· diterbitkan oleh: cawangan dokumentasi parlimen malaysia 2002 kandungan . jawapan-jawapan lisan...

107
Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1): Tuduhan PBB Kepada Kerajaan dan Beberapa Pertubuhan Di Malaysia Sebagai Pengganas - Y.B. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) (Halaman 13) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(3): Tuduhan PBB Kepada Kerajaan dan Beberapa Pertubuhan Di Malaysia Sebagai Pengganas - Y.B. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) (Halaman 67) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2003 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.26 dan B. 27 (Halaman 14) Maksud B.33 (Halaman 65) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2003 Jawatankuasa:- Maksud P.26 dan P. 27 (Halaman 14) Maksud P.33 (Halaman 65) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 47)

Upload: others

Post on 06-Nov-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1): Tuduhan PBB Kepada Kerajaan dan Beberapa Pertubuhan Di Malaysia Sebagai Pengganas

- Y.B. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) (Halaman 13) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(3): Tuduhan PBB Kepada Kerajaan dan Beberapa Pertubuhan Di Malaysia Sebagai Pengganas

- Y.B. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) (Halaman 67)

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2003 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.26 dan B. 27 (Halaman 14) Maksud B.33 (Halaman 65) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2003 Jawatankuasa:- Maksud P.26 dan P. 27 (Halaman 14) Maksud P.33 (Halaman 65) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 47)

Page 2:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR
Page 3:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu)

“ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas)

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P., D.P.M.S. (Labis)

“ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput)

“ Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N., D.P.C.M. (Beruas)

“ Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit)

“ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar)

“ Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan)

“ Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei)

“ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi)

“ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.I.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh)

“ Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P., S.I.M.P., S.M.J., P.I.S. (Bakri)

" Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman, S.I.M.P., D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya Besar)

" Menteri Penerangan, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan)

“ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu)

“ Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M. (Selandar)

“ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian)

" Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh)

“ Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Haji Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar)

“ Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara)

Page 4:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

ii

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Kinabalu)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu)

“ Menteri Pertanian, Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi, S.I.M.P., P.G.B.K., D.P.M.S., J.S.M., J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Kuala Rajang)

“ Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, DGPN., D.I.M.P. (Lembah Pantai)

“ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran)

“ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai)

“ Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol)

“ Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah)

“ Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Suleiman bin Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A. (Titiwangsa)

“ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K. (Miri)

“ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Kerk Choo Ting, D.P.M.P., D.G.P.N. (Taiping)

“ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Chan Kong Choy, D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang)

" Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J. (Segamat)

" Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna)

“ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Douglas Uggah Embas, P.G.B..K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong)

“ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat)

“ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Chor Chee Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Alor Setar)

“ Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak)

“ Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor)

" Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya)

“ Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak)

“ Timbalan Menteri Pertanian, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor)

“ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Zainal bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam)

“ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai)

“ Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’ Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut)

Page 5:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

iii

Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Mohamed Khaled bin Haji Nordin, D.S.P.N., P.I.S. (Johor Bahru)

“ Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman (Beaufort)

“ Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (Segambut)

“ Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading)

" Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen (Raub)

“ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing)

" Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato’ Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin)

“ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik)

“ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G. Sothinathan (Telok Kemang)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato’ Kosai (Muar)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B. (Santubong)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Fu Ah Kiow, D.I.M.P. (Mentakab)

" Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun)

“ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang)

" Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Batu Berendam)

Page 6:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

iv

Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, D.S.S.S.M.T. (Marang)

“ Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman, P.J.N. (Sungai Benut)

“ Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Kangar)

“ Dato’ Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N. (Pulai)

“ Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman)

“ Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A., S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C., D.P. (Kota Samarahan)

“ Dato’ Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang)

“ Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah)

“ Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun)

“ Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok)

“ Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, D.S.A.P. (Larut)

“ Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit)

“ Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh)

“ Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis)

“ Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu)

“ Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, D.P.M.S., A.S.A. (Hulu Langat)

“ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang)

“ Datuk Bung Moktar bin Radin, P.G.D.K., A.D.K., A.S.D.K. (Kinabatangan)

“ Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Gelang Patah)

“ Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu)

“ Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara)

“ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam)

Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong)

“ Tun Dato’ Daim Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P. (Merbok)

“ Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

" Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah)

" Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal)

" Dato Goh Siow Huat (Rasah)

“ Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit Buntar)

“ Tuan Hassan bin Mohamed (Besut)

“ Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas)

“ Tan Sri Dato’ Hew See Tong, P.S.M., D.P.M.P., J.P. (Kampar)

“ Dato’ Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (Ipoh Barat)

“ Tuan Hoo Seong Chang (Kluang)

Page 7:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

v

Yang Berhormat Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian)

“ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas)

“ Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram)

“ Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P. (Rompin)

“ Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong)

“ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu)

“ Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman)

“ Tuan Joseph Mauh anak Ikeh (Selangau)

“ Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau)

“ Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau)

“ Datuk Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran)

“ Dato’ Kamarudin bin Jaffar, B.C.M., D.S.N.S. (Tumpat)

“ Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka)

“ Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang)

“ Tuan Kong Cho Ha (Lumut)

“ Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan)

“ Tuan Lee Kah Choon (Jelutong)

“ Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai)

" Tuan Lim Hock Seng (Bagan)

" Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong)

" Dato’ Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim)

" Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan)

" Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena)

“ Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau)

" Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit)

“ Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau)

“ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading)

" Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala Kedah)

“ Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai)

“ Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala Selangor)

“ Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N., P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau)

“ Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa)

“ Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli)

“ Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said, P.G.D.K. (Kota Belud)

“ Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh)

“ Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang)

Page 8:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

vi

Yang Berhormat Dato’ Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K., P.J.M. (Balik Pulau)

“ Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam)

“ Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus)

“ Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat)

“ Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu)

“ Dato' Mustafa bin Ali, D.P.M.T. (Dungun)

“ Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah)

“ Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan)

“ Tuan Ng Lip Yong (Batu)

“ Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar)

“ Dato’ Othman bin Abdul (Pendang)

" Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok)

“ Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang)

" Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar)

" Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam)

" Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu)

" Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang)

“ Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian)

“ Datuk Robert Lau Hoi Chew, J.B.S. (Sibu)

“ Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran)

“ Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong)

“ Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah)

" Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin, D.S.S.A (Sepang)

“ Dato’ Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik)

“ Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin)

“ Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau)

" Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S. (Batu Pahat)

“ Datuk Song Swee Guan, P.G.B.S. (Bandar Kuching)

“ Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.S.D.K. (Labuan)

“ Puan Sukinam Domo (Batang Sadong)

“ Tan Sri Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya)

“ Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu)

“ Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling)

“ Tuan Tan Kok Wai (Cheras)

“ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)

“ Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang)

“ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

“ Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur)

Page 9:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

vii

Yang Berhormat Dato’ Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng)

“ Dato’ Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu)

" Dato’ Tiong Thai King (Lanang)

" Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh)

“ Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, J.B.S., P.B.S. (Batang Lupar)

" Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok)

" Tuan Wilfred Madius Tangau, J.P., A.D.K. (Tuaran)

" Dato’ Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang)

“ Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru)

“ Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang)

“ Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, S.S.S.A., D.P.M.S., S.M.S., K.M.N. (Gombak)

“ Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap)

“ Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

MENTERI/TIMBALAN MENTERI (SENATOR)

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin, K.M.N., P.A.T., D.P.M.P., J.S.M., P.J.N.

“ Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M.

“ Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M.

“ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S.

“ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, K.M.N., D.S.D.K., D.I.M.P., D.S.A.P., P.J.N.

" Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Kayveas, P.J.N.

" Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, P.J.N., J.M.N., S.M.S., A.M.K.

Page 10:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

viii

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha

Roosme binti Hamzah Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Ruhana binti Abdullah

Riduan bin Rahmat Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Hajah Supiah binti Dewak Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Zaiton binti Yaacob Abd. Talip bin Hasim Noorhazmah binti Hamzah Jamilah Intan binti Haji Bohari Syed Azuddin bin Syed Othman Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Habibunisah Mohd. Azir Abu Bakar bin Hasan PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK Kamal bin Oyub Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

JURUBAHASA SERENTAK Hajah Paizah binti Haji Salehuddin Mazidah binti Mohamed Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman BENTARA MESYUARAT Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Mohd Shah bin Rahman Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN Mohd. Shariff bin Hussein Azmi bin Othman Zafniza binti Zakaria Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Mazlina binti Ali Norlaila binti Abdullah Sidi Ropiah binti Tambi Alias bin Mohd. Nor

Page 11:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Selasa, 22 Oktober 2002

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said [Kota Belud] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan kesan pelaksanaan ASEAN Free Trade Area (AFTA) terhadap harga barangan domestik. Apakah jenis barangan yang dijangka naik, dan juga jenis barangan yang dijangka turun.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang 96.6% daripada jumlah produk Malaysia telah ditawarkan untuk konsesi tarif di bawah Skim CEPT. Daripada jumlah tersebut 91.9% telah pun berada pada kadar tarif 0% hingga 5% dan 60.4% daripadanya tidak dikenakan sebarang duti import. Pada tahun 2003 AFTA akan dilaksanakan sepenuhnya apabila hampir keseluruhan produk iaitu 97.4% akan dimasukkan dalam Skim CEPT dan akan mencapai kadar tarif tidak melebihi 5%. Oleh itu, hanya 8.1% barangan yang mempunyai tarif pada kadar 6% hingga 20% akan mengalami penurunan kadar cukai ke 0% hingga 5% menjelang 1 Januari 2003.

Di antara barangan yang kini mempunyai kadar tarif melebihi 5% adalah dari sektor pertanian automatif besi dan keluli, barangan plastik, aluminium, seramik dan simen. Barangan pertanian yang belum diproses seperti ayam, khinzir, kopi, teh, tembakau, buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran yang sekarang di bawah senarai yang sensitif akan dimasukkan ke dalam Skim CEPT mulai 1 Januari 2003 dengan kadar yang terpakai sekarang dan akan mencapai kadar tarif 0% hingga 5% menjelang tahun 2010. Beras yang diletakkan dalam senarai amat sensitif hanya akan dimasukkan ke dalam Skim CEPT mulai 1 Januari 2005 sekiranya industri beras tempatan terjejas apabila pelaksanaannya dibuka, Malaysia boleh mengenakan duti import sehingga 20%.

Tuan Yang di-Pertua, harga barangan domestik ditentukan oleh faktor-faktor kuasa pasaran yang terdiri daripada kos bahan mentah, buruh pengangkutan, pemasaran dan cukai-cukai domestik lain yang tidak tertakluk kepada AFTA. Walaupun penurunan atau pemansuhan tarif di bawah AFTA akan menyebabkan barangan yang diimport dari negara-negara ASEAN menjadi lebih murah, akan tetapi harga yang dijual kepada pengguna terakhir dalam pasaran kompetitif akan ditentukan oleh permintaan dan penawaran iaitu dengan izin, demand and supply. Secara umumnya barangan domestik dijangka tidak akan mengalami penurunan harga secara drastik.

Tuan Fong Kui Lun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memandangkan harga kereta yang dijual di negara Thailand berbanding dengan negara kita amat berbeza, contohnya sebuah kereta Honda City hanya dijual di Thailand RM40,000 walhal harga yang dijual di negara kita ialah RM75,000. Pada tahun 2005 jika pelaksanaan AFTA, apakah langkah akan diambil oleh kementerian Yang Berhormat untuk seimbangkan pencerobohan kereta ASEAN memasuki Malaysia khususnya Thailand mewujudkan salah sebuah negara eksport kereta berjenama di rantau ini. Terima kasih.

Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, untuk produk automatif, Malaysia telah dapat persetujuan daripada negara-negara ASEAN untuk menangguhkan kemasukan produk-produk ini dalam Skim CEPT sehingga 1 Januari 2005. Untuk kereta yang dihasilkan oleh lain-lain negara ASEAN seperti Thailand untuk menikmati tarif konsesi, salah satu syarat ialah mereka perlu membuktikan ia mempunyai

Page 12:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

2

kandungan ASEAN sekurang-kurangnya 40%. Kini pihak Thailand belum membuktikan bahawa kereta yang diperbuat di Thailand memenuhi syarat tersebut.

Pada masa yang sama pihak pengeluar automobil tempatan seperti Proton, Perodua sedang mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan daya saing mereka termasuk cuba mengurangkan kos pengeluaran mereka dengan menggunakan enjin sendiri. Kita difahami bahawa sesuatu produk automobil, satu komponen kos yang terbesar ialah royalti dan kos penyelidikan dan pembangunan, dan Proton telah pun mencapai sesuatu yang amat menggalakkan. Sekian.

2. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman [Jerlun] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan berapakah penempatan setinggan setakat ini di seluruh negara, bilakah ianya akan dapat diatasi sampai ke peringkat sifar setinggan, bagaimana hubung kaitnya dengan perancangan perumahan untuk rakyat di semua peringkat.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk M. Kayveas]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 1998 sehingga 1999 terdapat sebanyak 1,034 penempatan setinggan di seluruh negara yang mengandungi 116,412 keluarga setinggan. Setakat ini sebanyak 18,766 keluarga setinggan telah ditempatkan ke rumah-rumah kos rendah. Baki keluarga setinggan yang masih ada ialah 97,646 keluarga.

Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan iaitu 2001-2005 sejumlah 615,000 unit rumah pelbagai jenis telah disasarkan untuk dibina yang mana sebanyak 312,000 unit atau 50.73% akan dibina oleh sektor awam dan baki sebanyak 330,000 unit atau 49.27% oleh sektor swasta. Sebanyak 248,000 unit atau 40.33% daripada sasaran perumahan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan merupakan rumah kos rendah yang mana sebanyak 208,000 akan dibina oleh sektor awam. Sebanyak 105,688 unit rumah daripada jumlah 208,000 unit yang akan dibina oleh sektor awam adalah rumah-rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa khasnya kepada keluarga setinggan.

Walau bagaimanapun, bagi keluarga setinggan yang mampu mereka berpeluang memiliki rumah-rumah kos rendah yang dibina oleh sektor awam atau sektor swasta. Dengan program-program perumahan tersebut, matlamat setinggan sifar dijangka dapat dicapai menjelang akhir tahun 2005.

Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita boleh melihat bahawa projek mega dan mewah di merata tempat di negara kita ini terutama di Lembah Klang, seumpama Menara Kembar KLCC, KL Sentral dan pelbagai lagi. Saya rasa kerajaan yang ada ini akan terus dengan dasarnya yang sedia ada. Sebagaimana kemiskinan tidak akan boleh dihapuskan, begitu jugalah saya fikir tentang setinggan ini, maka kalau sekiranya kerajaan tidak ada kesungguhan untuk mengatasi masalah ini pasti ianya sama ada Rancangan Malaysia Kelapan sampai yang kesepuluh pun, benda ini tidak akan boleh diatasi.

Tuan Yang di-Pertua: Soalannya Yang Berhormat.

Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Soalan saya, jadi saya ingin tahu tidakkah kerajaan hendak memberi keutamaan lebih sedikit kepada pembangunan rumah kos rendah ataupun murah ini supaya rakyat yang ratusan ribu lagi belum mempunyai rumah dan mereka dapat memiliki rumah, dapat agihan yang seadilnya daripada kerajaan yang katanya mesra rakyat ini. Terima kasih.

Datuk M. Kayveas: Terima kasih Yang Berhormat. Tuduhan Yang Berhormat itu tidak betul. Sebenarnya banyak orang yang berhijrah ke Kuala Lumpur dan duduk di rumah-rumah setinggan adalah dari Kelantan. [Disampuk] Kebanyakan orang-orang miskin pun dari Kelantan juga. Kerana kerajaan selepas ini belum lagi ada apa-apa dasar untuk memberi peluang kepada rakyat Kelantan dan kita harap ini tidak berlaku kepada negeri Terengganu jugalah.

Berikut dengan dasar-dasar yang sedia ada sekarang dan semua program yang tadi saya katakan dan dengan semua pelaksanaan program-program tersebut, pihak kerajaan menjangkakan permasalahan perumahan setinggan ini di semua negeri dapat diatasi menjelang tahun 2005 dan kita tidak ada apa-apa masalah.

Page 13:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

3

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Barisan Nasional memang telah lama melipatgandakan usaha untuk membina perumahan bagi rakyat yang tidak berumah, sekali gus untuk mengurangkan setinggan-setinggan di negara kita ini. Setakat ini alhamdulillah, kejayaannya ada, saya ucap tahniah kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana kejayaan ini. Ini tidak boleh dinafikan oleh semua pihak termasuk parti pembangkang pun dapat menikmati usaha yang dijalankan oleh kerajaan yang adil, Kerajaan Barisan Nasional yang berharap suatu ketika nanti semua rakyat akan dapat memiliki rumahnya sendiri. Itu harapan dan hasrat kita.

Tuan Yang di-Pertua: Soalannya Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Undilah Barisan Nasional itu soalnya. [Ketawa] Soalannya, saya cuma ingin hendak bertanya, Tuan Yang di-Pertua, ada kes-kes yang terpencil yang tersendiri, yang harus agaknya diberikan perhatian oleh kementerian. Umpamanya, dalam hendak mengatasi setinggan ini, penempatan setinggan-setinggan yang tertentu dirobohkan, selepas itu anggota keluarga setinggan ini ditempatkan di rumah sementara atau yang dipanggil rumah panjang. Apa yang saya hendak tanyakan ini ialah kenapa ada kes-kes yang tertentu sampai lima tahun menunggu lama. Ini kes-kes tertentulah. Ini saya tak sampai kepada rintihan, agaknya mungkin kerana ada masalah kegagalan dalam penempatan ataupun perancangan ataupun agaknya kegagalan daripada segi masalah tanah atau kerana kegagalan rancangan-rancangan rumah yang telah pun disediakan, tetapi tergendala agaknya dalam kes-kes perumahan yang tergendala. Jadi, saya ingin sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk M. Kayveas: Terima kasih Yang Berhormat, satu soalan yang begitu baik, [Menyampuk] dan juga boleh saya mendapat satu peluang untuk menjelaskan masalah ini. Semua wakil rakyat juga menghadapi masalah ini apabila ada penduduk-penduduk di rumah setinggan yang duduk di rumah panjang. Sekarang ini kita tidak panggil lagi rumah panjang, kita gunakan perkataan 'transit home' untuk penduduk-penduduk ataupun orang-orang setinggan yang duduk transit home ini.

Kita dapati banyak masalah, kadang-kadang kita dapati bahawa pemaju yang membina rumah kos rendah tersebut tidak menyelesaikan pembinaan dan tidak memberi kunci milikan kosong kepada penduduk-penduduk setinggan itu. Kadang-kadang kita ada masalah di mana selepas mereka menduduki di transit home ini, sikap sesuatu keluarga daripada setinggan ini tidak mahu pindah daripada rumah setinggan. Mereka dapati rumah panjang ini ataupun transit home lebih selesa dan mereka tidak mampu membelinya, ataupun kalau mereka mampu pun mereka tidak mahu beli rumah ataupun tidak mahu sewa untuk rumah-rumah kos rendah ini.

Satu lagi masalah, tempat yang diberikan kepada mereka ini jauh daripada tempat yang mereka duduk daripada asal sebab anak-anak pergi ke sekolah ataupun mereka kerja di tempat setinggan itu, apabila diberi satu peluang untuk pindah dari tempat yang jauh sedikit, mereka enggan pergi. Walau macam manapun, kerajaan akan cuba mengatasi masalah ini. Terima kasih.

3. Datuk Lau Ngan Siew [Sandakan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah MAS akan menubuhkan ‘Regional Hub’ yang kedua, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk menarik minat pengangkutan udara dari negara-negara lain di dunia. Adakah bayaran cukai untuk meletakkan kapal tebang juga akan dikurangkan seperti Lapangan Terbang KLIA.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib]: Tuan Yang di-Pertua, Lapangan Terbang di Kota Kinabalu merupakan satu dari lapangan terbang yang penting di Malaysia. Lapangan terbang ini bukan sahaja mengendalikan penerbangan-penerbangan domestik tetapi juga mengendalikan penerbangan-penerbangan serantau dan antarabangsa walaupun secara sekecil-kecilan.

Pada ketika ini MAS memang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai ‘mini hub’ ke Sabah dan penerbangan-penerbangan ke kawasan umpama Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina dan juga beberapa operasi penerbangan ke Korea, Taipei dan juga Jepun dan Hong Kong.

Pada tahun 2003 MAS mempunyai rancangan untuk meningkatkan perkhidmatan penerbangan ke Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pada

Page 14:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

4

masa ini kerajaan tiada cadangan untuk masa ini untuk mengurangkan charge pendaratan dan ‘pemakiran’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Adakah kerajaan masih bercadang untuk memindahkan Lapangan Terbang Kota Kinabalu sama ada di utara ataupun di selatan Sabah. Terima kasih.

Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib: Ulangi soalan.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Dulu ada cadangan, Lapangan Terbang Kota Kinabalu ini di pindah ke Kimanis atau di Bagawan di Sabah, adakah cadangan ini diteruskan atau adakah dipindahkan di tempat lain. Terima kasih.

Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib: Tuan Yang di-Pertua, ini, pemindahan ini adalah satu proses yang sedang di kaji lagi.

Dato' Kamaruddin bin Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Selain daripada MAS, kita ada satu lagi syarikat penerbangan iaitu Air Asia. Air Asia berjanji dan mengiklankan dirinya sebagai sebuah syarikat penerbangan domestik khususnya tanpa apa-apa pembayaran untuk kemudahan-kemudahan lebihan atau dengan izin no frail airline.

Adakah kementerian bercadang selain daripada melihat kepada MAS untuk menubuhkan ‘Regional Hub’ dengan izin di Kota Kinabalu meminta supaya Air Asia menimbangkan untuk menjadikan, misalnya Kota Kinabalu sebagai pusat penerbangannya kerana dia mampu memberi tambang-tambang yang rendah kepada penerbangan yang saya fikir oleh kerana kita tahu semua Sabah dan Sarawak jauh lebih mundur daripada Kelantan dan Terengganu, biarkanlah syarikat Air Asia ini menggunakan Kota Kinabalu dan memberikan khidmat yang murah kepada rakyat-rakyat yang miskin di Sabah dan Sarawak. [Tepuk]

Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib: Bagi pihak kerajaan tidak ada masalah, sama ada pihak MAS atau Air Asia untuk menjadikan Lapangan Terbang Kota Kinabalu sebagai ‘mini hub’, tidak ada masalah dan kita boleh meningkatkan penerbangan Air Asia ke Kota Kinabalu saja, jikalau ada permintaan, kita sedia memberi pertimbangan kepadanya.

4. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] minta Menteri Kewangan menyatakan:-

(a) berapakah jumlah kutipan berbagai jenis hasil cukai dari negeri Kelantan bagi tahun 1999-2002 dan berapakah jumlah perbelanjaan yang digunakan oleh Kerajaan Pusat untuk negeri Kelantan dalam tempoh tersebut; dan

(b) berapakah jumlah perbelanjaan yang disalurkan melalui kerajaan negeri dan yang disalurkan melalui JPP dan agensi-agensi Kerajaan Pusat yang lain dalam tempoh tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Waalaikumussalam Yang Berhormat Peringat. Tuan Yang di-Pertua, ….[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, jangan gelaklah. Ya, ya. [Ketawa].

Tuan Hashim bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua, jumlah kutipan hasil cukai dan bukan cukai yang dipungut oleh Kerajaan Persekutuan di negeri Kelantan bagi tahun 1999, 2000 dan 2001 adalah sebanyak RM276.5 juta, saya ulangi RM276.5 juta. Pecahannya ialah:

Tahun Kutipan Hasil

2001 RM113.29 juta

2000 RM106.94 juta

1999 RM 6.31 juta

Page 15:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

5

Bagi tahun 2000, 2001 dan 2002 (hingga Ogos) Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM1,419.6 juta untuk negeri Kelantan. Pecahan perbelanjaan seperti berikut:

Tahun Peruntukan

2000 RM555.7 juta

2001 RM349.5 juta 2002

(sehingga Ogos) RM514.6 juta

JUMLAH RM1,419 juta.

Perbelanjaan ini merangkumi perbelanjaan pembangunan mengurus dan perbelanjaan bagi projek-projek kecil, perbelanjaan yang dibelanjakan untuk negeri Kelantan adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan hasil yang dikutip.

Tuan Yang di-Pertua, semua peruntukan atau perbelanjaan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan adalah disalurkan melalui JPP kecuali perbelanjaan yang dibuat oleh badan-badan berkanun yang menyalurkan terus kepada agensinya masing-masing dan pemberian-pemberian yang berasaskan perlembagaan, perundangan dan keputusan Majlis Kewangan Negara akan disalurkan kepada kerajaan negeri.

Jumlah perbelanjaan tersebut di atas adalah perbelanjaan yang disalurkan melalui JPP. Penyaluran perbelanjaan atau peruntukan ini adalah bertujuan agar JPP dapat merancang, melaksana, menyelaras dan memantau program atau projek yang dilaksanakan.

Mengenai pemberian yang diberikan kepada kerajaan negeri bagi tempoh 1999 sehingga Jun 2002 jumlah pemberian yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan sebanyak RM357 juta. Terima kasih.

Tuan Muhamad bin Mustafa: Terima kasih Yang Berhormat, soalan tambahan. Berkenaan dengan pemberian Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri memang kita tidak nafikan dan kita ucapkan terima kasih. Soalnya ialah yang pertama, kenapa pemberian ini dilambat-lambatkan sehingga mengganggu pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan yang itu Yang Berhormat dijawab sudah, semalam ya.

Tuan Muhamad bin Mustafa: Yang kedua ialah masalah JPP menyalurkan projek-projek pembangunan negeri Kelantan melalui JPP ini menjadi suatu masalah, seolah-olah negeri Kelantan mempunyai dua kerajaan. Apakah matlamat dan peranan yang sebenarnya JPP ini? Adakah jabatan ini benar-benar membantu Kerajaan Negeri Kelantan ataupun ada matlamat lain di sebaliknya? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Jawab soalan yang kedua saja ya.

Tuan Hashim bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua, semua peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan oleh agensi-agensi atau kementerian-kementerian persekutuan disalurkan kepada JPP yang bertujuan supaya memudahkan JPP monitor keseluruhan pelaksanaan, peruntukan yang telah dikenal pasti dan telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Itu pertama untuk tujuan memantau.

Yang kedua, untuk memastikan bahawa tahap pertanggungjawaban atau tahap accountability dengan izin, lebih sempurna kerana JPP ini bertanggungjawab kepada Majlis Pembangunan Negeri. Majlis Pembangunan Negeri pula bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Jawatankuasa Pembangunan Negara pula bertanggungjawab kepada Majlis Pembangunan Negara yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri. Jadi inilah untuk memastikan setiap sen wang yang disalurkan kepada Kelantan menemui tahap pertanggungjawaban yang tinggi dan sempurna. Jadi itulah tujuan JPP ini diwujudkan dan tidak ada agenda politik di sebaliknya hanya memastikan tahap accountability yang sempurna dan tinggi.

Page 16:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

6

Sekian, terima kasih.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Oleh kerana Kelantan masih lagi gerhana, saya ingin tahu berapakah hutang negeri Kelantan setakat ini dan apakah gambaran yang Kelantan masih memerlukan lagi bantuan dan pertolongan pinjaman daripada Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan Kerajaan PAS. Terima kasih.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, di samping peruntukan yang diberikan yang telah saya sebut tadi iaitu pemberian dalam bentuk peruntukan yang saya sebut tadi melalui JPP kerajaan juga memberikan pinjaman kepada Kelantan dan negeri-negeri yang lain.

Oleh kerana Yang Berhormat hendak tahu dan ini bukan untuk mengungkit, Kerajaan Persekutuan tidak bertujuan untuk mengungkit apa yang telah diberikan kepada negeri-negeri sama ada dalam bentuk peruntukan atau pinjaman kerana pemberian itu adalah ikhlas dan telus tetapi oleh kerana ada soalan, maka saya terpaksa jawablah.

Tuan Yang di-Pertua, hingga sekarang ini baki hutang Kelantan kepada Kerajaan Persekutuan masih berjumlah RM611,038,494.75. Itu tidak termasuk tunggakan hutang…

Seorang Ahli: Hah, bila hendak bayar?

Tuan Hashim bin Ismail: Tunggakan hutang yang masih tertunggak RM62 juta lebih. [Dewan riuh] Ini bukan hendak mengungkit Yang Berhormat. Semua negeri lain pun berhutang sama dengan Kelantan. [Dewan riuh] [Disorak]

Seorang Ahli: Tetapi yang banyak Kelantanlah.

Tuan Hashim bin Ismail: Jadi tidak bertujuan untuk mengungkit.

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat. Jawapan sudah cukup Yang Berhormat.

Tuan Hashim bin Ismail: Soalan yang kedua apa Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Hah, sudah, sudah.

Tuan Hashim bin Ismail: Lupa saya.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah cukup, dah, Yang Berhormat dah jawab dah.

Tuan Hashim bin Ismail: Ya. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, dahlah cukup dah tu! Yang Berhormat, Yang Berhormat, Setiausaha Parlimen, cukuplah. Yang Berhormat sudah jawab dah itu. Ya. [Dewan riuh] [Disorak]

5. Tuan Henry Sum Agong [Bukit Mas] minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) berapakah jumlah Sekolah (SK) dan (SMK) di Sarawak yang masih belum/menunggu bekalan elektrik melalui Sistem FRID; dan

(b) adakah kementerian akan terus menggunakan bekalan alternatif/menerusi generator disebabkan jarak yang terlalu jauh daripada stesen.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, bagi jawapan (a) dan (b), Kementerian Pendidikan memang sedar terdapat sekolah-sekolah di negeri Sarawak yang masih belum mendapat bekalan elektrik yang sempurna termasuk melalui Sistem Grid. Sehubungan itu, kementerian sedang mengambil usaha-usaha bagi memastikan sekolah-sekolah tersebut mendapat bekalan elektrik.

Di bawah Program Pembangunan Pendidikan Luar bandar Sabah dan Sarawak sebanyak 463 buah sekolah di negeri Sarawak akan diberi kemudahan bekalan elektrik khususnya melalui pembekalan jana kuasa. Sehingga bulan Ogos 2002, sebanyak 37 buah sekolah di negeri Sarawak telah diberikan bekalan elektrik awam dan 117 buah telah diberi kemudahan jana kuasa. Manakala 309 buah sekolah lagi dalam pelaksanaan.

Page 17:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

7

Tuan Ramli bin Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Setiausaha Parlimen. Sekarang ini kita sedang dalam rangka untuk meninggikan mutu pendidikan negara dengan memperkenalkan Smart School, Sekolah Smart termasuklah di Sabah dan di Sarawak. Jika keadaan seperti mana yang dinyatakan oleh Setiausaha Parlimen sebentar tadi, bilakah jangka masa yang dapat diberi oleh Setiausaha Parlimen bahawa Sarawak juga akan menerima peruntukan seperti mana yang dilakukan di Semenanjung Malaysia supaya Sarawak juga tidak gerhana seperti mana yang disebut di Kelantan. Terima kasih.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kota Bharu. Sebenarnya kita dari semasa ke semasa mempertingkatkan mutu pendidikan dan saya rasa Yang Berhormat juga bersetuju dengan saya. Begitu juga mengenai dengan keadaan di Sarawak. Kita perlu ingat betapa luasnya Sarawak itu jika dibandingkan dengan negeri Kelantan. Begitu besar dan kawasan pedalamannya bergunung-ganang, sungai dan sebagainya, dia lebih besar daripada negeri Kelantan.

Jadi oleh yang demikian, kita juga dari peringkat ke peringkat sedang melakukan. Jadi kalau kita bandingkan sekolah-sekolah yang tidak ada bekalan elektrik, kita mesti ingat Yang Berhormat bahawa ini melibatkan banyak agensi kerajaan. Oleh itu saya rasa kita tidak pernah mengabaikan pun orang-orang di luar bandar sehingga sekolah yang ada lima orang kanak-kanak belajar pun, sepuluh orang pun kita masih tentu berikan kemudahan. Jadi Yang Berhormat janganlah buat tuduhan bahawa kita pula ada gerhana di Sarawak. Tidak ada gerhana, sebenarnya gerhana itu terdapat di Kelantan.

Kelantan makin lama makin teruk. Kalaulah tidak ada Kerajaan Persekutuan yang mengendalikan program pendidikan negeri Kelantan, saya rasa sudah lama Kelantan lingkup. Terima kasih.

6. Tuan M. Shukrimun bin Shamsuddin [Kuala Nerus] minta Menteri Kewangan menyatakan negara-negara yang bersetuju untuk menerima pakai mata wang dinar dan bilakah ianya akan digunakan.

Tuan Hashim bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kuala Nerus. Saya ingin menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan Yang Berhormat bagi Temerloh dan juga Yang Berhormat bagi Silam yang dijadualkan untuk dijawab pada hari ini dan pada 5 November 2002 kerana ketiga-tiga soalan ini menyentuh perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua: Baik.

Tuan Hashim bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua, cadangan penggunaan dinar emas pada peringkat permulaan adalah terhad sebagai mata wang penjelasan perdagangan dua hala dan bukannya untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh mata wang tempatan. Oleh yang demikian, ia dijangka tidak akan memberi kesan ke atas Ringgit Malaysia.

Penggunaan dinar emas boleh menggalakkan perdagangan dua hala terutamanya di kalangan negara-negara Islam di bawah skim peraturan pembayaran dua hala atau BPA. Di bawah skim BPA, pengeksport dan pengimport akan menerima atau membayar jumlah transaksi dagangan mereka dalam mata wang tempatan. Sementara itu hanya baki bersih dagangan antara kedua-dua negara yang terlibat akan dijelaskan oleh bank-bank pusat berkenaan dalam dinar emas.

Tuan Yang di-Pertua, ketika ini kerajaan sedang berusaha untuk mengenal pasti negara-negara yang berminat dan bersetuju untuk menerima pakai cadangan ini. Bagi menjayakan cadangan ini Malaysia perlu mendapatkan kerjasama dengan negara-negara yang mempunyai rangka kerja perundangan sesuai bagi membolehkan mekanisme BPA tersebut diterima pakai dan dilaksanakan dengan berkesan. Perkara ini memerlukan penelitian dan perbincangan yang lebih lanjut oleh pakar-pakar dalam bidang yang berkenaan dari negara-negara berkenaan bagi mengenal pasti implikasinya terhadap sistem pertukaran mata wang yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, seminar dan forum yang membincangkan perkara mengenai pengenalan mata wang dinar emas ini juga sedang giat diadakan oleh agensi kerajaan dan institusi bukan kerajaan terutamanya di universiti-universiti tempatan. Usaha tersebut akan terus dilaksanakan bagi membangkitkan kesedaran umum dan juga mempertingkatkan kefahaman mengenai penggunaan dinar emas ini, melalui

Page 18:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

8

seminar dan forum tersebut diharap mekanisme dan cara yang terbaik untuk melaksanakan penggunaan dinar emas dapat dikenal pasti. Terima kasih.

Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan asal saya ingin tahu negara-negara yang bersetuju untuk terima pakai wang dinar ini, oleh kerana soalan ini tidak dijawab mungkin kerajaan belum ada jawapan oleh itu barangkali soalan tambahan yang ingin saya tanyakan jumlah reserve negara-negara anggota mungkin tidak dapat dijawab. Walau bagaimanapun soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, barangkali oleh kerana Perdana Menteri baru ini dalam lawatan ke Saudi, menyebut dalam ucapannya bahawa Saudi boleh menjadi kuasa besar dunia. Barangkali Saudilah menjadi tunggak kepada mata wang dinar ini, oleh kerana Saudi terletak di sebelah barat negara kita barangkali arah kita berpindah daripada Timur ke Barat, adakah Perdana Menteri ataupun kerajaan kita ingin mencontohi Kerajaan Saudi yang mungkin menjadi kuasa besar dunia ini hasil daripada reserve minyak yang besar, sistem-sistem yang dilaksanakan di Saudi, sistem pendidikannya, sistem kewangannya dan juga sistem hukum-hakamnya. Terima kasih.

Tuan Hashim bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks ini - berbicara tentang wang dinar emas ini sebenarnya Saudi yang mencontohi kita bukan kita yang mencontohi Saudi Yang Berhormat [Ketawa] dunia Islam melihat Malaysia sebagai model. Ini bukan cerita dongeng …..

Datuk Bung Mokhtar bin Radin: [Menyampuk]

Tuan Hashim bin Ismail: ….saya hendak…Yang Berhormat…..

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat, Yang Berhormat dengarlah dia berucap, ya, baik.

Tuan Hashim bin Ismail: …dalam akhbar The Arab Times, baca tidak The Arab Times? [Bertanya kepada Yang Berhormat Kuala Nerus]

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apalah Yang Berhormat …

Tuan Hashim bin Ismail: Yang mengatakan bahawa Perdana Menteri adalah arkitek sebenarnya yang mencetuskan idea tentang dinar emas dan menyediakan setiap prasarananya adalah Malaysia.

Datuk Bung Mokhtar bin Radin: Beritahu sama dia, beritahu dia….

Tuan Hashim bin Ismail: Dan untuk mempromosinya untuk dapat sambutan daripada negara lain termasuk daripada negara OIC ialah Malaysia. [Tepukan penyokong Barisan Nasional]

Datuk Bung Mokhtar bin Radin: Beritahu sama dia.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tolonglah tolong, jangan bercakap semasa duduk ya.

Tuan Hashim bin Ismail: Betul hendak saya bukti?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila, sila teruskan.

Tuan Hashim bin Ismail: Saudi Arabia mencontohi kita bukan kita mencontohi mereka dan …….

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Nik Aziz pun puji!

Tuan Hashim bin Ismail: Nik Aziz pun puji….kata sahabat saya! Datuk Nik Aziz. Jadi dalam konteks ini Yang Berhormat maka Malaysialah yang mendahului negara Islam yang lain untuk memastikan bahawa dinar emas ini dapat direalisasikan dan sekali gus Islam dapat diangkat sebagai ad-Din iaitu satu way of life yang menyeluruh, termasuk dalam bidang ekonomi juga kita menerajui untuk mengangkat martabat Islam di mata dunia, terima kasih.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Dinar emas ataupun wang dinar ini memang telah pun dicetuskan ideanya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bukan pemimpin PAS, bukan pemimpin DAP - pemimpin UMNO Barisan Nasional, Musharraf sendiri pun rasa kekosongan kalau Perdana Menteri akan bersara. Nik Aziz semalam pun memuji-muji, tidak ada orang dia kata tokoh yang begini hebat melainkan Dr. Mahathir. Ini jenis pengikut yang tidak ikut katalah! [Ketawa] Di waktu kini…..

Page 19:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

9

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Ulang, ulang, ulang, ulang lagi sekali apa yang Dato’ Nik Aziz cakap.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Ketawa] Apakah dalam persidangan OIC yang akan datang bahawa dinar emas atau dinar ini akan dijadikan agenda utama dalam persidangan ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur memandangkan saya rasa sudah sampai masanya negara-negara Islam atas sebab-sebab yang dilakukan oleh Amerika yang menindas negara-negara Islam saya rasa persidangan OIC harus mengambil daya utama untuk menentukan dinar emas ataupun wang dinar ini menjadi kenyataan supaya ianya sedikit sebanyak akan memberi pengajaran kepada mereka yang begitu sekali menyangka buruk kepada negara-negara Islam, angkuh, sombong, bongkak, menindas dan menzalimi negara-negara Islam saya rasa salah satu jalan keluar kita untuk tidak bergantung kepada mereka dinar emas ini ataupun dinar ini dilaksanakan untuk menjadikan kenyataan, untuk menjadi wang penggunaan negara-negara Islam yang boleh juga diguna pakai oleh negara-negara sahabat di seluruh dunia, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, memang benar pun di antara sebab mengapa dinar emas ini cuba diperkenalkan oleh Malaysia ialah untuk menjadi satu alternatif kepada sistem konvensional kini yang terlalu bergantung kepada dollar Amerika. Jadi inilah di antara usaha kita untuk membebaskan diri daripada terlalu bergantung kepada Amerika. Jadi ini adalah satu hasrat yang cukup murni bagi pihak Malaysia yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan memang benar setiap forum, Perdana Menteri akan menggunakan setiap forum untuk mempromosikan dinar emas, baru-baru ini Yang Amat Berhormat pergi ke Libya, Morocco, Bahrain dan cadangan Yang Amat Berhormat telah menerima sambutan yang positif daripada negara-negara tersebut dan brainstorming ataupun perbincangan intelektual berterusan berlaku dan pada hari ini pun kita ada satu perbincangan besar yang akan ditutup rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri esok dan pada hari ini pun sedang berlangsung satu conference membincangkan tentang dinar emas. Dan kita harap dengan usaha yang gigih Malaysia ini usaha yang tidak kenal penat lelah ini insya-Allah dapat kita memartabatkan sistem mata wang Islam ini selaras dengan negara kita sebagai negara Islam, terima kasih.

7. Tuan Jimmy Lim Donald [Sri Aman] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kad pengenalan baru (MyKad) yang telah dikeluarkan kini dan apakah ciri-ciri keselamatan dan maklumat-maklumat lain yang telah diselitkan dalam kad itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Chor Chee Heung]: Untuk makluman Yang Berhormat sehingga 31 Ogos 2002, sejumlah 2,201,425 MyKad telah pun dikeluarkan. Daripada jumlah ini sebanyak 220,828 MyKad pelbagai aplikasi dikeluarkan di kawasan Lembah Klang dan 1,980, 597 MyKad satu aplikasi dikeluarkan di luar kawasan Lembah Klang. Keselamatan MyKad melibatkan aspek penting:

(i) keselamatan di permukaan fizikal MyKad;

(ii) keselamatan cip;

(iii) keselamatan dari segi penggunaan imej ataupun gambar dan teknologi bio metrik, yang bermaksud cap jari di dalam cip; dan

(iv) keselamatan dari segi kawalan oleh sistem sokongan ataupun support system.

Ciri keselamatan fizikal MyKad menggunakan teknologi percetakan keselamatan yang tinggi seperti mana ciri-ciri keselamatan yang digunakan untuk mencetak bahan-bahan bernilai seperti wang kertas. Ciri-ciri keselamatan tersebut termasuklah:

(i) gelocha pattern;

(ii) micro lettering;

(iii) rainbow printing;

(iv) UV-ghost image;

Page 20:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

10

(v) latent text;

(vi) relief pattern; dan

(vii) color graphic overlay.

Cip MyKad mempunyai ciri-ciri keselamatan cip micro-processor pintar di dalamnya. Cip ini berfungsi sebagai satu komputer kecil yang mempunyai perisian keselamatan dalam menguruskan maklumat di dalam cip. Semua maklumat disimpan dan dicapai dengan menggunakan kekunci elektronik melalui proses authentication/verification, dengan izin. Proses authentication/verification ini diperkukuh dari serangan luar dengan menggunakan teknik encryption. Jika proses authentication/verification ini gagal, maklumat dalam cip tidak boleh dicapai. Oleh sebab itulah maklumat dan format maklumat yang disimpan di dalam cip itu adalah dilindungi sepenuhnya untuk mengelakkan MyKad daripada diklon.

Imej ataupun gambar serta kedua-dua cap jari pemilik kad pengenalan adalah disimpan di dalam cip dan ia tidak boleh dipinda. Perbandingan imej dan cap jari yang disimpan di dalam cip boleh dibuat melalui pembaca kad. Sekiranya seseorang itu bukan pemilik kad yang tulen, maka perbandingan yang sewajarnya tidak akan berjaya. Pemalsuan dari segi mengubah imej dan cap jari tidak boleh dilakukan di dalam MyKad.

Untuk mengukuhkan lagi sistem keselamatan MyKad, beberapa sistem sokongan telah pun dibangunkan seperti penggunaan Secure Access Module ataupun SAM, untuk menyimpan kekunci elektronik. Kekunci elektronik disimpan di dalam SAM adalah digunakan untuk proses authentication di antara MyKad dan pembaca kad. Ini juga melibatkan penggunaan enabler card ataupun isi untuk mengaktifkan pembaca kad mudah alih. Isi berfungsi sebagai kunci tuan punya pembaca Mykad mudah alih tidak dapat diaktifkan.

Selain daripada itu, sistem juga menyimpan senarai hitam untuk MyKad dan Enable Card ataupun EC yang hilang, yang mana kad-kad yang telah pun disenaraihitamkan, akan dimatikan oleh sistem jika ianya digunakan di mana-mana government service center, dengan izin. Maklumat yang ada dalam kad ini adalah maklumat kad pengenalan, maklumat pasport, lesen memandu, e-tunai dan ATM. Di samping itu aplikasi Touch ‘n Go juga terdapat dalam MyKad pelbagai aplikasi dan dikeluarkan di kawasan Lembah Klang. Sekian.

Tuan Jimmy Lim Donald: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan yang begitu terperinci. Soalan saya, saya nampak mesin pembaca MyKad itu tidak dibekalkan kepada pemegang-pemegang MyKad dan macam manakah mereka tahu apabila expiry date lesen memandu ataupun lesen ini, lesen itu, yang tertera dalam MyKad apabila mereka tidak ada pembaca.

Dan yang kedua, saya nampak banyak juga kesalahan maklumat yang ada di sana. Yang pertama, kami daripada kaum Iban ini menggunakan ‘ak’. Macam saya, Jimmy ak Anak Donald. Tetapi kadang-kadang oleh kerana tidak ada pegawai diambil untuk bekerja di sana, ’ak’ untuk orang di Semenanjung, pegawai di Semenanjung, bermaksud ‘anak kepada’. Jadi kami merasa begitu terhinalah oleh kerana ini bukan budaya kami untuk menggunakan ’anak kepada’. Jadi ini satu kesalahan. Jadi kita harap dapat mengambil pegawai daripada kaum-kaum yang terbesar. Yang seterusnya ....

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat sudah kemukakan dua soalan.

Tuan Jimmy Lim Donald: Aaah....

Tuan Yang di-Pertua: Sudah cukup. Cukup.

Tuan Jimmy Lim Donald: Macam mana orang di pedalaman ...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Tuan Jimmy Lim Donald: .... Dapat mengetahui kesalahan?

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat. Cukuplah.

Page 21:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

11

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Sri Aman. Bagi soalan tambahan yang pertama mengenai pembaca MyKad. Pada Fasa I memang kerajaan ingin melihat supaya semua anggota keselamatan, khususnya pihak polis. Yang kedua, semua pegawai kerajaan yang bertugas di jabatan-jabatan kerajaan dan juga di pihak-pihak berkuasa akan dibekalkan dengan pembaca MyKad.

Yang kedua, selepas ini bila kita dapat mengeluarkan lebih banyak lagi MyKad, maka pembaca MyKad akan dibekalkan ataupun boleh dibeli supaya semua pemegang-pemegang Mykad supaya kita dapat membaca maklumat-maklumat yang ada di dalam cip.

