kanak-kanak pintar cerdas

16
Pengenalan Pada masa kini, sistem pendidikan merupakan satu nadi kepada pembentukan dan keupayaan golongan cerdik pandai dan kreatif. Pendidikan menjadi garis panduan dalam melahirkan generasi yang mampu membawa perubahan terhadap kemajuan Negara secara amnya. Malaysia misalnya merupakan Negara dunia ketiga yang semakin membangun dan konsisten dalam pembangunan ekonomi,sosial dan politiknya. Dalam merealisasikan pembanguan, perkara terpenting adalah melahirkan generasi yang mempunyai keupayaan untuk bersaing dalam pasaran dan kreatif dalam pelbagai aspek. Berdasarkan pada pendapat Mok Soon Sang, 2001: 26-27 pembinaan generasi yang kreatif ini bertitik tolak daripada pendidikan yang diterima sejak awal usia lagi. Walaupun secara amnya, pendidikan awal hanyalah untuk memberikan pendedahan awal terhadap pendidikan kepada kanak-kanak.Namun perkara yang harus diperhalusi oleh ibu-bapa adalah kebolehan kanak-kanak ini menghasilkan sesuatu mengikut daya pemikiran dan kekreatifan kanak-kanak ini sendiri. Hal ini boleh direalisasikan menerusi galakan pendidikan menggunakan kaedah pembelajaran yang bersifat terbuka dan sesuai dengan keadaan dan kemampuan kanak-kanak. Menerusi medium pembangunan pendidikan, kerajaan telah meletekan fasa-fasa pendidikan sesuai dengan tingkat umur dan juga kebolehan kanak-kanak. 1

Upload: cik-baco

Post on 20-Jun-2015

275 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

kanak-kanak pintar cerdas

TRANSCRIPT

Page 1: kanak-kanak pintar cerdas

Pengenalan

Pada masa kini, sistem pendidikan merupakan satu nadi kepada pembentukan dan

keupayaan golongan cerdik pandai dan kreatif. Pendidikan menjadi garis panduan

dalam melahirkan generasi yang mampu membawa perubahan terhadap kemajuan

Negara secara amnya. Malaysia misalnya merupakan Negara dunia ketiga yang

semakin membangun dan konsisten dalam pembangunan ekonomi,sosial dan

politiknya. Dalam merealisasikan pembanguan, perkara terpenting adalah

melahirkan generasi yang mempunyai keupayaan untuk bersaing dalam pasaran dan

kreatif dalam pelbagai aspek.

Berdasarkan pada pendapat Mok Soon Sang, 2001: 26-27 pembinaan

generasi yang kreatif ini bertitik tolak daripada pendidikan yang diterima sejak awal

usia lagi. Walaupun secara amnya, pendidikan awal hanyalah untuk memberikan

pendedahan awal terhadap pendidikan kepada kanak-kanak.Namun perkara yang

harus diperhalusi oleh ibu-bapa adalah kebolehan kanak-kanak ini menghasilkan

sesuatu mengikut daya pemikiran dan kekreatifan kanak-kanak ini sendiri. Hal ini

boleh direalisasikan menerusi galakan pendidikan menggunakan kaedah

pembelajaran yang bersifat terbuka dan sesuai dengan keadaan dan kemampuan

kanak-kanak. Menerusi medium pembangunan pendidikan, kerajaan telah meletekan

fasa-fasa pendidikan sesuai dengan tingkat umur dan juga kebolehan kanak-kanak.

Proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting di dalam sistem

pendidikan. Bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti

murid-murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran seperti seni

banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi

dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini,

pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Di dalam

proses pembelajaran kanak-kank pintar cerdas memerlukan kaedah dan strategi

pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan supaya dapat mengembangkan

kreativiti mereka.

