kandungan filelebih baik jika boleh membuat desserts sendiri di rumah kerana boleh mengawal...

20

Upload: vuliem

Post on 31-Mar-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KANDUNGAN JAN - FEB 2018

M/S 4 Cara Menikmati Dessert Tanpa Rasa Bersalah...

M/S 5Resipi Brownie Keledek Kurang Gula

M/S 14Yoga Bersama Nawal Alhaddad

M/S 17Soal & Jawab Bersama En Mat Rozi Yaacob

M/S 7Terik Matahari Tida Lawan Bagi Wanita Berhijab

M/S 9Manfaat Betik Untuk Kesihatan Rambut

M/S 124 Cara Sediakan Anak “Back-To-School”

M/S 15Kenali Konsultan Anda

M/S 16MAI Mari Ke KembojaRintihan Hidup Rohingya

GAYA HIDUP

KECANTIKANINFORMASI

KEMASYARAKATAN

NUTRISI & KESIHATAN

M/S 5

M/S 7

M/S 17

M/S 9

M/S 14

M/S 12

M/S 16

Cara Menikmati DessertTanpa Rasa Bersalah...Melihat kepada juadah yang sering disediakan di acara-acara atau yang dijual di hampir setiap kafe sekarang ini, memang tidak boleh dinafikan yang ramai di antara kita gemar manis-manisan dan pencuci mulut. Dengan pelbagai kemudahan untuk mendapatkan hidangan tersebut, ia telah memberi kita lebih banyak peluang untuk menikmatinya pada bila-bila sahaja.

HUMAIRAH HAMEED MARICARPengasas & Pakar Pemakanan

Mind Your Nutritionwww.myn-nutrition.com/

Berapa kerap boleh kita makan desserts sebenarnya? Ia bergantung kepada banyak faktor tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan dan sentiasa menjaga pemakanan mereka, memakan desserts 2-3 kali seminggu (secara sederhana) tidak akan memudaratkan.

Bagi mereka yang mempunyai kencing manis pula, haruslah memantau pemakanan dengan lebih ketat dan pastikan jumlah karbohidrat atau gula dalam sehari tidak berlebihan. Makanan karbohidrat kompleks seperti nasi beras perang atau roti bijirin penuh, sayur-sayuran, buah-buahan, daging tanpa lemak dan sebagainya harus diutamakan daripada desserts untuk memastikan badan masih mendapat zat-zat yang diperlukan.

Manis-manisan selalunya tinggi kalori, lemak dan gula yang tidak

memberi banyak manfaat kepada badan. Walaupun begitu, jika dinikmati sekali sekala, ia boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang. Jika pemantauan pemakanan anda baik, tidak perlu terlalu menyekat diri daripada makanan yang anda gemari kerana ia mungkin juga dapat memberikan motivasi untuk meneruskan gaya hidup sihat anda.

Lebih baik jika boleh membuat desserts sendiri di rumah kerana boleh mengawal kandungannya. Di halaman sebelah, saya berkongsi salah satu resipi kegemaran saya, iaitu brownies. Ini bukan brownies biasa, ia diperbuat daripada keledek untuk menambahkan rasa manis dengan semulajadi supaya boleh mengurangkan gula dalam resipi. Keledek juga tinggi serat yang boleh membantu anda untuk merasa kenyang untuk lebih

lama. Ini bermakna hanya selepas memakan 1-2 biji brownie, sudah cukup nikmat dan kenyang!

Jangan lupa untuk cuba nanti ya. Selamat membuat kuih sambil menjalani gaya hidup sihat!

Adakah anda baru mendapat diagnosis kencing manis atau tekanan darah tinggi?

Tertanya-tanya bagaimana untuk menukar diet anda?Silalah daftar untuk sesi konsultasi anda dengan saya hari ini!

