terutama di bandar-bandar besar.

    Berdasarkan sistem maklumat golongan gelandangan yang mula

    digunakan oleh JKM pada tahun 2007, terdapat seramai 7,833 orang

    gelandangan yang telah diselamatkan oleh JKM bagi tempoh 2007 hingga

    Disember 2011. Pecahannya adalah seperti berikut:

    Tahun 2007

    Tahun 2008

    Tahun 2009

    Tahun 2010

    Tahun 2011

    Jumlah

    - 1

    ,261 orang

    - 1

    ,796 orang

    - 1

    ,934 orang

    - 1

    ,434 orang

    - 1,408 orang

    7,833 orang

  • JAWAPAN:

    4

  • Tuan Yang Di Pertua,

    5

    JKM telah membuat kajian profil awal ke atas 1,387 orang gelandangan di

    bandar raya Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambaran sebenar isu

    serta merancang tindakan yang sesuai bagi membantu golongan

    gelandangan tersebut.

    Daripada kajian tersebut, antara faktor seseorang itu hidup

    bergelandangan adalah disebabkan:

    i. Ketiadaan Pekerjaan (seramai 646 orang atau 46.6%);

    ii. Miskin Berpendapatan Rendah (seramai 245 atau 17.7%);

    iii. Miskin, Tua, dan Sebatang Kara (seramai 145 orang atau 10.5%);

    iv. Penagihan Dadah (seramai 66 orang atau 4.8);

    v. Pengabaian (seramai 61 orang atau 4.4%);

    vi. Miskin dan Tua (seramai 50 orang atau 3.6%);

    vii. Masalah Mental (seramai 30 orang atau 2.2%);

    viii. Sakit Melarat (seramai 29 orang atau 2.1 %);

    ix. Tiada Tempat Tinggal (seramai 27 orang atau 1.9%);

    x. Bekas Banduan (seramai 16 orang atau 1.2%);

  • JAWAPAN:

    6

    xi. Ketidakupayaan (seramai 15 orang atau 1.1%);

    xii. Lari dari Rumah (seramai 14 orang atau 1.0%);

    xiii. Masalah Keluarga (seramai 8 orang atau 0.6%);

    xiv. Kemurungan (seramai 7 orang atau 0.5%);

    xv. Penagihan Arak (seramai 7 orang atau 0.5%);

    xvi. Warga Asing Terdampar (seramai 5 orang atau 0.4%); dan

    xvii. Penerimaan Keluarga (seramai 3 orang atau 0.2%).

    Selain itu seramai 13 orang (1.0%) gelandangan tidak dapat dikenal pasti

    sebab-sebab mengapa mereka bergelandangan.

    Rumusan daripada kajian tersebut mencadangkan keperluan untuk

    mewujudkan Pusat Sehenti Intervensi dalam menangani isu gelandangan

    ini.

    Tujuan Pusat Sehenti Intervensi adalah untuk:

  • 7

    a. Menyediakan tempat berlindung sementara kepada gelandangan

    produktif bekerja yang tiada tempat tinggal;

    b. Memudahkan golongan gelandangan dikesan dan dihubungi, serta

    mengumpul profil gelandangan bagi tujuan menawarkan pekerjaan dan

    merancang program pembangunan;

    c. Mengadakan intervensi awal kepada semua golongan gelandangan

    (penganggur, pesakit mental, penagih dadah, pengemis, kutu rayau dan

    Iain-lain) melalui pendekatan multi-sektor;

    d. Memudahkan penyelarasan dan penyaluran bantuan serta perkhidmatan

    kepada golongan gelandangan; dan

    e. Membolehkan jalinan kerjasama antara agensi secara berpusat melalui

    jawatankuasa khas dalam merancang program pemulihan dan

    pengintegrasian semula golongan ke dalam masyarakat.

    Bagi merealisasikan hasil cadangan kajian tersebut, maka KPWKM telah

    menubuhkan Pusat Sehenti Intervensi yang pertama bagi membantu

    golongan ini dikenali dengan nama ANJUNG SINGGAH yang terletak di Jalan

    Hang Lekiu, Kuala Lumpur dan mula beroperasi pada 9 April 2011.

  • 8

    Semenjak memulakan operasi hingga 29 Februari 2012, seramai 458 orang

    gelandangan telah mendapat perkhidmatan di Anjung Singgah.

    Selain penubuhan Anjung Singgah, golongan gelandangan yang diselamatkan

    susulan operasi pengemisan oleh JKM boleh ditempatkan di Desa Bina Diri

    (DBD), manakala warga emas yang berumur 60 tahun ke atas pula diberikan

    perlindungan di Rumah Seri Kenangan (RSK). Langkah ini adalah bagi

    memastikan kebajikan, kesejahteraan dan kelangsungan hidup mereka

    terjamin.

    Di kedua-dua DBD dan RSK ini, mereka akan menjalani proses pemulihan

    bagi tempoh tidak melebihi 3 tahun. Mereka diberikan rawatan perubatan,

    penjagaan kesihatan dan bimbingan kaunseling. Sebagai tambahan, mereka

    turut mengikuti latihan vokasional, pertanian, kraftangan, bimbingan agama,

    dan juga rekreasi. Bagi golongan gelandangan yang mempunyai keluarga

    pula, mereka akan diserahkan kepada keluarga masing-masing dan akan

    dipertimbangkan bantuan kebajikan yang bersesuaian sekiranya layak.

