kandungan fail kurikulum

25
KANDUNGAN FAIL KURIKULUM 1.Senarai jawatan kuasa 2.Takwim kurikulum 3.pengurusan panitia

Upload: anonymous-ndronhpl

Post on 11-Jan-2016

2.153 views

Category:

Documents


135 download

DESCRIPTION

kurikulum

TRANSCRIPT

Page 1: Kandungan Fail Kurikulum

KANDUNGAN FAIL KURIKULUM

1.Senarai jawatan kuasa

2.Takwim kurikulum

3.pengurusan panitia

Page 2: Kandungan Fail Kurikulum

SENARAI TUGAS KETUA PANITIA  AJK KURIKULUM SEKOLAH MENGURUSKAN FAIL PANITIA MEMBANTU PENTADBIR BAGI PENCERAPAN GURU & KERJA MURID MERUJUK MASALAH PANITIA KEPADA PENTADBIR MENCADANGKAN AGIHAN GURU KEPADA JAWATANKUASA JADUAL WAKTU MENYELARAS DAN MENYEMAK PENYEDIAAN SOALAN & SKEMA MARKAH MEYEDIAKAN LAPORAN ANALISIS PEPERIKSAAN MENYELARAS PENYEDIAAN HEAD COUNT MERANCANG DAN MENYELARAS STRETEGI PROGRAM PENINGKATAN

PRESTASI  MEMBIMBING GURU MENINGKATKAN KEBERKESANAN P & P MENYENARAI DAN MENYEDIAKAN ABB MERANCANG DAN MENGENDALIKAN PROGRAM PERKEMBANGAN STAF KEWANGAN – PERBELANJAAN TAHUNAN,TATACARA KEWANGAN &

MENGURUS  STOK BILIK KHAS – MENYEDIA JADUAL PENGGUNAAN, PERATURAN KESELAMATAN

MURID DAN PERALATAN BILIK DALAM SUASANA KONDUSIF UNTUK P& P MEMBANTU PENTADBIR MENJALANKAN TUGAS BERKAITAN KURIKULUM

PERANAN PANITIA

MEMPEROLEHI SUKATAN PELAJARAN MENYEDIAKAN RANCANGAN MENGAJAR MENYELARASKAN SOALAN [ UJIAN  BERASASKAN SEKOLAH ] MENGKAJI & MENGANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MENGADAKAN MESYUARAT PANITIA MENYEDIAKAN MINIT MESYUARAT PANITIA MEYELENGGARA FAIL PANITIA

Page 3: Kandungan Fail Kurikulum

Dasar Kurikulum Sekolah

 

1.0. LATAR BELAKANG

     Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia, aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Pejabat Pelajaran Daerah Temeloh serta matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini dan sebagai garis panduan kepada warga Sekolah Jenis Kebangsaan Mentakab dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada semua murid yang merupakan pelanggan.     Dan adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan tanpa krompomi.

2.0. OBJEKTIF

Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan                 Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh.

3.0 DASAR

3.1. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem  dan dasar pendidikan kebangsaan3.2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak       dan Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh..3.4. Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat

Page 4: Kandungan Fail Kurikulum

terkini dalam pelbagai cara yang sah dan beretika mengenai        pendidikan dan kurikulum semasa untuk mempastikan guru berada di dalam arus dan kehendak sistem pendidikan semasa   agar dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras dengan hak mereka sebagai pelanggan.3.5. Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan        program lain, laluan untuk program akademik hendaklah diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT

4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian Kementerian Pendidikan      Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.4.3. Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap dan diedarkan kepada semua ahli dalam        tempoh 14 hari bekerja dan difailkan ke dalam fail panitia masing- masing.4.4. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2 hari sebelum tarikh mesyuarat dijalankan.4.5. Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan kebenaran guru besar sahaja.

5.0 SISTEM FAIL

5.1. Jenis fail diselaraskan kepada “hard file” bersais 2 inci.5.2. Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan nombor rujukan fail hendaklah dilabel pada kulit hadapan       fail dibucu atas sebelah kanan dan nombor rujukan fail hendaklah selaras dengan nombor dari buku daftar fail sekolah.5.3. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong Kanan Pentadbiran selaku Setiausaha Kurikulum Sekolah.5.2. Semua fail panitia diletakkan di bilik Penolong Kanan Pentadbiran, ketua panitia hanya menyimpan salinan fail sebagai       “desk copy”.3. Setiap panitia mempunyai 2 fail sebagaimana berikut ;       - Fail 1 – Pengurusan : Isikandungan fail ( Indeks, carta organisasi,

Page 5: Kandungan Fail Kurikulum

profil jawatankuasa (cetak dari Emis) takwim panitia,          kewangan dan perancangan perbelanjaan, surat-surat pekeliling, surat panggilan mesyuarat, minit mesyuarat,   instrumen pencerapan guru, instrumen pencerapan murid, program peningkatan mata pelajaran, pelan perancangan   strategik, taktikal dan operasi, laporan program peningkatan mata pelajaran.- Fail 2 – Sukatan Pelajaran terkini, Huraian Sukatan Pelajaran, modul atau bahan edaran kursus yang dibekalkan.