1

Page 2: kanak-kanak pintar cerdas

1.0 Kanak-kanak Pintar Cerdas

Pintar cerdas boleh membawa maksud yang pelbagai mengikut persepsi seseorang

individu itu, berbeza juga dari pandangan masyarakat dan pandangan kanak-kanak

itu sendiri. Mengikut negara barat, maksud pintar cerdas  adalah mereka yang

mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual,

kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan mempunyai bakat dalam bidang muzik

dan seni yang mengkagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti dan

perkhidmatan lain dari yang lain yang tidak terdapat di sekolah biasa untuk

memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka. Seperti kanak-kanak

yang lain, mereka yang pintar cerdas belajar melalui interaksi. Pengalaman yang

diperolehi akan digunakan sebagai proses mengumpul maklumat untuk mencari

identiti mereka sebagai pelajar. Adakalanya, kanak-kanak pintar cerdas

mengandaikan bahawa kanak-kanak lain juga adalah seperti mereka, sehinggalah

mereka masuk ke alam persekolahan dan mendapati bahawa mereka mempunyai

keupayaan yang tersendiri.

Kanak-kanak pintar cerdas adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai

kebolehan kognitif yang jauh lebih tinggi daripada kalangan rakan sebaya dikatakan

sebagai seorang kanak-kanak pintar cerdas. Bagaimanapun, kanak-kanak ini

mempunyai keupayaan intelek yang luar biasa sama ada memiliki keupayaan intelek

yang tinggi dalam satu atau lebih subjek akademik bukanlah satu-satunya ciri bagi

seorang kanak-kanak pintar cerdas ini. Bahakan ada segelintir di kalangan kanak-

kanak yang dikatakan pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kebolehan

luar biasa dalam bidang sukan, muzik, lukisan atau seni persembahan berbanding

dengan rakan sebaya mereka yang lain.

Ini bermakna kanak-kanak pintar cerdas bukan sahaja kanak-kanak pintar

dari aspek akademik tetapi juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang

mengkagumkan dalam aspek kesenian dan kesukanan. Oleh itu, kanak-kanak yang

mempunyai potensi dan tahap motivasi serta pencapaian yang tinggi dalam aspek

intelek, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan serta mempunyai bakat dalam

bidang seni dan muzik juga dilihat sebagai kanak-kanak pintar cerdas.

2

Page 3: kanak-kanak pintar cerdas

Kanak-kanak pintar cerdas seringkali dikaitakan dengan keupayaan kreativiti

yang mereka miliki. Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau

mencipta sesuatu yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu

dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang

berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam

budaya dan ia dianggap gabungan unik dan berguna. Keupayaan kreativiti adalah

sesuatu yang asli di mana ia merupakan satu proses separa sedar dan sesiapa

sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. Kreativiti melibatkan

pemikiran dan khayalan serta berkebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang

berbeza dan untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu

dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu produk.

Selain itu, kreativiti bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga

sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan. Kreativiti paling jelas dapat dilihat

pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka

yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka

dunia di sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, jika ibu bapa dan guru ingin

mengekalkan kreativiti ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui

ialah perbezaan antara kreatif dan kepintaran. Sesetengah kanak-kanak memang

gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh.

Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan idea

untuk mendorong mereka memulakannya. Semua orang mempunyai potensi atau

bakat kreatif semula jadi. Komponen kreativiti kanak-kanak mengandungi lima aspek

yang terdiri daripada persekitaran dan keindahan alam, lukisan dan kraf tangan,

muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif, drama dan puisi serta warisan budaya.

Oleh itu, sebagai seorang guru yang telah dipertanggunjawabkan perlu

memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk dan

memperkembangkan keupayaan dan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak perlu juga

sentiasa diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya

kreativiti mereka mengikut kreativiti masing- masing. Penglibatan aktif kanak-kanak

juga akan berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor

kanak-kanak, di samping memupuk nilai estetika.

3

Page 4: kanak-kanak pintar cerdas

Kreativiti kanak-kanak juga mendorong kanak-kanak memahami hasil

pembelajaran mereka dengan lebih mudah. Selain itu, dalam kreativiti juga kanak-

kanak akan mencapai tahap pencapaian semakin meningkat. Mereka akan pandai

melukis dan mengecat mengikut kreativiti masing- masing. Kanak- kanak ini juga

boleh melakar, menulis, memotong, menghasilkan kraf tangan, membuat pergerakan

kreatif, menyanyi dan juga menenun. Seni dapat mengembangkan peluang ekspresi

diri kanak-kanak, kebebasan bersuara, membangunkan harga diri, mengalakan

kerjasama dan keharmonian kumpulan, memberikan kuasa pemikiran kepada guru-

guru dan pelajar, dan menyatakan kebenaran dalam kebudayaan serta bangsa.

