kandungan - · pdf fileaplikasi rems pada telefon pintar sistem operasi android sistem rems...

33

Upload: phungthuan

Post on 03-Feb-2018

274 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System
Page 2: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

2

infokorporat

VISI MOSTI

MISI MOSTI

VISIANGKASA

MISI ANGKASA

infokorporat

VISI MOSTI

MISI MOSTI

VISIANGKASA

MISI ANGKASA

k a n d u n g a n

Meneroka membangun

dan memanfaatkan

STI untuk menjana

ilmu pengetahuan,

mencipta kekayaan

dan kesejahteraan

masyarakat ke arah

mencapai ekonomi berpendapatan

tinggi yang kompetitif, mapan dan terangkum.

Memacu dan megurus

STI untuk pertumbuhan

sosioekonomi dengan

menggalakkan kreativiti dan inovasi;

memperkukuhkan penyelidikan dan

pembangunan berasaskan pasaran; menghasil

dan menyebarkan teknologi baru; membangun

dan menarik bakat; menigkat kesedaran STI; dan

memperkukuh kerjasama dan perkongsian.

Membangun keupayaan negara

dalam sektor angkasa untuk menyokong pem-

bangunan ekonomi

baru, menjana ilmu dan

memperkukuhkan infrastruktur

keselamatan negara

Memanfaatkan angkasa

sebagai wadah bagi

penjanaan ilmu, kemakmuran negara dan

kesejahteraan masyarakat.

KANDUNGAN

INFO KORPORAT

MUTIARA KATA

CARTA ORGANISASI

ANUGERAH & PENCAPAIAN

DASAR ANGKASA & HUBUNGAN ANTARABANGSA

PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN

PERKHIDMATAN

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

LAWATAN

PENGURUSAN & TEKNIKAL

34568102333485861

3

M/S

Page 3: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

4 5

c a r t a o r g a n i s a s i

m u t i a r a k a t a

4 5

YBrs Dr. Noordin Bin Ahmad

Ketua Pengarah

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Minggu Angkasa Sedunia 2015

PENGUASAAN

TEKNOLOGI REMOTE-

SENSING ATAU

PENDERIAAN JAUH

BERI MANFAAT BESAR

PADA PEMBANGUNAN

DAN KEMAJUAN

NEGARA.YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur

Ketua Setiausaha

Kementerian Sains,Te

knologi Dan Inovasi (M

OSTI)

Majlis Perasmian Pe

rsidangan Dan Pameran

Inovasi Kebangsaan 2015 (NICE 2015)

SAINS DAN INOVASI

KE ARAH MENINGKATKAN TARAF

HIDUP RAKYAT MALAYSIA DISAMPING

MENDEKATKAN HASIL INOVASI

DAN R & D TEMPATAN KEPADA

SYARIKAT PERUSAHAAN KECIL DAN

SEDERHANA SERTA

INDUSTRI.

BEYOND INNOVATION

BERTEPATAN DENGAN MISI MOSTI

UNTUK MEMPERKASAKAN STI DALAM

PEMBANGUNAN NEGARA KE ARAH

NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN

TINGGI MENJELANG 2020 DAN

SETERUSNYA.

YB Datuk Dr. Ewon Ebin

Menteri Sains,Te

knologi Dan Inovasi

Majlis Anugerah Ino

vasi Negara 2015

UnitKomunikasi KorporatUnit Perundangan

BAHAGIANKHIDMAT PENGURUSANDAN SUMBER MANUSIA

BAHAGIANPENDIDIKAN DANSAINS ANGKASA

BAH. PEMBANGUNANTEKNOLOGI &

INDUSTRI ANGKASA

BAHAGIAN PENGOPERASIAN &SISTEM ANGKASA

KETUAPENGARAH

Unit PengurusanSumber Manusia

Unit Kewangan

Unit IT & Operasi

Unit HRMIS

Unit Pendidikan Unit PembangunanTeknologi Angkasa

Unit PembangunanAplikasi AngkasaUnit Penyelidikan Unit Pembangunan

Sistem Angkasa

Unit PembangunanPengopersian

TIMBALANKETUA PENGARAH

TIMBALANKETUA PENGARAH

Page 4: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

a n u g e r a h & p e n c a p a i a n a n u g e r a h & p e n c a p a i a n

Tempat Ketiga - The European Satellite Navigation Competition (Asia Region) untuk Projek Rapid Emergency Medical System (REMS). Anugerah disampaikan pada 7th Multi-GNSS Asia Conference pada 8 Disember 2015 di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Tempat Ketiga - The European Satellite Navigation Competition (Asia Region) untuk Projek Rapid Emergency Medical System (REMS). Anugerah disampaikan pada 7th Multi-GNSS Asia Conference pada 8 Disember 2015 di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2014

1. Puan Azreena binti Ahmad Pengarah Bahagian 54 (Terbuka)2. Rizawati binti Mohd Rabudin Peg. Teknologi Maklumat F443. Adhwa bin Amir Tan Pegawai Penyelidik Q44 (M)4 Nyanasegari a/p Bhoo Phaty Pegawai Penyelidik Q445. Dasimah binti Zainal Pegawai Penyelidik Q446. Siti Farasahida binti Jamil Pen.Pegawai Penyelidik Q327. Muhammad Fairuz bin Abu Bakar Penolong Jurutera JA298. Minarni binti Sairi Pem. Tadbir (Perkeranian/Operasi) N179. Mohd Izzuddin bin Jamal@Ismail Pembantu Tadbir (Kewangan) W1710. Mohd Afendi bin Mohd Ayob Pemandu Kenderaan H11

Penyampaian hadiah dan sijil semasa 7th Multi-GNSS Asia Conference pada 8 Disember 2015 di Brunei Darussalam

Sijil tempat ke-3 The European Satellite Navigation Competition (Asia Region) untuk Projek Rapid Emergency Medical System (REMS)

Pertandingan GNSS Asia Challenge 2015

Sijil PTJ Terbaik kewangan

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

6 7

Page 5: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

8 9

Dasar Angkasa& Hubungan Antarabangsa

UNITED NATIONS COMMITTEE ON THE PEACEFUL USES OF OUTER SPACE

UNCOPUOS

Malaysia telah menyertai sesi 52nd Session Of The Scientific And Technical Subcommittee Of The Committee On The Peaceful Uses Of Outer Space dari 2 hingga 13 FEBRUARY 2015 dan 58th session of the Committee on the Peaceful Uses of Outer Space dari 10 hingga 19 June 2015 di Vienna, Austria. Draf nota percakapan mengenai perkembangan bidang angkasa di Malaysia telah dipanjangkan kepada kakitagan kedutaan Malaysia di Vienna dan telah dibentangkan di kedua-dua sesi persidangan tersebut.

United Nations Committee on Peaceful Uses of Outer Space (UNCOPUOS)

Pada tahun 2015 Draf Dasar Angkasa Negara telah berjaya dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 28 Julai 2015. Pada 9 Disember 2015 sebuah bengkel dengan tajuk BENGKEL DASAR ANGKASA NEGARA BERSAMA STAKEHOLDER telah dianjurkan di peringkat kebangsaan dan lokasi bengkel diadakan adalah di Ibu Pejabat Agensi Remote Sensing Malaysia.

DASAR ANGKASA NEGARA

Malaysia telah membuat pembentangan di bawah agenda item ke 53 di dalam International Cooperation In The Peaceful Uses Of Outer Space di Komiti Ke-4 semasa sesi Persidangan Agung PBB yang ke 70 pada Oktober 2015. Pembentangan adalah mengani perkembangan bidang angkasa di Malaysia dan juga penglibatan dan juga kerjasama Malaysia di dalam perkongsian data satelit di bawah projek Sentinel Asia.

UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY (UNGA)

Penelitian ke atas Draf Akta Angkasa Negara pada tahun 2015 diteruskan secara dalaman.

AKTA ANGKASA NEGARA

Page 6: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

10 11

Penyelidikan& Pembangunan

01

Konsep Smart City ANGKASA

Spatial Smart City Service Delivery Engine (Smart City) merupakan sebuah projek di bawah Dana Penyelidikan TechnoFund Mosti yang bertujuan untuk membangunkan sebuah enjin penyampaian perkhidmatan berasaskan teknologi geospatial untuk menyokong pengoperas ian dan perkhidmatan bandar. Projek Technofund ini dibangunkan oleh ANGKASA dengan kerjasama Geoinfo Services Sdn Bhd dan Universiti Putra Malaysia. Tempoh projek technofund Smart City adalah selama 32 bulan bermula pada 2 Mei 2014 sehingga 9 Januari 2017. Enam Pihak berkuasa tempatan telah dipilih sebagai projek perintis (pilot project) iaitu Majlis Bandaraya Melaka dan Johor Bahru, Majlis Perbandaran Langkawi dan Sepang, dan Majlis Daerah Kuala Langat dan Pekan. 4 modul utama telah dibangunkan secara bermodul untuk projek Smart City iaitu Smart Waste Management, Smart Licensing, Smart Facility Management dan Smart Complaint.

Pembangunan Aplikasi Smart Licensing Enforcement

Pembangunan Aplikasi Smart Waste Management

Smart Licensing Enforcement

Smart Waste Enforcement

Spatial Smart City Service Delivery Engine

Page 7: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

12 13

Projek Rapid Emergency Medical System with Geospatial Technology (REMS) ini adalah projek yang sedang dilaksanakan oleh ANGKASA di bawah Dana Penyelidikan TechnoFund, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Dana ini telah dianugerahkan kepada ANGKASA pada bulan Mei 2014. Objektif projek ini adalah untuk menambahbaik masa tindak balas pasukan paramedik dalam membekalkan perkhidmatan rawatan kecemasan kepada mereka yang berpenyakit kritikal di Malaysia dengan mengintegrasikan aplikasi teknologi Sistem Penentududukan Sejagat (Global

Positioning System, GPS) dan Geographic Information System (GIS). Aplikasi ini akan menggunakan peranti pengesan kedudukan khas yang akan dibekalkan kepada pesakit ataupun dengan menggunakan aplikasi mudah alih pada telefon pintar. Dengan aplikasi ini, kenderaan kecemasan dapat mengurangkan kelewatan dan kegagalan untuk tiba di lokasi pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan. Kualiti perkhidmatan kecemasan kepada pesakit juga akan dapat dipertingkatkan. Projek ini dijadualkan akan selesai sepenuhnya menjelang akhir tahun 2016.

02

Paramuka REMS untuk pemantauan pesakit yang berdaftar

Aplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android

Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan.