Untuk membuat temujanji, sila emel ke [email protected] hubungi 9725 1892

4

Nutrisi & Kesihatan

JIMAT

$70

RESIPI BROWNIE KELEDEK KURANG GULA

Bahan-bahan:

• 2 cawan cip coklat semi-sweet,

untuk dicairkan

• ½ cawan cip coklat semi-sweet,

untuk tekstur

• 2 ½ keledek, sederhana, direbus

and dilenyek

• 2 sudu makan mentega

• 1 cawan tepung serbaguna

• ½ cawan gula icing

• 4 sudu makan serbuk koko

• 2 sudu teh esen vanila

• ½ sudu teh serbuk penaik

• ¼ sudu teh garam

Caranya:1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius2. Cairkan 2 cawan cip coklat mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata.3. Campurkan keledek, mentega, vanilla dan coklat cair dalam mangkuk besar. Pukul hinnga rata.4. Campurkan bahan-bahan kering (gula, tepung, serbuk koko, serbuk penaik, garam) dalam mangkuk lain dan ayak. 5. Masukkan semua campuran tadi bersama baki cip coklat dan kacau rata.6. Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10 inchi yang sudah dialas baking paper. 7. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi untuk 26 minit atau sehingga lidi yang dimasukkan di tengah tidak lembab.8. Sedap dinikmati semasa hangat.

Masa penyediaan: 20 minit

Masa memasak: 26 minit

Hidangan: 16

RECIPELEBIHSIHAT!

tahukah

anda?Selain mempunyai serat yang tinggi, keledek juga adalah sumber baik Vitamin C. Ia membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menghasilkan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit muka.

5

Nutrisi & Kesihatan

NIKMATI 30% DISKAUN KEAHLIAN PADA BULAN LAHIR ANDA!

Sertai Keahlian byherbs!

AKSES SELURUH TAHUN

• 10% diskaun untuk pembelian dengan kami, & online.• Tawaran eksklusif & diskaun tambahan setiap bulan

LAYANANHARI JADI

• 30% diskaun pada bulan lahir anda, dihadkan kepada perbelanjaan sebanyak $200 sahaja.

KHIDMAT TAMBAHANISTIMEWA

• Jemputan ke acara khas untuk ahli.• Dapat tahu terlebih dahulu tentang produk baharu.

KELAYAKKAN:1. Perbelanjaan minimum $60 untuk keahlian selama 1 tahun.2. Pembaharuan automatik apabila pembelian selama tempoh satu tahun lepas mencapai $300.

TARIKH PENGESAHAN: Setahun dari tarikh disahkan sebagai ahli.

UNTUK SERTAI / MEMERIKSA STATUS KEAHLIAN ANDA, HUBUNGI KAMI DI 6848 3633.

6

Terik Matahari Tiada Lawan Bagi Wanita BerhijabDi Singapura, cuaca panas menjadi satu masalah ketara yang dihadapi khalayak ramai. Teruma sekali muslimah yang berhijab. Walaupun sudah terbiasa memakai hijab, kadang-kala juga terasa panas terikan matahari. Ini menyebabkan setengah daripada mereka rasa letih dan lesu untuk meneruskan kerja seharian.

Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini. Salah satu daripanya adalah menggunakan Mist Hijab!

Sangat mudah, ringkas dan berkesan. (1) Hanya semburkan Mist Hijab pada kulit kepala anda dengan jarak 5-10 cm dan (2)

urut dengan rata untuk rasa sejuk dan segar sepanjang hari.

Mist Hijab dapat membantu kulit kepala gatal akibat peluh atau kulit kepala kering. Formula ini bukan sahaja dapat menyegarkan and menghidrat kulit kepala anda, tetapi juga meninggalkan rambut anda berbau harum dan segar!Kami juga ingin berkongsi beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah kulit kepala.

