penyata rasmi parlimen dewan · pdf filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen...

77
Bil. 13 Rabu 11 Julai 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA

Upload: vokiet

Post on 06-Feb-2018

266 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

Bil. 13 Rabu

11 Julai 2012

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEDUA BELAS

PENGGAL KELIMA

MESYUARAT KEDUA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman
Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

Diterbitkan Oleh:

CAWANGAN PENYATA RASMI

PARLIMEN MALAYSIA

2012

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 (Halaman 20) USUL: Menangguhkan Mesyuarat di Bawah P.M. 15(3) (Halaman 67) UCAPAN PENANGGUHAN:

Pendaftaran Sijil Kelahiran Anak Tak Sah Taraf -YB Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Halaman 68)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman
Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi

3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik)

4. “ Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik)

5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis)

6. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor)

7. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang)

8. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Timbalan Menteri Luar Negeri I

9. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) – Timbalan Menteri Kewangan I

10. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak)

11. “ Tuan Baharudin bin Abu Bakar (Dilantik)

12. “ Dato’ Boon Som a/l Inong (Dilantik)

13. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik)

14. “ Tuan Chiew Lian Keng (Dilantik)

15. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

16. “ Datuk Chiw Tiang Chai (Dilantik)

17. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

18. “ Dato’ Donald Lim Siang Chai (Dilantik) – Timbalan Menteri Kewangan II

19. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik)

20. “ Tuan Gan Ping Sieu (Dilantik) – Timbalan Menteri Belia dan Sukan II

21. “ Datuk Heng Seai Kie (Perak) – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

22. “ Dato’ Sri Idris Jala (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

23. “ Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

24. “ Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh (Dilantik)

25. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan)

26. “ Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya (Sabah)

27. “ Puan Khairiah binti Mohamed (Kelantan)

28. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor)

29. “ Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

30. “ Tuan Lee Cheam Choon (Melaka)

31. “ Tuan Lihan Jok (Sarawak)

32. “ Dato’ Lim Nget Yoon (Pahang)

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

ii DN 11.7.2012

33. Yang Berhormat Datuk Maglin a/l Dennis D’Cruz –

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II

34. “ Datuk Maijol Mahap (Sabah)

35. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

36. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

37. “ Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) – Timbalan Menteri Sumber Manusia

38. “ Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor (Dilantik)

39. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Negeri Sembilan)

40. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

41. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah)

42. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

43. “ Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai (Dilantik)

44. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

45. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

46. “ Datuk Seri G. Palanivel (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

47. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik)

48. “ Datuk Paul Kong Sing Chu (Dilantik)

49. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Dilantik) – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

50. “ Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah (Dilantik)

51. “ Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Selangor)

52. “ Puan Hajah Rohani binti Abdullah (Terengganu)

53. “ Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman (Pahang)

54. “ Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal (Dilantik)

55. “ Datuk Haji Saat bin Haji Abu (Melaka)

56. “ Tuan Saiful Izham bin Ramli (Kedah)

57. “ Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam (Dilantik)

58. ” Dato’ Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

59. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

60. “ Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud (Pulau Pinang)

61. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Dilantik)

62. “ To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin (Terengganu)

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Dato’ Ngah Senik

Setiausaha Dewan Negara

Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Che Seman bin Pa Chik

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi

Nurziana binti Ismail

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya

Mulyati binti Kamarudin Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli

Saipul Rizal bin Wahid

Nor Hamizah binti Haji Hassan Azmir bin Mohd Salleh

Nur Nazihah binti Mohd. Nazir Noraidah binti Manaf

Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad

Hazwani Zarifah binti Anas Mohd. Zaidi bin Mahmood

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman
Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Rabu, 11 Julai 2012

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

[Soalan No. 1 – YB. Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman tidak hadir]

2. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan, apakah tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap bangunan-bangunan lama yang terbiar dan lusuh di sekitar Kuala Lumpur, dan adakah DBKL tidak bercadang untuk menjadikannya sebagai satu tarikan pelancong seperti mana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka yang berjaya mengubah bangunan-bangunan terbiar sebagai satu tarikan sejarah.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar [Datuk Saravanan a/l Murugan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedia maklum bahawa terdapat bangunan-bangunan lama yang terbiar dan lusuh di sekitar Kuala Lumpur. Memandangkan bangunan-bangunan ini mempunyai daya tarikan kepada pelancong di samping memberikan identiti dan karakter terhadap reka bentuk Kuala Lumpur, maka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengambil beberapa inisiatif seperti berikut:

(i) menaik taraf persekitaran kawasan yang mempunyai bangunan-bangunan tersebut;

(ii) memberi notis kepada pemilik-pemilik bangunan melalui Jabatan Reka Bentuk dan Bangunan agar menyelenggarakan serta menjaga premis-premis mereka supaya berada di dalam keadaan yang baik;

(iii) mengadakan program mengecat semula bangunan-bangunan yang dikenal pasti dan program ini dirangka dengan kerjasama syarikat pengeluar cat; dan

(iv) mengenal pasti bangunan-bangunan dan kawasan-kawasan yang terlibat dalam usaha mewujudkan dan membangunkan satu pangkalan data bangunan warisan dan berkarakter.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, selain daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Jabatan Warisan Negara juga telah membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur manakala Gereja St. Mary Kuala Lumpur telah dibantu dari segi kewangan untuk kerja-kerja baik pulih bumbung.

Di samping itu, Jabatan Warisan Negara turut memberi khidmat nasihat dan teknikal kepada beberapa bangunan warisan termasuk Bangunan Masjid Jamek Kuala Lumpur, Bangunan Parlimen, Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Bangunan Mahkamah Syariah. Diharapkan dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk pemilik-pemilik bangunan yang terbiar dan lusuh tetapi mempunyai nilai-nilai warisan dapat menjadi tarikan pelancong di negara ini khususnya di Kuala Lumpur sendiri.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Terima kasih daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

2 DN 11.7.2012

Seterusnya saya ingin tahu juga bagaimana respons di kalangan pelancong

terhadap bangunan-bangunan yang telah kita kawal selia ini dan yang kedua berkenaan dengan lokasi-lokasi bangunan-bangunan yang telah dikawal selia oleh DBKL sendiri dan kalau tidak boleh dapat secara detail pada hari ini mungkin boleh secara bertulis dan juga dari segi jabatan di dalam DBKL sendiri untuk mengawal selia bangunan-bangunan lama ini supaya ia terus kekal untuk generasi yang akan datang. Terima kasih.

Datuk Saravanan a/l Murugan: Tuan Yang di-Pertua, dari segi sambutan daripada pelancong, memang hampir setiap tahun meningkat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah memohon, jika banding dengan Melaka, Melaka telah menerima bantuan kewangan melalui UNESCO tetapi di Kuala Lumpur kita telah mengenal pasti beberapa kawasan ataupun bangunan yang memang layak untuk bantuan peruntukan daripada UNESCO tetapi masih dalam proses dan sekiranya kita layak untuk menerima peruntukan daripada UNESCO, maka kita akan memperbanyakkan program membantu bangunan seperti ini. Walau bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri sedang menggunakan melalui program untuk menaik taraf ataupun membantu bangunan-bangunan yang usang dan tidak menggunakan penguatkuasaan. Terima kasih.

Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah, apakah persediaan DBKL sebagai menghadapi ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi dan juga hari raya dari segi menyediakan tapak-tapak perniagaan. Ini menjadi satu isu yang sensitif selalunya tiap-tiap tahun apabila tapak-tapak perniagaan selalu diperdagangkan menjadi satu komoditi kepada sesetengah pihak. Jadi saya hendak tahu apakah cara sistematik daripada DBKL. Terima kasih.

■1010

Datuk Saravanan a/l Murugan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun keluar daripada soalan asal, untuk makluman Dewan yang mulia ini, hampir setiap tahun permintaan untuk bazar Ramadhan, khususnya di kalangan umat Islam meningkat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menggunakan pelbagai langkah untuk memastikan tapak-tapak perniagaan itu tidak diperdagangkan, melalui program-program penguatkuasaan.

Kedua, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memperkenalkan kad khas di mana gambar pemilik dan pembantu akan dilekat dalam lesen yang telah diluluskan dan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan pun telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya memastikan lot-lot ini tidak didagangkan dan hampir setiap hari penguatkuasaan akan dijalankan. Kita akan pastikan tapak-tapak yang diberi kepada umat Islam khususnya golongan miskin untuk mendapatkan pendapatan tambahan dalam musim perayaan ini dapat dikawal selia.

3. Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan, cadangan pihak kerajaan menubuhkan Akademi Undang-undang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi mutu dan juga kecemerlangan dalam bidang undang-undang. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2002, kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu Akademi Undang-undang Malaysia melalui penggubalan Rang Undang-undang Akademi Undang-undang Malaysia 2002.

Rang Undang-undang Akademi Undang-undang Malaysia 2002 telah dibacakan buat kali pertama pada 25 Mac 2002. Walau bagaimanapun, kerajaan telah memutuskan supaya pembentangannya di Parlimen pada 11 September 2002 ditarik balik. Ini berikutan hasrat kerajaan untuk mengkaji semula dengan lebih teliti mengenai cadangan baru agar pertamanya, untuk menjadikan akademi ini sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang perundangan serta keduanya, supaya keahlian dalam akademi ini bersifat terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai agar keanggotaan badan ini tidak dimonopoli oleh kumpulan tertentu.

Kerajaan tetap percaya bahawa keahlian yang bersifat terbuka akan menarik lebih ramai pengamal undang-undang, pegawai perundangan dan kehakiman, ilmuwan, individu yang terlibat dengan undang-undang serta individu yang mempunyai latar belakang undang-undang supaya menyertai dan memberikan sumbangan terhadap kemajuan perundangan negara melalui akademi ini.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 3

Sebagaimana yang sedia maklum, setakat ini terdapat gelombang institusi kerana

individu yang berlatarbelakangkan undang-undang tidak mempunyai suatu badan tunggal sebagai naungan mereka. Tidak dapat dinafikan golongan profesional kini sangat memerlukan sebuah badan sebagai lambang muafakat individu yang berkelayakan undang-undang.

Harapan kerajaan untuk menubuhkan sebuah Akademi Undang-undang Malaysia, bertujuan untuk menyediakan suatu badan yang tersusun bagi menyatukan individu pelbagai cabang berasaskan faktor ataupun menyebut sepunya ataupun dengan izin, common denominator yang dikongsi bersama yakni kelayakan undang-undang.

Berdasarkan faktor sepunya yang dipercayai akan terhasil gembleng sinergi individu yang berkelayakan undang-undang yang berdaya memperkasakan kerangka perundangan Malaysia. Oleh yang demikian, cadangan penubuhan akademi ini yang mempunyai keahlian yang bersifat terbuka, sesuai dengan desakan dan juga tuntutan sekarang, sekian terima kasih.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, Dewan yang mulia ini telah membahaskan Rang Undang-undang Profesion Undang-undang tempoh hari di mana ianya dilihat lebih kepada liberalisasi profesion guaman di negara ini.

Persoalannya apakah Akademi Undang-undang ini akan dapat mengawal dan memantau penglibatan peguam-peguam asing di negara ini, memandangkan peguam asing lebih berminat dalam sektor perkhidmatan ataupun dengan izin, service sector.

Untuk makluman, sektor perkhidmatan adalah suatu sektor yang penting di negara kita, mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh, sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 58 peratus kepada KDNK negara. Sektor ini dijangka berkembang pada kadar 7.2 peratus setahun, ini bermakna sehingga tahun 2015, sumbangan ini akan naik sebanyak 61 peratus. Maknanya ini adalah satu sektor yang begitu penting kepada negara kita dan ini adalah satu sektor tumpuan kepada peguam-peguam asing.

Oleh itu saya ingin bertanya, apakah penubuhan Akademi Undang-undang ini akan dapat membela peguam-peguam tempatan dan menjamin agar peluang mereka ini dapat tidak dirampas oleh peguam-peguam asing di dalam sektor perkhidmatan khususnya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat menjawab, ada sikit pembetulan, perkataan ayat itu bukan ”Akademik” tetapi, “Akademi Undang-undang”. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas pembetulan tadi. Untuk menjawab soalan ini Tuan Yang di-Pertua, kita kena lihat daripada segi objektif Majlis Peguam ataupun Bar Malaysia dengan Akademi Undang-undang yang dicadangkan oleh kerajaan ini dan juga daripada segi keahlian.

Daripada segi objektif, kita dapat lihat bahawa Bar Council adalah merupakan satu badan yang bebas, yang berfungsi untuk memegang prinsip on the rule of law, dengan izin dan juga menjaga kepentingan profesion undang-undang serta keadilan negara atas konsep without fear or favor. Kita dapat faham bahawa Bar Malaysia dan juga Majlis Peguam adalah merupakan satu badan yang ditubuhkan di bawah akta yang telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat Senator tadi iaitu Akta Profesion Undang-undang 1976.

Jadi daripada segi objektif kepada Akademi Undang-undang ini yang dicadangkan ini yang seperti saya katakan tadi hanyalah untuk menggalakkan dan juga mengekalkan standard yang tinggi dalam perlakuan dan juga pengetahuan anggota profesion undang-undang di Malaysia dan juga menggalakkan peningkatan dan juga penyebaran pengetahuan undang-undang. Jadi ia tidak terlibat dengan amalan guaman sebagai seorang peguambela ataupun peguamcara.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, menurut seksyen 43, Akta Profesion Undang-undang tetap telah pun mengatakan dengan jelas bahawa semua peguambela dan peguamcara hanya akan dapat menjadi ahli Bar Malaysia sekiranya mereka telah pun diterima masuk sebagai peguam bela dan juga peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya dan seterusnya mereka kena mengadakan satu sijil amalan ataupun practicing certificate.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

4 DN 11.7.2012

Jadi tanpa sijil amalan tersebut, peguam bela dan peguam cara yang telah pun

diterima masuk sebagai peguambela, peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya tidak akan dapat menjadi ahli kepada Malaysian Bar kerana mereka mesti kena praktis dan mengadakan satu sijil amalan.

Jadi dengan itulah, di mana kita dapat melihat perbezaan walaupun Akademi Undang-undang ini akan ditubuhkan nanti, ia tidak akan dapat menjadikan ataupun menggantikan Majlis Peguam yang selalu dikata-katakan oleh pihak pembangkang yang tidak dapat memahami perbezaan ini.

Mereka telah pun mengeluarkan satu ketakutan yang tidak bertempat ataupun misplace fear, dengan izin Tuan Yang di-Pertua mengenai cadangan ini kerana Majlis Peguam ini tidak boleh ditukar kerana telah pun ditubuhkan oleh perundangan yang telah disebutkan tadi iaitu the Legal Profession Act. Jadi, kita dapat lihat daripada situ bahawa peranan Akademi Undang-undang yang dicadangkan adalah berbeza dengan Majlis Peguam Malaysia ini. Itu sahaja. Terima kasih.

■1020

Dr. Ariffin bin S.M. Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas penjelasan yang beri baru tadi tetapi saya masih tidak puas hati. Apakah tugas dan fungsi sebenarnya Law Academy ini? Adakah pemerintah bertujuan pada suatu masa nanti untuk menggantikan Majlis Peguam? Ini kerana kalau kita tengok Law Academy ini fungsi dan tugasnya amat terhad dan jika didirikan, ini lebih menyumbang untuk memecahbelahkan the legal fraternity. Saya bimbang sampai pada suatu masa nanti, Law Academy ini akan menemui nasib yang sama seperti The Malaysian Labour Organization. Hilang begitu sahaja.

Maka saya berharaplah bahawa pemerintah akan kaji semulah hasratnya, tujuannya mewujudkan Law Academy ini. Ini kerana bagi saya membuang masa dan akan menimbulkan banyak masalah pada...

Dato’ Boon Som a/l Inong: Minta laluan.

Dr. Ariffin bin S.M Omar: Terima kasih.

Dato’ Boon Som a/l Inong: Boleh minta laluan Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Ini soalan lisan Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Doktor yang saya rasa telah pun tidak fahami apa yang saya telah pun katakan tadi bahawa wujudnya perbezaan di antara Akademi Undang-undang yang telah pun dicadangkan bersama dengan Bar Malaysia ataupun Malaysian Bar Council. Ada perbezaannya daripada segi keahlian yang saya telah pun sebutkan dan juga daripada segi objektif. Kekhuatiran Yang Berhormat katakan tadi akan menggantikan Majlis Peguam Negara, saya katakan ini adalah satu kekhuatiran yang tidak menepati iaitu misplace fear yang telah pun dipermainkan oleh pihak pembangkang yang tidak faham dengan isu-isu perundangan yang telah pun dikatakan.

Majlis Peguam Malaysia ditubuhkan di Akta Undang-undang Profesion 1976 tidak boleh diganti oleh mana-mana badan sahaja sewenang-wenangnya, faham ataupun tidak? Sekiranya ditubuhkan atau dimansuhkan, kenalah datang ke Dewan yang mulia ini kerana ia ditubuhkan di bawah undang-undang. Jadi itu sahaja, Yang Berhormat kena faham dan janganlah membuat kenyataan yang tidak betul. Cuba mengelirukan orang awam di luar sana. Jadi, itu sahaja jawapan saya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Rumusannya, Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah badan yang membuat undang-undang. Akta Profesion yang di bawah Bar Council ini pun akta ada dibuat oleh undang-undang Dewan ini juga. Kalau sekiranya rakyat perlukan lain daripada itu, ia akan melalui badan ini juga. Sampai masa kita bincanglah dan sekarang ini apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu pada hemat saya, pandangan saya itu memang betullah Yang Berhormat. Itu kita fikir tidak ada boleh mana-mana pun yang- kalau kehendak rakyat begitu melalui Wakil Rakyat, jadi undang-undanglah dia. Sebab itu penjelasan itu amat jelas.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 5

4. Datuk Chin Su Phin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, berapakah nilai saman yang tertunggak bagi warganegara asing sehingga kini dan apakah rasionalnya pihak kementerian dalam melantik agen kutipan saman trafik dan adakah rakyat Malaysia akan terbeban dengan perkara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II [Dato’ Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, jumlah saman trafik tertunggak bagi warganegara asing dari tahun 2007 hingga tahun 2011 adalah sebanyak 263,265 saman dengan anggaran nilai berjumlah RM26,326,500. Buat masa ini, syarikat yang dilantik sebagai agen kutipan saman trafik adalah Pos Malaysia Berhad dengan kadar caj perkhidmatan yang ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM2 per transaksi Syarikat MyEG Services Berhad dan Syarikat Coms Berhad dengan kadar caj perkhidmatan yang ditanggung oleh kerajaan bagi pembayaran saman melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my sebanyak 1.8 peratus daripada jumlah pungutan bagi bayaran melalui kad kredit dan 50 sen per transaksi bagi bayaran secara kad debit.

Rasionalnya, kerajaan melantik agen kutipan saman trafik ini adalah bagi memudahkan orang kena saman (OKS) menjelaskan saman masing-masing tanpa perlu pergi ke ibu pejabat polis daerah. Perkara ini tidak membebankan rakyat memandangkan tiada sebarang caj dikenakan di atas rakyat ketika membayar saman kerana kadar caj perkhidmatan ditanggung oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.

Datuk Chin Su Phin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Jumlah saman yang diberitahu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, bukan satu jumlah yang sedikit. Jadi, apakah langkah-langkah dan tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian dan menyelesaikan masalah-masalah pesalah-pesalah trafik yang terdiri daripada warga asing? Terima kasih.

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Senator Datuk di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kerajaan menyedari akan permasalahan warga asing yang melakukan kesalahan trafik ini. Sehubungan ini, kerajaan akan mengkaji kesesuaian untuk suatu tindakan diambil kepada pesalah-pesalah trafik yang terdiri daripada warga asing ini. Namun begitu, perkara ini perlu dikaji secara terperinci dan diperhalusi kerana pelaksanaannya melibatkan kerjasama serta penglibatan beberapa kementerian dan agensi, peraturan-peraturan, aspek kawalan dan turut merangkumi sektor pelancongan yang perlu diambil kira. Sekian, terima kasih.

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah saya mohon pecahan pesalah-pesalah trafik ini dan dari negara mana? Terima kasih.

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini terlibat dengan angka. Jadi, saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

5. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan bercadang menerima pemerhati luar negara semasa Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Jika ya, nyatakan pasukan dari negara mana dan jika tidak, berikan sebab-sebabnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhamad Yusof atas soalan ini. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, SPR telah menjemput negara luar seperti Indonesia, Thailand dan beberapa buah negara lagi sebagai pemerhati antarabangsa. Namun, masih belum menerima sebarang jawapan daripada mereka. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR juga sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan iaitu NGO untuk bergabung menjadi satu pasukan pemerhati dalam negeri pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

6 DN 11.7.2012

Penggabungan itu telah mudahkan mereka sebagai satu pasukan dan menjadi pemerhati di 222 buah kawasan Parlimen seluruh negara jika inisiatif ini menjadi satu kenyataan. Sekian, terima kasih.

■1030

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya mengucapkan tahniah di atas usaha yang dilakukan untuk menjemput pemerhati-pemerhati daripada negara luar dan juga penggabungan NGO untuk memastikan 222 kawasan parlimen dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang berjalan lancar.

Pertanyaan saya ialah apakah persediaan yang dilakukan oleh kerajaan khususnya SPR untuk memastikan pegawai-pegawai yang mengurus pilihan raya terutama pegawai pengurus, penolong pengurus dan ketua tempat mengundi di mana dalam pilihan raya yang lalu terdapat pegawai pengurus, penolong pengurus dan ketua tempat mengundi yang tidak memahami peraturan pilihan raya yang bercanggah dengan polling dan counting agent yang menyebabkan berlaku ketegangan.

Dalam pengalaman saya bertemu dengan SPR, mereka mengakui hakikat ini dan inilah yang saya timbulkan pertanyaan supaya pegawai-pegawai yang akan menguruskan pilihan raya ini yang diambil daripada pegawai-pegawai kerajaan lain supaya mereka ini memberi latihan yang secukupnya dan memahami peraturan pilihan raya dengan begitu baik sekali supaya perjalanan pilihan raya dapat berjalan lancar. Terima kasih.

Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhammad atas soalan tambahan ini. Sememangnya seperti Yang Berhormat Senator telah pun katakan tadi bahawa terdapat begitu ramai pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak SPR daripada kawasan 222 ini, daripada seluruh negara di mana mereka terdiri kadangkala daripada pihak daerah, pejabat daerah kawasan masing-masing. Mereka semestinya diberikan latihan dan juga kursus mengenai peraturan pilihan raya, peraturan kesalahan pilihan raya dan sebagainya. Sentiasa diberikan kursus dan juga latihan kepada mereka. Akan tetapi, kita kena sedia faham bahawa dalam sesuatu keadaan ini, semua terpulang kepada pegawai-pegawai tersebut untuk memahami peraturan-peraturan dan juga undang-undang yang telah pun diberikan kepada mereka apabila latihan ataupun kursus diberikan.

Akan tetapi, daripada pihak SPR memang yakin bahawa apabila berlakunya pilihan raya kita semestinya memastikan bahawa semua pilihan raya akan diadakan adalah dijalankan dengan adil, dengan sewajarnya agar kita seperti dikatakan tadi, ada pemerhati daripada luar negara dan juga tempatan daripada segi NGO untuk memerhatikan semua perjalanan yang akan dijalankan pada pilihan raya kepada tugasan-tugasan yang telah pun dijalankan oleh pegawai-pegawai tertentu.

Para pemerhati ini akan membuat laporan nanti dan akan menyerahkan laporan tersebut kepada pihak SPR. Jadi, saya pun haraplah Yang Berhormat Senator di sebelah situ juga kadang kala boleh memberikan sedikit sebanyak nasihat kepada pihak SPR bagaimana kita dapat bersama-sama untuk menentukan bahawa perjalanan pilihan raya nanti akan dapat berjalan dengan lebih lancar. Itu sahaja.

6. Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta Menteri Luar Negeri menyatakan, setelah hampir satu tahun perpecahan Sudan kepada dua, adakah pihak kerajaan telah mula menjalankan aktiviti diplomatik dengan Republik Sudan Selatan tersebut.

Timbalan Menteri Luar Negeri I [Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Roslin di atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah mula menjalinkan hubungan diplomatik dengan Sudan Selatan sebaik sahaja negara tersebut mencapai kemerdekaan pada 9 Julai 2011. Menteri Luar telah menghadiri Majlis Deklarasi Kemerdekaan Sudan Selatan sebagai wakil Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang diadakan di Juba, ibu negeri Sudan Selatan pada tarikh tersebut.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 7

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, aktiviti diplomatik dengan Kerajaan Sudan Selatan semasa Mesyuarat Kabinet pada 1 Julai 2011 di mana Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menyokong permohonan Sudan Selatan untuk menjadi ahli negara anggota Komanwel. Ia disusuli dengan kesediaan dan komitmen Kerajaan Malaysia untuk membantu negara Sudan Selatan di dalam pembangunan sosioekonomi dan modal insan serta program latihan sumber manusia untuk pegawai-pegawai kerajaan negara tersebut. Sebagai contoh, melalui Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) setakat bulan Jun 2012, seramai 11 orang pegawai-pegawai Kerajaan Sudan Selatan telah diberi latihan dalam pelbagai bidang di bawah program berkenaan. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, dari sudut pelaburan dan ekonomi pula, Petronas telah menyatakan hasrat mereka untuk terus melabur di Sudan Selatan dan telah pun membuka pejabat operasinya di Juba pada bulan Mei 2011. Sekian, terima kasih.

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah pun menjawab soalan saya. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana telah menjalinkan hubungan agak awal dengan Sudan Selatan yang mana kita sudah pastikan bahawasanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menerima keanggotaan Sudan Selatan ini sebagai ahli yang ke-193.

Sebagai maklum, Sudan merupakan sebuah negara yang berpotensi dari segi ekonomi. Itu maksud soalan saya termasuklah petroleum, kewangan Islam dan soalan tambahan saya. Saya difahamkan tadi mengatakan bahawasanya kita telah memulakan misi ekonomi kita dari segi sudut petroleum. Saya mengucapkan syabas kerana Sudan adalah merupakan....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat...

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman: Ya?

Tuan Yang di-Pertua: Apa soalan tambahannya?

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman: Soalan tambahan saya adalah, sejauh manakah hubungan perdagangan dua hala? Maksud saya Selatan Sudan serta adakah Malaysia telah mengadakan misi perdagangan untuk merebut peluang pelaburan di sana? Soalan kedua saya, apakah langkah kerajaan bagi meningkatkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, perbankan, pendidikan dan sosial dengan Selatan Sudan? Itu sahaja terima kasih.

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, Malaysia memang mempunyai hubungan dua hala di dalam bidang-bidang khususnya dalam bidang-bidang ekonomi dan pelaburan yang diterokai. Bentuk hubungan dua hala yang sedia ada adalah seperti kerjasama di dalam pembangunan sumber manusia yang akan terus dipertingkatkan dan diperkukuhkan. Contohnya, seperti melalui MTCP di mana kita Malaysia memberi latihan kepada pegawai-pegawai khususnya dari Sudan untuk mempelajari dan juga untuk membangunkan negara mereka.

Kedua, Petronas juga telah menyatakan komitmen mereka dan Petronas bersama-sama dengan iaitu melalui Petronas International Cooperation Limited di mana syarikat usaha sama Petronas bersama-sama dengan A Alpha Investment telah berjaya menubuhkan syarikatnya dan mereka juga bercadang untuk membuka stesen-stesen minyak di South Sudan. Jadi, dari segi kerjasama memang kita boleh nampak ada begitu banyak kerjasama mula, okey bukan sahaja Petronas malah begitu banyak syarikat-syarikat dari Malaysia mula menerokai. Kita boleh lihat bagaimana begitu banyak syarikat juga telah menunjukkan komitmen mereka untuk terus melabur di South Sudan. Terima kasih.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan bahawa Petronas mempunyai beberapa masalah di dua-dua negara ini. Sementara kita mencari gali di Sudan Selatan, kita kena hantar minyak dan gas kita ke Sudan Utara.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

8 DN 11.7.2012

■1040

Soalan saya ialah, apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini sebab saya dengar bahawa Petronas mungkin terpaksa menutupkan syarikatnya kerana kerugian disebabkan tak boleh menghantar minyak dan gas daripada satu negara ke satu negara yang lain? Terima kasih.

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kalau kita lihat memang benar apa yang berlaku di sempadan South Sudan dan juga Republic of Sudan di mana bukan sahaja syarikat-syarikat Petronas, malah loji-loji milik negara-negara lain juga turut dimusnahkan. Namun begitu, Petronas masih mencari alternatif. Pusat-pusat atau loji-loji petroleum di kawasan lain dalam Sudan Selatan. Jadi, mereka juga terus mencari pusat-pusat atau loji-loji baru terutamanya di kawasan Juba. Terima kasih.

7. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, mekanisme pelaksanaan Dasar Pekerja Domestik Tempatan untuk mengisi keperluan dan permintaan majikan bagi pembantu rumah tempatan kerana masalah-masalah yang wujud untuk mendapatkan pembantu rumah daripada negara sumber seperti Indonesia, Filipina, Kemboja dan lain-lain negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Maznah binti Mazlan]: Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator di atas soalan berkenaan. Kerajaan amat prihatin atas keperluan pembantu rumah oleh rakyat Malaysia yang memerlukannya.

Bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga asing, Kementerian Sumber Manusia melaksanakan pelbagai usaha. Di antaranya seperti berikut, menggalakkan pihak majikan menubuhkan pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja ataupun di kawasan perumahan atau dalam komuniti mengikut kesesuaian. Ibu-ibu yang bekerja dapat meninggalkan anak-anak untuk jagaan yang baik dan selamat dan boleh tidak menggunakan pembantu rumah. Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan buku panduan bertajuk garis panduan pusat asuhan kanak-kanak oleh majikan di sektor swasta untuk rujukan bagi membantu majikan-majikan mengujudkan kemudahan ini. Di samping itu kerajaan juga memberi insentif kepada majikan-majikan yang membina pusat asuhan kanak-kanak di mana pengecualian cukai sebanyak 10 peratus diberikan untuk keseluruhan kos pembinaan bagi tempoh sepuluh tahun.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Kementerian Sumber Manusia juga telah membuat persediaan untuk melatih tenaga kerja tempatan di dalam bidang domestik ini dengan menyediakan Standard Kemahiran Pekerjaan Nasional dengan izin, National Occupational Skill Standard atau lebih dikenali singkatannya sebagai NOSS iaitu satu panduan untuk mencapai tahap kecekapan atau kompetensi melaksanakan satu-satu tugasan dalam pekerjaan. Selain dari aspek kemahiran, pelatih juga diterap dengan aspek kebersihan, etika dan juga nilai-nilai integriti. Dengan adanya standard ini, tenaga tempatan boleh dilatih dan dengan pensijilan ini, dapat membina keyakinan di kalangan majikan dan menjadikan pekerjaan ini satu pekerjaan yang dihormati. Sudah terdapat beberapa syarikat swasta tempatan yang ditauliahkan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk melatih tenaga tempatan di dalam bidang ini, tetapi sehingga ini sambutannya tidak memberangsangkan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan cabaran-cabaran yang dihadapi ini, Kementerian Sumber Manusia terus mempertingkatkan usaha untuk menjadikan pembantu rumah satu pekerjaan yang diminati dan langkah-langkah itu seperti penjenamaan semula dengan izin, re-branding pekerjaan pembantu rumah dengan memberi nama yang lebih sesuai untuk pekerjaan ini. Kalau dahulu ia dipanggil sebagai air hostess, kini mereka disebut pramugari atau pramugara. Pelayan restoran dahulu disebut sebagai pelayan dan sekarang ini dipanggil sebagai pramusaji. Mungkin pembantu rumah ini kita sedang berusaha dapatkan nama yang lebih dihormati seperti mungkin ‘pramurumah’ atau ‘pramudomestik’ atau ada nama lain yang lebih sesuai. Bersekali dengan nama ini, bidang tugas dan struktur gaji yang setimpal juga akan disediakan.

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 9

Satu lagi tindakan yang sedang dibuat oleh kementerian ialah pendekatan

menawarkan beberapa pendekatan kepada majikan untuk dipilih seperti bekerja, menawarkan perkhidmatan pembantu rumah sepenuh masa ataupun mengikut harian yang diperlukan atau secara sambilan. Ini boleh dipilih oleh majikan mengikut kesesuaian dan kemampuan mereka. Untuk memantapkan lagi pendekatan-pendekatan yang akan dimuktamadkan. Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja sedang melaksanakan kajian yang menyeluruh mengenai penceburan rakyat tempatan dalam bidang pekerja domestik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian yang telah menyediakan berbagai-bagai usaha untuk membantu masalah pekerja domestik. Soalan saya ialah adakah kementerian akan menggubal satu kadar upah yang seragam melalui undang-undang seperti kalau tukang basuh pinggan di restoran, berapa scale gaji dia atau pun tukang kebun ataupun yang menjaga anak di rumah? Sekarang ini, pembantu rumah yang mengikut jam, sudah ada rate nya, tetapi pekerja-pekerja domestik yang lain belum ada. Apakah gaji minimum mereka dan serta caruman KWSP dan PERKESO? Saya juga ingin bertanya tadi ada tentang kadar upah itu, apakah status persediaan menggubal kadar upah pekerja domestik ini. Terima kasih.

Dato’ Maznah binti Mazlan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Senator, di dalam kajian ini memang akan ditetapkan skop tugas pembantu rumah yang akan merangkumi aspek pembersihan rumah, penjagaan kanak-kanak, penjagaan orang tua atau pun yang berpenyakit kronik dan juga memasak. Itu empat bidang utama yang mana pada masa ini kita sedang berunding dengan pihak-pihak berkepentingan dan sudah ada pihak-pihak yang menawarkan perkhidmatan ini berasingan di dalam pasaran. Kita sedang berunding untuk mendapatkan kadar bayaran atau upah yang digunakan pada masa ini. Dalam kajian yang saya sebut itu, ini adalah antara perkara yang sedang kita kaji. Skim gaji akan dicadangkan oleh Kementerian Sumber Manusia sama ada dia dilaksanakan secara undang-undang ataupun kita laksanakan secara persetujuan bersama. Itu akan ditentukan nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah satu tentang tadi dinyatakan bahawa kementerian telah mewujudkan satu garis panduan untuk melatih bakal-bakal pekerja tempatan dan ada syarikat-syarikat yang telah berminat tetapi katanya tidak mendapat sambutan. Apakah langkah selanjutnya apabila tidak ada sambutan? Apakah kita hendak berhenti di situ sahaja atau ada langkah-langkah lain untuk memastikan ada yang menyahut tawaran program itu? Ertinya maksud saya begini, saya harap janganlah kementerian melepas tangan. Apabila syarikat berminat dan iklankan, bila tak ada sambutan kementerian lepas tangan. Jadi saya rasa patut ada usaha-usaha susulan daripada kementerian untuk memastikan langkah baik dan langkah terpuji daripada kementerian ini mendapat sambutan dan berjaya dilaksanakan. Terima kasih.