Bagi soalan tambahan yang kedua, mengenai kesilapan daripada segi penulisan ataupun dalam rekod bagi sesetengah orang, seperti orang-orang di Sarawak, di mana ‘ak’ ini adalah bermaksud ‘anak’ bukan ‘anak kepada’. Untuk makluman Yang Berhormat, semasa saya baru mula-mula masuk ke Parlimen dahulu pun saya tersilap, Tuan Yang di-Pertua. Seorang kawan baik saya – Jawah ak. Gerang, saya panggil dia, Jawah ak Gerang. Selepas enam bulan saya baru sedar ‘ak’ ini maksudnya 'anak' dan bukan 'ak'. Saya akan bawa perkara ini balik dan akan berbincang dengan JPN – Jabatan Pendaftaran Negara, macam mana kita dapat mengatasi masalah ini. Tetapi saya percaya masalah ini bukan besar. Sama ada kita hendak bubuh ‘ak’ kah atau ‘anak’ atau macam mana. Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Baru boleh. [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah benar bahawa MyKad ini, walaupun baru sekitar dua juta yang dikeluarkan kad ini, terdapat pengklonan telah berlaku sekarang dan kalau benar, bagaimana ciri-ciri keselamatan tersebut boleh diterobos.

Yang keduanya ialah, bilakah tempoh masa bagi membolehkan rakyat Malaysia seluruhnya memiliki MyKad ini untuk menggantikan I/C sekarang yang banyak telah diklon dan dicetak rompak. Terima kasih.

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Jawapan bagi soalan tambahan yang pertama, setakat pengetahuan kita, tidak mungkin MyKad yang dibekalkan oleh kerajaan yang mempunyai teknologi yang begitu canggih sekali boleh diklonkan. Tidak tahulah buat masa-masa yang akan datang, kita tidak tahu tetapi buat masa ini, dengan ciri-ciri keselamatan yang ada, tidak ada lagi aduan ataupun bukti-bukti bahawa MyKad telah pun diklonkan. Cuma kita pernah dengar aduan daripada Yang Berhormat bagi Seputeh mengenai MyKad ini dikeluarkan kepada bukan rakyat Malaysia dan kerajaan sedang menyiasat tentang perkara ini.

Bagi soalan tambahan yang kedua, kerajaan jangka pada tahun 2005, semua penduduk yang mempunyai kerakyatan Malaysia akan dibekalkan MyKad. Dan mulai tahun hadapan, bulan Januari, kerajaan akan membekalkan MyKad secara percuma kepada semua penduduk yang mempunyai kerakyatan negara ini. Maksudnya, kerajaan harus membelanjakan RM300 juta sebab setiap MyKad kosnya jika hendak dibayar ialah RM20 bagi setiap kad. Maka kita kali dengan 15 juta rakyat Malaysia menjadikan jumlahnya RM300 juta. Dalam lain-lain perkataan, kerajaan begitu bermurah hati, semua dapat termasuk penyokong PAS dan DAP. Sekian. Terima kasih. 8. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] minta Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia menyatakan kedudukan terakhir projek e-village di kawasan MSC ‘supertech zone’ dan berapakah jumlah kerugian yang dialami setakat ini. Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia [Tuan Chia Kwang Chye]: Tuan Yang di-Pertua, projek e-village sedang dalam proses penyusunan semula di mana syarikat pemaju yang baru akan membangunkan projek tersebut berdasarkan konsep bio-teknologi. Projek e-village akan menjadi satu komponen pembangunan baru perkampungan tersebut. Semenjak pelaksanaan projek e-village, MDC sebagai fasilitator MSC telah memberikan pinjaman sebanyak RM58 juta kepada syarikat pemaju iaitu Entertainment Village Sdn. Bhd. Sekian, terima kasih.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Projek yang dilancarkan pada September 2000 itu adalah suatu projek yang

Page 22:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

12

bernilai RM3 bilion dan ianya terletak di dalam kawasan MSC lebih kurang 480 hektar. Saya ingin mendapat penjelasan kerana kerugian yang dialami oleh EVSB adalah satu kerugian yang besar dan juga pinjaman yang diberikan oleh MDC kepada EVSB adalah suatu jumlah pinjaman yang besar dan saya difahamkan juga pada Mac 2002 pihak MDC terpaksa mengeluarkan RM31.6 juta lagi untuk membayar hutang-hutang yang ditinggalkan oleh EVSB.

Persoalan yang ada sekarang adalah kegagalan yang berlaku ini telah memberikan suatu imej yang begitu negatif kepada projek ataupun usaha kerajaan ke arah teknologi tinggi dan juga MSC dan pelancaran yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nampaknya menemui suatu kegagalan yang begitu besar.

Saya ingin mendapat penjelasan yang pertamanya, siapakah sebenarnya pemilik tanah yang diberikan kepada EVSB untuk membangunkan projek ini.

Dan yang keduanya, apakah kriteria yang digunakan dalam pemilihan EVSB ini kerana seperti mana yang disebut, MDC adalah merupakan projek overseer kepada projek ini, tetapi Yang Berhormat, saya kurang yakin kerana perlu kita memahami bahawa MDC telah mengalami kerugian demi kerugian dan yang terakhir kerugian lebih daripada RM100 juta sama ada dalam bentuk projek-projek yang tidak viable ataupun mismanagement dalam MDC itu.

Jadi, ini yang menjadi persoalan yang perlu pihak kerajaan sebelum memberikan kepada syarikat yang lain kerana kita difahamkan dalam media, syarikat yang bernama Budaya Hikmat Sdn. Bhd. akan diberikan untuk menjalankan ataupun meneruskan projek-projek ini, sedangkan wang yang dikeluarkan adalah jumlah yang begitu besar yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Minta penjelasan.

Tuan Chia Kwang Chye: Tuan Yang di-Pertua, maklumat yang diberi oleh Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu berkenaan dengan kerugian itu, memanglah tidak benar, RM30 juta yang disebutkan itu adalah termasuk dalam jumlah RM58 juta yang saya katakan itu. Inilah bukan tambahan kepada RM58 juta itu.

Yang kedua, ialah perkembangan yang terkini, mungkin Yang Berhormat tidak sedar bahawa konsep yang baru itu berdasarkan dengan bioteknologi, di mana satu pusat aplikasi perdana telah ditubuhkan dan di bawah pusat ini ada beberapa pusat kreatif yang lain termasuk Pusat Aplikasi Pembangunan Kreatif dan juga satu lagi berkenaan dengan makmal perubatan iaitu Center for Health Innovation and Medical Enterprise (CHIME) di mana ada makmal yang dijalankan berkenaan dengan perubatan termasuk stemp life-transplant dan sebagainya.

Yang kedua, ialah di bawah pusat ini ada satu pusat virtual reality, dan ini boleh dikatakan suatu pusat yang termaju di rantau ini di mana simulasi daripada data-data yang boleh diperolehi dapat dijalankan.

Projek-projek yang lain yang dijalankan oleh rakyat Malaysia termasuk pelajar-pelajar daripada universiti-universiti tempatan termasuk Universiti Multimedia pun telah mengeluarkan beberapa projek atau video clips yang boleh dipasarkan termasuk video clips yang boleh dipasarkan di Middle-East, dengan izin.

Setakat ini, RM58 juta ini merupakan suatu pinjaman kepada E-Village Sdn. Bhd. atau Entertainment Village Sdn. Bhd. dan syarikat yang baru, yang akan mengambil alih ini mengikut Akta Pendaftaran Syarikat akan mengambil alih semua aset dan termasuk liabiliti iaitu pinjaman dari MDC itu dan ini merupakan suatu pinjaman sahaja.

Dan jika kita melihat daripada impak dari semua pelaburan atau semua projek yang dijalankan oleh MDC untuk menjayakan MSC ini, dan dalam keseluruhannya barulah kita nampaknya faedah yang dapat diperolehi oleh projek MSC ini termasuk projek-projek dan pelaburan, termasuk pinjaman yang diberikan oleh MDC itu. Kerana kalau kita lihat dalam tahun ini, mengikut suatu kajian impak yang dijalankan oleh MDC ini ialah kalau dari segi jumlah k-pekerja, k-workers, dengan izin, ialah 15.9 ribu orang telah terlibat dalam syarikat-syarikat yang bertaraf MSC dan jumlah jualan atau sales ialah RM5.7 bilion di mana RM1.4 bilion adalah dari segi penjualan eksport. Dan kalau kita tidak meneliti berkenaan dengan syarikat MSC yang bertaraf antarabangsa iaitu

Page 23:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

13

syarikat yang world class, dengan izin, jumlah pekerja ialah 2.5 ribu dan eksport ialah RM0.6 bilion, inilah data yang kita patutlah meneliti barulah kita dapat mengetahui lebih mendalam projek-projek MSC yang boleh membawa impak-impak yang lain untuk Malaysia. Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Masa sudah cukup Yang Berhormat.

[Masa bagi pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan telah cukup]

Puan Teresa Kok Suh Kim: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya bagi kami yang soalan kami yang tidak sempat dijawab oleh menteri, adakah kami sepatutnya dapat jawapan secara bertulis?

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Puan Teresa Kok Suh Kim: Okey, soalan yang saya tanya pada 14 Oktober mengenai macam mana kerajaan menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris di negara kita, sampai hari ini saya pun belum menerima jawapan.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, nanti saya tanya, tengoklah ya, kami akan bertanya.

Puan Teresa Kok Suh Kim: Saya telah kompelin dengan Senator Menteri, tetapi sampai sekarang saya belum menerima jawapan, adakah kerajaan ingin mengelakkan soalan yang ditanya.

Tuan Yang di-Pertua: Baik, baiklah Yang Berhormat. Ya, sila.

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT

DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Tuduhan PBB Kepada Kerajaan dan Beberapa Pertubuhan Di Malaysia Sebagai Pengganas

11.07 pagi.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, Usul Menangguhkan Mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat Perkara 18(1).

Bahawa saya Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar, Ahli Dewan Rakyat bagi Kawasan Pokok Sena mohon mencadangkan bahawa Majlis ini hendaklah ditangguhkan mengikut Perkara 18 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, bagi membolehkan Dewan yang mulia ini, merundingkan isu penyenaraian terhadap Kerajaan Malaysia iaitu Barisan Nasional, PAS, ABIM serta beberapa pertubuhan yang lain sebagai kumpulan pengganas oleh Majlis Keselamatan PBB yang diperalatkan oleh Amerika.

Tuan Yang di-Pertua, isu ini adalah perkara tertentu kerana tuduhan oleh Majlis Keselamatan PBB yang telah mengaitkan Kerajaan Malaysia, PAS dan ABIM dengan Penyenaraian ini merupakan suatu pembohongan, fitnah dan mala fide antarabangsa ke atas negara ini.

PBB telah diperalatkan oleh Amerika untuk memberikan tekanan ke atas negara ini dalam menjayakan proses Amerikanisasi dunia sehingga PBB buta dan bisu bila Amerika melakukan keganasan ke atas Afghanistan, Iraq, Palestine dan negara-negara yang lain.

Perkara ini adalah melibatkan kepentingan ramai, kerana penyenaraian Kerajaan Malaysia, PAS dan ABIM telah mewujudkan perasaan takut dan bimbang rakyat terhadap permusuhan masyarakat antarabangsa ke atas rakyat negara ini sama ada yang berada di negara ini ataupun yang berada di luar negara.

Ia juga akan memberikan kesan negatif terhadap ekonomi dan pelaburan asing di negara ini. Ini adalah suatu sabotaj terhadap ekonomi dan kestabilan politik negara ini yang dilakukan oleh PBB.

Page 24:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

14

Perkara ini perlu disegerakan kerana penyenaraian ini memerlukan pendirian tegas dan segera daripada Dewan yang mulia ini, untuk membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya tuduhan PBB dan menuntut PBB dan Majlis Keselamatan memohon maaf kepada rakyat negara ini serta menarik balik tuduhan tersebut kerana ia boleh membawa kepada kemungkinan tindakan ketenteraan, politik atau ekonomi oleh syaitan Amerika seperti yang telah dialami [Tepuk] oleh Sudan, Libya, Afghanistan, Iraq dan beberapa negara yang lain, setelah Amerika mengaitkan negara tersebut dengan keganasan.

Dewan yang mulia ini, mestilah menegas dengan keras dan tegas bahawa Kerajaan Malaysia, PAS dan ABIM tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan keganasan. Maka saya berpandangan, bahawa Usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan orang ramai, perlu disegerakan. Sekian, terima kasih. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat bagi Pokok Sena pada 21 Oktober 2002.

Teks Usul itu adalah seperti dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat pada hari ini, saya sebagai Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat.

Syarat yang pertama ialah bahawa perkara itu tertentu; syarat yang kedua, ia adalah bagi kepentingan orang ramai; dan syarat yang ketiga, ia adalah berkehendakkan disegerakan.

Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara ini adalah perkara yang tertentu, ia adalah bagi kepentingan orang ramai dan perkara ini juga perlu disegerakan. [Tepuk]

Oleh yang demikian, saya membenarkan Usul ini dibahaskan. Mengikut Peraturan Mesyuarat 18(3)(b) Usul ini hendaklah ditempohkan hingga pukul 4.30 petang ini dan hendak ditangguhkan pada jam 5.30 petang. Saya akan membenarkan pihak pencadang membahaskan selama 30 minit dan selepas itu pihak kerajaan menjawab selama 30 minit. Sekian. [Tepuk]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2003

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 2003

Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2003 dan Anggaran Pembangunan 2003 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keenam]

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Maksud B.26, B.27 [Jadual] – Maksud P.26, P.27 [Anggaran Pembangunan 2003] -

Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.26 dan B.27 dan Kepala Pembangunan P.26 dan P.27 di bawah Kementerian Pendidikan terbuka semula untuk dibahas. Saya memohon Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan menyambung ucapan. Yang Berhormat, panjang lagikah? Bolehkah Yang Berhormat habiskan dalam masa sepuluh minit ya? Cukuplah!

Page 25:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

15

11.13 pagi.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir]: Tuan Pengerusi, tidak boleh, banyak, semalam ini dibuka oleh beberapa orang, jadi kita terpaksa menjawab semua …..

Tuan Pengerusi: Yalah, yalah.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: …tuduhan yang telah dibangkitkan.

Tuan Pengerusi: Tetapi perkara ini telah pun diucapkan beberapa kali sudah banyak, dan masing-masing sudah tahu hasrat masing-masing. Ya, minta pendekkan, sebab kita kesuntukan masa ya.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya cuba Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Ya, sila.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Pengerusi, semalam juga pihak Kuala Terengganu telah berkali-kali memberi beberapa perkataan, misalnya perkataan ‘khianat’, kalau saya boleh bilang di sini lima kali disebut ‘khianat’.

Beberapa Ahli Pembangkang: [Tepuk]

Seorang Ahli: Apa itu, itu budaya itu.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Pengerusi, …

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Kemudian, satu perkataan ‘laknat’.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Minta sedikit penjelasan, Tuan Pengerusi.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Kemudian soal kredibiliti.

Tuan Pengerusi: Nanti sekejap Yang Berhormat. Biarlah dia ucap sedikit dahulu ya, tidak sampai dua perkataan Yang Berhormat sudah bangun.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Perkataan ‘khianat’, saya hendak betulkan ayat perkataan itu bukan ‘khianat’ tetapi ’pengkhianat’. Pengkhianat ialah satu tuduhan yang berat, bukan khianat. Ini yang dikatakan, saya hendak betulkan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, Kuala Terengganu bukan sebut ‘khianat’, dia sebut ‘pengkhianat’.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Betul ‘pengkhianat’, dia sebut ‘pengkhianat-pengkhianat’ lima kali, setiap ayat ada ‘pengkhianat’. Kemudian dia sebut juga di hujung sekali ‘laknat’.

Dan soal kredibiliti menteri, kemudian kayu mati (dead wood), kemudian ‘pak turut’, kemudian ‘burung kakak tua’, kemudian, ‘gadai maruah bangsa.’ [Beberapa Ahli Pembangkang Tepuk] Kemudian soal ‘pagar makan padi.’

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Jawatankuasa]

Saya kira perkataan-perkataan ini lahir daripada Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu orang yang muda, saya tahu Yang Berhormat begitu emotional sekali.

Saya tahu Yang Berhormat begitu emosional sekali dan saya memang faham, saya faham. Saya masih ingat lagi dari filem Hindi – ‘Kuch-Kuch Hota Hai’ yang mana hati saya tahu apa yang ada dalam hati Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ini ialah kerana Yang Berhormat mempunyai dendam kesumat [Tepuk], …….

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tanjong Karang berdiri Yang Berhormat, hendak beri jalan?

Page 26:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

16

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Okey, terima kasih. Saya hendak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen mengenai dua isu. Pertama, Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu mengatakan Menteri Pendidikan menipu rakyat dan yang kedua mengenai UMNO pengkhianat bangsa Melayu.

Yang pertama ini, semalam Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu ada mengaitkan GPMS sebagai salah satu NGO yang menentang penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Matematik dan juga Sains. Saya malam tadi berbincang panjang lebar dengan Yang Berbahagia Dato’ Suhaimi Ibrahim – Pengerusi kepada GPMS dan beliau menyatakan bahawa tuduhan itu tidak benar. Perjumpaan beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka daripada mulanya, dia memang tidak bersetuju, dia memang bersetuju dengan cadangan kerajaan dan beliau telah minta saya menyatakan dalam Dewan ini bahawa tuduhan Yang Berhormat itu tidak benar dan merupakan satu pembohongan. [Disampuk]

Yang kedua, mengenai pengkhianat. Saya hendak bertanyakan pendapat Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, ada seorang anak Melayu. Anak Melayu ini telah dihantar keluar negara untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Ph.D pada tahun 1991. Pada 1995, anak Melayu ini kembali ke tanah air dan sepatutnya berkhidmat dengan UiTM kerana beliau dihantar di bawah Young Lecturer Scheme. Tetapi malangnya, anak Melayu ini hanya berkhidmat dengan UiTM hanya beberapa bulan dan UiTM amat kecewa kerana UiTM telah membelanjakan hampir RM300,000 untuk menjadikan anak Melayu ini sebagai seorang Doktor Ph.D. Setelah itu …..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Ya, saya hendak cerita ini, hendak kena tahu latar belakang, baru kita boleh menilai pengkhianat atau bukan.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah tu.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Anak Melayu ini, dia memilih untuk meninggalkan UiTM dan berkhidmat di Universiti Malaya. Oleh kerana UiTM kecewa dan kita tahu UiTM ini ditubuhkan untuk membantu anak-anak Melayu. Anak Melayu ini lari pergi ke UM dan telah pun disaman oleh UiTM.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: UiTM hanya saman anak Melayu ini hanya RM50,000. Sejak 1995 sampai tahun 2002, anak Melayu ini tidak bayar saman RM50,000 dan kes ini telah dibawa ke mahkamah dan hanya baru bayar RM5,400.00 pada 12 Jun 2002. Anak ……

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang Berhormat.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: [Bangun]

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Eh!

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Eh, apa…..

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Sebut namalah.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Eh, saya tidak sebut, cuma saya kata anak Melayu.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Ini kes mahkamah, you sebut.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Ya.

Seorang Ahli: Sebut nama dia.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Siapa dia?

Page 27:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

17

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Duduklah dahulu.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk dahulu Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Ha, inilah, siapa yang makan cili dia yang terasa pedas ni.

[Dewan gamat dengan ketawa]

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya belum sebut, saya belum sebut lagi siapa dia, hanya saya hendak tanya Yang Berhormat, ……

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: …..anak Melayu seperti ini bolehkah kita katakan dia ini pengkhianat kepada bangsa?

Beberapa Ahli: Ya.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: UiTM, anak Melayu 100%, dahagakan khidmat dia, kita hantar ke luar negara RM300,000 lari, hari ini baru bayar RM5,000, adakah ini boleh dikatakan pengkhianat bangsa. Anak Melayu ini tidak lain tidak bukan ialah Kuala Terengganu.

[Keadaan Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, Peraturan 37(1). Isu ini telah pun selesai, [Disampuk] telah pun diselesaikan melalui peguam-peguam sama ada UiTM dan peguam saya sendiri. Dan saya telah pun membuat bayaran, tidak timbul persoalan, tidak timbul persoalan. [Disampuk] Ini bukan isu, ini satu tuduhan peribadi, menimbulkan peribadi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Ianya telah pun diselesaikan melalui peguam UiTM dan juga peguam saya. Saya telah pun membuat pembayaran. Saya minta dia tarik balik. Saya minta dia tarik balik Tuan Pengerusi, [Disampuk] sebab dia menimbulkan persoalan yang telah diselesaikan.

Seorang Ahli: [Berteriak]

Seorang Ahli Pembangkang: Hoi, apa ini!

Beberapa Ahli: [Ketawa]

[Keadaan Dewan riuh]

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: [Masih berdiri]

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: [Masih berdiri]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk belaka, duduk Yang Berhormat.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Saya minta dia tarik balik Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya pun tidak tahu hendak buat apa kalau macam ini Yang Berhormat. Saya suruh duduk tidak hendak duduk. Duduklah!

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Ya.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kalau benda yang sudah tentu selesai, kira tidak usah diungkitlah, dia tarik baliklah Yang Berhormat.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Seorang Ahli: Jangan tarik balik.

Page 28:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

18

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Pengerusi, bagaimana Yang Berhormat kata selesai, daripada RM50,000 baru bayar RM5,000, mana ada selesai? [Disampuk] Mana, mana ada selesai? Ini macam mana Yang Berhormat kata sudah selesai? Itu yang pertama.

Soal kedua, inikah yang dikatakan membalas budi? Bukan soal moral, moral Yang Berhormat bercakap berapi-api kata pengkhianat bangsa, sendiri sebagai pengkhianat, di mana maruah sebagai seorang Melayu, patut membalas budi pada UiTM, bukan meninggalkan anak Melayu yang dahagakan pendidikan.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Jangan cakaplah Yang Berhormat, eloklah Yang Berhormat masuk PAS - kumpulan yang tidak tahu berterima kasih. Yang Berhormatlah….

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Tuan Pengerusi, …..

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: …..kumpulan yang tidak tahu bersyukur.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tanjong Karang cukup.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Apa yang saya hendak tarik balik, belum selesai, betul atau tidak, baru bayar RM5,000? Mengaku dahulu, baru berapa ribu bayar?

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Dia minta penjelasan.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup, cukup.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Janganlah kata sudah selesai, belum selesai lagi, belum selesai.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Apa Tuan Pengerusi bagi Tuan Pengerusi?

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tidak ada, saya tidak kata.

Seorang Ahli: Pengkhianat bangsa.

[Keadaan Dewan masih riuh]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya Kuala Terengganu, ada apa?

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Kata sudah selesai, saya akan tarik balik. Sudah selesaikah atau belum bayar RM50,000?

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi…

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, biar dia selesaikan dahulu.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Belum selesai, kata sudah selesai. Jangan berbohong dalam Dewanlah!

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Duduk dahulu!

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Tuan Pengerusi, ….

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kuala Terengganu.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Tuan Pengerusi, perkara itu telah pun diselesaikan di antara peguam UiTM dengan peguam saya. Saya telah pun membuat pembayaran dengan fasa-fasa yang dipersetujui antara kedua-dua peguam. Saya minta dia tarik balik kerana dia kurang ajar.

Page 29:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

19

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan sebut begitulah Yang Berhormat.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Lawyer telah pun selesai antara kedua-dua pihak, tidak timbul persoalan ini.

Beberapa Ahli: Tarik baliklah.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Ya, sangkaan jahat!

[Keadaan Dewan riuh semula]

Seorang Ahli: Tolong sikit, tolong sikit.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk, duduk. Duduk dua-dua.

[Dewan masih riuh]

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya minta Yang Berhormat bagi Tanjong Karang, bagi peluanglah saya, macam mana saya hendak mencelah kalau macam ini? Kalau semua sudah hilang ….terlalu emosi, susahlah sedikit hendak buat peraturan. Sekarang ini saya …..hendak beginilah. Pertama, ada mengatakan satu perkataan 'kurang ajar', saya minta tarik balik.

Yang kedua, kalaulah betul dia telah bayar, ertinya kita tidak payah buat tuduhan juga ditarik balik. Selepas itu kita siasatlah selepas ini.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Tuan Pengerusi, saya sedia tarik balik.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: [Bangun dan bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Menteri.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Dalam soal tarik balikkah, apakah, tuduhan mesti dibuat terhadap satu orang. Dalam ucapan Yang Berhormat bagi Tanjong Karang, tidak ada sebut siapa pun. [Dibantah oleh pihak pembangkang]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada disebut, disebut.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kalau terasa, itu hal dia.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia sebut hujung sekali Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jadi tidak betul untuk ditarik balik kerana tidak dihala kepada sesiapa. Kalau dia sendiri perasan, dia punya pasal.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: [Membantah]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat….

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya minta supaya tidak ditarik balik.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya, duduk. Dia sebut hujung sekali, Kuala Terengganu Yang Berhormat. Saya beginilah, saya minta kedua-dua masalah ini ditarik balik dan siasat di luar. Kalau benarlah dia belum habis, kita boleh bangkitkan lagi. Itu sahaja keputusan yang saya boleh buat, saya pun tidak tahu macam mana…..sila Tanjong Karang.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya hendak tarik balik bawah Peraturan mana, bawah Peraturan mana?

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Janganlah tanya soalan pada saya Peraturan mana, tidak berterusanlah Yang Berhormat. [Disampuk]

Dato' Kamarudin bin Jaffar: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Berapa?

Page 30:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

20

Dato' Kamarudin bin Jaffar: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, kalau kata dia sudah bayar balik, okeylah tarik balik sahajalah tuduhan tidak bayar balik, apa salahnya. Selepas itu saya akan minta dia tarik balik perkataan ‘kurang ajar’ tadi.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kalau tidak, tidak berhabisan Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Bukan, soal bayar balik soal yang kedua. Soal bayar balik ini saya hanya mengatakan tuntutan hanya RM50,000 [Disampuk] bayar RM5,000 mana boleh bayar habis Tuan Pengerusi.

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa pembesar suara]

[Keadaan Dewan masih riuh]

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun]

Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun]

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: [Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak kiralah cara mana Yang Berhormat. Semua berdirilah Yang Berhormat kalau tidak mahu dengar cakap saya.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Cuma RM5,000 bayar, mana boleh selesai lagi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak ada halnya. Saya sudah buat keputusan macam itu.

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Beberapa Ahli: Peraturan, Peraturan.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Itu keputusan saya, keputusan saya ketika ini, saya kata kalau Tanjong Karang dia mengatakan sudah bayar, cara mana saya tidak kisah, semuakah atau tidak semua, tetapi dia dah membayar bererti dia telah mengambil tindakan. Jadi kalau tuduhan tidak membayar, bererti tidak perlu kita memutuskan di sini, kita boleh lihat selepas ini.

Yang kedua, Kuala Terengganu mengatakan 'kurang ajar' tadi, saya minta dia tarik balik. Jadi dua-dua mesti tarik balik.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Saya tarik balik.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, dia sudah tarik balik Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Susahlah saya. Ini keputusan saya Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Pengerusi,…..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya tadi minta penjelasan, kita kena tengok. Saya tadi minta penjelasan daripada Setiausaha Parlimen….

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudahlah!

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Sama ada sejarah (history) yang saya cakap tadi daripada sejarah seorang anak Melayu.

Page 31:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

21

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah Tanjong Karang.

[Dewan riuh kembali]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Susahlah saya hendak mempengerusikan Mesyuarat macam ini Yang Berhormat.

[Dewan menjadi riuh dan tidak terkawal]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tangguhkan Dewan 10 minit.

Puan Fong Po Kuan: Mana boleh macam itu!

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 11.26 pagi.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 11.37 pagi.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya minta Setiausaha Parlimen sambung jawapan.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat 44(2).

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, saya tahu, saya tahu.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: 44(2) itu….

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kita sudah bincang, cukup, cukup.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Keputusan sudah dibuat iaitu meminta kedua-dua ahli menarik balik dan….

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu sudah tarik balik.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Dan kita minta Yang Berhormat bagi Tanjong Karang secara terbuka dan gentleman untuk menarik balik.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila, sila duduk. Saya ingat kalau boleh tarik baliklah Yang Berhormat. Tidak berkesudahan akhirnya, Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Pengerusi, kita jangan salah faham. Saya tadi menyentuh karakter, karakter orang yang membawa usul.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah Yang Berhormat sebab perkara ini menjadikan Dewan ini….

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tidak, saya tidak mempertikaikan soal mahkamah. Saya, kalau soal mahkamah, saya boleh tarik tetapi soal karakter….

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Okey.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: …orang yang membawa usul…

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: …. yang menuduh kita pengkhianat atau menuduh orang lain pembohong.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Sedangkan karakter dia sendiri pun tidak betul.

Page 32:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

22

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah Yang Berhormat sebab Yang Berhormat mencelah, meminta penjelasan daripada pihak menteri menjawab. Kalau Yang Berhormat cakap macam itu, bukan bererti minta penjelasan. Ini merupakan ucapan.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya hendak tanya, boleh tidak orang yang bersikap karakter seperti ini dianggap sebagai pengkhianat bangsa? Itu sahaja.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Itu sahaja saya hendak tanya.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah. Ha, dia sudah tarik balik, Yang Berhormat. [Disampuk] Mengenai mahkamah tadi, dia khabar dia sudah tarik balik.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya hanya kata karakter.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Adakah karakter seperti pembawa usul yang tidak tahu mengenang budi, yang bayar hutang setelah disaman…

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudah Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: ….boleh dianggap sebagai pengkhianat? Saya itu sahaja saya tanya.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang tarik balik tadi apa Yang Berhormat?

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Apa?

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang tarik balik tadi, kata apa tadi?

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Kalau ada kaitan mahkamah, saya tariklah.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, itu dia, kaitan mahkamah….

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tetapi karakter saya tidak tarik.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Itu satu tuntutan. Saya bagi tuntutan kepada mahkamah.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Itu tidak perlu Yang Berhormat sebab….

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya minta penjelasan.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sebab Yang Berhormat kata tadi…..

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Saya minta peraturan sebab dia kata tadi……

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: [Menyampuk]

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Saya bukan hendak baca peraturan dahulu.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Minta dia baca peraturan.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak payah Yang Berhormat. Tidak payahlah. Ia berbalik-balik akhirnya Yang Berhormat. Masalah sekarang dia sudah tarik balik dengan mengatakan urusan pembayaran hutang dengan

Page 33:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

23

mahkamah, itu sudah dijalankan. Ertinya eloklah. Jadi, tuduhan dia mengatakan hutang tidak berbayar begitu begini, dia tarik balik.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tetapi karakter…

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masalah lain yang dibangkit itu, dia minta penjelasan daripada Setiausaha Parlimen.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Karakter pembawa usul saya tidak tarik balik.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya hendak tanya Setiausaha Parlimen, boleh tidak karakter seperti ini dianggap sebagai pengkhianat? Itu sahaja.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, okey.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Bukannya banyak.

Beberapa Ahli: [Bangun] [Menyampuk]

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudahlah Yang Berhormat. [Disampuk] Itu sudah keputusan Yang Berhormat. [Disampuk] Yang Berhormat, itu keputusan saya muktamad. Saya terpaksa menggunakan Peraturan Mesyuarat 43 yang pertama, selepas itu saya akan gunakan Peraturan Mesyuarat 44, saya tidak akan bertolak-ansur. Sila duduk, sila duduk. Ha, sila jawab Setiausaha Parlimen.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Pengerusi, tadi sebenarnya saya membangkitkan soalan yang telah dibangkitkan oleh pihak Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu mengenai dengan tuduhan bahawa kita di sebelah sini, khususnya pihak Menteri Pendidikan sebagai pengkhianat.

Jadi, ingin saya jelaskan bahawa pengkhianat itu ialah kita sebutkan di sini, bagaimanakah orang yang membuat tuduhan pengkhianat? Jadi, soalnya untuk menjawab Yang Berhormat bagi Tanjong Karang, sebenarnya kalau perkara itu dalam proses mahkamah, itu soal mahkamah.

Yang Berhormat bagi Tanjong Karang juga telah membangkitkan mengenai dengan karakter. Saya cakap terus terang, bila Yang Berhormat bagi Tanjong Karang telah menimbulkan ‘seorang anak Melayu’, jadi saya pegang kepada ‘seorang anak Melayu’. Saya tidak tahulah anak Melayu yang mana satu. Saya tidak tahu tetapi memang anak Melayu, kalau yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Tanjong Karang memang karakternya sebagai pengkhianat. [Disampuk] Itu anak Melayu!

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masuk yang lainlah Yang Berhormat.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Anak Melayu jenis itu.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Jadi, saya teruskan bahawa dalam hal ini tidak timbul soal mengkhianati bangsa atau menggadai maruah bangsa atau bersikap ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ atau berfikiran celaru seperti yang didakwa oleh Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu dan Yang Berhormat bagi Tumpat.

Dasar yang digubal oleh kerajaan adalah akur dengan wawasan untuk masa depan negara dan anak bangsa dalam menghadapi dunia abad ke-21 yang penuh dengan cabaran dan ancaman baru. Sesetengah daripada Yang Berhormat daripada pihak pembangkang terlalu emosional dan diselubungi perasaan takut. Perasaan takut dan emosional yang tinggi selalunya membawa kepada analisis yang celaru dan tindakan yang melulu.

Siapakah sebenarnya yang menggadai maruah bangsa? Parti manakah yang berjuang memenangi kemerdekaan membebaskan negara ini daripada penjajah?

Beberapa Ahli: UMNO!

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Siapakah yang membangunkan negara ini selama 45 tahun, hingga kini dengan begitu pesat dan mengagumkan?

Page 34:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

24

Beberapa Ahli: UMNO!

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Pihak manakah yang telah mengurus dan mentadbir negara, mengharumkan nama bangsa hingga ke seluruh dunia yang kini Malaysia sebagai satu model pembangunan yang baik? Adakah rekod kita selama 45 tahun ini melambangkan kerajaan berfikiran celaru?

Beberapa Ahli: Tidak!

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Mengkhianati negara, menggadai maruah bangsa?

Beberapa Ahli: Tidak!

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Dalam menggubal dasar Kerajaan Barisan Nasional sentiasa mendengar nasihat dan pandangan daripada semua pihak, mendengar pakar daripada dalam dan luar negara, pendapat rakyat berbilang kaum, keperluan negara masa depan…..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Ya?

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, saya dengar semasa pembawa usul, tidak ada sesiapa yang menyampuk. Begitu juga semasa penyokong. Jadi, kalau semasa kerajaan menjawab, tolong diamlah.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Barulah nampak kerjasama. Ini semasa pembawa usul, saya ingat bercakap lebih berapi-api lagi tetapi semua orang diam. Jadi, apabila kerajaan menjawab, tolonglah diam. Itu pandangan sayalah, sila.

Tuan Mohamad bin Sabu: Perangai yang elok ikut peraturan.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Duduklah dahulu Yang Berhormat, saya akan tanya. Ada yang berdiri Yang Berhormat, minta penjelasan.

Tuan Mohamad bin Sabu: Tuan Pengerusi, minta penjelasan cara baik.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Nanti, nanti dulu Yang Berhormat. Nanti dia bagi dululah, baru….

Tuan Mohamad bin Sabu: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat sudah lama, sepatutnya faham. [Disampuk] Ha, saya minta izin. Kalau dia kata bagi, bagilah.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kuala Kedah.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, teruskan Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Saya habiskan ini sekejap. Cabaran-cabaran yang kita hadapi, semua ini diambil kira. Sila.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Arau.

Tuan Mohamad bin Sabu: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Arau dahulu Yang Berhormat? Dia bagi Arau dahulu Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Kita membincangkan usul yang penting dan dalam perbahasan kelmarin, kita melibatkan banyak pihak yang dinyatakan oleh pihak pembangkang di Dewan yang mulia ini. Saya hendak

Page 35:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

25

maklumkan dan juga hendak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.

Tuduhan yang mengatakan bahawa Persatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat juga menyokong pihak pembangkang bahawa mereka tidak menyokong kerajaan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah.

Semalam saya menyatakan bahawa mereka menyokong. Yang Berhormat bagi Kuala Kedah bangun menyatakan mereka telah menandatangani satu penyataan bersama bahawa mereka tidak menyokong. Ini adalah putar belit yang dibuat oleh pihak pembangkang di mana yang mereka tandatangani adalah bagi tahun 2000.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya teruslah Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Ya, Tuan Pengerusi,

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kalau berucap semacam ini tidak berhabisan Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Saya hendak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Ini tuduhan dibuat di Parlimen yang mulia ini. Kita memperkatakan kredibiliti Ahli-ahli Yang Berhormat dalam menyatakan sesuatu, tentu kita mempunyai kredibiliti yang jelas. Surat yang disebut di sini daripada “Menteri Pendidikan Malaysia kepada Profesor Madya Dr. Haji Abdul Rahman Daud, Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat.

“Saudara,

Penggunaan bahasa Inggeris dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik –

Sukacita saya merujuk surat saudara bertarikh 27 Ogos 2002 mengenai sokongan penuh terhadap dasar kerajaan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik sekolah-sekolah.”

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Jadi, adakah..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat soalannya Yang Berhormat jangan dihuraikan lagi.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, adakah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen bersetuju bahawa pembangkang membohongi kita di Dewan ini dengan menyatakan bahawa mereka menyokong pihak pembangkang dengan ulasan-ulasan yang diberikan dan ini sekali lagi memperlihatkan kredibiliti mereka. Terima kasih.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat bagi Arau. Sememangnya saya bersetuju dengan Yang Berhormat Arau 101%. [Ketawa] [Tepuk] Kerajaan Barisan Nasional mempraktikkan kesederhanaan dan toleransi..

Tuan Mohamad bin Sabu: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri lagi Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: .. dalam sistem demokrasi..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat Kuala Kedah, hendak beri jalan?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tidak beri jalan. Sebab saya rasa pihak pembangkang sudah ramai kelmarin yang bercakap.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Beri atau tidak beri Yang Berhormat?

Page 36:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

26

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Minta maaf, sekejap lagi kalau saya ada ruang saya beri..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang Berhormat. Biar dia berucap dahulu Yang Berhormat. Dia tidak beri Yang Berhormat duduk dahulu.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Dalam sistem demokrasi yang kita jalankan doktrin dengan cabinet responsibility tetap dipatuhi. Semua dasar dibahas dalam Dewan yang mulia ini dan di luar melalui media dan digubal oleh Jemaah Menteri secara kolektif. Seseorang Menteri hanya mengimplementasikan, mentadbir dan mengurus bagi pihak jabatan masing-masing. Bukan Menteri sebagai individu tetapi kabinet kerajaan secara kolektif yang akhirnya bertanggungjawab ke atas sesuatu dasar yang dijalankan. Telah beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini dan di luar, pihak kerajaan menerangkan bahawa Sains dan Matematik cuba diajar dalam bahasa Inggeris, bukan semata-mata untuk mencapai kemahiran berbahasa Inggeris tetapi terutamanya sebagai medium ataupun alat untuk memperolehi ilmu. Ini saya tegaskan, tidak ada niat merendahkan martabat bahasa Melayu ataupun mensia-siakan usaha pejuang-pejuang bahasa selama ini.

Profesor Nik Safiah, Profesor Sharil Mat Zain, Profesor Zainal Abidin dan Profesor Zainal Abidin Wahid, Ainuddin Wahid dan lain-lain, semuanya menerima manfaat daripada dasar kerajaan yang memerintah. Mereka disanjung kerana ilmu yang mereka perolehi melalui penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris. Beranikah pembangkang menidakkan hakikat ini. Dari manakah ijazah pertama atau lanjutan yang diperolehi oleh setiap daripada mereka ini - Ohio, Lathrope Queensland, England [Ketawa] Yang Berhormat bagi Padang Terap tidak berpuas hati dengan ijazah daripada Al-Azhar lantas melanjutkan pelajaran ke Ohio, Yang Berhormat bagi Yan dan banyak lagi di mana mereka menimba ilmu.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat..

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: .. dan melalui bahasa apa?

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Padang Terap berdiri Yang Berhormat, hendak beri jalan?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Kalau mengikut logik…

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Padang Terap berdiri, hendak beri jalan?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Belum lagi, belum lagi, belum lagi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cakap tidak beri, tidak berilah Yang Berhormat, jangan dok belum.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tidak beri.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Kalau mengikut logik Yang Berhormat Kuala Terengganu, oleh kerana mereka ini belajar melalui medium bahasa Inggeris, maka adakah mereka mengkhianati bahasa Melayu. [Tepuk] Adakah kesimpulan ini tepat, adakah ini betul?

Dato' Othman bin Abdul: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri, Yang Berhormat bagi Pendang ya. Sila.

Dato' Othman bin Abdul: Tuan Pengerusi, untuk Setiausaha Parlimen, apakah Yang Berhormat sedar bahawa dalam Kitab Sahih Bukhari, Rasulullah pernah memerintahkan Zaid bin Thabit belajar bahasa Hibru, bahasa Yahudi. Apakah PAS hendak menuduh Rasulullah pengkhianat kerana Rasulullah mengarahkan, [Disampuk] ini saya pakai andaian PAS,…

Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]

Page 37:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

27

Dato' Othman bin Abdul: .. sebab ini kitab hadis [Menunjukkan kitab hadis tersebut] sebab belajar bahasa Inggeris pengkhianat. Apakah Rasulullah yang memerintahkan Zaid bin Thabit belajar bahasa Hibru, bahasa Yahudi..

Seorang Ahli: Hendak belajar Matematikkah?

Dato' Othman bin Abdul: Ini hendak belajar apakah. Apakah bahasa hendak digunakan. Cuba Yang Berhormat huraikan bab ini.

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Hei tak boleh tahankah telinga!

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat bagi Pendang. Itulah yang saya katakan, malah semasa saya membuat jawapan dahulu saya mengatakan Yang Berhormat Ketua Pembangkang juga mengakui ..

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Padang Terap berdiri Yang Berhormat..

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir:.. kepentingan bahasa-bahasa lain. Belum saya..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] Yang Berhormat bagi Padang Terap berdiri Yang Berhormat..

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: …. memberi peluang lagi..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat hendak beri jalan atau tidak, Padang Terap ini.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Belum.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan cakap belum lagi Yang Berhormat, kalau tidak beri cakap tidak beri. Belum lagi susahlah saya.

Seorang Ahli: Tidak beri.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Sekejap..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Belum lagi itu maknanya akan beri tahu tak Yang Berhormat, itu dari segi bahasa setahu saya.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tak-tak kita akan beri.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kalau kata tidak beri., saya suruh dia duduk, itu sahaja.

Seorang Ahli: Tidak beri.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tidak beri.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, dia tidak beri Yang Berhormat, bukankah senang.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ahli Yang Berhormat harus faham, terutama sekali Yang Berhormat parti pembangkang, perbezaan antara menggunakan sesuatu bahasa sebagai alat, mendalami dan memperluaskan ilmu dan mendewa-dewakan bahasa itu. Apa yang kerajaan cuba lakukan ialah menggunakan bahasa Inggeris sebagai alat untuk mendapatkan ilmu, ia berlainan dan ia bukan bererti mendewa-dewakan bahasa itu ataupun memperkecilkan bahasa sendiri. Kesedaran pentingnya bahasa Inggeris untuk menimba ilmu, untuk berinteraksi dalam arena antarabangsa, untuk komunikasi global dan lain-lain telah meluas di kalangan semua bangsa di dunia. Di Jepun, China, Jerman, Perancis, Amerika Selatan, Afrika, India dan lain-lain.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad:[Bangun]

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada dua orang berdiri Yang Berhormat..

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Mahukah kita ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini.

Page 38:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

28

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dua orang berdiri Yang Berhormat hendak beri jalan?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tidak bagi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang Berhormat, sila duduk. Dia tidak beri lagi Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Mahukah kita ketinggalan. Menguasai lebih daripada satu bahasa amatlah penting dalam dunia hari ini. Hidup dalam dunia yang semakin mengecil kita semuanya diperlukan mampu dan prihatin dalam cross cultural appreciation dengan izin. Sebagaimana menggunakan bahasa Arab bagi mendalami ilmu-ilmu dalam pengetahuan Islam, tidak menggugat keutuhan bahasa Melayu. Begitu juga saya menyeru pemimpin-pemimpin PAS menerima penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains tidak memperkecilkan taraf bahasa Melayu kita.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Padang Terap berdiri, Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Padang Terap.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Padang Terap sila.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Setiausaha Parlimen. Yang pertama, saya hendak menjelaskan Yang Berhormat Pendang malam tadi bukan hadir pun, mari-mari bawa kitab, pakai dengar orang kata mana boleh.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang Berhormat.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Saya telah menyatakan..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat soalan terus.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Soalannya adakah [Ketawa] Yang Berhormat sedar bahawa..

Beberapa Ahli: [Membuat bising] [Ketawa]

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Nanti jangan bising.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha jangan bising.

Beberapa Ahli: [Membuat bising] [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Kuala Kedah, Padang Terap sudah tegur jangan bising selain daripada saya, terus soalannya.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Saya telah menyatakan kami tidak menentang bahasa Inggeris, malah saya membaca hadis ‘membaca sepotong hadis berbahasa Arab’ [Tepuk] Ini saya telah menyatakan bahawa mempelajari bahasa asing fardu kifayah tetapi masalah yang kita tentang sekarang ini ialah cara pendekatan yang dibuat itu tidak betul, itu sahaja.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat bagi Padang Terap. [Membaca sepotong ayat berbahasa Arab]

[Ketawa] [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, ya. Dengan izin Yang Berhormat, teruskan jawapan.

Page 39:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

29

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Pengerusi…..

[Dewan riuh] [ Ketawa]

Tuan Nasharudin bin Mat Isa: [Menyampuk] [Dewan masih riuh]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apalah Yang Berhormat. Duduklah. Teruskan Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Pengerusi, di sana pun melaram dengan bahasa Arab, kita pun boleh juga sedikit sebanyak. [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Bahasa Arab ini baik-baik sedikit Yang Berhormat, payah dia ada nahu, ada sarafnya semua sekali, terus Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Mengenai Yang Berhormat bagi Padang Terap, saya mengucapkan terima kasih. Sebenarnya Ahli Yang Berhormat sekalian boleh saya katakan dalam Dewan ini hampir semua boleh lebih daripada satu bahasa. Jadi, mengapa kita hendak dengan izin, deprive anak-anak generasi abad ke-21 mempelajarinya. Kerana mereka juga berhak untuk mendapat ilmu. Kita yang dari dalam Dewan ini bercakap kerana di sebelah PAS terutama sekali seperti yang saya katakan semalam perbatuan politik. Oleh itu, Yang Berhormat sudah bersetuju, jadi tidaklah timbul kecelaruan. Malah pihak kementerian, kita bukan cuba-cuba hendak melakukan di atas kehendak kita, tidak. Kita juga dapat nasihat daripada ilmuan, kita dapat nasihat daripada educationist dalam bidang ini berdasarkan research yang telah dilakukan.