  • JAWAB LISAN

    DARI PADA

    TARIKH

    RUJUKAN

    VJo-SoALAfJ: 2^

    NOnWfV1-i-2- N€^AUP-i-

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN :

    DATUK HAJI BAHARUM BIN MOHAMED [ SEKIJANG ]

    26 MAC 2012

    4480

    SO ALAN:

    Datuk Haji Baharum bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI

    DALAM NEGERI menyatakan sehingga kini telah berapa kalikah

    program pemutihan kepada pendatang tanpa izin telah dilakukan di

    negara ini dan apakah sebab-sebabnya.

  • Tuan Yang Di-Pertua,

    Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Sekijang

    di atas soalan yang dikemukakan.

    Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia, setakat ini

    Program Pemutihan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) pernah

    dilaksanakan sebanyak dua kali. Pertama, pada 15 Ogos sehingga 31

    Disember 1996 dan kedua, di bawah Program 6P bermula 10 Oktober

    2011 dan akan dilaksanakan sehingga 10 April 2012.

    Untuk makluman Yang Berhormat dan dewan yang mulia, selain

    daripada Program Pemutihan, Kerajaan juga pernah melaksanakan

    Program Pengampunan iaitu membenarkan PATI pulang ke negara asal

    pada 24 Oktober 2004 hingga 31 Januari 2005. Kerajaan juga pernah

    melaksanakan Program Pendaftaran PATI di Negeri Sabah pada 1 Ogos

    2008 sehingga 31 Oktober 2008 dan pada 27 Julai 2009 sehingga 31

    Oktober 2009.

    Tujuan Program ini dilaksanakan adalah bagi menangani isu kebanjiran

    PATI melalui kaedah pendaftaran dan pengumpulan data serta

    maklumat PATI yang berada di negara ini. Melalui data dan maklumat

    PATI yang diperolehi, Kerajaan berupaya untuk mengenalpasti bilangan

    PATI yang berada di dalam negara dan seterusnya memudahkan

    tindakan pemantauan dan penguatkuasaan. Selain daripada itu, Proses

    Pemutihan ini juga

    bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing

  • dari luar dengan menggunakan sumber PATI yang telah pun berada

    di dalam negara.

  • PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    Soalan No : 30

    LISAN DARIPADA

    TARIKH

    PERT

    ANYAANY.B. TUAN CHARLES ANTHONY A/L

    R.SANTIAGO (KLANG)

    26.03.2012

    SOALAN:

    Y.B. TUAN CHARLES ANTHONY A/L R.SANTIAGO [ KLANG ] minta Menteri Pelajaran menyatakan kenyataan Perdana Menteri (ucapan Thaipusam 2012, di Batu Caves) bahawa sebanyak RM 2 billion telah disumbangkan ke sekolah sekolah Tamil dalam 3 tahun yang lalu. Senaraikan sekolah yang telah menerima sumbangan Kerajaan.

    JAWAPAN

    Tuan Yang Di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Peruntukan mengurus sahaja bagi

    semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk tahun 2009 ialah

    sebanyak RM 50,640,561, manakala untuk tahun 2010 pula ialah sebanyak RM

    43,044,477 dan bagi tahun 2011 ialah sebanyak RM 48,108,533. Peruntukan ini

    ialah peruntukan yang disalurkan kepada SJKT melalui semua Jabatan Pelajaran

    Negeri (JPN).

    Rjm 45

  • 1

    PEMBER1TAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    Dato’ Abdul Manan Bin Ismail [Paya Besar] minta Menteri Pengajian Tinggi

    menyatakan sejauh manakah pemantauan Kementerian berhubung sindiket

    penjualan Baucar Buku 1 Malaysia yang dilakukan oleh pihak yang tidak

    bertanggungjawab dengan menukarkan Baucar tersebut kepada wang

    ringgit di IPTA.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan pelaksanaan

    pemberian Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) ini berjalan dengan lancar dan

    tidak menyimpang daripada objektif yang digariskan, Kementerian

    Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Kewangan telah

    mengeluarkan Garis Panduan Pemberian BB1M dan mengedarkannya

    kepada semua pelaksana. Selain daripada itu, beberapa siri taklimat juga

    telah diberikan kepada pihak yang terlibat.

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    TARIKH

    SOALAN

    JAWAB LISAN

    DATO' ABDUL MANAN BIN ISMAIL 26

    MAC 2012 (ISNIN)

    NO. 31

  • 2

    Berhubung dengan kenyataan terdapatnya sindiket penjualan BB1M,

    sehingga kini Kementerian tiada makiumat yang boleh dikaitkan dengan

    wujudnya sindiket penjualan BB1M. Hanya terdapat dua kes penjualan

    Baucer Buku 1 Malaysia atau BB1M yang dilaporkan secara rasmi kepada

    Kementerian Pengajian Tinggi. Kes pertama melibatkan seorang pelajar

    Universiti Malaya (UM) yang mengiklankan BB1M di laman web mudah.com.