Rapid Emergency Medical System with Geospatial Technology

Projek MOSTI Social Innovation ini merupakan satu projek pembangunan aplikasi satelit untuk manfaat kepada komuniti kanak-kanak autisme. Seperti yang sedia maklum, Autisme merupakan kecacatan perkembangan sepanjang hayat yang melibatkan fungsi otak. Ciri-ciri kepada kanak-kanak autisme termasuk masalah dengan perhubungan sosial, komunikasi emosi serta bersifat hiperaktif dan merayau (wander / impulse run). Keadaan sebegini memang mendatangkan kebimbangan besar di kalangan ibu bapa terutamanya mengenai keselamatan kanak-kanak autisme. Pemantauan pergerakan menerusi teknologi satelit navigasi dan juga sistem kawalan ‘sempadan maya’ atau Virtual Boundary (VB) dipercayai dapat memudahkan ibu bapa/penjaga untuk mengesan dan memantau pergerakan kanak-kanak autisme pada setiap masa menerusi apps telefon pintar. Kanak-kanak akan memakai alat pengesanan satelit GPS berbentuk jam tangan dan maklumat lokasi kedudukannya dihantar kepada ibu bapa pada setiap masa menerusi bantuan perkhidmatan telekomunikasi. Ibu bapa juga boleh menggunakan kawalan VB bagi menentukan zon kawasan aktiviti harian kanak-kanak autisme. Sistem ini akan menjana isyarat amaran kepada ibu bapa / penjaga sekiranya anak mereka telah berada di luar zon kawasan VB yang ditetapkan. Projek ini akan bekerjasama dengan pusat PERMATA Kurnia di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kajian impak terhadap sistem pembangunan turut dilaksanakan.

Perjumpaan di antara Ketua Pengarah ANGKASA dengan Pengarah Pusat PERMATA Kurnia

Pemantauan pengguna sistem ini yang menunjukkan kedudukan ‘sempadan maya’.

Konsep pengurusan kanak-kanak autisme menggunakan sempadan maya.

Projek MOSTI Social Innovation (MSI 2015):Managing Movement Through Virtual Boundary

Page 8: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

14 15

Pemantauan kejadian gempa bumi secara masa sebenar (real-time) merupakan kaedah keperluan utama untuk membangunkan sebuah Sistem Amaran Awal (EWS) yang berkesan dan efisyen. Projek kerjasama UPM dan ANGKASA yang telah pun memulakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan seawal tahun 2014 ini merupakan usahama yang dijalankan dalam membangunkan sebuah model gegaran gempa bumi berdasarkan data-data gempa bumi daripada sensor seismik dari stesen di Ranau, sekitar Sabah dan juga di Malaysia Timur untuk tahun bermula 2008. Memandangkan kebanyakkan stesen seismik ini terletak di kawasan pedalaman, satelit komunikasi yang berada pada orbit geosegerak digunakan untuk memancarkan data gempa bumi yang dicerap oleh sensor di stesen seismik ke ibu pejabat MetMalaysia. Selain membangunkan model gempa bumi, projek ini juga bertujuan untuk mengenalpasti jenis jalur transmisi terbaik bagi memancarkan data dari stesen seismik pedalaman. Aktiviti penyelidikan masih sedang giat berjalan untuk pembangunan model ini yang mana output akhir kajian akan dicadangkan kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk dipertimbangkan sebagai salah satu model bagi EWS gempa bumi di Malaysia.

Aktiviti pengukuran isyarat satelit yang dijalankan di TSGN Cyberport, Cyberjaya

Projek ECOSAN:Emergency Communication over Satellite-Assisted Network

Protaip Sistem Penanaman Automatik (ACS)

Random Positioning Machine (RPM)

Perbincangan pembangunan ACS

ANGKASA sedang membangunkan perkakas Sistem Penanaman Automatik (ACS). Perkakas ini dijangka akan memberikan dimensi baharu terhadap penyelidikan dan pembangunan tempatan dalam sektor pertanian di angkasa yang dibangunkan bersama pihak SIRIM. Perkasas ini dinamakan Sistem Penanaman Automatik (ACS) untuk disesuaikan bersama sebuah peralatan simulasi mikrograviti klinostat 3 dimensi, Random Positioning Machine (RPM).

Pembangunan perkakasan ini dilihat sebagai salah satu latihan kepada jurutera dan penyelidik ANGKASA dalam membangunankan peralatan eksperimen berorientasikan penyelidikan di angkasa lepas. Pelbagai faktor perlu diambil kira dalam pembangunan perkakas ini termasuk berat, saiz dan sumber bekalan tenaga untuk disesuaikan, pertimbangan yang hampir sama dalam membangunkan perkasan eksperimen di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Sistem perkakasan ACS ini dilengkap dengan ruangan khas lut sinar untuk pertumbuhan tanaman kecil beserta sistem pengudaraan dan penyaluran air secara automatik yang bertujuan meminimumkan pengendalian manusia. Sebagai permulaan, ACS dijangka akan mula beroperasi pada awal tahun 2016 bagi sokongan eksperimen Bumi pertanian Asian Herbs in Space (AHiS) sebelum diperluaskan untuk kegunaan eksperimen pertanian dan sains hayat yang bersesuaian pada masa hadapan.

Sistem Penanaman Automatik/ Automated Cultivation System (Acs)

Page 9: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

16 17

My-Iono Service merupakan sistem pemantauan ionofera dalam bentuk web-based yang memberikan informasi berkenaan kondisi ionosfera di kawasan Malaysia dalam masa hampir nyata (near real time). Ionosfera merupakan lapisan berion di atmosfera bumi yang kondisinya sentiasa berubah mengikut masa dan lokasi geografi. Aktiviti ionosfera dipengaruhi oleh cuaca angkasa seperti di Rajah 1. Di Malaysia, ANGKASA telah mengenalpasti beberapa pengguna yang berpontensi menggunakan My-Iono Service sebagai medium rujukan untuk operasi harian seperti Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, dan institusi-institusi penyelidikan luar dan dalam negara. Produk ini akan dikembangkan untuk kegunaan DCA bagi pembangunan GBAS Landing System (GLS) di KLIA dalam masa terdekat seperti di Rajah 2.

Produk R&D, My Iono-Service ini adalah hasil kombinasi dua projek dana penyelidikan sains daripada Kementerian, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diterajui oleh ANGKASA bertajuk “Reliability Study on Ionospheric Modeling for SBAS System” (04-

05-05-SF0009) dan “An Equatorial Ionosphere and Alert System for Space Weather Application” (04-05-05-SF0026) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Produk R&D ini telah dilancarkan di MOSTI Commersialization Conference & Exhibition (MCCE) 2015 pada 18-19 November 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan boleh dicapai menerusi laman web ANGKASA – myiono.angkasa.gov.my. Pengguna yang berdaftar dengan perkhidmatan ini akan menerima amaran menerusi emel apabila indeks ionosfera memberikan status “medium” atau “severe”. Disamping itu, pengguna juga boleh mendapatkan informasi berkenaan kandungan nilai elektron “Total Electron Content” (TEC), signal delay error dalam unit meter dan kadar perubahan nilai TEC di kawasan Malaysia dalam masa nyata. Sistem ini berfungsi berasaskan GNSS CORS Scientific Network yang dibangunkan oleh ANGKASA bersama UTM bermula pada tahun 2012. Rangkaian ini kini sedang berkembang untuk kegunaan pelbagai aplikasi saintifik seperti GNSS Signal Intergrity Monitoring System, GPS for Meteorology dan Space Weather Monitoring and Forecasting System untuk Malaysia.

Rajah 2: Kesan ionosfera kepada sistem pendaratan kapal terbang - GBAS Landing System (GLS )

Rajah 1: My-Iono Service boleh dicapai menerusi lamanweb myiono.angkasa.gov.my

Penerangan kepada YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkenaan Produk My-Iono Service di MOSTI Commersialization Conference & Exhibition (MCCE) 2015 pada 18-19 November 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC

MyIono Service

Ujian Percambahan kacang merah di Bumi (kiri) dan di Kibo, ISS (Kanan)

Biji benih cili Malaysia MC11 di Kibo ISS

Pada tahun 2011, ANGKASA dengan kerjasama Insititut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI), Kementerian Asas Tani dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menceburi bidang pertanian di angkasa menerusi kerjasama dengan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dengan menghantar 100 gram biji benih cili, MC11 ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Biji benih tersebut telah didedahkan dalam persekitaran mikrograviti selama 5 bulan sebelum kembali ke Bumi untuk ditanam dan dicambahkan. Hasil ujikaji R&D bersama MARDI dan JAXA menyatakan tiada kesan yang signifikan yang diperolehi kesan dari dedahan tersebut. Sebahagian biji benih tersebut telah dikongsikan kepada 100 buah sekolah di seluruh Malaysia untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam pengujian percambahan tersebut. Pada tahun 2013, ANGKASA telah sekali lagi bekerjasama dengan pihak JAXA dalam penyelidikan angkasa menerusi ujian percambahan kacang merah di Kibo, ISS. Eksperimen tersebut mengambil masa 7 hari dalam suasana mikrograviti

tanpa dedahan cahaya. Hsail kajian saintifik percambahan berkenaan menunjukkan terdapat beberapa perubahan dari segi morphologi berbanding percambahannya di Bumi terutama dari segi orientasi arah pemanjangan batang dan akar. Data percambahan juga turut dikongsi dan dimanfaatkan oleh 79 buah sekolah diseluruh Malaysia.

ANGKASA telah diberikan kepercayaan apabila

mengetuai misi penyelidikan pertanian angkasa di peringkat serantau menerusi program Asian Herbs in Space (AHiS) di bawah platform Asian Pasific Regional Space Agency Forum (APRSAF) dengan usahasama JAXA. Menerusi program ini, Malaysia telah diberikan keutamaan dengan mencadangkan jenis herba untuk pengujian percambahan di Kibo, ISS dalam suasana mikrograviti. Dalam menjayakan program ini, ANGKASA telah menjalinkan kerjasama tempatan dengan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) dan MARDI. Dua jenis herba telah dicadangkan sebelum ini iaitu Pokok Hempedu Bumi dan juga Selasih berdasarkan potensi kegunaan, kadar tumbesaran dan kebolehan percambahan dalam suasana tertentu di ISS.

Proses ujian percambahan dijalankan di makmal Gen Bank, Ibu Pejabat MARDI di Serdang sebagai persediaan eksperimen sebelum misi sebenar yang akan dilancarkan ke Kibo, ISS pada May 2015 untuk

Pertanian Di Angkasa :Asian Herbs In Space (AHiS)

Page 10: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

18 19

Ujian percambahan herba di makmal untuk Hempedu Bumi (kiri) dan selasih (kanan)

Pengujian percambahan di Gen Bank, MARDI mengikut suhu dan pencahayaan di ISS.

percambahan selama sebulan dalam suasana mikrograviti.

Program ini dapat memberikan manfaat kepada penyelidik tempatan dalam memberi pengalaman dan pendedahan sebenar pengkajian pertanian di angkasa bermula dari penyediaan sampel, pengujian di angkasa dan Bumi, perolehan dan pengkajian data serta pengendalian sampel balik ke Bumi. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan mutu dan tarap penyelidikan pertanian ke peringkat lebih tinggi.