Jadi, kalaulah Yang Berhormat di sebelah sana membangkitkan beberapa orang profesor itu tentang, boleh jadi itu pendapat individu. Kita tidak menahan, tetapi ini pendekatan kita, pendekatan yang mana kita cuba meyakinkan pada semua pihak di dalam Dewan ini. Tetapi malangnya pihak Yang Berhormat masih berdegil untuk menerima hakikat bahawa soal bahasa Inggeris itu satu soal. Soalnya sekarang alat untuk mendapat ilmu, itu yang saya bangkitkan. Jadi, sekarang Yang Berhormat patutlah bersabar dan menerima dengan tenang. Macam yang saya katakan.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada dua orang berdiri Yang Berhormat. Hendak beri jalan?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ahli-ahli Yang Berhormat semua pun tahu, saya percaya di antara Ahli Yang Berhormat daripada PAS setengahnya sampai tiga bahasa termasuk Yang Berhormat bagi Padang Terap. Malah menguasai tiga bahasa..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dua orang berdiri Yang Berhormat..

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: ... mengapa kita hendak mengabaikan anak-anak kita. Saya beri jalan kepada Yang Berhormat bagi Bagan Datok.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Bagan Datok, dia beri dahulu sila.

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Pengerusi, ada satu research di England tadi. [Ketawa]

Seorang Ahli: Bahasa baku.

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Di kalangan komuniti yang dilahirkan bukan daripada bahasa Inggeris, ertinya orang India, orang Pakistan dan orang daripada Asia yang duduk di England, belajar dalam bahasa Inggeris di mana bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris, pencapaian mereka untuk Sains dan Matematik lebih tinggi daripada budak-budak Inggeris. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa pengajaran melalui kaedah bahasa Inggeris dan diajar untuk subjek Matematik dan Sains sebenarnya lebih efektif daripada pengajaran bahasa ibunda bangsa-bangsa yang tinggal di England.

Page 40:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

30

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. England itu memang sebutan betul. ‘Land of angle’ [Ketawa] itu yang disebut nama England.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudahlah Yang Berhormat cukup.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Memang research itu terdapat seperti mana Yang Berhormat Bagan Datok..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha. ya cukup.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Pengerusi, Yang Berhormat bagi Bagan Datok membuat satu kenyataan yang benar bahawa ada kajian yang menunjukkan anak-anak ini yang bahasa ibundanya, misalnya macam Pakistani, India, Bangladeshe dan sebagainya yang tinggal di England, pencapaian Matematik dan Sains mereka begitu tinggi. Walaupun di rumah dia bercakap bahasa yang lain, tetapi bila dia datang di sekolah dia bercakap bahasa Inggeris, kursus yang diikuti dalam bahasa Inggeris dan pencapaian Matematik dan Sains itu memang tinggi dan dalam kursus bahasa Inggeris mereka rendah. Begitu juga dengan lain-lain kajian yang menunjukkan bahawa peningkatan kognitif mereka itu lebih bersifat kreatif.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Setiu berdiri Yang Berhormat.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]

Tuan Mohamad bin Sabu: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dua orang berdiri Yang Berhormat hendak beri jalan? Hendak beri siapa Yang Berhormat ataupun tidak beri?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Beri Yang Berhormat bagi Setiulah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, Yang Berhormat bagi Setiu dahulu.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Setiausaha Parlimen. Saya ingin mendapat penjelasan kalaulah di pihak kami pihak pembangkang dianggap tidak mendapat maklumat yang lengkap ataupun maklumat yang kemas berhubung dengan kenapa perlunya pelaksanaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam Matematik dan Sains. Itu kami boleh terima. Tetapi bagaimana ianya boleh berlaku dalam kelompok Barisan Nasional sendiri, MCA, Gerakan dan seluruh masyarakat kaum Tionghoa dan mungkin kaum India juga tidak bersetuju dengan dasar tersebut. Apakah ini bermakna bahawa mereka ini juga tidak memahami dan tidak mengerti seperti mana pihak pembangkang ini. Terima kasih.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat boleh balik ke Barisan Nasional. [Ketawa] Saya tahu Yang Berhormat pun sudah dekat sana, cross sana sikit sahaja tidak ada apa. [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Jawapannya Yang Berhormat. Itu bukan jawapan Yang Berhormat. Jawapan persoalannya Yang Berhormat. [Sorak] [Ketawa]

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Sebab dia bertanya bahawa ini kenyataan MCA dan sebagainya. Kita ada cara kita untuk menyelesaikannya dan tidak perlu dia campur oleh pihak sana. Kalau kita baca betul-betul pihak MCA bersetuju pengajaran Matematik dan Sains itu diajar dalam bahasa Inggeris. Tetapi sekarang perbincangan adakah diajar di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Itu sahaja perbincangan yang sedang dilakukan. [Tepuk] Jadi, apakah yang timbul masalah.

Yang Berhormat bagi Setiu juga harus ingat macam kita katakan Yang Berhormat mesti memahami ini. Sebab itu apabila semalam Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu bangkit secara emosional dan hentam sana, hentam sini tidak apa saya faham dia orang muda dan baru sahaja menang pilihan raya macam saya juga. Dia rasa sudah jadi Ahli Yang Berhormat ini berasa dia boleh hentam apa sahaja.

Page 41:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

31

Tetapi kita mesti secara terbuka secara open minded katanya bahasa Inggeris. Jadi, Janganlah Yang Berhormat mempunyai satu kongkongan politik yang sempit.

Kita harus sedar bahawa kerajaan inilah yang menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka. [Tepuk]

Tuan Mohamad bin Sabu: Terima kasih Tuan Pengerusi. Inilah Setiausaha Parlimen yang baik. Memang bahasa-bahasa digunakan kadangkala mengikut stail untuk keluarkan perasaan mereka. Misalnya Datuk Dr. Hassan Ahmad, beliau menambah, idea itu iaitu idea Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris nampak tidak relevan kerana ia terhasil dari ideologi Inggeris sedangkan sudah lama isu memartabatkan bahasa Melayu diperjuangkan, kata Dr. Hassan bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Jawatankuasa]

Jika kita ikut orang sesat maka kita akan menjadi lebih sesat. [Tepuk]. Ini dalam isu bahasa bukan sesat yang agama, tetapi sesat dalam isu bahasa. Kalau ini pandangan tadi Setiausaha Parlimen telah kondem Ungku Aziz, telah kondem pendapat-pendapat mereka itu termasuk Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, ketetapan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka termasuk Datuk Rahim Bakar pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka. Jadi, kalau semua orang dianggap otak sempit, otak tidak betul sedangkan mereka ini adalah orang-orang yang terlibat dalam perjuangan bahasa di Malaysia. Tolong hormat mereka ini kalau tidak hormat kami pun. [Tepuk] Saya Yang Berhormat bagi Kuala Kedah ini tidak hormat pun tidak apa tetapi hormatlah orang-orang seperti ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Mohamad bin Sabu: Minta komen sikit.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Pergi dah.

Tuan Mohamad bin Sabu: Woi! [Sorak] [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Pengerusi, nama-nama yang saya sebut tadi saya tidak pernah kondem, tidak ada saya tidak pernah pun kondem. Malah macam Ungku Aziz ini, Nik Safiah dan semua nama yang Yang Berhormat sebut saya bagi satu tabikkan. [Tepuk] Jadi, bila yang saya kata saya tidak menghormati orang ini. Saya hormati.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Begitu juga dengan pandangan dan pendapat mereka. Ya, mereka ada hak untuk mengeluarkan pendapat. Tetapi kita tidak boleh kata seorang kata begini kita semua sudah kata okey. [Tepuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat….

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Dan yang saya faham ialah ….

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, ada banyak lagikah?

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Sikit sahaja lagi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat sudah berucap lebih daripada satu jam. Oleh kerana kita ada banyak lagi urusan untuk kita bincangkan, saya ingin menasihatkan supaya tidak dibenarkan sesiapa untuk meminta penjelasan. Teruskan jawapan Yang Berhormat.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Saya akur dengan pandangan Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik teruskan.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Saya balik kepada soal tadi. Saya tidak pernah kondem ini. Malah kita sanjung, kita hormati pejuang-pejuang bahasa. Pejuang-pejuang bahasa inilah yang telah memartabatkan bahasa Melayu. Jadi, tidak ada, kata saya buat tuduhan bahawa mereka tidak ada makna bagi kita pada hari ini.

Page 42:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

32

Cuma yang kita bincang boleh atau tidak mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Itu soalan kita. Nampaknya semua sudah bersetuju sesudah saya bercakap Yang Berhormat di sebelah sana khususnya PAS nampaknya sudah bersama dengan saya hari ini. Terima kasih. [Ketawa]

Baik, saya sambung. Kita harus sedar bahawa kerajaan inilah yang menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan tinggi tempatan memperuntukkan wang bertambah-tambah setiap tahun untuk mempromosikan bahasa Melayu. Kerajaan ingin menggalakkan bahasa Melayu terus dipertingkatkan melalui penyelidikan, penulisan, pengajaran, konferensi dan seminar dalam dan di luar negara di Amerika, London, New Zealand, Australia, Beijing, Moscow dan lain-lain. Malah kita ada pula Dewan Bahasa dan Pustaka mempertingkatkan lagi jabatan pengajian Bahasa Melayu di rata dunia, di New Zealand, di Amsterdam, di semualah di dunia. Yang ini yang PAS hendak menafikan bahawa kerajaan hendak menggadaikan maruah bangsa. Apakah ini tepat?

Tidak lama dulu apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mencadangkan beberapa inisiatif baru seperti projek motokar negara, MSC, Dasar Pandang Ke Timur dan lain-lain semuanya dikritik oleh pihak pembangkang. Memang itu kerja mereka. Kini apabila kita telah berjaya mereka membisu seribu bahasa. Dalam hal ini soalnya pemimpin ada visi. Kalau bukan pemimpin dia tidak ada visi. Demikian juga hari ini kita lihat sikap pembangkang atas isu menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik. Mengapa tidak tunggu dan lihat dulu bagaimana dasar ini dijalankan dan kemudian barulah kemukakan hentaman bertalu-talu. [Ketawa] Sikap emosional dan melulu tidak menguntungkan sesiapa. Akhirnya ia akan timpa batang hidung sendiri.

Tuan Pengerusi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melantik Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad atas rekodnya sebagai seorang bekas pelajar yang cemerlang dalam bidang Sains Farmasi. Rekodnya sebagai pentadbir sebagai Dekan dan Naib Canselor USM. Inilah julung kali Kementerian Pendidikan satu portfolio yang amat sensitif di negara ini diketuai oleh seorang bekas Naib Canselor Universiti yang dilantik menjadi Ahli Dewan Negara. Dalam suasana dunia di mana perkembangan ilmu bertambah secara exponential dengan izin, hasil ledakan maklumat dalam ICT dan dalam kerangka globalisasi adalah sangat bijak dan tepat pada masanya seorang saintis dan bekas pentadbir akademik menerajui Kementerian Pendidikan dalam membawa negara melangkah masuk ke dalam abad 21.

Seorang Menteri menerajui kementeriannya tetapi ia tetap berkhidmat menjalankan dasar yang telah dipersetujui dalam Jemaah Menteri di bawah doktrin dengan izin, collective responsibility. Dewan berkeyakinan penuh kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Kalau hendak mengatakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan tidak ada kredibiliti ingat atau tidak jasa dia, bagaimanakah memulakan fakulti farmasi sehingga begitu berjaya dan menghasilkan ramai anak bumiputera menerajui dalam bidang itu.

Tuan Pengerusi, bagi pihak kerajaan saya mohon menolak usul yang dikemukakan [Tepuk] dan Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu telah mengatakan semalam, minta supaya anak cucu melaknatkan UMNO. Apakah ini sebutan daripada orang Islam? Saya juga ingin nyatakan bahawa Allah akan melaknatkan kita kalau kita tidak menyediakan anak generasi kita untuk mendapat ilmu. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan:

“Bahawa Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat hendaklah meminda Jadual Maksud Bekalan 26 iaitu Kementerian Pendidikan, butiran mengurangkan sebanyak RM10 daripada butiran 010000 Pengurusan Korporat dan Auditan, Program/Aktiviti 010100 Pengurusan Korporat, kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji Yang Berhormat Menteri Pendidikan iaitu sebanyak RM10 hendaklah dipersetujukan”.

Masalah dikemuka bagi diputuskan dan tidak disetujukan.

Usul tidak disetujukan. [Tepuk]

Page 43:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

33

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Tuan Pengerusi, MCA? Tidak sebut apa pun MCA.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tetapi suara memang lebih. [Dewan riuh]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: MCA tidak sebut apa.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Suara lebih. Siapa ada suara bukan tanggungjawab saya. Suara lebih. [Ketawa]

Kepala Bekalan B.26 dan B.27 dan Kepala Pembangunan P.26 dan P.27 di bawah Kementerian Pendidikan terbuka semula untuk dibahas. Kinabatangan.

12.11 tgh.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berbicara sedikit berhubung dengan Butiran 020100, 020200, 020300 iaitu Pengurusan Pendidikan Prasekolah, Rendah dan Menengah; Pendidikan Prasekolah dan Pendidikan Rendah.

Saya amat mengalu-alukan langkah yang telah diambil oleh kerajaan dan Kementerian Pendidikan seperti yang kita dengar hujah daripada Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan untuk memastikan bahawa kerajaan menyediakan wadah, prasarana dan juga tempat kepada generasi muda yang akan datang, yang bakal mewarisi negara ini dan ini akan dapat memastikan setiap anak bangsa Malaysia ini akan dapat ditentukan hala tuju mereka ke arah memberi pendidikan yang lebih cemerlang. Pada saya, pelaksanaan pendidikan bahasa Inggeris di dalam pelajaran Sains dan Matematik sudah tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak sekalipun.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, kalau perkara ini telah dibangkitkan tidak payah bangkit lagi.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Dia ada hubung kait iaitu dengan pengurusan pendidikan sekolah rendah dan menengah. Jadi, kena ada hubung kaitlah.

Dalam soal ini pada saya setiap bangsa Malaysia harus mengakui bahawa kerajaan mempunyai niat yang teramat baik di mana rata-rata masyarakat khususnya pelajar-pelajar dari luar bandar tidak kira apa suku bangsa sekalipun mereka memang amat mengalu-alukan langkah drastik yang diambil oleh kerajaan kerana pengisian pendidikan ada hubung kaitnya dengan pengisian dunia tanpa sempadan. Bayangkan kalau 10, 20 tahun akan datang kalau bangsa Malaysia ini masih terkongkong, masih terkurung dengan budaya dan pendidikan yang tidak tersusun dan teratur apa akan jadi dengan bangsa Malaysia pada masa akan datang. Waktu itu mungkin kita sudah tidak ada dalam dunia ini. Tetapi anak bangsa ini akan mengutuk pemimpin-pemimpin yang terdahulu disebabkan mereka tidak mempersiapkan apa juga bentuk pendidikan yang boleh memastikan bahawa mereka boleh mengikuti pendidikan ini secara adil dan saksama. Oleh kerana itu, masalah yang kita hadapi mungkin kerajaan kena mengeluarkan kewangan dan peruntukan yang begitu banyak untuk memastikan bahawa prasarana-prasarana, untuk mempertingkatkan tahap sekolah tersebut sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah kalau mungkin ianya dilaksanakan dalam tahun 2003, apakah penyediaan api dan elektrik telah boleh dipastikan oleh kerajaan. Apakah prasarana air, jalan raya khususnya di luar-luar bandar dan apakah guru-guru ini telah bersiap sedia untuk melangkah kaki mereka ke luar bandar. Persoalan ini perlu diperjelaskan dan perlu dicari penyelesaian. Jangan nanti sampai masanya kerajaan melaksanakan program bahasa Inggeris ini dalam pendidikan Sains dan Matematik semuanya tidak dapat berjalan seperti yang telah dirancangkan. Cuma saya yakin dan percaya bahawa kerajaan dan Kementerian Pendidikan telah memang bersiap sedia untuk memastikan bahawa kemudahan-kemudahan dan juga keperluan-keperluan untuk merencanakan program bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah dan menengah ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Dalam masa yang sama kerajaan juga iaitu Kementerian Pendidikan harus melihat sendiri bahawa ada sekolah-sekolah menengah khususnya di luar bandar, ada sekolah tetapi tidak mempunyai asrama, ada asrama tetapi tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi, bilik tidur tidak teratur dan tidak tersusun. Pernah berlaku satu kes di kawasan saya di mana sekolah menengah ini ada asrama tetapi tidak ada kelambu, tidak ada racun penghalau nyamuk dan malapetaka telah berlaku lapan orang murid telah dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti demam denggi dan salah seorang

Page 44:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

34

daripada mereka telah meninggal dunia baru-baru ini. Ini merupakan suatu kes mungkin terpencil tetapi ianya berlaku khususnya di luar bandar. Oleh kerana itu, saya menyeru kepada Kementerian Pendidikan, kalau boleh memastikan setiap sekolah yang berasrama haruslah dilihat akan kelengkapan-kelengkapan asrama tersebut supaya murid-murid yang datang tidur menginap di situ tidak teraniaya dan keselamatan mereka terjamin dan terjaga.

Ini perlu kerana pada saya, dengan dasar pendidikan negara memastikan setiap pelajar hendaklah dimasukkan ke sekolah mulai daripada tahun 1 hinggalah mencapai tahap yang lebih cemerlang. Jadi, ini mungkin akan menjadi penghalang kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang berasrama, yang separuh asramanya tidak terjamin. Di kawasan Parlimen saya, memang banyak, ada sekolah menengah, sekolah rendah yang asramanya kalau dapat dilihat, saya mengajaklah pegawai-pegawai daripada Kementerian Pendidikan ini melihat. Saya akan urus segala pemergian untuk meninjau sekolah-sekolah menengah yang berasrama ini, terlalu daif dan memerlukan bantuan daripada kerajaan yang sesegera mungkin.

Ini perlu kerana pada saya, prasarana di Kinabatangan, jalan raya yang tidak begitu baik walaupun kerajaan telah mengeluarkan peruntukan-peruntukan yang banyak tetapi kawasan ini besar iaitu besarnya kalau dikira negeri Perlis, 22 kali ganda negeri Perlis dengan Kinabatangan. Jadi, bayangkan bagaimana besarnya kawasan ini untuk dilihat dan ditinjau. Jadi, perlulah kalau boleh saya meminta Kementerian Pendidikan mengambil tindakan wajar untuk menaik taraf dengan segera sekolah-sekolah menengah yang berasrama ini. Berilah mereka asrama seperti asrama di dalam bandar dengan kelengkapan-kelengkapan yang mencukupi, jangan biarkan masyarakat luar bandar, pelajar-pelajar ini terpinggir kerana mereka ini adalah penyokong kita. Mereka akan memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Di Sabah, DAP tidak ada. KeADILan out, PAS terlepas, tidak boleh langsung, asal bertanding hilang wang pertaruhan. Ini orang Melayu di Semenanjung ini, buatlah macam itu, macam Sabah dengan Sarawak, reject ini parti pembangkang. Jangan lagi bagi, kerana mereka menghancurkan, merosakkan negara. Mereka ada profesor tetapi rosak akal. Mereka ada Ph.D...........

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: [Bangun]

Puan Teresa Kok Suh Sim: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat......

Datuk Bung Moktar bin Radin:........menjadi permanent head damage.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Peraturan Mesyuarat.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Kesemua mereka, hilang pedoman, hilang arah, hilang tujuan.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Peraturan Mesyuarat.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Jadi, orang-orang Melayu khususnya.....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Peraturan berapa?

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: 36.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Orang-orang Melayu khususnya.....

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Yang Berhormat, ada Peraturan Mesyuarat.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Peraturan berapa?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ada Peraturan Mesyuarat.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: 36(6), tarik balik perkataan ‘profesor rosak akal’.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Dia tidak sebut sesiapa. Teruskan ucapan.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Tidak. Memang ada. [Ketawa] Tuan Pengerusi.....

Page 45:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

35

Puan Teresa Kok Suh Sim: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Seputeh bangun.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Perkara ini.....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Seputeh bangun.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Ini, saya punya kawan. [Ketawa]

Puan Teresa Kok Suh Sim: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Bila saya berada di Sabah, saya lihat dalam Pilihan Raya Kecil Gaya, parti politik Barisan Nasional di sana, mereka mengatakan mereka akan jadi parti pembangkang di dalam Barisan Nasional. Jadi, saya ingin tanya Yang Berhormat bagi Kinabatangan, adakah Yang Berhormat juga berhasrat untuk jadi tokoh pembangkang di dalam Barisan Nasional, khususnya di Sabah?

Datuk Bung Moktar bin Radin: [Ketawa] Ini bukan pembangkang. Cuma memperbetulkan elemen yang tidak baik, itu sahaja. Itulah gunanya kita back benchers. Kalau kerajaan tidak betul pun kita tegur. Bukan macam sana, dia punya Presiden, Menteri Besar di sana cakap Tuhan samseng pun, disokong. Ini dia pembangkang namanya, teruk, teruk dalam dunia. [Ketawa] Kita dalam Barisan Nasional, kita punya standard.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, masa cukup.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Oohh, okey. [Ketawa]. Jadi, dengan ini, saya mintalah dengan sebesar-besar mungkin kementerian kalau boleh, lihatlah asrama-asrama di Kinabatangan khususnya. Saya menyokong. Sekian dan terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kota Melaka.

12.20 tgh.

Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka]: Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 020000 – Pendidikan Sekolah Rendah. Saya berasa bimbang dengan cara satu isu yang begitu serius dan mustahak telah diperbahaskan dengan begitu beremosi dan juga saya baca akhbar-akhbar bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, saya berasa bahawa satu isu yang begitu mustahak, serius yang boleh membawa implikasi yang besar kepada negara kita akan ditentukan, bukan oleh kerana research-research yang telah dibuat tetapi oleh kerana parti masing-masing kena jaga air muka sendiri. Saya tidak faham bagaimana MCA boleh berundur atau menukar pendiriannya selepas kritikan yang begitu teruk dalam surat khabar bahasa Malaysia dan New Straits Times.

Walau bagaimanapun, kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang mengatakan bahawa beliau sanggup menerima pandangan dan nasihat daripada semua pihak, kalau betul-betul hendak menerima pandangan daripada MCA ataupun committee lain, boleh mengubah pendiriannya. Kalau ini peranan yang dimainkan oleh akhbar kita dan juga Ahli-ahli Parlimen yang telah berucap seolah-olah sesiapa yang menentang atau menyokong ini, merupakan orang yang mengkhianati bangsa dan negara.

Saya tidak setuju Tuan Pengerusi. Saya berani kata bahawa semua orang walaupun sokong atau tidak sokong, tidak mengkhianati bangsa. Tidak ada niat jahat pun, termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang hendak melaksanakan cadangan itu, saya boleh kata bahawa dia ikhlas tetapi ada pandangan yang berlainan, jadi kita harus kata, sesiapa pun yang akan sokong atau tentang cadangan penggunaan bahasa Inggeris ini, tidak menggadaikan maruah negara, tidak menggadaikan maruah bangsa, sama-sama hendak menerangkan kebaikan negara. Why are we not prepared to say? Ini adalah menjadi masalah Tuan Pengerusi. Saya tidak tahu sama ada orang lain bersetuju atau tidak dengan pandangan saya. Tetapi, saya rasa masa sudah sampai bahawa kita kena jaga. Kalau benda ini macam dilaporkan dalam bahasa Cina, saya rasa Home Ministry telah beri amaran, juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Zin yang suka menggunakan ancaman ISA.

Tetapi, kita biarkan. Lihat ini, Utusan Malaysia, Berita Harian, I think New Straits Times pun sama. [Menunjukkan akhbar-akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times] Saya kasihan dengan MCA. Apa pendirian yang diambil oleh

Page 46:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

36

MCA ada konsisten dan selaras dengan majoriti komuniti Cina. Tidak salah, tetapi mengapakah satu keputusan yang telah dibuat di dalam parti MCA, didedahkan dalam akhbar bahasa Inggeris. Ia ada masalah dia. Saya kasihan dengan parti MCA, tetapi tidak apa, saya tidak mahu cakap banyak - 10 minit. Saya kata bahawa pendirian yang diambil oleh MCA adalah selaras dengan permintaan dan kehendak komuniti Cina. Walau bagaimanapun, hati saya tidak pernah mengesyaki keikhlasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi ada satu pepatah bahasa Inggeris yang mengatakan “Good motives must be the motivators of good actions and not become the apology for bad actions”.

Jadi, apa yang kita pertikaikan hari ini ialah cara MCA dan DAP sama. Kita kata Dong Jiao Zhong sama. Kita kata bahawa laksanakan di peringkat sekolah menengah sahaja. Itu betul, tadi Yang Berhormat kata tetapi jangan kita labelkan orang-orang yang menentang sebagai ekstremis, pelampau yang harus ditangkap di bawah ISA atau orang yang menentang adalah pengkhianat negara. Semalam, saya timbulkan peraturan, saya dikatakan takut kepada PAS, tidak timbul apabila PAS berucap. Saya masuk sebenarnya selepas Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu berucap, semasa Yang Berhormat bagi Tumpat berucap dan saya dengar Yang Berhormat bagi Kuala Kedah cakap dengan cara yang baik, bahawa adakah orang yang menentang ini semuanya pengkhianat negara seperti Ungku Aziz?

Jadi, saya tegur kedua-dua pihak. Saya dikatakan takut. Saya tidak takut kepada sesiapa. Saya bimbang sebab perkara ini kalau betul-betul dilaksanakan, ia akan memecah-belahkan rakyat di Malaysia. Tidak pernah saya nampak Tuan Pengerusi. Dalam isu sekolah wawasan, walaupun Dong Jiao Zhong, penentang dengan sekeras-kerasnya, walaupun komuniti China telah menunjukkan pandangan mereka melalui undi-undi di Pilihan Raya Kecil Lunas, tetapi semua komponen parti Barisan Nasional menyokong. Mengapa kali ini tidak? Dia ada sebabnya. We have to find out mengapa. Tidak pernah saya lihat dalam isu Suqiu, dalam isu sekolah wawasan, semua pertubuhan Cina yang mainstream, jangan katalah yang bukan mainstream, yang hadir di Bukit Jalil itu. Yang mainstream, tidak pernah sepakat lebih atas isu ini. Pertama sekali, semua sepakat. Tanyalah MCA mengapa mereka ambil keputusan itu. Dia ada sebab. Itulah sebabnya saya begitu bimbang kalau inilah caranya kita memperbahaskan, isu ini akan betul-betul memecahkan rakyat Malaysia dan bukan senang kita hendak selesaikan isu ini.

Saya kata, jangan kita buat tuduhan yang liar seperti apa yang telah berlaku di website UMNO. Seorang pemimpin UMNO, Dato’ Ibrahim Ali, telah mengatakan bahawa orang Cina takut hendak menerima cadangan ini oleh kerana guru-guru Cina telah sengaja meluluskan orang yang sebenarnya gagal dalam peperiksaan mereka. Maksudnya kalau guru bangsa Melayu dapat memeriksa kertas exam mereka, akan pecah tembelang bahawa orang Cina yang telah mendapat prestasi cemerlang akan terdedah. Ini, satu tuduhan yang liar, yang mana saya telah buat laporan polis dan saya telah minta supaya UMNO menurunkan atau remove artikel yang tidak berasas ini daripada website.

Saya begitu gembira dan ucapkan syabas kepada Tengku Adnan. Semalam dia telah turunkan atau removekan website. Saya cakap baik. Saya tidak tahu sama ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dimaklumkan bahawa Senator Tengku Adnan, setiausaha dia telah turunkan. Pergi cari, tidak ada lagi. Inilah sikap yang kita hendak. Kalau tidak betul itu, kita turunkan. Tetapi, kita jangan buat tuduhan yang liar kepada Dong Jiao Zhong pelampau ekstrem. Macam orang yang tidak sokong itu, dikatakan mengkhianati negara, mengkhianati bangsa, saya tidak setuju. Memang saya tidak takut PAS, saya cakap terus terang. Tetapi, apabila PAS cakap, dia tidak gaduh dengan saya, dia faham. Tetapi, orang-orang di sana pula saya takut PAS dan sebagainya. Masalah di Malaysia – saya ada berapa minit lagi Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Lagi ada dua minit.

Tuan Kerk Kim Hock: Dua minit? Masalah di Malaysia, saya kata kita perlukan dua ‘C’. Dua ‘C’ yang mustahak, ‘C’ yang pertama consensus itu. Saya bersetuju dengan apa yang pernah dikatakan oleh Ungku Aziz walaupun kadang-kadang saya berbeza dengan pendapat dia. Dia kata, di Malaysia, kita kurang ada consensus yang cukup tetapi semua orang dapat hidup dengan baik-baik oleh kerana kita mempunyai toleransi yang tinggi. Sebenarnya, dalam isu-isu yang fundamental, yang asas sekali, Malaysia benar-benar tidak mempunyai consensus yang cukup. ‘C’

Page 47:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

37

yang kedua adalah compromise. Berkrompromise, berkrompomi sebenarnya ada satu perkataan yang positif dalam dictionary, sudah dipolitik tetapi sekarang sudah jadi satu perkataan yang negatif. Orang semua takut hendak bercompromise.

Jadi, ini yang susah. Tetapi, kalau kita semua mengambil pendirian parti yang lebih teruk tanpa memahami pandangan orang lain, jadi, susahlah Malaysia terutama sekali pada masa sekarang apabila kita perlukan rakyat semua untuk bersatu-padu untuk melawan ancaman globalisasi. Saya telah berucap dalam perbahasan saya, dalam Belanjawan mengatakan bahawa saya memperolehi dokumen bocor yang mendedahkan niat European Union untuk mendapatkan pelbagai permintaan yang boleh menghancurkan Malaysia.

Ini merupakan satu ancaman yang begitu teruk sekali yang saya rasa semua rakyat Malaysia harus menentang dengan satu hati. Tetapi kalau pada masa sekarang apabila kita menghadapi masalah terrorism, kita memaksa rakyat semua menerima satu cadangan yang boleh memecahbelahkan rakyat, yang boleh meningkatkan emosi yang begitu tidak rasional, bagaimana kita boleh hadapi cabaran yang kedua ini? Itu sahaja, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Gelang Patah.

12.31 tgh.

Tuan Chang See Ten [Gelang Patah]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya ingin sentuh tentang Butiran 020300 dan 400200 tentang pendidikan rendah dan penyelenggaraan bangunan sekolah.

Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan tentang penyelenggaraan bangunan sekolah yang mana saya harap pihak Kementerian Pendidikan ambil perhatian bahawa terdapat banyak bangunan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina telah menjadi uzur. Ada di antara sekolah-sekolah ini telah dibina sebelum Perang Dunia Kedua. Saya difahamkan bahawa terdapat juga bangunan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang telah disahkan oleh Jabatan Kerja Raya sebagai bangunan yang tidak selamat untuk diduduki.

Tuan Pengerusi, kewujudan bangunan-bangunan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang uzur atau yang telah disahkan oleh Jabatan Kerja Raya sebagai bangunan yang tidak selamat untuk diduduki jelas tidak berpadanan dengan cita-cita kita untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini. Kenapa kerajaan sanggup memperuntukkan wang yang banyak untuk pembangunan kemudahan pendidikan di peringkat pengajian tinggi dengan tujuan menarik lebih ramai pelajar asing tetapi tidak dapat memberikan peruntukan yang secukupnya untuk menyelenggarakan bangunan-bangunan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang telah uzur atau membina bangunan sekolah yang baru menggantikan yang lama. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi rakyat demi perpaduan rakyat. Bukankah kerajaan juga perlu merapatkan jurang perbezaan di antara layanan yang diterima oleh sekolah-sekolah rendah kebangsaan dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan demi perpaduan negara.

Tuan Pengerusi, memang kita dapat lihat banyak bangunan SRJK(C) berdiri megah di kawasan bandar. Walau bagaimanapun saya ingin menunjukkan bahawa selama ini sebahagian besar daripada kos pembinaan bangunan-bangunan ini dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri melalui acara-acara pengumpulan derma untuk Tabung Pembangunan SJK(C) yang dianjurkan bersama oleh pihak sekolah dan badan-badan yang menyokong pembangunan pendidikan bahasa Cina di negara ini. Sebagai contoh, akhbar-akhbar tempatan, Nan Yang Siang Pau berserta dengan China Press telah banyak berusaha membantu mengumpulkan wang untuk Tabung Pembangunan SJK(C) melalui program Malam Amal Sepuluh Penyanyi Pilihan sejak tahun 1987. Akhbar Sing Chew Jit Poh pula menganjurkan program Tiger Power Hit untuk tujuan murni yang sama tanpa mengira penat dan letih.

Tuan Pengerusi, dukacitanya sekolah-sekolah rendah kebangsaan Cina yang terletak di kawasan luar bandar secara amnya menghadapi masalah untuk memungut derma daripada penduduk tempatan. Aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar kurang cergas dan rancak berbanding dengan di kawasan bandar. Para penduduk berketurunan Cina di kawasan luar bandar tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk membantu pembangunan SJK(C) di kawasan mereka. Walaupun SJK(C) di kawasan luar bandar biasanya tidak mempunyai pelajar yang ramai, ini tidak

Page 48:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

38

bermakna mereka tidak berhak untuk belajar di dalam bangunan sekolah yang selesa dan selamat.

Tuan Pengerusi, mencegah lebih baik daripada merawat. Kerajaan perlu bertindak secara proaktif sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini. Saya mencadangkan supaya pihak Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya mengadakan satu mekanisme untuk memeriksa keselamatan bangunan-bangunan sekolah secara berkala. Penyelenggaraan yang berkala ke atas bangunan -bangunan sekolah adalah perlu supaya keselamatan para guru dan para pelajar tidak terancam. Bangunan-bangunan yang terlalu lama dan tidak selamat untuk diduduki mesti digantikan dengan bangunan-bangunan yang baru.

Akhir sekali layanan yang sama rata mesti diberikan kepada semua sekolah baik sekolah rendah kebangsaan mahupun sekolah rendah jenis kebangsaan walaupun saya amat menghargai dan mempunyai sumbangan yang bermakna akhbar-akhbar bahasa Cina tempatan dalam pembangunan sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, saya berharap kerajaan tetap menunaikan tanggungjawabnya dalam soal ini sebagai pemerintah dan pembela nasib rakyat jelata.

Tuan Pengerusi, di sini saya pun ingin membangkitkan tentang isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang mana pihak MCA ada pendirian, saya harap isu ini tidak akan dijadikan satu isu politik. Saya harap pihak yang ingin menjadikan ini terutama mereka yang ingin jadikan satu isu politik, saya harap mereka perlu memahami semangat toleransi di negara kita ini supaya kita memberikan kebebasan untuk sesiapa sahaja mengutarakan pandangan mereka tetapi kita adalah satu negara yang mengamalkan demokrasi, kita mesti cari jalan yang mana kita akan dapat mencari satu cara penyelesaian yang baik untuk negara kita ini kerana kita semua sedia maklum bahawa kita semua menyokong bahasa Inggeris adalah penting untuk generasi muda kita tetapi cara pelaksanaannya memang ada pendirian yang lain, kita perlu hormati satu sama lain, tidak perlu mempolitikkan isu ini.

Dengan yang demikian, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sama-sama. Batang Sadong, Batang Sadong.

12.38 tgh.

Puan Sukinam Domo [Batang Sadong]: Bismillahir Rahmaanir Rahim, terima kasih Tuan Pengerusi. Kementerian Pendidikan diberikan bajet yang terbesar iaitu RM18.1 bilion untuk bajet pengurusan dan RM8.6 bilion untuk pembangunan. Sememangnya Kementerian Pendidikan patut diberikan peruntukan yang besar kerana pendidikan merupakan satu yang dinamik yang sentiasa perlu berubah mengikut peredaran zaman dan kehendak semasa dan pendidikan adalah tunjang kepada segala pembangunan sama ada fizikal atau pembangunan insan. Proses pendidikan semakin complicated dan complex dengan izin.

Tuan Pengerusi, dalam masa yang singkat ini saya ingin merujuk kepada beberapa butiran sahaja. Pertama, Butiran 15000 - Pengurusan Pentadbiran Negeri dan Butiran 01000 - Pejabat-Pejabat Pendidikan. Dalam hal ini saya ingin mengulangi pertanyaan saya tentang Pejabat Pendidikan Bahagian Samarahan. Mengapakah hingga kini Pejabat Pendidikan Bahagian Samarahan di Sarawak belum lagi wujud sedangkan Bahagian Samarahan sudah wujud sejak tahun 1987 dan sejak itu juga hingga kini Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan saya sendiri sentiasa mengemukakan hal ini dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin bertanya apakah sebenarnya halangan dan masalahnya yang menyebabkan kementerian dan JPA belum dapat membuat keputusan sama ada hendak mewujudkan Pejabat Pendidikan Samarahan ataupun tidak, sudah 15 tahun Tuan Pengerusi.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini sekolah-sekolah di Bahagian Samarahan masih diuruskan oleh Bahagian Kuching. Ini menjadikan Bahagian Kuching dan Samarahan merupakan Bahagian yang terbesar di Sarawak dengan 394 buah sekolah rendah dan 54 buah sekolah menengah. Mungkin lebih besar daripada beberapa buah negeri di Semenanjung seperti Perlis dan Melaka. Bahagian Samarahan pula mempunyai 174 buah sekolah rendah dan 14 sekolah menengah, ini Bahagian Samarahan sahaja. Bilangan sekolah bertambah dari tahun ke tahun, bilangan guru bertambah dan bilangan pelajar bertambah tetapi bilangan pegawai

Page 49:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

39

untuk menyelia sekolah ini masih tidak bertambah sedangkan penyeliaan dan pemantauan berkala dan kerap amat perlu khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman supaya morale dengan izin, guru terjaga dan mereka tidak berasa terpinggir dan mengakibatkan motivasi kerja rendah atau menurun dan kesannya prestasi akademik murid-murid di luar bandar masih rendah.

Bahagian Samarahan adalah antara bahagian yang prestasi akademik sekolahnya adalah antara yang terendah sedangkan, Tuan Pengerusi, di bahagian inilah terletaknya institusi pengajian tinggi UNIMAS, UiTM, Maktab Perguruan dan akan wujud sebuah institusi perubatan antarabangsa iaitu Sarawak International Medical Center. Saya merasakan Bahagian ini amat memerlukan pejabat berasingan daripada Kuching kerana seperti yang saya katakan tadi pendidikan semakin complex tetapi kalau mengharapkan seorang pegawai untuk mengurus kedua-kedua Bahagian ini amatlah tidak adil dan tidak akan memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar di luar bandar. Jadi saya minta kementerian dan JPA benar-benar ikhlas dan berterus terang. Mengapa selepas 15 tahun pejabat ini masih belum diwujudkan?

Kemudian Butiran 03600 - Program Sistem Komputer dan Sekolah Bestari, Butiran 04600 - Sistem Pengkomputeran Sekolah. Sistem Pengkomputeran Sekolah memang diperlukan dalam zaman ICT dan globalisasi ini. Saya menyokong dasar ini dan dasar-dasar kementerian lain yang saya percaya adalah untuk kebaikan pelajar-pelajar kita dan negara kita. Cuma yang kita tegur adalah pelaksanaannya yang masih ada short coming dengan izin, bukan dasar yang kita bantah tetapi pelaksanaan. Seperti yang dinyatakan oleh Dato' Setiausaha Parlimen dalam ucapannya semasa sesi soal jawab pagi tadi, masih banyak sekolah di luar bandar di Sarawak yang belum ada bekalan elektrik melalui sistem grid. Ini menjadi kekangan utama kepada pelaksanaan sistem pengkomputeran di sekolah-sekolah di luar bandar tetapi saya ingin tegaskan, ini tidak bererti Sarawak gerhana seperti yang disebut oleh pembangkang tadi sekolah di Sarawak tidak gerhana. Sebenarnya keadaan fizikal sekolah-sekolah di Sarawak sudah jauh berbeza, ianya lebih elok dan baik bahkan ada yang setanding dan lebih baik daripada sekolah di bandar. Persoalannya, fizikal yang baik sahaja tidak akan memastikan prestasi akademik ataupun pelajar yang baik. Apa yang peting ialah pengisian fizikal yang baik itu. Yang pentingnya ialah dalaman seperti seorang manusia juga Tuan Pengerusi, cantik itu bukan hanya di luar tetapi yang penting ialah dalamannya.

Jadi apa yang kita perlukan adalah pengisiannya dari segi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan bekalan guru yang berkualiti dan penyeliaan yang kerap. Oleh kerana sekolah-sekolah ini akan terus tidak dapat mengikuti sistem pengkomputeran kerana tidak ada bekalan elektrik grid tadi walaupun akan dibekalkan dengan generator, saya difahamkan generator ini tidak akan membolehkan penggunaan komputer berterusan bahkan komputer itu akan selalu rosak, ini difahamkan kepada saya oleh pakar-pakar komputer dan tahu bidang elektrik.

Saya minta agar sekolah ini diberikan perhatian yang lebih dan tidak diabaikan. Kerana kalau diabaikan bermakna jurang keputusan dan pendidikan antara bandar dan luar bandar akan terus ketinggalan apatah lagi dengan adanya pelaksanaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains ini.

Sebab itulah saya berharap ura-ura kementerian untuk menghantar guru-guru mahir, berkelayakan dan berpengalaman ke luar bandar akan menjadi kenyataan kerana guru-guru di luar bandar biasanya ialah guru-guru muda, baru lepasan maktab, lepasan universiti di hantar ke luar bandar. Apabila mereka sudah berpengalaman, balik ke bandar ataupun ke kampung halaman masing-masing kemudian dihantar pula guru-guru mentah ke luar bandar. Jadi, bermakna luar bandar ini menjadi training ground, dengan izin.

Jadi, saya haraplah apabila kementerian menghantar guru-guru berpengalaman, berkelayakan ini ke luar bandar, jangan ada yang membantah, merayu, tidak mahu di hantar ke luar bandar khususnya di Sarawak dan Sabah, kerana saya khuatir sekolah-sekolah ini akan terus ketinggalan.

Seterusnya Butiran 020400 – Pendidikan Menengah, Butiran 020500 – Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh.

Page 50:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

40

Dalam hal ini, Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada laporan prestasi aktiviti dalam buku Anggaran Perbelanjaan dan Belanjawan, Program dan Prestasi 2003, muka surat 431 dan 432. Dalam laporan ini bilangan guru sekolah menengah dilaporkan mencukupi iaitu dalam laporan prestasi aktiviti dan objektif penempatan guru daripada segi bilangan memang tercapai. Tetapi persoalannya ialah, adakah keperluan guru daripada segi mata pelajaran juga tercapai kerana misalnya Sarawak masih kekurangan guru Sains dan Matematik kira-kira 1,000 orang lebih. Jadi, adakah prestasi itu diukur daripada bilangan sahaja ataupun daripada segi keperluan guru-guru khusus mengikut mata pelajaran.

Baru-baru ini kementerian mengumumkan akan menghantar calon guru-guru Sains dan Matematik ke luar negara sebagai usaha menyediakan guru Matematik dan Sains berkelayakan kelayakan. Saya menyokong penuh usaha ini, saya berharap ramai anak-anak kita yang sanggup menjadi guru kerana saya tahu juga bahawa kekurangan guru ini bukanlah semata-mata kerana kementerian tidak mengambil tindakan, saya percaya tetapi kerana ramai anak-anak kita tidak mahu menjadi guru.

Saya percaya di kalangan ahli-ahli wakil rakyat di sini pun kalau di tanya siapa yang hendak menghantar anak jadi guru, saya rasa bilangannya amat kecil. Kebanyakan kita mahu anak kita jadi doktor, engineer dan sebagainya, mungkin guru itu the last one. Jadi, sebab itulah kita dapati bagaimana berusaha pun kementerian, saya rasa amat sukar untuk benar-benar mencari guru Sains dan Matematik.

Namun demikian, usaha-usaha seperti ini tadi amatlah dialu-alukan…

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat masa cukup.

Puan Sukinam Domo: Okey, dari hal ini, untuk menggulung. Laporan prestasi akademik juga patut diberi, diambil perhatian dan sekolah menengah ini tidak dapat perhatian yang secukupnya. Sekolah menengah asrama penuh misalnya, dengan izin, Tuan Pengerusi, banyak asrama penuh, saya dapati dalam laporan ini prestasinya begitu rendah sekali, mengapa, saya ingin bertanya.

Yang mendapat 1A, 2A secara purata cuma 46.5% sedangkan sekolah ini sekolah terpilih. Mengapa begitu rendah prestasinya? Unjuran untuk tahun 2002 lagi rendah, 45% dan unjuran untuk 2003, 46%. Mengapa unjurannya semakin menurun padahal pelajar-pelajar pergi ke sekolah ini, pelajar yang terpilih. Jadi, saya ingin bertanya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Tanah Merah.

12.48 tgh.

Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah]: Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan di bawah B.26 dan P.26 –Kementerian Pendidikan.

Sebagaimana yang kita tahu peruntukan yang diberikan kepada kementerian ini amat besar iaitu melebihi RM26 bilion dan merupakan 27% daripada Anggaran Belanjawan 2003 yang telah dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari. Di dalam kementerian ini saya ingin membahaskan, untuk membincangkan di bawah Butiran 02000 iaitu Pendidikan Prasekolah Rendah dan Menengah; Butiran 06000 – Pendidikan Tinggi dan Butiran 19000 iaitu di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN.

Tuan Pengerusi, sebagaimana yang kita ketahui bahawa pihak Kementerian Pendidikan pada hari ini telah melaksanakan pembinaan bangunan-bangunan sekolah yang begitu banyak sekali terutama sekali di negeri Kelantan. Kita akui setengah daripada bangunan-bangunan ini kalau kita temui pihak sekolah dan juga guru, ada yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana bangunan yang ada itu melebihi daripada keperluan sebenar.

Saya difahamkan ada pihak sekolah mengatakan walaupun 5 tahun akan datang, ruangan yang diberikan atau bilik-bilik darjah yang diberikan masih tidak dapat memenuhi kesemuanya sekali kerana kita lihat bangunan-bangunan yang baru yang dibina dua blok, tiga tingkat ini merupakan pertambahan yang agak besar daripada segi peratus pertambahan sebenar.

Page 51:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

41

Dan, saya juga mencadangkan supaya pihak kementerian menilai balik kerana ada bangunan-bangunan lama yang perlu kita kekalkan dan pihak kementerian tidak sepatutnya merobohkan bangunan-bangunan lama kalaulah bangunan-bangunan lama ini diperakui oleh Jabatan Kerja Raya, walaupun umurnya lama tetapi pembinaannya masih utuh dan kuat. Kita perlu kekalkan dan kita tidak perlu membuat satu bangunan baru semata-mata kerana hendak memenuhi kehendak kontraktor dan menyalurkan kewangan kepada pihak-pihak tertentu.