• Banyakkan minum air & makan makanan kaya dengan protein & Vitamin D seperti: salmon, pisang, telur dan keledek.• Elakkan memakai tudung anda apabila rambut anda masih basah, jadi kelembapan tidak menyebabkan kelemumur.• Ikat rambut anda dengan longgar. Menarik rambut anda dengan ketat boleh melemahkan rambut anda & menyebabkan penguguran rambut.• Mengurut kulit kepala anda dengan menggunakan ‘hot oil treatment’ untuk merangsang peredaran darah & menghalang kekeringan rambut.

Dengan botol yang “compact” dan ringan, Mist Hijab boleh diselitkan ke dalam beg dan digunakan bila-bila masa. Tidak perlu rasa rimas dan panas lagi!

Yang menarik, ini bukan hanya untuk yang berhijab! “Abang-abang motor”, mereka yang berkerja di bawah terik matahari atau yang hadapimasalah kulit kepala juga sesuai untuk mengunakan Mist Hijab.

(1)

(2)

MIST HIJAB

7

Kecantikan

Betik sebagai perapi atau ‘conditioner’ juga dapat membuat rambut lebih berkilau dan sihat.

Buah yang mudah didapat dan harganya cukup murah ini sudah menjadi salah satu alternatif perawatan rambut yang sering dilakukan, kerana mudah untuk membuatnya sendiri. Berikut adalah cara membuat dan menggunakan betik sebagai rawatan rambut.

Betik untuk Rawatan Rambut

Bahan :• 1 mangkuk kecil pepaya matang, potong dadu.• 1 mangkuk kecil buah pisang, potong dadu.• 1 sdm minyak kelapa• 1 cawan yogurt

Cara Membuat dan Penggunaan :• Hancurkan semua bahan tadi menggunakan pengisar. Setelah dicampur dengan rata, campuran ini sudah siap untuk digunakan.• Basahkan rambut terlebih dahulu lalu gunakan campuran tadi pada keseluruh bagian rambut mulai dari pangkal hingga ujung rambut. tidak perlu sampai kulit kepala.• Untuk hasil yang baik, rambut dapat dibalut menggunakan tuala panas dan biarkan selama 1 jam.• Setelah 1 jam rambut dicuci menggunakan syampu seperti biasa.

Rambut yang hitam, lebat dan sihat sangat didambakan bagi setiap orang khususnya bagi para wanita, kerana dengan memiliki rambut yang sihat, kita dapat meningkatkan kepercayaan diri.

Dengan memakan betik secara rutin sahaja, ia dapat mencegah keguguran rambut dan apabila dibuat sebagai rawatan rambut, betik dapat melebatkan, menguatkan, mencegah keguguran dan membasmi kelemumur yang menyebabkan gatal di kulit kepala.

Manfaat Betik untuk KESIHATAN RAMBUT

8

Kecantikan

Campuran Betik untuk Menghilangkan Kelemumur

Selain resepi pertama, ada juga resepi khusus yang digunakan untuk menghilangkan kelemumur dan rasa gatal di kulit kepala. Berikut adalah cara dan penggunaannya:

Bahan :• 1 buah betik matang• 1 sdt jus lemon segar• 1 sdt jus oren• 2 sdm madu tulen

Cara Membuat dan Penggunaan :• Campurkan semua bahan tadi dan hancurkan menggunakan pengisar.• Basahkan rambut dahulu dan ratakan campuran ini pada keseluruh rambut, pada pangkal rambut hingga merata keseluruh kulit kepala.• Biarkan selama 20 menit.• Setelah 20 menit, bersihkan dengan air hangat dan cuci rambut menggunakan syampu seperti biasa.

Itulah beberapa manfaat buah betik untuk kesihatan rambut. Bagi wanita, rambut adalah mahkota dan rambut yang panjang membuat wanita lebih terlihat ayu.

Manfaat Betik!111. Merendahkan kolesterol2. Membantu menurunkan berat badan3. Meningkatkan daya ketahanan diri anda4. Baik untuk pesakit kencing manis5. Baik untuk mata anda6. Melindungi daripada artritis7. Meningkatkan penghadaman8. Membantu melegakan senggugut9. Menghalang tanda-tanda penuaan10. Mencegah barah11. Tolong mengurangkan tekanan

tahukah

anda?