Peserta bengkel Kibo-ABC

ANGKASA telah diberikan kepercayaan apabila mengetuai misi penyelidikan pertanian angkasa di peringkat serantau menerusi program Asian Herbs in Space (AHiS) menerusi inisiatif Asian Beneficial Cooperation on Kibo Utilization (Kibo ABC) di bawah platorm Asian Pasific Regional Space Agency Forum (APRSAF) dengan usahasama Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA). Menerusi program ini, Malaysia telah diberikan keutamaan dengan mencadangkan jenis herba untuk pengujian percambahan di Kibo, ISS dalam suasana mikrograviti.

Dalam menjayakan misi ini, bengkel AHiS telah diadakan bersempena penganjuran APRSAF

ke-22 pada 30 November 2015 di Bali, Indonesia. ANGKASA telah diberi peluang dalam memoderasi sesi berkenaan bersama pihak JAXA. Sesi berkenaan telah dihadiri oleh negara anggota Kibo-ABC yang terdiri dari Malaysia, Jepun, Vietnam, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand. Sesi tersebut telah membincangkan tentang penyelarasan aktiviti dan teknikal serta prosedur amali berkaitan eksperimen AHiS untuk misi 30 hari di Kibo, ISS menjelang pertengahan tahun 2016. Sesi ini juga telah memberi peluang dan pendedahan kepada negara anggota khususnya Malaysia dalam mengendalikan eksperimen petanian di angkasa.

Bengkel Asian Herbs In Space (AHiS), Asian Beneficial Cooperation On Kibo Utilization (Kibo-Abc),Asian-Pasicific Regional Space Agency Forum– 22 (Aprsaf22)

Page 11: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

20 21

Pembangunan Malaysia Space Environment and Satellite Application Center (My-ses) di Pusat Angkasa Negara merupakan tindakan yang selari dengan usaha untuk memantau dan meramal cuaca angkasa secara berterusan yang akan menjadikan ANGKASA sebagai medium rujukan dalam bidang cuaca angkaa di rantau asia pasifik. Perancangan jangka masa panjang ANGKASA adalah untuk menjadi ahli kepada International Space Environment Service (ISES) dan memberikan perkhidmatan cuaca angkasa kepada pihak antarabangsa yang akan meletakkan Malaysia sebagai negara yang menyumbang dan memainkan peranan penting dalam bidang pemantauan cuaca angkasa di rantau khatulistiwa.

Fasiliti pemantauan cuaca angkasa adalah sangat penting bagi sesebuah negara, diramalkan kesan cuaca angkasa boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara. Ribut solar yang ekstrim berpunca daripada matahari boleh membawa kepada nilai kerugian sehingga $ 1 trilion ke $2 trilion kepada sistem teknologi. Kesan ini adalah secara terus kepada teknologi di bumi yang antaranya ;

Pemantauan cuaca angkasa secara berterusan adalah suatu langkah proaktif yang penting bagi setiap negara yang mempunyai aset di ruang angkasa dan bergantung kepada teknologi dan apliasi satelit. Antara stakeholder dan industri di Malaysia yang berisiko untuk terjejas disebabkan oleh aktiviti Matahari ialah seperti :-

Pemilik sistem satelit seperti MEASAT dan syarikat-syarikat perkhidmatan telekomunikasi yang lain;Pemilik jaringan kabel bervoltan tinggi seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB); Pengguna sistem komunikasi gelombang jarak jauh seperti Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF); danPengguna sistem navigasi dan penentududukan menggunakan satelit seperti syarikat penerbangan, perkapalan, Jabatan Ukur dan Pemetaan dan seumpamanya.

Gangguan kepada sistem satelit;Risiko terhadap jaringan (network) infrastruktur seperti kabel bervoltan tinggi;

Gangguan kepada sistem komunikasi gelombang radio jarak jauh yang menggunakan lapisan ionosfera sebagai medium perantaranya; danGangguan kepada kejituan sistem navigasi dan penentudukan menggunakan satelit

i)ii)

i)

ii)

iii)

iv)

iii)

iv)

Malaysia Space Environment & Satellite Application Centre (My-SES)

TAJUK PENULIS /PEMBENTANG PROGRAM TARIKH/TEMPAT

Pembentangan Kertas Kerja Penyelidikan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

‘Integrating Navigation Technology in Emergency Medical System Services in Malaysia’

‘Satellite Positioning Technology In in Emergency Medical System Services in Malaysia’

‘Should GNSS Become a National Critical Infrastructure’

‘Design and implementation of smart locator for Child with autism’ 7th Multi-GNSS Asia (MGA) Conference, 7 – 10 Disember, Bandar Sri Begawan Brunei

‘Essential Step and Technique in Managing the Signal Interference for the Geostationary Satellite Network Frequency Filing’

‘Space Technology Application for Smart Facility Management: A Proposed Solution’

‘Remote Earthquake Monitoring over GEO Satellite Network’

‘Emergency Mapping using Sentinel Asia Imageries for Disaster Management’

Space Weather Activities in ANGKASA :Past, Present and Future

Shahrizal Ide et al.

Shahrizal Ide et al.

Ooi Wei Han et al.

Ooi Wei Han et al.

Dasimah Zainal et al.

Ahmad Ammar et al.

Mohd. Farid Omar et al.

Noor Azawani et al.

Nyanasegari, Zahira M. Radzi, Zulia Nurlisman,Mhd Fairos

ProgramGeoSmart Asia 2015, 29 Sept – 1 Okt 2015

7th Multi-GNSS Asia (MGA) Conference, 7 – 10 Disember

GeoSmart Asia 2015, 29 Sept – 1 Okt 2015

7th Multi-GNSS Asia (MGA) Conference, 7 – 10 Disember

Engineering & Technology, Computer , Basic & Applied Sciences(ECBA- 2015), 9 – 10 Nov 2015

International Conference on Space, Aeronautical and Navigational Electronics, 23 -24 Dis 2015.

7th International Conference on Recent Advances in Space Technologies (RAST 2015), June 2015

Technology & Applications for Disaster Management International Conference 2015 (TADMIC 2015), 27-28 October 2015

Proceeding abstract United Nation/Japan Space weather workshop “Science data products and intrumenst”,02 -06 March 2015

TempatPWTC, Kuala Lumpur

The Rizqun, International, Bandar Sri Begawan Brunei

PWTC, Kuala Lumpur

The Rizqun, International, Bandar Sri Begawan Brunei

Pearl International Hotel, Kuala Lumpur

Asia Institute of Technology (AIT), Bangkok

Harbiye Military Museum, Istanbul

InterContinental Hotel, KL

Fukuoka Japan

Page 12: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

22 23

TAJUK PENULIS /PEMBENTANG PROGRAM TARIKH/TEMPAT

10

11

12

13

14

15

16

17

18

Space Weather Research in Malaysia: From Research to Operational

Effect of Parasitic Element on 408 MHz Antenna for Radio Astronomy Application

Analysis of radio astronomy bands using CALLISTOspectrometer at Malaysia-UKM station

Activities Report on Post Asian Student Team Parabolic Flight 2013 by Malaysian Team

ICONSPACE 2015The Astronomical Seeing Measurements at Langkawi National Observatory

Malaysia Kibo ABC Program 2015

“Visualization of Harmonic Series in Resonance Tube Using Smartphone”, The Physics Teacher.x

”Comparison of GPS-TEC with IRI/NeQuick model over Malaysia”

Assessment of ionosphere models at Banting: Performance of IRI-2007,IRI-2012 and NeQuick 2 models during the ascending phase ofSolar Cycle 24, Advance in Space Research

Zahira M. Radzi, Nyanasegari, Mohd Redzuan,Mhd Fairos Asilam,

Radial Anwar, Mohammad Tariqul Islam, Norbahiah Misran, Geri Gopir, Baharudin Yatim and Mhd Fairos Asillam

Azam Zavvari, Mohammad Tariqul Islam, Radial Anwar, Zamri Zainal Abidin, Mhd Fairos Asillam, Christian Monstein

Shahrul Kadri AYOP1, Mohd Helmy HASHIM2, Rosly JAAFAR1, Mohd Ikhwan Hadi YAACOB1, Ahmad Tarmimi ISMAIL1and Kok Ken HONG1

Nazhatulshima Ahmad, Chin Wei Loon, Muhammad Shamin Syukor, Saedah Haron, Mohd. Zambri Zainuddina, and Redzuan Md Tahar

Mohd Helmy Bin Hashim

R. Jaafar, Shahrul KADRI, Ahmad TARMIMI, K. H. Kok, Mohd HELMY Hashim & M. D. Nazihah

Zahira Mohd Radzi, Nouf .A. Elmunim, Mardina Abdullah, Alina M. Hasbi, Mandeep Singh’

S.K. Leong a, T.A. Musa a, K. Omar a, M.D. Subari a, N.B. Pathy b, M.F. Asillam b

Proceeding abstract in the 3rd Asia Oceania Space Weather Alliance (AOSWA) Workshop

International Journal of Antennas and Propagation 01/2014; 2014:1-4.

Springer Science & Business Media Dordrecht 2015, Exp Astron DOI 10.1007/s10686-015-9480-z

Int. J. Microgravity Sci. Appl., 35 (2) (2015) 23456

Kibo Asia Pasific Regional Space Agency Forum -22 (APRSAF-22),

Workshop and Conference on NeQuick Latest Developments and Advanced Uses, ICTP, Italy

02-05 March 2015Fukuoka, Japan

30 Nov- 4 Dis 2015Bandung, Indonesia

2-8 Mei 2015Tempat: Itali

Pendidikan

Page 13: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

24 25

Program Pencerapan

Balai Cerap Planetarium Negara

Pada tahun 2015, Planetarium Negara telah mengadakan sebanyak 7 program pencerapan awam dengan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam melihat sendiri objek samawi seperti planet, Bulan, Matahari dan fenomena astronomi yang berlaku di Malaysia dengan kerjasama agensi lain.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan mewujudkan kecintaan terhadap sains angkasa serta memupuk minat rakyat Malaysia dalam bidang sains angkasa dan astronomi. Seramai 2718 orang telah menyertai program pencerapan anjuran Planetarium Negara sepanjang tahun 2015.

Pada bulan November 2015, Balai Cerap Planetarium Negara telah membuka pintunya kepada orang ramai pada setiap hari Selasa jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Ia merupakan salah satu usaha untuk mendekatkan sains angkasa kepada masyarakat supaya bidang ini tidak dianggap asing oleh rakyat di negara ini di samping dapat memupuk minat pengunjung Planetarium Negara yang kebanyakan terdiri daripada pelajar sekolah. Seramai 1374 orang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai golongan telah mengunjung Balaicerap Planetarium Negara sehingga penghujung Disember 2016.