Yang kedua ialah di bawah masalah makmal komputer yang kita tahu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melahirkan supaya masalah ini ditangani segera daripada jumlah 4,400 buah makmal komputer sehingga kini baru lebih kurang 1,000 sahaja yang telah disiapkan. Dan, makmal ini akan diberi kepada kontraktor-kontraktor Kelas ‘F’ untuk pembinaannya.

Saya minta kalau boleh kementerian menilai balik mana-mana makmal komputer yang belum dibina tetapi masih terdapat bangunan-bangunan baru yang masih kosong ataupun ruangannya melebihi daripada keperluan sebenar supaya pembinaan itu ditangguhkan kemudian makmal komputer itu diserapkan atau dimasukkan ke dalam bangunan-bangunan yang sedia ada dengan membuat pertambahan kerana kita tahu komputer memerlukan bilik sejuk, air-con dan sebagainya. Maknanya itu sahaja keperluan-keperluan yang perlu ditambah oleh pihak kementerian supaya masalah ruangan atau bilik komputer ini dapat diatasi ataupun dapat disegerakan kerana masalah ini telah lama berlarutan.

Seterusnya, Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit iaitu mengenai dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN ini. Kita difahamkan bahawa tabung ini adalah satu-satunya tabung yang dapat membantu dan menolong masyarakat kita terutama sekali kepada anak-anak Melayu untuk meneruskan pelajaran di dalam menghadapi kos perbelanjaan dan setakat ini PTPTN telah mengeluarkan RM4.5 bilion untuk keperluan pendidikan tinggi anak-anak kita dan sehingga tahun 2005, PTPTN memerlukan RM3.5 bilion untuk menampung keperluan pendidikan tinggi anak-anak kita.

Tetapi apa yang saya risau ialah kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan tempoh hari mengatakan bahawa mulai tahun 2005, tugas PTPTN akan diserahkan kepada institusi kewangan ataupun bank-bank kewangan yang ada di negara ini. Kelahiran ataupun perasaan bimbang ini perlu ada pada kita semua kerana kita tahu institusi kewangan adalah lebih mementingkan atau objektifnya ialah untuk mencari keuntungan, berbeza sekali dengan tugas yang telah diamanahkan kepada tabung PTPTN ini.

Kita bimbang, takut suatu masa nanti, pada tahun 2005 anak-anak kita gagal untuk mendapatkan pinjaman ataupun kemudahan kewangan daripada institusi kewangan ini berlandaskan kepada keyakinan yang ada pada bank iaitu keluarga kepada pelajar tidak mampu membayar balik pinjaman tersebut. Kerana kita tahu mungkinlah pelajar-pelajar kita akan meneruskan pelajaran mungkin bukan setakat mendapat Ijazah Pertama tetapi akan meneruskan ke peringkat kedoktoran dan umpamanya.

Tetapi kalaulah pihak PTPTN yang selama ini memberi tanggungjawab yang tinggi, kita bimbang, institusi kewangan nanti akan memperketat lagi undang-undang untuk meluluskan pinjaman kepada anak-anak kita di mana yang lebih penting kepada bank ini ialah kemampuan seseorang itu, kemampuan peminjam untuk membayar balik. Ini berbeza.

Jadi, saya minta pihak kementerian kalau boleh mengkaji balik cadangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari di dalam membentangkan belanjawan di Dewan ini supaya PTPTN dapat dikekalkan. Malah kita mencadangkan supaya PTPTN ini menghapuskan bayaran balik dengan faedah sebanyak 4% itu. Banyak sudah kita cadangkan supaya kadar bayaran 4% ini tidak dikenakan kepada anak-anak kita apabila beliau membayar balik pinjaman nanti.

Seterusnya, saya ingin mendapat penjelasan sedikit daripada pihak kementerian iaitu berhubung dengan isu-isu semasa yang berlaku terutama sekali di Kelantan. Hari ini ramai di antara guru-guru melahirkan rasa agak kecewa mereka kerana selain daripada ditugaskan untuk mengajar di sekolah-sekolah dan juga menempuh era baru iaitu mempelajari bahasa Inggeris untuk berhadapan dengan

Page 52:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

42

pelajar-pelajar di dalam menyelesaikan masalah Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris tetapi guru-guru juga digunakan oleh pihak UMNO sebagai untuk mencukupi atau majlis-majlis. Ini memang kita akui, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen pun tahu.

Kalau Yang Berhormat Setiausaha Parlimen pergi tidak apa sebab atas nama pendidikan tetapi pembesar-pembesar negara ataupun Menteri-Menteri lain yang hadir, kita lihat kerahan dibuat oleh Jabatan Pendidikan melalui PPD, kemudian melalui Guru Besar supaya guru yang hadir. Jadi, kadang-kadang kita lihat …..

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Rantau Panjang bangun.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ya, terima kasih, Yang Berhormat bagi Tanah Merah. Sebentar tadi Yang Berhormat bagi Tanah Merah ada menyebut bahawasanya UMNO menggunakan pegawai pendidikan untuk mengerahkan ke majlis-majlis perjumpaan UMNO. Saya ada dua surat. Pertamanya, saya hendak baca di sini sebagai bukti apa yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Tanah Merah. Saya minta pandangan Yang Berhormat bagi Tanah Merah.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa dia terhad. Dia ada satu minit lagi.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Tidak sempat hendak baca.

Tuan Saupi bin Daud: Ha, sikit sahaja.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Satu ialah surat yang ditulis oleh Pengarah Pendidikan negeri Kelantan, iaitu Haji Shafie bin Haji Ismail, Perjumpaan Muhibah, Warga Pendidikan Bersama Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan dengan badan perhubungan UMNO di Kelantan iaitu pada 25, Februari 2002, Isnin, di Dewan Perhimpunan UMNO negeri Kelantan. Dijemput semua guru-guru, pegawai-pegawai serta pengetua-pengetua sekolah-sekolah seluruh negeri Kelantan untuk berjumpa dengan UMNO. Ini sebagai bukti, terima kasih.

Tuan Saupi bin Daud: Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat bagi Rantau Panjang yang telah membuktikan kenyataan saya tadi dan …..

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa sudah cukuplah.

Tuan Saupi bin Daud: Yang terakhir, Tuan Pengerusi, satu lagi saya ingin mendapat, saya tidak panjanglah soal UMNO itu, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian iaitu mengenai pelajar-pelajar kita yang sukar mendapat visa untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Jadi, adakah pihak kementerian bercadang supaya pelajar-pelajar kita yang tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana sukar mendapatkan kelulusan visa daripada pihak Amerika, kita alihkan sahaja mereka untuk melanjutkan pelajaran di negara-negara lain. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Sepang.

12.59 tgh.

Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk Butiran 070000 – Pendidikan Swasta.

Saya ingin tahu sejauh manakah pengurusan pendidikan swasta bertindak mesra kepada para pelajar daripada golongan istimewa, untuk menerima pendidikan di kolej-kolej swasta ini. Apakah Kementerian Pendidikan turut memantau tentang kemudahan prasarana di institusi pengajian tinggi swasta terhadap orang yang kurang upaya seperti lumpuh, cacat penglihatan, pendengaran dan sebagainya.

Apa yang saya tahu, universiti amat prihatin ……

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh sambunglah pada petang ini.

Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin: Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Page 53:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

43

Majlis Mesyuarat bersidang semula

[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada jam 2.30 petang.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan bersidang semula. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi: Ahli Yang Berhormat bagi Sepang, sila sambung.

2.31 ptg.

Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan saya sambung semula. Apa yang saya tahu Universiti Malaya amat prihatin dengan golongan kurang upaya ini. Di Universiti Malaya wujudnya jalan khusus bagi mereka yang berkerusi roda, rakan pembaca bagi yang cacat penglihatan, di perpustakaan utama, tandas yang khusus bagi golongan cacat, lift dan berbagai prasarana lain yang dapat membantu golongan pelajar kurang upaya ini.

Kita berharap dalam era Malaysia menuju sebuah pusat kecemerlangan pendidikan serantau ini, tidak lagi wujud sikap double standard terhadap golongan yang kurang upaya ini. Dalam satu kes yang saya pasti Ahli-ahli Dewan turut juga mengetahui tentang pelajar Nik Nor Emiza Rozana Mustafa 20 tahun yang berpenyakit tulang reput atau ‘osteogenesis imperfecta’ dengan izin.

Pada awal permohonannya ke UIA ditolak kerana kurangnya prasarana untuk para pelajar cacat di universiti tersebut tetapi syukur alhamdulillah berkat usaha doa dan atas kesedaran pihak UIA sendiri, beliau diterima masuk untuk belajar di UIA malah ditonjolkan dengan liputan media yang sungguh meluas.

Kes ini menunjukkan masih lagi ramai wujud rasa was-was dalam pusat pengajian tinggi, untuk menerima para pelajar istimewa ini, kerana kurang prasarana. Jadi saya berharap Kementerian Pendidikan menjelaskan sejauh manakah pihak IPTS ini mengambil berat, kebajikan golongan kurang upaya ini kerana tidak mahu IPTS yang mengaut keuntungan yang berlipat ganda tetapi meminggirkan kemudahan prasarana terhadap golongan kurang upaya ini.

Saya berharap setiap penubuhan institusi pendidikan tinggi yang baru turut dipantau dari segi kemudahan prasarana bagi golongan yang kurang upaya ini supaya lahirnya para intelek istimewa seperti Profesor Dr. Ismail Salleh yang juga merupakan salah seorang ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara serta ramai lagi pakar-pakar ini wujud untuk menyumbang idea dan kepakaran untuk kemajuan negara. Kita dapati golongan yang cacat penglihatan contohnya amat hebat dalam mengingati suatu fakta atau figure dengan izin, oleh itu tidak hairanlah kita dapati ramai yang hafiz Al-Quran terdiri golongan yang cacat penglihatan.

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 060100 – Pengurusan Pendidikan Tinggi. Kita dapati bahawa akhbar-akbar arus perdana hari ini sering mengemukakan persoalan para pelajar di peringkat IPTA dan juga IPTS yang cenderung untuk menjadi pelajar transexuality. Transexuality bererti kecelaruan terhadap jantina iaitu perasaan ingin mengubah penampilan kepada lawan jantina iaitu jika perempuan ingin menjadi lelaki dan lelaki pula berhasrat ingin menjadi seorang wanita yang lembut dan cantik.

Perbuatan ini walaupun tidak begitu meluas tetapi dirasai kewujudannya di IPTS, IPTA malah di peringkat menengah dan rendah, tetapi berdasarkan tinjauan peri laku ini lebih banyak berlaku di IPTA dan IPTS. Saya difahamkan daripada pelajar-pelajar universiti, golongan lelaki lembut ini terutamanya amat baik dan cemerlang sekali dalam kegiatan seni yang pelbagai. Tidak kiralah seni masakan, seni tari, andaman, fesyen atau seni lukis atau sebagainya.

Page 54:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

44

Walaupun mereka tidak mengganggu ketenteraman kita namun kita harus mengawal peri laku ini supaya mereka tidak cenderung untuk menjadi manusia gay atau homosexual kerana peri laku ini dilaknat oleh Allah. Kita tidak mahu anak lelaki kita terpengaruh dengan sifat lelaki yang berjiwa dan bersifat wanita ini malah jika mereka menjadi golongan gay kita khuatir masalah AIDS akan meluas di negara kita.

Kita dapati makin kurang lelaki yang berkualiti meluas di negara kita, yang berkualiti ramai pergi ke pusat serenti daripada ke universiti dan kita tidak mahu ramai lelaki pula dan cerdik pandai menjadi gay atau homosexual pula. Saya bukan menuduh lelaki yang lembut ini semuanya gay tetapi kawalan dari pihak universiti amat perlu. Misalnya penyelia-penyelia di asrama perlu turun padang meninjau apa yang berlaku di asrama lelaki atau perempuan. Begitu juga saya berharap pembantu mahasiswa atau pensyarah ini lebih prihatin dengan masalah peribadi pelajar selain daripada masalah akademik. Saya berharap pusat kaunseling ini lebih berperanan aktif memantau pelajar, yang sebegini malah lebih banyak program kesedaran seperti forum perlu diatur oleh pihak universiti bagi membendung gejala ini.

Saya memuji langkah Kementerian Pendidikan yang baru-baru ini mengambil tindakan tegas terhadap beberapa IPTS serta para pelajar asing dari negara China yang menyalahgunakan pas lawatan mereka untuk menjadi GRO.

Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 060000, juga saya ingin mengetahui tentang perkembangan Universiti Cyber serta sejauh manakah universiti yang bersifat dunia tanpa sempadan ini telah meresap pengaruhnya di negara kita. Saya difahamkan Universiti Cyber ini agak unik kerana menerima siapa sahaja untuk belajar tanpa mengira kelulusan sijil, kewangan tapi kematangan usia atau sedikit pengalaman.

Saya difahamkan bahawa Malaysia akan menjadi sebuah pusat pembelajaran cyber utama di Asia Tenggara, khususnya bagi Ansted University sebelum tahun 2006. Apakah rancangan ini akan menjadi satu kenyataan. Seperti yang dinyatakan tadi bahawa University Cyber ini lebih bebas tanpa sebarang unsur meritokrasi dan mampu lebih memberi peluang kepada para pelajar yang gagal memasuki IPTS dan IPTA meneruskan pelajaran.

Jadi bagaimanakah Kementerian Pendidikan melihat perkara ini, apakah nanti akan wujud satu persaingan dengan Universiti Cyber dengan universiti awam dan swasta yang jauh lebih ketat dari segi kemasukan para pelajarnya.

Kita lihat kalau kita ingin belajar melalui PJJ atau melalui Universiti Multimedia dan Universiti Terbuka. Kita perlu mempunyai kelulusan sijil asas tetapi tidak dengan Universiti Cyber ini. Adakah Universiti Cyber bertepatan dengan konsep pendidikan yang sebenar atau hanya menyampaikan maklumat kerana pelajar tidak perlu bersemuka dengan pensyarah, mengawal dari segi tatasusila pelajar setiap hari.

Bagaimanakah pula nanti pandangan pelajar lulusan IPTA dan IPTS tentang kedudukan para pelajar dari Universiti Cyber ini, yang mana mereka tidak perlu belajar dengan tekun untuk melepasi sekurang-kurangnya kelayakan minimum akademik seperti mereka. Jadi saya ingin meminta penjelasan serta pandangan kementerian berhubung dengan rancangan dan perkembangan Universiti Cyber ini yang tidak menggunakan sebarang sekatan meritokrasi ini.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang Butiran 020700, yang menyentuh tentang pendidikan guru dan kemasukan ke maktab perguruan.

Pada bulan Jun lalu, saya ada terbaca tentang rungutan daripada seorang graduan yang menganggur dari Kelantan iaitu dalam akhbar Utusan Malaysia. Beliau ingin mengikuti kursus latihan perguruan melalui KPLI. Menurutnya borang hanya dijual di beberapa buah maktab perguruan di seluruh negeri termasuk di Maktab Perguruan Lembah Pantai dan Kementerian Pendidikan di Pusat Bandar Damansara Kuala Lumpur. Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan untuk menjadi guru ini maka borang telah habis dijual termasuk di Kelantan. Yang bernasib baik cuma golongan yang berada di sekitar Kuala Lumpur kerana berhampiran dengan Kementerian Pendidikan. Jadi dapat menyerbu borang dengan pantas setelah dicetak semula.

Bagi menangani masalah ini, saya berharap lebih banyak borang permohonan dicetak dan dijual dengan meluas supaya golongan yang tinggal jauh terpencil dapat memiliki borang tersebut dan dalam era IT ini saya berharap agar permohonan juga

Page 55:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

45

boleh diterima melalui Internet ataupun dicetak melalui laman web kementerian menerusi komputer seperti dilaksanakan oleh pihak MARA.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukup, ya.

Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin: Tuan Pengerusi, bagi penutup. Ini sebenarnya lebih menjimatkan daripada pemohon-pemohon yang menganggur ini bergegas ke Kuala Lumpur. Dengan itu Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.

Tuan Pengerusi: Ya. Hem. Batu Gajah.

2.42 ptg.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 070100 - Pengurusan Pendidikan Swasta dan Butiran 070400 Penguatkuasaan.

Baru-baru ini Kementerian amat sibuk dengan masalah-masalah yang melibatkan kolej-kolej swasta. Saya sokong tindakan diambil untuk membersihkan kolej-kolej swasta yang tidak bertanggungjawab. Akan tetapi persoalannya mengapa operator-operator ini begitu berani beroperasi sedemikian, menyalahi syarat-syarat lesen ataupun beroperasi tanpa kelulusan. Tindakan ini diambil selepas keadaan menjadi serius. Nama baik negara ini telah tercemar sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini.

Kelmarin saya nampak Yang Berhormat Setiausaha Parlimen amat gembira dengan memberi data bahawa pelajar dari Negara China yang datang ke sini untuk kononnya pendidikan tidak menurun. Saya ingin memaklumkan kementerian bahawa menurut maklumat yang saya terima, ramai daripada mereka ini tidak memilih Malaysia sebagai pilihan pertama untuk tujuan pendidikan. Saya pernah bangkitkan masalah pelajar-pelajar dari negara China yang belajar disalah satu kolej di Ipoh iaitu Kolej Utama Perak di masa persidangan Dewan pada tahun yang lalu. Masalah ialah tiada kursus ditawarkan selepas mereka sampai di sini, tiada tempat tinggal sesuai seperti yang dijanjikan, tiada pensyarah dan sebagainya.

Pelajar terima ugutan. Apabila pelajar ini membuat aduan, mereka menerima ugutan dan telah membuat laporan polis. Ketika saya bangkitkan isu ini saya juga didakwa atau dilempar dengan berbagai-bagai tuduhan oleh Yang Berhormat bagi Rompin bahawa saya membantu orang dari negara China dan bukan orang sendiri. Saya masih ingat iaitu Tuan Pengerusi, ketika perkara ini saya bangkitkan.

Aduan ini telah saya kemukakan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Kementerian Pendidikan, saya juga telah berjumpa dengan pegawai daripada Jabatan Pendidikan Swasta dan juga saya kemukakan maklumat untuk makluman Setiausaha Parlimen tetapi apa yang berlaku ekoran daripada itu, pelajar-pelajar ini telah dituduh sebagai terlibat dalam politik pembangkang. Tuan Pengerusi, saya mempunyai keratan akhbar.

Saya berasa sangat kesal kerana apabila pelajar asing ini datang meminta bantuan daripada pembangkang, walaupun saya Wakil Rakyat dari pembangkang tetapi mereka sebaliknya dituduh terlibat dalam politik pembangkang. Satu laporan ini saya ada, saya boleh kemukakan kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya rasa ini adalah satu kenyataan yang tidak adil kepada pelajar asing ini.

Saya berharaplah apabila ada aduan terhadap pihak-pihak kolej swasta yang tidak bertanggungjawab ini, kementerian tidak memihak kepada pihak kolej kerana mereka pelajar asing ini adalah mangsa juga kepada golongan atau warganegara Malaysia kita yang tidak bertanggungjawab.

Saya ingin tahu setakat ini berapa orang pelajar daripada kolej ini yang telah menuntut balik bayaran yuran mereka. Bagaimanakah pihak kementerian akan memberi bantuan untuk memastikan bayaran ini dijelaskan oleh pihak kolej ini. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian terhadap operator kolej ini. Sama ada membaca kenyataan akhbar menyatakan bahawa lesen untuk mengambil pelajar ini akan ditarik balik daripada kolej ini tetapi saya ingin tahu, apakah kementerian akan menarik lesen kolej ini daripada terus menjalankan operasi atau menjalankan urusan kolej ini, memandangkan pelajar dalam negeri ini juga enggan belajar di kolej ini. Saya harap pohon satu jawapan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.

Page 56:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

46

Menurut laporan surat khabar juga pihak kementerian ada mengeluarkan satu garis panduan yang baru untuk kolej-kolej swasta ini. Saya masih belum memperoleh satu salinan tetapi saya berharaplah pihak kementerian akan mengambil perhatian berkenaan latar belakang pihak-pihak yang memohon untuk menubuhkan atau mendirikan kolej-kolej swasta ini.

Tuan Pengerusi, sebagai contoh, Kolej Utama – pihak yang memohon ini yang menguruskan kolej ini adalah pemaju. Jadi mereka ini tidak mempunyai minat dalam pendidikan, hanya minat dengan wang pelajar-pelajar asing ini sahaja untuk membantunya dalam perniagaan lain untuk urusan aliran kewangan perniagaan lain. Pemaju, jawatannya sebagai pemaju di dalam perniagaan lainnya.

Aspek yang lain saya percaya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen boleh ambil perhatian adalah kemudahan-kemudahan kepada para pelajar asing ini apabila mereka ingin menukar ke kolej yang lain. Sebab seperti kes Kolej Utama, pelajar yang datang kepada saya, mereka apabila memohon untuk bertukar ke kolej yang lain, mereka dikehendaki menurut pihak kolej pada masa ketika itu mereka perlu mendapatkan dengan izin, Release Letter daripada kolej asalnya sebelum mereka boleh pindah ke kolej yang lain tambahan juga mereka perlu memaklumkan kepada pihak Imigresen.

Saya berharap pihak kementerian boleh membantu mereka atau menjadikan prosedur lebih fleksibel apabila pelajar asing ini ingin memohon untuk berpindah ke kolej yang lain apabila kolej asal mereka itu memberi perkhidmatan atau pengajaran yang kurang memuaskan hati mereka.

Saya juga ada satu pengalaman di mana pihak kolej, bukan Kolej Utama, kolej yang lain di Ipoh memegang pasport, menyimpan pasport para pelajar asing sebagai ugutan kepada mereka jika mereka gagal untuk membayar yuran, pasport mereka disimpan atau visa mereka boleh dicap, dimatikan, diblacklistedkan atau ditarik balik. Jadi inilah keadaan sebenarnya pelajar-pelajar asing yang mereka ini benar-benar hendak belajar tetapi terperangkap oleh taktik-taktik manis atau kata-kata manis oleh pihak-pihak agen yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu saya berharap kementerian mengambil perhatian agar kita boleh bersama-sama untuk memastikan pelajar-pelajar asing benar-benar mendapat manfaat dan wang mereka bernilai apabila mereka datang untuk melanjutkan pendidikan di negara ini. Ini juga dapat mengelakkan daripada pelajar menjadi satu objek untuk jual beli seperti kenyataan akhbar “Student For Sale”. Beginilah keadaannya, pasport mereka dipegang sebagai ugutan. Jadi saya berharap kementerian memberi perhatian. Saya ingin tahu setakat ini berapa buah kolej yang telah memohon untuk membaharui lesen mengambil pelajar asing, sebab saya baca surat khabar diberi enam bulan. Jadi setakat ini berapa kolej yang telah memohon membaharui lesen untuk mengambil pelajar asing. Saya bangkitkan perkara ini adalah demi untuk imej negara sahaja. Saya berharap lain kali apabila pihak sini membuat aduan, janganlah kita menuduh pelajar-pelajar memihak kepada pembangkang.

Saya juga ingin tahu, apakah tindakan yang diambil oleh kementerian terhadap kes di Universiti Sains Malaysia baru-baru ini ada laporan mengenai mata pelajaran peperiksaan MUET atau Malaysian University English Test yang dikatakan telah berlaku satu penyelewengan kerana peperiksaan ini di USM sepatutnya diadakan pada pukul 9.00 pagi pada 2 September akan tetapi di Kampus Kejuruteraan USM di Nibong Tebal, peperiksaan kertas ini iaitu LSP 300 diadakan pada 30 Ogos iaitu beberapa hari lebih awal dan apabila kampus induk ini mengadakan peperiksaannya pada 2 September ternyata telah berlaku kebocoran kertas peperiksaan di mana pelajar di Kampus Minden sudah menerima maklumat yang lebih awal mengenai soalan-soalan peperiksaan ini.

Jadi saya ingin tahu, sama ada kementerian ada membuat penyiasatan tentang perkara ini dan apakah penyelesaiannya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Batang Lupar.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Ya, nanti sekejap Yang Berhormat bagi Batang Lupar nanti sekejap. Ada satu usul. Jemput Yang Berhormat, ya.

Page 57:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

47

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN

DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Dr. Suleiman bin Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.00 malam dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan ke esok hari.”

Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya [Datuk Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah pada majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan.

Usul dikemuka bagi diputus dan disetujukan.

Usul disetujukan.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi: Ya, Batang Lupar.

2. 47 ptg

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya menyentuh Butiran 020111 berhubung dengan pendidikan prasekolah. Yang pertama saya hendak tanya dengan kementerian - saya bertanya sahaja Tuan Pengerusi, apakah perkembangan sekarang untuk pendidikan prasekolah di seluruh negara. Sudahkah silibus untuk semua di prasekolah telah disampaikan kepada semua tadika, tabika dan sebagainya bukan sahaja tabika dan tadika di bawah kementerian tapi juga yang dikendalikan oleh pihak swasta dan kendali oleh pihak jabatan dan kementerian-kementerian lain, kalau tidak dibuat kenapa dan saya ingin kementerian mengambil tindakan cepat supaya kita menyelaraskan silibus terutama sekali kalau ada pandangan-pandangan baru, falsafah baru pendidikan hendaklah dimajukan dan hendak disampaikan kepada semua pengendali tadika dan tabika di seluruh negara. Saya lagi berpindah dengan pendek Tuan Pengerusi, oleh kerana saya memang cepat Tuan Pengerusi.

021100 iaitu Pendidikan Sukan, kalau kita melihat kebanyakan aduan ataupun kompelin ataupun rungutan daripada ibu bapa berhubung dengan penglibatan anak-anak mereka dalam segi sukan ialah oleh kerana anak-anak ini tidak ada masa depan yang tertentu dalam ilmu kesukanan. Kebanyakan mereka akan habis begitu sahaja bahkan akhirnya walaupun mereka ini meminati dalam keilmuan sukan tetapi tidak dapat menjurus pergi sampai ke peringkat universiti ataupun khusus untuk kesukanan.

Jadi saya pernah menyarankan dalam kementerian lain, Kementerian Belia dan Sukan. Kita sepatutnya mengadakan universiti, kita sepatutnya mengadakan sekolah-sekolah pendidikan tinggi supaya atlet dan ahli sukan boleh sampai ke peringkat universiti siapa sahaja yang berminat dengan sukan, tidak payah lulus Bahasa Inggeris dan tidak payah lulus Bahasa Malaysia, tidak payah…lulus mata pelajaran lain pun kalau dia minat dalam sukan tahu dalam sukan, ilmu kesukanan yang relevan, ada subjek-subjek atau mata pelajaran yang tertentu yang khusus menjuruskan mereka kepada ilmu kesukanan mesti ada ruang dan peluang untuk mereka ini naik daripada peringkat sekolah rendah sampai peringkat menengah dan sampai ke universiti dan mereka ini nanti dan bila lulus nanti kita boleh salurkan mereka balik dan hantar mereka balik ke sekolah-sekolah dan di seluruh negara ini. Dengan

Page 58:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

48

kita benar-benar secara menyeluruh dengan penuh meluas dan memajukan sukan negara kita.

Jadi dalam persoalan di bawah pendidikan sukan saya ingin bertanya kepada pihak kementerian adakah soalan pendidikan sukan daripada peringkat sekolah rendah, menengah dan adakah fakulti-fakulti di universiti-universiti tempatan kita wujudkan. Khasnya untuk mendidik mereka dalam ilmu kesukanan dan coaching kesukanan ataupun latihan Tuan Pengerusi.

Berpindah saya Tuan Pengerusi, kepada Butiran 05000 Sumber Manusia dan Hubungan Antarabangsa. Saya tidak payahlah cerita hubungan antarabangsa, saya tumpu kepada persoalan sumber manusia di bawah Butiran 050200 iaitu pelantikan calon untuk mengikuti latihan guru. Dalam konteks ini, apakah pendekatan kementerian? Kerana banyak masih di dengar bahawa mereka yang duduk di bandar yang besar-besar tidak ingin berkhidmat di luar bandar. Jadi ini menjadi satu masalah kerana boleh dikatakan 70% di Sarawak, kawasan bukan penduduk adalah luar bandar. Jadi dengan sendirinya bahawa banyaklah orang yang telah dilatih dengan harapan masyarakat seluruh Malaysia bahawa mereka ini habis latihan dan pergi ke sekolah-sekolah di luar bandar dan saya mendengar dan pernah saya sebut juga sebagaimana Batang Sadong sebut tadi bahawa janganlah gunakan luar bandar itu sebagai tempat berlatih, training ground dengan izin guru-guru ini. Selepas tiga tahun di luar bandar, bila dan kanan sedikit, bila ada kemampuan sedikit dia akan berpindah dari luar bandar ke dalam bandar. Maknanya dia melihat bahawa tumpuan kita masih ke dalam bandar dan orang di luar bandar masih kita cicirkan dengan alasan guru-guru ini lebih selesa berkhidmat dalam bandar daripada di luar bandar.

Jadi dalam konteks yang sama, apakah tindakan kerajaan supaya kementerian supaya infrastruktur prasarana kemudahan guru-guru di luar bandar mesti jangan dilihat sebagai temeh kerana tidak mungkin seorang yang pernah hidup mandi menggunakan air daripada paip, terjun dalam sungai, ini adalah satu budaya yang mungkin dia tidak boleh menerima dalam ketika itu, dalam keadaan demikian adalah perubahan ataupun tidak kemahuan mereka ini berkhidmat di luar bandar kerana kemudahan tidak diberi oleh kerajaan.

Jadi dalam keadaan sedemikian kita mesti bersikap adil kepada guru-guru ini walaupun kita hendak mereka ke luar bandar tetapi pada masa yang sama, kementerian mesti mengambil sikap yang betul, tindakan yang positif. Jangan kita menilaikan bahawa yang saya duduk bangunan yang tinggi dalam hawa dingin, guru-guru yang saya hantar di luar bandar itu bukan tugas saya lagi. Kita mesti melihat macam mana kita sendiri duduk di sana, kalau kita tahu macam mana susahnya hendak pergi ke tempat itu selepas itu susah pula hendak duduk di tempat macam mana hendak mengajar pula? Mana motivasi? Jadi kalau anak-anak murid keluar daripada luar bandar tadi, tidak berprestasi tinggi kita pula tunjuk katakan bahawa yang anak murid di luar bandar itu tidak mempunyai daya saing dan daya fikiran yang tinggi tetapi masalahnya ialah kemudahan dan keselesaan guru mengajar tidak ada motivasi untuk mengajar dengan itu juga tidak memotivasikan anak-anak murid di luar bandar. Yang tercicir ialah anak bangsa kita yang banyaknya di luar bandar, jadi saya berharap pihak kementerian melihat perkara ini.

Ini satu lagi Tuan Pengerusi, di bawah 11010 di bawah Nazir sekolah. Saya bertanya satu perkara sahaja Tuan Pengerusi iaitu kalau kita lihat di seluruh negara banyak masih sekolah-sekolah yang bukan dikatakan sekolah kerajaan kalau di Sarawak sekolah bantuan dan sebagainya. Sekolah bantuan ini dibahagi dua kalau di Sarawak, satu daripada sekolah Cina iaitu Chung Hwa School yang di mana-mana di seluruh kawasan. Di kawasan saya ada lima Chung Hwa School tapi di samping itu ada juga sekolah lain iaitu sekolah yang dibuat oleh mission dan dibuat oleh institusi gereja untuk memberi pendidikan kepada masyarakat luar bandar pada zaman dahulu yang mana kita belum sampai, belum dapat menghantarkan pendidikan kepada anak-anak di luar bandar. Dan di dalam bandar pun masih banyak sekolah-sekolah mission dan sekolah-sekolah yang sebegini rupa, tetapi persoalannya Tuan Pengerusi, nombor satu adakah nazir-nazir sekolah daripada kementerian melihat daripada segi kualiti, penyampaian, prestasi anak-anak murid di sekolah ini, apakah pengawalseliaan yang dibuat oleh pihak kementerian kepada masyarakat ini umpamanya di kawasan saya ada lima China, dua sekolah mission iaitu St. Banabas dan St. Mark. Dan sekolah ini nombor satu bantuan daripada kerajaan lembut, dahulu sekali sahaja saya terima masa Yang Berhormat Tan Sri daripada Petrajaya jadi Menteri, sekali sahaja terus sahaja

Page 59:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

49

saya terima lepas itu tidak pernah dapat lagi. Saya pohon, saya pohon menangis pohon-pohon tidak keluar, tapi ini orang kita juga, terima kasih Tan Sri.

Jadi, kadang-kadang orang buat penilaian lain oleh kerana dia di Sarawak, bagi pada orang Sarawak. Jadi ini tidak boleh. Saya tidak mahu. Saya nafikan perkara ini berlaku. Tetapi kebenarannya memang. Saya sudah tulis surat beberapa kali, bahkan ada kelulusan, duit tidak sampai kerana mekanisme yang salah. Adakah patut RM20,000 diluluskan kepada Sekolah Chung Hwa daripada Kampung Meludam, dengan seramai 167 orang anak murid, berkehendakkan jurutera daripada Land Survey dari Sri Aman datang? Belanja untuk jurutera turun ke Meludam sudah lebih RM1,000 – RM20,000 sudah hilang, macam mana? Dia perlu tidur pula di sana selama semalam lagi sebab tempatnya bukan senang, bukan macam di sini.

Kalau kita bagi satu arahan itu kita mesti melihat tempatnya. Jangan disuruh jurutera daripada Miri pergi ke Ulu Baram. Perjalanan ke Ulu Baram mengambil masa satu minggu. Belanja ke Ulu Baram pergi balik sudah habis duit ini. Mekanisme yang dibuat oleh menteri pada masa saya terima dahulu, masa Petra Jaya jadi Menteri dahulu lain. Dia kata dia lulus, bagi sahaja. Siapa hendak tipu RM20,000 ini? Saya tidak percaya langsung sekolah ini hendak menipu RM20,000. Tolonglah! Mekanisme ini hendaklah diubah kalau tempat-tempat itu memerlukan perubahan. Jangan disusahkan masalahnya…

Tuan Pengerusi: Masa Yang Berhormat sudah cukup ya. Minta gulung.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh itu saya memohon bukan sahaja kepada sekolah-sekolah yang macam ini, bukan sahaja daripada segi bantuan kewangan tetapi juga kawal selia kepada prestasi anak-anak kita di sekolah yang sedemikian. Jadi persoalan sekolah luar bandar itu sudah disebut oleh Yang Berhormat bagi Batang Sadong tadi dan Batang Lupar pun menyokong supaya jangan dilupakan sekolah ini. Jangan ditumpukan kepada bandar sahaja. Ingatlah anak-anak kita di luar bandar kerana di sanalah bank manusia kita yang terbesar sekali – bumiputera, menyokong kita supaya kita duduk di Dewan ini. Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, ramai sangat yang hendak berucap. Saya terpaksa mengehadkan masa, ya, kerana kita sudah ketinggalan satu hari.

Puan Teresa Kok Suh Sim: Semua bagilah. Sepuluh minit sahaja. [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Pengerusi: Kalau Yang Berhormat hendak berucap panjang-panjang lagi, buatlah usul minta supaya Dewan tidak ditangguhkan pada 8 November. Buatlah usul kerana kuasa ini bukanlah kuasa saya. Jadi saya menjalankan kuasa-kuasa yang ada di dalam Peraturan Mesyuarat. Yang Berhormat bagi Rantau Panjang dan selepas itu seorang lagi, selepas itu saya minta menteri menjawab ya. [Disampuk] Kelmarin pun sudah satu petang. Yang Berhormat bagi Rantau Panjang, sila, sila.

3.02 ptg.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bercakap di bawah Kepala 020900 berkenaan dengan buku teks. Kisah berkaitan dengan buku teks ini telah berlaku beberapa tahun yang lampau dan sekarang ini masih lagi berlaku di tempat yang akan saya sebut ini. Kerana kita telah mengetahui hasrat kerajaan memang betul. Hasrat pimpinan kerajaan cukup-cukup telus, kita akui tetapi di peringkat bawah, peringkat pelaksanaan, nampaknya masih lagi terdapat perkara-perkara yang janggal yang patut saya sebut di sini.

Mudah-mudahan pihak Setiausaha Parlimen yang ada di sini dapat mengatasi masalah ini, iaitu pengesahan untuk mendapat buku teks. Takrif mereka yang boleh menandatangani untuk mendapat buku teks ini, di sini disebut ialah, “Pengesahan hendaklah dilakukan oleh majikan, penghulu, ketua kampung, AJK PIBG, guru kelas berdasarkan penyata gaji borang pengakuan pendapatan yang disertakan bersama.” Ini adalah arahan daripada kementerian seperti borang yang disebut di sini.

Page 60:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

50

Tetapi apa yang berlaku ialah apabila penghulu ataupun ketua kampung yang dilantik oleh kerajaan negeri menandatangani borang tersebut, beberapa buah sekolah telah menolak skim pinjaman buku tersebut, dianggapkan tidak layak kerana ada beberapa sekolah telah menerima satu arahan daripada Pengarah, Jabatan Pendidikan Kelantan yang memberi takrif ‘penghulu’ yang sebenarnya pada pandangan mereka. Iaitu saya sebut di sini kandungan suratnya, surat daripada Kementerian Pendidikan yang ditandatangani oleh Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan sendiri. [Membacakan surat yang berkenaan]

“Penjelasan mengenai pengesahan tandatangan dalam Borang SPBT1. –

Dengan hormatnya perkara di atas dirujukkan. Mengikut Borang SPBT1, tandatangan pengesahan hendaklah dilakukan oleh majikan, penghulu, ketua kampung, AJK PIBG dan guru kelas berdasarkan penyata gaji atau Borang ‘J’. Sukacita dijelaskan di sini bahawa jawatan penghulu ataupun ketua kampung yang terdapat dalam borang tersebut ialah penghulu yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan iaitu PPN, sesuai dengan status buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.”

Itulah ayat dia – “Sesuai dengan status buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia”. Jadi ini bermakna oleh kerana buku dibekalkan oleh Kerajaan Malaysia, maka penghulu kampung yang dilantik oleh kerajaan negeri juga tidak diiktiraf. Ianya hanya diiktiraf oleh kementerian oleh Pengarah Pendidikan Negeri ialah PPN sahaja. Tetapi apa yang mendukacitakan ialah apabila penghulu kampung yang dilantik oleh Kerajaan PAS, ia juga adalah dilantik ataupun dipilih oleh PIBG menjadi salah seorang ahli jawatankuasa PIBG di sekolah tersebut. Penghulu tersebut menggunakan jawatan sebagai ahli jawatankuasa PIBG sekolah tersebut – tidak menggunakan jawatan penghulu kampung, ia juga ditolak oleh kerana muka itu adalah muka yang sama. Kalau Mamatlah nama penghulu kampung itu, maka Mamat ini juga yang menjadi ahli jawatankuasa PIBG sekolah itu, maka borang juga ditolak.

Ini satu perkara yang cukup mengecewakan. Jadi saya harap pihak Setiausaha Parlimen menyiasat perkara ini. Mudah-mudahan ianya tidak akan berlaku berterusan, dan kalau ia berlaku berterusan, saya rasa di masa hadapan ini, rakyat, khususnya rakyat Kelantan, tidak akan menyokong Kerajaan Barisan Nasional terus-menerus.

Tuan Haji Ismail bin Noh: [Bangun]

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ya, sila.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat bagi Pasir Mas.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat bagi Rantau Panjang. Saya tertarik dengan isu pembahagian buku teks tadi dan saya juga suka menyebut di sini bahawa bukan sahaja di kawasan Rantau Panjang bahkan di seluruh kawasan di Negeri Kelantan. Jadi, apakah tindakan yang dilakukan oleh golongan-golongan tersebut tidak dinamakan ataupun tidak boleh kita katakan mereka melakukan kezaliman kepada pelajar-pelajar. Kerana pelajar-pelajar ini dia tidak kira parti – parti PASkah, parti UMNOkah, tidak ada parti – budak-budak. Jadi saya minta pandangan dari Yang Berhormat bagi Rantau Panjang, apakah tindakan mereka ini tidak dikira zalim. Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ya, kalau keadaan ini berterusan berlaku, ini bukan setakat zalim, ganas pula tindakan ini. [Ketawa][Tepuk] Kalau berlaku demikian, boleh jadi satu kampung, satu sekolah mungkin semua sekali pelajar itu tidak menerima buku teks kerana semua orang kampung itu semua orang PAS barangkali. Ini satu masalah masa hadapan ini…

Tuan Muhamad bin Mustafa: [Bangun]

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Sekejap ya.

Tuan Pengerusi: Hendak bagi jalan ataupun tidak?

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Sekejap, sekejap.

Tuan Pengerusi: Tidak mahu bagi jalan lagi?

Page 61:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

51

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Tidak bagi lagi. Sekejap.

Menyentuh Perkara 15000 – Pengurusan Pentadbiran Negeri, ini lagi satu perkara yang cukup-cukup malanglah. Saya hendak sebut sekali lagi ialah, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan juga telah melakukan satu perkara yang agak janggal. Barangkali ternampak sangat mereka ini pro-UMNO, bukan pro-kerajaan. Saya telah mendapat satu salinan surat arahan daripada Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah, Machang, Jeli, Jalan Klinik, Tanah Merah. Suratnya ditujukan kepada Guru Besar sekolah-sekolah yang berada dalam Parlimen Jeli. [Menunjukkan surat dan terus membacakannya]

“Kepada Pengetua Sekolah-sekolah dalam Parlimen Jeli.

Tuan,

Majlis Bersama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri

Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan lawatan rasmi ke Jeli dan merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jeli sebagaimana berikut: tarikh - 5 April 2002; tempat - di Dewan Bestari MRSM Jeli; dan jam - 9.00 pagi. Sehubungan dengan itu kami menjemput tuan dan guru-guru kanan serta lima orang guru dari sekolah tuan untuk hadir ke majlis tersebut.”

Beberapa Ahli Pembangkang: Oh!!! Dahsyat.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ini majlis Mesyuarat Agung UMNO – bukan majlis lawatan rasmi ke Jajahan Jeli, tidak. Ia jemputan bagi Majlis Mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO…

Beberapa Ahli Pembangkang: Oh!!! Dahsyat mereka.

Seorang Ahli: Letter-head?

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Letter-head adalah jelas – Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli.

Beberapa Ahli Pembangkang: Wah!!..... dahsyat! dahsyat!.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ditandatangani oleh Haji Abdul Rahman bin Wan Abdullah, Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli, dalam Parlimen Tanah Merah. [Disorak]

Saya sudah sebut tadi, waktu Yang Berhormat bagi Tanah Merah sedang berucap, saya menyebut satu perkara mengenai majlis yang sama juga – Majlis Muhibah Warga Pendidikan Bersama Dengan Badan Perhubungan UMNO, itu yang saya sebut tadi? Surat itu ditandatangani oleh Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan sendiri, di Bangunan UMNO tempatnya. Yang ini pula di MRSM Jeli tetapi yang saya sebut tadi, yang berlaku pada 25 Februari itu ialah di Dewan Perhimpunan UMNO. Ya, sila, sila.

Tuan Mohamad bin Sabu: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Hm!.

Tuan Mohamad bin Sabu: Tuan Pengerusi, bukan setakat itu sahaja, hal sukan pun, hari Sabtu lepas, pihak pemuda, anak-anak muda pun …..

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat memberi penerangan itu, minta penjelasan ya.

Tuan Mohamad bin Sabu: Saya hendak soal kepada Rantau Panjang, adakah Rantau Panjang sedar diskriminasi juga berlaku di padang sekolah di mana semua padang sekolah di Kuala Kedah, kami tidak boleh guna untuk main bola, piala Haji Mohamad Sabu tidak boleh dibuat di mana-mana kecuali [Ketawa] kami terpaksa dapatkan padang Cina, orang Tionghoa beri kami, itu pun pukul 3.00 pagi baru kami dapat padang itu, semua padang diarahkan oleh Menteri Besar tidak boleh diguna, oleh anak-anak muda, walaupun UMNO, PAS tetapi piala Yang Berhormat Mohamad Sabu itu tidak boleh main lagi di mana-mana padang, inikah sikap kerajaan kita sekarang, Tuan Pengerusi, minta penjelasan sedikit.

Page 62:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

52

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ha, inilah sikap pemimpin UMNO di bawah sana, barangkali pemimpin UMNO dalam Parlimen ini tidak seperti itu saya rasa, dekat bawah dan saya harap menteri-menteri akan mengetahui keadaan ini, kalau kita tidak dedah di sini dia tidak akan mengetahui, rasanya orang UMNO di kampung, pemimpin UMNO di kampung baik seperti Setiausaha Parlimen, dia ingat serupa ini, saya harap Setiausaha Parlimen kena tahu perkara ini.

Satu lagi ialah perkara yang berlaku pada hari Sabtu 13 September 2002, baru sahaja, di mana tujuh orang guru daripada daerah Pasir Puteh dan Bachok, mereka ini telah pun mendapat tawaran untuk kenaikan pangkat iaitu pangkat DG5, ketujuh-tujuh orang ini dipanggil untuk mesyuarat satu perjumpaan di New Pacific Hotel, Kota Bharu dan mereka ini diminta membuktikan nombor ahli UMNO, tetapi ketujuh-tujuh ini malang, mereka ini tidak dapat membuktikan sebagai salah seorang ahli UMNO, maka surat tawaran itu tidak diberi, sehingga sekarang ini pun, saya minta pihak Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan supaya siasat peristiwa yang berlaku kepada tujuh orang guru di jajahan Bachok dan Pasir Puteh yang baharu sahaja berlaku pada 13 September baru-baru ini.

Menyentuh masalah kedudukan prasekolah ini, saya ingin menyebutkan di sini ialah peruntukan yang begitu banyak untuk prasekolah ini, tetapi saya merasai satu perkara yang menjadi pukulan hebat kepada KEMAS, barangkali pihak Kementerian Pendidikan sendiri pun tidak memberi kepercayaan kepada pendidikan di bawah KEMAS ini, sebab itulah Kementerian Pendidikan cuba mengadakan sendiri kelas-kelas prasekolah ini, saya cukup kasihan juga kepada guru-guru KEMAS ini, sudahlah Pemuda UMNO tidak menjengukkan sekarang ini kepada guru-guru KEMAS, kerana telah ada Puteri UMNO, yang lebih muda, lebih cantik daripada mereka, Menteri Pendidikan pula hendak sabotaj pula, jadi mana lagi, ke mana lagi hendak pergi guru-guru KEMAS ini, kalau pihak Kementerian Pendidikan sendiri pun cuba mengelakkan keadaan ini, sepatutnya Kementerian Pendidikan mengarahkan supaya orang-orang kampung ini menghantar anak-anak mereka memenuhi kelas-kelas KEMAS, sepatutnya begitu, tetapi oleh kerana kemungkinan ketidakadanya kepercayaan dari segi kurikulumnya, dari segi kemampuannya guru-guru KEMAS ini, kerana guru-guru KEMAS ini biasanya orang-orang tua.