Dato’ Maznah binti Mazlan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah kementerian tidak akan lepas tangan dan tidak akan berhenti di situ. Bahkan dalam penjelasan saya tadi, saya telah jelaskan bahawa kita buat persediaan daripada menaiktarafkan bidang ini supaya menjadi satu pekerjaan yang dihormati melalui perwujudan satu standard kompetensi dan program latihan yang sistematik. Kita sedang mengkaji tentang skop tugas dan kadar bayaran yang setimpal. Keseluruhannya kita hendak rebrand, hendak menjenamakan pekerjaan ini supaya diminati oleh pekerja tempatan.

■1050

Selain daripada itu, kita juga akan berunding dengan semua pihak-pihak berkepentingan termasuk persatuan-persatuan, majikan-majikan dan juga wakil-wakil pekerja di dalam menggubal dan menawarkan satu perkhidmatan yang lebih teratur dan sistematik dalam bidang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

8. Datuk Haji Saat bin Haji Abu minta Menteri Kerja Raya menyatakan, supaya memperbanyakkan kerja di bidang-bidang pembinaan Kelas ‘F’ hingga Kelas ‘D’ kerana di akhir-akhir ini kegiatan berkaitan kerja-kerja pembinaan Kelas ‘F’ hingga Kelas ‘D’ amat berkurangan di seluruh negara, ini boleh menjejaskan sumber pendapatan kepada mereka. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

10 DN 11.7.2012

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato’ Yong Khoon Seng]: Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa mengutamakan agenda bumiputera dalam usaha melaksanakan proses transformasi negara berasaskan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Ini termasuk membantu kontraktor-kontraktor tempatan, khususnya dari Kelas ‘D’, Kelas ‘E’ dan Kelas ‘F’ supaya sentiasa kompetitif dan mampu berdaya saing dalam industri pembinaan di negara ini. Untuk itu kerajaan telah melancarkan berbagai-bagai inisiatif dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan kontraktor bumiputera kelas-kelas ini. Antaranya ialah menerusi dasar agihan kontrak kerajaan di mana sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kontrak projek berskala besar di wartakan kepada kontraktor bumiputera.

Dasar ini telah dilaksanakan menerusi peraturan dan surat pekeliling kerajaan yang masih berkuat kuasa. Di samping itu kerajaan juga pada bulan Mei 2012 yang lalu telah bersetuju supaya kerja-kerja penyelenggaraan berkala jalan Persekutuan yang sebelum ini dilaksanakan oleh syarikat konsesi dibuka dan ditawarkan kepada kontraktor Kelas ‘D’, Kelas ‘E’ dan Kelas ‘F’.

Dalam masa yang sama, Unit Peneraju Agenda Bumiputera atau dikenali TERAJU dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) juga sedang berunding dengan syarikat MRT Corp untuk menentukan agihan kontrak kepada kontraktor bumiputera dalam projek MyRapid Transit (MRT) Lembah Klang.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, di samping pelbagai inisiatif dan bantuan yang telah diwujudkan oleh kerajaan, golongan kontraktor bumiputera juga perlu sentiasa mempersiapkan diri dan berusaha meningkatkan bidang kemahiran dan kelas pendaftaran mereka. Ini untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dan mampu bersaing di peringkat lebih tinggi dalam arus globalisasi yang semakin mencabar masa kini. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Saat bin Haji Abu Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan dan jawapan yang telah diberi sebentar tadi. Saya melihat Yang Berhormat Menteri, sekarang ini terdapat hampir lebih kurang 30,000 pemilik Kelas ‘F’ dan hampir 15,000 pemilik Kelas ‘E’ dan melebihi 15,000 pemilik Kelas ‘D’ dalam struktur pembinaan.

Soalan saya ialah apakah tindakan Kementerian Kerja Raya bagi mewujudkan kembali peluang-peluang kerja di peringkat Kelas ‘F’ yang berjumlah hampir RM250,000 ke bawah, Kelas ‘E’ berjumlah RM250,000 ke RM750,000 dan Kelas ‘D’ RM750,000 ke bawah? Oleh kerana pada pandangan dan pendapat saya bahawa mereka-mereka ini merupakan penyumbang ekonomi di peringkat bawahan. Jadi, kita minta supaya Jabatan Kerja Raya menyediakan kembali seperti yang dilakukan pada tahun 90-an. Sekian, terima kasih.

Dato’ Yong Khoon Seng Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya pihak kita dulu, pihak kontraktor bumiputera Kelas ‘F’ yang mengadakan dalam lingkungan 36,000. Selepas kita bersih, kita meneliti dan mengemas kininya hari ini ada 27,500. Begitu juga dengan Kelas ‘E’ and Kelas ‘F’. Sebenarnya dalam semua kontraktor dari ‘A’ sampai kontraktor ‘F’, kita ada 45,000 di seluruh negara. Ini adalah angka yang besar. Jikalau projek tidak banyak, mungkin agihan kontrak pun tidak tercapai kepada semua.

Saya faham kita perlu berikan kontrak-kontrak kepada pihak Kelas ‘D’, Kelas ‘E’ dan Kelas ‘F’ di mana kita pada Mei tahun ini telah pun menentukan supaya projek MRT ini akan berikan kepada pihak kontraktor Kelas ‘D’, Kelas ‘E’ dan Kelas ‘F’ sampai tahap projek yang besar ini sampai 15 peratus boleh diberikan.

Sampai hari ini kita telah pun menentukan supaya jumlahnya adalah RM180 juta telah pun disediakan untuk kontraktor Kelas ‘D’, Kelas ‘E’ dan Kelas ‘F’. Sebenarnya dulu kita telah pun mengagihkan kontrak yang lebih dari RM10 juta dan 10 peratus diberi kepada kelas ‘F’ sahaja. Sekarang kita telah pun meningkatkannya kepada Kelas ‘D’, Kelas ‘E’ dan Kelas ‘F’ dengan tidak melebihi daripada 15 peratus dari jumlah kontrak yang melebihi RM10 juta.

Dalam pada itu juga, kita tahu Jambatan Pulau Pinang yang kedua ini telahpun kita merancang untuk memberikan kontrak-kontrak kecil kepada pihak Kelas ‘D’, Kelas ‘E’ dan Kelas ‘F’ supaya mereka juga dapat bekerja. Kita tahu industri pembinaan akan menyumbang kepada KDNK kita dengan majunya.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 11

Pada tahun ini kita anggarkan ia akan menaik sehingga 15 peratus KDNK. Dulu

memang dianggar di lingkungan 6 peratus ke 7 peratus sahaja.

Dalam ini juga kita ada satu usaha untuk kita membantu pihak kontraktor ‘C’ sampai kontraktor ‘E’ di mana kita ada Tabung Skim Kumpulan Wang Kontraktor di mana mereka boleh pinjam untuk membuat kerja-kerja projek kerajaan dengan tunjukkan LA sahaja, sudah dapat pinjaman ini tanpa faedah, tanpa cagaran. Ini adalah satu usaha kita membantu pihak kontraktor bumiputera Kelas ‘D’, Kelas ‘E’ dan Kelas ‘F’. Memang kita sentiasa berusaha supaya kontraktor ‘D’, kontraktor ‘E’ dan kontraktor ‘F’ akan dapat manfaat, akan menyumbang kepada pembangunan negara kita.

Datuk Maijol Mahap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya tentang pemberian lesen Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Buat masa ini saya memang tahu bahawa pemberian lesen PKK kepada kontraktor-kontraktor sudah pun dibekukan oleh kerajaan. Saya ingin tanya kepada kementerian. Adakah kementerian bercadang untuk membuka kembali pemberian kelulusan PKK ini kepada kontraktor-kontraktor dan kalau ya, bila jadualnya? Terima kasih.

■1100

Dato’ Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kontraktor kelas yang baru ini kontraktor yang untuk pendaftaran baru memang dibekukan dari tahun 2005 sehingga September tahun 2011 di mana kita membersihkan dan meneliti semua pendaftaran yang sedia ada di mana kita telah pun mendaftarkan dalam satu 1ROC iaitu 1 Registration of Contractor, di mana telah pun kita siapkan. Kita telah pun mulakan dengan dibuka tetapi belum buka sepenuhnya. Kita masih dalam sistem dalam kita menjalankan semua sistem supaya ia boleh didaftar dengan baik. Pada 15 September 2012, ia akan dibuka dan akan dibuka untuk pendaftaran baru. Terima kasih.

9. Dato’ Lim Nget Yoon minta Menteri Pengangkutan menyatakan, kebanyakan pekebun kecil serta peladang terpaksa menggunakan kenderaan-kenderaan pacuan empat roda yang berkuasa tinggi untuk membawa keluar hasil mereka. Bolehkah kementerian mengurangkan bayaran cukai jalan kenderaan mereka memandangkan mereka ini lebih menggunakan jalan-jalan dalam kebun daripada jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan ll [Tuan Jelaing anak Mersat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi dan salam hormat Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, di bawah kaedah 16(1)(c) – Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959, Menteri Pengangkutan boleh mengecualikan atau mengurangkan kadar cukai jalan berdasarkan merit atau justifikasi tertentu. Pemberian pengurangan kadar LKAM telah bermula sejak tahun 1987.

Mengikut rekod bagi tempoh tiga tahun lepas iaitu 2010 sehingga Jun 2012, sebanyak 322 buah kenderaan di Cameron Highlands telah diberikan pengurangan dengan kadar sebanyak 90 peratus dari kadar yang sepatutnya. Sekian.

Dato’ Lim Nget Yoon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan dari kementerian. Seperti yang kita sedia maklum, dunia kini mengalami krisis makanan dan petani tempatan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan sumber makanan kepada kita. Jadi soalan saya, apakah langkah-langkah seperti membina, membaiki, menaikkan taraf jalan kebun supaya untuk menggalakkan petani kita menggiatkan usaha pertanian mereka serta meningkatkan daya saing mereka. Terima kasih.

Tuan Jelaing anak Mersat: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas perhatian kepada petani-petani tetapi saya rasa soalan ini ada terkeluar sedikit daripada soalan asal Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya betul Yang Berhormat, betul.

Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cuba soal tambahan yang berkaitan dengan Yang Berhormat soal tadi dan kementerian. Kalau petani ini Kementerian Pertanian, okey. Tak apa Yang Berhormat. Yang Berhormat belajar.

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

12 DN 11.7.2012

Bagus. Okey, seterusnya saya persilakan- soalan tambahan yang kedua. Ada

siapa-siapa nak bertanya? Tidak ada, saya terus pergi kepada soalan pertanyaan kesepuluh.

10. Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah tahap kesihatan negara memuaskan dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menentukan rakyat Malaysia akan menjadi lebih sihat dan lebih produktif seperti kurang mengambil cuti sakit, mengurangkan perbelanjaan ubat dan rawatan. Kementerian patut mengkaji akta-akta seperti untuk penjualan makanan segar masak tidak tercemar dan suplemen makanan tidak beracun.

Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah atas soalan yang dikemukakan, dan terima kasih juga kerana memakai baju pink pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengambil langkah bagi menentukan rakyat Malaysia akan menjadi lebih sihat dan produktif. Pelbagai kempen telah diadakan bagi menerapkan budaya gaya hidup sihat. Faktor utama untuk kehidupan yang sihat adalah dengan mengamalkan cara hidup sihat. Ini termasuklah makan secara sihat, tidak merokok, melakukan aktiviti fizikal dan belajar menangani stres.

Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya digubal bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Peraturan-peraturan Makanan 1985 memperuntukkan keperluan bagi penglabelan, addictive makanan dan nutrien yang ditambah, bungkusan bagi makanan, juzuk kebetulan dan setem bagi makanan yang diimport, disediakan, diiklankan dan dijual di Malaysia. Ia juga memperuntukkan larangan bagi makanan yang mengandungi bahan cemar termasuklah pencemaran logam, mikroorganisma dan toksin, residu drug, dengan izin dan residu racun perosak yang melebihi kadar maksimum yang dibenarkan oleh peraturan.

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 pula menyenaraikan kehendak-kehendak yang perlu dipatuhi oleh pengendali makanan dalam memastikan makanan yang dihasilkan tidak tercemar. Antara kehendak tersebut termasuklah mewajibkan pengendali makanan untuk menjalani latihan pengendalian makanan dan pemeriksaan kesihatan juga vaksinasi. Selain itu bagi memastikan makanan yang dihasilkan tidak tercemar, peraturan tersebut menyenaraikan segala keperluan bagi memastikan kebersihan premis, kebersihan diri dan pakaian pengendali makanan, perlindungan makanan daripada pencemaran dan juga keperluan khusus bagi pengendalian, penyediaan, pembungkusan, penyajian, penyimpanan dan penjualan makanan.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya sentiasa dikaji bagi memastikan akta dan peraturan tersebut adalah selaras dengan perkembangan teknologi dan standard antarabangsa bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat makanan yang selamat dan berkualiti.

Tuan Yang di-Pertua, semua produk ubat-ubatan termasuklah produk suplemen kesihatan dan produk semula jadi dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Semasa pendaftaran, produk suplemen kesihatan dan produk semula jadi dinilai dari aspek kualiti dan keselamatan. Selain itu, pengilang produk-produk suplemen kesihatan dan semula jadi perlu mematuhi keperluan amalan perkilangan baik (APB) yang ditetapkan.

Kementerian juga mengendalikan aktiviti pemantauan produk di pasaran untuk memastikan tahap keselamatan dan kualiti produk di mana sampel produk diambil bagi tujuan pengujian makmal. Bagi produk-produk yang tidak mematuhi keperluan yang ditetapkan, tindakan punitif akan diambil. Antaranya adalah pembatalan pendaftaran produk yang didapati di campur palsu dengan bahan racun berjadual dan arahan panggil balik produk dari pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja jawapan saya. Terima kasih.

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 13

Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas langkah-langkah yang telah pun diambil oleh kerajaan untuk menentukan bahawa Negara Malaysia ini adalah sebuah negara yang sihat.

Walau bagaimanapun, saya diberi maklum di negara-negara maju ada undang-undang dan peraturan-peraturan mengenai makanan segar masak terutamanya yang disediakan di hotel-hotel, restoran-restoran dan di semua tempat awam. Sekiranya tidak terjual makanan tersebut dalam masa-masa yang ditentukan, makanan itu mestilah dibuang dan tidak boleh dijual lagi kerana makanan itu telah pun tercemar dan tidak lagi selamat untuk dimakan.

■1110

Di sini saya lihat terutamanya penjualan oleh penggerai-penggerai di gerai-gerai yang dibangunkan oleh pihak berkuasa tempatan serta gerai-gerai yang terdapat di tepi-tepi jalan, masakan yang terdedah tidak ditutup, senang dihinggapi oleh lalat, habuk dan sebagainya serta makanan-makanan yang dipanaskan berulang-ulang kali daripada pagi sehingga lewat malam yang masih dijual terutamanya di restoran-restoran 24 jam, ini semuanya sedang berlaku.

Jadi saya hendak tahu, oleh itu apakah langkah spesifik oleh Kementerian Kesihatan dan peraturan-peraturan khusus yang ada sekarang ini, undang-undangnya yang boleh pihak kerajaan atau penguat kuasa mengambil tindakan untuk menentukan bahawa amalan yang bersih diikuti dan undang-undang dikuatkuasakan?

Kedua, adakah undang-undang yang ketat dan menyeluruh untuk menentukan bahawa kesemua aspek kesihatan negara betul-betul dijaga? Apabila kita bercakap tentang kesihatan ia banyak aspek termasuklah tandas yang masih kotor, sampah sarap yang merata-rata dan berbagai-bagai jenis pencemaran. Itu soalan saya. Terima kasih.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, sebenarnya akta kita iaitu Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah menyenaraikan apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi termasuklah yang perlu dipatuhi oleh pengendali makanan Tuan Yang di-Pertua untuk memastikan makanan yang dijual dan dihidangkan tidak tercemar.

Sebenarnya kita mempunyai regulation ataupun undang-undang yang ketat di negara kita. Antara perkara-perkara yang perlu diwajibkan ke atas pengendali makanan termasuklah menjalani latihan Tuan Yang di-Pertua, latihan pengendalian makanan dan pemeriksaan kesihatan dan juga vaksinasi. Vaksinasi ini termasuklah suntikan anti typhoid yang diwajibkan ke atas semua pengendali makanan di negara kita.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan makanan ini tidak tercemar peraturan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 juga menetapkan bahawa pengendali makanan perlu memastikan premis itu bersih bukan sahaja sekadar premis tetapi juga kebersihan diri dan pakaian serta pelindungan pemakanan dari segi pengendalian, penyediaan, pembungkusan, penyajian, penyimpanan dan juga penjualan makanan. Seperti yang saya nyatakan tadi, Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya sentiasa dikaji bagi memastikan akta dan peraturan tersebut selaras dengan perkembangan teknologi serta standard antarabangsa bagi memastikan rakyat kita mendapat makanan yang bukan sahaja selamat tetapi berkualiti.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya ingin berkongsi beberapa fakta iaitu dari segi pencemaran makanan dan tindakan penguatkuasaan kementerian. Pada tahun 2011 sebanyak 67,128 sampel makanan telah dianalisis di mana 3.1 peratus ataupun 2,101 sampel didapati melanggar perundangan makanan dan sejumlah 1,169 denda bernilai RM712,872.00 telah dijatuhkan ke atas mereka yang didapati melanggar perundangan makanan tersebut. Di samping itu Yang Berhormat, daripada 2,869 operasi yang dijalankan pada tahun 2011 sahaja, sejumlah 9,436,947 makanan yang tidak mematuhi perundangan makanan telah dirampas.

Selain daripada itu Yang Berhormat, pada tahun 2011 sebanyak 98,309 premis makanan telah diperiksa di mana 3.5 peratus iaitu 3,458 daripadanya telah ditutup di bawah seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tahap kebersihan tidak memuaskan.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

14 DN 11.7.2012

Sementara pada tahun 2012 sehingga bulan April yang lalu Yang Berhormat 3.7

peratus iaitu 704 daripada sejumlah 19,049 premis makanan yang diperiksa telah ditutup di bawah akta yang sama. Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan apa yang diterangkan oleh Timbalan Menteri tadi, saya ingin tahu setakat manakah pemeriksaan dilakukan terutama sekali ke atas junk food dengan izin. Junk food ini meluas sekali di kalangan kanak-kanak di sekolah-sekolah dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengawal penjualan ini?

Satu soalan lagi, sebelum saya hendak menyoalkannya saya minta maaf, niat saya adalah untuk jujur tidak bermaksud apa-apa yang tidak baik. Sekarang ini di dunia, selalu disebutkan tentang masalah obesiti yang dikaitkan dengan kesihatan. Sejauh manakah seriusnya masalah ini di Malaysia dan setakat manakah langkah-langkah diambil untuk mengawal ataupun mengurangkan masalah ini di negara kita terutama sekali di kalangan anak-anak muda? Terima kasih.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan. Izinkan saya untuk menjawab soalan yang pertama dan kedua secara rangkuman. Sebenarnya Yang Berhormat, di peringkat Kementerian Kesihatan, kita telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan panduan mengenai penyediaan makanan di kantin-kantin sekolah, kita bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, panduan ini kita keluarkan ataupun setiap lima tahun kita perbaiki dan panduan penyediaan makanan jelas kita tidak membenarkan penjualan makanan junk food ini di kalangan kanak-kanak. Cuma dari segi enforcement, dengan izin, kita memerlukan kerjasama daripada pihak sekolah untuk memastikan bahawa makanan-makanan junk food tidak dihidangkan di sekolah Yang Berhormat.

Untuk menjawab persoalan mengenai obesiti terutama sekali di kalangan kanak-kanak, ini merupakan kebimbangan di peringkat kementerian sendiri. Oleh daripada itu kementerian telah mengambil langkah-langkah Yang Berhormat termasuklah dari segi penyediaan dasar iaitu panduan penyediaan makanan di sekolah dan selepas itu aktiviti-aktiviti yang melibatkan kempen-kempen. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya ingin berkongsi pada tahun 2006 dianggarkan 1.5 juta rakyat dewasa yang menghadapi hidup dengan masalah diabetes dan jumlah ini meningkat. Sekarang mengikut National Health and Morbidity Survey 2011, jumlah ini telah meningkat kepada tiga juta orang dan masalah ini bukan sahaja berlaku di kalangan kanak-kanak tetapi juga berlaku di kalangan orang-orang dewasa.

Selaras daripada itu Yang Berhormat, kita di peringkat kementerian sentiasa mengambil langkah-langkah seperti yang saya katakan tadi kempen-kempen yang menyasarkan kepada golongan-golongan sasaran bukan sahaja daripada peringkat kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa, kita bekerjasama dengan pihak-pihak swasta, NGO dan sebagainya untuk melaksanakan kempen-kempen tersebut dan setiap lima tahun kita- dan kita juga menumpukan aktiviti kita kepada usaha-usaha untuk menangani masalah NCD atau Non-Communicable Disease termasuklah diabetes Yang Berhormat dan untuk memperincikan jawapan saya, saya akan memberikan Yang Berhormat jawapan secara bertulis untuk menerangkan langkah-langkah kementerian. Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Ini tentang pengawalan di sekolah tadi, saya rasa pengawalan itu penting bukan sahaja dalam kantin tetapi pengawalan di luar pagar sekolah kerana selalu penjualan barang-barang yang dicari-cari seperti junk food itu dijual tanpa kawalan, dan sejauh manakah mereka ada kuat kuasa pengawalan di situ? Terima kasih.

■1120

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Memang benar Yang Berhormat soalan yang baik. memang benar kita mempunyai autoriti atas penjualan barang-barang ataupun junk food di sekolah kerana seperti yang saya katakan tadi garis panduan telah dibangunkan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Untuk menyentuh mengenai penjualan oleh penjaja-penjaja di laur sekolah pihak kementerian dalam proses membincangkan perkara ini dengan pihak Kementerian Pelajaran untuk kita juga mengemukakan panduan khusus kepada penjaja-penjaja juga Yang Berhormat. Usaha sedang dijalankan. Terima kasih.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 15

11. Puan Hajah Noriah binti Mahat minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal serta mengawal jumlah hutang kepada paras terurus.

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussin]: Tuan Yang di-Pertua, defisit Kerajaan Persekutuan telah berjaya dikurangkan selama tiga tahun berturut-turut daripada 6.7 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2009 kepada 5.4 peratus dalam tahun 2010 dan terus turun kepada 4.8 peratus pada tahun 2011, berdasarkan nilai terbaru KDNK ekoran perubahan tahun asas kepada tahun 2005 yang telah diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan.

Defisit fiskal dijangka akan berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNK pada tahun 2012 seperti mana diumumkan dalam Belanjawan 2012 dan dijangka dapat dikurangkan lagi kepada 3 peratus pada akhir tahun 2015.

Hasil daripada perancangan dan kawalan perbelanjaan yang baik dan berhemat, kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan adalah terurus berjumlah sebanyak 51.8 peratus daripada KDNK pada 2011. Kemampuan membayar balik hutang kekal kukuh dengan bayaran khidmat hutang berada pada paras 9.6 peratus daripada hasil dan 9.7 peratus daripada perbelanjaan mengurus pada tahun 2011.

Pada masa yang sama hutang luar negara hanya merupakan 1.8 peratus KDNK dan 4. peratus daripada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan keseluruhannya. Di samping itu Kerajaan Persekutuan juga tertakluk kepada ketetapan di bawah Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 yang menetapkan syiling 55 peratus daripada KDNK bagi jumlah hutang domestik. Manakala di bawah akta pinjaman luar negeri 1963, hutang luar Kerajaan Persekutuan tidak boleh melebihi RM35 bilion. Bil Perbendaharaan atau Treasury Bill juga dihadkan kepada siling RM10 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan paras defisit dan hutang Kerajaan Persekutuan terus terkawal, kepatuhan yang tegas terhadap disiplin fiskal dan sasaran fiskal akan terus diberi perhatian. Fokus utama akan diberikan kepada peningkatan kecekapan perbelanjaan dan peningkatan sumber hasil. Perbelanjaan akan dipastikan selaras dengan kemampuan hasil kerajaan dan sasaran defisit fiskal.

Penyemakan peruntukan perbelanjaan akan dilakukan dengan teliti termasuk mengurangkan perbelanjaan yang bukan kritikal. Nilai setara atau value for money, dengan izin, dalam perolehan kerajaan akan terus diberikan penekanan termasuk mempertingkatkan lagi penggunaan e-Perolehan dan tender terbuka. Perancangan dan pelaksanaan serta penyediaan syiling program dan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh secara rolling setiap dua tahun dan pengurusan nilai yang disyaratkan bagi projek pembangunan yang melebihi RM50 juta juga akan membantu akan memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan kerajaan.

Di samping itu asas-asas lain, mikro ekonomi negara akan diperkukuhkan lagi bagi mencapai pertumbuhan ekonomi dan mapan dipacu sebahagian besarnya elok sektor swasta. Ini akan terus menyumbang kepada peningkatan hasil dan pengukuhan kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Yang Berhormat Timbalan Menteri terima kasih kerana jawapan. Ini dia soalan tambahan. Dilaporkan bahawa pada tahun 2012 defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 4.7 peratus dan disasarkan berada di bawah 3 peratus pada akhir tahun 2015. Dengan langkah-langkah yang diambil tadi dan berdasarkan keadaan ekonomi sekarang sejauh manakah kita mampu mencapai sasaran 3 peratus defisit fiskal pada 2015. Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat itu adalah sasaran yang telah pun ditetapkan dan telah pun menjadi satu komitmen kerajaan. Buat masa ini dengan usaha-usaha untuk mempertingkatkan kutipan hasil dan juga untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak kritikal. Kita masih yakin bahawa sasaran 3 peratus ini akan dapat dicapai menjelang masanya di akhir 2015. Terima kasih.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua...

Paya banyak di Marang,

Saya hendak tanya tiga soalan sekarang.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

16 DN 11.7.2012

Pertama, berapa banyak hutang negara sekarang dan macam mana prestasi barang? Kedua, ada orang kata negara yang berhutang lemah, banyak masalah. Ada orang kata negara yang berhutang sebenarnya mendapat kepercayaan, macam mana komen Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ketiga adakah mana-mana negara dalam dunia ini yang tidak berhutang. Sila jawab.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Pertamanya jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dari segi nilainya ialah sebanyak RM456 bilion. Inilah yang merupakan 51.8 peratus daripada KDNK.

Soalan yang kedua tentang prestasi pembayaran - kita tidak ada masalah. Tidak pernah wujud masalah pembayaran balik hutang oleh Kerajaan Malaysia bahkan kalau dikira dari segi keinginan pasaran untuk memberikan hutang kepada Malaysia ini begitu tinggi. Ramai yang datang ke negara kita, banyak bank yang datang untuk memberikan pinjaman kepada negara kita. Akan tetapi kita kerana pendirian kita yang berhemat ini kita tidak dengan mudah menerima pinjaman kecuali betul-betul diperlukan dan pinjaman kita ini setakat untuk membiayai defisit.

Satu lagi disiplin dari segi pengurusan defisit dan hutang negara ialah dari segi defisit yang kita alami di Malaysia ini adalah defisit ekoran perbelanjaan pembangunan bukannya defisit kerana kekurangan hasil untuk membiayai perbelanjaan operasi ataupun pengurusan.

Kalau defisit kerana perbelanjaan pengurusan maka ini bermakna negara kita tidak menjalankan pengurusan kewangan yang bijak. Kalau hendak bayar gaji ataupun operating cost kita terpaksa meminjam, maka ini tidak baik seperti mana setengah-setengah kerajaan negeri kita memang ada macam itu. Itu pun dibantu oleh Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat punya baik ada kerajaan negeri yang mengalami operating deficit pun kita bantu. Seperti negeri Kelantan banyak Kerajaan Pusat bantu kerana tidak cukup untuk menampung perbelanjaan pengurusan.

■1130

Mana ada negara yang tidak berhutang. Ini satu soalan yang saya tidak dapat menjawabnya kerana bagi saya, saya tidak tahu ada mana-mana negara yang tidak berhutang. Setahu saya semua negara yang berhutang. Bahkan banyak negara yang berhutang lebih tinggi daripada negara Malaysia kita. Kalau Jepun umpamanya lebih 100 peratus KDNK. Begitu juga US. Kalau dilihat negara-negara Asia ini pun, Malaysia ini adalah di antara negara yang tidak terlalu tinggi hutangnya, sederhana.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman, yang menghantar soalan tambahan pula melalui nota... [Ketawa] Biasanya pegawai yang bagi nota kepada Timbalan Menteri. Ini Yang Berhormat Senator pun ada nota juga.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Sama-sama. Takut dia lupa. Saya bagi notalah.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ada orang kata negara yang banyak berhutang sebenarnya lemah dan bermasalah. Sebaliknya ada orang berkata negara berhutang sebenarnya mendapat kepercayaan. Sebenarnya berhutang ini tidak semestinya menunjukkan kelemahan. Berhutang bergantung pada hutang. Macam saya katakan tadilah kalau berhutang untuk membiayai defisit pengurusan, maka ini kelemahan. Macam berhutang untuk kita membeli makan. Itu bahaya. Hutang hendak cari makan bahaya tetapi kalau hutang untuk berniaga tidak apa kerana perniagaan itu hasilnya kita bagi.

Bahkan negara yang berhutang menunjukkan kemampuan negara tersebut, kecekapan negara tersebut. Jadi, kalau macam Malaysia ini banyak orang yang datang hendak bagi hutang kepada Malaysia tetapi Malaysia tidak mahu. Macam bank, bank biasanya hendak bagi hutang kepada orang kaya. Dia tidak bagi hutang kepada orang miskin. Dia tahu orang miskin payah hendak bayar.

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 17

Jadi, maknanya kalau berhutang itu maksudnya tidak semestinya tidak baik tetapi

berhutang untuk tujuan dan matlamat yang boleh menjana pendapatan untuk dijelaskan kembali hutang kerana hutang wajib dibayar. Islam pun menuntut hutang itu dibayar. Jangan hutang tidak berbayar. Terima kasih.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: ...

Dari Dungun ke Kuala Gaal,

Saya bangun untuk menyoal.

Soalan saya mudah sahaja. Bilakah jangkaan masa hutang negara yang berjumlah RM456 bilion itu dapat kita lunaskan?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. Jangkaan untuk melunaskan semua hutang adalah sesuatu yang tidak bijak. Pengurusan negara tidak semestinya mempunyai matlamat untuk melunaskan semua hutang kerana hutang ini kita perlu untuk membolehkan kita berbelanja, membuat pembangunan, mengembangkan ekonomi. Yang pentingnya hutang itu dikurangkan, itu penting.

Jadi, kalau kita sudah mempunyai matlamat dan sasaran mengurangkan ke tahap 3 peratus KDNK pada penghujung 2015, ini sudah merupakan sasaran yang cukup baik. Kebanyakan negara kalau hutangnya berbanding KDNK di bawah 3 peratus ini sudah dianggap cemerlang dari segi bidang ekonomi, yang 7 peratus mungkin tinggi, bawa turun. Macam yang kita buat sekarang 4.8 peratus, 4.7 peratus. Bila kita capai 5 peratus dalam jangka masa dua tahun, saya ingat ini menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang. Tidak perlu 0 peratus. Ini kerana 0 peratus ini payah dan tidak ada negara yang mempunyai sasaran untuk melunaskan semua hutang.

Kita manusia, betul sebelum mati kita lunaskan hutang, sasaran kita. Jangan pula kita buat hutang kalau-kalau anak kita tidak mampu untuk membayarnya. Akan tetapi negara tidak apa kerana negara ini ai akan berterusan sehingga kiamat. Dia tidak mati, kita yang mati. Jadi, tidak ada masalah. Terima kasih Yang Berhormat.

12. Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah minta Menteri Pengangkutan menyatakan, siapakah atau golongan manakah yang layak memiliki nombor plat pilihan (1 hingga 10) secara percuma dan apakah syarat-syarat yang melayakkan mereka memiliki nombor plat berkenaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan II [Tuan Jelaing anak Mersat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan salam hormat kepada rakan saya Dr. Ramakrishnan. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua soalan ini telah saya jawab pada hari Isnin, menetapkan syarat-syarat siapa yang akan dapat nombor free. Walau bagaimanapun, untuk maklumat tambahan, saya sebutkan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memberikan keutamaan kepada kenamaan-kenamaan berikut untuk mendapat nombor pendaftaran secara percuma iaitu:

(i) Duli Yang Maha Mulia Sultan termasuk Raja Perlis dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan;

(ii) TYT Yang di-Pertua Negeri;

(iii) Yang Teramat Mulia Raja Muda ataupun Tengku Mahkota;

(iv) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri;

(v) Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri;

(vi) Yang Berhormat Menteri Persekutuan;

(vii) Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Walau bagaimanapun, kerajaan telah menetapkan sebarang nombor yang khusus termasuk 1 hingga 10. Ini bermakna, mana-mana nombor yang tidak diminta oleh kenamaan-kenamaan berkenaan adalah terbuka untuk di tender oleh semua pihak.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

18 DN 11.7.2012

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri,

golongan ini adakah mereka diberi saman dan adakah mana-mana golongan ini tidak selesai saman dia? Terima kasih.

Tuan Jelaing anak Mersat: Tuan Yang di-Pertua, saman kan?

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, saman.

Tuan Jelaing anak Mersat: Ini saya rasa sudah terkeluar daripada...

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Saman trafik kepada golongan ini?

Timbalan Yang di-Pertua: Saman trafik kepada golongan yang telah diberi nombor itu?

Tuan Jelaing anak Mersat: Itu saya tidak ada maklumat. Kalau Yang Berhormat hendak, saya akan dapatkan daripada kementerian dan jawab secara bertulis Yang Berhormat.

13. Puan Chew Lee Giok minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah PTPTN yang telah dikeluarkan sehingga tahun ini serta jumlah yang telah dibayar dan belum dibayar balik.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II [Dato’ Saifuddin bin Abdullah]: Tuan Yang di-Pertua...

Temerloh bandar si ikan patin,

Penduduknya makmur lagi bahagia, Barisan Nasional kerajaan prihatin, Kebajikan mahasiswa sentiasa dijaga.

Timbalan Yang di-Pertua: Hebat Yang Berhormat. Teruskan.

Dato’ Saifuddin bin Abdullah: Sebab itu bagi mahasiswa yang tidak mampu untuk melunaskan sebahagian daripada perbelanjaan mereka di universiti kita telah sediakan bantuan pinjaman yakni PTPTN. Sehingga 31 Mei 2012, PTPTN telah meluluskan pinjaman dan pembiayaan pendidikan seramai 1.98 juta pelajar yang melibatkan peruntukan keseluruhan sehingga tamat pengajiannya berjumlah RM44.18 bilion.

Daripada jumlah tersebut, pengeluaran pinjaman dan pembiayaan PTPTN kepada peminjam PTPTN adalah sebanyak RM30.44 bilion. Bagi tempoh yang sama, jumlah yang perlu dibayar balik seperti yang ditanyakan oleh Yang Berhormat ialah sebanyak RM6.83 bilion dan ini melibatkan 1.09 juta peminjam. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3.31 bilion telah berjaya dikutip. Manakala sebanyak RM3.52 bilion adalah tunggakan bayaran balik. Maksudnya Tuan Yang di-Pertua ialah sebanyak 48.5 peratus telah berjaya dikutip semula. Terima kasih.