Pencerapan Matahari di Balai Cerap Planetarium Negara

Pencerapan Gerhana Bulan PenuhTayangan Mini Planetarium

Bengkel Astronomi untuk Guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Bengkel ini telah diadakan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bengkel Astronomi untuk guru sekolah rendah telah diadakan pada 10 April 2016 dan melibatkan 26 orang guru dari negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bengkel Astronomi guru untuk sekolah menengah pula telah diadakan pada 17 April 2016 dan melibatkan 21 guru dari negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Peserta bengkel ini juga turut diajar menghasilkan model Matahari dalam tiga dimensi, model Matahari, Bumi dan Bulan, spektroskop serta membuat peta bintang sendiri.

Aktiviti Membina Model Fasa Bulan Aktiviti Membina Model Matahari 3 Dimensi

Minggu Angkasa Sedunia 2015

Minggu Angkasa Sedunia 2015 yang bertemakan ‘Discovery’ disambut di seluruh dunia pada 4-10 Oktober. Tahun ini sambutan Minggu Angkasa Sedunia 2015 telah bermula sejak awal sehingga penghujung Oktober 2015. Acara perasmian telah diadakan pada 5 Oktober 2015 yang turut diisi dengan program syarahan yang bertema Discovery oleh Datuk Mazlan Othman di Teater Angkasa. Pelbagai aktiviti harian turut diadakan dan yang berjaya menarik pengunjung dari kalangan awam dan juga pelajar sekolah. Antaranya ialah pembukaan Balaicerap Planetarium Negara bagi melihat Matahari melalui teleskop serta simulasi langit menggunakan sistem projektor di Teater Angkasa, Planetarium Negara. Pada 26 Oktober, satu wacana bertajuk Etnosains: Astronomi Merentas Malayonesia telah diadakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Acara perasmian telah dimulakan dengan program syarahan yang bertemakan Discovery oleh Datuk Dr. Mazlan Othman

Satu wacana bertajuk Etnosains: Astronomi Merentas Malayonesia telah diadakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 14: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

26 27

Program Cuti Sekolah Kem ALAMI

Pada tahun 2015, Agensi Angkasa Negara telah menganjurkan sebanyak dua siri Kem ALAMI. Kem ALAMI merupakan satu aktiviti dalaman Bahagian Pendidikan Sains Angkasa yang dianjurkan pada musim sekolah dimana ia adalah terbuka kepada pelajar Tahun 4 hingga 6 di seluruh Malaysia.

Pada tahun 2015 sebanyak 184 peserta telah menyertai Kem ini pada kedua-dua siri. Siri pertama telah diadakan pada 6 hingga 7 Jun 2015 manakala siri kedua telah diadakan paad 21-22 November 2015. Para peserta telah dilibatkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran secara teori dan aktiviti hands-on yang di jalankan di dalam dan di luar kelas. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah jam matahari, spektroskop, model matahari tiga dimensi, membina dan melancarkan roket, komet dan banyak lagi aktiviti yang dapat memupuk minat peserta untuk merentasi dunia ruang angkasa. Ia juga diharapkan akan dapat mendorong penyertaan lebih ramai pelajar untuk menerokai bidang sains angkasa sejajar dengan hasrat dan usaha Agensi Angkasa Negara.

Pada tahun 2015, Agensi Angkasa Negara telah meraikan Hari Antarabangsa bagi Penerbangan Manusia ke Angkasa (International Day of Human Space Flight (IDoHSF) pada 11 dan 12 April 2015. Sambutan Yuri’s Night telah diadakan pada 11 April 2015 mulai jam 8 malam. Ia merupakan program berunsur persembahan dan aktiviti kesenian yang menyelitkan elemen sains dan penerokaan angkasa dalam sajak, nyanyian, tarian dan persembahan muzik amatur, remaja dan pelajar sekolah yang merupakan kerjasama bersama Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia. Pada 12 April 2015 kemasukan percuma bagi semua tayangan Pameran Penerokaan Angkasa diberikan kepada semua pengunjung Planetarium Negara.

12 April: International Day Of Human Space Flight

Tetamu yang turut hadir, dari kiri; Pengarah RCSC, Duta Turkmenistan, Timbalan Duta Rusia dan pasangan, Pengarah BPSA

Para peserta bersedia untuk melancarkan roket botol yang dibina mereka secara berkumpulan

Salah satu persembahan dari pelajar kedutaan Rusia

Para peserta sedang membina spektroskop yang digunakan untuk melihat spektrum cahaya.

Program Si Cilik Angkasa

Pada tahun 2015, Agensi Angkasa Negara telah mengadakan satu program kesedaran dan pendidikan sains angkasa iaitu Program Si Cilik Angkasa. Ia merupakan satu aktiviti dalaman Bahagian Pendidikan dan Sains Angkasa Planetarium Negara yang dijalankan pada setiap hari kecuali hari Isnin, Sabtu, Ahad, cuti sekolah dan cuti umum secara tempahan oleh pihak sekolah. Aktiviti – aktiviti yang dijalankan di dalam Program Si Cilik Angkasa ini mengkhusus kepada pelajar pra sekolah,tadika dan sekolah rendah serta menyokong kurikulum standard kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2015, program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila menerima penyertaan seramai 2021 orang pelajar yang berumur antara 5 hingga 9 tahun.

Peserta Tadika sedang menjalankan program Si Cilik Angkasa Pelajar tadika sedang menjalankan aktiviti Put The Planet In Order

Program Berkomunikasi Bersama Angkasawan Di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)

Seramai 10 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, 10 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah dan 4 orang pelajar Sekolah Kebangsaan St. John 2 berpeluang berkomunikasi bersama Dr. Kjell Lindgren, Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menerusi radio amatur pada 09 Oktober 2015. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena Sambutan Minggu Angkasa Sedunia 2015.

Program ini bertujuan untuk menarik generasi muda di negara ini terhadap sains angkasa di samping membina kemahiran pelajar-pelajar dalam penyelidikan saintifik serta mempelajari dan mengetahui kehidupan di angkasa serta dapat memupuk nilai kerjasama antara pelajar sebagai satu pasukan.

Peserta Program Berkomunikasi Bersama Angkasawan di ISS 2015

Page 15: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

28 29

A Night@Planetarium Sempena Sambutan Earth Hour 2015

Program A Night@Planetarium telah berjaya dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 28 Mac 2015 bertempat di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Earth Hour 2015 yang dianjurkan oleh World Wildlife Fund (WWF) di mana orang ramai digalakkan untuk mematikan lampu premis masing-masing selama 60 minit bermula jam 8.30 malam.

ANGKASA telah mengambil inisiatif daripada sambutan Earth Hour ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu pencemaran cahaya yang dihadapi masa kini terutamanya di kawasan bandar. Bagi penganjuran program A Night@Planetarium kali ini, ANGKASA telah mengadakan satu sesi forum khas #LightOffStarShine yang melibatkan wakil daripada Jabatan Alam Sekitar, Universiti Kuala Lumpur dan ANGKASA untuk berkongsi dan berbincang mengenai isu permasalahan dan pencegahan pencemaran cahaya.

Antara aktiviti kemuncak program kali ini adalah aktiviti Wayang Pacak yang menyajikan filem Gravity. Turut diadakan adalah aktiviti membina kertas tanglung (i.e. DIY Planet Lantern) dan aktiviti membina model Sistem Suria (i.e. DIY Model Orrery for Kids) untuk kanak-kanak. Program kali ini juga telah mengadakan sesi pencerapan malam dengan menyediakan teleskop untuk kegunaan orang ramai mencerap planet Musytari (Jupiter) dan Bulan. Program kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Mrs Malaysia Asia International Pageant 2015 dan juga YBrs Dr Noordin Ahmad, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara. Mengikut rekod pendaftaran, seramai 967 orang awam telah hadir ke program kali ini.

Satu sesi perkongsian gambar astrofotografi yang dirakam oleh ahli-ahli astronomi amatur di seluruh Malaysia turut

diadakan ketika sambutan A Night@Planetarium

Peserta turut membina tanglung kertas atau DIY Planet Lantern

Forum #LightOffStarShine yang melibatkan wakil daripada Jabatan Alam Sekitar, Universiti Kuala Lumpur dan ANGKASA

Tayangan wayang pacak Filem Gravity kepada semua pengunjung A Night@Planetarium

Program National Space Challenge Prime Minister’s Trophy 2015

Pemenang Peringkat Akhir NSC2015 Peserta sedang membuat persembahan

Barisan Pemenang Peringkat Akhir NSC2015

Program Akhir National Space Challenge Prime Minister’s Trophy 2015 (NSC2015) telah berlangsung selama 4 hari bermula 18 sehingga 21 Oktober 2015 di Planetarium Negara Kuala Lumpur dan melibatkan penyertaan seramai 16 pasukan dari setiap negeri yang terdiri daripada 32 orang pelajar dan 16 orang guru pembimbing.

Program ini dimulakan dengan Ujian Kelayakan yang diadakan serentak di seluruh Malaysia pada 26 Jun 2015 dan terbuka kepada pelajar-pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 dari semua sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Seramai hampir 18,000 pelajar telah menyertai ujian tersebut dan hanya 16 pasukan yang memperolehi markah kumulatif pasangan tertinggi dipilih untuk mewakili negeri masing-masing bagi menyertai National Space Camp di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Para peserta perlu menjalani aktiviti penilaian yang merangkumi 60% pembelajaran (learning) dan 40% penilaian yang merupakan aktiviti hands-on. Hanya lima pasukan yang terdiri daripada 10 orang pelajar yang memperolehi markah kumulatif tertinggi dalam kedua-dua peringkat tersebut mara ke peringkat Akhir. Pada tahun 2015, pasukan dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) telah berjaya merangkul gelaran Juara.

Page 16: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

30 31

Peraduan Poster NSC 2015 Peringkat Kebangsan

Diadakan bersempena dengan program NSC2015.

Bertujuan untuk mengasah bakat pelajar-pelajar dengan menggabungkan kedua-dua elemen seni dan sains angkasa di samping menggalakkan penerokaan daya imaginasi, kreativiti dan seterusnya mengambarkan idea-idea mereka dalam bentuk lukisan.

Meningkatkan minat dan kesedaran sains dan teknologi angkasa di kalangan generasi muda. Peraduan Poster NSC2015 bertemakan “Careers in Space” telah membuka penyertaan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari 12 Ogos hingga 12 Oktober 2015.

Nur Aisyah Binti Ahmad, 11 years oldSK Unggun, Kota Kinabalu, Sabah

Clio Lau Zhen Ni, 10 years oldSJK Chung Hua, Bintulu, Sarawak

PRIMARY SCHOOL - BEST POSTER AWARD

3 poster terbaik dan 3 poster khas telah dipilih daripada 95 poster yang diterima pada tahun ini. (38 sekolah rendah & 57 sekolah menengah). 3 poster terbaik bagi kategori sekolah rendah juga telah dihantar ke Bali, Indonesia untuk menyertai peraduan poster di peringkat Asia Pasifik bersempena dengan The 22nd Session of the Asia Pacific Regional Space Agency Forum (APRSAF-22) Poster Contest yang telah berlangsung pada 1 hingga 4 Disember 2015 di Discovery Kartika Plaza Hotel, South Kuta, Bali, Indonesia.