Jadi, Kementerian Pendidikan pun menganjurkan kelas prasekolah ini di sekolah-sekolah. Dan saya yakin, saya percaya kurikulum yang ada di sekolah ini kemungkinan lebih daripada apa yang ada di KEMAS, sebab KEMAS ini dia mengajar murid-murid untuk berjoget, untuk menari, menyanyi, itu sahaja, berapa kali pun.

Walaupun baru-baru ini saya dapat mengetahui dia cuba ajar Iqraq di sekolah itu, ajar Iqraq, belajar Qiraati untuk membaca buku-buku Iqraq ini, jadi saya harap pihak Kementerian Pendidikan waktu menyusun kurikulum untuk prasekolah ini supaya mereka itu memasukkan sama ada hendak menggunakan sistem Qiraatikah ataupun sistem-sistem yang lain, supaya jangan jadi seperti mana prasekolah di bawah pendidikan KEMAS itu.

Tuan Pengerusi: Cukuplah, masa Yang Berhormat sudah cukup.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ya, cukup dah. Dan kesimpulannya saya mengharapkan kepada Setiausaha Parlimen supaya memantau, supaya turun ke bawah mendengar sedikit sebanyak, buah fikiran, pandangan, hasrat rakyat ini melalui Ahli-ahli Parlimen ini supaya perkara ini tidak akan berlaku di masa-masa hadapan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ya, Bukit Mertajam, lepas itu Menteri menjawab.

3.15 ptg.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Tuan Pengerusi, tadi ataupun pagi ini kita dengar bahawa Setiausaha Parlimen mengatakan kerajaan tidak akan tutup mana-mana sekolah, walaupun bilangan penuntutnya adalah sangat kurang, saya rasa itu tidak no good enough, belum baik, tidak cukup baik lagi kerana dalam negara ini ada 18 buah SRJK(C) yang bilangan pelajarnya, muridnya kurang daripada 10 orang. Yang saya ingin tanya ialah apakah kementerian akan buat, apakah tindakan yang akan diambil ke atas 18 buah sekolah SRJK(C) ini, adakah mereka akan ditempatkan semula.

Page 63:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

53

Dan saya juga ingin bertanya, dalam jawapan lisan kepada saya, ada mengatakan bahawa terdapat dalam Rancangan Malaysia Kelapan sejumlah 976 projek sekolah rendah telah dirancang untuk pembinaan, pembinaan ini meliputi projek baru, projek tambahan dan projek gantian.

Daripada jumlah ini sebanyak 924 projek sekolah kebangsaan, 36 projek sekolah jenis kebangsaan Cina dan 16 SJK(T). Saya ingin tahu di dalam semua projek ini dan semua aliran sekolah ini, berapakah buah sekolah baru.

Tuan Pengerusi, masalah SRJK(C) dan SRJK(T) telah banyak dikemukakan di dalam Dewan ini. Tetapi masih tidak mendapat jawapan yang memuaskan. Dan saya ingin memetik apa yang telah dicatatkan dalam Laporan MAPEN II, yang mempelbagaikan kekurangan ataupun masalah SRJK(C) dan SRJK(T) itu sebagai satu faktor yang boleh mengekalkan perpaduan negara.

Saya petikkan, pertambahan bilangan penduduk yang pesat terutamanya di kawasan bandar, telah meningkatkan permintaan ke atas penempatan di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.

Walaupun bilangan pelajar di SJK(C) meningkat dari 560,985 dalam tahun 1976 kepada 609,206 dalam tahun 1999, namun bilangan sekolah SJK(C) telah merosot dari 1,318 buah dalam tahun 1976 kepada 1,284 buah dalam tahun 1999.

Dalam tempoh yang sama SRJK(C) juga berkurang, bilangan sekolah jenis kebangsaan Tamil juga berkurang, walaupun bilangan pelajarnya telah bertambah.

Pada masa yang sama, sekolah SJK(C) dan SJK(T) di kawasan luar bandar pula menghadapi masalah enrolment murid-murid yang rendah. Kedua-dua masalah ini timbul akibat dari penghijrahan penduduk-penduduk di kawasan baru. Situasi ini bertambah rumit apabila semakin ramai ibu bapa yang berketurunan bukan Cina juga menghantar anak-anak mereka ke SJK(C).

Faktor-faktor ini kini telah menimbulkan situasi kesusahan, kesesakan terutamanya di kebanyakan SJK(C) di sekitar bandar-bandar baru.

Saiz dan bilangan sekolah-sekolah SJK(C) tidak dapat menampung keperluan ini dan telah mengakibatkan perasaan tidak puas hati di kalangan ibu bapa kaum Cina dan bukan kaum Cina.

Antara faktor-faktor lain yang menyumbang kepada masalah kekurangan SJK(C) ialah keengganan pihak berkuasa dalam memberi kebenaran untuk membuka SJK(C) baru dan ketiadaan peruntukan tanah yang sesuai untuk membesarkan sekolah yang sedia ada ataupun untuk pembinaan sekolah-sekolah baru.

Walaupun polisi kerajaan sekarang membenarkan sekolah memindahkan SJK(C) yang mempunyai enrolment murid-murid yang rendah ke kawasan pembangunan baru, proses pembinaan termasuk peruntukan tapak tidak memuaskan. Permohonan membina sekolah-sekolah SJK(C) sering terpaksa mengharungi pelbagai masalah. Isu-isu SJK(C) ini, jika tidak sesuai, boleh melemahkan perpaduan negara.

Ini adalah ternyata di dalam Laporan MAPEN II. Ini bukan tuduhan pihak pembangkang, walaupun pihak pembangkang telah banyak kali mengemukakan masalah ini.

Saya rasa kalau kita bagaikan ini satu penyakit, jadi sekolah wawasan bukan ubat untuk penyakit ini, yang penting ialah sekolah yang cukup mesti dibinakan. Saya berpendapat bahawa pihak kerajaan telah meminggirkan SJK(C) dan SJK(T) di dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan juga Rancangan Sepuluh Tahun Pendidikan, tidak sebut langsung tentang SJK(C) dan SJK(T).

Ini cukup mencerminkan bahawa kerajaan atau perancang tidak mengambil kira, tentang pembangunan SJK(C) dan SJK(T). Dalam bajet ini juga tidak menyebut berapa peruntukan yang akan diperuntukkan untuk SJK(C) dan SJK(T).

Saya ingin mendapat pecahan untuk Butiran 00100 – Pendidikan PraSekolah dan Rendah. Sejumlah peruntukan itu berapa jumlahnya ialah diperuntukkan untuk SJK(C) dan SJK(T) kerana dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, di antara peruntukan yang diberi kepada sekolah rendah ialah lebih kurang RM1 bilion dan di antara RM1 bilion ini, 96% diberi kepada sekolah rendah kebangsaan (SRK), 2.4% diberikan kepada SJK(C) dan 1.02% diberi kepada SJK(T).

Page 64:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

54

Tuan Pengerusi, kalau sebagai purata setiap pelajar di sekolah rendah kebangsaan pada lima tahun ataupun di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh, mendapat RM482, tetapi pelajar di sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina) hanya mendapat RM43.61 untuk pelajar di SRJK(T), setiap pelajar mendapat RM106.

Ini adalah wang ringgit, satu-satu pengukur yang boleh ukur sama ada kanak-kanak ataupun anak-anak Malaysia diberi layanan yang sama seperti yang telah ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Gelang Patah. Ini menunjukkan perbezaan yang terlalu jauh. Kalau kita membandingkan pelajar di SRK dan SJK(C) lebih kurang sepuluh kali ganda perbezaannya. Jadi, ini adalah satu unsur yang melemahkan perpaduan negara, keadaan ini patutlah diperbetulkan.

Tuan Pengerusi: Minta gulung Yang Berhormat, minta gulung ya.

Puan Chong Eng: Tuan Pengerusi, banyak sekolah rendah jenis kebangsaan dan SRJK(T) mempunyai masalah yang kekurangan bantuan kewangan untuk membina ataupun membina semula bilik-bilik darjah. Di Pulau Pinang sahaja yang menghadapi masalah adalah SJK(C) Pulau Betung, SJK(C) Getah Sanggul, SJK(C) Chong Terk, SJK(C) Bombeng, SJK(C) Sin Chung, SJK(C) Sang Uuk.

Ini hanya di antara yang banyak lagi dan saya ingin memohon supaya kerajaan menukar semua sekolah bantuan modal kepada bantuan penuh supaya semua sekolah, semua anak-anak Malaysia diberi layanan yang sama, tidak kira mereka belajar di sekolah yang beraliran apa.

Saya ingin mendapat penjelasan untuk 00400 – Pendidikan Politeknik. 00300 – Pendidikan Teknik dan Vokasional. Saya ingin mendapat penjelasan bilangan pelajar dari segi gender, berapa orang pelajar wanita ada di dalam sekolah seperti ini.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat masa Yang Berhormat sudah cukup Yang Berhormat ya.

Puan Chong Eng: Okey, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ya, ya, minta Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menjawab.

3.25 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan saya ucapkan ribuan terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana mengambil bahagian dan juga meminta kami memberi penjelasan. Kesemuanya ialah 10 orang. Bagi soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kinabatangan mengenai dengan asrama sekolah di luar bandar, memang pihak kita mengambil perhatian secara serius dan dalam bajet yang baru ini, kita akan pertingkatkan lagi usaha itu. Yang Berhormat bagi Kinabatangan juga telah membangkitkan mengenai dengan perkara-perkara seperti guru-guru yang bersedia khususnya di kawasan luar bandar tidak mencukupi. Kementerian Pendidikan juga menempatkan guru-guru mengikut keperluan dan permintaan negeri dan tumpuannya adalah untuk sekolah-sekolah di luar bandar.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai kesediaan guru untuk mengajar Sains dan Matematik. Dalam rekod kita, seramai 192,000 guru dicadangkan diberi latihan untuk membolehkan mereka mengajar mata pelajaran tersebut dengan berkesan. Anggaran bilangan yang akan dilatih mengikut tahun 2002, kita hendak melatih seramai 27,000, tahun 2003 – 46,000 orang, tahun 2004 – 23,000, tahun 2005 – 38,000, tahun 2006 – 38,000 dan tahun 2007 – 20,000. Harapan kita ialah semoga mereka ini dapat memberi khidmat dalam mata pelajaran tersebut.

Tuan Ronald Kiandee: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya, ada yang bangun hendak bertanya, Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Pengerusi, kalau tidak saya tidak ada masa lagi.

Tuan Pengerusi: Ya, ya, sila, sila teruskan.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Jadi saya tidak bagi jalan kepada mana-mana pihak, cuma saya beri penjelasan terus.

Page 65:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

55

Tuan Pengerusi: Ya.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih. Mengenai dengan Yang Berhormat bagi Kota Melaka, kebimbangan terhadap cara isu bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik. Saya rasa kita telah pun memberi jawapan dan tidak perlu lagi memberi apa-apa jawapan mengenainya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Jawatankuasa]

Yang Berhormat bagi Gelang Patah telah membangkitkan mengenai dengan bangunan SJK(C) kebanyakannya adalah begitu daif atau uzur dan tidak selamat diduduki. Sebenarnya guru besar SJK(C) boleh memohon peruntukan supaya dapat diberi sumbangan bantuan modal sekali dalam masa dua tahun. Guru besar juga perlu membelanjakan agihan peruntukan yang diterima mengikut keutamaan. Dengan lain perkataan, kita beri perhatian kes demi kes.

Keduanya ialah sekolah-sekolah yang uzur tidak pernah diabaikan daripada segi kemudahan. Ini boleh Yang Berhormat pohon bantuan daripada PPD dan PPD akan kemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri menurut keutamaan dan sudah tentu kita akan ambil tindakan sekiranya bangunan itu begitu uzur dan tidak lagi selamat untuk diduduki oleh murid-murid kita. Memang kita ambil perhatian mengenai hal itu.

Yang Berhormat bagi Gelang Patah juga membangkitkan supaya Kementerian Pendidikan memberi layanan yang sama kepada sekolah SRJK(C) dan juga sekolah kebangsaan. Ini juga telah dibangkitkan berkali-kali mengenai dengan perkara ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan tidak pernah membezakan layanan kepada mana-mana sekolah terutama sekali SJK(C) dan juga kementerian akan melaksanakan projek sekolah baru, bangunan gantian dan tambahan serta ubahsuai menaik taraf mengikut keutamaan dan keperluan. Jadi tidak ada diskriminasi dalam soal ini daripada segi bantuan kita menurut kedudukan sesebuah sekolah itu.

Dalam Rancangan Malaysia Kelapan sahaja, sebanyak 5 buah SRJK(C) baru akan dibina dengan anggaran kos sebanyak RM60 juta dan 29 buah SRJK(C) juga menerima projek bangunan tambahan dan gantian dengan anggaran kos sebanyak RM74.9 juta. Sehingga September 2002, sebanyak 253 buah SRJK(C) menerima peruntukan bantuan modal sebanyak RM14.96 juta dan 183 buah SRJK(C ) menerima projek ubahsuai naik taraf bangunan dengan kos sebanyak RM13.275 juta. Jadi tidak ada diskriminasi, sudah ada peruntukan ini dan kita tidak akan mengabaikan segala apa yang telah dirancang dan tetap kita laksanakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, memang telah wujud mekanisme antara Kementerian Pendidikan dan JKR dalam penyelenggaraan bangunan sekolah. Contohnya, semua projek bangunan tambahan dan gantian yang melibatkan struktur bangunan diserahkan kepada JKR untuk dilaksanakan. Pemeriksaan pendawaian elektrik di sekolah juga dibuat oleh JKR. Ini kita lakukan.

Puan Chong Eng: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kata Yang Berhormat, tidak hendak bagi jalan ini? Hendak bagi pula?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Dia tidak puas hati selalu.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, terpulanglah.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Okey, sekali sahaja ya, tidak boleh lebih.

Puan Chong Eng: Kedekut sangat hendak satu kali sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Setiausaha Parlimen. Bolehkah Setiausaha Parlimen memberitahu tadi yang dikatakan 5 buah SRJK(C) yang baru yang akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Kelapan itu, di mana tempatnya dan adakah ini merupakan janji pilihan raya yang telah dibuat oleh pihak Barisan Nasional dan juga bolehkah Yang Berhormat menghuraikan daripada segi peruntukan dan membuktikan bahawa SRJK(C) tidak diberi layanan yang tidak sama? Terima kasih.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah tahu soalan ini, sejak saya duduk dalam Dewan ini, Yang Berhormat bangkitkan soalan

Page 66:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

56

yang sama sahaja, nampak macam soalan ulang kaji [Ketawa]. Saya sudah kata Yang Berhormat selalu akan bangkit – apakah ini janji pilihan raya, selepas pilihan raya apa kita buat? Kita sama ada pilihan raya adakah, tidak adakah, ada pilihan raya kecilkah, kita senantiasa terus menurut rancangan. Tidak pernah pun kita kata hari ini kita ada pilihan raya, besok kita kata ada sebuah sekolah. Tidak ada. Ya, saya sudah sebut semua sekolah itu, Yang Berhormat jangan bimbang.

Bila saya sebut, kita buat. Kita semua ada cart dalam Kementerian Pendidikan. Tidak adapun yang kita hari ini Menteri pergi melawat, atau saya pergi melawat, kita naik sekolah sini, tidak adalah, itu kerajaan apa namanya. Ini Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan yang boleh mentadbir dan mengurus. Jangan bimbang. [Tepuk]

Berbalik kepada Yang Berhormat bagi Batang Sadong telah membangkitkan mengenai dengan penempatan guru-guru berpengalaman ke luar bandar. Saya di sini ingin menyatakan bahawa penempatan guru-guru terlatih yang berpengalaman untuk berkhidmat di luar bandar menjadi fokus kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa ini. Kementerian juga dari masa ke semasa sentiasa memberi galakan dan komitmen kepada guru-guru terlatih yang berpengalaman di bandar untuk berkhidmat di luar bandar terutama sekali di kawasan-kawasan pedalaman.

Yang berlaku Yang Berhormat, biasanya bila kita buat tukar guru-guru, semasa mereka hendak masuk jadi guru, semua kita hendak hantar di mana pun dia setuju, dia tandatangan tetapi selepas dia dapat latihan, tak bolehlah saya dihantar di sana dan sebagainya. Kemudian begitu juga, Yang Berhormat juga yang akan dapat pening kepala bahawa si anu, si anu sekalian akan jumpa Yang Berhormat untuk ditukar balik semula.

Jadi ini kadangkala dengan izin, upset kita punya pertukaran guru-guru. Jadi bersabarlah. Dalam soal ini kita akan sedaya upaya - sebab itu dari segi penghantaran guru-guru ke Sabah dan Sarawak ini, saya juga telah bangkitkan cadangan baru-baru ini supaya mereka diberikan pendedahan di bandar-bandar dahulu. Itu saya terima cadangan Yang Berhormat, kerana guru-guru yang daripada Semenanjung kebanyakan mereka menghadapi cultural shock [Ketawa] apabila dihantar ke kawasan pedalaman. Saya pernah dengar cerita seorang guru apabila dihantar ke satu kawasan di Sabah, dia bangun pagi tiba-tiba dia melihat babi berkeliaran di bawah rumah, jadi ini menakutkan dia, terus dia menelefon supaya dia ditukar, dia takut. Jadi inilah kita akan cuba sesuaikan.

Puan Sukinam Domo: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Satu.

Puan Sukinam Domo: Ya, terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Tentang cultural shock ini, ini pun sudah berapa kali kita dengar seolah-olah ini sudah tahun 21st century dengan izin, takkanlah cultrual shock itu masih ada lagi, TV ada, semua ada, kecuali orang itu memang tidak menonton TV, tidak membaca buku dan sebagainya sebab itu cultural shock. Mungkin kalau boleh masukkan syllabus khas Sarawak, Sabah, sejarah, cultural dan sebagainya dalam syllabus untuk budak di Semenanjung, so that tidak akan timbul lagi cultural shock, itu satu.

Seterusnya saya ingin bertanya tentang soalan saya tadi tentang Pejabat Pendidikan Bahagian Samarahan, mungkin hendak dijawab. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila jawab Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai dengan cultural shock ini, memang kita ada orientasi kepada guru-guru pelatih ini daripada Semenanjung yang akan ke Sabah dan Sarawak, kita ada majlis orientasi. Memang ini berlaku. Terus terang saya katakan ramai anak-anak daripada Semenanjung tidak pernah ke Sabah dan Sarawak termasuk juga yang Sabah dan Sarawak pun tidak ada juga yang datang ke Semenanjung. Jadi ini kadangkala menimbulkan cultural shock macam saya katakan tadi. Katalah dia biasa duduk dalam kampung yang mana dia dengar orang azan. Tiba-tiba dia ditukarkan ke kawasan Sabah di mana dia lihat sekeliling komuniti itu walaupun mereka bumiputera tetapi

Page 67:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

57

beragama Kristian. Jadi ini juga dia kata padahal orang ini sama tetapi menganut agama yang lain. Jadi oleh itu dia terpaksa adjust diri dia. Inilah yang maksud saya cultural shock.

Dan saya telah buat cadangan baru-baru ini supaya orientasi ini diberi oleh mereka yang daripada Semenanjung yang sudah lama menetap di Sabah dan Sarawak memberi kursus kepada mereka yang baru sampai itu. Jadi kadangkala dia ambil juga orang Semenanjung beri kursus, jadi orang Semenanjung pun dia tidak ada experience seperti guru-guru yang ada di sana. Jadi kita akan cuba sesuaikan ini supaya dia tidak takut sangatlah. Jadi kita haraplah benda ini akan mengambil masa juga, kita rasa. Tetapi saya dapati banyak sudah yang saya lawati di Sabah dan Sarawak, saya lihat ramai daripada mereka sesudah tinggal di sana dua, tiga tahun, yang setengahnya tidak mahu balik ke Semenanjung. Ada yang kahwin dan ada anak sekali. Inilah integrasi yang harus kita promosikan.

Mengenai dengan kekurangan guru-guru terlatih di sekolah menengah di Sarawak pada 23 September 2002 ialah seramai 619 orang sahaja. Untuk mengatasi kekurangan guru terlatih ini, kementerian telah pun melantik guru-guru terlatih yang bersara wajib secara kontrak dan melalui guru-guru sandaran yang tidak terlatih. Sebenarnya kekurangan guru terlatih opsyen Sains di sekolah menengah di Sarawak ialah sebanyak 136 orang sahaja dan bukan sebanyak 1,000 orang seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai dengan mengapakah bilangan pegawai-pegawai pendidikan di PPD Samarahan masih belum ditambah berdasarkan kepada bilangan sekolah. Pihak JPA melalui Jawatankuasa Kerja Sistem Saraan Baru telah bersetuju untuk mewujudkan - berita baik kepada Yang Berhormat - Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan. Dengan pewujudan pejabat pendidikan di samping jawatan ini juga kita akan wujudkan. Jawatan-jawatan baru di pejabat pendidikan tersebut adalah diharapkan beban tugas yang ditanggung oleh Pejabat Pendidikan Kuching dapat dikurangkan. Jadi terima kasihlah kepada Yang Berhormat yang sudah beberapa kali bangkitkan perkara ini. Saya tahu Yang Berhormatlah yang bangkit selalu dalam Dewan ini sehingga akhirnya kita tunduk juga kepada permohonan Yang Berhormat.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai sistem pengkomputeran di sekolah-sekolah luar bandar di Samarahan. Projek pengkomputeran akan dilaksanakan di semua sekolah. Bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai bekalan elektrik, kementerian telah dan sedang menyediakan genset di sekolah-sekolah.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai dengan pencapaian pelajar yang mendapat ‘A’ di sekolah berasrama penuh adalah rendah, kata Yang Berhormat. Pencapaian pelajar di sekolah berasrama penuh didapati semakin bertambah baik berdasarkan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau PMR dan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM daripada tahun 1999 sampai 2001. Yang itu saya akan beri secara edaran kepada Yang Berhormat sebab masa.

Kemudian Yang Berhormat bagi Tanah Merah. Ha, ini sedap punya soalan. Yang Berhormat bagi Tanah Merah telah membangkitkan kepada kita bahawa pada tahun 2003, fungsi PTPTN akan diserah kepada bank, kata Yang Berhormat. Semasa pembentangan Bajet 2003, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan telah mencadangkan, saya kata, supaya keperluan peruntukan PTPTN ditampung oleh sumber dana daripada bank. Itu yang dia sebut.

Buat masa ini, perbincangan di antara Kementerian Kewangan dan beberapa buah bank tempatan sedang diadakan. Walau bagaimanapun, urusan pemberian pinjaman masih kekal di bawah PTPTN. Itu projection kita pada masa yang akan datang. Saya juga mencadangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini kita jalankan juga kempen supaya di kalangan ibu bapa muda ini supaya wujudkan tabung atau menabung untuk kegunaan di masa hadapan.

Ini bukan saya hendak mengatakan bahawa kita hendak caj semuanya, cuma kita harus berusaha untuk wujudkan budaya penabungan dalam hal ini. Dalam pada itu, pihak PTPTN juga sedang mengadakan perbincangan dengan bank-bank tadi, saya harap apakah keputusan selanjutnya.

Yang Berhormat bagi Tanah Merah juga membangkitkan mengenai dengan kesukaran untuk mendapatkan visa untuk belajar di USA. Kementerian Pendidikan mengambil

Page 68:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

58

maklum bahawa terdapat seramai 192 orang pelajar Malaysia yang gagal mendapat visa untuk melanjutkan pelajaran mereka ke Amerika Syarikat. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar tajaan JPA, MARA dan Telekom. Mereka dijangka akan bertolak ke Amerika Syarikat pada tahun hadapan, tahun 2003 jika permohonan visa mereka diluluskan. Walau bagaimanapun, bagi pelajar-pelajar dan tenaga pengajar yang ingin melanjutkan pengajian di luar negara, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan tempat pengajian di negara-negara lain sebagai alternatif.

Jadi, yang ini adalah di luar kawalan kita, kalaulah mereka ingin juga pergi ke Amerika, inilah yang kita tahu visa ini agak terlambat sedikit. Itu telah diberitahu kepada kita. Jadi, bagi pihak kita, kita akan membantu seboleh-bolehnya tetapi pihak Amerika pada makluman saya, segala-galanya ditentukan dari Washington biasanya. Itu yang saya diberitahu. Walau bagaimanapun, dari pihak kita, kita telah cuba sedaya upaya untuk mempercepat proses tadi.

Mengenai dengan masalah makmal komputer disiapkan oleh kontraktor. Pembinaan makmal komputer di bawah Fasa 2 dan Fasa 3 akan turut melibatkan pembinaan makmal komputer secara kaedah ubah suai bilik sedia ada yang dilengkapi kemudahan yang sempurna. Bagi makmal yang tidak siap, kementerian telah melantik kontraktor untuk menyiapkannya sebagai penerusan projek tersebut.

Yang Berhormat bagi Sepang telah juga membangkitkan mengenai dengan soal pemantauan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh IPTS, khususnya orang-orang kurang upaya. Kementerian Pendidikan sentiasa menggalakkan IPTS untuk menyediakan prasarana dan supaya mengambil kira pelajar-pelajar kurang upaya. Kita galakkan, khasnya bagi IPTS yang baru dibina, kita minta mereka juga beri peluang kepada golongan yang kurang upaya. Yang ini kita tidak ada kawalan tetapi kita boleh menyarankan dan kita menyuarakan kepada mereka supaya ini diambil kira. Kalau tidak silap saya, Dato’ Profesor Salleh sendiri juga telah pun mengendalikan sebuah kolej untuk mereka melanjutkan dalam bidang ICT.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai sejauh manakah institusi pendidikan tinggi memantau gejala pelajar-pelajar lelaki yang mengubah seks. Adakah pusat kaunseling diadakan ataupun penyelia asrama menjalankan pemeriksaan di asrama? IPTA sentiasa membuat pemantauan tentang disiplin pelajar. Ini dimasukkan dalam Perlembagaan Institusi yang perlu dihantar kepada kementerian. Sebelum disertakan kelulusan, kita minta mereka mengenakan peraturan-peraturan bagi pelajar-pelajar yang mereka ambil.

Kemudian Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai dengan borang permohonan mengikut KPLI. Langkah-langkah telah diambil oleh Bahagian Penyelidikan Guru agar permohonan Kursus Diploma Perguruan Malaysia bagi tahun 2004 dibuat secara on-line dengan kerjasama BTMK atau Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Ini kita sedang lakukan supaya mereka tidak lagi, macam Yang Berhormat kata, bergegas-gegas hendak ke Kuala Lumpur, apatah lagi kalau dia tinggal di Jeli, macam mana dia hendak datang ke Kuala Lumpur. Misalnya macam itulah.

Jadi, Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai dengan penjualan Borang KPLI. Borang-borang yang telah diagihkan mengikut pusat-pusat di negeri-negeri, kita telah lakukan memandangkan terdapat sambutan yang menggalakkan, borang-borang itu telah dicetak semula dan diagihkan ke semua pusat. Itu yang telah kita lakukan.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai dengan IPTS dan IPTA yang menyediakan prasarana telah pun saya jawab tadi.

Mengenai dengan soal-soal lain, saya rasa tidak perlu saya jawab. Ada satu sahaja yang belum saya jawab lagi ialah mengenai dengan wujudnya pelajar-pelajar, kalau saya panggil inverted commas, pelajar-pelajar ‘lembut’ di IPTA. Itu maksud Yang Berhormat tadi. Walau bagaimanapun, pihak IPTA terutamanya Bahagian Hal Ehwal Pelajar sentiasa melakukan pemantauan terhadap pelajar-pelajar ini. Mereka disyorkan mengikuti sesi kaunseling khas dengan kaunselor dan pegawai-pegawai agama di Pusat Islam IPTA masing-masing. Pendekatan agama dan moral adalah cara terbaik untuk menangani gejala ini. Ini kita juga harus, orang kata dalam bahasa Inggeris, considerate, Tuan Pengerusi, mengenai dengan mahasiswa, mana ada mahasiswi, mahasiswa ‘lembut’. Ini yang dibangkitkan baru-baru ini.

Page 69:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

59

Kemudian Yang Berhormat bagi Batu Gajah. Ini kawan baik saya. Hari ini dia sober sedikit, terima kasihlah Yang Berhormat. Saya pun teringin juga hendak menjawab kerana Yang Berhormat hari ini very polite, very-very polite. Yang Berhormat telah bangkitkan mengenai ramai pelajar asing yang telah menuntut semula ganti rugi bayaran balik daripada kolej-kolej swasta.

Kalau tidak silap saya, dalam lingkungan 60 orang, perjumpaan telah dibuat dengan IPTS tersebut dan mereka bersetuju untuk memulangkan sebahagian yuran pengajian mengikut kelayakan.

Sebahagian daripada pelajar tersebut juga telah diberikan kelulusan khas tanpa dengan izin release letter dari IPTS tersebut untuk berpindah ke IPTS lain, yakni terdapat seramai 18 orang. Walau bagaimanapun saya percaya komen-komen yang telah diberikan oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah, saya akan mengambil ini dan juga kita akan kemas kini lagi saluran seperti mana Yang Berhormat bagi Larut dan Yang Berhormat bagi Bagan Datok pernah menimbulkan soal perlu atau tidak menubuhkan Jabatan Penuntut-penuntut Asing di kementerian. Ini pihak kami sedang fikirkan secara serius, kerana ia akan menguruskan atau mengendalikan soal-soal itu.

Seperkara lagi ialah penuntut-penuntut dari negara China biasanya tidak seperti negara-negara lain mereka datang ke sini melalui agensi-agensi yang terdapat di negara China dan apabila mereka datang ke sini, mereka diuruskan dengan agensi tersebut. Apa yang berlaku baru-baru ini ialah bahawa apabila kita melakukan pemantauan kita dapati sesetengah kolej apabila student daripada luar negara mendaftar, kita dapati student tidak ada di situ tetapi student berada di tempat lain. Misalnya dia daftar di Ipoh tetapi dia berada di Johor Bahru. Inilah yang kita hendak cari betulkah mereka datang ke sini. Sekali lagi dengan nasihat Yang Berhormat bagi Batu Gajah saya rasa kita akan mengambil seberapa banyak cadangan Yang Berhormat katakan tadi. Tetapi janganlah marah dengan kami, serang kami selalu.

Kami sentiasa, jangan bimbang Yang Berhormat. Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai dengan penyalahgunaan pas-pas pelajar dari negara China. Pertama sekali operasi bersepadu sedang dijalankan melibatkan pihak Jabatan Imigresen, ini kita terpaksa adakan Jabatan Imigresen, Cawangan Khas, Bukit Aman dan Kementerian Pendidikan.

Kedua, garis panduan untuk rekrut pelajar-pelajar antarabangsa juga telah dikemaskinikan. Ini yang saya bangkitkan tadi, yang akan menggunakan syarat yang lebih ketat untuk membawa pelajar-pelajar asing masuk ke sini.

Kita akan adakan satu proses yang lain, yang kita fikir boleh kita katakan melicinkan perjalanan supaya birokrasi tidak menyekat penuntut-penuntut asing ini yang benar-benar hendak belajar di negara ini. Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengapakah operator pengusaha IPTS masih dibenarkan membuat operasi tanpa permit yang sah. Pengusaha IPTS yang tidak mempunyai lesen, tidak dibenarkan beroperasi, ini yang berlaku. Pihak Kementerian Pendidikan sedang menjalankan operasi gempur dan hebah di mana pegawai-pegawai dari kementerian dengan dibantu oleh Jabatan Imigresen dan Cawangan Khas Bukit Aman sedang melakukan perkara ini. Jadi, terima kasihlah Yang Berhormat kerana membantu kami tetapi janganlah salah faham bahawa seolah-olah kami hendak mendiskriminasikan sebagai Yang Berhormat di kawasan Batu Gajah. Jangan bimbang Yang Berhormat sebab hari ini dia behave very well sebab itu saya pun menjawab very well hari ini.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai dengan - kita perlu menyediakan garis panduan untuk penubuhan kolej swasta dan juga dia minta kementerian membantu memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar asing. Sebenarnya, Yang Berhormat garis panduan untuk penubuhan IPTS memang telah ada dan boleh didapati dari Jabatan Pendidikan Swasta dan juga telah dimasukkan ke dalam web. Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh tekan web ya, web JPS. Pembaharuan yang dibuat hanya mensyaratkan supaya pihak yang memohon membuat taklimat awal dan menyatakan lima tahun IPTS yang dicadangkan. Ia kena membuat pengunjuran bahawa ini projection dalam masa lima tahun. Tetapi Yang Berhormat bila dia hendak membuat application untuk mendapatkan lesen tadi semua elok Yang Berhormat, cantik belaka. Ada duit, semua cukup, kita pergi check semua ada, tetapi setelah beroperasi setahun, dua tahun inilah masalah yang kita hadapi.

Page 70:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

60

Pihak kementerian juga sentiasa berhubung rapat dengan pihak Imigresen untuk memberi kelulusan khas kepada pelajar-pelajar antarabangsa untuk berpindah ke IPTS tadi. Ini buat sementara waktu, mungkin kita akan memikirkan langkah-langkah yang lebih sesuai lagi untuk memudahkan pelajar-pelajar ini. Yang Berhormat juga telah membangkitkan bahawa mengenai dengan garis panduan tadi. Di sini saya akan sebutkan, Yang Berhormat boleh mengambil pen dan salin iaitu wwv2.moe.gov.my/jps. Itu dia.

Puan Fong Po Kuan: Sudah ada.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Yang Berhormat sudah ada. Ooo terima kasih, tetapi Yang Berhormat bertanya saya lagi walaupun sudah ada. [Ketawa] Yang Berhormat bagi Batang Lupar telah membangkitkan mengenai dengan perjalanan sukan di sekolah-sekolah. Mana Yang Berhormat bagi Batang Lupar ini, dia dengar di luar saya tahu. Mata pelajaran Sains Sukan telah diperkenalkan di Sekolah Sukan Negara dua tahun yang lepas sebagai mata pelajaran teras.

Ketiga, mata pelajaran Sains Sukan ini telah diperluaskan ke sekolah harian tingkatan empat mulai tahun 2002 sebagai mata pelajaran elective. Yang Berhormat bagi Batang Lupar juga telah membangkitkan mengenai dengan pendekatan pihak kami terhadap memotivasikan guru-guru dari luar bandar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kementerian Pendidikan memang sedar akan kekurangan prasarana pendidikan di luar bandar. Sehubungan itu dalam Rancangan Malaysia Kelapan telah diluluskan program pembangunan pendidikan di luar bandar di sekolah Sarawak dengan anggaran kos sebanyak RM1.0 bilion. Program ini meliputi projek penyediaan sekolah berpusat, bekalan air bersih, ini yang pihak PAS hendak dengar, tak mahu tepuk pula dengar ini, bekalan elektrik tolonglah tepuk dahulu sudah tepuk, bila saya menyebutkan perkara ini [Ketawa] bilik darjah dan rumah guru di sekolah luar bandar Sabah dan Sarawak melibatkan 785 sekolah di Sarawak dan 630 buah sekolah di Sabah. [Tepuk]

Semua projek, ini sekurang-kurang - saya tahu mesti Sabah dan Sarawak itu. Semua projek dalam pelaksanaan dan akan siap dalam tahun 2003. Insya-Allah. Projek ini akan meningkatkan tahap kemudahan sekolah di luar bandar.

Puan Fong Po Kuan: Minta penjelasan.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak beri Yang Berhormat?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ini mengenai apa? Mengenai dengan..

Puan Fong Po Kuan: Hendak bertanya sama ada Yang Berhormat Menteri akan menjawab berkenaan dengan apa yang saya bangkitkan tadi, kertas peperiksaan Malaysian University English Test USM, kertas peperiksaan bahasa Inggeris LSP 300 yang didapati kertas ini telah bocor. Saya hendak bertanya sama ada Yang Berhormat akan menjawab atau akan mengetepikan atau elak daripada menjawab.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Tuan Pengerusi, dia very good today dengan izin.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Dia bertanya mengenai MUET, saya tahu sebenarnya bukan saya hendak mengelak menjawab perkara itu. Sebenarnya Yang Berhormat telah mengingatkan saya, di mana saya hendak menjawab kepada Yang Berhormat pihak kami sedang meneliti perkara itu apakah benar seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat, jam dan sebagainya, tempat dan kita akan memberitahu kemudian kepada Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat bagi Batang Lupar juga telah membangkitkan mengenai dengan pendidikan prasekolah. Kurikulum prasekolah telah siap digubal Yang Berhormat. Pada tahun ini kurikulum ini diuji rintis di 1,231 buah tadika Kementerian Pendidikan Malaysia dan pada tahun depan iaitu 2003 kurikulum prasekolah akan dilaksanakan di semua tadika di seluruh negara ini. Kita sudah siap perkara itu.

Yang Berhormat telah juga membangkitkan mengenai kawal selia yang dijalankan oleh pihak kita mengenai bantuan kewangan disalurkan terutama sekali di

Page 71:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

61

Sarawak. Bantuan kewangan yang disalurkan terutama ke Sarawak adalah melalui sistem waran yang diberi pada awal tahun dan peruntukan ini perlu dibelanjakan dalam tahun semasa. Waran peruntukan ini akan disalurkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya akan mengagihkan kepada Pejabat Pendidikan bahagian yang akan bertanggungjawab membelanjakan peruntukan itu ke sekolah-sekolah yang berkenaan.

Yang Berhormat bagi Batang Lupar juga membangkitkan mengenai dengan pendidikan sukan di kalangan anak-anak yang cemerlang. Kementerian telah melaksanakan program prauniversiti KPMMSN bagi atlet negara lepasan SPM. Di Sekolah Sukan Bukit Jalil kemudahan juga telah kita adakan dan ini untuk mendapatkan atlet-atlet negara.

Yang Berhormat bagi Batang Lupar juga telah membangkitkan penempatan guru. Bukanlah dasar kementerian untuk menjadikan sekolah di luar bandar sebagai tempat latihan penempatan guru-guru baru. Dasar penempatan guru-guru kementerian ialah berdasarkan kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di sekolah yang berkenaan.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan pusat pengajian tinggi yang berkaitan dengan sukan. Itu pun juga saya jawabkan, kita telah tubuhkan pusat-pusat yang menawarkan kursus-kursus sukan seperti UPM, UTM, UPSI, UKM, USM dan UMS ada menawarkan sains sukan.

Yang Berhormat bagi Rantau Panjang juga telah membangkitkan mengenai pinjaman buku teks pelajar memandangkan borang yang ditandatangani oleh penghulu yang dilantik oleh kerajaan negeri telah ditolak, itu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Pihak yang boleh menandatangani borang skim pinjaman buku ialah majikan, penghulu, ketua kampung, AJK, PIBG dan guru kelas. Tidak timbul isu sama ada penghulu atau ketua kampung yang dilantik oleh kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan. Itu kita telah bangkitkan. The sign, itu bergantung lagi sekali kepada pihak yang hendak memberi buku itu. Setakat ini Kementerian Pendidikan tidak menerima sebarang aduan laporan tentang perkara ini. Dalam tahun 2002 negeri Kelantan sebanyak 92.36% pelajar menerima skim bantuan buku ini. Kita tidak pernah menidakkan pelajar yang di Kelantan itu.

Yang Berhormat bagi Rantau Panjang juga telah membangkitkan supaya kurikulum sekolah…..

Tuan Haji Ismail bin Noh: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat. Pasir Mas. Hendak beri jalan? Hendak teruskankah?

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Apa kena-mengena Pasir Mas dengan ….

Tuan Haji Ismail bin Noh: Berkaitan dengan pembahagian buku. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan. Saya tertarik dengan apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sekejap tadi. Apa yang nyata di kawasan saya sendiri di Pasir Mas di mana berlakunya diskriminasi tentang pembahagian buku teks di mana penghulu-penghulu yang kita lantik, yang kerajaan lantik, pengesahan dan sign mereka tidak dilayan oleh pihak sekolah. Saya minta supaya kementerian buat penyiasatan sampai ke akar umbi apakah benar ataupun tidak. Barangkali kalau benda ini tidak jelas, saya boleh bawa kenyataan daripada pihak-pihak yang berkaitan menyatakan bahawa buku-buku teks itu pun tidak diberi bila mana penghulu-penghulu yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan menandatangani ataupun dengan pengesahan pada borang. Apakah ianya benar?

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Kalau Yang Berhormat membangkitkan mengenai dengan buku teks ini kita telah pun membangkitkan perkara ini berkali-kali mengenai dengan pemberian buku-buku teks ini tadi. Saya tahu ada beberapa masalah dan juga ada sedikit kelemahan dalam soal itu. Ini yang sedang kita baiki kepada sekolah-sekolah yang berkenaan supaya melicinkan. Tetapi buat masa ini saya beri jaminan kepada Yang Berhormat bahawa kita tidak pernah pun menidakkan mana-mana pihak untuk mendapat bantuan sekiranya mereka benar-benar memerlukan. Tidak ada diskriminasi dari segi fahaman politik ibu bapa dia. Tidak

Page 72:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

62

adalah kita hendak mendera macam itu. Ambo pun gi ke Kelate, berapa kali ambo gi. Ambo pegi sendiri ke kawase-kawase ini.

Yang Berhormat bagi Rantau Panjang juga telah membangkitkan mengenai dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan keagamaan dan tidak tertumpu kepada aspek-aspek yang lain. Kurikulum prasekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia digubal dengan teliti. Ia merangkumi pelbagai elemen seperti bahasa dan komunikasi, sains, matematik, pendidikan agama dan moral, pendidikan jasmani dan seni serta patriotisme. Itu telah kita lakukan.

Yang Berhormat juga membangkitkan mengenai dengan pembatalan kenaikan pangkat DG5 kepada tujuh orang guru yang tidak dapat membuktikan keahlian UMNO. Ini betulkah Yang Berhormat? Saya hendak tanya Yang Berhormat ini. Yang Berhormat ini bias sangat ini. Sebab bila dok Kelate itu kita agak menyerong. Apa kita buat sikit pun semua ditakrifkan sebagai ini ada elemen politik kepartian.

Berhubung dengan dakwaan Yang Berhormat berkenaan dengan tujuh orang guru yang tidak ditawarkan kenaikan pangkat kepada gred DGA5 kerana tidak dapat itu ialah kita rasa kita akan siasat perkara ini. Kita akan lihat apa sebab. Boleh jadi ada sebab ini. Yang ini kadang-kadang cerita-cerita yang dibawa keluar itu mudah sahaja. Kadang-kadang apabila kita tidak dapat apa, hah kerana inilah diskriminasi UMNO terhadap si polan, si polan itu. Jangan kita buat kesimpulan itu. Kita sebagai Yang Berhormat kita kena siasat betul-betul, betulkah. Jadi, Yang Berhormat patut berwaspadalah dalam membuat perkara yang sedemikian.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai dengan ….

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Rantau Panjang bangun, hendak beri jalan?

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Setiausaha Parlimen. Berkaitan dengan tujuh orang guru ini yang kenaikan pangkat kepada DG5 digugurkan ini. Kalau sekiranya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen ingin mengetahui selepas ini saya boleh bagi nama-nama mereka ini. Cuma ada jaminannya apabila nama ini diberi, saya minta tekanan politik tidak dikenakan ke atas mereka ini. Saya sengaja tidak membacakan nama ini, saya bimbang takut guru ini lagi sekali kena tekanan politik. Sudahlah mereka ini menjadi mangsa kerana peringkat awalnya memo sudah dapat, memang sudah dapat memo. Tetapi apabila pergi perjumpaan di New Pasific Kota Bharu itu pada 13 September 2002 nama mereka digugurkan ke tujuh-tujuh sekali. Jadi, saya minta kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen kalau betul-betul ikhlas, selepas ini kita boleh bincang tetapi mereka ini dijamin tidak akan dikenakan tindakan politik oleh mereka di bawah daripada Yang Berhormat, bukan Yang Berhormat tetapi bawah daripada Yang Berhormat lagi. Terima kasih.

Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir: Tidak apa Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak perlu letak syarat apa-apa pada saya. Pihak kementerian kita, kalau dia tidak berpuas hati oleh kerana dia tidak dinaikkan pangkat, mengapa tidak, dia boleh menulis surat menurut saluran-saluran yang tertentu. Ada saluran dia. Kadang-kadang kita tidak dapat naik pangkat. Jadi, kita tulis melalui saluran dan pertimbangan semula akan dibuat. Biasanya begitulah. Tetapi, dengar cerita-cerita macam ini, kata kita kena tunjuk kad UMNO ada, tidak ada, tidak adalah. Saya fikir tidak ada. Saya tidak tahulah PAS mungkin buat begitu. Kita UMNO, kita tidak buat. PAS yang dok buat ini.

Yang duduk cerita-cerita ini, keluar ini, PAS ini. Macam hendak main bola, padang sekolah, apa ini, PAS buka cerita ini. Saya tidak tahulah. [Ketawa] Maklumlah bila kita jadi PAS, saya pun faham. Saya pun kasihan juga dengan pihak PAS tetapi, macam di Terengganu, dia hambat kita. UMNO yang keluar. Mana yang KEMAS buat, dia hambat keluar. Ini teruk betul. PAS ini tidak boleh pakai punya. Jadi, saya balik kepada......

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Tuan Pengerusi, penjelasan Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, hendak bagi penjelasan?

Page 73:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

63

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Sila.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya rasa, saya sudah terang banyak kali berkenaan dengan masalah Tadika KEMAS ini. Yang saya hairan, macam mana seorang Menteri tidak dapat faham-faham apa yang sebenarnya berlaku berhubung dengan kes perpindahan pelajar Tadika KEMAS.

Saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh dapat menyiasat sebenarnya, sampai ke akar umbi, adakah betul kita orang halau keluar atau ianya satu manipulasi politik. Kalau kira segi logik pun, kita hendak cuti sekolah lagi seminggu lagi. Macam mana kita hambat pelajar keluar hendak belajar tetapi, apa yang berlaku sebenarnya, pihak KEMAS telah menyediakan tempat untuk pelajar Tadika KEMAS ini untuk tahun depan. Sudah siap sudah. Ia hendak pindah bangku dia, hendak pindah pelajar, kena panggil televisyen, panggil apa, lakonkan perarakan angkut meja ini…

Seorang Ahli Pembangkang: Betul!

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Lalu, dia kata kita halau dia. Daripada segi logiknya, seminggu lagi hendak cuti, halau apa?

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Kalau awal tahun, mungkin kita boleh percaya. Tetapi, sudah hendak cuti. Tetapi dia hendak pindah, takut tidak boleh buat jadi isu, lalu dia kata ini dihalau oleh ….

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Saya minta, tunjukkan adakah tidak surat kita halau pelajar lari daripada balai raya dan sebagainya.