2.0 Kaedah Pengajaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas dalam Memperkembangan

keupayaan dan kreativiti.

Di dalam sistem pendidikan, kaedah pengajaran yang berkesan dan bersesuaian

merupakan tonggak kejayaan seseorang murid. Jika murid merasakan kaedah

pengajaran yang diterima adalah berkesan maka ini akan secara tidak langsung

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yang

pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang

untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi

pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.

Oleh itu, di dalam proses dan penyampaian pengajaran dan pembelajaran

kanak-kanak pintar cerdas perlu diambil berat dan menggunakan kaedah yang

bersesuaian. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik pelulah

dilakukan secara teliti supaya kanak-kanak dapat mengembangkan potensi yang ada

pada diri mereka. Ini kerana pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka

akan menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan

menghilangkan minat belajar. Personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan

cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi

pengjaran yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan

memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka.

Antara kaedah yang boleh digunakan bagi meningkatkan kreativiti kanak-

kanak pintar cerdas ini ialah aktiviti pengayaan. Aktiviti ini alah penyediaan

pengalaman murid-murid yang berbeza oleh guru dalam kelas. Konsep ini adalah

4

Page 5: kanak-kanak pintar cerdas

satu proses aktiviti tambahan yang mempunyai aras tinggi daripada aras

pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan dalam

memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada kanak-kanak,

meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka, memberi ruang untuk

mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat

kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang serta memperkembangkan potensi

murid kepada tahap yang paling maksimum.

Aktiviti pengayaan ini akan dijalankan dengan keperluan kognitif kanak-kanak

sama ada bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri

atau berbentuk lembaran kerjaatau projek. Aktivitinya pula dijalankan secara tidak

formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah Bimbingan guru

adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri. Hasil

aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi

ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai. Kaedah

pengayaan mungkin termasuk kanak-kanak diperkenalkan ke bidang lain atau aktiviti

lain seperti seni, muzik, menulis jurnal, kelab atau kunjungan lapangan atau

diberikan tanggungjawab seperti pembantu guru di dalam kelas. Di samping itu,

kaedah ini mengambil kira bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas adalah cepat

dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep

ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas

pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah.

Selain itu, Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan

pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang

dipelajari oleh kanak-kanak. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang

kepada mereka untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat

kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri,

kumpulan dan juga masyarakat. Kaedah ini bertujuan untuk membolehkan kanak-

kanak menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka serta menambahkan

minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri

dan bakat mereka. Aktiviti ini juga dapat menambahkan minat mereka untuk belajar

sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan

pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti.

5

Page 6: kanak-kanak pintar cerdas

Selain itu aktivti melukis juga dapat meransang pemikiran kreatif kanak-

kanak. Ini kerana jika kita lihat aktiviti melukis ini bukan kerja sia-sia walaupun

lukisan kanak-kanak tampak seperti cakar ayam. Justeru, itu janganlah kita cepat

menghalang minat mereka ini kerana ia banyak manfaat dan memberi sumbangan

besar terhadap perkembangan minda, intelek dan merangsang kemahiran tangan

kanak-kanak. Dengan melukis boleh merangsang pembentukan minda kreatif kanak-

kanak selain ‘menggerakkan’ otak kanan untuk berfikir. Kebanyakan aktiviti seperti

percakapan, analisis (mentafsir), rasional, logikal, belajar bahasa dan mengira

(termasuk mengenal abjad dan huruf) menggunakan otak kiri. Manakala otak kanan

pula digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan seperti

lukisan, kraf dan muzik. Penggunaan otak kiri dan kanan perlu seimbang.

Malangnya, kebanyakan kita lebih banyak menggunakan otak kiri dan membiarkan

sel otak kanan ‘menjadi tua’ dengan sia-sia. Mungkin ini sebabnya ramai antara kita

cepat mengalah apabila berdepan halangan, sedangkan ia boleh diatasi jika kita

boleh berfikir secara kreatif.

Aktiviti melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial. Lukisan

merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk

bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui

lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti,

ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri pengunaan warna

didalam lukisan mengambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang

melambangkan keamanan dan kedinginan. Melukis juga dapat menyampaikan mesej

yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu

hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis, terdapat perhubungan antara rakan-

rakan dalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi dan

meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri.

Matapelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam

aktiviti berkumpulan yang dibentuk

Selain itu, mlalui aktiviti melukis ini juga dapat memberikan kepuasan kepada

kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam

bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti

melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Latihan dan

projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek

6

Page 7: kanak-kanak pintar cerdas

kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan

proses, berbanding dengan hasilan akhir. Murid-murid ini boleh mempertingkatkan

dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan

dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Kanak-kanak

perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya

imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam.

Di samping itu, melalui aktiviti melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan

juga sosial. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum

mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan

untuk berinteraksi. Melalui lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka

semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh

ciri-ciri pengunaan warna didalam lukisan mengambarkan perasaan seseorang itu

seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan. Melukis juga

dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan

demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis,

terdapat perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses

pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial

selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga

menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk,

Selain itu, melalui aktiviti melukis ini juga dapat memberikan kepuasan

kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula

dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui

aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk

mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan

seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. murid boleh

mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui

proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling

mereka. Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat

merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan

memanipulasikan objek alam.

7

Page 8: kanak-kanak pintar cerdas

Selain daripada aktiviti melukis, aktiviti permaianan juga mampu membantu

meningkatkan kreativiti kanak-kanak pintar cerdas. Menurut pendapat George S.

Morrison, bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-

kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui bermain kerana imaginasi mereka yang

tinggi dan sejak mereka bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan

anggota badan mereka sendiri. Manakala, pendapat Joan Packer Isenberg dan Mary

Renck R. Jalongo, bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna

kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah

persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan

kanak-kanak yang tentukan sendiri dengan aktiviti mereka main.

Kanak-kanak belajar melalui bermain. Pembelajaran yang bermakna berlaku

terutama ketika bermain. Keseimbangan diantara belajar dan bermain menjadi

rangka yang penting bagi memperkembangkan kebolehan dan keupayaan kanak-

kanak dalam sesuatu bidang. Bermain sebenarnya adalah satu proses pembelajaran

yang melibatkan kanak-kanak memahami sesuatu konsep. Melalui permainan juga,

ia dapat mengukuhkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsep yang ingin

diketahui oleh mereka. Konsep bermain ini sebenarnya merujuk kepada motivasi

intrinsik (dalaman) dan menyeronokkan. Proses pembelajaran berlaku secara tidak

langsung semasa bermain dan mampu untuk meransang pemikiran kreatif kanak-

kanak.

Menurut Caplan dan Caplan, bermain sebagai penentu penting bagi

perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan

sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi

dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman

tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan

kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti fizikal yng dilakukan

di dalam kelas. Melalui permaian yang melibatkan perlumbaan misalnya permainan

catur.

Permainan catur merupakan antara permainan yang mampu menguji minda

dan strategi kanak-kanak. Ianya bukan sahaja di mainkan oleh kanak-kanak namun

orang dewasa juga turut sama bermain dalam permainan ini. Catur merupakan

antara permainan yang boleh digunakan oleh guru-guru dan ibu-bapa untuk

8

Page 9: kanak-kanak pintar cerdas

membolehkan kanak-kanak pintar cerdas ini lebih fokus dalam apa yang mereka

lakukan. Bukan itu sahaja, permainan ini memerlukan kanak-kanak membina strategi

yang lebih tepat agar tidak akan berlaku kekalahan. Selain daripada itu permainan ini

akan membina semangat perjuangan kanak-kanak. Namun begitu terdapat alatan

permainan catur ini tidak sesuai dengan umur kanak-kanak kerana sifatnya yang

lebih matang.Namun begitu terdapat catur yang telah dihasilkan mampu menarik

minat kanak-kanak dengan meletakan mainan yang mereka sukai agar fokus mereka

lebih kepada permainan tersebut. Namun begit permainan catur ini akan menjadikan

pelajar atau kanak-kanak berfikir “diluar kotak pemikiran” mereka dan seterusnya

menjadi pemikiran yang lebih kreatif amnya (Yahya Buntat & Nurhusna Mohamed).