Baw Jin Xiu, 8 years old, SJK Chung Hua Bintulu, Sarawak

Lim Yu Xuan, 12 years oldSJK(C) Sum Sun, Jelutong, Penang

Emily Ngu Kai Yi, 12 years oldSJK Chung Hua, Bintulu, Sarawak

Norman Law Yik Khai, 10 years oldSJK Chung Hua, Bintulu, Sarawak

PRIMARY SCHOOL - SPECIAL POSTER AWARD

Nurul Eeman Hj Mansor, 17 years oldSMK Taman Tun Dr IsmailBangsar, Kuala Lumpur

Ang Kok Yu, 17 years oldJit Sin (Ind) High School

Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Lim Xin Ying, 14 years oldSMJK Heng Ee, North East, Pulau Pinang

KEPUTUSAN APRSAF-22 PERTANDINGAN POSTER PERINGKAT ASIA PASIFIK

SECONDARY SCHOOL - BEST POSTER AWARD

BEST POSTER

Koetkan KoonlapatkunanonThailand, age 10

JAXA AWARD

Dinetha Jayindi Lekam ArachchigeSri Lanka, age 9

LAPAN AWARD

Jirapat MobkhuntodThailand, age 11

SPECIAL POSTER AWARDS

Clio Lau Zhen NiMalaysia, age 10

Shanjia Qiu, age 11 &Yu Zhou, age 11, China

Page 17: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

32 33

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2015 (PTPR2015)

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2015 (PTPR2015) Peringkat Kebangsaan kali ke-13 anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Malaya (UM) telah berlangsung di Stadium Arena UM, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 22 hingga 25 Ogos 2015. Seramai 38 orang peserta dan 20 orang guru pembimbing daripada 19 buah pasukan sekolah telah berkampung selama empat hari tiga malam di sini untuk merebut Piala Menteri Sains, Teknologi & Inovasi pada tahun ini. Buat pertama kalinya, pertandingan ini memperkenalkan kategori pertandingan baru iaitu Kategori Roket Bahan Api Pepejal (Solid-fuel Rocket). Pertandingan kali ini telah melibatkan kerjasama bersama daripada beberapa pihak. Ini termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Malaya (UM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kolej SPACE, Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dan juga Persatuan Astronautik Malaysia (AstroX).

Pasukan SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan PTPR2015 Peringkat Kebangsaan. Di samping itu, pasukan SMK Beseri, Perlis dan pasukan MRSM Kubang Pasu, Kedah juga telah dapat melayakkan diri dan ketiga-tiga pasukan sekolah tersebut telah bersama-sama mengalas tugas yang besar untuk membawa nama Malaysia ke pertandingan di peringat Asia Pasifik iaitu The 22nd Session of the Asia Pacific Regional Space Agency Forum (APRSAF-22) Water Rocket Event yang telah berlangsung pada 28 hingga 29 November 2015 di Denpasar, Bali, Indonesia.

Para peserta Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2015 Peringkat Kebangsaan

Peserta yang mewakili Malaysia di dalam APRSAF-22 Water Rocket Event yang belangsung di Denpasar Bali pada 28-29

November 2015.

Peserta sedang membuat persembahan mengenai roket yang mereka bina di hadapan para hakim

Peserta APRSAF-22 sedang melancarkan roket masing-masing ketika pertandingan berlangsung

Perkhidmatan

Page 18: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

34 35

Sistem Antena Baru (S+X Band)

Unit Infrastruktur Bumi (UIB), Bahagian Pengoperasian dan Pembangunan Sistem Angkasa (BPOA) telah melaksanakan kerja-kerja pemasangan, integrasi, pengujian dan pentauliahan sistem antena baru (S+X Band) yang dibekalkan oleh kontraktor utama Innovative Mapping Solutions Sdn. Bhd. (IMS) melalui pihak prinsipal utama Viasat Inc. dari Georgia, Amerika Syarikat untuk sistem antena manakala Zodiac Data System dari Les Ulis, Perancis untuk sistem baseband.

SPESIFIKASI

Orbit Satelit : LEO > 250 km, GEOFrekuensi Menerima : Jalur X (8000-8500 MHz), Jalur S (2200-2300MHz)Frekuensi Memancar : Jalur S (2025-2120MHz)G/T : Jalur X (32dB/K), Jalur S (19dB/K)EIRP : 56dBWReflektor Utama : 7.3 meter (quasi-paraboloid)Sub-reflektor : 0.91 meter Feed and Positioner : Jalur X (Cassegrain), Jalur S (Prime Focus)Jenis Penjejakan : Program Track, Autotrack (Five Element Single Channel Monopulse)Pecutan : Azimuth - 20 deg/sec2 : Elevation - 20 deg/sec2 : Train - 6 deg/sec2Halaju : Azimuth: 20 deg/sec : Elevation: 20 deg/sec : Train: 6 deg/secHalf power beamwidth : Jalur X (0.32), Jalur S (1.16)Axial ratio : Jalur X (0.5dB/K), Jalur S (1.5dB/K)Noise Temperature : Jalur X (53K), Jalur S (30K)

Sistem Antena jalur S+X Sistem Baseband

Merupakan fasiliti pengujian persekitaran yang akan dialami oleh satelit dan komponennya seperti pelancaran roket, pemisahan satelit dari roket dan persekitaran orbit.

Juga boleh digunakan untuk bidang-bidang komersial lain seperti automotif dan sebagainya.

Pusat Pemasangan, Integrasi Dan Pengujian Satelit

Fasiliti:

Makmal Bilik Bersih ISO Class 8;Ruang integrasi yang luas;Dilengkapi dengan kemudahan mekanikal seperti kren, trak angkat dan susun, dan sebagainya.

Senarai Peralatan dan Perkhidmatan:

Ruang Pengujian GetaranRuang Pengujian AkustikRuang Pengujian Vakum TermaRuang Pengujian Keserasian ElektromagnetikRuang Pengukuran Perihal JisimRuang Pengukuran Penjajaran

Page 19: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

36 37

SENARAI PELANGGAN:

SIRIMJ&E HALLMODENASPROTONWSA ENGINEERINGSAPURA SECURED TECHNOLOGIESDAIKIN

Siri Pengujian Keserasian Elektromagnetik bagi unit motosikal pelanggan MODENAS Siri Pengujian Keserasian Elektromagnetik bagi unit peralatan pelanggan SIRIM/SAPURA SECURED TECHNOLOGIES Siri Pengujian Keserasian Elektromagnetik bagi unit peralatan pelanggan SIRIM/DAIKIN Siri Pengujian Getaran bagi unit peralatan pelanggan PROTON/ WSA ENGINEERING Siri Pengujian Getaran bagi unit peralatan pelanggan J&E HALL

1

4

2

5

3

Sentinel Asia Step-3

Sentinel Asia (SA) adalah satu inisiatif sukarela dinaungi oleh Asia-Pacific Regional Space Agency Forum (APRSAF) untuk memberi sistem sokongan kepada aktiviti pengurusan bencana di kawasan Asia Pasifik dengan mengaplikasi teknologi WEB-GIS dan angkasa. ANGKASA telah berperanan sebagai Data Analysis Node (DAN dalam Sentinel Asia dengan bertanggungjawab untuk memproses data satelit dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) untuk tujuan aktiviti-aktiviti pengurusan bencana.

Bagi tahun 2015, ANGKASA telah menerima 4 permohonan imej secara rasmi oleh agensi dan juga institusi dalam negara untuk kajian banjir Kelantan (Disember 2014). Permohonan-permohonan ini telah diproses dan taklimat serta penyerahan dilakukan dalam masa yang ditetapkan. Berikut adalah senarai agensi yang telah diluluskan permohonan:

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Imej Sg. Kelantan dan Kota Bahru pada 31 Disember 2014

Page 20: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

38 39

Rangkaian R&D CORS negara (NRC-net)

ANGKASA telah bekerjasama dengan IPT dan Institusi tempatan untuk membentuk satu rangkaian stesen satelit navigasi (GNSS) di Malaysia. Data-data GNSS yang dicerap menerusi rangkaian ini akan diberikan kepada penyelidik-penyelidik tempatan untuk membantu dalam kajian penyelidikan berkaitan GNSS dan ionosfera. Pelbagai bentuk data GNSS dicerap secara 24/7 dan disalurkan kepada pusat kawalan di ANGKASA dan UTM. Kini, rangkaian ini mempunyai 11 CORS yang merangkumi stesen daripada ANGKASA, UTM, UTP, Jabatan Laut Malaysia dan JMM.

Lokasi Rangkaian NRC-net dan agensi-agensi yang terlibat

Program Pencerapan & Penyelidikan(Observatori Negara Langkawi)

Hujan meteor ini mendapat liputan meluas pada tahun ini dari Observatori Negara Langkawi dengan kehadiran wakil media dari RTM dan juga TV9. Liputan yang disiarkan pula amat meluas termasuk dari Astro Awani berkenaan pencerapan hujan meteor tersebut di ONL. Selain dari media yang turut serta dalam sesi cerapan selama 2 malam tersebut, beberapa peminat astronomi juga telah hadir bersama. Banyak meteor dapat disaksikan pada kedua-dua malam 12 & 13 Ogos.

A) Stellar

1. Fenomena Menarik dari ONL

i) Hujan Meteor Perseid

Kemunculan satu komet juga memeriahkan lagi fenomena stellar bagi tahun 2015, iaitu komet Catalina. ONL telah berpeluang melakukuan beberapa siri cerapan komet berkenaan pada awal pagi sebelum terbitnya matahari pada bulan Disember 2015. Komet berkenaan telah melintasi titik perihelion pada 15 November dan semakin menjauhi matahari dan mudah dilihat pada langit subuh.

ii) Komet Catalina

Persids Meteor Shower

Komet Catalina yang dicerap dari ONL

Page 21: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

40 41

Pada Jun 2015, Pegawai ONL telah mengadakan lawatan kerja ke Royal Observatory of Belgium, Belgium. Pusat Data Indeks Sunspot (SIDC) yang terletak di Royal Observatory of Belgium ini adalah pusat bagi pengumpulan data indeks tompok Matahari (sunspot) dunia daripada balai cerap yang terlibat di seluruh dunia.