9

Kecantikan

LEBIH PINTAR,

LEBIH BIJAK!

Baja & tenaga untuk sel-sel otak lebih

subur dan aktif!

Sesuai untuk pelajar sekolah rendah &

menengah, pengajian tinggi &

juga yang bekerja.

Rumusan tebu & kombinasi bahan aktif

garam tisu biochemic.

$273 BOTOL

HARGA ASAL $11/BOTOL

PRO

M

O BACK-TO-SCHOOL!

6848 3633

UNTUK TEMPAH SEKARANG!

“Anak-anak saya kini lebih

bertenaga dan aktif. Mereka telah

mengambil Thinx 2 dari sekolah

rendah ke sekolah menengah.

Sekarang mereka bangun pada

waktu pagi lebih mudah & lebih

fokus pada sekolah. “ -Rosnani, 51

4 Cara Sediakan Anak “Back-To-School”Para ibu bapa harus melatih anak-anak mereka dengan tip-tip dibawah untuk menyediakan anak mereka untuk sekolah pada tahun baru nanti.

1. Kembali kepada rutin

Semasa cuti sekolah, kanak-kanak mempunyai banyak ruang masa untuk bermain dan berseronok. Dan oleh kerana tiada sekolah pada keesokan hari, mereka akan tidur pada waktu yang lagi lewat daripada biasa. Ibubapa harus biasakan anak-anak mereka tidur awal pada akhir-akhir musim cuti sekolah, supaya mereka boleh dapat rehat yang mencukupi apabila sekolah menjelang nanti.

Murid-murid yg mempuyai tidur yang cukup, boleh menumpukan perhatian kepada mata pelajaran mereka, dan giat dalam aktiviti kokurrikular selepas waktu sekolah. Letakkan waktu tidur untuk anak-anak awal sedikit. Jika mereka kerap tidur pada jam 12 malam, letakkan waktu tidur pada jam 11 malam pada beberapa hari, kemudian jam 10 malam untuk seminggu, dan jam 9 malam selepas itu, atau jam apa sahaja yang sesuai bagi anak anda.

Dengan cara kembali ke rutin tidur perlahan-lahan begini, anak anda akan bersedia untuk musim sekolah kelak.

2. Tuisyen

Sistem pendidikan semakin mencabar. Ia menjadi sukar untuk murid-murid menampung kesemua mata pelajaran tanpa panduan.

Walaupun sesetengah ibubapa mungkin tidak bersetuju dengan tuisyen yang meluas, sekurang-kurangnya berikan anak-anak anda kelas tambahan, atau ajak mereka semak buku-buku sekolah untuk tahun baru nanti.

Apabila musim sekolah bermula, pastikan anak anda dapat mengikuti apa yang dipelajari dalam kelas dengan bertanya kepada mereka pada waktu makan malam. Jadualkan tuisyen seminggu atau dua kali seminggu supaya mereka tidak ketinggalan dengan kajian.

Ingatlah bahawa terlalu banyak tuisyen boleh menekankan anak anda. Jadualkan jumlah tuisyen yang sesuai untuk anak anda. Pastikan mereka juga dapat bermain, berseronok dengan keluarga untuk dapatkan keseimbangan hidup seroang budak.

3. Dorongan

Begitu orang dewasa tidak mahu kembali kepada pejabat selepas bercuti, begitu jugalah reaksi kanak-kanak terhadap sekolah. Ibubapa harus memberikan dorongan terhadap anak-anak mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti dengan anak mereka. Jika anda menyuruh mereka mengulang kaji, janganlah menonton televisyen dengan kuat. Bak pepatah “Jangan jadi seperti ketam menyuruh anaknya jalan lurus”. Bantu mereka dengan kerja sekolah, periksa jadual sekolah mereka, dan cuba memahami apa yang mereka mempelajari di sekolah.