Puan Chew Lee Giok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat pandai berpantun, saya tidak pandai berpantun tetapi saya ada soalan.

■1140

Okey, soalan saya yang pertama, bagaimana kementerian hendak memastikan pinjaman PTPTN yang telah dikeluarkan ini boleh dikutip balik sepenuhnya 100 peratus? Tadi baru 48.5 peratus sahaja. Kedua, apakah yang akan terjadi jika pinjaman PTPTN dimansuhkan seperti yang diheboh-hebohkan oleh Pakatan Rakyat? Terima kasih

Dato’ Saifuddin bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, kita sedang berusaha untuk memperbaiki kaedah mengutip balik bayaran ini. Ada empat perkara yang utama yang kita lakukan. Pertama ialah memperbanyakkan dan mempelbagaikan saluran bayaran balik. Misalnya, yang telah lama kita lakukan ialah bayaran melalui potongan gaji secara tetap melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Juga melalui kaunter-kaunter di ejen-ejen yang dilantik seperti bank-bank tempatan. Contohnya CIMB Bank dan Maybank dan juga melalui Pejabat Pos Malaysia.

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 19

Kedua ialah dengan bekerjasama dengan setiap IPT untuk mengadakan taklimat

kepada pelajar tahun akhir ataupun bakal graduan untuk membolehkan mengingatkan mereka tentang kewajipan mereka untuk membayar cukai.

Ketiga ialah mengeluarkan surat arahan bayaran balik, peringatan dan sebagainya. Keempat ialah bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan untuk membolehkan mereka membantu kita dalam soal-soal kutipan. Bukan minta mereka tolong kutip tetapi membantu mereka untuk kita memudahkan kutipan ini.

Sekiranya perlu maka kita terpaksalah menggunakan panel peguam dan sebagainya. Namun untuk memperbaiki lagi, kita telah pun tubuhkan pusat-pusat maklumat PTPTN di Sabah dan Sarawak. Pusat maklumat di Sabah di Kota Kinabalu telah mula beroperasi pada 30 Oktober tahun 2008 dan di Kuching, Sarawak mulai pada 4 November tahun 2008.

Kita juga telah buat one-stop centre kita di KL Central dan di Putrajaya dan sudah mula membuka pejabat-pejabat cawangan di empat buah negeri iaitu di negeri Pahang, Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka. Jangkaan kita ialah pada hujung tahun ini semua negeri akan mempunyai pejabat-pejabat cawangan PTPTN untuk memudahkan para peminjam untuk membuat pinjaman. Saya sebenarnya seperti ramai Ahli Yang Berhormat tentulah merasa begitu terkilan sekali sekiranya pihak pembangkang ingin supaya mereka yang membayar hutang ini tidak perlu bayar hutang. Sebab matlamat pendidikan kita ialah untuk melahirkan insan-insan yang baik. Kalau kita mengajar orang supaya tidak bayar hutang, itu maknanya kita mendidik orang menjadi insan-insan yang terbalik.

Soal menghapuskan PTPTN pada saya isu yang sebenarnya ialah hakikatnya pelajar yang perlu bantuan, perlu diberikan bantuan dan dengan sebab itu kita wujudkan PTPTN. Seandainya pihak pembangkang merasakan bahawa tidak perlu ada sebarang bantuan, saya fikir ini satu ilusi, satu impian di tengah hari yang sukar untuk dilakukan. Saya minta maaflah kawan-kawan di sebelah sana tetapi kita ada beberapa negeri yang sekarang ini diperintah oleh pembangkang dan mereka ada universiti mereka.

Dua daripada universiti ini di dua buah negeri yang ditadbirkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat menghadapi masalah-masalah yang besar yang mereka sendiri tidak boleh selesaikan. Jadi kalau baru dua buah universiti di dua buah negeri mereka tidak boleh uruskan dengan baik, jadi saya minta maaflah. Usahlah cuba menyalak bukit. Ini persoalannya. Terima kasih.

Puan Khairiah binti Mohamed: Ringkas sahaja. Berlaku kes di mana pelajar-pelajar yang mendapat bantuan PTPTN tetapi di akhir pengajian mendapati kursus yang ditawarkan di pusat pengajian tersebut masih lagi tidak mendapat sijil akreditasi menyebabkan pelajar tersebut gagal mendapatkan pekerjaan dan juga gagal melanjutkan pelajaran. Jadi apakah langkah-langkah kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar ini dan apakah langkah kerajaan bagi memastikan pusat-pusat pengajian tinggi sama ada swasta ataupun awam yang telah diluluskan mendapat Sijil Akreditasi dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi tujuan mengatasi masalah-masalah begini? Sekian.

Dato’ Saifuddin bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, kalau semua pembangkang baik macam ini, aman dunia... [Ketawa] Akan tetapi masalah.

Tuan Yang di-Pertua, ada dua sebenarnya dekat situ. Satu ialah soal akreditasi, ini di bawah MQA. Lazimnya apa yang berlaku ialah MQA memang memberikan akreditasi bersyarat kepada setengah-setengah program di setengah-setengah universiti termasuk IPTS supaya mereka boleh menjalankan kursus sementara menunggu program itu matang. Matang maksudnya, cukup untuk diberikan akreditasi penuh sebelum pelajar dalam batch pertama program itu bergraduasi.

Namun saya tahu, ada sedikit sebanyak masalah dalam kes-kes tertentu. Sebagai contohnya ialah kalau MQA, ia ada dua di situ. Ada masalah MQA tidak boleh memberikan akreditasi itu pada tempoh yang katalah selepas empat tahun atas sebab-sebab daripada universiti itu misalnya masalah makmal, masalah pensyarah dan sebagainya atau ada waktunya bukan masalah MQA tetapi kalau kursus itu kursus profesional yang melibatkan pengiktirafan daripada badan-badan profesional. Misalnya badan peguam, badan perubatan dan sebagainya.

Jadi di situ ada masanya lewat. Kalau itu melibatkan peminjam PTPTN, peminjam itu sebenarnya kita boleh bantu sebab itu bukan salah dia. Bukan salah pelajar itu.

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

20 DN 11.7.2012

Ada kes-kes di mana kita bantu pelajar yang meminjam yang berhadapan dengan

masalah itu khususnya kalau dengan takdirnya rezeki dia dapat misalnya kelas pertama. Akan tetapi kursus itu belum dapat akreditasi dari badan profesional. Syarat kita sekarang ialah kalau dia dapat kelas pertama dia sepatutnya boleh ditawarkan menukar daripada pinjaman kepada biasiswa. Jadi itu biasanya kita akan cuba bantu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Begitulah jawapannya Yang Berhormat Khairiah. Dengan jawapan itu tadi maka setakat inilah sesi jawab lisan kita pada hari ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2012) 2012

Bacaan Kali Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [10 Julai 2012]

Timbalan Yang di-Pertua: Kita minta Yang Berhormat Senator Tuan Baharudin bin Abu Bakar untuk menyambung ucapan semalam. Yang Berhormat, sebelum itu semalam Yang Berhormat telah berucap selama lapan minit ya?

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Akan tetapi gangguan banyak semalam.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak mengapa, saya akan bagi Yang Berhormat 10 minit lagi ya. Terima kasih, teruskan Yang Berhormat.

11.48 pg.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini saya kena sambung lagilah perbahasan semalam sebab semalam punya mood dengan hari ini punya mood mungkin lain sedikit. Akan tetapi tidak mengapa.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak mengapa, teruskan Yang Berhormat.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Semalam baru kita masuk tentang bajet tambahan kita berkenaan dengan SPR iaitu dari segi perbelanjaan pengurusan tambahan sebanyak RM360 juta. Selalunya kita tahu, dari segi SPR. Semalam kita bercakap tentang pengurusan dan juga beberapa perkara yang pernah dibangkitkan dan ada juga kalau kita lihat dari segi pelaksanaan SPR. Seperti mana soalan-soalan yang ada pada pagi ini tadi pun ada berkenaan dengan SPR.

Jadi permasalahan itu mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa perkara contohnya seperti kadang-kadang pertukaran jawatan-jawatan tertentu. Maka bila masuk penjawat baru secara kebetulan dia kena uruskan pilihan raya. Jadi kadang-kadang ada berlaku sedikit dari segi kecelaruan. Akan tetapi perkara begini kebiasaannya penambahbaikan akan dilakukan oleh SPR itu sendiri. Akan tetapi yang itu tidak mengapalah, saya terus pergi kepada kaedah-kaedah yang lain dengan Maksud B.6 iaitu melalui Jabatan Perdana Menteri.

Kalau kita lihat tambahan perbelanjaannya juga agak tinggi iaitu kalau kita tengok dari segi pengurusannya termasuk juga dengan menampung kos penyelenggaraan berkenaan dengan Istana Negara dan juga kawasan rukun tetangga dan juga Skim Rondaan Sukarela ataupun yang dipanggil RELA iaitu Program Perpaduan dan Integrasi Nasional.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 21

■1150

Ini kerana kalau kita tengok dari segi penglibatan RELA itu sendiri, sebenarnya memang perlu kita menambahkan dari segi peruntukan ataupun bajet-bajet tertentu untuk pasukan ini. Ini kerana kita tahu di peringkat bawah RELA memainkan peranan yang sangat penting di dalam membantu masyarakat dalam kaedah keselamatan dan juga mengintegrasikan kelompok masyarakat itu dalam konteks 1Malaysia. Jadi, saya rasa penambahan dari segi perbelanjaan ini memang amat relevan sekali dalam keadaan-keadaan tertentu. Begitu juga dengan perbelanjaan Perbendaharaan. Kita pun tahu ini semua adalah kerana untuk memastikan bahawa penjawat awam kita sentiasa terbela dan juga untuk memastikan pengurusan dari segi organisasi itu sendiri, kita tahu perlu untuk kita selaraskan dan untuk menjadikan ia sebagai salah satu daripada organisasi yang mesra rakyat.

Oleh kerana itu penambahan dari segi bajet ini memang dialu-alukan. Kalau perlu ada penambahan untuk masa akan datang mengikut keperluan pun saya rasa kita di dalam Dewan ini pasti akan menyokong, asalkan penjawat awam kita sentiasa memainkan peranan mereka untuk membantu dan menyelaras dari segi pengurusan baik untuk masyarakat dan juga untuk memastikan negara kita sentiasa terurus dengan keadaan-keadaan yang memang kita mahukan menuju ke arah negara yang maju pada tahun 2020.

Dari segi Kementerian Luar Bandar, kita pun tahu kita cuma dapat bajet tambahan sebanyak RM6 juta. Kita tahu Kementerian Luar Bandar ini adalah satu kementerian yang sangat dekat dengan masyarakat terutama di luar bandar dan juga di kawasan-kawasan pedalaman. Banyak perkara-perkara kadang-kadang dari segi kemudahan infrastruktur kita lihat terutamanya di Sabah dan Sarawak dan juga kawasan-kawasan pedalaman seperti di Kedah, Kelantan, Terengganu dan sebagainya, Perlu juga diberi perhatian yang lebih lagi untuk memastikan bahawa dari segi penyampaian ini dan juga dari segi kemudahan ini kita dapat seimbangkan di antara penduduk-penduduk luar bandar dari segi infrastruktur dan sebagainya seimbang dengan masyarakat-masyarakat yang berada di dalam konteks bandar yang mendapat facilities yang boleh dikatakan agak maju dan moden pada masa kini.

Kemudian saya tertarik juga berkenaan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu penambahan sebanyak RM60 juta. Pertama berkenaan dengan RM50 juta diperuntukkan untuk menampung keperluan Program Pembangunan Usahawan Automotif Bumiputera. Jadi di sini saya minta huraian secara lebih detaillah kalau boleh daripada pihak kementerian sendiri tentang data-data dan juga program-program yang telah dijalankan dan juga mungkin ada institusi-institusi ataupun pusat-pusat latihan yang mengendalikan program ini melalui perbelanjaan yang dikeluarkan ini. Jadi kalau boleh nanti pihak kementerian boleh sampaikan kepada Dewan yang mulia ini tentang progress tersebut dan juga data-data terkini dan juga kemajuan dari segi progress yang diperuntukkan ini.

Begitu juga dengan pembangunan ekosistem makanan halal. Kita pun tahu dari segi konteks itu kita nampak bahawa industri makanan halal sekarang ini memang menjadi salah satu daripada pemerhatian yang amat baik terutamanya dari negara-negara Timur Tengah yang mana kita tahu industri makanan halal ini mempunyai pasaran yang sangat besar. Jadi kita pun hendak tahu juga dari segi perkembangan dan juga prestasi berkenaan dengan pembangunan ekosistem makanan halal ini. Kalau kita tahu di Melaka, kita pernah ada Halal Hub di mana pengeluaran dan juga produksi memang tertumpu kepada pengeluaran-pengeluaran yang melibatkan makanan jenis yang halal.

Kita tahu juga dari segi Kementerian Kerja Raya, Maksud B.27 - RM445,803,000 diperuntukkan untuk keperluan tambahan bayaran pampasan tol. Jadi saya minta jugalah kalau boleh konsesi tol ini, pihak kerajaan jangan terlalu sangatlah untuk orang kata apa kita memberikan pampasan yang berterusan begini sebab keperluan lain kita perlu juga kita ambil kira. Ini kerana kadang-kadang bila pampasan yang tinggi ini kemudahan-kemudahan lain kita terlepas pandang sebab kalau kita tengok pampasan yang dibagi kadang-kadang terutamanya permasalahan yang berlaku di plaza tol, kita tahu penyelarasan sistem Smart Tag, Touch n’Go banyak disediakan, tetapi masih ada lagi kesesakan-kesesakan pada masa-masa tertentu berlaku. Jadi pihak pengendali konsesi tol ini juga harus mengambil perhatian dan menjalankan langkah-langkah tertentu untuk memastikan bahawa sistem perjalanan kita ini biarlah lancar.

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

22 DN 11.7.2012

Ini kerana kita lalu tol kita hendakkan kemudahan selesa, kita hendakkan lebuh

raya yang baik. Akan tetapi kalau kita tersekat dengan kesesakan jalan raya, saya rasa tidak berbaloi untuk kita bayar tol. Saya juga minta kerajaan kajilah secara teliti tentang perkara-perkara begini supaya biar ada perimbangan di antara kemudahan yang kita terima dan pampasan yang dibayar oleh kerajaan itu, biar ada perimbangan di dalam konteks perbelanjaan kita pada masa kini. Juga pastikan ada beberapa lebuh raya kadang-kadang jalannya dari segi pengurusan kadang-kadang boleh mendatangkan konteks dari segi kemalangan dan sebagainya perlu juga diambil kira dari segi infrastruktur tersebut. Ini kerana kita pengguna kita membayar, bila kita membayar kita memerlukan kemudahan yang selesa. Jadi kalau boleh diberi perhatian dalam konteks-konteks sebegini.

Seterusnya saya berminat juga dari segi maksud B.41 iaitu Kementerian Pelajaran sebab semalam Yang Berhormat Khairiah pun bercakap pasal masalah sosial dan moral. Memang itu memang kita perlu beri perhatian kerana ini melibatkan dari segi konteks masyarakat kita. Ini kerana kalau dari segi pembangunan modal insan ini kalau kita lihat ia memerlukan satu sistem pendidikan yang begitu telus dan juga menjurus ke arah pegangan agama masing-masing. Seperti mana yang kita bahaskan semalam dan juga ada beberapa Yang Berhormat Senator wanita kita agaknya menyoal beberapa perkara kepada Yang Berhormat Khairiah. Jadi saya pun setuju dalam konteks tersebut. Kita harus memastikan dari segi sistem pendidikan kita ini kita memperkemaskan, mempertingkatkan dan kita pastikan bahawa modal insan yang kita ada ini biarlah menjadi suatu modal insan ataupun kelompok yang boleh membantu dan memajukan negara di masa akan datang.

Cuma janganlah berlaku seperti di Perak. Kita ingin menubuhkan sekolah agama, tetapi ada beberapa pihak cuba membantah. Jadi saya rasa ini pun suatu perkara yang tidak baiklah. Walaupun kawasan itu kita tahu kawasan lapangan kemudahan awam, bukan diambil semua, cuma sedikit sahaja sebahagian dan tidak menjejaskan pun dari segi kawasan untuk riadah dan sebagainya. Jadi janganlah perkara-perkara tersebut dijadikan suatu isu yang lebih menjurus ke arah politik. Kita kena harus melihat juga dari segi pembangunan modal insan ini. Jangan sampai kita memikirkan politik sehinggakan untuk menubuhkan sekolah agama rakyat pun menjadi satu isu dan perbalahan dan terpaksa kita berdemo, berlawan dari segi konteks ceramah dan sebagainya. Saya rasa itu satu perkara kalau boleh kita elakkan dalam konteks-konteks tersebut.

Kita pastikan bahawa bukan sahaja melibatkan sekolah agama rakyat seperti mana yang kita bincangkan semalam. Kita juga melihat dari segi konteks-konteks pendidikan agama-agama yang lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan yang mana agama Islam adalah agama yang diamalkan, tetapi dalam masa yang sama agama lain bebas juga untuk diamalkan. Jadi biar perimbangan itu ada dan kita menuju ke arah masyarakat 1Malaysia yang benar-benar memikirkan bagaimana untuk kita mewujudkan satu masyarakat ataupun warganegara Malaysia yang benar-benar menjunjung perlembagaan tersebut.

Jadi saya melihat di sini dari segi modal insan cuma dari segi pembangunannya saya tidak nampak pula dari segi bajet tambahan ini yang melibatkan Kementerian Belia dan Sukan. Saya pun tidak tahu sebab kita banyak berbahas tentang Kementerian Belia dan Sukan, kita banyak bercakap tentang pembangunan modal insan, kita banyak bercakap tentang bagaimana untuk memajukan terutamanya bila di luar bandar. Jadi saya tidak nampak dekat ini ada bajet tambahan yang diberi perhatian oleh kerajaan untuk menambahkan lagi bajet di dalam Kementerian Belia dan Sukan. Ini kerana kekangan kewangan ataupun kekangan perbelanjaan yang dihadapi oleh Kementerian Belia dan Sukan sekarang ini sudah orang kata apa, dikurangkan teramat sangat dan banyak perkara-perkara yang selama ini diamalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan menjurus ke arah pembangunan belia di peringkat luar bandar itu sekarang sudah terbantut.

Jadi, maka kalau kita ingin mendapatkan sesuatu generasi ataupun golongan tertentu yang boleh kita tingkatkan lagi dari segi pendidikan ilmiah dan juga dari segi teknologi dan sebagainya. Saya merasakan Kementerian Belia dan Sukan juga perlu diberi bajet tambahan untuk memastikan Kementerian Belia dan Sukan ini menjadi lebih efisien untuk kita membangunkan modal insan kita di masa akan datang. Jadi pemerhatian juga harus diberi kepada Kementerian Belia dan Sukan sebab kita pernah mencadangkan perkara ini di dalam penggal yang lepas tentang bagaimana untuk kita bersama-sama di dalam Dewan ini menyokong Kementerian Belia dan Sukan ini diberi bajet tambahan juga. Jadi saya mohon kepada kerajaan...

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 23

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, gulung Yang Berhormat ya. Saya

bagi satu minit lagi.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Okeylah. Terima kasihlah Tuan Yang di-Pertua sebab tidak apalah sebab hari ini memang banyak. Jadi saya menggulung. Dari segi keseluruhan konteks yang kita dapat melalui perbelanjaan tambahan ini sebanyak RM13 bilion, kita tahu, kita yakin dan kita percaya bahawa kerajaan kita amat telus. Ini kerana ingin memastikan bahawa masyarakat kita terutamanya warganegara Malaysia ini perlu diberi perhatian yang baik untuk memastikan kita menjurus ke arah negara yang maju dan bukan terkebelakang.

■1200

Kita harus pastikan dan kita harus menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan hanya semata-mata untuk memastikan rakyat untuk rakyat dari kerajaan. Kerana itu, saya dengan ini menyokong bajet tambahan yang kita bahaskan pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Puan Hajah Noriah binti Mahat. Akan tetapi sebelum itu saya minta Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan dan Yang Berhormat Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad untuk bersedia. Silakan Yang Berhormat Puan Hajah Noriah.

12.00 tgh.

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan perbahasan saya pada pagi ini, agak belum terlambat saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Yang di-Pertua yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini yang membawa gelaran Datuk. Tahniah sekali lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Mungkin rakan lain tidak ingat agaknya. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh kepada Maksud B.4 - Suruhanjaya Pilihan Raya. Walaupun rakan-rakan saya telah pun mengutarakan, saya ingin menyambung sedikit. Saya mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya yang telah dapat menjalankan tugas dengan baik dan saya juga menyokong penuh di atas peruntukan tambahan yang dipohon yang agak tinggi. Kita semua maklum bahawa Penggal Kedua Belas Parlimen akan berakhir awal tahun depan. Bermakna lebih tepat Yang Amat Berhormat boleh mengisytiharkan pembubaran Parlimen pada bila-bila masa.

Dalam masa yang sama kita perlu beritahu rakyat agar jangan risau atau terlalu terikat dengan tarikh pilihan raya hinggakan hendak buat apa pun tidak boleh. Jadi, saya ingin mencadangkan kepada rakan-rakan yang hendak pergi haji itu, pergilah. Tidak ada hal. Pergi kerana itu tuntutan agama. Yang hendak buat kenduri kahwin atau kenduri anak itu, buatlah. Lagi baik kalau masa pilihan raya esok boleh kempen terus. Satu lagi, semua aktiviti jalanlah. Tidak akan tidak ada pilihan raya aktiviti tidak jalan Barisan Nasional, pilihan raya tidak pilihan raya, apa pun tidak kerana pilihan raya, kita bagi rakyat apa yang kita bagi sejak dulu lagi. Jadi, dia tidak kira esok hendak pilihan rayakah, tulatkah, jadi inilah yang dikatakan, ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Jangan hendak tunggu pilihan raya baru hendak menghantar beras. Tidak. Kita tidak buat macam itu.

Kita sedar bajet SPR telah lari disebabkan pilihan raya yang kos-kosnya yang timbul akibat hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Contohnya yang lepas-lepas, sepatutnya tidak berlaku sudah ada jawatan, letak jawatan. Saya difahamkan, minta maaf, Tuan Yang di-Pertua, saya dengar kata Datin Seri Wan Azizah kata hendak bertanding DUN. Ada dalam mesej yang kita dapat. Yang dulu dia berhenti. Letak jawatan, kasi Ketua Pembangkang. Jadi, itu saya kata macam tidak boleh sebut nama itu, jadi kasi suamilah. Jadi, ini hendak bertanding lagi. Suami sudah bertanding, anak bertanding, emak hendak bertanding lagi pula, emak ini macam mana? Kasilah orang lain pula. Tidak payah...

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

24 DN 11.7.2012

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Itu rakan saya yang cakap. Jadi, saya ingin

mencadangkan lain kalilah SPR kalau orang yang telah bertanding ini letak jawatan, jangan kasi dia bertanding lagi. Maknanya, dia tidak ada integriti. Tidak ada kekuatan diri dan tidak ada jati diri. Hendak bagi, hendak bagi. Tidak boleh. Orang Barisan Nasional tidak pernah buat macam itu kecuali mati. Itu lain. Bertandinglah.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, masih terdapat nama pengundi yang dikeluarkan dalam daftar pengundi terbaru sedangkan pengundi tersebut pernah mengundi pada PRU ke-12. Jadi, ini kita minta dia lihatkan macam mana. Satu lagi saya minta SPR segera turun ke bawah mengenal pasti keselesaan pusat mengundi kerana terdapat pusat mengundi yang tidak sesuai. Seperti lokasinya jauh, bangunan yang usang dan faktor keselamatan seperti berlaku pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu. SPR juga diminta menyiasat segera kesahihan pengundi-pengundi baru yang menggunakan alamat tempat tinggal palsu seperti di bangunan burung walit. Ini ada nama orang. Patutnya kalau hendak letak nama pengundi, nama burung walit itulah. Ini nama orang ada pula beratus-ratus dekat situ. Ini kita minta dia tengok. Satu lagi, dekat kilang. Banyak kilang ini orang Nepal dan orang Bangladesh tetapi ada dekat situ. Satu lagi di asrama-asrama.

Walaupun SPR mengeluarkan tempoh bantahan tetapi sepatutnya perkara ini tidak harus berlaku dan kita minta di lain-lain masa, perkara ini tidak perlu berlaku. Satu lagi saya mohon kepada SPR, orang yang sudah 20 tahun memangkah dalam pilihan raya, tahun lepas tidak dapat. Namanya pergi dekat Kelantan. Kenapa itu? Daripada Muar pergi Kelantan. Alih-alih sahaja. Selalu kita ini, minta maaflah, kadang-kadang kita ini tidak ada hendak menyemak sangat. Bukan kelemahan tetapi kebiasaan. Jadi, alih-alih sekali tengok sudah dekat, sekali tengok nama sudah pindah Kelantan sudah tidak boleh ubah. Kalau hendak diubah pun memang itu saya tidak tahulah apa niat dia. Kita minta kalau boleh SPR biar telus dan ikhlaslah. Tahniah kepada SPR. Apa pun cabaran yang dilemparkan kepada SPR tetapi SPR tabah menghadapi cabaran-cabaran itu. Tahniah kita ucapkan kepada SPR.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan kepada perkara Maksud B.22 – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mendapat peruntukkan tambahan sebanyak RM6 juta. Berhubung Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini, saya ingin membangkitkan berkenaan perkhidmatan internet desa yakni PID. Dulu kita ada pusat internet desa yang wujud pada 2003 di bawah Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Kemudian bertukar kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan setelah beberapa kali bertukar, akhirnya diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Program ini diwujudkan di bawah RMKe-9 dan terdapat lebih 35 buah pusat internet desa di seluruh Malaysia diwujudkan termasuk di Sabah dan Sarawak. Kalau kita buka website Pusat Internet Desa, banyak program dilaksanakan. Ia telah banyak membantu masyarakat desa dalam mengenali ICT dan menambah pengetahuan anak-anak muda terutama agar selari dengan perkembangan semasa.

Program Internet Desa (PID) sangat berjaya. Dulu orang belum pandai lagi. Internet desa inilah yang orang tumpukan. Malah PID ini juga telah melangkaui jauh ke peringkat antarabangsa melalui program Asia dan twinning program. Pekerja-pekerjanya adalah dari golongan lepasan ijazah dan diploma dan telah diberi latihan kemahiran bagi menjayakan PID tersebut. Sekarang kita ada RTC di bawah kementerian ini yang juga menyediakan perkhidmatan internet kepada masyarakat desa. Dalam hal ini saya mencadangkan dan menyeru agar kerajaan mengambil langkah menggabungkan Program Internet Desa dan program di bawah RTC ini dapat diperkasakan.

PID telah ada kakitangan yang berkemahiran dalam mengendalikan program ini. Dengan cara ini dapat membantu kakitangan PID berjumlah lebih kurang 27 orang yang telah ditamatkan perkhidmatan baru-baru ini. Amat malang dan rugi sekali kiranya kerajaan mensia-siakan kemahiran mereka. Tuan Yang di-Pertua, kita kena memikirkan masalah ini kerana hari raya akan sampai tidak lama lagi. Mereka ini ada yang sudah berkeluarga dan mereka ini sudah berkhidmat lama di bawah Program Internet Desa ini supaya kita fikirkan. Apa rasionalnya kita hendak berhentikan yang sudah mahir dan kita hendak ambil pula orang yang baru yang tidak mahir. Jadi, kita fikirkan bersama. Saya ingin mencadangkan agar mereka dapat diserapkan. Kalau mereka tidak boleh diambil balik, saya ingin mencadangkan supaya mereka ini dapat diserapkan dalam program-program di bawah kementerian ini atau dengan penggabungan PID dan RTC ini dapat membantu pekerja yang mahir ini bekerja semula.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 25

■1210

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh dengan maksud B.41 iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia yang diberikan peruntukan RM160 juta untuk menampung pelaksanaan kajian semula Dasar Pendidikan Negara.

Pertama saya ingin bertanya apakah status terkini Dialog Nasional yang telah dilaksanakan? Kedua, apakah jenis bantuan persekolahan yang ada sekarang dan jumlah murid terlibat serta peruntukan yang diluluskan? Ketiga, seterusnya saya ingin membangkitkan mengenai dengan kokurikulum yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap murid kerana Tuan Yang di-Pertua, waktu kokurikulum ini diadakan di sekolah kebangsaan diadakan pada sebelah petang di mana ianya bertembung dengan sekolah agama.

Jadi saya ingin mencadangkan kalau boleh ianya dikaji semula dan waktu kokurikulum ini supaya tidak mengganggu waktu sekolah agama dan kalau boleh kita cadangkan dibuat pada hari Sabtu ataupun pada waktu-waktu yang tidak bertembung dengan sekolah agama kerana untuk makluman, kita dua-dua kita hendak, dunia kita hendak, akhirat pun kita hendak.

Seterusnya saya hendak menyentuh maksud B.42 - Kementerian Kesihatan dengan bajet tambahan ini memperuntukkan sebanyak RM40 juta untuk membiayai peruntukan bagi memperkukuhkan program kawalan dan pencegahan penyakit talasemia. Saya mengalu-alukan peruntukan ini dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana prihatin kepada rakyat dan mengambil usaha tertentu bagi menyedarkan masyarakat tentang penyakit-penyakit bukan dalam kategori penyakit berjangkit ini.

Saya ingin mendapatkan penjelasan Kementerian Kesihatan bilangan yang mengidap penyakit talasemia di seluruh negara dan apakah program-program yang akan dilaksanakan bagi mengubati pesakit ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk membangkitkan isu program-program pendidikan dalam menangani pesakit-pesakit yang menderita mengalami penyakit talasemia mahupun penyakit-penyakit yang tidak berjangkit yang lain seperti kanser dan sebagainya.

Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang program pendidikan yang dirancang untuk membantu pesakit ini menghadapi penyakit mereka dan adakah kerajaan bercadang menyediakan khidmat kaunseling bergerak kepada pesakit-pesakit agar mereka mendapat maklumat-maklumat tentang perkhidmatan kesihatan dan juga kaunseling bagi membantu mereka kuat untuk melawan penyakit yang dihadapi contohnya penyakit barah.

Pelbagai ubat-ubatan telah dikaji dan telah dikenal pasti efektif untuk melawan kanser, ramai pesakit-pesakit telah pulih kerana mempunyai semangat yang tinggi untuk melawan penyakit kanser di samping mereka menggunakan ubat alternatif yang diperoleh melalui maklumat di internet. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua sebahagian besar pesakit yang dapat penyakit kanser ini dia selalunya putus asa. Dia ingat dapat sahaja penyakit kanser ini mati, tidak ada cerita lain sama ada orang kaya, orang miskin, kecil besar, tua muda, itulah asal kata penyakit kanser, harapan itu dia biasanya putus asa.

Jadi saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan ini supaya ada satu kepakaran kalau boleh diberikan motivasi kepada pesakit-pesakit ini dan kalau boleh orang yang kena penyakit kanser ini, yang sudah senang bawalah turun ke bawah, tengokkan pesakit itu, inilah orang yang dapat sakit kanser, dia boleh senang ataupun hari-hari keluarkan dekat TV supaya orang ini tidak akan putus asa dan boleh meneruskan kehidupan pada masa-masa hadapan.

Seterusnya saya akhirnya saya ingin menyentuh maksud B.62 - Kementerian Dalam Negeri yang memperuntukkan wang tambahan sebanyak RM62 juta untuk menampung kenaikan kadar elaun sukarelawan RELA sebanyak RM2 daripada kadar asal RM4.80 kadar baru, RM6.80. Saya mengalu-alukan tindakan kerajaan dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan kepada prihatin dan menghargai titik sumbangan tenaga sukarelawan dalam RELA ini dengan menaikkan gaji mereka.

Walau bagaimanapun, saya ingin mengutarakan luahan rakyat agar kerajaan menyediakan uniform yang mencukupi kepada sukarelawan ini untuk memudahkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih efektif dan berkesan dan kewujudan kekurangan uniform ini menyebabkan mereka sukar melaksanakan tanggungjawab kerana mereka tidak dikenali.

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

26 DN 11.7.2012

Jadi, apabila mereka dalam keadaan beruniform, perlaksanaan tugas adalah

mudah dan lebih berkesan. Justeru mohon kerajaan agar dapat mengadakan mekanisme yang lebih efisien bagi penyediaan uniform ini bagi memperkasakan pasukan RELA dan selain daripada itu kita berharap kerajaan dapat mengadakan mekanisme pembayaran elaun yang lebih efektif kepada sukarelawan ini agar elaun mereka dapat diterima dalam masa yang ditetapkan sebagaimana gaji-gaji penjawat awam.

Tuan Yang di-Pertua terkemudian ini dimaklumkan bahawa kuasa yang ada pada RELA ini ditarik balik dan minta dikaji semula kerana apa pentingnya duduk berpanas dengan baju RELA Tuan Pengerusi kuasa tidak ada. Jadi kita minta Menteri memikirkan semula tentang kuasa yang telah diberikan kepada RELA sebelum ini dan difikirkanlah dan dengan ini Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan terima kasih kerana diberi ruang untuk saya sama-sama membahaskan dalam rang undang-undang ini dan saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah, terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan. Silakan Yang Berhormat.

12.17 tgh.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua yang pertama sekali saya menyentuh maksud B.4 - SPR dan juga disentuh oleh ramai rakan di Dewan ini iaitu peruntukan tambahan kepada SPR sebanyak RM360 juta untuk menampung keperluan persediaan dan pengendalian PRU Ke-13. Sebanyak RM48 juta telah pun diluluskan pada sesi lalu April 2012 untuk tiga DUN Pilihan Raya Sarawak dan PRU Ke-13. Sekarang permintaan untuk RM360 juta. Jumlah peruntukan kepada SPR daripada tahun 2011 hingga tahun 2012 setakat ini adalah RM499 juta. Minta Menteri maklumkan kepada Dewan ini berapakah yang diperlukan untuk menjalankan satu pilihan raya dan berapakah dibelanjakan di PRU Ke-12?

Tuan Yang di-Pertua, walaupun banyak wang yang dibelanjakan untuk SPR tetapi ada juga banyak keraguan mengenai senarai pengundi. Dewan Rakyat pada 3 April 2012 meluluskan kesemua 22 syor yang dikemukakan oleh PSC berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya tanpa dibahaskan dan daripada itu, satu yang ditunaikan iaitu dakwat kekal.

Tuan Yang di-Pertua, pada penghujung tahun 2011, SPR telah mempamerkan 42,000 nama pengundi ragu yang dikatakan status kewarganegaraan mereka tidak dapat disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Proses pameran tersebut telah tamat beberapa bulan yang lepas namun sehingga kini, SPR gagal membersihkan nama-nama tersebut daripada pendaftar pemilih induk.

Terdapat kajian yang mendapati bahawa lebih 15,000 nama pengundi yang didaftar dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. Maksudnya ialah terdapat nombor kad pengenalan yang terakhir dengan nombor genap yang sepatutnya untuk wanita didaftar sebagai pengundi lelaki. Terdapat juga kes nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor ganjil yang sepatutnya untuk lelaki didaftar sebagai pengundi perempuan.