    Bagi kes ini, pihak pengurusan UM telah menjalankan siasatan dan pelajar

    tersebut telah dikeluarkan surat amaran. Pelajar tersebut kemudiannya

    telah menarik balik iklan penjualan BB1M yang masih belum terjual. Kes

    kedua pula berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang melibatkan

    seramai 113 orang pelajar menunaikan BB1M menerusi sepasang suami

    isteri. Semua pelajar terbabit telah diberi amaran oleh pihak pengurusan

    UUM, manakala pasangan suami isteri tersebut telah dilaporkan kepada

    pihak Polis.

    Sebagai langkah pemantauan, Kementerian senantiasa bekerjasama

    dengan semua pihak, khususnya pihak polis agar mereka yang tidak

    bertanggungjawab dalam penjualan BB1M ini diambil tindakan yang

    sewajarnya.

  • PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    Soalan No : 32

    LISAN DARIPADA

    TARIKH

    PERTANYAANY.B. DATO' SERI TIONG KING

    SING (BINTULU)

    26.03.2012

    SOALAN:

    Y.B. DATO’ SERI TIONG KING SING [ BINTULU ] minta Menteri Pelajaran

    menyatakan

    (a) adakah pihak Kementerian berhasrat mengkaji semula sistem penempatan guru terlatih dalam negara ini dan berapakah jumlah guru yang memohonkan pertukaran tempat perkhidmatan dalam tahun 2010 dan 2011; dan

    (b) apakah cara lain yang dapat mengatasi perkara ini memandangkan pertukaran kakitangan mengajar dengan kerap adalah tidak digalakkan dalam sistem pendidikan.

    JAWAPAN

    Tuan Yang Di-Pertua,

    a) dan b)

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini satu kertas cadangan

    Penambahbaikan Dasar Penempatan dan Pertukaran Guru sedang disediakan.

    Sesi “engagement bersama-sama pihak berkepentingan telah diadakan pada 14

    dan 20 Mac 2012. Sesi engagement ini bertujuan mendapatkan maklum balas

    dan pandangan dalam usaha untuk menambahbaik dasar penempatan

  • Rjm 43

    dan pertukaran guru. Pendekatan ini penting bagi memastikan dasar yang akan

    digubal akan lebih komprehensif dan boleh diterima oleh semua warga pendidik.

    Dasar ini juga diharap dapat memastikan penempatan seseorang guru dengan

    tepat berdasarkan keperluan opsyen seterusnya dapat mengatasi kekurangan

    guru.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan pertukaran antara negeri

    bagi Sekolah Rendah pada 2010 ialah 11,935 orang dan pada 2011 ialah 10,792

    orang. Sementara bagi Sekolah Menengah Harian pula pada 2010 ialah seramai

    11,418 orang dan tahun berikutnya ialah 13,340 orang.

  • Soalan No : 43

    PEMBER1TAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    LISAN DARIPADA

    TARIKH

    PERT

    ANYAANY.B. DATO’ HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD.MUTTALIB

    (MARAN)

    26.03.2012

    SOALAN:

    Y.B. DATO’ HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB [ MARAN ] minta Menteri Pelajaran menyatakan mengapakah guru-guru yang tamat pengajian mengambil masa yang agak lama untuk mendapat pengesahan ke jawatan gred hakiki. Keadaan ini akan menyebabkan kurangnya galakan untuk guru-guru meneruskan pengajian mereka. Apakah langkah-langkah pihak Kementerian dalam mengatasi masalah ini.

    JAWAPAN

    Tuan Yang Di-Pertua,

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa peka terhadap isu pengesahan

    ke jawatan gred hakiki dalam kalangan guru yang baru tamat pengajian.

    Berdasarkan Peraturan 27, P.U.(A) 176/2005, guru-guru yang telah tamat

    pengajian dan telah dilantik ke jawatan hakiki akan melalui tempoh percubaan

    selama 1 hingga 3 tahun sebelum disahkan dalam perkhidmatan.

    Syarat-syarat bagi membolehkan seseorang pegawai disahkan dalam

    perkhidmatan adalah seperti berikut:

    i. Menjalani tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun;

    ii. Hadir dengan jayanya kursus induksi; dan

    iii. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

  • Rjm 44

    Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan

    Pendidikan (SPP) perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai dalam tempoh

    satu bulan dari tarikh pegawai itu didapati memenuhi syarat-syarat di atas.

    Walau bagaimanapun, sekiranya Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan

    bagi seseorang pegawai yang telah memenuhi syarat, pegawai itu boleh

    memohon terus kepada SPP untuk disahkan. Bagi memastikan urusan ini

    dilaksanakan dengan teratur di peringkat negeri, pihak KPM telah melaksanakan

    pemantauan secara berkala berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh setiap

    Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

  • NO. SOALAN : 34

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

    DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    TUAN LIM KIT SIANG [ IPOH TIMUR ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM

    NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan rasional mengapakah

    Kerajaan melemahkan EconomicTransformation Programme (ETP) yang bertujuan

    mempertingkatkan peruncit-peruncit kecil menerusi program TUKAR dengan

    memupuk persaingan yang tidak adil menerusi subsidi yang diberikan kepada

    peruncit-peruncit besar dan pemborong-pemborong seperti Mydin untuk

    mengendalikan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).