4. Nutrisi

Makanan sihat adalah penting untuk minda anak anda. Cuba masukkan sayur-sayuran dalam makanan anak anda dan sediakan snek-snek sihat seperti badam, atau supplemen untuk minda semasa anak-anak mengulang kaji. Salah satu manfaat badam adalah ia membantu perkembangan minda. Badam meningkatkan tahap intelektual yang tinggi dan dianggap sebagai makanan penting untuk kanak-kanak membesar. Berikan 2 atau 3 biji badam kepada anak anda setiap pagi.

11

Gaya Hidup

BReatHe In BReatHe OUtBReatHe In BReatHe OUt

Yoga adalah aktiviti yang hebat untuk anda jika anda mempunyai diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, atau penyakit jantung. Ia memberikan anda kekuatan, fleksibiliti, dan kesedaran minda badan.

Ia juga boleh membantu anda tetap fleksibel dan kuat tanpa menambah tekanan tambahan pada sendi anda.

Yoga bersama Nawal Alhaddad

Tree pose | membina kekuatan pada pergelangan kaki dan betis, serta abdomen.

Modified triangle pose | membantu merangsang fungsi organ perut dan

peredaran darah pada seluruh badan.

Side high plank + leg lift | menguatkan otot perut dan belakang. Sekiranya ini menjadi

sedikit sukar, rendahkan kaki.

Modified mermaid + Oblique stretch | menguatkan abdomen dan lantai pelvik, membantu ekspansi di bahagian depan, dan boleh membantu meningkatkan keseimbangan badan.

Warrior 2 | menguatkan kaki, melapangkan pinggul dan dada. Ia juga meningkatkan

peredaran darah dan tenaga.

Partner oblique stretch | Mengekalkan posisi tulang belakang yang betul dan memperbaiki postur. Pasangan anda juga dapat membantu

dalam stretching yang lebih mendalam.

13

Nutrisi & Kesihatan

Mermaid pose | menguatkan abdomen dan lantai pelvik.

KENALIKOSULTAN ANDATelah pun kami berkenalan bersama dua pegawai dari syarikat kami. Kini, dua lagi pegawai yang berdedikasi ingin berkongsi pengalaman berkerja di Byherbs.

Shabana YasmeenSenior Customer Service Officer

Rusnani AyubSenior Customer Service Officer

Ada pelanggan yang telah menjadi sahabat baik untuk berbincang perihal dan masalah

kesihatan.”Shabana Yasmeen mula bekerja di Byherbs sejak tahun 2013. Setelah empat tahun bekerja di Byherbs, dia sekarang memegang jawatan Senior Customer Service Officer.

Tugasan beliau juga adalah menyusun jadual hantaran kepada pelanggan. Pekerjaannya sebagai pembantu pengawai penghantaran di Singapore Post, membantu beliau mengatur perjalanan penghantaran dengan baik.

Yasmeen rajin membantu rakan kerjanya dan apatah lagi pelanggan-pelanggan dengan masalah kesihatan mereka. Dengan kerap menanyakan perkembangan dan khabar para pelanggan, Yasmeen mudah mengesyorkan suplemen yang paling sesuai untuk mereka.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah sewaktu berada di Expo. “Saya dapat bersemuka dengan pelanggan yang sebelum ini hanya dapat kedengaran suara di talian. Alhamdulillah, saya berterima kasih atas sokongan semua pelanggan Byherbs. Saya harap dapat memberikan khidmat yang lebih baik di masa akan datang, Insya Allah.”

Saya dapat bersemuka dengan pelanggan yang sebelum ini hanya dapat kedengaran suara di talian.”

Puan Rusnani yang mempunyai lebih 7 tahun pengalaman dalam bidang perkhidmatan pelanggan, menyertai Byherbs sejak 2014. Dengan peribadi yang senang mesra dengan pelanggan, Rusnani juga telah berjaya menjadikan pelanggan-pelanggan setianya seperti sahabat lama. Salah satu daripada mereka adalah Makcik Nikmah yang menghadiahkannya dengan

selimut yang di jahitnya sendiri.