Hasil daripada lawatan kerja tersebut, ONL telah diterima untuk menjadi salah satu stesen penyumbang data tompok Matahari dunia. ONL mula menyertai perbincangan mengenai aktiviti Matahari pada setiap minggu dengan SIDC. ONL juga bergiat aktif dalam penghantaran data harian tompok Matahari melalui sistem yang dibangunkan oleh mereka.

i) Stesen tompok Matahari melalui rangkaian SIDC

Pada tahun ini juga, ONL telah mendapat satu projek naiktaraf sistem pencerapan. Satu sistem teleskop yang baru dengan kemampuan membuat pencerapan yang lebih pantas telah melalui proses perolehan yang panjang dan akan sempurna sepenuhnya pada awal tahun 2016. Ia terdiri dari teleskop RiFast 500 dan kamera CCD back-illuminated FLI ML 4240MB. Sistem teleskop baru ini akan ditempatkan pada ruang kosong tingkat 3 dan dilindungi oleh kubah yang amat unik berbentuk clamshell. Dengan kemampuan baru ini, dijangkakan pencerapan yang dahulunya mengambil masa 4 minit, dapat dipendekkan kepada 1 minit atau peningkatan kecekapan sebanyak 4 kali ganda berbanding teleskop lama.

B) Solar

iii) Sistem Teleskop NEO ONL

Lawatan kerja Pegawai ANGKASA ke Royal Observatory of Belgium, Belgium

Pencerapan rutin Matahari diteruskan bagi tahun 2015 sejak mula beroperasi pada tahun 2007 dan aktif mengambil dan menganalisa data tompok Matahari (sunspot) sejak Januari 2008. Sistem teleskop Solar ONL dilengkapi dengan tiga jenis teleskop dan penuras berbeza seperti cahaya putih (white light), hidrogen alpha (h-alfa) serta garisan kalsium-k (calcium k-line / CaK).

ii) Pencerapan Rutin Matahari

Imej Matahari menggunakan penuras jenis White Light, CaK dan H-Alpha pada 15 Februari 2015.

ONL telah berjaya merekod imej kumpulan sunspot terbesar pada tahun 2015. Kumpulan sunspot ini telah diberi nama / nilai sebagai AR2403 oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA). Saiz ukuran kumpulan sunspot ini dikatakan melebar di permukaan Matahari sebesar 6 kali saiz Bumi.

Sepanjang tahun 2015, pencerapan rutin Matahari telah dilakukan sebanyak 200 hari (sehingga 20 Disember bersamaan dengan 354 hari). Peratus pencerapan Matahari pada tahun ini ialah 56.5%. Jadual di bawah menunjukkan bilangan hari pencerapan mengikut bulan yang telah berlangsung sepanjang tahun 2015.

iii) Fenomena menarik Solar

Jadual bilangan hari pencerapan Matahari yang telah dilakukan sepanjang tahun 2015.

Kumpulan sunspot AR2403 pada 23 Ogos 2015 dan dikatakan melebar di permukaan Matahari sebesar 6 kali saiz Bumi.

BIL

123456789

101112

BULAN

JanuariFebruari

MacAprilMeiJun

JulaiOgos

SeptemberOktober

NovemberDisember (sehingga 20 Dis)

BIL. HARI PENCERAPAN

25243022121010139

131814

PERATUS BULANAN

81%86%97%73%39%33%32%42%30%42%60%70%

SUNSPOT AR2403AR2403_2015-08-23_04-28-59UT Karzaman@Langkawi National Observatory, MALAYSIA

Page 22: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

42 43

ONL telah berjaya merekod imej kumpulan sunspot terbesar pada tahun 2015. Kumpulan sunspot ini telah diberi nama / nilai sebagai AR2403 oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA). Saiz ukuran kumpulan sunspot ini dikatakan melebar di permukaan Matahari sebesar 6 kali saiz Bumi.

iv) Imej Matahari ONL pada portal Spaceweather.com

Imej Matahari ONL yang telah dipaparkan sebagai rujukan utama imej Matahari portal Spacewether.com pada 13 April 2015.

ONL juga telah terlibat dalam program geran komuniti, MOSTI Social Innovation (MSI) pada tahun ini melalui projek pembinaan balai cerap berbentuk latihan untuk komuniti peminat astrofotografi di Sabah. Kelab ini dipilih kerana telah memperlihatkan kemahiran dan minat yang tinggi dalam foto nightscape, dan terdapat kekangan untuk meneroka genre astrofoto yang lebih serius kerana kekangan instrumentasi. Sabah juga tiada balai cerap sehingga hari ini dan dirasakan projek ini akan dapat melonjakkan bidang sains angkasa di Sabah.

Konsep binaan balai cerap adalah berdasarkan kabin dan terdapat juga kemudahan kelas untuk menjalankan sesi kelas dan taklimat selain balai cerap dilengkapi 2 sistem teleskop untuk amali.

C) Balai Cerap Sabah Stargazers

Pembinaan balai cerap bagi komuniti Sabah melalui Projek MSI

Page 23: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

44 45

Pengurusan & Pengoperasian ONL

Portal asal ONL iaitu www.angkasa.gov.my/langkawi_observatory telah dimigrasi kepada pautan www.observatory.angkasa.gov.my. Semua informasi termasuk data / imej pencerapan dan penyelidikan ONL dimuatnaik di portal baharu ini dari semasa ke semasa.

Salah satu objektif utama penubuhan ONL adalah untuk menyediakan satu platform dan infrastruktur kepada penyelidik – penyelidik Malaysia dalam meningkatkan mutu penyelidikan sains angkasa di Malaysia. Sepanjang tahun 2015, ONL telah berjaya mencapai objektif ini dengan sebanyak 11 kali penggunaan dan jumlah bilangan penyelidik adalah seramai 30 orang penyelidik yang terdiri daripada daripada UM, UTM, UiTM, UPM, ASWARA dan UNISZA. Senarai pengguna fasiliti ONL adalah seperti berikut:

A) Migrasi portal baharu ONL

Imej Matahari ONL yang telah dipaparkan sebagai rujukan utama imej Matahari portal Spacewether.com pada 13 April 2015.

B) PENGGUNAAN TELESKOP ONL

BIL INSTITUSI/ORGANISASI

TAJUKPENYELIDIKAN

BIL HARI TARIKH BILPENYELIDIK

CATATAN

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

En. Chin Wei LoonMakmal Fizik AngkasaJabatan Fizik, Fakulti SainsUniversiti Malaya

Dr. Nazhatulshima AhmadEn. Chin Wei LoonMakmal Fizik AngkasaJabatan Fizik, Fakulti SainsUniversiti Malaya

JokoSatriaMakmal Fizik AngkasaJabatan Fizik, Fakulti SainsUniversiti Malaya

Joko SatriaMakmal Fizik AngkasaJabatan Fizik, Fakulti SainsUniversiti Malaya

NurIka Mohd AzmiMuhammad Shafuan b OsmanMakmal Fizik AngkasaJabatan Fizik, Fakulti SainsUniversiti Malaya

Siti AminahInstitut Kajian Sains AngkasaUniversiti Kebangsaan Malaysia

Dr. KhuzaimiUniversiti Teknologi MARA (UiTM).

Dr. TajulArifinUniversiti Teknologi Malaysia

1) Nurul Nasha Amalina binti Samsul Kamal2) Nadiatul Junaidah binti Mohd KhalidPelajarTahunAkhirJabatanFizikFakulti SainsUniversiti Putera Malaysia

Rasfan Abu BakarPensyarah dan PenyelidikAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Dr. Roslan Umar, Dr, Nor Hazmin Sabri, Dr. Mohd Khairul Amri Kamarudin.Kumpulan penyelidik geran RACE/F1/ST1/UNISZA/15-RR 118, Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur,Universiti Sultan Zainal Abidin

Human Capital Development (HCD) NEO

Human Capital Development (HCD) NEO

Short Variable Star Observation – RX Hercules

Short Variable Star Observation – RX Hercules

Short Variable Star Observation – (Eclipsing Binary)Asteroid Britta Observation

Penyelidikan GISTM

Penyelidikan MAGDAS

Penyelidikan GNSS

Projek tahun akhir

Astrofografi

Pengambilan data Radio Frequency Interference (RFI) dan astrofotografi.

8hari

6hari

1 hari

1 hari

1 hari

1 hari

2 hari

2 hari

4 hari

2 hari

8 hari

20-27 .01.2015

12-16. 04.2015

25.04.2015

06.05.2015

17.05.2015

12.08.2015

13-14.08.2015

02-03.08.2015

9-13.11.2015

15-17.11.2015

4-12.12.2015

2

2

1

1

2

3

5

3

2

1

8

30

Onsite

Onsite

Online

Online

Online

Onsite

Onsite

Onsite

Onsite

Onsite

Onsite

JUMLAH

Page 24: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

46

Tayangan Planetarium 2015

Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ditubuhkan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia terhadap bidang sains dan teknologi angkasa. Planetarium Negara berfungsi sebagai sebuah institusi tidak formal bagi pendidikan sains dan teknologi angkasa kepada orang awam. Antara aktiviti pendidikan yang dijalankan di Planetarium Negara termasuklah aktiviti yang melibatkan

penayangan tayangan planetarium dalam usaha untuk menyalurkan maklumat berkaitan sains angkasa kepada umum. Setiap tahun, sebanyak 3 buah tayangan berdasarkan tema-tema khas yang tertentu akan ditayangkan bagi mempelbagaikan variasi tayangan kepada pengunjung agar mereka tidak datang ke Planeatrium Negara hanya sekali seumur hidup disamping meningkatkan bilangan pengunjung melawat Planetarium Negara.

C) STATISTIK PENGGUNAAN ONL 2006 - 2015

20062008

20092010

2011

2012

2013

2014

2015

2 0 0 7

4

16

30

37 37

2421

50

3530

60

50

40

30

20

10

Tahun

Pese

rta

PENGGUNAAN

ONL juga menjalankan program outreach di sekitar Langkawi serta latihan kepada peserta kursus yang berminat untuk mempelajari mengenai astronomi. Ini dapat memberi kesedaran dan pembelajaran kepada masyarakat setempat tentang kepentingan bidang astronomi. Pada tahun 2015, ONL telah menjalankan sekali program outreach seperti butiran di bawah:

D) OUTREACH

BIL TARIKH PROGRAM TEMPAT

1.

2.

7 – 10 April 2015

05 Sept 2015

Kursus pengendalian teleskop dan astrofotografi

Pencerapan dan Pameran sempena Program Kempen “I Want Sihat” dan ‘Gegar 10 Ribu Langkah’ 2015 anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi.

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)

Sek. Men. Keb. Tunku Putra, Padang Matsirat, Langkawi.

47

Page 25: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

48 49

Pembangunan Modal Insan

MAKLUMAT PERJAWATAN

Kedudukan Perjawatan

KURSUS DAN LATIHAN

Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan dalam menjalankan tugas harian, pegawai dan kakitangan ANGKASA telah dihantar untuk mengikuti latihan melalui penyertaan kursus, seminar, bengkel, taklimat, forum dan persidangan yang telah dijalankan secara dalaman, di dalam negeri dan luar Negara. Sejumlah RM141,007.50 diperuntukkan bagi tujuan tersebut.