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Ini satu lakonan semata-mata untuk tujuan politik Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat, kita tidak pernah berlakon. Selalu pihak-pihak sebelah Yang Berhormat kata, apabila kita buat, tunjuk gambar, visual betul, Yang Berhormat kata kita berlakon. Kemudian, kalau tidak berlakon, kita bersandiwara. Itu memang perkara biasa. Biasa belah pihak tuan. [Ketawa] Jadi, saya…….[Disampuk]

Tuan Mohamad bin Sabu: Yang Berhormat, boleh soalan daripada saya?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ya? Soalan?

Tuan Mohamad bin Sabu: Soalan Yang Berhormat. Soal diskriminasi padang sekolah ini berlaku hari Sabtu lepas. Jadi, padang sekolah mana pun, yang dahulu kami dapat, sekarang tidak boleh dapat. Padang Majlis Bandaran tidak dapat. Akhirnya, tempat penduduk Tionghoa bagi padang. Pukul 3.00 pagi, kami buat line di padang. Yang Berhormat, kena siasat perkara ini. Kalau ini berlaku, anak-anak muda di Kedah sekarang, mana lagi mahu kepada UMNO. [Ketawa] Kalau mereka menyertai pertandingan piala saya itu sampai 70 pasukan, ertinya mereka bersama dengan kita, padang kena berilah, sekolah. Tetapi, diarahkan semua padang tidak boleh. Jadi, kami hendak main bola dekat mana? Jadi, sedangkan UMNO boleh guna padang-padang sekolah itu begitu mudah. Menteri Besar, buat Piala Menteri Besar, tidak dapat sambutan. Hendak buat macam mana? Orang Melayu bukan ada bersama UMNO di Kedah.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Mohamad bin Sabu: Jadi, minta Yang Berhormat siasat sedikitlah perkara ini.

Page 74:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

64

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Kalau Yang Berhormat kata begitu, saya rasa mesti ada satu-satu sebab. Betul, kita kata, mesti ada sebab-sebab tertentu……

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Selesaikan sahajalah Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: …Kenapa mereka tidak dapat. Saya akan siasat.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, oleh kerana masa tidak mengizinkan……

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tidak.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya menggunakan Perintah Peraturan Mesyuarat 37(2). Jawablah dan saya tidak benarkan sesiapa pun mencelah lagi.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Baik. Saya teruskan….

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jawab ringkas-ringkas Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Mengenai dengan guru-guru dalam majlis perhimpunan politik yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat, sekali lagi saya telah katakan tadi, mungkin mereka itu dijemput untuk bertemu dengan orang-orang yang berkenaan. Jadi, tidak timbul. Kalau mereka dijemput, mereka boleh mengambil untuk pergi, bukan ada arahan. Mereka dijemput, jadi mereka boleh pergi.

Yang akhir sekali ialah mengenai dengan Yang Berhormat telah bangkitkan mengenai dengan kurikulum. Kementerian Pendidikan mewujudkan prasekolah atas dasar penyelarasan tadi.

Yang akhir sekali, Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam telah membangkitkan iaitu peruntukan untuk pembinaan bilik darjah baru dan juga memohon supaya sekolah bantuan kerajaan ditukar kepada sekolah kerajaan.

Pertama, permohonan untuk mendapatkan peruntukan bilik darjah tambahan adalah mengikut keperluan bukan kemahuan. Kementerian Pendidikan sentiasa melengkapkan sekolah dengan keperluan yang mencukupi. Kedua, permohonan penukaran status bagi sekolah-sekolah jenis kebangsaan perlu diteliti dan dipertimbangkan secara berasingan atau dengan izin, case by case.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai dengan bilangan pelajar teknik dan vokasional mengikut gender. Data seperti pada 31 Januari 2002, sekolah menengah teknik, bilangan sekolah ialah 82, pelajar lelaki ialah 23,481 orang, pelajar perempuan ialah 12,194 orang. Manakala sekolah vokasional, bilangan sekolah ialah empat, pelajar lelaki ialah 29 orang, pelajar perempuan 672 orang.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai dengan bilangan prasekolah pada tahun 2003. Sekolah kebangsaan 1,432 kelas. SJK(C) - 40 buah kelas, SJK(T) - 28 buah sekolah. Berapa SJK(C) baru dalam Rancangan Malaysia Kelapan, ada lima SJK(C) untuk Rancangan Malaysia Kelapan dan sekiranya ada permohonan dan permintaan, akan kita timbangkan kalau ada permohonan baru.

Isu pembangunan SJK(C) dalam Rancangan Malaysia Kelapan lagi sekali, bilangan SJK(C) dan SJK(T) tidak bertambah memandangkan ada di antara sekolah-sekolah berkenaan berhenti beroperasi berikutan penghijrahan dan ketiadaan murid.

Sekali lagi, akhir kata, saya ucap ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, kepada yang telah mengambil bahagian dan juga mana-mana yang saya tidak sempat jawab, insya-Allah, kita akan beri perhatian kepada soalan-soalan itu. Sekian, terima kasih .

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM18,132,862,910 untuk Maksud B.26; dan RM38,367,800 untuk Maksud B.27 di bawah Kementerian Pendidikan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Page 75:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

65

Wang sebanyak RM18,132,862,910 untuk Maksud B.26; dan RM38,367,800 untuk Maksud B.27 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM8,061,962,030 untuk Maksud P.26; dan RM36,636,000 untuk Maksud P.27 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2003 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM8,061,962,030 untuk Maksud P.26; dan RM36,636,000 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2003. Maksud B.33 [Jadual] – Maksud P.33 [Anggaran Pembangunan 2003] – Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.33 dan Kepala Pembangunan P.33 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahaskan. Saya bagi Rasah. 4.18 ptg. Dato Goh Siow Huat [Rasah]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Kerja Raya bagi Maksud P.33, Butiran 007000 - Pembinaan jalan-jalan baru dan jambatan. Saya ucapkan banyak terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kerana telah berusaha menyambung dan melebarkan beberapa jalan di Bandar Seremban. Projek-projek ini adalah inner ring road dengan izin, supaya lalu lintas di Bandar Seremban dapat lebih licin dan lancar. Saya rasa, walaupun projek-projek ini memang bagus dan baik untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi saya percaya ianya masih tidak dapat menyelesaikan kesesakan ini dengan sempurna. Tuan Pengerusi, saya cadangkan di Dewan yang mulia ini supaya satu outer ring road dengan izin, dapat dilaksanakan. Kita boleh gunakan jalan yang empat laluan iaitu empat lane sepanjang empat kilometer di Taman Seremban II yang telah siap dibina oleh pihak pemaju. Kita perlu menyambung sedikit tempat sahaja. Kita berharap bandar Seremban dengan adanya inner ring road dan juga ada outer ring road akan dapat mengatasi kesesakan lalu lintas lebuh raya iaitu di Tol Seremban yang sentiasa berlaku kesesakan pada hari Sabtu, Ahad dan cuti panjang. Tuan Pengerusi, oleh kerana pendaftaran kenderaan baru di Negeri Sembilan adalah sebanyak 14 ribu buah setahun. Kenderaan baru ini majoritinya adalah di bandar Seremban. Kita perlu ambil kira kenderaan yang bertambah banyak setiap hari. Tuan Pengerusi, oleh sebab itu sekali lagi saya cadangkan kepada Dewan yang mulia ini, saya rasa kesesakan lalu lintas juga boleh diatasi melalui sistem komputer yang terkini untuk mengecualikan bayaran tol di bandar Seremban iaitu melibatkan Tol Labu, Tol Rasah dan Tol Senawang. Kita perlu galakan lebih ramai penduduk di bandar Seremban menggunakan lebuh raya yang sedia ada di kawasan Majlis Perbandaran Seremban, supaya jalan-jalan lama di bandar Seremban yang tidak boleh lebar lagi, tidak boleh menampung kenderaan yang semakin banyak dan sekali gus dapat mengurangkan kesesakan setiap hari. Sekian, terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Bukit Bintang. 4.22 ptg. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 03000 - Bekalan Air iaitu Bekalan B.33 dengan peruntukan sebanyak RM3,481,000. Tuan Pengerusi, sebab utama peruntukan ini menjadi kecil kerana kerajaan telah meswastakan urusan Bekalan Air Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) dan langkah terkini PUAS ialah menjejaki para pengguna yang gagal melunaskan bayaran bil bekalan air mereka ke arah untuk mengurangkan tunggakan pembayaran yang ditanggung oleh Jabatan Bekalan Air Selangor dan PUAS.

Page 76:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

66

Tuan Pengerusi, tunggakan terjadi kerana bayaran caj bekalan air sangat tinggi dan bil air dua bulan sekali dan sikap Jabatan Bekalan Air Selangor sendiri yang melengah-lengahkan tindakan menguatkuasakan lebih awal. Apa yang saya hendak tekankan di sini baik Jabatan Bekalan Air Selangor ataupun PUAS, pegawai-pegawai mereka tidak boleh sewenang-wenangnya memotong bekalan tanpa memberi notis yang cukup kepada pengguna-pengguna. Mereka memerlukan masa untuk mencari wang bagi menjelaskan bayaran air. Berbanding perkhidmatan lain seperti STM dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Bekalan Air Selangor dan PUAS sungguh tidak memuaskan kerana lambat dan perlahan serta para pekerja mereka lebih mementingkan bagaimana hendak mencari sedikit wang saku dari kerja atau tugas yang mereka lakukan.

Kini caj bekalan air untuk kediaman ialah 0.57 sen pada setiap m3 bagi pengguna, 20 m3 yang pertama yang naik sehingga RM1.70 bagi pengguna setiap 0.35 m3 ke atas, manakala untuk komersial caj pengguna 30 m3 pertama ialah RM1.80. Rakyat sekarang bimbang bahawa caj bekalan air yang meningkat akibat langkah menswastakan bekalan air yang diberikan kepada Syarikat Puncak Niaga Sdn Bhd. Pengalaman menswastakan bekalan air di negara-negara lain menunjukkan kenaikan mendadak caj bekalan seperti yang berlaku di England, terdapat kenaikan 106% apabila penswastaan dilaksanakan antara tahun 1989 hingga tahun 1995 dan membawa keuntungan kepada syarikat sebanyak 692%. Di Perancis, harga air naik sebanyak 47.7% dari tahun 1990 hingga tahun 1994 dan di bandar St. Paris, kenaikan bertambah 300% antara tahun 1984 dan 1997. Di Bologna harga air lebih mahal dari harga makanan begitu juga di Filipina, projek menswastakan air menyebabkan rakyat hidup sukar.

Di Malaysia kita tidak mahu perkara ini terjadi. Sungguhpun kerajaan bercadang menubuhkan Majlis Sumber Air Negara bagi menyelaraskan bekalan air negara, tetapi ia menjadi jentera untuk memudahkan menswastakan bekalan air untuk beberapa buah negeri. Malah enam empangan air di Selangor akan diuruskan oleh syarikat penswastaan yang berlainan. Dengan meletakkan bekalan air di tangan syarikat penswastaan, maka nasib rakyat untuk mendapatkan bekalan air adalah bergantung di tangan-tangan syarikat penswastaan sedangkan masalah ketidakcukupan bekalan dan gangguan bekalan yang kerap berlaku dari semasa ke semasa menjadikan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan dalam memberikan bekalan air kepada mereka.

Tuan Pengerusi, kerajaan harus mewujudkan mekanisme untuk mengawal harga air jangan dinaikkan lagi dan sumber bekalan air bersih hendaklah ditambah kerana air merupakan keperluan utama rakyat. Apa rancangan Jabatan Bekalan Air dan PUAS untuk menggantikan saluran batang paip yang sudah lama tertanam di dalam tanah yang menyalurkan bekalan air ke rumah dan kedai-kedai dan industri. Selain bekalan air berkenaan rendah seperti yang dihadapi oleh pengguna-pengguna yang mendiami bangunan berbilang tingkat di Kuala Lumpur, bekalan air menjadi tidak bersih dan berkarat. Kini semakin ramai penduduk dalam Kuala Lumpur menggunakan alat penapis air sebelum ia digunakan. Ini menunjukkan rakyat sudah hilang keyakinan kepada mutu air yang dibekalkan. [Tepuk] Bilakah keadaan buruk ini akan berterusan? Dapatkah syarikat penswastaan membetulkan keadaan dengan membekalkan air lebih bersih kepada pengguna?

Tuan Pengerusi, sementara kita menunggu langkah jangka panjang pembekalan air yang akan memakan masa beberapa tahun lagi, tetapi Lembah Kelang dan sering terancam dengan bekalan terputus atau terganggu selama ini boleh patut boleh mengubah JBA atau PUAS mengambil langkah sementara jangka pendek untuk mengadakan bekalan tarif yang lebih tersusun bila sumber bekalan terputus. Kita tidak mahu lagi menghadapi keadaan di mana bila berlaku gangguan berhubung dengan bekalan yang terputus dan para pengguna tidak dimaklumkan lebih awal.

Tuan Pengerusi, ini sudah cukup menjadi pengajaran kepada rakyat dan agensi terbabit supaya memperkemaskan diri supaya lebih bersedia. Di manakah pasukan penguat kuasa dan 'peronda air' yang mana tugas mereka memantau kawasan tadahan ….

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada banyak lagi?

Page 77:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

67

Tuan Fong Kui Lun: Lagi sedikit sahaja, saya gulung. Yang mana tugas mereka memantau kawasan tanda sumber bekalan air tercemar seperti yang berlaku di loji di Air Langat yang tercemar dengan bahan buangan industri.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Fong Kui Lun: Oleh kerana masa yang tidak diizinkan, saya gulung. Saya berharap….

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah.

Tuan Fong Kui Lun: Okey, saya menyokong.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH

PERATURAN MESYUARAT 18(3)

Tuduhan PBB Kepada Kerajaan dan Beberapa Pertubuhan Di Malaysia Sebagai Pengganas

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang masa telah pun pukul 4.30 petang dan menurut keputusan yang telah pun dibuat pada pagi tadi, satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah dibenarkan dibahaskan pada petang ini. Saya sekarang memulakan perbahasan usul itu seperti yang telah pun diputuskan tadi. Pihak pencadang akan diberi 30 minit dan pihak kerajaan juga 30 minit. Yang Berhormat bagi Pokok Sena sila kemukakan.

4.30 ptg.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, minggu ini kita dikejutkan dengan suatu laporan yang dibuat oleh satu badan petugas di bawah Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah pun menyenaraikan beberapa pertubuhan termasuklah negara kita dan termasuklah kerajaan Barisan Nasional dan termasuk juga PAS, ABIM dan beberapa pertubuhan yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas dan yang mempunyai kaitan dengan kegiatan keganasan.

Termasuk juga Tuan Yang di-Pertua, Kesatuan India Muslim (KIMA), yang jual nasi kandar pun pengganas, yang jual teh tarik pun pengganas, yang jual tose pun pengganas sekarang ini. [Ketawa] Mungkin kerana dia India sebab Kerajaan Barisan Nasional pun sering menuduh beberapa orang yang ditahan di bawah ISA kerana mereka ini belajar di Pakistan. Rupa-rupanya ketua pengganasnya baru sahaja melawat Pakistan baru-baru ini. Kalau itulah ikut argument, saya tidak tuduhlah Perdana Menteri sebagai ketua pengganas.

Tuan Yang di-Pertua, tuduhan ini bagi saya, saya sifatkan ianya sebagai satu tuduhan yang liar, yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang saya percaya ia didalangi oleh Amerika Syarikat, yang mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu untuk memastikan proses implementasi, Amerikanisasi Global berlaku secara menyeluruh di seluruh dunia sekarang. Dan, inilah yang sedang berlaku, yang sedang kita berhadapan dengan gejala-gejala yang seperti ini.

Tuduhan ini sekali lagi mengulangi beberapa tuduhan-tuduhan yang tidak berasas yang dibuat oleh Amerika sejak daripada sebelum peristiwa 11 September. Malah peristiwa 11 September sendiri awal-awal lagi Amerika telah menuding jari bahawa ia dilakukan oleh kumpulan umat Islam ataupun mana-mana individu umat Islam yang melakukan serangan ke atas Amerika.

Begitulah juga letupan dan pengeboman yang berlaku di Bali. Amerika awal-awal lagi telah menuding jari dan menuduh bahawa ia dilakukan oleh orang Islam ataupun umat Islam. Yang saya hendak gambarkan ialah bahawa tuduhan yang dibuat oleh Amerika ini ialah tuduhan tanpa asas. Malah yang lebih malangnya ialah sekarang

Page 78:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

68

ini tuduhan itu melibatkan bukan sahaja PAS, bukan sahaja ABIM, bukan sahaja KIMA tetapi ia melibatkan Kerajaan Barisan Nasional yang turut disenaraikan sebagai kumpulan ataupun kelompok kumpulan yang mempunyai hubungan dengan kegiatan keganasan.

Saya mengambil pendirian mengemukakan usul ini atas semangat patriotisme bahawa permasalahan ini ialah permasalahan bersama yang harus kita hadapi secara bersama. Kita harus menyatakan penentangan suara kita secara tegas dan keras terhadap tuduhan, laporan liar yang tidak berasas yang dilakukan oleh PBB, yang saya percaya ia sebenarnya didalangi oleh kuasa besar Amerika. Walaupun saya sedikit kecewa dengan Timbalan Perdana Menteri bila menghantar nota bantahan kepada pengerusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu hanya meminta supaya dikeluarkan nama Kerajaan Barisan Nasional daripada senarai tersebut.

Apabila ditanya oleh para wartawan, “Bagaimana dengan PAS?”. “Itu dia punya asal”. [Disorak] Ini bagi saya bahawa menggambarkan Timbalan Perdana Menteri seorang yang tidak ada semangat patriotisme, [Disampuk] tidak demokratik. Tetapi kami mengemukakan usul ini walaupun termasuk untuk kami seru dan kami desak supaya dikeluarkan nama bukan sahaja PAS, bukan sahaja ABIM, bukan sahaja KIMA termasuklah kerajaan Barisan Nasional [Tepuk] kerana kita menganggap bahawa tuduhan ini tuduhan melampau, tuduhan liar, tuduhan yang tidak berasas yang dilakukan oleh PBB. Sekali lagi saya ulangi, saya percaya bahawa ia adalah didalangi oleh Kerajaan Amerika sendiri.

Ini merupakan proses untuk pengukuhan kuasa besar Amerika, pengukuhan dasar dan polisi Amerika ke atas negara-negara yang dianggap sebagai negara yang lemah seperti kita. Tetapi saya percaya bahawa dengan tuduhan-tuduhan seperti ini sekurang-kurangnya saya ingin mengingatkan kerajaan khususnya kepada rakan-rakan daripada UMNO dan Barisan Nasional, bagaimana UMNO, Barisan Nasional melenting, apabila berhadapan dengan tuduhan ini. Menggelepar dan merasa kecewa, dukacita atas tuduhan laporan yang dibuat oleh PBB yang didalangi oleh Amerika.

Saya tahu betapa dukanya UMNO dan Barisan Nasional dengan tuduhan dan laporan ini. Tetapi ingin saya beritahu bahawa inilah kedukaan dan keperitan yang kami alami selama ini. Bukan sahaja dituduh oleh Amerika, bukan sahaja dituduh oleh mana-mana kuasa besar dalam dunia ini tetapi juga kami menghadapi keperitan ini akibat tuduhan tidak berasas yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO, Barisan Nasional kepada kami dan kepada semua parti-parti pembangkang. [Tepuk]

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Menyampuk]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Saya bukan hendak mengungkit tetapi sekadar untuk mengingat. Bagaimana UMNO, Barisan Nasional mengatakan tuduhan PBB, tuduhan yang tidak berasas, tuduhan tanpa bukti, tuduhan tanpa penyiasatan. Itulah tuduhan yang dilemparkan kepada kami yang berunsur fitnah, niat jahat, mala fide terhadap parti pembangkang seperti mana niat jahat Amerika, PBB terhadap negara Malaysia, terhadap Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh parti Barisan Nasional.

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Menyampuk]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Bukan saya hendak conner tetapi hendak memperingati bagaimana keperitan yang kami alami selama ini. Bagaimana UMNO, Barisan Nasional mengguna ISA ke atas kami dengan tuduhan-tuduhan tanpa asas, tuduhan-tuduhan yang direka seperti mana yang terbukti dalam kes habeas corpus di mahkamah. Dan, inilah juga Kerajaan Barisan Nasional, PAS, ABIM dan kumpulan-kumpulan yang sedang menghadapi ISA antarabangsa yang dilakukan sendiri oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Oleh sebab itu, saya harap kepada rakan-rakan khususnya kepada Kerajaan Barisan Nasional supaya menginsafi apa yang telah mereka lakukan selama ini kepada rakyat negara ini yang menggunakan demokrasi untuk mengganas demokrasi dalam negara kita. Dan, saya mengharapkan bahawa ini janganlah diulangi lagi peristiwa seperti ini. Marilah kita hadapi secara gentleman dalam percaturan politik dalam negara kita dan kita hadapi bersama untuk berhadapan dengan ancaman daripada luar yang sedang mengancam kepentingan dan masa depan negara kita yang kita sayangi, yang kita cintai ini.

Page 79:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

69

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang ingin saya sebutkan ialah saya juga ingin mengingatkan Kerajaan Barisan Nasional supaya berhati-hati dalam memberikan respons terhadap tuduhan liar ini. Saya dapat mencium Tuan Yang di-Pertua, penyenaraian yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas Kerajaan Barisan Nasional adalah lebih bersifat suatu tekanan yang hendak dilakukan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu yang didalangi oleh Amerika untuk menekan kerajaan, khususnya Kerajaan Malaysia ini, Kerajaan Barisan Nasional kerana seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional bagi Amerika, bagi PBB dilihat tidak berfungsi untuk melaksanakan dasar dan polisi Amerika khususnya untuk menghapuskan mana-mana golongan yang dianggap oleh Amerika sebagai golongan yang bertentangan dengan dasar dan polisi Amerika.

Sebab itu saya bimbang, takut nanti akibat daripada permohonan, nota bantahan yang dihantar oleh Kerajaan Barisan Nasional, yang akhirnya akan menjadi satu kuasa tawar menawar yang akan dibuat oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang didalangi oleh Amerika untuk mengeluarkan nama Barisan Nasional daripada senarai tersebut dengan syarat Barisan Nasional mesti menghapuskan PAS dan parti pembangkang yang bertentangan dengan dasar dan polisi Amerika khususnya yang ada di negara kita. Sebab itu saya mengharapkan bahawa satu respons yang berhati-hati, yang semua ini sedang dinanti dan dilihat oleh seluruh masyarakat antarabangsa, untuk melihat bagaimana bentuk respons yang akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia iaitu ialah Kerajaan Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi ingin saya sebut di Dewan yang mulia ini bahawa saya mengharapkan isu ini adalah isu bersama, yang harus kita tangani bersama untuk demi masa depan negara kita. Saya tetap menyatakan bahawa tuduhan ini sebagai tuduhan yang liar, tuduhan yang tidak berasas, tuduhan mengatakan kerajaan kita terlibat dalam keganasan, PAS, ABIM yang terlibat dengan keganasan, ini satu tuduhan yang liar. Tidak pernah negara kita menyerang mana-mana negara, seperti mana Amerika menyerang secara ganas ke atas Iraq, ke atas Afghanistan, bersekongkol dengan Yahudi Israel untuk membunuh, mengganas umat Islam di Palestin.

Saya tetap menafikan dan menolak bahawa tuduhan ini sebagai tuduhan yang tidak bertanggungjawab, yang dilakukan oleh Amerika yang memperalatkan budak suruhan mereka iaitu ialah PBB, iaitu Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Oleh sebab itu saya mengharapkan bahawa dan saya ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini, supaya suatu nota bantahan bersama atas nama Dewan ini, atas nama Ahli-ahli Parlimen untuk memperlihatkan satu penyatuan di kalangan kita semua, mestilah dibuat secara bersama dan dihantar kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk menolak dan menafi tuduhan-tuduhan liar ke atas Kerajaan Malaysia, ke atas PAS, ke atas ABIM, ke atas KIMA yang dilemparkan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu di dalam laporannya.

Inilah yang saya harapkan daripada usul ini dan saya mengharapkan kepada pihak kerajaan, agar dapat memberikan suatu kerjasama yang baik dalam memastikan, untuk memastikan supaya proses Amerikanisasi ini tidak akan berlaku di dalam negara kita. Saya sangat bimbang dengan berlakunya peristiwa penyerahan Ahmad Ibrahim Bilal kepada Amerika, ini memperlihatkan bagaimana kerajaan negara kita ini sedang memulakan langkah-langkah yang lebih ke hadapan untuk lebih akur kepada segala kehendak-kehendak Amerika dan sekali lagi kita sedang berhadapan dengan situasi yang seperti ini, yang memerlukan pada ketegasan kita, supaya kita menjadi sebuah negara yang benar-benar berdaulat yang tidak akur kepada sebarang kehendak, tetapi berasaskan kepada keperluan, berasaskan kepada semangat demokrasi yang kita dokong bersama di dalam negara yang kita cintai ini. Sekian, akan disambung oleh rakan saya daripada KeADILan dan juga DAP.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila bagi Yang Berhormat dari Tanjong.

4.43 ptg.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. DAP menyertai gelombang suara dunia untuk mengutuk penggunaan keganasan untuk menangani masalah ketidakadilan sejagat dalam dunia.

Page 80:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

70

Kejadian pengeboman di Pulau Bali, Indonesia memberitahu dunia bahawa peperangan menentang pengganasan masih belum berjaya kerana masih belum menangani sebab-sebab akar umbi wujudnya pengganasan.

Kita harus sedar bahawa sebagai sebuah negara di wilayah Asia Tenggara ini, Malaysia begitu terdedah kepada kesan-kesan pengganasan dunia. Kita juga tidak mengetepikan kemungkinan juga Malaysia mungkin menjadi sasaran kepada pengganas dunia. Sudah berlaku pun serangan terhadap ‘Limburg’ sebuah kapal minyak Peranchis di pengairan Yemen yang membawa minyak untuk Petronas, Malaysia.

Di samping kita menyuarakan kekesalan yang amat kerana Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan laporan yang mengaitkan Barisan Nasional dan beberapa parti politik dan pertubuhan Islam dengan kumpulan pengganas al-Qaeda, kita juga harus menyampaikan mesej tegas kita bahawa kita akan juga menyiasat secara berani dan terbuka dakwaan wujudnya sel logistik dan kewangan di Malaysia untuk memajukan operasi pengganasan al-Qaeda di Asia Tenggara.

Tuan Yang di-Pertua, penulis buku itu Dr. Rohan Gunaratna telah menafikan ada perkaitan antara Barisan Nasional dengan al-Qaeda, tetapi beliau masih menegaskan bahawa kumpulan-kumpulan di Malaysia yang berkait dengan al-Qaeda adalah KMM dan Jemaah Islamiah. Gunaratna juga mendakwa adanya pita video yang menunjukkan kapal-kapal marin polis Malaysia di perairan Selat Melaka dijumpai antara 240 pita video yang dijumpai di Afghanistan baru-baru ini. Oleh itu ini boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan dalam negara ini . Oleh itu pihak kerajaan harus membuat siasatan untuk menyenangkan fikiran rakyat dan juga memulihkan imej negara yang terjejas.

Penemuan-penemuan yang dikemukakan dalam laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga kandungan buku “Inside al-Qaeda – Global Network of Terror”: Adalah amat serius dan kita menyeru kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Penyiasatan Parlimen untuk menyiasat di samping mencari ikhtiar membina perpaduan dan konsensus rakyat menentang pengganasan.

Penggunaan kuasa ketenteraan sahaja tidak menjamin peperangan menentang pengganas boleh berjaya. Pertubuhan-pertubuhan pengganasan wujud dalam masyarakat dan tamadun yang tidak menghormati prinsip hak asasi manusia, tidak menghayati nilai nyawa dan tertekan oleh ketidakadilan asasi dalam bidang sosioekonomi dan politik masyarakat itu.

Masyarakat dunia harus menyedari cara yang terbaik untuk menentang pengganasan adalah menangani ketidakadilan asas dalam masyarakat itu melalui pembukaan ruang yang lebih luas kepada perkembangan demokrasi dan hak asasi manusia sejagat.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak merestui pegangan politik yang ingin menggunakan peperangan menentang pengganasan untuk menekan amalan demokrasi, hak asasi manusia dan ‘rule of law’ yang ingin digunakan oleh Barisan Nasional.

Oleh itu, kita berharap kita tidak menentang pengganasan dengan menggunakan tindakan yang mengganas, tetapi sebaliknya menangani pengganasan dengan mewujudkan masyarakat yang menghormati prinsip-prinsip demokrasi dan hak asasi manusia sejagat.

4.48 ptg.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada 14 Mac 2002 semasa membahas Titah Ucapan Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong saya telah mengungkitkan kemungkinan Malaysia akan dituduh terlibat dalam keganasan dan membentangkan beberapa persoalan yang hari ini masih belum terjawab.

Pertama, bagaimana lima minggu sebelum peristiwa 11 September kerajaan menangkap 25 rakyat yang kononnya dari Kumpulan Mujahidin Malaysia di bawah ISA dan dikaitkan dengan Islam yang militan, ekstrem, keras, ganas ada kaitan dengan Taliban dan dapat latihan ketenteraan di Afghanistan. Satu tema yang sama bergema

Page 81:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

71

di pentas politik dunia selepas berlakunya peristiwa 11 September seolah-olah kerajaan mengetahui lebih awal peristiwa 11 September akan berlaku.

Walau bagaimanapun setelah polis Singapura menangkap beberapa orang dari kumpulan Jemaah Islamiah barulah Kerajaan Malaysia bertindak menangkap beberapa orang yang ada kaitan dengan Jemaah Islamiah yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia yang didakwa mempunyai kaitan dengan PAS kerana ketuanya anak Menteri Besar Kelantan.

Saya juga mengungkitkan bagaimana kumpuan Jemaah Islamiah ini mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan dan mendapat beberapa kontrak dengan kerajaan seperti kontrak menguji air kencing untuk pekerja asing melalui syarikat Green Laboratory dan sebagainya. Yang pelik lagi Timbalan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan tidak akan menyerahkan Yazid Shafaat sekiranya diminta dan kemudian pula Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bahawa kerajaan akan menyerahkan sekiranya diminta oleh negara-negara yang menjadi mangsa keganasan.

Adakah kerajaan cuba melindungi sesuatu dan lebih berminat mengambil political mileage dengan mengaitkan PAS dan KeADILan dengan keganasan. Kerajaan perlu berterus terang dan jangan mengheret negara dan rakyat dalam kancah keganasan. Sekiranya benar ada orang-orang tertentu dalam Barisan Nasional dan kerajaan terlibat dengan kegiatan keganasan. Kerajaan jangan cuba mengheret dan mengaitkan keganasan dengan parti pembangkang sedangkan mereka tidak ada kena-mengena langsung dengan kegiatan tersebut.

Sekiranya ada, bawalah mereka ke muka pengadilan. Jangan menggunakan ISA untuk berselindung dengan dakwaan tidak berasas dan tidak mempunyai bukti. Walau bagaimanapun sebagai sebuah negara Islam, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu negara-negara ataupun masyarakat Islam yang dianiayai dan dizalimi, dikhianati, ditindas, ditekan oleh sesiapa sekalipun.

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama membantu rakyat Afghanistan yang dijajah oleh rejim komunis Russia, membantu orang Islam di Selatan Filipina dan Selatan Thai untuk menaikkan taraf ekonomi mereka. Rakyat Bosnia yang dizalimi oleh kaum Serbia, Iraq oleh kuasa Barat, Palestin oleh rejim Zionis Yahudi dan mana-mana masyarakat Islam yang perlukan bantuan kita.

Sekiranya bantuan kemanusiaan yang kita hulurkan kepada masyarakat Islam ditakrif sebagai pengganas maka biarkanlah mereka berkata sedemikian kerana kita hanya melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam. Perlu diingatkan bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai kedudukan strategik kerana menguasai laluan terpenting dunia iaitu Selat Melaka. Oleh itu adalah menjadi kepentingan mana-mana kuasa dunia untuk menguasai laluan Selat Melaka ini untuk kepentingan kuasa mereka.

Oleh kerana Islam akan menjadi kuasa persaingan kepada kuasa Barat maka tidak hairanlah Malaysia dan Indonesia akan menjadi rebutan kausa Barat untuk memastikan mereka dapat menguasai laluan terpenting ini. Kuala Lumpur, Teheran dan Mekah merupakan pusat pertukaran pemikiran dan perbincangan kepentingan umat Islam dunia. Jadi tidak hairanlah Malaysia menjadi negara target kuasa Barat untuk melumpuhkan kebangkitan Islam sebagai sebuah kuasa dunia baru.

Negara-negara Islam yang berkemungkinan akan menjadi core Islamic states iaitu negara yang mempunyai organizational competency dengan izin, military power, economic resources, Islamic identity dan komitmen untuk mengetuai ummah dalam politik dan agama termasuklah negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki, Mesir, Morocco, Algeria, Biosnia dan Arab Saudi.

Jadi tidak hairanlah Malaysia dan Indonesia ditakrif sebagai pengganas seperti mana yang mereka takrif rejim komunis dahulu sebagai evil power kerana negara-negara Islam akan menjadi kuasa persaingan kepada kuasa Barat suatu hari nanti.

Seperti mana yang saya nyatakan, kuasa Barat akan mengambil segala kesempatan untuk melumpuhkan kekuatan Islam baik ekonomi, ketenteraan dan politik agar umat Islam tidak berupaya menjadi persaingan kepada kuasa mereka. Kita perlu beristiqamah dalam usaha kita untuk memartabatkan Islam dan menentang segala

Page 82:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

72

usaha-usaha untuk mentakrifkan kita sebagai kuasa pengganas iaitu menjadikan umat Islam ini sebagai orang-orang jahat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kuala Kedah.

4.54 ptg.

Tuan Mohamad bin Sabu [Kuala Kedah]: Tuan Yang di-Pertua, memang dunia ini sejak kebelakangan ini dimonopoli oleh dua kuasa utama, Anglo Amerika ‘Gok’ and ‘Megok’ ataupun diistilahkan sebagai Yakjuj dan Makjuj. Barang siapa tidak mahu tunduk kepada mereka, mereka akan dilabelkan dengan berbagai-bagai jenis perkataan. Dahulunya yang mencabar kuasa Anglo Amerika ini ialah komunis. Maka sebarang usaha rakyat sesuatu negara yang berlainan pandangan dengan mereka dicapkan sebagai komunis ataupun pengganas komunis.

Sehingga terbawa-bawa kepada negara kita. Apabila ada pelajar membuat demonstrasi, dihasut oleh komunis. Bila ada kesatuan sekerja melancarkan mogok, ini dihasut oleh komunis. Bila ada para petani menuntut harga getah dinaikkan, ini dihasut oleh komunis. Kerana waktu itu yang menjadi cabaran kepada Anglo Amerika ini ialah komunis.

Di Warsaw sendiri meletakkan komunis sebagai lawan mereka tetapi mulai tahun 90-an, komunis sudah mulai lenyap. Ideologi mereka tidak lagi diperjuangkan maka digantikan serangan mereka itu terhadap Islam kerana umatnya yang telah tertindas begitu lama sekarang ini ingin mengangkat kepala dan ingin berjalan di atas muka bumi ini sebagai seorang manusia yang tidak mahu tunduk lagi kepada ‘Gok’ and ‘Megok’ yang menguasai dunia sekarang ini.

Kita lihat Amerika ini satu negara yang cukup hipokrit. Mereka menjadi juara demokrasi tetapi merekalah yang paling banyak mendukung negara-negara yang tidak demokrasi, contohnya di negara-negara Teluk yang tidak ada pilihan raya, ya tidak ada human right tetapi di negara itulah mereka meletakkan pangkalan tentera mereka untuk mempertahankan pemerintah yang ada tanpa rujuk kepada kehendak-kehendak rakyat. Bila rakyat melihat terutama umat Islam saban hari dipaparkan dalam televisyen, pembunuhan yang berlaku di Palestin, pembunuhan yang berlaku di Bosnia, pembunuhan yang berlaku di Kashmir. Boleh dikatakan setiap hari yang dibunuh ini kalau 10 orang, tujuh adalah umat Islam.

Sudah tentulah mereka ada perasaan dan mereka lihat Bangsa-Bangsa Bersatu yang kuasa dalangnya Amerika tidak berupaya menegakkan keadilan. Maka ada individu yang mungkin mengambil tindakan secara peribadi dan ada manusia sekarang sanggup tidak mahu lagi hidup secara tidak ada maruah, sanggup meletakkan bom di badan untuk merempuh Israel.

Tetapi kuasa yang ingin menegakkan keadilan tidak peduli bahkan mereka jamin untuk membantu Israel dengan bilion Dolar tiap-tiap tahun. Kalau satu kapal terbang Israel jatuh, digantikan dengan tiga. Ertinya kuasa ini mereka pelihara dan mereka yang kononnya mendukung demokrasi sebenarnya mendukung keganasan.

Begitulah juga kita di sini, kalau ada individu mana-mana yang terlibat berjuang cara yang lain, terus pertubuhan itu diletakkan sebagai pengganas. Saya bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat bagi Pokok Sena kata tadi, kami dituduh pengganas sejak PAS ditubuhkan yang bernama Hizbul Muslimin. Seorang menteri Kerajaan British mengatakan dua pengganas yang kita hadapi pada waktu itu. Bahaya, satu bahaya daripada gunung. Satu lagi bahaya daripada Gunung Semanggol. Gunung Semanggol iaitu kebangkitan Hizbul Muslimin pada waktu itu.

Kemudian seterusnya dituduh dengan berbagai-bagai jenis keganasan. Kita sebut di sini kalau ada individu yang membuat satu tindakan bukan pertubuhan itu, kita kena tuduh pengganas. Kalau ada Ahli PAS, ada Ahli UMNO, ada Ahli ABIM, ada ahli di mana-mana parti DAPkah melakukan satu perbuatan di luar daripada undang-undang, individu itu bukan keputusan mesyuarat tetapi kita selalu dilabelkan dengan keganasan.

Sekarang kami bersimpati penuh bila Barisan Nasional dituduh juga ada kaitan dengan pertubuhan yang dikatakan ganas itu kononnya ganas itu dan dilabelkan. Bila dilabelkan Barisan Nasional, cukup bahaya kepada negara. Kalau pembangkang dituduh pengganas, itu bagi saya perkara biasa ataupun perkara normal tetapi bila

Page 83:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

73

parti pemerintah dituduh pengganas, ini memberi kesan besar terutama sekali kepada pelabur-pelabur asing yang akan datang ke negara ini.

Malaysia mesti bergerak cergas dan mesti mengatakan Malaysia ini tidak ada pengganas. Bebaskan semua mereka yang ditahan di bawah ISA itu. [Tepuk] Kalau ada, mereka yang ada bukti keganasan, dakwa mereka di mahkamah. Katakan Malaysia ini tidak ada pengganas. [Tepuk] Dan kami sendiri akan mengatakan BN bukan pengganas. Kalau undemocratic mungkin tetapi hendak kata mereka ini pengganas, saya tidak setuju sama sekali. Ini sikap kita.

Keganasan ini memang dilabelkan dengan berbagai-bagai istilah sekarang ini. Saya sebut tadi, kalau ada ahli mana-mana atau pertubuhan bertindak di luar daripada arahan parti, hukum orang itu. Saya yakin UMNO tidak pernah buat satu keputusan yang bersetuju dengan keganasan. Begitu juga PAS, begitu juga ABIM, begitu juga KIMA - parti mamak – Kumpulan India Muslim, maaf ya!

Tetapi Amerika melalui keputusan Kongres untuk menyerang Iraq. Keputusan Kongres untuk membantu Israel. Keputusan Kongres untuk menyerang Afghanistan. Ertinya mereka lakukan di atas nama negara. Sedangkan kita, kalau ada individu yang bertindak luar daripada norma demokrasi ini dia adalah tindakan peribadi bukan tindakan daripada keputusan keganasan seperti yang dibuat oleh Kongres Amerika.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Tuan Mohamad bin Sabu: Oleh itu kita mengutuk yang meletakkan pertubuhan-pertubuhan di Malaysia termasuk BN ini sebagai pengganas, kita kutuk dengan sekeras-kerasnya, tarik balik tuduhan ini. [Tepuk] Terima kasih.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Shah Alam.

5.00 ptg.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil untuk turut serta mengambil bahagian hendak membahas Usul yang dibuat oleh Pokok Sena ini. Pada dasarnya sebagaimana yang kita jelas dan maklum, kerajaan kita dan saya ingat daripada ucapan daripada Yang Berhormat semua memang kita menentang keganasan, tetapi yang kita tidak bersetuju ini melabelkan peperangan menentang keganasan ini dikaitkan dengan Islam, yang itu yang tidak betul.

Isu yang kita hadapi pada hari ini, oleh kerana laporan kedua yang dibuat oleh kumpulan pemantau, dengan izin, monitoring body yang telah pun dikemukakan kepada Jawatankuasa Majlis Keselamatan yang dipetik daripada tulisan gambar rajah yang dibuat oleh Dr. Rohan Gunaratna. Sebagai seorang penulis bebas, yang berasal daripada Sri Lanka, yang duduk bekerja cari makan di Singapura, soalnya apa kredibiliti Dr. Rohan Gunaratna ini yang boleh dijadikan sebagai satu asas untuk mengaitkan Barisan Nasional dengan kumpulan pengganas.

Kalau kita ambil peluang, kita lihat gambar rajah yang diceritakan oleh Gunaratna ini, Morro Islamic Liberation Front (MILF) ia direct link dengan al-Qaeda, di bawah itu Barisan Nasional termasuk PAS termasuk APU yang sudah tak ada lagi, yang dahulu dengan Semangat 46 dengan PAS yang sudah kubur, yang itu pun dia masukkan. Maknanya daripada segi logik benda itu tidak wujud. Dan kita tidak boleh hendak gunakan retorik, hendak gunakan perasaan untuk memerangi isu ini.

Sebagai contoh, tadi Yang Berhormat sebut hendak kaitkan dengan ISA, kita tengok selepas berlaku pengeboman di Bali, 200 orang, orang awam, bukan daripada kalangan tentera, bukan daripada kumpulan yang berperang secara sah dalam peperangan ini. Dalam peperangan ini Yang Berhormat, ia boleh, ada dia punya peraturan, ada dia punya general order berperang, tetapi yang ini berkait hubung dengan orang awam, orang yang tidak ada berdosa, yang tidak ada kena-mengena dengan apa masalah yang dihadapi. Akhirnya bom diletup, booom, mati 200 orang.

Yang kesannya apa, kesannya kalau dahulu kita lihat Peristiwa September 11th di New York, mungkin kita rasa, kita simpati kita rasa terperanjat. Tetapi benda itu jauh daripada kita. Tetapi di Bali, dengan izin, cuma dua jam 20 minit sahaja flight daripada Bali ke Kuala Lumpur dan secara langsung dan tidak langsung, sekarang ini

Page 84:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

74

zon di kawasan ini, dia sudah dipanggil jadi zon panas, it is become a hot zone. Jadi, bila hot zone maka macam-macamlah yang boleh terjadi.

Sekarang ini Megawati Sukarno Puteri, terpaksa hendak bawa dia punya decree darurat ini, bawa masuk dalam dia punya MPR. Amien Rais yang sungguh lantang dok bercakap, akhirnya terpaksa juga meyakinkan Majlis Perundingan Rakyat untuk bersetuju undang-undang yang sama dengan ISA ini. Kita bercakap bahawa undang-undang ISA ini ialah sebagai satu prevention, takkan kita hendak tengok sampai ada orang yang sudah mati bergelempang baru kita hendak ambil tindakan, dan semacam yang disebut di Indonesialah, it is become already too late. Jadi, Yang Berhormat saya minta supaya jangan kaitkan tentang soal Barisan Nasional. Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang sah. Tadi Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Kedah pun kata, kita bukan macam setengah negara di Middle East ini yang tidak ada pilihan raya, kalau hendak pilihan raya pun hendak pilih, saya Presiden, okey, sokong tak sokong, sambung tak sambung. Ini Yang Berhormat ada hari pencalonan, ada kempen masuk, ada pendaftaran pengundi, ini proses demokrasi, maknanya Kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini kerajaan yang demokrasi.

Kerajaan yang bersedia untuk berkongsi kuasa, di antara orang Islam dengan orang yang bukan Islam, orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Kadazan, orang Murut, orang Iban. Kita orang ini mana masuk logik kita ini yang jadi pengganas, kita ini daripada segi undang-undang antarabangsa yang diiktiraf oleh dunia sebagai satu nasional front, satu barisan nasional yang mengamalkan perpaduan, yang mengamalkan tolak ansur, toleransi. Bahasa perubatan Cina, kalau kita sakit, jumpa tabib Cina, dia tidak pakai alat blood pressure, dia hendak beri pump, dia tengok kita punya constant body, dia tengok kita punya ‘yin’ dengan ‘yam’, dia punya panas dan dengan sejuk.

Dalam PAS, saya percaya macam Saudara Mahfuz, Ketua Pemuda PAS seorang yang rasional, yang matang, tetapi tentulah ada anak-anak buah pun kadang-kadang yang ekstrem juga. Bila kerajaan mengambil tindakan kepada KMM, Kumpulan Militan Malaysia, benda itu wujud macam mana? Macam mana boleh jadi benda ini, sebab bila berlaku peristiwa perompakan di Standard Chartered Bank di Puchong, yang kena tangkap seorang itu, dia orang Melayu, dia graduate. Orang graduate macam mana boleh jadi perompak? Rupanya polis siasat-siasat, ada agenda yang tersendiri, justeru kerana itu maka kerajaan terpaksa hendak menggunakan undang-undang pencegahan untuk menentukan supaya pengawalan dapat dilakukan akhirnya kita menentukan benda ini menjadi selamat.

Jadi, ‘tuan-tuan dan puan-puan,’ [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, fasal bila tengok Mahfuz ini kita sudah bercakap macam kita debate dengan dia, Ahli dari Pokok Sena. Minta maaf. Soalnya jangan sekali-kali kita hendak hubung kaitkan dengan - saya bersetuju pada dasarnya untuk kita sama-sama memerangi tentang melabelkan Islam dengan pengganas. Saya ingat Rohan Gunaratna ini dia kena balik ke Sri Lanka dan jumpa dia punya Tamil Ilam punya itu, kalau hendak tentang keganasan, dan apa yang dia hendak cakap tentang Tamil Ilam punya keganasan di Sri Lanka. Dia duduk di Singapura, ohh, CNN pun boleh pakai dia, konon-konon pakar rujuk ini yang dia expert dalam soal-soal yang kita ISIS pun panggil jemput dia beri ceramah, konon hendak beritahu tentang ini.