■1220

Jadi ada banyak keraguan mengenai senarai pengundi. Saya harap SPR akan membersihkan senarai ini sebelum PRU Ke-13. Adakah peruntukan yang diminta ini peruntukan keseluruhan? Mengapa Maksud B.32, Kementerian Dalam Negeri, juga diberikan peruntukan sebanyak RM270 juta untuk menampung keperluan tugasan kawalan keselamatan PRU Ke-13 bagi Polis Diraja Malaysia? Adakah belanja-belanja lain untuk PRU Ke-13?

Tuan Yang di-Pertua, Maksud B.6 iaitu sebanyak RM50 juta adalah diperlukan untuk menampung peruntukan Unit Kawalan Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela dan Program Perpaduan dan Integriti Nasional. Menyentuh integriti nasional, kedudukan integriti Malaysia yang dikaji oleh Transparency International, ranking kita adalah 60 daripada 182 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah 2011. Nampaknya ranking kita turun setiap tahun dan skor kita pun empat lebih daripada sepuluh. Daripada tahun 2002 hingga sekarang, skor kita lebih kurang sama juga, tidak begitu melonjak kebaikan.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 27

Walaupun kita belanja lebih kurang RM50 juta untuk Integriti Nasional tetapi

ranking integriti tidak dapat dimajukan. Wang yang dibelanjakan tanpa apa-apa hasil seperti mempromosikan integriti tetapi pada hakikatnya kedudukan kita menurun.

Tuan Yang di-Pertua, Maksud B.11 - Perkhidmatan Am Perbendaharaan, tambahan sebanyak RM11 bilion. Ini termasuk permintaan untuk RM7.5 bilion sebagai tambahan peruntukan bagi pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum tahun 2012. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM17 bilion kepada subsidi LPG, diesel dan petrol dan bantuan tunai di bawah Belanjawan 2012. Mengapakah masih memperuntukkan sebanyak RM7.5 bilion tambahan mengakibatkan jumlah peruntukan menjadi RM24.5 bilion sekiranya harga petrol di dunia telah pun turun? Harap Menteri boleh beri jawapan, kenapakah tambah subsidi tetapi harga petrol turun.

Maksud B.27 - Kementerian Kerja Raya. Tambahan sebanyak RM445.8 juta diperlukan bagi membiayai keperluan tambahan bayaran pampasan tol iaitu RM4.25 bilion dan penyelenggaraan jalan Persekutuan RM20 bilion. Di samping kerajaan memperuntukkan RM425.8 bilion bagi pampasan tol pada tahun ini, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM100 juta pada tahun lepas sebagai pampasan tol. Peningkatan ini merupakan peningkatan sebanyak empat kali ganda. Tiada penjelasan kementerian kepada identiti konsesi lebuh raya yang bakal menjadi penerima faedah pampasan tol ini yang bernilai RM425.8 bilion tersebut. Di samping itu, berlakunya kenaikan harga pampasan tol oleh para pengguna selepas tahun 2015 yang dilakukan tanpa sebarang ketelusan. Polisi ini ibarat kerajaan mementingkan syarikat konsesi dan bukannya para pengguna jalan raya. Harap kementerian boleh memberi penerangan siapakah yang terima konsesi ini dan walaupun kita bayar konsesi tetapi harga tol naik juga.

Maksud B.10. Tambahan sebanyak RM300 juta adalah dikehendaki untuk menampung kos operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri termasuk pembayaran imbuhan tahun 2011. Saya minta Menteri bahawa adakah kerajaan akan melaksanakan dasar GST sekiranya masih mengekalkan kuasa pemerintahan selepas PRU Ke-13? Jika tidak, bagaimanakah kerajaan mengurangkan defisit negara ini yang telah mencapai 6.4 peratus disebabkan oleh pemborosan kerajaan?

Maksud B.31 - Kementerian Pelancongan. Tambahan sebanyak RM15 juta diperlukan untuk menampung perbelanjaan operasi yang meningkat bagi sewaan dan utiliti pada tahun 2012 berikutan perpindahan pejabat kementerian ke Putrajaya. Mengapakah peruntukan sebanyak RM15 juta ini hanya diberi kepada Kementerian Pelancongan untuk menampung operasi yang meningkat bagi sewaan dan utiliti berikutan perpindahan pejabat kementerian ke Putrajaya dan bukannya kementerian yang lain? Adakah Kementerian Pelancongan mempunyai barang-barang yang amat bernilai hingga ia memerlukan RM15 juta untuk menampung sewaan dan utiliti?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga membawa perhatian Kementerian Kewangan bahawa hutang isi rumah, household debt, dengan izin, Malaysia ketika ini adalah sebanyak RM667 bilion, yang bermaksud lebih banyak kebankrapan pada masa akan datang terutama semasa tekanan ekonomi. Pada tahun 2011, hutang isi rumah kepada KDNK adalah 75.8 peratus berbanding dengan 69 peratus pada tahun 2006. Lebih tinggi tahap hutang, lebih tinggi kemungkinan penghutang tidak mampu untuk membayar balik hutang. Ia boleh membawa kepada keruntuhan sektor pengguna seperti yang berlaku di Korea Selatan pada tahun 2003.

Komponen utama hutang isi rumah di Malaysia adalah pinjaman perumahan, 49 peratus; pinjaman kereta, 27 peratus; pinjaman untuk kegunaan peribadi, 9 peratus; pinjaman untuk membeli sekuriti, 8 peratus; dan hutang kepada kad kredit, 6 peratus. Manakala hutang isi rumah rakyat negara ini dari segi peratusan kepada KDNK ialah sebanyak 78 peratus iaitu sangat tinggi. Ini akan membebankan rakyat. Walaupun kerajaan beri sumbangan RM500 BR1M, tetapi hutang mereka sangat-sangat tinggi dan BR1M tidak boleh tolong mereka. Kerajaan mesti mengeluarkan polisi fiskal yang lebih menyeluruh yang bertahan tiap-tiap tahun, bukan sekali gus sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, harga...

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Minta laluan.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Sila.

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

28 DN 11.7.2012

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Saya sangat tertarik komen Yang Berhormat berhubung dengan hutang negara ini. Tidakkah tindakan-tindakan Bank Negara yang telah memperketat syarat-syarat hutang credit card, rumah dan kereta ini adalah kerja-kerja yang telah dibuat untuk mengurangkan ini? Ini kerana kita adalah negara demokrasi, kita tidak boleh hendak mengetatkan sehingga orang yang tidak terhutang. Ini adalah terpulang kepada masing-masing. Apa komen Yang Berhormat dengan kerja-kerja yang telah dibuat oleh Bank Negara untuk memperketat syarat-syarat hutang ini? Terima kasih.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Yang Berhormat atas pandangan. Sebenarnya itu ialah satu aspek sahaja iaitu memperketat kredit. Sebenarnya rakyat Malaysia, 80 peratus dapat pendapatan kurang daripada RM3,000 dan 34 peratus pendapatan bawah paras kemiskinan. Jadi pada keseluruhannya, pendapatan rakyat Malaysia adalah kurang tetapi kos kehidupan naik.

■1230

Jadi inilah punca utama di mana hutang isi rumah naik. Jadi kita kena menangani hal ini, jika mengawal kredit, itu satu aspek sahaja tetapi pada keseluruhannya pendapatan kena dinaikkan. Pekerja-pekerja pendapatan mereka mesti dinaikkan. Itulah yang kita mahu langkah-langkah polisi-polisi yang menaikkan pendapatan.

Satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua ialah, saya baru pergi ke Indonesia. Saya nampak harga kereta mereka separuh daripada harga kita. Indonesia tidak membuat apa-apa kereta tetapi harga kereta mereka separuh daripada harga kita. Kita buat tiga jenama kereta, tetapi harga kita sangat tinggi. Begitu juga harga rumah sangat tinggi, harga kereta sangat tinggi, pendidikan pun tinggi. Jadi rakyat kena menampung kos-kos ini. Jadi inilah satu punca utama yang meningkatkan hutang isi rumah...

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Mohon mencelah?

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Saya cuma hendak bertanyakan dengan Yang Berhormat, maksudnya apabila permasalahan itu berlaku, bersetuju atau tidak bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang iaitu langkah yang pertama iaitu menetapkan gaji minimum untuk kita mengolah ke arah seperti mana isu yang kita perkatakan tadi. Terima kasih.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih. Kita tidak boleh bangga dengan gaji minimum. Gaji minimum ialah paling rendah. Sebenarnya kita mesti ada satu decent wedges bukan gaji minimum. Gaji yang boleh menampung kos-kos kehidupan tetapi kita masih bercakap perkara gaji minimum. Ini ketinggalan zaman. Pada masa ini kita harus berfikir adakah gaji cukup untuk menyara hidup. Itu yang penting.

Dato’ Azian bin Osman: Mohon mencelah. Terima kasih Yang Berhormat terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat dari segi detailnya, terperinci hanya dari segi umum dikatakan harga kereta, harga rumah, harga pendidikan di Indonesia lebih murah daripada kita. Saya pun selalu ke Indonesia. Saya tahu juga harga kereta di sana, harga pendidikan di sana dan juga harga rumah di sana. Pada saya tidak murah daripada kita. Tuan Pengerusi untuk membuktikan adakah Yang Berhormat mempunyai fakta dia, perbandingan dari segi itu?

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Sebenarnya saya cakap hanya harga kereta bukan harga pendidikan dan perumahan. Harga kereta saya bandingkan iaitu kurang hampir 50 peratus harga kita. Satu sebab harga kita mahal ialah kita hendak melindungi kereta-kereta yang dibuat di negara kita. Jadi kita pun bayar dengan harga yang lebih tinggi. Jadi ini akan...

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Mohon mencelah sekali lagi Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri laluan. Yang pertama sekali berhubung dengan harga kereta ini. Yang Berhormat memang sudah pergi ke Indonesia, pernah kah Yang Berhormat tengok standard kereta yang ada di Jakarta misalnya dan standard kereta yang ada di Kuala Lumpur? Yang murah-murah di Indonesia ini kereta-kereta yang boleh jadi kita tidak pakai di sini. Itu yang pertama.

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 29

Kedua berhubung dengan gaji ini. Tidakkah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd

Najib melalui transformasi ekonomi, hendak meningkatkan tahap pendapatan negara ini? Saya fikir kita telah berjaya.

Kalau kita pergi ke negara-negara ASEAN yang lain, saya baru sahaja balik dari satu negara di mana polis yang menjaga jalan-jalan di ibu negara itu gajinya ialah hanya USD2.00 sehari dan gajinya dibayar minggu-minggu. Jadi kalau dibandingkan dengan negara kita dengan negara-negara lain saya fikir pendapatan purata citizen kita adalah lebih daripada gaji rakyat-rakyat negara ASEAN yang lain. Kita akan insya-Allah setanding dengan negara Singapura dan negara-negara maju lain dalam masa yang terdekat melalui transformasi ekonomi negara. Terima kasih.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Yang Berhormat atas...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya bagi Yang Berhormat satu minit lagi untuk menggulung.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Saya harap Menteri akan menjawab keraguan Yang Berhormat tadi. Saya sambung Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, masalah di sini ialah satu harga barang naik, harga-harga perkhidmatan yang tinggi termasuk kena bayar tol, harga tol pun tinggi dan juga gejala rasuah yang keterlaluan, penswastaan perkhidmatan yang penting. Ini satu lagi aspek yang kena diteliti. Air dijual untuk untung, perkhidmatan kesihatan juga diswastakan. Ini semua naik...

Dato’ Lim Nget Yoon: Boleh mencelah?

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Saya ada satu minit sahaja.

Dato’ Lim Nget Yoon: Very short. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, bolehkah beritahu mana-mana negara harga barang yang tidak naik pada zaman sekarang. Itu sahaja.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih. Gaji mesti menampung cost of living. Itu sangat penting. Jadi itulah tugas kerajaan untuk menjadikan gaji untuk pekerja yang boleh hidup dengan selesa.

Tuan Yang di-Pertua, penswastaan perkhidmatan penting, gaji yang tidak dinaikkan, wages stagnation, dengan izin sudah lama. Wages sudah lama tidak naik. Ini adalah gajian yang dibuat oleh Bank Dunia. Apa yang penting kehadiran berjuta-juta pekerja asing yang merendahkan membuat gaji statement, dengan izin. Inilah sebab-sebab yang kerajaan mesti mengatasi.

Satu lagi perkara akhir ialah defisit yang berturut-turut dari tahun 1998. Ini mesti diatasi. Ini satu tanda yang tidak baik di mana defisit kita selama 15 tahun berturut-turut mesti diatasi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad. Selepas Yang Berhormat Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad saya akan memberi peluang kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah. Sedia, sila Yang Berhormat.

12.38 tgh.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi masa dan ruang kepada saya untuk turut serta untuk berbahas dalam Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan.

Tuan Yang di-Pertua, tadi kita dengar ramai ahli Yang Berhormat membangkitkan tentang Maksud B.06 - pertambahan Bekalan 21, yang mana sebanyak RM50 juta diperlukan untuk menampung peruntukan untuk kawasan Rukun Tetangga Skim Rondaan Sukarela dan Program Perpaduan.

Pada pandangan saya peruntukan sebanyak ini adalah tidak cukup kalau dibandingkan. Sebab di dalam kementerian ini ataupun di bawah Jabatan Perpaduan, rukun tetangga ada lebih kurang 5,854 SRS iaitu Skim Rondaan Sukarela sebanyak 3,203 seluruh negara.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

30 DN 11.7.2012

Jadi hendak membandingkan kedua-dua skim ini adalah tidak mencukupi. Itu tidak

termasuk dengan integriti nasional dan lain-lain lagi. Sebab dikatakan begitu, di dalam rondaan sukarela seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Melaka, kena melihat sebab Skim Rondaan Sukarela ini adalah satu pasukan sukarela.

RELA ada bagi elaun sebanyak RM6.80 sejam kepada ahli RELA. Akan tetapi Skim Rondaan Sukarela tidak bagi apa-apa. Cuma yang dibagi oleh jabatan ataupun kementerian baju pelantun cahaya, torchlight, sweater, walkie-talkie dan sebagainya. Ini yang dibagikan tetapi kena ingat dalam Skim rondaan Sukarela ini, mohon kerajaan mengkaji bab cuti. Sebab pasukan ini menjalankan rondaan ini sehingga pagi. Kalau tidak bagi satu hari ini cuti pun bagilah setengah (separuh) hari cuti. Pagi dia datang lewat, petang masuk kerja.

■1240

Yang kedua, bila peruntukan yang sebanyak ini mohon pertimbangan daripada jabatan ataupun kementerian memberi lebih sikitlah geran kepada kawasan rukun tetangga ataupun SRS. Bagilah lebih sedikit sebab yang ada sekarang memang tidak mencukupi.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, di dalam Maksud B.24 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, RM50 juta untuk program pembangunan usahawan alternatif bumiputera. Dasar Alternatif Negara ataupun DAN, diumumkan kerajaan selepas kajian semula di antara lain dimasukkan, pemansuhan AP terpakai bermula 31 Disember 2015 sebagai inti pati. Selain pemansuhan AP ini, DAN ataupun Dasar Alternatif Negara mengarahkan syarikat pengimport kereta membayar caj sehingga RM10,000 bagi setiap kereta yang dibawa masuk. Langkah pemansuhan AP dan caj bayaran yang dikenakan itu bertujuan untuk mewujudkan industri alternatif tempatan yang lebih berdaya saing. Matlamat lebih besar pula ialah untuk memastikan syarikat pengimport kereta lebih bersedia dengan pelbagai kemudahan ekoran pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN ataupun AFTA.

Pelaksanaan AFTA yang kini sedang menjadi tumpuan negara di rantau ini memerlukan semua sektor termasuk alternatif bersaing dengan komprehensif dan bebas daripada bantuan kerajaan. Walau bagaimanapun, cadangan pemansuhan AP bermula tahun 2015 mengundang kebimbangan di kalangan usahawan alternatif bumiputera mengenai masa depan mereka. Apatah lagi sehingga kini masih tiada garis panduan yang jelas bagaimana mekanisme baru kaedah pengimport kereta terpakai selepas penamatan pemberian AP nanti daripada kerajaan. Ini secara tidak langsung meletakkan usahawan alternatif bumiputera dalam keadaan keliru, ditambah lagi kerajaan turut mengenakan caj sebanyak RM10,000 bagi setiap kereta yang dibawa masuk. Caj ini juga menimbulkan persoalan di kalangan pengusaha syarikat kereta import terpakai bukan kerana dianggap terlalu tinggi tetapi perlu dijelaskan sebelum ini. Soalan saya, mohon penjelasan kementerian berkaitan dengan isu ini.

Butiran 310000 – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Soalannya, apakah langkah agar ECER bakal sebagai destinasi menarik bagi pelaburan di kalangan pelabur tempatan dan antarabangsa? Kedua, bagaimanakah usaha ECER atau Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur menarik antarabangsa, berteknologi industri global terutama daripada Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun untuk menubuhkan kemudahan perubatan kimia berdasarkan ECERDC ataupun Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Maksud B.10 - Perbendaharaan, Butiran 080000 – Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dalam kajian, kutipan cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri dijangka mencecah lebih kurang RM91 bilion pada tahun 2011. Bermakna meningkat RM5 bilion berbanding dengan tahun 2010. Soalannya, sejauh manakah kejayaan sistem e-Filing. Kedua, setakat manakah peratusan kutipan cukai korporat menyumbang kepada jumlah keseluruhan. Ketiga, berapakah jumlah pembayaran cukai pecahan antara individu dan korporat?

Tuan Yang di-Pertua, Maksud B.30 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Tambahan sebanyak RM10 juta dalam pembiayaan Program Digital Malaysia di bawah kelolaan Multimedia Department. Jumlah ini adalah tambahan daripada jumlah anggaran asal 2012 sebanyak RM775 juta lebih. Tuan Yang di-Pertua, ICT dianggap pemangkin utama dalam proses inovasi. Ini kerana ICT adalah penggalak kepada peningkatan dalam kecekapan, ketulusan, integriti dan kebolehan kepercayaan sebuah organisasi.

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 31

Dalam konteks Malaysia, saya berpandangan kita berada di landasan yang betul,

ke arah menjadi sebuah ekonomi digital menjelang 2020 susulan permintaan kukuh bagi teknologi baru. Teknologi baru mendapat sambutan yang tinggi ketika rakyat Malaysia bersedia untuk perubahan seperti yang ditunjukkan dalam Laporan Pengguna Digital Malaysia 2011. Program Transformasi Digital Malaysia akan mengubah tingkah laku pengguna.

Soalan saya, apakah bentuk kerjasama yang diberi kementerian, rancangan bagi mewujudkan suasana perniagaan yang sesuai dan program ini bakal mencapai matlamat. Ini kerana kita melihat Malaysia masih ketinggalan di belakang dari negara-negara yang lain. Daripada segi penembusan internet dan juga penggunaan teknologi baru berikutan kekurangan prasarana dan isu-isu- Malaysia, kebanyakan dilindungi hutan. Akan tetapi kekurangan ini sebenarnya boleh dielak atau diatasi kerana jika dikaji, Thailand juga mempunyai struktur muka bumi yang hampir sama tetapi penembusan mereka lebih baik berbanding kita. Saya juga melihat perbelanjaan pengiklanan dalam talian dijangka meningkat berbandingkan peningkatan permintaan bagi komputer tablet dan telefon pintar serta pengguna menghabiskan lebih banyak masa depan talian.

Hasil daripada itu, laporan yang sempat saya baca ialah menunjukkan rakyat Malaysia melebihkan masa dalam talian telefon hampir 20 jam seminggu. Ianya satu statistik yang tinggi. Saya juga berpandangan adalah penting bagi media telekomunikasi seperti televisyen dan radio untuk bersepadu dengan multimedia lain bagi memastikan kejayaan industri digital. Ini kerana daripada pembacaan saya, Laporan Penggunaan Digital Malaysia 2011 lalu telah mengkaji aliran teknologi dan internet dalaman pengguna dan pembelian di masa hadapan di pasaran di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, bagi maksud B.41 – Kementerian Pelajaran di bawah peruntukan RM35 juta untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara dan Butiran B.22 – Program Modal Insan di Luar Bandar, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Isu kemasukan ke MRSM. Saya ingin menyentuh saranan oleh Kementerian Pelajaran yang baru-baru ini ada mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.

Usul oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada dasarnya bakal mengubah sistem pendidikan negara yang kini dikatakan terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai. Saya secara peribadi menyokong hasrat ini, dan apa yang ingin saya ketengahkan di sini ialah kaitan kemasukan pelajar terutama dari luar bandar ke MRSM. Saya sebenarnya melihat isu pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), jika dilaksanakan tidak akan menjejaskan kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA ataupun MRSM. Ini kerana pengambilan pelajar Tingkatan 4 ke MRSM sebelum ini melibatkan ujian khas manakala pengambilan bagi pelajar Tingkatan 1 juga akan menggunakan kaedah sama.

Maka, sistem peperiksaan baru ini sepatutnya mencapai sokongan semua pihak tanpa ada pihak yang cuba menangguk di air keruh mempolitikkan isu pelajaran demi politik sempit mereka. Saya juga ingin menyentuh isu kemasukan secara merit dan keputusan peperiksaan ke MRSM terutama pengambilan pelajar-pelajar dari luar bandar. MRSM pada dasarnya mengamalkan pengambilan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 berdasarkan polisi berikut iaitu ujian Tingkatan 1 – 25 peratus daripada akademik atau 5A dalam keputusan UPSR. Kedua, 45 peratus daripada sosioekonomi ataupun SES, pendapatan kedua-dua ibu bapa dibandingkan dengan bilangan tanggungan dalam keluarga bagi mendapatkan peratus terbaik yang boleh menyumbang kepada merit markah seorang pemohon.

Ketiga, 30 peratus daripada kokurikulum. Untuk Tingkatan 4, pelajar lepasan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk tahun semasa sekurang-kurangnya mempunyai keputusan 6A ataupun 2B atau ‘A’ dalam Matematik dan Sains adalah layak untuk mengemukakan permohonan.

■1250

Pelajar Tingkatan 4 harus menduduki satu ujian khas iaitu untuk kecenderungan ke MRSM atau UKKM atau ujian kemahiran yang merangkumi 70 peratus dari syarat kemahiran dan 30 peratus yang lain adalah daripada status sosioekonomi pelajar atas keluarga.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

32 DN 11.7.2012

Keduanya, semasa menduduki ujian kecenderungan, kertas ujian mengandungi

tiga aspek utama iaitu soalan matematik sebanyak 50 soalan, soalan sains sebanyak 50 soalan dan soalan keperibadian sebanyak 100 soalan. Sukatannya adalah berdasarkan pelajaran menengah rendah. Pelajar perlu lulus dengan cemerlang dalam ujian kecenderungan atau UKKM untuk kemasukan ke MRSM.

Ketiganya, kemasukan ke MRSM Program Khas Pendidikan (PKP) bagi pelajar Tingkatan 4. Pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) mendapat 8A atau pun 9A keputusan prestasi PMR; dan

(ii) lulus dengan cemerlang dalam UKKM dan markah mestilah menepati sesuatu yang tertinggi yang lebih ditetapkan.

Cadangan saya pengambilan laporan bagi pelajar luar bandar, saya sebenarnya terpanggil untuk mencadangkan beberapa perubahan yang saya kira baik untuk rakyat terutamanya golongan pelajar bumiputera dari luar bandar yang kurang berkemampuan. Bagi peringkat pengambilan Tingkatan 1, 25 peratus purata pelajar dengan keputusan 5A mungkin boleh dilonggarkan kepada 4A 1B dan 3A 2B bagi pelajar-pelajar luar bandar dan pelajar miskin. MARA mungkin boleh meningkatkan kaedah terbaik berkaitan dengan pecahan peratus yang relevan. Apa yang pentingnya hasrat memperbanyakkan pelajar luar bandar dengan keputusan 3A 2B dan 4A 1B tercapai. Ini kerana pada pandangan saya mereka ini bijak, pandai, cuma kekurangan kemudahan...

Timbalan Yang di-Pertua: Masih banyak lagi kah Yang Berhormat?

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Sedikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya bagi Yang Berhormat satu minit untuk menggulung.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lebih sedikit tidak mengapa kut sebab saya jarang-jarang bercakap.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Pada pandangan saya mereka ini bijak cuma kekurangan kemudahan, infrastruktur, keadaan serta masalah sosial menyebabkan keputusan tidak begitu cemerlang berbanding pelajar di bandar. Jika mereka mendapat segala kemudahan seperti di bandar, insya-Allah keputusan mereka mungkin setanding dengan yang lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan saya ingin mewujudkan MRSM Khas. Satu lagi yang ingin saya bangkitkan di sini ialah cadangan saya supaya dapat mewujudkan MRSM Khas atau MRSM khusus untuk golongan pelajar luar bandar dengan keputusan UPSR 3A 2B atau 4A atau 5A ataupun 5A PMR. Mungkin syllabus ini kemudahan yang setanding dengan MRSM lain yang dapat diwujudkan. Lokasinya di luar bandar bagi memudahkan pelajar-pelajar bertemu dengan ahli keluarga serta turut merancakkan penjana ekonomi masa depan. Tujuannya ialah keputusan mereka tidak setara dengan pelajar di bandar yang mendapat 5A UPSR dan 8A PMR. Namun halangan dan kesulitan hidup tidak mungkin mereka mencapai keputusan yang terbaik di luar bandar.

Maka pihak MARA mungkin boleh memikirkan mekanisme yang terbaik dengan mewujudkan MRSM khas ini dengan dapat memfokuskan kemajuan akademi pelajar bumiputera di luar bandar dengan sistem pembelajaran yang berkesan, guru terlatih serta pelbagai kemudahan yang setaraf dengan MRSM yang lain.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah GIATMARA. Pusat GIATMARA disarankan meningkatkan bagi peranan sebuah institusi latihan kemahiran sekali gus dapat menarik lebih banyak penyertaan di kalangan belia negara. Ini penting bagi membolehkan pusat berkenaan bersaing dengan institut kemahiran seumpama di Kolej Komuniti dan Institut Latihan Perindustrian (ILP). Saya melihat penubuhan GIATMARA adalah salah satu usaha kerajaan dalam membantu masyarakat khususnya dari golongan belia atau generasi ‘Y’ untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui latihan kemahiran. Maka institut ini harus memainkan peranan dalam menyediakan latihan kemahiran dan vokasional secara berterusan agar ia terus menjadi pilihan utama masyarakat dan generasi muda. Soalannya seperti berikut:

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 33

(i) berapakah jumlah terkini penuntut GIATMARA dan jumlah

GIATMARA di seluruh negara? Apakah perancangan untuk membina pusat baru atau menaik taraf pusat sedia ada?;

(ii) perlukah GIATMARA mencapai standard teknologi MQA? Apakah KPI yang diguna pakai bagi sijil dan kursus yang dilatih?;

(iii) berapakah jumlah kursus terkini peringkat sijil dan diploma bagi penuntut yang lulus dan yang gagal SPM?;

(iv) apakah pendekatan bagi menarik pelajar yang lulus dalam SPM agar memilih GIATMARA sebagai antara pilihan utama;

(v) mohon penerangan dari segi elaun. Adakah faktor elaun menjadi penghalang bagi pelajar memilih GIATMARA dan elaun yang ada hari ini hendaklah dikaji semula oleh pihak MARA;

(vi) berapakah jumlah dan jenis kursus jangka panjang dan pendek serta latihan yang ditawarkan oleh GIATMARA hari ini?;

(vii) soalan dari kursus sedia ada bidang kimpalan, jurubina, mengecat, mekanik, automotif, masakan, gunting rambut dan lain-lain bakal ditawarkan;

(viii) di bawah Program Latihan 1Malaysia, bagaimanakah dengan prosedur mengambil golongan warga emas yang lebih berminat menimba ilmu kemahiran sekali pun umur sudah lanjut mencecah 60 tahun atau 70 tahun ke atas. Ini kerana saya difahamkan GIATMARA membuka peluang kepada golongan-golongan warga emas ini.;

(ix) bagaimanakah kursus yang bersesuaian dengan umur mereka? Bagaimana dari segi yuran pengajian, adakah percuma atau tidak untuk usia emas?; dan

(x) apakah MARA dari sudut lepasan pelajar yang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam sektor alternatif dan keusahawanan?

Dengan ini saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah. Silakan Yang Berhormat.

12.56 tgh.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan “KERTAS PERINTAH 4A TAHUN 2012” iaitu Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2012 ini.

Saya andaikan sebagaimana rakan-rakan yang lain akan mendapat tempoh lebih kurang 20 minit untuk berucap. Sebenarnya saya menyediakan satu bahan yang cukup panjang untuk bercakap mengenai perkara yang ada kaitannya dengan Kementerian Pelajaran tetapi kerana kesuntukan masa, saya rasa perkara yang hendak saya sentuh mengenai Kementerian Pelajaran itu akan saya sentuh selepas kita rehat tengah hari nanti. Maka untuk memanfaatkan waktu selama dua atau tiga minit ini, saya ingin menyentuh perkara-perkara berikut yang tidak kurang pentingnya tetapi mengenai pelajaran tadi saya rasa lebih penting.

Pertamanya mengenai Maksud B.04 – Suruhanjaya Pilihan Raya di mana Suruhanjaya Pilihan Raya akan diberi peruntukan tambahan sebanyak RM360 juta. Saya menyokong peruntukan ini tetapi dengan syarat dan saya minta supaya semua syarat yang saya kemukakan dicatat bahawa tambahan peruntukan yang sebanyak ini kita luluskan dengan syarat bahawa semua wang itu akan digunakan untuk keperluan pilihan raya yang melibatkan pilihan raya serentak antara Federal dan negeri.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

34 DN 11.7.2012

Kalau sekiranya ada negeri-negeri yang ingin pandai sendiri, yang ingin bijak

sendiri, yang ingin bersendirian untuk mengadakan pilihan raya, maka saya rasa biaya atau pembiayaan pilihan raya itu, sumber-sumber tenaga manusia untuk melaksanakan pilihan raya itu haruslah ditanggung oleh kerajaan negeri yang berkenaan yang memilih untuk mengadakan pilihan raya yang berasingan. Itu cadangan saya dalam meluluskan peruntukan ini. Saya harap akan mendapat sokongan daripada yang lain-lain dan mohon dicatat dan saya percaya yang benda ini akan dicatat.

Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah mengenai maksud B.06 – Jabatan Perdana Menteri yang ada kaitannya dengan kawasan Rukun Tetangga di mana sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan untuk kawasan Rukun Tetangga Skim Rondaan Sukarela dan Program Perpaduan Integrasi Nasional ini. Seperti yang ditimbulkan oleh beberapa orang rakan-rakan tadi, saya rasa Skim Rondaan Sukarela ini meluas di serata negeri. Saya tidak pasti pertamanya sama ada peruntukan ini mencukupi atau tidak. Keduanya, saya juga ingin tahu bagaimanakah peruntukan ini akan diberikan atau dibahagi-bahagikan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, memandangkan masa kita sekarang tepat pukul 1 tengah hari maka Yang Berhormat boleh sambung tengah hari nanti.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya kena tangguhkan Dewan ini sekarang sehingga jam 2.30 petang nanti.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Persidangan kita dimulakan. Mengikut catatan di sini, nampaknya Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus boleh sambung. Silakan.

2.32 ptg.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk menyambung ucapan saya yang telah saya mulakan kira-kira tiga minit sebelum rehat tadi. Saya akan mengulang secara ringkas apa yang telah saya katakan. Pertama sekali saya minta supaya di bawah Maksud B.4 itu. Saya menyokong peruntukan RM360 juta ini, tapi dengan syarat bahawa ini adalah untuk biayai pilihan raya yang diadakan serentak di antara Federal dengan kerajaan-kerajaan negeri. Kalau ada kerajaan-kerajaan negeri yang rasa memandai-mandai, yang rasa mengada-ngada hendak adakan pilihan raya berasingan, biayanya hendaklah ditanggung oleh kerajaan negeri yang berkenaan.

Kemudian saya juga menyentuh tadi tentang Maksud B.6 tentang kawasan Rukun Tetangga Skim Rondaan Sukarela dan Program Perpaduan dan Integrasi Nasional. Saya ingin tahu, bagaimanakah wang yang RM50 juta ini akan dibelanjakan? Saya percaya tujuannya ini ialah untuk menjaga keselamatan dan keamanan di kawasan-kawasan tempat tinggal, tapi saya rasa perkara ini memerlukan kajian lebih mendalam supaya segala sumber yang hendak digunakan atau biaya hendak dibelanjakan benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan.

Kemudian perkara berikutnya itu sebanyak RM30 juta untuk membiayai kos operasi dan aktiviti Unit Penjenamaan Negara. Saya minta maaflah, saya berterus-terang mengaku tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Unit Penjenamaan Negara ini. Jadi saya minta penjelasan. Kalau ini bermaksud untuk menamakan kembali jalan-jalan yang berbau kebaratan, saya cadangkan supaya nama ‘Presint’ di Putrajaya itu ditukar kalau Unit Penjenamaan ini meliputi perkara itu. Akan tetapi saya tidak faham. Terus-terang sahaja.

Kemudian di item berikutnya sebanyak RM12,900,000 untuk menampung kos penyelenggaraan dan perbelanjaan utiliti Istana Negara.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 35

Satu perkara kecil yang hendak saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua, saya telah

berkesempatan tiga kali menghadiri majlis kenegaraan di Istana Negara. Saya agak terkilan kerana ikon-ikon lokal, ikon-ikon kebangsaan yang melihatkan ciri-ciri budaya kita saya rasa agak kurang terdapat di Istana Negara itu sama ada di Balairung Seri dan dua dewan saya telah sempat hadir, kedua-dua dewan itu nampak gah tetapi tidak memperlihatkan jati diri budaya kita. Jadi kalau sekiranya wang RM12 juta ini kalau perlu ditambah lagi akan menolong untuk meningkatkan imej-imej nasional, imej lokal, imej yang memperlihatkan jati diri kita, maka saya rasa supaya ini dilaksanakan. Perkara ini saya telah rujuk kepada rakan kita tidak kurang daripada Dato' Haji Abdul Rahim seorang yang pakar dalam hal ini. Dia boleh bersetuju dengan saya barangkali. Sekarang beliau tidak ada.

Kemudian perkara berikutnya yang hendak saya sentuh Tuan Yang di-Pertua ialah tentang Maksud B.21. Saya mencadangkan supaya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meningkatkan kegiatan-kegiatan penyelidikan pertanian untuk kepentingan jangka panjang negara kita ini. Semalam saya menanyakan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor dari Perlis, kenapa perladangan tebu hendak dihentikan. Katanya pada masa ini tidak economical. Okeylah pada masa ini tidak economical, tapi saya rasa kita harus memikirkan kesan jangka panjang daripada pemberhentian ladang tebu itu. Adakah kita akan bergantung kepada import dari laur sahaja? Kalau hendak dikirakan dari segi ekonomi, saya rasa tanam padi pun tidak economical.