Selain itu, melakasanakan aktiviti luar juga mampu untuk meransang

pemikiran kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis aktiviti luar yang boleh dilakukan

untuk merangsang pemikiran kanak-kanak. Contohnya melalui permainan istana

pasir, permainan di taman permainan dan sebagainya. Istana pasir ialah satu seni

binaan dengan menggunakan pasir yang umumnya berbentuk bangunan contohnya

istana. Permainan ini biasanya dilakukan di pantai. Melakukan aktiviti di pantai bukan

sahaja akan menarik minat kanak-kanak malah ia akan memberi peluang kepada

kanak-kanak untuk meluaskankan lagi pandangan mereka terhadap segala apa yang

ada di sekeliling mereka.

Bahan utama yang diperlukan untuk melakukan aktiviti pembinaan istana

pasir ini ialah pasir dan air. Tanpa bahan utama ini, istana pasir yang diimaginasikan

tidak dapat dibina dengan sebaikanya. Alatan lain yang diperlukan juga adalah

penyodok, gelas, pelbagai bentuk acuan dan juga botol kosong. Berdasarkan bahan-

bahan yang kelihatan biasa ini, kanak-kanak akan menggunakan daya kreatif

mereka untuk mereka dan membentuk pelbagai bentuk berkaitan istana pasir

berdasarkan acuan pasir, air dan bahan-bahan tersebut. Walaupun aktiviti ini

membuatkan kanak-kanak menjadi kotor dengan pasir, namun faedah sebenarnya

yang diperolehi melalui pengalaman bermain ini lebih penting daripada kesan

kotoran tersebut.

Kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia

mereka sendiri. Mereka akan menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan

ciptaan mereka sendiri seperti aktiviti pembinaan istana pasir ini mengikut kreativiti

9

Page 10: kanak-kanak pintar cerdas

masing-masing. Melalui aktiviti pembinaan istana pasir ini, kanak-kanak akan dapat

mengeluarkan idea kreatif mereka secara bebas dan tidak terbatas. Dalam situasi ini,

contohnya jika mereka hendak membina tiang istana pasir, mereka boleh

membinanya berdasarkan idea masing-masing tanpa ada sekatan atau halangan

dari pihak orang yang lebih dewasa.

Aktiviti ini juga mampu melibatkan daya pemikiran yang tinggi dalam proses

menyiapkannya. Contohnya mereka terpaksa berfikir bagaimana untuk membina

istana pasir berdasarkan barang-barang yang terhad, cara untuk mengukuhkan

istana tersebut dan befikir tentang bentuk-bentuk yang akan dibina. Selain itu, aktiviti

ini juga dapat memperkembangkan lagi daya imaginasi mereka. Contohnya mereka

akan membayangkan bermacam-macam perkara berkaitan dengan pembinaan

istana pasir ini sebelum dan semasa melakukan aktiviti tersebut. Jelasnya melaui

aktiviti pembinaan istana pasir akan dapat meningkatkan perkembangan kognitif

kanak-kanak.

Kesimpulan

Guru dan ibu bapa hendaklah sentiasa bekerjasama di dalam membantu dan

memastikan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas ini berkesan dan berseusaian

kepada mereka serta mencapai objektif pengajaran dengan berbantukan bahan

bantu mengajar dan strategi yang bersesuaian. Ini kerana jika guru menyediakan

bahan bantu mengajar, ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih

menarik dan lebih berkesan bagi melahirkan kreativiti murid-murid pintar

cerdas.Tanpa penggunaan alat bantu mengajar, murid akan berasa cepat jemu dan

pembelajaran satu hala atau pengajaran yang hanya menggunakan satu medium

kurang memotivasikan murid pada zaman sekarang ini. Sebagai contoh,guru boleh

menggunakan ICT,carta atau contoh model murid-murid yang terdahulu.

10

Page 11: kanak-kanak pintar cerdas

RUJUKAN

Leonard M.S Yong.1993. Kreativiti Ke Arah Membentuk Masyarakat Kreatif. Kuala

Lumpur : Arena Buku Sdn Bhd.

Iberahim Hassan. 2000. Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan

Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan

Sultan Idris Tanjong Malim.

Mohd Azhar Abd Hamid. 2004. Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti

Teknologi Malaysia

Robert W. Olson. 1980 . Seni Berfikir Kreatif,. P.T Gelora Aksara Pratama.

Yew Kam Keong . 2002. Bebaskan Kreativiti Anda. Kuala Lumpur Perpustakaan

Negara Malaysia.

11