Kemudian cara PBB buat resolusi, ia ada subcommittee, dalam subcommittee itu ia ada reporting body. Jadi, dalam reporting body inilah dia cedok benda ini, dia hendak masukkan itu, itu sebab maka Timbalan Perdana Menteri minta supaya kita punya wakil di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kerajaan Malaysia, Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan yang sah, kerajaan yang diterima oleh United Nation. Itu sebab kita ada wakil tetap kita di United Nation dan melalui proses itu, kita mengemukakan bantahan yang kuat, supaya laporan yang dipetik oleh kumpulan pemantau mengenai keselamatan PBB ini supaya tidak menerima pakai tulisan yang dibuat oleh Dr. Rohan Gunaratna ini.

Sepatutnya kita ini kena tumpu dan halakan kita punya kekuatan hendak discreditkan this writer, dia tidak ada locus standi hendak bercakap tentang kita. Tetapi soalnya kita sama-sama Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen, kita duduk dalam Dewan ini, dengan izin, we are an elected representative, kita ada locus standi hendak bercakap tentang apa pun yang berhubung kait tentang keselamatan Malaysia dan kita tahu dalam Dewan yang mulia ini, kita boleh bercakap, kita boleh bertengkar,

Page 85:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

75

tetapi akhirnya kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara kita.

Dan saya percaya dan yakin, selama ini juga Barisan Nasional, semenjak kita merdeka, belum pernah lagi tukar Kerajaan Persekutuan, tidak ada satu peristiwa yang besar, yang melibatkan kita boleh berbunuh-bunuh di antara satu sama lain, melainkan peristiwa 1969. Dan kita ambil ini sebagai suatu pengajaran kerana kita hendak reduce the politicking, jangan kita politik sangat Yang Berhormat. Kalau kita politik sangat akhirnya kita tidak ada masa untuk kita menumpu, membina kekuatan negara kita.

Dan dalam soal ini, saya rasa bahawa semua orang ada tanggungjawab. Tadi Yang Berhormat konon hendak menuduh Timbalan Perdana Menteri langsung tidak ada bercakap itu, tetapi kalau dia hendak bercakap bagi pihak PAS, nanti Yang Berhormat boleh persoalkan apa dia, dia ada locus standikah hendak bercakap tentang soal PAS?

Dia bercakap tentang soal kerajaan, sebagai mewakili kerajaan, Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh ada hubung kait dengan pengganas. Itu yang tidak betul. Tetapi perjuangan kita untuk menentang, melabel pengganas dengan Islam, yang ini kita tentang habis-habisan. Yang ini tidak betul kerana dalam ‘ying’ dengan ‘yang’ dalam PAS pun ada yang ekstrem, dalam DAP ini cauvinis pun ada juga, dalam Barisan Nasional pun ada juga. [Tepuk] Sebab soalnya, bagaimana untuk kita menentukan kebijaksanaan, rasional kita dalam menangani isu ini. Sebab itulah Yang Berhormat, saya merayu kepada Yang Berhormat, jangan kita sampai satu kemalangan menimpa satu perkara.

Saya tidak boleh bayangkan jikalau peristiwa yang berlaku di Bali akan berlaku di Kuala Lumpur. Dan dalam kita membahaskan belanjawan pada sidang kali ini, kita tahu bagaimana cabaran untuk kita menguruskan ini. Saya rasa bahawa kejadian di Bali ini bukan sahaja kepuasan, siapa yang mendapat kepuasan daripada peristiwa di Bali? Saya fikir bahawa Indonesia yang menghadapi masalah untuk membebaskan diri mereka daripada cengkaman ekonomi dengan hutang daripada IMF ini. Dengan peristiwa di Bali ini saya fikir ia akan habis menjadi melarat.

Jadi saya merayu kepada Yang Berhormat daripada rakan-rakan pihak pembangkang, yang pertama …..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, kita ada lagi 18 minit sahaja.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Sekejap, lagi 3 minit saya minta.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Nanti Timbalan Menteri kena jawab.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Kita minta supaya kita menggunakan kebijaksanaan di dalam menangani isu ini. Soalnya sama ada Doktor Rohan Gunaratna ini merupakan ejen kepada sesiapa, itu kita kena buat research yang mendalam. Soalnya, bagaimana laporan yang dibuat oleh Gunaratna ini boleh diambil dijadikan sebagai satu bahan dalam laporan, yang itu kita minta supaya wakil PBB kita mendapatkan penjelasan daripada pihak dia, kita ada saluran kita yang tertentu Yang Berhormat. Kita dengan izin, legitimate government. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Parit Sulong.

5.14 ptg.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya Ruhanie bin Ahmad, Ahli Parlimen Barisan Nasional Parit Sulong.

Seorang Ahli: Oh……

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya terpaksa menjelaskan perkara ini kerana kalau mengikut tafsiran seorang penjaja fitnah yang sedang diperbincangkan namanya pada hari ini, saya mungkin seorang wakil daripada seluruh pengganas Islam yang ada di Parit Sulong. Jadi for the record, saya katakan saya Ahli Parlimen Barisan Nasional. Barisan Nasional adalah kerajaan yang memerintah negara. Barisan Nasional adalah kerajaan yang sah yang melaksanakan pilihan raya menerusi peti undi bukan menerusi muncung senapang. Itu preamble saya.

Page 86:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

76

Tuan Yang di-Pertua, sejak 11 September 2001 sehingga hari ini saya telah pun menimba banyak maklumat mengenai keganasan antarabangsa ataupun dengan izin, international terrorism. Minggu sudah saya mengkaji semula maklumat-maklumat yang ada di dalam tangan saya. Daripada hampir 60 organisasi yang dicap sebagai pengganas antarabangsa yang tersimpan di dalam data-data maklumat sama ada CIA, sama ada Jabatan Negara Amerika, sama ada FBI, saya mendapati tidak terdapat satu nama yang mengatakan Barisan Nasional dalam senarai tersebut.

Perkara ini tidak dapat saya temui oleh kerana hakikatnya, sebagaimana yang kita katakan, Barisan Nasional bukannya pertubuhan pengganas. Jadi, kalau ada orang yang mengatakan Barisan Nasional adalah pertubuhan pengganas, itu kebebasan dia. Tetapi, saya rasa beliau adalah seorang yang saya kategorikan sebagai fitnah maniac iaitu orang gila fitnah. Kadang-kadang sebelah sana pun ada juga yang cuba memfitnah, jadi inilah bahana fitnah.

Yang keduanya, mungkin beliau juga orang yang sedang diserang penyakit ‘Muslim phobia’. Muslim phobia adalah satu penyakit yang sekarang ini sedang menyerang seorang Presiden sebuah negara yang menggelar dirinya super power iaitu Amerika Syarikat. Beliau dijangkiti dengan virus Muslim phobia ini. Sebab itulah apa sahaja yang berlaku dikaitkan dengan orang Islam. Apa sahaja yang berlaku dikaitkan kononnya terrorist Islam. Apa yang berlaku di Bali, tanpa usul periksa, dalam sedetik minit sahaja pun, telah dikatakan kemungkinan itu adalah perbuatan terrorist Islam.

Ini bahayanya fitnah. Saya minta pembawa usul ini, iaitu Yang Berhormat bagi Pokok Sena, menyedari bahawa inilah bahana fitnah. Bahawa fitnah itu sekarang ini sedang memporak-perandakan kita, dijadikan satu virus, dijadikan satu senjata untuk meletakkan satu keadaan di mana umat Islam dan negara Islam di seluruh dunia dalam keadaan tuduh-menuduh, dalam keadaan defensive, dalam keadaan lemah dan boleh dipecah dan diperintah pada bila-bila masa oleh pihak yang sedang gila kuasa.

Saya menyatakan bahawa Presiden Bush adalah seorang yang sedang dijangkiti oleh Muslim phobia oleh kerana apabila 11 September berlaku, beliau tidak pun mengarahkan satu penyiasatan rapi dijalankan secara segera. Tetapi apa yang berlaku apabila berlaku letupan di Bali, tanpa diundang, mereka datang. Mereka datang untuk membuat siasatan, walaupun Indonesia berwibawa dan mempunyai kedaulatannya sendiri. Mereka datang kerana mereka takut. Orang-orang ini sekarang sedang berhadapan dengan suatu - mencari apa yang dipanggil dalam terminologi kewartawanan agora. Agora ini Tuan Yang di-Pertua adalah satu tempat yang luas, tempat public.

Dia hendak mencari seberapa ramai audiens di seluruh dunia untuk meyakinkan bahawa peperangan menentang terrorism sebagaimana yang dijalankan oleh Amerika Syarikat adalah satu peperangan yang sah dan cara menentang terrorism sebagaimana yang dijalankan oleh Amerika Syarikat adalah satu cara yang amat praktikal. Sebaliknya, mereka juga cuba menafikan usaha-usaha seperti yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di mana beliau berkata, terrorism ini hanya boleh diatasi apabila kita berjaya memahami apakah punca-punca yang menyebabkan terrorism itu sendiri.

Jadi, apa yang ditulis oleh orang yang saya gelarkan sebagai penjaja fitnah, saya tidak mahu sebut nama – jijik, saya panggil sebagai penjaja fitnah oleh kerana orang-orang ini juga kewibawaannya kita belum tahu, mungkin beliau ini menulis sewaktu beliau khayal diserang oleh fitnah mania – penyakit fitnah. Sebab itu beliau masih lagi di dalam pengaruh Muslim phobia sebagaimana pengaruh yang sekarang ini merasuk Presiden Bush, ataupun tulisan ini sengaja mahu disebarkan di sini supaya kita tuduh-menuduh, supaya berbalah-balah.

Mana lagi sebuah negara yang merdeka, berdaulat, aman makmur, di mana Barisan Nasional mewakili seluruh kaum yang ada, mewakili seluruh budaya yang ada, mewakili seluruh agama yang ada di dalam negara ini digelar sebagai satu kerajaan terrorist. Jadi tidak payah kita ungkit soal pembawa fitnah dan penjaja fitnah ini. Yang saya amat musykil adalah bagaimana PBB, satu badan dunia yang harus menjaga keamanan dunia, yang harus menjaga integriti ahli-ahlinya di seluruh dunia, sanggup dan mampu meletakkan taraf dirinya ke peringkat yang paling bawah sehingga mencedok satu karya picisan oleh pihak yang saya tidak tahu apa pendiriannya.

Page 87:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

77

Ini saya amat kesal. Sebagai seorang rakyat Malaysia saya amat kesal. Malaysia sebagai anggota PBB kesal. Saya berterima kasih kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengambil tindakan ……

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat kita hanya ada 10 minit lagi.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Terima kasih. … mengambil tindakan yang tegas di mana wakil kita di PBB, di mana sahabat saya yang bercakap tadi pun baru balik daripada UNGA, [Ditujukan kepada Yang Berhormat bagi Shah Alam] mengucapkan terima kasih kerana Malaysia bertegas. Harapan saya supaya Malaysia terus bertegas mempertahankan kedaulatan negara ini dan juga memperjuangkan soal terrorism ini supaya diperjuangkan menerusi perspektif yang betul, perspektif yang mencari damai, bukannya terrorism diperjuangkan secara destructive yang boleh menghancurkan seluruh umat manusia di masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri , sila.

5.20 ptg.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Datuk Dr. Leo Michael Toyad]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul ini dan saya ingin mengambil peluang ini Tuan Yang di-Pertua memberi penjelasan bagi pihak kerajaan berhubung kait dalam isu yang telah dibangkitkan itu.

Perlu dijelaskan bahawa pertubuhan-pertubuhan yang dimaksudkan tersebut dilakarkan di dalam bentuk gambar rajah yang terdapat sebagai Lampiran 4, Laporan Kedua Kumpulan Pemantau Komiti Sekatan Terhadap Afghanistan, Majlis Keselamatan atau Monitoring Group of the Agfan Sanction Committee of the UN Security Council yang telah dikemukakan kepada Komiti Sekatan Terhadap Afghanistan.

Majlis Keselamatan PBB pada 20 September 2002, ianya bukan penyenaraian Kerajaan Malaysia dan pertubuhan-pertubuhan ini sebagai kumpulan pengganas oleh Majlis Keselamatan PBB.

Tuan Yang di-Pertua, laporan tersebut telah mentafsirkan penulisan seorang Dr. Rohan Gunaratna yang mengaitkan hubungan ideologi dan political beberapa individu dalam organisasi di Malaysia termasuk Barisan Nasional, ABIM, PAS dan beberapa organisasi lain yang tidak wujud dengan al-Qaeda melalui MILF.

Gambar rajah ini adalah salah dan tidak benar dan Kementerian Luar Negeri melalui Wakil Tetap Malaysia ke PBB telah mengemukakan bantahan dan sedang menggesa Komiti Sekatan Terhadap Afghanistan Majlis Keselamatan PBB supaya menarik balik laporan tersebut dan mengeluarkan gambar rajah yang silap itu daripada laporan tersebut. Gambar rajah adalah dirumuskan sendiri oleh kumpulan pemantau committee itu iaitu Komiti Sekatan Terhadap Afghanistan dan berdasarkan kepada maklumat yang terdapat di dalam buku Inside al-Qaeda atau Global Network of Terror.

Walau bagaimanapun kesahihan kenyataan itu masih dipersoalkan. Walau bagaimanapun dari mana punca kenyataan itu dan juga asal usulnya. Jadi tindakan kerajaan atau Kementerian Luar Negeri menerusi wakil PBB, Wakil Tetap kita di PBB telah mengutus surat membantah kandungan laporan kedua kumpulan pemantau ini dan terutamanya kepada Lampiran 4 iaitu gambar rajah yang dihasilkan oleh kumpulan pemantau dari penulisan oleh Dr. Rohan Gunaratna itu yang didapati tidak benar dan tidak berasas.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga telah membantah Perenggan 54 menuduh terdapat ‘front businesses in account seeking charitable and other contribution and financial support cells, di Malaysia kerana Malaysia telah mengemukakan laporan kepada Pengerusi Komiti Majlis Keselamatan menyatakan bahawa Malaysia mempunyai perundangan yang menyekat kegiatan pembiayaan kumpulan pengganas dan daripada pemantauan yang dilakukan, tidak terdapat sebarang dana atau harta kewangan yang dimiliki oleh Osama bin Laden, ahli kumpulan al-Qaeda dan Taliban dan juga individu-individu atau kumpulan yang mempunyai kaitan dengan mereka.

Page 88:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

78

Wakil tetap kita juga telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Kumpulan Pemantau iaitu Micheal E. Chamler dan juga Pengerusi Komiti Sekatan PBB Terhadap Afghanistan untuk membantahkan gambar rajah tersebut yang dilampirkan sebagai annex ke 4 di dalam laporan tersebut dan kita juga akan terus menggesa supaya laporan tersebut di tarik balik dan gambar rajah itu dikeluarkan daripada laporan tersebut.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri telah pun mengambil tindakan membantah penyenaraian Barisan Nasional di dalam gambar rajah Lampiran 4 dan laporan kedua, Kumpulan Pemantau Komiti Sekatan Terhadap Afghanistan.

Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha ini telah dibuat oleh kerajaan menerusi wakil kita di PBB dan perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam mengemukakan usul ini tidak berbangkit kerana kita telah mengambil tindakan dan seterusnya dengan secepat mungkin untuk membawakan perkara ini ke peringkat jawatankuasa dan juga peringkat Security Council.

Saya lihat daripada perkara yang telah dikemukakan soalnya seperti mana rakan-rakan saya Yang Berhormat bagi Parit Sulong dan Shah Alam tadi menyatakan, kita lihatkan usul ini telah dibawa untuk mendapatkan hubung kait dengan perkara-perkara yang tidak langsung terbabit dalam isu yang di depan kita pada hari ini, kerana kita lihatkan Yang Berhormat bagi Pokok Sena telah menghubungkaitkan dengan ISA dan pelbagai lagi seperti mana yang kita nyatakan tadi dan saya telah mendengarkan dari pihak Yang Berhormat bagi Kemaman juga yang telah menghubungkaitkan dengan perdagangan, yang saya rasakan seperti ianya juga menghubungkaitkan Kerajaan Barisan Nasional dengan perkara ini, seperti cara bunyi-bunyinya, beliau sendiri pun setuju juga dengan laporan itu.

Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, saya percaya Yang Berhormat bagi Tanjong juga telah membawakan isu bahawa kita harus menyampaikan satu usul yang bersangkut tetapi saya sudah katakan perkara itu tidak timbul di sini tadi kerana kita telah bawa perkara ini ke peringkat atas sekali iaitu Wakil Tetap kita di PBB dan juga Pengerusi Ketua Kumpulan Pemantau kita di peringkat committee PBB, Monitoring Group itu.

Jadi dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat saya percaya ….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Batang Lupar bangun.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Ha, okey.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya telah dimaklumkan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan bahawa Doktor Rohan Gunaratna ini ada datang ke Malaysia ini untuk menjual bukunya dan menghadiri seminar yang dijemput oleh pihak Institute of Strategic and International Studies atau ISIS. Jadi saya ingin bertanya, kenapakah pada ketika itu, semasa buku itu memang sudah disebarkan atau sudah dicetakkan, ISIS ini masih mengambil keputusan untuk menjemput Gunaratna ini untuk menunjukkan yang dia ada satu kredibiliti maka orang ini dijemput dalam forum atau seminar tersebut. Kenapakah ini berlaku dan bagaimanakah pemantauan kita yang melepaskan buku ini disebarkan di negara kita dan juga ISIS dibenarkan menjemput Gunaratna ini. Terima kasih.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Kita telah pun menjawab soalan itu iaitu jemputan itu adalah berasas kepada pendapat ISIS dan mereka perlu mengkaji semula atas jemputan mereka itu.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya nyatakan bahawa Kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional akan terus mengambil pendirian yang tegas atas mana-mana pihak yang menggugat kestabilan dan juga yang berhasrat untuk menggulingkan kerajaan dengan secara ganas dan kegiatan-kegiatan keganasan di mana-mana tempat dan kita bekerjasama untuk membanteras keganasan seperti mana yang telah kita nyatakan dalam pendirian kita bahawa kita akan terus berusaha memberikan sokongan kepada usaha-usaha yang dapat membanteras keganasan yang kita hadapi pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita akan terus berusaha menggunakan cara-cara kita yang telah dapat mempertahankan kestabilan dan keharmonian dalam negara kita dan terus memantau keadaan, mengambil tindakan yang tegas dan juga tindakan pre-

Page 89:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

79

emptive untuk terus mempertahankan supaya kestabilan dan politik kerajaan negara kita akan terus mendapatkan kedamaian dan seterusnya kestabilan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat masa sudah cukup dalam perbahasan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) ini dan yang demikian saya tutup perbahasan ini.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kepala Bekalan B.33 dan Kepala Pembangunan P.33 di bawah Kementerian Kerja Raya dibuka semula untuk dibahas. Petaling Jaya Utara.

5.31 ptg.

Puan Chew Mei Fun [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh P.33 butiran 20000 dan Butiran 21000 berkenaan dengan membina persimpangan bertingkat dan jejambat dan membina persimpangan bertingkat projek baru. Di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana di bawah bantuan Yang Berhormat Menteri, cadangan pembinaan persimpanan bertingkat Kelana Jaya di Lebuhraya Damansara-Puchong untuk menggantikan pusingan U sementara Kelana Jaya yang sedia ada akan dijalankan tidak lama lagi.

Sememangnya pembinaan persimpangan bertingkat ini adalah suatu berita baik kepada para penduduk dan pengguna jalan raya di sekitar Petaling Jaya Utara dan Kelana Jaya. Ia menyediakan laluan keluar masuk antara LDP dengan kawasan sekitar dan merupakan satu rancangan pengurusan trafik jangka panjang.

Tuan Pengerusi, beberapa kajian trafik telah dijalankan demi mengatasi masalah lalu lintas serta memberi kemudahan kepada orang ramai. Di samping itu, beberapa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan juga diadakan bersama para Wakil Rakyat, Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Lingkaran Trans Kota Sdn Berhad, Pejabat Daerah Petaling, Majlis Perbandaran Petaling Jaya serta lain-lain pihak yang berkenaan.

Menurut kajian trafik yang dibuat pada tahun 1996, 1999 dan September 2002, kami mendapati bahawa isi padu trafik di sekeliling pusingan U Kelana Jaya kian bertambah pesat. Selain daripada itu, kawasan lapang di dua belah tempat itu akan dimajukan tidak lama lagi. Ini bermakna isi padu trafik di tempat berkenaan akan bertambah dengan lebih pesat lagi dan ini akan mendatangkan masalah kesesakan trafik yang lebih dahsyat.

Justeru itu dalam mesyuarat yang telah diadakan, kami telah membuat kesimpulan bahawa dari segi geometri, jambatan persimpangan bertingkat itu akan dibina dengan dua lorong, dua hala dan jalan susur dua lorong minimum. Manakala dari segi operasi trafik, sistem persimpangan bertingkat belian sepenuh iaitu full diamond interchange dengan izin adalah lebih berkesan dan ini telah dicadangkan serta dipersetujui oleh para Wakil Rakyat dan pegawai MPPJ.

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan Jawatankuasa]

Walau bagaimanapun pada Mesyuarat Pembangunan Daerah Petaling yang diadakan pada 12 Oktober lalu, kami telah dimaklumkan bahawa pegawai Lembaga Lebuhraya Malaysia telah membuat keputusan untuk membina persimpangan bertingkat yang akan beroperasi dengan sistem lampu isyarat dua fasa sahaja. Di sini saya ingin menyentuh kebaikan pembinaan sistem lampu isyarat full diamond interchange berbanding dengan sistem dua fasa.

Tuan Pengerusi, jika sistem full diamond interchange digunakan maka dijangka kesemua aliran trafik dari semua arah dapat bergerak dengan lancar kerana mudah untuk menukar arah aliran. Tambahan pula kenderaan dari Jalan Bahagia yang biasanya sesak dengan kenderaan juga boleh belok ke kanan menuju ke arah Damansara dan tidak perlu lagi membuat Pusingan U di simpang U Jalan Kewajipan.

Page 90:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

80

Ini akan dapat mengurangkan bilangan kenderaan yang menuju ke simpang U di Jalan Kewajipan dan tidak menambahkan lagi beban trafik di simpang tersebut.

Manakala menurut cadangan sistem dua fasa yang dicadangkan oleh LLM walaupun kenderaan di hadapan lampu isyarat yang berada di bawah jambatan tidak perlu menunggu kenderaan dari tiga arah dengan hanya perlu menunggu kenderaan dari satu arah sahaja akan menjimatkan masa sebilangan pengguna jalan raya. Tetapi oleh kerana arah aliran trafik sistem ini adalah terhad, ia akan mengalirkan banyak trafik ke tempat yang lain, membebankan masalah kesesakan kenderaan di pusingan U di Jalan Kewajipan dan akhirnya masa yang dibazirkan dan bilangan orang awam yang terjejas dan luas kawasan yang menghadapi kesesakan trafik adalah lebih banyak dan besar.

Tuan Pengerusi, sebagai contoh, sistem full diamond interchange yang digunakan di persimpangan bertingkat di SS 2 dan Taman Megah walaupun pemandu kereta perlu mengambil sedikit masa untuk menunggu tetapi kenderaan dapat bergerak kesemua arah dengan mudah dan tidak menambahkan beban trafik di tempat lain. Yang lebih penting ialah keadaan lalu lintas di situ adalah baik.

Tuan Pengerusi, berdasarkan kepada pandangan yang dikemukakan serta keberkesanan yang lebih tinggi di bawah sistem full diamond interchange dengan izin, maka saya berharap pihak kementerian dapat menyemak semula cadang menggunakan sistem lampu isyarat dua fasa dan mengkaji nasihat serta pandangan yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti MPPJ, Wakil Rakyat serta pakar perunding sistem trafik. Perkara ini seharusnya dibincangkan dengan lebih terperinci sebelum keputusan muktamad dibuat.

Akhir sekali saya berharap projek ini akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dan tempoh pembinaan juga harus disingkatkan agar dapat menyenangkan orang awam yang menggunakan jalan raya tersebut. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi ini, Bukit Mas.

5.35 ptg.

Tuan Henry Sum Agong [Bukit Mas]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada butiran 09230 – Jambatan-jambatan. Tuan Pengerusi, saya mengalu-alukan peruntukan yang besar diperuntukkan kepada pihak Kementerian Kerja Raya dan berharap dengan peruntukan ini pelaksanaan projek jambatan khususnya di Sarawak dapat berjalan dengan lancar dan cepat.

Sehubungan dengan ini, saya ingin mendapat penjelasan pihak kementerian mengenai cadangan pembinaan jambatan Sungai Terusan. Dalam jawapan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya pada soalan yang saya kemukakan pada 9 April 2001 menyatakan bahawa kerajaan merancang akan membina jambatan Sungai Terusan dalam Rancangan Malaysia Kelapan dengan kos RM30 juta. Reka bentuk jambatan telah pun siap dan pembinaan dijadualkan bermula pada tahun 2002 ini.

Walau bagaimanapun jawapan pihak kementerian kepada perkara yang sama pada 1 Oktober 2002 menyatakan kerajaan tidak mempunyai apa-apa rancangan bagi projek jambatan Sungai Terusan.

Tuan Pengerusi, rakyat tempatan sudah mengetahui rancangan kerajaan untuk membina jambatan ini yang penting kerana ianya selaku perhubungan di jalan raya Pan-Borneo. Oleh itu saya menyeru pihak kerajaan dan kementerian agar memberi pertimbangan sewajarnya terhadap pembinaan jambatan ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, saya bagi ini Cheras.

5.37 ptg.

Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya mengalu-alukan pengumuman kementerian pada minggu yang lepas bahawa kutipan tol di Jalan Cheras akan tamat menurut tarikh akhir perjanjian konsesi pada 15 September 2003. Akan tetapi saya ingin menyeru kepada pihak kementerian supaya menimbang semula satu rayuan yang dikemukakan oleh begitu ramai rakyat yang menggunakan jalan di kawasan Parlimen Cheras yang disampaikan kepada Yang Amat

Page 91:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

81

Berhormat Perdana Menteri lebih kurang dua bulan yang lalu memohon persetujuan kerajaan supaya kutipan tol Cheras itu dihentikan serta-merta.

Ada beberapa alasan yang kukuh yang tulen dan yang baik untuk membantu kerajaan membuat pertimbangan semula ini, pertama, sejak beberapa tahun yang lalu, Jalan Cheras walaupun dikenakan kutipan tol tetapi masalah kesesakan lalu lintas semakin hari semakin serius. Umpamanya setiap hari kerja pada waktu kemuncak peak hours pagi ataupun petang, kesesakan adalah sangat-sangat tidak menyenangkan. Kenderaan-kenderaan yang menuju ke arah tol plaza sebelum membuat bayaran tol mereka sudah terpaksa queue-up atau sesak dan selepas pembayaran tol, kenderaan-kenderaan juga menghadapi kesesakan di arah hadapan. Masalah ini adalah bertambah serius baru-baru ini.

Alasan yang kedua ialah sejak kutipan tol dilaksanakan iaitu 15hb September 1991 hingga 31hb Ogos tahun ini, saya difahamkan jumlah kutipan tol yang diterima oleh syarikat konsesi adalah sebanyak RM182.7 juta, ini satu kutipan yang paling besar, banyak kali ganda lebih daripada apa yang dijangkakan.

Memandangkan syarikat konsesi sudah mendapatkan pulangan yang begitu lumayan daripada kutipan, maka adalah baik jika syarikat ini hentikan kutipan sebab mereka sudah mengaut keuntungan yang cukup banyaklah.

Alasan yang ketiga ialah pada bulan Januari atau Februari akan datang tahun depan, pembinaan dua persimpangan tingkat yang baru akan bermula di Jalan Cheras di depan Phoenix Plaza dan juga di depan persimpangan Jalan Cheras, Taman Taynton dan Taman Segar. Sebaik sahaja pembinaan kedua-dua persimpangan bertingkat ini bermula Tuan Pengerusi, bolehlah dijangka kerja-kerja pembinaan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Cheras akan bertambah serius. Untuk keadilan pengguna-pengguna jalan, maka adalah munasabah dan penting sekali bagi menamatkan kutipan tol demi kepentingan orang ramai.

Ketiga-tiga sebab ini adalah sebab-sebab yang mesti diberikan perhatian berat, dan saya harap pihak kerajaan atas prinsip masyarakat penyayang dapat mempersetujui seruan saya ini. Dan Tuan Pengerusi, saya juga difahamkan beberapa hari yang lalu bahawa syarikat konsesi Jalan Cheras iaitu MTD Capital telah pun memohon kepada Jabatan Perdana Menteri supaya kerajaan jangan menamatkan kutipan tol di Jalan Cheras dan mereka telah bercadang kepada kerajaan supaya pembinaan dua buah persimpangan bertingkat itu segala kosnya ditanggung oleh syarikat, ini adalah untuk membolehkan syarikat itu meneruskan kutipan tol selama 20 tahun. Saya harap kerajaan boleh…

Tuan Lim Hock Seng: Jangan tunduk.

Tuan Tan Kok Wai: .... jangan tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak kerana MTD Capital merupakan satu syarikat crony Barisan Nasional, Pengerusinya adalah Bendahari UMNO Kelantan? Betul?

Puan Teresa Kok Suh Sim: Wah!

Tuan Tan Kok Wai: Dato’ Dr. Nik Hussin. Saya harap jangan membuat satu keputusan ke atas permohonan ini yang akan menyusahkan rakyat dan ramai rakyat di kawasan Cheras masih merasakan syak wasangka bahawa jika pilihan raya umum yang akan datang kalaulah diadakan sebelum September 15 nanti kemungkinan kutipan tol akan diteruskan. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan satu jaminan yang teguh dan yang tetap bahawa under whatever circumstances, kutipan tol tidak akan diteruskan di Jalan Cheras dan lebih baik lagi, kutipan dihentikan sekarang juga.

Tuan Pengerusi, saya juga menyaksikan beberapa projek mega pembinaan jalan akan diadakan di Kuala Lumpur. Nampaknya apabila pilihan raya umum semakin berhampiran, projek mega akan ditawarkan dengan mudahnya kepada syarikat-syarikat yang dimiliki oleh mereka yang merupakan syarikat-syarikat crony Barisan Nasional. Saya ingin menunjukkan di sini melainkan MTD Capital ini dua projek paling mega, yang pertama itu Smart atau Storm Water Management and Route Tunnel yang menelan belanja RM2 bilion dan juga dedicated highway yang dirancang dari KLCC ke Putrajaya sepanjang 32 kilometer yang berharga RM1.2 bilion telah pun ditawarkan kepada syarikat-syarikat crony Barisan Nasional. bagi projek Smart ialah Maju Holdings. Prpjek dedicated highway pula ialah agak mudah dan Tuan Pengerusi,

Page 92:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

82

kedua-dua projek ini ditawarkan bukan melalui tender terbuka tetapi negotiated tender. Ini membuktikan satu arrangement bagi memfaedahkan mereka yang bersubahat dengan parti pemerintah.

Saya ingin mengalih kepada projek lebuh raya dedicated highway itu kerana saya apa yang menjadi concern kepada ramai ialah saya difahamkan syarikat Maju Holdings yang diberikan projek dedicated highway ini juga akan diberikan geran oleh kerajaan bagi pembinaan projek tersebut dan jika benar, Tuan Pengerusi, Maju Holdings diberikan geran, berapa peratuskah geran yang akan diberikan dari jumlah kos projek? Apakah sebab kerajaan perlu memberikan geran kepada pembinaan lebuh-raya ini dan jika diberikan geran yang mana Maju Holdings tidak perlu membayar balik kepada kerajaan, adakah lebuh raya ini bebas dari tol? Jika Maju Holdings dibenarkan mengutip caj tol syarikat ini sangat beruntung dari syarikat konsesi lebuh raya yang lain.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis sudah.

Tuan Tan Kok Wai: Ya?

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa sudah cukup.

Tuan Tan Kok Wai: Sedikit lagi.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudah cukup Yang Berhormat, fahamlah itu sudah masuklah itu. Saya bagi Arau dahulu Yang Berhormat.

5.45 ptg.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin [Arau]: Terima kasih Tuan Pengerusi, kerana saya juga diberi peluang untuk membahaskan B33, Kementerian Kerja Raya. Saya menyokong peruntukan besar yang diberikan oleh kerajaan kepada Kementerian Kerja Raya kerana kementerian ini adalah di antara kementerian yang telah pun banyak menyumbangkan tenaga mereka, pemikiran mereka untuk meningkatkan infrastruktur di negara kita.

Saya ingin menyentuh Yang Berhormat Tuan Pengerusi, perkara 020000 - Jalan dan Jambatan iaitu mengenai Lebuhraya Changlun ke Kuala Perlis. Saya pernah membangkitkan di Dewan yang mulia ini kepada Yang Berhormat Menteri sendiri, apakah status Lebuhraya Changlun ke Kuala Perlis kerana ia disebut sebagai lebuh raya pada waktu itu saya menyatakan bahawa banyak kelemahan yang didapati dan tidak nampak sebagai lebuh raya. Pada waktu itu memang pihak kementerian sendiri dalam jawapan menyatakan bagaimana lebuh raya tidak sebagai lebuh raya. Sebagai contoh, saya hendak memberikan makluman iaitu lampu trafik yang ada di Lebuhraya Changlun ke Kuala Perlis, saya tidak pernah nampak di mana-mana lebuh raya ada lampu trafik yang tergantung.

Ini amat tidak sesuai dan kadang-kadang menjadi jenaka kepada mereka yang melalui lebuh raya yang berkenaan. Walau bagaimanapun saya berterima kasih kepada pihak kementerian, kerana pada masa ini sejak lebuh raya itu dibina, iaitu projek ini bermula pada tahun 1998 hingga kini, pembaikan-pembaikan sentiasa dibuat, dan sekarang ini pun banyak tempat yang sedang dibaiki.

Ini satu lagi persoalan yang saya ingin menanya kepada pihak kementerian. Kalaulah ini ditakrifkan sebagai lebuh raya tetapi belum pun sampai dua tahun, saya lihat begitu banyak perubahan dilakukan, sejak lebuh raya ini digunakan oleh pengguna sehingga ke hari ini, perjalanan trafik dari Kuala Perlis ke Changlun tidak pernah dapat berjalan dengan begitu baik kerana banyak tempat yang dibaiki. Jadi saya ingin mendapat maklumat daripada pihak kementerian, apakah status lebuh raya ini dan apakah program-program pembangunan yang sedang dijalankan untuk lebuh raya ini, kerana ini menjadi persoalan yang ditanyakan oleh banyak pihak.

Kenapakah semasa pembinaan awal lebuh raya ini tidak diuruskan ataupun tidak dibina mengikut spesifikasi lebuh raya-lebuh raya yang ada di negara kita? Saya merasakan bahawa pembinaan lebuh raya di negara kita tidak dapat dinafikan kalau dibandingkan dengan negara-negara lain amat baik dan amat mengagumkan. Tetapi ini satu-satu lebuh raya yang saya lihat pembinaannya dibuat berperingkat-peringkat.

Dan saya juga ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian bilakah projek ini akan siap supaya kita dapat memudahkan. Bagi kami yang berada di negeri Perlis, sekurang-kurangnya dapat cepat sampai ke airport misalnya, yang sekarang

Page 93:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

83

mengambil masa yang begitu lama. Begitu juga kalau jika sekiranya ada lawatan pembesar-pembesar daripada negara, kita terpaksa melalui lebuh raya yang berkenaan, di mana perjalanan trafiknya tidak dapat melalui jalan tersebut dengan begitu baik.

Satu lagi isu yang saya hendak sebutkan ialah mengenai pampasan. Isu pampasan ini telah berlarutan selama empat tahun – sejak tahun 1998, bagi kawasan Ulu Pauh dalam Parlimen Arau di negeri Perlis, yang melibatkan seramai 25 orang pemilik. Isu pampasan ini timbul kerana harga yang ditentukan oleh Kerajaan Pusat dengan harga yang ditentukan oleh kerajaan negeri tidak dapat satu harga yang dipersetujui bersama. Saya difahamkan oleh petani-petani dan juga mereka yang terlibat dengan FELCRA di kawasan yang berkenaan, mereka amat kecewa kerana bayaran daripada pampasan ini tidak dapat dilaksanakan. Buat masa ini pihak kerajaan negeri saya difahamkan, telah pun membayar terlebih dahulu kepada mereka yang berkenaan.

Dan saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah pihak kerajaan telah pun menyelesaikan isu ini, dan jika ia, bilakah bayaran-bayaran ini dapat dilaksanakan? Apa yang saya sebutkan ini sebenarnya telah ada disiarkan di dalam akhbar pada 27 Mei 1996, iaitu kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang mengatakan kerajaan negeri memberi jaminan para pengusaha terbabit akan memperolehi pampasan yang seimbang dengan tanah yang bergeran jika terbabit dengan projek-projek pembangunan.

Jadi, saya berharap kepada pihak kerajaan, dan saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan, adakah soal mengenai pampasan kepada mereka yang terlibat dengan projek ini telah pun dapat diselesaikan di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Jika sekiranya Kerajaan Pusat telah bersetuju untuk menyelesaikan pampasan ini, saya amat berterima kasih. Tetapi jika Kerajaan Pusat belum lagi bercadang untuk menyelesaikan masalah ini, saya berharap ia akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan kerana isu pampasan di negeri Perlis merupakan satu isu yang besar di kalangan pemilik-pemilik tanah. Telah menjadi dasar bagi negeri Perlis kerana Perlis mempunyai tanah yang amat terhad, bagi mereka yang terlibat dengan pembangunan, Kerajaan Negeri Perlis telah pun menimbangkan satu nilai pampasan yang agak setimpal dengan milikan tanah yang dimiliki oleh mereka yang terlibat.

Tuan Pengerusi, satu perkara lagi yang ingin saya mengambil peluang untuk mendapat perhatian daripada pihak kementerian, iaitu mengenai perkara 03000 – Bekalan Air. Kita sering mendengar masalah kekurangan air di negeri-negeri yang besar seperti negeri Selangor, Melaka dan sebagainya. Tetapi bagi negeri Perlis, di kawasan Parlimen saya sendiri, isu bekalan air ini telah menjadi satu masalah yang berlarutan, di mana bagi mereka yang tinggal jauh daripada loji air yang sedia ada, mereka tidak mendapat bekalan air dan air tidak dapat disalurkan ke tempat mereka kerana tekanan yang rendah. Ini berpunca daripada bekalan air yang tidak mencukupi. Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal apabila sampai musim kemarau. Kita tidak gerhana macam Kelantan – Kelantan gerhana tetapi tidak bagi negeri Perlis, tidak gerhana seperti Kelantan.

Saya berharap kepada pihak kementerian supaya pihak kementerian mengkaji loji air yang sedia ada supaya bekalan air ini dapat dibekalkan kepada seluruh penduduk-penduduk yang berada di kawasan-kawasan penghujung daripada punca bekalan air supaya mereka juga tidak ketinggalan untuk mendapat kemudahan asas ini.

Saya berterima kasih kerana pihak kerajaan memang telah mengadakan semua saluran air. Cuma bekalannya tidak mencukupi kerana kita harus maklum, di negeri Perlis kita mempunyai musim kemarau. Apabila musim kemarau ini berlaku, ini akan mengakibatkan bekalan agak begitu susah untuk dibekalkan kerana air tidak mencukupi dan ini memerlukan loji yang lebih besar. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian ada rancangan untuk membesarkan loji di Arau ataupun ada rancangan untuk membina loji-loji yang sepatutnya dapat dibina di tempat-tempat lain untuk mengatasi masalah yang saya sebutkan tadi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup, Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Pengerusi.

Page 94:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

84

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya minta maaf, saya bagi Yang Berhormat bagi Baram dahululah. Yang Berhormat bagi Baram ya. Ya, sila Yang Berhormat bagi Baram.

5.57 ptg.

Tuan Jacob Dungau Sagan [Baram]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Di kawasan saya di Baram, saya ada mempunyai satu sahaja jalan besar, iaitu Jalan Utama Persekutuan. Panjangnya lebih kurang 70 kilometer dari simpang Miri sampai ke Long Lama. Sebahagian dari jalan ini telah diturap dalam tahun 2000, iaitu lebih kurang sembilan kilometer, akan tetapi keadaannya sekarang ini banyak yang telah rosak, tidak tahu kenapa, oleh kerana pembinaannya saya nampak tidak berapa sempurna.

Jadi yang saya ingin sentuh di sini ialah masalah yang saya selalu sentuhkan dalam beberapa tahun yang lalu dalam Dewan yang mulia ini, ialah untuk menaik taraf dan penurapan Jalan Persekutuan ini dari pekan Beluru sampai ke jambatan Lapok/Sungai Tinja, iaitu lebih kurang 19 kilometer. Keadaan jalan ini sekarang adalah sangat teruk sekali oleh kerana belum diturap, belum dinaiktarafkan. Jadi banyak lubang yang ada dan ini membahayakan semua pengguna yang menggunakan jalan ini, dan penyelenggaraannya pun tidak dibuat dengan sebaik-baiknya, dan kita sentiasa mendengar pengguna-pengguna menuduh bahawa kerajaan tidak menjaga jalan ini dengan sebetul-betulnya.

Saya ingin tahu adakah peruntukan naik taraf jalan di bawah Butiran 09260 – Naiktaraf Jalan-jalan, di negeri Sarawak berjumlah RM106 juta, saya nampak diperuntukkan, adakah ini termasuk bagi penurapan Jalan Utama Persekutuan ini dari Beluru ke jambatan Lapok/Sungai Tinja. Jika tidak, saya mintalah jika boleh kementerian mempertimbangkan untuk menambahkan lagi peruntukan untuk menaiktarafkan jalan ini dengan secepat mungkin.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin sentuh Butiran 04201 – Penyiasatan dan Penyelidikan Jalan Raya.

Dalam sesi soal jawab di dalam Dewan yang mulia ini tahun yang lalu, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya menyatakan bahawa satu kajian akan dibuat bagi merancang jalan raya dari Sarawak ke negeri Sabah menerusi kawasan saya di Baram.

Jadi, memandangkan jalan ini sangat penting sekali oleh kerana ini satu jalan yang boleh mempertingkatkan lagi integrasi di antara penduduk-penduduk Sarawak dan Sabah. Dan jalan ini juga jika dibina akan membuka kawasan tanah yang luas, supaya pembangunan tanah boleh dijalankan dan juga akan memberi peluang kepada kawasan-kawasan ini dibangunkan untuk industri pelancongan. Jadi, saya ingin tahu, sejauh manakah kementerian telah membuat kajian bagi membina jalan besar ini dari Miri menerusi kawasan Baram ke Limbang, Lawas dan seterusnya ke Sipitang, negeri Sabah dan sampai ke Kota Kinabalu.

Saya juga ingin sentuh sedikit lagi Butiran 020000 – Jalan dan Jambatan.

Di kawasan jalan ini juga, kita mempunyai dua jambatan. Jambatan ini telah diberi kepada kontraktor untuk dibina pada tahun 1998 tetapi sampai sekarang jambatan di Sungai Selulit dan Sungai Bok ini belum lagi siap dan tergendala lima sampai enam tahun ini.

Jadi, kita nampak bahawa rumput pun sudah tinggi dan di atas jambatan pun sudah ada tumbuh-tumbuhan juga. Jadi saya mintalah jika boleh Kementerian Kerja Raya menyiasat, apakah masalah yang ada dalam kontrak dengan kontraktor yang menjalankan pembinaan ini supaya kedua-dua jambatan di Sungai Selulit dan Sungai Bok di kawasan Bakong ini dapat dibina dengan secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ohh, ramainya. Kinabatangan dahulu.

Page 95:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

85

6.03 ptg.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Sedikit sahaja. Ini Butiran 01600, 020000 iaitu Perancangan Jalan dan Jambatan serta Penyiasatan Jalan Raya.

Saya ingin berterima kasih kepada kerajaan kerana telah dapat meluluskan satu jalan raya iaitu Telupit/Nunukan/Tongon yang akan dibina dalam bulan November ini nanti, iaitu di mana ianya merupakan jalan keperluan bagi masyarakat khususnya di Kinabatangan.

Masalah yang dihadapi iaitu satu persimpangan daripada Sogoh ke Pinanga ini tidak ada peruntukan langsung dan jalan ini bulan lalu apabila hujan lebat tidak boleh dilalui di mana pengguna-pengguna jalan raya setiap hari lebih kurang lima hingga 1,000 orang kerana terdapat sebuah sekolah menengah yang telah diwujudkan di Kampung Pinanga ini dan akibat jalan putus dan jambatan, maka sukar bagi murid-murid sekolah melalui jalan-jalan raya ini.

Jadi, saya meminta Kementerian Kerja Raya dapat membuat kajian dan kalau boleh dalam kajian semula pertengahan penggal ini dapat dimasukkan jalan raya ini.

Satu lagi, iaitu saya ingin bertanya kepada kerajaan dan Jabatan Kerja Raya iaitu bagaimanakah kementerian ini menganugerahkan pembikinan jambatan di seluruh Sabah kepada sebuah kontraktor iaitu Berumas Jaya Sendirian Berhad dan kita ingin mencadangkan supaya dilihat kembali penganugerahan ini kepada syarikat ini, kerana ianya merupakan suatu projek yang besar dan kalau boleh dibahagi-bahagikan, dipakej-pakejkan kepada semua kontraktor yang berada di Sabah, bukan satu orang sahaja.

Jadi, daripada ini saya rasa, ini sahajalah. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Seputeh.

6.05 ptg.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya ingin merujuk kepada Butiran 030000 – Bekalan Air.

Bagi penduduk di Kuala Lumpur dan sesetengah tempat di Selangor, perkara yang amat menyusahkan kita adalah masalah bekalan air dan kebocoran paip. Perkara ini mencerminkan ketidakcekapan Jabatan Bekalan Air Selangor. Walaupun Jabatan Bekalan Air Selangor dikorporatkan dengan nama baru PUAS dan semua kakitangan PUAS dinaikkan gaji 17%. PUAS tidak menunjukkan kecekapannya daripada segi perkhidmatannya, walaupun harga air telah pun dinaikkan sebelum pengkorporatan.

Apa yang kita lihat ialah orang yang sama memegang jawatan yang sama, memegang jawatan yang sama, di agensi yang sama, air tetap kotor dan kebocoran paip air tetap berlaku di merata-rata tempat.

Saya ingin bertanya, bilakah kerajaan akan memandang serius tentang masalah kebocoran paip yang kerap berlaku di kawasan Lembah Klang. Di kawasan saya, masalah kebocoran paip berlaku hampir setiap hari. Bila saya mengadu kepada pegawai PUAS, mereka kata syarikat mereka tidak ada wang untuk menukar kesemua paip bawah tanah di seluruh Lembah Klang dan mereka tidak boleh buat apa-apa.