“Ada pelanggan yang telah menjadi sahabat baik untuk berbincang perihal dan masalah kesihatan. Ada juga yang berkongsi suka duka pengalaman penyakit yang dideritai mereka.” Yang paling disenangi Rusnani adalah apabila dia dapat membantu pelanggan berjimat cermat dengan memberikan info terkini tentang promosi bulanan dan istimewa bagi para ahli Byherbs.

Rusnani rasa sangat berbesar hati apabila pelangan menghubunginya untuk menyampaikan berita manfaat yang telah mereka perolehi daripada produk kami. “Selagi kita mendengar dengan perihatin setiap patah perkataan yang mereka luahkan, kita akan dapat berkhidmat dengan baik serta dapat mengesyorkan

produk yang betul untuk mereka ambil.”

15

Informasi

Soal & Jawab Bersama

En Mat Rozi Yaacob(B.Sc.(Hons) Food Science and Nutrition), N.D. Herbal Medicine.

Dr. Mat Rozi Yaacob adalah ahli sains makanan dan pakar nutrisi yang telah berkecimpung dalam bidang perundingan pemakanan dan produk suplemen sejak lebih 25 tahun. Suplemen-suplemen Byherbs diformulasikan dengan pengalaman dan kepakarannya. Produk Byherbs adalah dari ramuan sumber makanan semulajadi dan herba berpotensi yang baik untuk tubuh badan kita.

Bolehkah ibu mengandung mengambil suplemen?

Ibu mengandung seharusnya mendapat nasihat dari doktor panel mereka terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen kerana pada tempoh ini mereka telah mengalami beberapa perubahan fisiologi dalam badannya dan mereka memerlukan pemeriksaan berkala untuk menjamin kehamilan yang sihat.

Dalam konteks pemakanan, ibu mengandung dinasihatkan mengambil suplemen seperti multivitamin dan multimineral dan selalunya doctor sering menggalakkan suplemen seperti asid folic dan zat besi.

Makanan semulajadi seperti Royal Jelly & Madu Tursina boleh diambil kerana sumber makanan ini seperti makanan harian lain dan ia mengandungi elemen nutrisi yang diperlukan semasa mengandung seperti multivitamin, multimineral, asid amino, karbohidrat dan asid lemak semulajadi.

1

Apakah kesan sampingan yang akan dialami jika saya makan suplemen Byherbs?

Suplemen Byherbs adalah hasil semulajadi dan selamat. Ia tidak menimbulkan kesan sampingan yang buruk. Polisi ‘tiada kompromi’ dalam pemilihan bahan mentah dalam penghasilan produk suplemen Byherbs menjadikan produk Byherbs SELAMAT, BERKUALITI & BERKESAN.

2

Saya ada ubat doktor. Bolehkah saya makan suplemen? Bagaimana caranya?

Jika anda sedang dalam rawatan dan mengambil ubat doktor, anda dinasihatkan

3

mematuhi arahan doktor kerana doktor yang memeriksa, lebih arif keadaan penyakit anda.

Suplemen ini adalah digalakkan untuk membantu badan lebih menerima kesan ubat dan seterusnya mempercepatkan proses rawatan. Anda dinasihatkan mengambil makan suplemen kira-kira 1-2 jam sebelum atau selepas makan ubat doktor. Ini adalah kerana sesetengah ubat boleh menghapuskan atau mengurangkan kesan sesetengah khasiat makanan.

Suplemen juga boleh meningkatkan paras tenaga sel-sel dan membantu sel-sel badan lebih mudah untuk menyerap ubat yang dimakan dan seterusnya mempercepatkan proses rawatan.