    JAWAPAN

    Tuan Yang Dipertua,

    Program Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR bertujuan untuk memodenkan kedai

    runcit tradisional sedia ada bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran

    perniagaan peruncitan yang kompetitif. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama

    hypermarket tempatan dan asing sebagai tanggungjawab sosial syarikat terbabit

    membangunkan peruncit-peruncit tempatan.

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    TARIKH

    LISAN

    TUAN LIM KIT SIANG [ IPOH TIMUR ]

    26.03.2012 (ISNIN)

  • Manakala Kedai Rakyat 1 Malaysia atau KR1M telah diilhamkan oleh Y.A.B. Dato’ Sri

    Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, di atas keperihatinan beliau

    mengenai peningkatan kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah

    khususnya di kawasan Bandar. Konsep KR1M adalah menjual produk keperluan

    berjenama 1 Malaysia Kedai Rakyat (1MKR) pada harga sehingga 50% lebih rendah

    berbanding produk sama berjenama lain, namun kualiti tetap diutamakan. Kerajaan

    mensasarkan untuk membuka 85 buah KRIM sehingga penghujung tahun 2012.

    Sehingga 1 Mac 2012 sebanyak 568 buah kedai runcit termasuk kedai runcit

    koperasi telah berjaya dimodenkan dibawah program TUKAR manakala sebanyak 31

    buah KR1M telah beroperasi di seluruh Malaysia dengan 250 produk 1MKR telah

    berada dipasaran. Ini bermakna, taburan kedai TUKAR adalah lebih meluas

    berbanding dengan KR1M dan kedai TUKAR juga turut berada di kawasan

    pedalaman.

    Untuk makluman Yang Berhormat juga bahawa pemilik kedai TUKAR turut

    digalakkan agar menjual produk 1MKR di premis mereka supaya pengguna di

    kawasan yang tidak mempunyai KR1M juga akan berpeluang menikmati produk

    1MKR. Sehingga kini, 477 kedai runcit telah turut menjual produk 1MKR dan

    daripada jumlah tersebut, 103 buah adalah kedai TUKAR.

  • DARI PADA

    KAWASAN

    TARIKH

    NO. SOALAN

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT,

    MALAYSIA

    YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

    Permatang Pauh

    26.03.2012 (Isnin)

    35

    YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim minta MENTERI

    PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

    menyatakan senarai syarikat-syarikat Malaysia yang

    dibenarkan berdagang terus dengan Israel meskipun

    bertentangan dengan dasar Kerajaan yang tidak

    mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan

    Israel dan nilai dagangan tersebut.

  • JAWAPAN

    Tuan Yang DiPertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga ke

    hari ini, dasar luar negara adalah tidak mempunyai

    sebarang hubungan diplomatik dengan negara Israel.

    Sehubungan itu, pada masa ini, bentuk perhubungan

    Malaysia dan Israel adalah melalui rangkaian bekalan

    antarabangsa (international supply chain) yang

    kebanyakannya terdiri dari bahan mentah dan

    komponen elektronik. la dikendalikan oleh syarikat-

    syarikat multinasional (MNC) yang beroperasi di

    Rantau Teluk termasuk Israel. Ini adalah sebahagian

    dari amalan perniagaan antarabangsa yang di bawah

    kawalan syarikat- syarikat MNC itu sendiri. Dalam

    masa yang sama produk- produk yang ingin dieksport

    ke negara Palestin hanya boleh dibawa melalui

    pelabuhan Ashdod di Israel.

  • LISAN DARIPADA

    TARIKH

    RUJUKAN

    too.eoAiAtO • ?>fo UQ-AUM : 27 ne-k^p-r

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DATUK ERIC ENCHIN MAJIMBUN [SEPANGGAR]

    26 MAC 2012

    4481

    SOALAN :

    Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM

    NEGERI menyatakan bilangan warga asing yang diberi permit kerja dalam

    setiap bidang perusahan di seluruh negara khasnya di Sabah dan Sarawak

    dalam masa 5 tahun ini.

  • JAWAPAN :

    Tuan Yang di-Pertua,

    Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Sepanggar yang

    mengemukakan pertanyaan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, pekerja asing dibenarkan untuk bekerja

    dalam enam sektor pekerjaan iaitu sektor perkilangan, pembinaan,

    perladangan, perkhidmatan, pertanian dan pembantu rumah.

    Mengikut statistik Jabatan Imigresen Malaysia, jumlah pekerja asing yang

    digaji secara sah dan dikeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)

    adalah seramai 2,062,596 orang bagi tahun 2008, 1,918,146 orang bagi

    tahun 2009, 1,817,871 orang bagi tahun 2010 dan 1,573,061 orang bagi

    tahun 2011.

    Manakala, secara khususnya bagi negeri Sabah, bagi tahun 2011 seramai

    168,568 orang pekerja asing direkodkan iaitu 10,926 orang bagi sektor

    Pembantu Rumah, 9,221 orang bagi sektor Pembinaan, 13,948 orang

    sektor Pembuatan, 6,347 orang sektor Perkhidmatan, 92,226 orang sektor

    Perladangan dan 35,900 orang sektor Pertanian.