6.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN6.1. Sistem KSSR : 

Modul Teras Asas    : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,  Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Teras Tema    : Dunia Seni Visual, Dunia Sains dan Teknologi dan Dunia Muzik.      6.2. Sistem KBSR : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,    Pendidikan Muzik, Pendidikan jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan,   Sivik dan Kewarganegaraan.6.3. Perhimpunan Rasmi (Isnin) adalah bukan mata pelajaran ajar. Kehadiran semua guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib 

sehingga perhimpunan selesai kecuali atas kebenaran guru besar.7.0. SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SERTA PENGURUSAN BUKU        PERSEDIAAN MENGAJAR

7.1. Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam        fail panitia dan oleh setiap guru.7.2. Semua Rancangan Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 31 Januari tahun berkenaan.7.3. Rancangan Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.7.4. Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 5 perkara asas;       i) Tajuk/Isi Pelajaran      ii) Objektif

Page 6: Kandungan Fail Kurikulum

     iii) Aktiviti     iv) KBKK      v) Refleksi7.5. Buku Rekod Mengajar dihantar setiap hari Jumaat pada setiap minggu tanpa gagal.7.6. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar, rancangan tahunan dan sukatan pelajaran setiap kali masuk       ke kelas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.7.7. Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri kursus, perancangan yang disediakan       akan djalankan oleh guru yang diarahan mengganti bagi kelas dan mata pelajaran tersebut.                                                7.8. Menghabiskan Sukatan ;       i) Sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun bagi tahun semasa.       ii) Tahun 6, minggu pertama bulan Ogos bagi tahun semasa.7.9. Pendidikan Khas – kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered / berpusatkan murid berdasarkan keperluan murid       khas itu sendiri.

8.0. JADUAL WAKTU

8.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang berkuatkuasa semasa.8.2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum dan        dilaksanakan diluar jadual waktu rasmi.8.3. Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru.8.4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan dan bergantung kepada 

9.0. GURU GANTI9.1. Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran       atau Ketua Pembantu Tadbir serta mencatat pada papan notis dan Buku Pergerakan Staf.9.2. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima

Page 7: Kandungan Fail Kurikulum

awal digalakkan menjual waktu kepada guru-guru lain dengan        membuat tawaran.9.3. Mencari pengganti terlebih dahulu.9.4. Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.9.5. Menggantikan Pelajaran yang tertingggal pada masa lain.9.6. Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu.

10.0. WAKTU PERSEKOLAHAN         i. Sesi pagi  Isnin –Jumaat -7.20 -1.05          * Waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan akta / pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa semasa.

11.0. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

11.0.1  Bagi Sistem KBSR 4 kali peperiksaan yang diselaraskan kertas soalan dan jadualnya oleh Majlis Guru Besar.11.0.2  Bagi murid di tahun 6 semua murid adalah berhak dan layak menduduki UPSR mengikut jadual dan kertas soalan yang            ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.11.0.3  Bagi Sistem KSSR kaedah Pentaksiran PBS KSSR dijalankan sepenuhnya tanpa gagal dengan menggunakan instrumen            dan borang-borang yang dikhususkan bagi setiap mata pelajaran dan tahap murid itu sendiri. Instrumen, band eviden dan            showcase eviden hendaklah difailkan ke dalam fail yang dikhususkan.

11.1. Format Peperiksaan

11.1.1.  Murid dalam Sistem KBSR, JSU disediakan untuk menentukan aras soalan.11.1.2.  Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.11.1.3.  Format – mengikut format soalan kertas peperiksaan awam.11.1.4.   Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar.

Page 8: Kandungan Fail Kurikulum

11.2. Jadual Pengawasan

11.2.1.  Disediakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran & Setiausaha Peperiksaan Dalaman.11.2.2. Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi.11.2.3.  Masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam.