Dr Mat mengawasi kualiti kapsul Collagen Gold

Dr Mat berkongsi tip kesihatan di seminar 2017

16

Nutrisi & Kesihatan

Saya baru hendak mula cuba makan suplemen. Berapa biji kapsul harus saya ambil?

Untuk sebarang suplemen, anda digalakkan mematuhi arahan pada label dimana dosage yang dicadangkan pada label adalah keperluan minima untuk menjaga kesihatan. Jika anda mengalami masalah kesihatan, dos boleh dipertingkatkan mengikut keperluan anda. Setiap individu mungkin memerlukan jumlah dosage berbeza. Dapatkan nasihat dari perunding nutrisi Byherbs.

4

5 Mengapakah beberapa ketidakselesaan (Krisis Penyembuhan) selalu terjadi selepas mengambil suplemen?

Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar nutrisi molekul, apabila kita mengambil nutrien, ia akan bertindak balas biokimia dalam badan. Tindakbalas ini merangsang organ badan bagi menjalankan proses PEMBERSIHAN dan PENYINGKIRAN TOKSIN dalam badan anda yang telah lama terkumpul.

Proses ini terjadi untuk menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru. Sebagai contoh, anda mungkin akan mengalami beberapa ketidakselesaan sementara seperti pening, mengantuk, ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, ketidakselesaan seolah-olah symptom penyakit muncul kembali dan sebagainya.Ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin.

Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau suplemen yang diambil mula berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simpton mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan penyembuhan yang sebenar.

6 7 Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan. Mengapa?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (contoh: tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, tahap kesihatan semakin baik dan secara keseluruhan badan bertambah cantik & sihat)

Sekiranya tiada sebarang perubahan pada tubuh badan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti berikut:

• Tidak mengamalkannya secara konsisten • Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan • Kurang minum air ~ disarankan minum air putih 2 -3 liter sehari• Kuatir kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambil suplemen • Mengamalkan pemakanan seharian yang tidak sihat & sempurna • Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman bergas• Kurang rehat dan kurang tidur• Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh • Stress

Air amat diperlukan dalam proses ini untuk membuatkan suplemen menyerap ke dalam sistem badan dengan lebih optimum. Ini memudahkan proses penyingkiran toksin dalam tubuh badan anda.

“ “17

Nutrisi & Kesihatan

MAI mari ke KembojaPada 20 hingga 23 November lalu, 4 guru & 30 pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah telah menziarahi daerah Vealrenh, kampung Somrong di Wilayah Sihanoukville, Kemboja untuk 4 objektif berikut: mengalami pembelajaran perkhidmatan yang serba lengkap di luar negara, untuk memahami sejarah & nasib yang dihadapi oleh kommuniti, melibatkan diri dan memperkasakan belia dengan memberikan pengetahuan melalui permainan pendidikan, dan juga memperhatikan tempat Singapura berhubung konteks globalnya.

Pelajar-pelajar Madrasah Al-Arabiah menjalankan program kommuniti di sekolah perkampungan Markaz Darul Aytam, yaitu program kesihatan & permainan dengan kanak-kanak, ramai antara kanak-kanak itu adalah anak yatim. Pelajar-pelajar itu mengajar budak-budak di sana tentang kebersihan gigi, dan turut beserta bersama mereka dalam permainan. Hari kedua dan ketiga, pelajar-pelajar juga bina 4 tandas kerana kampung itu memerlukan kemudahan kebersihan. Setelah selesai bina tandas-tandas tersebut, murid-murid menderma dan mengagihkan pakej Ibadah dan beras kepada keluarga-keluarga tertentu di perkampungan.

Baju-baju pelajar ditaja oleh Byherbs.

Main &BermanjaSeorang pelajar MIA bermain & bergurau

dengan anak yatim di Kemboja.

MembinaKehidupan

Pelajar MIA gigih membina tembuk untuk

tandas anak-anakKemboja.

Bersih Demi Kesihatan

Pelajar MIA mengajar anak-anak Kemboja

tentang kebersihan; cara memberus

gigi.