    Bagi negeri Sarawak pula, bagi tahun 2011, seramai 119,310 orang pekerja

    asing direkodkan iaitu 5,118 orang bagi sektor Pembantu

    Rumah, 14,196 orang bagi sektor Pembinaan, 32,968 orang sektor

  • Pembuatan, 6,225 orang sektor Perkhidmatan, 55,021 orang sektor

    Perladangan dan 5,782 orang sektor Pertanian.

    NO. SOALAN:37

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN

    DARIPADA : TUAN MOHD NIZAR BIN ZAKARIA [PARIT]

    TARIKH : 26 MAC 2012

    SOALAN

    Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [Parit] minta PERDANA MENTERI

    menyatakan sejauh manakah tenaga kerja mahir rakyat Malaysia di

    bawah Program Returning Expert telah memenuhi keperluan kerja

    mengikut National Key Economic Areas (NKEA) dalam mencapai aspirasi

    negara selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) menjelang

    tahun 2020.

    JAWAPAN

    1. Selaras dengan aspirasi Kerajaan yang menitikberat pembangunan

    Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), salah satu kriteria

    kelayakan untuk memohon insentif di bawah program Returning

    Expert Program (REP) ialah pemohon perlu menyumbang dalam

    sektor utama negara, terutamanya sektor NKEA setelah mereka

  • 2 / 2

    kembali bekerja di Malaysia.

    2. Sehubungan itu, tenaga kerja mahir rakyat Malaysia yang telah

    kembali ke negara ini kini sedang berkhidmat dalam pelbagai

    bidang NKEA khususnya sektor Perkhidmatan Kewangan;

    Perkhidmatan Perniagaan; Minyak, Gas dan Tenaga; Kandungan

    Komunikasi dan Infrastruktur; serta Elektrik dan Elektronik. Antara

    golongan yang kembali berkhidmat termasuklah para profesional yang

    berkualiti tinggi yang kini telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di

    syarikat tersenarai serta sebagai anggota pengurusan terkanan di

    syarikat multinasional.

  • NO SOALAN : 38

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    000000000000000000

    LISAN

    DARI PADA

    TARIKH

    JAWAPAN

    PERTANYAAN

    YB TUAN HAJI NASHARUDIN BIN MAT ISA

    26 MAC 2012

    SOALAN

    Minta PERDANA MENTERI adakah saham FGV yang dimiliki oleh KPF

    dalam penyenaraian FELDA nanti saham ‘Ordinary Shares' atau

    ‘Preference Shares’

    DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN TIMBALAN MENTERI

    DI JPM

    Tuan Yang di-Pertua,

    Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat tentang struktur

    pemilikan saham KPF di dalam FGVH adalah dimaklumkan bahawa

    struktur penyenaraian FGVH masih belum dimuktamadkan. Maka,

    struktur pemilikan saham FGVH hanya akan dapat didedahkan selepas

    mendapat kelulusan dari pihak-pihak berkuasa yang terlibat.

  • SOALAN NO: 39

    PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : JAWAB LISAN

    DARIPADA TUAN ER TECK HWA

    [BAKRI]

    TARIKH 26 MAC 2012 (ISNIN)

    SOALAN

    Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan

    rumah kediaman pegawai Kerajaan yang tidak dihuni di kawasan bandar

    Muar

    (a) jumlah rumah dan bangunan berdasarkan pecahan Kementerian

    yang memiliki; dan

    (b) senaraikan lokasi rumah dan bangunan tersebut dan alasan

    mengapa ia tidak dihuni.

  • JAWAPAN: DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ

    MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

    Tuan Yang di-Pertua,

    Rumah kediaman pegawai Kerajaan di kawasan Muar sebagai mana yang

    dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah di bawah seliaan Kerajaan

    Negeri. Sementara itu, rumah kediaman pegawai Kerajaan di kawasan

    Yang Berhormat yang melibatkan kawalan secara langsung di peringkat

    Kementerian pula dimiliki oleh pelbagai Agensi/Jabatan. Antaranya ialah

    Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai

    contoh, terdapat 144 buah rumah kediaman pegawai Kerajaan milik JKR

    dan Pejabat Daerah Muar yang diselenggara oleh JKR Daerah Muar.

    Rumah kediaman yang tidak dihuni sebagai mana pemerhatian oleh Yang

    Berhormat melibatkan 97 buah rumah. Daripada jumlah tersebut, 54

    adalah milik JKR, 43 pula merupakan rumah kediaman pegawai Kerajaan

    di bawah kawalan secara langsung Pejabat Daerah Muar.

    Manakala Kementerian Pelajaran Malaysia pula, terdapat sebuah

    kompleks institusi pendidikan (rumah kediaman guru) yang

    mengandungi 16 unit rumah. Daripada jumlah tersebut hanya 10 yang

    tidak dihuni.