Jadi saya mencadangkan supaya ini barangkali adalah menjadi tanggungjawab kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengadakan penyelidikan yang sungguh-sungguh supaya kebergantungan kita, our dependency, dengan izin ,kepada produk-produk pertanian dari luar negeri itu dapat kita kurangkan atau kita hentikan sama sekali. Kita tahu sekarang kita import lobak daripada Berastagi, kubis dari Berastagi, dari negeri China dan macam-macam buah dari negara Thai. Saya rasa ini haruslah diambil sebagai satu isyarat oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlunya perancangan jangka panjang untuk mengatasi masalah ketergantungan kita kepada produk-produk pertanian dari luar negeri ini.

Begitu juga umpamanya merujuk kepada kementerian yang sama, perhatian haruslah diberikan terhadap penyelidikan-penyelidikan buah-buahan tempatan. Dahulu masa 30 tahun, 40 tahun dahulu kita menunggu sekali setahun untuk dapat menikmati buah durian. Sekarang durian boleh diperoleh sepanjang tahun, tetapi apakah yang telah dilakukan untuk memastikan hasil durian yang ada sepanjang tahun ini dapat dimanfaatkan, dapat diberikan nilai tambah ekonominya untuk jangka panjang. Sedangkan kita tahu di negeri-negeri lain kalau tidak salah saya di Tokyo, harga sebiji durian berharga sampai RM200. Malah Indonesia sendiri juga mengimport durian dari negara Thai dan orang mengetahui bahawa durian Thai itu jauh lebih rendah mutunya daripada durian kita. Akan tetapi apa yang kita lakukan untuk memasarkan atau mengadakan kegiatan-kegiatan hiliran ekonomi daripada durian ini? Tidak ada. Jadi itu yang saya cadangkan supaya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meningkatkan kegiatan-kegiatan penyelidikannya.

Kemudian dengan ringkas sahaja, Maksud B.25 Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan meningkatkan kesedaran berkoperasi di kalangan angkatan muda terutama pelajar-pelajar.

■1440

Saya tidak tahu setakat ini apakah corak bantuan sama ada bantuan kewangan, bantuan khidmat nasihat, galakan yang diberikan kepada sistem pendidikan kita. Mungkin ada, kalau ada alhamdulillah tetapi kalau tidak ada, perlu diadakan, kalau ada perlu ditingkatkan. Itulah cadangan saya kepada kementerian ini.

Berikutnya Tuan Yang di-Pertua, saya akan membincangkan perkara yang agak panjang sikit yang mudah-mudahan akan mendapat masa dan dapatlah saya habiskan dalam masa yang diperuntukkan iaitu Maksud B.41 - Kementerian Pelajaran. Khususnya saya ingin merujuk kepada peruntukan sebanyak RM35 juta untuk menampung pelaksanaan kajian semula Dasar Pendidikan Negara. Saya rasa perkara ini harus kita lihat dengan serius kerana saya sendiri tertanya-tanya, mungkin saya terlepas pandang. Apakah agaknya terms of reference (TOR) atau rangka rujukan kajian semula ini yang memerlukan biaya RM35 juta itu, apakah TORnya?

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

36 DN 11.7.2012

Saya berharap supaya TOR kajian itu tidak bertujuan per se untuk mengkaji kembali Dasar Pendidikan Negara. Tidak perlu Tuan Yang di-Pertua, untuk kita mengkaji kembali Dasar Pendidikan Negara. Dasar Pendidikan Negara telah termaktub, telah kita kaji, kita rombak berulang-ulang semenjak daripada Laporan Razak sehingga sekarang. Apa yang perlu saya rasa ialah bukannya mengkaji Dasar Pendidikan Negara tetapi ialah mengkaji keberkesanan dasar pendidikan yang sudah ada. Saya rasa di sinilah kelemahan kita sama ada anak-anak Melayu lemah matematik, kesemua pelajar Malaysia lemah bahasa Inggeris dan lemah itu semua.

Saya rasa tidak kena mengena dengan dasar pendidikan sebab semua dasar pendidikan telah diatur telah digubal dengan sempurna dengan beberapa pindaan sejak 40 tahun yang lalu. Apa yang menjadi masalah saya rasa ialah kaedah pelaksanaannya. Oleh kerana itu, saya pertama kali ingin minta kementerian menjelaskan apakah TOR kajian ini? Mungkin saya tersalah pandang atau terlepas pandang tetapi saya sendiri tidak pasti. Kalau TOR itu saya rasa mestilah khusus, mestilah spesifik, mestilah konkrit, mestilah jelas apa yang hendak dikaji itu. Kalau sekiranya TOR ini bersikap terbuka, bersikap open-ended, ini berbahaya Tuan Yang di-Pertua.

Kenapa saya katakan berbahaya, TOR yang open-ended itu akan boleh sahaja disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk merombak dasar-dasar yang sedia ada. Ini akan merugikan, merugikan tenaga, merugikan fikiran dan merugikan wang. Oleh kerana dasar yang sedia ada yang telah kita persetujui 40 tahun, 50 tahun dahulu semasa kita meletakkan asas kepada negara kita ini, tidak perlu dikaji lagi. Apa yang perlu dikaji ialah perbaikan tatacara pelaksanaannya. Kalau tidak Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya TOR kajian itu open-ended, maka saya takut ini akan disalahgunakan, akan diselewengkan oleh petualang-petualang perpaduan yang akan meminta pelbagai tuntutan yang tidak munasabah.

Akan disalahgunakan oleh anasir-anasir anti-nasional yang tidak peduli apa akan berlaku kepada negara kita asalkan hasrat dan keinginan mereka akan tercapai. Akan disalahgunakan, akan diselewengkan oleh parasit-parasit politik. Tiga unsur ini, petualang-petualang perpaduan, anasir-anasir anti-nasional, parasit-parasit politik menunggu masa sahaja untuk mengambil kesempatan.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: [Bangun] Mohon Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Saya tertarik dengan tiga ungkapan tadi, petualang perpaduan, anasir-anasir anti-nasional dan parasit politik. Yang dua atas itu saya faham, Yang Berhormat sebut parasit politik tadi, mohon penjelasan. Kalau boleh beri contohnya dalam konteks sekarang, terima kasih.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Haji Ahamat bin Yusop kerana memberikan perhatian terhadap perkara itu. Alhamdulillah Yang Berhormat faham apa yang saya maksudkan dengan petualang-petualang perpaduan, Yang Berhormat faham apa yang dimaksudkan dengan anasir-anasir anti nasional tetapi Yang Berhormat musykil apa yang dimaksudkan dengan parasit-parasit politik. Terus terang sahaja istilah ini Tuan Yang di-Pertua, bukanlah istilah ciptaan asli saya, ini saya pinjam dengan izinnya, moga diizinkan, daripada istilah yang mula-mula diperkenalkan ke tengah khalayak oleh bekas Exco Agama dan Adat Istiadat Melayu, Kerajaan Negeri Selangor iaitu Dato’ Hassan bin Mohamed Ali. Beliau menggunakan perkataan ungkapan parasit-parasit politik ini, merujuk kepada sesetengah individu, bukan semua. Sesetengah golongan yang tidak peduli apa akan berlaku kepada orang lain, tidak peduli apa yang akan berlaku kepada masyarakat, tidak peduli apa akan berlaku kepada perjuangan. Asal sahaja hasrat dan nafsu politik mereka atau dia tercapai.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah? Boleh beri contoh parasit politik itu? Contoh nama.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya tidak tahu sama ada wajar menyebut nama...

Tuan Yang di-Pertua: Nama tidak perlu. Saya tidak benarkan menyebut nama sebab reaksi itu nanti, faham sajalah. Semua orang di sini bijak pandai belaka.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 37

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Kata orang Melayu Yang Berhormat, ”Siapa

memakan jadam, dia merasa pahit; kalau siapa makan lada, dia rasa pedas.” Saya rasa dengan kebijaksanaan kita menggunakan idiom atau perumpamaan Melayu itu, fahamlah kita siapa yang dimaksudkan oleh Dr. Hassan Ali. Kita juga faham senarai yang ada dalam kepala Dr. Hassan Ali itu, saya rasa kita boleh panjangkan dalam kepala kita sendiri. Akan tetapi yang penting, yang saya hendak tekankan di sini, inilah tiga unsur manusia. Petualang-petualang perpaduan, anasir-anasir anti nasional, parasit-parasit politik yang tidak peduli apa akan berlaku kepada masyarakat, apa akan berlaku kepada keamanan negara, apa akan berlaku kepada ketenteraman sosial. Asal sahaja nafsu politik mereka dipenuhi. Jadi, saya rasa dan mereka akan ambil kesempatan di mana sahaja, melakukan kegiatan-kegiatan yang popular sifatnya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada dua minit lagi Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Dua minit? Alamak... [Ketawa] Okey, yang saya takutkan nanti di dalam semakan semula dasar pelajaran itu, sekarang terdengar terdapatnya cadangan-cadangan liar yang bertentangan dengan aspirasi nasional. Oleh kerana itu, saya rasa kerajaan mestilah berhati-hati apabila nanti meneliti pelbagai cadangan yang dikemukakan dalam pelbagai pertemuan yang ada kaitannya dengan kajian semula. Akhirnya, dalam masa dua minit ini, saya tidak tahulah, saya pun naik nervous hendak bercakap. Saya rasa dalam menilai atau menimbang pelbagai cadangan berikutan dengan kajian semula Dasar Pelajaran Negara itu, tiga matlamat pendidikan mestilah tetap dijadikan panduan utama, tiga fungsi pendidikan. Perkara ini pernah saya sebut semasa Dewan yang lalu iaitu membina watak, character building, membina sumber tenaga manusia, human resource development dan kemudian membina negara bangsa.

Apa pun reaksi yang hendak diberikan oleh kerajaan terhadap pelbagai cadangan dalam berikutan dengan kajian semula itu, saya harap tiga matlamat ini jangan sampai diabaikan.

■ 1450

Oleh kerana itu, kita jangan terlalu taasub dan terpesona dengan aspek human resource development sahaja. Penting ya penting tetapi jangan terlalu taasub, jangan terlalu terpesona kerana yang tidak kurang pentingnya daripada pembinaan human resource development itu ialah membina negara bangsa dan membina watak. Saya rasa ini terabai setakat ini Tuan Yang di-Pertua. Semuanya itu mestilah juga dilandaskan kepada Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan tahun 1963, Akta Pendidikan tahun 1961. Satu lagi aspek mengenai pelajaran yang hendak saya sentuh ialah mengenai jurang pencapaian antara pelbagai golongan yang perlu diberi perhatian.

Saya hendak sampaikan keprihatinan saya ini mengenai isu jurang pencapaian ini kerana kesuntukan masa dengan tiga rangkap pantun sahaja kalau Tuan Yang di-Pertua benarkan.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Gulung, gulung!

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh?

Tuan Yang di-Pertua: Dalam pantun pun tidak mengapa.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Mana-mana pun tidak mengapa. Pantun saya ini Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada masalah jurang.

Beruang bukan sebarang beruang; Beruang tidur beruang betina; Jurang bukan sebarang jurang; Jurang sosial membawa bencana. Jurang akademik jangan diabai; Jurang ekonomi turut terlibat; Bagaimana perpaduan akan tercapai; Jika sekolah berlainan tempat.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

38 DN 11.7.2012

Antara kaum dan sesama kaum;

Banyak jurang makin melebar; Walau harimau belum mengaum; Di dalam sekam api membakar.

Saya rasa apabila menilai nanti pelbagai cadangan daripada semakan semula Dasar Pendidikan ini, mintalah supaya pegawai-pegawai sana menyampaikan roh dan semangat daripada pantun ini kepada pihak yang berkenaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya harap pegawai-pegawai, pihak-pihak yang bertanggungjawab sama ada di dalam Dewan ataupun di luar, ambil perhatianlah apa yang telah dibincangkan di dalam Dewan ini. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Saiful. Okey kalau dia tidak ada saya teruskan kepada Yang Berhormat Tuan Syed Shahir.

2.52 ptg.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk kepada keseluruhan anggaran perbelanjaan mengurus ini yang pada hemat saya tidak hanya satu manifestasi angka-angka atau data-data. Ianya adalah satu hal di mana akan melibatkan sejumlah wang yang akan dibelanjakan yang datang daripada cukai yang dibayar oleh rakyat negara ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Saya ingin merujuk kepada B.6 mengenai Jabatan Perdana Menteri. Secara khusus berhubung dengan rukun tetangga ini. Persoalannya ialah apakah rukun tetangga yang selama ini pernah dibuat sudah tidak berkesan lagi? Kalau tidak berkesan apakah cukup dengan wang sebanyak yang dinyatakan di dalam B.6 ini? Perkara kedua adalah mengenai penjenamaan. Apakah yang dimaksudkan dengan penjenamaan ini? Ada di antara Ahli-ahli Dewan yang telah membangkitkan beberapa isu mengenai penjenamaan ini.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang dibuat oleh Senator Dr. Syed Husin Ali yakni apa yang penting adalah kita memperlihatkan kesungguhan dalam hal-hal yang boleh membersihkan imej dan nama negara. Misalnya, kalau kita lihat dalam soal indeks rasuah. Misalnya dalam soal bagaimana kita menangani kasus-kasus atau kes-kes yang melibatkan orang ramai. Katalah misalnya semalam yang kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di Putrajaya sehingga akhirnya berlaku tembak menembak ataupun berlaku sesuatu yang memang tidak sepatutnya berlaku.

Jadi ini harus diperjelaskan. Ertinya imej ini kalau dibaca atau dilihat oleh masyarakat luar terutama sekali kalau kita bercakap mengenai dunia tanpa sempadan apa yang berlaku sekarang ini boleh dilihat atau boleh dibaca di Manchester, atau di Bangkok atau di Jakarta. Jadi berbalik kepada soal itu, kita harus mempunyai satu kesungguhan bukan sahaja soal wang ini. Kesungguhan dalam membersihkan imej negara ini. Kemudian, berkaitan dengan soal Suruhanjaya Pilihan Raya.

Tadi kita dengar ada Ahli Dewan yang menyebut soal kalau misalnya dibuat pilihan raya yang berbeza di antara peringkat persekutuan dengan negeri, saya ingin tanya bagaimana dengan keadaan di Sarawak? Ini kerana selama ini, Sarawak mengadakan pilihan raya yang berbeza dengan pilihan raya umum. Apakah berdasarkan kepada hujah sahabat kita tadi bahawa Sarawak kena berbelanja sendiri?...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Dengan izin Yang Berhormat, boleh?

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Ya. Silakan.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya menganggap Sarawak dan Sabah itu sebagai kes yang berasingan. Akan tetapi, saya merujuk kepada amalan biasa yang telah kita lakukan di Semenanjung ini semenjak tahun 1955 dulu. Jadi itu yang patut.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 39

Jadi kalau kita hendak merombak amalan semata-mata kerana ingin menurutkan

nafsu politik, saya rasa ini tidak bijak. Itu sahaja, tetapi kalau kita hendak juga tidak mengapa. Hendak juga saya cadangkan supaya carilah duit sendiri, carilah tenaga sendiri.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, teruskan Yang Berhormat.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Saya hanya menyentuh apa yang disentuh oleh sahabat kita itu sahaja tidak lebih dari itu. Kita juga kena hormati bahawa setiap negeri dalam Persekutuan ini mempunyai hak mereka. Mereka memilih Menteri Besar, mereka memilih anggota Exco dan sebagainya. Itu hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berhubung dengan Perbendaharaan B.10 dan tadi pagi kita telah dengar penjelasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan sepanjang mengenai hutang negara.

Sementara kita mengalu-alukan kutipan hasil yang katanya telah bertambah baik, namun di masa yang sama kita lihat bahawa hutang negara juga turut bertambah. Pada hemat saya, ini satu adalah perkara yang sangat dan perlu diberi perhatian yang serius sebab walaupun ada alasan yang menyatakan bahawa itu adalah satu perkara yang biasa untuk sesebuah negara berhutang. Saya fikir amalan ini atau budaya ini tidak sepatutnya menjadi amalan kepada kita sebab nanti akhirnya generasi akan datang akan melihat bahawa kalau negara boleh berhutang, saya juga boleh berhutang dan sudah menjadi kebiasaan bagi kita.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam perkara yang berkaitan dengan B.27 – Kementerian Kerja Raya. Yakni mengenai penyelenggaraan Jalan Persekutuan kita tahu bahawa ada beberapa kategori jalan di Malaysia ini. Jalan persekutuan, jalan negeri, jalan perbandaran dan sebagainya. Dalam hal ini, nampaknya ada permintaan sebanyak RM20 juta.

■1500

Saya ingin bertanya berkenaan dengan jalan-jalan Persekutuan yang seolah-olah ditinggalkan atau diabaikan. Sebagai contoh, jalan lama dari Gombak sampai ke Bentong di Pahang, jalan dari Benta sampai ke Jerantut di Pahang, ini sebagai contoh. Jalan dari Gap yakni dari Kuala Kubu ke Gap ke Raub. Ini merupakan jalan-jalan Persekutuan dan pada hemat saya dan saya minta penjelasan daripada kementerian yang berkenaan, apakah ianya diselenggarakan? Mengapa saya kata demikian? Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada jalan yang ada ini. Kadang-kadang berlaku sesuatu hal, berlaku kemalangan yang hebat, berlaku misalnya tanah runtuh, bagaimana kita boleh menggunakan jalan yang saya sebutkan tadi kalau ianya tidak di selenggara dengan baik? Pertanyaan saya, apakah jalan-jalan yang saya sebutkan tadi di selenggara dengan baik dan apakah peruntukan yang diminta ini cukup untuk melakukan penyelenggaraan tersebut?

Kepada Maksud B.41, saya tidak mahu menyoal apakah yang akan dilakukan dalam pelaksanaan kajian semula tetapi saya ingin menyentuh hal di mana Dasar Pendidikan Negara ini walaupun ada hal-hal lain berkait dengan soal moral, berkait dengan soal jati diri dan sebagainya. Saya juga ingin minta penjelasan apakah ada dalam dasar tersebut memasukkan kurikulum yang mendidik manusia supaya menjadi baik, mendidik manusia supaya menjadi pekerja yang baik, mendidik manusia supaya menjadi pekerja yang tahu hak dia. Apa maksud saya?

Maksud saya ialah pekerja-pekerja yang keluar daripada sekolah-sekolah katalah selepas PMR atau SPM, kadang-kadang dia tidak tahu hak mereka. Mereka dengan mudah diperlekehkan oleh majikan. Gajinya tidak dibayar, hak mereka dinafikan, hak untuk berkesatuan tidak ada misalnya, kerana apa? Kerana mereka tidak diberitahu daripada awal. Tidak ada pekerja yang keluar, katalah bakal pekerja yang keluar daripada sekolah menengah dan sebagainya tahu tentang hak mereka. Itu sebab kadang-kadang kita lihat mereka sendiri menganggap bahawa apabila ditipu oleh majikan itu tidak mengapa, itu adalah sesuatu yang biasa kepada mereka. Saya menyoal kepada kementerian, apakah ada inisiatif untuk memasukkan ke dalam kurikulum nanti hal berkaitan dengan kebajikan?

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya mencelah sedikit?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

40 DN 11.7.2012

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Perkara menyatakan hak yang seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, saya rasa secara tidak langsung disebut. Akan tetapi, secara langsung bukankah ini menjadi tanggungjawab trade union? Kalau semuanya hendak perkara-perkara yang details seperti itu hendak diserahkan kepada kerajaan, ini susahlah. Yang ini kita mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Saya rasa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi itu adalah fungsi trade union. Jadi, barangkali cuba tanya ada tidak trade union buat membuat perkara yang tuan-tuan sebut tadi?

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Terima kasih banyak. Bagus, kita sudah masuk ke dalam medan trade union. Ini baik. Sebenarnya bukan itu maksud saya. Hak untuk kesatuan pekerja mendidik anggota mereka itu tidak jadi hal. Yang saya maksudkan ialah hak asas daripada mula. Keluar daripada sekolah, masuk kepada pasar buruh ataupun labor market, dia tahu hak dia. Pendidikan itu memang dijalankan. Itu akan diteruskan oleh kesatuan pekerja atau trade union. Itu tidak jadi soal.

Perkara yang berikutnya adalah mengenai B.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia. Diminta RM23 juta untuk menampung penyelenggaraan peralatan latihan. Ini telah pun dibangkitkan oleh beberapa orang ahli Dewan, saya tidak mahu sentuh soal ini. Cuma yang saya hendak sentuh adalah berkaitan dengan latihan dan pelatihan kepada pegawai-pegawai yang ada. Masalah yang dihadapi oleh pekerja mahupun majikan adalah kerana pelatihan dan latihan terhadap pegawai-pegawai di kementerian ini di bawah agensi seperti Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Perhubungan Perusahaan, PERKESO, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dan sebagainya. Jabatan-jabatan ini adalah berurusan dengan pekerja, berurusan dengan majikan. Banyak aduan yang kita terima di mana pegawai-pegawai ini tidak mempunyai latihan atau pelatihan yang cukup dan kurang pengalaman.

Jadi oleh hal yang demikian, selain daripada soal menampung penyelenggaraan peralatan ini, tenaga dan juga sumber tenaga di kementerian itu juga perlu ada. Mereka harus diberikan latihan yang secukupnya, pendedahan yang sebaiknya. Malah kalau boleh saya ingin mencadangkan supaya diadakan satu institusi khas untuk melatih pegawai-pegawai di Kementerian Sumber manusia ini supaya mereka akan datang dengan pengetahuan dan pengalaman yang baik dan dapat menyelesaikan, apabila dia dapat menyelesaikan sesuatu pertikaian itu, maka negara akan meningkat produktiviti dan kos akan jadi kurang. Kalau ketegangan berlaku di antara kedua pihak, yang rugi adalah negara, bukan orang lain.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Maksud B.62 dan kalau ini dibaca dengan Maksud B.4 dan ditambah dengan peruntukan awal, ini bermakna bahawa lebih daripada RM700,000 dibelanjakan untuk pilihan raya ini nanti. Kalau itu dibaca. Jadi kalau hal yang demikian, ianya merupakan suatu perkara yang sangat besar dan perlu kepada suatu yang jelas supaya nanti perbelanjaan ini tidak akan nanti dibaca dalam Laporan Ketua Audit Negara seperti mana yang lepas-lepas, screw driver harganya sampai mencecah sekian-kian ringgit yang dilihat sebagai tidak munasabah. Pada umumnya, saya melihat bahawa peruntukan ini adalah satu peruntukan yang besar. Perkara kedua adalah ianya hendaklah dilakukan dengan berhemat dan dengan cermat dan hendaklah dilaksanakan secara telus dan jujur.

Saya ingin menyimpulkan perbahasan saya ini di mana saya katakan tadi hendaklah kita lakukan secara adil, secara saksama sesuai dengan kehendak dan keperluan rakyat, kerana ini wang rakyat. Ini wang rakyat dan mesti dikembalikan kepada tempatnya. Kalau boleh diungkapkan seperti yang biasa disebut oleh orang Minang... [Mengucapkan pepatah dalam telo Minang]

Bakati samo borek, maukue samo panjang; Tibo di mato, endak dipinciangkan, tibo di paghuit, endak dikampehkan; Mendapek samo belabo, kahilangan samo marugi; Mangukur samo panjang, mambilai samo laweh, baragih sama banyak; Gadang kayu, gadang bahannya, katik kayu, katik bahannya.

Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Inilah dia agaknya apa jawab Dato’ Firdaus ini. Ini orang Minang belaka ini. Tidak apa, tidak apa. Saya tidak benarkan lagi Dato’ Firdaus sudah bercakap tadi. Bagus-bagus.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 41

Seterusnya, saya persilakan Yang Berhormat Hajah Madinah. Saya harap nama-

nama ini tolong berada di dalam Dewan ya. Saya hendak sebut dahulu.

Tadi, Yang Berhormat Saiful tidak ada. Siapa yang tidak ada, saya tidak benarkan lagi berucap kerana kita sudah buat planning ini sudah lama.

■1510

Selepas ini Yang Berhormat ada nama-nama yang saya hendak sebut, Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman, Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh, Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman dan Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah. Itu sahaja yang sudah terima. Selepas ini saya tak mahu terima lagi dah dan sekarang saya persilakan Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg. Silakan.

3.10 ptg.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam 1Malaysia dan salam perpaduan.

Terlebih dahulu saya ingin memanjat syukur ke hadrat Allah Subhanallah Taala kerana diberi keizinan untuk turut berbahas dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan laluan kepada saya.

Saya terpanggil untuk turut berbahas hari ini iaitu mengenai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan. Saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pada hemat saya perbelanjaan tambahan bagi tahun 2012 ini telah diambil kira dengan penuh teliti dan berhemah ke atas semua keperluan-keperluan untuk meneruskan program-program pembangunan dan kemajuan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional demi mendahulukan rakyat dan pencapaian diutamakan. Apatah lagi untuk menepati janji-janji yang perlu diteruskan.

Ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh. Pertamanya mengenai Maksud B.4 - Suruhanjaya Pilihan Raya yang diperuntukkan anggaran asal berjumlah RM45 juta lebih, sudah tentu angka ini tidak cukup sebab keseluruhan jumlah yang telah dibelanjakan untuk pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2011 yang lepas berjumlah RM50 juta.

Jadi mana mungkin anggaran asal sebanyak RM45 juta lebih itu cukup untuk PRU-13 untuk seluruh negara? Jadi saya bersetujulah dengan pertambahan belanjawan untuk SPR sebanyak RM360 juta lebih itu. Perbelanjaan Pilihanraya Negeri Sarawak telah memerlukan banyak untuk logistiknya. Dengan kegunaan helikopter, bot, selain pacuan empat roda untuk kawasan-kawasan luar bandar dan juga di pedalaman. Walau bagaimanapun, kita berharap agar Pilihanraya Negeri Sarawak nanti dapat diselaraskan serentak dengan PRU akan datang supaya dapat kita menjimatkan perbelanjaan. Itu harapan kitalah.

Seterusnya saya ingin menyentuh mengenai Maksud B.60 muka surat lapan iaitu ex-gratia kepada veteran angkatan tentera Malaysia yang tercedera semasa bertugas sebelum tahun 1994. Di sini saya ingin hendak bertanya, bolehkah pihak kementerian nyatakan - to be specific, dengan izin, tahun manakah yang dimaksudkan sebelum 1994 itu? Adakah ianya berkuat kuasa pada tahun-tahun awal kemerdekaan? Kalau dari awal tahun-tahun kemerdekaan, adakah Pasukan Polis Hutan Sarawak dimasukkan juga? Ini kerana mereka juga bertugas di hutan belantara negeri Sarawak semenjak awal kemerdekaan apabila negeri Sarawak berhadapan dengan konfrontasi dengan Indonesia dan juga ancaman pengganas komunis ketika itu. Jadi kita harap mereka ini, veteran Pasukan Polis Hutan Sarawak juga diberi pertimbangan sama di bawah angkatan tentera yang diberi elaun tersebut.

Seterusnya saya ingin sentuh tentang Maksud B.42 iaitu Kementerian Kesihatan. Saya ingin bertanya Kementerian Kesihatan selain penyakit talasemia, adakah penyakit-penyakit lain diberi program kawalan juga khususnya penyakit-penyakit yang berjangkit seperti penyakit tangan, kaki, dan mulut yang telah melibatkan lebih 2,000 orang kanak-kanak di Sarawak baru-baru ini, sehingga menyebabkan beberapa sekolah tadika terpaksa ditutup lebih seminggu apabila ada kanak-kanak yang dihantar di tadika tersebut menghadapi penyakit berkenaan.

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

42 DN 11.7.2012

Perkara yang seterusnya saya ingin sentuh ialah Maksud B.25 - Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan di mana jumlah RM35 juta diperlukan untuk menampung subsidi tepung gandum kesan daripada harga komoditi gandum di pasaran global yang meningkat. Saya kira...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat buat banyak preparation tetapi dia tidak atur betul-betul agaknya.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa]

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Tidak saya tadi re-write, jadi...

Tuan Yang di-Pertua: Hah! Buat cepat.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Seperti yang kita sedia maklum, kebelakangan ini ada beberapa negara luar yang telah dilanda bencana alam termasuk juga beberapa negara pengeluar bahan-bahan makanan. Kemungkinan bencana ini akan berulang lagi. Jadi kita harap negara kita tidak hanya bergantung pada negara-negara luar untuk mendapatkan bahan-bahan makanan keperluan seperti beras, tepung, dan sebagainya.

Saya ingin syorkan agar kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membuat plan tindakan alternatif bagi berusaha untuk menghasilkan bahan-bahan makanan keperluan daripada negara kita sendiri. Ini kerana alhamdulillah negara kita tidak ada mengalami bencana alam yang teruk, besar dan serius seperti negara-negara lain. Selain daripada itu juga kita bersyukur negara kita masih lagi mempunyai tanah yang luas dan subur yang kita perlu usahakan.

■1520

Jadi terpulanglah! Kita serahlah. Saya bersetuju dengan rakan saya Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus tadi, kita serahkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk berusaha mempelbagaikan dan juga memperluaskan skop kaji selidik mereka untuk mengetengahkan bahan-bahan seperti buah-buahan ataupun produk yang dihasilkan oleh negara kita untuk ditambah nilai supaya kita dapat mengeluarkan keperluan makanan harian.

Contohnya tidak lama dulu saya tengok daripada rancangan yang dikeluarkan oleh TV1 dulu. Pihak MARDI dari kaji selidik mereka telah menghasilkan tepung yang diproses daripada ubi keledek yang mana telah di bukti boleh digunakan untuk membuat kuih muih. Jadi, kalau kita sudah susah sangat hendak dapat tepung gandum, mungkin kita boleh ketengahkan tepung yang diproses daripada ubi keledek. Kita harap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat mengusahakan, mengkomersialkan tepung ini apabila sudah terbukti hasil daripada pemprosesan daripada ubi keledek. Mengenai perkara – saya kira itu sahaja Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Perbahasan saya.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Terima kasih.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Dengan itu saya menyokong penuh rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih banyak. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman.

3.23 ptg.

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2012 ini yang keseluruhannya berjumlah RM13.79 bilion.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 43

Pertama saya ingin menyentuh maksud B.31 iaitu Kementerian Pelancongan yang

mana telah mendapat peruntukan sebanyak RM15 juta bagi menampung perbelanjaan operasi. Berhubung dengan Kementerian Pelancongan ini, saya ingin menyentuh tentang Program Inap Desa ataupun yang dikenali dengan homestay yang mendapat sambutan yang begitu menggalakkan masa kini.

Walau bagaimanapun, saya dapati orang awam agak keliru antara program homestay yang didaftarkan dengan Kementerian Pelancongan dan homestay yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pelancongan kerana homestay yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pelancongan ini didapati memberi servis yang kurang memuaskan. Maksudnya dari segi kebersihan, dari segi keselesaan dan keselamatan. Oleh itu saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan supaya mempatenkan jenama homestay bagi memastikan perkataan itu tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh orang-orang yang menjalankan perniagaan homestay ini.

Seterusnya, berhubung dengan pelancongan ini juga, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan juga, berhubung dengan usaha untuk meningkatkan dan memajukan pelancongan domestik antaranya meningkatkan mutu chalet-chalet yang diusahakan oleh individu-individu. Saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah langkah kementerian bagi membantu dan menaik taraf semua chalet-chalet yang diusahakan secara kecil dan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berjumlah kurang daripada sepuluh bilik? Apakah kerajaan menyediakan geran untuk membaik pulih dan menaik taraf chalet-chalet ini bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pelancongan domestik?

Tuan Yang di-Pertua, keduanya saya ingin juga menyentuh tentang maksud B.25 iaitu Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang mana diberikan peruntukan yang agak tinggi, sebanyak RM404 juta bagi subsidi gula dan tepung. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang menyediakan subsidi ini, bagi gula dan tepung bagi meningkatkan meringankan beban rakyat. Setiap tahun kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan bagi pelbagai subsidi seperti beras, petrol, minyak masak, gula, tepung dan sebagainya.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan apakah langkah yang diambil bagi mengurangkan subsidi supaya lebih banyak peruntukan dapat diberikan secara langsung kepada rakyat? Apakah langkah kerajaan bagi mengurangkan import beras, gula dan tepung dari luar negara supaya harga barangan lebih stabil? Berhubungan dengan KPDNKK ini juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan penjelasan sejauh manakah kerajaan menggalakkan penyertaan koperasi dalam bidang perhotelan, memandangkan bidang perhotelan ini mempunyai potensi yang cerah berdasarkan perkembangan sektor pelancongan negara yang amat menggalakkan. Saya ingin mendapat penjelasan bilangan koperasi yang telah berjaya menyertai bidang perhotelan dan sejauh manakah Suruhanjaya Koperasi Malaysia membantu koperasi ini untuk memulakan dan memajukan perniagaan perhotelan ini.

Berhubung dengan koperasi ini, saya ingin membangkitkan tentang koperasi siswa yang terdapat di institusi pengajian tinggi khususnya institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Sejauh manakah kerajaan mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menggalakkan penyertaan mahasiswa dalam kegiatan koperasi di IPT? Sejauh manakah kejayaan koperasi siswa di IPTA ini?

Tuan Yang di-Pertua akhirnya saya ingin menyentuh Maksud B.46 iaitu Kementerian Sumber Manusia yang mendapat peruntukan sebanyak RM23 juta bagi menampung penyelenggaraan peralatan latihan dan bangunan di 28 buah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia. Saya ingin mendapatkan penjelasan, kenapakah perbelanjaan bagi selenggaraan peralatan ini tidak dimasukkan dalam permohonan bajet awal yang lalu sehingga menyebabkan satu peruntukan tambahan perlu dipohon? Apakah langkah kerajaan bagi memastikan peralatan di institut latihan ini sentiasa di selenggara bagi memastikan peralatan ini dapat digunakan oleh pelatih dan tidak mengganggu latihan mereka?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan sejauh manakah latihan di institusi latihan ini memberikan latihan yang sesuai dengan kehendak industri dan seterusnya mengurangkan pergantungan kilang atau industri kepada pekerja warga asing?

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

44 DN 11.7.2012

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan apakah langkah kerajaan bagi

memastikan rakyat tempatan diberi keutamaan bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan memandangkan saya mendapat maklum balas daripada rakyat tempatan sukar mendapat pekerjaan dibandingkan dengan warga asing. Sekian terima kasih. Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Jaspal Singh.

3.29 ptg.

Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk berbahas Rang Undang-undang Perbelanjaan Tambahan bagi perkhidmatan tahun 2012.

■1530

Keseluruhannya sejumlah RM13.795 bilion diperlukan bagi perbelanjaan tambahan. Jika diteliti secara mendalam, adalah untuk 19 kementerian. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana 60 peratus atau RM8,314 bilion daripada perbelanjaan tambahan ini bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat yang dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Ini terdiri daripada subsidi untuk minyak, gula, tepung dan bayaran pampasan tol. Pada hari ini, saya ingin membincangkan tentang empat topik sahaja. Pertama ialah mengenai dasar pendidikan negara, kedua ialah jurang mutu sekolah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Firdaus. Ketiga ialah tentang displace estates workers, dengan izin, dan keempat mengenai penjagaan untuk warga emas di Malaysia.