11.3. Rekod Markah

11.3.1.  Markah peperiksaan direkodkan ke dalam Buku Persediaan Mengajar.11.3.2.  Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam Sistem SAPS secara atas talian mengikut tarikh yang ditentukan oleh             Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang atau Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh 11.3.3   Slip keputusan atau Buku Rekod PKSR dilengkapkan dan diserahkan kepada semua ibubapa murid bagi Peperiksaan             Semester 1 dan 2.

11.4. Syarat Lulus

11.4.1  Penetapan gred atau skor adalah sebagaimana berikut ;          A: 80-100    B: 60-79    C:40-59    D:20-39    E:0-19

11.5. Jadual Spesifikasi Ujian

11.5.1. Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap kesukaran yang logik untuk            para murid cemerlang.11.5.2. JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.11.5.3. Bagi soalan objektif – analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan.11.5.4. Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / guru Kanan atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum dicetak.

Page 9: Kandungan Fail Kurikulum

 11.6. Post Mortem Untuk Peperiksaan

11.6.1. Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan Peperiksaan Semester 1 dan  2 dan            Percubaan UPSR.11.6.2. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.11.6.3. Setiap guru ada fail murid cemerlang dan murid kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya.11.6.4. Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada PK1,.

 11.7. Pentaksiran Berasaskan Sekolah

11.7.1. Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS mengikut tempoh yang ditetapkan.11.7.2. Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS dibawa bersama untuk mengelak masalah di sekolah baru            murid berkenaan.11.7.3. Dokumentasi berkaitan PBS hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta boleh dikemukakan dengan serta merta            apabila diminta oleh pencerap dalaman atau dari JPN, PPD dan Jemaah Nazir untuk tujuan pencerapan dan  pemantauan tanpa gagal 11.7.4. Isikandungan fail berkaitan PBS adalah sebagaimana format dan tatacara pengurusan yang telah ditetapkan oleh Lembaga            Peperiksaan Malaysia yang telah didedahkan kepada semua guru melalui kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak            dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan serta melalui kursus dalaman anjuran sekolah. Format atau tatacara            pengendalian fail PBS adalah sebagaimana yang telah didedahkan oleh Guru Besar (Format tersebut boleh dimuat turun

           dari menu muat turun "Rupa & Isi Fail PBS).

12.0. PEMANTAUAN / 12.1. Pengajaran dan Pembelajaran12.1.1. Pengajaran dan Pembelajaran Guru/ murid di bilik darjah akan

Page 10: Kandungan Fail Kurikulum

dicerap 2 kali dalam setahun secara rasmi.12.1.2. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan  Penolong-penolong Kanan.12.1.3. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.12.1.3. Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap.12.1.4. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing-masing.12.1.5. Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.

12.2. Pengurusan Panitia

12.2.1. Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia Mata pelajaran berkenaan.12.2.2. Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.12.2.3. Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa dan diletakkan di bilik Penolong Kanan Pentadbiran.12.2.4. Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi.12.2.5. Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu. Ini termasuk mengambil kira            OTI dan headcount murid.12.2.6. Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan bagi tahun berikutnya.12.2.6. Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

12.3. Bilik-bilik Khas

12.3.1. Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan            Pengurusan Sekolah.12.3.2. Penyeliaan adalah seperti berikut ;

- Bilik Sains - Bilik PSS - Bilik SPBT - Bilik Peralatan Pendidikan Jasmani

Page 11: Kandungan Fail Kurikulum

- Bilik Pemulihan Khas

12.3.3. Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti disediakan.12.3.4. Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan jelas bagi setiap bilik khas.12.3.5. Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap            bilik khas itu sendiri.

12.4. Jawatankuasa Pemantauan

12.4.1.   Guru Besar.12.4.2.   Penolong Kanan Pentadbiran.12.4.3.   Penolong Kanan HEM.12.4.4.   Penolong Kanan Ko Kurikulum.12.4.5 Ketua panitia.

12.5. Penyeliaan Buku Latihan Murid12.5.1.   Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara              konstruktif.12.5.2.   Semua guru akan menyerahkan semua buku dari setiap kelas yang diajar untuk semakan jawatankuasa.