  • Senarai lokasi rumah dan bangunan tersebut serta alasan ianya tidak

    dihuni adalah seperti berikut:

    Kementerian Kerja Raya : (i) Rumah Kediaman Pegawai Kerajaan Yang Diselenggara oleh JKR

    (JKR Muar)

    (ii) Rumah Kediaman Pegawai Kerajaan Yang Diselenggara oleh JKR

    (Pejabat Daerah Muar)

    Bil. Alamat/Lokasi Bilangan Kuarters

    (unit)

    Sebab Tidak Dihuni

    1. Jalan Daud 4 Usang dan dalam proses disyor roboh 2. Pagoh 1

    3. Batu 9, Jalan Panchor 2

    4. Lenga 12

    5. Sungai Balang 1 Memerlukan

    pembaikan 6. Pangsapuri Persona Jalan Bakri

    31

    7. Jalan Khalidi 2

    8. PTt Hj Ali, Jin Abd

    Rahman

    1

    Bil. Alamat/Lokasi Bilangan

    Kuarters (unit)

    Sebab Tidak Dihuni

    1. Jalan Abd Rahman 6 Usang dan dalam

    proses disyor roboh 2 Pertukaran

    pegawai

    2. Jalan Timbalan 8 Usang dan dalam

    proses disyor roboh 12 Memerlukan

    pembaikan

  • iii. Kelewatan

    kontraktor dalam

    3. Jalan Sultanah 2 Proses Pengambilan oleh DYMM Sultan

    4. Jalan Mejidi 1 Pertukaran

    Pegawai

    5. Pangsapuri Persona Jalan Bakri

    12 Memerlukan

    pembaikan

    Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. Alamat/Lokasi Bilangan

    Kuarters (unit)

    Sebab Tidak Dihuni

    1. Kompleks Rumah Guru Sekolah Tinggi Muar, Jalan Abdul Rahman

    10 i. Amuan Pemotongan yang

    tinggi menyebabkan warga

    pendidikan lebih suka

    membeli rumah sendiri

    kerana harga rumah di

    pinggir bandar yang masih

    murah;

    ii. Penghuni terpaksan

    berkongsi membayar bil

    meter air tangki dan meter

    bomba, bil api pam

    penggalak, bil api lampu

    kompaun, bil

    pembentungan dan bayaran

    pembersihan kawasan

    rumah guru;

  • mengambil tindakan

    ke atas kerosakan

    yang kritikal; dan

    iv. Menyukarkan

    pergerakan kerana

    tiada lif disediakan.

  • PERTANYAAN

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

    DEWAN RAKYAT MALAYSIA

    LISAN

    NO. SOALAN

    Y.B. PUAN NURUL IZZAH ANWAR minta MENTERI PERDAGANGAN

    ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah PROTON

    akan terus menikmati status nasional walaupun peratusan majoriti

    saham syarikat tersebut dijual kepada individu yang tiada kaitan

    dengan Kerajaan.

    Jawapan

    Tuan Yang Di Pertua,

    Status Nasional yang dimiliki PROTON bukan hanya disebabkan

    oleh pemilikan Kerajaan terhadapnya, tetapi lebih kepada

    sumbangan secara langsung dan tidak langsungnya kepada

    pembangunan ekonomi negara.

    PROTON sebagai pengeluar kenderaan berstatus nasional selama

    ini bukan hanya memberi tumpuan kepada aktiviti pemasangan

    kenderaan, tetapi turut memfokuskan kepada aktiviti penyelidikan

    dan pembangunan produk, pembangunan pengeluar komponen dan

    alat ganti tempatan, pembangunan jaringan pengedaran dan

    DARIPADA PUAN NURUL IZZAH ANWAR

    LEMBAH PANTAI

    26.3.2012 (ISNIN)

    KAWASAN

    TARIKH

  • servis serta berjaya mewujudkan banyak peiuang pekerjaan kepada

    rakyat tempatan.

    Sebagai contoh, PROTON sejak penubuhannya telah berjaya

    mengeksport keluarannya ke kebanyakan negara di seSuruh dunia.

    Walaupun menghadapi persaingan yang kompetitif daripada syarikat-

    syarikat yang lebih besar dan lebih lama di dalam industri automotif,

    PROTON di sepanjang tahun 2011 masih mampu mengeksport dan

    mengekalkan pasarannya ke 23 buah negara.

    Oleh yang demiksan, berdasarkan sumbangan yang signifikan ini,

    adalah penting untuk Kerajaan terus mengekalkan PROTON sebagai

    projek nasional supaya PROTON mampu untuk terus membantu

    menangkatkan daya saing industri automotif negara.NO-SbAUtJ.’

    MQ-AVP-+

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : LISAN

    DARIPADA DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADIQUE

    [TENGGARA]

    TARIKH 26 MAC 2012

    RUJUKAN 4482

    SOALAN :

  • NO SOALAN :^2

    Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI DALAM

    NEGERI menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang telah memiliki kad

    pengenalan diri atau Mykad baru dan nyatakan sejauh manakah kualiti

    dari segi cip dan bahan yang digunakan serta ciri-ciri keselamatan

    khususnya bagi mengelakkan kerosakan dan pemalsuan Mykad. Tuan Yang Dipertua,

    Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Ahli Parlimen Tenggara yang

    bertanyakan soalan.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia, Jabatan

    Pendaftaran Negara (JPN) telah mula mencetak MyKad Struktur Baru

    bermula pada 3 Januari 2012. Sehingga 29 Februari 2012 sebanyak

    283,390 MyKad baru telah dikeluarkan berdasarkan kepada permohonan

    yang dibuat. MyKad baru ini diperbuat daripada bahan polikarbonat

    sepenuhnya dan telah diuji ketahanannya di makmal yang diiktiraf di

    mana kualitinya adalah lebih tinggi dan lebih berdaya tahan berbanding

    dengan MyKad lama yang digunakan sebelum ini.