Tuan Pengerusi, kerajaan telah pun mengakui bahawa kebocoran paip asbestos di bawah tanah telah pun menyebabkan kehilangan 40% daripada jumlah air tidak berhasil ataupun 1.2 juta cubic meter air yang dirawat hilang. Ini menyebabkan PUAS kehilangan berjuta-juta ringgit.

Kita juga diberitahu bahawa Kabinet telah meluluskan soft loans sebanyak RM500 juta untuk menukar semua paip bocor di bawah tanah di Lembah Klang. Apa yang berlaku kepada pinjaman tersebut. Pada bulan Mac ataupun April tahun ini, Menteri Kerja Raya dilaporkan berkata, bahawa sekiranya Kerajaan Selangor enggan menggunakan soft loans tersebut, maka Kementerian Kerja Raya akan mengambil alih kerja penukaran paip bawah tanah.

Saya ingin tahu kenapakah Kerajaan Selangor enggan menggunakan soft loans dan menjadi penjamin kepada Puncak Niaga untuk menjalankan kerja pertukaran paip di Lembah Klang. Apakah ini bermaksud berlakunya ketegangan di antara

Page 96:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

86

Kementerian Kerja Raya dengan Kerajaan Negeri Selangor, pihak manakah yang salah. Apakah penduduk di sekitar Lembah Klang dipaksa menjadi mangsa permusuhan di antara Kerajaan Selangor dan Kementerian Kerja Raya. Apakah kerajaan memberi janji kosong dan harapan kosong kepada para pengguna air di sekitar Lembah Klang.

Tuan Pengerusi, permintaan terhadap air naik hampir 10% setiap tahun. Jadi pada tahun 2015, permintaan terhadap air akan naik sebanyak 130% daripada kadar penggunaan air sekarang. Hari ini kita menggunakan tiga juta cubic meter air sehari. Jadi, pada tahun 2015 penggunaan air akan sampai tujuh juga cubic meter sehari.

Walaupun Menteri Besar Selangor pernah berkata bahawa air yang tercicir akan dijimatkan sebanyak 20% pada masa itu, sekiranya paip asbestos yang digunakan sekarang tidak ditukar, kita akan tetap mengalami kehilangan air sebanyak 1.4 juta cubic meter, ini adalah angka yang amat menakjubkan. Ini bermaksud, sekiranya masalah akar umbi kehilangan air ini tidak ditangani, maka usaha kerajaan untuk membina Empangan Selangor yang besar adalah sia-sia sahaja. Sehubungan dengan itu, saya difahamkan bahawa Menteri Besar Selangor pernah berkata, bahawa kerajaan akan menggunakan National Water Council untuk memantau kegiatan PUAS.

Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu kita, siapakah yang akan berada dalam National Water Council ini dan adakah wakil persatuan pengguna diwakili dalam Suruhanjaya Air ini ataupun kesemua pemegang jawatan dalam Suruhanjaya ini hanyalah political appointee sahaja. Baru-baru ini PUAS memotong bekalan air para pengguna yang tidak membayar hutang mereka kepada PUAS. Saya difahamkan bahawa PUAS telah mengupah sebuah agensi pengumpulan hutang di mana 20% daripada bayaran yang dikumpulkan itu akan diberi kepada syarikat pengumpulan hutang tersebut. Saya difahamkan bahawa hutang pengguna air kepada PUAS adalah sebanyak RM250 juta. Ini bermaksud syarikat pengumpulan hutang ini akan menerima RM50 juta sebagai komisen untuk mereka.

Soalan saya adalah, kenapakah PUAS perlu mengupah syarikat pengumpulan hutang. Sekiranya komisen RM50 juta ini dijadikan sebagai diskaun dan insentif kepada pengguna air yang terhutang kepada PUAS, saya percaya para pengguna tentu akan sudi menjelaskan hutang mereka.

Di samping itu, kenapakah hanya satu syarikat pengumpulan hutang ini dilantik oleh PUAS? Apakah hubungan di antara tuan punya syarikat tersebut dengan pemimpin PUAS? Bagi pihak penduduk di kawasan Lembah Klang, saya merayu kepada kerajaan supaya memandang serius terhadap masalah paip bocor di merata-rata tempat ini. Sehubungan dengan itu, saya juga meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan apakah yang berlaku pada cadangan yang menyalurkan air dari Pahang ke Selangor? Adakah cadangan ini diteruskan ataupun ianya telah pun diketepikan?

Saya juga mencadangkan bahawa kerajaan akan menggubal dasar untuk menjadikan syarikat yang merawat air dipertugaskan untuk mengagihkan air. Sekarang Puncak Niaga merawat air, PUAS ditugaskan untuk mengagihkan air, manakala Indah Water ditugaskan untuk membetung air kotor. Kita lihat di antara ketiga-tiga syarikat ini, Puncak Niaga mengaut keuntungan. PUAS dan Indah Water mengalami kerugian yang teruk. Jadi tugas yang ditanggung oleh ketiga-tiga syarikat ini sebenarnya adalah satu cycle. Sekiranya ketiga-tiga bidang ini disatukan dalam satu perbadanan, ini pun akan menyeimbangkan kos perbelanjaan dan juga keuntungan setiap bahagian ini. Dan ini pun boleh mengurangkan kerugian yang dialami oleh PUAS dan Indah Water sekarang.

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Jalan dan Jambatan. Projek pengembangan Jalan Klang Lama sedang dijalankan. Projek ini telah pun menunjukkan masalah kurang koordinasi di antara jabatan kerajaan khususnya di antara Jabatan Tanah dan Galian yang menguruskan pampasan dan Kementerian Kerja Raya sehingga projek ini telah pun terlambat disiapkan daripada Jadual awal.

Sehubungan dengan itu, wang pampasan kepada para penduduk di Jalan Klang Lama itu juga mengambil masa untuk diberikan kepada mereka. Saya diberitahu bahawa ramai tuan tanah yang telah mendapat Borang ‘H’ dan sejumlah RM43 juta

Page 97:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

87

masih belum diberikan kepada mereka. Sehingga hari ini, walaupun kerja tanah telah pun dijalankan di tanah mereka, tetapi ramai di antara mereka masih belum menerima wang dan mereka telah merasa kurang sabar terhadap kerajaan.

Saya juga mencadangkan Lot 3717 dan Lot 3718 di Jalan Klang Lama yang mana tuan tanah telah surrender lot tanah mereka kepada DBKL tanpa pengetahuan para penyewa kedai di kedua-dua lot tersebut, diberikan pampasan. Walaupun kerajaan telah pun membenarkan mereka untuk mengalih kedai mereka ke belakang dan tidak merobohkan kedai mereka, memandangkan kesemua tuan punya dan penyewa kedai itu telah pun menggunakan banyak wang untuk melakukan pengalihan kedai mereka, saya minta Kementerian Kerja Raya menimbang untuk memberi pampasan kepada para tuan punya dan penyewa kedai tersebut.

Mengenai 237 keluarga Kampung Dayu yang telah membuka jalan kepada pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi pada tahun 1997, mereka masih menanti-nantikan rumah mereka yang dijanjikan kepada mereka dalam surat tawaran pada masa Lebuh Raya Sungai Besi dibina. Kementerian Kerja Raya telah pun memberi sewa bulanan sebanyak RM300 kepada mereka sehingga bulan Mac tahun depan, semasa mereka menunggu rumah pangsa mereka siap dibina oleh KWSP. Memandangkan projek pembinaan rumah pangsa ini belum lagi dibina dan tidak mungkin siap pada bulan Mac tahun depan, saya berharap Kementerian Kerja Raya akan terus membayar sewa bulanan RM300 kepada mereka sehingga mereka berpindah masuk ke rumah pangsa yang dijanjikan kepada mereka.

Saya ingin merujuk kepada Butiran 070000 – Pengurusan JKR. Tuan Pengerusi,….

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup.

Puan Teresa Kok Suh Sim: ..gulung-gulung, akhir sahaja. Saya difahamkan bahawa di antara pegawai kerajaan yang mempunyai kelayakan profesional di Jabatan kerajaan, mereka yang berkelayakan kejuruteraan adalah paling dipinggirkan kerana peluang kenaikan pangkat adalah paling kurang sekali.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh Sim: Okey, saya ingin meminta kerajaan memberi layanan yang sama kepada mereka yang mempunyai kelayakan kejuruteraan supaya mereka boleh naik pangkat dengan senang. Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Sipitang.

6.15 ptg.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob [Sipitang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah B.33 dan P.33 – Kementerian Kerja Raya. Sepatutnya Kementerian Kerja Raya mendapat lebih dari yang ada dalam buku ini kerana infrastruktur iaitu jalan, jambatan, bekalan air dan bangunan-bangunan merupakan sumber pembangunan ekonomi negara ini. Di bawah 020000 – Jalan dan Jambatan. Tuan Pengerusi, apakah kedudukan Jambatan Sungai Padas iaitu sebahagian daripada Jalan Pan Borneo yang mana jambatan ini berada di Pekan Beufort dan telah dibina lebih daripada 30 tahun iaitu jambatan besi. Apakah jambatan ini mempunyai kekuatan yang mencukupi pada masa ini, dan bolehkah ia bertahan dengan muatan-muatan tertentu.

Saya melihat jambatan ini pada masa ini sangat membahaya kerana sebahagian daripada sokongan daripada keluli-keluli tersebut kalau di lihat telah pun berkarat dan Sungai Padas mempunyai kelebaran sekitar 150 meter, dan jambatan inilah satu-satunya jambatan sebahagian dari lebuhraya Pan Borneo. Jikalau jambatan ini rosak atau roboh, bererti perhubungan di antara Sabah, Sarawak dan Brunei akan terputus. Apakah kerajaan mempunyai alternatif untuk melihat sama ada jambatan ini diperkukuhkan ataupun dibuat jambatan alternatif iaitu jambatan sokongan sekiranya jambatan ini runtuh, roboh, maka akan satu jambatan yang akan dapat mengganti atau menghubungkan antara jalan utara-selatan Borneo ini.

Page 98:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

88

Tuan Pengerusi, mengenai dengan reka bentuk iaitu di bawah 020300 – Reka Bentuk Jambatan. Jambatan Sungai Padas ini kalau sesiapa yang pernah melalui jambatan ini reka bentuknya maklum sahajalah barangkali reka bentuk tahun 60-an. Begitu hodoh, langsung tidak menggambarkan bahawa zaman masa kini. Begitu juga dengan satu jambatan iaitu jambatan di Sungai Sipitang, sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo ini yang mana jambatan ini tidak langsung diendahkan walaupun ditegur oleh Tindakan Daerah Sipitang, kita minta supaya reka bentuk (design) ini diubah, tetapi langsung tidak mendapat perhatian daripada Kementerian Kewangan supaya reka bentuk itu diubah.

Sepatutnya Kementerian Kerja Raya memberi sokongan yang kuat ataupun melihat sendiri akan keperluan reka bentuk jambatan kerana jambatan ini terletak di kuala sungai dan reka bentuknya ialah jenis rata. Apabila air pasang, jambatan ini hampir sampai permukaan air dan sudah tentu kapal dan perahu tidak boleh masuk ke sungai tersebut, lebih-lebih lagi sungai ini ialah sungai yang dilalui oleh nelayan dan juga pengguna-pengguna di situ.

Mengapakan kementerian ataupun Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya tidak begitu serius melihat bahawa sebelum jambatan itu dibuat, mestilah reka bentuk ini disesuaikan dengan keadaan setempat. Jangan nanti jambatan ini akan pula memberi lebih masalah kepada penduduk tempatan. Kita memang tahu bahawa kos jambatan bentuk arch design dengan izin, mempunyai kos yang mahal tetapi faedahnya adalah jangka panjang kerana kalau jambatan ini sudah dibuat, tidak akan dibuka dan jambatan itu akan bertahan di situ sebegitu lama.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit di bawah P.33, Butiran 11400 – Bekalan Air Sabah. Saya berharap Kementerian Kerja Raya melihat akan keperluan peruntukan yang begitu tinggi untuk bekalan air Sabah ini. Kalau kita lihat bahawa Sabah adalah sebuah negeri yang besar dan mempunyai banyak daerah. Masalah utama sekarang ialah bekalan air. Walaupun bekalan air adalah tanggungjawab negeri, tetapi air juga merupakan salah satu prasyarat untuk membangunkan ekonomi setempat khususnya pembinaan kilang-kilang, pembinaan industri dan sebagainya.

Jikalau bekalan air ini tidak ada, maka pengilang-pengilang dan juga industri tidak akan masuk. Apakan peranan kementerian, apakah kementerian dapat menasihati Kerajaan Negeri Sabah ini supaya sistem yang ada sekarang iaitu penswastaan dan juga sistem bekalan air ini tidak begitu telus, tidak begitu ketara. Apakah Kerajaan Persekutuan tidak boleh campur tangan dalam hal ini supaya penswastaan air sekarang ini yang lebih banyak menguntungkan pembekal air.

Maksud saya di sini ialah konsesi yang diberikan kepada penapis air ini cuma mengeluarkan air tanpa menghiraukan berapa banyak air yang dikeluarkan dan berapa banyak yang sampai. Bolehkah diselesaikan dahulu soal pemasangan paip-paip dan juga menggantikan paip-paip yang lama supaya lebih efisien, barulah air itu dikeluarkan. Kalau hendak keluarkan banyak pun, setelah paip itu diganti.

Tuan Pengerusi, begitu juga dengan di bawah 050000 iaitu Struktur dan Kegiatan Kejuruteraan Pakar. Saya mengkhususkan kepada 050300 iaitu Struktur Bangunan. Saya juga mendapat aduan daripada pengguna-pengguna bangunan yang direka bentuk oleh Kementerian Kerja Raya ini adalah reka bentuk yang begitu lama. Kebanyakan reka bentuk ini ialah reka bentuk tahun 60-an yang sudah tidak sesuai lagi digunakan pada tahun 2000 iaitu millennium baru ini yang sepatutnya bangunan ini di dalam reka bentuk moden dan bertepatan dengan keperluan masa kini.

Saya memohon penjelasan supaya apakah tindakan Kementerian Kerja Raya supaya melatih ataupun membuat orientasi baru kepada pegawai-pegawai khususnya arkitek-arkitek barangkali, yang sudah lama ini diberi latihan baru supaya boleh mereka bentuk ataupun membuat bangunan-bangunan dan jambatan yang sesuai dengan keperluan masa kini.

Jadi, kita berharap supaya perkara ini dapat diselesaikan. Dengan itu Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita kena habiskan perbahasan pada petang ini. Jadi, sekarang sudah 6.22 petang.

Puan Chong Eng: Tambah masa lagilah.

Page 99:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

89

Tuan Kerk Kim Hock: Satu orang lima minit.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Satu orang lima minit dan kita tutupkan mesyuarat pada pukul 7.00 malam. Boleh ya? Saya minta maaf kerana masa tidak mengizinkan. Serdang.

6.22 ptg.

Dato' Yap Pian Hon [Serdang]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Butiran 20000 – Membina Persimpangan Bertingkat dan Jejambat dan Butiran 21000 – Membina Persimpangan Bertingkat (Projek Baru) dan Butiran 51000 – Pelbagai Pembinaan (Projek Baru) dengan peruntukan yang begitu banyak untuk tahun depan.

Saya ingin bertanya, cadangan projek pembinaan persimpangan bertingkat untuk menggantikan lampu isyarat di persimpangan Lebuhraya Sungai Besi dengan Jalan Balakong bila akan dilaksanakan. Sama ada projek ini telah disenaraikan masuk di dalam projek yang diperuntukkan bagi tahun depan.

Komitmen Yang Berhormat Menteri telah diumumkan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan itu dan juga kawasan yang telah dikenalkan sebagai kawasan maut oleh polis. Jadi, saya minta penjelasan, bilakah projek ini akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini.

Yang keduanya ialah masalah yang perlu diselesaikan iaitu lalu lintas di bulatan Selangor Turf Club, dekat Mines Resort kerana setiap kali perhimpunan atau persidangan antarabangsa diadakan di situ, kesesakan akan berlaku hingga ke Lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban dan oleh kerana itu juga, salah satu sebab kesesakan lalu lintas ialah kerana lampu isyarat yang diwujudkan di jalan utama Serdang Raya.

Sesi perbincangan telah diadakan beberapa kali di mana JKR telah bersetuju untuk menimbang dan mengkaji masalah ini dan diserahkan kepada ibu pejabat JKR dua tahun dahulu sehingga kini dan surat rayuan daripada Wakil Rakyat Serdang telah disampaikan ke Jabatan Perdana Menteri supaya mengadakan projek flyover di kawasan tersebut untuk menggantikan lampu isyarat yang mengganggu lalu lintas dengan begitu serius dan menjadikan sesak di bulatan Selangor Turf Club. Kadang-kadang Yang Berhormat-Yang Berhormat dan menteri melalui kawasan itu ke rumahnya pun terganggu. Inilah satu hakikat di mana keadaan begitu sesak.

Satu lagi, saya hendak tahu bilakah projek Dedicated Highway akan dimulakan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa, Sepang. Projek ini telah ditangguhkan beberapa tahun. Walaupun saya tidak berapa setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat bagi Cheras tetapi saya katakan dengan adanya Dedicated Highway yang akan dibina, ia akan memberi perjalanan yang lebih licin lagi terus dari Kuala Lumpur ke International Airport, Sepang.

Tadi saya bertanya bilakah projek ini dimulakan? Syarikat manakah yang sebenarnya yang telah diamanahkan untuk pembinaan lebuh raya ini? Dan berapakah jumlah yang telah dibayar berkaitan dengan pengambilan tanah di kawasan Serdang dan berapa luas kawasan yang telah terlibat dengan projek Dedicated Highway ini di kawasan Serdang?

Satu lagi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat, bilakah projek-projek yang telah dicadangkan akan dijalankan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)? Saya difahamkan bahawa projek telah dipersetujui dan bilakah ia akan dijalankan kerana kesesakan begitu serius di kawasan itu. Ini perlu diambil tindakan segera. Walaupun projek ini telah dipersetujui tetapi saya tidak tahu bila ia akan dilaksanakan. Bolehkah Yang Berhormat memaklumkan kepada Dewan ini bilakah LDP di kawasan Puchong itu….

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa cukup.

Dato' Yap Pian Hon: Terima kasihlah.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kota Melaka.

6.26 ptg.

Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka]: Ya, ucapan saya pendek sahaja. Saya merujuk kepada Butiran 010000 – Pengurusan KKR. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana kementerian boleh

Page 100:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

90

mengelakkan pemberian kontrak kepada syarikat nominee atau syarikat proxy yang telah ditubuhkan oleh pimpinan Barisan Nasional.

Oleh kerana saya sudah dapat banyak sungutan daripada peniaga-peniaga atau rakyat di Melaka, tetapi saya mengaku saya tidak dapat membuktikan. Tetapi selalunya ada orang yang bila menubuhkan syarikat proxy itu untuk mendapatkan projek, dia ada dua fenomena. Yang pertama, syarikat ini yang mendapat projek kerajaan, dia tidak mempunyai relevant experience. Yang keduanya, apabila syarikat ini mendapat projek ia subcontract out kepada kontraktor yang lain yang boleh benar-benar menjalankan tugas.

Jadi, saya hendak tahu bagaimana kita hendak tahu? Walaupun saya boleh buat company search tetapi saya tidak dapat buktikan bahawa ini memang adalah syarikat proxy tetapi dua fenomena itu memang wujud. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana kita hendak elakkan. Dahulu ada orang yang bodoh, memang dia lantik orang-orang sendiri sama ada gardenerkah, driverkah atau saudara-mara menjadi director. Sekarang orang sudah pandai, tidak akan buat macam itu tetapi kita tidak ada bukti bagaimana kita hendak elakkan. Itu yang pertama.

Yang kedua, semenjak Ketua Menteri Melaka menjawat jawatannya, beliau telah mengadakan satu polisi di mana sympathizers kepada parti-parti pembangkang tidak akan diberikan kontrak. Jadi, saya hendak tahu sama ada JKR pun mengamalkan polisi ini.

Yang terakhir, saya hendak tahu apakah logik JKR meletakkan perkataan ‘Satu Lagi Projek Barisan Nasional’ di papan tanda projek. Apakah sebabnya? Walaupun saya tidak anggap ini akan membawa apa-apa ancaman politik kepada kita tetapi ini pada saya adalah satu sikap ‘kiasu’ yang tidak harus wujud. Kalau kita betul-betul percaya bahawa kerajaan civil service adalah neutral, mengapa kita hendak menambahkan perkataan itu.

Sekarang MPMBB atau Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah pun ikut. Tiap-tiap projek yang dijalankan oleh MPMBB, ia pun letakkan ‘Satu Lagi Projek Barisan Nasional’. Tadi Yang Berhormat bagi Tanjong kata ini krisis confident tetapi pada saya, ini satu sikap ‘kiasu’ dan saya rasa ini tidak perlu kita buat perkara sedemikian. Kalau hendak buat itu, mungkin tiap-tiap tempat boleh buat. Buku pun boleh diletakkan ‘Kerajaan Barisan Nasional’ tetapi apakah logiknya?

Saya tidak faham langsung. Jadi, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bagi satu jawapan yang memuaskan. Kalau tidak, perbetulkan situasi dan memberhentikan perbuatan ini. Itu sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Parit Sulong.

6.30 ptg.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Pengerusi, P.33, Pecahan 3000 - Membina Jambatan-jambatan Baru dan 31000 - Pembinaan Jalan dan Jambatan Baru.

Tuan Pengerusi, saya telah pun memohon kepada kerajaan untuk membina sebuah jambatan merentas Sungai Simpang Kiri, Batu Pahat menghubungkan antara Kampung Parit Mantan dengan Separap kerana di Separap itu sekarang menjadi kawasan pertumbuhan baru di mana banyak kilang yang memberikan tawaran pekerjaan kepada rakyat setempat. Perkara ini sepatutnya dilaksanakan, saya diberitahu pada tahun 1997. Tetapi, akibat kegawatan ekonomi maka ditundakan. Jadi saya berharap dengan bekalan peruntukan yang besar ini Dato’ Timbalan Menteri JKR dapat menimbangkan satu jambatan bagi kawasan saya yang juga dalam negeri Dato’.

Yang kedua, adalah di bawah Kepala 20000 - Membina Persimpangan Bertingkat dan Jejambat. Sejak saya menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Parit Sulong Tuan Pengerusi, saya telah banyak kali bangun di bawah Kepala yang sama, iaitu saya meminta supaya diwujudkan satu jejambat keluar daripada Lebuhraya PLUS untuk masuk ke Batu Pahat. Sekarang ini kalau saya hendak balik ke kawasan saya, saya terpaksa keluar di Tol Pagoh ataupun Tol Yong Peng yang mana terlalu jauh bagi orang yang tinggal di kawasan Bandar Batu Pahat ataupun Batu Pahat Barat.

Page 101:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

91

Perkara ini amat menyukarkan kerana jarak di antara Pagoh ke bandar Batu Pahat lebih kurang 40 kilometer dan daripada Yong Peng ke Batu Pahat pun 40 kilometer. Tetapi perjalanan lebuh raya ditambah lagi lebih kurang 30 kilometer. Saya minta dipertimbangkan sangat supaya diwujudkan satu jejambat keluar daripada Lebuhraya Utara Selatan keluar ke Parit Sulong menerusi kawasan Air Putih atau keluar menerusi Sri Medan menerusi kawasan Bukit Petaling.

Dengan itu saya menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Batu Gajah.

6.32 ptg.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 010000 - Pengurusan Kementerian Kerja Raya di bawah Kementerian Kerja Raya.

Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kerja Raya di Ipoh. Kalau saya mengadakan satu pertandingan di antara jabatan-jabatan kerajaan di Ipoh, saya akan mengiktiraf JKR di Ipoh yang paling efisien di dalam membalas surat aduan. Sekurang-kurangnya apabila kita mengemukakan aduan JKR ada membalas surat. Saya berharap jejak langkah ini diikuti oleh jabatan-jabatan lain. Tahniah saya ucapkan kepada JKR Ipoh.

Saya ingin merujuk Tol Plaza Jelapang Perak yang sering kali berlaku kemalangan jalan raya. Kes-kes kemalangan yang serius telah berlaku di sini iaitu pada Februari 2001, lima yang cedera, bulan November tahun lepas tiga mati terbakar dan 9 September tahun ini iaitu bulan yang lepas sepuluh yang cedera. Kesemuanya lima kes kemalangan telah berlaku di tempat ini tahun lalu.

Pada tahun lalu apabila kemalangan berlaku melibatkan terbunuhnya tiga orang, mati terbakar di tol plaza ini terdengar suara-suara kesibukan untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan cadangan untuk mengatasi masalah kemalangan di tempat ini. Di antara cadangan tersebut adalah mengurangkan kecerunan, meluaskan atau melebarkan jalan.

Persoalannya memandangkan baru bulan lepas kemalangan berulang lagi, saya ingin tahu apakah yang akan dilakukan oleh kementerian ini dan apakah langkah keselamatan sepanjang masa yang telah diambil tidak berjaya atau yang masih belum dijalankan. Saya pohon satu penjelasan di mana kementerian berkemungkinan akan menyatakan bahawa kelalaian pemandu atau kenderaan yang rosak adalah faktor kepada kejadian kemalangan di tempat ini. Saya tidak menafikan bahawa ini mungkin satu faktor yang menyumbang kepada kemalangan akan tetapi kejadian yang berulang-ulang di tempat yang sama dapat kita buat kesimpulan bahawa Tol Plaza Jelapang ini adalah kawasan hitam yang cenderung untuk berlaku kemalangan jalan raya.

Oleh itu saya ingin bertanya kepada kementerian bahawa semalam ada laporan menyatakan bahawa LLM ada mencadangkan langkah-langkah bagi menjadikan kawasan ini lebih selamat. Saya ingin tahu, apakah cadangan tersebut, apakah ia akan mengambil kos yang tinggi dan apakah Kerajaan Negeri Perak akan memberikan kerjasama. Saya berharap kerajaan yang selalu menyatakan mereka prihatin akan memberi keutamaan kepada nyawa dan pengguna jalan raya. Jangan memberi alasan kos yang tinggi dan menolak cadangan untuk menjadikan jalan ini lebih selamat. Akhirnya saya ingin mencadangkan agar lebuh raya ini dipasangkan lampu-lampu jalan agar kemalangan dapat dikurangkan.

Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Mambong.

6.35 ptg.

Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya atas peruntukan berjumlah lebih daripada RM500 juta bagi projek-projek jalan raya dan jambatan di Sarawak.

Saya ingin menyentuh Butiran 09800 - Pembinaan Jalan Raya di Sarawak. Jumlah yang begitu besar saya percaya akan memberi manfaat kepada rakyat di

Page 102:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

92

Sarawak kerana banyak lagi jalan-jalan raya boleh dibina. Namun daripada jumlah ini saya ingin bertanya, berapakah peruntukan bagi menaikkan taraf Jalan Raya Kuching - Serian yang melintasi kawasan Mambong dan kepada jalan-jalan manakah lagi peruntukan ini diagihkan.

Menyentuh kepada Butiran 08250 - Kajian Perlindungan Cerun-cerun di Sabah. Perkara ini adalah penting bagi meneliti slope stability ataupun ketahanan cerun. Di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan di Semenanjung Malaysia dan juga di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak dan juga jalan-jalan raya di Sabah telah berlaku banyak insiden tanah runtuh kerana slope instability ataupun kurang tahan. Saya menyarankan agar kajian ini diperluaskan di seluruh negara. Kenapa di Sabah sahaja. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Setiu.

6.37 ptg.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak [Setiu]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 050400 iaitu Lapangan Terbang.

Memandangkan lapangan terbang di Terengganu adalah merupakan lapangan terbang yang sekarang ini antara lapangan terbang yang sibuk dengan kedatangan pelancong-pelancong melebihi 1 juta lebih orang setahun dan kedudukan lapangan terbang yang begitu ketinggalan zaman dengan sistem baggage ataupun pengangkutan barangan masih lagi menggunakan secara manual. Ini amat memalukan kita lebih-lebih lagi apabila kedatangan pelancong-pelancong asing yang apabila turun di lapangan terbang KLIA kemudian terus ke Terengganu dan mendapati bahawa kedudukan dua lapangan terbang ini jauh berbeza. Jadi, kita ingin bertanya, adakah pihak kementerian melalui Jabatan Kerja Raya akan meneruskan pembinaan lapangan terbang baru kerana sebelum ini diminta supaya kerajaan negeri membayar pampasan tanah yang sepatutnya di negeri-negeri lain adalah di bawah tanggungan Kerajaan Pusat.

Yang kedua berhubung dengan workshop ataupun 060200 Woksyop Persekutuan yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang kawasannya lebih kurang 13 ekar dan oleh kerana peranan workshop JKR sekarang ini, mungkin sudah berkurang selepas wujudnya penswastaan Spanco dan PUSPAKOM maka saya mencadangkan supaya workshop JKR yang dahulunya di Cheras itu agak jauh daripada Bandaraya Kuala Lumpur sekarang di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur telah dijadikan kawasan flat rakyat untuk mengatasi masalah Setinggan yang begitu ramai di Kuala Lumpur dan kawasan tersebut boleh dijadikan kawasan yang cukup sesuai bagi penempatan penghuni-penghuni masyarakat kelas bawahan supaya mereka turut sama berada di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Kemudian saya ingin menyentuh juga tentang 03000 iaitu Bekalan Air yang telah disentuh banyak oleh rakan-rakan saya yang lain iaitu bilakah kerajaan akan menukarkan paip-paip air yang telah uzur, telah tua lebih daripada 30 tahun terdiri daripada paip air asbestos yang di Terengganu dan Kelantan yang bekalan non revenue water, kebocoran air yang begitu besar hampir 40% dan ini semua memerlukan kepada penukaran paip-paip air baru dan kita difahamkan untuk Terengganu dan Kelantan dikenakan 2% interest sedangkan negeri lain tidak dikenakan. Adakah kerajaan akan bersedia untuk menukarkan untuk kepentingan rakyat.

Satu lagi berhubung dengan bekalan air ini, saya difahamkan apabila diberi kepada syarikat-syarikat swasta apabila terdapat aduan berhubung dengan air keruh, maka pihak yang berkaitan ataupun pihak swasta akan meletakkan aluminium sebagai salah satu teknologi, cara untuk merawat supaya air jernih. Seperti mana kita ketahui aluminium ialah heavy metal yang boleh menyebabkan penyakit dan kita minta supaya pihak kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan memantau perkara ini.

Berhubung dengan 005000 iaitu Jalan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang - Kuala Berang. Saya difahamkan bahawa projek tersebut mengandungi empat pakej yang telah dirancang sehingga ke Kuala Berang-Terengganu. Saya difahamkan bahawa pakej terakhir daripada Kampung Teris ke Kuala Berang telah dibatalkan selepas kerajaan barisan alternatif dipimpin oleh PAS di Terengganu mengambil alih

Page 103:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

93

negeri Terengganu daripada Barisan Nasional. Adakah ini benar dan kalau benar kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan jalan tersebut boleh menghubungkan daripada pantai barat ke pantai timur.

Akhirnya berhubung dengan 05000 iaitu Struktur dan Kejuruteraan Pakar di bawah ukur tanah yang kita dapati bahawa masalah ini sepatutnya kita telah mampu untuk mengatasinya sebab kita telah mempunyai ramai pakar…..

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa cukup.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: …yang begitu mahir berhubung dengan soal kajian tanah dan kita dapati bahawa kajian untuk cerun tanah umpamanya ia berkait langsung dengan soal underground water, soal air bawah tanah yang merupakan antara faktor penting kenapa boleh berlaku keruntuhan tanah-tanah.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Perkara ini nampaknya terus berulang dan pihak kontraktor biasanya tidak mematuhi apa yang telah diputuskan atau dicadangkan oleh pihak pakar.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, janji kena ikutlah. Cukup, cukup.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bagan.

6.42 ptg.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020000 - Jalan dan Jambatan. Saya ingin bertanya berkenaan dengan status jambatan kedua di Pulau Pinang antara Pulau Pinang dengan Seberang Perai.

Butiran 00700 iaitu Pembinaan Lain-lain Jalan Persekutuan dan Jambatan. Tuan Pengerusi, dari Parlimen hingga ke Subang Jaya ia ambil masa satu jam setengah dan kalau pada lewat malam ia hanya mengambil masa 20 minit sahaja. Apa rancangan atau cara yang lebih baik boleh diberi kepada pengguna-pengguna Jalan Persekutuan untuk berjalan dari Jalan Putra hingga ke Subang Jaya atau Batu Tiga Shah Alam dan Klang. Mungkinkah satu lorong khas boleh dikhaskan di sebelah kanan iaitu extreme right supaya kenderaan-kenderaan dari bandar raya hendak menuju ke Subang Jaya, Batu Tiga dan Klang boleh memakai lorong khas itu tanpa gangguan dari kereta-kereta yang suka potong-memotong dan selit-selit masuk ke ruang yang ada.

Tuan Pengerusi, Butiran 02000 - Skim Mengatasi Kesesakan Lalulintas Pulau Pinang diberi sejumlah RM74 juta untuk mengatasi kesesakan lalu lintas. Bolehkah Yang Berhormat memberitahu apa kerja-kerja atau projek-projek yang akan dijalankan dengan menggunakan sejumlah RM74 ini.

Tuan Pengerusi, Butiran10300 - Rancangan Bekalan Air Pulau Pinang diberikan RM35 juta sebagai pinjaman. Saya hendak bertanya di sini bahawa PBA telah diswastakan dan telah disenaraikan di BSKL dan mengapa masih memerlukan pinjaman dari Kerajaan Persekutuan sama ada pinjaman ini dikenakan faedah. Saya bukan tidak mahu mementingkan satu badan di Pulau Pinang ini tetapi memandangkan ia telah diswastakan dan telah disenaraikan di BSKL, mungkin ia ada banyak sumber kewangan untuk didapati.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya tentang BORR iaitu Butterworth Outer Ring Road kerana Butterworth Outer Ring Road ini ia dijalankan dekat pantai dan sepanjang pantai di Butterworth iaitu Jalan Kampung Gajah hingga Bagan Ajam ini penduduk-penduduk di sekitar boleh pergi bermain di tepi pantai. Tetapi sekarang dengan adanya BORR pasti ia akan dipagarkan dan sebarang orang tidak boleh melintasi BORR ini untuk pergi ke pantai. Jadi, generasi-generasi kita tidak dapat berkunjung ke pantai-pantai. Adakah apa-apa rancangan atau cara supaya dengan pembinaan BORR pun anak-anak kita pada satu hari juga boleh pergi bermain di pantai-pantai.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya bilakah Jelutong Expressway akan siap kerana pada masa ini kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang memang satu tahap yang tidak boleh disabarkan lagi. Jelutong

Page 104:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

94

Expressway ini satu projek penswastaan tetapi kadar pemajuannya ialah sangat-sangat lambat. Sekian sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Larut.

6.46 ptg.

Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya di bawah Butiran 010600, 090500. Lebuhraya Utara Selatan tentang interchange di Alor Pongsu. Apakah keputusan telah dibuat oleh pihak kementerian kerana saya sendiri berkali-kali mengajukan persoalan ini kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Kerajaan negeri sendiri juga mahukan supaya interchange di Alor Pongsu ini yang telah dirancang lebih awal sebelum interchange di Bukit Merah kerana ia dapat menjana pembangunan di sekitar kawasan tersebut dan kawasan-kawasan sekitarnya yang begitu mundur. Dengan adanya interchange ini diharap ianya akan dapat mengubah kawasan berhampiran seperti Bagan Serai, Larut dan sebagainya.

Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian apakah interchange ini tidak lagi perlu ataupun pihak kementerian memikirkan bahawa ianya menelan belanja yang begitu besar. Kalau ikutkan apa yang pernah dijawab oleh pihak Menteri ianya dijadualkan dalam tempoh 10 ataupun 11 tahun yang akan datang.

Satu lagi saya ingin bukan bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat bagi Batu Gajah cuma kalau boleh Tol Jelapang yang menimbulkan kemalangan dipindahkan, interchange di Ampang kerana kawasan ini merupakan kawasan penduduknya ramai masyarakat Cina yang mengusahakan tanaman limau bali. Ini juga dapat menarik ramai pelancong datang dan juga dapat memasarkan lagi usaha-usaha limau bali yang begitu terkenal di kawasan Ampang-Ipoh ini. Jadi, saya minta penjelasan sama ada pihak kementerian bercadang untuk menjadikan kawasan Ampang ini sebagai satu interchange sebagai satu alternatif dengan izin, daripada Jelapang yang sekarang ini memang ada tol tetapi diganjakkan sedikit ke kawasan Ampang.

Yang seterusnya saya ingin bertanya kepada pihak kementerian kalau dapat masalah jalan dari Kampung Medan Selama membawa kepada Kampung Bukit Bertam yang lebih kurang 8 kilometer di mana tendernya telah pun diserahkan kepada sebuah kontraktor tetapi difahamkan kontraktor ini tidak mampu untuk menjalankannya. Tetapi hingga ke hari ini projek tersebut belum lagi dilaksanakan sedangkan pengambilan tanah telah pun selesai dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan. Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak kementerian bila jalan tersebut yang merupakan satu lagi usaha diharap dapat mengubah keadaan masyarakat di kawasan tersebut.

Akhir sekali saya ingin bertanya juga kepada pihak kementerian apakah rancangan untuk meluruskan Jalan Selama-Pulau Tanjong yang sudah sekian lama berbengkang-bengkok dan berkali-kali kita memohon peruntukan bagi meluruskan jalan tersebut kerana ini juga akan membantu menjana pembangunan di kawasan yang telah saya sebutkan tadi. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Kuala Selangor.

6.50 ptg.

Tuan Mohamed Sayuti bin Said [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Kalau Yang Berhormat bagi Larut bertanya, Ahli Parlimen bagi Kuala Selangor merayu. Mengenai Butiran 02000 - Jalan dan Jambatan.

Saya telah bercakap dalam Dewan yang mulia ini pada awal tahun 2000 mengenai dengan jalan daripada Penjara Sungai Buloh ke Asam Jawa yang mana terdapat di situ tujuh selekoh maut yang saya selalu utarakan berulang-ulang kali, yang saya tidak jemu. Ini rayuan daripada rakyat Kuala Selangor yang mana setiap minggu ada berlaku kemalangan jalan raya dan melibatkan maut.

Jadi, saya terharu oleh kerana dalam Rancangan Malaysia Kelapan, tidak pun dimasukkan. Jadi, walau macam mana pun, saya merayu bersama rakyat Kuala Selangor untuk mengupgradekan jalan tersebut terutama mengenai dengan selekoh-selekoh yang sebanyak tujuh selekoh maut itu.

Yang keduanya, daripada simpang Petronas ke Batang Berjuntai, ada sebuah jambatan yang mana jambatan ini, semasa saya masih kecil, masih budak lagi, sampai

Page 105:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

95

sekarang ini tidak pun diupgradekan ataupun diperbesar, yang mana jambatan tersebut berada di Kampung Bukit Badong, yang tidak boleh berselisih di antara dua kenderaan. Jalan ini menuju ke Berjuntai Bistari yang mana terdapat bakal bandar ilmu di masa akan datang. Justeru itu, saya dengan penuh harapan kepada kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya supaya mengambil tindakan segera mengenai perkara ini. Maut adalah satu perkara yang tidak ada tukar gantinya.

Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Gelang Patah.

6.52 ptg.

Tuan Chang See Ten [Gelang Patah]: Tuan Pengerusi, saya ingin sentuh Butiran 02000 - Jalan dan Jambatan.

Terlebih dahulu, saya ingin tahu sekali lagi daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya, bilakah Tol Senai boleh dimansuhkan? Kerana ini di kawasan Tuan Pengerusi, yang mana ini adalah rungutan orang ramai…[Disampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Itu Yang Berhormat kena beritahu saya dahulu……

Tuan Chang See Ten: …. sentiasa dieksploitasi oleh pihak pembangkang….

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, kalau hendak bangkitkan perkara ini, beritahu saya awal sikit.

Tuan Chang See Ten: Okey, okey.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Terima kasihlah Yang Berhormat.

Tuan Chang See Ten: Saya harap kerana ini memang tidak wajar, kerana tiada jalan alternatif. Tidak adil orang ramai yang perlu menggunakan jalan itu, bayar tol di sana. Oleh kerana kita telah hadapi masalah ini lama sangat, saya harap dapat penjelasan daripada Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, tentang jalan dan jambatan terutama di Bandaraya Johor Bahru. Kita perlu adakan rancangan awal, forward planning dalam hal jalan dan jambatan kerana ini akan dapat menjimatkan wang kerajaan dan di sini saya harap pihak kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya oleh kerana Kerajaan Negeri Johor akan mewujudkan pusat pentadbiran di Bandar Baru Nusa Jaya dan Bangunan Dewan Negeri pun di sana dan banyak projek raksasa di kawasan sana, saya minta supaya dapat maklumat, bilakah jalan dan jambatan yang menyeberangi Sungai Skudai, Sungai Nanga, Sungai Melayu dari Batu 4, Jalan Skudai bersambung dengan persimpangan di Jalan Tun Razak itu dapat dilaksanakan secepat mungkin dan anggaran perbelanjaan ini dan bolehkan pihak kementerian berikan butiran projek ini.

Yang kedua, adalah tentang permintaan pelebaran Jalan Tampoi daripada dua lorong kepada empat lorong dan dalam Rancangan Malaysia Kelapan adalah disebut kerana ini maklumat daripada JKR Daerah Johor Bahru, iaitu ada dimasukkan rancangan membina jambatan dari Jalan Tampoi, Jalan Penggarenting ke Taman Sutera yang mana bila jambatan di Batu 4, Skudai di Tampoi dibina dan bila projek mempertingkatkan Jalan Pasir Gudang, Jalan Pesiaran Perling……

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, ringkaskanlah, beri sedikit peluang kepada kawanlah.

Tuan Chang See Ten: Di kawasan sana, saya harap dapat penjelasan, bilakah projek itu akan dilaksanakan secara design and build yang daripada Taman Perling ke Pasir Gudang yang mana pada tahun 2000 telah disebut ia akan dilaksanakan. Sehingga sekarang, belum dapat nampak kerja itu dimulakan. Ada hal yang lain…..

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tengah harilah.

Tuan Chang See Ten: …tetapi saya beri peluang kepada kawanlah.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yalah, baik.

Tuan Chang See Ten: Saya ringkaskan permintaan saya di sini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, cukuplah.

Page 106:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

96

Tuan Chang See Ten: Sekian, terima kasih.

Tuan Chow Kon Yeow: [Bangun]

Tuan Liow Tiong Lai: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ada dua Ahli Yang Berhormat bangun. Saya cubalah memuaskan kedua-duanya. Jadi, Tanjong cuba ringkaskan supaya Bentong dapat berbahas.

6.55 ptg.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Saya akan kongsi masa dengan Yang Berhormat bagi Bentong, ya.

Seorang Ahli: Ya. [Ketawa]

Tuan Chow Kon Yeow: Saya ingin bangkitkan Butiran 020000 - Skim Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas Pulau Pinang. Saya ingin kementerian menyatakan, apakah kajian lalu lintas yang dilakukan oleh kementerian untuk menjadikan asas pertimbangan mewujudkan skim mengatasi kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang.

Saya juga ingin kementerian menyatakan sama ada LLM telah menerima laporan mengenai Pelan Induk Pengangkutan Awam yang dijalankan oleh sebuah syarikat, British Halcrow, yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1998. Bagi projek Penang Outer Ring Road atau PORR dan Second Link, saya ingin tahu apakah kajian yang digunakan untuk mereka bentuk dua projek ini, sama ada LLM ada meneliti recommendation daripada Laporan Halcrow ini?

Saya ingin tahu, apakah kos sebenar projek PORR, memandangkan alignment sudah diubahkan dengan memendekkan jalan itu daripada 21 kilometer kepada 17 kilometer dan membatalkan reka bentuk membina empat buah terowong. Bilakah perjanjian konsesi ini akan dijangka ditandatangani.

LLM juga ada menganjurkan pameran awam mengenai PORR, menteri sendiri pun ada janji bahawa LLM akan mengadakan mesyuarat dan dialog dengan penduduk-penduduk dan orang-orang yang mengemukakan bantahan. Saya ingin tahu, bilakah mesyuarat dan dialog ini akan diadakan?

Menteri sendiri juga ada mengumumkan akan membina lorong untuk motosikal di Jambatan Pulau Pinang. Saya ingin tahu, bila dan bagaimana projek ini akan dilaksanakan? Akhirnya, mengapa projek jejantas di Bulatan Bayan Baru masih belum disiapkan? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Bentong, sila.

6.58 ptg.

Tuan Liow Tiong Lai [Bentong]: Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk habiskan masa ini. Singkat sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, mungkin ini boleh dikatakan sejarah bagi Kementerian Kerja Raya dalam peringkat Jawatankuasa.

Tuan Liow Tiong Lai: Okey, terima kasih. Singkat sahaja. Yang pertama, saya ingin timbulkan berhubung dengan kualiti jalan Laluan VIII yang menghubungkan Bentong dengan Raub. Ini kerana, Laluan VIII ini memang satu laluan yang cukup baik selepas naik taraf jalan ini tetapi tidak sampai satu tahun digunakan, jalan ini telah mula bergelombang dan menyebabkan banyak kemalangan. Saya rasa, ini satu perkara yang amat penting. Kementerian Kerja Raya perlu mengambil tindakan segera untuk memastikan reka bentuk jalan ini dan juga kualiti jalan ini dapat terus dipertingkatkan.

Perkara yang kedua, saya hendak kemukakan ialah berhubung dengan memperelok jalan lama Bentong - Kuala Lumpur. Selepas Tol Kuala Lumpur - Karak dinaikkan, ramai penduduk Bentong menggunakan jalan lama. Tetapi, jalan lama ini selama ini tidak diselenggarakan. Keadaan ini telah menyebabkan banyak kesusahan kepada penduduk di sana dan kita amat berharap melalui peruntukan kali ini, dapat memberi peruntukan yang besar untuk memperelok jalan ini dan kemudian, seperti jawapan Timbalan Menteri dahulu, dalam Rancangan Malaysia Kelapan, kita merayu agar satu peruntukan untuk naik taraf jalan lama Kuala Lumpur - Karak.

Page 107:  · Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN . JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATUR

DR. 22.10.2002

97

Yang akhir sekali, saya ingin timbulkan ialah kajian kemungkinan jalan raya iaitu kita faham bahawa Bentong sekarang satu laluan penting untuk ke Kelantan dan setiap hujung minggu, sesak di Jalan Bentong ini. Kita berharap satu kajian dapat dijalankan untuk membolehkan satu jalan pintas dibina untuk melalui Bentong ini agar mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandar Bentong. Sekian, terima kasih.

Seorang Ahli: Tepat, tepat, pandai! [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Dewan bersidang semula.

Majlis Mesyuarat bersidang semula

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri boleh jawab besok. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.00 malam.