SGQURBAN yang bermula pada tahun 2012, adalah inisiatif dermawan yang telah dinaikan untuk menangani pelbagai objektif dengan tumpuan khusus kepada negara-negara membangun dan negara-negara miskin. Hari ini, mereka telah melayani lebih daripada 60 komuniti di tiga negara.

SGQURBAN percaya bahawa perubahan yang dapat mereka lakukan sekalipun kecil adalah semestinya mencukupi memandangkan jumlah kehidupan yang mereka dapat bantu bertambah baik dalam perjuangan ini.

Pada 19 hingga 24 Disember, SGQURBAN telah membuat lawatan Rohingya yang keempat. Pek Keluarga Rohingya yang mengandungi beras, kentang, dhal, tepung, garam, gula, dan macam-macam lagi, diagihkan kepada mereka yang serba kekurangan.

Bagaimana boleh saya membantu?

Hubungi Mouzzammil +6582555015 atau Siti Hafizah Ismail +6594228969 untuk tanya lebih lanjut dan memberikan sumbangan.

Rintihan Hidup

RoHingya...

Kemasyarakatan

18 SGQURBAN

COLLECT & REDEEM!COLLECT & REDEEM!COLLECT & REDEEM!5 PointSSetiaP $505 PointSSetiaP $505 PointSSetiaP $50

• KUMPUL POINTS UNTUK BERPELUANG MENDAPATKAN BARANGAN EKSKLUSIF!

• 5 POINTS DENGAN SETIAP PEMBELIAN $50

• ANDA JUGA BOLEH ‘TOP-UP” CASH UNTUK MEMBELI BARANGAN YANG TERSENARAI

DIGITAL TASBIHBUY NOW $5.005

POINTS

HEALTH MONITOR BUY NOW $28.00

OR$15.00 + 10 PTS

25 POINTS

EYE MASSAGERBUY NOW $12.00

OR$5.00 + 5 PTS

10 POINTS

SKIN TAG REMOVERBUY NOW $38.00

OR$20.00 + 10 PTS

35 POINTS

Terma & Syarat:1. Hanya sah untuk pembelian in-house 2. Semua hadiah haruslah dikutip di pejabat Byherbs pada waktu pejabat.3. Kad asli harus diserahkan ketika penembusan. 4. Kemua produk penembusan adalah terhad.

Promosi sah sehingga 31 Dec 2018.

SELAGI STOK MASIH ADA!

SELAGI STOK MASIH ADA!

Untuk keterangan lanjut, telefon 6848 3633

BACK SUPPORTBUY NOW $12.00

OR$5.00 + 5 PTS

10 POINTS

DIGITAL ACUPUNCTUREBUY NOW $25.00

OR$10.00 + 10 PTS

20 POINTS

5. Sebarang bayaran yang diperlukan untuk barangan yang bernilai lebih, harus ditanggung oleh perlanggan.6. Penebusan terakhir pada 31 December 2018.

SHIATSU SHOULDER NECK BODY MASSAGER

BUY NOW $20.00BUY NOW $35.00

OR$10.00 + 10 PTS

$15.00 + 15 PTS

30 POINTS

AB

20 POINTS

AB

AB

PROMOSI JAN - FEB 2018PROMOSI JAN - FEB 2018

2 for

$67

JIMAT

$132 for

$78

JIMAT

$12mix & match

Assorted keychain PERCUMA dengan setiap pembelian Black Jack!

3 for

$27

PROMO “backto school!”

DENGAN SETIAP PEMBELIAN $50**

SELAGI STOK MASIH ADA**

PURCHASE WITH

PURCHASE

$10$8 $9

HANTARAN PERCUMA!

6848 3633Byherbs SG

www.byherbs.sg

• PERANGSANG MINDA• MENAJAMKAN FOCUS & AKAL

• 10 HDA• ANTI KANKER • 100+ NUTRIEN DIPERLUKAN BADAN