    Cip pada MyKad baru ini juga telah diuji di peringkat pengeluar dan telah

    melalui beberapa peringkat pengujian iaitu sebelum proses memasukkan

    cip ke dalam MyKad. JPN juga telah melaksanakan peringkat pengujian

    semasa proses terakhir percetakan MyKad. Bagi mengelakkkan kes

    pemalsuan, JPN telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri keselamatan

    baru seperti berikut:

    i) Turisan laser pada nama, nombor kad pengenalan dan gambar

    kecil (ghost image);

  • JAWAPAN :

    ii) Microtext nombor kad pengenalan di bawah gambar berwarna;

    dan

    Hi) Perubahan reka bentuk lapisan keselamatan (secureguard

    hologram).

    PEMBERITAHUAN

    PERTANYAAN DEWAN

    RAKYAT, MALAYSIA

    DARIPADA : Y.B. TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF

    (BALIK PULAU)

    PERTANYAAN : LISAN

    TARIKH : 26.03.2012

    Y.B. TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF [ BALIK PULAU ] minta

    MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci status perumahan

    mampu milik di Teluk Kumbar oleh anak syarikat Bank Negara yang dirasmikan

    oleh Tun Abdullah Badawi pada tahun 2004.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Yang Berhormat, projek perumahan di Teluk Kumbar

    (Teluk Kumbar Height) adalah merupakan satu daripada projek perumahan

    mampu milik yang dibangunkan oleh TPPT Sdn. Bhd. (TPPT) di bawah Tabung

    Pusingan Perumahan Kos Rendah.

  • NO SOALAN :^2

    2. Projek ini pada mulanya telah dilaksanakan secara usahasama di

    antara TPPT sebagai pemilik tanah dengan sebuah syarikat pemaju. Mengikut

    perjanjian usahasama yang telah dimeterai, syarikat pemaju dikehendaki

    memulakan kerja pembangunan projek pada Mei 2005 dan menyiapkan

    keseluruhan projek dalam jangka masa 6 tahun daripada tarikh perjanjian

    ditandatangani.

  • 3. Namun begitu, syarikat pemaju telah gagal mematuhi terma dan syarat

    perjanjian usahasama berkenaan terutamanya dalam menyiapkan projek

    tersebut. Syarikat pemaju hanya dapat memulakan pembinaan 86 unit rumah

    teres dua tingkat tetapi gagal menyiapkannya kerana masalah kewangan.

    Oleh yang demikian, TPPT terpaksa mengambilalih kerja-kerja menyiapkan

    rumah teres tersebut dan menyerahkannya kepada pembeli dalam bulan

    Oktober 2011.

    4. TPPT telah menamatkan perjanjian usahasama dengan syarikat pemaju

    tersebut dan mengambilalih pembangunan Teluk Kumbar Height. Pada masa

    ini, TPPT dalam proses untuk mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri bagi

    meneruskan pembangunan projek tersebut. Ini termasuklah pembinaan

    sejumlah 984 unit rumah mampu milik dengan nilai kurang daripada

    RM118,000 seunit.

  • I

    SOALAN: 43

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN : LISAN

    DARIPADA DATO’ RASHID BIN DIN [MERBOK]

    TARIKH 26 MAC 2012

    SOALAN:

    Minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik secara terperinci jumlah

    keluarga miskin dan miskin tegar di kawasan luar bandar dan bandar telah

    dikeluarkan daripada senarai kemiskinan yang dibantu melalui program

    pembangunan sosio ekonomi dan pembasmian kemiskinan melalui e- Kasih.

    JAWAPAN:

    eKasih adalah sistem maklumat bersepadu kemiskinan. Mulai 2007 sehingga 31

    Disember 2011, daripada sejumlah 365,886 isi rumah yang telah berdaftar dalam

    eKasih, seramai 239,876 isi rumah atau 65.5% telah dikategorikan sebagai

    melepasi pendapatan garis kemiskinan.

    Jika dilihat dari segi bandar dan luar bandar pula, daripada 239,876 isi rumah,

    sejumlah 81,267 isi rumah atau 33.8% di bandar telah melepasi pendapatan

    garis kemiskinan. Dalam tempoh yang sama, sejumlah 158,609 isi rumah di

    luar bandar atau 66.1% telah melepasi pendapatan garis kemiskinan.

  • 2

    Walau bagaimanapun, pada tempoh yang sama, daripada sejumlah 365,886

    isi rumah yang telah berdaftar dalam eKasih masih terdapat seramai 17,106 isi

    rumah atau 4.6% adalah dikategorikan sebagai miskin tegar. Daripada

    jumlah tersebut juga, 12,234 isi rumah atau 71.5% adalah di luar bandar dan

    selebihnya 4,871 atau 28.5% di bandar.