Pembiayaan Latihan di bawah Program Pembangunan Modal Insan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan skim latihan berkaitan dengan bidang sains, teknologi dan inovasi yang bertujuan meningkatkan kepakaran/kompetensi teknikal di dalam bidang keutamaan bahagian/ jabatan/ agensi masing-masing mengikut training roadmap yang ditetapkan. Pada tahun 2015, sebanyak 19 permohonan telah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Sumber Manusia (HRD), Bahagian Perancangan MOSTI untuk diangkat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Latihan HCD STI MOSTI. Sebanyak 15 permohonan telah diluluskan manakala 4 permohonan tidak diluluskan.

KUMPULAN BILANGAN BILANGAN BILANGAN PERJAWATAN PENGISIAN KEKOSONGAN

Pengurusan Tertinggi

Pengurusan & Profesional

Kumpulan Sokongan I

Kumpulan Sokongan II

Jumlah

2 1 1

61 54 7

65 52 13

12 10 2

140 117 23

Bilangan Perjawatan Tahun 2015: 140 jawatan

RM141,007.50 jumlah peruntukan untuk latihan sepanjang 2015

JENIS LATIHAN PERBELANJAAN (RM)

Latihan Teknikal 101,513.29

Latihan Generik 39,493.08

140117jawatan tetap

pengisian

Pembiayaan Latihan Di Bawah Program Pembangunan Modal Insan (Hcd) Bidang Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI)

Page 26: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

50 51

Professional Training And Job Attachment on Space Weather Monitoring And Forecasting

Kerjasama dengan pihak Jepun terjalin melalui National Institute of Information & Communication Technology (NICT) bermula tahun 2009 apabila ANGKASA telah menyertai Asia-Oceania Space Weather Alliance (AOSWA). Mesyuarat dan bengkel pertama telah diadakan pada 2009 di Kunming, China.

Seterusnya ANGKASA mengekalkan kolaborasi bersama NICT pada tahun berikutnya dengan melaporkan aktiviti penyelidikan dan perkhidmatan cuaca angkasa di platform mesyuarat AOSWA kedua. Kemudian, satu perbincangan khas telah diadakan pada bulan Oktober 2014 untuk membincangkan potensi kerjasama dalam bidang cuaca angkasa dengan lebih mendalam.

Pada April 2015, NICT telah menjemput ANGKASA untuk mengemukakan kertas kerja bersama untuk memohon peruntukan daripada kerajaan Jepun untuk bagi menjalinkan kerjasama dengan tema “Cooperation with National Space Agency (ANGKASA), Malaysia on Space Weather Research and Forecasting Activity” di bawah klasifikasi program “International Researcher Exchange”. Di bawah skim latihan profesional yang ditawarkan oleh NICT kepada ANGKASA, 2 pegawai telah terpilih untuk mengikuti latihan ini selama 9 minggu bermula 7 September sehingga 5 November 2015. Hasil daripada kursus telah meningkatkan kepakaran dalam bidang cuaca angkasa di Malaysia dan seterusnya memperluaskan skop

penyelidikan terutamanya dalam pemonitoran dan peramalan cuaca angkasa bagi manfaat negara. Di samping itu, melalui program latihan ini, ANGKASA akan mempunyai kepakaran untuk memberikan perkhidmatan Near Real Time Space Weather Monitoring and Forecasting Service berdasarkan data dari segmen bumi dan angkasa. Perkhidmatan ini akan berguna kepada industri dan institusi kerajaan yang mempunyai potensi ancaman daripada cuaca angkasa seperti Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) , Tenaga Nasional Berhad (TNB), MEASAT dan lain-lain. Dengan itu, ANGKASA akan menjadi pusat rujukan kepada pihak yang berkepentingan dalam melindungi aset mereka dari ancaman cuaca angkasa.

Bersama kumpulan penyelidik NICT dan tenaga pengajar yang terlibat

‘Space Weather Forecast Centre’ di Jepun yang merupakan salah satu dari anggota International Space Environment

Service (ISES) yang memberikan perkhidmatan cuaca angkasa di peringkat antarabangsa.

Sesi perbincangan dijalankan bersama salah seorang tenaga pengajar, dr. Yuki kubo iaitu pakar penyelidikan solar

Pameran mikrograviti “Space Mass Balance” telah diadakan bersempena sambutan National Innovation Conference and Exhibition 2015 (NICE2015). Space Mass Balance merupakan sebuah prototaip yang boleh mengukur jisim sesuatu jasad tanpa dipengaruhi oleh daya graviti. Pengukur jisim tersebut adalah hasil dari inovasi penyelidikan mikrograviti ANGKASA dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi misi penerbangan parabola. Peralatan tersebut turut digunakan dalam bahan bantu mengajar mengenai perbezaan antara jisim dan berat. ANGKASA juga turut diberi peluang dalam menyampaikan syarahan umum mikrograviti dalam sesi khas NICE2015.

Pameran Dan Syarahan Umum “Universal Mass Balance” Bersempena National Innovation Conference And Exhibition 2015 (Nice2015)

Syarahan Umum “Kesan Persekitaran Angkasa Terhadap Manusia”, Angkasa Bersama Komuniti

Syarahan umum mengenai Kesan Persekitaran Angkasa Terhadap Manusia telah dianjurkan bersempena hari ANGKASA bersama Komuniti bertempat di Bangunan Auditorium, Pusat Angkasa Negara, Banting pada 29 Mei 2015. Program syarahan tersebut telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar, pendidik, professional dan ibu bapa. Syarahan ini bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai terutama masyarakat setempat mengenai keadaan ruang persekitaran angkasa yang vakum, beradiasi dan mempunyai graviti yang hampir sifar (mikrograviti) di samping perkembangan semasa negara dalam kajian angkasa termasuk Program Angkasawan Negara.

Page 27: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

52 53

“ The Value of Space: Positioning Malaysia”

Pada 18 Ogos 2015 bertempat di Planetarium Negara, seramai 50 orang terdiri daripada pegawai Bahagian Strategik di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), pegawai penyelidik ANGKASA dan penceramah universiti telah menghadiri syarahan umum yang bertajuk “The Value of Space: Positioning Malaysia”.

Melalui penerangan yang diberikan oleh Datuk Dr. Mazlan Othman selaku penceramah jemputan, Malaysia perlu melakukan rektifikasi terhadap Undang-undang Angkasa Antarabangsa supaya menjadi satu negara yang lebih bertanggungjawab di peringkat antarabangsa. Selain itu, antara langkah strategik yang dicadangkan oleh beliau yang mana harus diambil oleh kerajaan Malaysia dalam memastikan bidang angkasa bertambah baik dari segi mutu penyelikan dan perkhidmatannya ialah:

Justeru ANGKASA perlu merancang dan menguruskan program berkaitan bidang sains angkasa dengan lebih berkesan. Bidang sains angkasa merupakan salah satu teras dalam perkhidmatan angkasa yang harus diberi penekanan kerana ia juga memberikan impak terhadap keselamatan negara. Bidang sains angkasa dipersetujui bahawa bukan satu bidang yang boleh mendatangkan keuntungan kepada negara dari segi ekonomi, tetapi ia lebih bersifat strategik dalam memastikan keselamatan ruang angkasa negara kita.

Memperkasakan tadbir urus yang berkesan dan berstrategi

Memberbanyakkan penyertaan industri tempatan yang berkaitan

Pembangunan modal insan

Mewujudkan pemahaman dan kesedaran kepada masyarakat

Melaksanakan kerjasama antarabangsa

1

2

3

4

5

Datuk dr. Mazlan othman sedang memberikan penerangan beliau kepada hadirin

Latihan Di Observatori Negara Langkawi

Selain menawarkan penggunaan sistem teleskop dan fasiliti untuk tujuan penyelidikan astronomi, ONL juga menawarkan latihan/kursus/bengkel dan membantu pelajar universiti atau penyelidik untuk mendapatkan data dan maklumat penyelidikan dalam usaha membangunkan kepakaran tempatan di Malaysia. Pada tahun 2015, ONL telah memberikan latihan kepada 94 peserta seperti butiran di bawah:

BIL INSTITUSI/ORGANISASI

TAJUKPENYELIDIKAN

BIL HARI TARIKH BILPENYELIDIK

CATATAN

JUMLAH

1

2

3

4

5

6

Siew Wei Yuan Kelab Astronomi Universiti Sains Malaysia.

Kelab AstronomiPrince of Wales Island International School1 Jalan Sungai Air Putih 6,Bandar Baru Air Putih11000 BalikPulauPulau Pinang

Muhamad Rahimi b. Mohd Rusli,DakDak Outdoor

SK. Selat Bagan Nyior, Langkawi

Lajnah Astronomi IslamAkademi Pengajian IslamUniversiti Malaya

Loh Chee KeanKelab Astronomi Penang

Untuk lebih memahami aktiviti-aktiviti solar dan stellar.

Latihan teknik asas pencerapan

1) Latihan teknik asas pencerapan dan asas Astronomi.2) Meteor Persied.

Pengenalan Asas Astronomi dan teknik asas pencerapan.

Latihan dan teknik asas pencerapan.

Teknik Astrofotografi

4 hari

5 hari

2 hari

1 hari

1 hari

3 hari

17 – 20.01.2015

10 – 14.07.2015

15 – 16.08.2015

20.10.2015

07.10.2015

12 – 15.12.2015

9

7

6

20

44

8

94

Onsite

Onsite

Onsite

Onsite

Onsite

Program latihan yang telah dijalankan di ONL untuk memupuk minat astronomi kepada masyarakat.

Page 28: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

54 55

200620 0 8

20 0 92010

2011

2012

2013

2014

2015

2007

4

63

21

519

212

146

94

250

200

150

100

50

Tahun

Pese

rta

LATIHAN

STATISTIK LATIHAN DI ONL 2006-2015 ANGKASATalk 201528 Mac 2015, 29 Jun 2015, 5 Oktober 2015, 10 Oktober 2015

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah berjaya menganjurkan ANGKASATalk sebanyak empat kali pada tahun 2015 di Planetarium Negara, Kuala Lumpur dengan jumlah peserta seramai 570 orang. ANGKASA Talk merupakan satu siri ceramah yang menjurus kepada pendedahan ilmiah sains angkasa dan astronomi melalui perbualan dan perkongsian pengalaman serta kepakaran secara langsung di antara pakar-pakar sains angkasa dan orang awam. Pada dasarnya, Program ini mengalu-alukan kehadiran orang awam yang mungkin tidak biasanya terlibat dengan perbincangan saintifik dan ilmiah bersama pakar dan saintis. Tujuan utama program diadakan adalah untuk dijadikan sebuah platform kepada pakar astronomi, para akademik, saintis dan penyelidik dari pelbagai institusi pendidikan dan penyelidikan dalam negara untuk berkongsi ilmu, kepakaran atau projek penyelidikan masing-masing kepada orang awam terutamanya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Melalui interaksi secara langsung sedemikian, ANGKASA percaya program ini akan dapat membuka minda serta menanam minat generasi muda dalam bidang sains angkasa. Senarai ANGKASATalk pada tahun 2015:

ANGKASATalk Bil.1/2015 yang berbentuk forumTarikh : 28 Mac 2015, 8.30 pmTempat : Teater Angkasa, Planetarium Negara

Panel Foruma) Prof. Madya Kapten Dr. Mohd Harridon bin Mohamed Suffian, UniKL MIATb) En. Mohd Helmi Bin Ahmad, Unit Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitarc) En. Mhd. Fairos Asillam, Unit Penyelidikan dan Pendidikan Sains Angkasa, ANGKASA

Tajuk Ceramah : “Light Pollution”Peserta : 190 orang

AngkasaTalk bertajuk “Light Pollution” yang terdiri dari ahli Panel Forum Prof. Madya Kapten Dr. Mohd Harridon bin Mohamed Suffian, UniKL MIAT, En. Mohd Helmi Bin Ahmad, Unit Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar dan En. Mhd.