Saya ingin memberi perhatian bagi maksud B.41 iaitu mengenai Kementerian Pelajaran sebanyak RM35 juta diperuntukkan untuk menampung pelaksanaan kajian semula Dasar Pendidikan Negara. Konsep pengajaran atau pendidikan pada zaman moden ini dan yang akan datang begitu mencabar sekali. Jika kita menoleh belakang sepuluh hingga 20 tahun dahulu, pendidikan bergantung kebanyakan kepada buku, guru untuk mendapat ilmu yang lebih kita bergantung pada perpustakaan. Dengan ada inovasi-inovasi dan teknologi maklumat yang begitu canggih dan konsep world-wide web dengan content yang begitu lengkap.

Terdapat banyak cara dan alternatif dalam sistem penyampaian pendidikan kepada murid-murid. Mendiang Steve Jobs dalam buku biografinya telah menyatakan bahawa inovasi yang paling besar yang akan datang ke dunia ini ialah inovasi dalam bidang penyampaian pendidikan kepada pelajar. Beliau percaya bahawa dalam masa yang singkat, murid-murid sekolah tidak perlu membawa beg-beg yang begitu berat tetapi akan bergantung pada teknologi yang begitu canggih dan lengkap di mana digabungkan dengan grafic video dan suara atau lebih dikenali sebagai multimedia.

Saya harap Kementerian Pelajaran akan memberi perhatian yang cukup dan apabila mengeluarkan Dasar Baru Pendidikan Negara, ia mesti mengambil kira cabaran-cabaran dan landskap dunia untuk masa sepuluh tahun hingga 15 tahun yang akan datang. Apakan ciri yang paling penting untuk masa sepuluh tahun hingga 15 tahun yang akan datang? Apakah ciri yang paling penting, adakah agama menjadi asas atau common denominator pendidikan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah? Adakah pendidikan moral atau sains atau matematik atau sukan yang lebih penting? Jawapannya, semua penting.

Saya percaya tidak ada Ahli Dewan yang mulia ini yang mahu menghancurkan negara kita tetapi kita semua berjuang untuk membangunkan negara kita supaya setiap lapisan rakyat dapat menikmati pembangunan untuk Malaysia mengekalkan persaingan atau dengan izin, to remain competitive. Kita perlu membina modal insan yang holistik, yang melihat dan mempunyai pandangan bahawa dunia ini ialah pasaran kita dengan izin, the world is our market place.

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 45

Dasar pendidikan baru bukan sepatutnya menumpukan pada mata pelajaran di

sekolah tetapi juga meliputi bidang lain seperti mana pendidikan yang boleh didapati secara content online, media sosial, forum internet termasuk peranan ibu bapa terutamanya mereka yang baru menjadi ibu bapa di mana kedua-dua suami isteri tidak mempunyai masa untuk membimbing anaknya. Saya harap kementerian akan menubuhkan satu panel di mana terdapat pakar daripada semua bidang dan juga dari luar negara kerana agenda ini untuk saya adalah agenda yang begitu penting sekali yang akan menentukan ke arah mana negara kita akan hala di masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil perhatian kepada semua Yang Berhormat yang berada di sini bahawa sementara kita berbincang tentang dasar pendidikan, terdapat banyak perbezaan misalnya jalan ke sekolah, infrastruktur, keadaan bangunan, peralatan dan kualiti guru-guru di antara sekolah-sekolah di bandar dan sekolah-sekolah di luar bandar. Terdapat jurang yang besar lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan sekolah Tamil.

Baru-baru ini semasa Presiden Czech, Vaclav Klaus melawat Parlimen dan ditanyai soalan mengenai bagaimana negara mereka sebelum ini adalah negara komunis melaksanakan sekolah-sekolah dan cabaran-cabaran untuk sekolah-sekolah di luar bandar. Beliau telah menjawab bahawa ketika ini, perkara ini sudah tidak dibincangkan. Mungkin isu ini penting untuk negaranya 100 tahun dahulu tetapi pada masa ini tidak ada jurang. Kualiti pelajaran adalah sama di seluruh negara.

Saya baru-baru ini melawat sekolah Tamil di Ladang Seri Rusa, Tanjung Karang. Saya terkejut sebab sekolah...

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Minta laluan Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang minta penjelasan Yang Berhormat, boleh?

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Jadi pendapat Yang Berhormat tadi bahawa banyak jurang berlaku di antara sekolah bandar dan sekolah di luar bandar. Ini maknanya Yang Berhormat minta dalam bajet yang akan datang ini, peruntukan yang lebih sedikitlah untuk mengubahsuaikan sekolah-sekolah istimewa pula serta sekolah-sekolah di luar bandar.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat. Keadaan toilet dan sebagainya di sekolah-sekolah istimewa pula sekolah-sekolah luar bandar ini memang sepatutnya di fikir-fikir semula. Yang Berhormat bersetujulah bahawa bajet yang lebih sedikit dibuat untuk mengubahsuaikan sekolah-sekolah istimewa pula sekolah-sekolah luar bandar. Terima kasih.

Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Rahim. Saya memang- idea saya memanglah seperti itu. Jadi, saya akan continue.

Saya terkejut bila saya nampak sekolah ini. Jalannya- jalan hendak sampai sekolah penuh dengan batu. Kelasnya dibelah dua dengan menggunakan partition softboard, bagaimana murid dapat memberi tumpuan secukupnya? Tingkap telah dimakan anai-anai dan bumbung mungkin akan runtuh bila-bila masa sahaja. Tandas di mana sistem sewage tidak berjalan.

Terdapat 500 lebih sekolah Tamil di Malaysia. Saya mengaku bahawa saya bukan seorang pakar dalam sekolah luar bandar atau sekolah Tamil tetapi saya mendapat tahu ada banyak sekolah Tamil dan sekolah-sekolah lain luar bandar yang sama keadaan seperti sekolah di atas. Saya percaya sudah tentu keadaan ini sama dengan sekolah-sekolah di luar bandar ataupun sekolah-sekolah di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Saya minta Kementerian Pelajaran dengan segeranya membuat kajian dan menilai situasi sekolah seluruh negara. Kenapa kita tidak meminta bajet tambahan supaya setiap sekolah yang tidak mempunyai keperluan asas yang bermutu serata dengan sekolah lain sepatutnya diperkasakan kerana setiap murid tidak kira bangsa atau lokasinya berhak mendapat kualiti pelajaran yang sama.

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

46 DN 11.7.2012

Inilah KPI yang paling penting untuk Kementerian Pelajaran untuk memastikan

tidak ada golongan yang tertinggal ataupun di marginalize, dengan izin di negara kita. Apa guna kita hanya memberi bajet untuk memberi atau meningkatkan taraf 5 peratus atau 10 peratus sekolah setiap tahun kerana mungkin mereka yang tertinggal dalam masa sepuluh tahun akan datang dan akan menjadi beban kepada kerajaan. Jika tidak mempunyai peluang pekerjaan yang lengkap dan kerajaan akan membelanjakan lebih banyak wang di masa depan untuk memberi peluang kepada mereka.

■1540

Saya pasti ada banyak masalah seperti tanah, lokasi yang sesuai, persetujuan daripada PIBG, tetapi jika kita memberikan tumpuan yang betul yang kita hendak selesaikan perkara mutu sekolah di Malaysia dalam jangka masa dua atau tiga tahun, saya pasti kita boleh menyelesaikan masalah ini. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, satu golongan yang telah disebutkan sebagai golongan yang tertinggal adalah golongan displaced workers, dengan izin.

Saya mendapati walaupun golongan ini telah dipastikan ketinggalan, tetapi setakat ini tidak ada rancangan yang affirmative untuk membawa mereka ke arus pembangunan yang sedia ada di negara kita. Mengikut sejarah Malaysia, apabila pihak British telah mengenal pasti bahawa negara kita sesuai untuk pertanian terutamanya ladang getah, cabaran ketika itu adalah mencari pekerja. Oleh yang demikian, pihak British telah membawa pekerja-pekerja India datang ke Malaysia untuk bekerja di ladang dan konsep estet di mana semua kelengkapan iaitu daripada kuil, sekolah, hospital dan rumah telah disediakan supaya pekerja-pekerja dapat menumpukan masa mereka dalam bidang pertanian.

Landskap negara kita dalam 100 tahun ini telah bertukar di mana tumpuan adalah dalam bidang industri dan perkhidmatan. Bidang pertanian pun penting, tetapi produk pertanian yang kita telah tumpukan sekarang adalah kelapa sawit di mana ia memerlukan tenaga-tenaga kerja yang kurang. Kebanyakan estet-estet ini pun telah bertukar tangan daripada orang-orang British ke syarikat GLC atau swasta yang lain. Cabaran kita pada hari ini ialah apabila estet ini dimajukan sebagai sebuah bandar, di mana kegunaan tanah ditukar kepada tempat residency, komersial atau suatu kepentingan pembangunan integrasi, apa yang akan terjadi kepada pekerja-pekerja estet ini? Setakat ini tidak ada agensi atau peraturan untuk pembangunan ini. Kelulusan yang diberikan oleh PBT dilihat tidak mengambil kira latar belakang orang estet dan kesan sosial ekonomi ke atas golongan ini apabila pembangunan diluluskan. Apa yang begitu aneh, kita sekarang memberikan lebih perhatian kepada alam semula jadi di mana kajian EIA patut dibuat untuk pembangunan, tetapi tidak mengambil berat tentang manusia yang akan kehilangan natural habitatnya, dengan izin.

Sepatutnya kajian sosioekonomi mesti dibuat secara mandatory, dengan izin, aspek yang patut dikaji antaranya ialah pertama, mereka perlu latihan yang lain dan mesti mempunyai pekerja yang sedia ada supaya mereka dapat meneruskan hidup tanpa halangan. Mereka perlu diberikan rumah yang sesuai supaya tidak ada masalah sosial yang bakal timbul. Keperluan asas yang telah disediakan seperti sekolah, rumah ibadat dan lain-lain mesti diberikan perhatian dalam hidup baru mereka supaya mereka dan anak-anak mereka tidak tertinggal. Kita mesti mengakui bahawa setakat ini golongan pekerja-pekerja estet-estet diberikan perhatian yang munasabah. Misalnya dalam pembangunan bandar utama Kota Damansara, Tropicana, Damansara Mutiara, Damansara Perdana, pemaju-pemaju telah memajukan kawasan estet dan mendapat keuntungan yang begitu besar sekali.

Akan tetapi malangnya pekerja-pekerja estet yang pada mulanya diberikan harapan masa depan yang cerah, tetapi apabila mereka dipindahkan ke rumah transit atau hostel kecil, mereka mendapati susah untuk menampung perbelanjaan keluarga kerana kos sara hidup telah naik akibat kos perjalanan, kos sewa rumah, kos elektrik, air, sekolah jauh daripada rumah di mana tambang bas begitu mahal, tidak ada peluang untuk menanam sayur atau membela lembu.

Ini telah mengakibatkan mereka menjadi lebih susah dan tidak dapat membayar sewa, bil elektrik dan lain-lain. Jika kita pergi ke kawasan Lembah Subang, kita boleh melihat satu cara hidup yang begitu mustahil sekali.

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 47

Lif yang tidak berjalan, sampah di seluruh tempat yang tidak dikutip dan saya rasa

jika situasi ini dibiarkan, sudah tentu satu hari nanti ia akan menjadi satu perkara yang susah untuk kita mengatasi. Kerajaan mesti meneliti perkara ini dan perlu keluar dengan program lengkap dan affirmative untuk membawa golongan ini ke turus pembangunan.

Saya minta kepada Perdana Menteri berilah perhatian kepada golongan displaced workers dengan menyediakan satu agensi dengan bajet yang cukup, di mana mereka yang terlibat dalam proses ini ditempatkan di skim yang berpatutan supaya mereka dan anak-anak mereka akan dibawa ke arus pembangunan negara. Saya juga meminta Perdana Menteri untuk mengeluarkan syarat-syarat baru pembangunan kawasan estet di mana sebahagian daripada keuntungan pemaju diarahkan untuk skim penempatan golongan-golongan pekerja estet.

Saya ingin membawa perhatian kepada Maksud B.42, perbelanjaan tambahan bagi Kementerian Kesihatan. Kawalan dan penjagaan penyakit talasemia telah diberikan peruntukan tambahan sebanyak RM40 juta. Saya memang bersetuju konsep kawalan-kawalan ataupun prevention itu memang penting. Tuan Yang di-Pertua, dari segi perkhidmatan kesihatan, terdapat sekarang satu golongan yang bertambah besar yang perlu diberikan perhatian dengan cara yang lebih inovatif. Dari hari ke hari angka golongan warga emas di Malaysia makin meningkat. Konsep 1Malaysia di mana “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” memanglah bagus sekali. Saya rasa sudah tiba masanya di mana kita mula memberikan perkhidmatan penjagaan yang lengkap atau dengan izin, care services untuk warga emas di mana Kementerian Kesihatan mempunyai unit mobil atau bekerjasama dengan NGO-NGO dalam bidang kesihatan untuk memberi perkhidmatan dan rawatan kepada warga emas di Malaysia.

Saya dapati terdapat banyak rumah-rumah warga emas di Malaysia sekarang dan jika perkhidmatan ini boleh sampai ke rumah-rumah ini, sudah tentu akan membawa manfaat yang baik kepada golongan ini. Saya mencadangkan Kementerian Kesihatan memberikan tumpuan kepada golongan ini dan menyediakan bajet yang cukup kerana kita mesti sudah lupa bahawa golongan ini yang telah bekerja kuat untuk membina negara kita. Sekian sahaja perbahasan saya, terima kasih. Dengan ini saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman. Silakan.

3.47 ptg.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas kesempatan untuk sama-sama membahasakan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan pada petang ini. Oleh sebab banyak kawan-kawan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain telah menyentuh keseluruhan kementerian, istimewa pula kawan saya Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman bin Bakar ini daripada Jabatan Perdana Menteri sehinggalah Kementerian Luar Bandar dan sebagainya, dia telah sentuh kesemuanya. Yang Berhormat Dato’ Jaspal Singh Singh tadi pun dengan panjang lebar. Jadi saya Yang Berhormat hanya akan sentuh tiga perkara sahaja yang melibatkan tiga kementerian yang saya fikir relevan dan current pada masa ini.

Pertama sekali berhubung dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kita telah membaca dalam surat khabar dalam masa terdekat ini berhubung dengan pembangunan di pinggir-pinggir bukit, istimewa pula nampaknya di Pulau Pinang. Dikatakan pula Kerajaan Pulau Pinang tidak boleh membuat apa-apa kerana projek-projek ini telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini. Saya hendak mintalah, kita kena menghentikan dengan izin, blaming games ini. Kalau tidak boleh jadi bukan sahaja Pulau Pinang yang akan menjadi botak, nanti Kelantan pun tidak boleh tumbuh janggut lagi nanti. Jadi nisbah tertentu mesti dibuat untuk Menteri, kementerian diberi kuasa yang lebih kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya bukan sahaja mengenakan syarat-syarat untuk projek-projek pembangunan baru.

■1550

Akan tetapi dapat mengambil tindakan tertentu terhadap projek-projek yang sedang dibina dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Nampaknya rakyat Pulau Pinang sudah bising.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

48 DN 11.7.2012

Yang kedua, saya hendak sentuh berhubung dengan peruntukan kepada ECER

atau Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apabila lima majlis-majlis pembangunan wilayah ini ditubuhkan beberapa tahun dahulu ianya untuk mengimbangkan pembangunan di semua lima wilayah. Termasuk Iskandar Johor, ECER di Pantai Timur, Majlis Pembangunan Ekonomi Utara untuk Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan seterusnya dua majlis masing-masing di Sabah dan Sarawak. Dengan izin, komen saya ialah dan kita nampak dan baca berhubung dengan pembangunan yang amat pesat di Iskandar yang dispearhead, dengan izin, oleh Khazanah.

Kita jarang dengar berhubung dengan perancangan dan aktiviti di wilayah-wilayah lain. Saya khuatir dan mohon minta penjelasan berhubung dengan perkara-perkara ini dan meminta jika laporan boleh diberi kepada Parlimen dari semasa ke semasa. Berhubung dengan pembangunan di wilayah-wilayah ini yang pernah saya bawa di dalam Dewan yang mulia ini. Yang ketiga dan akhir sekali, saya minta izin memberi komen yang tidak kena-mengena dengan perbelanjaan tambahan yang dibahaskan tetapi perbelanjaan kerajaan dan syarikat GLC. Pada keseluruhannyalah. Nampaknya banyak syarikat kepunyaan kerajaan melabur di luar negara. Istimewa pula di Eropah dan khususnya di Great Britain. Ini bukanlah salah, bahkan amat bagus dari segi memberi keuntungan dan menambah imej negara.

Akan tetapi hendak memberikan ingatan sedikitlah ataupun, dengan izin, a word of caution. Janganlah put all our eggs in one basket. Janganlah pula melaburkan dalam satu negara sahaja. Saya berharap kajian yang betul-betul terperinci dibuat sebelum membuat satu-satu pelaburan supaya ianya akan memberikan keuntungan kepada negara. Begitu juga pembangunan komersial yang dibuat di dalam negara, khususnya pembinaan gergasi menara-menara pejabat, yang ini saya tahu. Pada akhir tahun ini lima juta kaki persegi pejabat baru akan siap. Sudah ada bangunan-bangunan yang kosong lebih daripada 50 peratus. Kalau semua mengikut apa yang dirancang dan apa yang disebarkan, lebih daripada 10 juta kaki persegi pejabat akan dibina dan siap dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang.

Saya amat khuatir dan takut kalau jadi macam Dubai. Ekonomi kita, bank-bank komersil kita serta pelabur akan terjejas. Saya berharap Dewan Bandar Raya yang baru mendapat mayor baru sebagai agen berfungsi untuk menjaga dengan teliti dari segi kelulusan. Jika perlu, membeku atau freeze development seperti yang pernah kita buat dahulu supaya kita tidak membina dan terus membina sehingga menjadi satu keadaan yang glut nanti. Kepada GLC yang dipertanggungjawabkan, kajian yang terperinci harus dan wajib dibuat sebelum satu-satu projek itu dibina. Konsultan-konsultan luar negara yang mempunyai pengalaman, boleh jadi negara China atau Eropah kadang-kadang tidak begitu arif dengan keadaan tempatan. Jaga-jagalah. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang jam menunjukkan pada 3.55 petang. Berjumlah 27 orang telah berucap. Pada jam 2.52 tadi saya sudah memanggil Yang Berhormat Saiful untuk berucap tetapi beliau tidak ada dalam Dewan. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Syed Shahir. Pada jam 3.22 petang. Yang Berhormat Saiful masuk balik dan mohon kalau boleh berucap. Ahli-ahli Yang Berhormat saya hendak menegaskan dengan tegas dalam Dewan ini, Yang Berhormat hendak keluar boleh keluar. Tidak buat sekejap tidak mengapa, kalau sudah keluar lama bagi tahu saya. Saya sudah nyatakan daripada awal sudah. Akan tetapi kalau keluar masuk tidak bagi tahu, apabila sampai giliran Yang Berhormat berucap tidak ada, saya akan teruskan.

Maka, saya hendak menyatakan di sini Dewan ini serius. Ada yang didapati juga ramai juga Ahli Yang Berhormat tidak berucap tetapi masih ada dalam Dewan. Inilah rasanya it is not fair, dengan izin. Kalau ingin melihat Yang Berhormat minta maaf, Yang Berhormat kena sentiasa duduk dalam Dewan dan kalau Yang Berhormat sudah bagi nama, anytime Yang Berhormat akan dipanggil.

Oleh kerana Yang Berhormat tidak hadir tadi, maka saya terpaksa teruskan, minta maaf. Yang Berhormat boleh menyertai dalam siri-siri perjumpaan atau perbahasan akan datang. Ini bukan kepada Yang Berhormat Saiful sahaja, kepada semua sekali. Saya hendak tegas ini semua, saya kena bersikap adil kepada semua sekali tanpa ada pilih kasih.

Sekarang saya mempersilakan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 49

3.57 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan yang telah memberi laluan. Saya juga ada dimaklumkan ada Ahli-ahli Yang Berhormat memberi laluan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain untuk berbincang. Saya sebenarnya mempunyai banyak jawapan yang disediakan. Saya akan cubalah memberikan jawapan sebaik mungkin. Akan tetapi kalau ada yang memberikan pandangan dan cadangan dan itu akan diambil kira. Tidak semestinya semua pandangan dan cadangan itu akan dinyatakan di sini tetapi percayalah semua diambil kira oleh pegawai yang lebih daripada 100 orang yang berhimpun di dalam bilik pegawai yang mengambil maklumat dan menyampaikan kepada saya.

Oleh kerana ingin saya menyampaikan kepada Tuan Yang di-Pertua, bahawa saya sebenarnya tidaklah mempunyai kepakaran dalam semua kementerian. Ini kerana saya hanya dari Kementerian Kewangan. Kalau di dalam Dewan Rakyat di peringkat Jawatankuasa, semua kementerian berpeluang untuk menjawab. Apa pun jawapan ada di sini, cuma kalau yang detil-detil yang terperinci, sekiranya saya mohon untuk diberi jawapan bertulis, saya mohon kesefahaman Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pertamanya Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali, ingin penjelasan mengenai pecahan kos operasi dan pembayaran imbuhan Lembaga hasil Dalam Negeri dan berapa ramai penerima imbuhan ini. Peruntukan tambahan yang dipohon oleh Lembaga hasil Dalam Negeri adalah sebanyak RM115,244,000.00. Untuk perbelanjaan operasi seperti perbelanjaan bil utiliti bangunan baru LHDN berpindah di Cyberjaya, bangunan ibu pejabat baru. Tambahan sewaan ruang pejabat dan juga LHDN telah membuka sembilan pejabat-pejabat baru di seluruh negara. Emolumen pegawai kontrak dan sambilan dan penyelenggaraan bangunan baru. Manakala bakinya sebanyak RM180,756,000 adalah bayaran imbuhan tahun 2012 sebanyak empat bulan gaji kepada 11,290 orang kakitangan LHDN.

■1600

Pegawai-pegawai LHDN telah diberi imbuhan yang agak istimewa kerana dari segi prestasinya cukup-cukup memberangsangkan. Jadi, kerajaan bagi insentif supaya mereka terus bertugas dengan cemerlang seperti yang telah dilakukan.

Yang Berhormat Senator Puan Norliza Abdul Rahim, banyak soalan yang dikemukakan. Bagaimana penyertaan pembayar cukai baru mampu menyumbang kepada jumlah kutipan cukai. Penyertaan pembayar cukai baru tidak menyumbang secara significant berbanding dengan pembayar cukai sedia ada. Di samping peningkatan bayaran cukai ialah tindakan penguatkuasaan dan aktiviti pematuhan ke atas pembayar cukai yang sedia ada ini adalah lebih significant.

Apakah jumlah terkini pembayar cukai individu? Jumlah pembayar cukai individu bagi tahun taksiran 2010 adalah 1.76 juta orang. Jumlah pembayar cukai baru adalah seperti berikut:

Pembayar cukai Tahun 2010

(ribu orang) Tahun 2011 (ribu orang)

Individu 300 400

Syarikat 30 35

E-filing memudahkan dan mempercepatkan sistem permukaan borang cukai. Kesannya terdapat peningkatan ke atas penyertaan pembayaran cukai baru dari tahun ke tahun dan secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan hasil negara. Berapakah jumlah kutipan cukai? Jumlah kutipan cukai syarikat korporat adalah pada tahun 2011 adalah sebanyak RM47 bilion.

Apakah keberkesanan e-mel terbuka terhadap peningkatan kutipan cukai melalui kemudahan e-mel kepada pembayar-pembayar cukai. Pembayar cukai akan mendapat respons segera berhubung dengan masalah percukaian yang dibangkitkan. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan pematuhan cukai, compliance. Dia akan mendapat e-mel untuk dia segera bayar kalau yang terlupa hendak bayar.

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

50 DN 11.7.2012

Adakah undang-undang baru akan digubal bagi menangani penipuan cukai?

LHDN akan mengoptimumkan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada untuk menangani insiden pelarian atau pun penipuan cukai. Buat masa ini undang-undang baru tidak ada dalam rancangan.

Yang Berhormat Syed Husin Ali juga ada pecahan kos operasi. Oh, tadi sudah saya jawab. Terima kasih. Itu berkenaan dengan LHDN.

Berkenaan dengan subsidi. Ramai juga ahli-ahli Yang Berhormat yang telah- Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan, mengapakah peruntukan tambahan RM7.5 bilion diperlukan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan subsidi petroleum RM24.5 bilion memandangkan harga minyak dunia telah menurun. Daripada jumlah RM17 bilion peruntukan asal dalam belanjawan asal 2012, hanya RM12 bilion diperuntukkan untuk subsidi petroleum. Manakala baki RM5 bilion diperuntukkan untuk bayaran tunai bantuan termasuklah untuk bayaran BR1M itu.

Dengan tambahan RM7.5 bilion ini, jumlah keseluruhan subsidi petroleum adalah sebanyak RM19.5 bilion sahaja. Jadi, tidak lah campur jadi RM24 bilion. Perbelanjaan sebenar subsidi petroleum pada tahun 2011 adalah sebanyak RM20.3 bilion. Bermakna yang diperuntukkan tahun ini mengambil kira peruntukan tambahan ini masih lagi kurang daripada yang dibelanjakan dalam tahun 2011. Maknanya munasabahlah.

Walau bagaimanapun, perbelanjaan sebenar tahun 2011 masih bergantung kepada perubahan harga minyak dunia. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku sebenarnya, payah hendak ramal harga minyak ini. Sungguhpun harga minyak dunia turun pada masa ini, namun trend ini tidak dapat dipastikan sehinggalah akhir tahun. Jadi, itu jawapan dia.

Yang Berhormat Senator Puan Norliza Abdul Rahim. Banyak Puan Norliza ini. Mohon nyatakan pecahan subsidi untuk RON97, RON95 dan diesel bagi peruntukan tambahan sebanyak RM7.5 bilion. Ini detail sedikitlah. Petrol RON95, peruntukan subsidi daripada RM7.5 bilion ini ialah sebanyak 49 peratus, RM3.7 bilion. Diesel 42 peratus, RM3.1 bilion, LPG gas, gas masak itu 9 peratus, RM700 juta. RON97 sudah tidak ada subsidi kerana harganya sudah diapungkan.

Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali bertanya siapakah yang mendapat keuntungan ke atas pemberian subsidi petroleum? Pada masa ini Dasar Pemberian Subsidi oleh kerajaan bagi produk petroleum adalah secara menyeluruh kepada semua rakyat. Jadi, tidak kiralah orang bawa kereta besar pun kalau dia pergi pakai RON95, dia dapat jugalah. Kita susah. Dahulu suatu masa kita kata hendak bagi subsidi ini kepada kereta-kereta kecil sahaja. Marah pula orang yang bawa kereta besar. Dia kata kereta besar dia pun kereta lama. Bukan semestinya dia orang kaya. Mercedes besar tetapi yang lama, yang 15 tahun. Jadi, ini masalah dari segi pelaksanaan. Oleh itu, golongan yang berpendapatan tinggi juga mungkin boleh menikmati tetapi tidak disengajakan. Lebih daripada pelaksanaan secara lebih senang. Adakah peruntukan sebanyak RM7.5 bilion ini termasuk subsidi kepada IPP? Peruntukan subsidi RM7.5 bilion ini tidak termasuk subsidi IPP. IPP tidak dikira kerana IPP ini diberi secara langsung oleh Petronas. Jadi, kita tidak masuk peruntukan kerajaan.

Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah bertanya mengenai subsidi lagi. Subsidi gula dan tepung. Berapakah jumlah subsidi gula yang diterima oleh pengguna domestik dan industri?

Untuk makluman pemberian subsidi adalah bertujuan untuk memberi kemudahan harga barang yang berpatutan kepada pengguna. Pengguna yang disasarkan adalah pengguna isi rumah, household. Pihak industri tidak dikawal bagi menggunakan komoditi gula dan tepung yang bersubsidi untuk kegunaan menghasilkan produk-produk lain. Maknanya kalau dia buat makanan, dia beli gula dia boleh beli juga kerana rasionalnya akhir-akhirnya pengguna yang membeli produk itu. Kalau industri, dia beli dia proses sahaja. Yang beli akhir-akhirnya ialah pengguna. Jadi, kalau industri dikenakan bayaran yang lebih tinggi harga tepung atau gula, tidak ada subsidi,maka, industri mungkin charge, akhirnya produk pengguna ini harga yang tinggi. Jadi, sebab itu dari segi rasionalnya tidak dibezakan di antara pengguna dengan industri.

Akan tetapi akhir-akhirnya diharapkan yang mendapat faedahnya ialah pengguna dan pengguna tidak kira siapalah. Rakyat Malaysia yang berada di Malaysia termasuk juga yang asing. Kalau duduk di Malaysia, kalau dia beli gula, tepung pun harga yang sama.

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 51

Jadi, belum ada lagi sistem yang kita hendak pisahkan antara yang duduk di

Malaysia ini yang warganegara kah atau pun asing. Cuma, kalau penggunaan minyak di sempadan itu memang dikawal. Tidak ada lah dah kereta-kereta dari luar. Yang masih lagi buat itu memang salahlah tetapi sepatutnya kereta-kereta dari luar tidak boleh.

Dari Dasar Pendidikan Negara, ini banyak. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian termasuklah Dato’ Jaspal Singh, Yang Berhormat Senator Puan Khairiah Mohamed. Dasar Pendidikan Negara. Mohon jawatankuasa yang mengkaji DPN untuk mengambil kira aspek agama sebagai asas kajian dan mencadangkan supaya penglibatan arif dan agama sebagai ahli jawatankuasa kajian semula Dasar Pendidikan Negara (DPN) dan menyarankan jawatankuasa membuat perbandingan terhadap sekolah-sekolah agama yang berjaya.

Contohnya Kelantan. Terima kasihlah sebut Kelantan, negeri saya bersama dengan negeri Yang Berhormat Senator Puan Khairiah. Parti tidak apalah. Hari ini negeri yang kita utamakan. Janganlah ada hasutan. Ini dipanggil hasutan... [Ketawa] Baru sahaja hendak berbaik dengan Senator baru. Janganlah macam ini. Kita tidak ada peluang hendak berdialog dengan Senator baru, dia sudah kacau.

■1610

Untuk makluman Yang Berhormat, aspek keagamaan sememangnya menjadi aspek penting dalam sistem pendidikan negara yang sedang berlangsung sekarang. Malah mata pelajaran agama menjadi mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan yang diajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Dalam melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara, aspek keagamaan akan terus diberi perhatian di mana semua pihak yang berkepentingan diberi peluang seluas-luasnya sama ada dalam Dialog Nasional - Pendidikan Negara, perbincangan meja bulat, online forum dan memorandum untuk memberi pandangan dan cadangan bagi menambah baik sistem pendidikan negara termasuklah dalam bidang keagamaan.

Dalam konteks ini juga kejayaan mana-mana institusi pendidikan juga akan dilihat dari pelbagai aspek supaya penambahbaikan yang akan dilakukan ini boleh digunakan untuk melonjakkan lagi prestasi semua sekolah. Jadi Yang Berhormat Dato’ Jaspal Singh pun sebut bukan sahaja agama, yang moral, yang semuanya pun. Jadi ini boleh diambil kira daripada siri dialog.

Sebanyak mana sekarang ini, apakah status terkini, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat ada bertanya status terkini dialog nasional berkenaan Dasar Pendidikan Negara. Sehingga kini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berjaya mengadakan 15 siri jelajah Dialog Nasional Pendidikan Negara bersama rakyat yang melibatkan 10,808 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. KPM juga mengadakan 19 sesi perbincangan meja bulat bersama pelbagai kesatuan, pertubuhan agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Di samping itu sebanyak 36 memorandum telah diterima.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, Dialog Nasional ke negeri-negeri akan diteruskan hingga 14 Julai 2012. Kemudian satu laporan akan disediakan oleh Panel Dialog Nasional dan input daripada laporan ini akan menjadi salah satu bahan rujukan utama dalam penyediaan blueprint pendidikan. Jadi, ekstensif jugalah. Akan tetapi kalau ada Ahli Yang Berhormat yang mempunyai pandangan sendiri, saya rasa ini boleh dibuat memorandum dan dihantar.

Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat mencadangkan waktu kurikulum sekolah dikaji semula supaya tidak bertindih dengan waktu persekolahan agama. Yang Berhormat Noriah pun menekan aspek agama juga. Bukan Yang Berhormat dari Kelantan sahaja, dari Johor pun. Status semasa bagi...

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua, ini bab agama tidak kira parti.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ya, betul.

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Jadi kita ini orang beragama Islam. Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Okey, terima kasih, terima kasih Yang Berhormat. Harap-harapnya begitulah kita ini.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

52 DN 11.7.2012

Harap-harapnya... [Ketawa] Kepentingan agama kita utamakan. Status semasa

bagi pelaksanaan aktiviti dan waktu kurikulum sekolah berlangsung pada setiap hari Rabu selepas waktu persekolahan. Pelaksanaan tersebut dirancang dan dijadualkan dengan kaedah penyusunan semula jadual waktu di sekolah agama melalui persefahaman dan perbincangan bersama pengurusan sekolah agama bagi mengelakkan pertindihan dengan waktu sekolah agama. Maknanya dia ada ruang. Jadi kalau boleh hari Rabu itu kita tumpukan kepada kokurikulum.

Apakah jenis bantuan? Senator Puan Hajah Noriah lagi. Apakah jenis bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan dan berapakah jumlah murid yang terlibat?

Pada tahun 2012, KPM telah menyediakan peruntukan sebanyak RM3.6 bilion bagi menampung 25 jenis bantuan persekolahan kepada seramai 5.3 juta murid di seluruh negara. Antaranya termasuklah bantuan geran per kapita, bantuan sukan sekolah, bantuan awal persekolahan, bantuan makanan, bantuan pelajar-pelajar miskin iaitu KWAM, dan sebagainya. Dia ada 25 jenis termasuk biasiswa kecil persekutuan, biasiswa sukan, elaun pra universiti dan semua ada. Kalau Yang Berhormat berminat, saya boleh bagi ini. Senarai semua RM3.6 bilion Tuan Yang di-Pertua, banyak itu.

Timbalan Yang di-Pertua: Banyak, betul.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Saya rasa tidak ada negara di dunia ini yang bagi bantuan macam-macam ini. Tidak ada lagi sudah. Syukur kita berada dalam negara Malaysia ini. Semoga negara Malaysia kita terus dijaga, dipelihara oleh Allah SWT. Soal agama kita ini.

Yang Berhormat Puan Chew Lee Giok, peruntukan RM160 juta untuk menampung bayaran tambahan persekolahan dan yuran MSSM bagi tahun 2012, adakah setiap sekolah mendapat peruntukan ini? Berapakah jumlah peruntukan yang akan disalurkan kepada sekolah-sekolah tersebut?