12.6. Penetapan Dasar & Kuantiti Latihan Murid

12.6.1.   Minima 2 komponen berfokus penulisan seminggu bagi mata pelajaran bahasa.12.7.2.   Minima 20 latihan pelbagai format seminggu bagi aspek tatabahasa bagi mata pelajaran bahasa.12.7.3.   Minima 10 latihan peningkatan kosa kata bagi mata pelajaran bahasa seminggu.12.7.4.   Minima 4 latihan berbentuk kajiselidik / inferens / rumusan bagi mata pelajaran Sains dalam seminggu.12.7.5.   Minima 2 projek sains berkumpulan dan 2 projek sains individu yang bersesuaian dengan tajuk / unit semasa yang sedang              diajar dalam 1 semester.12.7.6.   Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Sains.12.7.7.   Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran

Page 12: Kandungan Fail Kurikulum

Matematik.12.7.8.   Minima 20 soalan penyelesaian masalah seminggu bagi mata 12.7.10. Minima 5 soalan pemahaman format subjektif dan 10 soalan pelbagai format bagi mata pelajaran Kajian Tempatan, Sivik              dan Moral dalam seminggu.12.7.11.  Minima 2 penghasilan folio bagi 1 tahun untuk mata pelajaran 12.7.13.  Minima 2 projek kumpulan dan 2 projek individu 1 tahun bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup dan dipamerkan. 12.7.14.  Minima 1 hasilan terbaik individu bagi setiap komponen dalam Pendidikan Seni dan Dunia Seni Visual sepanjang 1 bulan difailkan atau dipamerkan.12.7.15.  Minima 10 latihan teori pelbagai format soalan bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik dan Dunia Muzik dalam seminggu.12.7.16.  Lembaran kerja murid samada helaian yang dibuat sendiri atau menggunakan buku kerja melalui tatacara yang                     dibenarkan sebagai eviden bagi setiap unit kemahiran yang menunjukkan pencapaian band oleh murid bagi setiap mata               pelajaran dalam sistem KSSR hendaklah difailkan dalam Fail Portfolio Perkembangan Murid dan dalam Fail Portfolio                Showcase untuk pencapaian yang terbaik bagi tujuan pencerapan.12.7.17.  Semua Penolong Kanan akan mencerap 10 buah buku, 10 buah Fail Portfolio Perkembangan Murid dan Fail Portfolio               Showcase bagi setiap kelas.12.7.18.  Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid, Latihan Murid, Fail Portfolio Perkembangan Murid dan Fail Portfolio Showcase               hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.12.7.19.  Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan memastikan tindak susul dibuat oleh Guru Mata pelajaran dan Ketua  Panitia Mata pelajaran.

13.0. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

13.1.       Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.

Page 13: Kandungan Fail Kurikulum

14.0. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN14.1.       Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.14.2.       Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.14.4.       PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan               bagi Program NILAM. 14.5.       Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dan rujukan               sekiranya telah dirancang di dalam Buku Persediaan Mengajar dan Bilik PSS telah ditempah terlebih dahulu. 14.6.       Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat                 atau menonton video berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah secara terancang dan terkawal.14.7.       Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru bahasa.14.8.       Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru bahasa.14.9.       Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau Penyelaras PSS.14.10.     Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

15.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

15.1.       Semua program utama yang berlangsung dalam P & P dibuat berdasarkan keperluan panitia.15.2.       Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah cemerlangan               murid.15.3.       Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam merancang dan melaksana               program akademik.15.4.       Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan.15.5.       Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Kaunselor adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik.

Page 14: Kandungan Fail Kurikulum

16.0. PERKEMBANGAN STAF16.1. Kursus Dalaman

16.1.1.     Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas Kepada Guru Besar dan Penolong Kanan                Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai.16.1.2.     Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Guru Besar                dan Penolong Kanan  apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.16.1.3.    Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan untuk keperluan sendiri dan guru lain.

16.2. Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi

16.2.1.     Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru.16.2.2.     Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan maklumat dan                perkongsian pintar.16.2.3.     Lawatan boleh diadakan oleh panitia.

16.3. Bahan-bahan Ilmiah Kursus16.3.1.     Diperbanyak untuk keperluan guru lain.16.3.2.     Disimpan untuk rujukan panitia

17.0. KAJIAN TINDAKAN17.1.        Semua Panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian tindakan setiap tahun.17.2.        Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.

18.0. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK P& P DAN PEPERIKSAAN18.1.        Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font Century Gothic 10 bagi Tahap 1                dan Times New Roman 10 bagi Tahap 2 dan set-up kertas left & right 0.5 dan top & bottom pada 0.518.2.        Percetakan lembaran kerja dan kertas soalan menggunakan

Page 15: Kandungan Fail Kurikulum

mesin fotostat yang disewa.

19.0. TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN19.1.        Peperiksaan dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.19.2.        UPSR - Kuantiti Lulus Keseluruhan 90% Kualiti Lulus Cemerlang Keseluruhan 50%

20.0. PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK

20.1.        Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah, Negeri                dan Kebangsaan.20.2.        Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar                 ke arah memartabatkan nama sekolah.

21.0. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM21.1.         Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan negara .21.2.         Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.