Fairos Asillam, Unit Penyelidikan dan Pendidikan Sains Angkasa, ANGKASA

Page 29: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

56 57

ANGKASATalk Bil.3/2015Tarikh : 5 Oktober 2015, 10.00 amTempat : Teater Angkasa, Planetarium Negara

PenceramahDatuk Dr Mazlan OthmanPengarah Mega Science 3.0, Akademi Sains Malaysia

Tajuk Ceramah : “Discovering Mars”Peserta : 100 orang

Angkasa Talk bertajuk “A Deep View into Active Galactic Nuclei” disampaikan oleh Assoc. Prof. Dr. Sascha Trippe Seoul National University, Korea

ANGKASATalk Bil.2/2015Tarikh : 29 Jun 2015, 2.30 pmTempat : Teatret (Bilik Orion), Planetarium Negara

PenceramahAssoc. Prof. Dr. Sascha TrippeSeoul National University, Korea

Tajuk Ceramah : “A Deep View into Active Galactic Nuclei”Peserta : 40 orang

ANGKASA Talk Bil.4/2015Tarikh : 10 Oktober 2014, 3.15 pmTempat : Teater Angkasa, Planetarium Negara

PenceramahProf. Ulung Datuk Dr Harith AhmadPusat Penyelidikan Fotonik (PRC), Universiti Malaya

Tajuk Ceramah : “2015 is the Year of LIGHT”Peserta : 240 orang

Angkasa Talk oleh Prof. Ulung Datuk Dr Harith Ahmad dari Pusat Penyelidikan Fotonik (PRC), Universiti Malaya bertajuk “2015 is the Year of LIGHT”

Page 30: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

58 59

Lawatan

Lawatan dari Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pertahanan

Pengurusan tertinggi dari Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pertahanan telah melawat Pusat Angkasa Negara pada 2 Jun 2015. Pengarah Bahagian Pembangunan Operasi Angkasa telah memberi taklimat mengenai fungsi dan objektif ANGKASA dan peranan ANGKASA di dalam pembangunan teknologi angkasa di Malaysia. Pengurusan STRIDE telah dibawa melawat ke Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian (AIT) dan diberi taklimat oleh pegawai-pegawai di AIT berkenaan fasiliti untuk pemasangan dan pengujian satelit.

Pengurusan tertinggi dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri telah melawat Pusat Angkasa Negara pada 15 Mei 2015. Ketua Pengarah ANGKASA telah memberi taklimat mengenai fungsi dan objektif ANGKASA dan peranan ANGKASA di dalam pembangunan teknologi angkasa di Malaysia. Pengurusan CGSO telah dibawa melawat ke makmal satelit navigasi Bahagian Pembangunan Teknologi dan Aplikasi. Ketua Pengarah juga telah memberi taklimat berkenaan satelit navigasi kepada delegasi ketika melawat fasiliti penerima satelit navigasi Galileo dan satelit navigasi QZSS.

Sesi perbincangan di antara ANGKASA dan STRIDE

Pegawai-pegawai CGSO bergambar bersama KP ANGKASA

Taklimat pegawai fasiliti AIT yang bertugas kepada STRIDE

KP ANGKASA memberi taklimat berkenaan aplikasi satelit navigasi di makmal Bahagian Pembangunan

Teknologi dan Aplikasi (BPIA)

Lawatan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri

Page 31: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

60 61

Selain menawarkan penggunaan sistem teleskop, mengadakan latihan/kursus/bengkel, menjalankan program outreach ONL juga menerima lawatan dari luar sama ada dari sekolah,universiti dan kelab astronomi. Pada tahun 2015, ONL telah menerima lawatan sebanyak 868 peserta seperti butiran di bawah:

Lawatan Di ONL

Institusi/Organisasi Tarikh Bil. Pelawat

Rumah Anak Yatim Lil Banat, Kelantan.

Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Pulau Pinang.

Kerja rombongan YB Timb. Menteri.

Sek. Keb. Taman Tun Dr. Ismail, K. Lumpur

Ahli J/K Pemetaan dan Data Spatial Negara.

Maahad Syeikh tajuddin Al-jarumi (MASTA), Kokdiang, Kedah

Sekolah Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah

Sekolah Indonesia Kuala Lumpur

Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Mateorologi Malaysia.

Ahli J/Kuasa dan peserta ICONSPACE 2015.

Lawatan santai TKSU (D) MOSTI

Lawatan kerja kolaborasi penyelidikan oleh Unit Sistem Kawalan dan Pemprosesan Signal, Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Pelajar -pelajar MRSM Langkawi

SK. Padang Matsirat, Langkawi

SK Ulu Melaka, Langkawi.

SJK (C) Min Nam, Langkawi.

SK. Sungai Menghulu, Langkawi

SK. Seri Negeri, Langkawi

Peserta program Munaqasyah Fiqh Falak 2015, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kerjasama Jabatan Mufti Negeri Kedah.

Peserta Program Training For Trainers INSTUN

SK Wira Jaya, Ipoh, Perak

SK Haji Mahmud, Chemor, Perak.

Tabika KEMAS Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) A, Langkawi.

SMK Tunku Putra, Langkawi.

Maahad Tahfiz Attoyyib, Kuala Kedah, Kedah.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

50

32

50

23

50

40

30

20

4

50

1

2

32

28

60

7

40

90

30

30

44

43

32

44

36

868

26.02.2015

01.03.2015

19.03.2015

20.03.2015

31.03.2015

26.04.2015

03.06.2015

15.06.2015

01.08.2015

11.08.2015

21.08.2015

03.09.2015

07.09.2015

09.09.2015

28.10.2015

29.10.2015

02.11.2015

04.11.2015

04.11.2015

11.11.2015

12.11.2015

15.11.2015

16.11.2015

16.11.2015

19.11.2015

JUMLAHProgram lawatan yang telah

dikendalikan oleh ONL

Pengurusan& Teknikal

Page 32: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

62 63

khidmat pengurusan & kewangan

Peruntukan Dan Perbelanjaan Mengurus

Peruntukan yang diluluskan di bawah Perbelanjaan Mengurus bagi Tahun 2015 adalah sebanyak RM21,460,380.00. Keseluruhan prestasi Perbelanjaan Mengurus ANGKASA sehingga 31 Disember 2015 adalah berjumlah RM21,169,404.80 atau 98.65% daripada keseluruhan peruntukan.

Peruntukan Dan Perbelanjaan Pembangunan

Pada keseluruhannya, ANGKASA telah diperuntukkan sebanyak RM85,740,807.20 untuk projek-projek pembangunan. Prestasi Perbelanjaan Pembangunan ANGKASA sehingga 31 Disember 2015 adalah berjumlah RM18,188,272.20 atau 21.21% daripada keseluruhan peruntukan.

Prestasi Pembayaran Bil

Sebanyak 275 bil dengan nilai RM14,275,404.76 didaftarkan sehingga 31 Disember 2015. Prestasi bayaran bil dalam tempoh 14 hari ialah 100% dengan 273 bil (99.3%) dengan nilai RM14,270,471.84 dibayar dalam tempoh kurang daripada 7 hari dan 2 bil (0.7%) dengan nilai RM4,932.92 dibayar dalam tempoh 8-14 hari.

Belanja Mengurus

25,000,000

20,000,000

15,000,000

10,000,000

5,000,000

0

Kurang 7 hari

8-14 hari

Unit IT

2 sistem aplikasi

PEMBANGUNAN APLIKASI

Portal ANGKASA

Portal Planetarium

Portal Observatori Negara Langkawi

Portal Pendidikan Sains ANGKASA

PENYELENGGARAAN PORTAL

16 aplikasi

PENYELENGGARAAN APLIKASI ANGKASA

7 aplikasi

PENYELENGGARAAN APLIKASI EG

Sistem Pengurusan Kualiti ISO

Mobile Apps –pendidikan sains angkasa

RM21,460,380.00

RM85,740,807.20

RM21,169,404.80

RM18,188,272.20

(98.65%)

(21.21%)

273 bil (99.3%)

2 bil (0.3%)

Belanja Pembangunan

Prestasi Bayaran Bil 14 hari

Belanja Mengurus

PERB

ELA

NJA

AN

PERU

NTU

KAN

PERB

ELA

NJA

AN

PERU

NTU

KAN

B. Penyediaan dan Penyenggaraan Infrastruktur ICT

Unit IT dan Operasi secara berterusan melaksanakan penyenggaraan pembetulan (Corrective Maintenance) ke atas semua aduan kerosakan peralatan ICT yang diterima. Setiap aduan yang diterima akan diberikan keutamaan untuk diselesaikan dan dipulihkan dalam tempoh secepat yang mungkin agar tugas harian dan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

C. Keselamatan dan Komunikasi

Unit IT dan Operasi telah memperbaharui lesen dan mengemaskini sistem perisian Symantec Antivirus dan Antispam bagi semua komputer peribadi, workstation, komputer riba dan pelayan di ANGKASA. Ini bagi memastikan keselamatan ICT ANGKASA sentiasa bebas dari daripada serangan virus.

D. Sokongan Teknikal

Unit IT dan Operasi sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam memberi perkhidmatan sokongan teknikal dalam semua program yang dianjurkan oleh ANGKASA. Ini bagi memastikan program-program yang dirancang dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.

Unit IT di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggungjawab mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan dengan keperluan ICT Agensi Angkasa Negara termasuk pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi, perkhidmatan rangkaian, penyediaan dan penyenggaraan infrastruktur ICT, keselamatan ICT serta sokongan teknikal ICT.

A. Pembangunan dan Penyelenggaraan Aplikasi

Statistik pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi 2015

Page 33: kandungan - · PDF fileAplikasi REMS pada telefon pintar sistem operasi Android Sistem REMS menunjukkan lokasi pesakit yang menghantar isyarat kecemasan. Rapid Emergency Medical System

64