Semua sekolah mendapat peruntukan bilangan murid. Peruntukan ini adalah untuk membayar yuran persekolahan dan yuran MSSM kepada semua sekolah yang berjumlah 10,029 buah sekolah mengikut data sehingga 30 Jun 2012. Kalau sekolah baru siap selepas itu, mungkin tidak termasuk lagi. Sebanyak RM160 juta akan disalurkan kepada semua sekolah berasaskan bilangan murid yang berjumlah 5.3 juta murid di seluruh negara. Untuk makluman, peruntukan tersebut adalah ditanggung oleh ibu bapa penjaga iaitu RM24.50 sen bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 sen untuk setiap murid sekolah menengah. Ini apa pula ditanggung oleh ibu bapa ini? Dahulunya kot ditanggung, sekarang dibagi.

Yang Berhormat Datuk Maijol Mahap, bahasa-bahasa ibunda perlu diberikan kedudukan sewajarnya dengan mencadangkan supaya kerajaan memberikan peruntukan kepada sekolah persendirian yang serius mendidik murid-murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Bahasa ibunda seperti bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan bahasa Tamil memang berada dalam kedudukan sewajarnya dalam sistem pendidikan negara. Di samping itu bahasa-bahasa etnik lain seperti bahasa KadazanDusun, bahasa Iban dan bahasa Semai juga telah ditawarkan di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah-sekolah persendirian malangnya bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia. Jadi tidak adalah buat masa ini. Sekolah persendirian, barangkali dia boleh menguruskan mengikut bajet sendiri.

Sahabat saya Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar, jangan hulur nota cukup. Adakah peruntukan tambahan untuk B.41 – Kementerian Pelajaran termasuk cadangan untuk mengasingkan Tingkatan 6? Peruntukan tambahan B.41 – Kementerian Pelajaran di bawah perbekalan tambahan ini tidak termasuk cadangan untuk mengasingkan Tingkatan 6. Ini belum lagi ya. Walau bagaimanapun, cadangan untuk mentransformasikan sistem pendidikan Tingkatan 6 seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran baru-baru ini sedang diperhalusi mekanisme pelaksanaannya.

Penjenamaan semula sistem pendidikan Tingkatan 6 dibuat dengan matlamat untuk meningkatkan imej sistem dan kualiti pendidikan tersebut sejajar dengan sistem pendidikan prauniversiti lain seperti di kolej-kolej matrikulasi dan pusat asasi sains.

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 53

Keperluan mengubah sistem pendidikan ini juga jelas penting untuk mengubah

persepsi sebilangan besar masyarakat bahawa pendidikan di peringkat matrikulasi jauh lebih baik berbanding Tingkatan 6. Kita tidak mahu Tingkatan 6 menjadi macam residual. Jadi kita hendak angkatkan supaya pelajar-pelajar kita barangkali lebih minat untuk ke Tingkatan 6, tidak semestinya ke matrikulasi dan asasi sains.

Pampasan tol, ini tajuk besar - pampasan tol ini. Banyak perkara yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Saya akan cuba menjawabnya.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah, mengapakah kerajaan perlu membayar pampasan yang tinggi kepada syarikat-syarikat konsesi ini? Jumlah syarikat dan tempoh masa konsesi, apakah langkah bagi mengurangkan beban pengguna lebuh raya? Untuk makluman Yang Berhormat, pampasan perlu dibayar kepada syarikat konsesi kerana ia diperuntukkan dalam perjanjian konsesi. Kita ada perjanjian, maka kita kena ikutlah perjanjian. Kalau kita tidak mahu dikenali sebagai negara yang membuat perjanjian tetapi kita tidak ikut perjanjian kita buat. Nanti pelabur tidak mahu datang. Hendak melabur, Malaysia tidak boleh dia kata. Perjanjiannya tidak ditepati. Kita, kerajaan kita, janji ditepati.

Kalau yang orang lain kita tidak tahu. Akan tetapi kerajaan kita, janji kita tepati. Kerajaan dari masa ke semasa berunding dengan syarikat-syarikat konsesi dalam penstrukturan semula kadar tol untuk mengurangkan implikasi kewangan kepada pengguna lebuh raya dan juga kerajaan. Setakat ini terdapat 22 buah syarikat konsesi dan 29 buah lebuh raya yang beroperasi di negara ini. Tempoh masa konsesi ini ia berbeza-beza. Ada 30 tahun, ada 50 tahun, ada 29 tahun. Saya ada senarainya. Kalau minatnya terlalu mendalam, ada 43 tahun, panjang. Jadi ia berbeza-beza. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa mengadakan rundingan. Tadi saya sudah sebut dah. Bagi memastikan kadar tol di lebuh raya tidak terlalu membebankan.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga akan terus menggalakkan semua syarikat konsesi meneruskan program corporate social responsibility (CSR) seperti pemberian rebat dan diskaun tol kepada pengguna lebuh raya. Jadi ada kadang-kadang diskaun terutamanya bila hari-hari kebesaran.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit bertanya adakah terdapat mekanisme untuk runding semula jumlah pampasan tol? Ini dibuat secara berterusan. Akan tetapi kalau kita hendak tukar pembayaran secara mendadak itu susahlah kerana ini adalah tertakluk kepada perjanjian.

■1620

Kita pun faham biasanya bila kita buat perbincangan syarikat-syarikat ini nampak sahaja dia kenakan tol tetapi tolnya kita kawal supaya tidak terlalu tinggi. Mereka pun hendak kena bayar hutang juga ini buat lebuh raya ini, hutang bank banyak juga. Jadi bukan senang-senang kita hendak kurang-kurangkan. Dalam satu kajian yang dibuat oleh PEMANDU kalau tidak silap saya kalau semua hapuskan tol di Malaysia ini sekali gus, semua, jumlahnya berapa yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan? Kalau tidak silap saya jumlahnya RM340 bilion. Ini dia jadi kalau kita hendak kata kita hendak hapuskan tol kalau kita menang kita hapuskan tol saya rasa susah itu hendak cari RM340 bilion. Jadi sebab itulah kita kena, kita memang minta syarikat-syarikat ini supaya bertimbang rasa. Kadang-kadang dipanjangkan tempoh dia, dia tahu dia tidak boleh hendak return on investment dia, tidak boleh dijangkakan tetapi janganlah sampai merugikan mereka.

Berapa banyak konsesi, Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb, berapa banyak konsesi yang telah ditandatangani? Tadi saya sudah sebut sudah 29 perjanjian konsesi. Berapakah implikasi kewangan untuk pemansuhan tol? Ini Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb yang tanya ini. Berdasarkan lab yang dibuat oleh PEMANDU tahun 2010 kos pemansuhan tol adalah sebanyak RM340 bilion sama seperti yang saya cakap. Saya tidak tengok tadi rupanya tepat ingatan saya tepat. Sebanyak RM340 bilion bukan million, billion. Bukan juta laksa ini. Laksa ini payah hendak bilanglah banyak sangat. Kos-kos ini meliputi kos-kos Opex, Capex, kos pembiayaan dan hasil cukai yang tidak dapat dikutip daripada syarikat-syarikat. Jadi kita kena tahu RM340 bilion ini kalau kita hendak berjanji dengan pengundi kita hendak hapuskan tol Yang Berhormat Puan Norliza ingat jumlah itu banyak.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

54 DN 11.7.2012

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany menanya lagi mohon penjelasan

terperinci tentang pampasan mengikut pecahan syarikat bagi tahun 2012? Pampasan tol bagi tahun 2012 adalah untuk penangguhan kenaikan tol, ini penting ya. Kita minta syarikat jangan naik tol dan pengurangan kadar tol yang melibatkan 13 buah lebuh raya. Anggaran pampasan kerana kita kata jangan naik tol dan kurangkan tol adalah sebanyak RM356 juta pampasan. Jumlah trafik statistik kadar trafik dan jumlah pampasan tol bagi lima tahun kebelakangan ini jumlah trafik bagi semua lebuh raya beroperasi bagi tahun 2007 hingga tahun 2011 adalah sebanyak RM6,576,028,210. Keretalah mungkin kereta sama pergi banyak kali tetapi dia kira. Jumlah pampasan yang telah dibayar dari tahun 2007 hingga tahun 2011 adalah sebanyak RM2 bilion ataupun RM2,000 juta.

Syarikat-syarikat ada bagi contoh sedikitlah. Lebuhraya AKLEH, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur pampasan kita hendak bayar ini RM19.65 juta, SPRINT – RM60.15 juta, Lebuhraya Baru Pantai (NPE) – RM43 juta, Terowong SMART - RM11.2 juta, Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) – RM17 juta. Mengapa kita bayar macam Lebuhraya Bertingkat Ampang itu sepatutnya kadar tol dia hari ini RM2.50 tetapi kita tahan dia buat masa ini RM1.50 sahaja. Begitu jugalah Kerinchi Link patut RM2.50 kita minta RM1.50, Bukit Penchala RM3 kekal RM2, Lebuhraya Baru Pantai RM2 kita kenakan RM1.60. Oleh sebab itulah kita kena bayar pampasan dekat dia. Kita janji hendak biar dia naik tol tetapi kita kata tidak boleh naik. Terima kasih ada lagi.

Yang Berhormat Senator Abdul Rahman Bakar. Bila Lebuhraya Pantai Timur 2 dijangka dibuka secara keseluruhan. Untuk makluman Yang Berhormat panjang keseluruhan LPT adalah 184 kilometer. Pakej-pakej yang telah dibuka Bukit Besi ke Ajil - 42 kilometer, sudah dibuka pada 22 Ogos 2011, persimpangan Temerloh ke persimpangan Kuala Terengganu - 10.6 kilometer dibuka juga 22 Ogos 2011, Bukit Payong ke Spur Road - 16 kilometer, juga 22 Ogos 2011, Ajil ke Telemong 21 kilometer, 18 Mei 2011. Keseluruhan lebuh raya dijangka dibuka pada lalu lintas dalam masa 24 bulan selepas pelantikan kontraktor. Ada beberapa pakej lagi. Langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan Tuan Haji Baharudin Yang Berhormat Senator...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Boleh tanya sedikit, boleh?

Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Sedikit, boleh.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Sedikit sahaja bukan banyak. Adakah semua yang tidak siap sudah ditender? Semua pakej sudah ditender atau ada peruntukan? Ini kerana saya tahu ada satu dua lagi tidak ditender sebab tidak ada duit.

Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih. Status kemajuan pakej-pakej lebuh raya dan bila dijangka akan dibuka kepada trafik ini juga ditanya oleh Yang Berhormat Senator Hajah Rohanilah sekali. Sehingga 30 Jun 2012 kemajuan fizikal keseluruhan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 adalah 78.5 peratus yang dirancangnya 82.5 peratus jadi ada kekurangan sedikit ya. Keseluruhan Projek LPT dijangka akan dibuka dalam tempoh 24 bulan selepas tarikh pelantikan kontraktor penyiap bagi dua pakej, pakej 4 dan pakej 7. Jadi ada belum– itu saya tidak ada maklumatlah yang dua pakej. Nanti saya minta pegawai bagilah jawapan dan nanti kita bagi kepada Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: ‘Tan Sri’ saya minta... Eh, “Tan Sri” pula! “Dato’”, tersasul! Dato’ Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua: Tersasul ya.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Bolehkah Timbalan Menteri beri jaminan bahawa pakej 4 dan pakej 7 itu siap juga dalam masa 24 bulan dari sekarang, boleh? Bolehkah tidak boleh?

Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Tidak apa nanti dahulu sabar, sabar, tanya biarlah Timbalan Menteri menjawab. Di sini saya kena evoke kembali, dengan izin, status saya Timbalan Menteri Kewangan. Ini di bawah JKR jadi saya tidak boleh hendak bagi jaminanlah. Apa yang diberi jaminan sekarang 24 bulan selepas kontraktor dilantik. Saya hari ini tidak tahu bila kontraktor dilantik sebab saya minta pegawai. Jadi 24 bulan tidak boleh tahun ini tidak boleh.

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 55

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Kalau begitu Tuan Yang di-Pertua saya minta Timbalan Menteri masukkan satu jaminan supaya semua pakej termasuk pakej 4 dan pakej 7 disiapkan dalam masa 24 bulan dari sekarang, boleh?

Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Okey saya jamin berdasarkan jawapan yang saya ada ini akan disiapkan 24 bulan selepas kontraktor dilantik.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Bagus, bagus.

Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin: Selepas kontraktor dilantik... [Ketawa] Tidak apa terima kasih Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah Tan Sri itu tidak lama lagi. Yang Berhormat Senator Tuan Baharudin bin Abu Bakar, langkah-langkah dijalankan oleh kerajaan tentang kesesakan. Pertamanya menggalakkan penggunaan SmartTag kepada pengguna supaya lebih laju di plaza tol ini tidak mengalami kesesakan.

Keduanya menambah baik terma-terma perjanjian konsesi dengan mengenakan penalti ataupun akan dikenakan penurunan kadar tol berdasarkan level of service di lebuh raya. Maknanya kita ada pemantauan kalau banyak complaint level of service, toll jam, apa tol mungkin boleh dikurangkan. Jadi syarikat-syarikat ini dia faham dia kena ada langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

■1630

Menetapkan pengurusan plaza tol yang lebih berkesan, langkah-langkah tertentu di musim perayaan contohnya, merancang jadual perjalanan, hebahan melalui VMS, radio atau media massa untuk makluman kesesakan lebuh raya, untuk mengatasi masalah kemalangan, kerajaan bekerjasama dengan agensi-agensi lain melaksanakan kempen-kempen keselamatan. Jadi, ada insentif dan juga disincentive kepada syarikat yang tidak dapat menambah baik dari segi level of service. Mungkin dikenakan penalti.

Pilihan raya. Isu pilihan raya juga, Tuan Yang di-Pertua, banyak isu yang ditimbulkan. Saya juga cuba untuk menjawabnya. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar bertanya kenapa peruntukan kepada SPR meningkat terlalu tinggi. Perbelanjaan sebenar bagi Pilihanraya Umum Ke-12 adalah sebanyak RM224.6 juta.

Bagi maksud Pilihanraya Umum Ke-13, terdapat peningkatan kepada perbelanjaan ekoran daripada beberapa sebab utama seperti berikut:

(i) pertambahan jumlah pemilih memerlukan pertambahan pusat mengundi yang memerlukan tambahan pasukan petugas pilihan raya serta tambahan peralatan pilihan raya. Sebagai maklumat, jumlah pemilih pada pilihan raya umum ke-12 adalah seramai 10.9 juta orang manakala jumlah pemilih terkini yang telah didaftarkan dan diwartakan pada 7 Jun 2012 adalah seramai 12.9 juta orang. Sudah meningkat seramai dua juta orang semenjak PRU ke-12. Dua juta orang peningkatan;

(ii) menambahbaikkan proses pilihan raya iaitu dengan memperkenalkan penggunaan dakwat kekal yang memerlukan perolehan dakwat kekal. Sekarang, PRU Ke-13 ini akan ada dakwat supaya orang yang sudah mengundi itu dia ada tanda. Dia tidak boleh lagi pergi mengundi dua kali;

(iii) memperkenalkan proses pengundian awal sebagai penambahbaikan kepada proses pengundian pos yang memerlukan SPR mewujudkan pusat-pusat pengundi baru dan melantik pasukan petugas pilihan raya serta melaksanakan perolehan peralatan pilihan raya. Akan ada pilihan raya awal kepada petugas. Dulu melalui pos; dan

(iv) kenaikan kadar honorarium petugas pilihan raya kepada kadar yang lebih munasabah sesuai dengan keadaan semasa dan kos taklimat petugas pilihan raya yang juga meningkat, kenaikan kadar sewaan kenderaan seperti pacuan empat roda dan helikopter, kenaikan kadar bil-bil utiliti. Ini memanglah, bila sudah masa berlalu, jumlah pemilih pun bertambah seramai dua juta orang. Maka perbelanjaan meningkat.

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

56 DN 11.7.2012

Yang Berhormat Senator Dato’ Syed Ibrahim bin Kader bertanya mengapa tidak

buat pendaftaran pemilih automatik. Ini adalah cadangan yang baik. Namun begitu, ia masih memerlukan satu kajian yang menyeluruh terutama aspek perundangan dan pelaksanaannya sebelum dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, kaedah pendaftaran pemilih sedia ada masih lagi boleh dilaksanakan. Jadi ideanya bagus tetapi perlu kepada kajian sedikit. Satu hari nanti barangkali ini akan menjadi satu kenyataan di negara kita, insya-Allah.

Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah ada bertanya penjelasan peranan RELA semasa PRU Ke-13 ini. RELA berperanan untuk membantu agensi seperti polis dan pihak berkuasa tempatan dalam mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam setempat sepanjang pilihan raya diadakan. Peranan tersebut melibatkan tugas-tugas seperti yang pertama, membantu dari segi kawalan keselamatan semasa kempen-kempen, program-program yang diatur oleh parti-parti politik dilaksanakan sepanjang pilihan raya. Jadi. kena jaga supaya kesesakan jalan, keselamatan laluan dan sebagainya. Kedua, membantu dari segi mengekalkan ketenteraman awam sepanjang pilihan raya diadakan dan membantu dari segi kawalan keselamatan pada hari pilihan raya. Di samping itu, RELA juga akan membantu pihak polis dan pihak berkuasa tempatan dalam hubungan kawalan lalu lintas. Ini saya sudah sebut tadi.

Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah juga bertanya peranan RELA sudah jawab. Ada dua salinan jawapan yang sama. Bilangan anggota polis yang akan ditugaskan semasa pilihan raya. Ini untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PDRM akan dijangka akan menugaskan sebanyak 70,000 hingga 75,000 anggota semasa pilihan raya. Dijangka 70,000 hingga 75,000 anggota polis.

Yang Berhormat Senator Tuan Lihan Jok, cadangan supaya urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya dilaksanakan secara menyeluruh terutama di Parlimen P.220 - Beram. “Baram” atau “Beram”?...

Timbalan Yang di-Pertua: Baram.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Beram?

Timbalan Yang di-Pertua: Baram.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Baram? Salah eja ini. Dia tulis ‘Be’. Baram iaitu DUN N66 Marudi, dan N67 Telang Usan. Saya harap betul.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya bagi seluruh Semenanjung dan Sabah telah cukup tempoh lapan tahun pada 21 Mac 2011 yang lalu. SPR walau bagaimanapun, telah memutuskan untuk menangguhkan urusan kajian semula persempadanan tersebut bagi membolehkan fokus sepenuhnya kepada persediaan Pilihanraya Umum Ke-13. Walaupun tempoh itu sudah cukup bulan Ogos yang lalu tetapi oleh kerana pilihan raya dijangka tidak lama, maka fokusnya ditumpu kepada Pilihanraya Umum Ke-13. Urusan kajian persempadanan semula bahagian pilihan raya bagi negeri Sarawak pula akan cukup tempoh lapan tahun pada 10 Jun 2013. Jadi, tidak cukup lagi tempoh yang Sarawak ini.

Dalam pelaksanaan urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya, SPR berpandukan kepada prinsip-prinsip yang telah digariskan dalam Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan. Keseluruhan proses ini melibatkan semua pihak dalam memberikan pandangan dan maklum balas bagi memastikan urusan tersebut dilaksanakan secara saksama dan mengikut undang-undang. Dalam hal ini, cadangan untuk memecah sempadan bahagian pilihan raya P.220 – Baram boleh dibangkitkan sebaik sahaja persempadanan bahagian pilihan raya bagi negeri Sarawak diputuskan bila sampai masanya. Saya harap Yang Berhormat jangan lupa, bila sampai masa bagi cadangan.

Yang Berhormat Senator Dato’ Syed Ibrahim mencadangkan supaya daftar pemilih SPR sentiasa dikemaskinikan dengan kerjasama daripada jabatan bertanggungjawab seperti Jabatan Pendaftaran Negara. Peraturan 25, Peraturan-peraturan Pilihan Raya 2002 memberi kuasa kepada SPR untuk mengemas kini daftar pemilih sama ada memotong nama pemilih yang telah meninggal dunia, hilang taraf kewarganegaraan dan juga membuat pembetulan maklumat pemilih dari semasa ke semasa.

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 57

Dalam usaha membersihkan daftar pemilih ini, SPR mendapat kerjasama daripada

Jabatan Pendataran Negara, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia untuk mengesahkan maklumat sebelum tindakan dilaksanakan. Usaha pembersihan daftar pemilih ini adalah untuk memastikan daftar pemilih yang dikemas kini dan berwibawa untuk digunakan bagi maksud pilihan raya umum ataupun pilihan raya kecil.

Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan bertanya berapakah jumlah perbelanjaan KDN bagi PRU Ke-12. Peruntukan tambahan bagi tugas PDRM bagi PRU Ke-12 adalah sebanyak RM75 juta semasa PRU Ke-12. Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan membuat kenyataan SPR gagal membersihkan daftar pemilih daripada isu-isu seperti 42,000 orang pengundi yang bukan warganegara, 15,000 orang pengundi yang bertentangan maklumat jantina. SPR perlu membersihkan daftar pemilih sebelum PRU Ke-13.

Dalam melaksanakan urusan pembersihan daftar pemilih, SPR diperuntukkan kuasa macam disebut tadi. SPR menjalankan pembersihan daftar pemilih sepanjang masa berdasarkan maklumat yang disahkan oleh jabatan-jabatan kerajaan. SPR ingin menjelaskan bahawa 42,000 orang pemilih yang dikatakan bukan warganegara dan tiada dalam pangkalan Jabatan Pendaftaran Negara adalah tidak benar. Ini satu tuduhan. Mengikut SPR dan JPN, mereka ini adalah warganegara yang sah dan merupakan pemilik yang sah. Jadi, kalau ada apa-apa pandangan lain yang ada bukti, saya rasa boleh bawa kepada SPR dan buktikan. Akan tetapi pada mereka, yang 42,000 orang yang dikatakan tidak sah ini adalah sah. Yang Berhormat hendak bangkit kah?... [Disampuk] Bukan ya.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat, SPR perlu menyiasat pengundi yang mendaftar menggunakan alamat palsu seperti alamat sarang burung walet dan kilang. Adakah alamat sarang burung walet?

■1640

Kadang-kadang di Kelantan saya tengok sarang burung walit ini di atas, di bawah orang duduk. Jadi alamat samalah. Sarang burung walet di atas, dia buat bangunan tinggi atas sarang burung walet tetapi bawah itu rumah orang. Jadi itu SPR kena check. Memang di Kota Bharu pun tingkat atas semua sarang burung tetapi orang ada dekat situ.

SPR dalam urusan memproses permohonan pendaftaran sebagai pemilih akan menyemak status kewarganegaraan pemohon dan butiran maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan 12 angka, nombor kad pengenalan lama jika ada tarikh lahir dan alamat pemohon. Hanya permohonan yang menggunakan alamat dan disemak serta disahkan sama dengan maklumat alamat di Jabatan Pendaftaran Negara akan diproses seterusnya disahkan sebagai pemilih. Ini adalah selaras dengan peruntukan peraturan 13, Peraturan-peraturan Pilihan Raya 2002.

Di samping itu, sebelum satu-satu nama pemohon disahkan sebagai pemilih, nama pemohon akan dipamerkan dan terbuka untuk diperiksa oleh pengundi bagi kawasan berkenaan dari semua parti, dipamerkan. Kalau rasa memang tidak sesuai, boleh bantah. Melalui pameran ini, pengundi suatu kawasan mendaftar, boleh menyemak dan seterusnya mengemukakan bantahan. Oleh yang demikian, sebelum suatu nama pemohon disahkan sebagai pemilih, permohonan tersebut telah melalui proses-prosesnya tetapi kalau ada bukti jelas bahawa memang alamatnya tidak ada, boleh bawa ke SPR dan saya rasa tidak bertentangan dengan usaha pemutihan ini cuma kita perlu ada bukti.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat mencadangkan kepada SPR supaya mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang melepaskan keahliannya tidak dibenarkan bertanding kerusi DUN. Untuk maklumat Yang Berhormat, sebab apa - ada orang yang hendak meletakkan jawatan bertanding kerusi DUN kah?

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Saya jelaskan sedikit dahulu ada orang berhenti Ahli Parlimen gantikan suaminya tetapi sekarang tak nak macam itu lagilah.

Dato' Dr. Awang Adek Hussin: [Ketawa] Fasal 6, kena ada legal sedikit. Fasal 6, Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa seseorang yang melepaskan keahliannya dalam Dewan Rakyat hendaklah bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Dewan Rakyat. Peruntukan yang sama tidak menyebut perkara berhubung hilang kelayakan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

58 DN 11.7.2012

Jadi mengikut peruntukan undang-undang sekarang bolehlah, dia tidak terlarang

tetapi hendak bertanding pilihan raya Ahli Parlimen semula tidak boleh. Sila Yang Berhormat.

Tuan Saiful Izham bin Ramli: Hendak dapatkan sedikit penjelasan tentang fakta. Pada tahun 1997 atau 1996 kalau tidak silap saya berlaku peletakan jawatan Ahli Dewan Rakyat meletakkan jawatan dan diadakan pilihan raya kecil di dua tempat di Selangor, meletakkan jawatan untuk menjadi Menteri Besar. Jadi situasinya agak sama kan dalam kes ini. Jadi tidak ada masalah untuk seseorang meletakkan jawatan Dewan Rakyat sama ada dari segi moral atau dari segi perjalanan biasa bagi membolehkan dia kemudiannya bertanding di Dewan Undangan Negeri.

Dato' Dr. Awang Adek Hussin: Saya menyebut tentang peruntukan Undang-undang Perlembagaan jelas bahawa dia boleh, tidak ada masalah. Ya ada berlaku, Menteri Besar Selangor dahulu, boleh tidak ada masalah.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat, SPR perlu mengenal pasti pusat-pusat mengundi yang akan digunakan pada pilihan raya umum dengan mengambil kira keselesaan pengundi sebagai contoh kedudukan lokasi yang bersesuaian, bangunan, premis yang selesa dan kawalan keselamatan.

SPR melalui Pejabat Pilihan Raya Negeri dengan kerjasama pegawai pengurus yang dilantik akan membuat lawatan bagi mengemas kini semua pusat mengundi yang akan digunakan semasa pilihan raya. Antara perkara yang diteliti adalah kedudukan pusat mengundi tersebut, akses laluan ke pusat mengundi berkenaan, bangunan yang sesuai, kemudahan kawalan keselamatan oleh PDRM pada hari mengundi.

Selain itu, SPR turut mengambil kira kemudahan untuk mengundi di saluran terutamanya bagi warga emas dengan membuat ketetapan bahawa saluran bagi warga emas mesti berada di aras bawah selain kemudahan kerusi roda untuk kemudahan. Maknanya SPR mengambil kira kalau masih ada tempat-tempat yang dirasakan tidak wajar itu, mungkin tidak ada tempat lain yang lebih sesuai di kawasan tersebut.

Yang Berhormat Senator Tuan Baharudin bin Abu Bakar isu 42,000 pengundi ragu dalam daftar pemilih. Ini isu yang samalah, saya sudah jawab tadi terima kasih. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah nama pengundi dikeluarkan daripada daftar pemilih tanpa sebab diketahui walau pun pernah mengundi. Ini SPR melaksanakan urusan pendaftaran pemilih berdasarkan peruntukan pilihan raya. Semua nama pengundi yang telah disahkan sebagai pemilih akan kekal dalam daftar pemilih sehingga hilang layak sebagai pemilih seperti telah meninggal dunia dan hilang taraf kewarganegaraan yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, disabitkan hukuman mahkamah dengan maklumat yang disahkan oleh Jabatan Penjara.

Oleh yang demikian, SPR tidak boleh dan tidak akan sewenang-wenangnya memotong atau mengeluarkan nama. Jadi kalau ada yang terkeluar itu, minta maaflah, kena pergi report balik. Mungkin tidak tersengaja, tergugur tetapi harapnya tiadalah puak-puak yang suka menggugurkan nama orang itu. Kadang-kadang ada juga puak-puak yang suka. Jadi dia sudah daftar pemilih, biarlah dia daftar pemilih, bagi kebebasan kepada dia.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah minat betul dia SPR ini. SPR menyiasat pemilih dipindahkan dari satu kawasan ke kawasan pendaftar yang lain. SPR tidak boleh memindahkan nama pemilih dari satu kawasan ke kawasan yang lain tanpa adanya permohonan daripada pengundi yang berkenaan. Ini adalah selaras dengan Peraturan 12, Peraturan Pilihan Raya. Walau bagaimanapun, peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya 2002 memberi kuasa kepada SPR untuk membetulkan kawasan pendaftaran seseorang pengundi sekiranya mendapati adanya kesilapan dalam penentuan kawasan pendaftaran tersebut. SPR akan memaklumkan kepada pengundi berhubung pembetulan kawasan pendaftaran. Jadi kalau ada tersilap, SPR boleh ubah tetapi biasanya orang lain tidak boleh hendak ubah-ubah melainkan permohonan diri sendiri.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah mencadangkan supaya kerajaan menggabungkan pusat internet desa dengan perkhidmatan internet di bawah RTC. Sememangnya kerajaan melalui KKLW atau Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dalam melaksanakan program berkaitan ICT termasuklah berkongsi kemudahan yang ada.

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 59

Di bawah KKLW, operasi pusat internet desa yang dikenali sebagai medan info

desa sedang diperluaskan perkhidmatannya secara berperingkat-peringkat pada pusat hentian pelbagai perkhidmatan yang dikenali sebagai RTC. Dia ada kerjasama dan diharapkan dapat diselaraskan.

Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah bercakap berkenaan dengan RELA saya sudah jawab tadi penyelarasan berhubung pengundi dipindahkan sudah jawab ya. Penjenamaan negara, terima kasih harap sudah jelas SPR itu. Jadi kalau ada yang masih lagi tidak puas hati, bawa bukti, pergi jumpa SPR.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar, apakah justifikasi menyalurkan peruntukan Unit Penjenamaan Negara, berapa banyak kah aktiviti yang dijenamakan sama ada peringkat domestik atau antarabangsa. Ini unit baru penjenamaan negara ini hendak mempromosikan nama baik Malaysia dan sekarang ini sebelum ada Unit Penjenamaan ini, promosi ini dilakukan oleh kementerian masing-masing. Kementerian Pelancongan buat cara pelancongan, MITI buat MITInya. Jadi dirasakan perlu ada satu unit yang boleh mengkoordinasi, menyelaraskan barangkali lebih berkesan sebab yang pentingnya nama Malaysia itu, bukannya dalam aspek pelancongan sahaja, bukannya dalam aspek pelaburan sahaja.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Minta laluan Dato’. Kerajaan nampaknya memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk penjenamaan, dari segi jenama Malaysia tetapi masalahnya apabila ada warganegara kita sendiri yang cuba merosakkan nama negara dekat luar. Jadi adakah ini berlaku pembaziran atau pun kita buat kerja sia-sia untuk jaga nama baik negara kita dekat luar tetapi ada pihak-pihak tertentu warganegara kita sendiri, pergi ke luar memburuk-burukkan nama negara kita. So bagaimana dengan pendapat kementerian.

Dato' Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. Inilah tidak eloklah kalau ada yang kita hendak menaikkan nama baik Malaysia. Jadi kalau ada usaha-usaha yang boleh menjatuhkan nama, tidak baiklah, jadi merugikan. Jadi kita hendak luluskan bekalan tambahan RM30 juta ini hendak meningkatkan nama baik dan ini diluluskan oleh semua kita, semua parti, semua rakyat Malaysia. Jadi rakyat Malaysia mesti kena sama-sama sokonglah. Ini untuk baikkan nama negara, pelaburan datang dengan banyak, pelancongan banyak, semua dapat hasil.

� 1650

Jadi kalau ada yang hendak pergi merosakkan nama Malaysia, tidak eloklah, tidak baik. Jadi kita nasihat kepada mereka jangan buatlah, sesiapa sahaja, tidak elok. Macam juga tadi soal-soal agama, soal-soal negara, kita perlu meletakkan soal-soal ini lebih tinggi daripada soal-soal kepentingan diri dan peribadi kita. Jadi Unit Penjenamaan Negara akan memperkasakan dasar nasional, dasar luar negara, hala tuju dan strategi.

Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai: Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ya.

Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai: Boleh?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Oh ada lagi?... Boleh.

Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai: Tadi Yang Berhormat Baharudin tanya siapa rosakkan negara kita di luar negara? Saya mahu bagi dia nama.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak perlulah bagi nama, tidak perlu sebut nama.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Tidak perlu?

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak perlu sebut nama. Teruskan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Saya hendak tanya. Kalau Yang Berhormat hendak sebut pun saya tidak ada halangan.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak payah Yang Berhormat.

Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai: Dia yang cakap.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Okey tidak apa. Jadi saya rasa cukuplah itu. Kita niat baik, kita hendak yang elok, tambah-tambah dekat bulan puasa ini.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

60 DN 11.7.2012

Tidak guna, tidak elok, letih kita. Letih hendak menaikkan imej negara kita, hendak

mempromosikan Malaysia. Jangan. Jangan di antara kita yang mendusta, jangan ada dusta antara kita. Terima kasih Yang Berhormat. Jadi mengurus dan membangunkan strategi. Tiga belas inisiatif dan aktiviti yang telah diaturkan...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, saya tadi belum dijawab lagi. Domestik berapa, antarabangsa berapa. Dia kacau. Jawablah.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Saya baru hendak jawab. Yang Berhormat bangun buat apa.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: You tidak jawab.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Bagilah peluang saya hendak jawab. Jangan kata dia kacau. Dia sahabat kita, jangan tuduh dia kacau. Dia boleh, ada ruang untuk celahan sekiranya diberi oleh Timbalan Menteri. Jadi Timbalan Menteri bagi ruang, okeylah, terima kasih. Tiga belas inisiatif dan aktiviti yang telah diaturkan sehingga hujung 2013. Lima inisiatif yang pertama akan bermula pada bulan November hingga awal tahun 2013. Sebanyak 40 peratus aktiviti penjenamaan negara akan fokus kepada peringkat antarabangsa, 60 peratus aktiviti akan difokuskan pada domestik. Domestik pun yang menarik minat pelancong dan sebagainya.

Bagi tahun 2012, lima inisiatif telah dikenal pasti iaitu Malaysia Food Capital of Asia, pesta makanan. Keduanya, Perfect First Impression, memperbaiki imej KLIA dan lain-lain sebab warga asing datang ke KLIA, dia tengok. Jadi kalau first impression itu tidak elok, sebab itu ada kebimbangan dulu kalau macam petugas-petugas di KLIA merupakan warga asing kah. Jadi mereka datang tengok ini Malaysia ataupun negara mana ini. Tengok yang mengangkat barang dan sebagainya orang asing, jadi tidak elok. Jadi first impression itu penting. Malaysia Home of Badminton, Pusat dan Akademi Badminton sebab nama baik Malaysia, badminton ini kita mahu tonjolkan lagi. My Centre iaitu pusat Malaysia di London dan Shanghai, international events, big impression at World Economic Forum, Davos. Davos ini semua pemimpin dunia setiap tahun berhimpun. Jadi kita akan ada international events di sana. Jadi ini di antara lima yang telah dikenal pasti.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany bertanya apakah impak dan hasil yang diharapkan melalui aktiviti yang akan dijalankan. Niatnya cukup baik memperkukuhkan imej dan persepsi baik negara kita, membantu meningkatkan pelaburan dan juga GDP, membantu kementerian, agensi dan pihak swasta untuk berkomunikasi mengenai Malaysia dengan lebih baik dan lebih berfokus.