    Sebagai sistem yang robust, walau pun 65% isi rumah ini telah melepasi

    kemiskinan, namun untuk pemantauan yang berterusan isi rumah berkenaan

    masih tersenarai dalam eKasih untuk tujuan pengesanan dan dijadikan

    sasaran untuk Iain-lain bantuan sama ada dari kerajaan mahupun bukan

    kerajaan.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

    DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    DARIPADA : Y.B. TUAN KHALID BIN ABDSAMAD

    (SHAH ALAM)

    PERTANYAAN : LISAN

    TARIKH : 26.03.2012

    Y.B. TUAN KHALID BIN ABD SAMAD [ SHAHALAM ] minta MENTERI

    KEWANGAN menyatakan sama ada ia benar dakwaan bahawa Syarikat Takaful

    yang di antara yang terbesar di negara kita, iaitu Etiqa, melantik orang asing,

    khususnya dari Belanda, sebagai pengurus-pengurus utama. Sekiranya ianya

    benar, adakah kepakaran tempatan tidak mencukupi.

    JAWAPAN

  • Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya Bank Negara Malaysia

    menghendaki pengendali takaful memastikan Ketua Pegawai Eksekutif dan

    pegawai pengurusan kanan syarikat memenuhi kriteria 'layak dan sesuai' yang

    ditetapkan antara lainnya, termasuklah kelayakan pendidikan dan pengalaman,

    kompetensi serta kewibawaan seseorang calon.

    2. Sehubungan itu, Lembaga Pengarah pengendali takaful

    bertanggungjawab untuk menilai dan memastikan Ketua Pegawai Eksekutif dan

    pegawai pengurusan kanan syarikat yang dilantik memenuhi kriteria berkenaan

    serta syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh syarikat tersebut. Dalam

    hal ini, Ketua Pegawai Eksekutif warganegara asing yang dimaksudkan adalah

    Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat induk dan bukan

    Ketua Pegawai Eksekutif di Syarikat Etiqa Takaful Berhad atau Syarikat Etiqa

    Insurans Berhad.

  • SOALAN NO.: 45

    SOALAN

    Tuan Mohd.Nasir bin Zakaria [ PadangTerap ] minta MENTERI PERTANIAN

    DAN INDUSTRI ASAS TANI

    menyatakan menyatakan perkembangan Projek Rancangan

    Pengairan Bukit Sena Padang Terap serta nyatakan kos serta

    masalah yang berlaku ketika ini.

    JAWAPAN OLEH : YB. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

    Tuan Yang Dipertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Skim Pengairan Bukit Sena, Padang

    Terap, Kedah telah dilaksanakan oleh kontraktor Sri Haruman JS Sdn Bhd melalui

    kontrak Rekadan Bina (Terhad) dengan kos kontrak berjumlah RM 22,985,000.00.

    Kerja-kerja pembinaan bermula pada 22 Mac 2008 dan disiapkan pada 31 Disember

    2010.Projekini menggunakan sistem paip bawah tanah. Projek ini telah mendapat Sijil

    Perakuan SiapKerja (CPC) pada 8 Februari 2011. Dengan siapnya projek ini, para

    petani dapat menanam padi sebanyak 2 kali setahun berbanding 1 kali setahun. Selain

    itu, musim penanaman padi yang lepas menunjukkan peningkatan hasil tanaman padi

    dari 3.0 metrik tan/ha kepada 4.41 metrik tan/ha (Sumber dari Pejabat Pertanian Daerah

    Padang Terap).

    Walaubagaimana pun, projek ini masih di dalam tempoh tanggungan kecacatan (DLP)

    iaitu selama 2 tahun sehingga 8 Februari 2013. Di dalam tempoh ini, pihak BPSP

    l

    PARL1MEN MALAYSIA

    PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    LISAN

    TUAN MOHD. NASIR BIN ZAKARIA [ PADANG TERAP ] 26 MAC

    2012 (ISNIN)

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    TARIKH

  • dengan kerjasama MADA telah mengambil langkah untuk mengenal pasti masalah-

    masalah yang berlaku di tapak skim pengairan Bukit Sena contohnya seperti

    kerosakan pam, ‘offtake’ dan kebocoran paip. Pihak kontraktor bertanggungjawab

    untuk membaiki kecacatan dan ketidak fungsian struktur-struktur pengairan di dalam

    tempoh tanggungan kecacatan ini sehingga tempoh tamat pada 8 Februari 2013.

    Selain itu, kontraktor juga akan menyelenggara semua sistem yang terdapat di tapak

    bagi membolehkan struktur pengairan dapat berfungsi dengan lancar dan baik.

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    DARIPADA : Y.B. DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN

    (PENDANG)

    PERTANYAAN : LISAN

    TARIKH : 26.03.2012

    Y.B. DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN [ PENDANG ] minta MENTERI

    KEWANGAN menyatakan apakah kesan kenaikan insuran kenderaan sejak 16

    Januari 2012 kepada pemilik kenderaan dan jumlah kenaikan yang terpaksa

    dibayar oleh pengguna serta alasan kenaikan tersebut.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Yang Berhormat, penyelarasan premium insurans motor