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali, apakah usaha-usaha tambahan bagi aktiviti penjenamaan. Samalah Yang Berhormat. Terima kasih.

Koridor Ekonomi Pantai Timur, Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar mempersoalkan kenapakah peruntukan tambahan yang disediakan kepada ECER terlalu sedikit jika dibandingkan dengan peruntukan yang lain, RM5 juta. Ini adalah tambahan sebenarnya kepada peruntukan asal yang telah pun dibuat sebanyak RM32 juta, sudah pun disediakan peruntukan RM32 juta. Cuma ditambahkan RM5 juta lagi. Ini untuk menampung peningkatan kos operasi seperti perbelanjaan pemasaran dan promosi bagi mendapatkan pelabur-pelabur swasta daripada dalam dan luar negara yang disasarkan sebanyak RM15 bilion untuk tahun 2012 ini di ECER sahaja. East Coast sahaja, RM15 bilion yang telah pun diluluskan dan komited. Jadi kita hendak pastikan mereka ini datang.

Bagi menampung keperluan untuk mengendali, menyelaras dan memantau projek-projek dan pelaksanaan yang meningkat daripada 13 projek pada tahun 2011 kepada 31 projek pada tahun 2012. Kos emolumen, gaji, elaun dan sebagainya bagi kakitangan baru yang dilantik bagi mengisi jawatan kosong yang sedia ada dan untuk menggantikan kakitangan Petronas. ECER dulu banyak diisi oleh pegawai-pegawai Petronas sebab kita nak dipercepatkan dan Petronas ini ada di Terengganu. Jadi kita gunakan pegawai-pegawainya. Jadi apabila beberapa tahun, memanglah pegawai Petronas pun dah balik yang mana dipinjamkan dah balik ke Petronas.

Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman bertanya lagi ataupun meminta supaya kerajaan membentangkan laporan aktiviti ECER dan juga koridor yang lain kepada Parlimen.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 61

Aktiviti tahunan ECER dilaporkan secara terperinci di dalam laporan tahunan,

annual report. Untuk tahun 2011, laporan tahunan ECERDC akan dibentangkan kepada Parlimen sebelum 31 Disember. Ia dibentangkan di Parlimen. Memang ada diletakkan di atas meja kita, jadi kita boleh tengok.

Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun, Senator baru, sahabat lama saya. Selamat menduduki Dewan Negara. Apakah tindakan kerajaan melalui ECER untuk memaju industri-industri pertanian dan penternakan bagi Daerah Marang. Janganlah Yang Berhormat datang-datang tanya Marang, tanyalah Pantai Timur. Industri pertanian merupakan tulang belakang ekonomi ECER. Buat masa kini, Marang merupakan salah satu daripada daerah dalam peringkat perancangan untuk projek pusat pengeluaran dan pemasaran benih ikan, marin dan udang. Jadi ada dalam perancangan untuk pengeluaran benih ikan dan udang. Marang ini di tepi laut, ia ada, insya-Allah.

Yang Berhormat Senator Zaitun, apakah projek-projek pelancongan yang dimajukan oleh ECER ini bagi penduduk Daerah Marang yang akan dilaksanakan. Tadi saya dah sebut, okeylah itu.

Pencegahan penyakit talasemia. Ini pun satu tajuk yang mendapat minat ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Talasemia ini namanya pun dah pelik. Saya dulu pun bertanya apa penyakit talasemia ini. Menjawab persoalan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar, talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang terbahagi kepada talasemia minor iaitu pembawa dan talasemia major, pesakit. Maaflah kalau ada doktor, dia lebih arif- di mana sel darah merah yang dihasilkan senang termusnah mengakibatkan terjadinya pengumpulan zat besi dalam badan pesakit talasemia. Banyak sangat besi, tidak elok.

Penyakit ini akan menyebabkan kerosakan pada organ-organ penting khususnya jantung, hati dan ginjal. Pesakit juga sering kelihatan pucat disebabkan paras hemoglobinnya rendah dan memerlukan transfusi darah secara berterusan. Dianggarkan tiga hingga lima peratus penduduk Malaysia iaitu antara 780,000 orang hingga 1.3 juta orang merupakan pembawa penyakit genetik ini dan 120 hingga 350 bayi talasemia major dilahirkan setiap tahun. Major ini memang teruk, yang carrier ini pun. Jadi yang carrier ini sebenarnya hendak kahwin, dia kena test dulu. Kalau tidak test, takut dia kahwin dengan pembawa ini, dia boleh jadi major. Two minor make a major.

Jadi Yang Berhormat Senator Baharudin kena careful sikit sebab dia yang muda. Kita yang tua ini Yang Berhormat Syed, kita tidak apa dah, kita tidak ada hendak kahwin lagi. Dato’ Firdaus tidak tahulah, tidak tentu. Maknanya harapan itu ada.

■1700

Saya hendak declare dalam Dewan yang mulia ini, saya sudah tidak ada. Write off saya, sudah tidak ada apa. Jumlah terkini pesakit talasemia seluruh Malaysia sehingga Jun 2012 adalah seramai 5,365 orang. Jadi, kira masalah besar kepada negara kita. Ubat iron chelation agent yang diperlukan untuk mengeluarkan zat besi dari badan pesakit, pesakit hanya menerima pemindahan darah tanpa agen, mempunyai jangka hayat kurang dari sembilan tahun. Jadi, ubat itu penting. Ubat ini mahal. Bagi pesakit Talasemia dewasa terutamanya pesakit talasemia major yang sangat bergantung kepada pemindahan darah, mereka menanggung beban untuk pembelian ubat chelation therapy sebanyak RM2,000 sebulan agar dapat memperoleh kehidupan yang baik sebelum kerajaan meluluskan program kawalan pencegahan dan rawatan talasemia di Malaysia pada tahun 2004.

Jadi, kerajaan telah melaksanakan beberapa program bagi mengawal penyakit ini iaitu menjalankan aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan, menjalankan aktiviti untuk ujian saringan makmal dan pewujudan Daftar Talasemia Kebangsaan. Kejayaan aktiviti saringan, screening serta kaunseling untuk para remaja dan mereka memasuki alam pra perkahwinan, ini penting. Didapati bilangan pesakit baru telah dapat diturunkan, ini telah membantu mengurangkan beban kepada kerajaan pada jangka masa panjang. Kenapa peruntukan tambahan diberikan untuk pesakit ini sahaja. Kerajaan telah menyediakan peruntukan untuk semua penyakit lain di semua facility kerajaan. Kejayaan rawatan pesakit Talasemia untuk kanak-kanak telah menyebabkan bilangan pesakit Talasemia dewasa bertambah dan jumlah peruntukan ini tidak mencukupi untuk menampung pertambahan jumlah pesakit talasemia kanak-kanak yang semakin dewasa.

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

62 DN 11.7.2012

Jadi, sebab kita berjaya rawat kanak-kanak ini, kanak-kanak ini jadi dewasalah.

Akan tetapi kalau kita tidak rawat kanak-kanak, kasihanlah mereka mati muda. Jadi, apabila mereka dewasa, maka beban kita kena biayai ubat itu bertambah. Akan tetapi biarlah, kanak-kanak sekurang-kurangnya dapat membesar, kasihan mereka. Jadi, saya rasa Yang Berhormat semua simpati. Kita mempunyai hati yang baik. Pada masa kini terdapat 3,376 pesakit talasemia dewasa. Dari jumlah ini seramai 1,688 pesakit sedang menerima rawatan pemindahan darah secara berkala. Oleh itu peruntukan kewangan tambahan diperlukan bagi tujuan membiayai rawatan pesakit-pesakit talasemia dewasa ini. Jadi, itulah ceritanya, terima kasih.

Ini pun Puan Hajah Rohani binti Abdullah pun lebih kurang perkara yang sama. Ubat apa jenis sebenarnya, permohonan peruntukan tambahan untuk Program Talasemia dipohon adalah untuk pembelian ubatan baru iaitu deferasirox. Lebih mudah untuk diambil. Ini ada Timbalan Menteri Kesihatan, patut dia yang jawab. Terima kasih. Jadi, ubat baru.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat minta bilangan pesakit talasemia, saya sudah bagi tahu tadi. Apakah program-program pendidikan melalui media cetak, elektronik, pameran serta ceramah kesihatan. Adakah khidmat kaunseling bergerak untuk pesakit ini? Khidmat kaunseling dijalankan untuk para remaja dan pasangan yang memasuki alam pra perkahwinan di klinik-klinik kesihatan. Jadi, ini penting, pengawalan di peringkat sebelum kahwin. Kalau sudah kahwin, terlanjur susah kita.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar, ini satu tajuk lain sedikit. Cadangan supaya ATM memperbanyakkan latihan bersama negara asing supaya meningkatkan kesiagaan angkatan tentera Malaysia. Angkatan tentera Malaysia menjalani pelbagai bentuk latihan gabungan, multilateral dan tunggal, bilateral dengan angkatan tentera dari luar negara. Setakat ini 10 negara asing yang terlibat iaitu negara-negara jiran serantau seperti Indonesia, Thailand, Brunei, Singapura dan Filipina. Negara-negara di bawah five powers defense arrangement iaitu Singapura, New Zealand, Australia dan United Kingdom, dengan Pakistan (TLDM sahaja), Amerika Syarikat, dengan India- TUDM sahaja. Jadi, ini adalah negara-negara yang- ini sudah pukul 5, hendak lagi kah..., banyak lagi?

Timbalan Yang di-Pertua: Terus jawab sahaja Yang Berhormat.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Teruskan ya? Saya ingat hendak minta jawapan bertulis sahaja, saya boleh hantar, senang. Tidak apalah kita teruskan. Barangkali sampai 5.30 petang, senang.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih tetapi berdiri ini pun penat juga... [Ketawa] Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar banyak betul Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar. Lain kali bagi kuota orang lain sama, jangan dia seorang sahaja. Peralatan institut latihan, ini tajuk lain. Peralatan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia jadi gajah mati, besi buruk. Dia dahulu Timbalan Menteri Sumber Manusia, dia marah sedikit barangkali. Kementerian sentiasa mengemas kini peralatan-peralatan di semua institusi latihan pejabat dan latihan jabatan tenaga manusia. Setiap tahun sejumlah peruntukan antara RM1 juta hingga RM2 juta diperuntukkan untuk peralatan dan penyelenggaraan di setiap IJTM, memang ada. ILP baru dibuat, sampai sekarang peralatan belum dimasukkan lagi. Urusan pembelian telah selesai untuk semua ILP yang baru dan sedang dalam proses pembekalan. Datuk Rahman, sabar, sabar.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah, jumlah peruntukan yang digunakan untuk latihan kemahiran dan bagaimanakah peruntukan berkenaan dibelanjakan. Sejumlah RM258 juta di peruntukkan kepada Kementerian Sumber Manusia bagi melatih seramai 17,500 orang pelajar di 32 buah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia bagi tahun 2012. Ramai juga ini, 17,500. Berdasarkan kepada jumlah ini kos bagi melatih seorang pelajar adalah sebanyak RM8,500 setiap pelajar. Kos ini meliputi kos bahan guna habis, penyediaan makanan bermasak, elaun saku pelajar, penyediaan asrama atau penginapan dan perkhidmatan latihan. Kementerian sentiasa berusaha untuk melatih lebih ramai lagi rakyat Malaysia dalam bidang kemahiran memandangkan bidang ini mampu menjamin masa hadapan yang lebih baik untuk mereka, terima kasih.

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 63

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah juga bertanya langkah

kementerian untuk menyediakan tenaga mahir yang mencukupi bagi mengurangkan kebergantungan tenaga kerja luar. Bagi menyediakan tenaga mahir yang mencukupi, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama industri telah membangunkan standard kemahiran pekerjaan kemahiran iaitu NOSS, dalam pelbagai sektor kemahiran. NOSS adalah standard yang diperlukan oleh setiap pekerja mahir yang bekerja di Malaysia. NOSS ini digunakan sebagai penanda aras untuk melatih tenaga mahir di 1,036 institusi latihan kemahiran awam dan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia. Ini termasuklah 32 institusi latihan di bawah KSM, hampir 120 ribu sijil kemahiran Malaysia dikeluarkan kepada mereka yang berjaya menamatkan latihan dengan jaya setiap tahun. Jadi, ada usaha-usaha naik taraf dan kemahiran.

Istana Negara, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali, kenapa peruntukan-peruntukan tambahan kepada Istana Negara? Apakah tujuan peruntukan ini? Peruntukan tambahan diperlukan bagi membiayai perbelanjaan penyelenggaraan komprehensif bangunan Istana Negara yang tidak diberi peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Tahunan. Sebab ini yang baru. Jadi, dahulu belanjawan untuk membina istana baru. Sekarang sudah siap, jadi ia ada kontrak penyelenggaraan. Istana ini ada dengan komprehensif dengan karpet, dengan landskap. Jadi, penyelenggaraan secara komprehensif bagi memastikan aset kerajaan dijaga dengan baik dan dapat digunakan dengan lebih lama untuk menjaga keselesaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dan indah dipandang oleh semua rakyat dan juga pelancong-pelancong. Dia datang, dia tengok istana, kemegahan kita. Jadi, kita jaga lebih sedikitlah istana kita ini...

Timbalan Yang di-Pertua: Agaknya masih banyak lagi kah Yang Berhormat?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Tidak banyak. Saya bila-bila masa pun boleh. Sebab yang ini...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang ada dengan Yang Berhormat Menteri masih banyak lagi?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Tidak banyak.

Timbalan Yang di-Pertua: Okey, kalau macam itu teruskan. Atau Yang Berhormat hendak berhenti sebentar minum air? Tekak agak kering.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Oh, ini jarang diberi kebenaran minum air di dalam Dewan ini. Dewan oleh kerana Timbalan Yang di-Pertua begitu prihatin, saya terpaksa minum air.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

■1710

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Saya minta maaf, yang lain kena tengok sahajalah. Saya minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Okey, Istana Negara kita dah jawab. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman Bakar mencadangkan Ahli Dewan Negara mencadangkan supaya dilakukan jemputan ke Istana Negara yang baru untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jadi Datuk Rahman cadangkan semua Ahli Dewan Negaralah. Jemputan tetamu ke istiadat atau majlis Istana Negara adalah perlu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, hal ini saya kira boleh diaturlah kalau Ahli-ahli Yang Berhormat rasa ini sesuai ya? Kita serah kepada Datuk Rahmanlah untuk uruskan. Boleh Datuk Rahman?

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Boleh.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih. Yang Berhormat Datuk Syed Ibrahim bin Kader mencadangkan agar ditubuhkan satu jawatankuasa dokumen...

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya mencelah sikit?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Boleh, boleh.

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

64 DN 11.7.2012

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya rasa saya mencadangkan juga. Ada

cadangan saya mengenai penambahbaikan Dewan Negara ini tak terdengar, tak tahulah sama ada saya terlepas dengar kah... [Disampuk] Saya mencadangkan supaya ditambah, dilakukan penambahbaikan Dewan Negara itu supaya lebih menunjukkan jati diri kebudayaan kita atau belum lagi agaknya, belum?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Saya baca cadangan-cadangan yang awal-awal dahulu yang dibuat semalam dan juga pagi tadi kerana itulah yang telah disediakan oleh pegawai yang dulu. Yang Berhormat cakap lambat, rugi sikitlah. Dewan Negara lain dengan Istana Negara pun. Dia jangan sebab ada “negara”, maka dia tema yang sama... [Disampuk] [Ketawa] Saya dengar Dewan Negara. Nanti, saya ingat mungkin ada pegawai akan hantar itu yang akhir-akhir. Saya rasa yang dua, tiga orang Yang Berhormat yang akhir-akhir itu mungkin bila saya masuk itu saya tak bawa, itu sebab yang sediakan lebih awal itu lain. Jadi saya menyeru kepada pegawai-pegawai yang ada ini, yang Ahli-ahli Yang Berhormat terutama sekali Yang Berhormat Dato' Dr. Firdaus ini yang mana cadangan dia itu diminta bagi jawapan.

Yang Berhormat Datuk Syed Ibrahim bin Kader mencadangkan agar ditubuhkan satu jawatankuasa Dokumen Pengenalan Diri sebagai jalan penyelesaian yang lebih komprehensif kerana ramai anak-anak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara telah melaksanakan pelbagai mekanisme bagi memudahkan pendaftaran dokumen pengenalan diri. Sehingga kini, JPN telah mempunyai pejabat cawangan di setiap daerah dengan jumlah keseluruhan sebanyak 215 cawangan di seluruh negara. JPN juga telah mewujudkan unit khas bergerak yang khusus menjalankan operasi pendaftaran di kawasan-kawasan pendalaman termasuk Sabah dan Sarawak. Jawatankuasa Dokumen Pengenalan Diri mungkin buat masa ini tak perlu ditubuhkan tetapi usaha sedang dibuat.

Jadi, memang saya faham di Sabah dan Sarawak yang mana kawasan pedalaman kadang-kadang ramai kanak-kanak yang tidak ada surat beranak dan sebagainya. Akan tetapi kalau ada urusan untuk membantu mereka mendapatkan surat beranak, saya rasa ini selalunya dilayan dengan baik oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Yang Berhormat Datuk Maijol Mahap memohon kerajaan untuk mengiktiraf bangsa kaum Sino Kadazan, Sino Murut dan Sino Dusun dalam sijil kelahiran kerana bangsa ini telah lama wujud. Sebelum pelaksanaan sistem pengkomputeran JPN, pendaftar boleh mencatatkan keturunan seseorang mengikut maklumat yang diberikan oleh pemaklum kepada pendaftaran kerana pendaftaran dilakukan secara manual. Maknanya yang pendaftar ini dia ikut tulis seperti yang diberikan oleh pelapor. Bapa dia kah, datuk dia kah?

Ini menyebabkan pelbagai keturunan terutama suku kaum etnik di Sabah dicatatkan di sijil kelahiran. Ini termasuklah keturunan Sino Dusun dan Sino Kadazan. Setelah pelaksanaan sistem pengkomputeran JPN di mana kod-kod keturunannya standard diperkenalkan bermula pada tahun 2003. Pendaftar perlu memilih kod-kod keturunan semasa pendaftaran kelahiran. Bagi anak-anak dari perkahwinan campur antara Cina dan suku kaum Dusun atau Kadazan di Sabah keturunan mereka dicatatkan sebagai Sino native. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara mendaftarkan kelahiran di Sabah berdasarkan kepada peruntukan seksyen 9, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah chapter 1, 2, 3. Maklumat keturunan anak yang dilahirkan adalah mengikut keturunan ibu atau bapa berdasarkan dokumen pengenalan yang dikemukakan seperti sijil kelahiran, kad pengenalan atau pasport.

Jabatan Pendaftaran Negara hanya bertanggungjawab untuk mendaftar kanak-kanak-kanak keturunan native berdasarkan keturunan terkini, etnik, suku kaum, dikeluarkan oleh pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan Ordinan Tafsiran (Definisi Anak Negeri) (Sabah Cap. 64). Ordinan Tafsiran (Definisi Anak Negeri) (Sabah Cap. 64) tidak dinyatakan keturunan Sino dusun atau Sino Kadazan tetapi ianya telah diterima pakai secara meluas. Jadi ini mengikut negeri. Jadi Jabatan Pendaftaran Negara cuma ikut amalan dan juga Ordinan Negeri. Kalau hendak pindah barangkali kena bermula di peringkat negeri sebelum JPN dapat meluluskan.

Rukun tetangga, Yang Berhormat Puan Chew Lee Geok meminta pecahan peruntukan RM50 juta bagi Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela Program Perpaduan dan Integrasi nasional.

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 65

Pecahan peruntukan tambahan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

adalah seperti berikut. Ini detailnya:

Pecahan

Peruntukan (RM / juta)

Aktiviti / Gerakan

16.12 Rukun Tetangga

23.13 Perpaduan

8.2 Skim Rondaan Sukarela

1.5 Peralatan Skim Rondaan Sukarela

Pecahan Peruntukan (RM / ribu) Aktiviti

257,700

Insurans Skim Rondaan Sukarela Tambahan

800,000 Program Penggerak Perpaduan

Yang Berhormat Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta berapa bilangan kawasan rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela sehingga kini dan bagaimana peruntukan diagihkan. Bilangan KRT sehingga 30 Jun adalah sebanyak 5,874 iaitu peningkatan sebanyak 40 peratus dalam tempoh tiga tahun. Skim rondaan sukarela adalah sebanyak 3,203 peningkatan sebanyak 127 peratus dalam tiga tahun. Banyak peningkatan barangkali kerana hendak jaga keselamatan kampung dan sebagainya.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mengagihkan peruntukan kepada kawasan Rukun Tetangga dengan menggunakan dua kaedah, iaitu geran pentadbiran pemberian terus ke akaun Rukun Tetangga dengan kadar RM500 sebulan dan peruntukan aktiviti berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan oleh kawasan Rukun Tetangga. Jadi geran bulanan ada, aktiviti ada. Disebabkan peruntukan sedia ada untuk tahun 2012 tidak mencukupi, maka Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional hanya mampu mengagihkan geran sebanyak RM200 sebulan. Selebihnya akan diagihkan setelah peruntukan tambahan. Jadi kalau ada yang kompelin tidak dapat RM500, insya-Allah selepas peruntukan ini kita akan dapat.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar bertanyakan kenapa kawasan Rukun Tetangga ditubuhkan? Untuk tujuan menjalankan aktiviti mengukuhkan semangat kejiranan perpaduan, kita tahu. Tujuan baik KRT terutama sekali SRS, skim rondaan itu bagus untuk jaga keselamatan kampung.

Pelancongan, Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah, mengapa Kementerian Pelancongan memohon tambahan RM15 juta untuk menampung peningkatan sewaan dan utiliti ekoran perpindahan ke Putrajaya. Kementerian Pelancongan telah berpindah ke Putrajaya pada bulan Ogos 2011 memandangkan kos sewaan dan utiliti adalah berdasarkan anggaran sebelum Kementerian Pelancongan berpindah. Maka Kementerian telah menggunakan bajet dasar sedia ada dengan melakukan penjimatan pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, setelah kos sebenar telah dikenal pasti, maka kementerian perlu memohon tambahan. Tidak cukup. Dahulu dia tidak pindah, tidak tahu berapa bayar sewa dan sebagainya, maka sudah pindah, tahulah. Hendak bayar sewa sahaja Yang Berhormat.

■1720

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah, apakah usaha untuk meningkatkan bilangan pejabat pelancongan di negara-negara strategik. Untuk makluman, Tourism Malaysia mempunyai 44 buah pejabat luar negara sedia ada yang sememangnya terletak di negara-negara yang strategik. Tourism Malaysia sentiasa mengkaji pasaran berpotensi untuk diteroka dan sekiranya perlu, pejabat di pasaran berkenaan dibuka. Sebagai contoh pembukaan pejabat baru Tourism Malaysia di Almaty, di Rusia untuk memantau pasaran timur negara Rusia dan Asia Tengah. Berapakah bilangan pelancong dari negara strategik tersebut yang mengunjungi Malaysia. Pada tahun 2011, pelancong Rusia yang melancong ke Malaysia adalah seramai 38,918 orang. Banyak juga.

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

66 DN 11.7.2012

Yang Berhormat Puan Chew Lee Giok bertanya isu-isu Ekspo Yeosu. Apakah

Ekspo Yeosu, Korea? Apakah hasil yang diperoleh oleh Malaysia selepas menyertai ekspo ini? Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb pun ada juga bertanya hal yang sama.

Ekspo 2012, Yeosu adalah ekspo dunia yang dianjurkan oleh Perhimpunan Agung Biro Pameran Antarabangsa iaitu Bureau of International Exposition yang bertemakan, ‘The Living Ocean and Coast: Diversity of Resources and Sustainable Activities’. Ekspo ini diadakan dari 12 Mei hingga 12 Ogos 2012 di Yeosu, Korea Selatan. Ekspo Yeosu akan berperanan sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pandangan terhadap masalah-masalah ekosistem- Yang Berhormat Abdul Rahim tadi sebut ekosistem ini- marin dan mencadangkan langkah-langkah penyelesaian untuk membangun lestari sumber-sumber marin. Malaysia boleh mengambil peluang ini untuk mempelajari kaedah pelaksanaan terbaik dari negara-negara lain untuk diaplikasikan dalam usaha pemulihan ekosistem marin di Malaysia bagi menjadikan negara kita sebagai destinasi ekopelancongan yang terunggul di rantau ini. Jadi kita kena participatelah, hendak belajar supaya kita dapat balik buat yang terbaik di Malaysia.

Apakah harapan kita setelah peruntukan dibelanjakan untuk ekspo tersebut, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Mohammed Najeeb, ini samalah. Kita hendak meningkatkan ekopelancongan kita ini. Adakah ia dapat menarik lebih ramai pelancong luar ke Malaysia? Moga-moga, insya-Allah. Semenjak ekspo ini bermula pada 12 Mei sehingga 7 Julai 2012, seramai 463,542 pengunjung telah melawat Pavilion Malaysia. Itu bagus dan ada sambutan. Harap-harap ia akan menarik kedatangan mereka ke Malaysia.

Tadi pelancongan di Rusia kita sudah jawab. RELA tadi saya sudah jawab. Yang Berhormat Puan Norliza ada tanya tadi. Kita sudah jawab untuk membantu pilihan raya ini, kita mempercepatkan sedikit.

Taman Botani Shah Alam - dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ahamat bin Yusop. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan akan meneruskan pembangunan Taman Botani Negara Shah Alam memandangkan Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju agar kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, melaksanakan projek fasa 2 dan fasa 3 dalam kawasan yang telah dibangunkan. Peruntukan tambahan sebanyak RM6 juta ini juga merupakan komitmen kerajaan untuk menjadikan Taman Botani ini sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang botani dan hortikultur setelah selesai tempoh pelaksanaan. Jadi ini bagus. Taman Cahaya Seri Alam dahulu, dijadikan Taman Botani.

Pemantauan harga. Yang Berhormat Senator Lihan Jok memberitahu pada tahun 2008, kos pengangkutan ditanggung oleh KPDNKK dan rakyat di luar bandar dapat menikmati harga yang dinikmati di bandar.

Bahan api - Pihak pejabat PPDNK di Sarawak membuat pemantauan ketat ke atas bil-bil yang dikemukakan untuk bayaran oleh transporter. Jika terdapat bukti-bukti yang nyata di mana transporter menipu bil, tindakan sewajarnya. Ini pemantauan di Sabah dan Sarawak supaya tidak ada kenaikan harga yang berlebihan.

Yang Berhormat Puan Norliza, bilangan pegawai pemantauan harga adalah seramai 1,126 orang di seluruh negara, bilangan pengawal penguat kuasa seramai 2,185 orang. Kaedah penyelarasan barangan asas kawasan pendalaman, kerajaan melaksanakan program penyeragaman harga perlu, petrol di kawasan yang dikenal pasti di seluruh negara.

Yang lain-lainnya adalah lain-lain hal. Ini ada bermacam-macam. Satunya mengenai BERNAS. Yang Berhormat Puan Norliza, walaupun tiada peruntukan tambahan BERNAS, jadi saya bagilah maklumat ini. Pemegangan majoriti saham yang dimiliki oleh kerajaan dalam BERNAS dan tanggapan bahawa majoriti saham BERNAS dimiliki oleh syarikat berpangkalan di Hong Kong, itu tidak betullah. Tradewinds (M) Berhad iaitu sebuah syarikat tempatan memiliki saham majoriti BERNAS iaitu sebanyak 72.5 peratus. Pertubuhan Peladang Kebangsaan dan Persatuan Nelayan (NEKMAT) masing-masing memiliki 3.71 peratus dan 3.42 peratus.

Jadi oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, yang lain-lain ini saya akan hantar secara bertulis termasuklah kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus.

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 67

Sehingga kini saya belum mendapat jawapan kepada soalan beliau dan saya

memohon banyak-banyak maaflah kalau ada yang tertinggal tetapi niatnya cukup baiklah... [Menerima sekeping nota] Ini sudah sampai. Ada dia ini? Oh dia kata– ini tidak mengapa. Dia kata JPM– soalan Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus tidak dijawab kerana tidak ada permohonan peruntukan tambahan dalam ini. Tidak mengapalah. Lain kali ada peluang yang baik.

Jadi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih khusus kepada Tuan Yang di-Pertua kerana bagi saya minum air. Pertama kali dalam sejarah Dewan, minum air dalam Dewan... [Ketawa] Terima kasih banyak-banyak. Harapnya tidak melanggar peraturan Dewan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya fikir jawapan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri begitu bernas dan begitu komprehensif.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua]

Bacaan Kali Yang Ketiga

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk tahun 2012 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu dipersetujukan tanpa pindaan.

Saya memohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 53(2), rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I [Tuan Gan Ping Sieu]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

Timbalan Yang di-Pertua: Memandangkan masa kita sekarang sudah sampai ke pukul 5.29 petang, saya ingin mengingatkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, esok kita akan membentangkan beberapa rang undang-undang.

Jadi, saya mohon kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin turut serta membahaskan rang undang-undang yang akan dibentangkan esok agar menghantar nama. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan untuk usul. Silakan Yang Berhormat.

■1730

USUL

MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 15(3)

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II [Dato’ Jacob Dungau Sagan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 15(3), mesyuarat ditangguhkan sekarang”.

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

68 DN 11.7.2012

Timbalan Menteri Belia dan Sukan II Tuan Gan Ping Sieu: Tuan Yang di-

Pertua, saya mohon menyokong.

UCAPAN PENANGGUHAN

Pendaftaran Sijil Kelahiran Anak Tak Sah Taraf

5.31 ptg.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Peningkatan bilangan anak yang lahir tanpa perkahwinan ibu bapa yang sah atau anak luar nikah adalah amat menggusarkan. Statistik kelahiran anak luar nikah daripada Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 2000 sehingga Julai 2008 mencatatkan bilangan 155,744 orang. Purata 1,512 kes sebulan.

Bilangan ini tidak mengambil kira bilangan anak luar nikah yang dirahsiakan, digugurkan, malah dibunuh. Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

Sijil kelahiran anak luar nikah dijadikan berbeza. Ayah kandungnya dicatatkan sebagai tidak tahu atau undang-undang tidak mahu tahu iaitu satu tindakan yang dianggap naif. Lalu anak itu tidak di “bin” kan, atau di “binti” kan dengan nama ayah kandung.

Keadaan ini telah mewujudkan situasi yang menimbulkan keaiban kepada anak dan ibu serta menimbulkan konflik untuk berdepan dengan masyarakat terutamanya ketika pendaftaran persekolahan peringkat tadika, rendah, menengah dan pengajian tinggi. Di saat pelajar lain teruja menghadapi hari pertama persekolahan atau pengajian, anak ini bergelut dengan emosi untuk berdepan dengan pandangan masyarakat.

Anak tidak sah taraf adalah seorang yang suci dan bersih dari sebarang dosa ibu dan bapanya. Firman Allah maksudnya, “... dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan dia sahajalah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul perbuatan dosa orang lain...”.

Satu lagi petikan firman Allah yang bermaksud, “...Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan...” (Surah Saba: 25).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali yang pertama yang bersidang pada 28, dan 29 Januari 1981 memutuskan bahawa anak tidak sah taraf sama ada diikuti perkahwinan kedua pasangan ibu bapa atau tidak hendaklah di “bin” kan, atau di “binti” kan kepada Abdullah.

Manakala bagi anak tidak sah taraf yang lahir dalam tempoh enam bulan perkahwinan atau lebih hendaklah di bin atau di “binti” kan dengan nama bapanya. Bagi anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan, tidak boleh di “bin” atau di “binti” kan dengan nama bapa tetapi di “bin”, atau “binti” kan dengan nama Abdullah.

Saya mencadangkan agar fatwa ini dikaji semula berdasarkan situasi dan keseriusan kes anak tidak sah taraf sekarang memandangkan fatwa tersebut telah dikeluarkan semenjak 1981 lagi. Saya juga mencadangkan agar pindaan dibuat kepada seksyen 13 dan seksyen 13A, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dan disesuaikan dengan fakta yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa di samping menggazet fatwa berkenaan di setiap negeri.

Suka juga saya mencadangkan di sini agar perkara ini dikuatkuasakan secara dengan izin, retrospective di mana anak-anak luar nikah ini boleh memohon untuk mendapatkan sijil kelahiran yang baru menggantikan yang lama. Maka, perkara ini sekali lagi dapat dengan izin, diremedi dan mudah-mudahan dapat memberi kesan yang positif dan lebih mesra terhadap anak-anak yang tidak berdosa ini. Sekian, terima kasih.

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN · PDF filediterbitkan oleh: cawangan penyata rasmi parlimen malaysia 2012 k a n d u n g a n jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman

DN 11.7.2012 69

5.35 ptg.

Timbalan Menteri Luar Negeri II [Dato' Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Senator atas ucapan penangguhannya. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, setiap kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia hendaklah didaftarkan kelahirannya selaras dengan peruntukan seksyen 7, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299].

Sekiranya ibu bapa mengemukakan maklumat yang lengkap seperti dokumen pengesahan kelahiran, dokumen perkahwinan ibu bapa, dokumen pengenalan diri ibu dan bapa, maka maklumat yang akan didaftarkan di dalam sijil kelahiran adalah merupakan maklumat kanak-kanak dan ibu bapanya.

Tuan Yang di-Pertua, bagi kes pasangan Islam dan bukan Islam yang tidak berkahwin, pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf masih boleh dilakukan melalui peruntukan seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299] dengan syarat ibu dan orang yang mengaku diri sebagai bapa menurunkan tandatangan bersama di dalam daftar kelahiran. Maklumat yang akan didaftarkan di dalam sijil kelahiran adalah maklumat kanak-kanak, ibu dan maklumat orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kepada kanak-kanak berkaitan.

Nama kanak-kanak bagi pasangan yang beragama Islam hendaklah dinasabkan atau iaitu bin atau binti kepada Abdullah atau pilihan nama Asma Al-Husna. Perkara ini adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Tahun 1981.

Bagi pasangan Islam yang berkahwin tetapi tempoh perkahwinan tidak cukup enam bulan Qomariyah, pendaftaran kanak-kanak di dalam sijil kelahiran adalah merupakan maklumat kanak-kanak, ibu dan maklumat orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut. Nama kanak-kanak bagi pasangan yang beragama Islam hendaklah dinasabkan iaitu “bin”, atau “binti” kepada Abdullah atau pilihan nama Asma Al-Husna.

Manakala bagi pasangan yang tidak berkahwin dan berstatus single mother, hanya maklumat kanak-kanak dan ibu sahaja akan didaftarkan. Bagi yang beragama bukan Islam pula, nama keluarga kanak-kanak bagi anak tidak sah taraf hendaklah secara biasanya menjadikan nama bapa sebagai nama keluarganya selaras dengan seksyen 13A, Akta yang sama Jabatan Pendaftaran Negara agar melaksanakan perubahan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan selaras dengan kehendak seksyen 13, Akta Kelahiran dan Kematian dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Dalam hal ini, perubahan boleh dibuat tanpa perlu meminta seksyen 13A, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299]. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul Penangguhan sebagaimana yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 12 Julai 2012.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.39 petang.